Penguasaan kemahiran membaca dan menulis jawi d kalangan murid tahun 2
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
1. Artikel jurnal pendidikan bagi isu-isu penilaian.
Daripada hasil tinjauan dan pembacaan saya berkaitan dengan artikel jurnal
PENILAIAN AUTENTIK DALAM PENDIDIKAN AWAL KANAK -KANAK MELALUI
PORTFOLIO. Dihasilkan oleh Lihanna Borhan. Di dalam kajian beliau tersebut
menggunakan pendekatan penilaian portpolio di kalangan kanak-kanak terutamanya
kepada kanak-kanak di dalam Tadika. Berdasarkan kepada peredaran zaman dan
perubahan pendidikan di negara kita amatlah penting untuk kita melihat dan mengikut
peredaran pendidikan di negara-negara lain. Oleh itu, Konsep penilaian amatlah
penting di dalam pendidikan untuk melihat sejauh mana pertumbuhan dan
perkembangan murid-murid kita.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan dan
pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai,
merancang dan membina instrumen penilaian, menganalisis maklumat penilaian,
melapor dan membuat tindakan susulan. Selain itu, Melalui aktiviti penilaian, guru dapat
memastikan perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek
intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Terdapat 2 jenis penilaian di sekolah iaitu Penilaian Formatif dan Penilaian Sumatif. Di
dalam penilaian formatif terdiri daripada penilaian melalui portpolio yang boleh
digunakan oleh guru-guru untuk memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Penilaian
formatif dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas
tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Maka guru dapat
mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan
mengambil tindakan susulan yang sewajarnya. Guru juga boleh menilai kemajuan
murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara
berpusat.
Penilaian adalah satu proses berterusan untuk menentukan kaedah yang
disyorkan digunakan dalam pengajaran oleh guru-guru dan di samping itu penyelia
boleh memberi bimbingan dan panduan kepada mereka untuk mengatasi kekurangan
yang wujud. Penilaian berbentuk soal selidik dan temu bual juga harus digunakan
supaya maklum balas yang diperoleh memberi gambaran yang keseluruhan dan
sebenar. Hasil maklum balas ini boleh diambil perhatian semasa menjalankan kursus-
kursus lain pada masa hadapan.projek. Beberapa teknik penilaian boleh dan pernah
digunakan untuk menilai pelaksanaan sesuatu kurikulum. Di antaranya ialah
pemerhatian, termasuk temubual dengan guru, pengetua dan murid-murid dan guru-
guru mata pelajaran berkenaan.
1
2. Penilaian di sekolah perlu memberi peluang pelajar mengembangkan
potensinya secara bebas. Untuk mengesan kemajuan pelajar secara individu dengan
cara yang fleksibel, bermakna dan tidak menakutkan pelajar, penilai perlu mengambil
kira keperluan dan kemampuan individu, kepelbagaian cara supaya pelbagai
kecerdasan pelajar diambil kira. Sering kali apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan,
sekurang-kurangnya dua keputusan yang utama perlu diambil. Pertama, berkaitan
dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin taraf bacaan murid
di sekolah rendah dengan berpendapat taraf bacaan itu sudah tidak memuaskan dan
satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-
alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan
memilih model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang.
Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan
penilaian akan membolehkan anggaran dapat dibuat sama ada matlamat yang telah
ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu
cara mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya dalam
pendidikan, masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat
yang ditetapkan seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)
kepada murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian anda mungkin sering kali
berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin
diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan
maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan
memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda akan dapat
merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan
maklumat yang tepat.
Di dalam kajian tersebut, didapati aspek-aspek seperti berikut adalah sesuai
diperhatikan semasa menyelidik akan keberkesanan sesuatu program atau pengajaran
dalam mata pelajaran yang ingin diajarkan kepada murid-murid yang mana aspek
aspek ini haruslah dititikberatkan termasuk latar belakang murid-murid, peranan
pengetua, perananan kakitangan sekolah, guru-guru, keberkesanan sesuatu sekolah
itu, kewangan, peralatan dan kemudahan pembelajaran, keberkesanan kursus yang
diikuti dan cara guru-guru melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah. Ini termasuk untuk mengetahui tahap kemahiran dan pengetahuan di kalangan
guru-guru yang tamat menyertai kursus. Model Penilaian autentik melalui portpolio ini
digunakan untuk menilai keberkesanan pelaksanaan pengajaran dan pembelajran dan
merupakan aspek yang penting di dalam kajian ini. Kemudian keputusan dibuat sama
ada berkesan atau tidak. Kalau tidak berkesan program perlu diteruskan dengan
mengambil beberapa perubahan yang dikenal pasti punca kelemahan program
tersebut.
2
3. Jika dibandingkan dengan model penilaian lain, penilaian autentik melalui
portpolio ini yang mengandungi dimensi Konteks, Input, Proses dan produk boleh
membuat kajian dengan menggunakan keempat-empat dimensi tersebut atau
menggunakan salah satu kombinasi yang terdapat dalam dimensi penilaian autentik
melalui portpolio. Ini bergantung kepada kehendak program tersebut. Model penilaian
autentik melalui portpolio lebih menekankan kepada mengumpulkan maklumat dengan
tujuan untuk memudahkan membuat sebarang keputusan. Maklumat ini juga dijadikan
sebagai panduan untuk memantapkan lagi sesuatu program sama ada di peringkat
perancangan, penyusunan, pelaksanaan dan penghasilan. Hasilnya nanti keputusan
akan dibuat sama ada hendak meneruskan, memperbaiki, menambahkan atau
memberhentikan sesuatu program itu.
Di dalam artikel tersebut menyatakan proses pembinaan portfolio boleh
dibahagikan kepada empat proses utama iaitu penentuan kriteria pemilihan, pemilihan
item portfolio, interpretasi portfolio dan perkongsian portfolio serta interpretasinya
melalui perbincangan. Kriteria pemilihan menjelaskan apakah yang akan dimasukkan
ke dalam portfolio. Ia seharusnya digubal berdasarkan objektif sesuatu program
pendidikan itu dengan bersandarkan kepada pola perkembangan kanak-kanak. Semua
ini juga boleh ditulis dengan jelas sebagai "statement of purpose" supaya portfolio yang
dihasilkan tidak lari daripada tujuan asal penilaian (Grace, 1992).
Selain itu, penilaian autentik melalui portfolio ini merupakan satu kaedah yang
berpotensi untuk memainkan peranan penting dalam pendidikan awal kanak-kanak.
Malah la boleh diubahsuai mengikut keperluan program dan juga kanak-kanak individu.
la memberikan gambaran perkembangan dan kemajuan kanak-kanak secara lebih
menyeluruh dan mendalam, dan secara tidak langsung mengubah fokus penilaian
kepada aspek positif pelajar, bukan aspek negatif atau kekurangan. Ia memenuhi
kebanyakan fungsi dan objektif penilaian. Ia mengintegrasikan pengajaran dan
penilaian. Akhir sekali, portfolio berpotensi menggabungkan usaha pendidikan guru dan
ibu bapa dan meningkatkan komunikasi positif antara guru, kanak-kanak dan ibubapa
ke arah pendidikan yang lebih bersepadu dalam semua aspek.
Penilaian memerlukan bukti dan maklumat secara kuantitatif dan kualitatif
sebelum sesuatu pertimbangan mengenai perkembangan dan prestasi pelajar dapat
dibuat.Maklumat yang bersifat kuantitatif tentang pelajar lebih mudah diperolehi melalui
pelbagai ujian manakala maklumat kualitatif seperti sikap perlakuan, minat dan nilai
diperolehi melalui kaedah bukan ujian (pemerhatian, portfolio, projek dan lain-lain).
Penilaian formatif dapat mengesan kejayaan dan kegagalan pembelajaran pelajar serta
dapat mengukur kemajuan pelajar setelah mereka melalui satu-satu unit pembelajaran.
Pencapaian pelajar direkod dalam Laporan Prestasi dan Rekod Profil untuk
memudahkan guru mengikuti perkembangan pembelajaran setiap pelajar. selain itu,
tindakan susulan juga dapat dibuat serta merta. Ini bermakna pelajar yang berprestasi
cemerlang diberi peluang untuk diintegrasikan pembelajarannya secara menegak
(vertical integration) mengikut tahun/tahap yang lebih tinggi dan diintegrasi secara
mendatar (horizontal integration) mengikut unit-unit pembelajaran yang lebih tinggi
3
4. dalam tahun atau tahap yang sama. Manakala bagi pelajar yang berprestasi lemah,
tindakan susulan serta merta akan diambil bagi memberi peluang kepada mereka untuk
memperbaiki kemahiran dan pengetahuan yang belum dikuasai mengikut kemampuan
(patching) sehingga membolehkannya mengikuti unit pembelajaran yang seterusnya.
Pada akhir sesuatu tempoh, semester atau tahun, guru juga boleh
mendapatkan gambaran prestasi keseluruhan pelajar bagi menilai keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran melalui penilaian sumatif. Penilaian seumpama ini
sedang dilakukan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Kedua-dua jenis penilaian formatif dan sumatif saling membantu untuk membentuk satu
program penilaian yang berkesan.
Oleh itu, setiap guru terutamanya guru permulaan harus mengambil sikap
bahawa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bukan hanya untuk memenuhi
kriteria peperiksaan awam sahaja. Bermula dengan murid-murid dari tadika di sekolah
rendah hinggalah berakhir ke tingkatan 6 di sekolah menengah, proses pembelajaran
perlulah mengikut tahap dan pemeringkatan yang berlandaskan aspek-aspek dalam
teori pendidikan. Dalam rancangan mengajar, hasilan pembelajaran ditetapkan, diikuti
pula dengan perancangan aktiviti pengajaran yang distrukturkan mengikut adegan-
adegan pengajaran (instructional events) – Gagne, R.M (1985) iaitu bermula dengan
aktiviti set induksi yang bertujuan menarik perhatian serta aktiviti bimbingan dan juga
aktiviti-aktiviti yang melibatkan maklum balas dan penilaian. Malah dalam komponen
sesuatu Model Reka Bentuk Pengajaran, aspek penilaian amat dititik beratkan sebagai
salah satu komponen yang bertujuan menguji sejauh mana perancangan yang dibuat
mampu menepati objektif pengajaran, kesesuaian bahan yang digunakan serta
kemampuan penerimaan murid. Dalam hal ini setiap guru-guru harus memainkan
peranan yang penting dan bertindak memenuhi kehendak proses pembelajaran. Aspek
penilaian sama ada berbentuk formatif atau sumatif adalah penting dan harus
dilaksanakan dengan sempurna bagi setiap tahap dan peringkat murid.
Oleh itu usaha untuk menggunakan pelbagai strategi pengajaran harus
digandakan dari peringkat awal lagi tanpa memfokuskan pada aspek peperiksaan
sahaja. Elemen-elemen yang mampu menjana pemikiran kritis dan kreatif, pemantapan
kemahiran insaniah yang merangkumi kemahiran berkomunikasi serta kerohanian
harus diintegrasikan secara bijak dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
aktiviti kokurikulum. Guru juga harus menggunakan kreativiti dan membuat inovasi agar
murid mampu menyusun strategi kognitif dalam usaha menerima pengajaran dan
pembelajaran yang tidak hanya menumpukan pada aktiviti hafalan semata-mata dalam
usaha melahirkan murid yang lebih global dari segi kemahiran dan pemikiran.
Justeru, jika aspek pendidikan ini dihayati dan dilaksanakan dengan baik, tidak ada
“tekanan” atau “menarik nafas lega” jika sesuatu keputusan dibuat oleh pihak atasan
mengenai isu yang berkaitan dengan peperiksaan.
4
5. Di dalam penilaian terdapat dua bentuk penilaian ke atas pelajar sekolah menengah
telah dicadangkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990), yang terdiri dari (i)
penilaian dalam bentuk peperiksaan; di peringkat kebangsaan di bawah kawalan
Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan yang akan diduduki oleh pelajar pada
tahap-tahap yang tertentu, dan (ii) penilaian secara berterusan manakala, di peringkat
sekolah di bawah kawalan guru-guru di sepanjang tahun persekolahan. Penilaian
berbentuk peperiksaan adalah bertujuan untuk pemilihan dan pensijilan yang akan
mengagihkan pelajar mengikut norma yang telah ditetapkan. Tetapi apa yang lebih
penting ialah penilaian secara berterusan dengan menggunakan berbagai jenis
penilaian bagi memenuhi fungsinya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
setiap pelajar supaya bimbingan sewajarnya dapat dilakukan.
Bagi melaksanakan bentuk penilaian secara berterusan ini, guru-guru harus
mempunyai pengetahuan yang cukup berkaitan dengan penilaian kerana dengan
pengetahuan dan kepercayaan yang mencukupi maka guru-guru akan dapat
melaksanakan tujuan penilaian ini dengan sewajarnya. Selain dari itu guru-guru
haruslah bersedia untuk melaksanakannya dengan penuh tanggungjawab kerana
seperti yang dinyatakan di atas bahawa hasil dari penilaian ini akan melibatkan pelajar
apabila sesuatu keputusan telah dibuat ke atas masa depan dan pendidikan mereka.
Penilaian alternatif secara berterusan bermaksud menilai pelajar dari semua aspek
kognitif, afektif dan psikomotor. Oleh yang demikian, berbagai jenis alat pengukuran
perlu digunakan untuk tujuan mengukur dan seterusnya membuat penilaian. Guru-guru
harus mengamalkan penggunaan berbagai alat pengukuran ini untuk memastikan
maklumat yang diperoleh dapat menggambarkan kebolehan pelajar dengan lebih
menyeluruh.
5
6. Rujukan
Hamzah Ihsan (1990). Kesediaan guru sekolah rendah melaksanakan sistem penilaian
dalam kurikulum baru sekolah rendah. Disertasi Sarjana Pendidikan, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur: Tidak diterbitkan
Lee Shok Mee dan Mook Soon Sang.(1989). Pengujian dan penilaian dalam
pendidikan. Kuala Lumpur ,Kumpulan budiman.
Lihanna Borhan. 2003. Penilaian Autentik Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Melalui Portpolio. Selangor: Universiti Malaya.
Mok Soon Sang ( 1994 ).Penilaian,Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan.
Subang Jaya,Selangor : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong( 1988 ). Pengajaran dan Pembelajaran
Tan Choon Keong, Crispina Gregory K Han. 2012. Pengajaran, Teknologi Dan
Penaksiran 1. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.
Yap Yee Khiong , Wan Chwee Seng & Ismail Abu Bakar ( 1989 ). Pengukuran dan
Penilaian dalam Pendidikan ( 3rd.ed ). Petaling Jaya , Selangor : Longman Malaysia.
6