SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
BAB
KONSEP PENYELIDIKAN
PENGENALAN
Peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah
berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya,
penggubalan kurikulum serta penyelidikan untk menyelesaikan masalah dalam bilik
darjah.
Kini konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah
sedang dikembangkan dalam reformasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik
juga sedang dimajukan untuk menggalakkan guru memberikan lebih perhatian
dalam membuat keputusan pendidikan di sekolah.
Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil
penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali
masalah profesional yang mereka hadapi. Guru harus lebih peka dan sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan.
2
14 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
KONSEP PENYELIDIKAN
Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek
alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik
atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita memerlukan bukti untuk
menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau
pencapaian pelajar. Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah
adalah melalui penyelidikan. Untuk membuat penyelidikan, guru perlu memahami
proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah
mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu,
seseorang itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud penyelidikan.
DEFINISI PENYELIDIKAN
Beberapa penulis telah memberi takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan
proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah menakrifkan penyelidikan dengan
ringkas sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada
sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak.
Penyelidikan tindakan ditakrif sebagai inkuiri yang sistematik dijalankan oleh
penyelidik guru, ketua jabatan, kaunselor atau stakeholder lain dalam persekitaran
pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana
sesuatu institusi bertindak atau beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan
bagaimana pelajar mereka belajar.
Maklumat ini adalah untuk mendapat ‘insight’, membina amalan reflektif,
mengenakan perubahan positif dalam persekitaran institusi (atau amalan
pendidikan) dan menambah baik hasil pelajar atau kehidupan orang yang terlibat.
Penyelidikan tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan oleh pengajar untuk
Konsep Penyelidikan 15
mereka, bukan dipaksa ke atasnya oleh orang lain. Terdapat empat langkah-langkah
dalam proses penyelidikan tindakan seperti berikut:
1. Kenal pasti bidang fokus
2. Pengumpulan data
3. Analisis dan interpretasi data
4. Bangunkan pelan tindakan
Menurut Richards dan Lockhart (1994), penyelidikan tindakan merupakan kajian
bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman
pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah
keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan biasanya melibatkan
projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru bilik darjah. Sementara itu,
menurut kajian Cohen dan Manion (1994) pula, beliau berpendapat bahawa
penyelidikan tindakan bersifat situasinal iaitu pengenalpastian dan penyelesaian
masalah dalam suatu konteks yang spesifik.
Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara
kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan
rasional dan keadilan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta
mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi
atau persekitaran di dalam amalan tersebut dijalankan (McTaggart, 1988).
Gage (1975) pula mengatakan bahawa penyelidikan adalah suatu kajian yang
sistematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menentukan jika dan/
atau bagaimana pemboleh ubah berkait antara satu sama lain. Mouly (1963) pula
menegaskan penyelidikan sebagai suatu proses untuk mendapat penyelesaian yang
boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan data, penganalisaan dan
interpretasi yang terancang dan sistematik. Kedua-dua definisi di atas menerangkan
penyelidikan sebagai satu proses. Dua lagi contoh takrifan dapat meneguhkan ciri
16 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
proses penyelidikan, jika merujuk kepada definisi yang diberi Kerlinger (1990) dan
Best (1991) seperti berikut:
1. Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal
secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan
generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian.
2. Penyelidikan saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan
kritikal mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipotesis
mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipoteis
mengenai hubungan yang dijangkakan di antara fenomena.
Merujuk kepada definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan
seperti berikut:
1. Bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenal pasti dalam situasi yang
spesifik atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu.
2. Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guru-
guru kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri
mereka.
3. Sebagai satu alat untuk menyerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau
tambahan ke dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sistem
yang biasanya menghalang inovasi dan perubahan.
4. Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik
di antara para pendidik dan ahli akademik.
5. Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilik
darjah.
Madzniyah et al. (1995: 7) telah merumuskan bahawa ciri-ciri Penelitian
tindakan kelas boleh dilihat pada dua aspek iaitu:
Aspek pendekatan kajian, Penelitian tindakan kelas:
1. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui
perubahan guru dalam p&p
Konsep Penyelidikan 17
2. Melibatkan proses p&p dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik
melalui kritikan yang membina
3. Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar
4. Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri
Aspek alam persekitaran kajian, penelitian tindakan kelas
1. Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik darjah atau sekolah
2. Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif
3. Memberi fokus pada sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah
4. Melibatkan tindakan intervensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan
jangkaan
Berdasarkan ciri-ciri penelitian tindakan kelas yang telah dikemukakan,
maka dapatlah dirumuskan antara ciri penting penelitian tindakan kelas adalah
dilakukan oleh guru dalam situasi sebenar di bilik darjah; dilakukan secara
kolaborasi yang bersifat inkuiri kolaboratif kritikal; untuk memperbaiki amalan
melalui perubahan dalam p&p; melibatkan langkah-langkah dalam kitaran dan
dilakukan secara sistematik.
Walau bagaimanapun, penelitian tindakan kelas mempunyai beberapa ciri
yang sama dengan penyelidikan konvensional yang lain iaitu ia menuju ke arah ilmu
pengetahuan; ia menyediakan bukti bagi menyokong ilmu pengetahuan tersebut; ia
menunjukkan proses inkuiri secara eksplisit yang membawa kepada munculnya
ilmu pengetahuan dan ia menghubungkan ilmu pengetahuan baru dengan ilmu
pengetahuan yang sedia ada.
18 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN
Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk secara amnya kepada kaedah
saintifik. Aktiviti penyelidikan itu merangkumi proses pengenalpastian masalah
untuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau jawapan tentatif kepada masalah
itu, menguji hipotesis, pengumpulan data dengan instrumen yang sah dan boleh
dipercayai di samping penganalisaan serta interpretasi data. Langkah-langkah
penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1.
Rajah 1: Urutan Lineardalam Penyelidikan
PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN
Kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajian adalah sinopsis atau abstrak iaitu
ringkasan menerangkan kajian yang dibuat, jenis kajian, pembabitan subjek di mana
instrumen yang digunakan dan dapatan yang diperolehi. Daftar jadual, daftar rajah
serta senarai singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman
pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan
kajian ini.
Takrif
Penyelidikan
Terbitkan
Hipotesis
Buat Definisi
Operasional
Reka Satu
Instrumen
Pngutan
Data
Buat Data Analisis Data Pungutan Data
LANGKAH 3LANGKAH 2LANGKAH 1 LANGKAH 4
LANGKAH 8 LANGKAH 7 LANGKAH 6 LANGKAH 5
Konsep Penyelidikan 19
Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk
sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada
penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena
baru pada masa akan datang.
AKTIVITI PENYELIDIKAN
Mencari dan Mengenal Pasti Masalah
Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenal pasti masalah
penyelidikan. Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah penyelidikan yang
genting yang mampu dikaji. Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan
dengan menyiasat dan mengenal pasti isu-isu dan idea-idea untuk menentukan tajuk
kajian. Masalah biasa seorang penyelidik guru merupakan masalah yang sering
dihadapi dalam kehidupan sehariaannya di dalam atau di luar bilik darjah.
Penyelidik perlu berupaya mengenal pasti dan memfokus kepada persoalan
masalah. Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan-
persoalan dan isu-isu tersirat. Pengenalpastian masalah melibatkan penentuan
dengan tepat persoalan dan isu-isu penting yang genting dalam bidang pendidikan.
Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan
masalah dan persoalannya. Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang
mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan
melalui penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah
penyelidikan. Pertama, ialah mengenal pasti tajuk yang diminati. Kedua, membentuk
pelbagai soalan kecil. Ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki
dan keempat, menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada
satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah
dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan
khusus.
20 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Pemecahan persoalan kepada unsure-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan
sehinggan penyelidik berupaya untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah
pemboleh ubah yang dapat membentuk masalah penyelidikan.
Menilai dan Membentuk Masalah Penyelidikan
Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan penyelidik mengetahui sejauh
mana sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan
kepada proses membuat keputusan dalam pendidikan. Pertimangan mengenai nilai
kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu
dan pendapat penyelidik. Secara ringkasnya, terdapat beberapa kriteria untuk
memantapkan sesuatu masalah penyelidikan:
1. Masalah hendaklah sesuai untuk diselidiki. Masalah haruslah tergolong dalam
bidang kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut
boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan
diperuntukkan.
2. Penyelidik perlu menjalankan secara sistematik dan perlu menghindarkan
masalah yang mempunyai pertimbangan nilai dan kepercayaan.
3. Matlamat penyelidikan haruslah mempunyai penyelesaian dan dapat
meningkat pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan
4. Penyelidikan hendaklah dapat meneguhkan dan menambahkan lagi
pengetahuan sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalah-
masalah baru.
Pembentukan Objektif dan Hipotesis
Objektif nerupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif adalah bersifat lebih khusus
dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan
objektif penyelidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan
penyelidikan. Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat
membantu menjelas tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.
Konsep Penyelidikan 21
Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan antara dua atau lebih
pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah saranan sementara bagi
penyelesaian maslaah berasaskan teori atau hasil penyelidikan yang lepas.
Berikut dirumuskan tujuan-tujuan hipotesis:
1. Hipotesis memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang
dikaji
2. Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung
3. Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis
mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah
penyelidikan, mencadangkan analisis statistik yang berkaitan dengan
pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji.
4. Hipotesis member rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga
member panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disearkan.
Ciri-ciri Hipotesis
Antara ciri-ciri hipotesis tertentu adalah seperti berikut:
1. Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya
penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna
2. Hipotesis mestilah sepadan dengan pengetahuan yang ada, tidak bertentangan
dengan teori hokum yang ada
3. Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan
menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas
4. Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah
5. Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian
dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak hipotesis yang
bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipotesis diuji
22 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Definisi Istilah Secara Operasional
Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas
dalam konteks skop kajian yang dibuat. Definisi ini bukan merujuk kepada kamus
bahasa tetapi melibatkan bidang kajian terbabit dan rumusan daripada beberapa
definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan dan
memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep
khusus dalam bidang berkaitan. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan
menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan.
TINJAUAN LITERATUR
Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literature penyelidik
akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti
sejauh mana sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan
pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan
sebagainya untuk membentuk satu strategi dan kaedah yang berkesan bagi
menyelesaikan masalahnya.
Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya-karya yang
berkaitan dengan sesuatu penyelidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang
meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara, ensiklopedia,
katalog dan penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review
Resourses Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara
lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan profesional
yang tidak diterbitkan, buku panduan dan lain-lain.
Konsep Penyelidikan 23
POPULASI DAN PERSAMPELAN
Mengenal pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi
menentukan bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara
langsung sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan
Dianalisis. Pentaksiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga
dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan
penyelidikan yang berkesan, penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan tepat
dan jelas.
Sample
Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu,
penyelidik harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun
kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang
biasa kita mampu lakkan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang
dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sample bagi menganggar maklumat
untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sampel yang
mewakili populasi adalah seperti berikut:
1. Persampelan berasaskan teori kebarangkalian
Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat
penyelidikan. Ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Sungguhpun
demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel
bersandarkan teori kebarangkalian.
2. Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian
Kadangkala penyelidik merasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan
kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan
bertujuan.
24 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
KAEDAH PENYELIDIKAN
Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan
jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan pendidikan. Kaedah yang
berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan.
Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang akan
dijalankan. Terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam
penyelidikan pendidikan ialah kaedah sejarah, deskriptif, eksperimen, ex post facto,
penyelidikan kualitatif dan penyelidikan penilaian.
INSTRUMEN
Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan, perkara-
perkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah cara-
cara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang
berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak berkesan
serta boleh menyebabkan beban menginterpretasi maklumat dan hasil kajian.
Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan
alat pengumpulan data yang tidak berkesan.
Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang
subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif
sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument daripada kajian-kajian
lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian
penyelidikan.
Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu
alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negatif
terhadap olahan dan seterusnya terhadap pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan
mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir instrumen
Konsep Penyelidikan 25
supaya dapat memberi gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen
atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari
mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat tersebut, item-item yang ada dan
skala jawapan yang digunakan. Instrumen yang diambil dari luar hendaklah
diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan
ayat-ayat yang mudah difahami.
Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendakla dinyatakan dari hasil
ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam
tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut.Item-item yang
mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula
sebelum dijalankan pungutan data sebenar.
Memproses dan Menganalisis Data
Membuat analisis dan interpretasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam
sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini
akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang
selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau
menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajian yang kedua.
Proses menganalisis, menginterpretasi dan memuat keputusan hanya boleh
dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada instrument soal selidik,
pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah dihalkan dengan
menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan,
carta palang dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk
kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dibuat
berdasarkan pentafsiran.
26 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
MEMBUAT KESIMPULAN
Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang
dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran
yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi untuk memberi
jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan
tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan.
Pada kebiasaannya terdapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada
pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan sepeti
yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan pertentangan dengan hipotesis
penyelidik. Hanya datu daripada dua kemungkinan tersebut boleh berlaku.
Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia untuk mentafsir
keputusan negatif atau sebaliknya.
MEMBUAT LAPORAN
Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah
penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar
penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan
peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini
biasanya mengandungi perkara-perkara seperti berikut:
1. Pengenalan
2. Penyataan masalah penyelidikan
3. Objektif dan tujuan penyelidikan
4. Tinjauan Literatur
5. Kaedah penyelidikan yang digunakan
6. Keputusan kajian
7. Rumusan dan cadangan
Konsep Penyelidikan 27
Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama.
Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan
penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam
kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaanya lebih mantap dan
meluas.
RUMUSAN
Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik.
Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan
penyelidikan memerlukan pengetahuan dan asas-asas bukti yang kukuh serta
saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat
global, penyelidikan seharusnya melibatkan perancangan yang sistematik dan
teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan.
Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu
fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat. Penyelidikan
mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yang mengandungi fakta-fakta
analisis dan klasifikasi yang logik dan diuji penggunaanya kea rah penyelesaian
masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut
membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik.
Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan
dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai
panduan kepada penyelidikan pada masa akan datang bagi menghadapi kajian dan
penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia.

More Related Content

What's hot

Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalahwmkfirdaus
 
Konsep metodologi penelitian
Konsep metodologi penelitianKonsep metodologi penelitian
Konsep metodologi penelitianAldry Azharry
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashimKaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashimHishamuddin Jabar
 
03b pengumpulan data penyelidikan tindakan
03b pengumpulan data penyelidikan tindakan03b pengumpulan data penyelidikan tindakan
03b pengumpulan data penyelidikan tindakanshare with me
 
Penulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesisPenulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesiszack2dee
 
Metode peneltian kuliah kuliah 1
Metode peneltian kuliah  kuliah 1Metode peneltian kuliah  kuliah 1
Metode peneltian kuliah kuliah 1Mega Zainal
 
Pertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalahPertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalah20012011
 
Metodologi penelitian
Metodologi penelitianMetodologi penelitian
Metodologi penelitianDeskaUliyani1
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarulwmkfirdaus
 
Definisi Penyelidikan
Definisi PenyelidikanDefinisi Penyelidikan
Definisi Penyelidikanfoazi
 

What's hot (18)

Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Konsep metodologi penelitian
Konsep metodologi penelitianKonsep metodologi penelitian
Konsep metodologi penelitian
 
Metodologi Penelitian
Metodologi PenelitianMetodologi Penelitian
Metodologi Penelitian
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashimKaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
 
Metode penelitian
Metode penelitianMetode penelitian
Metode penelitian
 
03b pengumpulan data penyelidikan tindakan
03b pengumpulan data penyelidikan tindakan03b pengumpulan data penyelidikan tindakan
03b pengumpulan data penyelidikan tindakan
 
Penulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesisPenulisan proposal tesis
Penulisan proposal tesis
 
Metode peneltian kuliah kuliah 1
Metode peneltian kuliah  kuliah 1Metode peneltian kuliah  kuliah 1
Metode peneltian kuliah kuliah 1
 
Pertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalahPertimbangan dalam perumusan masalah
Pertimbangan dalam perumusan masalah
 
Metodologi penelitian
Metodologi penelitianMetodologi penelitian
Metodologi penelitian
 
Merumuskan tujuan penelitian
Merumuskan tujuan penelitianMerumuskan tujuan penelitian
Merumuskan tujuan penelitian
 
KONSEP DASAR PENELITIAN PENDIDIKAN
KONSEP DASAR PENELITIAN PENDIDIKANKONSEP DASAR PENELITIAN PENDIDIKAN
KONSEP DASAR PENELITIAN PENDIDIKAN
 
Sorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr KamarulSorotan literatur Dr Kamarul
Sorotan literatur Dr Kamarul
 
File 7
File  7File  7
File 7
 
Proses penelitian
Proses penelitianProses penelitian
Proses penelitian
 
Definisi Penyelidikan
Definisi PenyelidikanDefinisi Penyelidikan
Definisi Penyelidikan
 
Metodologi Penelitian Pertemuan 1
Metodologi Penelitian Pertemuan 1Metodologi Penelitian Pertemuan 1
Metodologi Penelitian Pertemuan 1
 

Viewers also liked

Determinan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggi
Determinan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggiDeterminan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggi
Determinan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggiradar radius
 
Componente Social y Cultura Guatemalteca
Componente Social y Cultura GuatemaltecaComponente Social y Cultura Guatemalteca
Componente Social y Cultura GuatemaltecaRonald Sandoval Rosales
 
Viswadhwani february 2017
Viswadhwani february 2017Viswadhwani february 2017
Viswadhwani february 2017almeka
 
Презентація:Знаходження числа за його дробом
Презентація:Знаходження числа за його дробомПрезентація:Знаходження числа за його дробом
Презентація:Знаходження числа за його дробомsveta7940
 
Презентація:Додавання та віднімання раціональних чисел
Презентація:Додавання та віднімання раціональних чиселПрезентація:Додавання та віднімання раціональних чисел
Презентація:Додавання та віднімання раціональних чиселsveta7940
 
Rettyの開発環境改善物語
Rettyの開発環境改善物語Rettyの開発環境改善物語
Rettyの開発環境改善物語洋一郎 櫻井
 
Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.
Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.
Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.fradia perez
 
Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок)
Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок) Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок)
Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок) sveta7940
 
Propuesta liliana arellano tanatologia
Propuesta liliana arellano  tanatologia Propuesta liliana arellano  tanatologia
Propuesta liliana arellano tanatologia liliarellano123
 
Trafico vesicular
Trafico vesicularTrafico vesicular
Trafico vesicularkarina fu
 

Viewers also liked (16)

Determinan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggi
Determinan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggiDeterminan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggi
Determinan matriks derajat dua, tiga, empat dan lebih tinggi
 
Componente Social y Cultura Guatemalteca
Componente Social y Cultura GuatemaltecaComponente Social y Cultura Guatemalteca
Componente Social y Cultura Guatemalteca
 
Viswadhwani february 2017
Viswadhwani february 2017Viswadhwani february 2017
Viswadhwani february 2017
 
Презентація:Знаходження числа за його дробом
Презентація:Знаходження числа за його дробомПрезентація:Знаходження числа за його дробом
Презентація:Знаходження числа за його дробом
 
Презентація:Додавання та віднімання раціональних чисел
Презентація:Додавання та віднімання раціональних чиселПрезентація:Додавання та віднімання раціональних чисел
Презентація:Додавання та віднімання раціональних чисел
 
Rettyの開発環境改善物語
Rettyの開発環境改善物語Rettyの開発環境改善物語
Rettyの開発環境改善物語
 
FAUSTO MOROCHO
FAUSTO MOROCHO FAUSTO MOROCHO
FAUSTO MOROCHO
 
Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.
Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.
Taller en materia de prevención integral comando de la Aviación del Ejército.
 
FAUSTO MOROCHO ANDRADE
FAUSTO MOROCHO ANDRADEFAUSTO MOROCHO ANDRADE
FAUSTO MOROCHO ANDRADE
 
Actividad 5.presentacion
Actividad 5.presentacionActividad 5.presentacion
Actividad 5.presentacion
 
Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок)
Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок) Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок)
Презентація:Звичайні дроби (підсумковий урок)
 
Propuesta liliana arellano tanatologia
Propuesta liliana arellano  tanatologia Propuesta liliana arellano  tanatologia
Propuesta liliana arellano tanatologia
 
2 guerramundial
2 guerramundial2 guerramundial
2 guerramundial
 
Diapositivas profesionales
Diapositivas profesionalesDiapositivas profesionales
Diapositivas profesionales
 
Trafico vesicular
Trafico vesicularTrafico vesicular
Trafico vesicular
 
Edificaciones sustentables
Edificaciones sustentablesEdificaciones sustentables
Edificaciones sustentables
 

Similar to KONSEP PENYELIDIKAN

Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_xue er tui
 
Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan xue er tui
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme GuruArthur Jupong
 
makalah_penelitian_tindakan_kelas.docx
makalah_penelitian_tindakan_kelas.docxmakalah_penelitian_tindakan_kelas.docx
makalah_penelitian_tindakan_kelas.docxArieVianty
 
Konsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKKonsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKAida Dwi Astuti
 
Penelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-kti
Penelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-ktiPenelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-kti
Penelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-ktiAriska Armaya
 
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )makciak
 
Penelitian tindakan kelas (ptk)
Penelitian tindakan kelas (ptk)Penelitian tindakan kelas (ptk)
Penelitian tindakan kelas (ptk)Hida II
 
Contoh ptk
Contoh ptkContoh ptk
Contoh ptkaljauzy
 
1. konsep dasar penelitian tindakan kelas
1. konsep dasar penelitian tindakan kelas1. konsep dasar penelitian tindakan kelas
1. konsep dasar penelitian tindakan kelasSTAISARTugasKuliah
 
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02Valentino Selayan
 
Konsep dan karakteristik penelitian tindakan kelas
Konsep dan karakteristik penelitian tindakan kelasKonsep dan karakteristik penelitian tindakan kelas
Konsep dan karakteristik penelitian tindakan kelaseli priyatna laidan
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasMohamad Ambyah
 
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...Ta'allum: Jurnal Pendidikan Islam
 
Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)Ibenk Hallen
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaranguest11d30d
 

Similar to KONSEP PENYELIDIKAN (20)

Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
Gru6014 pembentangan penyelidikan tindakan_
 
Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan
 
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru6. Peningkatan Profesionalisme Guru
6. Peningkatan Profesionalisme Guru
 
makalah_penelitian_tindakan_kelas.docx
makalah_penelitian_tindakan_kelas.docxmakalah_penelitian_tindakan_kelas.docx
makalah_penelitian_tindakan_kelas.docx
 
Konsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTKKonsep teori dan contoh PTK
Konsep teori dan contoh PTK
 
Penelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-kti
Penelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-ktiPenelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-kti
Penelitian tindakan-kelas-ptk-contoh-karya-tulis-ilmiah-kti
 
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )Penelitian tindakan kelas ( ptk ) &  contoh karya tulis ilmiah ( kti )
Penelitian tindakan kelas ( ptk ) & contoh karya tulis ilmiah ( kti )
 
Penelitian tindakan kelas (ptk)
Penelitian tindakan kelas (ptk)Penelitian tindakan kelas (ptk)
Penelitian tindakan kelas (ptk)
 
Nota pep
Nota pepNota pep
Nota pep
 
Contoh ptk
Contoh ptkContoh ptk
Contoh ptk
 
1. konsep dasar penelitian tindakan kelas
1. konsep dasar penelitian tindakan kelas1. konsep dasar penelitian tindakan kelas
1. konsep dasar penelitian tindakan kelas
 
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
 
Konsep dan karakteristik penelitian tindakan kelas
Konsep dan karakteristik penelitian tindakan kelasKonsep dan karakteristik penelitian tindakan kelas
Konsep dan karakteristik penelitian tindakan kelas
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Uas ipa
Uas ipaUas ipa
Uas ipa
 
Langkah ptk
Langkah ptkLangkah ptk
Langkah ptk
 
Penelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelasPenelitian tindakan kelas
Penelitian tindakan kelas
 
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
PENGEMBANGAN PENELITIAN PENDIDIKAN AGAMA ISLAM BAGI PENGAWAS: MODEL PENELITIA...
 
Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)Penelitian tindakan kelas (viii)
Penelitian tindakan kelas (viii)
 
Kurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan PembelajaranKurikulum Dan Pembelajaran
Kurikulum Dan Pembelajaran
 

Recently uploaded

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 

KONSEP PENYELIDIKAN

  • 1. BAB KONSEP PENYELIDIKAN PENGENALAN Peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya, penggubalan kurikulum serta penyelidikan untk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. Kini konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah sedang dikembangkan dalam reformasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik juga sedang dimajukan untuk menggalakkan guru memberikan lebih perhatian dalam membuat keputusan pendidikan di sekolah. Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali masalah profesional yang mereka hadapi. Guru harus lebih peka dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan. 2
  • 2. 14 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan KONSEP PENYELIDIKAN Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita memerlukan bukti untuk menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah melalui penyelidikan. Untuk membuat penyelidikan, guru perlu memahami proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu, seseorang itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud penyelidikan. DEFINISI PENYELIDIKAN Beberapa penulis telah memberi takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah menakrifkan penyelidikan dengan ringkas sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak. Penyelidikan tindakan ditakrif sebagai inkuiri yang sistematik dijalankan oleh penyelidik guru, ketua jabatan, kaunselor atau stakeholder lain dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana sesuatu institusi bertindak atau beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan bagaimana pelajar mereka belajar. Maklumat ini adalah untuk mendapat ‘insight’, membina amalan reflektif, mengenakan perubahan positif dalam persekitaran institusi (atau amalan pendidikan) dan menambah baik hasil pelajar atau kehidupan orang yang terlibat. Penyelidikan tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan oleh pengajar untuk
  • 3. Konsep Penyelidikan 15 mereka, bukan dipaksa ke atasnya oleh orang lain. Terdapat empat langkah-langkah dalam proses penyelidikan tindakan seperti berikut: 1. Kenal pasti bidang fokus 2. Pengumpulan data 3. Analisis dan interpretasi data 4. Bangunkan pelan tindakan Menurut Richards dan Lockhart (1994), penyelidikan tindakan merupakan kajian bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan biasanya melibatkan projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru bilik darjah. Sementara itu, menurut kajian Cohen dan Manion (1994) pula, beliau berpendapat bahawa penyelidikan tindakan bersifat situasinal iaitu pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu konteks yang spesifik. Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional dan keadilan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di dalam amalan tersebut dijalankan (McTaggart, 1988). Gage (1975) pula mengatakan bahawa penyelidikan adalah suatu kajian yang sistematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menentukan jika dan/ atau bagaimana pemboleh ubah berkait antara satu sama lain. Mouly (1963) pula menegaskan penyelidikan sebagai suatu proses untuk mendapat penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan data, penganalisaan dan interpretasi yang terancang dan sistematik. Kedua-dua definisi di atas menerangkan penyelidikan sebagai satu proses. Dua lagi contoh takrifan dapat meneguhkan ciri
  • 4. 16 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan proses penyelidikan, jika merujuk kepada definisi yang diberi Kerlinger (1990) dan Best (1991) seperti berikut: 1. Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian. 2. Penyelidikan saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipotesis mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipoteis mengenai hubungan yang dijangkakan di antara fenomena. Merujuk kepada definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan seperti berikut: 1. Bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenal pasti dalam situasi yang spesifik atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu. 2. Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guru- guru kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri mereka. 3. Sebagai satu alat untuk menyerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau tambahan ke dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sistem yang biasanya menghalang inovasi dan perubahan. 4. Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik di antara para pendidik dan ahli akademik. 5. Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah. Madzniyah et al. (1995: 7) telah merumuskan bahawa ciri-ciri Penelitian tindakan kelas boleh dilihat pada dua aspek iaitu: Aspek pendekatan kajian, Penelitian tindakan kelas: 1. Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam p&p
  • 5. Konsep Penyelidikan 17 2. Melibatkan proses p&p dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina 3. Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar 4. Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri Aspek alam persekitaran kajian, penelitian tindakan kelas 1. Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik darjah atau sekolah 2. Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif 3. Memberi fokus pada sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah 4. Melibatkan tindakan intervensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan Berdasarkan ciri-ciri penelitian tindakan kelas yang telah dikemukakan, maka dapatlah dirumuskan antara ciri penting penelitian tindakan kelas adalah dilakukan oleh guru dalam situasi sebenar di bilik darjah; dilakukan secara kolaborasi yang bersifat inkuiri kolaboratif kritikal; untuk memperbaiki amalan melalui perubahan dalam p&p; melibatkan langkah-langkah dalam kitaran dan dilakukan secara sistematik. Walau bagaimanapun, penelitian tindakan kelas mempunyai beberapa ciri yang sama dengan penyelidikan konvensional yang lain iaitu ia menuju ke arah ilmu pengetahuan; ia menyediakan bukti bagi menyokong ilmu pengetahuan tersebut; ia menunjukkan proses inkuiri secara eksplisit yang membawa kepada munculnya ilmu pengetahuan dan ia menghubungkan ilmu pengetahuan baru dengan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
  • 6. 18 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk secara amnya kepada kaedah saintifik. Aktiviti penyelidikan itu merangkumi proses pengenalpastian masalah untuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau jawapan tentatif kepada masalah itu, menguji hipotesis, pengumpulan data dengan instrumen yang sah dan boleh dipercayai di samping penganalisaan serta interpretasi data. Langkah-langkah penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1. Rajah 1: Urutan Lineardalam Penyelidikan PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN Kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajian adalah sinopsis atau abstrak iaitu ringkasan menerangkan kajian yang dibuat, jenis kajian, pembabitan subjek di mana instrumen yang digunakan dan dapatan yang diperolehi. Daftar jadual, daftar rajah serta senarai singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan kajian ini. Takrif Penyelidikan Terbitkan Hipotesis Buat Definisi Operasional Reka Satu Instrumen Pngutan Data Buat Data Analisis Data Pungutan Data LANGKAH 3LANGKAH 2LANGKAH 1 LANGKAH 4 LANGKAH 8 LANGKAH 7 LANGKAH 6 LANGKAH 5
  • 7. Konsep Penyelidikan 19 Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena baru pada masa akan datang. AKTIVITI PENYELIDIKAN Mencari dan Mengenal Pasti Masalah Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenal pasti masalah penyelidikan. Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah penyelidikan yang genting yang mampu dikaji. Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan dengan menyiasat dan mengenal pasti isu-isu dan idea-idea untuk menentukan tajuk kajian. Masalah biasa seorang penyelidik guru merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan sehariaannya di dalam atau di luar bilik darjah. Penyelidik perlu berupaya mengenal pasti dan memfokus kepada persoalan masalah. Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalan- persoalan dan isu-isu tersirat. Pengenalpastian masalah melibatkan penentuan dengan tepat persoalan dan isu-isu penting yang genting dalam bidang pendidikan. Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan masalah dan persoalannya. Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah penyelidikan. Pertama, ialah mengenal pasti tajuk yang diminati. Kedua, membentuk pelbagai soalan kecil. Ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki dan keempat, menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan khusus.
  • 8. 20 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan Pemecahan persoalan kepada unsure-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan sehinggan penyelidik berupaya untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pemboleh ubah yang dapat membentuk masalah penyelidikan. Menilai dan Membentuk Masalah Penyelidikan Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan penyelidik mengetahui sejauh mana sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan kepada proses membuat keputusan dalam pendidikan. Pertimangan mengenai nilai kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu dan pendapat penyelidik. Secara ringkasnya, terdapat beberapa kriteria untuk memantapkan sesuatu masalah penyelidikan: 1. Masalah hendaklah sesuai untuk diselidiki. Masalah haruslah tergolong dalam bidang kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan diperuntukkan. 2. Penyelidik perlu menjalankan secara sistematik dan perlu menghindarkan masalah yang mempunyai pertimbangan nilai dan kepercayaan. 3. Matlamat penyelidikan haruslah mempunyai penyelesaian dan dapat meningkat pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan 4. Penyelidikan hendaklah dapat meneguhkan dan menambahkan lagi pengetahuan sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalah- masalah baru. Pembentukan Objektif dan Hipotesis Objektif nerupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif adalah bersifat lebih khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan objektif penyelidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan penyelidikan. Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat membantu menjelas tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.
  • 9. Konsep Penyelidikan 21 Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan antara dua atau lebih pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah saranan sementara bagi penyelesaian maslaah berasaskan teori atau hasil penyelidikan yang lepas. Berikut dirumuskan tujuan-tujuan hipotesis: 1. Hipotesis memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji 2. Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung 3. Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan, mencadangkan analisis statistik yang berkaitan dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. 4. Hipotesis member rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga member panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disearkan. Ciri-ciri Hipotesis Antara ciri-ciri hipotesis tertentu adalah seperti berikut: 1. Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna 2. Hipotesis mestilah sepadan dengan pengetahuan yang ada, tidak bertentangan dengan teori hokum yang ada 3. Hipotesis mestilah mempunyai kuasa penjelasan iaitu keupayaan menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas 4. Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah 5. Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak hipotesis yang bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipotesis diuji
  • 10. 22 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan Definisi Istilah Secara Operasional Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas dalam konteks skop kajian yang dibuat. Definisi ini bukan merujuk kepada kamus bahasa tetapi melibatkan bidang kajian terbabit dan rumusan daripada beberapa definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan dan memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep khusus dalam bidang berkaitan. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan. TINJAUAN LITERATUR Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literature penyelidik akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti sejauh mana sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan sebagainya untuk membentuk satu strategi dan kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalahnya. Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya-karya yang berkaitan dengan sesuatu penyelidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara, ensiklopedia, katalog dan penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review Resourses Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan profesional yang tidak diterbitkan, buku panduan dan lain-lain.
  • 11. Konsep Penyelidikan 23 POPULASI DAN PERSAMPELAN Mengenal pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi menentukan bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara langsung sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan Dianalisis. Pentaksiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan penyelidikan yang berkesan, penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan tepat dan jelas. Sample Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu, penyelidik harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang biasa kita mampu lakkan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sample bagi menganggar maklumat untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi adalah seperti berikut: 1. Persampelan berasaskan teori kebarangkalian Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Sungguhpun demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel bersandarkan teori kebarangkalian. 2. Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian Kadangkala penyelidik merasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan bertujuan.
  • 12. 24 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan KAEDAH PENYELIDIKAN Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan pendidikan. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan. Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang akan dijalankan. Terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan ialah kaedah sejarah, deskriptif, eksperimen, ex post facto, penyelidikan kualitatif dan penyelidikan penilaian. INSTRUMEN Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan, perkara- perkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah cara- cara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak berkesan serta boleh menyebabkan beban menginterpretasi maklumat dan hasil kajian. Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan alat pengumpulan data yang tidak berkesan. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument daripada kajian-kajian lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian penyelidikan. Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap olahan dan seterusnya terhadap pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir instrumen
  • 13. Konsep Penyelidikan 25 supaya dapat memberi gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat tersebut, item-item yang ada dan skala jawapan yang digunakan. Instrumen yang diambil dari luar hendaklah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan ayat-ayat yang mudah difahami. Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendakla dinyatakan dari hasil ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut.Item-item yang mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula sebelum dijalankan pungutan data sebenar. Memproses dan Menganalisis Data Membuat analisis dan interpretasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajian yang kedua. Proses menganalisis, menginterpretasi dan memuat keputusan hanya boleh dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada instrument soal selidik, pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah dihalkan dengan menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan, carta palang dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan pentafsiran.
  • 14. 26 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan MEMBUAT KESIMPULAN Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi untuk memberi jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan. Pada kebiasaannya terdapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan sepeti yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan pertentangan dengan hipotesis penyelidik. Hanya datu daripada dua kemungkinan tersebut boleh berlaku. Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia untuk mentafsir keputusan negatif atau sebaliknya. MEMBUAT LAPORAN Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini biasanya mengandungi perkara-perkara seperti berikut: 1. Pengenalan 2. Penyataan masalah penyelidikan 3. Objektif dan tujuan penyelidikan 4. Tinjauan Literatur 5. Kaedah penyelidikan yang digunakan 6. Keputusan kajian 7. Rumusan dan cadangan
  • 15. Konsep Penyelidikan 27 Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama. Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaanya lebih mantap dan meluas. RUMUSAN Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik. Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan penyelidikan memerlukan pengetahuan dan asas-asas bukti yang kukuh serta saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat global, penyelidikan seharusnya melibatkan perancangan yang sistematik dan teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan. Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat. Penyelidikan mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yang mengandungi fakta-fakta analisis dan klasifikasi yang logik dan diuji penggunaanya kea rah penyelesaian masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik. Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai panduan kepada penyelidikan pada masa akan datang bagi menghadapi kajian dan penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia.