adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
JUDUL
1. Latihan PenjodohBilangan Bahasa Melayu
Lengkapkan ayat-ayatdibawah inidengan penjodoh bilangan yang sesuai.
1. “Berapakah harga se________________ anggur ini?” tanya Puan Lim.
2. Saya menemukan se________________ rantai emas di sini.
3. Untuk membuat kek ini, kita memerlukan enam _______ telur.
4. Ibu menyuruh adik membelikan dua _________ sabun.
5. Kakak membawa se__________ payung ke pejabat.
6. Se ___________ rumah kedai musnah dalam kebakaran itu.
7. Beberapa ___________ cili merah ditaburkan di atas mi goreng itu.
8. Se_____________ kerbau sedang berkubang di dalam lumpur itu.
9. Empat puluh __________ anggota persatuan itu sedang berkawad di padang.
10. Puan Pillay membalut luka anaknya dengan se________ kain nipis.
11. Beberapa __________ rokok bertaburan di tepi pagar itu.
12. Beberapa ___________ tembakan dilepaskan ke udara oleh seorang anggota polis.
13. Puan Rani menyelitkan se__________ bunga mawar pada sanggulnya.
14. Hazrina menulis tiga___________ pantun untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah.
15. Ayah membeli beberapa __________ mata kail di kedai Pak Sani.
16. Pada bahu nelayan itu, tersangkut se____________ jala.
17. Cikgu Anisah menyuruh para pelajarnya menulis se_______ karangan.
18. Ibu membekali adik dua ____________ roti setiap pagi.
19. Beberapa __________ jalan akan ditutup akibat banjir kilat itu.
20. Se_________ surat amaran telah dihantar kepada bapa pelajar yang ponteng sekolah itu.
21. Dia sakit perut selepas makan beberapa ________ durian.
22. Harga se______________ durian ini hanya RM20 sahaja.
23. Setiap _________ binatang di zoo itu diberi makanan yang secukupnya.
24. Laili memesan se__________ majalah daripada rakannya yang akan pergi ke kedai.
25. Se_____________ tikar diletakkan di belakang pintu bilik tetamu itu.
26. Ain memasukkan se__________ limau ke dalam minuman kegemarannya.
27. Beberapa ___________ nasi lemak dalam bakulnya masih belum terjual.
28. Baginya se____________ peha ayam sudah cukup untuk makanan tengah harinya.
29. Ling memasukkan beberapa __________ ubat mata ke dalam matanya yang dimasuki
habuk.
30. Nenek mengambil se_________ pisang untuk dibuat cucur pisang kegemaran cucunya.
Pilihlan jawapannya di bawah ini:
kaki orang longgok utas titis puntung rawan ketul buku batang
bentuk biji pucuk helai ulas deret gugus potong das buah
rangkap naskhah gulung kuntum hiris potong bungkus kawan sikat ekor