SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
1.0 Pendahuluan
Pendidikan abad ke-21 menuntut guru untuk sentiasa bersedia menerima perubahan
semasa dalam pendidikan. Hal ini penting agar pengajaran dan pembelajaran murid
mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dalam abad ke-21 seperti komunikasi, pemikiran
kritis, kolaborasi dan kreativiti. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi penekanan terhadap
pembangunan modal insan yang boleh bersaing dengan peringkat global. Selain itu,
pelan pembangunan pendidikan ini juga memfokuskan sembilan bidang keutamaan
yang perlu diperhalusi dan ditambah baik seperti memartabatkan profesion keguruan,
meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti sekolah,
memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran dan seterusnya. Jelas bahawa,
inisiatif melalui inovasi pendidikan perlu dilakukan untuk memastikan sembilan bidang
keutamaan dalam pelan pendidikan dapat dijayakan.
Oleh yang demikian, inovasi Modul Relief Sejarah dihasilkan untuk memenuhi
permintaan semasa pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, guru bukan sahaja
perlu mengajar di dalam kelas namun juga mempunyai tugas-tugas pentadbiran yang
perlu diselesaikan seperti mesyuarat dan lain-lain. Bukan itu sahaja, guru juga
sentiasa terlibat dengan kursus dan latihan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia bagi memastikan kepimpinan dan pembangunan
profesionalisme guru sentiasa dipertingkatkan. Semua tugas ini tidak dapat dielakkan
oleh guru. Hal ini kerana profesionalisme guru bergerak seiring dengan transformasi
pendidikan Malaysia.
Namun demikian, murid akan mendapat kesan negatif apabila guru tidak dapat
memasuki kelas. Pengajaran dan pembelajaran bagi subjek tertentu tidak dapat
dilaksanakan secara optimum. Kawalan pentadbiran hanya dapat dilakukan dengan
memberi tugasan kepada guru ganti atau juga dikenali sebagai guru relief untuk
menggantikan guru subjek memasuki kelas. Guru ganti tersebut juga tidak mempunyai
persediaan mengajar. Hal ini menyebabkan, pengajaran dan pembelajaran tidak
berlaku secara optimum. Maka, Modul Relief Sejarah ini diperkenalkan khas untuk
guru ganti yang akan menggantikan kelas Sejarah. Modul ini dijadikan panduan dan
guru ganti tidak perlu membuat banyak persediaan kerana modul ini menekankan
aspek belajar sambil bermain dan pembelajaran inkuiri.
2.0 Justifikasi
Guru-guru di sekolah perlu memenuhi tanggungjawab mereka. Mereka bukan sahaja
perlu melaksanakan kerja pentadbiran seperti mensyuarat tetapi juga perlu sentiasa
membangunkan profesionalisme keguruan. Hal ini menyebabkan, guru-guru terpaksa
menghadiri pelbagai kursus sehingga menganggu waktu pengajaran dan
pembelajaran murid. Guru yang bercuti atau tidak dapat hadir bertugas juga
menyebabkan gangguan terhadap pembelajaran murid. Guru-guru yang tidak dapat
memasuki kelas akan digantikan oleh guru ganti (Relief). Hal ini selaras dengan Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 mengenai Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu
Luang (Free Period) oleh Guru-guru. Dalam pekeliling ini, guru terikat dengan arahan
pentadbiran tertinggi di sekolah iaitu Guru Besar. Salah satu arahan yang wajib diikuti
oleh guru-guru di sekolah ialah arahan menggantikan guru yang tidak hadir mengajar
di sesebuah darjah/tingkatan. Bertitik tolak daripada hal ini, dapatlah disimpulkan
bahawa guru Sejarah juga tidak terasing dengan isu ini dan guru yang mempunyai
masa terluang perlu mengantikan guru Sejarah sekiranya guru Sejarah tidak dapat
memasuki kelas.
Modul Relief Sejarah ini wajar diperkenalkan kerana mata pelajaran Sejarah
masih lagi baru diperkenalkan. Sehingga sekarang, pihak pendidikan masih belum
dapat membekalkan guru major Sejarah di setiap sekolah. Guru-guru di sekolah pada
ketika ini hanya mengikuti kursus khas untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah.
Jelas bahawa, tenaga pengajar pakar masih belum dapat dipenuhi. Hal ini akan
memberi kesukaran kepada guru ganti yang menggantikan kelas Sejarah kerana
mereka kurang pakar terhadap pengetahuan isi kandungan dan pedagogi mata
pelajaran Sejarah. Namun dengan adanya Modul Relief Sejarah ini, guru-guru yang
mengantikan kelas Sejarah tetap dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas tanpa perlu membuat persediaan rancangan mengajar. Guru ganti
hanya perlu merujuk modul ini dan melaksanakannya di dalam kelas. Hal ini
seterusnya dapat memudahkan guru ganti dan membolehkan murid belajar secara
optimum.
Selain itu, salah satu keistimewaan modul ini ialah Modul Relief Sejarah ini
menekankan dua aspek utama iaitu aspek belajar sambil bermain dan aspek
pembelajaran inkuiri. Belajar sambil bermain dan pembelajaran inkuiri merupakan
salah satu kaedah pengajaran Sejarah yang terdapat dalam Dokumen Standard
Kandungan dan Pentaksiran Sejarah. Dengan adanya modul ini, guru ganti dapat
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan dapat menarik
perhatian murid. Stigma Sejarah merupakan mata pelajaran bosan juga dapat
ditangkis kerana guru ganti yang memasuki kelas dapat mengelakkan pengajaran
yang menggunakan kaedah konvensional seperti Chalk and Talk. Bukan itu sahaja,
Mohd Amin Jalil et al. (8 Mei 2014) dalam Berita Harian menyatakan kreativiti dan
inovasi dalam persekitaran pembelajaran dapat memaksimumkan penglibatan murid
dalam pembelajaran. Tuntasnya, pengajaran perlulah kreatif dan inovatif untuk
menarik perhatian murid.
3.0 Matlamat
Matlamat inovasi Modul Relief Sejarah ini adalah untuk memastikan pengajaran dan
pembelajaran Sejarah dapat dilaksanakan secara optimum walaupun guru Sejarah
tidak dapat memasuki kelas. Modul ini juga dapat memberikan murid peluang untuk
menerima pembelajaran secara menyeluruh di dalam kelas.
4.0 Objektif
Objektif Modul Relief Sejarah adalah seperti berikut :
i. Pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan walaupun guru Sejarah
tidak memasuki kelas.
ii. Murid dapat belajar Sejarah melalui pendekatan pembelajaran inkuiri.
iii. Murid dapat belajar Sejarah melalui kaedah belajar sambil bermain.
iv. Mendapatkan kerjasama daripada pihak guru-guru yang akan
mengantikan guru Sejarah untuk melaksanakan pengajaran
menggunakan modul ini.
5.0 Tempoh Perlaksanaan
Perlaksanaan Modul Relief Sejarah ini akan dibuat selama satu bulan tempoh
internship iaitu dari 17 Februari 2019 sehingga 14 March 2019 untuk menilai
keberkesanan projek.
6.0 Strategi dan Prosedur Perlaksanaan
Strategi perlaksanaan inovasi ini melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu
pihak pentadbir, guru, bimbingan pensyarah dan murid-murid. Prosedur perlaksanaan
projek inovasi Modul Relief Sejarah ini juga dijalankan secara sistematik seperti yang
dirancang dalam One Page Project Manager (OPPM).
(Sila lihat lampiran 4.0)
7.0 Penutup
Sesungguhnya, Modul Relief Sejarah ini dapat memastikan pengajaran guru
dijalankan selaras dengan Rancangan Pengajaran Tahunan. Dengan ini, guru tidak
mempunyai masalah “mengejar silibus” iaitu frasa yang digunakan oleh guru sekolah
untuk memastikan murid telah belajar silibus yang akan dinilai dalam peperiksaan. Hal
ini kerana, guru yang menggantikan guru Sejarah tetap dapat meneruskan pengajaran
dan pembelajaran. Apatah lagi, murid juga dapat diterapkan gaya pembelajaran inkuiri
dan diberi peluang untuk belajar secara santai iaitu melalui bermain dengan menjawab
teka silang kata.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
……………………………….. ………………………………
(ROFELLA FRISTA RUNNI) (EN. OMAR BAKRI BIN SAAD)
Guru Pelatih dan Jawatankuasa Pelaksana, PK Hal Ehwal Murid dan Mentor,
IPG Kampus Sultan Abdul Halim, SK Tikam Batu.
08000, Sungai Petani, Kedah. 08600, Tikam Batu, Kedah.
Tarikh : Tarikh :
Lampiran
1.0 Pasukan Pengurusan Projek
Jawatankuasa Induk :
Pengerusi : En. Mukhtar bin Hj Hashim
(Guru Besar)
Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Zahir bin Shoib
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : En. Omar Bakri bin Saad
(PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : En. Ab Khadir Zaini bin Hashim
(PK Kokurikulum)
Setiausaha : En. Mohd Nir Azammudin bin Ahmad Zaain
Pen. Setiausaha : Pn. Hanie Suzana binti Mahadzir
Jawatankuasa Pelaksana :
1. Rofella Frista Runni
2. Ain Zubaidah binti Hamidi
2.0 Anggaran Belanjawan (Pendapatan dan Perbelanjaan)
Projek Modul Relief Sejarah ini dihasilkan menggunakan komputer riba dan perisian Eclipse
Word. Oleh yang demikian, anggaran kos projek Kembara Sejarah ini adalah seperti berikut:
Bil. Item Kos (RM)/
unit
Catatan
1. Komputer riba - Sedia ada
2. Aplikasi Eclipse Word - Dimuat turun secara percuma
3. 1 set Modul Relief Sejarah 2.50 Dicetak.
4. Fail untuk 1 Set Modul 0.70 Setiap fail disediakan untuk 1 unit
tajuk Sejarah Tahun 5.
5. 12 Set Modul mengikut unit/tajuk
dalam mata pelajaran Sejarah.
18.00 1 set mewakili 30 helai modul
untuk 1 unit/tajuk dalam fail.
Jumlah per 30 Unit 21.20
3.0 Carta Gantt Pengurusan Projek
MINGGU
AKTIVITI
1
SATU
2
DUA
3
TIGA
4
EMPAT
Mengenal pasti permasalahan
dalam pendidikan di sekolah.
Pemilihan projek berdasarkan
masalah.
Perbincangan mengenai projek
dengan pensyarah dan mentor.
Penyediaan kertas cadangan
projek.
Serahan kertas cadangan kepada
pensyarah penilai dan mentor
untuk persetujuan bersama.
Penghasilan projek
Menilai kesahan kandungan projek
Uji lari projek
Penilaian keberkesanan projek
Penyediaan video proses
pelaksanaan projek.
Laporan akhir
4.0 OPPM (One Page Project Manager)
(Lihat di sebelah)

More Related Content

What's hot

Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifHanim Hanisha
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxAishahSal
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekIentan Nazurana
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesSalwa Samsudin
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksirannurul syifaa'
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiSiTi Nurhidayah
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruAhmad Fahmi
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Sara Zaleha
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makronanisaaid
 

What's hot (20)

PLC
PLCPLC
PLC
 
Penilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatifPenilaian formatif & sumatif
Penilaian formatif & sumatif
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptxRefleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
Refleksi Pertengahan Praktikum- Aishah.pptx
 
Pembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projekPembelajaran berasaskan projek
Pembelajaran berasaskan projek
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Model sosial
Model sosialModel sosial
Model sosial
 
Borang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kesBorang pemerhatian kajian kes
Borang pemerhatian kajian kes
 
Ciri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiranCiri dan prinsip pentaksiran
Ciri dan prinsip pentaksiran
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan GuruLaporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
Laporan Reflektif MPU3112: Bina Insan Guru
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 
Apa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makroApa itu pengajaran makro
Apa itu pengajaran makro
 

Similar to Inovasi Modul Relief Sejarah untuk Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran

Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Zauhari Hussein
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)Dewi_Sejarah
 
Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Gus Fendi
 
Panduan ppl i
Panduan ppl iPanduan ppl i
Panduan ppl iYan Bali
 
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...Elmi Hakiki
 
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifPengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifImam Makruf
 
Buku mmi 2 amalan terbaik pengurusan
Buku mmi 2   amalan terbaik pengurusanBuku mmi 2   amalan terbaik pengurusan
Buku mmi 2 amalan terbaik pengurusanNadzari Baharom
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solvinghaieri
 
Buku mmi 2 pengurusan final
Buku mmi 2   pengurusan finalBuku mmi 2   pengurusan final
Buku mmi 2 pengurusan finalAdila Dila
 
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional  (MMI)Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional  (MMI)
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)MrRiz
 
PPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptx
PPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptxPPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptx
PPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptxsriyuli8
 
Pentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docx
Pentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docxPentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docx
Pentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docxione40
 
Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigsoo5
 
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)Potpotya Fitri
 

Similar to Inovasi Modul Relief Sejarah untuk Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran (20)

Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
Hbef2803 perkembangan profesionalisme keguruan (t2 a2)
 
3. mmi smk jitra
3. mmi smk jitra3. mmi smk jitra
3. mmi smk jitra
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013Isi pd implementasi 2013
Isi pd implementasi 2013
 
kajian
kajiankajian
kajian
 
Jurnal last
Jurnal lastJurnal last
Jurnal last
 
Akzh1343183231
Akzh1343183231Akzh1343183231
Akzh1343183231
 
Panduan ppl i
Panduan ppl iPanduan ppl i
Panduan ppl i
 
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
Revisi%20 analisis%20kurikulum%20paidi%20sekolah%20kelompok%207%20 strategi%2...
 
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratifPengembangan model pembelajaran tematik integratif
Pengembangan model pembelajaran tematik integratif
 
Buku mmi 2 amalan terbaik pengurusan
Buku mmi 2   amalan terbaik pengurusanBuku mmi 2   amalan terbaik pengurusan
Buku mmi 2 amalan terbaik pengurusan
 
Problem solving
Problem solvingProblem solving
Problem solving
 
Buku mmi 2 pengurusan final
Buku mmi 2   pengurusan finalBuku mmi 2   pengurusan final
Buku mmi 2 pengurusan final
 
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional  (MMI)Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional  (MMI)
Buku Panduan Melindungi Masa Instruksional (MMI)
 
PPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptx
PPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptxPPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptx
PPT_Pembaharuan_Kurikulum.pptx
 
Langkah langkah
Langkah   langkahLangkah   langkah
Langkah langkah
 
Pentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docx
Pentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docxPentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docx
Pentingnya Perkembangan Pembaharuan Kurikulum dan Permasalahannya.docx
 
Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
 
3. bab i
3. bab i3. bab i
3. bab i
 
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
LAPORAN TINDAKAN KELAS (LTK)
 

Recently uploaded

PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxsudianaade137
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfChrodtianTian
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdfvebronialite32
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfmaulanayazid
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024budimoko2
 

Recently uploaded (20)

PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptxPanduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdfLAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
LAPORAN PKP KESELURUHAN BAB 1-5 NURUL HUSNA.pdf
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
Demonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdfDemonstrasi Kontekstual  Modul 1.2.  pdf
Demonstrasi Kontekstual Modul 1.2. pdf
 
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdfKelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
Kelompok 1 Bimbingan Konseling Islami (Asas-Asas).pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
Petunjuk Teknis Aplikasi Pelaksanaan OSNK 2024
 

Inovasi Modul Relief Sejarah untuk Meningkatkan Pengajaran dan Pembelajaran

  • 1. 1.0 Pendahuluan Pendidikan abad ke-21 menuntut guru untuk sentiasa bersedia menerima perubahan semasa dalam pendidikan. Hal ini penting agar pengajaran dan pembelajaran murid mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki dalam abad ke-21 seperti komunikasi, pemikiran kritis, kolaborasi dan kreativiti. Hal ini selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan yang boleh bersaing dengan peringkat global. Selain itu, pelan pembangunan pendidikan ini juga memfokuskan sembilan bidang keutamaan yang perlu diperhalusi dan ditambah baik seperti memartabatkan profesion keguruan, meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah, meningkatkan kualiti sekolah, memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran dan seterusnya. Jelas bahawa, inisiatif melalui inovasi pendidikan perlu dilakukan untuk memastikan sembilan bidang keutamaan dalam pelan pendidikan dapat dijayakan. Oleh yang demikian, inovasi Modul Relief Sejarah dihasilkan untuk memenuhi permintaan semasa pendidikan. Seperti yang kita sedia maklum, guru bukan sahaja perlu mengajar di dalam kelas namun juga mempunyai tugas-tugas pentadbiran yang perlu diselesaikan seperti mesyuarat dan lain-lain. Bukan itu sahaja, guru juga sentiasa terlibat dengan kursus dan latihan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan kepimpinan dan pembangunan profesionalisme guru sentiasa dipertingkatkan. Semua tugas ini tidak dapat dielakkan oleh guru. Hal ini kerana profesionalisme guru bergerak seiring dengan transformasi pendidikan Malaysia. Namun demikian, murid akan mendapat kesan negatif apabila guru tidak dapat memasuki kelas. Pengajaran dan pembelajaran bagi subjek tertentu tidak dapat dilaksanakan secara optimum. Kawalan pentadbiran hanya dapat dilakukan dengan memberi tugasan kepada guru ganti atau juga dikenali sebagai guru relief untuk menggantikan guru subjek memasuki kelas. Guru ganti tersebut juga tidak mempunyai persediaan mengajar. Hal ini menyebabkan, pengajaran dan pembelajaran tidak berlaku secara optimum. Maka, Modul Relief Sejarah ini diperkenalkan khas untuk guru ganti yang akan menggantikan kelas Sejarah. Modul ini dijadikan panduan dan guru ganti tidak perlu membuat banyak persediaan kerana modul ini menekankan aspek belajar sambil bermain dan pembelajaran inkuiri.
  • 2. 2.0 Justifikasi Guru-guru di sekolah perlu memenuhi tanggungjawab mereka. Mereka bukan sahaja perlu melaksanakan kerja pentadbiran seperti mensyuarat tetapi juga perlu sentiasa membangunkan profesionalisme keguruan. Hal ini menyebabkan, guru-guru terpaksa menghadiri pelbagai kursus sehingga menganggu waktu pengajaran dan pembelajaran murid. Guru yang bercuti atau tidak dapat hadir bertugas juga menyebabkan gangguan terhadap pembelajaran murid. Guru-guru yang tidak dapat memasuki kelas akan digantikan oleh guru ganti (Relief). Hal ini selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1981 mengenai Penggunaan Waktu Tidak Mengajar/ Waktu Luang (Free Period) oleh Guru-guru. Dalam pekeliling ini, guru terikat dengan arahan pentadbiran tertinggi di sekolah iaitu Guru Besar. Salah satu arahan yang wajib diikuti oleh guru-guru di sekolah ialah arahan menggantikan guru yang tidak hadir mengajar di sesebuah darjah/tingkatan. Bertitik tolak daripada hal ini, dapatlah disimpulkan bahawa guru Sejarah juga tidak terasing dengan isu ini dan guru yang mempunyai masa terluang perlu mengantikan guru Sejarah sekiranya guru Sejarah tidak dapat memasuki kelas. Modul Relief Sejarah ini wajar diperkenalkan kerana mata pelajaran Sejarah masih lagi baru diperkenalkan. Sehingga sekarang, pihak pendidikan masih belum dapat membekalkan guru major Sejarah di setiap sekolah. Guru-guru di sekolah pada ketika ini hanya mengikuti kursus khas untuk pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Jelas bahawa, tenaga pengajar pakar masih belum dapat dipenuhi. Hal ini akan memberi kesukaran kepada guru ganti yang menggantikan kelas Sejarah kerana mereka kurang pakar terhadap pengetahuan isi kandungan dan pedagogi mata pelajaran Sejarah. Namun dengan adanya Modul Relief Sejarah ini, guru-guru yang mengantikan kelas Sejarah tetap dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas tanpa perlu membuat persediaan rancangan mengajar. Guru ganti hanya perlu merujuk modul ini dan melaksanakannya di dalam kelas. Hal ini seterusnya dapat memudahkan guru ganti dan membolehkan murid belajar secara optimum. Selain itu, salah satu keistimewaan modul ini ialah Modul Relief Sejarah ini menekankan dua aspek utama iaitu aspek belajar sambil bermain dan aspek pembelajaran inkuiri. Belajar sambil bermain dan pembelajaran inkuiri merupakan
  • 3. salah satu kaedah pengajaran Sejarah yang terdapat dalam Dokumen Standard Kandungan dan Pentaksiran Sejarah. Dengan adanya modul ini, guru ganti dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang seronok dan dapat menarik perhatian murid. Stigma Sejarah merupakan mata pelajaran bosan juga dapat ditangkis kerana guru ganti yang memasuki kelas dapat mengelakkan pengajaran yang menggunakan kaedah konvensional seperti Chalk and Talk. Bukan itu sahaja, Mohd Amin Jalil et al. (8 Mei 2014) dalam Berita Harian menyatakan kreativiti dan inovasi dalam persekitaran pembelajaran dapat memaksimumkan penglibatan murid dalam pembelajaran. Tuntasnya, pengajaran perlulah kreatif dan inovatif untuk menarik perhatian murid. 3.0 Matlamat Matlamat inovasi Modul Relief Sejarah ini adalah untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat dilaksanakan secara optimum walaupun guru Sejarah tidak dapat memasuki kelas. Modul ini juga dapat memberikan murid peluang untuk menerima pembelajaran secara menyeluruh di dalam kelas. 4.0 Objektif Objektif Modul Relief Sejarah adalah seperti berikut : i. Pengajaran dan pembelajaran dapat diteruskan walaupun guru Sejarah tidak memasuki kelas. ii. Murid dapat belajar Sejarah melalui pendekatan pembelajaran inkuiri. iii. Murid dapat belajar Sejarah melalui kaedah belajar sambil bermain. iv. Mendapatkan kerjasama daripada pihak guru-guru yang akan mengantikan guru Sejarah untuk melaksanakan pengajaran menggunakan modul ini.
  • 4. 5.0 Tempoh Perlaksanaan Perlaksanaan Modul Relief Sejarah ini akan dibuat selama satu bulan tempoh internship iaitu dari 17 Februari 2019 sehingga 14 March 2019 untuk menilai keberkesanan projek. 6.0 Strategi dan Prosedur Perlaksanaan Strategi perlaksanaan inovasi ini melibatkan kerjasama daripada pelbagai pihak iaitu pihak pentadbir, guru, bimbingan pensyarah dan murid-murid. Prosedur perlaksanaan projek inovasi Modul Relief Sejarah ini juga dijalankan secara sistematik seperti yang dirancang dalam One Page Project Manager (OPPM). (Sila lihat lampiran 4.0) 7.0 Penutup Sesungguhnya, Modul Relief Sejarah ini dapat memastikan pengajaran guru dijalankan selaras dengan Rancangan Pengajaran Tahunan. Dengan ini, guru tidak mempunyai masalah “mengejar silibus” iaitu frasa yang digunakan oleh guru sekolah untuk memastikan murid telah belajar silibus yang akan dinilai dalam peperiksaan. Hal ini kerana, guru yang menggantikan guru Sejarah tetap dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran. Apatah lagi, murid juga dapat diterapkan gaya pembelajaran inkuiri dan diberi peluang untuk belajar secara santai iaitu melalui bermain dengan menjawab teka silang kata. Disediakan oleh: Disemak oleh: ……………………………….. ……………………………… (ROFELLA FRISTA RUNNI) (EN. OMAR BAKRI BIN SAAD) Guru Pelatih dan Jawatankuasa Pelaksana, PK Hal Ehwal Murid dan Mentor, IPG Kampus Sultan Abdul Halim, SK Tikam Batu. 08000, Sungai Petani, Kedah. 08600, Tikam Batu, Kedah. Tarikh : Tarikh :
  • 5. Lampiran 1.0 Pasukan Pengurusan Projek Jawatankuasa Induk : Pengerusi : En. Mukhtar bin Hj Hashim (Guru Besar) Timbalan Pengerusi : Tn. Hj. Zahir bin Shoib (PK Pentadbiran) Naib Pengerusi 1 : En. Omar Bakri bin Saad (PK Hal Ehwal Murid) Naib Pengerusi 2 : En. Ab Khadir Zaini bin Hashim (PK Kokurikulum) Setiausaha : En. Mohd Nir Azammudin bin Ahmad Zaain Pen. Setiausaha : Pn. Hanie Suzana binti Mahadzir Jawatankuasa Pelaksana : 1. Rofella Frista Runni 2. Ain Zubaidah binti Hamidi
  • 6. 2.0 Anggaran Belanjawan (Pendapatan dan Perbelanjaan) Projek Modul Relief Sejarah ini dihasilkan menggunakan komputer riba dan perisian Eclipse Word. Oleh yang demikian, anggaran kos projek Kembara Sejarah ini adalah seperti berikut: Bil. Item Kos (RM)/ unit Catatan 1. Komputer riba - Sedia ada 2. Aplikasi Eclipse Word - Dimuat turun secara percuma 3. 1 set Modul Relief Sejarah 2.50 Dicetak. 4. Fail untuk 1 Set Modul 0.70 Setiap fail disediakan untuk 1 unit tajuk Sejarah Tahun 5. 5. 12 Set Modul mengikut unit/tajuk dalam mata pelajaran Sejarah. 18.00 1 set mewakili 30 helai modul untuk 1 unit/tajuk dalam fail. Jumlah per 30 Unit 21.20
  • 7. 3.0 Carta Gantt Pengurusan Projek MINGGU AKTIVITI 1 SATU 2 DUA 3 TIGA 4 EMPAT Mengenal pasti permasalahan dalam pendidikan di sekolah. Pemilihan projek berdasarkan masalah. Perbincangan mengenai projek dengan pensyarah dan mentor. Penyediaan kertas cadangan projek. Serahan kertas cadangan kepada pensyarah penilai dan mentor untuk persetujuan bersama. Penghasilan projek Menilai kesahan kandungan projek Uji lari projek Penilaian keberkesanan projek Penyediaan video proses pelaksanaan projek. Laporan akhir
  • 8. 4.0 OPPM (One Page Project Manager) (Lihat di sebelah)