SlideShare a Scribd company logo
Aqidah Al-Bada’ Dan Sejarah Kemunculannya
Menurut Syiah
Oleh Muhammad Malullah
Menurut doktrin agama Yahudi, Allah adalah jahil dan memerlukan kepada tanda-tanda dan
isyarat yang memimpinNya dalam sesetengah perkara. Dia menjadikan makhluk tetapi
tidak mengetahui penciptaanNya itu baik atau buruk melainkan setelah melihatnya dan
jelas kepadaNya beberapa perkara tidak diketahui sebelum ini lalu menyebabkan Dia berasa
sedih dan kecewa terhadap makhluk-makhlukNya lalu menghapuskan segala yang ada di
muka bumi ini. Maha Suci dari pembohongan Yahudi !!
Yahudi mendakwa bahawa Allah menyuruh Bani Israil meletakkan tanda di rumah mereka
agar tidak dibinasakan secara tersilap… dan pelbagai lagi dakwaan karut dan sesat mereka.
Aqidah sesat ini telah menyusup masuk dalam agama Syi`ah atau dengan tepat lagi Syi`ah
telah meminjamnya dari Yahudi dengan nama Bada’. Iaitu mengakui sesuatu yang diketahui
selepas tidak mengetahuinya. (Lisan al-`Arab jil. 1, hal. 187)
Di dalam al-Qur’an terdapat kalimah bada’ pada banyak tempat, antaranya:
‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ َ‫ي‬ِ‫ور‬ ُ‫و‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫ي‬ِ‫د‬ْ‫ب‬ُ‫ي‬ِ‫ل‬ ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ط‬ْ‫ي‬َّ‫ش‬‫ال‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫س‬ َ‫و‬ْ‫س‬ َ‫و‬َ‫ف‬
Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada
keduanya apa yang tertutup dari mereka. (Al-A`raf: 20).
َ‫ن‬‫ُو‬‫ب‬ِ‫س‬َ‫ت‬ْ‫ح‬َ‫ي‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ َّ‫اَّلل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫د‬َ‫ب‬َ‫و‬
Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. ( Al-
Zumar:47)
‫ُوا‬‫ب‬َ‫س‬َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ُ‫ت‬‫َا‬‫ئ‬ِ‫ي‬َ‫س‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫د‬َ‫ب‬َ‫و‬
Dan jelaslah bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat (Al-Zumar:48)
ُ‫ه‬َّ‫ن‬ُ‫ن‬ُ‫ج‬ْ‫س‬َ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬ ْ‫اْل‬ ‫ا‬ ُ‫و‬َ‫أ‬ َ‫ر‬ ‫ا‬َ‫م‬ ِ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫د‬َ‫ب‬ َّ‫م‬ُ‫ث‬
Kemudian timbul pada fikiran mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf)
bahawa mereka harus memenjarakannya. (Yusuf: 35)
Semuanya adalah sesuatu menjadi jelas setelah tidak diketahui sebelum ini.
ُ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ ُ‫ُور‬‫د‬ُ‫ص‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ْ‫خ‬ُ‫ت‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ه‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ف‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫ض‬ْ‫غ‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ ِ‫ت‬َ‫د‬َ‫ب‬ ْ‫د‬َ‫ق‬
Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka
lebih besar lagi.( Aali Imran: 118)
ُ‫اَّلل‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ب‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫ح‬ُ‫ي‬ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ف‬ْ‫خ‬ُ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫م‬ ْ‫ا‬‫ُو‬‫د‬ْ‫ب‬ُ‫ت‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬
Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikannya pasti
Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu ( Al-Baqarah:
284)
Al-Ibda’ (menyatakan, menampakkan) di dalam ayat-ayat di atas merupakan lawan bagi al-
Ikhfa’ (menyembunyikan) dan bada’ itu terhasil selepas tersembunyi.
Dengan itu, al-bada’ adalah jelasnya sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini. Al-
dhalal (kesesatan) pula kehilangan sesuatu yang sebelum ini diketahui.
‫ا‬َّ‫ن‬َ‫ع‬ ْ‫ا‬‫و‬ُّ‫ل‬َ‫ض‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ِ َّ‫اَّلل‬ ِ‫ُون‬‫د‬ ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬‫ُو‬‫ع‬ْ‫د‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫أ‬
Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah? Orang-orang musyrik itu
menjawab: Berhala-berhala itu semuanya lenyap dari kami. ( al-A`raf: 37)
َ‫ن‬‫و‬ ُ‫َر‬‫ت‬ْ‫ف‬َ‫ي‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ‫ا‬َّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ َّ‫ل‬َ‫ض‬ َ‫و‬
Dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan (Yunus: 30)
Sementara al-ghaflah (kelalaian) tidak mengetahui sesuatu yang ada dan terjadi. Manusia
mempunyai ketiga-tiga perkara ini kerana kejahilan melitupi dirinya dari semua sudut. Oleh
kerana Allah s.w.t. mengetahui setiap sesuatu secara ijmali dan tafsili, mengetahui kulli dan
juz’i bagi sesuatu secara mutlak sejak azali hingga selama-lamanya, setiap masa, baik
sebelum penciptaan mahupun selepasnya maka mustahil dan tidak mungkin terjadi al-
bada’, al-dhalal dan al-ghaflah pada ilmu Allah. (Musa Jarullah, al-Wasyi`ah Fi Naqd `Aqa’id
al-Syi`ah, hal. 110)
Al-bada’ mengikut Syi`ah adalah kelihatan dan jelasnya sesuatu kepada Allah setelah Dia
tidak mengetahuinya. Sesiapa yang jahil atau tidak mengakui aqidah al-bada’ maka dia
tidak mempunyai bahagian langsung dalam pengetahuan. (`Ali al-`Usfur, Syubhat Hawl al-
Tasyasyu`, hal. 52) Kalau begitu, seorang itu tidak akan menjadi berilmu kecuali setelah
membohongi atas nama Allah dan setelah menyifatkanNya sebagai jahil!!
Kadang-kadang sesetengah penganut Syi`ah berkeras kepala dengan mengingkari aqidah
ini. Bertitik tolak dari amanah dan kajian ilmiah, kami menukilkan dari sumber-sumber yang
dipegang dan dipercayai oleh mereka. Al-Kulaini meriwayatkan di dalam kitabnya al-Usul
Min al-Kafi, daripada Zurarah: “Allah tidak pernah diibadatkan seperti mana Dia diibadatkan
dengan al-bada’.” (jil.1, hal. 146)
Kalau begitu, ibadat Syi`ah adalah ibadat kepada tuhan yang jahil. Bagaimana dapat
beribadat kepada yang jahil dan tidak mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya?
Seluruh hukumnya terbit dari yang jahil dan kejahilan? Tidak ada yang beribadat dengan
kejahilan kecuali orang yang jahil!
Dalam riwayat Ibn Abi `Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abi Abdillah a.s.: “Allah
tidak dita`zimkan dan diagungkan sepertimana dengan al-bada’” (al-Kafi,jil. 1, hal. 146)
Pentahqiq kitab al-Kafi membuat komentar tentang riwayat ini: “Al-bada’ ialah perbuatan
nyata setelah tersembunyi dengan sebab muncul ilmu tentang kemaslahatan yang sebelum
ini tersembunyi. Pemakaian perkataan ini menjadi umum lalu kami menggunakannya
sebagai perkataan yang memberi maksud kelihatan dan jelasnya sesuatu perbuatan yang
sebelum ini tidak sama dengannya.”
Kalau begitu, Allah, menurut Syi`ah, sering terkejut dengan perkara-perkara yang belum
pernah diketahuiNya atau berbeza dengan apa yang diketahuiNya. Maha Suci Allah dari
pembohongan mereka!
‫ًا‬‫ب‬ِ‫ذ‬َ‫ك‬ ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ول‬ُ‫ق‬َ‫ي‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ه‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ف‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ج‬ُ‫ر‬ْ‫َخ‬‫ت‬ً‫ة‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ ْ‫ت‬َ‫ُر‬‫ب‬َ‫ك‬
Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak katakan sesuatu
melainkan dusta.(Al-Kahf:5)
Al-Kulaini menyebut di dalam al-Kafi, jil. 1, hal.148:
“Daripada al-Rayyan bin al-Salt, katanya: Saya mendengar al-Ridha a.s. berkata: Tidak ada
seorangpun nabi yang diutuskan Allah melainkan membawa hukum haramnya arak dan
mengakui al-bada’ kepada Allah.”
Ini bermakna Allah s.w.t. mengutus para rasul dengan mensyaratkan pengakuan bahawa
Allah s.w.t. jahil dan mereka wajib menyebarkan dan mengajarkannya kepada manusia!!
Juga dalam al-Kafi, jil. 1, hal. 148 daripada Mirzam bin Hakim katanya: Saya mendengar
Abu Ja`far a.s. berkata: “Seorang nabi tidak akan dilantik melainkan setelah mengakui lima
perkara: Bada’, Masyi’ah (kehendak), sujud, `ubudiyyah dan ketaatan.”
Juga dalam al-Kafi, Bab Karahiyah al-Tawqit, jil. 1, hal. 368 daripada Abu Hamzah al-
Thamali katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Wahai Thabit, sesungguhnya
Allah s.w.t. telah memberi ruang kepada keadaan ini selama tujuh puluh tahun. Tatkala
Husain a.s. dibunuh, kemarahan Allah s.w.t menjadi sangat kuat terhadap penduduk bumi
lalu Dia menangguhkan kepada seratus empat puluh. Kami menc eritakan kepada kamu
(perkara ini) lalu kamu menyebarkannya menyebabkan kamu membuka rahsia dan Allah
tidak lagi memberi ruang kepada kepadanya selepas dari peristiwa itu. Allah menghilangkan
dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan sisiNyalah terdapat Ummu al-Kitab (lauh
mahfuz).”
Adakah ada riwayat yang lebih terang daripada riwayat ini? Bagaimana pula Syi`ah
menafsirkan pembohongan dan kesesatan ini?
Dalam komentar kepada Tafsir al-Qummi, Tayyib al-Musawi menulis: “Guru kami, al-Tusi
menulis dalam al-`Uddah: Berkenaan dengan aqidah al-bada’, pada bahasa ialah tampak
dan kelihatan seperti bada laana sur al-madinah, kelihatan kepada kami benteng kota.
Kadang-kadang digunakan pada pengetahuan tentang sesuatu yang sebelum ini tidak
ada.” Al-Sayyid al-Murtadha menyebut: “Boleh juga ditafsirkan dengan makna hakiki bada
liLlahi iaitu suatu perintah kelihatan kepada Allah setelah tidak kelihatan kepadaNya dan
suatu larangan kelihatan kepada Allah setelah tidak jelas kepadaNya.”
Kitab-kitab Syi`ah menyebutkan, pegangan dengan al-bada’ bermaksud sanggahan
terhadap Yahudi yang mengatakan: “Allah s.w.t memang telah selesai membuat
keputusan.” Kepercayaan yang berasal daripada Syi`ah ini merupakan helah dan tipu daya
untuk melekakan orang yang jahil dan mengada-adakan kebatilan atas nama Yahudi.
Sebenarnya Syi`ah telah meminjam aqidah al-bada’ ini dari kitab Taurat dan dakwaan
sanggahan dengan menggunakan aqidah al-bada’ adalah mengkufuri nikmat yang
dipinjam.( setelah Syi`ah meminjam dari Yahudi tetapi tidak berterima kasih)
Dengan menyelubungi dengan keindahan, kitab-kitab Syi`ah menyebut: al-bada’ ialah
kedudukannya di dalam takwin (penciptaan) seperti kedudukan nasakh di dalam
perundangan. Al-bada’ ialah nasakh takwini sebagaimana nasakh adalah bada’’ tasyri`i.
Kata-kata ini adalah satu hiasan kerana tidak ada bada’ di dalam nasakh. Hukum telahpun
ditentukan waktunya dalam ilmu Allah. Tempoh dan berakhirnya hukum ketika bermula
tempoh telahpun diketahui oleh Allah s.w.t. sebelum ditetapkan hukum. Kalau begitu di
mana letaknya bada’? Ya, kelihatan kepada kita dari Allah setelah turun nasikh dan setelah
berlaku penghapusan. Dengan itu, bada’ berlaku kepada kita berkenaan ilmu kita tetapi
tidak untuk Allah. (lihat al-Wasyi`ah Fi Naqd Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110)
Dr. Musa al-Musawi menulis dalam kitabnya, al-Syi`ah wa al-Tashih, (halaman 147 dan
seterusnya): “Bada’ ialah mentafsirkan kesalahan dengan kesalahan lain iaitu berterusan
dan tidak keluar darinya sehingga hari kiamat. Di sini saya suka untuk mengatakan jika
sebahagian ulama kita mempunyai keberanian ilmiah, ketulusan niat, kebersihan fikiran dan
kejernihan minda pasti mereka tidak akan melalui jalan kritikal untuk mentafsirkan kata-
kata rekaan, ayat yang palsu atau pemikiran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip
aqidah dan prinsip-prinsip yang diterima umum. Berpendapat dengan bada’, terus
berpegang dengannya dan mengekalkannya di dalam kitab-kitab ziarah kubur para imam
(manasik al-Masyahid) dan kitab-kitab riwayat merupakan contoh paling sempurna tentang
berterusan merasa hebat dengan dosa. Selagi keadaan masih begini, jalan untuk
melepaskan diri dari waham dan khayalan adalah sukar lagi rumit. Sedangkan perhatian
Allah tidak akan meliputi kaum yang Allah firmankan tentang mereka:
ٍ‫ير‬ِ‫ن‬ُّ‫م‬ ٍ‫ب‬‫َا‬‫ت‬ِ‫ك‬ ‫ال‬َ‫و‬ ‫ًى‬‫د‬ُ‫ه‬ ‫ال‬َ‫و‬ ٍ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ِ‫ْر‬‫ي‬َ‫غ‬ِ‫ب‬ِ َّ‫اَّلل‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ُ‫ل‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫ج‬ُ‫ي‬ ‫ن‬َ‫م‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬
Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu
pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya.( Al-Hajj: 8)
Konsep bada’ amat sukar difahami oleh majoriti penganut Syi`ah Imamiyah, bahkan
mereka tidak mengetahui sedikitpun inti kandungannya. Sehinggakan anda bertanya
kepada mereka maksud bada’ pasti mereka tercengang-cengang untuk memberikan
jawapan. Walaupun demikian, satu kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat iaitu
keadaan umat ini disebabkan kelebihan kepimpinan mazhab, terdapat berpuluh ribu malah
kalau anda mahu katakan beratus-ratus ribu penganut Syi`ah mengulang-ulang ayat-ayat
berikut: Assalamu`alaikuma, salam sejahtera untuk kamu berdua, wahai orang yang
kelihatan kepada Allah tentang kamu berdua. (Mafatih al-Jinan, hal. 929) ini diucapkan
ketika mereka menziarahi kubur dua Imam al-`Askari di Samarra bagi mengucapkan salam
kepada Imam kesepuluh dan imam kesebelas di sisi Syi`ah. Syi`ah mengulang-ulang
kalimah-kalimah ini setiap kali memasuki makam Imam Ali al-Naqi dan Imam al-Hasan al-
`Askari sama ada berseorangan atau berkumpulan sedangkan mereka tidak mengetahui
makna al-bada’ dan memahami maksud ayat:
"‫شأنكما‬ ‫في‬ ‫هللا‬ ‫بدا‬ ‫من‬ ‫"يا‬
“Wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang keadaan kamu berdua”.
Mereka juga tidak memahami sebab di sebalik ayat tersebut sebagaimana mereka tidak
mengetahui bahaya yang tersembunyi di dalamnya yang mengurangkan kekuasaan, ilmu,
kehendak dan kebijaksaan Allah s.w.t. Tetapi lebih dahsyat lagi sehingga hari ini tidak
terjadi seorang ilmuwan dari kalangan kita tampil untuk memadamkan ayat ini dalam
menziarahi kubur atau melarang dari membacanya. Kedudukannya seperti beratus-ratus
ayat yang memenuhi kitab ziarah kubur imam-imam, kitab-kitab riwayat dan kesemuanya,
sebagaimana kita sering tegaskan bercanggah dengan asas aqidah dan roh Islam.
Makna bada’ dan konsep yang terkandung dalam doa ketika menziarahi kubur dua Imam al-
`Askari iaitu imamah mengikut turutan yang ada dalam aqidah Syi`ah Imamiyah berpindah
dari bapa kepada anak sulung tetapi dua imam iaitu al-Hasan dan al-Husain terkecuali dari
kaedah ini. Imamah selepas al-Hasan berpindah kepada al-Husain bukan kepada anak
sulung al-Hasan. Ismail iaitu anak sulung Imam Ja`far al-Sadiq telah meninggal dunia pada
masa hayat bapanya lalu imamah berpindah kepada adik bongsunya Musa bin Ja`far al-
Sadiq. Perubahan dalam perjalanan imamah yang merupakan jawatan yang ditentukan
Allah ini dinamakan bada’ yang berlaku kepadaNya. Dengan itu, Imamah Ilahiyah yang
sepatutnya Ismail telah berpindah kepada Musa dan seterusnya kepada anak keturunannya
dengan tidak melalui jalan asal iaitu perpindahan dari bapa kepada anak sulung.
Tetapi di sini timbul satu persoalan yang membingungkan, kenapakah dinamakan
perubahan perjalanan imamah sebagai bada’ dan kenapakah mereka menisbahkan sesuatu
seperti ini kepada Allah untuk menetapkan satu perkara yang tidak perlu kepada
mengurangkan kekuasaan Allah. Jawapannya ialah mungkin dalam keadaan dan suasana
yang berlaku pada zaman pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyasyu`. Apabila imamah itu
adalah jawatan ketuhanan yang tidak tunduk kepada pemilihan langsung dan perjalanannya
tidak berubah kerana kematian imam syar`i, maka pada ketika itu, imamah berpindah
mengikut peraturan Ilahi yang tidak beralih dari bapa kepada anak. Oleh kerana itu,
imamah dikatakan sebagai takwiniyah iaitu tidak tunduk kepada perubahan masa dan
tempat, kedudukannya seperti sebab dan akibat yang tidak terpisah antara satu sama lain.
Ini bererti Imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam
yang bakal menggantikannya kerana ia ditentukan mengikut kehendak Allah.
Pertarungan pemikiran ini berlaku di kalangan Syi`ah sendiri sebelum berlanjutan ke ufuk
yang lebih luas sebelum keghaiban besar bagi Imam. Ini berlaku di awal kemunculan
Syi`ah Ismailiyah di persada pemikiran Islam yang mengancam kesatuan Syi`ah dengan
perpecahan dalaman. Syi`ah Ismailiyah berpendapat Imamah Ilahiyah berterusan dalam
bentuk yang dikehendaki Allah sejak azali iaitu pada keturunan Ali dan keturunannya
mengikut turutan umur. Ini bermakna, imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa
untuk menentukan imam yang akan menggantikannya kerana ia ditentukan dengan
kehendak Allah. Apabila waris syar`i meninggal dunia iaitu Ismail, maka bapanya, Ja`far al-
Sadiq tidak berhak untuk memilih Musa, anak bongsunya bahkan imamah berpindah kepada
anak sulung dari keturunan Ismail. Disebabkan Syi`ah membina konsep Imamah Ilahiyah
dengan bentuknya tersendiri, jalan keluar dari kegelinciran ini, mereka mengemukakan
konsep bada’ bagi mencampakkan tanggungjawab perpindahan imamah dari Ismail bin
Ja`far kepada Musa bin Ja`far ke atas Allah bukan ke atas Ja`far al-Sadiq dan bagi
menghapuskan aqidah Ismailiyah. Sebagaimana yang diketahui oleh semua orang, menurut
golongan Ismailiyah imamah berterusan sehingga hari ini di kalangan kalangan mereka.
Imam mereka masih lagi hidup dan muncul serta ia dari keturunan Ismail. Malah mereka
tidak pernah berganjak dari ajaran ini walaupun sejengkal!!
Kembali kepada konsep bada’, kemunculan Ismailiyah mencabar Syi`ah dan menghapuskan
kesatuan mereka. Oleh kerana itu, kita tidak dapat menjejaki konsep bada’ sehinggalah
pada abad ketiga hijrah. Imam pertama yang dikaitkan dengan bada’ ialah imam kesepuluh
dan imam kesebelas. Sedangkan, sepatutnya Imam Musa yang dikaitkan dengan bada’
kerana beliaulah yang menjadi motif dan subjek. Bukan Imam Musa, bukan anaknya, Imam
Ali al-Ridha dan bukan cucunya, Muhammad al-Jawwad yang ditujukan dengan kata-kata
yang mengisyaratkan berlaku bada’ pada mereka. Yang lebih meyakinkan kita, pengalihan
kepada mencipta konsep bada’ sebenarnya berlaku ketika arus Ismaliyah mula membuka
jalan kepada kewujudan dan kemunculan di awal abad ketiga hijrah iaitu zaman imam
kesepuluh dan kesebelas.
Sesungguhnya beberapa tokoh Syi`ah mengubah haluan kepada bada’ sehingga mereka
menetapkan perjalanan imamah dari Ismail kepada Musa bin Ja`far. Sedangkan imamah
dan perpindahannya dari seorang tokoh kepada tokoh yang lain dan dengan gambaran
yang diciptakan oleh Syi`ah sebelum ada pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyayyu`
tidak memerlukan kepada adanya konsep bada’ dan perubahan kehendak ketuhanan.
Disebabkan kematian calon imam pertama, imamah berpindah kepada calon kedua
mengikut wasiat Imam al-Sadiq yang menyaksikan kewafatan anaknya yang dicalonkan
untuk imamah. Tidak syak lagi beliau bercakap tentang imam yang mengambil alih urusan
fatwa dan fiqh sesudahnya dan memberi kata putus tentang waris syar`i.
Tajuk bada’ menduduki tempat yang penting di dalam kitab-kitab Syi`ah. Sebahagian
ulama Syi`ah menulis kitab berasingan atau risalah khusus yang mempertahankan
makna bada’ dan inti patinya. Polemik dan perdebatannya berakhir dengan perbahasan-
perbahasan falsafah dan ilmu kalam yang memakan banyak juzuk dan kitab-kitab ilmu
kalam tentang Iradah Ilahiyah (kehendak Tuhan), tempoh-tempoh yang pasti dan
ditetapkan, taqdir yang dapat dihindari dengan waspada dan musibah yang dielakkan
dengan sedakah serta pelbagai perbahasan yang hanya diketahui oleh ahli ilmu,
sebagaimana sesetengah tokoh-tokoh Syi`ah menemui jalan keluar dari dilema dan situasi
kritikal dengan memperincikan antara nasakh takwini dan nasakh tasyri`i dengan
mengatakan bada’ itulah nasakh takwini. Penulis tidak pasti adakah mereka yang menulis
tentang bada’ menemui penyelesaian bagi kerumitan tersebut jika ia satu kerumitan atau
tidak dalam ayat al-Qur’an ini?:
ِ‫ب‬‫َا‬‫ت‬ِ‫ك‬ْ‫ال‬ ُّ‫م‬ُ‫أ‬ ُ‫ه‬َ‫د‬‫ن‬ِ‫ع‬ َ‫و‬ ُ‫ت‬ِ‫ب‬ْ‫ُث‬‫ي‬َ‫و‬ ُ‫ء‬‫َا‬‫ش‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫م‬ ُ ‫ه‬‫اَّلل‬ ‫و‬ُ‫ح‬ ْ‫م‬َ‫ي‬
Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki)
dan di sisiNya lah Ummul Kitab (lauh mahfuz).(Al-Ra`d: 39)
Biar apapun, sebenarnya mereka yang menulis tentang bada’ tidak menambah apapun
melainkan khayalan atas khayalan dan kekarutan atas kekarutan. Kalaulah mereka
menemui penyelesaian bagi kerumitan itu dalam ayat yang kami kemukakan pasti mereka
mempunyai jalan keluar yang terbaik dari dilema dan situasi kritikal yang mereka sendiri
ciptakan. Malahan persoalan itu pasti tidak berakhir dengan mengurangkan kekuasaan Allah
yang mutlak dengan mengatakan bahawa Dia menghendaki sesuatu kemudian kelihatan
kepadaNya sesuatu yang lain.”
(Terjemahan oleh Ust Mohd Hanif bin Awang Yahya )

More Related Content

What's hot

Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Zafirah Abdullah
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Farra Shahirra
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Zafirah Abdullah
 
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyahTopik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
Amnah Saayah Ismail
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
Danialkmal
 
Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4
Amiruddin Ahmad
 
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
 "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010] "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
Kaminorsabir Kamin
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRINurul Husna
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Amin El Amin
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
Aina Sofieyah
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Noor Aziah Mamat
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
Najid Jamal
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
jimoh370
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
jimoh370
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Omar Mohd Fiqri Mohd Fiqri
 
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Norizan Hassan
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
athirahsb
 
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
smka wataniah machang, kelantan
 
What's hot (20)

Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAHPengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
Pengenalan ulum hadis-HADIS RIWAYAH & HADIS DIRAYAH
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyahTopik 3 penghijrahan ke habsyah
Topik 3 penghijrahan ke habsyah
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Ulum al quran
Ulum  al quranUlum  al quran
Ulum al quran
 
Qiraat
QiraatQiraat
Qiraat
 
Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4Ulum al quran lengkap pt 4
Ulum al quran lengkap pt 4
 
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
 "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010] "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]
 
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRIMETODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
METODOLOGI MAZHAB ZAHIRI
 
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
 
Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama Keperluan manusia kepada agama
Keperluan manusia kepada agama
 
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'inSejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
Sejarah Penulisan dan Pembukuan al-Quran zaman Tabi'in
 
Ulum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - PengenalanUlum hadis - Pengenalan
Ulum hadis - Pengenalan
 
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
Usul fiqh, hukum taklifi & hukum wadh'ie.
 
Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.Usul fiqh, nasakh.
Usul fiqh, nasakh.
 
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
Bab 5- Akad, Rukun dan Syarat Jual Beli.
 
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
Perbincangan Isu-isu Sembelihan Dari Segi Hukum (Fiqh Ibadah)
 
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakatiUnit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
Unit 9 Dalil dalil hukum yang tidak disepakati
 
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKHUSULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
USULUDDIN STPM : ULUM AL QURAN NASIKH MANSUKH
 
Viewers also liked

Base1. Entry 26
Base1. Entry 26Base1. Entry 26
Base1. Entry 26
BASE
 
Erp for construction
Erp for constructionErp for construction
Erp for construction
eresource infotech pvt ltd
 
Issues In Indian Commerce
Issues In Indian CommerceIssues In Indian Commerce
Issues In Indian Commerce
Japtyesh Singh
 
23.04.2010, NEWSWIRE, Issue 115
23.04.2010, NEWSWIRE, Issue 11523.04.2010, NEWSWIRE, Issue 115
23.04.2010, NEWSWIRE, Issue 115
The Business Council of Mongolia
 
Australia toyota prado press release
Australia toyota prado press releaseAustralia toyota prado press release
Australia toyota prado press release
steeringnews
 
LinkedIn Curriculum Vitae September 2015
LinkedIn Curriculum Vitae September 2015LinkedIn Curriculum Vitae September 2015
LinkedIn Curriculum Vitae September 2015Joy Johnson (1000+)
 
OAGC 2015 Written Education Plans
OAGC 2015 Written Education PlansOAGC 2015 Written Education Plans
OAGC 2015 Written Education PlansBeth Hahn
 
CAMBERWELL HOUSE_interactive
CAMBERWELL HOUSE_interactiveCAMBERWELL HOUSE_interactive
CAMBERWELL HOUSE_interactiveNick Grantham
 
Las monedas
Las monedasLas monedas
Las monedas
izara007
 
Economia de Panama
Economia de PanamaEconomia de Panama
Economia de Panama
Guillermo Correa
 
Viewers also liked (12)

Base1. Entry 26
Base1. Entry 26Base1. Entry 26
Base1. Entry 26
 
Erp for construction
Erp for constructionErp for construction
Erp for construction
 
Cream bio
Cream bioCream bio
Cream bio
 
Untitled Presentation
Untitled PresentationUntitled Presentation
Untitled Presentation
 
Issues In Indian Commerce
Issues In Indian CommerceIssues In Indian Commerce
Issues In Indian Commerce
 
23.04.2010, NEWSWIRE, Issue 115
23.04.2010, NEWSWIRE, Issue 11523.04.2010, NEWSWIRE, Issue 115
23.04.2010, NEWSWIRE, Issue 115
 
Australia toyota prado press release
Australia toyota prado press releaseAustralia toyota prado press release
Australia toyota prado press release
 
LinkedIn Curriculum Vitae September 2015
LinkedIn Curriculum Vitae September 2015LinkedIn Curriculum Vitae September 2015
LinkedIn Curriculum Vitae September 2015
 
OAGC 2015 Written Education Plans
OAGC 2015 Written Education PlansOAGC 2015 Written Education Plans
OAGC 2015 Written Education Plans
 
CAMBERWELL HOUSE_interactive
CAMBERWELL HOUSE_interactiveCAMBERWELL HOUSE_interactive
CAMBERWELL HOUSE_interactive
 
Las monedas
Las monedasLas monedas
Las monedas
 
Economia de Panama
Economia de PanamaEconomia de Panama
Economia de Panama
 
Similar to aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah

Dosa yang harus (segera) dimohonkan ampunan
Dosa yang harus (segera) dimohonkan ampunanDosa yang harus (segera) dimohonkan ampunan
Dosa yang harus (segera) dimohonkan ampunan
Muhsin Hariyanto
 
Fenomena Syirik di Masyarakat
Fenomena Syirik di MasyarakatFenomena Syirik di Masyarakat
Fenomena Syirik di Masyarakat
Zezen Wahyudin
 
syirik-ppt.pdf
syirik-ppt.pdfsyirik-ppt.pdf
syirik-ppt.pdf
suwarnoijoyo
 
Tauhid vs Syirik
Tauhid vs SyirikTauhid vs Syirik
Tauhid vs Syirik
Idrus Abidin
 
Kumpulan Artikel Islami
Kumpulan Artikel IslamiKumpulan Artikel Islami
Multi Artikel Religius Islam
Multi Artikel Religius Islam Multi Artikel Religius Islam
Multi Artikel Religius Islam
Shobrie Hardhi, SE, CFA, CLA, CPHR, CPTr.
 
1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx
1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx
1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx
MuhammadDaud49625
 
tangan akidah.ppt
tangan akidah.ppttangan akidah.ppt
tangan akidah.ppt
ssusercf9fa9
 
Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2
darma wati
 
Syirik bahaya
Syirik bahayaSyirik bahaya
Syirik bahaya
Helmon Chan
 
Akidah akhlak
Akidah akhlakAkidah akhlak
Akidah akhlak
Arman Zebua
 
Similar to aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah (20)

Beberapa budaya jahiliyah
Beberapa budaya jahiliyahBeberapa budaya jahiliyah
Beberapa budaya jahiliyah
 
Dosa yang harus (segera) dimohonkan ampunan
Dosa yang harus (segera) dimohonkan ampunanDosa yang harus (segera) dimohonkan ampunan
Dosa yang harus (segera) dimohonkan ampunan
 
Fenomena Syirik di Masyarakat
Fenomena Syirik di MasyarakatFenomena Syirik di Masyarakat
Fenomena Syirik di Masyarakat
 
syirik-ppt.pdf
syirik-ppt.pdfsyirik-ppt.pdf
syirik-ppt.pdf
 
Kepribadian ulul albab dalam Al-Quran
Kepribadian ulul albab dalam Al-QuranKepribadian ulul albab dalam Al-Quran
Kepribadian ulul albab dalam Al-Quran
 
Berfikir islami
Berfikir islamiBerfikir islami
Berfikir islami
 
Tauhid vs Syirik
Tauhid vs SyirikTauhid vs Syirik
Tauhid vs Syirik
 
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkasUsul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
 
Kumpulan Artikel Islami
Kumpulan Artikel IslamiKumpulan Artikel Islami
Kumpulan Artikel Islami
 
Multi Artikel Religius Islam
Multi Artikel Religius Islam Multi Artikel Religius Islam
Multi Artikel Religius Islam
 
1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx
1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx
1.1.1.03.013-Hal-hal-yang-membatalkan-syahadatain.pptx
 
tangan akidah.ppt
tangan akidah.ppttangan akidah.ppt
tangan akidah.ppt
 
Bakhil
BakhilBakhil
Bakhil
 
Syirik ppt
Syirik pptSyirik ppt
Syirik ppt
 
Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2
 
Syirik bahaya
Syirik bahayaSyirik bahaya
Syirik bahaya
 
2. shalat
2. shalat2. shalat
2. shalat
 
Usul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkasUsul, fiq, tasawuf ringkas
Usul, fiq, tasawuf ringkas
 
Akidah akhlak
Akidah akhlakAkidah akhlak
Akidah akhlak
 
Firar
FirarFirar
Firar
 
More from R&R Darulkautsar

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
R&R Darulkautsar
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
R&R Darulkautsar
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
R&R Darulkautsar
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
R&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
R&R Darulkautsar
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
R&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
R&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
R&R Darulkautsar
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
R&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
R&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
R&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
R&R Darulkautsar
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
R&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
R&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
R&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
R&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
R&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
R&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
R&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
R&R Darulkautsar
 
More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
bukti-bukti ikhlas
 bukti-bukti ikhlas bukti-bukti ikhlas
bukti-bukti ikhlas
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
bidaah dan syirik
  bidaah dan syirik  bidaah dan syirik
bidaah dan syirik
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
Recently uploaded

NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdfNUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
NUMERASI KOMPETENSI PENDIDIK TAHAP CAKAP DAN MAHIR.pdf
DataSupriatna
 
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdfPaparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
Paparan Kurikulum Satuan Pendidikan_LOKAKARYA TPK 2024.pptx.pdf
SEMUELSAMBOKARAENG
 
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptxJuknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
Juknis Pengisian Blanko Ijazah 2024 29 04 2024 Top.pptx
mattaja008
 
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrinPatofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
Patofisiologi Sistem Endokrin hormon pada sistem endokrin
rohman85
 
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakatPPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
PPT LANDASAN PENDIDIKAN.pptx tentang hubungan sekolah dengan masyarakat
jodikurniawan341
 
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptxtugas  modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
tugas modul 1.4 Koneksi Antar Materi (1).pptx
d2spdpnd9185
 
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptxSEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
SEMINAR PPG DAN PPL ppg prajabatan 2024.pptx
bobobodo693
 
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
ppt materi aliran aliran pendidikan pai 9
mohfedri24
 
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docxINSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
INSTRUMEN PENILAIAN PRAKTIK KINERJA KS Dok Rating Observasi (1).docx
lindaagina84
 
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docxSOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
SOAL SHB PKN SEMESTER GENAP TAHUN 2023-2024.docx
MuhammadBagusAprilia1
 
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdfppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
ppt landasan pendidikan pai 9 revisi.pdf
setiatinambunan
 
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdfppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
ppt profesionalisasi pendidikan Pai 9.pdf
Nur afiyah
 
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 BandungBahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Bahan Sosialisasi PPDB_1 2024/2025 Bandung
Galang Adi Kuncoro
 
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdfLK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
LK 1 - 5T Keputusan Berdampak PERMATA BUNDA.pdf
UditGheozi2
 
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docxForm B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
Form B1 Rubrik Observasi Presentasi Visi Misi -1.docx
EkoPutuKromo
 
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi KomunikasiKarakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
Karakteristik Manusia Komunikan dalam Bingkai Psikologi Komunikasi
AdePutraTunggali
 
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
SOAL SBDP KELAS 3 SEMESTER GENAP TAHUN PELAJARAN 2023 2024
ozijaya
 
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdfPENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
PENGUMUMAN PPDB SMPN 4 PONOROGO TAHUN 2024.pdf
smp4prg
 
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...Modul Projek  - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
Modul Projek - Modul P5 Kearifan Lokal _Menampilkan Tarian Daerah Nusantara_...
MirnasariMutmainna1
 
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptxDiseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
Diseminasi Budaya Positif Lucy Kristina S.pptx
LucyKristinaS
 
Recently uploaded (20)

aqidah al-bada' dan sejarah kemunculannaya menurut syiah

  • 1. Aqidah Al-Bada’ Dan Sejarah Kemunculannya Menurut Syiah Oleh Muhammad Malullah Menurut doktrin agama Yahudi, Allah adalah jahil dan memerlukan kepada tanda-tanda dan isyarat yang memimpinNya dalam sesetengah perkara. Dia menjadikan makhluk tetapi tidak mengetahui penciptaanNya itu baik atau buruk melainkan setelah melihatnya dan jelas kepadaNya beberapa perkara tidak diketahui sebelum ini lalu menyebabkan Dia berasa sedih dan kecewa terhadap makhluk-makhlukNya lalu menghapuskan segala yang ada di muka bumi ini. Maha Suci dari pembohongan Yahudi !! Yahudi mendakwa bahawa Allah menyuruh Bani Israil meletakkan tanda di rumah mereka agar tidak dibinasakan secara tersilap… dan pelbagai lagi dakwaan karut dan sesat mereka. Aqidah sesat ini telah menyusup masuk dalam agama Syi`ah atau dengan tepat lagi Syi`ah telah meminjamnya dari Yahudi dengan nama Bada’. Iaitu mengakui sesuatu yang diketahui selepas tidak mengetahuinya. (Lisan al-`Arab jil. 1, hal. 187) Di dalam al-Qur’an terdapat kalimah bada’ pada banyak tempat, antaranya: ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ َ‫ي‬ِ‫ور‬ ُ‫و‬ ‫ا‬َ‫م‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫ي‬ِ‫د‬ْ‫ب‬ُ‫ي‬ِ‫ل‬ ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ط‬ْ‫ي‬َّ‫ش‬‫ال‬ ‫ا‬َ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ َ‫س‬ َ‫و‬ْ‫س‬ َ‫و‬َ‫ف‬ Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka. (Al-A`raf: 20). َ‫ن‬‫ُو‬‫ب‬ِ‫س‬َ‫ت‬ْ‫ح‬َ‫ي‬ ‫وا‬ُ‫ن‬‫و‬ُ‫ك‬َ‫ي‬ ْ‫م‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫م‬ِ َّ‫اَّلل‬ َ‫ن‬ِ‫م‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫د‬َ‫ب‬َ‫و‬ Dan jelaslah bagi mereka azab dari Allah yang belum pernah mereka perkirakan. ( Al- Zumar:47) ‫ُوا‬‫ب‬َ‫س‬َ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ ُ‫ت‬‫َا‬‫ئ‬ِ‫ي‬َ‫س‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫د‬َ‫ب‬َ‫و‬ Dan jelaslah bagi mereka akibat buruk dari apa yang telah mereka perbuat (Al-Zumar:48) ُ‫ه‬َّ‫ن‬ُ‫ن‬ُ‫ج‬ْ‫س‬َ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ت‬‫ا‬َ‫ي‬ ْ‫اْل‬ ‫ا‬ ُ‫و‬َ‫أ‬ َ‫ر‬ ‫ا‬َ‫م‬ ِ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬َ‫ل‬ ‫ا‬َ‫د‬َ‫ب‬ َّ‫م‬ُ‫ث‬ Kemudian timbul pada fikiran mereka setelah melihat tanda-tanda (kebenaran Yusuf) bahawa mereka harus memenjarakannya. (Yusuf: 35) Semuanya adalah sesuatu menjadi jelas setelah tidak diketahui sebelum ini.
  • 2. ُ‫ر‬َ‫ب‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ه‬ ُ‫ُور‬‫د‬ُ‫ص‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ْ‫خ‬ُ‫ت‬ ‫ا‬َ‫م‬َ‫و‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ه‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ف‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ء‬‫ا‬َ‫ض‬ْ‫غ‬َ‫ب‬ْ‫ال‬ ِ‫ت‬َ‫د‬َ‫ب‬ ْ‫د‬َ‫ق‬ Telah nyata kebencian dari mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi.( Aali Imran: 118) ُ‫اَّلل‬ ِ‫ه‬ِ‫ب‬ ‫م‬ُ‫ك‬ْ‫ب‬ِ‫س‬‫ا‬َ‫ح‬ُ‫ي‬ُ‫ه‬‫و‬ُ‫ف‬ْ‫خ‬ُ‫ت‬ ْ‫و‬َ‫أ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫س‬ُ‫ف‬‫ن‬َ‫أ‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ‫ا‬َ‫م‬ ْ‫ا‬‫ُو‬‫د‬ْ‫ب‬ُ‫ت‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ َ‫و‬ Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu sembunyikannya pasti Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu ( Al-Baqarah: 284) Al-Ibda’ (menyatakan, menampakkan) di dalam ayat-ayat di atas merupakan lawan bagi al- Ikhfa’ (menyembunyikan) dan bada’ itu terhasil selepas tersembunyi. Dengan itu, al-bada’ adalah jelasnya sesuatu yang tidak diketahui sebelum ini. Al- dhalal (kesesatan) pula kehilangan sesuatu yang sebelum ini diketahui. ‫ا‬َّ‫ن‬َ‫ع‬ ْ‫ا‬‫و‬ُّ‫ل‬َ‫ض‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ال‬َ‫ق‬ِ َّ‫اَّلل‬ ِ‫ُون‬‫د‬ ‫ن‬ِ‫م‬ َ‫ن‬‫ُو‬‫ع‬ْ‫د‬َ‫ت‬ ْ‫م‬ُ‫ت‬‫ن‬ُ‫ك‬ ‫ا‬َ‫م‬ َ‫ن‬ْ‫ي‬َ‫أ‬ Di mana (berhala-berhala) yang biasa kamu sembah selain Allah? Orang-orang musyrik itu menjawab: Berhala-berhala itu semuanya lenyap dari kami. ( al-A`raf: 37) َ‫ن‬‫و‬ ُ‫َر‬‫ت‬ْ‫ف‬َ‫ي‬ ْ‫ا‬‫و‬ُ‫ن‬‫ا‬َ‫ك‬ ‫ا‬َّ‫م‬ ‫م‬ُ‫ه‬ْ‫ن‬َ‫ع‬ َّ‫ل‬َ‫ض‬ َ‫و‬ Dan lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan (Yunus: 30) Sementara al-ghaflah (kelalaian) tidak mengetahui sesuatu yang ada dan terjadi. Manusia mempunyai ketiga-tiga perkara ini kerana kejahilan melitupi dirinya dari semua sudut. Oleh kerana Allah s.w.t. mengetahui setiap sesuatu secara ijmali dan tafsili, mengetahui kulli dan juz’i bagi sesuatu secara mutlak sejak azali hingga selama-lamanya, setiap masa, baik sebelum penciptaan mahupun selepasnya maka mustahil dan tidak mungkin terjadi al- bada’, al-dhalal dan al-ghaflah pada ilmu Allah. (Musa Jarullah, al-Wasyi`ah Fi Naqd `Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110) Al-bada’ mengikut Syi`ah adalah kelihatan dan jelasnya sesuatu kepada Allah setelah Dia tidak mengetahuinya. Sesiapa yang jahil atau tidak mengakui aqidah al-bada’ maka dia tidak mempunyai bahagian langsung dalam pengetahuan. (`Ali al-`Usfur, Syubhat Hawl al- Tasyasyu`, hal. 52) Kalau begitu, seorang itu tidak akan menjadi berilmu kecuali setelah membohongi atas nama Allah dan setelah menyifatkanNya sebagai jahil!!
  • 3. Kadang-kadang sesetengah penganut Syi`ah berkeras kepala dengan mengingkari aqidah ini. Bertitik tolak dari amanah dan kajian ilmiah, kami menukilkan dari sumber-sumber yang dipegang dan dipercayai oleh mereka. Al-Kulaini meriwayatkan di dalam kitabnya al-Usul Min al-Kafi, daripada Zurarah: “Allah tidak pernah diibadatkan seperti mana Dia diibadatkan dengan al-bada’.” (jil.1, hal. 146) Kalau begitu, ibadat Syi`ah adalah ibadat kepada tuhan yang jahil. Bagaimana dapat beribadat kepada yang jahil dan tidak mengetahui kemaslahatan hamba-hambanya? Seluruh hukumnya terbit dari yang jahil dan kejahilan? Tidak ada yang beribadat dengan kejahilan kecuali orang yang jahil! Dalam riwayat Ibn Abi `Umair daripada Hisham bin Salim daripada Abi Abdillah a.s.: “Allah tidak dita`zimkan dan diagungkan sepertimana dengan al-bada’” (al-Kafi,jil. 1, hal. 146) Pentahqiq kitab al-Kafi membuat komentar tentang riwayat ini: “Al-bada’ ialah perbuatan nyata setelah tersembunyi dengan sebab muncul ilmu tentang kemaslahatan yang sebelum ini tersembunyi. Pemakaian perkataan ini menjadi umum lalu kami menggunakannya sebagai perkataan yang memberi maksud kelihatan dan jelasnya sesuatu perbuatan yang sebelum ini tidak sama dengannya.” Kalau begitu, Allah, menurut Syi`ah, sering terkejut dengan perkara-perkara yang belum pernah diketahuiNya atau berbeza dengan apa yang diketahuiNya. Maha Suci Allah dari pembohongan mereka! ‫ًا‬‫ب‬ِ‫ذ‬َ‫ك‬ ‫ال‬ِ‫إ‬ َ‫ن‬‫و‬ُ‫ول‬ُ‫ق‬َ‫ي‬ ‫ن‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ِ‫ه‬ِ‫ه‬‫ا‬ َ‫و‬ْ‫ف‬َ‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ُ‫ج‬ُ‫ر‬ْ‫َخ‬‫ت‬ً‫ة‬َ‫م‬ِ‫ل‬َ‫ك‬ ْ‫ت‬َ‫ُر‬‫ب‬َ‫ك‬ Alangkah jeleknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka, mereka tidak katakan sesuatu melainkan dusta.(Al-Kahf:5) Al-Kulaini menyebut di dalam al-Kafi, jil. 1, hal.148: “Daripada al-Rayyan bin al-Salt, katanya: Saya mendengar al-Ridha a.s. berkata: Tidak ada seorangpun nabi yang diutuskan Allah melainkan membawa hukum haramnya arak dan mengakui al-bada’ kepada Allah.”
  • 4. Ini bermakna Allah s.w.t. mengutus para rasul dengan mensyaratkan pengakuan bahawa Allah s.w.t. jahil dan mereka wajib menyebarkan dan mengajarkannya kepada manusia!! Juga dalam al-Kafi, jil. 1, hal. 148 daripada Mirzam bin Hakim katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Seorang nabi tidak akan dilantik melainkan setelah mengakui lima perkara: Bada’, Masyi’ah (kehendak), sujud, `ubudiyyah dan ketaatan.” Juga dalam al-Kafi, Bab Karahiyah al-Tawqit, jil. 1, hal. 368 daripada Abu Hamzah al- Thamali katanya: Saya mendengar Abu Ja`far a.s. berkata: “Wahai Thabit, sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberi ruang kepada keadaan ini selama tujuh puluh tahun. Tatkala Husain a.s. dibunuh, kemarahan Allah s.w.t menjadi sangat kuat terhadap penduduk bumi lalu Dia menangguhkan kepada seratus empat puluh. Kami menc eritakan kepada kamu (perkara ini) lalu kamu menyebarkannya menyebabkan kamu membuka rahsia dan Allah tidak lagi memberi ruang kepada kepadanya selepas dari peristiwa itu. Allah menghilangkan dan menetapkan apa yang Dia kehendaki dan sisiNyalah terdapat Ummu al-Kitab (lauh mahfuz).” Adakah ada riwayat yang lebih terang daripada riwayat ini? Bagaimana pula Syi`ah menafsirkan pembohongan dan kesesatan ini? Dalam komentar kepada Tafsir al-Qummi, Tayyib al-Musawi menulis: “Guru kami, al-Tusi menulis dalam al-`Uddah: Berkenaan dengan aqidah al-bada’, pada bahasa ialah tampak dan kelihatan seperti bada laana sur al-madinah, kelihatan kepada kami benteng kota. Kadang-kadang digunakan pada pengetahuan tentang sesuatu yang sebelum ini tidak ada.” Al-Sayyid al-Murtadha menyebut: “Boleh juga ditafsirkan dengan makna hakiki bada liLlahi iaitu suatu perintah kelihatan kepada Allah setelah tidak kelihatan kepadaNya dan suatu larangan kelihatan kepada Allah setelah tidak jelas kepadaNya.” Kitab-kitab Syi`ah menyebutkan, pegangan dengan al-bada’ bermaksud sanggahan terhadap Yahudi yang mengatakan: “Allah s.w.t memang telah selesai membuat keputusan.” Kepercayaan yang berasal daripada Syi`ah ini merupakan helah dan tipu daya untuk melekakan orang yang jahil dan mengada-adakan kebatilan atas nama Yahudi. Sebenarnya Syi`ah telah meminjam aqidah al-bada’ ini dari kitab Taurat dan dakwaan sanggahan dengan menggunakan aqidah al-bada’ adalah mengkufuri nikmat yang dipinjam.( setelah Syi`ah meminjam dari Yahudi tetapi tidak berterima kasih)
  • 5. Dengan menyelubungi dengan keindahan, kitab-kitab Syi`ah menyebut: al-bada’ ialah kedudukannya di dalam takwin (penciptaan) seperti kedudukan nasakh di dalam perundangan. Al-bada’ ialah nasakh takwini sebagaimana nasakh adalah bada’’ tasyri`i. Kata-kata ini adalah satu hiasan kerana tidak ada bada’ di dalam nasakh. Hukum telahpun ditentukan waktunya dalam ilmu Allah. Tempoh dan berakhirnya hukum ketika bermula tempoh telahpun diketahui oleh Allah s.w.t. sebelum ditetapkan hukum. Kalau begitu di mana letaknya bada’? Ya, kelihatan kepada kita dari Allah setelah turun nasikh dan setelah berlaku penghapusan. Dengan itu, bada’ berlaku kepada kita berkenaan ilmu kita tetapi tidak untuk Allah. (lihat al-Wasyi`ah Fi Naqd Aqa’id al-Syi`ah, hal. 110) Dr. Musa al-Musawi menulis dalam kitabnya, al-Syi`ah wa al-Tashih, (halaman 147 dan seterusnya): “Bada’ ialah mentafsirkan kesalahan dengan kesalahan lain iaitu berterusan dan tidak keluar darinya sehingga hari kiamat. Di sini saya suka untuk mengatakan jika sebahagian ulama kita mempunyai keberanian ilmiah, ketulusan niat, kebersihan fikiran dan kejernihan minda pasti mereka tidak akan melalui jalan kritikal untuk mentafsirkan kata- kata rekaan, ayat yang palsu atau pemikiran yang bertentangan dengan prinsip-prinsip aqidah dan prinsip-prinsip yang diterima umum. Berpendapat dengan bada’, terus berpegang dengannya dan mengekalkannya di dalam kitab-kitab ziarah kubur para imam (manasik al-Masyahid) dan kitab-kitab riwayat merupakan contoh paling sempurna tentang berterusan merasa hebat dengan dosa. Selagi keadaan masih begini, jalan untuk melepaskan diri dari waham dan khayalan adalah sukar lagi rumit. Sedangkan perhatian Allah tidak akan meliputi kaum yang Allah firmankan tentang mereka: ٍ‫ير‬ِ‫ن‬ُّ‫م‬ ٍ‫ب‬‫َا‬‫ت‬ِ‫ك‬ ‫ال‬َ‫و‬ ‫ًى‬‫د‬ُ‫ه‬ ‫ال‬َ‫و‬ ٍ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ ِ‫ْر‬‫ي‬َ‫غ‬ِ‫ب‬ِ َّ‫اَّلل‬ ‫ي‬ِ‫ف‬ ُ‫ل‬ِ‫د‬‫ا‬َ‫ج‬ُ‫ي‬ ‫ن‬َ‫م‬ ِ‫اس‬َّ‫ن‬‫ال‬ َ‫ن‬ِ‫م‬َ‫و‬ Dan di antara manusia ada orang-orang yang membantah tentang Allah tanpa ilmu pengetahuan, tanpa petunjuk dan tanpa kitab (wahyu) yang bercahaya.( Al-Hajj: 8) Konsep bada’ amat sukar difahami oleh majoriti penganut Syi`ah Imamiyah, bahkan mereka tidak mengetahui sedikitpun inti kandungannya. Sehinggakan anda bertanya kepada mereka maksud bada’ pasti mereka tercengang-cengang untuk memberikan jawapan. Walaupun demikian, satu kesedihan dan kekecewaan yang amat sangat iaitu keadaan umat ini disebabkan kelebihan kepimpinan mazhab, terdapat berpuluh ribu malah kalau anda mahu katakan beratus-ratus ribu penganut Syi`ah mengulang-ulang ayat-ayat berikut: Assalamu`alaikuma, salam sejahtera untuk kamu berdua, wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang kamu berdua. (Mafatih al-Jinan, hal. 929) ini diucapkan ketika mereka menziarahi kubur dua Imam al-`Askari di Samarra bagi mengucapkan salam
  • 6. kepada Imam kesepuluh dan imam kesebelas di sisi Syi`ah. Syi`ah mengulang-ulang kalimah-kalimah ini setiap kali memasuki makam Imam Ali al-Naqi dan Imam al-Hasan al- `Askari sama ada berseorangan atau berkumpulan sedangkan mereka tidak mengetahui makna al-bada’ dan memahami maksud ayat: "‫شأنكما‬ ‫في‬ ‫هللا‬ ‫بدا‬ ‫من‬ ‫"يا‬ “Wahai orang yang kelihatan kepada Allah tentang keadaan kamu berdua”. Mereka juga tidak memahami sebab di sebalik ayat tersebut sebagaimana mereka tidak mengetahui bahaya yang tersembunyi di dalamnya yang mengurangkan kekuasaan, ilmu, kehendak dan kebijaksaan Allah s.w.t. Tetapi lebih dahsyat lagi sehingga hari ini tidak terjadi seorang ilmuwan dari kalangan kita tampil untuk memadamkan ayat ini dalam menziarahi kubur atau melarang dari membacanya. Kedudukannya seperti beratus-ratus ayat yang memenuhi kitab ziarah kubur imam-imam, kitab-kitab riwayat dan kesemuanya, sebagaimana kita sering tegaskan bercanggah dengan asas aqidah dan roh Islam. Makna bada’ dan konsep yang terkandung dalam doa ketika menziarahi kubur dua Imam al- `Askari iaitu imamah mengikut turutan yang ada dalam aqidah Syi`ah Imamiyah berpindah dari bapa kepada anak sulung tetapi dua imam iaitu al-Hasan dan al-Husain terkecuali dari kaedah ini. Imamah selepas al-Hasan berpindah kepada al-Husain bukan kepada anak sulung al-Hasan. Ismail iaitu anak sulung Imam Ja`far al-Sadiq telah meninggal dunia pada masa hayat bapanya lalu imamah berpindah kepada adik bongsunya Musa bin Ja`far al- Sadiq. Perubahan dalam perjalanan imamah yang merupakan jawatan yang ditentukan Allah ini dinamakan bada’ yang berlaku kepadaNya. Dengan itu, Imamah Ilahiyah yang sepatutnya Ismail telah berpindah kepada Musa dan seterusnya kepada anak keturunannya dengan tidak melalui jalan asal iaitu perpindahan dari bapa kepada anak sulung. Tetapi di sini timbul satu persoalan yang membingungkan, kenapakah dinamakan perubahan perjalanan imamah sebagai bada’ dan kenapakah mereka menisbahkan sesuatu seperti ini kepada Allah untuk menetapkan satu perkara yang tidak perlu kepada mengurangkan kekuasaan Allah. Jawapannya ialah mungkin dalam keadaan dan suasana yang berlaku pada zaman pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyasyu`. Apabila imamah itu adalah jawatan ketuhanan yang tidak tunduk kepada pemilihan langsung dan perjalanannya tidak berubah kerana kematian imam syar`i, maka pada ketika itu, imamah berpindah mengikut peraturan Ilahi yang tidak beralih dari bapa kepada anak. Oleh kerana itu, imamah dikatakan sebagai takwiniyah iaitu tidak tunduk kepada perubahan masa dan
  • 7. tempat, kedudukannya seperti sebab dan akibat yang tidak terpisah antara satu sama lain. Ini bererti Imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam yang bakal menggantikannya kerana ia ditentukan mengikut kehendak Allah. Pertarungan pemikiran ini berlaku di kalangan Syi`ah sendiri sebelum berlanjutan ke ufuk yang lebih luas sebelum keghaiban besar bagi Imam. Ini berlaku di awal kemunculan Syi`ah Ismailiyah di persada pemikiran Islam yang mengancam kesatuan Syi`ah dengan perpecahan dalaman. Syi`ah Ismailiyah berpendapat Imamah Ilahiyah berterusan dalam bentuk yang dikehendaki Allah sejak azali iaitu pada keturunan Ali dan keturunannya mengikut turutan umur. Ini bermakna, imam yang merupakan bapa tidak mempunyai kuasa untuk menentukan imam yang akan menggantikannya kerana ia ditentukan dengan kehendak Allah. Apabila waris syar`i meninggal dunia iaitu Ismail, maka bapanya, Ja`far al- Sadiq tidak berhak untuk memilih Musa, anak bongsunya bahkan imamah berpindah kepada anak sulung dari keturunan Ismail. Disebabkan Syi`ah membina konsep Imamah Ilahiyah dengan bentuknya tersendiri, jalan keluar dari kegelinciran ini, mereka mengemukakan konsep bada’ bagi mencampakkan tanggungjawab perpindahan imamah dari Ismail bin Ja`far kepada Musa bin Ja`far ke atas Allah bukan ke atas Ja`far al-Sadiq dan bagi menghapuskan aqidah Ismailiyah. Sebagaimana yang diketahui oleh semua orang, menurut golongan Ismailiyah imamah berterusan sehingga hari ini di kalangan kalangan mereka. Imam mereka masih lagi hidup dan muncul serta ia dari keturunan Ismail. Malah mereka tidak pernah berganjak dari ajaran ini walaupun sejengkal!! Kembali kepada konsep bada’, kemunculan Ismailiyah mencabar Syi`ah dan menghapuskan kesatuan mereka. Oleh kerana itu, kita tidak dapat menjejaki konsep bada’ sehinggalah pada abad ketiga hijrah. Imam pertama yang dikaitkan dengan bada’ ialah imam kesepuluh dan imam kesebelas. Sedangkan, sepatutnya Imam Musa yang dikaitkan dengan bada’ kerana beliaulah yang menjadi motif dan subjek. Bukan Imam Musa, bukan anaknya, Imam Ali al-Ridha dan bukan cucunya, Muhammad al-Jawwad yang ditujukan dengan kata-kata yang mengisyaratkan berlaku bada’ pada mereka. Yang lebih meyakinkan kita, pengalihan kepada mencipta konsep bada’ sebenarnya berlaku ketika arus Ismaliyah mula membuka jalan kepada kewujudan dan kemunculan di awal abad ketiga hijrah iaitu zaman imam kesepuluh dan kesebelas. Sesungguhnya beberapa tokoh Syi`ah mengubah haluan kepada bada’ sehingga mereka menetapkan perjalanan imamah dari Ismail kepada Musa bin Ja`far. Sedangkan imamah dan perpindahannya dari seorang tokoh kepada tokoh yang lain dan dengan gambaran
  • 8. yang diciptakan oleh Syi`ah sebelum ada pertelingkahan antara Syi`ah dan Tasyayyu` tidak memerlukan kepada adanya konsep bada’ dan perubahan kehendak ketuhanan. Disebabkan kematian calon imam pertama, imamah berpindah kepada calon kedua mengikut wasiat Imam al-Sadiq yang menyaksikan kewafatan anaknya yang dicalonkan untuk imamah. Tidak syak lagi beliau bercakap tentang imam yang mengambil alih urusan fatwa dan fiqh sesudahnya dan memberi kata putus tentang waris syar`i. Tajuk bada’ menduduki tempat yang penting di dalam kitab-kitab Syi`ah. Sebahagian ulama Syi`ah menulis kitab berasingan atau risalah khusus yang mempertahankan makna bada’ dan inti patinya. Polemik dan perdebatannya berakhir dengan perbahasan- perbahasan falsafah dan ilmu kalam yang memakan banyak juzuk dan kitab-kitab ilmu kalam tentang Iradah Ilahiyah (kehendak Tuhan), tempoh-tempoh yang pasti dan ditetapkan, taqdir yang dapat dihindari dengan waspada dan musibah yang dielakkan dengan sedakah serta pelbagai perbahasan yang hanya diketahui oleh ahli ilmu, sebagaimana sesetengah tokoh-tokoh Syi`ah menemui jalan keluar dari dilema dan situasi kritikal dengan memperincikan antara nasakh takwini dan nasakh tasyri`i dengan mengatakan bada’ itulah nasakh takwini. Penulis tidak pasti adakah mereka yang menulis tentang bada’ menemui penyelesaian bagi kerumitan tersebut jika ia satu kerumitan atau tidak dalam ayat al-Qur’an ini?: ِ‫ب‬‫َا‬‫ت‬ِ‫ك‬ْ‫ال‬ ُّ‫م‬ُ‫أ‬ ُ‫ه‬َ‫د‬‫ن‬ِ‫ع‬ َ‫و‬ ُ‫ت‬ِ‫ب‬ْ‫ُث‬‫ي‬َ‫و‬ ُ‫ء‬‫َا‬‫ش‬َ‫ي‬ ‫ا‬َ‫م‬ ُ ‫ه‬‫اَّلل‬ ‫و‬ُ‫ح‬ ْ‫م‬َ‫ي‬ Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki) dan di sisiNya lah Ummul Kitab (lauh mahfuz).(Al-Ra`d: 39) Biar apapun, sebenarnya mereka yang menulis tentang bada’ tidak menambah apapun melainkan khayalan atas khayalan dan kekarutan atas kekarutan. Kalaulah mereka menemui penyelesaian bagi kerumitan itu dalam ayat yang kami kemukakan pasti mereka mempunyai jalan keluar yang terbaik dari dilema dan situasi kritikal yang mereka sendiri ciptakan. Malahan persoalan itu pasti tidak berakhir dengan mengurangkan kekuasaan Allah yang mutlak dengan mengatakan bahawa Dia menghendaki sesuatu kemudian kelihatan kepadaNya sesuatu yang lain.” (Terjemahan oleh Ust Mohd Hanif bin Awang Yahya )