SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
Definisi Organisasi
Setiap organisasi, secara amnya, merupakan
himpunan individu ( dua atau lebih ) yang
menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja,
yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai
sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Kenyataan di
atas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu
sistem sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan,
termasuk syarikat perniagaan, badan kerajaan dan separruh
kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama dan
sebagainya.
Definisi pengurusan
Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut:
1. Pengurusan sebagai proses perancangan,
penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-
ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi
untuk mencapai matlamat organisasi.
2. Pengurusan sebagai proses pengarahan,
penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi
organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan
prestasi sepenuhnya.
Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari
segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua
definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan
"matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam
pengurusan ialah:
1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara
sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu
aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi
itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu
antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat
dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif
(subjektif) atau kuantitatif (objektif).
CIRI-CIRI ORGANISASI
1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan
melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya,
sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk
menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga
sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan
sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk
bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan
pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai-
nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti
hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh
masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam
amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu
didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang
mempunyai objektif tertentu.
2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi
kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat
autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi
kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan
hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan
pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar
mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan
setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada
tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada
ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih
tinggi lagi.
3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat
pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau
bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi
pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti
bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian
pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel,
pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga
bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut
tanggungjawab yang tertentu.
4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya
berjalan dengan lebih teratur seperti yang
dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan,
penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan
aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi,
peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah
dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata.
PROSES/ fungsi PENGURUSAN
Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada
beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan
fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan,
penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan
dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan,
penyusunan, pengarahan, dan pengawalan.
Fungsi tersebut adalah berkait rapat antara satu dengan
yang lain bagi mewujudkan satu proses pengurusan yang
berterusan. ( lihat rajah )
Matlamat
organisasipengawalan
perancangan
pengorganisasian
pengarahan
Perancangan
Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan
strategi-strategi dan membangunkan pelan-pelan
untuk menyelaraskan aktiviti kerja.
Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi,
perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada
peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan
adalah seperti berikut:
1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara
yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan
matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang
diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau
peratusan keuntungan dan lain-lain.
2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah
ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan
(strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang
diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan
membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang
meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau
perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing
dengan pihak luar.
3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur
program atau projek mengikut strategi yang berasaskan
matlamat organisasi.
Penyusunan
Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yang
patut dilaksanakan, siapa yang patut laksanakannya,
bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yang
melapor kepada siapa dan di mana keputusan patut
dibuat.
Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan
penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur
organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut
aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain),
tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan
dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi
perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan
kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem
pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan
produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan
kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan
kakitangan.
Pengarahan
Melibatkan usaha memotivasikan pekerja, mengarah
aktiviti-aktiviti, memilih saluran komunikasi yg paling
berkesan dan menyelesaikan konflik.
Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin
aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna
dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini
faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi
perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan.
Pengawalan
Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi
dgn matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan
yg berlaku.
Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan
bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut
perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal
pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di
dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada
hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi
perhatian dan diawasi.
FUNGSI PENGURUSAN
Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira
sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan
kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan
tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah
tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian
yang berada di dalam organisasi.
Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada
mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang
lain pada semua peringkat.
Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang
tertentu, antaranya:
1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam
organisasi yang mengawasi aliran kerja serta
menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka
mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang
lain yang berada di bawah tanggungjawabnya.
2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala
sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat
yang telah ditetapkan.
3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada
bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan
orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu
mencerminkan prestasi pengurus berkenaan.
4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan
menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang
penting dahulu atau dengan serta-merta.
5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan,
dasar, dan mengimplementasikan strategi.
PENGURUS DI DALAM ORGANISASI
Definisi Pengurus
Seorang individu yg digajikan bagi mempengaruhi,
memimpin, membimbing membuat keputusan dan
menggunakan sumber organisasi unt.uk mencapai objektif
dan matlamat organisasi.
Tingkat Pengurusan
Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan
pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam
organisasi.
a) Pengurusan atasan
b) Pengurusan pertengahan
c) Pengurusan lini ( barisan hadapan )
Pengurus Atasan
Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri
daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus
Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia
tercapai mengikut tujuan organisasi.Mereka dilantik
oleh ahli lembaga syarikat bagi memantau perjalanan dan
prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan
matlamat yang ditetapkan. Pengurus atasan ini juga
meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di
persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat
menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku.
Pengurus Pertengahan
Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah
menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian
untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh
pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada
Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti,
Pengurus Personel dan lain-lain. Jika pengurus atasan
bertanggungjawab membentuk dasar, tatacara dan strategi
syarikat, maka pengurus pertengahan pula
bertanggungjawab melaksanakannya dengan cekap dan
berkesan.
Pengurus Lini ( bahagian hadapan )
Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara
mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus
lini. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di
bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar
pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah
ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan
bawahan.
Walaupun para pengurus lini banyak menghabiskan masa
kerja harian mereka memantau para pekerja di bawah
jagaan masing- masing, inil tidaklah bermakna
tanggungjawab mereka setakat itu sahaja. Misalnya seorang
penyelia projek di tapak pembinaan. Beliau bukan sahaja
perlu memastikan semua pekerja melaksanakan tugas
masing-masing malah dari semasa ke semasa beliau perlu
berinteraksi dan berurusan dengan pembekal bahan binaan,
pegawai-pegawai kerajaan yang lain, pengurus pertengahan
dan kadang kala turut sama membuat laporan tertentu
kepada pengurus atasan di ibu pejabat.

More Related Content

What's hot

Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemenPengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemenAchmad Rozi El Eroy
 
DASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMENDASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMENMOSES HADUN
 
Pengertian dan Fungsi manajemen
Pengertian dan Fungsi manajemenPengertian dan Fungsi manajemen
Pengertian dan Fungsi manajemenFerry Rinaldi
 
Manajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan KepemimpinanManajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan KepemimpinanDwi Mardianti
 
Konsep pengurusan
Konsep pengurusanKonsep pengurusan
Konsep pengurusanfadz dila
 
Power point pengantar manajemen
Power point pengantar manajemenPower point pengantar manajemen
Power point pengantar manajemenYeni Yustika
 
Prinsip dasar manajemen
Prinsip dasar manajemenPrinsip dasar manajemen
Prinsip dasar manajemenSubhan Afifi
 
Irfa pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa   pengertian, fungsi dan unsur manajemenIrfa   pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa pengertian, fungsi dan unsur manajemenintan007
 
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'Sintya M
 
1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya
1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya
1 manajemen-dan-ruang-lingkupnyarully2012
 
Contoh organisasi suatu perusahaan
Contoh organisasi suatu perusahaanContoh organisasi suatu perusahaan
Contoh organisasi suatu perusahaanRiezqi Badruzaman
 
Manajemen perusahaan
Manajemen perusahaanManajemen perusahaan
Manajemen perusahaanSusan Ucnk
 
PENGERTIAN DASAR MANAJEMEN
PENGERTIAN DASAR MANAJEMENPENGERTIAN DASAR MANAJEMEN
PENGERTIAN DASAR MANAJEMENlupi piyah
 

What's hot (20)

Prinsip Manajemen
Prinsip ManajemenPrinsip Manajemen
Prinsip Manajemen
 
3 pengorganisasian
3 pengorganisasian3 pengorganisasian
3 pengorganisasian
 
Makalah manajemen
Makalah manajemenMakalah manajemen
Makalah manajemen
 
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemenPengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
Pengantar Manajemen : TM 1 Organisasi dan manajemen
 
DASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMENDASAR-DASAR MANAGEMEN
DASAR-DASAR MANAGEMEN
 
Pengertian dan Fungsi manajemen
Pengertian dan Fungsi manajemenPengertian dan Fungsi manajemen
Pengertian dan Fungsi manajemen
 
Makalah organisasi
Makalah organisasiMakalah organisasi
Makalah organisasi
 
Makalah dasar dasar organisasi kelompok 3
Makalah dasar dasar organisasi kelompok 3 Makalah dasar dasar organisasi kelompok 3
Makalah dasar dasar organisasi kelompok 3
 
Manajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan KepemimpinanManajemen, Manajer dan Kepemimpinan
Manajemen, Manajer dan Kepemimpinan
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
Konsep pengurusan
Konsep pengurusanKonsep pengurusan
Konsep pengurusan
 
Power point pengantar manajemen
Power point pengantar manajemenPower point pengantar manajemen
Power point pengantar manajemen
 
Prinsip dasar manajemen
Prinsip dasar manajemenPrinsip dasar manajemen
Prinsip dasar manajemen
 
Irfa pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa   pengertian, fungsi dan unsur manajemenIrfa   pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa pengertian, fungsi dan unsur manajemen
 
Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen Chapter 1 Pengantar Manajemen
Chapter 1 Pengantar Manajemen
 
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
Dasar Manajemen 'Ruang lingkup dan pengertian manajemen'
 
1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya
1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya
1 manajemen-dan-ruang-lingkupnya
 
Contoh organisasi suatu perusahaan
Contoh organisasi suatu perusahaanContoh organisasi suatu perusahaan
Contoh organisasi suatu perusahaan
 
Manajemen perusahaan
Manajemen perusahaanManajemen perusahaan
Manajemen perusahaan
 
PENGERTIAN DASAR MANAJEMEN
PENGERTIAN DASAR MANAJEMENPENGERTIAN DASAR MANAJEMEN
PENGERTIAN DASAR MANAJEMEN
 

Viewers also liked

English Writer's Festival - EJOSS
English Writer's Festival - EJOSSEnglish Writer's Festival - EJOSS
English Writer's Festival - EJOSSElizabeth Joss
 
20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun
20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun
20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sungtarabanoff
 
がり勉LT20140111
がり勉LT20140111がり勉LT20140111
がり勉LT20140111erthejp
 
Three weeks friendship^^)final
Three weeks friendship^^)finalThree weeks friendship^^)final
Three weeks friendship^^)finalLovHe ZHaiyra
 
Insulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area's
Insulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area'sInsulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area's
Insulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area'sBryan Curtis
 
NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176
NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176
NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176Elizabeth Joss
 

Viewers also liked (10)

English Writer's Festival - EJOSS
English Writer's Festival - EJOSSEnglish Writer's Festival - EJOSS
English Writer's Festival - EJOSS
 
Ijeted
IjetedIjeted
Ijeted
 
20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun
20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun
20130607 arecs web_forecast_video_autumn_sun
 
Literator Aug 2009
Literator Aug 2009Literator Aug 2009
Literator Aug 2009
 
がり勉LT20140111
がり勉LT20140111がり勉LT20140111
がり勉LT20140111
 
Old school baseball pants for men
Old school baseball pants for menOld school baseball pants for men
Old school baseball pants for men
 
Kid’s baseball apparel
Kid’s baseball apparelKid’s baseball apparel
Kid’s baseball apparel
 
Three weeks friendship^^)final
Three weeks friendship^^)finalThree weeks friendship^^)final
Three weeks friendship^^)final
 
Insulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area's
Insulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area'sInsulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area's
Insulation upgrade in Mid American and Alliant Energy area's
 
NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176
NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176
NLA Spotlight Magazine JanFeb 2016 Issue27_6176
 

Similar to 7479462 organisasi-dan-pengurusan

Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Chenk Alie Patrician
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusannoeenadheeyah
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personelmonyok
 
10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...
10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...
10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...JustinDarius
 
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.pptbab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.pptINDIRAARUNDINASARISA
 
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...Nadiatur Rakhma
 
Irfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemenIrfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemenirfanurohmah
 
Manajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.pptManajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.pptGAMKIMERAUKE
 
Makalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemen
Makalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemenMakalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemen
Makalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemenbabeharif1395
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Pertemuan 1 - Manajemen Industri.pdf
Pertemuan 1 - Manajemen Industri.pdfPertemuan 1 - Manajemen Industri.pdf
Pertemuan 1 - Manajemen Industri.pdfJuanWawanKurniawan
 
Organisasi & Kelompok Kerja
Organisasi & Kelompok KerjaOrganisasi & Kelompok Kerja
Organisasi & Kelompok Kerjacahya ningsih
 
Organisasi Dan Kelompok Kerja
Organisasi Dan Kelompok KerjaOrganisasi Dan Kelompok Kerja
Organisasi Dan Kelompok Kerjadanie_dee
 
10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...
10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...
10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...LisaniahAmini
 
Manajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.pptManajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.pptTikaLestary
 

Similar to 7479462 organisasi-dan-pengurusan (20)

Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
Tjuandanfungsimanajemendalamorganisasi 120109203954-phpapp02
 
1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan1 unsur unsur pengurusan
1 unsur unsur pengurusan
 
Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02Unit2 121023131218-phpapp02
Unit2 121023131218-phpapp02
 
Pengurusan personel
Pengurusan personelPengurusan personel
Pengurusan personel
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...
10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...
10 , kewirausahaan , justin darius , hapzi ali , management function, univers...
 
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.pptbab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
bab_6_PENGORGANISASIAN AZAS MANAJEMEN.ppt
 
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...Sm, nadiatur rakhma  prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
Sm, nadiatur rakhma prof. dr. ir. h. hapzi ali pre m sc, mm. cma,tools for s...
 
Irfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemenIrfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemen
Irfa - pengertian, fungsi dan unsur manajemen
 
Manajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.pptManajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.ppt
 
Makalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemen
Makalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemenMakalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemen
Makalah bab 1 administrasi organisasi dan manajemen
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Pertemuan 1 - Manajemen Industri.pdf
Pertemuan 1 - Manajemen Industri.pdfPertemuan 1 - Manajemen Industri.pdf
Pertemuan 1 - Manajemen Industri.pdf
 
Organisasi & Kelompok Kerja
Organisasi & Kelompok KerjaOrganisasi & Kelompok Kerja
Organisasi & Kelompok Kerja
 
Organisasi Dan Kelompok Kerja
Organisasi Dan Kelompok KerjaOrganisasi Dan Kelompok Kerja
Organisasi Dan Kelompok Kerja
 
makalah-organisasi
makalah-organisasimakalah-organisasi
makalah-organisasi
 
Materi ldk
Materi ldkMateri ldk
Materi ldk
 
10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...
10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...
10 Kewirausahaan, Lisaniah Amini Lisa'Ilina, Hapzi Ali, Manajemen Fungsional,...
 
Manajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.pptManajemen_Organisasi.ppt
Manajemen_Organisasi.ppt
 
Olan
OlanOlan
Olan
 

7479462 organisasi-dan-pengurusan

  • 1. Definisi Organisasi Setiap organisasi, secara amnya, merupakan himpunan individu ( dua atau lebih ) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja, yang kemudiannya diselaraskan bagi mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Kenyataan di atas menunjukkan bahawa organisasi merupakan satu sistem sosial yang merangkumi semua bentuk kumpulan, termasuk syarikat perniagaan, badan kerajaan dan separruh kerajaan, kumpulan sukarela, badan kebajikan, agama dan sebagainya. Definisi pengurusan Pengurusan, pada amnya dapat didefinisikan seperti berikut: 1. Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan usaha ahli- ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi untuk mencapai matlamat organisasi. 2. Pengurusan sebagai proses pengarahan, penyelarasan, dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya. Definisi di atas, walaupun mempunyai sedikit perbezaan dari segi bilangan dan jenis fungsi pengurusan, tetapi kedua-dua definisi itu mengandungi perkataan "proses" dan "matlamat". Ini bermakna, dua aspek penting di dalam pengurusan ialah: 1. Pengurusan sebagai proses: Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti yang lain.
  • 2. 2. Mencapai matlamat organisasi: Apabila aktiviti organisasi itu berjalan dengan teratur dan berhubung atau membantu antara satu dengan lain, maka matlamat organisasi itu dapat dicapai. Matlamat organisasi dapat berbentuk kualitatif (subjektif) atau kuantitatif (objektif). CIRI-CIRI ORGANISASI 1. Sesebuah organisasi yang telah dibentuk akan melambangkan identitinya yang tersendiri. Misalnya, sebuah universiti seharusnya melambangkan tempat untuk menimba ilmu, sebagai sebuah pusat penyelidikan, dan juga sebagai sebuah institusi yang memberi perkhidmatan dan sumbangan kepada masyarakat sama ada dalam bentuk bimbingan atau khidmat nasihat, dan pengajaran dan pembelajaran lain. Untuk mencerminkan identiti atau nilai- nilai tinggi sebagai sebuah menara gading, universiti hendaklah memainkan peranan yang diharapkan oleh masyarakat kampus khususnya dan masyarakat awam amnya. Dengan demikian fungsi sesebuah universiti itu didapati berbeza dengan organisasi-organisasi lain yang mempunyai objektif tertentu. 2. Di dalam sesebuah organisasi, sama ada organisasi kecil atau besar, ia mempunyai hierarki atau tingkat autoriti. Jika dibandingkan antara kedua-dua organisasi kecil dan besar, sudah tentu ia berbeza dari segi bilangan hierarki (tingkat) aktiviti dan bilangan kakitangan pengurusan pada setiap tingkat. Misalnya, organisasi besar mungkin mempunyai lebih daripada tiga tingkat autoriti dan setiap tingkat autoriti itu akan mempunyai lebih daripada tiga atau empat pegawai yang bertanggung-jawab kepada ketua-ketua mereka yang berada pada peringkat yang lebih tinggi lagi. 3. Di dalam sesebuah organisasi, terdapat pembahagian kerja berdasarkan jenis pekerjaan atau bahagian yang diwujudkan. Pada umumnya, organisasi
  • 3. pembuatan mewujudkan bahagian-bahagian seperti bahagian pengeluaran dan pentadbiran. Di bahagian pentadbiran, terdapat beberapa unit lain seperti personel, pemasaran, dan kewangan. Organisasi yang mempunyai tiga bahagian itu beroperasi secara pembahagian kerja mengikut tanggungjawab yang tertentu. 4. Bagi menentukan aktiviti organisasi supaya berjalan dengan lebih teratur seperti yang dirancangkan, ia memerlukan sistem pengawasan, penyelarasan dan pengawalan ke atas perjalanan aktiviti. Dengan demikian, di dalam sesebuah organisasi, peraturan, dasar, prosedur, dan sistem hubungan hendaklah dijelaskan kepada kakitangan dengan jelas dan nyata. PROSES/ fungsi PENGURUSAN Proses atau fungsi pengurusan dapat dibahagikan kepada beberapa fungsi bergantung kepada cara kita mengelaskan fungsi-fungsi perancangan, penyusunan, penyelarasan, penstafan, dan pengawalan. Pada amnya, fungsi pengurusan dibahagikan kepada empat sahaja, iaitu perancangan, penyusunan, pengarahan, dan pengawalan. Fungsi tersebut adalah berkait rapat antara satu dengan yang lain bagi mewujudkan satu proses pengurusan yang berterusan. ( lihat rajah )
  • 4. Matlamat organisasipengawalan perancangan pengorganisasian pengarahan Perancangan Melibatkan perletakan matlamat, menerangkan strategi-strategi dan membangunkan pelan-pelan untuk menyelaraskan aktiviti kerja. Sebelum pihak pengurusan memulakan aktiviti organisasi, perancangan hendaklah dibuat terlebih dahulu. Pada peringkat perancangan, perkara yang perlu dipersoalkan adalah seperti berikut: 1. Tujuan dan objektif: Ini termasuk mengenal pasti perkara yang ingin dicapai oleh sesebuah organisasi berdasarkan matlamat penubuhan organisasi tersebut dan prestasi yang diinginkan seperti kadar pertumbuhan organisasi atau peratusan keuntungan dan lain-lain. 2. Strategi organisasi: Apabila matlamat dan tujuan telah ditakrifkan dengan jelas, organisasi perlu mencari jalan
  • 5. (strategi) untuk mencapai matlamat dan tujuan seperti yang diharapkan itu. Di dalam strategi, pihak pengurusan akan membincangkan perkara seperti strategi pemasaran yang meliputi perletakan harga, perluasan pasaran atau perbezaan barangan agar organisasi itu dapat bersaing dengan pihak luar. 3. Langkah seterusnya, pihak pengurusan harus mengatur program atau projek mengikut strategi yang berasaskan matlamat organisasi. Penyusunan Melibatkan usaha menentukan apakah tugas yang patut dilaksanakan, siapa yang patut laksanakannya, bagaimana ia perlu diperkumpulkan, siapa yang melapor kepada siapa dan di mana keputusan patut dibuat. Penyusunan melibatkan kerja menstruktur organisasi dan penstafan (proses pengambilan kakitangan). Struktur organisasi menunjukkan pembahagian kerja mengikut aktiviti (pemasaran, kewangan, pemprosesan dan lain-lain), tingkat (hierarki) autoriti, penyelarasan melalui peraturan dan dasar serta prosedur yang dibuat. Penstafan meliputi perancangan sumber manusia, pengambilan dan pemilihan kakitangan, orientasi dan latihan, penilaian prestasi, sistem pampasan (gaji, upah, dan faedah), program peningkatan produktiviti dan kualiti, program keselamatan dan kesihatan kakitangan, dan program kebajikan dan perkhidmatan kakitangan. Pengarahan Melibatkan usaha memotivasikan pekerja, mengarah aktiviti-aktiviti, memilih saluran komunikasi yg paling berkesan dan menyelesaikan konflik. Pengarahan merupakan fungsi penting untuk menjamin aktiviti organisasi berjalan dengan teratur dan sempurna
  • 6. dalam suasana yang harmoni. Untuk mencapai matlamat ini faktor-faktor motivasi, kepimpinan, dan sistem komunikasi perlu diberi perhatian oleh pihak pengurusan. Pengawalan Proses memantau prestasi, membandingkan prestasi dgn matlamat dan membetulkan sebarang penyimpangan yg berlaku. Pengawalan merupakan fungsi terakhir untuk menentukan bahawa prestasi organisasi telah dicapai mengikut perancangan; masalah dalam penyusunan dikenal pasti dan langkah tertentu diambil; faktor-faktor di dalam organisasi, keinginan dan sifat kakitangan yang ada hubungan dengan prestasi dan tingkah laku perlu diberi perhatian dan diawasi. FUNGSI PENGURUSAN
  • 7. Pengurusan diperlukan di dalam semua organisasi, tidak kira sama ada organisasi itu kecil atau besar, swasta atau badan kerajaan. Fungsi pengurusan bukan saja merupakan tanggungjawab seorang pengurus besar atau pengarah tetapi juga tanggungjawab penyelia atau ketua bahagian yang berada di dalam organisasi. Dalam konteks pengurusan, pengurus dimaksudkan kepada mereka yang bertanggungjawab terhadap pekerjaan orang lain pada semua peringkat. Setiap pengurus mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tertentu, antaranya: 1. Pengurus ialah penyelaras dan pengarah di dalam organisasi yang mengawasi aliran kerja serta menyatupadukan semua unsur organisasi. Mereka mempunyai kuasa yang diberikan untuk mengarah orang lain yang berada di bawah tanggungjawabnya. 2. Pengurus bertanggungjawab menggunakan segala sumber dengan efisien untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 3. Pengurus juga tidak boleh lari daripada bertanggungjawab ke atas kegagalan dan kejayaan orang di bawah jagaannya. Kegagalan dan kejayaan itu mencerminkan prestasi pengurus berkenaan. 4. Pengurus mengimbangkan matlamat dan menetapkan prioriti seperti menjalankan kerja yang penting dahulu atau dengan serta-merta. 5. Pengurus mewujudkan matlamat, perancangan, dasar, dan mengimplementasikan strategi.
  • 8. PENGURUS DI DALAM ORGANISASI Definisi Pengurus Seorang individu yg digajikan bagi mempengaruhi, memimpin, membimbing membuat keputusan dan menggunakan sumber organisasi unt.uk mencapai objektif dan matlamat organisasi. Tingkat Pengurusan Sudah menjadi kebiasaan untuk membezakan kedudukan pengurus mengikut hierarki kuasa atau pangkat di dalam organisasi. a) Pengurusan atasan b) Pengurusan pertengahan c) Pengurusan lini ( barisan hadapan )
  • 9. Pengurus Atasan Pengurus yang menduduki peringkat atasan ini terdiri daripada Ketua Eksekutif, Presiden atau Pengurus Besar yang menetapkan matlamat dan menentukan ia tercapai mengikut tujuan organisasi.Mereka dilantik oleh ahli lembaga syarikat bagi memantau perjalanan dan prestasi syarikat supaya sentiasa mencapai objektif dan matlamat yang ditetapkan. Pengurus atasan ini juga meneliti perkembangan dan peluang yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada perubahan yang berlaku. Pengurus Pertengahan Tugas pengurus pada peringkat ini, termasuklah menyelaras dan menyatupadukan aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Mereka pada peringkat ini terdiri daripada Pengurus Kawasan, Dekan Pusat Pengajian di universiti, Pengurus Personel dan lain-lain. Jika pengurus atasan bertanggungjawab membentuk dasar, tatacara dan strategi syarikat, maka pengurus pertengahan pula
  • 10. bertanggungjawab melaksanakannya dengan cekap dan berkesan. Pengurus Lini ( bahagian hadapan ) Penyelia, Fomen, dan Ketua Kumpulan adalah antara mereka yang dimasukkan ke dalam kategori pengurus lini. Tugas mereka mengawasi pekerjaan harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran agar pengeluaran itu mengikut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan pertengahan dan bawahan. Walaupun para pengurus lini banyak menghabiskan masa kerja harian mereka memantau para pekerja di bawah jagaan masing- masing, inil tidaklah bermakna tanggungjawab mereka setakat itu sahaja. Misalnya seorang penyelia projek di tapak pembinaan. Beliau bukan sahaja perlu memastikan semua pekerja melaksanakan tugas masing-masing malah dari semasa ke semasa beliau perlu berinteraksi dan berurusan dengan pembekal bahan binaan, pegawai-pegawai kerajaan yang lain, pengurus pertengahan dan kadang kala turut sama membuat laporan tertentu kepada pengurus atasan di ibu pejabat.