SlideShare a Scribd company logo
1 of 54
UICL 2302
PEMIKIRAN SAINS &
TEKNOLOGI
1
(BAB 1): MANUSIA & PEMIKIRAN
(BAB 2): EKOSISTEM KEILMUAN ISLAM
( BAB 3): AGAMA, PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI
(BAB 4): PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTAS
SEMPADAN
(BAB 5): PEMIKIRAN SAINTIFIK SAINTIS MUSLIM
(BAB 6): PERUBAHAN PARADIGMA PEMIKIRAN SAINTIS BARAT
(BAB 7): PEMODENAN SAINS & TEKNOLOGI
(BAB 8): REVOLUSI INDUSTRI & KESANNYA TERHADAP
KEMANUSIAAN
(BAB 9): ETIKA & NILAI DALAM PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI
(BAB 10): MENGINSANKAN SAINS & TEKNOLOGI
2
(Bab 2)
EKOSISTEM KEILMUAN
ISLAM
3
KANDUNGAN BAB 2
 Ekosistem: agama, sosial,
ekonomi, & politik
 Faktor kemajuan sains dan
teknologi dalam tamadun Islam
 Zaman Keemasan Sains dan
Teknologi Islam
4
PENGENALAN
 Bab ini membicarakan tentang ekosistem
keilmuan dari aspek agama, sosial, ekonomi,
dan politik.
 Turut dibincangkan faktor kemajuan sains
dan teknologi dalam tamadun Islam.
 Selain itu, zaman keemasan sains dan
teknologi dalam tamadun Islam turut
dibincangkan.
5
KONSEP EKOSISTEM
 Dari segi bahasa, ekosistem bermaksud hubungan
antara entiti-entiti yang terdapat dalam sebuah
persekitaran lalu membentuk sebuah sistem atau
aturan khusus.
 Dari segi istilah sains, ekosistem sains (scientific
ecosystem) bermaksud kajian hubungan antara
organisma hidup, ciri-ciri fizikal, proses bio-kimia,
fenomena semula jadi, dan aktiviti manusia dalam
komuniti ekologi. Hal ini demikian kerana dalam
mana-mana kawasan tertentu, hidupan dan bukan
hidupan saling berinteraksi antara satu sama lain lalu
membentuk satu ekosistem.
6
7
IDEA EKOSISTEM PENGETAHUAN
 Idea ekosistem pengetahuan
adalah pendekatan kepada
pengurusan pengetahuan yang
menuntut untuk memupuk evolusi
dinamik hasil interaksi pengetahuan
antara entiti untuk meningkatkan
pengambilan keputusan dan inovasi
melalui rangkaian kerjasama
evolusi yang lebih baik.
8
Dalam mana-mana kawasan, hidupan dan bukan hidupan
berinteraksi antara satu sama lain lalu membentuk satu
ekosistem. Semua elemen dalam ekosistem adalah saling
berkaitan. Semua ekosistem mesti mengekalkan
keseimbangannya untuk berkembang maju.
9
TERAS EKOSISTEM
KEILMUAN Untuk memahami ekologi pengetahuan sebagai
operasi yang produktif, adalah berguna untuk
memberi tumpuan kepada ekosistem
pengetahuan yang terletak pada terasnya.
 Seperti ekosistem semulajadi, ekosistem
pengetahuan ini mempunyai input, output dan
output beroperasi dalam hubungan pertukaran
terbuka dengan persekitaran mereka.
10
4 Unsur Utama Bagi Sistem
Pengetahuan Rangkaian
 1. Teknologi Teras:
 Ekosistem pengetahuan beroperasi pada dua jenis teras teknologi.
Pertama, berurusan dengan kandungan atau pengetahuan substantif
industri. Kedua, melibatkan perkakasan, perisian komputer dan
telekomunikasi, yang berfungsi sebagai "teknologi prosedur" operasi.
Teknologi-teknologi ini menyediakan keupayaan pengurusan
pengetahuan yang jauh melebihi kapasiti manusia.
 Penyelidikan, pengkodifikasian, dokumentasi, penerbitan dan
perkongsian elektronik mencipta pengetahuan substantif. Komunikasi
antara komputer dan manusia membolehkan ekosistem pengetahuan
menjadi interaktif dan responsif dalam komuniti yang lebih luas dan
dalam subsistemnya.
11
Sambungan…
 2. Keterpaduan Kritikal:
 Pengetahuan organisasi berada dalam rangkaian
individu, sistem dan prosedur kompleks di dalam dan
luar organisasi. Rangkaian ini ditubuhkan dalam bentuk
hubungan sosial dan teknologi. Hubungan itu
mencerminkan kepentingan dan sejarah bersama.
Unsur-unsur rangkaian bergantung kepada satu sama
lain untuk sumber dan survival bersama. Mengakses
dan menggunakan rangkaian pengetahuan ini
melibatkan pemahaman dan mengekalkan integriti
hubungan asas.
12
sambungan…
 3. Enjin dan Ejen Pengetahuan:
 Ini merujuk kepada sistem
mewujudkan pengetahuan termasuk
proses penyelidikan dan
pembangunan, pakar, pengurus
operasi/pentadbir, sistem perisian,
sumber pengetahuan arkib dan
pangkalan data.
13
Sambungan…
 4. Tindakan Performatif:
 Pengetahuan organisasi diubah menjadi nilai
ekonomi melalui proses yang melibatkan tindakan.
Ini mungkin tindakan kognitif seperti pembelajaran atau
keputusan, atau tindakan fizikal seperti menyediakan
hidangan atau menulis cek, dan tindakan sosial seperti
menganjurkan atau menghiburkan. Tugasan organisasi
selalunya memerlukan semua ini dan jenis tindakan lain
yang berlaku dalam cara yang dihubungkan untuk nilai
yang akan dibuat.
14
FAKTOR KEMAJUAN SAINS &
TEKNOLOGI DALAM TAMADUN ISLAM
1) Agama dan kesepaduan ilmu
2) Peranan pemerintah – minat, galakan, hadiah
3) Kestabilan politik
4) Baitul Hikmah
5) Perdagangan antarabangsa
6) Peranan Bahasa Arab
7) Aktiviti terjemahan
8) Peranan tokoh ilmuwan bukan Arab – Parsi, Asia
Tengah, Non-Muslim.
9) Penubuhan sekolah & universiti
15
1) Agama & Kesepaduan Ilmu
 Agama Islam adalah pendorong utama kepada
kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan.
 Sesuai dengan pengajaran dalam agama yang
sentiasa mengajar pengikutnya hidup bermasyarakat
dan tinggal menetap, telah membantu
mempercepatkan kemajuan dalam segala bidang ilmu.
 Sifat terbuka agama Islam telah berjaya memberi
peluang kepada penganut Islam yang berasal dari
pelbagai keturunan mempelajari dan mengamalkan
segala ilmu pengetahuan yang mereka warisi.
16
Sambung…
 Mana-mana ilmu yang tidak bertentangan dengan
agama terus diamalkan dan berkembang dengan lebih
luas manakala ilmu yang bertentangan dengan agama
terutamanya aspek kepercayaan telah diubah.
 Islam juga mengajar penganutnya supaya menjadikan
tauhid sebagai asas kepada segala ilmu. Maksudnya
segala ilmu yang berkembang dalam masyarakat
mestilah mempunyai hubungan yang rapat dengan
agama.
17
Sambungan…
 Terdapat dua kategori ilmu dalam tradisi Islam, iaitu
ilmu fardu ain (individu) dan fardu kifayah (komuniti).
 Konsep pembahagian ilmu kepada agama dan sekular
yang wujud di Barat pada masa ini berlaku kerana asas
agama Kristian yang difahami oleh mereka adalah
sempit dan tidak dapat menjawab pelbagai persoalan
sains yang berkembang dalam masyarakat.
 Perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan telah
menjadi pemangkin kepada kemajuan tamadun Islam
pada zaman dahulu.
18
2) Peranan pemerintah sebagai
pemangkin perkembangan ilmu
 Pemerintah memainkan peranan yang sangat
penting dalam memajukan sains dan
teknologi dalam tamadun Islam. Mereka
sangat meminati ilmu seperti yang
ditunjukkan oleh al-Walid b. Abdul Malik pada
zaman Bani Umayyah, Umar Abdullah al-
Ma’mun pada zaman Abbasiyah dan Abdul
Rahman al-Nasir II pada zaman Bani
Umayyah di Andalus.
19
Sambungan…
 Istana khalifah pada masa itu menjadi
tumpuan ilmuwan Islam dan non-muslim untuk
membincangkan segala penemuan baharu.
 Mereka juga diberikan pelbagai insentif untuk
memajukan lagi bidang ilmu yang ada.
Pendeknya para ilmuwan tidak perlu
melakukan kerja sampingan hasil daripada
dorongan ini dan ia sangat membantu mereka
meneruskan usaha sehingga berjaya.
20
Sambungan…
 Budaya menaungi aktiviti keilmuan di
kalangan pemerintah dan golongan elit
khususnya terhadap para penulis dan buku-
buku mereka langsung membawa kepada
wujudnya perpustakaan-perpustakaan yang
besar yang sebahagiannya terbuka kepada
awam dan dilengkapi dengan ruang bacaan
dan keperluan untuk kerja-kerja penyalinan
manuskrip.
21
Sambungan…
 Contohnya, di Dimashq, para khalifah Umayyah
membangunkan perpustakaan Arab yang pertama
yang mengumpul buku-buku Yunani dan Kristian
mengenai alkemi, perubatan, dan ilmu-ilmu lain.
 Para sultan Fatimiyyah di Mesir juga merupakan
pengumpul buku dan pendokong pusat pengajian
untuk menyebarluas kepercayaan Syiah. Pada akhir
abad ke-10, pemerintah kerajaan Fatimiyyah yang
kedua, Al-Aziz telah membangunkan 40 ruangan yang
dipenuhi dengan buku, khususnya buku sains kuno
yang dianggarkan berjumlah sekitar 18,000 naskhah.
22
Sambungan…
 Ketika Madrasah atau Sekolah al-Mustansiriyyah yang
dibangunkan di Baghdad pada tahun 1234 Masihi,
koleksi awalnya dikatakan berjumlah 80,000 buah buku
sumbangan daripada perpustakaan peribadi khalifah.
Bahkan, koleksi peribadi juga sangat banyak dan
dianggarkan mencapai jumlah 10,000 naskhah.
 Setelah pemilik koleksi peribadi meninggal dunia maka
semua koleksinya diberikan kepada masjid, tempat
ibadah, atau madrasah agar ia boleh diselenggara
dengan baik dan dibaca oleh golongan terpelajar.
23
3) Kestabilan Politik
 Kemajuan tamadun Islam banyak bergantung kepada
pemerintahan yang stabil dan juga pemerintahan yang
meminati ilmu.
 Ketika umat Islam maju dalam bidang sains dan
teknologi, mereka mempunyai pemerintah dan tentera
yang kuat. Apabila wujudnya kestabilan politik, maka
ilmu pengetahuan dapat berkembang kerana
penduduk merasa selamat untuk keluar masuk ke
negara Islam.
 Ramai pelajar dari luar negara yang terdiri daripada
non-muslim datang ke pusat pengajian Islam kerana
jaminan keselamatan yang ada dalam negara Islam.
Mereka juga bebas belajar semua ilmu yang ada pada
masa itu.
24
4) Peranan Bayt al-Hikmah
• Menurut Shalabi (1945: 114), perpustakaan
memainkan peranan yang penting sebagai tempat
untuk membaca, berbincang, menyelidik, dan belajar
secara halaqah (dalam lingkungan atau bulatan).
• Pada zaman tamadun Islam, terdapat tiga jenis
perpustakaan, iaitu perpustakaan umum yang boleh
dikunjungi dan digunakan oleh sesiapa sahaja,
perpustakaan semi-umum, dan perpustakaan
peribadi atau khusus. Contoh perpustakaan umum
yang terkenal ialah Bayt al-Hikmah di Baghdad dan
Dār al-‘Ilm di Kaherah.
25
Sambungan…
 Perpustakaan semi-umum seperti
perpustakaan para pemerintah kerajaan
Fātimiyyah dan perpustakaan amir Nūh bin
Nasr al-Sāmāni, didirikan oleh mereka untuk
mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan
atau memperlihatkan bahawa mereka adalah
ahli ilmu atau pencinta pengetahuan. Hanya
sarjana ternama dibolehkan mengunjungi
perpustakaan jenis ini.
26
Sambungan…
 Contoh, Ibn Sinā tokoh perubatan yang terkenal dan dihormati
telah diberi keizinan daripada pemerintah kerajaan Sāmāniyyah,
iaitu Nūh bin Nasr al-Sāmāni untuk membaca dan mengulangkaji
buku perubatan di perpustakaan diraja yang terletak di Bukhara.
 Perpustakaan peribadi pula, contohnya perpustakaan Hunayn bin
Ishāq, perpustakaan al-Mubashshir bin Fātik dan perpustakaan
Ifrā’im bin al-Zaffān, didirikan oleh para sarjana dan sasterawan
khusus untuk kepentingan mereka.
 Jumlah perpustakaan jenis ini amat banyak kerana begitu jarang
seorang sarjana atau sasterawan yang tidak mempunyai
perpustakaan sendiri sebagai sumber maklumat dan tempat
membuat rujukan dalam kajian yang mereka lakukan.
27
Bayt al-Hikmah
 Perpustakaan dan pusat pengajian tinggi yang paling
terkenal dalam sejarah pendidikan Islam ialah Bayt al-
Hikmah (House of Wisdom) yang terletak di Baghdad.
 Titik permulaan idea penubuhan Bayt al-Hikmah ialah
hasrat Khalifah al-Mansur untuk membangunkan
sebuah perpustakaan yang hebat dengan mencontohi
perpustakaan raja-raja Parsi. Hal ini menggambarkan
kecenderungan pemerintah awal kerajaan Abbasiyyah
dalam menaungi aktiviti keilmuan dengan
memudahkan kerja penterjemahan, penyalinan,
penelaahan, dan penyimpanan buku-buku ilmiah
daripada tamadun Parsi, Sanskrit, dan Yunani.
28
Sambungan…
 Perpustakaan ini mula dibina pada zaman
pemerintahan khalifah Hārūn al-Rashid
(memerintah 170-193 H/786-809 M) sebagai
sebuah perpustakaan yang dikenali dengan
nama Khizanat al-Hikmah.
 Pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mūn
(memerintah 198-218 H/813-833 M),
perpustakaan tersebut diperbesarkan dan
berfungsi sebagai sebuah institusi pengajian
sains yang mencontohi ciri Akademi
Jundishapūr.
29
Sambungan…
 Aktiviti utama Bayt al-Hikmah ialah menterjemahkan
buku falsafah, sains, matematik, perubatan, dan
astronomi yang ditulis dalam bahasa asing termasuk
bahasa Greek, Parsi, Sanskrit, dan Siryani ke dalam
bahasa Arab.
 Antara pencapaian awal Bayt al-Hikmah ialah
penterjemahan karya Aristotle mengenai kegunaan
dialektika, yang dipilih khusus untuk membentengi para
teologis kerajaan Abbasiyyah menentang pendokong
bidaah dan penganut agama lain yang mencabar
kewibawaan ajaran Islam.
30
Sambungan…
 Bayt al-Hikmah mempunyai sebuah perpustakaan
yang besar. Khalifah Hārūn al-Rashid telah
mengumpulkan di dalamnya kitab berkenaan ilmu
syariah, kedoktoran dan falak (astronomi) yang
diterjemahkan daripada bahasa asing ke bahasa
Arab.
 Selain itu, perpustakaan ini juga merupakan tempat
berkumpulnya ulama, penyelidik, dan pelajar dari
seluruh pelosok dunia Islam. Beberapa tokoh saintis,
termasuk al-Khawārizmi dan Hunayn bin Ishāq
dikatakan pernah berkhidmat di perpustakaan ini.
31
Sambungan…
 Bayt al-Hikmah mencapai tahap kegemilangannya pada
zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mūn (198-218 H/813-
833 M). Pada zaman tersebut, kegiatan penterjemahan
ilmu asing dari Greek, Parsi, Syria, Mesir, dan India
berlaku dengan pesat. Perpustakaan ini merupakan
perpustakaan yang pertama didirikan di dunia Islam untuk
kegunaan umum dan mempunyai kedudukan yang tinggi.
 Perpustakaan ini turut berperanan sebagai institusi
pengajian tinggi yang menjadi tempat berkumpulnya para
cendekiawan, penyelidik dan penuntut ilmu. Oleh itu,
Bayt al-Hikmah menjadi pusat ilmu pengetahuan yang
pertama memberi sumbangan kepada penuntut dalam
pelbagai bidang terutamanya sains, falsafah, dan
perubatan.
32
Sambungan…
 Bayt al-Hikmah dikatakan mempunyai kaitan
dengan observatori Shammāsiyyah yang juga
terletak di Baghdad sebagai sebahagian
daripada kemudahannya. Walau
bagaimanapun, kenyataan ini kurang tepat
menurut Sayili yang mendapati observatori
Shammāsiyyah adalah sebuah observatori
yang berasingan pentadbirannya daripada
Bayt al-Hikmah.
33
Sambungan…
 Setelah kematian khalifah al-Ma’mūn, Bayt al-Hikmah
tidak lagi mendapat perhatian daripada para khalifah
seterusnya. Namun, Bayt al-Hikmah dikatakan masih
tetap berfungsi pada tahun 479 H/1086 M dengan
nama Dār al-‘Ilm.
 Setelah Madrasah Nizāmiyyah tersebar luas pada akhir
abad ke-5 H/11 M dan wujud ancaman keras daripada
ulama terhadap ilmu falsafah, Bayt al-Hikmah menjadi
semakin mundur. Bayt al-Hikmah dikatakan terus
wujud sehingga berlaku serangan bangsa Tartar ke
atas kota Baghdad pada tahun 656 H/1258 M yang
turut mengakibatkan kemusnahannya.
34
5) Perdagangan Antarabangsa
 Perdagangan antarabangsa memainkan
peranan yang besar dalam memajukan
tamadun Islam melalui pelbagai cara. Hal ini
didorongkan oleh wujudnya kota-kota besar
Islam.
 Melalui perdagangan luar, pedagang Islam
yang berdagang bukan sahaja membawa balik
pelbagai bahan dagangan tetapi juga pelbagai
ilmu baru sama ada dari negara China, India
dan Timur Jauh.
35
Sambungan…
 Golongan pemodal khasnya juga berusaha
membaiki produk mereka dengan teknologi
terkini. Secara tidak langsung, perdagangan
juga telah menggalakkan teknologi
pembinaan kapal yang merupakan alat
pengangkutan terpenting pada ketika itu.
 Melalui perdagangan juga, pelbagai ilmu
baru berkembang pesat seperti ilmu geografi,
astronomi, dan pelayaran.
36
6) Peranan Bahasa Arab
 Bahasa Arab mempunyai beberapa kelebihan sehingga
menjadi bahasa utama dunia pada masa itu. Antara
kelebihannya ialah al-Qur’an diturunkan dalam
bahasa Arab. Oleh itu, apabila seseorang memeluk
Islam, ia akan belajar bahasa Arab untuk
membolehkannya memahami isi al-Qur’an.
 Bahasa Arab juga menjadi “lingua-franca” dan
bahasa penyatu kepada seluruh masyarakat khasnya
mereka yang berhubung dengan masyarakat Islam
melalui ilmu pengetahuan, perniagaan, dan
sebagainya.
37
Sambungan…
 Bahasa Arab telah menjadi bahasa ilmu bagi
penduduk antara kota Baghdad dan Cordova yang
menggantikan bahasa Yunani, Latin, Kibti dan Aramaic.
 Bahasa Arab telah menjadi bahasa sains dan
teknologi serta kebudayaan Islam terutama pada
awal pemerintah Bani Umayyah.
 Keupayaan bahasa Arab begitu mengkagumkan
yang membuka peluang bagi orang Islam menambah
perbendaharaan dan istilah dalam bidang sains dan
teknologi.
 Bahasa Arab juga telah menjadi bahasa rasmi
kerajaan Islam yang membantu meluaskan
penggunaannya hingga ke luar negara.
38
Sambungan…
 Bahasa Arab begitu berpengaruh bukan sahaja kepada
orang-orang Islam tetapi juga digunakan boleh orang-
orang Kristian sebagai bahasa ilmu.
 Misalnya gereja Sepanyol menterjemahkan kitab agama
Kristian daripada bahasa Latin ke bahasa Arab. Dalam
penyebaran ilmu daripada tamadun Islam ke tamadun
Eropah, Frederick II telah menubuhkan University Naples
bagi tujuan mengembangkan ilmu sains muslim ke
Eropah. Di Universiti ini kegiatan penterjemahan
dilakukan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin dan
Ibrani. Frederick II juga telah mendorong Micheal Scott
berhijrah ke Toledo pada tahun 1217M dan
menterjemahkan karya Aristotles yang telah
diterjemahkan oleh Ibn Rushd.
39
7) Gerakan Penterjemahan
 Merujuk kepada gerakan penterjemahan daripada bahasa lain ke
bahasa Arab dan sebaliknya.
 Gerakan penterjemahan telah dimulakan pada zaman kerajaan
Bani Umayyah dan berkembang pada zaman kerajaan Abbasiyah.
 Antara sebab kejayaan usaha penterjemahan ini ialah dorongan
sama ada dari segi moral atau kewangan daripada pihak
pemerintah.
 Pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dari bahasa Eropah ke
bahasa Arab. Banyak hasil tulisan cendekiawan daripada ilmu
Yunani dan Romawi telah diterjemahkan dan dikembangkan oleh
ilmuwan Islam. Antara ilmu yang diminati ialah ilmu logik, falsafah,
perubatan, astronomi, dan astrologi.
40
Sambungan…
 Pada peringkat kedua, Ilmu ini diterjemahkan pula ke
dalam bahasa Eropah dan menjadi pemangkin kepada
kemajuan tamadun Barat pada abad Pertengahan dan
Renaissance.
 Tiada siapa dapat menafikan bahawa penerimaan sains
dan teknologi Islam oleh Eropah tercermin daripada
banyaknya istilah bahasa Arab yang diturunkan menjadi
bahasa Eropah. Banyak karya orang-orang Islam
menggunakan bahasa Arab dalam berbagai subjek ilmu
yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad
Pertengahan.
 Bahan-bahan terjemahan ke bahasa Latin ini sebagai
satu bukti yang jelas sumbangan peradaban Islam
kepada tamadun Barat.
41
8) Peranan Tokoh Ilmuwan Bukan Arab –
Parsi, Asia Tengah, Non-Muslim
 Layanan yang baik diberi kepada para
ilmuwan adalah satu pemangkin utama
kepada kemajuan pelbagai bidang ilmu.
 Bani Musa misalnya hidup senang semasa
zaman Baghdad.
 Kemudahan terutama dari segi kewangan di
akademi, sekolah, perpustakaan, rumah sakit,
dan balai cerap membolehkan para sarjana
menumpukan kepada pembangunan dan
penyelidikan dalam bidang sains dan
teknologi.
42
Sambungan…
 Perbelanjaan yang banyak digunakan oleh
Khalifah al-Ma’mun bagi mengupah sarjana
mengumpul bahan dan manuskrip,
menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab
telah menambahkan khazanah di Baitul
Hikmah.
43
9) Penubuhan Sekolah & Universiti
 Penubuhan pusat pendidikan Islam bermula sejak
zaman Nabi Muhammad apabila sekumpulan sahabat
baginda tinggal di masjid untuk menumpukan masa
dan tenaga mereka kepada ilmu pengetahuan
khasnya berkaitan dengan agama.
 Selepas itu lahir pula sistem kuttab yang mana kanak-
kanak diajar membaca dan menulis bersama dengan
pelbagai ilmu yang berkait dengan al-Qur’an dan al-
Hadith. Sistem pendidikan berkembang dan
berpusat di masjid.
44
Sambungan…
 Sehingga abad ke 4H, berlaku satu perubahan
besar di Naisabur apabila sistem madrasah
diperkenalkan di perkarangan masjid.
 Sistem ini akhirnya bergerak maju sehingga
beberapa buah institusi pendidikan tinggi
diperkenalkan seperti di Madrasah Nizamiyyah
di Qairawan dan Universiti al-Azhar di Mesir.
 Kemajuan pusat pendidikan tinggi ini juga
menggambarkan kemajuan ilmu pengetahuan
yang ada pada masa itu.
45
Kesimpulannya,
 Terdapat beberapa faktor yang membantu
memperkembangkan tamadun Islam pada zaman
dahulu.
 Hasil dari kemajuan tersebut, umat Islam telah dikenali
sebagai satu umat yang terkedepan dalam pelbagai
bidang ilmu.
 Kejayaan ini berkait rapat dengan kesediaan agama
Islam menerima pelbagai tamadun asing sama ada
secara keseluruhannya atau dibuat penyesuaian
supaya tidak bertentangan dengan konsep akidah dan
akhlak yang asas dalam ajaran Islam.
46
ZAMAN KEEMASAN
SAINS & TEKNOLOGI ISLAM
 Era kegemilangan tamadun Islam telah menyaksikan
pencapaian cemerlang para sarjana dalam pelbagai
bidang termasuk falsafah dan sains.
 Perkembangan ilmu sains dalam tamadun Islam telah
melalui dua peringkat.
 Peringkat pertama melibatkan usaha penyerapan dan
pemindahan ilmu-ilmu klasik dalam sains dan falsafah
daripada bahasa Greek, Siryani, Parsi, dan Sanskrit ke
bahasa Arab.
 Peringkat kedua berlaku apabila saintis Muslim
mencetuskan idea dan memberikan sumbangan
mereka terhadap perkembangan sains dan teknologi.
47
Sambungan…
 Kemunculan tokoh saintis Muslim seperti al-Razi (m. 313
H/925 M), Ibn Rushd (m. 595 H/1198 M) dan ‘Abd al-Latif al-
Baghdādi (m. 629 H/1231 M) berlaku sekitar abad keempat hingga
abad ketujuh Hijrah (abad ke-10 hingga 13 Masihi). Era tersebut
yang turut dikenali sebagai abad pertengahan menyaksikan
tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya dalam
pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Hal ini dapat
dibuktikan dengan kemunculan ramai tokoh saintis Muslim yang
terkemuka seperti al-Razi, Ibn Sina, al-Biruni, dan Ibn Rushd.
 Era kegemilangan tamadun Islam sebenarnya telah bermula sejak
awal abad ketiga hijrah dengan kemunculan Jābir bin Hayyān (m.
200 H/815 M).
48
Sambungan…
 Ketokohan para saintis Muslim
berterusan selama 350 tahun--senario
yang hanya dalam tangan orang Islam
dari bangsa Arab, Afghanistan, dan Turki.
Berikut adalah sebahagian daripada
kaitan setiap separuh abad dengan
kemunculan seorang tokoh saintis utama
dunia:
49
 Tahun Tokoh Zaman
 450-400 S.M. Plato
 400-350 S.M. Aristotle
 350-300 S.M. Euclid
 300-250 S.M. Archimedes
 500-550 M Aryabhat I
 600-650 M Hsilian Tsang
 650-700 M I-Ching
 700-750 M ...
50
 Tahun Tokoh Zaman
 750-1100 M turutan zaman kegemilangan tamadun
Islam yang tidak terputus
 750-800M Jābir bin Hayyān (m. 200 H/815 M)
 800-850 M al-Khawārizmi (m. slps 232 H/847 M)
 850-900 M al-Razi (m. 313 H/925 M)
 900-950 M al-Mas‘udi (m. 346 H/957 M)
 950-1000 M Abu al-Wafā’ (m. sekitar 500 H/1106 M)
 1000-1050 M al-Biruni (m. 515 H/1048 M) &
Ibn Sina (m. 428 H/1037 M)
 1050-1100 M ‘Umar al-Khayyām (m. 515 H/1121 M)
51
Sambungan…
 Menurut Mohammad Ilyas (2003: 12-13),
hanya selepas tahun 1100 M, barulah nama
tokoh-tokoh Barat muncul seperti Gerard dari
Cremona, Roger Bacon, dan Jacob Anatoli.
 Namun, kejayaan mereka sebenarnya masih
dikongsi bersama tokoh-tokoh saintis Muslim
dari Andalus (Sepanyol) seperti Ibn Rushd (m.
595 H/1198 M), al-Tusi (m. 672 H/1274 M), dan
Ibn al-Nafis (m. 687 H/1288 M).
52
Sambungan…
 Ketokohan para saintis Muslim era
tersebut tidak terhad kepada satu bidang
tertentu malah merangkumi pelbagai
bidang ilmu yang lain.
 Sebagai contoh, Ibn Sina (m. 428
H/1037 M) yang begitu terkenal sebagai
tokoh perubatan hingga digelar ‘al-
shaykh al-ra’is’ turut menguasai
pelbagai bidang ilmu seperti matematik
dan falsafah.
53
Sambungan…
 Contoh lain ialah al-Biruni (m. 443 H)
yang terkenal sebagai tokoh astronomi
turut menguasai pelbagai bidang ilmu
seperti perubatan dan geografi.
 Ketokohan al-Biruni begitu dikagumi
oleh Dr. S. Moinul Haq, Setiausaha
Agung dan Pengarah Penyelidikan
Persatuan Sejarah Pakistan yang
menyifatkan abad kelima Hijrah sebagai
Zaman al-Biruni.
54

More Related Content

What's hot

MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK Ashikin Azeman
 
Bab 6 kepelbagaian agama mencari titik persamaan
Bab 6  kepelbagaian agama  mencari titik persamaanBab 6  kepelbagaian agama  mencari titik persamaan
Bab 6 kepelbagaian agama mencari titik persamaanAre Matt
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunanAdzmir Nasir
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamfaiz_daniel
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaCik Atiradaniel
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalanwanarizwan
 
Interaksi melayu,cina, india
Interaksi  melayu,cina, indiaInteraksi  melayu,cina, india
Interaksi melayu,cina, indiaSuhaimi Shafie
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuEst
 
Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.Adilah Hrn
 
Bab 02 pik (konsep perkembangan tamadun)
Bab 02  pik (konsep perkembangan tamadun)Bab 02  pik (konsep perkembangan tamadun)
Bab 02 pik (konsep perkembangan tamadun)Adibah Sulaiman
 
tamadun melayu titas
tamadun melayu titastamadun melayu titas
tamadun melayu titassabbysamura
 
Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...
Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...
Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...Ezad Azraai Jamsari
 
Bab 1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab 1 pengenalan ilmu ketamadunanBab 1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab 1 pengenalan ilmu ketamadunanRaja Rosenani
 
01 tamadun melayu definisi - peranan
01 tamadun melayu   definisi - peranan01 tamadun melayu   definisi - peranan
01 tamadun melayu definisi - perananAnonymous
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
1 sains politik
1  sains politik1  sains politik
1 sains politikNur Az
 

What's hot (20)

MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
MODENISASI, PEMBANGUNAN EKONOMI & HUBUNGAN ETNIK
 
Bab 6 kepelbagaian agama mencari titik persamaan
Bab 6  kepelbagaian agama  mencari titik persamaanBab 6  kepelbagaian agama  mencari titik persamaan
Bab 6 kepelbagaian agama mencari titik persamaan
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan
 
Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islam
 
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun ChinaAgama dan fahaman dalam Tamadun China
Agama dan fahaman dalam Tamadun China
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Interaksi melayu,cina, india
Interaksi  melayu,cina, indiaInteraksi  melayu,cina, india
Interaksi melayu,cina, india
 
Bab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayuBab 3 tamadun melayu
Bab 3 tamadun melayu
 
Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.Sumbangan islam dalam tamadun india.
Sumbangan islam dalam tamadun india.
 
Bab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun indiaBab 4 tamadun india
Bab 4 tamadun india
 
Bab 02 pik (konsep perkembangan tamadun)
Bab 02  pik (konsep perkembangan tamadun)Bab 02  pik (konsep perkembangan tamadun)
Bab 02 pik (konsep perkembangan tamadun)
 
tamadun melayu titas
tamadun melayu titastamadun melayu titas
tamadun melayu titas
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)ilmu ketamadunan (TITAS)
ilmu ketamadunan (TITAS)
 
Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...
Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...
Kesenian dan Seni Bina Masjid Cordova: Satu Kajian Bibliografi Terpilih dan A...
 
Bab 1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab 1 pengenalan ilmu ketamadunanBab 1 pengenalan ilmu ketamadunan
Bab 1 pengenalan ilmu ketamadunan
 
01 tamadun melayu definisi - peranan
01 tamadun melayu   definisi - peranan01 tamadun melayu   definisi - peranan
01 tamadun melayu definisi - peranan
 
Chap 10 MGT162
Chap 10 MGT162Chap 10 MGT162
Chap 10 MGT162
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
1 sains politik
1  sains politik1  sains politik
1 sains politik
 

Similar to 03 ekosistem keilmuan islam

Tugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAM
Tugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAMTugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAM
Tugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAMAsri Setiawan
 
Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuAbuy Thea
 
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdfipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdfGilangRivaldo1
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islammuhfachrul3
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkDesiPermataSari16
 
Makalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani newwMakalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani newwrani etika
 
Etika dalam-sains-dan-teknologi-islam-ii
Etika dalam-sains-dan-teknologi-islam-iiEtika dalam-sains-dan-teknologi-islam-ii
Etika dalam-sains-dan-teknologi-islam-iiIman Zahid
 
Posisi dan peran agama di Zaman Now
Posisi dan peran agama di Zaman NowPosisi dan peran agama di Zaman Now
Posisi dan peran agama di Zaman NowDesiPermataSari16
 
Sains dan teknologi dalam islam
Sains dan teknologi dalam islamSains dan teknologi dalam islam
Sains dan teknologi dalam islamRomza Baher
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamNUR DIANA
 
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatIntegrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatEeLly Lunjani
 
Sains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi IslmSains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi IslmCikgu Marzuqi
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxEkoSulastri
 
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptxPERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptxSenjaMahesa
 
Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam
Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam
Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam Asnita Meydelia C K
 
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptxBab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptxNorhayati Tahir
 

Similar to 03 ekosistem keilmuan islam (20)

Tugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAM
Tugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAMTugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAM
Tugas pendidikan agama islam II, IPTEK dalam ISLAM
 
Makalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmuMakalah integrasi ilmu
Makalah integrasi ilmu
 
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdfipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
ipteks-141026070012-conversion-gate01.pdf
 
Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211Bab 1 ctu 211
Bab 1 ctu 211
 
Kebudayaan islam
Kebudayaan islamKebudayaan islam
Kebudayaan islam
 
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan IptrkPeran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
Peran Agama Dalam Meningkatkan Iptrk
 
Makalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani newwMakalah aika 3 niken , rani neww
Makalah aika 3 niken , rani neww
 
04 agama dan pst
04 agama dan pst 04 agama dan pst
04 agama dan pst
 
Presentasi iptek
Presentasi iptekPresentasi iptek
Presentasi iptek
 
Etika dalam-sains-dan-teknologi-islam-ii
Etika dalam-sains-dan-teknologi-islam-iiEtika dalam-sains-dan-teknologi-islam-ii
Etika dalam-sains-dan-teknologi-islam-ii
 
Posisi dan peran agama di Zaman Now
Posisi dan peran agama di Zaman NowPosisi dan peran agama di Zaman Now
Posisi dan peran agama di Zaman Now
 
Sains dan teknologi dalam islam
Sains dan teknologi dalam islamSains dan teknologi dalam islam
Sains dan teknologi dalam islam
 
Kebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islamKebudayaan dalam islam
Kebudayaan dalam islam
 
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif FilsafatIntegrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
Integrasi Ilmu Pengetahuan dan Islam Perspektif Filsafat
 
Sains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi IslmSains dan teknologi Islm
Sains dan teknologi Islm
 
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docxFKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
FKI tugas mandiri EKO SRI SULASTRI 2205056044.docx
 
Ppt aika 3
Ppt aika 3Ppt aika 3
Ppt aika 3
 
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptxPERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
PERAN INTELEKTUAL DALAM PERKEMBANGAN IPTEK-1.pptx
 
Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam
Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam
Ipteks (Ilmu Pengetahuan, Teknologi dan Seni) dalam Islam
 
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptxBab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
Bab 4 Aqidah menunjangi sains.pptx
 

Recently uploaded

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau tripletMelianaJayasaputra
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaNadia Putri Ayu
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 

Recently uploaded (20)

Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
04-Gemelli.- kehamilan ganda- duo atau triplet
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional DuniaKarakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
Karakteristik Negara Brazil, Geografi Regional Dunia
 
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 

03 ekosistem keilmuan islam

  • 2. (BAB 1): MANUSIA & PEMIKIRAN (BAB 2): EKOSISTEM KEILMUAN ISLAM ( BAB 3): AGAMA, PEMIKIRAN SAINS DAN TEKNOLOGI (BAB 4): PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI MERENTAS SEMPADAN (BAB 5): PEMIKIRAN SAINTIFIK SAINTIS MUSLIM (BAB 6): PERUBAHAN PARADIGMA PEMIKIRAN SAINTIS BARAT (BAB 7): PEMODENAN SAINS & TEKNOLOGI (BAB 8): REVOLUSI INDUSTRI & KESANNYA TERHADAP KEMANUSIAAN (BAB 9): ETIKA & NILAI DALAM PEMIKIRAN SAINS & TEKNOLOGI (BAB 10): MENGINSANKAN SAINS & TEKNOLOGI 2
  • 4. KANDUNGAN BAB 2  Ekosistem: agama, sosial, ekonomi, & politik  Faktor kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun Islam  Zaman Keemasan Sains dan Teknologi Islam 4
  • 5. PENGENALAN  Bab ini membicarakan tentang ekosistem keilmuan dari aspek agama, sosial, ekonomi, dan politik.  Turut dibincangkan faktor kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun Islam.  Selain itu, zaman keemasan sains dan teknologi dalam tamadun Islam turut dibincangkan. 5
  • 6. KONSEP EKOSISTEM  Dari segi bahasa, ekosistem bermaksud hubungan antara entiti-entiti yang terdapat dalam sebuah persekitaran lalu membentuk sebuah sistem atau aturan khusus.  Dari segi istilah sains, ekosistem sains (scientific ecosystem) bermaksud kajian hubungan antara organisma hidup, ciri-ciri fizikal, proses bio-kimia, fenomena semula jadi, dan aktiviti manusia dalam komuniti ekologi. Hal ini demikian kerana dalam mana-mana kawasan tertentu, hidupan dan bukan hidupan saling berinteraksi antara satu sama lain lalu membentuk satu ekosistem. 6
  • 7. 7
  • 8. IDEA EKOSISTEM PENGETAHUAN  Idea ekosistem pengetahuan adalah pendekatan kepada pengurusan pengetahuan yang menuntut untuk memupuk evolusi dinamik hasil interaksi pengetahuan antara entiti untuk meningkatkan pengambilan keputusan dan inovasi melalui rangkaian kerjasama evolusi yang lebih baik. 8
  • 9. Dalam mana-mana kawasan, hidupan dan bukan hidupan berinteraksi antara satu sama lain lalu membentuk satu ekosistem. Semua elemen dalam ekosistem adalah saling berkaitan. Semua ekosistem mesti mengekalkan keseimbangannya untuk berkembang maju. 9
  • 10. TERAS EKOSISTEM KEILMUAN Untuk memahami ekologi pengetahuan sebagai operasi yang produktif, adalah berguna untuk memberi tumpuan kepada ekosistem pengetahuan yang terletak pada terasnya.  Seperti ekosistem semulajadi, ekosistem pengetahuan ini mempunyai input, output dan output beroperasi dalam hubungan pertukaran terbuka dengan persekitaran mereka. 10
  • 11. 4 Unsur Utama Bagi Sistem Pengetahuan Rangkaian  1. Teknologi Teras:  Ekosistem pengetahuan beroperasi pada dua jenis teras teknologi. Pertama, berurusan dengan kandungan atau pengetahuan substantif industri. Kedua, melibatkan perkakasan, perisian komputer dan telekomunikasi, yang berfungsi sebagai "teknologi prosedur" operasi. Teknologi-teknologi ini menyediakan keupayaan pengurusan pengetahuan yang jauh melebihi kapasiti manusia.  Penyelidikan, pengkodifikasian, dokumentasi, penerbitan dan perkongsian elektronik mencipta pengetahuan substantif. Komunikasi antara komputer dan manusia membolehkan ekosistem pengetahuan menjadi interaktif dan responsif dalam komuniti yang lebih luas dan dalam subsistemnya. 11
  • 12. Sambungan…  2. Keterpaduan Kritikal:  Pengetahuan organisasi berada dalam rangkaian individu, sistem dan prosedur kompleks di dalam dan luar organisasi. Rangkaian ini ditubuhkan dalam bentuk hubungan sosial dan teknologi. Hubungan itu mencerminkan kepentingan dan sejarah bersama. Unsur-unsur rangkaian bergantung kepada satu sama lain untuk sumber dan survival bersama. Mengakses dan menggunakan rangkaian pengetahuan ini melibatkan pemahaman dan mengekalkan integriti hubungan asas. 12
  • 13. sambungan…  3. Enjin dan Ejen Pengetahuan:  Ini merujuk kepada sistem mewujudkan pengetahuan termasuk proses penyelidikan dan pembangunan, pakar, pengurus operasi/pentadbir, sistem perisian, sumber pengetahuan arkib dan pangkalan data. 13
  • 14. Sambungan…  4. Tindakan Performatif:  Pengetahuan organisasi diubah menjadi nilai ekonomi melalui proses yang melibatkan tindakan. Ini mungkin tindakan kognitif seperti pembelajaran atau keputusan, atau tindakan fizikal seperti menyediakan hidangan atau menulis cek, dan tindakan sosial seperti menganjurkan atau menghiburkan. Tugasan organisasi selalunya memerlukan semua ini dan jenis tindakan lain yang berlaku dalam cara yang dihubungkan untuk nilai yang akan dibuat. 14
  • 15. FAKTOR KEMAJUAN SAINS & TEKNOLOGI DALAM TAMADUN ISLAM 1) Agama dan kesepaduan ilmu 2) Peranan pemerintah – minat, galakan, hadiah 3) Kestabilan politik 4) Baitul Hikmah 5) Perdagangan antarabangsa 6) Peranan Bahasa Arab 7) Aktiviti terjemahan 8) Peranan tokoh ilmuwan bukan Arab – Parsi, Asia Tengah, Non-Muslim. 9) Penubuhan sekolah & universiti 15
  • 16. 1) Agama & Kesepaduan Ilmu  Agama Islam adalah pendorong utama kepada kemajuan dalam pelbagai ilmu pengetahuan.  Sesuai dengan pengajaran dalam agama yang sentiasa mengajar pengikutnya hidup bermasyarakat dan tinggal menetap, telah membantu mempercepatkan kemajuan dalam segala bidang ilmu.  Sifat terbuka agama Islam telah berjaya memberi peluang kepada penganut Islam yang berasal dari pelbagai keturunan mempelajari dan mengamalkan segala ilmu pengetahuan yang mereka warisi. 16
  • 17. Sambung…  Mana-mana ilmu yang tidak bertentangan dengan agama terus diamalkan dan berkembang dengan lebih luas manakala ilmu yang bertentangan dengan agama terutamanya aspek kepercayaan telah diubah.  Islam juga mengajar penganutnya supaya menjadikan tauhid sebagai asas kepada segala ilmu. Maksudnya segala ilmu yang berkembang dalam masyarakat mestilah mempunyai hubungan yang rapat dengan agama. 17
  • 18. Sambungan…  Terdapat dua kategori ilmu dalam tradisi Islam, iaitu ilmu fardu ain (individu) dan fardu kifayah (komuniti).  Konsep pembahagian ilmu kepada agama dan sekular yang wujud di Barat pada masa ini berlaku kerana asas agama Kristian yang difahami oleh mereka adalah sempit dan tidak dapat menjawab pelbagai persoalan sains yang berkembang dalam masyarakat.  Perkembangan pelbagai ilmu pengetahuan telah menjadi pemangkin kepada kemajuan tamadun Islam pada zaman dahulu. 18
  • 19. 2) Peranan pemerintah sebagai pemangkin perkembangan ilmu  Pemerintah memainkan peranan yang sangat penting dalam memajukan sains dan teknologi dalam tamadun Islam. Mereka sangat meminati ilmu seperti yang ditunjukkan oleh al-Walid b. Abdul Malik pada zaman Bani Umayyah, Umar Abdullah al- Ma’mun pada zaman Abbasiyah dan Abdul Rahman al-Nasir II pada zaman Bani Umayyah di Andalus. 19
  • 20. Sambungan…  Istana khalifah pada masa itu menjadi tumpuan ilmuwan Islam dan non-muslim untuk membincangkan segala penemuan baharu.  Mereka juga diberikan pelbagai insentif untuk memajukan lagi bidang ilmu yang ada. Pendeknya para ilmuwan tidak perlu melakukan kerja sampingan hasil daripada dorongan ini dan ia sangat membantu mereka meneruskan usaha sehingga berjaya. 20
  • 21. Sambungan…  Budaya menaungi aktiviti keilmuan di kalangan pemerintah dan golongan elit khususnya terhadap para penulis dan buku- buku mereka langsung membawa kepada wujudnya perpustakaan-perpustakaan yang besar yang sebahagiannya terbuka kepada awam dan dilengkapi dengan ruang bacaan dan keperluan untuk kerja-kerja penyalinan manuskrip. 21
  • 22. Sambungan…  Contohnya, di Dimashq, para khalifah Umayyah membangunkan perpustakaan Arab yang pertama yang mengumpul buku-buku Yunani dan Kristian mengenai alkemi, perubatan, dan ilmu-ilmu lain.  Para sultan Fatimiyyah di Mesir juga merupakan pengumpul buku dan pendokong pusat pengajian untuk menyebarluas kepercayaan Syiah. Pada akhir abad ke-10, pemerintah kerajaan Fatimiyyah yang kedua, Al-Aziz telah membangunkan 40 ruangan yang dipenuhi dengan buku, khususnya buku sains kuno yang dianggarkan berjumlah sekitar 18,000 naskhah. 22
  • 23. Sambungan…  Ketika Madrasah atau Sekolah al-Mustansiriyyah yang dibangunkan di Baghdad pada tahun 1234 Masihi, koleksi awalnya dikatakan berjumlah 80,000 buah buku sumbangan daripada perpustakaan peribadi khalifah. Bahkan, koleksi peribadi juga sangat banyak dan dianggarkan mencapai jumlah 10,000 naskhah.  Setelah pemilik koleksi peribadi meninggal dunia maka semua koleksinya diberikan kepada masjid, tempat ibadah, atau madrasah agar ia boleh diselenggara dengan baik dan dibaca oleh golongan terpelajar. 23
  • 24. 3) Kestabilan Politik  Kemajuan tamadun Islam banyak bergantung kepada pemerintahan yang stabil dan juga pemerintahan yang meminati ilmu.  Ketika umat Islam maju dalam bidang sains dan teknologi, mereka mempunyai pemerintah dan tentera yang kuat. Apabila wujudnya kestabilan politik, maka ilmu pengetahuan dapat berkembang kerana penduduk merasa selamat untuk keluar masuk ke negara Islam.  Ramai pelajar dari luar negara yang terdiri daripada non-muslim datang ke pusat pengajian Islam kerana jaminan keselamatan yang ada dalam negara Islam. Mereka juga bebas belajar semua ilmu yang ada pada masa itu. 24
  • 25. 4) Peranan Bayt al-Hikmah • Menurut Shalabi (1945: 114), perpustakaan memainkan peranan yang penting sebagai tempat untuk membaca, berbincang, menyelidik, dan belajar secara halaqah (dalam lingkungan atau bulatan). • Pada zaman tamadun Islam, terdapat tiga jenis perpustakaan, iaitu perpustakaan umum yang boleh dikunjungi dan digunakan oleh sesiapa sahaja, perpustakaan semi-umum, dan perpustakaan peribadi atau khusus. Contoh perpustakaan umum yang terkenal ialah Bayt al-Hikmah di Baghdad dan Dār al-‘Ilm di Kaherah. 25
  • 26. Sambungan…  Perpustakaan semi-umum seperti perpustakaan para pemerintah kerajaan Fātimiyyah dan perpustakaan amir Nūh bin Nasr al-Sāmāni, didirikan oleh mereka untuk mendekatkan diri kepada ilmu pengetahuan atau memperlihatkan bahawa mereka adalah ahli ilmu atau pencinta pengetahuan. Hanya sarjana ternama dibolehkan mengunjungi perpustakaan jenis ini. 26
  • 27. Sambungan…  Contoh, Ibn Sinā tokoh perubatan yang terkenal dan dihormati telah diberi keizinan daripada pemerintah kerajaan Sāmāniyyah, iaitu Nūh bin Nasr al-Sāmāni untuk membaca dan mengulangkaji buku perubatan di perpustakaan diraja yang terletak di Bukhara.  Perpustakaan peribadi pula, contohnya perpustakaan Hunayn bin Ishāq, perpustakaan al-Mubashshir bin Fātik dan perpustakaan Ifrā’im bin al-Zaffān, didirikan oleh para sarjana dan sasterawan khusus untuk kepentingan mereka.  Jumlah perpustakaan jenis ini amat banyak kerana begitu jarang seorang sarjana atau sasterawan yang tidak mempunyai perpustakaan sendiri sebagai sumber maklumat dan tempat membuat rujukan dalam kajian yang mereka lakukan. 27
  • 28. Bayt al-Hikmah  Perpustakaan dan pusat pengajian tinggi yang paling terkenal dalam sejarah pendidikan Islam ialah Bayt al- Hikmah (House of Wisdom) yang terletak di Baghdad.  Titik permulaan idea penubuhan Bayt al-Hikmah ialah hasrat Khalifah al-Mansur untuk membangunkan sebuah perpustakaan yang hebat dengan mencontohi perpustakaan raja-raja Parsi. Hal ini menggambarkan kecenderungan pemerintah awal kerajaan Abbasiyyah dalam menaungi aktiviti keilmuan dengan memudahkan kerja penterjemahan, penyalinan, penelaahan, dan penyimpanan buku-buku ilmiah daripada tamadun Parsi, Sanskrit, dan Yunani. 28
  • 29. Sambungan…  Perpustakaan ini mula dibina pada zaman pemerintahan khalifah Hārūn al-Rashid (memerintah 170-193 H/786-809 M) sebagai sebuah perpustakaan yang dikenali dengan nama Khizanat al-Hikmah.  Pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mūn (memerintah 198-218 H/813-833 M), perpustakaan tersebut diperbesarkan dan berfungsi sebagai sebuah institusi pengajian sains yang mencontohi ciri Akademi Jundishapūr. 29
  • 30. Sambungan…  Aktiviti utama Bayt al-Hikmah ialah menterjemahkan buku falsafah, sains, matematik, perubatan, dan astronomi yang ditulis dalam bahasa asing termasuk bahasa Greek, Parsi, Sanskrit, dan Siryani ke dalam bahasa Arab.  Antara pencapaian awal Bayt al-Hikmah ialah penterjemahan karya Aristotle mengenai kegunaan dialektika, yang dipilih khusus untuk membentengi para teologis kerajaan Abbasiyyah menentang pendokong bidaah dan penganut agama lain yang mencabar kewibawaan ajaran Islam. 30
  • 31. Sambungan…  Bayt al-Hikmah mempunyai sebuah perpustakaan yang besar. Khalifah Hārūn al-Rashid telah mengumpulkan di dalamnya kitab berkenaan ilmu syariah, kedoktoran dan falak (astronomi) yang diterjemahkan daripada bahasa asing ke bahasa Arab.  Selain itu, perpustakaan ini juga merupakan tempat berkumpulnya ulama, penyelidik, dan pelajar dari seluruh pelosok dunia Islam. Beberapa tokoh saintis, termasuk al-Khawārizmi dan Hunayn bin Ishāq dikatakan pernah berkhidmat di perpustakaan ini. 31
  • 32. Sambungan…  Bayt al-Hikmah mencapai tahap kegemilangannya pada zaman pemerintahan khalifah al-Ma’mūn (198-218 H/813- 833 M). Pada zaman tersebut, kegiatan penterjemahan ilmu asing dari Greek, Parsi, Syria, Mesir, dan India berlaku dengan pesat. Perpustakaan ini merupakan perpustakaan yang pertama didirikan di dunia Islam untuk kegunaan umum dan mempunyai kedudukan yang tinggi.  Perpustakaan ini turut berperanan sebagai institusi pengajian tinggi yang menjadi tempat berkumpulnya para cendekiawan, penyelidik dan penuntut ilmu. Oleh itu, Bayt al-Hikmah menjadi pusat ilmu pengetahuan yang pertama memberi sumbangan kepada penuntut dalam pelbagai bidang terutamanya sains, falsafah, dan perubatan. 32
  • 33. Sambungan…  Bayt al-Hikmah dikatakan mempunyai kaitan dengan observatori Shammāsiyyah yang juga terletak di Baghdad sebagai sebahagian daripada kemudahannya. Walau bagaimanapun, kenyataan ini kurang tepat menurut Sayili yang mendapati observatori Shammāsiyyah adalah sebuah observatori yang berasingan pentadbirannya daripada Bayt al-Hikmah. 33
  • 34. Sambungan…  Setelah kematian khalifah al-Ma’mūn, Bayt al-Hikmah tidak lagi mendapat perhatian daripada para khalifah seterusnya. Namun, Bayt al-Hikmah dikatakan masih tetap berfungsi pada tahun 479 H/1086 M dengan nama Dār al-‘Ilm.  Setelah Madrasah Nizāmiyyah tersebar luas pada akhir abad ke-5 H/11 M dan wujud ancaman keras daripada ulama terhadap ilmu falsafah, Bayt al-Hikmah menjadi semakin mundur. Bayt al-Hikmah dikatakan terus wujud sehingga berlaku serangan bangsa Tartar ke atas kota Baghdad pada tahun 656 H/1258 M yang turut mengakibatkan kemusnahannya. 34
  • 35. 5) Perdagangan Antarabangsa  Perdagangan antarabangsa memainkan peranan yang besar dalam memajukan tamadun Islam melalui pelbagai cara. Hal ini didorongkan oleh wujudnya kota-kota besar Islam.  Melalui perdagangan luar, pedagang Islam yang berdagang bukan sahaja membawa balik pelbagai bahan dagangan tetapi juga pelbagai ilmu baru sama ada dari negara China, India dan Timur Jauh. 35
  • 36. Sambungan…  Golongan pemodal khasnya juga berusaha membaiki produk mereka dengan teknologi terkini. Secara tidak langsung, perdagangan juga telah menggalakkan teknologi pembinaan kapal yang merupakan alat pengangkutan terpenting pada ketika itu.  Melalui perdagangan juga, pelbagai ilmu baru berkembang pesat seperti ilmu geografi, astronomi, dan pelayaran. 36
  • 37. 6) Peranan Bahasa Arab  Bahasa Arab mempunyai beberapa kelebihan sehingga menjadi bahasa utama dunia pada masa itu. Antara kelebihannya ialah al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab. Oleh itu, apabila seseorang memeluk Islam, ia akan belajar bahasa Arab untuk membolehkannya memahami isi al-Qur’an.  Bahasa Arab juga menjadi “lingua-franca” dan bahasa penyatu kepada seluruh masyarakat khasnya mereka yang berhubung dengan masyarakat Islam melalui ilmu pengetahuan, perniagaan, dan sebagainya. 37
  • 38. Sambungan…  Bahasa Arab telah menjadi bahasa ilmu bagi penduduk antara kota Baghdad dan Cordova yang menggantikan bahasa Yunani, Latin, Kibti dan Aramaic.  Bahasa Arab telah menjadi bahasa sains dan teknologi serta kebudayaan Islam terutama pada awal pemerintah Bani Umayyah.  Keupayaan bahasa Arab begitu mengkagumkan yang membuka peluang bagi orang Islam menambah perbendaharaan dan istilah dalam bidang sains dan teknologi.  Bahasa Arab juga telah menjadi bahasa rasmi kerajaan Islam yang membantu meluaskan penggunaannya hingga ke luar negara. 38
  • 39. Sambungan…  Bahasa Arab begitu berpengaruh bukan sahaja kepada orang-orang Islam tetapi juga digunakan boleh orang- orang Kristian sebagai bahasa ilmu.  Misalnya gereja Sepanyol menterjemahkan kitab agama Kristian daripada bahasa Latin ke bahasa Arab. Dalam penyebaran ilmu daripada tamadun Islam ke tamadun Eropah, Frederick II telah menubuhkan University Naples bagi tujuan mengembangkan ilmu sains muslim ke Eropah. Di Universiti ini kegiatan penterjemahan dilakukan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin dan Ibrani. Frederick II juga telah mendorong Micheal Scott berhijrah ke Toledo pada tahun 1217M dan menterjemahkan karya Aristotles yang telah diterjemahkan oleh Ibn Rushd. 39
  • 40. 7) Gerakan Penterjemahan  Merujuk kepada gerakan penterjemahan daripada bahasa lain ke bahasa Arab dan sebaliknya.  Gerakan penterjemahan telah dimulakan pada zaman kerajaan Bani Umayyah dan berkembang pada zaman kerajaan Abbasiyah.  Antara sebab kejayaan usaha penterjemahan ini ialah dorongan sama ada dari segi moral atau kewangan daripada pihak pemerintah.  Pelbagai bidang ilmu telah diterjemahkan dari bahasa Eropah ke bahasa Arab. Banyak hasil tulisan cendekiawan daripada ilmu Yunani dan Romawi telah diterjemahkan dan dikembangkan oleh ilmuwan Islam. Antara ilmu yang diminati ialah ilmu logik, falsafah, perubatan, astronomi, dan astrologi. 40
  • 41. Sambungan…  Pada peringkat kedua, Ilmu ini diterjemahkan pula ke dalam bahasa Eropah dan menjadi pemangkin kepada kemajuan tamadun Barat pada abad Pertengahan dan Renaissance.  Tiada siapa dapat menafikan bahawa penerimaan sains dan teknologi Islam oleh Eropah tercermin daripada banyaknya istilah bahasa Arab yang diturunkan menjadi bahasa Eropah. Banyak karya orang-orang Islam menggunakan bahasa Arab dalam berbagai subjek ilmu yang diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad Pertengahan.  Bahan-bahan terjemahan ke bahasa Latin ini sebagai satu bukti yang jelas sumbangan peradaban Islam kepada tamadun Barat. 41
  • 42. 8) Peranan Tokoh Ilmuwan Bukan Arab – Parsi, Asia Tengah, Non-Muslim  Layanan yang baik diberi kepada para ilmuwan adalah satu pemangkin utama kepada kemajuan pelbagai bidang ilmu.  Bani Musa misalnya hidup senang semasa zaman Baghdad.  Kemudahan terutama dari segi kewangan di akademi, sekolah, perpustakaan, rumah sakit, dan balai cerap membolehkan para sarjana menumpukan kepada pembangunan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi. 42
  • 43. Sambungan…  Perbelanjaan yang banyak digunakan oleh Khalifah al-Ma’mun bagi mengupah sarjana mengumpul bahan dan manuskrip, menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab telah menambahkan khazanah di Baitul Hikmah. 43
  • 44. 9) Penubuhan Sekolah & Universiti  Penubuhan pusat pendidikan Islam bermula sejak zaman Nabi Muhammad apabila sekumpulan sahabat baginda tinggal di masjid untuk menumpukan masa dan tenaga mereka kepada ilmu pengetahuan khasnya berkaitan dengan agama.  Selepas itu lahir pula sistem kuttab yang mana kanak- kanak diajar membaca dan menulis bersama dengan pelbagai ilmu yang berkait dengan al-Qur’an dan al- Hadith. Sistem pendidikan berkembang dan berpusat di masjid. 44
  • 45. Sambungan…  Sehingga abad ke 4H, berlaku satu perubahan besar di Naisabur apabila sistem madrasah diperkenalkan di perkarangan masjid.  Sistem ini akhirnya bergerak maju sehingga beberapa buah institusi pendidikan tinggi diperkenalkan seperti di Madrasah Nizamiyyah di Qairawan dan Universiti al-Azhar di Mesir.  Kemajuan pusat pendidikan tinggi ini juga menggambarkan kemajuan ilmu pengetahuan yang ada pada masa itu. 45
  • 46. Kesimpulannya,  Terdapat beberapa faktor yang membantu memperkembangkan tamadun Islam pada zaman dahulu.  Hasil dari kemajuan tersebut, umat Islam telah dikenali sebagai satu umat yang terkedepan dalam pelbagai bidang ilmu.  Kejayaan ini berkait rapat dengan kesediaan agama Islam menerima pelbagai tamadun asing sama ada secara keseluruhannya atau dibuat penyesuaian supaya tidak bertentangan dengan konsep akidah dan akhlak yang asas dalam ajaran Islam. 46
  • 47. ZAMAN KEEMASAN SAINS & TEKNOLOGI ISLAM  Era kegemilangan tamadun Islam telah menyaksikan pencapaian cemerlang para sarjana dalam pelbagai bidang termasuk falsafah dan sains.  Perkembangan ilmu sains dalam tamadun Islam telah melalui dua peringkat.  Peringkat pertama melibatkan usaha penyerapan dan pemindahan ilmu-ilmu klasik dalam sains dan falsafah daripada bahasa Greek, Siryani, Parsi, dan Sanskrit ke bahasa Arab.  Peringkat kedua berlaku apabila saintis Muslim mencetuskan idea dan memberikan sumbangan mereka terhadap perkembangan sains dan teknologi. 47
  • 48. Sambungan…  Kemunculan tokoh saintis Muslim seperti al-Razi (m. 313 H/925 M), Ibn Rushd (m. 595 H/1198 M) dan ‘Abd al-Latif al- Baghdādi (m. 629 H/1231 M) berlaku sekitar abad keempat hingga abad ketujuh Hijrah (abad ke-10 hingga 13 Masihi). Era tersebut yang turut dikenali sebagai abad pertengahan menyaksikan tamadun Islam mencapai kemuncak kegemilangannya dalam pelbagai bidang termasuk sains dan teknologi. Hal ini dapat dibuktikan dengan kemunculan ramai tokoh saintis Muslim yang terkemuka seperti al-Razi, Ibn Sina, al-Biruni, dan Ibn Rushd.  Era kegemilangan tamadun Islam sebenarnya telah bermula sejak awal abad ketiga hijrah dengan kemunculan Jābir bin Hayyān (m. 200 H/815 M). 48
  • 49. Sambungan…  Ketokohan para saintis Muslim berterusan selama 350 tahun--senario yang hanya dalam tangan orang Islam dari bangsa Arab, Afghanistan, dan Turki. Berikut adalah sebahagian daripada kaitan setiap separuh abad dengan kemunculan seorang tokoh saintis utama dunia: 49
  • 50.  Tahun Tokoh Zaman  450-400 S.M. Plato  400-350 S.M. Aristotle  350-300 S.M. Euclid  300-250 S.M. Archimedes  500-550 M Aryabhat I  600-650 M Hsilian Tsang  650-700 M I-Ching  700-750 M ... 50
  • 51.  Tahun Tokoh Zaman  750-1100 M turutan zaman kegemilangan tamadun Islam yang tidak terputus  750-800M Jābir bin Hayyān (m. 200 H/815 M)  800-850 M al-Khawārizmi (m. slps 232 H/847 M)  850-900 M al-Razi (m. 313 H/925 M)  900-950 M al-Mas‘udi (m. 346 H/957 M)  950-1000 M Abu al-Wafā’ (m. sekitar 500 H/1106 M)  1000-1050 M al-Biruni (m. 515 H/1048 M) & Ibn Sina (m. 428 H/1037 M)  1050-1100 M ‘Umar al-Khayyām (m. 515 H/1121 M) 51
  • 52. Sambungan…  Menurut Mohammad Ilyas (2003: 12-13), hanya selepas tahun 1100 M, barulah nama tokoh-tokoh Barat muncul seperti Gerard dari Cremona, Roger Bacon, dan Jacob Anatoli.  Namun, kejayaan mereka sebenarnya masih dikongsi bersama tokoh-tokoh saintis Muslim dari Andalus (Sepanyol) seperti Ibn Rushd (m. 595 H/1198 M), al-Tusi (m. 672 H/1274 M), dan Ibn al-Nafis (m. 687 H/1288 M). 52
  • 53. Sambungan…  Ketokohan para saintis Muslim era tersebut tidak terhad kepada satu bidang tertentu malah merangkumi pelbagai bidang ilmu yang lain.  Sebagai contoh, Ibn Sina (m. 428 H/1037 M) yang begitu terkenal sebagai tokoh perubatan hingga digelar ‘al- shaykh al-ra’is’ turut menguasai pelbagai bidang ilmu seperti matematik dan falsafah. 53
  • 54. Sambungan…  Contoh lain ialah al-Biruni (m. 443 H) yang terkenal sebagai tokoh astronomi turut menguasai pelbagai bidang ilmu seperti perubatan dan geografi.  Ketokohan al-Biruni begitu dikagumi oleh Dr. S. Moinul Haq, Setiausaha Agung dan Pengarah Penyelidikan Persatuan Sejarah Pakistan yang menyifatkan abad kelima Hijrah sebagai Zaman al-Biruni. 54