SlideShare a Scribd company logo
1 of 3
Download to read offline
Article Review
Daripada artikel “Preschool teacher’s awareness, attitudes and challenges towards inclusive
early childhood education: A qualitative study” kita dapat melihat dengan lebih mendalam
mengenai kesedaran, sikap dan juga cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan awal kanak-
kanak ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, pendidikan awal ini merupakan satu
pendidikan yang sangat penting di mana ianya akan sangat memberi kesan yang besar dalam
diri seseorang pelajar itu kelak. Daripada peringkat pendidikan awal ini juga, jika ianya
diberikan pendidikan yang baik dan sempurna, ianya akan memudahkan kehidupan mereka
dikemudian hari terutamanya ketika mereka melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih
tinggi. Menurut beberapa tokoh di dalam artikel tersebut, Erikson menyatakan bahawa kanak-
kanak prasekolah berada di tahap ketiga (Inisiatif vs Kesalahan) apabila kemahiran
interpersonal mereka juga mula berkembang, dan mereka sibuk dengan dunia sosial mereka.
Apabila mereka berjaya mencapai matlamat yang diterima oleh rakan sebaya mereka, mereka
mengembangkan apa yang disebut Erikson sebagai rasa inisiatif. Di situ kita dapat lihat bahawa
pentingnya pendidikan awal kanak-kanak dalam memastikan perkembangan kemahiran
mereka sejak kecil lagi.
Namun begitu, kesedaran masyarakat kita terhadap pendidikan awal kanak-kanak yang inklusif
amatlah rendah. Hal ini kerana mereka mungkin masih beranggapan bahawa ianya
menyukarkan bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk bersaing dengan kanak-kanak
yang biasa dan juga mereka beranggapan bahawa ianya kurang penting berbanding di peringkat
yang lebih tinggi kelak. Namun di setiap negara, ianya berbeza mengikut model pembelajaran
yang telah disediakan oleh badan yang bertanggungjawab di dalam merangka pelan pendidikan
negara masing-masing. Ada negara yang sudah bersedia sepenuhnya untuk menjalankan
pendidikan inklusif ini dalam kalangan kanak-kanak dan ada juga negara yang masih tidak
dapat melakukannya sepenuhnya berikutan kekurangan pakar dan bahan di dalam
melaksanakan pembelajaran inklusif ini. Melalui kajian yang dijalankan di dalam artikel ini
yang melibatkan sepuluh guru prasekolah yang berpengalaman dari berbeza tempat-tempat di
Kosovo, kita akan dapat melihat satu hasil kajian yang sangat berguna untuk digunakan oleh
guru-guru prasekolah dan juga pengkaji akan datang bagi dijadikan sumber rujukan bagi
mereka.
Hasil kajian tersebut kita dapat lihat kepentingan penglibatan kanak-kanak di dalam pendidikan
awal ini dan ia menunjukkan bahawa pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas harus
difokuskan persekitaran dan juga kelas biasa kerana kemasukan sesuai dengan hak kanak-
kanak untuk pendidikan dan lebih murah daripada pendidikan khas atau sekolah yang terpisah.
Namun, apa yang diungkapkan oleh Dimitridiadi, 2015 ialah, perkara ini tidak boleh berlaku
tanpa sokongan dasar nasional, tempatan, kakitangan terlatih, fasilitasi aksesibilitas,
pengajaran fleksibel kurikulum dan kaedah, dan sumber lain. Penjagaan murid keperluan khas
memerlukan pendekatan yang sistematik dan rapi agar ianya dapat dilaksanakan dengan baik
mengikut segala keperluan yang sepatutnya mereka dapat. Yang penting kita perlu peka ialah
kanak-kanak tanpa kecacatan atau keistimewaan ini mempunyai sikap yang lebih positif
terhadap kanak-kanak berkeperluan khas berbanding dengan kanak-kanak yang belum bertemu
atau bekerjasama dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini didorong oleh pemikiran
minda mereka yang beranggapan bahawa kana-kanak dengan berkeperluan khas ini tidak dapat
melakukan banyak perkara seperti mereka yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa ini.
Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak ini sangat meluas bahkan bagi murid yang
berkerperluan khas, mereka disediakan satu sekolah khas yang membolehkan kesemua murid
berkerpeluan khas ini belajar bersama dalam dalam satu komuniti dan keadaan yang lebih
mudah untuk para pengajar memberikan perhatian khusus kepada mereka. Daripada ulasan dan
kajian yang telah dilakukan di Kosovo tersebut mengenai “Preschool teacher’s awareness,
attitudes and challenges towards inclusive early childhood education: A qualitative study”,
saya berpendapat bahawa ya kita boleh menjalankan sistem pendidikan yang inklusif di negana
kita. Hal ini disebabkan oleh sistem pendidikan dan juga kita mempunyai banyak akta berkaitan
dengan pendidikan awal ini seperti Akta Pendidikan 1981 dengan meletakkan kepentingan
peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas dan penambahan bagi mengukuhkan
lagi dengan mewujudkan Akta kanak-kanak 1989 bagi memperkukuhkan perlaksanaan
pendidikan khas di negara kita dan kita boleh menuju ke arah pembelajaran secara inklusif
tersebut bagi murid yang berkerpeluan. Hal ini kerana, kini terdapat banyak syarikat atau
majikan mula membuka peluang dan ruang bagi mereka yang di dalam kategori ini untuk
berkhidmat di syarikat atau firma mereka. Ini berikutan daripada dasar kerajaan yang
menetapkan bahawa “Pendidikan Untuk Semua” dan tidak ada seorang rakyat pun yang
berkecuali untuk mendapatkan pendidikan ini. Pada sekitar tahun 1995, Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif secara rasmi di
Malaysia. Amalan pembelajaran secara inklusif ini telah lama dilaksanakan di Malaysia
melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman dan ianya telah memberikan begitu
besar manfaat kepada masyarakat kita terutamanya ianya membolehkan kanak-kanak
berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan
masalah ketidakupayaan mereka.
Pembelajaran secara ini pula dapat kita bahagikan kepada 2. Iaitu pembelajaran secara inklusif
penuh. Pembelajaran secara inklusif penuh bermaksud murid berkeperluan khas yang terpilih
akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Namun, senarai nama
murid akan kekal dalam pendaftaran kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta
bantuan daripada guru pendidikan khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi
pembelajaran atau tingkahlaku murid berkeperluan khas tersebut. Selain itu, murid pendidikan
khas dalam kategori inklusif penuh ini akan diberi peluang untuk mengambil peperiksaan
awam. Yang kedua pula ialah pembelajaran secara inklusif separa. Pembelajaran secara
inklusif separa pula adalah di mana murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti
pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Murid tersebut akan
mengikuti semula program di kelas pendidikan khas pada waktu yang selebihnya. Sama seperti
pada inklusif penuh, senarai nama murid tersebut akan didaftarkan dalam program Pendidikan
Khas.
Biarpun bukan mudah untuk melaksanakan usaha ini di Malaysia, namun inya telah sedikit
sebanyak membuahkan hasil yang dapat kita lihat apabila lebih ramai majikan mula mengambil
pekerja daripada golongan mereka yang berkerpeluan khas ini untuk bekerja di syarikat
mereka. Hal ini disebabkan oleh tahap pendidikan yang diberikan sama rata dan persaingan di
antara murid yang tidak mempunyai masalah berkerpeluan khas ini dengan murid yang
mengalami berkerpeluan khas ini semakin kecil jurangnya. Malah terdapat ramai di antara
mereka ini yang telah berjaya sehinggakan ianya tidak dapat ditandingi oleh murid biasa.
Kejayaan ini disokong oleh dasar pendidikan negara yang sangat baik di samping oleh
sumbangan daripada masyarakat yang tidak lagi memandang rendah terhadap keupayaan
mereka ini. Bukan itu sahaja, didikan ibu bapa di rumah juga menjadi antara faktor dan
kejayaan perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan keputusan yang sangat
positif.

More Related Content

Similar to Artikel review 1

Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)mayangmul
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusifSalleh Loki
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifMohd Nizam
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)Aliaa Ismail
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)gpbsmkjk
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...mashinichi14
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisirosieca
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Cikgu Nurol
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdfasa uj
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 

Similar to Artikel review 1 (20)

Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)T1 a4(jurnal refleksi)
T1 a4(jurnal refleksi)
 
Ulasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosiUlasan jurnal sosioemosi
Ulasan jurnal sosioemosi
 
Faktor fizikal
Faktor fizikalFaktor fizikal
Faktor fizikal
 
Latar belakang
Latar belakangLatar belakang
Latar belakang
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusifPendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Inklusif 1
Inklusif 1Inklusif 1
Inklusif 1
 
Kertas kerja epic
Kertas    kerja epicKertas    kerja epic
Kertas kerja epic
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusifPelaksanaan program pendidikan inklusif
Pelaksanaan program pendidikan inklusif
 
36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)36201914 kolaborasi (1)
36201914 kolaborasi (1)
 
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusifpengenalan kepada program pendidikan inklusif
pengenalan kepada program pendidikan inklusif
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
Buletin Anjakan ke-16 (Julai 2014)
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisiGuru sebagai agen perubahan atau tradisi
Guru sebagai agen perubahan atau tradisi
 
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
Kajian kajian lepas berkaitan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika...
 
PPPM.pdf
PPPM.pdfPPPM.pdf
PPPM.pdf
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 

Artikel review 1

  • 1. Article Review Daripada artikel “Preschool teacher’s awareness, attitudes and challenges towards inclusive early childhood education: A qualitative study” kita dapat melihat dengan lebih mendalam mengenai kesedaran, sikap dan juga cabaran yang dihadapi oleh guru pendidikan awal kanak- kanak ini. Seperti yang kita semua sedia maklum, pendidikan awal ini merupakan satu pendidikan yang sangat penting di mana ianya akan sangat memberi kesan yang besar dalam diri seseorang pelajar itu kelak. Daripada peringkat pendidikan awal ini juga, jika ianya diberikan pendidikan yang baik dan sempurna, ianya akan memudahkan kehidupan mereka dikemudian hari terutamanya ketika mereka melanjutkan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Menurut beberapa tokoh di dalam artikel tersebut, Erikson menyatakan bahawa kanak- kanak prasekolah berada di tahap ketiga (Inisiatif vs Kesalahan) apabila kemahiran interpersonal mereka juga mula berkembang, dan mereka sibuk dengan dunia sosial mereka. Apabila mereka berjaya mencapai matlamat yang diterima oleh rakan sebaya mereka, mereka mengembangkan apa yang disebut Erikson sebagai rasa inisiatif. Di situ kita dapat lihat bahawa pentingnya pendidikan awal kanak-kanak dalam memastikan perkembangan kemahiran mereka sejak kecil lagi. Namun begitu, kesedaran masyarakat kita terhadap pendidikan awal kanak-kanak yang inklusif amatlah rendah. Hal ini kerana mereka mungkin masih beranggapan bahawa ianya menyukarkan bagi kanak-kanak berkeperluan khas ini untuk bersaing dengan kanak-kanak yang biasa dan juga mereka beranggapan bahawa ianya kurang penting berbanding di peringkat yang lebih tinggi kelak. Namun di setiap negara, ianya berbeza mengikut model pembelajaran yang telah disediakan oleh badan yang bertanggungjawab di dalam merangka pelan pendidikan negara masing-masing. Ada negara yang sudah bersedia sepenuhnya untuk menjalankan pendidikan inklusif ini dalam kalangan kanak-kanak dan ada juga negara yang masih tidak dapat melakukannya sepenuhnya berikutan kekurangan pakar dan bahan di dalam melaksanakan pembelajaran inklusif ini. Melalui kajian yang dijalankan di dalam artikel ini yang melibatkan sepuluh guru prasekolah yang berpengalaman dari berbeza tempat-tempat di Kosovo, kita akan dapat melihat satu hasil kajian yang sangat berguna untuk digunakan oleh guru-guru prasekolah dan juga pengkaji akan datang bagi dijadikan sumber rujukan bagi mereka. Hasil kajian tersebut kita dapat lihat kepentingan penglibatan kanak-kanak di dalam pendidikan awal ini dan ia menunjukkan bahawa pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas harus
  • 2. difokuskan persekitaran dan juga kelas biasa kerana kemasukan sesuai dengan hak kanak- kanak untuk pendidikan dan lebih murah daripada pendidikan khas atau sekolah yang terpisah. Namun, apa yang diungkapkan oleh Dimitridiadi, 2015 ialah, perkara ini tidak boleh berlaku tanpa sokongan dasar nasional, tempatan, kakitangan terlatih, fasilitasi aksesibilitas, pengajaran fleksibel kurikulum dan kaedah, dan sumber lain. Penjagaan murid keperluan khas memerlukan pendekatan yang sistematik dan rapi agar ianya dapat dilaksanakan dengan baik mengikut segala keperluan yang sepatutnya mereka dapat. Yang penting kita perlu peka ialah kanak-kanak tanpa kecacatan atau keistimewaan ini mempunyai sikap yang lebih positif terhadap kanak-kanak berkeperluan khas berbanding dengan kanak-kanak yang belum bertemu atau bekerjasama dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Hal ini didorong oleh pemikiran minda mereka yang beranggapan bahawa kana-kanak dengan berkeperluan khas ini tidak dapat melakukan banyak perkara seperti mereka yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa ini. Di Malaysia, pendidikan awal kanak-kanak ini sangat meluas bahkan bagi murid yang berkerperluan khas, mereka disediakan satu sekolah khas yang membolehkan kesemua murid berkerpeluan khas ini belajar bersama dalam dalam satu komuniti dan keadaan yang lebih mudah untuk para pengajar memberikan perhatian khusus kepada mereka. Daripada ulasan dan kajian yang telah dilakukan di Kosovo tersebut mengenai “Preschool teacher’s awareness, attitudes and challenges towards inclusive early childhood education: A qualitative study”, saya berpendapat bahawa ya kita boleh menjalankan sistem pendidikan yang inklusif di negana kita. Hal ini disebabkan oleh sistem pendidikan dan juga kita mempunyai banyak akta berkaitan dengan pendidikan awal ini seperti Akta Pendidikan 1981 dengan meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas dan penambahan bagi mengukuhkan lagi dengan mewujudkan Akta kanak-kanak 1989 bagi memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas di negara kita dan kita boleh menuju ke arah pembelajaran secara inklusif tersebut bagi murid yang berkerpeluan. Hal ini kerana, kini terdapat banyak syarikat atau majikan mula membuka peluang dan ruang bagi mereka yang di dalam kategori ini untuk berkhidmat di syarikat atau firma mereka. Ini berikutan daripada dasar kerajaan yang menetapkan bahawa “Pendidikan Untuk Semua” dan tidak ada seorang rakyat pun yang berkecuali untuk mendapatkan pendidikan ini. Pada sekitar tahun 1995, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif memperkenalkan pendidikan inklusif secara rasmi di Malaysia. Amalan pembelajaran secara inklusif ini telah lama dilaksanakan di Malaysia melalui rancangan pendidikan integrasi atau percantuman dan ianya telah memberikan begitu besar manfaat kepada masyarakat kita terutamanya ianya membolehkan kanak-kanak
  • 3. berkeperluan khas diserapkan dalam sistem pendidikan tanpa mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka. Pembelajaran secara ini pula dapat kita bahagikan kepada 2. Iaitu pembelajaran secara inklusif penuh. Pembelajaran secara inklusif penuh bermaksud murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Namun, senarai nama murid akan kekal dalam pendaftaran kelas khas. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari segi pembelajaran atau tingkahlaku murid berkeperluan khas tersebut. Selain itu, murid pendidikan khas dalam kategori inklusif penuh ini akan diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam. Yang kedua pula ialah pembelajaran secara inklusif separa. Pembelajaran secara inklusif separa pula adalah di mana murid berkeperluan khas yang terpilih akan mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Murid tersebut akan mengikuti semula program di kelas pendidikan khas pada waktu yang selebihnya. Sama seperti pada inklusif penuh, senarai nama murid tersebut akan didaftarkan dalam program Pendidikan Khas. Biarpun bukan mudah untuk melaksanakan usaha ini di Malaysia, namun inya telah sedikit sebanyak membuahkan hasil yang dapat kita lihat apabila lebih ramai majikan mula mengambil pekerja daripada golongan mereka yang berkerpeluan khas ini untuk bekerja di syarikat mereka. Hal ini disebabkan oleh tahap pendidikan yang diberikan sama rata dan persaingan di antara murid yang tidak mempunyai masalah berkerpeluan khas ini dengan murid yang mengalami berkerpeluan khas ini semakin kecil jurangnya. Malah terdapat ramai di antara mereka ini yang telah berjaya sehinggakan ianya tidak dapat ditandingi oleh murid biasa. Kejayaan ini disokong oleh dasar pendidikan negara yang sangat baik di samping oleh sumbangan daripada masyarakat yang tidak lagi memandang rendah terhadap keupayaan mereka ini. Bukan itu sahaja, didikan ibu bapa di rumah juga menjadi antara faktor dan kejayaan perkara ini dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan keputusan yang sangat positif.