SlideShare a Scribd company logo
Pengenalan kepada Sunan Al-Tirmizi &
Manhajnya
Oleh: Muhammad Fathi Ali
Edisi revisi dengan penambahan isi
Disember 2010
1
2
Pengenalan kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya
oleh: Muhammad Fathi bin Ali
disemak: Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin
itab Sunan Al-Tirmizi adalah merupakan sebuah kitab hadith yang
terkenal, dan merupakan salah sebuah daripada kitab hadith yang
enam (disebut sebagai Kutub Al-Sittah1
) iaitu Sahih Al-Bukhari, Sahih
Muslim, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Al-Nasa‟i dan Sunan Ibn
Majah. Kitab ini disusun oleh Imam Al-Tirmizi (279H) atau nama penuhnya
Muhammad bin „Isa bin Saurah bin Musa bin Al-Dhihak Al-Sulami Al-Bughi
Al-Tirmizi, nama gelaran (kunyah) beliau ialah Abu „Isa2
.
Imam Al-Tirmizi adalah salah seorang imam hadith dan hafiz hadith, serta
salah seorang daripada mujtahid mutlak dalam hadith, hidup sezaman
dengan Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain huffaz hadith iaitu pada
zaman kegemilangan kajian hadith (sekitar kurun ke-2 and ke-3 Hijrah).
Kitab Sunan Al-Tirmizi ini antara karya monumental dan terpenting imam
Al-Tirmizi rahimahullah (279H).
Kitab ini kebiasaannya disebut dengan nama „Al-Sunan Al-Tirmizi‟ atau
Sunan Al-Tirmizi, dinamakan „Al-Sunan' kerana kitab ini mengandungi
hadith-hadith hukum dan susunan hadith-hadithnya berdasarkan tertib bab-
bab fiqh. Selain daripada itu, ia juga turut dikenali dengan beberapa nama
lain dalam kalangan „ulama‟-‟ulama‟ hadith. Juga ia seringkali disebut
sebagai „Jami‘ Al-Kabir‟,perkataan „Al-Jami„ bermaksud 'merangkumi', iaitu
1
Kutub Al-Sittah, atau buku-buku yang enam iaitu Sunan Al-Tirmizi, Sunan Ibn Majah,
Sunan An-Nasa’i, Sunan Abi Daud, Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim. Sesetengah memanggil
kitab-kitab ini sebagai Al-Usul Al-Sittah dan Al-Sihah Al-Sittah. Digelar Usul Al-Sittah adalah
kerana kitab-kitab ini telah menjadi pokok dalil bagi umat Islam seluruhnya, biasanya kita tidak
akan terlepas daripada enam kitab ini dalam sumber dalil fiqh.
Walau bagaimanapun, nama Al-Sahih Al-Sittah adalah tidak digalakkan kerana ia memberi
gambaran yang kurang tepat seolah-olah keenam-enam kitab ini semuanya mengandungi
hadith-hadith yang sahih, sedangkan bukan semuanya sahih.
Nama kutub Al-Sittah adalah nama yang paling popular antara semuanya. Perlu diberi
perhatian, sesetengah orang menggelar kitab-kitab ini sebagai Sunan Al-Sittah, penamaan kitab-
kitab ini sebagai Sunan Al-Sittah adalah tidak tepat, kerana kitab Sunan yang popular hanyalah
empat (iaitu Sunan Ibn Majah, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan An-Nasa’i) dan dikenali
sebagai Sunan Arba‘ah.
2
Rujuk Tahrir Taqrib Al-Tahzib susunan Syaikh Syu‘aib Al-Arna’ut & Dr. Basyar ‘Awwad
Ma‘ruf, rijal no. 6206, jld. 3, hal. 302, cetakan Mu’assasah Al-Risalah, Beirut 1998.
K
3
kitab ini merangkumi pelbagai bidang Ilmu seperti sirah, adab, tafsir, aqidah
dan lain-lain.
Antara nama-nama lain bagi 'Sunan Al-Tirmizi' ialah:
1- Sahih Al-Tirmizi: disebut oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (463H)
2- Al-Jami‘ Al-Sahih: disebut oleh Al-Hakim (405H)
3- Al-Jami‘ Al-Kabir: disebut oleh Al-Kuttani dalam kitab Al-Risalah Al-
Mustadrafah (nama ini sangat jarang digunakan)
4- Al-Jami‘ Al-Tirmizi: nama ini sangat masyhur digunakan bagi kitab
ini.
5- Al-Jami‘ Al-Mukhtasar min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-
Sahih wa Al-Ma‘lul wama ‘Alayhi ‘Amal, dan nama yang terakhir
inilah yang paling sahih, bahkan nama ini sangat penting kerana ia
menggambarkan manhaj Imam Al-Tirmizi dalam menyusun kitab ini.
Sesungguhnya penamaan kitab ini dengan 'Sahih Al-Tirmizi' dan „Al-Jami„ Al-
Sahih' adalah tidak tepat kerana ia tidak memberi gambaran yang benar
terhadap kitab ini.
Berkata Dr. Nuruddin „Itir dalam tesis kedoktorannya (Ph.D) bertajuk Imam
Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn:
“Tidak tepat bagi orang yang mencetak kitab ini dengan nama 'Sahih Al-
Tirmizi' atau „Al-Jami„ Al-Sahih' kerana perkataan ini seolah-olah
membayangkan kesemua hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah sahih,
sedangkan pada hakikatnya adalah tidak begitu”3
Begitu juga dengan penamaannya dengan „Al-Jami„ Al-Kabir‟ juga adalah
tidak tepat, Imam Al-Tirmizi sendiri menamakan kitab beliau dengan nama
„Al-Jami„ Al-Mukhtasar‟ maka amat jauhlah penamaan kitab ini dengan „Al-
Kabir‟.
Nama yang sebenar untuk Sunan Al-Tirmizi:
Sesungguhnya mengetahui nama yang benar lagi tepat bagi sebuah kitab
adalah sangat penting, kerana nama sesuatu kitab itu menggambarkan
manhaj penulisan sesebuah kitab. Bagi kitab Sunan Al-Tirmizi ini,
sebagaimana yang telah disebut terdapat sekurang-kurangnya 5 nama yang
biasa dinisbahkan untuk kitab ini.
3
Rujuk buku Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn
oleh Nuruddin ‘Itir, dinukil daripada buku Biografi Ulama-Ulama Hadis oleh Prof. Madya Dr.
Ariffin bin Omar, H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa 2005, hal. 46
4
Namun nama yang sebenar dan sahih untuk kitab ini sebagaimana yang
diberikan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri ialah: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min
Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi
‘Amal‟.
Kata Dr. Hatim Syarif Al-„Awni dalam kitabnya bertajuk: „Al-‘Unwan Al-
Sahih Lil-Kitab Ta‘rifuhu Wa Ahammiyatuhu Wasa’ilu Ma‘rifatihi Wa
Ihkamihi Amthilatu Li Akhta’i Fihi‟ berkenaan nama yang sebenar bagi
Sunan Al-Tirmizi:
“...Sesungguhnya nama bagi kitab ini (yang sebenar –pent) adalah: „Al-
Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih wa
Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ , dan telah tercetak kitab Al-Tirmizi ini
dengan cetakan yang banyak dan pelbagai, namun tidak terdapat walau
satupun dari cetakan-cetakan tersebut yang menggunakan nama yang
sebenar untuk kitab ini!! Bahkan telah mengisytiharkan cetakan kitab ini
yang ditahqiq oleh Syaikh Ahmad Syakir (1377H) dengan nama (Al-Jami„ Al-
Sahih Wa Huwa Sunan Al-Tirmizi).
Dan ini adalah kesilapan yang nyata, ia bukanlah nama yang sebenar
baginya, bahkan ia juga tidak bertepatan dengan isi, maksud serta manhaj
penulis kitab. Berbanding dengan nama yang sebenar baginya, ini
merupakan contoh paling ketara bahawa tajuk yang diletakkan oleh
pengarang kitab (yang asal –pent) adalah tajuk yang paling layak, bagi
memperkenalkan kitab tersebut dengan pengenalan yang lebih mendalam
dan lebih jelas dalam perkataan yang mudah
Saya katakan ini, kemudian dicetak pula kitab Al-Tirmizi ini dengan cetakan
yang baru dengan nama (Al-Jami„ Al-Kabir)!!, Al-Tirmizi telah menamakan
kitabnya sebagai (Al-Jami„ Al-Mukhtasar) tetapi pentahqiq menamakannya
dengan (Al-Kabir)!!!”4
Manhaj Imam Al-Tirmizi dalam kitab Al-Jami‘ Al-
Mukhtasar:
Imam Abu „Isa Al-Tirmizi telah menulis satu buku kecil pada bahagian akhir
kitab Sunannya yang pada kebiasaannya dicetak bersama kitab Sunan Al-
Tirmizi, buku ini dikenali dengan nama Kitab Al-‘Ilal, atau lebih tepat lagi
disebut Kitab Al-‘Ilal Al-Soghir.5
Dalam Al-„Ilal, beliau rahimahullah ada
4
Al-‘Unwan Al-Sahih Lil-Kitab Ta‘rifuhu Wa Ahammiyatuhu Wasa’ilu Ma‘rifatihi Wa
Ihkamihi Amthilatu Li Akhta’i Fihi, Dr. Hatim Syarif Al-’Awni, hal. 54, cetakan Dar ‘Alim Al-
Fawa’id, Makkah Al-Mukarramah, 1419H
5
Ini kerana Imam Al-Tirmizi mempunyai satu lagi kitab ‘Ilal yang ditulis berasingan dan
dikenali dengan nama Al-‘lal Al-Kabir.
5
menjelaskan beberapa poin-poin penting sebagai pendahuluan kepada kitab
Sunannya, ini bertujuan untuk memberitahu para pembaca berkenaan apa
yang telah beliau masukkan dalam Sunannya. Kitab Al-„Ilal ini sangat
penting untuk kita membacanya, terutamanya bagi memahami manhaj
Imam Al-Tirmizi dalam menyusun Sunannya, agar kita tidak tersalah faham
atau tersilap tafsir apabila kita membaca kitab Sunan Al-Tirmizi ini.
Dalam tulisan ini, penulis akan mengambil beberapa poin-poin penting
daripada kitab Al-„Ilal dan juga daripada sumber-sumber yang lain untuk
menerangkan manhaj Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya. Berikut adalah
beberapa poin tersebut:
1- Tujuan ditulis kitab Al-Jami„ Al-Mukhtasar:
Dr. Nuruddin „Itir menukilkan kata Imam Al-Tirmizi berkenaan hal ini dalam
tesis kedoktorannya, kata Imam Al-Tirmizi:
“(Yang) kami perkatakan dalam kitab ini (Sunan Al-Tirmizi) ialah berhubung
dengan kata-kata fuqaha‟ dan „Ilal Al-Hadith (kecacatan-kecacatan hadith)
kerana kami telah diminta memperkatakan masalah ini, tetapi kami telah
lama tidak dapat melaksanakannya, kemudian kami laksanakannya, mudah-
mudahan (kitab ini) akan memberi manfaat”6
Bahkan, tujuan penulisan kitab ini jelas dinyatakan oleh Imam Al-Tirmizi
sendiri melalui tajuk asal kitabnya iaitu: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-
Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih Wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi
‘Amal‟ yang bermaksud „Himpunan koleksi secara ringkas daripada sunan
Rasullullah dan penjelasan kesahihannya serta kecacatannya yang mana
diamalkan fiqhnya‟.
Dan oleh sebab itu, jika kita perhatikan dalam Sunan Al-Tirmizi, setiap
hadith-hadith dalam kitab ini akan diterangkan darjat/ statusnya oleh beliau
sendiri, dan jika terdapat „ilal (kecacatan) pada hadith itu, beliau akan
menyebutkannya. Selain itu, beliau turut menyebutkan pendapat para ahli
ilmu („ulama‟) berkenaan fiqh hadith itu setelah menyebutkan darjat/
statusnya.
2- Kesemua hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Al-Jami„ Al-Mukhtasar
adalah hadith yang kandungannya diamalkan sebahagian para ahli ilmu
kecuali dua hadith, berkata Imam Al-Tirmizi:
Hal ini jelas dinyatakan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri melalui tajuk asal
kitabnya iaitu: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa
Ma‘rifatu Al-Sahih Wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ yang bermaksud
6
Rujuk buku Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn
oleh Nuruddin ‘Itir, dinukil daripada buku Biografi Ulama-Ulama Hadis oleh Prof. Madya Dr.
Ariffin bin Omar, H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa 2005, hal. 46
6
„Himpunan Koleksi Ringkasan daripada Sunan Rasulullah dan Penjelasan
Kesahihannya serta Kecacatannya yang mana diamalkan fiqhnya‟.
Melalui tajuk asal kitab yang dinamakan oleh Imam Al-Tirmizi ini, dapat kita
ketahui dan fahami bahawa beliau mengumpulkan secara ringkas hadis-
hadis Baginda Nabi  yang diamalkan para fuqaha‟ Salaf, tidak mengira
samada ia sahih atau dha„if, iaitu hadis-hadis sahih yang diamalkan Salaf
dan hadis-hadis dha„if yang diamalkan Salaf.
Bahkan, hal ini lebih jelas dengan kenyataan Imam Al-Tirmizi sendiri iaitu
katanya: “Segala hadith-hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah hadith-
hadith yang kandungannya diamalkan, sebahagian para ahli ilmu telahpun
mengambil hadith-hadith ini, kecuali dua hadith iaitu (pertama) hadith Ibn
„Abbas bahawa sesungguhnya Rasulullah  menjama„kan solat Zuhur dan
„Asar, dan juga solat Maghrib dan „Isya' di Madinah bukan kerana takut atau
hujan. Dan (kedua) hadith bahawasanya Rasulullah  bersabda: “Apabila
seseorang meminum arak hendaklah kamu sebat, jika dia mengulanginya
pada kali keempat, hendaklah kamu bunuhnya, dan aku telah pun
menjelaskan kecacatan kedua-dua hadith ini dalam kitab ini”7
Dalam hal ini, Imam Al-Tirmizi kebiasannya menyebutkan setelah memberi
status sesuatu hadith dalam Sunannya dengan lafaz “ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ِ‫ر‬َ‫ث‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬
ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬” (dan diamalkan (hadith ini) oleh kebanyakan ahli ilmu), atau lafaz
“
َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫و‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِِّ‫َِّب‬‫ن‬‫ال‬ ِ‫اب‬َ‫ح‬ْ‫َص‬‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ِ‫ر‬َ‫ث‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ “ (dan
diamalkan (hadith ini) oleh kebanyakan ahli ilmu daripada kalangan Sahabat
Nabi ), atau lafaz “ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬” (dan diamalkan (hadith ini)
oleh ahli ilmu), atau lafaz “‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ِ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ “ (dan diamalkan
(hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu), atau lafaz “ ِ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬
‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫و‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِِّ‫َِّب‬‫ن‬‫ال‬ ِ‫اب‬َ‫ح‬ْ‫َص‬‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬” (dan diamalkan (hadith ini) oleh
sebahagian ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi ), atau lafaz “
َ‫ص‬َّ‫خ‬َ‫ر‬
ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ُ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬” (telah memperakui (hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu),
dan lain-lain lafaz.
Dan kebiasaannya beliau akan turut memberi tahu nama ahli ilmu („ulama‟)
atau mazhab atau sahabat Nabi yang beramal dengan hadith-hadith yang
7
Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal
7
beliau sebutkan itu, contohnya dengan lafaz “ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬َ‫و‬ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ٌ‫يح‬ِ‫ح‬َ‫ص‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬
َ‫ق‬َ‫ح‬ْ‫س‬ِ‫إ‬َ‫و‬ َ‫د‬َْ‫َْح‬‫أ‬ ُ‫ل‬ْ‫و‬َ‫ق‬ َ‫و‬ُ‫ى‬َ‫و‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ِ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬” (hadith ini 'Hasan Sahih', dan
diamalkan ia oleh sebahagian ahli ilmu, dan ia adalah daripada pendapat
(pegangan) Ahmad dan Ishaq).
Perlu difahami bahawa apabila Imam Al-Tirmizi menyebutkan sesuatu hadith
itu 'diamalkan oleh sebahagian ahli ilmu', itu bererti fiqh hadith itu menjadi
masalah khilaf antara „ulama‟ sama ada khilaf muktabar atau tidak. Dan
apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu 'diamalkan oleh sebahagian
ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi , itu bererti fiqh hadith itu
adalah masalah khilaf antara sahabat sendiri (khilaf muktabar).
3- Berkenaan pendapat fiqh para Fuqaha' yang beliau sebutkan dalam kitab
kitab ini (yang kebiasaannya beliau sebutkan selepas beberapa bab atau
darjat hadith), kebanyakannya beliau rahimahullah mengambil daripada
pendapat Sufyan Al-Thauri, Malik bin Anas, Ibn Al-Mubarak, Al-Syafi„i,
Ahmad bin Hanbal serta daripada Ishaq bin Ibrahim, kata Imam Al-Tirmizi8
:
3.1) Berkenaan pandapat Sufyan Al-Thauri
“Dan apa sahaja yang disebutkan dalam kitab ini daripada pendapat
Fuqaha':
apabila disebutkan sesuatu pendapat (fiqh) itu daripada Sufyan Al-Thauri,
maka kebanyakannya diriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin
„Uthman Al-Kufi (dia berkata): “Menceritakan kepada kami „Abdullah bin
Musa daripada Sufyan Al-Thauri”. Dan sebahagiannya diriwayatkan
kepadaku daripada Abu Al-Fadhl, Maktum bin Al-„Abbas Al-Tirmizi (dia
berkata): “Muhammad bin Yusuf Al-Firyabi menceritakan kepada kami
daripada Sufyan”.
3.2) Berkenaan pendapat Malik bin Anas
“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Malik bin Anas,
kebanyakannya ialah apa yang diceritakan kepada kami oleh Ishaq bin Musa
Al-Ansari (dia berkata): “Ma„n bin „Isa Al-Qazzaz menceritakan kepada kami
daripada Malik bin Anas”. Dan apa sahaja yang berkaitan bab puasa, ia
dikhabarkan kepada kami oleh Abu Mus„ab Al-Madini daripada Malik bin
Anas, dan sebahagian daripada kata-kata (pendapat) daripada Malik juga
adalah daripada apa yang diceritakan kepada kami oleh Musa bin Hizam (dia
berkata): “Abu Maslamah Al-Qa„nabi menceritakan kepada kami daripada
Malik bin Anas”
8
Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal.
8
3.3) Berkenaan pendapat Ibn Al-Mubarak
“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Ibn Al-
Mubarak, ia adalah apa yang diriwayatkan kepada kami oleh Ahmad bin
„Abdah Al-Amuli daripada para ashab (sahabat-sahabat/pengikut-pengikut)
Ibn Al-Mubarak daripada Ibn Al-Mubarak sendiri, iaitu antaranya ialah apa
yang diriwayatkan daripada Abu Wahab Muhammad bin Muhazim daripada
Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan „Ali bin Al-
Hasan daripada „Abdullah (Ibn Al-Mubarak). Antaranya juga ialah apa yang
diriwayatkan daripada „Abdan, daripada Sufyan bin „Abdul Malik, daripada
Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan daripada
Habban bin Musa, daripada Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang
diriwayatkan daripada Wahbi bin Zam„ah daripada Fadhalah Al-Nasawi
daripada „Abdullah bin Mubarak. Dan terdapat lain-lain perawi yang namanya
disebutkan (dalam kitab ini) yang turut meriwayatkan pendapat daripada Ibn
Al-Mubarak.
3.4) Berkenaan pendapat Al-Syafi„i
“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Al-Syafi„i,
kebanyakannya ia adalah apa yang dikhabarkan kepada kami oleh Al-Hasan
bin Muhammad Al-Za„farani daripada Al-Syafi„i. Manakala, perkara yang
berkaitan wudhu' dan solat, ia diceritakan kepada kami oleh Abu Al-Walid Al-
Makki daripada Al-Syafi„i, dan antaranya ialah apa yang diceritakan
(riwayatkan) kepada kami daripada Abu Isma„il Al-Tirmizi (dia berkata):
“Yusuf bin Yahya Al-Qurasyi Al-Buwaiti (mengkhabarkan kepada kami)
daripada Al-Syafi„i. Juga disebutkan dalamnya daripada Al-Rabi„ daripada Al-
Syafi„i, dan sesungguhnya Al-Rabi„ telah memberi kebenaran kapada kami
untuk meriwayatkannya, dan dia (Al-Rabi„) menulis (kebenaran itu) untuk
kami.
3.5) Berkenaan pendapat Ahmad bin Hanbal dan Ishaq bin Ibrahim
“Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Ahmad bin
Hanbal dan Ishaq bin Ibrahim, ia adalah apa yang dikhabarkan kepada kami
daripada Ishaq bin Mansur daripada Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq (bin
Ibrahim), kecuali dalam bab haji, diyat dan hudud, di mana aku tidak
mendengarnya terus daripada Ishaq bin Mansur, akan tetapi ia adalah
daripada Muhammad bin Musa Al-Asamm yang mengkhabarkannya daripada
Ishaq bin Mansur daripada Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq (bin Ibrahim). Dan
sesetengah kenyataan daripada Ishaq (bin Ibrahim) juga diberitakan kepada
kami oleh Muhammad bin Fulaih daripada Ishaq (bin Ibrahim). Dan perkara
ini telah kami jelaskan sebaiknya dalam kitab ini…”
4- Berkenaan sumber kritikan terhadap hadith dalam kitab ini (sama ada
berkaitan „Ilal Hadith, Rijal atau Tarikh), beliau telah berbincang dan
9
mengambilnya daripada Al-Bukhari, „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu
Zur„ah, berkata Imam Al-Tirmizi9
:
“Apabila disebutkan dalam kitab ini berkenaan „Ilal Hadith (kecacatan-
kecacatan hadith), berkenaan rijal hadith, atau tarikh (sejarah), maka aku
mengambilnya daripada Kitab Al-Tarikh. Kebanyakan penilaian ialah
daripada pendapat yang dipegang Muhammad bin Isma„il (Imam Al-
Bukhari), dan ada juga daripada pendapat „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan
Abu Zur„ah. Majoritinya adalah daripada penilaian yang dipegang Muhammad
(bin Isma„il/ Imam Al-Bukhari), dan sedikit daripada penilaian „Abdullah bin
„Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah. Aku tidak melihat dan mengetahui
sesiapapun di Iraq atau di Khurasan yang lebih berpengetahuan dan
berpengalaman berkenaan maksud „Ilal Hadith, Tarikhnya, serta keupayaan
mengenal dan mahir dengan jalur-jalur periwayatan (sanad) yang banyak,
melainkan Muhammad bin Isma„il…”
5- Istilah yang digunakan Imam Al-Tirmizi untuk menyatakan kesahihan
atau kedha„ifan sesuatu hadith dalam Al-Jami‘ Al-Mukhtasarnya:
Syaikh Al-Muhaddith „Abdul „Aziz Al-Tarifi telah membuat kajian terhadap
istilah-istilah yang digunakan oleh Imam Al-Tirmizi dalam mensahihkan atau
mendha„ifkan sesuatu hadith dalam kitab Sunannya10
, dan penulis
ringkaskannya kepada tiga jenis seperti di bawah11
:
5.1) Jenis 1
Apabila Imam Al-Tirmzi (rahimahullah) berkata:
1- Hadith Hasan Sahih - ‫صحيح‬ ‫حسن‬, atau
2- Hadith Sahih Hasan - ‫حسن‬ ‫صحيح‬, atau
3- Hadith Sahih - ‫صحيح‬, atau
4- Hadith Sahih Gharib - ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫صحيح‬, atau
5- Hadith Gharib Sahih - ‫صحيح‬ ‫يب‬‫ر‬‫غ‬, atau
6- Hadith Sahih Hasan Gharib - ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫حسن‬ ‫صحيح‬
9
Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal.
10
Dalam kitabnya Sifat Hajj Nabi, hal. 62-68
11
Kesemua jenis-jenis yang akan disebutkan penulis adalah istilah-istilah yang kebiasaannya
dan kerap kali digunakan Imam Al-Tirmizi. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi istilah-
istilah lain yang digunakan beliau dan memerlukan penerangan lanjut. Untuk lanjut, sila rujuk
Sifat Hajj Nabi, hal. 62-68, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Tarifi.
10
Ini bemaksud Al-Tirmizi mensahihkan hadith dalam kebanyakan keadaan
(majoriti kes). Dan tahap yang paling tinggi dalam jenis ini ialah dengan
istilah “Hasan Sahih” dalam kebanyakan keadaan (majoriti kes), ini kerana
kebanyakan hadith-hadith yang disebutkan Al-Tirmizi sebagai “Hasan Sahih”
adalah dijumpai dalam kitab Al-Sahihayn (iaitu Sahih Al-Bukhari dan Sahih
Muslim) atau salah satu daripada keduanya (iaitu sama ada dalam Sahih
Bukhari atau Sahih Muslim) atau menepati syarat keduanya atau salah satu
daripada duanya, atau datangnya hadith itu dengan sanad yang sahih dan
kuat.
Di bawah tahap “Hasan Sahih” ialah istilah “Sahih” dan ia sama dengan
“Jayyid”, akan tetapi Al-Tirmizi tidak menggunakan istilah “Jayyid”
bersendirian (iaitu tanpa adanya tambahan perkataan lain bersama Jayyid)
kecuali pada tempatnya (keadaan yang sesuai).
Penyebutan Al-Tirmizi dengan istilah “Sahih Gharib Hasan” adalah jarang
digunakan dan digunakan beliau pada sejumlah kecil hadith-hadith Sahih,
dan ia adalah lebih kuat daripada istilah “Gharib Hasan Sahih” di mana
beliau menggunakannya (Gharib Hasan Sahih) pada sebilangan kecil hadith
yang sebahagian darinya Sahih dan sebahagian darinya terdapat kelemahan.
Penyebutan Al-Tirmizi dengan istilah “Gharib Hasan Sahih” adalah sama
dengan istilah “Sahih Hasan Gharib” yang digunakannya.
Adalah jelas bagi mereka yang mengkaji “Al-Sunan” (Sunan Al-Tirmizi)
bahawa sesungguhnya Imam Al-Tirmizi tidak menggunakan istilah “Sahih
Gharib” kecuali pada bahagian akhir Sunannya, dan kebanyakannya beliau
gunakan pada hadith-hadith yang tidak bersangkutan hukum. Dan jelas,
istilah ini adalah tahap pentashihan paling rendah daripada beliau, dan
kadang-kala beliau menggunakan istilah ini pada hadith yang dilemahkan
oleh Muhaddithin lainnya, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui.
5.2) Jenis 2
Apabila Imam Al-Tirmzi (rahimahullah) berkata:
ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ - “hadith Hasan”
Apabila Imam Al-Tirmizi ingin menyatakan kedha„ifan pada hadith itu, beliau
menggunakan istilah “Hadith Hasan”. Sesetengah pihak tertipu dengan
istilah ini dan menyangka bahawa maksud istilah “Hasan” oleh Imam Al-
Tirmizi adalah sama seperti yang biasa difahami umum (dalam Mustolah
Hadith), akan tetapi ia tidak begitu.
Apabila Imam Al-Tirmizi menggunakan istilah “Hasan”, yang dimaksudkan
oleh beliau ialah hadith itu Dha„if dan Tidak Sahih.12
12
Dr. Mustafa Al-Muhammadi menyebut hal yang sama dalam tesis kedoktorannya: Al-Syaz Wa
Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin wa Al-
Muta’akhkhirin (tesis yang diselia oleh guru beliau Dr. Basyar ‘Awwad sendiri) berkenaan
maksud istilah "Hasan / Gharib / Hasan Gharib" di sisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya secara
11
khusus. Beliau menjelaskan hal ini berkali-kali pada banyak tempat dalam tesis PHDnya,
antaranya adalah seperti di bawah:
1- Kata Dr. ‘Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi:
‫أ‬‫مصطلح‬ ‫إطالق‬ ‫ن‬"‫حسن‬"‫الرتمذي‬ ‫اإلمام‬ ‫عند‬...،‫لنفسو‬ ‫خصو‬ ‫فإنو‬ ‫جامعو‬ ‫يف‬‫بو‬ ‫يد‬‫ر‬‫وي‬ ‫يطلقو‬ ‫فهو‬
‫الضعيف‬ ‫احلديث‬
"...Sesungguhnya telah menggunakan istilah "Hasan" di sisi Al-Imam Al-Tirmizi ...dalam Jami‘
nya, sesungguhnya ia adalah istilah yang khusus disisnya, iaitu dia menggunakan dan
menginginkan padanya bahawa hadith itu adalah hadith Dha‘if..." (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar
Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan
terpotong, m/s 334)
2- Kata beliau lagi:
‫أنو‬ ‫خاصة‬ ‫مجيعو‬ ‫يف‬ ‫حسنو‬ ‫إذا‬ ‫باحلديث‬ ‫يد‬‫ر‬‫ي‬ ‫أنو‬ ‫سلف‬ ‫مما‬ ‫لنا‬ ‫اتضح‬ ‫وقد‬"‫معلول‬"‫ادللحق‬ ‫عللو‬ ‫يف‬ ‫بينو‬ ‫كما‬
‫باجلامع‬
"Dan telah kita jelaskan (dalam perbincangan - pent) sebelum ini, sesungguhnya apa yang
diinginkan dengan sesuatu hadith yang dihasankannya (iaitu Imam Tirmizi -pent) dalam kitab
Jami‘nya (Sunan Tirmizi) secara khusus ialah bermaksud hadith itu "Ma‘lul (cacat / dha‘if - pent),
sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beliau sendiri dalam ‘Ilalnya yang tercantum dalam
kitab Jami‘nya (iaitu bab akhir Sunan Tirmizi -pent) - (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah
Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong,
m/s 336)
3- Katanya lagi:
‫فاخلالصة‬...:‫حديث‬ ‫بأهنا‬ ‫عليها‬ ‫حكم‬ ‫إذا‬"‫حسن‬"‫أو‬"‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫حسن‬"‫أو‬"‫يب‬‫ر‬‫غ‬"،‫لو‬‫و‬‫ق‬ ‫من‬ ‫اده‬‫ر‬‫م‬ ‫وعرفنا‬:
‫أسلفناه‬ ‫كما‬‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫أو‬ ‫حسن‬:‫ادلعلول‬ ‫احلديث‬ ‫بو‬ ‫يد‬‫ر‬‫ي‬ ‫أنو‬
"Maka kesimpulannya:....apabila beliau menghukum atas sesuatu hadith itu dengan katanya
"Hasan" atau "Hasan Gharib" atau "Gharib", dan telah kita jelaskan apa yang diinginkan dengan
katanya: Hasan atau Gharib sebagimana yang telah disebut ialah sesungguhnya beliau
mengingin akan padanya hadith itu ma‘lul (cacat/ dha‘if)- (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa
Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan
terpotong, m/s 336)
Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, buku " Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-
Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin " ini adalah tesis PHD
Syaikh Dr. Mustafa ‘Abdul Qadir Al-Muhammadi yang diselia oleh guru beliau Syaikh Dr. Basyar
‘Awwad Ma‘ruf. Maka besar kemungkinan juga tesis Dr. Mustafa al-Muhammadi ini adalah
buah fikiran Dr. Basyar. Kerana dimaklumi bahawa buah fikiran penyelia sesebuah tesis akan
mempengaruhi isi kandungannya.
12
Berikut adalah bukti untuk pernyataan ini:
1- Imam Al-Tirmizi sendiri menerangkan hal ini dalam buku „Ilal beliau:
“Apabila kami sebutkan dalam Kitab ini sesuatu hadith itu sebagai
“Hadith Hasan”, maka apa yang dimaksudkan kami ialah ia baik
(hasan) daripada segi sanadnya yang nampak kepada kami, iaitu
mana-mana hadith yang tidak terdapat dalamnya perawi yang
bertaraf disyaki berdusta, dan juga hadith itu tidak Syaz”. Kenyataan
Imam Al-Tirmizi ini jelas menunjukkan bahawa beliau menghadkan
penggunaan istilah “Hadith Hasan” ini untuk hadith-hadith yang tidak
Bahkan, Dr. Basyar dalam tahqiq beliau ke atas Tarikh Baghdad, (11/530, cetakan tahun 2000)
ketika mengomentari dan mengulas sebuah hadith yang dinilai "Hasan Gharib" oleh Al-Tirmizi,
kata beliau berkenaan "Hasan Gharib" di sisi Al-Tirmizi :
‫الرتمذي‬ ‫لعبارة‬ ‫للدارس‬ ‫اضح‬‫و‬ ‫ىو‬ ‫كما‬‫الرتمذي‬ ‫عند‬ ‫احلديث‬ ‫ضعف‬ ‫على‬ ‫تدل‬ ‫العبارة‬ ‫وىذه‬
"Dan ibarat (iaitu istilah "Hasan Gharib" -pent) ini menunjukkan bahawa dha‘if nya hadith di sisi
Al-Tirmizi, sebagaimana yang telah jelas berdasarkan pengkajian mendalam yang telah
dilakukan ke atas ibarat-ibarat yang digunakan oleh Al-Tirmizi"
Dan pada Disember 2009, saya sendiri telah bertanya kepada Syaikh Dr. Basyar meminta
penjelasan lanjut berkenaan ta‘liq beliau dalam Tarikh Baghdad di atas. Soalan saya kepada
Syaikh Dr. Basyar: Adakah "Hasan Gharib" itu bermaksud dha‘if di sisi Al-Tirmizi?
Jawab Syaikhuna Dr. Basyar ‘Awwad:
‫مفهوم‬ ،‫نعم‬"‫احلسن‬"‫برقم‬ ‫الرتمذي‬ ‫عند‬ ‫إليو‬ ‫أشرت‬ ‫الذي‬ ‫احلديث‬‫و‬ ، ‫الضعيف‬ ‫احلديث‬ ‫ىو‬ ‫الرتمذي‬ ‫عند‬
(0263)‫عليو‬ ‫تعليقي‬ ‫يف‬ ‫بينتو‬ ‫كما‬ ‫ا‬ً‫جد‬ ‫منكر‬ ‫حديث‬ ‫ىو‬.‫ى‬ ‫إليها‬ ‫توصلت‬ ‫اليت‬ ‫النتيجة‬ ‫وىذه‬‫نتيجة‬ ‫ي‬
‫اب‬‫و‬‫للص‬ ‫ادلوفق‬ ‫اهلل‬‫و‬ ،‫الرتمذي‬ ‫لصنيع‬ ‫ائية‬‫ر‬‫استق‬
"Ya, mafhum bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah Hadith Dha‘if.. dan hadith yang
telah diisyaratkan (dengan "Hasan Gharib" dalam Tarikh Baghdad -pent) oleh Al-Tirmizi (no.
3620) itu adalah hadith Munkar Jiddan sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam ulasan dan
komentar saya padanya, dan natijah (iaitu kesimpulan bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi
adalah dha‘if - pent) yang terhasil ini adalah natijah selepas pengkajian mendalam atas karya-
karya Al-Tirmizi..."
Maka jelas dari kenyataan Syaikh Dr. Basyar sendiri bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi
adalah dha‘if, walaupun saya bertanya berkenaan istilah "Hasan Gharib", namun Syaikh Basyar
menjawab bahawa istilah "Hasan" itu sendiri adalah bermaksud hadith dha‘if bagi Al-Tirmizi
dalam sunannya, dan natijah (kesimpulan) ini adalah berdasarkan pengkajian mendalam yang
telah beliau lakukan atas karya-karya dan kenyataan Al-Tirmizi. Maka memang tidak syak lagi
bahawa isi kandungn tesis PHD Syaikh Mustafa ‘Abdul Qadir Al-Muhammadi ini adalah juga
buah fikiran Syaikh Basyar selaku penyelia tesis tersebut, dan beliau turut berpegang dengan
pendapat yang sama.
13
mengandungi perawi yang bertaraf disyaki berdusta atau sesuatu
hadith yang Syaz sahaja, akan tetapi beliau tidak menghadkan
daripada menggunakan istilah “Hadith Hasan” ini untuk perawi yang
bertaraf bawah daripada disyaki berdusta tetapi tetap dan masih lagi
berada dalam daerah dan lingkungan perawi yang Dha„if (contohnya –
perawi yang bertaraf Dha„if, Dha„if Jiddan, Fasiq, Su' Al-Hifzi, atau
disebabkan kecacatan pada sanad seperti 'Sanadnya Tidak
Bersambung', atau disebabkan „Ilal (yang tersembunyi pada sanad
atau matan) dan lain-lain kecacatan yang menyababkan hadith itu
Dha„if), bahkan beliau tidak menyebutkan bahawa hadith yang disebut
sebagai “hadith Hasan” dalam kitabnya ini boleh digunakan sebagai
hujah atau tidak.
2- Juga adalah menjadi amalan para Imam Hadith daripada kalangan
huffaz Al-Mutaqaddimin menggunakan istilah “Hasan” untuk
menyatakan eloknya dan istiqamahnya matan sesuatu hadith itu
sahaja (Husn dan Istiqamah pada matan), walaupun daripada segi
sanad hadith itu terdapat kecacatan dan tertolak. Perkara ini dapat
diketahui daripada amalan dan kata-kata para Imam Huffaz Hadith Al-
Mutaqaddimin itu sendiri.
3- Dan perkara ini adalah sesuatu yang sangat biasa, jelas dan diketahui
umum bagi sesiapa yang mengkaji dengan mendalam akan cara dan
metod Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya dan membuat perbandingan
dengan penilaian, pentashihan dan kata-kata daripada Imam-Imam
Mutaqaddimun yang lainnya.
4- Perkara ini juga jelas dalam pengamalan Imam Al-Tirmizi sendiri
dalam Sunannnya, iaitu setelah beliau menyebutkan sesuatu hadith
itu sebagai “Hadith Hasan”, beliau akan turut menyatakan kedha„ifan
hadith tersebut dengan memberitahu sebab kenapa hadith itu Dha„if,
atau dengan memberitahu bahawa terdapat hadith lain yang lebih
terpilih. Dalam Sunannya, apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith
itu sebagai “Hadith Hasan”, beliau akan menyambung dengan
berkata: “sanadnya tidak bersambung”, atau “sanadnya tidak kuat”,
atau “sanadnya bukan begitu kuat, ia lemah” dan lain-lain lafaz.
Antara contohnya:
a) Pada hadith berkenaan wudhu', no. 37, kata Imam Al-Tirmizi:
ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ِ‫م‬ِ‫ائ‬َ‫ق‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫اك‬َ‫ذ‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ (ini “Hadith Hasan”, dan
sanadnya tidak kuat)
b) Pada hadith berkenaan membaca Al-Quran, no. 2917, kata
Imam Al-Tirmizi:
َ‫اك‬َ‫ذ‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ (ini “Hadith Hasan”, dan
sanadnya bukan begitu kuat (ia lemah)
14
c) Pada hadith berkenaan doa masuk dan keluar masjid, hadith
no. 315, kata Imam Al-Tirmizi:
َْ‫َل‬ ِْ‫ْي‬َ‫س‬ُْ‫احل‬ ُ‫ت‬ْ‫ن‬ِ‫ب‬ ُ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬َ‫و‬ ٍ‫ل‬ِ‫َّص‬‫ت‬ُِ‫ِب‬ ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫و‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ َ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬ ُ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬
َ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ُ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬ ْ‫ت‬َ‫اش‬َ‫ع‬ ‫ا‬ََّ‫َّن‬ِ‫إ‬ ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫ب‬ُ‫ك‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬ْ‫د‬ُ‫ت‬‫ا‬ً‫ر‬ُ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫و‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِِّ‫َِّب‬‫ن‬‫ال‬
(Hadith Fatimah ini “Hadith Hasan”, dan sanadnya tidak
bersambung, dan Fatimah bint Al-Husin tidak pernah bertemu
(tidak hidup pada waktu neneknya) Fatimah binti Muhammad
…)
Apa yang telah disebutkan sebelum ini ialah penggunaan istilah “Hasan” oleh
Imam Al-Tirmizi dalam banyak (majoriti) kes. Walau bagaimanapun, beliau
terkadang turut meggunakan istilah “Hasan” untuk menyatakan kecacatan
yang ada pada sanad sesuatu hadith, namun kecacatan itu tidaklah sampai
menyebabkan hadith itu menjadi Dha„if, atau apabila beliau berasa tidak
pasti sama ada hendak menolak atau menerima sesuatu riwayat itu, ini
dapat dilihat apabila beliau pernah menggunakan istilah “Hasan” untuk
hadith yang (jika disemak) turut terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan
Sahih Muslim. Contohnya, setelah meriwayatkan hadith yang
menggalakkan untuk solat sunat (solat nafil) itu dilakukan di rumah, iaitu
bahawa Rasulullah bersabda: “Afdal solat-solat kamu dilakukan di rumah-
rumah kamu, kecuali solat wajib -
ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫ت‬ َ‫ال‬َ‫ص‬ ُ‫ل‬َ‫ض‬ْ‫ف‬َ‫أ‬ِ‫يف‬َ‫ة‬َ‫وب‬ُ‫ْت‬‫ك‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َّ‫َّل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫وت‬ُ‫ي‬ُ‫ب‬ – hadith
no. 450”, pada hadith ini beliau menyatakan perbezaan yang terdapat dalam
riwayatnya, iaitu: sesetengah meriwayatkan kata-kata itu daripada Nabi 
(bersambung), dan sesetengah yang lain meriwayatkannya daripada
Sahabat Nabi  (tidak bersambung).
Setelah beliau menyatakan perbezaan ini, beliau menyebutkan istilah
“Hasan” pada hadith tersebut, dan beliau sendiri kemudiannya mentarjihkan
bahawa riwayat yang bersambung adalah lebih sahih. Sedang perbezaan itu
sendiri (yang disebutkan tadi) bukanlah satu kecacatan yang merosakkan
kekuatan riwayat (hadith) itu (disebut sebagai 'Ilah Ghayru Qadilah)
5.3) Jenis 3
Apabila Imam Al-Tirmizi (rahimahullah) berkata:
1- ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ - Gharib
2- ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫حسن‬ - Hasan Gharib
3- ‫حسن‬ ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ - Gharib Hasan
4- ‫بالقوي‬ ‫ليس‬ - Laysa bi l-Qawi (tidak kuat)
15
5- ‫بذاك‬ ‫ليس‬ ‫إسناده‬ - Isnaduhu Laysa bi Zak (sanadnya tidaklah kuat, ia
lemah)
6- ‫بالقائم‬ ‫إسناده‬ ‫ليس‬ - Laysa Isnaduhu bil-Qa‟im (sanadnya tidak kuat)
7- ‫بصحيح‬ ‫إسناده‬ ‫ليس‬ - Laysa Isnaduhu bi Sahih (sanadnya tidak sahih)
8- ‫ضعيف‬ ‫إسناده‬ - Isnaduhu Dha„if (sanadnya dha„if)
9- ‫يصح‬ ‫َّل‬ - La Yasih (ia tidak sahih)
10- ‫منكر‬ ‫حديث‬ - Hadith Munkar (hadith yang tertolak/Munkar)
11- ‫بالقوي‬ ‫ليس‬ ‫فالن‬ ‫فيو‬ - Fihi Fulan Laysa bil-Qawi (pada rawi ini terdapat si
Fulan yang tidak kuat)
Apabila Imam Al-Tirmizi menggunakan istilah-istilah ini, ia bermaksud beliau
sedang memberitahu kelemahan sesuatu hadith tersebut/ sedang
mendha„ifkan hadith tersebut. Dan tahap pendha„ifan yang paling tinggi
dalam kategori ini ialah istilah “Munkar” (istilah Munkar untuk hadith yang
tahap paling lemah dalam sunannya, dan beliau menggunakan istilah ini
sangat jarang). Istilah yang beliau gunakan lebih kerap daripada “Munkar”
ialah istilah “Gharib”, diikuti dengan istilah “Hasan Gharib”, di mana ia
memberi erti bahawa teks hadith itu bebas daripada kecacatan yang
disebabkan oleh “kepelikan” (syuzuz, nakarah, dan gharabah), akan tetapi
sebaliknya kecacatan itu terdapat pada sanad hadith tersebut, yang mungkin
mempunyai „Illah (kecacatan) menyebabkan riwayat/hadith itu tertolak.
Secara umumnya dan dalam majoriti kes, hadith-hadith yang disebutkan
Imam Al-Tirmizi sebagai “Gharib” adalah lebih lemah daripada hadith yang
disebutnya sebagai “Hasan Gharib” atau “Hasan”. Akan tetapi, hadith-hadith
yang disebutnya sebagai “Hasan Gharib” adalah lebih lemah daripada hadith
yang disebutnya sebagai “Hasan”.
Adakalanya apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu sebagai “Gharib”
atau “Hasan Gharib”, beliau akan turut menjelaskan „Illah (kecacatan) yang
terdapat padanya. Contohnya pada hadith yang berbunyi: “ ٌ‫يق‬ِ‫ف‬َ‫ر‬ ٍِّ‫ِب‬َ‫ن‬ ِّ‫ل‬ُ‫ك‬ِ‫ل‬
‫ا‬َ‫م‬ْ‫ث‬ُ‫ع‬ ِ‫َّة‬‫ن‬َْ‫اجل‬ ِ‫يف‬ ِ‫ِن‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫يق‬ِ‫ف‬َ‫ر‬َ‫و‬ُ‫ن‬ - setiap Nabi mempunyai teman (Rafiq) dan temanku
di syurga ialah „Uthman” – hadith no. 3698”, setelah menyebutkan hadith ini
dalam Sunannya, Imam Al-Tirmizi berkata: “ ‫ي‬ِ‫ر‬َ‫غ‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ٌ‫ب‬ – hadith ini
Gharib”, dan kemudiannya beliau menyambung dengan berkata: “ -
ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬
ِ‫ط‬َ‫ق‬ْ‫ن‬ُ‫م‬ َ‫و‬ُ‫ى‬َ‫و‬ ِّ‫ي‬ِ‫و‬َ‫ق‬ْ‫ل‬‫ا‬ِ‫ب‬ٌ‫ع‬ sanadnya tidak kuat dan ia terputus”.
16
Terdapat banyak lagi contoh-contoh dalam hal ini dan penulis tidak berniat
untuk menyebutkan kesemuanya.
Juga penggunaan istilah “Hadith Munkar” dan “La Yasih” adalah sangat
jarang digunakan Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya, dan hadith yang
dinyatakan oleh beliau sebagai “Munkar” dan “La Yasih” adalah daripada
kelompok hadith-hadith yang sangat sangat tertolak (Munkar Jiddan) dan
Palsu (Batil).
Pandangan ‘ulama’ terhadap Al-Jami‘ Al-Mukhtasar
susunan Imam Al-Tirmizi:
Berkata Imam Al-Tirmizi: “Setelah aku siapkan kitabku ini (Sunan Al-
Tirmizi), aku bentangkan kepada „ulama‟-‟ulama‟ Hijaz, Iraq, dan Khurasan,
mereka semua menerima kitab ini” 13
Menurut Al-„Allamah Thasy Kubra, Imam Al-Tirmizi (rahimahullah)
mempunyai banyak karya, tetapi Sunan Al-Tirmizi merupakan kitab beliau
yang paling bernilai. Banyak memberikan faedah, susunannya sangat
menarik, tidak banyak berulang. Kitab ini mempunyai keistimewaan daripada
segi menyebutkan mazhab-mazhab (iaitu mazhab fiqh bersesuaian dengan
hadith-hadith yang disebutkan) dan cara mengambil dalil, menerangkan nilai
(status) bagi setiap hadith sama ada ia Sahih, Hasan, dan Gharib14
, ada
menyentuh masalah Jarh wa Ta„dil15
.
Pada akhir Sunan Al-Tirmizi terdapat satu tajuk yang dinamakan “Kitab Al-
„Ilal” yang sangat berfaedah dan tidak dapat dinafikan oleh mereka yang
mengkajinya”16
.
13
Rujuk Tahzib Al-Thazib (389:9), dinukil daripada bahagian muqaddimah tahqiq kitab
Sunan Al-Tirmizi oleh Ahmad Muhammad Syakir, cetakan Dar Ihya’ Turath Al-‘Arabi, Beirut.
Edisi CD-Rom Maktabah Syamilah, version 1.
14
Maksud istilah-istilah ini telah kita bincangkan dalam tulisan ini.
15
Jarh wa Ta‘dil: salah satu bidang dalam ilmu hadith, satu ilmu yang mengkaji para rijal
(perawi) hadith dalam menentukan kedudukan dan status mereka dalam satu periwayatan
hadith, sama ada boleh diterima atau tidak. Ilmu ini bermula sejak penghujung zaman sahabat
dan terus berkembang demi membezakan antara periwayat hadith yang benar-benar diyakini
kebenarannya dan ketepatannya. Ilmu ini amat amat mendalam dan berkembang dengan hebat
pada zaman kegemilangan hadith iaitu sekitar kurun kedua dan ketiga Hijrah.
16
Rujuk Biografi ‘ulama’-’ulama’ Hadith, Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar & H.M Yusuf
Sinaga Lc, cetakan Jahabersa, Malaysia 2005. hal. 47
17
Antara kitab-kitab yang mensyarahkan Al-Jami‘ Al-
Mukhtasar Al-Tirmizi:
Terdapat banyak kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Al-Tirmizi,
antaranya:
1- ‘Aridh Al-Ahwazi Fi Syarh Al-Tirmizi, oleh Al-Hafiz Abu Bakr
Muhammad bin „Abdullah Al-Syibili (543H).
2- Al-‘Arf Al-Syaza ‘Ala Jami‘ Al-Tirmizi, oleh Siraj Al-Din „Umar bin
Ruslan Al-Bulqini Al-Syafi„i (805H).
3- Qut Al-Mughtazi ‘Ala Jami‘ Al-Tirmizi, oleh Al-Suyuti (911H).
4- Al-Tib Al-Syazi Fi Syarh Al-Tirmizi, oleh Isyfaq Al-Rahman
Kandahlawi.
5- Tuhfah Al-Ahwazi Li Syarh Jami‘ Al-Tirmizi, oleh „Abdul Rahman
Al-Mubarakfuri
6- Miftah Al-Kunuz Al-Tirmizi, oleh Muhammad Fu‟ad Abd Al-Baqi„.
Sekian, moga penulisan yang serba ringkas dan lemah ini dapat memberi
manfaat in sya‟a Llah.
Allahu a„lam.
Selesai.
Muhammad Fathi bin Ali
16 Muharram 1432H
22 Disember 2010M
Iskandariah, Mesir

More Related Content

What's hot

Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
IZZATIZULKEFLI1
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadithdr2200s
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
Farra Shahirra
 
sirah nabawiyyah
sirah nabawiyyahsirah nabawiyyah
sirah nabawiyyah
Mujahid Zuhud
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Ezad Azraai Jamsari
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
Ezad Azraai Jamsari
 
1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati
effar76
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
نور فريحا حمدان
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
Danialkmal
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Zafirah Abdullah
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
Angah Rahim
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMuhammad Fahmi
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
Angah Rahim
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
fathizul93
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
hudhud321
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Zafirah Abdullah
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
jimoh370
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)MUHAMMAD FAUZI YUSOF
 

What's hot (20)

Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannyaTitas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
Titas isu semasa: Golongan anti-hadith dan cabarannya
 
Terima Tolak Hadith
Terima Tolak HadithTerima Tolak Hadith
Terima Tolak Hadith
 
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & ASHADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
HADIS SAHIH & HADIS HASAN -PENGAJIAN TAFSIR AQ & AS
 
sirah nabawiyyah
sirah nabawiyyahsirah nabawiyyah
sirah nabawiyyah
 
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan OrientalisMukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
Mukjizat Nabi Muhammad SAW dan Penafian Terhadap Dakwaan Orientalis
 
Pengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh SirahPengantar Fiqh Sirah
Pengantar Fiqh Sirah
 
1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati1. Maqam Bayyati
1. Maqam Bayyati
 
Kitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'iKitab sunan nasa'i
Kitab sunan nasa'i
 
Nasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukhNasikh wal mansukh
Nasikh wal mansukh
 
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman TadwinSejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
Sejarah Perundangan Islam : Zaman Tadwin
 
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete5.9.2012   hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
5.9.2012 hadis sohih, hasan, dhoif, hikmah complete
 
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan DengannyaMaksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
Maksud Taqlid, Hukum dan Isu-isu Berkaitan Dengannya
 
Hadis Dhaif
Hadis DhaifHadis Dhaif
Hadis Dhaif
 
13.9.2012 imam malik
13.9.2012   imam malik13.9.2012   imam malik
13.9.2012 imam malik
 
2) israiliyat
2) israiliyat2) israiliyat
2) israiliyat
 
Perjanjian Hudaibiyah
Perjanjian HudaibiyahPerjanjian Hudaibiyah
Perjanjian Hudaibiyah
 
Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)Dakwah secara terang (hanin, anis)
Dakwah secara terang (hanin, anis)
 
Muqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Muqaddimah ilmu usul fiqh
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
Usuluddin kertas 2 sejarah perkembangan ilmu tafsir (zaman tabi'in dan tadwin)
 

Similar to "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
Amin El Amin
 
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADISIRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
mynasir hassan
 
Imam Abu amru
Imam Abu amruImam Abu amru
Imam Abu amru
SyifaaSarbini
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
muzani anh
 
Kajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraatKajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraatShamsul Amir
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
Khairunnisa Ishak
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
farahmohammat
 

Similar to "Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010] (9)

Pengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittahPengenalan kepada-sunan-sittah
Pengenalan kepada-sunan-sittah
 
Sunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.presentSunan ibnu majah.present
Sunan ibnu majah.present
 
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADISIRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
IRSYAD USUL AL-FIQH: ILMU USUL AL-FIQH DI SISI ULAMA HADIS
 
Imam Abu amru
Imam Abu amruImam Abu amru
Imam Abu amru
 
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal JamaahAqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
 
Kajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraatKajian kitab qiraat
Kajian kitab qiraat
 
Imam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbalImam ahmad bin hanbal
Imam ahmad bin hanbal
 
Imam 'Asim
Imam 'AsimImam 'Asim
Imam 'Asim
 
Salmanal farisi
Salmanal farisiSalmanal farisi
Salmanal farisi
 

More from Kaminorsabir Kamin

"Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th...
"Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th..."Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th...
"Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th...
Kaminorsabir Kamin
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
Kaminorsabir Kamin
 
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini""Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
Kaminorsabir Kamin
 
"91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith""91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith"
Kaminorsabir Kamin
 
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana..."Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
Kaminorsabir Kamin
 
"Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K...
"Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K..."Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K...
"Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K...
Kaminorsabir Kamin
 
"139 Faedah Hadith"
"139 Faedah Hadith""139 Faedah Hadith"
"139 Faedah Hadith"
Kaminorsabir Kamin
 
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi""Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
Kaminorsabir Kamin
 

More from Kaminorsabir Kamin (8)

"Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th...
"Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th..."Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th...
"Hadith-Hadith Dhaif Bersangkut Haji Yang Dilemahkan Oleh : Al-`Ulwan , Al-Th...
 
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis""Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
"Sifat Al-Bukhari Dalam Kajian Hadis"
 
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini""Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
"Kitab Hadith Yg Terpelihara Sehingga Kini"
 
"91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith""91 Faedah Hadith"
"91 Faedah Hadith"
 
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana..."Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
"Kenapa Imam al-Tirmizi Men'sahih'kan Hadith Azan Di Telinga Bayi? : Satu Ana...
 
"Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K...
"Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K..."Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K...
"Hadith-Hadith Fadhilat Pengkhususan Surah al-Kahfi Pada Hari Juma'at: Satu K...
 
"139 Faedah Hadith"
"139 Faedah Hadith""139 Faedah Hadith"
"139 Faedah Hadith"
 
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi""Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
"Ringkasan Sifat Puasa, Qiam, Iktikaf & Raya Nabi"
 

"Pengenalan Kepada Sunan Al-Tirmizi dan Manhajnya" [Edisi Revisi Disember 2010]

  • 1.
  • 2. Pengenalan kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya Oleh: Muhammad Fathi Ali Edisi revisi dengan penambahan isi Disember 2010
  • 3. 1
  • 4. 2 Pengenalan kepada Sunan Al-Tirmizi & Manhajnya oleh: Muhammad Fathi bin Ali disemak: Mohd `Adlan bin Mohd Shariffuddin itab Sunan Al-Tirmizi adalah merupakan sebuah kitab hadith yang terkenal, dan merupakan salah sebuah daripada kitab hadith yang enam (disebut sebagai Kutub Al-Sittah1 ) iaitu Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan Al-Nasa‟i dan Sunan Ibn Majah. Kitab ini disusun oleh Imam Al-Tirmizi (279H) atau nama penuhnya Muhammad bin „Isa bin Saurah bin Musa bin Al-Dhihak Al-Sulami Al-Bughi Al-Tirmizi, nama gelaran (kunyah) beliau ialah Abu „Isa2 . Imam Al-Tirmizi adalah salah seorang imam hadith dan hafiz hadith, serta salah seorang daripada mujtahid mutlak dalam hadith, hidup sezaman dengan Imam Al-Bukhari, Imam Muslim dan lain-lain huffaz hadith iaitu pada zaman kegemilangan kajian hadith (sekitar kurun ke-2 and ke-3 Hijrah). Kitab Sunan Al-Tirmizi ini antara karya monumental dan terpenting imam Al-Tirmizi rahimahullah (279H). Kitab ini kebiasaannya disebut dengan nama „Al-Sunan Al-Tirmizi‟ atau Sunan Al-Tirmizi, dinamakan „Al-Sunan' kerana kitab ini mengandungi hadith-hadith hukum dan susunan hadith-hadithnya berdasarkan tertib bab- bab fiqh. Selain daripada itu, ia juga turut dikenali dengan beberapa nama lain dalam kalangan „ulama‟-‟ulama‟ hadith. Juga ia seringkali disebut sebagai „Jami‘ Al-Kabir‟,perkataan „Al-Jami„ bermaksud 'merangkumi', iaitu 1 Kutub Al-Sittah, atau buku-buku yang enam iaitu Sunan Al-Tirmizi, Sunan Ibn Majah, Sunan An-Nasa’i, Sunan Abi Daud, Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim. Sesetengah memanggil kitab-kitab ini sebagai Al-Usul Al-Sittah dan Al-Sihah Al-Sittah. Digelar Usul Al-Sittah adalah kerana kitab-kitab ini telah menjadi pokok dalil bagi umat Islam seluruhnya, biasanya kita tidak akan terlepas daripada enam kitab ini dalam sumber dalil fiqh. Walau bagaimanapun, nama Al-Sahih Al-Sittah adalah tidak digalakkan kerana ia memberi gambaran yang kurang tepat seolah-olah keenam-enam kitab ini semuanya mengandungi hadith-hadith yang sahih, sedangkan bukan semuanya sahih. Nama kutub Al-Sittah adalah nama yang paling popular antara semuanya. Perlu diberi perhatian, sesetengah orang menggelar kitab-kitab ini sebagai Sunan Al-Sittah, penamaan kitab- kitab ini sebagai Sunan Al-Sittah adalah tidak tepat, kerana kitab Sunan yang popular hanyalah empat (iaitu Sunan Ibn Majah, Sunan Al-Tirmizi, Sunan Abi Daud, Sunan An-Nasa’i) dan dikenali sebagai Sunan Arba‘ah. 2 Rujuk Tahrir Taqrib Al-Tahzib susunan Syaikh Syu‘aib Al-Arna’ut & Dr. Basyar ‘Awwad Ma‘ruf, rijal no. 6206, jld. 3, hal. 302, cetakan Mu’assasah Al-Risalah, Beirut 1998. K
  • 5. 3 kitab ini merangkumi pelbagai bidang Ilmu seperti sirah, adab, tafsir, aqidah dan lain-lain. Antara nama-nama lain bagi 'Sunan Al-Tirmizi' ialah: 1- Sahih Al-Tirmizi: disebut oleh Al-Khatib Al-Baghdadi (463H) 2- Al-Jami‘ Al-Sahih: disebut oleh Al-Hakim (405H) 3- Al-Jami‘ Al-Kabir: disebut oleh Al-Kuttani dalam kitab Al-Risalah Al- Mustadrafah (nama ini sangat jarang digunakan) 4- Al-Jami‘ Al-Tirmizi: nama ini sangat masyhur digunakan bagi kitab ini. 5- Al-Jami‘ Al-Mukhtasar min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al- Sahih wa Al-Ma‘lul wama ‘Alayhi ‘Amal, dan nama yang terakhir inilah yang paling sahih, bahkan nama ini sangat penting kerana ia menggambarkan manhaj Imam Al-Tirmizi dalam menyusun kitab ini. Sesungguhnya penamaan kitab ini dengan 'Sahih Al-Tirmizi' dan „Al-Jami„ Al- Sahih' adalah tidak tepat kerana ia tidak memberi gambaran yang benar terhadap kitab ini. Berkata Dr. Nuruddin „Itir dalam tesis kedoktorannya (Ph.D) bertajuk Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn: “Tidak tepat bagi orang yang mencetak kitab ini dengan nama 'Sahih Al- Tirmizi' atau „Al-Jami„ Al-Sahih' kerana perkataan ini seolah-olah membayangkan kesemua hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah sahih, sedangkan pada hakikatnya adalah tidak begitu”3 Begitu juga dengan penamaannya dengan „Al-Jami„ Al-Kabir‟ juga adalah tidak tepat, Imam Al-Tirmizi sendiri menamakan kitab beliau dengan nama „Al-Jami„ Al-Mukhtasar‟ maka amat jauhlah penamaan kitab ini dengan „Al- Kabir‟. Nama yang sebenar untuk Sunan Al-Tirmizi: Sesungguhnya mengetahui nama yang benar lagi tepat bagi sebuah kitab adalah sangat penting, kerana nama sesuatu kitab itu menggambarkan manhaj penulisan sesebuah kitab. Bagi kitab Sunan Al-Tirmizi ini, sebagaimana yang telah disebut terdapat sekurang-kurangnya 5 nama yang biasa dinisbahkan untuk kitab ini. 3 Rujuk buku Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn oleh Nuruddin ‘Itir, dinukil daripada buku Biografi Ulama-Ulama Hadis oleh Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar, H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa 2005, hal. 46
  • 6. 4 Namun nama yang sebenar dan sahih untuk kitab ini sebagaimana yang diberikan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri ialah: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟. Kata Dr. Hatim Syarif Al-„Awni dalam kitabnya bertajuk: „Al-‘Unwan Al- Sahih Lil-Kitab Ta‘rifuhu Wa Ahammiyatuhu Wasa’ilu Ma‘rifatihi Wa Ihkamihi Amthilatu Li Akhta’i Fihi‟ berkenaan nama yang sebenar bagi Sunan Al-Tirmizi: “...Sesungguhnya nama bagi kitab ini (yang sebenar –pent) adalah: „Al- Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ , dan telah tercetak kitab Al-Tirmizi ini dengan cetakan yang banyak dan pelbagai, namun tidak terdapat walau satupun dari cetakan-cetakan tersebut yang menggunakan nama yang sebenar untuk kitab ini!! Bahkan telah mengisytiharkan cetakan kitab ini yang ditahqiq oleh Syaikh Ahmad Syakir (1377H) dengan nama (Al-Jami„ Al- Sahih Wa Huwa Sunan Al-Tirmizi). Dan ini adalah kesilapan yang nyata, ia bukanlah nama yang sebenar baginya, bahkan ia juga tidak bertepatan dengan isi, maksud serta manhaj penulis kitab. Berbanding dengan nama yang sebenar baginya, ini merupakan contoh paling ketara bahawa tajuk yang diletakkan oleh pengarang kitab (yang asal –pent) adalah tajuk yang paling layak, bagi memperkenalkan kitab tersebut dengan pengenalan yang lebih mendalam dan lebih jelas dalam perkataan yang mudah Saya katakan ini, kemudian dicetak pula kitab Al-Tirmizi ini dengan cetakan yang baru dengan nama (Al-Jami„ Al-Kabir)!!, Al-Tirmizi telah menamakan kitabnya sebagai (Al-Jami„ Al-Mukhtasar) tetapi pentahqiq menamakannya dengan (Al-Kabir)!!!”4 Manhaj Imam Al-Tirmizi dalam kitab Al-Jami‘ Al- Mukhtasar: Imam Abu „Isa Al-Tirmizi telah menulis satu buku kecil pada bahagian akhir kitab Sunannya yang pada kebiasaannya dicetak bersama kitab Sunan Al- Tirmizi, buku ini dikenali dengan nama Kitab Al-‘Ilal, atau lebih tepat lagi disebut Kitab Al-‘Ilal Al-Soghir.5 Dalam Al-„Ilal, beliau rahimahullah ada 4 Al-‘Unwan Al-Sahih Lil-Kitab Ta‘rifuhu Wa Ahammiyatuhu Wasa’ilu Ma‘rifatihi Wa Ihkamihi Amthilatu Li Akhta’i Fihi, Dr. Hatim Syarif Al-’Awni, hal. 54, cetakan Dar ‘Alim Al- Fawa’id, Makkah Al-Mukarramah, 1419H 5 Ini kerana Imam Al-Tirmizi mempunyai satu lagi kitab ‘Ilal yang ditulis berasingan dan dikenali dengan nama Al-‘lal Al-Kabir.
  • 7. 5 menjelaskan beberapa poin-poin penting sebagai pendahuluan kepada kitab Sunannya, ini bertujuan untuk memberitahu para pembaca berkenaan apa yang telah beliau masukkan dalam Sunannya. Kitab Al-„Ilal ini sangat penting untuk kita membacanya, terutamanya bagi memahami manhaj Imam Al-Tirmizi dalam menyusun Sunannya, agar kita tidak tersalah faham atau tersilap tafsir apabila kita membaca kitab Sunan Al-Tirmizi ini. Dalam tulisan ini, penulis akan mengambil beberapa poin-poin penting daripada kitab Al-„Ilal dan juga daripada sumber-sumber yang lain untuk menerangkan manhaj Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya. Berikut adalah beberapa poin tersebut: 1- Tujuan ditulis kitab Al-Jami„ Al-Mukhtasar: Dr. Nuruddin „Itir menukilkan kata Imam Al-Tirmizi berkenaan hal ini dalam tesis kedoktorannya, kata Imam Al-Tirmizi: “(Yang) kami perkatakan dalam kitab ini (Sunan Al-Tirmizi) ialah berhubung dengan kata-kata fuqaha‟ dan „Ilal Al-Hadith (kecacatan-kecacatan hadith) kerana kami telah diminta memperkatakan masalah ini, tetapi kami telah lama tidak dapat melaksanakannya, kemudian kami laksanakannya, mudah- mudahan (kitab ini) akan memberi manfaat”6 Bahkan, tujuan penulisan kitab ini jelas dinyatakan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri melalui tajuk asal kitabnya iaitu: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al- Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih Wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ yang bermaksud „Himpunan koleksi secara ringkas daripada sunan Rasullullah dan penjelasan kesahihannya serta kecacatannya yang mana diamalkan fiqhnya‟. Dan oleh sebab itu, jika kita perhatikan dalam Sunan Al-Tirmizi, setiap hadith-hadith dalam kitab ini akan diterangkan darjat/ statusnya oleh beliau sendiri, dan jika terdapat „ilal (kecacatan) pada hadith itu, beliau akan menyebutkannya. Selain itu, beliau turut menyebutkan pendapat para ahli ilmu („ulama‟) berkenaan fiqh hadith itu setelah menyebutkan darjat/ statusnya. 2- Kesemua hadith-hadith yang terdapat dalam kitab Al-Jami„ Al-Mukhtasar adalah hadith yang kandungannya diamalkan sebahagian para ahli ilmu kecuali dua hadith, berkata Imam Al-Tirmizi: Hal ini jelas dinyatakan oleh Imam Al-Tirmizi sendiri melalui tajuk asal kitabnya iaitu: „Al-Jami‘ Al-Mukhtasar Min Al-Sunan Rasulillah Wa Ma‘rifatu Al-Sahih Wa Al-Ma‘lul Wama ‘Alayhi ‘Amal‟ yang bermaksud 6 Rujuk buku Imam Al-Tirmizi Wa Al-Muwazanah Bayna Jami‘uhu Wa Bayna Al-Sahihayn oleh Nuruddin ‘Itir, dinukil daripada buku Biografi Ulama-Ulama Hadis oleh Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar, H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa 2005, hal. 46
  • 8. 6 „Himpunan Koleksi Ringkasan daripada Sunan Rasulullah dan Penjelasan Kesahihannya serta Kecacatannya yang mana diamalkan fiqhnya‟. Melalui tajuk asal kitab yang dinamakan oleh Imam Al-Tirmizi ini, dapat kita ketahui dan fahami bahawa beliau mengumpulkan secara ringkas hadis- hadis Baginda Nabi  yang diamalkan para fuqaha‟ Salaf, tidak mengira samada ia sahih atau dha„if, iaitu hadis-hadis sahih yang diamalkan Salaf dan hadis-hadis dha„if yang diamalkan Salaf. Bahkan, hal ini lebih jelas dengan kenyataan Imam Al-Tirmizi sendiri iaitu katanya: “Segala hadith-hadith yang terdapat dalam kitab ini adalah hadith- hadith yang kandungannya diamalkan, sebahagian para ahli ilmu telahpun mengambil hadith-hadith ini, kecuali dua hadith iaitu (pertama) hadith Ibn „Abbas bahawa sesungguhnya Rasulullah  menjama„kan solat Zuhur dan „Asar, dan juga solat Maghrib dan „Isya' di Madinah bukan kerana takut atau hujan. Dan (kedua) hadith bahawasanya Rasulullah  bersabda: “Apabila seseorang meminum arak hendaklah kamu sebat, jika dia mengulanginya pada kali keempat, hendaklah kamu bunuhnya, dan aku telah pun menjelaskan kecacatan kedua-dua hadith ini dalam kitab ini”7 Dalam hal ini, Imam Al-Tirmizi kebiasannya menyebutkan setelah memberi status sesuatu hadith dalam Sunannya dengan lafaz “ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ِ‫ر‬َ‫ث‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬” (dan diamalkan (hadith ini) oleh kebanyakan ahli ilmu), atau lafaz “ َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫و‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِِّ‫َِّب‬‫ن‬‫ال‬ ِ‫اب‬َ‫ح‬ْ‫َص‬‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ِ‫ر‬َ‫ث‬ْ‫ك‬َ‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ “ (dan diamalkan (hadith ini) oleh kebanyakan ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi ), atau lafaz “ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬” (dan diamalkan (hadith ini) oleh ahli ilmu), atau lafaz “‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ِ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ “ (dan diamalkan (hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu), atau lafaz “ ِ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫و‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِِّ‫َِّب‬‫ن‬‫ال‬ ِ‫اب‬َ‫ح‬ْ‫َص‬‫أ‬ ْ‫ن‬ِ‫م‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬” (dan diamalkan (hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi ), atau lafaz “ َ‫ص‬َّ‫خ‬َ‫ر‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ُ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬” (telah memperakui (hadith ini) oleh sebahagian ahli ilmu), dan lain-lain lafaz. Dan kebiasaannya beliau akan turut memberi tahu nama ahli ilmu („ulama‟) atau mazhab atau sahabat Nabi yang beramal dengan hadith-hadith yang 7 Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal
  • 9. 7 beliau sebutkan itu, contohnya dengan lafaz “ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬َ‫و‬ُ‫ل‬َ‫م‬َ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬َ‫و‬ ٌ‫يح‬ِ‫ح‬َ‫ص‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ َ‫ق‬َ‫ح‬ْ‫س‬ِ‫إ‬َ‫و‬ َ‫د‬َْ‫َْح‬‫أ‬ ُ‫ل‬ْ‫و‬َ‫ق‬ َ‫و‬ُ‫ى‬َ‫و‬ ِ‫م‬ْ‫ل‬ِ‫ع‬ْ‫ل‬‫ا‬ ِ‫ل‬ْ‫َى‬‫أ‬ ِ‫ض‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ َ‫د‬ْ‫ن‬ِ‫ع‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ ‫ى‬َ‫ل‬َ‫ع‬” (hadith ini 'Hasan Sahih', dan diamalkan ia oleh sebahagian ahli ilmu, dan ia adalah daripada pendapat (pegangan) Ahmad dan Ishaq). Perlu difahami bahawa apabila Imam Al-Tirmizi menyebutkan sesuatu hadith itu 'diamalkan oleh sebahagian ahli ilmu', itu bererti fiqh hadith itu menjadi masalah khilaf antara „ulama‟ sama ada khilaf muktabar atau tidak. Dan apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu 'diamalkan oleh sebahagian ahli ilmu daripada kalangan Sahabat Nabi , itu bererti fiqh hadith itu adalah masalah khilaf antara sahabat sendiri (khilaf muktabar). 3- Berkenaan pendapat fiqh para Fuqaha' yang beliau sebutkan dalam kitab kitab ini (yang kebiasaannya beliau sebutkan selepas beberapa bab atau darjat hadith), kebanyakannya beliau rahimahullah mengambil daripada pendapat Sufyan Al-Thauri, Malik bin Anas, Ibn Al-Mubarak, Al-Syafi„i, Ahmad bin Hanbal serta daripada Ishaq bin Ibrahim, kata Imam Al-Tirmizi8 : 3.1) Berkenaan pandapat Sufyan Al-Thauri “Dan apa sahaja yang disebutkan dalam kitab ini daripada pendapat Fuqaha': apabila disebutkan sesuatu pendapat (fiqh) itu daripada Sufyan Al-Thauri, maka kebanyakannya diriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin „Uthman Al-Kufi (dia berkata): “Menceritakan kepada kami „Abdullah bin Musa daripada Sufyan Al-Thauri”. Dan sebahagiannya diriwayatkan kepadaku daripada Abu Al-Fadhl, Maktum bin Al-„Abbas Al-Tirmizi (dia berkata): “Muhammad bin Yusuf Al-Firyabi menceritakan kepada kami daripada Sufyan”. 3.2) Berkenaan pendapat Malik bin Anas “Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Malik bin Anas, kebanyakannya ialah apa yang diceritakan kepada kami oleh Ishaq bin Musa Al-Ansari (dia berkata): “Ma„n bin „Isa Al-Qazzaz menceritakan kepada kami daripada Malik bin Anas”. Dan apa sahaja yang berkaitan bab puasa, ia dikhabarkan kepada kami oleh Abu Mus„ab Al-Madini daripada Malik bin Anas, dan sebahagian daripada kata-kata (pendapat) daripada Malik juga adalah daripada apa yang diceritakan kepada kami oleh Musa bin Hizam (dia berkata): “Abu Maslamah Al-Qa„nabi menceritakan kepada kami daripada Malik bin Anas” 8 Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal.
  • 10. 8 3.3) Berkenaan pendapat Ibn Al-Mubarak “Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Ibn Al- Mubarak, ia adalah apa yang diriwayatkan kepada kami oleh Ahmad bin „Abdah Al-Amuli daripada para ashab (sahabat-sahabat/pengikut-pengikut) Ibn Al-Mubarak daripada Ibn Al-Mubarak sendiri, iaitu antaranya ialah apa yang diriwayatkan daripada Abu Wahab Muhammad bin Muhazim daripada Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan „Ali bin Al- Hasan daripada „Abdullah (Ibn Al-Mubarak). Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan daripada „Abdan, daripada Sufyan bin „Abdul Malik, daripada Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan daripada Habban bin Musa, daripada Ibn Al-Mubarak. Antaranya juga ialah apa yang diriwayatkan daripada Wahbi bin Zam„ah daripada Fadhalah Al-Nasawi daripada „Abdullah bin Mubarak. Dan terdapat lain-lain perawi yang namanya disebutkan (dalam kitab ini) yang turut meriwayatkan pendapat daripada Ibn Al-Mubarak. 3.4) Berkenaan pendapat Al-Syafi„i “Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Al-Syafi„i, kebanyakannya ia adalah apa yang dikhabarkan kepada kami oleh Al-Hasan bin Muhammad Al-Za„farani daripada Al-Syafi„i. Manakala, perkara yang berkaitan wudhu' dan solat, ia diceritakan kepada kami oleh Abu Al-Walid Al- Makki daripada Al-Syafi„i, dan antaranya ialah apa yang diceritakan (riwayatkan) kepada kami daripada Abu Isma„il Al-Tirmizi (dia berkata): “Yusuf bin Yahya Al-Qurasyi Al-Buwaiti (mengkhabarkan kepada kami) daripada Al-Syafi„i. Juga disebutkan dalamnya daripada Al-Rabi„ daripada Al- Syafi„i, dan sesungguhnya Al-Rabi„ telah memberi kebenaran kapada kami untuk meriwayatkannya, dan dia (Al-Rabi„) menulis (kebenaran itu) untuk kami. 3.5) Berkenaan pendapat Ahmad bin Hanbal dan Ishaq bin Ibrahim “Apabila disebutkan dalam kitab ini (pendapat fiqh) daripada Ahmad bin Hanbal dan Ishaq bin Ibrahim, ia adalah apa yang dikhabarkan kepada kami daripada Ishaq bin Mansur daripada Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq (bin Ibrahim), kecuali dalam bab haji, diyat dan hudud, di mana aku tidak mendengarnya terus daripada Ishaq bin Mansur, akan tetapi ia adalah daripada Muhammad bin Musa Al-Asamm yang mengkhabarkannya daripada Ishaq bin Mansur daripada Ahmad (bin Hanbal) dan Ishaq (bin Ibrahim). Dan sesetengah kenyataan daripada Ishaq (bin Ibrahim) juga diberitakan kepada kami oleh Muhammad bin Fulaih daripada Ishaq (bin Ibrahim). Dan perkara ini telah kami jelaskan sebaiknya dalam kitab ini…” 4- Berkenaan sumber kritikan terhadap hadith dalam kitab ini (sama ada berkaitan „Ilal Hadith, Rijal atau Tarikh), beliau telah berbincang dan
  • 11. 9 mengambilnya daripada Al-Bukhari, „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah, berkata Imam Al-Tirmizi9 : “Apabila disebutkan dalam kitab ini berkenaan „Ilal Hadith (kecacatan- kecacatan hadith), berkenaan rijal hadith, atau tarikh (sejarah), maka aku mengambilnya daripada Kitab Al-Tarikh. Kebanyakan penilaian ialah daripada pendapat yang dipegang Muhammad bin Isma„il (Imam Al- Bukhari), dan ada juga daripada pendapat „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah. Majoritinya adalah daripada penilaian yang dipegang Muhammad (bin Isma„il/ Imam Al-Bukhari), dan sedikit daripada penilaian „Abdullah bin „Abdur-Rahman dan Abu Zur„ah. Aku tidak melihat dan mengetahui sesiapapun di Iraq atau di Khurasan yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman berkenaan maksud „Ilal Hadith, Tarikhnya, serta keupayaan mengenal dan mahir dengan jalur-jalur periwayatan (sanad) yang banyak, melainkan Muhammad bin Isma„il…” 5- Istilah yang digunakan Imam Al-Tirmizi untuk menyatakan kesahihan atau kedha„ifan sesuatu hadith dalam Al-Jami‘ Al-Mukhtasarnya: Syaikh Al-Muhaddith „Abdul „Aziz Al-Tarifi telah membuat kajian terhadap istilah-istilah yang digunakan oleh Imam Al-Tirmizi dalam mensahihkan atau mendha„ifkan sesuatu hadith dalam kitab Sunannya10 , dan penulis ringkaskannya kepada tiga jenis seperti di bawah11 : 5.1) Jenis 1 Apabila Imam Al-Tirmzi (rahimahullah) berkata: 1- Hadith Hasan Sahih - ‫صحيح‬ ‫حسن‬, atau 2- Hadith Sahih Hasan - ‫حسن‬ ‫صحيح‬, atau 3- Hadith Sahih - ‫صحيح‬, atau 4- Hadith Sahih Gharib - ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫صحيح‬, atau 5- Hadith Gharib Sahih - ‫صحيح‬ ‫يب‬‫ر‬‫غ‬, atau 6- Hadith Sahih Hasan Gharib - ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫حسن‬ ‫صحيح‬ 9 Rujuk Sunan Al-Tirmizi, Muhammad bin ‘Isa Abu ‘Isa Al-Tirmizi, kitab Al-‘Ilal. 10 Dalam kitabnya Sifat Hajj Nabi, hal. 62-68 11 Kesemua jenis-jenis yang akan disebutkan penulis adalah istilah-istilah yang kebiasaannya dan kerap kali digunakan Imam Al-Tirmizi. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi istilah- istilah lain yang digunakan beliau dan memerlukan penerangan lanjut. Untuk lanjut, sila rujuk Sifat Hajj Nabi, hal. 62-68, Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Al-Tarifi.
  • 12. 10 Ini bemaksud Al-Tirmizi mensahihkan hadith dalam kebanyakan keadaan (majoriti kes). Dan tahap yang paling tinggi dalam jenis ini ialah dengan istilah “Hasan Sahih” dalam kebanyakan keadaan (majoriti kes), ini kerana kebanyakan hadith-hadith yang disebutkan Al-Tirmizi sebagai “Hasan Sahih” adalah dijumpai dalam kitab Al-Sahihayn (iaitu Sahih Al-Bukhari dan Sahih Muslim) atau salah satu daripada keduanya (iaitu sama ada dalam Sahih Bukhari atau Sahih Muslim) atau menepati syarat keduanya atau salah satu daripada duanya, atau datangnya hadith itu dengan sanad yang sahih dan kuat. Di bawah tahap “Hasan Sahih” ialah istilah “Sahih” dan ia sama dengan “Jayyid”, akan tetapi Al-Tirmizi tidak menggunakan istilah “Jayyid” bersendirian (iaitu tanpa adanya tambahan perkataan lain bersama Jayyid) kecuali pada tempatnya (keadaan yang sesuai). Penyebutan Al-Tirmizi dengan istilah “Sahih Gharib Hasan” adalah jarang digunakan dan digunakan beliau pada sejumlah kecil hadith-hadith Sahih, dan ia adalah lebih kuat daripada istilah “Gharib Hasan Sahih” di mana beliau menggunakannya (Gharib Hasan Sahih) pada sebilangan kecil hadith yang sebahagian darinya Sahih dan sebahagian darinya terdapat kelemahan. Penyebutan Al-Tirmizi dengan istilah “Gharib Hasan Sahih” adalah sama dengan istilah “Sahih Hasan Gharib” yang digunakannya. Adalah jelas bagi mereka yang mengkaji “Al-Sunan” (Sunan Al-Tirmizi) bahawa sesungguhnya Imam Al-Tirmizi tidak menggunakan istilah “Sahih Gharib” kecuali pada bahagian akhir Sunannya, dan kebanyakannya beliau gunakan pada hadith-hadith yang tidak bersangkutan hukum. Dan jelas, istilah ini adalah tahap pentashihan paling rendah daripada beliau, dan kadang-kala beliau menggunakan istilah ini pada hadith yang dilemahkan oleh Muhaddithin lainnya, dan hanya Allah yang Maha Mengetahui. 5.2) Jenis 2 Apabila Imam Al-Tirmzi (rahimahullah) berkata: ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ - “hadith Hasan” Apabila Imam Al-Tirmizi ingin menyatakan kedha„ifan pada hadith itu, beliau menggunakan istilah “Hadith Hasan”. Sesetengah pihak tertipu dengan istilah ini dan menyangka bahawa maksud istilah “Hasan” oleh Imam Al- Tirmizi adalah sama seperti yang biasa difahami umum (dalam Mustolah Hadith), akan tetapi ia tidak begitu. Apabila Imam Al-Tirmizi menggunakan istilah “Hasan”, yang dimaksudkan oleh beliau ialah hadith itu Dha„if dan Tidak Sahih.12 12 Dr. Mustafa Al-Muhammadi menyebut hal yang sama dalam tesis kedoktorannya: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin wa Al- Muta’akhkhirin (tesis yang diselia oleh guru beliau Dr. Basyar ‘Awwad sendiri) berkenaan maksud istilah "Hasan / Gharib / Hasan Gharib" di sisi Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya secara
  • 13. 11 khusus. Beliau menjelaskan hal ini berkali-kali pada banyak tempat dalam tesis PHDnya, antaranya adalah seperti di bawah: 1- Kata Dr. ‘Abdul Qadir Mustafa Al-Muhammadi: ‫أ‬‫مصطلح‬ ‫إطالق‬ ‫ن‬"‫حسن‬"‫الرتمذي‬ ‫اإلمام‬ ‫عند‬...،‫لنفسو‬ ‫خصو‬ ‫فإنو‬ ‫جامعو‬ ‫يف‬‫بو‬ ‫يد‬‫ر‬‫وي‬ ‫يطلقو‬ ‫فهو‬ ‫الضعيف‬ ‫احلديث‬ "...Sesungguhnya telah menggunakan istilah "Hasan" di sisi Al-Imam Al-Tirmizi ...dalam Jami‘ nya, sesungguhnya ia adalah istilah yang khusus disisnya, iaitu dia menggunakan dan menginginkan padanya bahawa hadith itu adalah hadith Dha‘if..." (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong, m/s 334) 2- Kata beliau lagi: ‫أنو‬ ‫خاصة‬ ‫مجيعو‬ ‫يف‬ ‫حسنو‬ ‫إذا‬ ‫باحلديث‬ ‫يد‬‫ر‬‫ي‬ ‫أنو‬ ‫سلف‬ ‫مما‬ ‫لنا‬ ‫اتضح‬ ‫وقد‬"‫معلول‬"‫ادللحق‬ ‫عللو‬ ‫يف‬ ‫بينو‬ ‫كما‬ ‫باجلامع‬ "Dan telah kita jelaskan (dalam perbincangan - pent) sebelum ini, sesungguhnya apa yang diinginkan dengan sesuatu hadith yang dihasankannya (iaitu Imam Tirmizi -pent) dalam kitab Jami‘nya (Sunan Tirmizi) secara khusus ialah bermaksud hadith itu "Ma‘lul (cacat / dha‘if - pent), sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beliau sendiri dalam ‘Ilalnya yang tercantum dalam kitab Jami‘nya (iaitu bab akhir Sunan Tirmizi -pent) - (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong, m/s 336) 3- Katanya lagi: ‫فاخلالصة‬...:‫حديث‬ ‫بأهنا‬ ‫عليها‬ ‫حكم‬ ‫إذا‬"‫حسن‬"‫أو‬"‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫حسن‬"‫أو‬"‫يب‬‫ر‬‫غ‬"،‫لو‬‫و‬‫ق‬ ‫من‬ ‫اده‬‫ر‬‫م‬ ‫وعرفنا‬: ‫أسلفناه‬ ‫كما‬‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫أو‬ ‫حسن‬:‫ادلعلول‬ ‫احلديث‬ ‫بو‬ ‫يد‬‫ر‬‫ي‬ ‫أنو‬ "Maka kesimpulannya:....apabila beliau menghukum atas sesuatu hadith itu dengan katanya "Hasan" atau "Hasan Gharib" atau "Gharib", dan telah kita jelaskan apa yang diinginkan dengan katanya: Hasan atau Gharib sebagimana yang telah disebut ialah sesungguhnya beliau mengingin akan padanya hadith itu ma‘lul (cacat/ dha‘if)- (rujuk: Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al-Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin, nukilan terpotong, m/s 336) Sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini, buku " Al-Syaz Wa Al-Munkar Wa Ziyadah Al- Thiqah: Muwazanah Bayna Al-Mutaqaddimin Wa Al-Muta’akhkhirin " ini adalah tesis PHD Syaikh Dr. Mustafa ‘Abdul Qadir Al-Muhammadi yang diselia oleh guru beliau Syaikh Dr. Basyar ‘Awwad Ma‘ruf. Maka besar kemungkinan juga tesis Dr. Mustafa al-Muhammadi ini adalah buah fikiran Dr. Basyar. Kerana dimaklumi bahawa buah fikiran penyelia sesebuah tesis akan mempengaruhi isi kandungannya.
  • 14. 12 Berikut adalah bukti untuk pernyataan ini: 1- Imam Al-Tirmizi sendiri menerangkan hal ini dalam buku „Ilal beliau: “Apabila kami sebutkan dalam Kitab ini sesuatu hadith itu sebagai “Hadith Hasan”, maka apa yang dimaksudkan kami ialah ia baik (hasan) daripada segi sanadnya yang nampak kepada kami, iaitu mana-mana hadith yang tidak terdapat dalamnya perawi yang bertaraf disyaki berdusta, dan juga hadith itu tidak Syaz”. Kenyataan Imam Al-Tirmizi ini jelas menunjukkan bahawa beliau menghadkan penggunaan istilah “Hadith Hasan” ini untuk hadith-hadith yang tidak Bahkan, Dr. Basyar dalam tahqiq beliau ke atas Tarikh Baghdad, (11/530, cetakan tahun 2000) ketika mengomentari dan mengulas sebuah hadith yang dinilai "Hasan Gharib" oleh Al-Tirmizi, kata beliau berkenaan "Hasan Gharib" di sisi Al-Tirmizi : ‫الرتمذي‬ ‫لعبارة‬ ‫للدارس‬ ‫اضح‬‫و‬ ‫ىو‬ ‫كما‬‫الرتمذي‬ ‫عند‬ ‫احلديث‬ ‫ضعف‬ ‫على‬ ‫تدل‬ ‫العبارة‬ ‫وىذه‬ "Dan ibarat (iaitu istilah "Hasan Gharib" -pent) ini menunjukkan bahawa dha‘if nya hadith di sisi Al-Tirmizi, sebagaimana yang telah jelas berdasarkan pengkajian mendalam yang telah dilakukan ke atas ibarat-ibarat yang digunakan oleh Al-Tirmizi" Dan pada Disember 2009, saya sendiri telah bertanya kepada Syaikh Dr. Basyar meminta penjelasan lanjut berkenaan ta‘liq beliau dalam Tarikh Baghdad di atas. Soalan saya kepada Syaikh Dr. Basyar: Adakah "Hasan Gharib" itu bermaksud dha‘if di sisi Al-Tirmizi? Jawab Syaikhuna Dr. Basyar ‘Awwad: ‫مفهوم‬ ،‫نعم‬"‫احلسن‬"‫برقم‬ ‫الرتمذي‬ ‫عند‬ ‫إليو‬ ‫أشرت‬ ‫الذي‬ ‫احلديث‬‫و‬ ، ‫الضعيف‬ ‫احلديث‬ ‫ىو‬ ‫الرتمذي‬ ‫عند‬ (0263)‫عليو‬ ‫تعليقي‬ ‫يف‬ ‫بينتو‬ ‫كما‬ ‫ا‬ً‫جد‬ ‫منكر‬ ‫حديث‬ ‫ىو‬.‫ى‬ ‫إليها‬ ‫توصلت‬ ‫اليت‬ ‫النتيجة‬ ‫وىذه‬‫نتيجة‬ ‫ي‬ ‫اب‬‫و‬‫للص‬ ‫ادلوفق‬ ‫اهلل‬‫و‬ ،‫الرتمذي‬ ‫لصنيع‬ ‫ائية‬‫ر‬‫استق‬ "Ya, mafhum bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah Hadith Dha‘if.. dan hadith yang telah diisyaratkan (dengan "Hasan Gharib" dalam Tarikh Baghdad -pent) oleh Al-Tirmizi (no. 3620) itu adalah hadith Munkar Jiddan sebagaimana yang telah saya jelaskan dalam ulasan dan komentar saya padanya, dan natijah (iaitu kesimpulan bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah dha‘if - pent) yang terhasil ini adalah natijah selepas pengkajian mendalam atas karya- karya Al-Tirmizi..." Maka jelas dari kenyataan Syaikh Dr. Basyar sendiri bahawa istilah "Hasan" di sisi Al-Tirmizi adalah dha‘if, walaupun saya bertanya berkenaan istilah "Hasan Gharib", namun Syaikh Basyar menjawab bahawa istilah "Hasan" itu sendiri adalah bermaksud hadith dha‘if bagi Al-Tirmizi dalam sunannya, dan natijah (kesimpulan) ini adalah berdasarkan pengkajian mendalam yang telah beliau lakukan atas karya-karya dan kenyataan Al-Tirmizi. Maka memang tidak syak lagi bahawa isi kandungn tesis PHD Syaikh Mustafa ‘Abdul Qadir Al-Muhammadi ini adalah juga buah fikiran Syaikh Basyar selaku penyelia tesis tersebut, dan beliau turut berpegang dengan pendapat yang sama.
  • 15. 13 mengandungi perawi yang bertaraf disyaki berdusta atau sesuatu hadith yang Syaz sahaja, akan tetapi beliau tidak menghadkan daripada menggunakan istilah “Hadith Hasan” ini untuk perawi yang bertaraf bawah daripada disyaki berdusta tetapi tetap dan masih lagi berada dalam daerah dan lingkungan perawi yang Dha„if (contohnya – perawi yang bertaraf Dha„if, Dha„if Jiddan, Fasiq, Su' Al-Hifzi, atau disebabkan kecacatan pada sanad seperti 'Sanadnya Tidak Bersambung', atau disebabkan „Ilal (yang tersembunyi pada sanad atau matan) dan lain-lain kecacatan yang menyababkan hadith itu Dha„if), bahkan beliau tidak menyebutkan bahawa hadith yang disebut sebagai “hadith Hasan” dalam kitabnya ini boleh digunakan sebagai hujah atau tidak. 2- Juga adalah menjadi amalan para Imam Hadith daripada kalangan huffaz Al-Mutaqaddimin menggunakan istilah “Hasan” untuk menyatakan eloknya dan istiqamahnya matan sesuatu hadith itu sahaja (Husn dan Istiqamah pada matan), walaupun daripada segi sanad hadith itu terdapat kecacatan dan tertolak. Perkara ini dapat diketahui daripada amalan dan kata-kata para Imam Huffaz Hadith Al- Mutaqaddimin itu sendiri. 3- Dan perkara ini adalah sesuatu yang sangat biasa, jelas dan diketahui umum bagi sesiapa yang mengkaji dengan mendalam akan cara dan metod Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya dan membuat perbandingan dengan penilaian, pentashihan dan kata-kata daripada Imam-Imam Mutaqaddimun yang lainnya. 4- Perkara ini juga jelas dalam pengamalan Imam Al-Tirmizi sendiri dalam Sunannnya, iaitu setelah beliau menyebutkan sesuatu hadith itu sebagai “Hadith Hasan”, beliau akan turut menyatakan kedha„ifan hadith tersebut dengan memberitahu sebab kenapa hadith itu Dha„if, atau dengan memberitahu bahawa terdapat hadith lain yang lebih terpilih. Dalam Sunannya, apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu sebagai “Hadith Hasan”, beliau akan menyambung dengan berkata: “sanadnya tidak bersambung”, atau “sanadnya tidak kuat”, atau “sanadnya bukan begitu kuat, ia lemah” dan lain-lain lafaz. Antara contohnya: a) Pada hadith berkenaan wudhu', no. 37, kata Imam Al-Tirmizi: ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ِ‫م‬ِ‫ائ‬َ‫ق‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫اك‬َ‫ذ‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ (ini “Hadith Hasan”, dan sanadnya tidak kuat) b) Pada hadith berkenaan membaca Al-Quran, no. 2917, kata Imam Al-Tirmizi: َ‫اك‬َ‫ذ‬ِ‫ب‬ ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ (ini “Hadith Hasan”, dan sanadnya bukan begitu kuat (ia lemah)
  • 16. 14 c) Pada hadith berkenaan doa masuk dan keluar masjid, hadith no. 315, kata Imam Al-Tirmizi: َْ‫َل‬ ِْ‫ْي‬َ‫س‬ُْ‫احل‬ ُ‫ت‬ْ‫ن‬ِ‫ب‬ ُ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬َ‫و‬ ٍ‫ل‬ِ‫َّص‬‫ت‬ُِ‫ِب‬ ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫و‬ ٌ‫ن‬َ‫س‬َ‫ح‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ َ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬ ُ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ َ‫د‬ْ‫ع‬َ‫ب‬ ُ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬ ْ‫ت‬َ‫اش‬َ‫ع‬ ‫ا‬ََّ‫َّن‬ِ‫إ‬ ‫ى‬َ‫ر‬ْ‫ب‬ُ‫ك‬ْ‫ل‬‫ا‬ َ‫ة‬َ‫م‬ِ‫اط‬َ‫ف‬ ْ‫ك‬ِ‫ر‬ْ‫د‬ُ‫ت‬‫ا‬ً‫ر‬ُ‫ه‬ْ‫ش‬َ‫أ‬ َ‫م‬َّ‫ل‬َ‫س‬َ‫و‬ ِ‫و‬ْ‫ي‬َ‫ل‬َ‫ع‬ ُ‫و‬َّ‫ل‬‫ال‬ ‫ى‬َّ‫ل‬َ‫ص‬ ِِّ‫َِّب‬‫ن‬‫ال‬ (Hadith Fatimah ini “Hadith Hasan”, dan sanadnya tidak bersambung, dan Fatimah bint Al-Husin tidak pernah bertemu (tidak hidup pada waktu neneknya) Fatimah binti Muhammad …) Apa yang telah disebutkan sebelum ini ialah penggunaan istilah “Hasan” oleh Imam Al-Tirmizi dalam banyak (majoriti) kes. Walau bagaimanapun, beliau terkadang turut meggunakan istilah “Hasan” untuk menyatakan kecacatan yang ada pada sanad sesuatu hadith, namun kecacatan itu tidaklah sampai menyebabkan hadith itu menjadi Dha„if, atau apabila beliau berasa tidak pasti sama ada hendak menolak atau menerima sesuatu riwayat itu, ini dapat dilihat apabila beliau pernah menggunakan istilah “Hasan” untuk hadith yang (jika disemak) turut terdapat dalam kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Contohnya, setelah meriwayatkan hadith yang menggalakkan untuk solat sunat (solat nafil) itu dilakukan di rumah, iaitu bahawa Rasulullah bersabda: “Afdal solat-solat kamu dilakukan di rumah- rumah kamu, kecuali solat wajib - ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫ت‬ َ‫ال‬َ‫ص‬ ُ‫ل‬َ‫ض‬ْ‫ف‬َ‫أ‬ِ‫يف‬َ‫ة‬َ‫وب‬ُ‫ْت‬‫ك‬َ‫م‬ْ‫ل‬‫ا‬ َّ‫َّل‬ِ‫إ‬ ْ‫م‬ُ‫ك‬ِ‫وت‬ُ‫ي‬ُ‫ب‬ – hadith no. 450”, pada hadith ini beliau menyatakan perbezaan yang terdapat dalam riwayatnya, iaitu: sesetengah meriwayatkan kata-kata itu daripada Nabi  (bersambung), dan sesetengah yang lain meriwayatkannya daripada Sahabat Nabi  (tidak bersambung). Setelah beliau menyatakan perbezaan ini, beliau menyebutkan istilah “Hasan” pada hadith tersebut, dan beliau sendiri kemudiannya mentarjihkan bahawa riwayat yang bersambung adalah lebih sahih. Sedang perbezaan itu sendiri (yang disebutkan tadi) bukanlah satu kecacatan yang merosakkan kekuatan riwayat (hadith) itu (disebut sebagai 'Ilah Ghayru Qadilah) 5.3) Jenis 3 Apabila Imam Al-Tirmizi (rahimahullah) berkata: 1- ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ - Gharib 2- ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ ‫حسن‬ - Hasan Gharib 3- ‫حسن‬ ‫يب‬‫ر‬‫غ‬ - Gharib Hasan 4- ‫بالقوي‬ ‫ليس‬ - Laysa bi l-Qawi (tidak kuat)
  • 17. 15 5- ‫بذاك‬ ‫ليس‬ ‫إسناده‬ - Isnaduhu Laysa bi Zak (sanadnya tidaklah kuat, ia lemah) 6- ‫بالقائم‬ ‫إسناده‬ ‫ليس‬ - Laysa Isnaduhu bil-Qa‟im (sanadnya tidak kuat) 7- ‫بصحيح‬ ‫إسناده‬ ‫ليس‬ - Laysa Isnaduhu bi Sahih (sanadnya tidak sahih) 8- ‫ضعيف‬ ‫إسناده‬ - Isnaduhu Dha„if (sanadnya dha„if) 9- ‫يصح‬ ‫َّل‬ - La Yasih (ia tidak sahih) 10- ‫منكر‬ ‫حديث‬ - Hadith Munkar (hadith yang tertolak/Munkar) 11- ‫بالقوي‬ ‫ليس‬ ‫فالن‬ ‫فيو‬ - Fihi Fulan Laysa bil-Qawi (pada rawi ini terdapat si Fulan yang tidak kuat) Apabila Imam Al-Tirmizi menggunakan istilah-istilah ini, ia bermaksud beliau sedang memberitahu kelemahan sesuatu hadith tersebut/ sedang mendha„ifkan hadith tersebut. Dan tahap pendha„ifan yang paling tinggi dalam kategori ini ialah istilah “Munkar” (istilah Munkar untuk hadith yang tahap paling lemah dalam sunannya, dan beliau menggunakan istilah ini sangat jarang). Istilah yang beliau gunakan lebih kerap daripada “Munkar” ialah istilah “Gharib”, diikuti dengan istilah “Hasan Gharib”, di mana ia memberi erti bahawa teks hadith itu bebas daripada kecacatan yang disebabkan oleh “kepelikan” (syuzuz, nakarah, dan gharabah), akan tetapi sebaliknya kecacatan itu terdapat pada sanad hadith tersebut, yang mungkin mempunyai „Illah (kecacatan) menyebabkan riwayat/hadith itu tertolak. Secara umumnya dan dalam majoriti kes, hadith-hadith yang disebutkan Imam Al-Tirmizi sebagai “Gharib” adalah lebih lemah daripada hadith yang disebutnya sebagai “Hasan Gharib” atau “Hasan”. Akan tetapi, hadith-hadith yang disebutnya sebagai “Hasan Gharib” adalah lebih lemah daripada hadith yang disebutnya sebagai “Hasan”. Adakalanya apabila beliau menyebutkan sesuatu hadith itu sebagai “Gharib” atau “Hasan Gharib”, beliau akan turut menjelaskan „Illah (kecacatan) yang terdapat padanya. Contohnya pada hadith yang berbunyi: “ ٌ‫يق‬ِ‫ف‬َ‫ر‬ ٍِّ‫ِب‬َ‫ن‬ ِّ‫ل‬ُ‫ك‬ِ‫ل‬ ‫ا‬َ‫م‬ْ‫ث‬ُ‫ع‬ ِ‫َّة‬‫ن‬َْ‫اجل‬ ِ‫يف‬ ِ‫ِن‬ْ‫ع‬َ‫ي‬ ‫ي‬ِ‫يق‬ِ‫ف‬َ‫ر‬َ‫و‬ُ‫ن‬ - setiap Nabi mempunyai teman (Rafiq) dan temanku di syurga ialah „Uthman” – hadith no. 3698”, setelah menyebutkan hadith ini dalam Sunannya, Imam Al-Tirmizi berkata: “ ‫ي‬ِ‫ر‬َ‫غ‬ ٌ‫يث‬ِ‫د‬َ‫ح‬ ‫ا‬َ‫ذ‬َ‫ى‬ٌ‫ب‬ – hadith ini Gharib”, dan kemudiannya beliau menyambung dengan berkata: “ - ُ‫ه‬ُ‫اد‬َ‫ن‬ْ‫س‬ِ‫إ‬ َ‫س‬ْ‫ي‬َ‫ل‬ ِ‫ط‬َ‫ق‬ْ‫ن‬ُ‫م‬ َ‫و‬ُ‫ى‬َ‫و‬ ِّ‫ي‬ِ‫و‬َ‫ق‬ْ‫ل‬‫ا‬ِ‫ب‬ٌ‫ع‬ sanadnya tidak kuat dan ia terputus”.
  • 18. 16 Terdapat banyak lagi contoh-contoh dalam hal ini dan penulis tidak berniat untuk menyebutkan kesemuanya. Juga penggunaan istilah “Hadith Munkar” dan “La Yasih” adalah sangat jarang digunakan Imam Al-Tirmizi dalam Sunannya, dan hadith yang dinyatakan oleh beliau sebagai “Munkar” dan “La Yasih” adalah daripada kelompok hadith-hadith yang sangat sangat tertolak (Munkar Jiddan) dan Palsu (Batil). Pandangan ‘ulama’ terhadap Al-Jami‘ Al-Mukhtasar susunan Imam Al-Tirmizi: Berkata Imam Al-Tirmizi: “Setelah aku siapkan kitabku ini (Sunan Al- Tirmizi), aku bentangkan kepada „ulama‟-‟ulama‟ Hijaz, Iraq, dan Khurasan, mereka semua menerima kitab ini” 13 Menurut Al-„Allamah Thasy Kubra, Imam Al-Tirmizi (rahimahullah) mempunyai banyak karya, tetapi Sunan Al-Tirmizi merupakan kitab beliau yang paling bernilai. Banyak memberikan faedah, susunannya sangat menarik, tidak banyak berulang. Kitab ini mempunyai keistimewaan daripada segi menyebutkan mazhab-mazhab (iaitu mazhab fiqh bersesuaian dengan hadith-hadith yang disebutkan) dan cara mengambil dalil, menerangkan nilai (status) bagi setiap hadith sama ada ia Sahih, Hasan, dan Gharib14 , ada menyentuh masalah Jarh wa Ta„dil15 . Pada akhir Sunan Al-Tirmizi terdapat satu tajuk yang dinamakan “Kitab Al- „Ilal” yang sangat berfaedah dan tidak dapat dinafikan oleh mereka yang mengkajinya”16 . 13 Rujuk Tahzib Al-Thazib (389:9), dinukil daripada bahagian muqaddimah tahqiq kitab Sunan Al-Tirmizi oleh Ahmad Muhammad Syakir, cetakan Dar Ihya’ Turath Al-‘Arabi, Beirut. Edisi CD-Rom Maktabah Syamilah, version 1. 14 Maksud istilah-istilah ini telah kita bincangkan dalam tulisan ini. 15 Jarh wa Ta‘dil: salah satu bidang dalam ilmu hadith, satu ilmu yang mengkaji para rijal (perawi) hadith dalam menentukan kedudukan dan status mereka dalam satu periwayatan hadith, sama ada boleh diterima atau tidak. Ilmu ini bermula sejak penghujung zaman sahabat dan terus berkembang demi membezakan antara periwayat hadith yang benar-benar diyakini kebenarannya dan ketepatannya. Ilmu ini amat amat mendalam dan berkembang dengan hebat pada zaman kegemilangan hadith iaitu sekitar kurun kedua dan ketiga Hijrah. 16 Rujuk Biografi ‘ulama’-’ulama’ Hadith, Prof. Madya Dr. Ariffin bin Omar & H.M Yusuf Sinaga Lc, cetakan Jahabersa, Malaysia 2005. hal. 47
  • 19. 17 Antara kitab-kitab yang mensyarahkan Al-Jami‘ Al- Mukhtasar Al-Tirmizi: Terdapat banyak kitab-kitab yang mensyarahkan Sunan Al-Tirmizi, antaranya: 1- ‘Aridh Al-Ahwazi Fi Syarh Al-Tirmizi, oleh Al-Hafiz Abu Bakr Muhammad bin „Abdullah Al-Syibili (543H). 2- Al-‘Arf Al-Syaza ‘Ala Jami‘ Al-Tirmizi, oleh Siraj Al-Din „Umar bin Ruslan Al-Bulqini Al-Syafi„i (805H). 3- Qut Al-Mughtazi ‘Ala Jami‘ Al-Tirmizi, oleh Al-Suyuti (911H). 4- Al-Tib Al-Syazi Fi Syarh Al-Tirmizi, oleh Isyfaq Al-Rahman Kandahlawi. 5- Tuhfah Al-Ahwazi Li Syarh Jami‘ Al-Tirmizi, oleh „Abdul Rahman Al-Mubarakfuri 6- Miftah Al-Kunuz Al-Tirmizi, oleh Muhammad Fu‟ad Abd Al-Baqi„. Sekian, moga penulisan yang serba ringkas dan lemah ini dapat memberi manfaat in sya‟a Llah. Allahu a„lam. Selesai. Muhammad Fathi bin Ali 16 Muharram 1432H 22 Disember 2010M Iskandariah, Mesir