Sistem pendidikan baru SPN21 selaras dengan visi 2035 negara untuk mencapai rakyat yang berpelajaran dan berkemahiran tinggi, dengan kualiti kehidupan yang tinggi dan ekonomi yang dinamik. SPN21 direka untuk menyesuaikan diri dengan perkembangan zaman agar negara tidak ketinggalan. Sistem ini menggalakkan pembelajaran aktif di mana pelajar tidak hanya mendengar tetapi terlibat secara langsung dalam proses pembelajaran.