SlideShare a Scribd company logo
1 of 54
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
                      KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA




                            MODUL PENYELIDIKAN DAN
                                    INOVASI



                                     AHLI PANEL



          Dr. Mohd Johan Bin Zakaria (Ketua)      IPGK TAWAU
          Dr. Ibrahim Bin Mohd Zain               IPGK IS
          Dr. Khairuddin Bin Said                 IPGK TAA
          Dr. Muhamad Sidek Bin Said              IPGK SM
          Dr. Baharuddin Bin Yaacob               IPSAH




INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
MODUL PENYELIDIKAN DAN INOVASI




                           UNIT 7: PENYELIDIKAN DAN INOVASI




JUMLAH JAM:           9 JAM (BERSEMUKA)

                      6 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI)




 Modul ini memperkenalkan peserta kepada asas penyelidikan, penyelidikan tindakan serta inovasi dan
                  kreativiti dalam membentuk profesionalisme pensyarah IPG.
1.         SINOPSIS
Modul ini memperkenalkan peserta kepada asas penyelidikan, kajian tindakan serta inovasi dan kreativiti
dalam membentuk profesionalisme pensyarah IPG.

2.         HASIL PEMBELAJARAN
            Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat:

      i.    Meningkatkan kemahiran asas penyelidikan sebagai panduan menjalankan kajian dalam
            pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran;
      ii. Menghasilkan satu kajian tindakan berasaskan pedagogi dalam bidang kepakaran;
      iii. Mengaplikasikan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran atau dalam kajian.
3.          PEMBAHAGIAN TOPIK DAN MASA

                                       TOPIK                                          JAM

     1.    Asas Penyelidikan                                                         2 Jam

     2.    Penyelidikan Tindakan                                                     5 Jam

     3.    Inovasi dan Kreativiti                                                    2 Jam

     4. Tugasan dan Pembelajaran Kendiri                                             6 Jam

     Jumlah                                                                          15 Jam



4. PENILAIAN
     Penilaian berbentuk tugasan yang dijalankan secara individu, di mana peserta   kursus di kehendaki :

     (i) Menghasilkan satu laporan kajian tindakan tidak kurang dari 1 500 perkataan (50%). Dihantar
            pada minggu ke 15.

     (ii) Menghasilkan inovasi dalam bidang masing-masing di mana panjang laporannya tidak melebihi 1
            500 perkataan (50%). Dihantar pada minggu ke 18.
5. RUJUKAN

Abbas Tashakorri & Teddlie, C.(1998). Mixed Methodology. Combining Qualitative And        Quantitative
       Approaches. Applied Social Research Methods Series. Vol. 46. Thousand

Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian Afektif. Kajang: Mana Enterprise.

Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. (1980). Rethinkng Case Study: Notes from the    Second
      Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular.Norwich,
      U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia.
      Analysis Questions. Thousand Oaks: SAGE Publications.


Ananda Kumar Palaniapan. 2005. Creativity and Academic Achievement: A Malaysian Perspective.
      Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd.

Bell, J. (1993). Doing Your Research Project. A Guide For First Time  Research In Education And
          Social Science. 2nd.ed. Buckingham: Open University Press.
Best, J.W. and Kahn, J.V. 1993. Research in Education. Edisi ke 7. Boston:Allyn & Bacon

Best, J.W. & Kahn, J.V. (1993). Research in Education. 7th.ed. Boston: Allyn and Bacon.


Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An introduction to Theory
       and Methods. Boston, MA: Allyn and Bacon.

Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. (1992). Qualitative Research for Education. An Introduction to Theory
       and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon

Borg, W. R. & Gall, M. D. (1989). Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York             &
       London: Longman


Borg, W.R. and Gall, M.D. 1989. Educational Research: An Introduction. Edisi ke-5. New York&
       London: Longman

Bryman, A. 1988. Quantity and Quality in Social Research. London: Unwin Hymen.

Cohen, L., Manion, L., dan Morrison, K. (2001). Research methods in education (5th Ed.). London:
       Routledge Falmer

Creswel, J.W (2008). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and
        qualitative research 3rd Edition. New Jersey: Pearson Prentice-Hall Inc.
Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage.
        Dewan Bahasa dan Pustaka.

Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2000). How To Design And Evaluate Research In Education.        Boston:
       McGraw-Hill.
Fraenkel, J.R. dan Wallen, N.E. 2000. How To Design and Evaluate Research in Education. Boston :
       McGraw-Hill.

Hair, J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L., & Black, W.C. (1998). Multivariate dataanalysis with readings.
         New York: Mcmillan.

Hammersly, D. (1992a). What‟s Wrong with Ethnography: Methodological Exploration.                   London:
     Rutledge.       Harper Collins.

Hart, C. (1998). Doing A Literature Review. Releasing The Social Science Research            Imagination.
        London: SAGE Publications.


Hopkins, K.D. (1998). Educational and Psychological Measurement & Evaluation. Ed.Ke-2. Boston:
       Allyn & Bacon.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Buku Panduan Penyelidikan Pendidikan. Bahagian Pendidikan
      Guru, KPM.

Kirk, J. and Miller, M. (1986). Reliability and Validity in Qualitative Research Methods Series

Leedy, P.D. (1993). Practical Research Planning And Design. 5th.ed. New York: Macmillan           Publishing
       Co.


Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (1995). Measuring and assessment in teaching. Ed. ke-7. New Jersey:
       Prentice-Hall Inc.

Lovell, K and Lawson, K.S. (1971). Understanding Research in Educations London:             University of
        London Press Ltd.


Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur
       : Penerbit Universiti Malaya.

Miles, M.B. and Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis: A sourcebook of new              methods.
       Beverly Hills, CA.: SAGE Publications.


Mohd Azhar Abd. Hamid., Mohd Koharuddin Balwi dan Muhamed Fauzi Othman. 2006. Reka Cipta &
      Inovasi : Dalam Perspektif Kreativiti. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP.

Newton, R.R. & Rudestam, K.E. (1999). Your Statistical Consultant.Answer To Your Data
      No. 1. London: SAGE Publications.
      Oaks: SAGE Publications.
Palant, J. (2001). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS for windows.
         Ver. 10. Illinois: Allen & Unwin.

Payne, D.A. & McMorris, R.F. (1967). Educational and Psychological Measurement: constributions to
       theory and practice. Waltham: Mass Blaisdell Pub.Co.

Selltiz, C., Jahoda, M., Deutsch, M. and Cook, S. (1964). Research Methods in Social       Relations. New
         York: Holt, Rinehart & Winston.

Silverman, D. _   Interpreting Qualitative Data: Methods for Analyzing Talk, Text &            Interaction.
       London: SAGE Publications.


Siti Rahayah Ariffin, Noriah Ishak, Rohaty Majzub, Ramlee Mustapha, Rosadah Majid, Abd. Ghafur
        Ahmad, Norshidah Salleh. (2004a). Manual Instrumen Malaysian Adolescens Multiple
        Intelligences Test (MAMIT). Bangi: UKM.

Siti Rahayah Ariffin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman, Ibrahim Mohamed Zin. (2004b).
        Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan pensyarah di sebuah institusi
        pengajian tinggi. Jurnal Teknologi: E - Pengurusan, Pendidikan dan Sains Sosial 41(E): 33-42.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. UKM: Penerbit
        Pusat Pembangunan Akademik.

Siti Rahayah Ariffin. (2008). Inovasi dalam pengukuran dan penilaian pendidikan. UKM: Penerbit
        Fakulti Pendidikan.

Stake, R. E. (1994). Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of         Qualitative
        Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247.

Strauss, A. and Corbin. (1990). Basic Qualitative Research. Englewood Cliff: Prentice-Hall


Sufean Hussin. 2002. Inovasi Dasar Pendidikan: Perspektif Sistem dan Organisasi. Kuala Lumpur :
       Penerbit Universiti Malaya.

Sufean Hussin. 2002. Revitalising Education. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn
       Bh

Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:

Tabachnick, B. G. and Fidell, L. S. (1996). Using Multivariate Statistics. 3rd ed. New York:

UKM. (1999). Panduan Menulis Tesis. Gaya UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Wiersma, W. (2000). Research methods in education: an introduction. Ed. ke-7. Needham Height, MA:
      Allyn and Bacon.

        William, W. 1991. Research Method In Education. 5th.ed. Boston: Allyn and Bacon

Yin, R. (1994). Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.
FASA           :       1/2/3
TARIKH                 :        2012
TAJUK          :       7.1 Kemahiran Asas Penyelidikan
MASA           :       2 jam
OBJEKTIF       :       Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat:
                       1. Menerangkan konsep asas penyelidikan pendidikan.
                       2. Menyenaraikan skala pengukuran dan perbezaannya
                       3. Menjelaskan metodologi penyelidikan dalam pendidikan.
                       4. Mengaplikasi kemahiran utama dalam menjalankan penyelidikan


Pengenalan

Unit ini akan memberi input tentang konsep-konsep asas penyelidikan termasuk terminologi yang
digunapakai dalam penyelidikan pendidikan, etika seorang penyelidik dan jenis-jenis penyelidikan. Aspek
lain meminta peserta menguasai skala pengukuran khususnya dalam penyelidikan kuantitatif. Para peserta
juga akan didedahkan tentang reka bentuk dan metodologi penyelidikan, merangkumi jenis reka bentuk
dan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Di samping itu, peserta juga akan didedahkan tentang
kemahiran-kemahiran utama yang perlu diaplikasi dalam penyelidikan, antaranya konsep membina
instrumen, kesahan dan kebolehpercayaan, sorotan literatur dan penulisan rujukan menggunakan
American Psychological Association (APA).

PERINCIAN AKTIVITI:

  LANGKAH /                          AKTIVITI                                 STRATEGI
     MASA
Langkah 1            Fasilitator menerangkan:                               Bahan ransangan
(30 minit)                    Konsep penyelidikan dan                       Sumbangsaran
                              penyelidikan pendidikan, jenis                Nota kuliah (Lampiran
                              penyelidikan dan etika penyelidik             A)
                              Jenis skala pengukuran.
                              Reka bentuk dan metodologi
                              penyelidikan.
                              Pembinaan instrumen, kesahan dan
                              kebolehpercayaan, sorotan literatur
                              dan penulisan rujukan mengikut
                              „APA‟
Langkah 2            Aktiviti Kumpulan dan Pembentangan                     Perbincangan dalam
(60 minit)                    Peserta dikelompokkan kepada                  kumpulan kecil
                              beberapa kumpulan kecil mengikut              Senario dan artikel
                              kesesuaian.                                   jurnal disediakan
                              Setiap kumpulan akan melaksanakan
                              aktiviti 1.1.
                              Selepas perbincangan, setiap
                              kumpulan akan membentangkan
                              hasilan masing-masing.
                              Apabila selesai aktiviti 1.1,
                              kumpulan akan diarahkan untuk
                              melaksanakan aktiviti 1.2
Langkah 3            Rumusan Kumpulan                                       Pembentangan
(10 minit)                  Setiap wakil kumpulan diminta untuk            kumpulan
                            membuat refleksi terhadap aktiviti
                            yang telah dilaksanakan.
                            Fasilitator memberi ulasan terhadap
                            isi pembentangan.
Langkah 4            Rumusan Akhir
(20 minit)                  Fasilitator mengaitkan aktiviti
                            kumpulan dengan objektif yang ingin
                            dicapai
                        Adalah diharapkan peserta dapat
                        meneroka maklumat lanjut untuk tujuan
                        kefahaman yang lebih mendalam.

Aktiviti 1.1:

Dalam kumpulan masing-masing, bincangkan senario yang diberikan dalam konteks etika seorang
penyelidik :


        Secara berpasangan, setiap kumpulan akan membincangkan:
        1: Perbezaan di antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif
        2: skala bagi soal selidik yang disediakan. (rujuk lampiran B)
        Bentangkan dapatan setiap kumpulan dengan memberikan justifikasi yang tepat
        Perbincangan dan membuat rumusan berkaitan dengan etika penyelidikan dalam contoh yang
        diberikan.


Aktiviti 1.2:

Setiap peserta merujuk satu artikel jurnal berwasit:

        Peserta dikehendaki menganalisis serta membuat kritikan artikel berkenaan dalam aspek:
                - Reka bentuk dan metodologi kajian
                - Literatur kajian
                - Kesahan dan kebolehpercayaan
                - Rujukan
        Peserta membentang laporan dan kritikan artikel berkenaan dan dibincangkan.


Bahan Bacaan :

Lampiran A
FASA            :       1/2/3
TARIKH                  :
TAJUK           :       7.2 Kajian Tindakan I
MASA            :       2 jam
OBJEKTIF        :       Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat:
                            1. Menerangkan definisi, konsep, objektif dan kepentingan kajian tindakan.
                            2. Menyatakan ciri-ciri penting dalam kajian tindakan.
                            3. Menyenaraikan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh penyelidik.
                            4. Menerangkan teknik-teknik membina instrumen kajian dan menganalisis
                            data.
Pengenalan
Unit ini akan memberi input tentang definisi, konsep, objektif, kepentingan dan ciri-ciri kajian tindakan.
Di samping itu para peserta akan didedahkan tentang kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh
penyelidik. Seterusnya peserta juga akan didedahkan dengan teknik-teknik membina instrumen dan
menganalisis data.

PERINCIAN AKTIVITI:

LANGKAH /            AKTIVITI                                        STRATEGI
MASA
Langkah 1            Fasilitator menerangkan:                                Bahan kuliah
(30 minit)                    Definisi, konsep kajian tindakan               (Lampiran B)
                              Objektif dan kepentingan kajian                Sumbangsaran
                              tindakan                                       Kuliah dibantu oleh
                              Ciri-ciri kajian tindakan                      bahan (rangka konsep)
                              Kemahiran utama yang perlu                     secara power point
                              dikuasai.
                              Teknik-teknik membina instrumen
                              dan menganalisis data
Langkah 2            Aktiviti Kumpulan dan Pembentangan                      Perbincangan dalam
(60 minit)                    Peserta dikelompokkan kepada                   kumpulan kecil
                              beberapa kumpulan kecil mengikut
                              kesesuaian.
                              Setiap kumpulan akan melaksanakan
                              aktiviti 2.1
                              Selepas perbincangan, setiap
                              kumpulan akan membentangkan
                              hasilan masing-masing.
                              Apabila selesai aktiviti 2.1,
                              kumpulan akan diarahkan untuk
                              melaksanakan aktiviti 2.2 dan 2.3
                              sehingga semua aktiviti yang
                              dirancang tamat.
Langkah 3            Rumusan Kumpulan                                        Pembentangan
(10 minit)                    Setiap wakil kumpulan diminta untuk            kumpulan
                              membuat refleksi terhadap aktiviti
                              yang telah dilaksanakan.
                              Fasilitator memberi ulasan terhadap
                              isi pembentangan.
Langkah 4               Rumusan Akhir
(20 minit)                     Fasilitator mengaitkan aktiviti
                               kumpulan dengan objektif yang ingin
                               dicapai
                           Adalah diharapkan peserta dapat
                           meneroka maklumat lanjut untuk tujuan
                           kefahaman yang lebih mendalam.

Aktiviti 2.1:

Dalam kumpulan masing-masing, laksanakan aktiviti berikut:

Berasaskan maklumat di atas bina satu peta minda yang mengambarkan konsep kajian tindakan.

Lengkapkan perbezaan ciri-ciri kajian tindakan dengan kajian-kajian lain

        Perbezaan                   Kajian Tindakan                        Kajian-kajian lain


  i) Objektif


  ii) Rekabentuk kajian


  ii) Subjek Kajian


  iii) Kaedah Kajian


  iv) Laporan          Hasil
      Kajian




Aktiviti 2.2:
Setiap kumpulan diminta untuk membina instrumen, iaitu borang temubual, borang soal selidik, senarai
semak pemerhatian, ujian pencapaian
Arahan:

    1. Bina satu instrumen yang telah ditetapkan oleh fasilitator berasaskan satu tajuk kajian yang akan
       dijalankan.
    2. Setiap ahli kumpulan perlu menyumbang sekurang-kurangnya satu item dalam instrumen.
    3. Instrumen yang dibina mestilah dapat menjawab objektif kajian.
    4. Bentangkan hasil kumpulan anda.
Aktiviti 2.3:

Setiap kumpulan harus memikirkan bagaimana untuk menganalisis data yang dikutip berdasarkan
instrumen yang dibina.

Gunakan teknik persembahan data yang sesuai bagi menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan.

Bentangkan hasilan kumpulan anda.
FASA           :       1/2/3
TARIKH         :
TAJUK          :       7.3 Kajian Tindakan II
MASA           :       3 Jam
OBJEKTIF       :       Selepas tamat menjalani aktiviti ini, peserta dapat:

               i.      Memperolehi sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran
                       guru dan sebagainya.
               ii.     Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan
                       pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki
                       amalan sendiri.
               iii.    Menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan
                       idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat
                       penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum.
               iv.     Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang
                       perancangan untuk tindakan.
               v.      Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang
                       lebih aktif dan efektif.
               vi.     Melaksana kajian tindakan dengan bimbingan mentornya.



Pengenalan
Unit ini akan memberi input tentang langkah-langkah penting ke arah menyediakan satu kajian tindakan
yang baik. Para peserta juga akan diperkenalkan kaedah bagi melaksanakan Kajian Tindakan. Di samping
itu, para peserta juga akan didedahkan tentang cara untuk mendapat sumber maklumat penting untuk
memahami amalan pengajarannya. Seterusnya, peserta juga akan memperolehi kemahiran dalam
penyediaan kertas cadangan kajian tindakan dan melaksanakan kajian tindakan.


PERINCIAN AKTIVITI:

  LANGKAH/MASA                               AKTIVITI                              STRATEGI
 Langkah 1              Fasilitator menerangkan:                                Sumbangsaran
 (30 Minit)                      memilih     masalah/isu   kajian       dalam   Perbincangan
                                 penyelidikan tindakan                          kertas     cadangan
                                 perancangan kajian tindakan           dengan   Kajian     Tindakan
                                 penyediaan kertas cadangan.                    pelajar PISMP Sem
                                                                                7.

 Langkah 2              Aktiviti Kumpulan Dan Pembentangan                      Perbincangan dalam
 (90 minit)                     Peserta dikelompokkan kepada beberapa           kumpulan kecil
                                kumpulan kecil mengikut kesesuaian.
                                Setiap kumpulan akan menyediakan kertas
                                cadangan kajian tindakan
                                Selepas perbincangan, setiap kumpulan
                                akan membentangkan hasilan masing-
                                masing.
                        Rumusan Kumpulan
 Langkah 3                      Setiap kumpulan diminta untuk membuat           Pembentangan
(30 minit)          refleksi terhadap aktiviti yang telah      Kumpulan
                    dilaksanakan.                              Panduan      Asas
                    Fasilitator memberi ulasan terhadap isi    Cadangan    Kajian
                    pembentangan                               Tindakan (Lampiran
                                                               C)
Langkah 4    Rumusan Akhir
(20 minit)        Fasilitator mengaitkan aktiviti kumpulan
                  dengan objektif yang ingin dicapai.

             Adalah diharapkan peserta dapat meneroka
             maklumat lanjut berkaitan Kajian Tindakan untuk
             tujuan kefahaman yang lebih mendalam
FASA             :     1/2/3
TARIKH                 :
TAJUK            :     7.4 Kreativiti dan Inovasi
MASA             :     2 jam
OBJEKTIF         :     Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat:
                       1. Mengetahui tentang konsep kreativiti dan inovasi.
                       2. Mengetahui tentang elemen kreativiti dan inovasi dalam KSSR.
                       3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk membentuk kreativiti dan inovasi
                           dalam P & P.
                       4. Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang
                           mengandungi nilai tambah kreativiti dan inovasi.


Pengenalan
Manusia dicipta oleh Allah sebagai khalifah yang bertanggung jawab menguruskan alam untuk
kesejahteraan semua makhluk. Perubahan sistem kehidupan dan keperluan semasa menuntut manusia
sentiasa berfikir dan bertindak untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Di sinilah tuntutan
kreativiti dan inovasi sejak zaman berzaman terus berlaku dalam berbagai bidang kehidupan seperti adat
resam, perundangan, pentadbiran negara, perdagangan, sains, perubatan, kesenian, sastera, bahasa,
telekomunikasi dan pengangkutan. Inovasi demi inovasi dibuat oleh manusia untuk terus memperbaiki
keadaan dan sistem kehidupan mereka. Justeru itu, inovasi tidak bersifat statik malah berterusan dalam
pemikiran dan kehidupan manusia. Melihat kepada kepentingan kreativiti dan inovasi, sewajarnya
pemikiran ini ditanam dalam minda semua murid dan diamalkan dalam sistem pembelajaran mereka.

PERINCIAN AKTIVITI:

LANGKAH /            AKTIVITI                                           STRATEGI
MASA
Langkah 1
                           Peserta duduk di tempat duduk masing-        Aktiviti
Konsep
                           masing.
Kreativiti dan                                                             Mendengar penerangan.
Inovasi                    “Ice Breaking” tentang hubungan antara
                                                                           Soal jawab
(20 minit)                 Kajian Tindakan dengan kreativiti dan
                                                                           Perbincangan umum
                           inovasi.
                                                                           Nota kuliah (Lampiran
                           Peserta akan mendengar penerangan
                                                                           D)
                           tentang konsep kreativiti dan inovasi yang
                           disampaikan oleh penceramah/ fasilitator
Langkah 2                                                                          Aktiviti dalam
                           Peserta diminta membentuk kumpulan
Kreativiti dan                                                                     kumpulan kecil
                           kecil (2-4 orang satu kumpulan).
Inovasi dalam                                                                      Mencari maklumat
Kurikulum/                 Selepas itu, peserta diminta memberikan
                                                                                   tentang KBSR dan
KSSR                       sumbang saran tentang elemen kreativiti
                                                                                   KSSR (Rujuk
(30 minit)                 dan inovasi dalam KBSR dan KSSR.
                                                                                   laman Web
                           Setiap kumpulan/ peserta dijemput untuk
                                                                                   Bahagian
                           membentangkan hasil perbincangan.
                                                                                   Perkembangan
                                                                                   Kurikulum KPM)
Langkah 3                                                          Gerak kerja
                    Peserta memilih pasangan untuk aktiviti
Mengenal pasti                                                     berpasangan
                    seterusnya.
langkah/aktiviti                                                   Peserta berbincang
kreativiti dan      Setiap peserta akan bertanya kepada
                    pasangannya tentang elemen kreativiti dan      Penerangan kepada
inovasi dalam                                                      kumpulan-
P&P                 inovasi dalam mata pelajaran yang diajar.
                                                                   kumpulan lain
(30 minit)          Mencatat/ mengumpulkan elemen kreativiti
                    dan inovasi yang telah dikenalpasti
                    Setiap kumpulan boleh bergerak kepada
                    kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat/
                    hasil perbincangan kumpulan tersebut.
                    Wakil kumpulan membuat rumusan



Langkah 4              Setiap peserta diminta menyediakan satu     Individu
Penyediaan             Rancangan P&P yang berfokus kepada          Contoh RPH boleh
Rancangan P&P          aktiviti/langkah    yang    mengandungi     diperolehi dari Unit
yang                   elemen kreativiti dan inovasi dalam         Praktikum IPGK
mempunyai              kursus/ mata pelajaran masing-masing
elemen kreativiti
dan inovasi
(30 minit)



Langkah 5           Refleksi peserta terhadap amalan P&P yang      Kumpulan besar
Rumusan             mempunyai nilai kreativiti dan inovasi dalam
(10 minit)          pengalaman pengajaran mereka dan cadangan
                    peningkatan amalan tersebut.
LAMPIRAN A

           KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENSYARAH BAHARU


                                 KONSEP ASAS PENYELIDIKAN


APA ITU PENYELIDIKAN?

Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara,
menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam.

Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan
meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan
ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977)

Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan
baru dengan mengunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-
sarjana dalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1970)

Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan
fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori
atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975)

Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan
maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan
Ballaine – Research and Methodology in Business)

Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi dengan mengunakan
peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masalah dari
penggunaan kaedah yang tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in
Business)

JENIS PENYELIDIKAN

Terdapat empat jenis penyelidikan yang biasa dijalankan. Keempat-empat jenis itu adalah penyelidikan
asas, penyelidikan gunaan, penyelidikan tindakan dan penyelidikan penilaian yang setiap satunya sangat
berbeza dan mempunyai tujuan yang berlainan.

        Penyelidikan Asas
Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori
baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian.

        Penyelidikan Gunaan
Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya berkaitan polisi seperti kajian
pelaksanaan PPSMI, kajian kesesuaian guru sekolah mengambil peperiksaan awam bagi menggantikan
PTK, kajian EDUWEB TV dan kajian kepuasan guru dan kajian menyelesaikan masalah sosial dan
masalah pendidikan.
Penyelidikan Tindakan
Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian sama ada telah mencapai tahap yang
sepatutnya.


        Penyelidikan Penilaian
Kajian untuk menilai sesuatu program yang telah dijalankan dalam tempoh tertentu. Bertujuan untuk
mengenal pasti kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan keekonomian sesuatu program kepada
kumpulan sasaran. Dapatan kajian mungkin mengesyorkan program itu “Diteruskan”, “Diubahsuai” atau
“Dibatalkan”

ETIKA DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN


       Prinsip autonomi
Bertanggungjawab ke atas perlakuan diri sendiri. Individu mempunyai kebebasan melakukan tindakan
dengan bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain.

        Persetujuan termaklum
Persetujuan termaklum mengandungi beberapa aspek iaitu, kewarasan, kesukarelaan, penyediaan
maklumat dan kefahaman tentang kajian. Aspek kewarasan iaitu disedari secara kognitif dan emosi.
Kesukarelaan iaitu data sah dipungut jika sampel rela hati, bukan paksaan atau ugutan dan ancaman.
Penyediaan maklumat iaitu tidak semua maklumat kajian perlu didedahkan kepada sampel, antaranya
risiko dan jenis kajian eksperimental yang ada perkara perlu dirahsiakan. Kefahaman tentang kajian iaitu
sampel jelas kajian yang dijalankan melalui taklimat yang teratur dan jelas, beri masa yang mencukupi
untuk menjawab instrumen serta bahasa yang mudah difahami.

Persetujuan termaklum memadai jika penyelidik telah memberikan keterangan tentang prosedur dan
tujuan kajian, memaklumkan risiko, memaklumkan rasa tidak selesa. memaklumkan kebaikan kajian,
bersedia memberi alternatif lain kepada sampel atau menarik diri sebagai sampel dan bersedia menjawab
sebarang soalan yang dikemukakan oleh sampel.

        Kebenaran menjalankan kajian
Seseorang pengkaji terlebih dahulu perlu menyediakan proposal kajian dan disertakan semasa memohon
kebenaran menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Pembangunan Dasar Pendidikan
(EPRD). Setelah mendapat kebenaran daripada EPRD, pengkaji perlu mendapatkan juga kebenaran
daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasuki sekolah-sekolah untuk mengambil sampel dalam
kalangan guru atau murid sekolah. Setelah selesai kajian, salinan laporan kajian hendaklah dihantar
kepada pihak yang memberi kebenaran, iaitu EPRD dan JPN.


        Keselamatan sampel
Sebagai panduan, pengkaji perlu memastikan keselamatan sampel terjamin semasa kajian dijalankan.
Pengkaji pastikan sampel tidak terganggu khususnya perkara-perkara yang boleh mendatangkan
kecederaan, kecacacatan, khususnya dalam kajian yang berbentuk penggunaan fizikal sampel. Pengkaji
juga perlu menjaga emosi sampel supaya terhindar daripada perasaan takut, gementar, geram, khususnya
kajian yang berbentuk kegagalan, kekecewaan diri sampel.
Membuat kebaikan
Pengkaji hendaklah meletakkan prinsip di mana kajian yang dijalankan dapat membuat kebaikan, iaitu
niat melakukan kajian untuk menyumbang kepada masyarakat dan bukan untuk membuktikan kesilapan
atau kekurangan pihak-pihak tertentu.


         Kesahan
Kesahan merupakan aspek penting dalam kajian. Apabila semua aspek penting kajian seperti
persampelan, reka bentuk, instrumen, analisis data telah dipenuhi, barulah sesuatu kajian itu dapat
ditakrifkan sebagai sah dan boleh diguna pakai. Apabila aspek tadi tidak dipenuhi sepenuhnya dan juga
aspek kebolehpercayaan yang diragukan, pentakrifan kajian secara terhad sahaja dapat dibuat.

         Pengiktirafan
Iktiraf dan hargai penulis sebelum kita. Banyak prinsip asas telah diterokai oleh pengkaji dan penulis
artikel terdahulu di mana kita mula menceburinya. Rujukan yang dipetik perlu jujur dari segi ketepatan
dan kebenarannya.

        Penyeliaan
Penyeliaan penyelidikan merupakan aspek penting dalam dunia akademik. Penyelia dan pelajar perlu
memahami hak dan tanggungjawab masing-masing. Temu janji, persediaan, perancangan, perbincangan
antara pelajar dan penyelia sehingga kajian siap amat mustahak.

        Hak hasil penyelidikan
Isu hak hasil penyelidikan merupakan isi universal dan menjadi dilema etika bagi cendekiawan akademik.
Siapa berhak menggunakan hasil penyelidikan pelajar sering menjadi tanda tanya. Setiap data mentah,
dapatan, hasil penyelidikan tetap menjadi hak pelajar manakala untuk pengarang individu atau pengarang
bersama (penyelia sebagai co-author), boleh dipertimbangkan jika penyelia menyumbang secara berkesan
dalam kajian pelajarnya.

        Perhubungan penduaan
Wujud apabila terdapat percanggahan tanggungjawab dalam perhubungan antara dua pihak yang
mempunyai hubungan hierarki yang satunya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Contohnya seorang
pelajar masukkan nama pensyarah dalam artikelnya dengan tujuan mendapatkan merit atau markah
tesisnya. Situasi ini berkehendakkan asas pertimbangan antara autonomi pelajar dan penyelia. Sebaik-
baiknya, penerbitan hendaklah dibuat selepas tesis dihasilkan bagi mengelakkan pihak penyelia dikatakan
mendapat manfaat daripada tesis pelajarnya.




PENGUKURAN DAN PENGSKALAAN

Statistik menumpukan kepada dua jenis perkara iaitu penerangan data dan juga pengaruh pembinaan
sesuatu populasi yang berdasarkan maklumat terkandung dalam sampel. Tersurat dalam perkara ini
adalah kita sebenarnya boleh membuat pengukuran ciri-ciri berkenaan.

PEMALAR DAN PEMBOLEHUBAH (CONSTANT DAN VARIABLES)

Apabila pemerhatian ke atas sesuatu fenomena atau sesuatu hasilan ujian berterusan didapati tidak
berubah ianya dipanggil “malar” (constant). Contoh bagi malar ialah jika kita bertanya kepada semua
peserta didalam kelas ini berapakah harga yang dibayar untuk memperbaharui lesen memandu kita akan
dapati bahwa jawapan yang diberikan adalah sama.

Apabila pemerhatian terhadap sesuatu fenomena berubah dari satu ujian ke satu ujian yang lain ianya
dipanggil pembolehubah. Contohnya adalah apabila kita bertanya berapakah yang dibelanja oleh
pegawai-pegwai INTAN untuk makan tengahari tentunya kita akan dapati jawapannya tidak sama kerana
perbelanjaan makan tengahari adalah berbeza dari seorang pegawai dengan yang lain.

Ahli sains sosial biasanya menumpukan pada pemerhatian pembolehubah. Rumusan dan ringkasan data
akan lebih mudah jika pemerhatian dibuat ke atas pemalar. Tiada mana-mana maklumat teori diperlukan
untuk dijadikan sandaran jika nilai-nilai pemerhatian adalah constant dari satu ujian ke satu ujian yang
lain.

Pemerhatian terhadap pembolehubah kuantitatif hanya boleh mengambilkira nilai beberapa bilangan
tertentu dan ini dipanggil pembolehubah berasingan (discrete variables). Contohnya bilangan kanak-
kanak dalam sesebuah keluarga. Apabila pemerhatian dibuat ke atas pembolehubah kuantitatif yang boleh
mengambil kira pelbagai nilai bilangan pada peringkat-peringkat tertentu ianya dipanggil sebagai
pembolehubah berterusan (continous variable). Bukan semua pembolehubah yang digunakan dalam
bidang sains sosial adalah kuantitatif contohnya status pekerjaan seorang. Pembolehubah kualitatif
adalah satu pemerhatian yang berubah jenis tetapi bukan pada tahap.


SKALA PENGUKURAN BAGI PEMBOLEHUBAH KUALITATIF DAN KUANTITATIF

Ahli sains sosial bersetuju bahawa ada empat skala asas bagi membuat pengukuran. Ia berubah bagi tahap
ke satu tahap dalam mengumpulkan jenis bilangan pembolehubah. Skala yang dimaksudkan adalah
nominal. ordinal, interval dan ratio.


        Skala Nominal

Skala Nominal menerangkan kategori tertentu dengan nama. Kategori ini dipanggil tahap skala. Semua
pembolehubah kuantitatif diukur dengan skala nominal. Contohnya, kaum boleh dibahagikan kepada
empat jenis iaitu Melayu, Cina , India dan lain-lain agar semua pemerhatian setiap bakal repsonden boleh
diukur atau dikategorikan pada tahap tertentu. Bagaimana pun nombor-nombor ini tidak mewakili mana-
mana nilai dan kita tidak boleh menyatakan peringkat-peringkat tetap tertentu bagi tahap-tahap tersebut

        Skala Ordinal

Skala ordinal menggabungkan ciri-ciri skala turutan dan ciri tambahan yang diperhatikan boleh disusun
atau diletakkan dalam turutan dari rendah ke tinggi. Walaupun pada skala ordinal kita boleh meletakkan
tahap pemerhatian dari rendah ke tinggi, kita tidak boleh menetapkan jarak diantara satu tahap.
Contohnya kita boleh mengklasifikasikan kakitangan awam kepada empat, kumpulan A, B, C, dan D
tetapi kita tidak boleh menyatakan status tahap atau jarak di antara kelas tersebut adalah sama antara satu
yang lain.

        Skala Interval (Skala Selang)

Skala interval menggabungkan semua ciri-ciri ordinal atau nominal dan kita boleh menyatakan jarak atau
had bagi sesuatu skala. Contohnya adalah seperti Ujian IQ yang sama tahap dijalankan bagi 8 buah
sekolah di sesuatu kawasan , jika purata ujian skor bagi setiap sekolah seperti yang ditunjukkan di bawah,
kita bukan sahaja boleh mengkelaskan purata IQ tersebut dari tinggi ke rendah tetapi kita boleh juga
mengetahui jarak sebenar, yang diukur dalam unit skor bagi ujian IQ terebut di antara sekolah-sekolah
terlibat. Berdasarkan purata skor IQ, skor sekolah 7 lebih mirip dengan skor sekolah 6 dari skor sekolah 8

                                             Keputusan Purata IQ

                                     Sekolah                   IQ

                                         1                    150
                                         2                    128
                                         3                    126
                                         4                    125
                                         5                    122
                                         6                    120
                                         7                    110
                                         8                     75


Satu ciri kurang baik skala ini adalah punca skala tidak dinyatakan yakni kita tidak tahu dimana 0
diletakkan, dengan tidak mengetahui dimana 0 diletakkan pada skala bermakna, kita tidak boleh
mengesahkan nisbah pemerhatian. Sebagai contoh kita mungkin ingin mengetahui nisbah bagi


        IQ Sekolah 1 =      150   = 2
        IQ Sekolah 8         75


Keputusan yang diperolehi tidak membenarkan kita menyatakan purata pencapaian IQ pelajar tahun 6
pada Sekolah 1 adalah dua kali lebih baik dari pelajar Sekolah 8. Jika 0 boleh dinyatakan pada skala
selang, skala tersebut menjadi skala nisbah.

        Skala Ratio (Nisbah)

Skala nisbah mengabungkan semua ciri skala selang dan ciri tambahan yang membentuk tahap skala.
Contohnya kadar kelahiran, kadar kematian, ketinggian, berat, bilangan pelajar. Kesemua keempat-empat
skala berbeda keupayaan mereka dalam mengkelaskan data.



Measurement Scales

Categorical/nominal scale: Used to measure discrete variables that can be classified by two or more
mutually exclusive categories.

Ex: Gender is a categorically scaled variable with two categories: male & female. the scale scores (0,1)
have no meaning.
Ordinal scale: Used to measure discrete variables that are categorical in nature and can be ordered
(meaningfully).

Ex: Undergraduate class is an ordinally scaled variable with four meaningfully ordered categories:
freshman, sophomore, Junior, Senior. The scale scores (1,2,3,4) have meaning in that Juniors have
complete more units than sophomores who have completed more than freshman . . .

Interval scale: Used to measure continuous variables that are ordinal in nature and result in values that
represent actual and equal differences in the variable measured.

Ex: Temperature is an interval scaled variable with meaningfully ordered categories (hot, cold) that can
be measured (scale has a constant unit of measurement) to finer and finer degrees given appropriate
instrumentation.

Ratio scale: Used to measure continuous variables that have a true zero, implying total lack of the
attribute/property being measured.

Ex: Weight is a ratio scaled variable with meaningfully ordered categories (heavy, light) that can be
measured to finer and finer degrees that also has a true rather than arbitrary zero.


Continuous variables are ones at least interval scaled - call for use of parametric statistics

Discrete variables are ones that are categorical or ordinal in nature and call for use of non-parametric
statistics.




MEMBINA INSTRUMEN KAJIAN

Proses membina instrumen mempunyai pelbagai peringkat yang

1. Pertimbangan Awal / Preliminary Question

Apa yang hendak diukur?
bergantung kepada bagaimana konstruk didefinisi dan sejauhmana konstruk itu berbeza atau sama dengan
instrumen lain yang bertujuan mengukur konstruk yang sama.

Apa perlunya instrumen ini?
- Apa yang menyebabkan instrumen ini lebih baik daripada instrumen lain sedia ada?
- Adakah bukti kukuh dari sudut kebolehpercayaan dan kesahan?
- Adakah skop lebih menyeluruh?
- Adakah mengambil masa yang singkat dan kos yang rendah?
Apakah tujuan dan objektif instrumen?
-Kebolehan (kemahiran membaca, menulis, kecerdasan)
-Personaliti (ekstrovert, introvert, kreativiti)
-Kecelaruan (kerisauan, tekanan, kecelaruan fikiran)
-Emosi (kegembiraan, kemarahan, kemurungan)
-Sikap (prejudis)
-Minat (kecenderungan kerjaya)
-Kenal pasti kumpulan sasaran yang hendak diukur
-Umur, bangsa, jantina, SES, keperluan khas.

2. Tentukan konstruk dan definisi operasi
Tentukan instrumen yang akan dibina mempunyai satu dimensi atau beberapa dimensi. Dapatkan
pandangan pakar atau melalui temubual atau melalui bacaan literatur, buku, teori yang mendasari
konstruk berkenaan. Beri definisi operasi bagi setiap konstruk dan pemboleh ubah yang diukur.

3. Jadual Spesifikasi Instrumen (JSI)
Berdasarkan tujuan dan objektif kajian. JSI hendaklah mempunyai kandungan konstruk yang diukur.
Tentukan tahap taksonomi, sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian.

4. Penentuan Skala Pengukuran
Satu proses yang menetapkan peraturan untuk menentukan nombor-nombor dalam pengukuran. Ia
menggambarkan nilai skala yang berbeza-beza mengikut trait, atribut atau ciri-ciri yang diukur.

Jenis skala
i. Skala pemeringkatan (Rating scale) iaitu sekumpulan perkataan, kenyataan atau simbol yang
menghakimi kekuatan sesuatu trait
ii. skala likert (Likert scale) iaitu mempunyai 3 hingga 7 pilihan skala yang mempunyai aras rendah
hingga tinggi.
iii. Skala Perbandingan Berpasangan (Pair comparison scale) iaitu mempunyai 2 gambar, 2 objek, 2
penyataan untuk dipilih satu sahaja. Dinamakan juga skala dikotomi.


5. Menulis Item
Tentukan format item sama ada memilih respon seperti soalan aneka pilihan (MCQ) dan padanan
(matching) atau jenis konstruk respon seperti melengkapkan jawapan, jawapan pendek atau esei. Bilangan
item hendaklah dibina sekali atau 2 kali ganda daripada yang diperlukan. Penskoran item boleh secara
kumulatif iaitu skor yang tinggi menunjukkan kebolehan yang tinggi juga di mana ianya sesuai untuk
instrumen psikologi. Secara kelas iaitu pengasingan mengikut kategori skor yang sesuai untuk sistem
diagnostik. Secara ipsative iaitu membanding kekuatan skor dengan skor orang yang diperlukan. Pastikan
kesahan muka (face validity) pada peringkat ini dengan meminta kumpulan sasaran (sampel yang kecil)
menjawab item.

6. Kesahan kandungan
Kenal pasti kumpulan pakar untuk mengesahkan kandungan instrumen. Panel hendaklah pakar dalam
bidang dan pakar dalam pembinaan instrumen. Semak kualiti item supaya sesuai dengan objektif dengan
mengambil kira cadangan pakar sama ada item perlu dibaiki, di, atau diganti item baru, bebas daripada
„bias‟, „mewakili trait atau kebolehan‟ dan mencukupi dari segi teknikal.

7. Kajian rintis
Jalankan ujian rintis kepada kumpulan yang mempunyai ciri yang sama dengan tujuan sasaran. Bilangan
sampel, tiada angka tetap, dicadangkan paling kurang 5 hingga 10 sampel bagi setiap item dalam
instrumen. Walaupun begitu, bilangan sampel mempunyai kesan kepada analisis faktor (kesahan
konstruk). Jika penyelidik berhasrat menjalankan analisis faktor, pastikan bilangan sampel minimum
adalah 100 orang (Palant 2001). Jalankan ujian rintis dalam situasi hampir sama dengan kajian sebenar,
bertujuan mengawal pemboleh ubah luaran (extraneous factors).

8. Analisis Item
Bertujuan untuk memilih item yang baik daripada „pool of item‟ yang telah dirintiskan. Empat analisis
perlu dijalankan, bergantung kepada tujuan instrumen, iaitu menentukan indek kesukaran item, indek
diskriminasi item, indek kesahan dan indek kebolehpercayaan.

9. Semakan dan Pemasangan instrumen
Tentukan bilangan item diperlukan dan bentuk yang ditetapkan. Pilih item yang benar-benar menepati
ciri-ciri item yang baik. Sediakan arahan, soalan contoh, kekunci penskoran, helaian jawapan. Tentukan
masa yang sesuai dan keperluan-keperluan khas yang lain.

10. Kajian pengesahan
Kajian akhir bertujuan mengesahkan instrumen. Tadbirkan instrumen kepada sampel sebenar dengan
bilangan lebih ramai. Jalankan analisis item, iaitu indek kesukaran dan indek diskriminasi jika instrumen
jenis ujian pencapaian atau prestasi. Jalankan analisis kebolehpercayaan dan kesahan item sekali lagi bagi
mempastikan item-item instrumen benar-benar boleh dipercayai dan sah untuk diguna pakai.

11. Sediakan manual
Akhir sekali, sediakan Manual Pentadbiran Instrumen, iaitu bagaimana instrumen ini ditadbirkan ke atas
sampel iaitu dari segi panduan menjawab, masa menjawab dan keperluan khas yang lain. Sediakan juga
Manual Teknikal Instrumen yang melibatkan bagaimana penskoran dilakukan, bagaimana untuk
intepretasi keputusan dan seterusnya membuat rumusan.


KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN
Beberapa definisi mengenai kebolehpercayaan telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh penyelidikan terdahulu.
Antaranya, ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu alat ukur (Hanna dan Dettmer 2004).
Ketekalan sesuatu ujian adalah mengukur perkara yang sama (Payne dan Mcmorris 1967; Tuckman
1978). Ketekalan sesuatu ujian adalah hampir sama apabila sesuatu ukuran yang boleh dipercayai
digunakan untuk mengukur tingkah laku yang sama pada masa berlainan (Nunnally 1978).
Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan skor yang diperolehi oleh seseorang apabila diberi sekali
lagi ujian yang sama pada masa yang lain, atau dengan set instrumen yang setara (Anastasi 1984).
Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah adalah pengertian bagi konsep
kebolehpercayaan alat ujian (Mohd Majid 1990).Sesuatu alat ukur (ujian) yang “dipercayai”, tidak
semestinya “sah”.

PEKALI / INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN:
     - pekali korelasi antara dua set skor
     - julat antara -1.00 hingga +1.00.
     - berbeza cara menentukannya, bergantung kepada jenis-jenis kebolehpercayaan

                                     Nilai (r)                   Tafsiran
                                  --------------------------------------------
                                     <0.20                    Tidak baik
                                      0.21-0.40             Kurang baik
0.41-0.60          sederhana baik
                                   0.61-0.80                       Baik
                                   0.81-1.00              Sangat baik
                             --------------------------------------------------
Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan (consistency) kajian dan setakat mana kajian boleh di ulang
semula (replicated).


Cronbach Alpha

Nilai Pekali Alpha yang dapat dikatakan baik atau diterima sebagai boleh dipercayai adalah berbeza-beza.
Mengikut Vallette (1977), nilai pekali kebolehpercayaan 0.50 atau lebih boleh diterima. Manakala Mohd
Majid (1990) dan Borg et al. (1993) bersetuju bahawa sesuatu alat ukur yang mempunyai nilai pekali
kebolehpercayaan 0.60 atau lebih boleh diterima. Syaharom (1990) pula meletakkan julat antara 0.60
hingga 0.85 adalah sesuai, manakala Othman (2000), mengesyorkan nilai antara 0.65 hingga 0.85 adalah
baik dan boleh diterima. Fraenkel dan Wallen (1996) dan Palant (2001) meletakkan nilai
kebolehpercayaan minima adalah sekurang-kurangnya 0.70, sedangkan Edward dan Richard (1979) dan
Ahmann dan Glock (1981) meletakkan nilai pekali lebih tinggi iaitu minimum 0.80. Nilai yang agak
tinggi diletakkan oleh Hopkins (1998), iaitu minimum 0.90 baru boleh dikatakan item itu mempunyai
kebolehpercayaan yang baik. Namun begitu, Palant (2001) mencadangkan, bagi sesuatu instrumen yang
baru dibina atau di peringkat awal penyelidikan (exploratory), nilai Alpha 0.60 boleh diterima pakai.




KESAHAN ITEM

Konsep kesahan

Kesahan sesuatu alat ukur menggambarkan sejauhmana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya
diukur (Tuckman 1978). Mengikut Anastasi (1988), kesahan merujuk kepada sebaik mana sesuatu
instrumen mengukur apa yang hendak diukur. Wiersma (2000) pula mendefinisi kesahan sebagai
ketepatan mengintepretasi dan generalisasi keputusan. Ini bermakna, sesuatu ujian harus mengukur
domain-domain yang diukur secara tepat. Terdapat empat jenis kesahan yang boleh digunakan untuk
mengesahkan instrumen kajian, iaitu kesahan muka, kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan
hubungan-kriteria.

       Kesahan muka

Kesahan muka menggambarkan sesuatu instrumen itu dilihat sah untuk menguji pengguna, termasuk
penguji, dan lebih-lebih lagi kepada calon yang menduduki ujian (Gregory 1996). Kesahan muka
merupakan penerimaan sosial, seperti kesesuaian penggunaan istilah serta kefahaman yang jelas, bukan
bentuk kesahan bersifat teknikal seperti kesahan kandungan, kesahan hubungan-kriteria, dan kesahan
konstruk yang memerlukan analisis statistik yang sistematik.


       Kesahan kandungan
Kesahan kandungan merujuk kepada sesuatu alat pengukuran yang dapat mengukur semua isi kandungan
bidang yang dikaji dengan berkesan (Mohd Majid 1990). Walau pun begitu, Brown (1970) kelihatan lebih
longgar di mana menurutnya, sesuatu ujian seharusnya mampu mewakili keseluruhan kandungan atau
tingkah laku. Mengikut Murphy dan Davidshofer (1998), kesahan kandungan adalah kemampuan sesuatu
alat ukur menguji pengetahuan dan kemahiran serta tingkah laku sampel yang mengambil ujian. Terdapat
beberapa kaedah untuk meningkatkan kesahan kandungan sesuatu alat ukur. Biasanya dengan
menyediakan Jadual Penentuan Ujian (Murphy & Davidshofer 1998 dan Linn & Miller 2005). Mengikut
Brown (1970) dan Friedenberg (1995), kandungan khusus yang disediakan dalam pembinaan item boleh
dibandingkan melalui penghakiman panel pakar untuk semakan bagi menentukan keselarian antara item
dengan kandungan. Satu lagi kaedah menentukan kesahan kandungan menurut Brown (1970) adalah
korelasi skor bagi dua ujian yang dibina berasingan yang mengukur konstruk yang sama. Jika korelasi
tinggi, kedua-dua ujian mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dan sebaliknya jika korelasi rendah,
sekurang-kurangnya satu ujian lemah kesahan kandungannya.

         Kesahan konstruk (Gagasan)
Sejauhmana sesuatu alat ukur mengukur konstruk berasaskan teori psikologi tertentu. Analisis faktor
(Factor analysis) adalah kaedah yang selalu digunakan. Selain itu, kaedah korelasi antara item dalam
skala yang sama (inter-item) dan korelasi antara item dengan jumlah skor (item-total correlation) juga
boleh digunakan. Instrumen berperanan sebagaimana dikehendaki. Jika instrumen hendak mengukur
kreativiti, pastikan ianya mempunyai korelasi yang tinggi dengan kebolehan artistik, bukan dengan
pencapaian akademik. Apabila alat ukur ditadbir kepada mereka yang sabar, bermotivasi, risau akan
menghasilkan sabar, bermotivasi dan risau juga.

Sidek (1998) menyatakan bahawa gagasan adalah sekumpulan konsep di dalam fikiran kita yang tidak
wujud secara nyata. Gagasan mengandungi konsep-konsep yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai
faktor yang berinteraksi sesama sendiri. Gagasan tidak dapat dilihat maka pengukuran ke atasnya tidak
dapat dilakukan secara langsung. Gagasan perlu didefinisikan sehingga dapat meramalkan hubungan
antara gagasan tersebut dengan hasil yang dikehendaki. Kesahan gagasan adalah kesahan yang diperoleh
dengan menghubungkan andaian ukuran suatu gagasan dengan tingkah laku yang dijangkakan akan
berlaku (Sidek 1998).

Kesahan gagasan dapat ditentukan melalui analisis faktor. Melalui analisis ini item yang membentuk
gagasan dapat ditentukan, kesahan gagasan merupakan aspek terpenting kesahan alat ukuran terutamanya
yang berkaitan dengan kajian sosial dan pendidikan (Sidek 1998). Pendapat ini disokong oleh Mohd
Majid (1990), bahawa kesahan gagasan adalah merupakan aspek terpenting kesahan pengukuran,
khususnya dalam penyelidikan pendidikan. Ini adalah kerana kebanyakan pemboleh ubah pendidikan
adalah terbentuk daripada gagasan. Kesahan gagasan lebih sukar ditentukan jika dibandingkan dengan
kesahan yang lain.



       Kesahan hubungan-kriteria

Kesahan kriteria mengikut Friedenberg (1995), adalah kebolehan sesuatu ujian menjangkakan performan
bagi lain-lain pengukuran (kriteria yang sama). Kaplan dan Saccuzzo (1993) pula merujuk kesahan
kriteria sebagai berapa baik sesuatu ujian menjangkakan hasil lain-lain pengukuran. Kesahan kriteria
dipecahkan kepada dua kesahan lain, iaitu kesahan serentak dan kesahan jangkaan. Kesahan serentak
adalah mengukur hubungan semasa antara skor ujian penjangka dan skor ujian kriteria, di mana kedua-
dua skor ujian berkenaan dikumpul pada masa yang sama. Dalam konteks kajian ini, kesahan serentak
dapat dilakukan dengan melihat korelasi antara skor domain bagi instrumen kecerdasan pelbagai yang
sedang dibina dengan skor domain yang sama dalam instrumen yang lain yang ditadbirkan serentak.
Kesahan jangkaan pula merujuk kepada ketepatan skor sesuatu ujian dalam menjangkakan skor kriteria
(Aiken, 1994). Skor pengukuran kriteria merupakan skor yang sepatutnya dicapai pada masa akan datang
atau selang masa tertentu selepas sesuatu ujian diberikan. Kesahan jangkaan ditentukan melalui koefisien
korelasi antara skor ujian jangkaan dengan skor pengukuran kriteria yang akan diperolehi pada masa
kemudian.

LITERATURE STUDY

A thorough literature study is an indispensable component of all research. It familiarises the researcher
with both research which has already been done in his field as well as with current research. A literature
study makes the researcher aware of what the current train of thought is, as well as the focus of existing
and acceptable thought regarding a specific topic. lt also helps him demarcate the boundaries of his
research theme. When doing this, he finds ideas for his own research theme and for possibly processing
his data.

The researcher also gains personally by his literature review. It fosters a certain attitude and leads to the
attainment of certain skills:

* Bangunkan kebolehan untuk It develops the ability to recognize and select the significant and the
relevant, without getting lost in trivialities.

*   It helps in gauging the quality of research material and in planning his research accordingly.

*   It develops a critical attitude regarding others' research as well as his own efforts.

* It trains him to be an astute observer especially in respect of certain obstacles, making it possible for
him to avoid them.

*   Knowledge of relevant literature helps the researcher to define the boundaries of his field.

1.2 The role of a literature study in research

The literature study helps the researcher to:

* select a research problem or theme. Relevant literature enables the researcher to discover where
inconsistencies, wrong designs and incorrect statistical conclusions occur.

Often research reports are concluded with recommendations regarding research which still needs to
done. The researcher's thinking can be shaped in this way, which in turn will enable him to:

*   define the boundaries of his field;

*   establish the size and extent of his research;

*    consider the procedures and the instruments which he will use in his research. After having
considered other researchers' procedures and instruments, the researcher becomes more sophisticated in
the choice of his own;
* see his own problem in better perspective through a better understanding of the underlying theory.
This enables him to establish whether his research will make a contribution and what the value of his
contribution would be;

* avoid unnecessary (non-purposeful) repetition of research already undertaken. A researcher often
develops a brilliant insight into how to tackle a problem, only to discover, through a study of relevant
literature, that someone else has already done so;

* better evaluate the significance of his own findings. This applies especially in respect of which
techniques were used, and which contributions were made to gaining a better understanding of the
problem, etc;

*     formulate his hypotheses with sharper insight;

* carry out his research more purposefully. In time he learns to eliminate the unnecessary. He learns
from the successes and failures of others.

1.3      Jenis Sorotan Literatur

In studying works dealing with earlier (and acceptable) research, two types of sources, especially, come
to the fore:

* Comprehension literature, buku dan artikel yang ditulis oleh pakar yang memaparkan pandangan,
pengalaman, teori dan idea bagi sesuaitu konsep yang dibangunikan atas sesuatu masalah spesifik dalam
sesuatu bidang. as well as their opinions on what is good or bad, desirable or undesirable, valuable or
worthless regarding insight into specific concepts or constructs. For the young researcher it is very useful
because it helps him to understand the validity of correctness of theories (outdated, existing or newly
formed) better. It also shows him where there are shortcomings in a specific field (thus requiring
research). It also shows its strengths which he may wish to pursue.

* Literatur Kajian: Termasuk laporan kajian yang telah dijalankan dalam sesuatu bidang yang menjadi
fokus yang menjadi indicator yang baik bagi mengatasi sesuatu masalah melalui satu prosedur kajian,
reka bentuk, hipotesis, teknik dan instrumen.yang betul,

* The results of studying these two types of literature are thus a personal frame of reference, i.e. an
insight into the body of basic knowledge, possible differences, underlying theories, et cetera.

* It furthermore leads to a greater awareness of those matters within the field which have already
sufficiently been demonstrated and proved, as well as those matters still requiring more in-depth
research.



1.4      Sumber Primer dan sumber kedua

Sumber Primer adalah hasil kerja, buku, majalah, filem, rakaman suara daripada orang pertama. Sumber
kedua termasuk komentari, penjelasan, elucidations yang dibuat oleh penulis lain.
It is desirable (especially in historical research) that, where possible, the primary source should
preferably be consulted. T here are, however, problems with consulting primary sources.

* The source is out of print, has been destroyed or is unobtainable. Then secondary sources have to be
consulted.

* The primary source is in a foreign language, rendering it inaccessible for the researcher. Translations
have to be used with the expressed knowledge that such translations are possibly inaccurate or even
incorrect. Sometimes it helps to read an expert's comment on the translation.

* The primary source is so complicated and advanced that the researcher cannot understand it. It then
helps to read explanations in technical dictionaries, encyclopaedias or elementary handbooks.

This, does not mean, however, that secondary sources are of no value whatsoever. The researcher could
possibly encounter many useful references to primary sources in his study of secondary sources.



1.5 Systems of documentation

Consulting specifically focused documentation systems can be very useful. These are systematically
arranged sources of reference or literature dealing with a specific subject which have appeared. They
have many additional references to related themes. The following are some examples of the most useful
indices and/or sources of information:

* The Educational Resources Information Centre (ERIC) which has a "Current Index to Journals in
Education" (CIJE) series. Every English article of any significance dealing with Education which has
been written since 1969, has been included in this series and has been indexed and cross-referenced
according to key words.

* The system of documentation of the "Deutsches Jugendinstitut" in Munich (Germany): All German and
most English literature is read, briefly summarised, printed on cards and bound in a book. The cards can
be torn out and filed. An example.

        *   The "Encyclopaedia of Educational Research" (very similar to the ERIC);

        *   The "Review of Educational Research" (very similar to the ERIC);

        *   The "British Education Index" (very similar to the ERIC);

        * The Institute of Contemporary History (INCH) at the University of the Free State,
        Bloemfontein's documentation systems. At this Institute all South African magazines and
        newspapers are read, cuttings are taken and documented according to key concepts. RAU
        is linked to the system by telephone. If one dials a relevant number, the cutting appears
        on a television screen. Photostats (very indistinct) are available at 20 cents per page.

        * The system of documentation and computer printout service of the HSRC. This
        contains printouts of research which has been done in South Africa in specific subjects.
LAMPIRAN B

PENYELIDIKAN TINDAKAN

(i) Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelidikan Tindakan?

Penyelidikan tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan
tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi
dan institusi untuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988)

Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang
pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih
sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988).

(ii)   Apakah prinsip-prinsip penyelidikan tindakan?

Penyelidikan tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan
pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, penyelidikan tindakan perlulah dilaksanakan
berdasarkan prinsip-prinsip khusus.

Penyelidikan tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang
masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan
kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu
perlulah diteruskan secara lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan
membolehkan penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah
pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, penyelidikan tindakan akan
sentiasa dilakukan. Dalam proses penyelidikan tindakan, penyelidik bertindak sebagai peserta dan
pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian.
Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat
dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh.
Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan.
Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang
sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil penyelidikan. Penyelidikan tindakan juga
hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau
timbulnya masalah. Seterusnya, hasil penyelidikan tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi
kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah penyelidikan dijalankan,
perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama
penyelidikan tindakan.

(iii)    Bilakah Penyelidikan Tindakan digunakan?

Penyelidikan tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan yang
menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan, pelbagai aspek seperti
pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan bahan, penerapan kemahiran berfikir
umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah pelaksanaan. Di samping itu, penyelidikan juga
sesuai sekiranya masa yang boleh diperuntukkan untuk penyelidikan agak terbatas. Oleh sebab
penyelidikan bertumpu kepada suatu aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa
yang lebih singkat. Penyelidikan memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu penyelidikan yang
khusus tentang suatu skop yang lebih kecil, penyelidikan tindakan dapat berperanan apabila peruntukan
kewangan untuk penyelidikan adalah terhad. Di samping itu, penyelidikan tindakan juga sesuai apabila
usaha kolaboratif dalam kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu
masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru.

(iii)    Mengapakah Penyelidikan Tindakan digunakan?


Penyelidikan tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik
tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan
inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga
dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang
pentingnya, penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri
refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang
terlibat dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dan
kerjasama bagi menggalakkan penyelidikan dengan guru dan, bukannya ke atas guru.


(iv)     Bagaimanakah masalah kajian dalam penyelidikan tindakan ditentukan?

Dalam penentukan masalah kajian, faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira:

         Projek tidak mengganggu tugas mengajar;
         Kaedah pengumpulan data tidak membebankan dari segi masa;
         Kaedah pengumpulan data mesti menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai dan sah;
         Penyelidik terlibat secara langsung dengan masalah berkenaan dan ia boleh ditangani, dan;
         Mempertimbangkan standard dan etika guru/pendidikan/penyelidikan.


(v)     Bagaimanakah penyelidikan tindakan dijalankan?
Pelaksanaan penyelidikan tindakan dilakukan dalam 5 peringkat:

Peringkat 1 : Mengenal pasti amalan yang bermasalah/ menentukan fokus

       Menentukan amalan pendidikan yang ingin diteliti
       Memilih amalan yang selalu mengganggu dan menyebabkan rasa tidak puas hati atau dirasai
       bahawa ada sesuatu yang kurang tepat dalam pelaksanaannya
       Mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa amalan perlu dan boleh dipertingkatkan
       Mengumpul data awal untuk memastikan amalan yang ingin dikaji betul-betul bermasalah


Peringkat 2 : Perancangan dan Tindakan

       Meneliti masalah yang ingin dikaji dan mengenal pasti struktur yang membina situasi yang dikaji
       Menentukan matlamat tindakan adalah jelas
       Memastikan sebab-sebab tindakan tertentu diambil
       Menyenaraikan tindakan-tindakan yang dirancang secara terperinci
       Menyatakan kriteria penilaian dengan petunjuk keberkesanan/kejayaan tindakan dengan jelas


Peringkat 3 : Tindakan/Pelaksanaan

       Melaksanakan tindakan yang dirancang
       Memastikan prosedur dan urutan tindakan dipatuhi
       Melaksanakan prosedur dengan teliti
       Merekodkan proses dengan sistematik


Peringkat 4:

(i) Pengumpulan Data

Proses pengumpulan data boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah, termasuklah:

       Rekod anekdot
       Nota kerja lapangan
       Analisis dokumen
       Penulisan jurnal reflektif
       Pemerhatian
       Soal selidik
       Portfolio
       Log / catatan


(ii) Menyemak data

Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaannya. Suatu
cara yang sering digunakan bagi jenis-jenis data yang disebutkan ialah triangulasi. Triangulasi boleh
dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti triangulasi masa, kaedah, sumber dan penyelidik.
Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam
suatu tempoh atau jangka masa yang panjang. Proses ini memberi peluang kepada penyelidik untuk
meneliti proses tertentu dalam kekerapan yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepada
penyelidik untuk betul-betul memahami keadaan yang diteliti. Pada masa yang sama, penyelidik dapat
menilai ketepatan data yang dikumpulkan.

Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antara kaedah dan triangulasi dalam
kaedah. Triangulasi antara kaedah merujuk kepada proses pengumpulan jenis data yang berlainan
daripada subjek kajian yang sama. Dengan kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang
subjek kajian yang sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakan proses menggunakan kaedah yang
sama ke atas subjek kajian atau situasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu jenis data bagi
beberapa subjek atau konteks kajian.

Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkan maklumat dan pandangan daripada
sumber-sumber informasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagai
sumber.

Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan data menggunakan lebih daripada seorang
penyelidik untuk mengumpul data. Proses ini akan menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilai
kesejajarannya dengan tujuan kajian. Walau bagaimanapun, keselarasan strategi, pengetahuan dan
kemahiran penyelidik atau pembantu penyelidik yang terlibat perlu dipastikan.

(iii) Penganalisisan data

Langkah 1

Data yang dikumpulkan perlu dianalisis, iaitu dibaca dan diteliti satu persatu. Dengan berbuat demikian,
penyelidik dapat mengingat kembali peristiwa dan pengalaman yang berkaitan. Proses membaca juga
akan mendedahkan status kesempurnaan data. Sekiranya ada data yang tidak lengkap, tindakan susulan
boleh diambil.

Langkah 2

Selepas membaca dan meneliti data, langkah seterusnya adalah memilih data yang bersesuaian dengan
kajian. Dalam proses ini, data ditapis untuk memilih fakta yang penting dan menonjol dari segi
kekerapannya. Kemudian, data tersebut dihimpunkan mengikut kategori atau tema tertentu yang dibina
berdasarkan kewujudannya dalam data yang terkumpul. Dengan membahagikan data kepada kategori,
data yang pelbagai lagi kompleks lebih mudah diuruskan.

Langkah 3

Data yang telah dikategorikan ke dalam pelbagai kelompok perlu dipaparkan dalam suatu bentuk
persembahan yang mudah difahami. Bentuk persembahan perlulah lengkap dan mencakup keseluruhan
persoalan yang ditangani dalam kajian berkenaan. Dalam persembahan itu, segala hubung kait dan
perkaitan antara kategori perlu dinyatakan dengan jelas bagi memperlihatkan keseluruhan fenomena.
Untuk itu, pelbagai bentuk grafik yang sesuai, seperti jadual, matriks, carta, carta aliran, graf dan
seumpamanya boleh digunakan.
Langkah 4

Langkah seterusnya adalah menginterpretasi data untuk membuat kesimpulan. Melalui proses ini
hubungan/perkaitan antara data dapat dibina. Seterusnya, usaha merangkakan teori/model untuk
menjelaskan situasi dapat dilakukan.

Peringkat 5: Refleksi

Refleksi merupakan proses mengimbas kembali sesuatu yang dialami atau dilakukan supaya kebaikan dan
kelemahan pengalaman tersebut dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan prestasi. Proses ini
dilakukan berpandukan data yang diperoleh daripada pengalaman tersebut. Sekiranya tindakan yang
dirancangkan tidak berjaya, lingkaran proses diulangi. Dalam hal ini, penilaian terhadap langkah-langkah
yang telah dijalankan sebelum itu perlu dilakukan. Ini bertujuan untuk membolehkan pengubahsuaian
dilakukan untuk memastikan penyelidikan ulangan yang dijalankan lebih berjaya.
LAMPIRAN C

  PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN / LAPORAN KAJIAN TINDAKAN
           ( PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA )
                                   CONTOH BORANG
 Nama pengkaji : _____________________________________________
 Tajuk Kajian : _____________________________________________

                                            MEREFLEK
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini


                                                             Data


    Tujuan / objektif
        kajian




 Mengenalpasti                           Sumber                                Cara mengutip
 isu / masalah /                         Dokumen / Video /                     data
 pemasalahan                             Gambar                                Pemerhatian tingkah
 Untuk kepastian                         Hasil kerja murid,                    laku
 isu / masalah mesti ada                 analisis                              Analisis dokumen
 data.                                   peperiksaan ,                         Soal selidik
                                         Pemerhatian P & P                     Ujian
                                         Dokumen                               Refleksi guru
                                         penyeliaan P&P ,
                                         jadual
                                         kedatangan ,temubual




 Kumpulan sasaran


( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/ diari )

        Saya mengajar di kelas ………………………………… bagi mata pelajaran
        ……………………………………………
        Masalah utama bagi pelajar saya ialah
        ………………………………………………………………………………………..
        Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid /semakan latihan murid /
        keputusan ujian/ temubual /             analisis head count/ analisis item ( sekurang-kurangnya
        daripada   dua     sumber     data    )    di     dalam    kelas     semasa    saya    mengajar
………………………………………………………………………………………………………
     …………… ........................................................................................................................
     ……………………………………………………………………………………….......................

     Analisis yang didapati daripada soalan / jawapan murid seperti berikut :

     ………………………………………………………………………………………………………
     …………………………..
     Berikut analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian

     ………………………………………………………………………………………………………
     …………………………..

FOKUS KAJIAN

     Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran
     ……………………..
     a) ........................................................................................................................................................
        ....................
     b) ……………………………………………………………………………………………………
        ………………………
     Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak
     ……………………………………………….
     Jika      perkara          ini     tidak       ditangani          akan        menjadi          lebih        teruk,       murid         akan        terus
     ……………………………………………..............................................................................
     Murid           juga          akan          terlepas           peluang            untuk           mendapatkan                 markah            kerana
     ………………………………………………….......................................................................
     Bagi                 mengatasi                     masalah                    ini,                saya                 telah                mencuba
     ………………………………………………………………………….......................................
     Tujuan kajian diharap akan mencapai
     ……………………………………………………………………………………...........................
     Kajian ini melibatkan …………………… orang pelajar daripada..................................... .....
     ………………………………………………………
MERANCANG

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini.

                                                            Jenis perancangan
  PROJEK P&P
  TERANCANG                                 Mengubah suai cara /      Mencipta cara baru
  (kaedah P&P                               keadah yang sedia ada. (inovasi P&P guru
  untuk merawat                                                       terhasil di sini
  masalah
( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari )

Saya merancang akanmenjalankan tindakan seperti berikut :

   i.   Aktiviti 1 : ……………………………………..

     Langkah 1 :
……………………………………………………………………………………………………………


……………………………………………………………………………………………………………

     Langkah 2 :
……………………………………………………………………………………………………………


……………………………………………………………………………………………………………

  ii.   Aktiviti 2 : ……………………………………

     Langkah 1 :
……………………………………………………………………………………………………………


……………………………………………………………………………………………………………

     Langkah 2 :
……………………………………………………………………………………………………………


…………………………………………………………………………………………………………



 iii.   Aktiviti 3 : …………………………………………

        Langkah 1 :
        ………………………………………………………………………………………………


        ………………………………………………………………………………………………

        Langkah 2 :
…………………………………………………………………………………………………


      …………………………………………………………………………………………………

      Langkah 3 :
      ………………………………………………………………………………………


      …………………………………………………………………………………………………

iv.   Aktiviti 4 : …………………………………………….

      Langkah 1 :
      …………………………………………………………………………………………………


      …………………………………………………………………………………………………

      Langkah 2 :
      …………………………………………………………………………………………………


      …………………………………………………………………………………………………

      Langkah 3 :
      …………………………………………………………………………………………………

      Langkah 4 :
      …………………………………………………………………………………………………


      ………………………………………………………………………………………………….
BERTINDAK

Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini


                                            Melaksanakan
                                              perubahan.
                                         ( tindakan / rawatan
                                                   )




      Catat segala tindakan                                     Sesi rawatan atau tindakan ini
      dan buat refleksi                                         mungkin
      bagi setiap aktiviti                                      melibatkan beberapa masa p& p
      semasa pelasanaan                                         biasa.
                                                                Dalam waktu pembelajaran atau di
                                                                luar
                                                                waktu pembelajaran (mesti
                                                                dilaksana oleh
                                                                guru sendiri.)
( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari )

Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut ………………………………………………….

Aktiviti 1 : …………………………………………….

   Langkah 1 :
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………
   Langkah 2 :
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa
……………………………………………………….…………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………

Aktiviti 2 : ………………………………………………..

   Langkah 1 :
………………………………………………………………………………………………………………
…………….
………………………………………………………………………………………………………………
…………....
   Langkah 2 :
………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini

……………………………………………………………………………………………………………..

…………………………………………………………………………………………………………

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa

………………………………………………………..…………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………

Aktiviti 3 : ……………………………………………………

   Langkah 1 :
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………..…………….

   Langkah 2 :
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………
   Langkah 3 :
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini
………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………….

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa
………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………….




                                           MEMERHATI
Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini

                                            Membuat penilaian
                                           keberkesanan proses
                                         tindakan dan mengukur
                                        pencapaian objektif kajian.




      Pemerhatian boleh                  Guru membuat renungan              Laporan juga ditulis di
      dilakukan oleh guru                atau refleksi terhadap             peringkat ini.
      sendiri                            kajian                             Dokumentasi
      sebagai penyelidik                 yang telah dilakukan               penting. Sekiranya
      atau                               sama                               program
      guru juga boleh                    ada berjaya atau tidak             tindakan tersebut
      meminta                            Dapatkan data sekali               berjaya,
      bantuan daridapa guru              lagi                               maka bolehlah
      lain                               Gunakan cara mengutip              disebarkan
      untuk membuat                      data yang sama semasa              kepada guru-guru lain.
      pemerhatian semasa                 peringkat awal mereflex.           Jika
      sesi                               (temubual, soal selidik,           tidak berjaya, perlu
      pengajaran guru untuk              pemerhatian)                       dirancang
      menilai keberkesanan                                                  semula.
      strategi / kaedah.


( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari )



Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati,
teknik………………………………………..yang diperkenalkan kepada pelajar ………………………..
merupakan kaedah yang

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………..………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………..………………………………..

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………..………………………………..

……………………………………………………………………………………………………………

Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang
………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………...

………………………………………………………………………………………………………………

…………………………………………………………………………….…………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………………………………

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya
berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya
dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian
yang seterusnya berkaitan
……………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………………………………




                KE ARAH PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009
                             SATU GURU SATU KAJIAN
                              --Pengarah Pelajaran Johor
Contoh Penulisan Naratif ( Anekdot )

Contoh 1 : 5SN1 – English Lesson

12/01/2009 ( Wednesday )
         I gave a summary question to the students. I found out most of them (about 25 out of 32 students)
could not come out with the main ideas or points related to the question. I started asking myself,
why it happened. I supposed they were taught the techniques of answering summary question since they
were in form four last year. Time went off just like that. They could not finish their writing within
the time given. So, I assigned it as homework.


13/01/2009 ( Thursday )
        I entered the class and checked the work assigned yesterday and discussed it . To my shock,
my students scored poorly especially in extracting the main ideas of the passage. I demanded their
explanations and most of them said that they didn‟t know how to identify the points or main ideas in the
passage and had no idea where to start from.
        After class, I sat down and pondered upon the problem faced by my students. I tried to find and
create an easy way for them to answer and score in their summary writing. I decided to carry out
BRUME in my next lesson…


17/01/2009 ( Monday )
         I started the lesson by reviewing the previous lesson. I introduced the summary technique:
BRUME ( Bracket / Box, Read, Underline, Make notes, Expand ). First, they have to read the question.
Then, they have to bracket the lines they need to summarize and read them. As they read, they have to
underline the ideas related to the question given. Later, they have to make notes from the underlined
sentences or phrases by leaving all the unnecessary words. Finally, they have to expand the notes they
made into complete sentences. I did all the first four steps, one by one, together with them. I found out
they were happy and confident in carrying out the activities. Then, I asked them to expand their notes ( to
write out a complete summary ) at home.


19/01/2009 ( Wednesday )
         I gave the students a short test on summary and they had to answer within the time given. I
collected their answers.
         At home, I marked their answers. I could see that they were applying the technique I
taught them before, as there were box / bracket and underlines on the question paper. I was happy for
their scores. 28 of them managed to get 8 out of 10 marks for the points.


20/01/2009
        I interviewed the students for their improvements. They told me the technique I taught
them had helped them a lot in answering the question. I was happy to hear that. The technique is
successful ..



Contoh 2 : Catatan Seorang Pengetua
Saya baru ditukarkan ke SMX, sebuah sekolah di pedalaman, tetapi mempunyai enrolmen yang
besar. Jumlah tingkatan tiga sahaja sebanyak dua belas kelas, kelas 3X, keputusannya sangat
mengecewakan. Hampir seluruh buku rekod mereka bermarkah merah.

Saya minta penjelasan guru kelas, beliau menjawab, “ Budak-budak itu dahlah kurang cergas,
malas pula !”
Bagi mendapat maklumat timbal, saya ke kelas berkenaan dan minta penjelasan.

“Mengapa teruk sangat ni ?.Hampir semua markah merah !” Mula-mula mereka diam saja,
kemudian selepas saya mendesak, ketua darjah bangun dan berkata, “Hampir semua cikgu yang
masuk bukan mengajar sangat, mereka berleter saja !”

“Betul cikgu !” sokong yang lain-lain. “Kadang-kadang seluruh waktu dihabiskan dengan leteran.
”

“Kamu jangan tuduh cikgu kamu yang bukan-bukan. Tidak baik. ”

“Betul, cikgu. ”

Lama juga saya memikirkan masalah ini.

Pada mesyuarat guru hujung minggu itu, saya membuat ketetapan :
“Setiap guru tidak boleh memberi nasihat lebih daripada tiga minit. ”

Saya akan membuat pemerhatian lagi, kumpul maklumat, dan reflek tindakan yang telah saya
ambil.




                                                                               LAMPIRAN D


                                 KREATIVITI DAN INOVASI

KONSEP KREATIVITI DAN INOVASI
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi
IPG Penyelidikan dan Inovasi

More Related Content

What's hot

Kaedah penyelidikan action method
Kaedah penyelidikan action methodKaedah penyelidikan action method
Kaedah penyelidikan action methodfathira90
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakanmalingall
 
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashimKaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashimHishamuddin Jabar
 
Pengenalan kepada penyelidikan
Pengenalan kepada penyelidikanPengenalan kepada penyelidikan
Pengenalan kepada penyelidikanMasitah Taib
 
Silabus metodologi-penelitian-pendidikan
Silabus metodologi-penelitian-pendidikanSilabus metodologi-penelitian-pendidikan
Silabus metodologi-penelitian-pendidikanNeng Rurry Salsabila
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajianmilatusamsi
 
Definisi Penyelidikan
Definisi PenyelidikanDefinisi Penyelidikan
Definisi Penyelidikanfoazi
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalahwmkfirdaus
 
Identifikasi permasalahan penelitian
Identifikasi permasalahan penelitianIdentifikasi permasalahan penelitian
Identifikasi permasalahan penelitianpristanti
 
Kaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarahKaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarahMichael Chin
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalanidurai59
 
Pengertian metode penelitian pendidikan
Pengertian metode penelitian pendidikanPengertian metode penelitian pendidikan
Pengertian metode penelitian pendidikanZulfadli Fadli
 
Kajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptk
Kajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptkKajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptk
Kajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptkgusty_21
 

What's hot (20)

Pengenalan (Kaedah Penyelidikan)
 Pengenalan (Kaedah Penyelidikan) Pengenalan (Kaedah Penyelidikan)
Pengenalan (Kaedah Penyelidikan)
 
Kaedah penyelidikan action method
Kaedah penyelidikan action methodKaedah penyelidikan action method
Kaedah penyelidikan action method
 
konsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakankonsep dan model kajian tindakan
konsep dan model kajian tindakan
 
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashimKaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
Kaedah penyelidikan tn.hj jamaluddin hashim
 
Pengenalan kepada penyelidikan
Pengenalan kepada penyelidikanPengenalan kepada penyelidikan
Pengenalan kepada penyelidikan
 
Silabus metodologi-penelitian-pendidikan
Silabus metodologi-penelitian-pendidikanSilabus metodologi-penelitian-pendidikan
Silabus metodologi-penelitian-pendidikan
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
 
Laporan penyelidikan
Laporan penyelidikanLaporan penyelidikan
Laporan penyelidikan
 
Definisi Penyelidikan
Definisi PenyelidikanDefinisi Penyelidikan
Definisi Penyelidikan
 
Pernyataan masalah
Pernyataan masalahPernyataan masalah
Pernyataan masalah
 
Pengertian Penelitian
Pengertian Penelitian Pengertian Penelitian
Pengertian Penelitian
 
Identifikasi permasalahan penelitian
Identifikasi permasalahan penelitianIdentifikasi permasalahan penelitian
Identifikasi permasalahan penelitian
 
Kaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarahKaedah penyelidikan sejarah
Kaedah penyelidikan sejarah
 
Literature Review
Literature ReviewLiterature Review
Literature Review
 
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnalContoh ulasan artikel dalam jurnal
Contoh ulasan artikel dalam jurnal
 
Metodologi Penelitian Pertemuan 1
Metodologi Penelitian Pertemuan 1Metodologi Penelitian Pertemuan 1
Metodologi Penelitian Pertemuan 1
 
Pengertian metode penelitian pendidikan
Pengertian metode penelitian pendidikanPengertian metode penelitian pendidikan
Pengertian metode penelitian pendidikan
 
MP_20111004
MP_20111004MP_20111004
MP_20111004
 
Kajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptk
Kajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptkKajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptk
Kajian teori-dan-hipotesis-tindakan-dalam-ptk
 
hakikat penelitian pendidikan
hakikat penelitian pendidikanhakikat penelitian pendidikan
hakikat penelitian pendidikan
 

Similar to IPG Penyelidikan dan Inovasi

PPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptx
PPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptxPPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptx
PPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptxmagdaleosidauruk
 
PERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptx
PERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptxPERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptx
PERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptxFrezaFreza
 
Kuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.ppt
Kuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.pptKuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.ppt
Kuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.pptrinawidyastuti11
 
RPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdf
RPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdfRPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdf
RPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdfNurulAswarSyam
 
Landasan silabus
Landasan silabusLandasan silabus
Landasan silabusAhmad Azizi
 
afi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajar
afi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajarafi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajar
afi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajarDr. Afi Parnawi, M.Pd
 
Afi Parnawi. Silabus psikologi belajar
Afi Parnawi. Silabus psikologi belajarAfi Parnawi. Silabus psikologi belajar
Afi Parnawi. Silabus psikologi belajarDr. Afi Parnawi, M.Pd
 
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptxPENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptxNanaLestari3
 
Cover tesis
Cover tesisCover tesis
Cover tesisvitaeiah
 
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02Valentino Selayan
 
Landasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan KurikulumLandasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan KurikulumDewi17
 
4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaran4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaranpetraalam
 
9 prakarya
9  prakarya9  prakarya
9 prakaryaagoes13
 
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)
Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)Azura Aqura
 

Similar to IPG Penyelidikan dan Inovasi (20)

RPS PTK 2022.pdf
RPS PTK 2022.pdfRPS PTK 2022.pdf
RPS PTK 2022.pdf
 
PPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptx
PPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptxPPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptx
PPT PROSIDING PTK DIDIT SUGIYARSO 1.pptx
 
PERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptx
PERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptxPERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptx
PERTEMUAN 1 DEFINISI DAN RUANG LINGKUP PENELITIAN.pptx
 
Kuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.ppt
Kuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.pptKuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.ppt
Kuliah Perdana Metode dan Etika Penelitian.ppt
 
6. RPS PTK.pdf
6. RPS PTK.pdf6. RPS PTK.pdf
6. RPS PTK.pdf
 
RPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdf
RPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdfRPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdf
RPS MK Teori Pembelajaran S2PAI1NR 2022-2 ok.pdf
 
RPS Metodologi Penelitian.pdf
RPS Metodologi Penelitian.pdfRPS Metodologi Penelitian.pdf
RPS Metodologi Penelitian.pdf
 
Landasan silabus
Landasan silabusLandasan silabus
Landasan silabus
 
afi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajar
afi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajarafi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajar
afi parnawi. stai ibnu sina.Silabus psikologi belajar
 
Afi Parnawi. Silabus psikologi belajar
Afi Parnawi. Silabus psikologi belajarAfi Parnawi. Silabus psikologi belajar
Afi Parnawi. Silabus psikologi belajar
 
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptxPENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
PENDEKATAN DAN MODEL PEMBELAJARAN IPA kel 1.pptx
 
Tugas kelompok 1 metodologi pendidikan
Tugas kelompok 1 metodologi pendidikanTugas kelompok 1 metodologi pendidikan
Tugas kelompok 1 metodologi pendidikan
 
Cover tesis
Cover tesisCover tesis
Cover tesis
 
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
Tugaskelompok1metodologipendidikan 120319040405-phpapp02
 
Landasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan KurikulumLandasan Pengembangan Kurikulum
Landasan Pengembangan Kurikulum
 
4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaran4.perencanaan desain pembelajaran
4.perencanaan desain pembelajaran
 
4.perencanaan desain pembelajaranff
4.perencanaan desain pembelajaranff4.perencanaan desain pembelajaranff
4.perencanaan desain pembelajaranff
 
9 prakarya
9  prakarya9  prakarya
9 prakarya
 
9 prakarya
9  prakarya9  prakarya
9 prakarya
 
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)
Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)Kpf3012  rk & ri  (sem 1 2012-2013)
Kpf3012 rk & ri (sem 1 2012-2013)
 

IPG Penyelidikan dan Inovasi

  • 1. INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA MODUL PENYELIDIKAN DAN INOVASI AHLI PANEL Dr. Mohd Johan Bin Zakaria (Ketua) IPGK TAWAU Dr. Ibrahim Bin Mohd Zain IPGK IS Dr. Khairuddin Bin Said IPGK TAA Dr. Muhamad Sidek Bin Said IPGK SM Dr. Baharuddin Bin Yaacob IPSAH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
  • 2. MODUL PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIT 7: PENYELIDIKAN DAN INOVASI JUMLAH JAM: 9 JAM (BERSEMUKA) 6 JAM (TUGASAN DAN PEMBELAJARAN KENDIRI) Modul ini memperkenalkan peserta kepada asas penyelidikan, penyelidikan tindakan serta inovasi dan kreativiti dalam membentuk profesionalisme pensyarah IPG.
  • 3. 1. SINOPSIS Modul ini memperkenalkan peserta kepada asas penyelidikan, kajian tindakan serta inovasi dan kreativiti dalam membentuk profesionalisme pensyarah IPG. 2. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat: i. Meningkatkan kemahiran asas penyelidikan sebagai panduan menjalankan kajian dalam pendidikan, khususnya dalam pengajaran dan pembelajaran; ii. Menghasilkan satu kajian tindakan berasaskan pedagogi dalam bidang kepakaran; iii. Mengaplikasikan inovasi dan kreativiti dalam pengajaran dan pembelajaran atau dalam kajian. 3. PEMBAHAGIAN TOPIK DAN MASA TOPIK JAM 1. Asas Penyelidikan 2 Jam 2. Penyelidikan Tindakan 5 Jam 3. Inovasi dan Kreativiti 2 Jam 4. Tugasan dan Pembelajaran Kendiri 6 Jam Jumlah 15 Jam 4. PENILAIAN Penilaian berbentuk tugasan yang dijalankan secara individu, di mana peserta kursus di kehendaki : (i) Menghasilkan satu laporan kajian tindakan tidak kurang dari 1 500 perkataan (50%). Dihantar pada minggu ke 15. (ii) Menghasilkan inovasi dalam bidang masing-masing di mana panjang laporannya tidak melebihi 1 500 perkataan (50%). Dihantar pada minggu ke 18.
  • 4. 5. RUJUKAN Abbas Tashakorri & Teddlie, C.(1998). Mixed Methodology. Combining Qualitative And Quantitative Approaches. Applied Social Research Methods Series. Vol. 46. Thousand Abu Bakar Nordin. (1995). Penilaian Afektif. Kajang: Mana Enterprise. Adelman, C., Jenkins, D. and Kemmis, S. (1980). Rethinkng Case Study: Notes from the Second Cambridge Conference, in H. Simons (ed.) 1980. Towards a Science of the Singular.Norwich, U.K.:Centre Applied Research in Education, University of East Anglia. Analysis Questions. Thousand Oaks: SAGE Publications. Ananda Kumar Palaniapan. 2005. Creativity and Academic Achievement: A Malaysian Perspective. Shah Alam : Karisma Publications Sdn Bhd. Bell, J. (1993). Doing Your Research Project. A Guide For First Time Research In Education And Social Science. 2nd.ed. Buckingham: Open University Press. Best, J.W. and Kahn, J.V. 1993. Research in Education. Edisi ke 7. Boston:Allyn & Bacon Best, J.W. & Kahn, J.V. (1993). Research in Education. 7th.ed. Boston: Allyn and Bacon. Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. 1992. Qualitative Research for Education. An introduction to Theory and Methods. Boston, MA: Allyn and Bacon. Bogdan, R. C. and Biklin, S. K. (1992). Qualitative Research for Education. An Introduction to Theory and Methods. Boston,MA: Allyn and Bacon Borg, W. R. & Gall, M. D. (1989). Educational Research: An Introduction. 5th ed. New York & London: Longman Borg, W.R. and Gall, M.D. 1989. Educational Research: An Introduction. Edisi ke-5. New York& London: Longman Bryman, A. 1988. Quantity and Quality in Social Research. London: Unwin Hymen. Cohen, L., Manion, L., dan Morrison, K. (2001). Research methods in education (5th Ed.). London: Routledge Falmer Creswel, J.W (2008). Educational research: Planning, conducting and evaluating quantitative and qualitative research 3rd Edition. New Jersey: Pearson Prentice-Hall Inc. Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Dewan Bahasa dan Pustaka. Fraenkel, J.R. & Wallen, N.E. (2000). How To Design And Evaluate Research In Education. Boston: McGraw-Hill.
  • 5. Fraenkel, J.R. dan Wallen, N.E. 2000. How To Design and Evaluate Research in Education. Boston : McGraw-Hill. Hair, J.F., Anderson, R.E., Tatham, R.L., & Black, W.C. (1998). Multivariate dataanalysis with readings. New York: Mcmillan. Hammersly, D. (1992a). What‟s Wrong with Ethnography: Methodological Exploration. London: Rutledge. Harper Collins. Hart, C. (1998). Doing A Literature Review. Releasing The Social Science Research Imagination. London: SAGE Publications. Hopkins, K.D. (1998). Educational and Psychological Measurement & Evaluation. Ed.Ke-2. Boston: Allyn & Bacon. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2008. Buku Panduan Penyelidikan Pendidikan. Bahagian Pendidikan Guru, KPM. Kirk, J. and Miller, M. (1986). Reliability and Validity in Qualitative Research Methods Series Leedy, P.D. (1993). Practical Research Planning And Design. 5th.ed. New York: Macmillan Publishing Co. Linn, R.L. & Gronlund, N.E. (1995). Measuring and assessment in teaching. Ed. ke-7. New Jersey: Prentice-Hall Inc. Lovell, K and Lawson, K.S. (1971). Understanding Research in Educations London: University of London Press Ltd. Marohaini Yusoff. 2001. Penyelidikan Kualitatif : Pengalaman Kerja Lapangan Kajian. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Miles, M.B. and Huberman, A.M. (1994). Qualitative Data Analysis: A sourcebook of new methods. Beverly Hills, CA.: SAGE Publications. Mohd Azhar Abd. Hamid., Mohd Koharuddin Balwi dan Muhamed Fauzi Othman. 2006. Reka Cipta & Inovasi : Dalam Perspektif Kreativiti. Johor Bahru : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Mohd. Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: DBP. Newton, R.R. & Rudestam, K.E. (1999). Your Statistical Consultant.Answer To Your Data No. 1. London: SAGE Publications. Oaks: SAGE Publications.
  • 6. Palant, J. (2001). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis using SPSS for windows. Ver. 10. Illinois: Allen & Unwin. Payne, D.A. & McMorris, R.F. (1967). Educational and Psychological Measurement: constributions to theory and practice. Waltham: Mass Blaisdell Pub.Co. Selltiz, C., Jahoda, M., Deutsch, M. and Cook, S. (1964). Research Methods in Social Relations. New York: Holt, Rinehart & Winston. Silverman, D. _ Interpreting Qualitative Data: Methods for Analyzing Talk, Text & Interaction. London: SAGE Publications. Siti Rahayah Ariffin, Noriah Ishak, Rohaty Majzub, Ramlee Mustapha, Rosadah Majid, Abd. Ghafur Ahmad, Norshidah Salleh. (2004a). Manual Instrumen Malaysian Adolescens Multiple Intelligences Test (MAMIT). Bangi: UKM. Siti Rahayah Ariffin, T. Subhan Mohd Meerah, Norasmah Othman, Ibrahim Mohamed Zin. (2004b). Analisis Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligences) di kalangan pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi. Jurnal Teknologi: E - Pengurusan, Pendidikan dan Sains Sosial 41(E): 33-42. Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, konsep dan amalan dalam pengukuran dan penilaian. UKM: Penerbit Pusat Pembangunan Akademik. Siti Rahayah Ariffin. (2008). Inovasi dalam pengukuran dan penilaian pendidikan. UKM: Penerbit Fakulti Pendidikan. Stake, R. E. (1994). Case Studies. In Denzin, N.K. and Lincoln, Y.S. (eds) Handbook of Qualitative Research. Thousand Oaks,CA: Sage. Pp.236-247. Strauss, A. and Corbin. (1990). Basic Qualitative Research. Englewood Cliff: Prentice-Hall Sufean Hussin. 2002. Inovasi Dasar Pendidikan: Perspektif Sistem dan Organisasi. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. Sufean Hussin. 2002. Revitalising Education. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bh Sulaiman Ngah Razali. (1996). Analisis Data dalam Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Tabachnick, B. G. and Fidell, L. S. (1996). Using Multivariate Statistics. 3rd ed. New York: UKM. (1999). Panduan Menulis Tesis. Gaya UKM. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Wiersma, W. (2000). Research methods in education: an introduction. Ed. ke-7. Needham Height, MA: Allyn and Bacon. William, W. 1991. Research Method In Education. 5th.ed. Boston: Allyn and Bacon Yin, R. (1994). Case Study Research (2nd Edition) Thousand Oaks, CA:Sage.
  • 7. FASA : 1/2/3 TARIKH : 2012 TAJUK : 7.1 Kemahiran Asas Penyelidikan MASA : 2 jam OBJEKTIF : Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat: 1. Menerangkan konsep asas penyelidikan pendidikan. 2. Menyenaraikan skala pengukuran dan perbezaannya 3. Menjelaskan metodologi penyelidikan dalam pendidikan. 4. Mengaplikasi kemahiran utama dalam menjalankan penyelidikan Pengenalan Unit ini akan memberi input tentang konsep-konsep asas penyelidikan termasuk terminologi yang digunapakai dalam penyelidikan pendidikan, etika seorang penyelidik dan jenis-jenis penyelidikan. Aspek lain meminta peserta menguasai skala pengukuran khususnya dalam penyelidikan kuantitatif. Para peserta juga akan didedahkan tentang reka bentuk dan metodologi penyelidikan, merangkumi jenis reka bentuk dan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Di samping itu, peserta juga akan didedahkan tentang kemahiran-kemahiran utama yang perlu diaplikasi dalam penyelidikan, antaranya konsep membina instrumen, kesahan dan kebolehpercayaan, sorotan literatur dan penulisan rujukan menggunakan American Psychological Association (APA). PERINCIAN AKTIVITI: LANGKAH / AKTIVITI STRATEGI MASA Langkah 1 Fasilitator menerangkan: Bahan ransangan (30 minit) Konsep penyelidikan dan Sumbangsaran penyelidikan pendidikan, jenis Nota kuliah (Lampiran penyelidikan dan etika penyelidik A) Jenis skala pengukuran. Reka bentuk dan metodologi penyelidikan. Pembinaan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaan, sorotan literatur dan penulisan rujukan mengikut „APA‟ Langkah 2 Aktiviti Kumpulan dan Pembentangan Perbincangan dalam (60 minit) Peserta dikelompokkan kepada kumpulan kecil beberapa kumpulan kecil mengikut Senario dan artikel kesesuaian. jurnal disediakan Setiap kumpulan akan melaksanakan aktiviti 1.1. Selepas perbincangan, setiap kumpulan akan membentangkan hasilan masing-masing. Apabila selesai aktiviti 1.1, kumpulan akan diarahkan untuk melaksanakan aktiviti 1.2 Langkah 3 Rumusan Kumpulan Pembentangan
  • 8. (10 minit) Setiap wakil kumpulan diminta untuk kumpulan membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan. Fasilitator memberi ulasan terhadap isi pembentangan. Langkah 4 Rumusan Akhir (20 minit) Fasilitator mengaitkan aktiviti kumpulan dengan objektif yang ingin dicapai Adalah diharapkan peserta dapat meneroka maklumat lanjut untuk tujuan kefahaman yang lebih mendalam. Aktiviti 1.1: Dalam kumpulan masing-masing, bincangkan senario yang diberikan dalam konteks etika seorang penyelidik : Secara berpasangan, setiap kumpulan akan membincangkan: 1: Perbezaan di antara penyelidikan kualitatif dan kuantitatif 2: skala bagi soal selidik yang disediakan. (rujuk lampiran B) Bentangkan dapatan setiap kumpulan dengan memberikan justifikasi yang tepat Perbincangan dan membuat rumusan berkaitan dengan etika penyelidikan dalam contoh yang diberikan. Aktiviti 1.2: Setiap peserta merujuk satu artikel jurnal berwasit: Peserta dikehendaki menganalisis serta membuat kritikan artikel berkenaan dalam aspek: - Reka bentuk dan metodologi kajian - Literatur kajian - Kesahan dan kebolehpercayaan - Rujukan Peserta membentang laporan dan kritikan artikel berkenaan dan dibincangkan. Bahan Bacaan : Lampiran A
  • 9. FASA : 1/2/3 TARIKH : TAJUK : 7.2 Kajian Tindakan I MASA : 2 jam OBJEKTIF : Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat: 1. Menerangkan definisi, konsep, objektif dan kepentingan kajian tindakan. 2. Menyatakan ciri-ciri penting dalam kajian tindakan. 3. Menyenaraikan kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh penyelidik. 4. Menerangkan teknik-teknik membina instrumen kajian dan menganalisis data. Pengenalan Unit ini akan memberi input tentang definisi, konsep, objektif, kepentingan dan ciri-ciri kajian tindakan. Di samping itu para peserta akan didedahkan tentang kemahiran utama yang perlu dikuasai oleh penyelidik. Seterusnya peserta juga akan didedahkan dengan teknik-teknik membina instrumen dan menganalisis data. PERINCIAN AKTIVITI: LANGKAH / AKTIVITI STRATEGI MASA Langkah 1 Fasilitator menerangkan: Bahan kuliah (30 minit) Definisi, konsep kajian tindakan (Lampiran B) Objektif dan kepentingan kajian Sumbangsaran tindakan Kuliah dibantu oleh Ciri-ciri kajian tindakan bahan (rangka konsep) Kemahiran utama yang perlu secara power point dikuasai. Teknik-teknik membina instrumen dan menganalisis data Langkah 2 Aktiviti Kumpulan dan Pembentangan Perbincangan dalam (60 minit) Peserta dikelompokkan kepada kumpulan kecil beberapa kumpulan kecil mengikut kesesuaian. Setiap kumpulan akan melaksanakan aktiviti 2.1 Selepas perbincangan, setiap kumpulan akan membentangkan hasilan masing-masing. Apabila selesai aktiviti 2.1, kumpulan akan diarahkan untuk melaksanakan aktiviti 2.2 dan 2.3 sehingga semua aktiviti yang dirancang tamat. Langkah 3 Rumusan Kumpulan Pembentangan (10 minit) Setiap wakil kumpulan diminta untuk kumpulan membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dilaksanakan. Fasilitator memberi ulasan terhadap isi pembentangan.
  • 10. Langkah 4 Rumusan Akhir (20 minit) Fasilitator mengaitkan aktiviti kumpulan dengan objektif yang ingin dicapai Adalah diharapkan peserta dapat meneroka maklumat lanjut untuk tujuan kefahaman yang lebih mendalam. Aktiviti 2.1: Dalam kumpulan masing-masing, laksanakan aktiviti berikut: Berasaskan maklumat di atas bina satu peta minda yang mengambarkan konsep kajian tindakan. Lengkapkan perbezaan ciri-ciri kajian tindakan dengan kajian-kajian lain Perbezaan Kajian Tindakan Kajian-kajian lain i) Objektif ii) Rekabentuk kajian ii) Subjek Kajian iii) Kaedah Kajian iv) Laporan Hasil Kajian Aktiviti 2.2: Setiap kumpulan diminta untuk membina instrumen, iaitu borang temubual, borang soal selidik, senarai semak pemerhatian, ujian pencapaian Arahan: 1. Bina satu instrumen yang telah ditetapkan oleh fasilitator berasaskan satu tajuk kajian yang akan dijalankan. 2. Setiap ahli kumpulan perlu menyumbang sekurang-kurangnya satu item dalam instrumen. 3. Instrumen yang dibina mestilah dapat menjawab objektif kajian. 4. Bentangkan hasil kumpulan anda.
  • 11. Aktiviti 2.3: Setiap kumpulan harus memikirkan bagaimana untuk menganalisis data yang dikutip berdasarkan instrumen yang dibina. Gunakan teknik persembahan data yang sesuai bagi menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Bentangkan hasilan kumpulan anda.
  • 12. FASA : 1/2/3 TARIKH : TAJUK : 7.3 Kajian Tindakan II MASA : 3 Jam OBJEKTIF : Selepas tamat menjalani aktiviti ini, peserta dapat: i. Memperolehi sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajaran guru dan sebagainya. ii. Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran, memudahkan pencapaian objektif dan dapat pula memahami, mengubah dan memperbaiki amalan sendiri. iii. Menyediakan pensyarah sebagai penyelidik yang kritikal, kaya dengan idea baru, sanggup menerima perubahan dan berupaya membuat penilaian terhadap kurikulum dan kokurikulum. iv. Membentuk budaya penyelidikan sebagai asas dalam membuat sebarang perancangan untuk tindakan. v. Meningkatkan penggunaan bahan dan membentuk jalinan kerja yang lebih aktif dan efektif. vi. Melaksana kajian tindakan dengan bimbingan mentornya. Pengenalan Unit ini akan memberi input tentang langkah-langkah penting ke arah menyediakan satu kajian tindakan yang baik. Para peserta juga akan diperkenalkan kaedah bagi melaksanakan Kajian Tindakan. Di samping itu, para peserta juga akan didedahkan tentang cara untuk mendapat sumber maklumat penting untuk memahami amalan pengajarannya. Seterusnya, peserta juga akan memperolehi kemahiran dalam penyediaan kertas cadangan kajian tindakan dan melaksanakan kajian tindakan. PERINCIAN AKTIVITI: LANGKAH/MASA AKTIVITI STRATEGI Langkah 1 Fasilitator menerangkan: Sumbangsaran (30 Minit) memilih masalah/isu kajian dalam Perbincangan penyelidikan tindakan kertas cadangan perancangan kajian tindakan dengan Kajian Tindakan penyediaan kertas cadangan. pelajar PISMP Sem 7. Langkah 2 Aktiviti Kumpulan Dan Pembentangan Perbincangan dalam (90 minit) Peserta dikelompokkan kepada beberapa kumpulan kecil kumpulan kecil mengikut kesesuaian. Setiap kumpulan akan menyediakan kertas cadangan kajian tindakan Selepas perbincangan, setiap kumpulan akan membentangkan hasilan masing- masing. Rumusan Kumpulan Langkah 3 Setiap kumpulan diminta untuk membuat Pembentangan
  • 13. (30 minit) refleksi terhadap aktiviti yang telah Kumpulan dilaksanakan. Panduan Asas Fasilitator memberi ulasan terhadap isi Cadangan Kajian pembentangan Tindakan (Lampiran C) Langkah 4 Rumusan Akhir (20 minit) Fasilitator mengaitkan aktiviti kumpulan dengan objektif yang ingin dicapai. Adalah diharapkan peserta dapat meneroka maklumat lanjut berkaitan Kajian Tindakan untuk tujuan kefahaman yang lebih mendalam
  • 14. FASA : 1/2/3 TARIKH : TAJUK : 7.4 Kreativiti dan Inovasi MASA : 2 jam OBJEKTIF : Selepas tamat menjalani aktiviti unit ini, peserta dapat: 1. Mengetahui tentang konsep kreativiti dan inovasi. 2. Mengetahui tentang elemen kreativiti dan inovasi dalam KSSR. 3. Mengenalpasti langkah-langkah untuk membentuk kreativiti dan inovasi dalam P & P. 4. Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran yang mengandungi nilai tambah kreativiti dan inovasi. Pengenalan Manusia dicipta oleh Allah sebagai khalifah yang bertanggung jawab menguruskan alam untuk kesejahteraan semua makhluk. Perubahan sistem kehidupan dan keperluan semasa menuntut manusia sentiasa berfikir dan bertindak untuk memastikan kelangsungan hidup mereka. Di sinilah tuntutan kreativiti dan inovasi sejak zaman berzaman terus berlaku dalam berbagai bidang kehidupan seperti adat resam, perundangan, pentadbiran negara, perdagangan, sains, perubatan, kesenian, sastera, bahasa, telekomunikasi dan pengangkutan. Inovasi demi inovasi dibuat oleh manusia untuk terus memperbaiki keadaan dan sistem kehidupan mereka. Justeru itu, inovasi tidak bersifat statik malah berterusan dalam pemikiran dan kehidupan manusia. Melihat kepada kepentingan kreativiti dan inovasi, sewajarnya pemikiran ini ditanam dalam minda semua murid dan diamalkan dalam sistem pembelajaran mereka. PERINCIAN AKTIVITI: LANGKAH / AKTIVITI STRATEGI MASA Langkah 1 Peserta duduk di tempat duduk masing- Aktiviti Konsep masing. Kreativiti dan Mendengar penerangan. Inovasi “Ice Breaking” tentang hubungan antara Soal jawab (20 minit) Kajian Tindakan dengan kreativiti dan Perbincangan umum inovasi. Nota kuliah (Lampiran Peserta akan mendengar penerangan D) tentang konsep kreativiti dan inovasi yang disampaikan oleh penceramah/ fasilitator Langkah 2 Aktiviti dalam Peserta diminta membentuk kumpulan Kreativiti dan kumpulan kecil kecil (2-4 orang satu kumpulan). Inovasi dalam Mencari maklumat Kurikulum/ Selepas itu, peserta diminta memberikan tentang KBSR dan KSSR sumbang saran tentang elemen kreativiti KSSR (Rujuk (30 minit) dan inovasi dalam KBSR dan KSSR. laman Web Setiap kumpulan/ peserta dijemput untuk Bahagian membentangkan hasil perbincangan. Perkembangan Kurikulum KPM)
  • 15. Langkah 3 Gerak kerja Peserta memilih pasangan untuk aktiviti Mengenal pasti berpasangan seterusnya. langkah/aktiviti Peserta berbincang kreativiti dan Setiap peserta akan bertanya kepada pasangannya tentang elemen kreativiti dan Penerangan kepada inovasi dalam kumpulan- P&P inovasi dalam mata pelajaran yang diajar. kumpulan lain (30 minit) Mencatat/ mengumpulkan elemen kreativiti dan inovasi yang telah dikenalpasti Setiap kumpulan boleh bergerak kepada kumpulan lain untuk mendapatkan maklumat/ hasil perbincangan kumpulan tersebut. Wakil kumpulan membuat rumusan Langkah 4 Setiap peserta diminta menyediakan satu Individu Penyediaan Rancangan P&P yang berfokus kepada Contoh RPH boleh Rancangan P&P aktiviti/langkah yang mengandungi diperolehi dari Unit yang elemen kreativiti dan inovasi dalam Praktikum IPGK mempunyai kursus/ mata pelajaran masing-masing elemen kreativiti dan inovasi (30 minit) Langkah 5 Refleksi peserta terhadap amalan P&P yang Kumpulan besar Rumusan mempunyai nilai kreativiti dan inovasi dalam (10 minit) pengalaman pengajaran mereka dan cadangan peningkatan amalan tersebut.
  • 16. LAMPIRAN A KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISME PENSYARAH BAHARU KONSEP ASAS PENYELIDIKAN APA ITU PENYELIDIKAN? Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1977) Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenal pasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana- sarjana dalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1970) Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan menginterpretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima dalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975) Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in Business) Penyelidikan Saintifik adalah kaedah penyelidikan bersistematik dan diperhalusi dengan mengunakan peralatan dan prosedur tertentu bagi mendapatkan penyelesaian bermakna bagi sesuatu masalah dari penggunaan kaedah yang tidak membawa makna (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in Business) JENIS PENYELIDIKAN Terdapat empat jenis penyelidikan yang biasa dijalankan. Keempat-empat jenis itu adalah penyelidikan asas, penyelidikan gunaan, penyelidikan tindakan dan penyelidikan penilaian yang setiap satunya sangat berbeza dan mempunyai tujuan yang berlainan. Penyelidikan Asas Kajian yang dibuat untuk meningkatkan kefahaman teori-teori sedia ada atau menghasilkan teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Penyelidikan Gunaan Kajian yang dibuat untuk menyelesaikan masalah harian, misalnya berkaitan polisi seperti kajian pelaksanaan PPSMI, kajian kesesuaian guru sekolah mengambil peperiksaan awam bagi menggantikan PTK, kajian EDUWEB TV dan kajian kepuasan guru dan kajian menyelesaikan masalah sosial dan masalah pendidikan.
  • 17. Penyelidikan Tindakan Kajian yang menekankan kepada penilaian amalan harian sama ada telah mencapai tahap yang sepatutnya. Penyelidikan Penilaian Kajian untuk menilai sesuatu program yang telah dijalankan dalam tempoh tertentu. Bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian, kecekapan, keberkesanan dan keekonomian sesuatu program kepada kumpulan sasaran. Dapatan kajian mungkin mengesyorkan program itu “Diteruskan”, “Diubahsuai” atau “Dibatalkan” ETIKA DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN Prinsip autonomi Bertanggungjawab ke atas perlakuan diri sendiri. Individu mempunyai kebebasan melakukan tindakan dengan bertanggungjawab dan menghormati hak orang lain. Persetujuan termaklum Persetujuan termaklum mengandungi beberapa aspek iaitu, kewarasan, kesukarelaan, penyediaan maklumat dan kefahaman tentang kajian. Aspek kewarasan iaitu disedari secara kognitif dan emosi. Kesukarelaan iaitu data sah dipungut jika sampel rela hati, bukan paksaan atau ugutan dan ancaman. Penyediaan maklumat iaitu tidak semua maklumat kajian perlu didedahkan kepada sampel, antaranya risiko dan jenis kajian eksperimental yang ada perkara perlu dirahsiakan. Kefahaman tentang kajian iaitu sampel jelas kajian yang dijalankan melalui taklimat yang teratur dan jelas, beri masa yang mencukupi untuk menjawab instrumen serta bahasa yang mudah difahami. Persetujuan termaklum memadai jika penyelidik telah memberikan keterangan tentang prosedur dan tujuan kajian, memaklumkan risiko, memaklumkan rasa tidak selesa. memaklumkan kebaikan kajian, bersedia memberi alternatif lain kepada sampel atau menarik diri sebagai sampel dan bersedia menjawab sebarang soalan yang dikemukakan oleh sampel. Kebenaran menjalankan kajian Seseorang pengkaji terlebih dahulu perlu menyediakan proposal kajian dan disertakan semasa memohon kebenaran menjalankan kajian daripada Bahagian Perancangan dan Pembangunan Dasar Pendidikan (EPRD). Setelah mendapat kebenaran daripada EPRD, pengkaji perlu mendapatkan juga kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bagi memasuki sekolah-sekolah untuk mengambil sampel dalam kalangan guru atau murid sekolah. Setelah selesai kajian, salinan laporan kajian hendaklah dihantar kepada pihak yang memberi kebenaran, iaitu EPRD dan JPN. Keselamatan sampel Sebagai panduan, pengkaji perlu memastikan keselamatan sampel terjamin semasa kajian dijalankan. Pengkaji pastikan sampel tidak terganggu khususnya perkara-perkara yang boleh mendatangkan kecederaan, kecacacatan, khususnya dalam kajian yang berbentuk penggunaan fizikal sampel. Pengkaji juga perlu menjaga emosi sampel supaya terhindar daripada perasaan takut, gementar, geram, khususnya kajian yang berbentuk kegagalan, kekecewaan diri sampel.
  • 18. Membuat kebaikan Pengkaji hendaklah meletakkan prinsip di mana kajian yang dijalankan dapat membuat kebaikan, iaitu niat melakukan kajian untuk menyumbang kepada masyarakat dan bukan untuk membuktikan kesilapan atau kekurangan pihak-pihak tertentu. Kesahan Kesahan merupakan aspek penting dalam kajian. Apabila semua aspek penting kajian seperti persampelan, reka bentuk, instrumen, analisis data telah dipenuhi, barulah sesuatu kajian itu dapat ditakrifkan sebagai sah dan boleh diguna pakai. Apabila aspek tadi tidak dipenuhi sepenuhnya dan juga aspek kebolehpercayaan yang diragukan, pentakrifan kajian secara terhad sahaja dapat dibuat. Pengiktirafan Iktiraf dan hargai penulis sebelum kita. Banyak prinsip asas telah diterokai oleh pengkaji dan penulis artikel terdahulu di mana kita mula menceburinya. Rujukan yang dipetik perlu jujur dari segi ketepatan dan kebenarannya. Penyeliaan Penyeliaan penyelidikan merupakan aspek penting dalam dunia akademik. Penyelia dan pelajar perlu memahami hak dan tanggungjawab masing-masing. Temu janji, persediaan, perancangan, perbincangan antara pelajar dan penyelia sehingga kajian siap amat mustahak. Hak hasil penyelidikan Isu hak hasil penyelidikan merupakan isi universal dan menjadi dilema etika bagi cendekiawan akademik. Siapa berhak menggunakan hasil penyelidikan pelajar sering menjadi tanda tanya. Setiap data mentah, dapatan, hasil penyelidikan tetap menjadi hak pelajar manakala untuk pengarang individu atau pengarang bersama (penyelia sebagai co-author), boleh dipertimbangkan jika penyelia menyumbang secara berkesan dalam kajian pelajarnya. Perhubungan penduaan Wujud apabila terdapat percanggahan tanggungjawab dalam perhubungan antara dua pihak yang mempunyai hubungan hierarki yang satunya lebih tinggi daripada yang satu lagi. Contohnya seorang pelajar masukkan nama pensyarah dalam artikelnya dengan tujuan mendapatkan merit atau markah tesisnya. Situasi ini berkehendakkan asas pertimbangan antara autonomi pelajar dan penyelia. Sebaik- baiknya, penerbitan hendaklah dibuat selepas tesis dihasilkan bagi mengelakkan pihak penyelia dikatakan mendapat manfaat daripada tesis pelajarnya. PENGUKURAN DAN PENGSKALAAN Statistik menumpukan kepada dua jenis perkara iaitu penerangan data dan juga pengaruh pembinaan sesuatu populasi yang berdasarkan maklumat terkandung dalam sampel. Tersurat dalam perkara ini adalah kita sebenarnya boleh membuat pengukuran ciri-ciri berkenaan. PEMALAR DAN PEMBOLEHUBAH (CONSTANT DAN VARIABLES) Apabila pemerhatian ke atas sesuatu fenomena atau sesuatu hasilan ujian berterusan didapati tidak berubah ianya dipanggil “malar” (constant). Contoh bagi malar ialah jika kita bertanya kepada semua
  • 19. peserta didalam kelas ini berapakah harga yang dibayar untuk memperbaharui lesen memandu kita akan dapati bahwa jawapan yang diberikan adalah sama. Apabila pemerhatian terhadap sesuatu fenomena berubah dari satu ujian ke satu ujian yang lain ianya dipanggil pembolehubah. Contohnya adalah apabila kita bertanya berapakah yang dibelanja oleh pegawai-pegwai INTAN untuk makan tengahari tentunya kita akan dapati jawapannya tidak sama kerana perbelanjaan makan tengahari adalah berbeza dari seorang pegawai dengan yang lain. Ahli sains sosial biasanya menumpukan pada pemerhatian pembolehubah. Rumusan dan ringkasan data akan lebih mudah jika pemerhatian dibuat ke atas pemalar. Tiada mana-mana maklumat teori diperlukan untuk dijadikan sandaran jika nilai-nilai pemerhatian adalah constant dari satu ujian ke satu ujian yang lain. Pemerhatian terhadap pembolehubah kuantitatif hanya boleh mengambilkira nilai beberapa bilangan tertentu dan ini dipanggil pembolehubah berasingan (discrete variables). Contohnya bilangan kanak- kanak dalam sesebuah keluarga. Apabila pemerhatian dibuat ke atas pembolehubah kuantitatif yang boleh mengambil kira pelbagai nilai bilangan pada peringkat-peringkat tertentu ianya dipanggil sebagai pembolehubah berterusan (continous variable). Bukan semua pembolehubah yang digunakan dalam bidang sains sosial adalah kuantitatif contohnya status pekerjaan seorang. Pembolehubah kualitatif adalah satu pemerhatian yang berubah jenis tetapi bukan pada tahap. SKALA PENGUKURAN BAGI PEMBOLEHUBAH KUALITATIF DAN KUANTITATIF Ahli sains sosial bersetuju bahawa ada empat skala asas bagi membuat pengukuran. Ia berubah bagi tahap ke satu tahap dalam mengumpulkan jenis bilangan pembolehubah. Skala yang dimaksudkan adalah nominal. ordinal, interval dan ratio. Skala Nominal Skala Nominal menerangkan kategori tertentu dengan nama. Kategori ini dipanggil tahap skala. Semua pembolehubah kuantitatif diukur dengan skala nominal. Contohnya, kaum boleh dibahagikan kepada empat jenis iaitu Melayu, Cina , India dan lain-lain agar semua pemerhatian setiap bakal repsonden boleh diukur atau dikategorikan pada tahap tertentu. Bagaimana pun nombor-nombor ini tidak mewakili mana- mana nilai dan kita tidak boleh menyatakan peringkat-peringkat tetap tertentu bagi tahap-tahap tersebut Skala Ordinal Skala ordinal menggabungkan ciri-ciri skala turutan dan ciri tambahan yang diperhatikan boleh disusun atau diletakkan dalam turutan dari rendah ke tinggi. Walaupun pada skala ordinal kita boleh meletakkan tahap pemerhatian dari rendah ke tinggi, kita tidak boleh menetapkan jarak diantara satu tahap. Contohnya kita boleh mengklasifikasikan kakitangan awam kepada empat, kumpulan A, B, C, dan D tetapi kita tidak boleh menyatakan status tahap atau jarak di antara kelas tersebut adalah sama antara satu yang lain. Skala Interval (Skala Selang) Skala interval menggabungkan semua ciri-ciri ordinal atau nominal dan kita boleh menyatakan jarak atau had bagi sesuatu skala. Contohnya adalah seperti Ujian IQ yang sama tahap dijalankan bagi 8 buah
  • 20. sekolah di sesuatu kawasan , jika purata ujian skor bagi setiap sekolah seperti yang ditunjukkan di bawah, kita bukan sahaja boleh mengkelaskan purata IQ tersebut dari tinggi ke rendah tetapi kita boleh juga mengetahui jarak sebenar, yang diukur dalam unit skor bagi ujian IQ terebut di antara sekolah-sekolah terlibat. Berdasarkan purata skor IQ, skor sekolah 7 lebih mirip dengan skor sekolah 6 dari skor sekolah 8 Keputusan Purata IQ Sekolah IQ 1 150 2 128 3 126 4 125 5 122 6 120 7 110 8 75 Satu ciri kurang baik skala ini adalah punca skala tidak dinyatakan yakni kita tidak tahu dimana 0 diletakkan, dengan tidak mengetahui dimana 0 diletakkan pada skala bermakna, kita tidak boleh mengesahkan nisbah pemerhatian. Sebagai contoh kita mungkin ingin mengetahui nisbah bagi IQ Sekolah 1 = 150 = 2 IQ Sekolah 8 75 Keputusan yang diperolehi tidak membenarkan kita menyatakan purata pencapaian IQ pelajar tahun 6 pada Sekolah 1 adalah dua kali lebih baik dari pelajar Sekolah 8. Jika 0 boleh dinyatakan pada skala selang, skala tersebut menjadi skala nisbah. Skala Ratio (Nisbah) Skala nisbah mengabungkan semua ciri skala selang dan ciri tambahan yang membentuk tahap skala. Contohnya kadar kelahiran, kadar kematian, ketinggian, berat, bilangan pelajar. Kesemua keempat-empat skala berbeda keupayaan mereka dalam mengkelaskan data. Measurement Scales Categorical/nominal scale: Used to measure discrete variables that can be classified by two or more mutually exclusive categories. Ex: Gender is a categorically scaled variable with two categories: male & female. the scale scores (0,1) have no meaning.
  • 21. Ordinal scale: Used to measure discrete variables that are categorical in nature and can be ordered (meaningfully). Ex: Undergraduate class is an ordinally scaled variable with four meaningfully ordered categories: freshman, sophomore, Junior, Senior. The scale scores (1,2,3,4) have meaning in that Juniors have complete more units than sophomores who have completed more than freshman . . . Interval scale: Used to measure continuous variables that are ordinal in nature and result in values that represent actual and equal differences in the variable measured. Ex: Temperature is an interval scaled variable with meaningfully ordered categories (hot, cold) that can be measured (scale has a constant unit of measurement) to finer and finer degrees given appropriate instrumentation. Ratio scale: Used to measure continuous variables that have a true zero, implying total lack of the attribute/property being measured. Ex: Weight is a ratio scaled variable with meaningfully ordered categories (heavy, light) that can be measured to finer and finer degrees that also has a true rather than arbitrary zero. Continuous variables are ones at least interval scaled - call for use of parametric statistics Discrete variables are ones that are categorical or ordinal in nature and call for use of non-parametric statistics. MEMBINA INSTRUMEN KAJIAN Proses membina instrumen mempunyai pelbagai peringkat yang 1. Pertimbangan Awal / Preliminary Question Apa yang hendak diukur? bergantung kepada bagaimana konstruk didefinisi dan sejauhmana konstruk itu berbeza atau sama dengan instrumen lain yang bertujuan mengukur konstruk yang sama. Apa perlunya instrumen ini? - Apa yang menyebabkan instrumen ini lebih baik daripada instrumen lain sedia ada? - Adakah bukti kukuh dari sudut kebolehpercayaan dan kesahan? - Adakah skop lebih menyeluruh? - Adakah mengambil masa yang singkat dan kos yang rendah?
  • 22. Apakah tujuan dan objektif instrumen? -Kebolehan (kemahiran membaca, menulis, kecerdasan) -Personaliti (ekstrovert, introvert, kreativiti) -Kecelaruan (kerisauan, tekanan, kecelaruan fikiran) -Emosi (kegembiraan, kemarahan, kemurungan) -Sikap (prejudis) -Minat (kecenderungan kerjaya) -Kenal pasti kumpulan sasaran yang hendak diukur -Umur, bangsa, jantina, SES, keperluan khas. 2. Tentukan konstruk dan definisi operasi Tentukan instrumen yang akan dibina mempunyai satu dimensi atau beberapa dimensi. Dapatkan pandangan pakar atau melalui temubual atau melalui bacaan literatur, buku, teori yang mendasari konstruk berkenaan. Beri definisi operasi bagi setiap konstruk dan pemboleh ubah yang diukur. 3. Jadual Spesifikasi Instrumen (JSI) Berdasarkan tujuan dan objektif kajian. JSI hendaklah mempunyai kandungan konstruk yang diukur. Tentukan tahap taksonomi, sama ada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis atau penilaian. 4. Penentuan Skala Pengukuran Satu proses yang menetapkan peraturan untuk menentukan nombor-nombor dalam pengukuran. Ia menggambarkan nilai skala yang berbeza-beza mengikut trait, atribut atau ciri-ciri yang diukur. Jenis skala i. Skala pemeringkatan (Rating scale) iaitu sekumpulan perkataan, kenyataan atau simbol yang menghakimi kekuatan sesuatu trait ii. skala likert (Likert scale) iaitu mempunyai 3 hingga 7 pilihan skala yang mempunyai aras rendah hingga tinggi. iii. Skala Perbandingan Berpasangan (Pair comparison scale) iaitu mempunyai 2 gambar, 2 objek, 2 penyataan untuk dipilih satu sahaja. Dinamakan juga skala dikotomi. 5. Menulis Item Tentukan format item sama ada memilih respon seperti soalan aneka pilihan (MCQ) dan padanan (matching) atau jenis konstruk respon seperti melengkapkan jawapan, jawapan pendek atau esei. Bilangan item hendaklah dibina sekali atau 2 kali ganda daripada yang diperlukan. Penskoran item boleh secara kumulatif iaitu skor yang tinggi menunjukkan kebolehan yang tinggi juga di mana ianya sesuai untuk instrumen psikologi. Secara kelas iaitu pengasingan mengikut kategori skor yang sesuai untuk sistem diagnostik. Secara ipsative iaitu membanding kekuatan skor dengan skor orang yang diperlukan. Pastikan kesahan muka (face validity) pada peringkat ini dengan meminta kumpulan sasaran (sampel yang kecil) menjawab item. 6. Kesahan kandungan Kenal pasti kumpulan pakar untuk mengesahkan kandungan instrumen. Panel hendaklah pakar dalam bidang dan pakar dalam pembinaan instrumen. Semak kualiti item supaya sesuai dengan objektif dengan mengambil kira cadangan pakar sama ada item perlu dibaiki, di, atau diganti item baru, bebas daripada „bias‟, „mewakili trait atau kebolehan‟ dan mencukupi dari segi teknikal. 7. Kajian rintis
  • 23. Jalankan ujian rintis kepada kumpulan yang mempunyai ciri yang sama dengan tujuan sasaran. Bilangan sampel, tiada angka tetap, dicadangkan paling kurang 5 hingga 10 sampel bagi setiap item dalam instrumen. Walaupun begitu, bilangan sampel mempunyai kesan kepada analisis faktor (kesahan konstruk). Jika penyelidik berhasrat menjalankan analisis faktor, pastikan bilangan sampel minimum adalah 100 orang (Palant 2001). Jalankan ujian rintis dalam situasi hampir sama dengan kajian sebenar, bertujuan mengawal pemboleh ubah luaran (extraneous factors). 8. Analisis Item Bertujuan untuk memilih item yang baik daripada „pool of item‟ yang telah dirintiskan. Empat analisis perlu dijalankan, bergantung kepada tujuan instrumen, iaitu menentukan indek kesukaran item, indek diskriminasi item, indek kesahan dan indek kebolehpercayaan. 9. Semakan dan Pemasangan instrumen Tentukan bilangan item diperlukan dan bentuk yang ditetapkan. Pilih item yang benar-benar menepati ciri-ciri item yang baik. Sediakan arahan, soalan contoh, kekunci penskoran, helaian jawapan. Tentukan masa yang sesuai dan keperluan-keperluan khas yang lain. 10. Kajian pengesahan Kajian akhir bertujuan mengesahkan instrumen. Tadbirkan instrumen kepada sampel sebenar dengan bilangan lebih ramai. Jalankan analisis item, iaitu indek kesukaran dan indek diskriminasi jika instrumen jenis ujian pencapaian atau prestasi. Jalankan analisis kebolehpercayaan dan kesahan item sekali lagi bagi mempastikan item-item instrumen benar-benar boleh dipercayai dan sah untuk diguna pakai. 11. Sediakan manual Akhir sekali, sediakan Manual Pentadbiran Instrumen, iaitu bagaimana instrumen ini ditadbirkan ke atas sampel iaitu dari segi panduan menjawab, masa menjawab dan keperluan khas yang lain. Sediakan juga Manual Teknikal Instrumen yang melibatkan bagaimana penskoran dilakukan, bagaimana untuk intepretasi keputusan dan seterusnya membuat rumusan. KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN Beberapa definisi mengenai kebolehpercayaan telah dinyatakan oleh tokoh-tokoh penyelidikan terdahulu. Antaranya, ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh sesuatu alat ukur (Hanna dan Dettmer 2004). Ketekalan sesuatu ujian adalah mengukur perkara yang sama (Payne dan Mcmorris 1967; Tuckman 1978). Ketekalan sesuatu ujian adalah hampir sama apabila sesuatu ukuran yang boleh dipercayai digunakan untuk mengukur tingkah laku yang sama pada masa berlainan (Nunnally 1978). Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan skor yang diperolehi oleh seseorang apabila diberi sekali lagi ujian yang sama pada masa yang lain, atau dengan set instrumen yang setara (Anastasi 1984). Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur pemboleh ubah adalah pengertian bagi konsep kebolehpercayaan alat ujian (Mohd Majid 1990).Sesuatu alat ukur (ujian) yang “dipercayai”, tidak semestinya “sah”. PEKALI / INDEKS KEBOLEHPERCAYAAN: - pekali korelasi antara dua set skor - julat antara -1.00 hingga +1.00. - berbeza cara menentukannya, bergantung kepada jenis-jenis kebolehpercayaan Nilai (r) Tafsiran -------------------------------------------- <0.20 Tidak baik 0.21-0.40 Kurang baik
  • 24. 0.41-0.60 sederhana baik 0.61-0.80 Baik 0.81-1.00 Sangat baik -------------------------------------------------- Kebolehpercayaan bermaksud ketekalan (consistency) kajian dan setakat mana kajian boleh di ulang semula (replicated). Cronbach Alpha Nilai Pekali Alpha yang dapat dikatakan baik atau diterima sebagai boleh dipercayai adalah berbeza-beza. Mengikut Vallette (1977), nilai pekali kebolehpercayaan 0.50 atau lebih boleh diterima. Manakala Mohd Majid (1990) dan Borg et al. (1993) bersetuju bahawa sesuatu alat ukur yang mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan 0.60 atau lebih boleh diterima. Syaharom (1990) pula meletakkan julat antara 0.60 hingga 0.85 adalah sesuai, manakala Othman (2000), mengesyorkan nilai antara 0.65 hingga 0.85 adalah baik dan boleh diterima. Fraenkel dan Wallen (1996) dan Palant (2001) meletakkan nilai kebolehpercayaan minima adalah sekurang-kurangnya 0.70, sedangkan Edward dan Richard (1979) dan Ahmann dan Glock (1981) meletakkan nilai pekali lebih tinggi iaitu minimum 0.80. Nilai yang agak tinggi diletakkan oleh Hopkins (1998), iaitu minimum 0.90 baru boleh dikatakan item itu mempunyai kebolehpercayaan yang baik. Namun begitu, Palant (2001) mencadangkan, bagi sesuatu instrumen yang baru dibina atau di peringkat awal penyelidikan (exploratory), nilai Alpha 0.60 boleh diterima pakai. KESAHAN ITEM Konsep kesahan Kesahan sesuatu alat ukur menggambarkan sejauhmana ujian tersebut mengukur apa yang sepatutnya diukur (Tuckman 1978). Mengikut Anastasi (1988), kesahan merujuk kepada sebaik mana sesuatu instrumen mengukur apa yang hendak diukur. Wiersma (2000) pula mendefinisi kesahan sebagai ketepatan mengintepretasi dan generalisasi keputusan. Ini bermakna, sesuatu ujian harus mengukur domain-domain yang diukur secara tepat. Terdapat empat jenis kesahan yang boleh digunakan untuk mengesahkan instrumen kajian, iaitu kesahan muka, kesahan kandungan, kesahan konstruk dan kesahan hubungan-kriteria. Kesahan muka Kesahan muka menggambarkan sesuatu instrumen itu dilihat sah untuk menguji pengguna, termasuk penguji, dan lebih-lebih lagi kepada calon yang menduduki ujian (Gregory 1996). Kesahan muka merupakan penerimaan sosial, seperti kesesuaian penggunaan istilah serta kefahaman yang jelas, bukan bentuk kesahan bersifat teknikal seperti kesahan kandungan, kesahan hubungan-kriteria, dan kesahan konstruk yang memerlukan analisis statistik yang sistematik. Kesahan kandungan
  • 25. Kesahan kandungan merujuk kepada sesuatu alat pengukuran yang dapat mengukur semua isi kandungan bidang yang dikaji dengan berkesan (Mohd Majid 1990). Walau pun begitu, Brown (1970) kelihatan lebih longgar di mana menurutnya, sesuatu ujian seharusnya mampu mewakili keseluruhan kandungan atau tingkah laku. Mengikut Murphy dan Davidshofer (1998), kesahan kandungan adalah kemampuan sesuatu alat ukur menguji pengetahuan dan kemahiran serta tingkah laku sampel yang mengambil ujian. Terdapat beberapa kaedah untuk meningkatkan kesahan kandungan sesuatu alat ukur. Biasanya dengan menyediakan Jadual Penentuan Ujian (Murphy & Davidshofer 1998 dan Linn & Miller 2005). Mengikut Brown (1970) dan Friedenberg (1995), kandungan khusus yang disediakan dalam pembinaan item boleh dibandingkan melalui penghakiman panel pakar untuk semakan bagi menentukan keselarian antara item dengan kandungan. Satu lagi kaedah menentukan kesahan kandungan menurut Brown (1970) adalah korelasi skor bagi dua ujian yang dibina berasingan yang mengukur konstruk yang sama. Jika korelasi tinggi, kedua-dua ujian mempunyai kesahan kandungan yang tinggi dan sebaliknya jika korelasi rendah, sekurang-kurangnya satu ujian lemah kesahan kandungannya. Kesahan konstruk (Gagasan) Sejauhmana sesuatu alat ukur mengukur konstruk berasaskan teori psikologi tertentu. Analisis faktor (Factor analysis) adalah kaedah yang selalu digunakan. Selain itu, kaedah korelasi antara item dalam skala yang sama (inter-item) dan korelasi antara item dengan jumlah skor (item-total correlation) juga boleh digunakan. Instrumen berperanan sebagaimana dikehendaki. Jika instrumen hendak mengukur kreativiti, pastikan ianya mempunyai korelasi yang tinggi dengan kebolehan artistik, bukan dengan pencapaian akademik. Apabila alat ukur ditadbir kepada mereka yang sabar, bermotivasi, risau akan menghasilkan sabar, bermotivasi dan risau juga. Sidek (1998) menyatakan bahawa gagasan adalah sekumpulan konsep di dalam fikiran kita yang tidak wujud secara nyata. Gagasan mengandungi konsep-konsep yang kompleks yang terdiri daripada pelbagai faktor yang berinteraksi sesama sendiri. Gagasan tidak dapat dilihat maka pengukuran ke atasnya tidak dapat dilakukan secara langsung. Gagasan perlu didefinisikan sehingga dapat meramalkan hubungan antara gagasan tersebut dengan hasil yang dikehendaki. Kesahan gagasan adalah kesahan yang diperoleh dengan menghubungkan andaian ukuran suatu gagasan dengan tingkah laku yang dijangkakan akan berlaku (Sidek 1998). Kesahan gagasan dapat ditentukan melalui analisis faktor. Melalui analisis ini item yang membentuk gagasan dapat ditentukan, kesahan gagasan merupakan aspek terpenting kesahan alat ukuran terutamanya yang berkaitan dengan kajian sosial dan pendidikan (Sidek 1998). Pendapat ini disokong oleh Mohd Majid (1990), bahawa kesahan gagasan adalah merupakan aspek terpenting kesahan pengukuran, khususnya dalam penyelidikan pendidikan. Ini adalah kerana kebanyakan pemboleh ubah pendidikan adalah terbentuk daripada gagasan. Kesahan gagasan lebih sukar ditentukan jika dibandingkan dengan kesahan yang lain. Kesahan hubungan-kriteria Kesahan kriteria mengikut Friedenberg (1995), adalah kebolehan sesuatu ujian menjangkakan performan bagi lain-lain pengukuran (kriteria yang sama). Kaplan dan Saccuzzo (1993) pula merujuk kesahan kriteria sebagai berapa baik sesuatu ujian menjangkakan hasil lain-lain pengukuran. Kesahan kriteria dipecahkan kepada dua kesahan lain, iaitu kesahan serentak dan kesahan jangkaan. Kesahan serentak adalah mengukur hubungan semasa antara skor ujian penjangka dan skor ujian kriteria, di mana kedua- dua skor ujian berkenaan dikumpul pada masa yang sama. Dalam konteks kajian ini, kesahan serentak dapat dilakukan dengan melihat korelasi antara skor domain bagi instrumen kecerdasan pelbagai yang sedang dibina dengan skor domain yang sama dalam instrumen yang lain yang ditadbirkan serentak.
  • 26. Kesahan jangkaan pula merujuk kepada ketepatan skor sesuatu ujian dalam menjangkakan skor kriteria (Aiken, 1994). Skor pengukuran kriteria merupakan skor yang sepatutnya dicapai pada masa akan datang atau selang masa tertentu selepas sesuatu ujian diberikan. Kesahan jangkaan ditentukan melalui koefisien korelasi antara skor ujian jangkaan dengan skor pengukuran kriteria yang akan diperolehi pada masa kemudian. LITERATURE STUDY A thorough literature study is an indispensable component of all research. It familiarises the researcher with both research which has already been done in his field as well as with current research. A literature study makes the researcher aware of what the current train of thought is, as well as the focus of existing and acceptable thought regarding a specific topic. lt also helps him demarcate the boundaries of his research theme. When doing this, he finds ideas for his own research theme and for possibly processing his data. The researcher also gains personally by his literature review. It fosters a certain attitude and leads to the attainment of certain skills: * Bangunkan kebolehan untuk It develops the ability to recognize and select the significant and the relevant, without getting lost in trivialities. * It helps in gauging the quality of research material and in planning his research accordingly. * It develops a critical attitude regarding others' research as well as his own efforts. * It trains him to be an astute observer especially in respect of certain obstacles, making it possible for him to avoid them. * Knowledge of relevant literature helps the researcher to define the boundaries of his field. 1.2 The role of a literature study in research The literature study helps the researcher to: * select a research problem or theme. Relevant literature enables the researcher to discover where inconsistencies, wrong designs and incorrect statistical conclusions occur. Often research reports are concluded with recommendations regarding research which still needs to done. The researcher's thinking can be shaped in this way, which in turn will enable him to: * define the boundaries of his field; * establish the size and extent of his research; * consider the procedures and the instruments which he will use in his research. After having considered other researchers' procedures and instruments, the researcher becomes more sophisticated in the choice of his own;
  • 27. * see his own problem in better perspective through a better understanding of the underlying theory. This enables him to establish whether his research will make a contribution and what the value of his contribution would be; * avoid unnecessary (non-purposeful) repetition of research already undertaken. A researcher often develops a brilliant insight into how to tackle a problem, only to discover, through a study of relevant literature, that someone else has already done so; * better evaluate the significance of his own findings. This applies especially in respect of which techniques were used, and which contributions were made to gaining a better understanding of the problem, etc; * formulate his hypotheses with sharper insight; * carry out his research more purposefully. In time he learns to eliminate the unnecessary. He learns from the successes and failures of others. 1.3 Jenis Sorotan Literatur In studying works dealing with earlier (and acceptable) research, two types of sources, especially, come to the fore: * Comprehension literature, buku dan artikel yang ditulis oleh pakar yang memaparkan pandangan, pengalaman, teori dan idea bagi sesuaitu konsep yang dibangunikan atas sesuatu masalah spesifik dalam sesuatu bidang. as well as their opinions on what is good or bad, desirable or undesirable, valuable or worthless regarding insight into specific concepts or constructs. For the young researcher it is very useful because it helps him to understand the validity of correctness of theories (outdated, existing or newly formed) better. It also shows him where there are shortcomings in a specific field (thus requiring research). It also shows its strengths which he may wish to pursue. * Literatur Kajian: Termasuk laporan kajian yang telah dijalankan dalam sesuatu bidang yang menjadi fokus yang menjadi indicator yang baik bagi mengatasi sesuatu masalah melalui satu prosedur kajian, reka bentuk, hipotesis, teknik dan instrumen.yang betul, * The results of studying these two types of literature are thus a personal frame of reference, i.e. an insight into the body of basic knowledge, possible differences, underlying theories, et cetera. * It furthermore leads to a greater awareness of those matters within the field which have already sufficiently been demonstrated and proved, as well as those matters still requiring more in-depth research. 1.4 Sumber Primer dan sumber kedua Sumber Primer adalah hasil kerja, buku, majalah, filem, rakaman suara daripada orang pertama. Sumber kedua termasuk komentari, penjelasan, elucidations yang dibuat oleh penulis lain.
  • 28. It is desirable (especially in historical research) that, where possible, the primary source should preferably be consulted. T here are, however, problems with consulting primary sources. * The source is out of print, has been destroyed or is unobtainable. Then secondary sources have to be consulted. * The primary source is in a foreign language, rendering it inaccessible for the researcher. Translations have to be used with the expressed knowledge that such translations are possibly inaccurate or even incorrect. Sometimes it helps to read an expert's comment on the translation. * The primary source is so complicated and advanced that the researcher cannot understand it. It then helps to read explanations in technical dictionaries, encyclopaedias or elementary handbooks. This, does not mean, however, that secondary sources are of no value whatsoever. The researcher could possibly encounter many useful references to primary sources in his study of secondary sources. 1.5 Systems of documentation Consulting specifically focused documentation systems can be very useful. These are systematically arranged sources of reference or literature dealing with a specific subject which have appeared. They have many additional references to related themes. The following are some examples of the most useful indices and/or sources of information: * The Educational Resources Information Centre (ERIC) which has a "Current Index to Journals in Education" (CIJE) series. Every English article of any significance dealing with Education which has been written since 1969, has been included in this series and has been indexed and cross-referenced according to key words. * The system of documentation of the "Deutsches Jugendinstitut" in Munich (Germany): All German and most English literature is read, briefly summarised, printed on cards and bound in a book. The cards can be torn out and filed. An example. * The "Encyclopaedia of Educational Research" (very similar to the ERIC); * The "Review of Educational Research" (very similar to the ERIC); * The "British Education Index" (very similar to the ERIC); * The Institute of Contemporary History (INCH) at the University of the Free State, Bloemfontein's documentation systems. At this Institute all South African magazines and newspapers are read, cuttings are taken and documented according to key concepts. RAU is linked to the system by telephone. If one dials a relevant number, the cutting appears on a television screen. Photostats (very indistinct) are available at 20 cents per page. * The system of documentation and computer printout service of the HSRC. This contains printouts of research which has been done in South Africa in specific subjects.
  • 29. LAMPIRAN B PENYELIDIKAN TINDAKAN (i) Apakah yang dimaksudkan dengan Penyelidikan Tindakan? Penyelidikan tindakan adalah suatu bentuk inkuiri refleksi kendiri seseorang dalam situasi sosial dengan tujuan memperbaiki dan menjustifikasikan amalan sosial kendiri, kefahaman tentang amalan itu, situasi dan institusi untuk mengubah suai amalan (Kemmis, 1988) Di samping itu, ia juga merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki atau meningkatkan bidang pendidikan dengan guru melaksanakan inkuiri kendiri dan, seterusnya menggalakkan guru menjadi lebih sedar dan kritis terhadap amalan kendiri dan lebih bersedia untuk mengubah amalan itu (McNiff,1988). (ii) Apakah prinsip-prinsip penyelidikan tindakan? Penyelidikan tindakan membawa hasrat untuk mempertingkat amalan pendidikan agar pengajaran dan pembelajaran sentiasa berkualiti. Untuk mencapai hasrat itu, penyelidikan tindakan perlulah dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip khusus. Penyelidikan tindakan dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan kefahaman penyelidik tentang masalah yang dihadapi. Penelitian terhadap masalah yang dihadapi dapat memberikan pengetahuan dan kefahaman yang memungkinkan seseorang melakukan langkah pembaikan. Proses pembaikan itu perlulah diteruskan secara lingkaran berasaskan refleksi kendiri. Proses refleksi yang sentiasa dilakukan membolehkan penilaian berlaku secara berterusan. Dengan sendirinya, ia juga memerlukan langkah pembaikan yang berterusan untuk mempertingkat kualiti. Dengan kata lain, penyelidikan tindakan akan sentiasa dilakukan. Dalam proses penyelidikan tindakan, penyelidik bertindak sebagai peserta dan pengkaji yang mengumpul maklumat. Ini bermaksud pengkaji terlibat sepenuhnya dalam konteks kajian. Keadaan ini membolehkan penyelidik untuk terus terlibat dalam kajian dan dapat bertukar-tukar pendapat dan berkongsi dapatan kajian dengan peserta sehingga keputusan kajian diperoleh.
  • 30. Di samping itu, tindakan kolaboratif dan perbincangan di kalangan penyelidik juga dipentingkan. Langkah ini dapat mempertingkat kelancaran dan ketepatan keputusan yang dibuat. Pada masa yang sama, ia juga menjamin keesahan dan kebolehpercayaan hasil penyelidikan. Penyelidikan tindakan juga hendaklah bertumpu kepada suatu konteks yang spesifik, iaitu dalam situasi tempat berlakunya atau timbulnya masalah. Seterusnya, hasil penyelidikan tindakan dilaporkan dengan menggunakan strategi kajian kes, iaitu untuk menceritakan apa yang berlaku. Akhir sekali, setelah penyelidikan dijalankan, perubahan kendiri dan persekitaran sosial seharusnya berlaku kerana ini merupakan tujuan utama penyelidikan tindakan. (iii) Bilakah Penyelidikan Tindakan digunakan? Penyelidikan tindakan digunakan untuk memahami secara mendalam persekitaran dan keadaan yang menimbulkan keraguan dalam pelaksanaan tugas. Dalam bidang pendidikan, pelbagai aspek seperti pengajaran dan pembelajaran, pelaksanaan program, penggunaan bahan, penerapan kemahiran berfikir umpamanya, boleh menimbulkan pelbagai masalah pelaksanaan. Di samping itu, penyelidikan juga sesuai sekiranya masa yang boleh diperuntukkan untuk penyelidikan agak terbatas. Oleh sebab penyelidikan bertumpu kepada suatu aspek amalan yang khusus, maka ia dapat diselesaikan dalam masa yang lebih singkat. Penyelidikan memerlukan peruntukan kewangan. Sebagai suatu penyelidikan yang khusus tentang suatu skop yang lebih kecil, penyelidikan tindakan dapat berperanan apabila peruntukan kewangan untuk penyelidikan adalah terhad. Di samping itu, penyelidikan tindakan juga sesuai apabila usaha kolaboratif dalam kalangan guru diperlukan untuk mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Atau, ia digunakan sebagai suatu alat untuk membina kolaborasi antara guru. (iii) Mengapakah Penyelidikan Tindakan digunakan? Penyelidikan tindakan dilaksanakan untuk meningkatkan kefahaman serta kesedaran kendiri penyelidik tentang sesuatu masalah dalam bilik darjah. Di samping itu, ia juga digunakan untuk memperkenalkan inovasi dan pembaharuan dalam usaha meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dijalankan untuk melakukan perubahan terhadap amalan dan keadaan persekitaran tertentu. Tidak kurang pentingnya, penyelidikan tindakan juga bertujuan untuk membolehkan guru, yang terlibat dalam inkuiri refleksi amalan kendiri ini memperbaiki dan mengubah amalan masing-masing. Seterusnya, guru yang terlibat dalam inkuiri kendiri dan kolaborasi dengan guru lain dapat meningkatkan kefahaman dan kerjasama bagi menggalakkan penyelidikan dengan guru dan, bukannya ke atas guru. (iv) Bagaimanakah masalah kajian dalam penyelidikan tindakan ditentukan? Dalam penentukan masalah kajian, faktor-faktor yang berikut perlu diambil kira: Projek tidak mengganggu tugas mengajar; Kaedah pengumpulan data tidak membebankan dari segi masa; Kaedah pengumpulan data mesti menghasilkan maklumat yang boleh dipercayai dan sah; Penyelidik terlibat secara langsung dengan masalah berkenaan dan ia boleh ditangani, dan; Mempertimbangkan standard dan etika guru/pendidikan/penyelidikan. (v) Bagaimanakah penyelidikan tindakan dijalankan?
  • 31. Pelaksanaan penyelidikan tindakan dilakukan dalam 5 peringkat: Peringkat 1 : Mengenal pasti amalan yang bermasalah/ menentukan fokus Menentukan amalan pendidikan yang ingin diteliti Memilih amalan yang selalu mengganggu dan menyebabkan rasa tidak puas hati atau dirasai bahawa ada sesuatu yang kurang tepat dalam pelaksanaannya Mempunyai keyakinan dan kepercayaan bahawa amalan perlu dan boleh dipertingkatkan Mengumpul data awal untuk memastikan amalan yang ingin dikaji betul-betul bermasalah Peringkat 2 : Perancangan dan Tindakan Meneliti masalah yang ingin dikaji dan mengenal pasti struktur yang membina situasi yang dikaji Menentukan matlamat tindakan adalah jelas Memastikan sebab-sebab tindakan tertentu diambil Menyenaraikan tindakan-tindakan yang dirancang secara terperinci Menyatakan kriteria penilaian dengan petunjuk keberkesanan/kejayaan tindakan dengan jelas Peringkat 3 : Tindakan/Pelaksanaan Melaksanakan tindakan yang dirancang Memastikan prosedur dan urutan tindakan dipatuhi Melaksanakan prosedur dengan teliti Merekodkan proses dengan sistematik Peringkat 4: (i) Pengumpulan Data Proses pengumpulan data boleh dilakukan dengan menggunakan pelbagai kaedah, termasuklah: Rekod anekdot Nota kerja lapangan Analisis dokumen Penulisan jurnal reflektif Pemerhatian Soal selidik Portfolio Log / catatan (ii) Menyemak data Data yang dikumpulkan perlu disemak untuk menentukan keesahan dan kebolehpercayaannya. Suatu cara yang sering digunakan bagi jenis-jenis data yang disebutkan ialah triangulasi. Triangulasi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis, seperti triangulasi masa, kaedah, sumber dan penyelidik.
  • 32. Triangulasi masa bermaksud proses pengumpulan data ke atas sesuatu sumber yang dilakukan dalam suatu tempoh atau jangka masa yang panjang. Proses ini memberi peluang kepada penyelidik untuk meneliti proses tertentu dalam kekerapan yang agak tinggi. Keadaan ini memberi peluang kepada penyelidik untuk betul-betul memahami keadaan yang diteliti. Pada masa yang sama, penyelidik dapat menilai ketepatan data yang dikumpulkan. Triangulasi kaedah terbahagi kepada dua jenis, iaitu triangulasi antara kaedah dan triangulasi dalam kaedah. Triangulasi antara kaedah merujuk kepada proses pengumpulan jenis data yang berlainan daripada subjek kajian yang sama. Dengan kata lain, proses ini menghasilkan beberapa jenis data tentang subjek kajian yang sama. Triangulasi dalam kaedah pula merupakan proses menggunakan kaedah yang sama ke atas subjek kajian atau situasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu jenis data bagi beberapa subjek atau konteks kajian. Sementara itu, triangulasi sumber pula adalah proses mendapatkan maklumat dan pandangan daripada sumber-sumber informasi yang berlainan. Proses ini menghasilkan satu-satu jenis data daripada pelbagai sumber. Triangulasi penyelidik pula merupakan proses pengumpulan data menggunakan lebih daripada seorang penyelidik untuk mengumpul data. Proses ini akan menghasilkan beberapa set data yang boleh dinilai kesejajarannya dengan tujuan kajian. Walau bagaimanapun, keselarasan strategi, pengetahuan dan kemahiran penyelidik atau pembantu penyelidik yang terlibat perlu dipastikan. (iii) Penganalisisan data Langkah 1 Data yang dikumpulkan perlu dianalisis, iaitu dibaca dan diteliti satu persatu. Dengan berbuat demikian, penyelidik dapat mengingat kembali peristiwa dan pengalaman yang berkaitan. Proses membaca juga akan mendedahkan status kesempurnaan data. Sekiranya ada data yang tidak lengkap, tindakan susulan boleh diambil. Langkah 2 Selepas membaca dan meneliti data, langkah seterusnya adalah memilih data yang bersesuaian dengan kajian. Dalam proses ini, data ditapis untuk memilih fakta yang penting dan menonjol dari segi kekerapannya. Kemudian, data tersebut dihimpunkan mengikut kategori atau tema tertentu yang dibina berdasarkan kewujudannya dalam data yang terkumpul. Dengan membahagikan data kepada kategori, data yang pelbagai lagi kompleks lebih mudah diuruskan. Langkah 3 Data yang telah dikategorikan ke dalam pelbagai kelompok perlu dipaparkan dalam suatu bentuk persembahan yang mudah difahami. Bentuk persembahan perlulah lengkap dan mencakup keseluruhan persoalan yang ditangani dalam kajian berkenaan. Dalam persembahan itu, segala hubung kait dan perkaitan antara kategori perlu dinyatakan dengan jelas bagi memperlihatkan keseluruhan fenomena. Untuk itu, pelbagai bentuk grafik yang sesuai, seperti jadual, matriks, carta, carta aliran, graf dan seumpamanya boleh digunakan.
  • 33. Langkah 4 Langkah seterusnya adalah menginterpretasi data untuk membuat kesimpulan. Melalui proses ini hubungan/perkaitan antara data dapat dibina. Seterusnya, usaha merangkakan teori/model untuk menjelaskan situasi dapat dilakukan. Peringkat 5: Refleksi Refleksi merupakan proses mengimbas kembali sesuatu yang dialami atau dilakukan supaya kebaikan dan kelemahan pengalaman tersebut dapat dimanfaatkan untuk mempertingkatkan prestasi. Proses ini dilakukan berpandukan data yang diperoleh daripada pengalaman tersebut. Sekiranya tindakan yang dirancangkan tidak berjaya, lingkaran proses diulangi. Dalam hal ini, penilaian terhadap langkah-langkah yang telah dijalankan sebelum itu perlu dilakukan. Ini bertujuan untuk membolehkan pengubahsuaian dilakukan untuk memastikan penyelidikan ulangan yang dijalankan lebih berjaya.
  • 34. LAMPIRAN C PANDUAN ASAS MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN / LAPORAN KAJIAN TINDAKAN ( PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DALAM FAIL PANITIA ) CONTOH BORANG Nama pengkaji : _____________________________________________ Tajuk Kajian : _____________________________________________ MEREFLEK Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini Data Tujuan / objektif kajian Mengenalpasti Sumber Cara mengutip isu / masalah / Dokumen / Video / data pemasalahan Gambar Pemerhatian tingkah Untuk kepastian Hasil kerja murid, laku isu / masalah mesti ada analisis Analisis dokumen data. peperiksaan , Soal selidik Pemerhatian P & P Ujian Dokumen Refleksi guru penyeliaan P&P , jadual kedatangan ,temubual Kumpulan sasaran ( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi/ diari ) Saya mengajar di kelas ………………………………… bagi mata pelajaran …………………………………………… Masalah utama bagi pelajar saya ialah ……………………………………………………………………………………….. Hal ini dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkah laku murid /semakan latihan murid / keputusan ujian/ temubual / analisis head count/ analisis item ( sekurang-kurangnya daripada dua sumber data ) di dalam kelas semasa saya mengajar
  • 35. ……………………………………………………………………………………………………… …………… ........................................................................................................................ ………………………………………………………………………………………....................... Analisis yang didapati daripada soalan / jawapan murid seperti berikut : ……………………………………………………………………………………………………… ………………………….. Berikut analisis antara kesilapan yang dapat dikesan semasa pelajar menjawab soalan ujian ……………………………………………………………………………………………………… ………………………….. FOKUS KAJIAN Daripada refleksi di atas, didapati murid tidak dapat menjawab soalan / menguasai kemahiran …………………….. a) ........................................................................................................................................................ .................... b) …………………………………………………………………………………………………… ……………………… Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka tidak ………………………………………………. Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus …………………………………………….............................................................................. Murid juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah kerana …………………………………………………....................................................................... Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mencuba …………………………………………………………………………....................................... Tujuan kajian diharap akan mencapai ……………………………………………………………………………………........................... Kajian ini melibatkan …………………… orang pelajar daripada..................................... ..... ………………………………………………………
  • 36. MERANCANG Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini. Jenis perancangan PROJEK P&P TERANCANG Mengubah suai cara / Mencipta cara baru (kaedah P&P keadah yang sedia ada. (inovasi P&P guru untuk merawat terhasil di sini masalah ( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari ) Saya merancang akanmenjalankan tindakan seperti berikut : i. Aktiviti 1 : …………………………………….. Langkah 1 : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Langkah 2 : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… ii. Aktiviti 2 : …………………………………… Langkah 1 : …………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Langkah 2 : …………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………… iii. Aktiviti 3 : ………………………………………… Langkah 1 : ……………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………… Langkah 2 :
  • 37. ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… Langkah 3 : ……………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… iv. Aktiviti 4 : ……………………………………………. Langkah 1 : ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… Langkah 2 : ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………… Langkah 3 : ………………………………………………………………………………………………… Langkah 4 : ………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………….
  • 38. BERTINDAK Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini Melaksanakan perubahan. ( tindakan / rawatan ) Catat segala tindakan Sesi rawatan atau tindakan ini dan buat refleksi mungkin bagi setiap aktiviti melibatkan beberapa masa p& p semasa pelasanaan biasa. Dalam waktu pembelajaran atau di luar waktu pembelajaran (mesti dilaksana oleh guru sendiri.) ( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari ) Tindakan yang telah saya jalankan ialah seperti berikut …………………………………………………. Aktiviti 1 : ……………………………………………. Langkah 1 : ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… Langkah 2 : ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa ……………………………………………………….……………………………………………………. ………………………………………………………………………………………………… Aktiviti 2 : ……………………………………………….. Langkah 1 : ……………………………………………………………………………………………………………… …………….
  • 39. ……………………………………………………………………………………………………………… ………….... Langkah 2 : ……………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini …………………………………………………………………………………………………………….. ………………………………………………………………………………………………………… Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa ………………………………………………………..……………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………… Aktiviti 3 : …………………………………………………… Langkah 1 : ……………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………..……………. Langkah 2 : ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… Langkah 3 : ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kaedah ini / aktiviti ini ……………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………. Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa ……………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………. MEMERHATI
  • 40. Panduan maklumat yang perlu ditulis di bahagian ini Membuat penilaian keberkesanan proses tindakan dan mengukur pencapaian objektif kajian. Pemerhatian boleh Guru membuat renungan Laporan juga ditulis di dilakukan oleh guru atau refleksi terhadap peringkat ini. sendiri kajian Dokumentasi sebagai penyelidik yang telah dilakukan penting. Sekiranya atau sama program guru juga boleh ada berjaya atau tidak tindakan tersebut meminta Dapatkan data sekali berjaya, bantuan daridapa guru lagi maka bolehlah lain Gunakan cara mengutip disebarkan untuk membuat data yang sama semasa kepada guru-guru lain. pemerhatian semasa peringkat awal mereflex. Jika sesi (temubual, soal selidik, tidak berjaya, perlu pengajaran guru untuk pemerhatian) dirancang menilai keberkesanan semula. strategi / kaedah. ( Semasa menulis laporan ini, nyatakan tarikh dan ditulis dalam bentuk refleksi / diari ) Berdasarkan keputusan ujian-ujian dan analisis yang telah dilaksanakan, saya mendapati, teknik………………………………………..yang diperkenalkan kepada pelajar ……………………….. merupakan kaedah yang ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………..……………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………..……………………………….. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………..……………………………….. …………………………………………………………………………………………………………… Hasil kajian tindakan ini juga telah menunjukkan hasil dan perkembangan yang ……………………………………………………………………………………………………………… ………………………………………………………………………………………………………………
  • 41. ……………………………………………………………………………………………………………... ……………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………….………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………… Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya peroleh hasil daripada kajian tindakan ini, saya berasa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah pembelajaran terutamanya dalam tajuk yang sukar difahami oleh pelajar. Oleh itu, saya bercadang untuk menjalankan kajian yang seterusnya berkaitan ………………………………………………………………………………………………………………. ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… ……………………………………………………………………………………………………………… KE ARAH PEMBUDAYAAN KAJIAN TINDAKAN TAHUN 2009 SATU GURU SATU KAJIAN --Pengarah Pelajaran Johor
  • 42. Contoh Penulisan Naratif ( Anekdot ) Contoh 1 : 5SN1 – English Lesson 12/01/2009 ( Wednesday ) I gave a summary question to the students. I found out most of them (about 25 out of 32 students) could not come out with the main ideas or points related to the question. I started asking myself, why it happened. I supposed they were taught the techniques of answering summary question since they were in form four last year. Time went off just like that. They could not finish their writing within the time given. So, I assigned it as homework. 13/01/2009 ( Thursday ) I entered the class and checked the work assigned yesterday and discussed it . To my shock, my students scored poorly especially in extracting the main ideas of the passage. I demanded their explanations and most of them said that they didn‟t know how to identify the points or main ideas in the passage and had no idea where to start from. After class, I sat down and pondered upon the problem faced by my students. I tried to find and create an easy way for them to answer and score in their summary writing. I decided to carry out BRUME in my next lesson… 17/01/2009 ( Monday ) I started the lesson by reviewing the previous lesson. I introduced the summary technique: BRUME ( Bracket / Box, Read, Underline, Make notes, Expand ). First, they have to read the question. Then, they have to bracket the lines they need to summarize and read them. As they read, they have to underline the ideas related to the question given. Later, they have to make notes from the underlined sentences or phrases by leaving all the unnecessary words. Finally, they have to expand the notes they made into complete sentences. I did all the first four steps, one by one, together with them. I found out they were happy and confident in carrying out the activities. Then, I asked them to expand their notes ( to write out a complete summary ) at home. 19/01/2009 ( Wednesday ) I gave the students a short test on summary and they had to answer within the time given. I collected their answers. At home, I marked their answers. I could see that they were applying the technique I taught them before, as there were box / bracket and underlines on the question paper. I was happy for their scores. 28 of them managed to get 8 out of 10 marks for the points. 20/01/2009 I interviewed the students for their improvements. They told me the technique I taught them had helped them a lot in answering the question. I was happy to hear that. The technique is successful .. Contoh 2 : Catatan Seorang Pengetua
  • 43. Saya baru ditukarkan ke SMX, sebuah sekolah di pedalaman, tetapi mempunyai enrolmen yang besar. Jumlah tingkatan tiga sahaja sebanyak dua belas kelas, kelas 3X, keputusannya sangat mengecewakan. Hampir seluruh buku rekod mereka bermarkah merah. Saya minta penjelasan guru kelas, beliau menjawab, “ Budak-budak itu dahlah kurang cergas, malas pula !” Bagi mendapat maklumat timbal, saya ke kelas berkenaan dan minta penjelasan. “Mengapa teruk sangat ni ?.Hampir semua markah merah !” Mula-mula mereka diam saja, kemudian selepas saya mendesak, ketua darjah bangun dan berkata, “Hampir semua cikgu yang masuk bukan mengajar sangat, mereka berleter saja !” “Betul cikgu !” sokong yang lain-lain. “Kadang-kadang seluruh waktu dihabiskan dengan leteran. ” “Kamu jangan tuduh cikgu kamu yang bukan-bukan. Tidak baik. ” “Betul, cikgu. ” Lama juga saya memikirkan masalah ini. Pada mesyuarat guru hujung minggu itu, saya membuat ketetapan : “Setiap guru tidak boleh memberi nasihat lebih daripada tiga minit. ” Saya akan membuat pemerhatian lagi, kumpul maklumat, dan reflek tindakan yang telah saya ambil. LAMPIRAN D KREATIVITI DAN INOVASI KONSEP KREATIVITI DAN INOVASI