SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /1
UNIT 2: PENGURUS DAN PENGURUSAN
Objektif Am:
• Mempelajari dan memahami perkaitan antara organisasi dan pengurusan.
• Memahami jenis-jenis pengurusan, kemahiran dan peranan yang perlu mereka
mainkan dalam menguruskan organisasi.
Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat:
• Menerangkan konsep organisasi dan pengurusan.
• Mendefinisikan istilah-istilah penting dalam pengurusan.
• Membezakan tingkat-tingkat dan kemahiran-kemahiran pengurus dalam
organisasi.
• Menerangkan prinsip-prinsip dalam proses pengurusan.
• Mengenalpasti peranan–peranan pengurus dalam organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /2
UNIT 2 : PENGURUS DAN PENGURUSAN
2.0 Pengenalan
Seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan
menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan boleh dianggap
sebagai seorang pengurus. Mereka ini tidak semestinya diberi gelaran pengurus tetapi
sesiapa sahaja termasuk ibubapa, ketua-ketua jabatan, ketua unit dan manusia lain yang
terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber yang
tertentu adalah dianggap sebagai seorang pengurus.
Sebagai contohnya ibubapa. Mereka mempunyai matlamat dalam keluarga agar ahli
dalam keluarganya berjaya seperti anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jadi mereka akan
menggunakan sumber yang ada seperti wang dan keperluan lain agar dapat membantu
mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Di sini, keluarga adalah umpama
organisasi, manakala ibubapa tadi diibaratkan sebagai pengurus kerana cuba
menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber wang
dan keperluan lain lagi.
Sebenarnya, kita tidak dapat lari daripada mengurus dan diurus. Tetapi apakah yang anda
faham mengenai pengurusan? Pengurusan adalah satu bidang yang meluas dan amalan
pengurusan yang diamalkan oleh setiap pengurus adalah berbeza di antara satu organisasi
dengan organisasi yang lain. Begitu juga kalau kita lihat dalam keluarga yang berbeza,
ketua keluarga iaitu ibubapa akan mentadbir dan menguruskan keluarga mengikut cara
masing-masing. Contoh yang lain pula ialah bagaimana seorang Pengarah Politeknik
mengurus organisasinya berbanding dengan seorang doktor yang mengurus para
pesakitnya.
2.1 Pengurusan dan Organisasi
Pengurusan adalah aktiviti yang dijalankan oleh pengurus dalam menguruskan sumber-
sumber yang terdapat dalam organisasi. Organisasi pula merupakan sesuatu yang penting
dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana dengan adanya organisasi kita dapat
mencapai objektif hidup kita. Sebagai contoh, anda membeli pakaian di pasaraya, makan
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /3
di restoran, mengeluarkan dan menyimpan wang di bank dan menghantar surat melalui
pejabat pos. Ini bermakna kehidupan kita sehari-hari banyak bergantung kepada
organisasi, maka pengurusan organisasi yang cekap tidak kira awam atau swasta
diperlukan oleh setiap individu kerana ia dapat melancarkan lagi urusan hidup manusia.
Berdasarkan contoh di atas, senaraikan lima organisasi yang anda
biasa berurusan.
2.2 Definisi istilah-istilah penting
2.2.1 Pengurusan
Satu proses di mana pengurus merancang, menyusun, mengarah atau memimpin dan
mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai
objektif yang telah ditetapkan.
Daripada definisi tersebut, terdapat beberapa elemen penting yang ada pada satu
proses pengurusan, iaitu:
a) Prinsip-prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan
pengawalan.
b) Sumber-sumber organisasi - sumber organisasi terdiri daripada manusia atau
pekerja, kewangan, peralatan, maklumat, kemahiran dan bahan mentah.
c) Organisasi - sekumpulan individu yang saling bekerjasama di antara satu sama lain
dalam mencapai matlamat.
d) Cekap - keupayaan seseorang pengurus melakukan sesuatu perkara dengan baik di
mana pengurus dapat mencapai output yang maksima dan dapat meminimakan kos.
Pengurus yang cekap dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi.
e) Keberkesanan - pengurus dapat memilih dan melaksanakan sesuatu yang tepat dan
betul dan perkara tersebut memberi faedah kepada organisasi dan mendapat hasil
yang diharapkan.
f) Objektif – perkara atau sasaran yang cuba dicapai oleh organisasi pada masa
hadapan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /4
2.3 Tingkat atau tahap pengurus dalam organisasi
Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi
penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi.
Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua perkara berikut:
2.3.1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi.
2.3.2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan.
2.3.1 Pengurusan mengikut tahap atau peringkat
a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama
Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi.
Mereka bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan
sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada
semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama mereka adalah
memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar Contoh pengurus ini
adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani.
b) Pengurus Pertengahan
Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah.
Mereka memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub
dalam polisi dan matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi
keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan.
Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh
pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat pertengahan adalah seperti pegawai
eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus jabatan.
c) Pengurus Atasan
Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran
organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi
dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk
keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai
eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /5
Rajah 2.1 di bawah menunjukkan pengurusan mengikut tahap.
A Atasan
Pertengahan
Bawahan
Rajah 2.1: Tingkat pengurusan dalam organisasi
2.3.2 Pengurusan Mengikut Aktiviti atau Fungsi
Setelah kita memahami pengurusan mengikut tahap, maka kita akan mempelajari
pula pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi. Ia terbahagi kepada 2:
a) Pengurus fungsi - Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang aktiviti
atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran, pengurus
kewangan dan pengurus pemasaran.
b) Pengurus am - Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang dalam
aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk kesemua
aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti pengarah urusan
dan presiden dalam sesebuah persatuan.
2.4 Ciri-ciri organisasi
2.4.1 Mempunyai identiti yang tersendiri
Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identiti mereka yang tersendiri.
Sebagai contoh pusat pengajian tinggi, hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap
organisasi ini mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang tersendiri
yang akan melambangkan organisasi tersebut.
2.4.2 Mempunyai tingkat hirarki
Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau kerajaan, ia mempunyai
tingkat hirarki atau autoriti. Bagi organisasi yang besar ia mungkin mempunyai lebih
banyak tingkat autoriti berbanding dengan organisasi yang kecil.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /6
2.4.3 Mempunyai pembahagian kerja
Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan berdasarkan jenis
pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan seperti pengeluaran, pemasaran dan
kewangan. Ini adalah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut.
2.4.4 Sistem pengawasan dan kawalan
Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti yang
dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem pengawasan dan
kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi. Sistem
kawalan ini adalah seperti peraturan, prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini
bagi memastikan setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara
tersebut dengan jelas.
2.5 Proses Pengurusan
Proses pengurusan melibatkan beberapa prinsip yang perlu dilaksanakan oleh seorang
pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi bagi memastikan perjalanan organisasi
adalah lancar. Prinsip-prinsip tersebut ialah:
2.5.1 Perancangan
Sebelum pihak pengurus memulakan aktiviti-aktivit organisasi, perancangan
hendaklah dibuat terlebih dahulu berkaitan dengan apa yang akan dilaksanakan.
Perancangan melibatkan beberapa elemen:
a) Objektif dan tujuan: Pengurus akan menetapkan dan mengenalpasti perkara yang
ingin dicapai oleh organisasi tersebut selaras dengan matlamat penubuhan
organisasi
b) Menentukan tindakan - tindakan atau strategi yang akan dilakukan bagi mencapai
objektif tersebut.
Secara ringkas, perancangan merujuk kepada pengurus menetapkan apa yang akan
dilakukan, objektif tindakan tersebut dan strategi yang akan diambil bagi
melaksanakan tindakan tersebut.
2.5.2 Penyusunan (Pengorganisasian)
Penyusunan melibatkan kerja-kerja menstrukturkan sumber organisasi seperti
sumber manusia dan bukan manusia supaya perancangan yang ditetapkan dapat
dicapai. Penyusunan ini termasuklah membahagikan kerja-kerja yang akan
dilakukan oleh pekerja samada mengikut aktiviti, tingkat autoriti dan penyelarasan
melalui peraturan dan dasar organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /7
2.5.3 Pengarahan dan Kepimpinan
Pengurus mengamalkan prinsip pengarahan dengan memberikan panduan,
bimbingan dan perangsang kepada pekerja untuk mencapai matlamat organisasi.
Fungsi pengarahan dan kepimpinan melibatkan aktiviti mempengaruhi dan
memimpin pekerja bagi mendapatkan satu tingkahlaku yang diperlukan untuk
mencapai matlamat organisasi. Untuk mempengaruhi pekerja, pengurus perlulah
memberi dorongan, memimpin dan berkomunikasi dengan pekerja.
2.5.4 Pengawalan
Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan
keputusan yang didapati dengan matlamat yang telah ditetapkan dan merancang
tindakan-tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan yang berlaku. Fungsi
pengawalan ini penting kerana dengan melaksanakan kawalan, akan dapat
mengetahui jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat
dilaksanakan dan objektif tidak dapat dicapai.
2.5.5 Penstafan dan Perancangan Sumber Manusia
Aset yang terbaik dalam organisasi adalah sumber manusia kerana sumber
manusialah yang menggerakkan aktiviti organisasi. Dengan itu pengurus perlulah
memikirkan siapa, di mana dan apakah yang diperlukan. Untuk menjamin kesetiaan
pekerja kepada organisasi, pengurus perlu memikirkan apakah yang dapat
ditawarkan oleh organisasi kepada pekerja seperti keadaan tempat kerja, ganjaran,
program pembangunan diri dan penilaian prestasi pekerja. Ini adalah untuk
menjamin keselesaan pekerja dalam organisasi.
Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa, fungsi-fungsi pengurusan
yang dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah terdiri
daripada perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /8
2.6 Jenis Kemahiran Dalam Pengurusan
Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh
seorang pengurus. Kemahiran ini terdiri daripada berikut:
2.6.1 KemahiranTeknik
Kebolehan menggunakan peralatan, peraturan dan prosedur dan teknik dalam sesuatu
pekerjaan atau bidang, kemahiran asas yang membantu pengurus memahami
bagaimana kerja-kerja tersebut dilakukan.
2.6.2 Kemahiran Kemanusiaan
Kebolehan bekerja dengan memahami dan merangsang orang lain. Perhubungan
sosial dan individu antara pengurus dengan pekerja agar dapat menjadi teladan
kepada mereka agar berupaya menjadi ikutan orang lain.
2.6 3 Kemahiran Konsep
Kebolehan atau keupayaan pengurus untuk memikir dan menyelaras serta
mencampurkan kegiatan unit yang berbeza. Keupayaan melihat secara keseluruhan
unit dalam organisasi dan perkaitannya antara satu sama lain. Membolehkan pengurus
mengambilkira kesemua kepentingan organisasi.
Kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah seperti kemahiran berkomunikasi di
mana seorang pengurus perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan para pekerja bagi
merapatkan perhubungan dengan pekerja.
Kemahiran dalam membuat keputusan juga penting kerana pengurus perlu banyak
membuat keputusan–keputusan penting bagi organisasi. Keputusan yang dibuat oleh
pengurus akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan.
Kemahiran-kemahiran ini boleh dikaitkan dengan tahap atau tingkat pengurusan dalam
organisasi bagi menentukan anggaran masa dan tenaga yang digunakan oleh seseorang
pengurus.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /9
2.7 Peranan Pengurus
Terdapat tiga peranan utama dan sepuluh peranan khusus yang dimainkan oleh pengurus
mengikut Henry Mintzberg (Ivancevich et al. 1997).
2.7.1 Peranan Antara Perorangan atau Penghubung Antara Individu
Peranan ini melihat pengurus sebagai seorang yang membantu mewujudkan dan
membina perhubungan yang baik di antara pengurus sesama pengurus dan pengurus
dengan pekerja. Terdapat tiga peranan khusus dalam melaksanakan tugas sebagai
penghubung antara individu:
a) Sebagai Ketua atau Orang Terpenting
Apabila pengurus dilantik sebagai ketua jabatan, ketua organisasi atau ketua
cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang
lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang
dianjurkan oleh organisasi. Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan
lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi. Walaupun peranan ini
tidak melibatkan keputusan atau perkara yang penting tetapi ia penting bagi
mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang
dihormati. Sebagai contoh pengurus menghadiri majlis-majlis perasmian, menghadiri
mesyuarat, melayani tetamu dan majlis perkahwinan pekerja-pekerja.
b) Sebagai Pemimpin
Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong,
memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja. Dalam melaksanakan peranan
ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja,
mengurangkan konflik dan memberi Maklum balas terhadap prestasi pekerja.
Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua
aktiviti berjalan dengan lancar
c) Sebagai Pegawai Perhubungan
Pengurus juga perlu mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan
maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi.
Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan
pelanggan.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /10
2.7.1 Penyebar Maklumat
Pengurus sebagai penyebar maklumat berfungsi sebagai individu yang menerima dan
menghantar maklumat kepada pekerja.
a) Sebagai Pengawas
Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-maklumat di persekitaran dalaman dan
luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang
boleh memberi kesan kepada organisasi. Dengan adanya maklumat ini akan dapat
membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain. Pengurus boleh
mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam
komunikasi secara tidak langsung. Contohnya maklumat mengenai perubahan fesyen
remaja boleh didapati melalui pemerhatian terhadap cara remaja berpakaian ataupun
melalui majalah-majalah remaja. Ini dapat membantu pengurus mengeluarkan
pakaian yang menepati citarasa remaja.
b) Penyebar atau Penyampai
Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk menyampaikan semua
maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat
tersebut. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk
memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh
pekerja. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak
luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi ataupun
maklumat tersebut maklumat yang didapati daripada pekerja dalam organisasi dan
disampaikan kepada pekerja yang lain yang mungkin memerlukan maklumat tersebut.
c) Sebagai Jurucakap
Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan aktiviti menyampaikan sebahagian
maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya. Penyampaian
maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan
organisasi. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji
pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran maklumat luaran ialah seperti
pengurus memberi pandangan kepada pihak luar mengenai sesuatu isu seperti
kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus mewakili organisasi dalam
menyebarkan maklumat bagi organisasi.
PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /11
2.7.3 Sebagai Pembuat Keputusan
Membuat keputusan adalah satu peranan penting yang seharusnya dilakukan oleh
pengurus dengan bijak berkaitan dengan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam
organisasi. Terdapat empat peranan khusus yang seharusnya dimainkan oleh pengurus
dalam melaksanakan peranannya sebagai pembuat keputusan:
a) Sebagai Usahawan
Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat pada
usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan
amanah. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi
organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan
organisasi. Sebagai contoh pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang
lebih baik dan adil kepada pekerja berdasarkan beban kerja dan pengalaman
kakitangan dan bukannya kepada status kakitangan.
b) Sebagai Pengawal Gangguan
Pengurus juga mesti sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam
hubungan pekerja-pekerja dalam organisasi seperti masalah dengki dan berpuak-puak
dan masalah-masalah luaran seperti kekurangan peralatan, mogok dan rusuhan.
Pengurus perlu segera menyelesaikan masalah ini agar tidak merebak dan tindakan
yang diambil juga mestilah tidak merugikan mana-mana pihak.
c) Sebagai Pengagih Sumber
Pengurus menentukan bagaimana dan kepada siapa sumber serta masa pengurus itu
akan diagihkan. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang
terdapat dalam organisasi. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya
semua pihak berpuashati. Sebagai contoh pengurus menentukan jangkamasa dan siapa
yang akan mengendalikan dalam menyiapkan satu-satu projek.
d) Sebagai Perunding
Pengurus melaksanakan peranan sebagai perunding di mana pengurus akan mewakili
organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang
tanggungjawab mereka. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana
hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan. Sebagai
contoh pengurus berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja berkaitan dengan isu
gaji pekerja.

More Related Content

What's hot

Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemenPengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemenAchmad Rozi El Eroy
 
Manajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan KepemimpinanManajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan KepemimpinanDwi Mardianti
 
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)Jogo Hera
 
Manajemen perusahaan
Manajemen perusahaanManajemen perusahaan
Manajemen perusahaanSusan Ucnk
 
Supervisory Management (POAC)
Supervisory Management (POAC) Supervisory Management (POAC)
Supervisory Management (POAC) Nina Amalia Zaidan
 
Manajemen umum bab 1
Manajemen umum bab 1Manajemen umum bab 1
Manajemen umum bab 1rully2012
 
Dasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar ManajemenDasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar ManajemenAdy Setiawan
 
Manajer dan Peran Manajer
Manajer dan Peran ManajerManajer dan Peran Manajer
Manajer dan Peran ManajerC S
 
Prinsip dan Fungsi Manajemen
Prinsip dan Fungsi ManajemenPrinsip dan Fungsi Manajemen
Prinsip dan Fungsi ManajemenSchool
 
Penerapan Teori Manajemen Dalam Perusahaan
Penerapan Teori Manajemen Dalam PerusahaanPenerapan Teori Manajemen Dalam Perusahaan
Penerapan Teori Manajemen Dalam PerusahaanIRAWANPERWANDA
 

What's hot (20)

Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemenPengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
 
Bab 09 manajemen
Bab 09 manajemenBab 09 manajemen
Bab 09 manajemen
 
Manajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan KepemimpinanManajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan Kepemimpinan
 
Makalah konsep dasar manajemen
Makalah konsep dasar manajemenMakalah konsep dasar manajemen
Makalah konsep dasar manajemen
 
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
Manajemen (Bahan Ajar Ekonomi Berdasarkan K-13)
 
Manajemen perusahaan
Manajemen perusahaanManajemen perusahaan
Manajemen perusahaan
 
3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
Ekonomi Manajemen (Kelas 10 SMA)
Ekonomi Manajemen (Kelas 10 SMA)Ekonomi Manajemen (Kelas 10 SMA)
Ekonomi Manajemen (Kelas 10 SMA)
 
Pengantar manajemen 0
Pengantar manajemen 0Pengantar manajemen 0
Pengantar manajemen 0
 
Supervisory Management (POAC)
Supervisory Management (POAC) Supervisory Management (POAC)
Supervisory Management (POAC)
 
Manajemen
ManajemenManajemen
Manajemen
 
Manajemen umum bab 1
Manajemen umum bab 1Manajemen umum bab 1
Manajemen umum bab 1
 
Bab 09 manajemen
Bab 09 manajemenBab 09 manajemen
Bab 09 manajemen
 
Dasar dasar managemen
Dasar dasar managemenDasar dasar managemen
Dasar dasar managemen
 
Ekonomi
EkonomiEkonomi
Ekonomi
 
Dasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar ManajemenDasar-Dasar Manajemen
Dasar-Dasar Manajemen
 
Manajer dan Peran Manajer
Manajer dan Peran ManajerManajer dan Peran Manajer
Manajer dan Peran Manajer
 
Prinsip dan Fungsi Manajemen
Prinsip dan Fungsi ManajemenPrinsip dan Fungsi Manajemen
Prinsip dan Fungsi Manajemen
 
Pengantar manajemen lengkap
Pengantar manajemen lengkapPengantar manajemen lengkap
Pengantar manajemen lengkap
 
Penerapan Teori Manajemen Dalam Perusahaan
Penerapan Teori Manajemen Dalam PerusahaanPenerapan Teori Manajemen Dalam Perusahaan
Penerapan Teori Manajemen Dalam Perusahaan
 

Similar to Bab 1

1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Chenk Alie Patrician
 
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)klaraanitia
 
power point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptxpower point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptxUmniatyMufidah1
 
Melaksanakan dasar dasar manajemen
Melaksanakan dasar dasar manajemenMelaksanakan dasar dasar manajemen
Melaksanakan dasar dasar manajemenWayan Widana
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...FitriantoSugiono
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...FitriantoSugiono
 
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...FirinMohammad
 
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Ismania1912
 
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...AgungRismawan1
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiFara Megat
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personelmonyok
 
BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...
BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...
BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...Febi Nofita Sari
 

Similar to Bab 1 (20)

Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
 
Pengurusan islam
Pengurusan islamPengurusan islam
Pengurusan islam
 
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)Uts dasar dasar manajemen  klara anitia (l1-c021047)
Uts dasar dasar manajemen klara anitia (l1-c021047)
 
Manajemen organisasi
Manajemen organisasiManajemen organisasi
Manajemen organisasi
 
Manajemen
ManajemenManajemen
Manajemen
 
power point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptxpower point pengantar manajemen.pptx
power point pengantar manajemen.pptx
 
Melaksanakan dasar dasar manajemen
Melaksanakan dasar dasar manajemenMelaksanakan dasar dasar manajemen
Melaksanakan dasar dasar manajemen
 
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKEMANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
MANAJER DAN CONTOH DALAM PERUSAHAAN NIKE
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, dasar manajemen dan fungsi manajemen, un...
 
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
9, wira usaha,fitrianto, hapzi, ali, enterpreneurship, universitas mercu buan...
 
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
9, wira usaha, mohamad mustagfirin, hapzi ali, dasar manajemen dan fungsi man...
 
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
Tugas minggu 9 kwh (Dasar Manajemen dan fungsi Manajemen dalam Organisasi Bis...
 
Proses manajemen
Proses manajemenProses manajemen
Proses manajemen
 
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
9, kwh, agung rismawani, prof. dr. hapzi ali, cma, dasar manajemen dan fungsi...
 
Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen
 
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam OrganisasiAnalisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
Analisis Peranan Pengurus dalam Organisasi
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personel
 
BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...
BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...
BE & GG, Febi Nofita Sari, Prof Hapzi Ali, BE & GG Minggu 11 , Universitas Me...
 

Recently uploaded

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024DessyArliani
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxMaskuratulMunawaroh
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASNursKitchen
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxFitriaSarmida1
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptpalagoro17
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxJawahirIhsan
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfsubki124
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppthidayatn24
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakAjiFauzi8
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAppgauliananda03
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...Kanaidi ken
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptxfurqanridha
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfTeukuEriSyahputra
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxJajang Sulaeman
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".Kanaidi ken
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxdedyfirgiawan
 

Recently uploaded (20)

1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 20241. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
1. Kisi-kisi PAT IPA Kelas 7 Kurmer 2024
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptxPPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
PPT SOSIALISASI PENGELOLAAN KINERJA GURU DAN KS 2024.pptx
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docxKisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
Kisi kisi Ujian sekolah mata pelajaran IPA 2024.docx
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docxLaporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
Laporan RHK PMM Observasi Target Perilaku.docx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 

Bab 1

  • 1. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /1 UNIT 2: PENGURUS DAN PENGURUSAN Objektif Am: • Mempelajari dan memahami perkaitan antara organisasi dan pengurusan. • Memahami jenis-jenis pengurusan, kemahiran dan peranan yang perlu mereka mainkan dalam menguruskan organisasi. Objektif Khusus: Di akhir unit ini, anda dapat: • Menerangkan konsep organisasi dan pengurusan. • Mendefinisikan istilah-istilah penting dalam pengurusan. • Membezakan tingkat-tingkat dan kemahiran-kemahiran pengurus dalam organisasi. • Menerangkan prinsip-prinsip dalam proses pengurusan. • Mengenalpasti peranan–peranan pengurus dalam organisasi.
  • 2. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /2 UNIT 2 : PENGURUS DAN PENGURUSAN 2.0 Pengenalan Seseorang yang menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber-sumber yang ada secara cekap dan berkesan boleh dianggap sebagai seorang pengurus. Mereka ini tidak semestinya diberi gelaran pengurus tetapi sesiapa sahaja termasuk ibubapa, ketua-ketua jabatan, ketua unit dan manusia lain yang terlibat dalam aktiviti mencapai matlamat dengan menggunakan sumber-sumber yang tertentu adalah dianggap sebagai seorang pengurus. Sebagai contohnya ibubapa. Mereka mempunyai matlamat dalam keluarga agar ahli dalam keluarganya berjaya seperti anak-anak berjaya dalam pelajaran. Jadi mereka akan menggunakan sumber yang ada seperti wang dan keperluan lain agar dapat membantu mendidik anak-anak supaya berjaya dalam pelajaran. Di sini, keluarga adalah umpama organisasi, manakala ibubapa tadi diibaratkan sebagai pengurus kerana cuba menggerakkan matlamat organisasi kepada kejayaan dengan menggunakan sumber wang dan keperluan lain lagi. Sebenarnya, kita tidak dapat lari daripada mengurus dan diurus. Tetapi apakah yang anda faham mengenai pengurusan? Pengurusan adalah satu bidang yang meluas dan amalan pengurusan yang diamalkan oleh setiap pengurus adalah berbeza di antara satu organisasi dengan organisasi yang lain. Begitu juga kalau kita lihat dalam keluarga yang berbeza, ketua keluarga iaitu ibubapa akan mentadbir dan menguruskan keluarga mengikut cara masing-masing. Contoh yang lain pula ialah bagaimana seorang Pengarah Politeknik mengurus organisasinya berbanding dengan seorang doktor yang mengurus para pesakitnya. 2.1 Pengurusan dan Organisasi Pengurusan adalah aktiviti yang dijalankan oleh pengurus dalam menguruskan sumber- sumber yang terdapat dalam organisasi. Organisasi pula merupakan sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia sehari-hari kerana dengan adanya organisasi kita dapat mencapai objektif hidup kita. Sebagai contoh, anda membeli pakaian di pasaraya, makan
  • 3. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /3 di restoran, mengeluarkan dan menyimpan wang di bank dan menghantar surat melalui pejabat pos. Ini bermakna kehidupan kita sehari-hari banyak bergantung kepada organisasi, maka pengurusan organisasi yang cekap tidak kira awam atau swasta diperlukan oleh setiap individu kerana ia dapat melancarkan lagi urusan hidup manusia. Berdasarkan contoh di atas, senaraikan lima organisasi yang anda biasa berurusan. 2.2 Definisi istilah-istilah penting 2.2.1 Pengurusan Satu proses di mana pengurus merancang, menyusun, mengarah atau memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi dengan cekap dan berkesan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Daripada definisi tersebut, terdapat beberapa elemen penting yang ada pada satu proses pengurusan, iaitu: a) Prinsip-prinsip pengurusan iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan. b) Sumber-sumber organisasi - sumber organisasi terdiri daripada manusia atau pekerja, kewangan, peralatan, maklumat, kemahiran dan bahan mentah. c) Organisasi - sekumpulan individu yang saling bekerjasama di antara satu sama lain dalam mencapai matlamat. d) Cekap - keupayaan seseorang pengurus melakukan sesuatu perkara dengan baik di mana pengurus dapat mencapai output yang maksima dan dapat meminimakan kos. Pengurus yang cekap dapat mengurangkan pembaziran dalam organisasi. e) Keberkesanan - pengurus dapat memilih dan melaksanakan sesuatu yang tepat dan betul dan perkara tersebut memberi faedah kepada organisasi dan mendapat hasil yang diharapkan. f) Objektif – perkara atau sasaran yang cuba dicapai oleh organisasi pada masa hadapan.
  • 4. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /4 2.3 Tingkat atau tahap pengurus dalam organisasi Pada umumnya, pengurus menjalankan fungsi pengurusan yang sama tetapi penekanan adalah berbeza bergantung kepada kedudukan mereka dalam organisasi. Jenis pengurus dan cara pengurusan mereka dipengaruhi oleh dua perkara berikut: 2.3.1 Peringkat atau tahap di dalam organisasi. 2.3.2 Kumpulan aktiviti atau fungsi yang dijalankan. 2.3.1 Pengurusan mengikut tahap atau peringkat a) Pengurus Bawahan atau Peringkat Pertama Pengurus pada tahap ini berada pada tahap paling bawah dalam hirarki organisasi. Mereka bertanggungjawab secara langsung keatas tugas operasi dan kakitangan sokongan organisasi. Kakitangan di bawah kawalan mereka terdiri daripada semua kakitangan bukan pengurusan. Tanggungjawab utama mereka adalah memastikan operasi harian adalah berjalan dengan lancar Contoh pengurus ini adalah seperti penyelia, ketua unit atau ketua kerani. b) Pengurus Pertengahan Pengurus ini mengarah kegiatan pengurus lain, juga pekerja di tahap bawah. Mereka memastikan kegiatan organisasi dilakukan sebagaimana yang termaktub dalam polisi dan matlamat pertubuhan. Pengurus pertengahan perlu mengimbangi keperluan penyelia di peringkat bawahan dan keupayaan pekerja bawahan. Pengurus pertengahan juga perlu mengikut segala arahan yang dikeluarkan oleh pihak atasan. Contoh bagi pengurus peringkat pertengahan adalah seperti pegawai eksekutif, pengurus cawangan dan pengurus-pengurus jabatan. c) Pengurus Atasan Pengurus ini bertanggungjawab terhadap keseluruhan pengurusan dan pentadbiran organisasi. Mereka merangka polisi dan mengawasi perhubungan organisasi dengan persekitaran. Mereka juga yang merancang segala aktiviti untuk keseluruhan organisasi. Contoh bagi pengurus ini adalah seperti Ketua pegawai eksekutif, Pengarah urusan serta presiden.
  • 5. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /5 Rajah 2.1 di bawah menunjukkan pengurusan mengikut tahap. A Atasan Pertengahan Bawahan Rajah 2.1: Tingkat pengurusan dalam organisasi 2.3.2 Pengurusan Mengikut Aktiviti atau Fungsi Setelah kita memahami pengurusan mengikut tahap, maka kita akan mempelajari pula pengurusan mengikut aktiviti atau fungsi. Ia terbahagi kepada 2: a) Pengurus fungsi - Pengurus ini bertanggungjawab kepada satu bidang aktiviti atau satu fungsi dalam organisasi seperti pengurus pengeluaran, pengurus kewangan dan pengurus pemasaran. b) Pengurus am - Pengurus ini bertanggungjawab kepada semua bidang dalam aktiviti dalam organisasi. Pengurus ini bertanggungjawab untuk kesemua aktiviti yang berlaku. Contohnya pengurus am adalah seperti pengarah urusan dan presiden dalam sesebuah persatuan. 2.4 Ciri-ciri organisasi 2.4.1 Mempunyai identiti yang tersendiri Setiap organisasi yang dibentuk akan melambangkan identiti mereka yang tersendiri. Sebagai contoh pusat pengajian tinggi, hospital dan jabatan kerajaan. Di mana setiap organisasi ini mempunyai peranan, kemudahan, fungsi dan objektif yang tersendiri yang akan melambangkan organisasi tersebut. 2.4.2 Mempunyai tingkat hirarki Tidak kira organisasi tersebut kecil atau besar, swasta atau kerajaan, ia mempunyai tingkat hirarki atau autoriti. Bagi organisasi yang besar ia mungkin mempunyai lebih banyak tingkat autoriti berbanding dengan organisasi yang kecil.
  • 6. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /6 2.4.3 Mempunyai pembahagian kerja Dalam sesebuah organisasi, pembahagian kerja dilakukan berdasarkan jenis pekerjaan dan bahagian yang diwujudkan seperti pengeluaran, pemasaran dan kewangan. Ini adalah untuk melicinkan lagi perjalanan organisasi tersebut. 2.4.4 Sistem pengawasan dan kawalan Bagi memastikan perjalanan organisasi adalah teratur seperti yang dirancangkan, organisasi perlu mewujudkan satu sistem pengawasan dan kawalan bagi setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam organisasi. Sistem kawalan ini adalah seperti peraturan, prosedur, dasar dan polisi organisasi. Ini bagi memastikan setiap pekerja dalam organisasi mengetahui sesuatu perkara tersebut dengan jelas. 2.5 Proses Pengurusan Proses pengurusan melibatkan beberapa prinsip yang perlu dilaksanakan oleh seorang pengurus dalam menguruskan sesebuah organisasi bagi memastikan perjalanan organisasi adalah lancar. Prinsip-prinsip tersebut ialah: 2.5.1 Perancangan Sebelum pihak pengurus memulakan aktiviti-aktivit organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu berkaitan dengan apa yang akan dilaksanakan. Perancangan melibatkan beberapa elemen: a) Objektif dan tujuan: Pengurus akan menetapkan dan mengenalpasti perkara yang ingin dicapai oleh organisasi tersebut selaras dengan matlamat penubuhan organisasi b) Menentukan tindakan - tindakan atau strategi yang akan dilakukan bagi mencapai objektif tersebut. Secara ringkas, perancangan merujuk kepada pengurus menetapkan apa yang akan dilakukan, objektif tindakan tersebut dan strategi yang akan diambil bagi melaksanakan tindakan tersebut. 2.5.2 Penyusunan (Pengorganisasian) Penyusunan melibatkan kerja-kerja menstrukturkan sumber organisasi seperti sumber manusia dan bukan manusia supaya perancangan yang ditetapkan dapat dicapai. Penyusunan ini termasuklah membahagikan kerja-kerja yang akan dilakukan oleh pekerja samada mengikut aktiviti, tingkat autoriti dan penyelarasan melalui peraturan dan dasar organisasi.
  • 7. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /7 2.5.3 Pengarahan dan Kepimpinan Pengurus mengamalkan prinsip pengarahan dengan memberikan panduan, bimbingan dan perangsang kepada pekerja untuk mencapai matlamat organisasi. Fungsi pengarahan dan kepimpinan melibatkan aktiviti mempengaruhi dan memimpin pekerja bagi mendapatkan satu tingkahlaku yang diperlukan untuk mencapai matlamat organisasi. Untuk mempengaruhi pekerja, pengurus perlulah memberi dorongan, memimpin dan berkomunikasi dengan pekerja. 2.5.4 Pengawalan Pengawalan merujuk kepada langkah-langkah mengawasi prestasi, membandingkan keputusan yang didapati dengan matlamat yang telah ditetapkan dan merancang tindakan-tindakan pembetulan bagi memperbaiki kesilapan yang berlaku. Fungsi pengawalan ini penting kerana dengan melaksanakan kawalan, akan dapat mengetahui jika adanya kesilapan yang menyebabkan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dan objektif tidak dapat dicapai. 2.5.5 Penstafan dan Perancangan Sumber Manusia Aset yang terbaik dalam organisasi adalah sumber manusia kerana sumber manusialah yang menggerakkan aktiviti organisasi. Dengan itu pengurus perlulah memikirkan siapa, di mana dan apakah yang diperlukan. Untuk menjamin kesetiaan pekerja kepada organisasi, pengurus perlu memikirkan apakah yang dapat ditawarkan oleh organisasi kepada pekerja seperti keadaan tempat kerja, ganjaran, program pembangunan diri dan penilaian prestasi pekerja. Ini adalah untuk menjamin keselesaan pekerja dalam organisasi. Secara keseluruhannya, bolehlah disimpulkan bahawa, fungsi-fungsi pengurusan yang dilaksanakan oleh seseorang pengurus dalam sesebuah organisasi adalah terdiri daripada perancangan, penyusunan, pengarahan, pengawalan dan penstafan.
  • 8. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /8 2.6 Jenis Kemahiran Dalam Pengurusan Robert L. Katz telah mengenalpasti tiga jenis kemahiran asas yang perlu dimiliki oleh seorang pengurus. Kemahiran ini terdiri daripada berikut: 2.6.1 KemahiranTeknik Kebolehan menggunakan peralatan, peraturan dan prosedur dan teknik dalam sesuatu pekerjaan atau bidang, kemahiran asas yang membantu pengurus memahami bagaimana kerja-kerja tersebut dilakukan. 2.6.2 Kemahiran Kemanusiaan Kebolehan bekerja dengan memahami dan merangsang orang lain. Perhubungan sosial dan individu antara pengurus dengan pekerja agar dapat menjadi teladan kepada mereka agar berupaya menjadi ikutan orang lain. 2.6 3 Kemahiran Konsep Kebolehan atau keupayaan pengurus untuk memikir dan menyelaras serta mencampurkan kegiatan unit yang berbeza. Keupayaan melihat secara keseluruhan unit dalam organisasi dan perkaitannya antara satu sama lain. Membolehkan pengurus mengambilkira kesemua kepentingan organisasi. Kemahiran-kemahiran lain yang perlu dikuasai ialah seperti kemahiran berkomunikasi di mana seorang pengurus perlu tahu cara untuk berkomunikasi dengan para pekerja bagi merapatkan perhubungan dengan pekerja. Kemahiran dalam membuat keputusan juga penting kerana pengurus perlu banyak membuat keputusan–keputusan penting bagi organisasi. Keputusan yang dibuat oleh pengurus akan memberi kesan kepada organisasi secara keseluruhan. Kemahiran-kemahiran ini boleh dikaitkan dengan tahap atau tingkat pengurusan dalam organisasi bagi menentukan anggaran masa dan tenaga yang digunakan oleh seseorang pengurus.
  • 9. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /9 2.7 Peranan Pengurus Terdapat tiga peranan utama dan sepuluh peranan khusus yang dimainkan oleh pengurus mengikut Henry Mintzberg (Ivancevich et al. 1997). 2.7.1 Peranan Antara Perorangan atau Penghubung Antara Individu Peranan ini melihat pengurus sebagai seorang yang membantu mewujudkan dan membina perhubungan yang baik di antara pengurus sesama pengurus dan pengurus dengan pekerja. Terdapat tiga peranan khusus dalam melaksanakan tugas sebagai penghubung antara individu: a) Sebagai Ketua atau Orang Terpenting Apabila pengurus dilantik sebagai ketua jabatan, ketua organisasi atau ketua cawangan, mereka merupakan individu yang berkedudukan memimpin individu yang lain dan sentiasa diperlukan oleh pekerja dalam setiap majlis atau aktiviti yang dianjurkan oleh organisasi. Dengan adanya penglibatan ketua ini, akan merapatkan lagi perhubungan individu-individu yang lain dalam organisasi. Walaupun peranan ini tidak melibatkan keputusan atau perkara yang penting tetapi ia penting bagi mengeratkan perhubungan dan rasa tanggungjawab sebagai seorang ketua yang dihormati. Sebagai contoh pengurus menghadiri majlis-majlis perasmian, menghadiri mesyuarat, melayani tetamu dan majlis perkahwinan pekerja-pekerja. b) Sebagai Pemimpin Setiap pengurus memainkan peranan sebagai pemimpin yang mendorong, memotivasi dan mengalakkan pekerja untuk bekerja. Dalam melaksanakan peranan ini pengurus perlu sentiasa bekerja dan berusaha untuk memperbaiki prestasi pekerja, mengurangkan konflik dan memberi Maklum balas terhadap prestasi pekerja. Pengurus juga perlu melaksanakan aktiviti pengawalan bagi memastikan semua aktiviti berjalan dengan lancar c) Sebagai Pegawai Perhubungan Pengurus juga perlu mengadakan hubungan dengan pihak luar untuk mendapatkan maklumat mengenai perkembangan-perkembangan yang berlaku di luar organisasi. Pengurus perlu berinteraksi dengan pengurus dan pihak lain seperti pembekal dan pelanggan.
  • 10. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /10 2.7.1 Penyebar Maklumat Pengurus sebagai penyebar maklumat berfungsi sebagai individu yang menerima dan menghantar maklumat kepada pekerja. a) Sebagai Pengawas Pengurus berperanan untuk mencari maklumat-maklumat di persekitaran dalaman dan luaran organisasi mengenai isu-isu semasa, perubahan, peluang dan masalah yang boleh memberi kesan kepada organisasi. Dengan adanya maklumat ini akan dapat membantu organisasi untuk bersaing dengan organisasi yang lain. Pengurus boleh mendapat maklumat semasa menghadiri seminar, persidangan ataupun dalam komunikasi secara tidak langsung. Contohnya maklumat mengenai perubahan fesyen remaja boleh didapati melalui pemerhatian terhadap cara remaja berpakaian ataupun melalui majalah-majalah remaja. Ini dapat membantu pengurus mengeluarkan pakaian yang menepati citarasa remaja. b) Penyebar atau Penyampai Peranan ini merujuk kepada pengurus bertindak untuk menyampaikan semua maklumat yang diperolehi kepada semua individu yang memerlukan maklumat tersebut. Maklumat-maklumat ini mestilah ditapis dahulu oleh pengurus untuk memastikan maklumat yang disampaikan adalah yang tepat dan boleh digunakan oleh pekerja. Maklumat yang disampaikan mungkin merupakan maklumat daripada pihak luar yang perlu disampaikan kepada unit-unit yang ada dalam organisasi ataupun maklumat tersebut maklumat yang didapati daripada pekerja dalam organisasi dan disampaikan kepada pekerja yang lain yang mungkin memerlukan maklumat tersebut. c) Sebagai Jurucakap Peranan jurucakap adalah berkaitan dengan aktiviti menyampaikan sebahagian maklumat kepada mereka yang berada diluar daripada unitnya. Penyampaian maklumat ini mungkin terdiri dari dasar, rancangan tindakan dan keputusan organisasi. Contoh penyebaran maklumat dalaman adalah seperti isu tuntutan gaji pekerja kepada pihak majikan. Manakala penyebaran maklumat luaran ialah seperti pengurus memberi pandangan kepada pihak luar mengenai sesuatu isu seperti kenaikan gaji pekerja. Dengan kata lain pengurus mewakili organisasi dalam menyebarkan maklumat bagi organisasi.
  • 11. PENGURUS DAN PENGURUSAN P3119 / UNIT 2 /11 2.7.3 Sebagai Pembuat Keputusan Membuat keputusan adalah satu peranan penting yang seharusnya dilakukan oleh pengurus dengan bijak berkaitan dengan setiap aktiviti yang akan dilaksanakan dalam organisasi. Terdapat empat peranan khusus yang seharusnya dimainkan oleh pengurus dalam melaksanakan peranannya sebagai pembuat keputusan: a) Sebagai Usahawan Pengurus seharusnya memiliki sifat-sifat yang sebagaimana yang terdapat pada usahawan seperti rajin, kreatif, berpandangan jauh, sanggup menerima risiko dan amanah. Dengan adanya sifat-sifat ini, pengurus dapat meningkatkan prestasi organisasi dengan cara menimbulkan idea-idea yang kreatif bagi perkembangan organisasi. Sebagai contoh pengurus memperkenalkan sistem pembayaran gaji yang lebih baik dan adil kepada pekerja berdasarkan beban kerja dan pengalaman kakitangan dan bukannya kepada status kakitangan. b) Sebagai Pengawal Gangguan Pengurus juga mesti sentiasa peka dengan perubahan-perubahan yang berlaku dalam hubungan pekerja-pekerja dalam organisasi seperti masalah dengki dan berpuak-puak dan masalah-masalah luaran seperti kekurangan peralatan, mogok dan rusuhan. Pengurus perlu segera menyelesaikan masalah ini agar tidak merebak dan tindakan yang diambil juga mestilah tidak merugikan mana-mana pihak. c) Sebagai Pengagih Sumber Pengurus menentukan bagaimana dan kepada siapa sumber serta masa pengurus itu akan diagihkan. Pengagihan melibatkan kewangan, peralatan dan aset-aset lain yang terdapat dalam organisasi. Pengagihan ini mestilah dilakukan dengan adil supaya semua pihak berpuashati. Sebagai contoh pengurus menentukan jangkamasa dan siapa yang akan mengendalikan dalam menyiapkan satu-satu projek. d) Sebagai Perunding Pengurus melaksanakan peranan sebagai perunding di mana pengurus akan mewakili organisasi atau unitnya dalam setiap perundingan yang melibatkan bidang tanggungjawab mereka. Perundingan hanya boleh dilakukan oleh pengurus kerana hanya pengurus yang mempunyai maklumat dan kuasa membuat perundingan. Sebagai contoh pengurus berunding dengan kesatuan-kesatuan sekerja berkaitan dengan isu gaji pekerja.