P.khas.lan

1,345 views

Published on

Published in: Education
0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,345
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
87
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

P.khas.lan

  1. 1. PENGENALANBerdasarkan Falsafah Pendidikan Negara,semua kanak-kanak berhak untuk mendapatkan pendidikanyang sempurna mengikut keupayaan masing-masing (En. Abd Rahim BiN Talib,2007). Oleh itu,Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direkabentuk bagi memenuhi keperluan pendidikan bagikanak-kanak yang berkeperluan khas.Pendidikan Khas bukan sahaja perlu diketahui oleh mereka yang berkeperluan khas,ia juga perludiketahui oleh semua lapisan masyarakat terutama sekali guru di sekolah (Jamila K.AMohamad,2005). Tanpa pengetahuan tentang pendidikan khas menyukarkan guru untukmengenalpasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh seseorang murid itu. Tanpa pengetahuanjuag menyebabkan pelbagai lontaran stigma diberikan kepada kanak-kanak ini. Ia menyebabkanmurid-murid ini dilabelkan sebagai malas, bodoh,degil dan tidak mahu mendengar arahan walhalterdapat keadaan dalaman yang tidak dapat dicapai sebagaimana yang dikehendaki oleh guru.Individuals with Disabilities Education Act(IDEA),1990 mengklasifikasikan kanak-kanak berkeperluankhas kepada 13 kategori, manakala Abdullah Yusof,2006 mengklasifikasikan kepada 8 kategori sahajadengan merangkumkan beberapa kategori seperti di bawah;KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS;KURANG UPAYA PENDENGARANKURANG UPAYA PENGLIHATANKURANG UPAYA PERTUTURAN & BAHASAKURANG UPAYA MENTAL(KERENCATAN AKAL)KURANG UPAYA FIZIKAL & KESIHATANKURANG UPAYA PEMBELAJARANGANGGUAN EMOSI & TINGKAH LAKUPINTAR CERDASJabatan Pendidikan Khas (2003) mengkategorikan kanak-kanak berkeperluan khas seperti di bawah;
  2. 2. BERMASALAH PENDENGARANBERMASALAH PENGLIHATANBERMASALAH PEMBELAJARANü Lembam (Slow Learner)ü Sindrom Downü Hiperaktifü Disleksiaü Palsi Selebralü AutismaMenurut modul Pengenalan Pendidikan Khas KPLI-SR-LPBS,kanak-kanak berkeperluan khas ini terdiridaripada 8kategori iaitu masalah penglihatan, masalah pendengaran, masalah emosi dan tingkahlaku, masalah fizikal dan kesihatan, masalah mental, masalah komunikasi, masalah pembelajaran dankanak-kanak cerdas pintar.Bagi kanak-kanak bermasalah penglihatan dan masalah pendengaran, mereka ditempatkan diseko;ah-sekolah pendidikan khas masalah penglihatan dan pendengaran. Manakala kanak-kanakyang lain diletakkan di bawah kanak-kanak Masalah Pembelajaran.Definisi murid bermasalah pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalahkognitif(kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat pendidikanformal (En. Abdul Rahman Bin Talib,2007). Mereka ini ditempatkan di dalam Program Khas MasalahPembelajaran yang diintegrasikan dengan sekolah-sekolah biasa.
  3. 3. DEFINISI OKUMengikut AktaOrang Kurang Upaya 2007, “Orang Kurang Upaya”(OKU) itu bermaksud sepertiberikut;“Mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal,mental,intelektual atau deria yangapabila berinteraksi dengan pelbagai halangan,boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesanmereka dalam masyarakat”MASALAH PENGLIHATAN
  4. 4. Masalah penglihatan adalah ketidakupayaan untuk melihat. Menurut Heward (1996),seseorang yangmempunyai ketajaman penglihatan 20/200 atau kurang daripada mata yang sihat denganpembetulan(kaca mata) atau mempunyai medan penglihatan yang sempit kurang daripada 20 darjah.Menurut Hallahan &Kauffman (2002), kehilangan daya penglihatan terhadap cahaya (kemampuanmenyatakan kewujudan pencahayaan dari kawasan gelap)mahupun unjuran cahaya(kebolehan untukmengenalpasti punca arah cahaya.Menurut National Society For Prevention of Blindness(1990),ketepatan penglihatan 20/200 ataukurang daripada mata yang terbaik setelah dilakukan pembetulan atau mempunyai ruangpenglihatan melebihi 20/200 tetapi tidak melebihi 20/70 pada mata yang terbaik setelah dijalankanpembetulan.Masalah penglihatan terbahagi kepada dua iaitu rabun dan buta. Rabun atau kurang Nampak ialahmereka yang masih boleh membaca dan melihat dengan pandangan yang kabur (penglihatan <3/60)iaitu mereka yang langsung tidak dapat melihat dan memerlukan bantuan kod Braille untukmembaca.Punca terjadinya kecacatan ini adalah faktor komplikasi semasa hamil dan selepaslahir,rubella,sifilis,kecederaan dan penyakit. Menurut Hewett Fan Forness(1974),49% kecacatandisebabkan oleh kesalahan pada mata iaitu hiperopia,myopia,astigmatisme, 47% disebabkanjangkitan selepas lahir,33% akibat peracunan,7%-8% akibat penyakit dan 2% disebabkan kemalangan.Menurut Menon(1981),diantara sebab-sebab menjadi buta adalah katarak iaitu 66% cacarvariola,kurang zat pemakanan,kemalangan dan glaucoma masing-masing sebanyak 25%,15%disebabkan jangkitan dan 5% disebabkan trokoma. Tidak dinafikan juga,masalah ini berlaku adalahfaktor baka.Tanda-tanda fizikal yang ada pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan adalah bebola matayang selalu berputar, matanya sensitive terhadap cahaya,bahagian tepi mata kelhatanmerah,kelopak mata bengkak,mata selalu berair,juling dan terdapat bintik-bintik ditengah mata.Mereka juga sering mengadu tidak dapat melihat dengan jelas, sakit kepala apabila membuatsesuatu kerja,pandangan kabur dan kadangkala objek yang dilihat menjadi dua imej.Tingkah lakunya pula,mereka selalu memusingkan kepala pada sebelah arah iaitu semasa melihatobjek,selalu mengerut atau mengecilkan mata,kerap berkedip,selalu terlanggar objek,keliru dengan
  5. 5. huruf,menonton televisyen dan membaca buku pada jarak yang sangat dekat dan memegang kepaladengan cara luar biasa.Disebabkan kekurangan yang mereka ada,timbul perasaan kurang keyakinan diri dan seringmenyisihkan diri tetapi ianya boleh diatasi dengan memberi layanan yang baik kepada mereka(bukanbermaksud layanan yang istimewa sehingga mereka rasa berbeza dengan orang normal).MASALAH PENDENGARANMasalah pendengaran adalah melibatkan ketidakupayaan untuk mendengar.Menurut Cruickshakndan Johnson (1975), kebolehan kanak-kanak menggunakan deria dengarnya dan juga bila kecacatanitu dialami.Terdapat dua kategori iaitu pekak dan separuh pekak.Pekak adalah kanak-kanak yangmempunyai deri dengar yang tidak berfungsi. Manakala separuh pekak adalah kanak-kanak yangmasih boleh menggunakan deria dengar tetapi dengan menggunakan alat bantuan mendengar.Menurut Chua Tee Tee (1992), kanak-kanak pekak boleh dikatakan lebih tepat sebagai seorang yangrosak pendengaran dalam kebanyakan keadaan,contoh ia mempunyai pendengaran yangsepara,adalah luar biasa kerana memang ia tidak dapat bertindak ke aras bunyi-bunyi sekeliling.Asmah Haji Omar (1984), mentakrifkan pekak sebagai seorang yang dilahirkan dengan kecacatanpada deria pendengaran yang tidak dapat mengenal bunyi bahasa,tidak dapat mendengar perbualanorang lain dan tidak dapat mengalami serta menghayati pemikiran dan budaya melalui bahasa.
  6. 6. Menurut Bee H.(1995),mentakrifkan kanak-kanak pendengaran adalah mereka yang menghadapikesukaran mendengar atau kekurangan pendengaran yang jelas.Masalah pendengaran berpuncadaripada faktor sebelum lahir,semasa lahir dan selepas lahir.Sebelum lahirü Baka disebabkan geneticü Bukan baka§ Jangkitan semasa hamil seperti rubella, meningitis,campak,caar,kencing manis dan sebagainya§ Pengambilan dadah semasa hamil§ Mengandung terlalu kerap§ Oksemia pada peringkat akhir kehamilanSemasa Lahirü Kepala bayi terlalu lama berada di pintu rahim menyebabkan tekanan yang kuat di bahagian telingaü Kelahiran tidak cukup bulanü Kecederaan pada bahagian telinga semasa lahirü Penyakit ‘homolisis’ yang disebabkan oleh Rhesus (Rh)
  7. 7. Selepas kelahiranü Penyakit yang disebabkan oleh bakteria dan virusü Kemalangan yang mencederakan bahagian telingaü Terdedah kepada bunyi kuatTanda-tanda yang menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai masalah pendengaran adalah kurangmember perhatian di dalam kelas,kelihatan selalu berkhayal,percakapannya tidak jelas,terkejutapabila dihampiri daripada belakang,tidak memahami arahan yang diberikan dan pencapaian yanglemah terutamanya berkaitan dengan bahasa.Bagi perkembangan fizikal,motor halus dan motor kasar kanak-kanak ini sama seperti kanak-kanaknormal. Perkembangan kognitifnya adalah agak lambat disebabkan oleh kelambatan perkembanganbahasa. Bagi perkembangan sosial pula, ia bergantung kepada pengalaman mereka, cara layananyang diterima dana melalui kebolehan perkembangan mereka sendiri.
  8. 8. MASALAH EMOSI-HIPERAKTIFHiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yangterlampau aktif dan mengganggu tetapi mempunyai tumpuan yang singkat. Ia dikenali sebagaiAttention –Hyperactivity Disorder (ADHD). Kanak-kanak ini tidak boleh diminta untuk menjalankanaktiviti yang pasif sehingga 20 minit.Menurut Marityn Friend (2005), Persatuan Psikologi Amerika(APA) mendefinisikan ADHD sebagaikecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya yang dapat dikesan pada umur tujuh tahun dandikategorikan kepada 3 iaitu;· ADHD Kurang Tumpuanü Mereka mungkin kerap mengelamun di dalam kelas,kerap pelupa dan kerja tidak teratur· ADHD Hiperaktif-impulsifü Hiperaktif menunjukkan jumlah pergerakan yang sangat tinggiü Impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir· ADHD Gabunganü Menunjukkan kedua-dua ciri diatas iaitu kurang tumpuan,hiperaktif dan impulsive
  9. 9. Ciri-ciri tingkah laku kanak-kanak ADHD adalah berbeza dan pada kebiasaannya ADHD hiperaktif-impulsif mempunyai masalah tingkah laku yang lebih jelas daripada ADHD impulsive. Kanak-kanak inilebih agresif contohnya mereka kerap memulakan sesuatu pergaduhan,kerap membuat kesalahanakibat kecuaian,gagal menyiapkan kerja sekolah, tidak mahu mendengar apabila bercakapdengannya, sukar mengatur tugasan,tidak suka dan enggan melakukan tugasan.Ciri-ciri sosial kanak-kanak ini lebih tertumpu kepada penghargaan kendiri di mana penghargaankendiri positif atau negative bergantung kepada keadaan persekitaran yang mereka terima danmereka mudah menyesuaikan diri mengikut tuntutan sosial.

×