Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
PEMBENTANG 4
1. PANEL 4
SITI NORSALUAL BT ABDUL MALIK
D20111047614
1
PENILAIAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
2. Siti Norsalual Bt Abdul Malik
Sekolah Menengah Sains Tapah ( SESTA )
Penglibatan di UPSI:
o Bendahari Kelab Pustaka UPSI sesi 2012/2013
( Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI )
o Ajk Blok Dinamik Kolej Za’ba Sesi 2012/2013
o Naib bendahari program Fasilitator ke Madrasah Idrisiah Kuala
Kangsar Perak 2012.
( Kelab Fasilitator UPSI)
Penglibatan di Sekolah:
o Guru Penasihat Kelab Reka Cipta
o Guru Penasihat Pandu Puteri
o Pembantu Guru Pengiring lawatan penanda aras ke Sekolah
Menengah Sains Kuala Terengganu.
o Pembantu Guru pengiring ke Program Kolaborasi Akademik
SBP Perak 2014.
3. Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah ketara dan sangat penting.
Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian.
Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu
mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru
itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya.
kepentingan penilaian adalah seperti berikut:
4. i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang
sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar
mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah
disampaikan.
iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-
teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah
iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang
subjek dengan bidang yang lain.
5. v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang
amat lemah dalam pencapaian mereka.
vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar
terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan
menentukan arah jenis pendidikan pelajar.
vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik
serta kaedah pengajaran mereka.
6. Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-
mata dijalankan melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia
merupakan satu proses pengumpulan maklumat berkenaan
dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di peringkat
sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian
pelajar.
Mengapakah penilaian perlu dijalankan
dalam proses pengajaran dan
pembelajaran?
7. Ujian atau sistem peperiksaan adalah “kayu ukur” bagi menyukat
sejauh manakah keberkesanan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
dalam melahirkan pelajar yang seimbang dalam segenap aspek
yang dicita-citakan. Kecemerlangan system penilaian dan
peperiksaan akan dapat meletakkan negara pada landasan yang
betul untuk merealisasikan wawasan 2020 dengan lahirnya
generasi yang berwibawa dan seimbang dalam semua aspek
kehidupan. Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur
yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu.