Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
bentang 4
1. PANEL 4
SITI NORSALUAL BT ABDUL MALIK
D20111047614
1
PENILAIAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
2. Siti Norsalual Binti Abdul Malik
Pernah menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah Sains
Tapah ( SESTA ).
Penglibatan di UPSI:
o Bendahari Kelab Pustaka UPSI sesi 2012/2013
( Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI )
o Ajk Blok Dinamik Kolej Za’ba Sesi 2012/2013
o Naib bendahari program Fasilitator ke Madrasah Idrisiah Kuala
Kangsar Perak 2012.
( Kelab Fasilitator UPSI)
Penglibatan di Sekolah:
o Guru Penasihat Kelab Reka Cipta
o Guru Penasihat Pandu Puteri
o Pembantu Guru Pengiring lawatan penanda aras ke Sekolah
Menengah Sains Kuala Terengganu.
o Pembantu Guru pengiring ke Program Kolaborasi Akademik
SBP Perak 2014.
3. Kepentingan penilaian dalam pengajaran dan pembelajaran adalah
ketara dan sangat penting.
Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian.
Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu
mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru
itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.
kepentingan penilaian adalah seperti berikut:
KEPENTINGAN PENILAIAN
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
4. i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-
teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah
iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang
subjek dengan bidang yang lain.
5. v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang
amat lemah dalam pencapaian mereka.
vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan
menentukan arah jenis pendidikan pelajar.
vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik
serta kaedah pengajaran mereka.
6. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-
mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia
merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan
dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat
sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian
pelajar.
MENGAPAKAH PENILAIAN PERLU
DIJALANKAN DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN?
7. Ujian atau sistem peperiksaan adalah “kayu ukur” bagi menyukat
sejauh manakah keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam segenap aspek
yang dicita-citakan. Kecemerlangan sistem penilaian dan
peperiksaan akan dapat meletakkan negara pada landasan yang
betul untuk merealisasikan wawasan 2020 dengan lahirnya
generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua aspek
kehidupan.