Successfully reported this slideshow.
We use your LinkedIn profile and activity data to personalize ads and to show you more relevant ads. You can change your ad preferences anytime.

Kata ganda penuh

4,150 views

Published on

  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

Kata ganda penuh

  1. 1. Penggandaan Penuh Penggandaan penuh ialah proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Kata ganda penuh terbahagi kepada 2 iaitu : a. kata ganda dasar b. kata ganda berimbuhan. Penggandaan penuh kata tunggal terbahagi kepada 4 iaitu : a.Gandaan penuh kata pada kata nama Contohnya : Adik-adik Agar-agar Batu-batu Buku-buku Jari-jari Duri-duri Cawan-cawan Jala-jala Kisi-kisi Kanak-kanak Kuda-kuda Mata-mata Contoh penggunaan dalam ayat i. .Adik-adik saya belajar di Sekolah Kebangsaan Datuk Wan Idris, Segamat. ii. Agar-agar ini sangat manis. iii. Shamsudin telah membaca buku-buku itu. iv. Lima daripada jari-jari basikal itu telah patah. v. Kisi-kisi tingkap itu telah buruk b. Gandaan penuh kata pada kata kerja. Contohnya : Ajak-ajak Baring-baring Duduk-duduk Garu-garu Gelak-gelak Kejar-kejar Ketuk-ketuk Lompat-lompat Main-main Masak- masak Muntah- muntah Pulang-pulang Contoh penggunaaan dalam ayat : i. Azah sedang baring-baring di bangku panjang itu. ii. Ali,Abu dan Arman sedang bermain kejar-kejar. iii. Nurasyikin dan Maznah sedang duduk-duduk di bawah pokok itu. iv. Semasa ibu bekerja, adik bermain masak-masak dengan Amrila. v. Ramai orang sedang makan-makan di tepi pantai itu. c.Gandaan penuh kata pada kata adjektif. Contohnya Hitam-hitam Jinak-jinak Muda-muda Nakal-nakal Rajin-rajin Rapat-rapat Sihat-sihat Tinggi-tinggi Besar-besar Bodoh- Cantik- Gemuk-gemuk
  2. 2. bodoh cantik Contoh penggunaan dalam ayat : i. .Rumah di taman perumahan itu besar-besar belaka. ii. Lukisan yang dipamerkan di dewan itu cantik-cantik. iii. Kambing yang dibela oleh En.Roshan gemuk-gemuk belaka. iv. Murid-murid di Tahun 6 Maju nakal-nakal. v. “Rajin-rajinlah belajar supaya kamu lulus di dalam peperiksaan UPSR nanti,”kata Cikgu Zafie. d.Gandaan penuh pada kata keterangan Contohnya : Awal-awal Baik-baik Diam-diam Enak-enak Handal-handal Jauh-jauh Jiran-jiran Kadang-kadang Renyai-renyai Sayup-sayup Senyap- senyap Sungguh- sungguh Contoh penggunaan dalam ayat : i. .Awal-awal lagi adik saya sudah bangun. ii. Apabila melihat polis datang, Sufian cepat-cepat bersembunyi iii. Zakaria membuat kerja itu secara diam-diam. iv. Hujan yang turun petang tadi hanya renyai-renyai sahaja. v. Sayup-sayup kedengaran suara orang meminta tolong. Penggandaan penuh kata berimbuhan pula terbahagi kepada 3 iaitu : a. Imbuhan awalan Contohnya : pemimpin-pemimpin pekedai-pekedai ketua-ketua pelatih-pelatih Contoh penggunaan dalam ayat : i.Pelatih-pelatih pusat kemahiran itu akan menjalani latihan amali di syarikat-syarikat yang terpilih sahaja. ii.Pekedai-pekedai dilarang menaikkan harga barangan yang dijual sesuka hati. iii.Mesyuarat ketua-ketua kampung akan diadakan di pejabat Majlis Daerah Segamat pada minggu hadapan. b. Imbuhan akhiran Contohnya: jualan-jualan ajaran-ajaran amalan-amalan tembakan-tembakan
  3. 3. Contoh penggunaan dalam ayat : i. Jualan-jualan murah pada musim perayaan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa ii. Ajaran-ajaran agama dari sekolah pondok sering dipantau oleh Jabatan Agama Islam negeri-negeri. iii. Penduduk di kawasan taman perumahan digalakkan sentiasa tolong menolong agar amalan-amalan ini akan menjadi satu budaya masyarakat. c. Imbuhan apitan Contohnya : persatuan-persatuan kementerian- kementerian pertandingan-pertandingan permainan-permainan Contoh penggunaannya di dalam ayat : Permainan-permainan tradisional hendaklah diperkenalkan pada generasi baru agar ianya tidak pupus. Persatuan-persatuan belia perlu bergerak dengan aktif untuk narik minat para belia menyertai persatuan mereka Jabatan Pelajaran Johor perlu menyelaraskan jadual tandingan-pertandingan di peringkat negeri dengan baik mungkin.

×