Penjodoh Bilangan Darjah 2

38,838 views

Published on

Aktiviti Penjodoh Bilangan untuk P2

Published in: Education

Penjodoh Bilangan Darjah 2

1. 1. Penjodoh Bilangan
2. 2. PENJODOH BILANGAN * perkataan yang digunakan untuk membilang . * ia digunakan bersama-sama Kata Bilangan * ia hendaklah diletakkan selepas Kata Bilangan dan sebelum Kata Benda Contoh Dua buah buku Kata Bilangan Penjodoh Bilangan Kata Benda
3. 3. BUAH * digunakan untuk membilang benda-benda yang besar. Boleh digunakan juga dengan kenderaan,tempat Contoh Sebuah komputer Sebuah rumah Sebuah kapal terbang
4. 4. BIJI * digunakan untuk membilang buah-buahan dan benda kecil yang bulat. Contoh Sebiji bola Sebiji raga Sebiji semangka Sebiji nanas
5. 5. HELAI * digunakan untuk membilang benda yang lembut,lebar dan pakaian Contoh Sehelai kertas Sehelai baju panas Sehelai seluar Sehelai baju
6. 6. EKOR * digunakan untuk membilang binatang. Contoh Seekor kelawar Seekor badak Seekor burung
7. 7. KUNTUM * digunakan untuk membilang bunga. Contoh Tiga kuntum bunga matahari Tujuh kuntum bunga tulip
8. 8. BATANG * digunakan untuk membilang benda yang lurus, keras dan panjang. Contoh Sebatang pokok Sebatang pensel Sebatang tiang lampu Sebatang sungai Sebatang jalan raya
9. 9. PASANG * digunakan untuk membilang benda berpasangan Contoh Sepasang kasut Sepasang cermin mata Sepasang sarung tangan Sepasang pengantin
10. 10. BILAH * digunakan untuk membilang senjata yang tajam dan runcing. Contoh Sebilah kapak Sebilah pedang Sebilah pisau
11. 11. LARAS * digunakan untuk membilang senjata api . Contoh Selaras meriam. Selaras senapang
12. 12. BUTIR * digunakan untuk membilang benda yang bujur dan kecil. Contoh Sebutir peluru Sebutir telur Sebutir bom tangan
13. 13. DAS * digunakan untuk membilang bunyi letupan dan tembakan. Contoh Dua das tembakan pistol. Satu das tembakan meriam. BANG!
14. 14.

Sekuntum bunga

Sebiji bola

Seekor rakun

Sebatang pembaris

Sebuah basikal roda tiga

15. 15. Mari Kita Cuba Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai. pasang kuntum buah
16. 16. Mari Kita Cuba Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai. ekor buah bilah
17. 17. Mari Kita Cuba Nyatakan Penjodoh Bilangan yang sesuai. buah ekor pasang
18. 18. Mari Kita Cuba Baca ayat dengan ayat di sini. Kemudian nyatakan sama ada penggunaan Penjodoh Bilanga betul atau salah. Emak membeli tiga buah ikan kembung di pasar. Rumah Pak Mat terletak berdekatan dengan sepasang sungai . Dia membeli sebatang pensel baru. Cikgu menyuruh saya mengeluarkan sebuah kertas . Salah ~ ekor Salah ~batang Betul Salah ~ helai
19. 19. Mari Kita Cuba Baca ayat dengan ayat di sini. Kemudian nyatakan sama ada penggunaan Penjodoh Bilanga betul atau salah. Emak memotong ikan menggunakan sekuntum pisau. Sebutir telur berharga dua puluh lima sen. Dia membeli sepasang kasut sukan di kedai itu. Lina membeli sekuntum buah epal. Salah ~ bilah Betul Betul Salah ~ biji