Usul, fiq, tasawuf ringkas

1,106 views

Published on

0 Comments
1 Like
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
1,106
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
2
Actions
Shares
0
Downloads
13
Comments
0
Likes
1
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Usul, fiq, tasawuf ringkas

  1. 1. 1Bab 1 : Memahami Konsep TauhidPengertian TauhidMengesakan Allah, tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifatkesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .Pengertian ImanKeyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengananggota.Rukun ImanPercaya kepada AllahSifat AllahWajib Mustahil Harus20 Lawan sifat 20 1Percaya kepada MalaikatMalaikat yang wajib dipercayaisecara tafsiliJibril Menyampaikan wahyuMikail Membawa rezekiIsrafil Meniup sangkakalaIzrail Mencabut nyawaMunkar Menyoal mayat di dalamkuburNakir Menyoal mayat di dalamkuburRaqib Mencatat amalan kebajikanAtid Mencatat amalan kejahatanMalik Menjaga pintu nerakaRidwan Menjaga pintu syurgaPercaya kepada KitabKitab SamawiAl-Quran Injil Zabur TauratMuhammad BahasaArabIsa BahasaSiryaniDaud BahasaQibtiMusa BahasaIbraniPercaya kepada Rasul1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh6.Ibrahim7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Yaqub11.Yusuf12. Ayub 13.Syuaib14. Harun 15. Musa16.Ilyasa17.Zulkifli18. Daud 19.Sulaiman20. Ilyas21.Yunus22.Zakaria23.Yahya24. Isa 25. MuhammadS.A.W.
  2. 2. 2Percaya kepada Hari Akhirat59. Sesungguhnya hari kiamat tetap akan datang, tidak ada sebarang syak tentang kedatangannya;akan tetapi kebanyakan manusia tidak beriman (akan hakikat itu).-Al Mu „min.Percaya kepada Qadha‟ dan Qadaro Erti Qadha adalah perlaksanaan setiap satu perkarao Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkarao Oleh itu percaya kepada Qadha dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi ituadalah kehendak dan ketentuan AllahBab 2 : Permulaan Ilmu TauhidMabadi ( Permulaan ) Ilmu TauhidPerkataan Mabadi itu bahasa Arab jama daripada perkataan mabda Bererti : Punca , mulaterbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca ataubelajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluhperkara :1) Nama ilmu ini :Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu Aqaid, Ilmu sifat dan Al-Iman.2) Tempat ambilannya :Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.3) Kandungannya :Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan, kepercayaankepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau ikatan kepercayaandengan segala dalil-dalil supaya diperolehi Iktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang manaia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana kepercayaan tersebut.4) Tempat bahasannya ( Maudhunya )kepada empat tempat :Pertama : Pada zat Allah Taala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahilatasNya dan sifat yang harus padaNya.Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang mustahilatasNya dan sifat yang harus padanya.Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi dalil danbukti atas wujud yang menjadikannya.Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar daripadaperkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,nerakadan lain-lain tentang hari Qiamat.
  3. 3. 35) Faedah Ilmu Tauhid :Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan hidupdi dunia dan di akhirat yang kekal.6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.7) Yang menghantarkan :Imam Abu Hasan Al-Asyari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertamamenerima ilmu Tauhid daripada Allah Taala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali ialahSaidina Muhammad s.a.w.8) Hukumnya :Fardhu Ain atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-sifat Allahs.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) bersertadengan dalil ijmal. Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .9) Kelebihannya :Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menuruthadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripadamengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah telahdifardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukukselama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya." ( Riwayat Hakim )10) Kesudahan ilmu ini :Iaitu dapat membezakan di antara aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.Bab 3: Hukum AqalSesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum aqal dan bahagiannya.Pengertian Hukum Aqal :Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikansuatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba padamenetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yangdiperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syarie ).Pengertian Aqal :Adalah Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itumanusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yangberkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dandaripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan kepada manusia.Aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga tidakboleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada aqal. Dan di antara
  4. 4. 4keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( Aqal berhajat kepada Syarak dan Syaraberhajat kepada Aqal ) .Bahagian Hukum Aqal :Adalah hukum aqal itu terbahagi kepada tiga :1) Wajib Aqli iaitu perkara yang tiada diterima aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti menerimaada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allahs.w.t bersifat qidam.2) Mustahil Aqli iaitu perkara yang tidak diterima aqal akan adanya , hakikatnya mesti tiada . Yangdemikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itubersifat baharu.3) Harus Aqli iaitu perkara yang diterima aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya bolehmenerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak atau diam.Bahagian Wajib Aqli :Adalah wajib aqli terbahagi dua :1) Wajib aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada berkehendakkepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .2) Wajib aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan berkehendak kepadafikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu sepertimenghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini berserta dengan bahasan dandalil-dalilnya.Bahagian Mustahil Aqli :Adalah Mustahil Aqli terbahagi dua :1) Mustahil Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak kepada bahasandan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripadatiga.2) Mustahil Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan berkehendak kepadafikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu sepertimenghukumkan tiada terima aqal ada yang mensyirik bagi Allah s.w.t. maka dengan itu aqalmenghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasandengan mendatangkan dalil.Bahagian Harus Aqli :Adalah Harus Aqli itu terbahagi dua :1) Harus Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada dengan tidakberkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang ituadakalanya ia bergerak atau diam .2) Harus Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh denganberkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaranpahala kepada orang yang tidak beramal , maka aqal menghukumkan hal itu adalah harus
  5. 5. 5melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t.memberikan seperti itu .Bab 4 : Kejadian AlamSesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia dapatpetunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan sebagainyamaka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yangmembuatnya dan yang mengadakannya.Maka dengan itu kita beri‟tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinyamelainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang yangmembuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasamembuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannyatetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta kekuatanyang dianugerahkan oleh Allah Taala. Maka kita menyedari bahawa Allah Ta‟ala adalah MahaSempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada manusia, bulan,matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dansempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal, bertutur,mendengar dan lain-lain sifat lagi.Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk yang manasemua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiadatolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa yang MahaSempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang Maha Sucidari segala sifat kekurangan.Sesungguhnya dari Kaedah Syar‟iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan alamini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala sifat yang MahaSuci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNyasentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan. ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul GhaniYahya )Bab 5 : Mengenal Allah S.W.T.1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNyadan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma „ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi.Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.
  6. 6. 63. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan berpegangoleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t bersifat dengansifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil atasNya bersifatdengan apa-apa jua sifat kekurangan.2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa beriktiqad danberpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan akal) dan dalil naqli(dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan iktiqad yang putus dengan dalilaqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satudaripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli SunnahWal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar(Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan Yahudi.3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan denganAhli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka dinamakan taqlid.5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, makapara ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orangbertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang muktamad orang yangbertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan dihukum mukmin yang menderhaka(jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang derhaka).6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil danketerangan.7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-1) Taqlid Jazam (putus)- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah. Maka taqlidini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai iktiqad yang jazam (putus).2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya.Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya dengan syak,zhan atauwaham(tiada putus).8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dantergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang diikutinyaseperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah mereka.9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supayaterlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahlibida‟ah.
  7. 7. 710. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina yang tiadalayak pada seseorang manusia. Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )Bab 6 : Sifat 20Sifat dua puluh merupakan sistem pengenalan terhadap Allah s.w.t yang sangat mudahsekali, kerana menghafalnya lebih mudah dari menghafal al-Qur`an, para sahabat Rasul telahmenghafal al-Qur`an, jadi di dalam al-Qur`an sendiri telah disebut sifat-sifat Allah, dengan maknalain mereka telah menghafal sifat-sifat Allah melalui al-Qur`an, jadi jika umat Islam di suruh untukmenghafal sifat 20 dengan dalil Naqli ( al-Qur`an dan Hadis ) dan akal itu lebih mudah dari padamenghafal seluruh al-Qur`an.Sifat-sifat Allah terlalu banyak sekali, baik disebutkan didalam al-Qur`an mahupun didalamhadis Rasul, jadi jika umat Islam di suruh untuk menghafal seluruh sifat -sifat yang ada, inimerupakan sesuatu yang memberatkan bagi umat Islam, sementara pengajian sifat dua puluhmemudahkan umat Islam dengan menyebutkan sifat-sifat yang paling berpengaruh dari seluruhsifat-sifat yang lainnya, sebab jika sifat 20 ini tidak ada, maka sifat-sifat yang lain pun tidak akanada pula, sebab itulah sifat-sifat Allah yang lain itu bergantung kepada sifat 20, dengan makna jikasifat wujud Allah tidak ada maka sifat pengampun, pemurah, penyayang dan lain-lainnya juga tidakada, jika sifat qidam Allah tidak ada maka sifat menciptakan, memberi, kuat dan lain-lainnya jugatidak akan ada.Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahuidengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :1. Wujud : Ertinya AdaIaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Taala yang tiada disebabkan dengan sesuatusebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi bukan iaain maujud dan bukan lain daripada ain maujud , maka atas qaul ini adalah wujud itu Haliyyah (yang menepati antara ada dengan tiada) .Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu ain Al-maujud , kerana wujuditu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawawujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam duniaini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya berkatamereka itu Allah yang menjadikan……………"( Surah Luqman : Ayat 25 )Sifat Wujud ini mesti ada pada tuhan yang di sembah jika tidak ada maka dia tidak berhakdianggap tuhan, sementara dalil yang di petik darial-Qur`an adalah :-Ertinya : Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan ( ke dalamrahim )? ( 58 ) Adakah kamu yang menciptakannya atau kami yang menciptakannya? ( 59 )Kamilah yang menentukan kematian diantara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkanatau dilemahkan ( 60 ).
  8. 8. 82. Qidam : Ertinya SediaPada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikantiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Taala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu, makahukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilahia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaituAzali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatuyang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim ituazali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadimdengan nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Taala )2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Taala )3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada anak )4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun ) Maka Qadim Haqiqi (Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah Taala.Allah s.w.t bersifatkan qadim maksudnya wujud Allah s.w.t tidak didahului oleh tiada, jikasesuatu didahului oleh tiada maka sesuatu itu tidak boleh disebut tuhan. Dalilnya :Ertinya : Dia-lah yang awal dan yang akhir ( al-Hadid 3 ).Tidak semestinya jika al-Qur`an tidak menggunakannya untuk sifat Allah berarti tidak bolehgunakan, selama maksud sifat itu terdapat didalam al-Qur`an dan telah menjadi istilah yang diterima oleh ulama maka sifat itu boleh digunakan, sebab Imam Abu Hanifah, Imam Tohawi dan lain-lainnya juga menggunakan kalimat ini. Sifat qidam juga telah di riwayatkan di Imam Ibnu Majah,Imam al-Hakim didalam Mustadrak, juga terdapat didalam sunan Ab Daud.3. Baqa : Ertinya KekalSentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikanada kesudahan bagi wujud Allah Taala. Adapun yang lain daripada Allah Taala , ada yang kekaldan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang sebenar )Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh,Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).Allah berfirman :Ertinya : Dan kekallah Zat Tuhan mu yang memiliki kebesaran dan kemuliaan. ( ar-Rahman 27 ).Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat danQudrat dan Iradat Allah Taala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa melainkanajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah benih anak Adamketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang syahidberjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini nyatalah perkara yangdiiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga bahagian :1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-lain lagi.
  9. 9. 93) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang diatastadi ( Kedua ).4. Mukhalafatuhu Taala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Taala dengan segala yangbaharu.Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah ada atau yang belumada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Taala menyerupai dengan yang baharu padazatnya, sifatnya atau perbuatannya.Sesungguhnya zat Allah Taala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekalizatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan , tiadaberpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Taala itu tiadabersamaan dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Taala itu qadim lagi azali dan melengkapitaaluqnya. Sifat Sama ( Maha Mendengar ) bagi Allah Taala bertaaluq ia pada segala maujudattetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di dalam Al-Quraandan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kitaiktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Taala Yang Maha Suci daripada berjisimdan Maha Suci Allah Taala bersifat dengan segala sifat yang baharu.11. …..tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar danMelihat.(As-Syura: 11)5. Qiamuhu Taala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Taala dengan sendirinya. Tidakberkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak berkehendak kepada yangmenjadikannyaMaka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak kepada tempat berdiridan kepada yang menjadikannya. Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu samaada pada perbuatannya atau hukumannya. Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu danmengadakan undang-undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada sekalianmakhluk.Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana kelebihan dan belaskasihannya bukan berhajat kepada faedah. Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apamanfaat di atas ketaatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi mudarat kepada Allah Taalaatas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya. Apa yang diperintahkan atau ditegahpada hamba-hambanya adalah perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-nya jua.Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya itu pada dirinya jua danbarangsiapa berbuat jahat maka bala-sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".( Surah Fussilat : Ayat 46 )Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan nisbah berkehendakkepada tempat dan kepada yang menjadikannya, terbahagi kepada empat bahagian :1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi- kannya iaitu zat Allah s.w.t.2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya iaitu segala aradh ( segalasifat yang baharu ).
  10. 10. 103) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak kepada yang menjadikannya iaitu segalajirim. ( Segala zat yang baharu ) .4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah Taala.6. Al – Wahdaniyyah.Ertinya : EsaEsa Allah Taala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan. Maka hakikatnya ibarat daripadamenafikan berbilang pada zat , pada sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil (yang berhubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada Zat ( menafikanbilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat Allah Taala tersusun daripada darah ,daging , tulang ,urat dan lain-lain. Menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yangbercerai pada zat Allah Taala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat Allah Taala.Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada Sifat ( menafikanbilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak sekali-kali bagi Allah Taala pada satu-satu jenissifatnya dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan–bilangan yangbercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yangMaha Sempurna.Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam Muttasil pada perbuatan (menafikan bilangan yang bercerai–cerai pada perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lainmenyamai seperti perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semuanyaperbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan hakikatnya seperti iman dan taatatau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur dan maksiat sama ada perbuatan dirinyaatau perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali hambamempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.Maka wajiblah bagi Allah Taala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam yang lima ituiaitu :1) Kam Muttasil pada zat.2) Kam Munfasil pada zat.3) Kam Muttasil pada sifat.4) Kam Munfasil pada sifat.5) Kam Munfasil pada perbuatan.Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain menyamai dengan zat ,sifat dan perbuatan Allah s.w.t .Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawakepada menyengutukan Allah Taala dan perkara-perkara yang menjejaskan serta merosakkaniman.7. Al – Qudrah. Ertinya: peKuasaKuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan meniadakan tiap-tiap sesuatu.Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit (tetap) berdiri pada zat Allahs.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju denganiradah.
  11. 11. 11Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakanatau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu. Kepercayaan daniktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai fikiran dan fahaman seterusnya membawaberbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.1) Iktiqad Qadariah :Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akansegala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit atauberpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada bersangkut-pautdengan kuasa Allah s.w.t.2) Iktiqad Jabariah :Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yangberiktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata ( tiadausaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ).3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal – Jamaah :Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi danperjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata dantidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di sengajapada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas sebenarnya sengajahamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahirdan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah tempat pergantungan taklif (hukum)ke atasnya dengan suruhan dan tegahan ( ada pahala dan dosa ).8. Al – Iradah. Ertinya : MenghendakiMenghendaki Allah Taala. Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atautiadanya. Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada Zat Allah Taala yangmenentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus atas mumkin . Maka Allah Taalayang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang diperbuatnya.Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalahdengan mendapat ketentuan daripada Allah Taala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya ,miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib ( bahagian ) didalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :" Janganlah kamu lupakan nasib (bahagian) kamu di dalam dunia ".(Surah Al – Qasash : Ayat 77)Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh untuk kemajuan di dunia danakhirat di mana menjunjung titah perintah Allah Taaladan menjauhi akan segala larangan dantegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.9. Al – Ilmu. Ertinya : MengetahuiMengetahui Allah Taala. Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama adayang Maujud (ada) atau yang Maadum ( tiada ). Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit )qadim lagi azali berdiri pada zat Allah Taala.
  12. 12. 12Allah Taala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara Itu tersembunyi ataurahsia dan juga yang terang dan nyata. Maka Ilmu Allah Taala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatudi Alam yang fana ini.10. Al – Hayat .Ertinya : HidupHidup Allah Taala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zatAllah Ta‟ala. Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )Iaitu : sifatqudrat , iradat , Ilmu , Sama‟ Bashar dan Kalam.11. Al - Samu’ : Ertinya : peDengar Allah Taala.Mendengar Allah Taala. Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiripada Zat Allah Ta‟ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yangmaujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau telah adaatau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh , bising , bersuara, tidak bersuara dan sebagainya. Allah Taala Maha Mendengar akan segala yang terang dan yangtersembunyi. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :"Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".(Surah An-Nisaa - Ayat 148)12. Al – Bashar : Ertinya : peLihatMelihat Allah Taala .Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiripada zat Allah Taala. Allah Taala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat olehmanusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan sebagainya.Firman Allah Taala yang bermaksud :" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".( Surah Ali Imran - Ayat 163 )13 . Al – Kalam : Ertinya :peKataBerkata-kata Allah Taala. Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali,berdiri pada zat Allah Taala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang wajib, makaia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".( Surah Taha - Ayat 14 )Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :"...( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Taala yang ketiga daripada tiga...". (Al-Maidah - 73 )Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud :"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu".(Ash. Shaffaat- 96 )Kalam Allah Taala itu satu sifat jua tiada berbilang.Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandangdari perkara yang dikatakan iaitu :1) Menunjuk kepada amar ( perintah ) seperti tuntutan mendirikan solat dan lain-lain kefarduan.2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun dan lain-lain.4) Menunjuk kepada waad ( janji baik ) seperti orang yan taat dan beramal soleh akan dapatbalasan syurga dan lain-lain.
  13. 13. 135) Menunjuk kepada waud ( janji balasan seksa ) seperti orang yang menderhaka kepada ibubapaakan dibalas dengan azab seksa yang amat berat.14. Kaunuhu Qadiran :Ertinya keadaan Allah Taala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan. Hakikatnyaiaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala , tiada ia maujud dan tiada ia maadum , iaitu laindaripada sifat Qudrat.15.Kaunuhu Muridan :Ertinya keadaan Allah Taala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala , tiada ia maujud dan tiada ia maadum ,iaitu lain daripada sifat Iradat.16.Kaunuhu Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Taala Yang Mengetahui akan Tiap-tiapsesuatu.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala , tiada ia maujud dan tiada iamaadum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Taala Yang Hidup.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala, tiada ia maujud dan tiada iamaadum , iaitu lain daripada sifat Hayat.18.Kaunuhu Samian : Ertinya : Keadaan Allah Taala Yang Mendengar akan tiap-tiap yangMaujud.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala, tiada ia maujud dan tiada iamaadum, iaitu lain daripada sifat Sama.19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Taala Yang Melihat akan tiap-tiap yangMaujudat ( Benda yang ada ).Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala, tiada ia maujud dan tiada iamaadum , iaitu lain daripada sifat Bashar.20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Taala Yang Berkata-kata.Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Taala, tiada ia maujud dan tiada iamaadum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.Bab 7 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.tWajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadilawan daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sinisifat-sifat yang mustahil satu-persatu :1. „Adam beerti “tiada”2. Huduth beerti “baharu”3. Fana‟ beerti “binasa”4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”
  14. 14. 145. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”6. Ta‟addud beerti “berbilang-bilang”7. „Ajz beerti “lemah”8. Karahah beerti “terpaksa”9. Jahl beerti “jahil/bodoh”10. Mawt beerti “mati”11. Samam beerti “tuli”12. „Umy beerti “buta”13. Bukm beerti “bisu”14. Kaunuhu „Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”19. Kaunuhu A‟ma beerti “keadaannya yang buta”20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.tAdalah sifat yang harus pada hak Allah Ta‟ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allahmengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkinialah sesuatu yang harus ada dan tiada.(Rujukan Buku: Tauhid Dalam Tasauf, Penulis: Jihad, Terbitan: Edaran Proaktif Sdn.Bhd. Cetakanpertama 2005).
  15. 15. 15Fikah Ibadah.Bab 1 : Taharah / Bersuci1. Definisi :i) Dari segi bahasa : Suci dan bersihii) Dari segi istilah syarak : Suci dan bersih daripada najis atau hadas.2. Taharah ialah anak kunci dan syarat sah salat.3. Hukum taharah ialah WAJIB di atas tiap-tiap mukalaf lelaki dan perempuan.4. Dalil naqli tentang suruhan bersuci adalah sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anfal, ayat 11 yang bermaksud :" Dan (ingatlah ketika) Dia menurunkan kepada kamu hujan daripada langit untuk mensucikankamu dengannya... "Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, bermaksud:" Agama islam itu diasaskan di atas kebersihan"5. Tujuan taharah ialah bagi membolehkan seseorang itu menunaikan solat dan ibadah-ibadahyang lain.6. Hikmah disuruh melakukan taharah ialah kerana semua ibadah khusus yang kita lakukan ituadalah perbuatan mengadap dan menyembah Allah Taala. Oleh itu untuk melakukannya, makawajiblah berada di dalam keadaan suci sebagai mengagungkan kebesaran Allah s.w.t. .7. Faedah melakukan taharah ialah supaya badan menjadi bersih, sihat dan terjauh daripadapenyakit serta mendatangkan kegembiraan kepada orang yang melaksanakannya.8. Syarat wajib taharah ialah :IslamBerakalBalighMasuk waktu ( Untuk mendirikan solat fardhu ).Tidak lupaTidak dipaksaBerhenti darah haid dan nifasAda air atau debu tanah yang suci.Berdaya melakukannya mengikut kemampuan.9. Taharah adalah sebagai bukti bahawa Islam amat mementingkan kebersihan dan kesucian.10. Ahli fiqh bersepakat mengatakan harus bersuci dengan air yang suci (mutlaq) sebagaimanafirman Allah:
  16. 16. 16025.048Maksudnya :"Dialah yang meniupkan angin (sebagai) pembawa khabar gembira dekat sebelum kedatanganrahmat-Nya (hujan); dan Kami turunkan dari langit air yang amat bersih "11. Selain itu, harus menggunakan kertas atau batu ketika beristinja dan tanah atau debu tanahsebagai ganti air bagi mengharuskan solat yang dikenali sebagai tayammum.12. Jelasnya, alat–alat untuk bersuci itu ialah:Air mutlaq, iaitu air semata-mata tanpa disertakan dengan sesuatu tambahan atau sesuatusifat. Air mutlaq ini terbahagi kepada beberapa bahagian:o Air yang turun daripada langit. Ia terbahagi kepada tiga, iaitu air hujan, air salji yangmenjadi cair dan air embun.o Air yang terbit daripada bumi. Ia terbahagi kepada empat, iaitu air yang terbit daripadamata air, air perigi, air sungai dan air laut.Tanah, boleh menyucikan jika tidak digunakan untuk sesuatu fardhu dan tidak bercampurdengan sesuatu. Firman Allah:004.043“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedang kamu dalam keadaan mabuk,sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula menghampiri masjid) sedang kamudalam keadaan berjunub), terkecuali sekadar berlalu sahaja, hingga kamu mandi. Dan jika kamusakit atau dalam bermusafir atau kembali dari tempat buang air atau kamu telah menyentuhperempuan, kemudian kamu tidak mendapat air, maka bertayamumlah kamu dengan tanah yangbaik (suci); sapulah mukamu dan tanganmu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi MahaPengampun. ” (Surah Al-Nisa‟, 4:43)3. Samak, iaitu membuang bahan-bahan lebihan yang melekat pada kulit dan yang merosakkannyasekira-kira jika direndam atau dibasuh dengan air sesudah disamak, maka kulit itu tetap tidak busukatau rosak.4. Takhallul, iaitu arak bertukar menjadi cuka tanpa dimasukkan sesuatu bahan ke dalamnya.Rujukan Kitab :1) Kitab Mattlaal Badrain oleh Syeikh Muhammad bin Daud Al-Fatani2) Ringkasan Ibadah oleh Ibnu Rahmat .3) Kitab Minhajul Muslim oleh Abu Bakar Jabir Al-Jazairi .4) 4) Fiqh Syafii oleh Hj.Idris Ahmad S.H.
  17. 17. 17Bab 2: NajisPENGERTIAN NAJISDari segi bahasa, najis bererti benda kotor seperti darah, air kencing dan tahi.Dari segi syara`, najis bermaksud segala kekotoran yang menghalang sahnya solat.PEMBAHAGIAN NAJISNajis dari segi „ainnya terbahagi kepada dua:1. Najis haqiqiyy, iaitu benda kotor sama ada beku atau cair dan sama ada dapat dilihat atau tidak.Ia terbahagi kepada tiga:i. Mughallazah (berat), iaitu anjing, khinzir dan yang lahir daripada kedua-duanya atau salahsatunya.ii. Mukhaffafah (ringan), iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang tidak makan selain menyusu danbelum mencapai umur dua tahun.iii. Mutawassitah (pertengahan), iaitu selain dari dua jenis di atas seperti darah, nanah, tahi dansebagainya.Semua bangkai binatang adalah najis kecuali ikan dan belalang. Kulit bangkai binatangmenjadi suci apabila disamak kecuali kulit khinzir, anjing dan yang lahir daripada kedua-duanyaatau salah satunya.2. Najis hukmiyy, iaitu kekotoran yang ada pada bahagian tubuh badan iaitu hadath kecil yangdapat dihilangkan dengan berwudhu‟ dan hadath besar (janabah) yang dapat dihilangkan denganmandi, atau tayammum apabila ketiadaan air atau uzur daripada menggunakan air.Bahagian NajisNajis „Aini Dan Najis Hukmi. Najis terbahagi kepada dua bentuk, iaitu najis „aini dan najishukmi.Pertama: Najis „aini, iaitu dzat („ain) najis tersebut atau sifatnya;iaitu rasa, warna dan bau yang boleh dikesan dengan pancaindera. Kedua: Najis hukmi, iaitu dzat(„ain) najis dan sifatnya yang tidakboleh dikesan dengan pancaindera, oleh sebab tersembunyi,tidakkelihatan atau hilang kesan najis tersebut; seperti air kencing yangtelah keringCara Membersihkan Najis ‘Aini Dan HukmiCara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yangmampat (bukan jenis cecair) yang terkena najis adalah sepertiberikut:
  18. 18. 181. Najis ‘AiniSesuatu bahagian atau tempat yang terkena selain najismughallazhah (anjing dan babi), caramembersihkannya ialahmenghilangkan dzat najis tersebut terlebih dahulu. Kemudiandiikuti dengan cucian atau basuhan (jirusan) menggunakan airmuthlaq yang menghilangkan ataumenghapuskan sifat najis iaiturasa, warna dan bau. Jika perlu menggunakan seumpama sabundan dia mampu mengadakannya, maka hendaklah digunakan.Manakala sesuatu bahagian atau tempat yang terkena najismughallazhah (anjing dan babi), makacara membersihkannya ataumenyucikannya ialah dengan cara menyertu. Caranya ialahbahagian yang terkena najis itu hendaklah dibasuh sebanyak 7 kalidengan air muthlaq, salah satudaripadanya hendaklah air yangbercampur dengan tanah yang suci dengan kadar sekira-kira keruhair tersebut. Perlu juga diingat, jika masih terdapat dzat najis, makahendaklah terlebih dahuludihilangkan dzat najis itu kemudianbarulah dilakukan sertu.Perkara ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh AbuHurairah Radhiallahu „anhu, RasulullahShallallahu „alaihiwasallam bersabda:Maksudnya: “Apabila anjing menjilat pada bejana salahseorangdi antara kamu, maka cucilah ia dengan tujuh kali cucian, salahsatunya (air) yang bercampur dengan tanah.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)Keadaan yang dituntut untuk menyertu sesuatu bahagian atautempat yang terkena najismughallazhah ialah apabila salah satuatau kedua-dua pihak itu dalam keadaan basah, sama adakeranamenyentuh atau tersentuh najis tersebut atau suatu bahagian atautempat itu menjadi najis disebabkan olehnya.2. Najis HukmiCara membersihkan atau menyucikan bahagian atau tempat yangterkena najis hukmi, iaitu yangtidak lagi didapati dzat dan sifat(bau, rasa dan warna) najis, seperti kencing yang telah kering, ialahmemadai dengan menjirus (mengalirkan) air ke atasnya sebanyaksatu kali jirusan. Memadai, yakniterhasil, kebersihan dan kesucianbahagian atau tempat yang terkena najis itu walaupun tanpadilakukan oleh sesiapa (pelaku), umpama bahagian atau tempat itudijirus atau disirami oleh airhujan.Manakala cara menyucikan najis hukmi daripada jenis najismughallazhah yang sudah hilangdzat dan sifatnya ialah dengancara menyertu sepertimana yang telah dijelaskan terdahulu.Kesan Najis „Aini Sukar Dihilangkan Atau DihapuskanDalam keadaan tertentu, walaupun dzat najisitu dapat dihilangkan,namun kadang-kala terdapat kesukaran untuk menghilangkankeseluruhan kesan atau sifat najis, seumpama kesan warna darahdan bau arak yang sukar untukdihilangkan.Jika ini yang berlaku, memadailah dengan menghilangkan duadaripada tiga sifat najis, umpamanyarasa dan warna atau rasa danbau. Akan tetapi hendaklah digosok dengan bersungguh-sungguhterlebih dahulu bahagian atau tempat yang masih ada kesan bauatau warna dengan air sebanyak
  19. 19. 193 kali. Setelah dilakukansedemikian dan masih juga terdapat bau atau warna najis,sekalipun daripada najis mughallazhah, maka bahagian atau tempatitu dianggap sudah bersih atausuci. Sekiranya dia berupaya untukmenghilangkan kesan najis tersebut selepas itu, maka tidakwajibke atasnya lagi untuk menghilangkannya.Adapun sifat „rasa‟ daripada najis tersebut, mestilahdihilangkan,kecuali jika terdapat keuzuran, maka ia adalah dimaafkan. Maksudkeuzuran di sini rasanajis itu tidak hilang melainkan dengandipotong bahagian yang terkena najis itu. Sekiranyakemudiandaripada itu dia berupaya untuk menghilangkan „rasa‟ najistersebut, maka wajibmenghilangkannya.Manakala dalam menentukan rasa dan bau najis tersebut sudahhilang atau belum, adalahmemadai dengan adanya sangkaan yangkuat bahawa rasa dan bau najis itu sudah hilang danianya tidakwajib diuji dengan merasanya ataupun menghidunya.NAJIS YANG DIMAAFKANTiada sebarang najis yang dimaafkan. Walaupun begitu, syara` memberi kemaafan terhadapkadar benda najis yang sedikit yang sulit untuk dielakkan, begitu juga untuk memudahkan danbertolak ansur kepada umatnya. Oleh yang demikian, najis-najis berikut adalah dimaafkan:1. Najis yang tidak dapat dilihat oleh pandangan sederhana seperti darah yang sedikit dan percikanair kencing.2. Darah jerawat, darah bisul, darah kudis atau kurap dan nanah.3. Darah binatang yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, nyamuk, agas dan pijat.4. Tempat berbekam, najis lalat, kencing tidak lawas, darah istihadhah, air kurap atau kudis.CARA MENYUCI NAJISCara menghilangkan najis ialah dengan beristinja‟, membasuh dan menyamak.Cara menyucikan najis haqiqiyy pula adalah seperti berikut:1. Najis mughallazah (berat): Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu, kemudianbarulah dibasuh dengan air sebanyak tujuh kali, salah satu daripadanya bercampur dengan tanahsehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa).2. Najis mutawassitah (pertengahan)Hendaklah dihilangkan „ain najis itu terlebih dahulu, kemudian barulah dibasuh tempat kenanajis dengan air sehingga hilang sifatnya (warna, bau dan rasa). Setengah pendapat mengatakanhendaklah dihilang ain najis terlebih dahulu dan dibasuh hingga 3 kali bagi menghilang sifat najis.3. Najis mukhaffafah (ringan)Hendaklah dihilangkan `ain najis itu terlebih dahulu, kemudian cukup sekadar direnjiskanatau dialirkan air ke atasnya.*Untuk menyucikan najis hukmiyy iaitu yang tiada warna, bau dan rasa ialah dengan mengalirkanair ke atas tempat yang terkena najis tersebut.
  20. 20. 20Bab 3: HadathPENGERTIAN HADATHHadath dari segi bahasa bererti sesuatu yang datang atau berlaku.Hadath dari segi syara„ bermaksud sesuatu yang berlaku pada tubuh badan yangmenyebabkan tidak sah sesuatu ibadah.Ia terbahagi kepada hadath kecil dan hadath besar.1. Hadath kecil ialah sesuatu perkara yang membatalkan wudhu‟.2. Hadath besar ialah sesuatu perkara yang mewajibkan mandi.SEBAB HADATH DAN KESANNYASebab hadath kecil adalah sebab yang membatalkan wudhu‟. Maka kesan daripadaberhadath kecil adalah terbatalnya wudhu‟ dan diharamkan untuk melakukan perkara-perkara berikut:1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanyaseperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.2. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya sahaja walaupunsepotong ayat.Sebab hadath besar pula adalah berjunub, keluar haidh atau nifas dan melahirkan anak.Apabila seseorang berhadath besar kerana berjunub, maka dia diharamkan untukmelakukan perkara-perkara berikut:1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanyaseperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.2. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.3. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya sahaja walaupunsepotong ayat.4. Membaca Al-Qur‟an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allahdan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.5. Beri„tikaf di dalam masjid.Apabila seseorang berhadath besar kerana keluar haidh dan nifas, maka dia diharamkanuntuk melakukan perkara-perkara berikut:1. Menunaikan sembahyang sama ada fardhu atau sunat dan amalan lain yang seumpamanyaseperti sujud tilawah, sujud syukur, khutbah Jumaat dan solat jenazah.2. Berpuasa.3. Tawaf Ka„bah, sama ada fardhu ataupun sunat kerana dihukum sebagai sembahyang.
  21. 21. 214. Memegang dan menyentuh kesemua bahagian Al-Qur‟an atau sebahagiannya sahaja walaupunsepotong ayat.5. Membaca Al-Qur‟an dengan niat membacanya kecuali dengan niat zikir, berdoa, memuji Allahdan memulakan sesuatu ataupun dengan tujuan mengajar.6. Masuk, duduk dan beri„tikaf di dalam masjid walaupun dengan wudhu‟.7. Bersetubuh.8. Talaq.CARA MENGHILANGKAN HADATHUntuk menghilangkan hadath kecil ialah dengan berwudhu‟ atau tayammum apabila tidakdapat melakukan wudhu‟.Untuk menghilangkan hadath besar ialah dengan mandi atau bertayammum sebagai gantidaripada mandi.Bab 4 : Haid, Nifas dan Hamil/WiladahHAIDIaitu darah yang keluar dari kemaluan perempuan pada masa sedang sihat a‟fiat ialahkerana menurut tabiat perempuan. Darah yang keluar daripada perempuan selain daripada beranak(wiladah) atau nifas atau penyakit.Sekurang-kurangnya umur bagi perempuan yang boleh keluar darah haid itu dari sembilantahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulan Masihi) sehingga putus haid (monopaus).Tidakdikira darah haid, darah yang keluar dari perempuan yang belum cukup umurnya 9 tahun hijrah.TempohnyaDarah yang dikira haid adalah sekurang-kurangnya 1 hari 1 malam (24jam) dan tidakmelebihi 15 hari 15 malam (360 jam), kebiasaannya antara 6 dan 7 hari. Jika kurang dari 1 hari ataumelebihi 15 hari ianya bukan lagi dikira haid, ianya darahistihadhah. Bagi perempuan yang melebihi15 hari maka dia wajib sembahyang ataupuasa walaupun masih keluar darah, tetapi mestimengentahui segala syarat bagi orang yang istihadhah untuk beribadat. (akan diterangkan selepasini).Suci diantaranyaSekurang-kurangnya suci diantara satu haid ke satu haid itu lima belas hari, biasanya duapuluh empat hari. Ada juga perempuan tiada keluar haid dari kecil hingga besar atau haid telahputus daripadanya maka masa suci baginya itu tidak terhingga. Masa antara suci dan haid (antaradua haid) adalah sekurang-kurangnya 15 hari 15 malam dan tiada dihadkan untuk yang melebihi 15hari. Darah yang keluar sebelum tibanya hari yang ke15 setelah sucinya, tidak dikira haid, ianyadarah istihadhah juga. Contohnya: Si A datang haid pada 1hb dan suci daripada pada 7hb, tiba-tibapada 20hb dia keluar darah lagi. Ini tidak dikira haid kerana masa sucinya belum mencukupi 15 haridan wajib bagi perempuan ini sembanhyang atau puasa, Haid juga keluar dari perempuan yangmengandung tetapi amat jarang berlaku. Hukum bagi orang ini sama dengan orang haid.
  22. 22. 22Warna darah haidWarna darah haid itu merah tua, rasanya hangat apabila ia keluar. Menurut ulamak; warna-warna darah haid ada lima, iaitu;1. Hitam2. Merah3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)4. Kuning5. KeruhKebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam, kemudian berubah kepada merah,kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh (yakni antara putih danhitam).Caranya untuk memastikan darah haid benar-benar habisTanda habisnya haid ialah warna putih atau tiada sebarang warna. Apabila hilang semuawarna-warna tadi sama ada kelihatan warna putih (seperti kapur putih yang disebut oleh Aisyah r.a.dalam hadisnya) atau tidak kelihatan sebarang warna, maka itu tandanya darah haid telah habis.Ketika itu, barulah ia boleh mandi dan melakukan ibadah sebagaimana wanita yang suci. DalamMazhab Syafie hendaklah dilakukan pemeriksaan terhadap faraj, iaitu dengan memasukkancebisan kain, kapas atau sebagainya ke dalam faraj dan melihat sama ada masih terdapat kesandarah haid atau tidak. Untuk memastikan darah haid sudah habis ialah dengan memasukkan sedikitkapas dalam kemaluan dan lihat pada kapas tadi. Jika keluar air jernih, kapas putih atau kapaskering. Itu menandakan darah haid sudah tiada dan boleh untuk mandi wajib. Jika keluar kapasyang ada warna hitam, merah, antara merah dan kuning, kuning atau keruh. Ini bermakna wanita itumasih dalam haid.PERHATIAN!Tanda wanita itu bersih ialah pada kapas tadi keluar air jernih, kapas putih ataukapas kering. Jika tidak ada kesan darah haid sama ada tidak nampak sebarang warna padakain/kapas tersebut atau nampak warna putih seperti kapur, maka ketika itu barulah diharuskanmandi. Jika masih ada sebarang kesan warna darah atau warna kuning atau keruh sepertiditerangkan diatas, tidak harus mandi lagi kerana darah haid belum habis.Kaedah pemeriksaan di atas diambil daripada amalan wanita-wanita sahabat sebagaimanayang diceritakan oleh Saidatina „Aisyah r.a.; “Wanita-wanita sahabat menghantar kepadanya satubekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid. (*Tujuan merekaialah meminta penjelasan darinya apakah mereka telah suci dari haid atau belum apabila yangmasih tinggal pada faraj mereka hanyalah kesan kuning dan keruh). Lalu „Aisyah menjawab;“Janganlah kamu kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih”(HR Imam al-Bukhari dan Imam Malik).
  23. 23. 23PERKARA YANG DILARANG SEMASA HAID DAN NIFAS1. Duduk atau diam dalam masjid walaupun seketika, dimaafkan jika hanya lalu di dalam masjid(masuk pintu lain, keluar pintu lain) tanpa berhenti dengan syarat darah haid itu tidak bertitikdalam masjid, jika tidak yakin darah tidak bertitik semasa lalu dalam masjid, jagan lalu terusdalam masjid.(tidak bolehmelintasi masjid jika dikuatiri akan mencemarkan masjid )2. Puasa fardhu atau sunat walaupun puasa qadha.3. Haram atas suaminya menceraikan isterinya dalam waktu ini.4. Haram atas suaminya bergurau senda dengan isterinya antara pusat dan lutut termasuk jima(bersetubuh) dengannya, ada pendapat yang bukan jumhur hanya mengharamkan jimasahaja.5. Termasuk juga perkara yang diharamkan bagi orang yang berjunub (berhadas besar):a.Sembahyang sunat dan fardhu atau qadha.b.Baca Quran walaupun niat zikir dan untuk niat belajar, tiada diharamkan zikir dan ayat AlQuran yang sudah dikategorikan sebagai zikir oleh ulama seperti basmalah, tahmid,tahlil dan sebagainya. Tidak haram juga ayat Quran yang sudah menjadi kebiasaanorang arab bertutur dalam kehidupan seharian mereka. Ini kerana lidah mereka sudahterbiasa mengucapkan kalimah tersebut.c.Menanggung mush-haf (kitab Quran) termasuk juga menyentuh Quran, termasukbarang- barang yang berkait secara langsung dengan Quran itu seperti rehal, penunjukQuran, dan beg Quran yang tiada diguna untuk perkara lain. Menanggung Quranbersama kitab-kitab lain adalah diharuskan jika tidak diqashadkan (diniatkan)menanggung Quran.d.Membaca khutbah Jumaat atau khutbah dua hari raya. (lelaki)e.Sujud tilawah dan sujud syukurf. Tawaf di Baitullah (kaabah)ISTIHADHAHIaitu darah perempuan yang keluar bukan masa haid dan nifas. Seperti darah haid yangkeluar lebih daripada lima belas hari lima belas malam atau darah yang keluar dahulu darimelahirkan anak dan yang keluar di atas enam puluh hari dan ini harus di namakan darah penyakit.Darah yang keluar dari perempuan bukan kerana bersalin atau nifas dan bukannya haid. Adaperempuan yang terus menerus keluar darah dari kemaluannya selama 3 bulan malah bolehmencapai lebih 2 tahun. Inilah darah istihadhah.Katakan pada bulan lepas datang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam haritempoh keluar darah haid. Pada bulan ini darah keluar dari hari pertama dan berhenti pada harikelima. Wajib wanita tadi tunggu hingga cukup enam hari seperti adab sebelum ini. Katakan darahhaid hanya lima hari sahaja. Jadi solat pada hari keenam itu wajib dikodor. Wanita tadi tidak bolehsolat pada hari keenam kerana dia perlu tunggu mengikut adab haidnya. Katakan bulan lepasdatang haid pada 1hb dan habis pada 7hb iaitu cukup enam hari, pada bulan ini haidnya 1hb,berhenti seketika pada 5hb iaitu hari keempat haid, dan datang pula 7hb iaitu hari keenam. Makasolat pada hari kelima itu tidak perlu diganti kerana keenam-enam hari itu dikira haid.Contoh Si A datang haid pada 1 hb dan tidak berhenti sehingga beberapa bulan. Diantarahari pertama hingga hari 15dia dikira haid dan antara hari 16 hingga hari berakhir darah tersebutdikira istihadhah dan 1hb yang berikutnya dia kembali dikira haid sehingga 16hb(15 hari 15 malam)juga dan begitulah seterusnya.
  24. 24. 24PERHATIAN pada masalah di atas dikira darah haidnya sehingga 15 hari 15 malam ialahsekiranya bau dan warna darahnya sama. Jika tidak.Dia perlu catat dan perhati dalam tempohkeluar darah tersebut berapa harikah yang warna darahnya paling terang. Contohnya hari pertamahingga keenam darahnya warna hitam, hari ketujuh dan seterusnya merah. Jadi hukum pada darahitu ialah hari pertama hingga hari keenam sahaja dikira haid. Dikira haid hari yang darahnya pekatsahaja. Hukum ini boleh dikira sekiranya bau darah haidnya sama sahaja.PERHATIAN sekiranya bau darah haid tidak sama hukum pada warna sudah terbatal. Kinihukum pada bau darah. Contohnya hari pertama hingga keenam bau darahnya palingkuat(busuk,hanyir dan sebagainya), hari ketujuh dan seterusnya bau darah tidak sekuat haripertama hingga hari keenam. Jadi hukum pada darah itu ialah hari pertama hingga hari keenamsahaja dikira haid. Dikira haid hari yang berbau darahnya paling kuat. Kedua-dua hukum di atasberlaku dan boleh dikira sekiranya haid melebihi 15 hari. Sekiranya haid sehari semalam hingga 15hari, hukumnya kelima-lima belas hari 15 malam itu ialah tempoh darah haid.Ciri-ciri Istihadhah1. Wanita umur kurang dari dari sembilan tahun ke atas iaitu 9 tahun hijrah (8 tahun 9 bulanMasihi).2. Wanita yang keluar darah melebihi batasan haid 15 hari dan 15 malam. Atau wanita yangmengeluarkan darah kurang dari 24 jam atau satu hari dan satu malam.3. Wanita yang mengeluarkan darah melebihi batasan masa nifas 60 hari dan 60 malam.4. Wanita didatangi darah sebanyak dua kali yang diselangi dengan masa suci kurang dari 15hari dan 15 malam(kurang 360 jam antara tempoh masa haid pertama dan kedua).Hukum Istihadhah1. Tidak wajib mandi ketika ingin mengerjakan solat wajib ataupun sunat pada bila-bila masa.Kecuali satu kali ketika haidnya sudah berhenti. Wajib mandi selepas haid berhenti sahaja.2. Orang Istihadhah wajib berwuduk setiap kali hendak mengerjakan solat. (hukum samaseperti kencing tak lawas dan buasir)3. Hendaklah ia membasuh kemaluannya sebelum berwuduk dan kemudian ia menutupkemaluannya dengan sehelai kain atau kapas untuk menahan atau mengurangi najisdaripada terus keluar. Jika cara ini tidak berjaya menahan darah istihadhah, maka hendaklahia menyumbat atau mengikat kemaluannya supaya tidak bocor.4. Tidak menjadi halangan bagi suami yang ingin menjimak isterinya ketika istihadhah. Inimerupakan pendapat majoriti para ulamak, kerana ia tidak mempunyai satu dalilpun yangmengharamkannya.5. Hukum wanita istihadhah sama sepertimana wanita yang suci daripada haid dan nifas.wanita istihadhah boleh mengerjakan solat, puasa, tawaf, membaca Al-Quran, menyertuh Al-Quran dan sebagainya.
  25. 25. 25NIFASIaitu darah perempuan yang keluar pada masa melahirkan anak atau darah yang keluarsetelah lahir anak itu.TempohnyaSekurang-kurang masa keluar darah nifas itu sekelip mata(1 saat) iaitu sedikit sangat danbiasanya empat puluh hari dan selama-lama masanya enam puluh hari. Palig cepat dikira ialah 1saat dan paling lama 60 hari.Masalah nifas sama dengan masalah haid pada adat. contoh sebelumnya atau tahun lepasnifas ibu ini 40 hari. Untuk terkini atau tahun ini kena tunggu sehingga 40 hari juga. Sama sepertimasalah haid. Katakan lebih 40 hari darahnya. Dia perlu tunggu sehingga 60 hari. Kerana nifastempoh paling lamanya ialah 60 hari.HAMIL/WILADAHSekurang-kurangnya masa mengandung itu enam bulan dan biasanya sembilan bulan adajuga lebih lama dari masa ini sehingga tiga tahun. Apabila habis darah haid atau nifas wajiblah diatas perempuan itu bersuci iaitu mandi melainkan istihadhah, tiada wajib mandi hanya memadai iaberbasuh.(Sumber Rujukan : 1) Kitab Tuntutan Ibadah Oleh Syeikh Ali Abdullah)Bab 5: IstinjaPENGERTIAN ISTINJA’Istinja‟ bererti menghilangkan najis yang keluar dari qubul atau dubur dengan air atau batuatau benda keras yang seumpama batu serta suci, dapat menghilangkan najis dan tidak harammenggunakannya.HUKUM ISTINJA’Hukum istinja‟ untuk menghilangkan najis adalah wajib. Sunat beristinja‟ dengan batukemudian dibasuh dengan air. Harus memilih untuk beristinja‟ dengan hanya menggunakan airsahaja atau menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu jika dapat menghilangkan najis.Walaubagaimanapun, lebih afdhal menggunakan air kerana air lebih berupaya dan berkesan untukmenghilangkan najis.Jika menggunakan batu, diwajibkan menyapu dengan sekurang-kurangnya tiga biji batu atautiga penjuru dari sebiji batu dengan syarat:1. Najis yang hendak dibersihkan itu tidak kering.2. Tidak merebak ke bahagian lain.3. Tidak bercampur dengan najis yang lain.Sekiranya tidak memenuhi syarat-syarat tersebut, maka hendaklah menggunakan air.
  26. 26. 26ADAB MEMBUANG AIR1. Haram menghadap ke arah qiblat atau membelakanginya apabila membuang air dikawasan lapang. Walaubagaimanapun, disunatkan juga tidak menghadap atau membelakangiqiblat apabila membuang air di dalam bangunan seperti tandas atau apabila ada dinding atau tabirantara orang itu dengan qiblat.2. Makruh membuang air di dalam air yang tidak mengalir atau di dalam air mengalir yangsedikit, tetapi jika air mengalir itu banyak, maka yang lebih baik dielakkan dari membuang kedalamnya. Ini berdasarkan hadith riwayat Muslim yang bermaksud:“Bahawa Nabi sallallahu „alayhi wasallam menegah membuang air (kencing) di dalam air yang tidakmengalir.”3. Makruh membuang air di bawah pokok buah-buahan sama ada ketika berbuah atau tidak.4. Makruh membuang air di dalam lubang dan di celah rekahan tanah.5. Makruh membuang air di jalan, di tempat teduh dan di dalam lubang yang bukan digalikhas untuk membuang air.6. Makruh bercakap ketika membuang air kecuali kerana sesuatu keperluan.7. Makruh menghadap ke arah matahari atau bulan ketika membuang air.8. Sunat berlindung daripada pandangan manusia.9. Haram membawa bersama-sama sebarang benda yang ada catatan nama Allah, Al-Qur‟an dan seumpamanya ketika membuang air.Bab 6 : WUDHUPENGERTIAN WUDHU’,Dari segi bahasa, wudhu‟ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air padaanggota-anggota tertentu.Dari segi syara„, wudhu‟ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapaperbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-duabelah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syaratdan rukun-rukun yang tertentu.HUKUM WUDHU’Hukum wudhu‟ adalah seperti berikut:1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sembahyang, sama adasembahyang fardhu atau sembahyang sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka„bah sama adatawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur‟an dan sebagainya.2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu‟, antaranya ialah untuk membaca ataumendengar bacaan Al-Qur‟an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir,kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di „Arafah,
  27. 27. 27melakukan sa„i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malahdisunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu‟ dan memperbaharui wudhu‟.HIKMAH WUDHU’Hikmah berwudhu‟ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yangzahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama adazahir atau batin.FARDHU WUDHU’1. Berniat ketika meratakan air ke seluruh muka. Niat wudu‟ adalah seperti berikut:Maksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath kecil kerana Allah Ta„ala”.atauMaksudnya:“Sahaja aku berwudhu‟ kerana Allah Ta„ala”.2. Membasuh muka. Had atau batasan muka yang wajib dibasuh adalah dari tempat tumbuhrambut di sebelah atas sehingga sampai kedua tulang dagu sebelah bawah dan lintangannyaadalah dari anak telinga hingga ke anak telinga.3. Membasuh dua tangan hingga dua siku. Bagi orang yang tiada siku disunatkan membasuhhujung anggota yang ada.4. Menyapu sedikit kepala. Boleh disapu di ubun-ubun atau lain-lain bahagian rambut yang ada didalam had atau kawasan kepala, tetapi yang utamanya adalah menyapu seluruh kepala.5. Membasuh dua kaki hingga dua buku lali.6. Tertib, iaitu melakukan perbuatan itu daripada yang pertama hingga akhir dengan teratur.SYARAT-SYARAT WUDHU’Terdapat dua syarat dalam wudhu‟ iaitu syarat wajib dan syarat sah.Syarat Wajib Wudhu’1. Islam.2. Baligh.3. Berakal.4. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi.5. Berlakunya hadath.6. Suci daripada haidh dan nifas.
  28. 28. 287. Kesempitan waktu. Wudhu‟ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketikakesempitan waktu.Syarat Sah Wudhu’1. Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yangdibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal.2. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu‟.3. Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu‟ seperti darah haidh, nifas, airkencing dan seumpamanya.4. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orangyang menghidap kencing tidak lawas.Selain itu, terdapat beberapa syarat wudhu‟ mengikut ulama‟ mazhab Syafi„i, iaitu:1. Islam.2. Mumayyiz.3. Suci daripada haidh dan nifas.4. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit.5. Mengetahui kefardhuan wudhu‟.6. Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu‟ sebagai sunat.7. Menghilangkan najis „aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu‟.8. Tidak terdapat pada anggota wudhu‟ bahan yang mengubahkan air.9. Tidak mengaitkan (ta„liq) niat berwudhu‟ dengan sesuatu.10. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu‟.11. Masuk waktu sembahyang bagi orang yang berhadath berterusan.12. Muwalat, iaitu berturutan.SUNAT WUDHU’Perkara sunat ketika berwudhu‟ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz2. Membasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan.3. Berkumur-kumur.4. Memasukkan air ke dalam hidung.5. Menyapu seluruh kepala.6. Menyapu dua telinga.
  29. 29. 297. Menyelati janggut yang tebal.8. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.9. Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki.10. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib.11. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali.12. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengananggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering.13. Menggosok anggota wudhu‟ supaya lebih bersih.14. Bersugi dengan sesuatu yang kesat.15. Menghadap qiblat.16. Membaca doa selepas berwudhu‟, iaitu:Maksudnya:“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan akubersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku darigolongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDHU’1. Keluar sesuatu daripada lubang dubur atau qubul sama ada tahi, kencing, darah, nanah, cacing,angin, air mazi atau air wadi dan sebagainya melainkan air mani sendiri kerana apabila keluar manidiwajibkan mandi.2. Tidur yang tidak tetap punggungnya, kecuali tidur dalam keadaan rapat kedua-dua papanpunggung ke tempat duduk.3. Hilang akal dengan sebab mabuk, gila, sakit, pengsan atau pitam kerana apabila hilang akal,seseorang itu tidak mengetahui keadaan dirinya.4. Bersentuh kulit lelaki dengan perempuan yang halal nikah atau ajnabiyyah (bukan mahram)walaupun telah mati.5. Menyentuh kemaluan (qubul dan dubur manusia) dengan perut tapak tangan walaupunkemaluan sendiri.6. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.Bab 7 : PENYAPUAN KHUFPENGERTIAN KHUFKhuf atau muzah ialah sejenis pakaian yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagiankaki( kasut askar spike boot tidak menepati ciri khuf kerana ada lubang kecil di bahagian
  30. 30. 30tepi kasut.) yang diwajibkan basuh ketika berwudhu‟ iaitu kaki dan buku lali ke atas, sepertisarung kaki. Bahagian khuf yang disapu ialah bahagian luar sebelah atas bukan tapak.Menyapu khuf adalah sebagai gantian bagi membasuh kedua-dua belah kaki dalamberwudhu‟. Ia adalah suatu rukhsah atau kelonggaran yang dibenarkan oleh syara„ untukkemudahan umat Islam terutamanya ketika musim sejuk.CARA PENYAPUAN KHUFTempoh sesuatu pemakaian khuf ialah satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dantiga hari tiga malam bagi orang yang bermusafir, berdasarkan hadith riwayat Muslim yangbermaksud:“Rasulullah sallallahu „alayhi wasallam memberi (rukhsah untuk menyapu khuf) selama tiga hari dantiga malamnya kepada orang musafir dan satu hari satu malam bagi orang yang bermukim”.Tempohnya ialah bermula dari mula memakai khuf selepas mengangkat hadath sama adaberwudhu‟ atau mandi mengangkat hadath.Caranya ialah apabila seseorang itu selesai bersuci dari hadath sama ada mengambilwudhu‟ atau mandi mengangkat hadath, ia hendaklah memakai kedua-dua belah khuf tanpaditanggalkan lagi selama satu hari satu malam (24 jam). Apabila ia terbatal wudhu‟ dengansebab hadath kecil dalam tempoh 24 jam itu, maka ia mengambil wudhu‟ semula tetapi bilasampai giliran membasuh kaki, ia tidak perlu membuka khuf dan membasuh kaki, sebaliknyamenyapu di atas khuf yang dipakainya itu sebagai gantian membasuh kaki. Begitulahseterusnya setiap kali mengambil wudhu‟ dalam tempoh 24 jam itu. Apabila tamat tempoh 24jam tadi barulah ia wajib membasuh kaki semula ketika mengambil wudhu‟ baru dan bermulapula tempohnya.SYARAT KEHARUSAN PENYAPUAN KHUF1. Memakai khuf ketika suci sepenuhnya daripada hadath besar dan kecil.2. Khuf yang bersih serta menutup semua bahagian kaki yang wajib dibasuh ketika berwudhu‟.3. Khuf yang kukuh yang boleh digunakan untuk meneruskan perjalanan biasa.4. Khuf yang sempurna dan tiada kerosakan padanya.5. Khuf yang tidak meresap air.6. Khuf yang tebal yang tidak menampakkan kulit kaki.PERKARA YANG MEMBATALKAN PENYAPUAN KHUF1. Semua perkara yang mewajibkan mandi hadath seperti berjunub, haidh dan nifas.2. Mencabut salah satu khuf atau kedua-duanya sekali atau rosak khuf.3. Tamat tempoh sapuan khuf iaitu satu hari satu malam bagi orang yang bermukim dan tiga haritiga malam bagi orang yang musafir.Bab 8 : TayammumPENGERTIAN TAYAMMUM
  31. 31. 31Tayammum ialah menyampaikan atau menyapu debu tanah ke muka dan kedua-dua tangandengan syarat yang tertentu. Tayammum dilakukan bagi menggantikan wudhu‟ atau mandiwajib (junub, haidh dan nifas), ketika ketiadaan air atau uzur menggunakan air, dan ia adalahsuatu rukhsah atau keringanan yang diberikan oleh syara„ kepada manusia.·Disyari„atkan tayammum berdasarkan firman Allah subhanahu wata„ala:005.006Maksudnya:“Dan jika kamu junub (berhadath besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit(tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buangair, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwudhu‟ dan mandi),maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah – debu yang bersih.”(Surah Al-Ma‟idah, 5:6)Semua ibadah atau amalan ta„at yang perlu kepada bersuci (taharah) seperti sembahyang,menyentuh mushaf, membaca Al-Qur‟an, sujud tilawah dan beri„tikaf di dalam masjid adalahboleh bersuci dengan tayammum sebagai ganti wudhu‟ dan mandi, kerana amalan yangdiharuskan taharah dengan air adalah diharuskan juga dengan tayammum.SEBAB YANG MEMBOLEHKAN TAYAMMUM1. Ketiadaan air yang mencukupi untuk wudhu‟ atau mandi.2. Air yang ada hanya mencukupi untuk keperluan minuman binatang yang dihalalkan, sekalipunkeperluan itu pada masa akan datang.3. Sakit yang jika terkena air boleh mengancam nyawa atau anggota badan atau melambatkansembuh.SYARAT TAYAMMUM1. Menggunakan debu tanah yang suci, tidak musta„mal, tidak bercampur benda lain.2. Menyapu muka dan dua tangan dengan dua kali pindah.3. Hilang najis terlebih dahulu.4. Masuk waktu sembahyang.5. Bertayammum bagi setiap ibadat fardhu.6. Ada keuzuran seperti sakit atau ketiadaan air.ANGGOTA TAYAMMUM1. Muka.2. Dua belah tangan hingga siku.
  32. 32. 32RUKUN TAYAMMUM1. Berniat ketika menyapu debu tanah ke muka. Niat tayammum adalah seperti berikut:Maksudnya:“Sahaja aku bertayammum bagi mengharuskan solat kerana Allah Ta`ala.”2. Menyapu muka.3. Menyapu kedua-dua belah tangan.4. Tertib.SUNAT TAYAMMUM1. Membaca basmalah iaitu lafaz2. Mendahulukan menyapu tangan kanan dari yang kiri dan memulakan bahagian atas daribahagian bawah ketika menyapu muka.3. Berturut-turut di antara menyapu muka dan menyapu tangan.PERKARA YANG MEMBATALKAN TAYAMMUM1. Berlaku sesuatu daripada perkara-perkara yang membatalkan wudhu‟.2. Melihat air atau mendapat air sekiranya bertayammum kerana ketiadaan air.3. Murtad iaitu keluar dari agama Islam.Bab 9: MandiPENGERTIAN MANDIDari segi bahasa, mandi bererti mengalirkan air ke seluruh badan.Dari segi syara„, mandi bermaksud mengalirkan air ke seluruh badan dengan niat yangtertentu.PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI1. Bertemu dua khitan iaitu apabila masuknya hasyafah zakar atau sekadar yang ada bagi zakaryang kudung ke dalam farj perempuan yang masih hidup dengan sempurna walaupun tidak keluarmani.2. Keluar mani walaupun sedikit dengan sengaja atau pun bermimpi.3. Keluar haidh, iaitu darah semulajadi yang keluar dari pangkal rahim ketika wanita dalam keadaansihat pada waktu yang tertentu.4. Melahirkan anak atau bersalin (wiladah).
  33. 33. 335. Keluar nifas, iaitu darah yang keluar selepas bersalin.6. Mati, kecuali mati syahid.FARDU MANDI1. Berniat pada permulaan kena air pada badan.Bagi orang yang berjunub niatnya ialah mengangkat janabah atau hadath besar. Niatnya sepertiberikut:Maksudnya:“Sahaja aku mandi junub kerana Allah Ta`ala”.atauMaksudnya:“Sahaja aku mengangkat hadath besar kerana Allah Ta`ala”.Bagi orang yang datang haidh atau nifas niatnya ialah mengangkat hadath haidh atau nifas. Niatnyaadalah seperti berikut:Maksudnya:“Sahaja aku mandi daripada haid kerana Allah Ta`ala”.atauMaksudnya:“Sahaja aku mandi daripada nifas kerana Allah Ta`ala”.2. Menghilangkan najis yang terdapat pada tubuh badan.3. Meratakan air ke seluruh badan terutama kulit, rambut dan bulu.PERKARA SUNAT SEMASA MANDITerdapat banyak perkara sunat semasa mandi, antaranya:1. Membaca “basmalah” iaitu lafaz2. Berwudhu‟ sebelum mandi.
  34. 34. 343. Membasuh dua tapak tangan.4. Menggosok seluruh bahagian badan.5. Mendahulukan anggota tubuh yang kanan daripada yang kiri.6. Mengulangi membasuh anggota tubuh sebanyak tiga kali.7. Berturut-turut iaitu tidak berlaku perceraian yang lama di antara membasuh sesuatu anggotadengan anggota yang lain.MANDI-MANDI SUNATMandi-mandi yang disunatkan adalah seperti berikut:1. Mandi hari Juma„at bagi orang yang hendak pergi sembahyang Juma„at. Waktunya dari naik fajarsadiq.2. Mandi hari raya fitrah dan hari raya adhha. Waktunya adalah mulai dari tengah malam pada hariraya itu.3. Mandi kerana minta hujan (istisqa‟).4. Mandi kerana gerhana bulan.5. Mandi kerana gerhana matahari.6. Mandi kerana memandikan mayat.7. Mandi kerana masuk agama Islam.8. Mandi orang gila selepas pulih ingatannya.9. Mandi orang yang pitam selepas sedar dari pitamnya.10. Mandi ketika hendak ihram.11. Mandi kerana masuk Makkah.12. Mandi kerana wuquf di „Arafah.13. Mandi kerana bermalam di Muzdalifah.14. Mandi kerana melontar jumrah-jumrah yang tiga di Mina.15. Mandi kerana tawaf iaitu tawaf qudum, tawaf ifadhah dan tawaf wida„.16. Mandi kerana sa„i.17. Mandi kerana masuk ke Madinah.Bab 10 : Azan dan IqamahPENGERTIAN AZAN DAN IQAMAHAzan dan iqamah adalah dua perkara sunat dilakukan sebelum melakukan mana-manasembahyang fardhu.
  35. 35. 35Azan dari segi bahasa bermaksud pemberitahuan. Manakala dari segi syara„ pula diertikansebagai suatu gabungan perkataan tertentu untuk mengetahui waktu sembahyang fardhuatau boleh diertikan sebagai pemberitahuan tentang waktu sembahyang dengan lafaz-lafaztertentu.Iqamah pula bermaksud sebutan tertentu untuk membangkitkan para hadirin mengerjakansembahyang.HUKUM AZAN DAN IQAMAHAzan dan iqamah adalah sunnah mu‟akkadah secara kifayah sebelum menunaikan setiapsembahyang fardhu sama ada dilakukan secara berjama„ah atau bersendirian, sama adasembahyang qadha‟ atau tunai bagi orang lelaki.Bagi lelaki yang bersembahyang bersendirian, kedua-duanya (azan dan iqamah) disunatkansecara „aini. Bagi kaum wanita pula, sama ada berseorangan atau berjama„ah disunatkanmelakukan iqamah sahaja kerana dikhuatiri boleh menimbulkan fitnah dengan meninggikansuara mereka.LAFAZ AZAN DAN ATURAN MELAKUKANNYALafaz azan terdiri daripada lima belas kalimah. Ia dilaungkan sebanyak dua kali bagi setiaplafaz kecuali takbir pada awal azan disebut sebanyak empat kali dan lafaz kalimahtawhid hanya sekali sahaja.Lafaz tersebut adalah seperti berikut:Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kaliselepas kali yang kedua.Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama„ah seperti sembahyang sunat hariraya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasahendak menunaikannya dengan lafaz atau pada sembahyangtarawih diucap .SYARAT SAH AZAN DAN IQAMAH1. Masuk waktu sembahyang melainkan waktu Subuh kerana ia mempunyai dua azan. Azanpertama dilaungkan sebelum masuk waktu iaitu bermula waktunya selepas berlalu separuh malam.2. Hendaklah dengan bahasa Arab, tetapi boleh melakukan azan untuk diri sendiri denganterjemahannya sekiranya tidak tahu melakukan azan dengan bahasa tersebut.3. Azan dan Iqamah hendaklah dinyaringkan biarpun didengari oleh salah seorang daripadajama„ah ketika sembahyang berjama„ah.
  36. 36. 364. Tertib dan muwalat di antara lafaz azan dan iqamah.5. Azan mestilah dilakukan oleh seorang sahaja.6. Orang yang melaungkan azan hendaklah seorang lelaki muslim yang berakal.PERKARA SUNAT SEMASA AZAN1. Mu‟azzin hendaklah suci daripada hadath kecil atau hadath besar.2. Menghadap ke arah qiblat.3. Dilakukan oleh orang yang baik dan merdu suaranya serta nyaring.4. Dilaungkan di tempat yang tinggi kecuali jika menggunakan pembesar suara.5. Dilakukan secara berdiri kecuali uzur.6. Memalingkan muka ke sebelah kanan semasa menyebut dan kesebelah kiri semasa menyebut dengan keadaan dada yang tetap.7. Melakukan tarji„ semasa azan iaitu menyebut dua kalimah secara senyap sebelum dinyaringkan.8. Melakukan tathwib semasa azan subuh iaitu menyebut kalimahsebanyak dua kali selepas laungan .9. Meletakkan jari-jari tangan di kedua-dua telinga ketika azan dengan tujuan untuk meninggikansuara.10. Orang yang mendengar azan hendaklah diam dan mengulangi apa yang disebut oleh mu‟azzinkecuali ketika mu‟azzin menyebut kalimahdan , maka hendaklah dijawab dengankalimah . Begitu juga ketika tathwib, hendaklah dijawab denganlafaz .11. Berdoa dan salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas azan sepertiberikut:LAFAZ IQAMAH DAN ATURANNYALafaz iqamah mempunyai sebelas kalimah, setiap kalimah diucapkan hanya sekali sahajakecuali takbir yang pertama dan akhirnya diulang sebanyak dua kali. Begitu juga dengan
  37. 37. 37lafaz yang diucapkan selepas kalimah jugadiulang sebanyak dua kali.Lafaz iqamah adalah seperti berikut:Syarat-syarat iqamah adalah sama seperti azan, tetapi dibolehkan jika dilakukan oleh kaumwanita sama ada semasa sembahyang bersendirian atau berjama„ah sesama mereka.Selain itu, iqamah juga disyaratkan tidak diselangi dengan diam yang terlalu lama diantaranya dengan takbiratul ihram kecuali sekadar imam menyuruh agar membetulkan saf.Iqamah hendaklah dilakukan dengan cepat kerana ia disyari„atkan bagi memberitahu merekayang telah hadir untuk mengerjakan sembahyang.Perkara-perkara sunat semasa iqamah juga hampir sama dengan azan, cuma disunatkankepada orang yang mendengar iqamah menjawab dengan kalimahsemasa bilal menyebut yang kedua.AZAN DAN IQAMAH UNTUK TUJUAN SELAIN SEMBAHYANGSelain untuk tujuan sembahyang, azan dan iqamah juga sunat dilakukan untuk beberapaperkara lain:1. Azan di telinga kanan kanak-kanak yang baru lahir, begitu juga sunat diiqamahkan pada telingakiri. Ini adalah kerana Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam sendiri telah mengazankantelinga Hasan ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah.2. Azan pada waktu kebakaran, waktu perang dan di belakang orang yang bermusafir.3. Azan pada telinga orang yang berdukacita, orang yang jatuh, orang yang marah atau manusiayang menjadi liar perangainya dan juga orang yang dirasuk jin atau syaitan.Bab 11 SolatPENGERTIAN SOLATSolat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan.Dari segi syara„, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatanyang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengansyarat-syarat tertentu.Perkataan-perkataan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukun qawliyy.Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sembahyang dikenali sebagai rukunfi„liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenalisebagai rukun qalbiyy.WAKTU SEMBAHYANG
  38. 38. 38Waktu sembahyang fardhu lima waktu iaitu Zuhur, „Asar, Maghrib, „Isya‟ dan Subuh telahdinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya,waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu „alayhi wasallam melaluisabdanya yang bermaksud:“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersembahyang Zuhur bersamaku ketikatergelincir matahari dan „Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengansesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan „Isya‟ ketika terbenam syafaq (iaitu cahayamerah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersembahyang bersama sayasolat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan „Asar ketika bayang-bayangsesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan „Isya‟ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilahwaktu sembahyang Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sembahyang adalah di antara waktu ini.”Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), iaitu matahari condong daripadatengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayangketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabilabayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.2. Waktu „Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, iaitu apabila bayangsesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yangpaling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahayasyafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.4. Waktu „Isya‟ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, iaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah)dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, iaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari(syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.WAKTU-WAKTU YANG DITEGAH MELAKUKAN SOLATTerdapat lima waktu yang telah dinyatakan oleh Sunnah sebagai waktu yang ditegah untukmelakukan sembahyang di dalamnya, iaitu:1. Selepas sembahyang Subuh hingga terbit matahari.2. Semasa naik matahari hingga kadar ramh, iaitu lebih kurang satu pertiga jam selepas naiknyamatahari.3. Waktu matahari tegak (rembang) sehingga matahari tergelincir (masuk waktu Zuhur).4. Selepas sembahyang „Asar hingga terbenam matahari.5. Waktu matahari kekuningan sehingga terbenam.Tegahan untuk melakukan sembahyang pada waktu-waktu ini bukanlah mutlaq, tetapikhusus pada jenis sembahyang tertentu sahaja, iaitu:
  39. 39. 391. Semua sembahyang yang tidak ada sebab untuk melakukannya pada waktu-waktu itu sepertisembahyang sunat mutlaq dan sembahyang sunat tasbih.2. Sembahyang yang sebab melakukannya terkemudian seperti sunat ihram dan istikharah.Semua sembahyang ini jika dilakukan pada waktu-waktu tersebut hukumnya makruh tahrimyang sangat ditegah dan sembahyang itu juga menjadi batal. Pengecualian kepada sembahyangyang telah disebut ialah beberapa sembahyang tertentu iaitu:1. Sembahyang yang mempunyai sebab untuk melakukannya seperti sembahyang yang telah luput(qadha‟), jenazah, nazar, sunat wudhu‟ dan tahiyyatul masjid.2. Sembahyang yang mempunyai sebab yang seiringan dengan waktu itu seperti sembahyangkusuf (gerhana) dan istisqa‟ (minta hujan).3. Sembahyang Jumaat ketika matahari tegak.4. Sembahyang di Tanah Haram Makkah kerana kelebihan sembahyang itu sendiri.Selain daripada waktu-waktu tersebut, terdapat beberapa waktu lain yang ditegah melakukansembahyang, antaranya sembahyang semasa khatib menaiki mimbar masjid untuk membacakhutbah dan sebelum sembahyang Maghrib kecuali sunat rawatib pada kedua-duanya.Bab 12 : Syarat-syarat Sah SolatSYARAT-SYARAT SOLATSyarat dalam sembahyang terbahagi kepada dua iaitu syarat taklif atau dikenali sebagaisyarat wajib dan syarat sah atau tunai.SYARAT WAJIB SOLATSyarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknyasembahyang ke atas seseorang.Syarat-syarat wajib dalam sembahyang adalah seperti berikut:1. Beragama Islam.2. Baligh.3. Berakal.4. Suci daripada haidh dan nifas.5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sembahyang tidakwajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.6. Sampai seruan agama Islam. Sembahyang tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dantidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.SYARAT SAH SOLATSyarat sah sembahyang adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sembahyang ataudengan kata lain kesahihan sesuatu sembahyang bergantung kepadanya.Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:
  40. 40. 401. Suci daripada hadath kecil dan besar.2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.3. Mengetahui tentang masuknya waktu sembahyang sama ada dengan yakin atau jangkaanmelalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.4. Menutup aurat.5. Menghadap ke arah qiblat (Ka„bah).Bab 13 : Rukun SolatSembahyang sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utamaseperti berikut:1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku„ tanpa keuzuranbagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sembahyang fardhu. Dalam sembahyangsunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukansembahyang sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz . Boleh juga denganlafaz atau . Syarat-syarat takbir ialah :Ucapan takbir dilakukan semasa dalam kedudukan berdiri.Melafazkan takbir dengan keadaan menghadap ke arah qiblat.Takbir diucapkan dalam bahasa Arab kecuali tidak mampu berbuat demikian dan tidaksempat belajar, maka boleh dengan terjemahannya tetapi mesti dipelajari.Semua huruf yang diucapkan itu didengari oleh diri sendiri.Ucapan itu hendaklah terkemudian daripada ucapan imam.Semasa melafazkan takbir hendaklah disertai dengan niat.4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka„at semasa berdiri atau kedudukan lainsebagai gantiannya dalam semua jenis sembahyang. Syarat-syaratnya adalah:Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.Bacaan itu hendaklah dengan susunan yang betul, meneliti tempat keluar (makhraj) hurufyang betul dan dinyatakan dengan segala sabdunya.Janganlah terlampau berlagu hinggakan boleh mengubah maknanya.Bacaan itu hendaklah dalam bahasa Arab.Bacaan itu hendaklah dalam keadaan berdiri.Semua ayat hendaklah dibaca dengan sempurna dalam setiap raka„at kecuali ma‟mummasbuq dan jika imam membaca terlalu cepat.5. Ruku„, iaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepadakedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama
  41. 41. 41dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jarimencengkamnya. Syarat-syarat ruku„ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan iaitu sampai duatapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku„ itu perkara lain selain sembahyang, dan dengantama‟ninah iaitu berterusan ruku„ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.6. I„tidal selepas ruku„. I„tidal bermaksud bangkit daripada ruku„ dan kembali kepada keadaan berdiriatau gantiannya beserta dengan tama‟ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lainselain mendirikan sembahyang, dilakukan dengan tama‟ninah dengan kadar sekurang-kurangnyabacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalahrukun pendek.7. Sujud dua kali dalam setiap raka„at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yangbersembahyang ke tempat sujud. Syarat-syarat sujud ialah:Terbuka dahi tanpa berlapik dan tidak tertutup ketika melakukannya.Sujud hendaklah berlaku di atas tujuh anggota iaitu dahi, kedua-dua tangan (tapaknya),kedua-dua lutut dan hujung jari kedua-dua kaki dengan serentak.Bahagian paling bawah (punggung) hendaklah terangkat melebihi bahagian yang paling atas(kepala) sekadar yang termampu.Sujud tidak dilakukan di atas pakaian yang bersambung dengannya yang bergerak denganpergerakannya.Tidak diniatkan selain daripada sujud sembahyang.Dahi hendaklah ditekan ke tempat sujud dengan tekanan yang sederhana sekadar memberikesan pada kain jika terdapat di bawahnya.Tama‟ninah ketika sujud dengan kadar mengucap sekali tasbih.8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tama‟ninah pada setiapraka„at sama ada sembahyang secara berdiri atau tidak. Syarat-syaratnya ialah:Bangkit dari sujud itu kerana melakukan ibadah bukan disebabkan perkara lain.Jangan terlalu lama hingga melebih tempoh bacaan tasyahhud yang paling pendek.Dilakukan dengan tama‟ninah iaitu sekurang-kurangnya diam seketika selepas pergerakananggota dan sebaik-baiknya melebihi batasan itu.9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka„at akhir setiapsembahyang dan perlu untuk membaca zikir wajib iaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialahsecara tawarru„, iaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal pehadiletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kakikanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itumenghala ke qiblat.10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah sepertiberikut:
  42. 42. 42Syarat-syarat tasyahhud adalah seperti berikut:Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.Bacaan hendaklah berurutan tanpa diselangi oleh diam yang lama atau zikir lain.Bacaan itu hendaklah dilakukan semasa duduk kecuali jika berlaku keuzuran.Bacaan itu hendaklah dengan bahasa Arab melainkan jika tidak mampu.Semasa membacanya hendaklah menitikberatkan tempat keluar huruf (makhraj) dan segalashaddahnya (baris sabdu).Pembacaannya hendaklah secara tertib dari segi kalimah-kalimahnya.11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir)semasa duduk kali terakhir. Lafaz salawat hendaklah sekurang-kurangnya . Seelok-elok lafaz salawat ialah salawat Al-Ibrahimiyyah. Syarat-syarat bacaan salawat ialah:Bacaan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri.Hendaklah dengan lafaz “Muhammad” . Boleh juga dengan lafaz“Rasulullah” atau “An-Nabiy” .Hendaklah dengan bahasa Arab kecuali tidak mampu.Bacaan itu hendaklah tertib dari segi sighahnya dan dibaca selepas tasyahhud.12. Salam yang pertama yang bertujuan untuk keluar daripada sembahyang dan dilakukan semasaduduk kali terakhir. Syarat-syaratnya ialah:Dimulakan kalimah salam dengan alif dan lam iaitu , maka tidak bolehmenggantikannya dengan tanwin .Diucapkan dengan “kaf al-khitab” bagi memfokuskan ucapan salam itu kepada pihakkedua.Setiap kalimah hendaklah disambung dengan yang lainnya.Diucapkan dengan dimasukkan “mim al-jama„” yang menunjukkan pihak yangditujukan salam itu pihak ramai.Diucapkan salam dengan keadaan tubuh badan menghadap qiblat dengan dadanya.
  43. 43. 43Ucapan itu hendaklah diiringi dengan niat untuk keluar daripada sembahyang, tidakbertujuan untuk pemberitahuan semata-mata.Ucapan itu hendaklah dilakukan semasa berkeadaan duduk.Ucapan dilakukan dalam bahasa Arab kecuali mereka yang tidak sempat belajar.Ucapan itu hendaklah didengari oleh diri sendiri jika tiada sebarang halangan.13. Tertib di antara semua rukun sembahyang tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnyadikemudiankan.Bab 14 : Perkara Sunat Dalam SolatSunat ketika melakakukan sembahyang ada dua jenis iaitu sunat abadh dan sunathaiah.Sunat abadh ialah setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkanmaka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam).Manakala sunat haiah pula ialah setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sududsahwi.Sunat Ab‘adh1. Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap duaraka„at dalam sembahyang Zuhur, „Asar, Maghrib dan „Isya‟.2. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpadisambung dengan salawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu „alayhi wasallam.3. Salawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu „alayhi wasallam selepas tasyahhudakhir.4. Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab„adh di atas.5. Bacaan qunut semasa i„tidal pada raka„at sembahyang Subuh, pada raka„at akhir sembahyangwitir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.Sunat Hai’ahSunat hai‟ah sangat banyak semasa melakukan sembahyang. Secara umumnya, sunathai‟ah boleh diringkaskan kepada perkara-perkara berikut:1. Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku„ dan bangkit daripadanya, danketika bangun daripada tasyahhud awal.2. Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambilmengarahkan sedikit ke arah hati.3. Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.4. Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.5. Membaca al-isti„azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.6. Selain daripada itu, ma‟mum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yangmenghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua raka„at pertama sembahyang
  44. 44. 44Maghrib dan „Isya‟, Juma„at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa‟, tarawih, witir ramadhan, duaraka„at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebuthendaklah memperlahankan suara.7. Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, ma‟mum atau bersendirian.8. Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepadaimam atau persendirian dan ma‟mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada raka„atketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua raka„at pertama.9. Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.10. Membaca semasa mengangkat kepala daripadaruku„.11. Membaca tasbih ketika ruku` dan sujud sebanyak tiga kali.12. Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.13. Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yangmasbuq dan yang lupa.14. Membaca salawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.15. Berdoa dan ta„awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.16. Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.17. Khusyu„, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatiankepada setiap patah perkataan yang diucapkan.Bab 15 : Perkara Makruh Dalam SolatPERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANGMakruh mengikut jumhur ulama‟ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan.Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklahmelakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalammenentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangandengan As-Sunnah.Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur‟an.3. Membaca dalam raka„at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalamraka„at pertama.4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka„at yang sama atau dalam dua raka„at.5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.

×