SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Download to read offline
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
(FPK)


Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkan
secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas
dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang
pendidikan di Malaysia. Berikut ialah petikan daripada FPK:
"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."


Merujuk kepada FPK yang dinyatakan di atas, maka matlamat FPK ialah
untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi
warganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan melahirkan
rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri
berikut:
o Percaya dan patuh kepada Tuhan
o Berilmu pengetahuan
o Berakhlak mulia
o Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
o Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
o Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,
melalui pendidikan adalah diharapkan Malaysia dapat mencapai matlamat
pendidikannya iaitu:
o Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi
   kewajiban sebagai seorang warganegara.
o Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
   membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta
   sempurna demi memberi sumbangan kepada negara.
o Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta
   mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi Perlembagaan.
o Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara.
o Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip
   Rukun Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat
   berbilang kaum.
o Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan
   kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang
   berada.


Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan factor yang penting
untuk menentukan matlamat pendidikan kebangsaan. Matlamat ini akan
menjadi lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila dijelmakan
sebagai penyataan FPK.


Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip
berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain,
ianya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan
pendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik. FPK bertujuan untuk
menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta
membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.
FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FPK


Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah
penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan
dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.


Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang
harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Untuk
menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbinganyang manfaat
kepada segala usaha pendidkan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah
dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor berikut ialah:
   1. faktor agama: agama Islam ialah agama rasmi negara kita. Di
       samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain juga bebas
       dianuti mengikut undang-undang negara. Semua agama tersebut
       terutamanya agama Islam merupakan faktor penting dalam proses
       penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dilihat melalui penyataan
       berikut: " mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
       intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan
       kepatuhan kepada Tuhan…."
   2. faktor sosial: masyarakat negara ini terdiri daripada masyarakat
       majmuk. Keharminian dan kemakmuran negara bergantung kepada
       sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati tanpa mengira
       kaum, agama dan kepercayaan. Sikap positif ini amat penting dalam
       usaha mengukuhkan perpaduan kaum yang merupakan kriterian paling
       penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan ini telah
       dinyatakan di dalam FPK iaitu: "…..melahirkan rakyat
       Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
       kemakmuran masyarakat dan negara."
   3. faktor politik: di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh
       politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan
       negara. FPK digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang
       dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan
       Pendidkan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.
4. faktor ekonomi: rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai
      kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi negara
      dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Ianya telah dinyatakan
      iaitu: "…melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
      beketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi
      sumbangan terhadap kemakmuran negara."
   5. faktor individu: potensi individu dapat dikembangkan melalui proses
      pendidikan. Potensi tersebut merangkumi aspek-aspek intelek, rohani,
      emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara
      menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan
      harmonis.
   6. faktor sejagat: perkembangan sistem pendidikan antarabangsa
      mempengaruhi penggubalan FPK. Idea-idea yang dihasilkan semasa
      seminar pendidikan antarabangsa mempengaruhi FPK. Sebagai
      contoh, program pendemokrasian pendidikan dan pendidikan seumur
      hidup.


Sehubungan itu, adalah diharapkan pendidikan negara ini merangkumi
semua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat
memberi sumbangan kepada negara serta memberi jasa ke arah kemajuan,
keamanan dan kestabilan antarabangsa.
ELEMEN-ELEMEN DI DALAM FPK


1. Pendidikan suatu usaha berterusan
Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu,
kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlansung
secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal
kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang
berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang
dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah
tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,
kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan dapat
membantu individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.


2. Memperkembangkan potensi individu
Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek,
jasmani, emosi dan rohani sejak lahir. Kebanyakannya terpendam dalam
kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan
meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Bakat,
potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan
ditingkatkan. Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain
dan alam sekeliling.


3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu
Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan
secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan
bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,
bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum
juga harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik di dalam bilik
darjah. Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkat
optimum dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkait
rapat.
4. Insan yang seimbang dan harmonis
Insan yang seimbang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi),
percaya kepada Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan
diri yang baik (jasmani). Insan yang seimbang dan harmonis memiliki
kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab terhadap diri, keluarga
dan negara. individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah yang
dihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga,
bangsa dan negara.


5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan
Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek
seperti berikut:
  o mengakui wujudnya Pencipta
  o mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam
  o menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakan peraturan
       yang ditetapkan oleh Tuhan
  o menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
       segala perbuatan dan tindakannya.
  o Melakukan kebaikan dan menghindari keburukan
  o Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama.


6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki
ciri-ciri:
o Mencintai ilmu pengetahuan
o Minat membaca
o Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan
o Sentiasa meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan
o Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain
o Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.
7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan
Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa sedia
memberi sumbangan kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia yang
berketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut:
o Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang
   dipertanggungjawabkan
o Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan tugasnya
o Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna
o Berpandangan jauh dan berinisiatif


8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia
Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan baik
serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut:
o Dapat menilai perkara yang baik dan yang buruk
o Mempunyai perwatakan yang baik
o Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup


9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab
Rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa
dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.
o Menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri
o Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan
   sempurna
o Mematuhi peraturan dan undang-undang negara
o Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa
   dan negara.
10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri
Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan
memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga,
masyarakat, agama dan negara. Rakyat yang berupaya mencapai
kesejahteran diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti berikut:
o Daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup
o Berfikiran waras dan berjiwa tenang


11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan
Rakyat yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui sifat toleransi,
bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka juga
akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar
yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan mengekalkan kestabilan politik
dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara
di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan
negara.
IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA


FPK merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur dan perlu dihayati
untuk mendapatkan kesan daripada pelaksanaannya. FPK merupakan satu
penyataan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan di negara ini. FPK
juga merupakan garis panduan dan rujukan para pendidik dalam
melaksanakan tugas mendidik anak bangsa.


Setiap warga pendidik di negara ini haruslah bersifat terbuka terhadap
perubahan-perubahan yang dilaksanakan terutamanya dalam bidang sains
dan teknologi seiring dengan perkembangan pendidikan antarabangsa. Selain
itu, mereka haruslah memainkan peranan secara aktif bagi merealisasikan
FPK supaya keberkesanannya dapat dinikmati dan memperkembangkan
sistem pendidikan di Malaysia.


Perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran adalah tidak dapat dielakkan
dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang seimbang dan berdaya saing
bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. FPK adalah merupakan
pemacu kepada usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dapat
menyumbang kemajuan, kemakmuran dan keharmonian kepada negara.


Tugas dan tanggungjawab pendidik bukan hanya terbatas dan tertumpu
kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Mereka harus menyedari
tugas mereka juga adalah untuk membentuk modal insan yang mempunyai
nilai-nilai positif, bukan sekadar mempunyai intelek yang tinggi dan jasmani
yang sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa berperanan besar dalam merealisasikan
FPK dengan menterjemahkannya ke arah memajukan pendidikan di
Malaysia.
FPK38

More Related Content

What's hot

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakArra Asri
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakHarshiny Renu
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruMegala Silva Raju
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakUkhuwahfillah Dua Benua
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahIzz Khalil
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikansha_macc
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiwmm9656
 

What's hot (20)

Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Falsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanakFalsafah awal kanak kanak
Falsafah awal kanak kanak
 
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanakTopik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
Topik 1 konsep amalan asuhan dan bimbingan bayi dan kanak kanak
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guruImplikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
Implikasi falsafah pendidikan kebangsaan & falsafah pendidikan guru
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Kod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolahKod etika guru prasekolah
Kod etika guru prasekolah
 
Lev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky PkkLev Vygotsky Pkk
Lev Vygotsky Pkk
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Komunikasi guru
Komunikasi guruKomunikasi guru
Komunikasi guru
 
Konsep pendidikan
Konsep pendidikanKonsep pendidikan
Konsep pendidikan
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Asimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasiAsimilasi dan akomodasi
Asimilasi dan akomodasi
 

Viewers also liked

falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahGomaze Lang
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanHayatuNMustapHa
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Noor Hidayah Ghazali
 

Viewers also liked (7)

KAQ1023 kuliah 1
KAQ1023 kuliah 1KAQ1023 kuliah 1
KAQ1023 kuliah 1
 
falsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiahfalsafah pembangunan sahsiah
falsafah pembangunan sahsiah
 
Unit 8 (1)
Unit 8 (1)Unit 8 (1)
Unit 8 (1)
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
Esei: Peranan Guru Merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) di Sek...
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) & Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
 

Similar to FPK38

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negarasyaz1tea
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAJoyce Robert
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraSukie Lan
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikanJasmine Loo
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruShuk Ri
 
004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpkRose Roja
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraismail lambung
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5Onie Gi
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2Onie Gi
 

Similar to FPK38 (20)

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Ulang kaji spp
Ulang kaji sppUlang kaji spp
Ulang kaji spp
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk004 pembentukan dan unsur fpk
004 pembentukan dan unsur fpk
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Fpn
FpnFpn
Fpn
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 

More from share with me

Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014share with me
 
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1share with me
 
2014 score a in mathematics paper 2
2014  score  a  in  mathematics  paper  22014  score  a  in  mathematics  paper  2
2014 score a in mathematics paper 2share with me
 
Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2share with me
 
Trial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorTrial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorshare with me
 
Trial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorTrial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorshare with me
 
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)share with me
 
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k2   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantanshare with me
 
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k1   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantanshare with me
 
Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2share with me
 
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanskema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanshare with me
 
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18share with me
 
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2share with me
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubshare with me
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubshare with me
 

More from share with me (20)

Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014Soalan ramalan sains upsr 2014
Soalan ramalan sains upsr 2014
 
Zon e3
Zon e3Zon e3
Zon e3
 
Zon e2
Zon e2Zon e2
Zon e2
 
Zone1
Zone1Zone1
Zone1
 
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
Tips akhir matematik upsr kertas 2 1
 
2014 score a in mathematics paper 2
2014  score  a  in  mathematics  paper  22014  score  a  in  mathematics  paper  2
2014 score a in mathematics paper 2
 
Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2Trial upsr n9 2014 math p2
Trial upsr n9 2014 math p2
 
Trial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johorTrial upsr 2014 k2-1 johor
Trial upsr 2014 k2-1 johor
 
Trial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johorTrial upsr 2014 k1-1 johor
Trial upsr 2014 k1-1 johor
 
Trial penang mt k2
Trial penang mt k2Trial penang mt k2
Trial penang mt k2
 
Trial penang mt k1
Trial penang mt k1Trial penang mt k1
Trial penang mt k1
 
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
Soalan percubaan negeri kedah 2014 (kertas 2)
 
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k2   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k2 julai 2014 kuantan
 
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1   julai 2014 kuantanPercubaan upsr math k1   julai 2014 kuantan
Percubaan upsr math k1 julai 2014 kuantan
 
Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2Percubaan 2014 terengganu k2
Percubaan 2014 terengganu k2
 
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantanskema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
skema-kertas-1-2-matematik-percubaan-2014-kelantan
 
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
pulau-pinang-percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-soalan-no-18
 
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
percubaan-upsr-2014-kelantan-matematik-kertas-2
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-2-daerah-raub
 
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raubpercubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
percubaan-upsr-2014-matematik-kertas-1-daerah-raub
 

Recently uploaded

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)3HerisaSintia
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxalalfardilah
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023DodiSetiawan46
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdftsaniasalftn18
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsAdePutraTunggali
 

Recently uploaded (20)

PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
Karakteristik Negara Mesir (Geografi Regional Dunia)
 
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptxPPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
PPT_AKUNTANSI_PAJAK_ATAS_ASET_TETAP.pptx
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023implementasu Permendikbudristek no 53 2023
implementasu Permendikbudristek no 53 2023
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdfKelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
Kelompok 2 Karakteristik Negara Nigeria.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Model Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public RelationsModel Manajemen Strategi Public Relations
Model Manajemen Strategi Public Relations
 

FPK38

  • 1. KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkan secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Berikut ialah petikan daripada FPK: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Merujuk kepada FPK yang dinyatakan di atas, maka matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: o Percaya dan patuh kepada Tuhan o Berilmu pengetahuan o Berakhlak mulia o Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara o Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu o Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.
  • 2. Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang, melalui pendidikan adalah diharapkan Malaysia dapat mencapai matlamat pendidikannya iaitu: o Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajiban sebagai seorang warganegara. o Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta sempurna demi memberi sumbangan kepada negara. o Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi Perlembagaan. o Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara. o Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat berbilang kaum. o Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada. Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan factor yang penting untuk menentukan matlamat pendidikan kebangsaan. Matlamat ini akan menjadi lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila dijelmakan sebagai penyataan FPK. Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain, ianya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan pendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik. FPK bertujuan untuk menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.
  • 3. FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FPK Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan. Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbinganyang manfaat kepada segala usaha pendidkan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor berikut ialah: 1. faktor agama: agama Islam ialah agama rasmi negara kita. Di samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara. Semua agama tersebut terutamanya agama Islam merupakan faktor penting dalam proses penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dilihat melalui penyataan berikut: " mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan kepatuhan kepada Tuhan…." 2. faktor sosial: masyarakat negara ini terdiri daripada masyarakat majmuk. Keharminian dan kemakmuran negara bergantung kepada sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati tanpa mengira kaum, agama dan kepercayaan. Sikap positif ini amat penting dalam usaha mengukuhkan perpaduan kaum yang merupakan kriterian paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan ini telah dinyatakan di dalam FPK iaitu: "…..melahirkan rakyat Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." 3. faktor politik: di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara. FPK digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidkan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.
  • 4. 4. faktor ekonomi: rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi negara dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Ianya telah dinyatakan iaitu: "…melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, beketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi sumbangan terhadap kemakmuran negara." 5. faktor individu: potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi tersebut merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan harmonis. 6. faktor sejagat: perkembangan sistem pendidikan antarabangsa mempengaruhi penggubalan FPK. Idea-idea yang dihasilkan semasa seminar pendidikan antarabangsa mempengaruhi FPK. Sebagai contoh, program pendemokrasian pendidikan dan pendidikan seumur hidup. Sehubungan itu, adalah diharapkan pendidikan negara ini merangkumi semua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat memberi sumbangan kepada negara serta memberi jasa ke arah kemajuan, keamanan dan kestabilan antarabangsa.
  • 5. ELEMEN-ELEMEN DI DALAM FPK 1. Pendidikan suatu usaha berterusan Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlansung secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan dapat membantu individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan. 2. Memperkembangkan potensi individu Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahir. Kebanyakannya terpendam dalam kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Bakat, potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan ditingkatkan. Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain dan alam sekeliling. 3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum juga harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik di dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkat optimum dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkait rapat.
  • 6. 4. Insan yang seimbang dan harmonis Insan yang seimbang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi), percaya kepada Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani). Insan yang seimbang dan harmonis memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab terhadap diri, keluarga dan negara. individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah yang dihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. 5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek seperti berikut: o mengakui wujudnya Pencipta o mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam o menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan o menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas segala perbuatan dan tindakannya. o Melakukan kebaikan dan menghindari keburukan o Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama. 6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri: o Mencintai ilmu pengetahuan o Minat membaca o Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan o Sentiasa meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan o Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain o Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.
  • 7. 7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa sedia memberi sumbangan kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia yang berketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut: o Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan o Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan tugasnya o Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna o Berpandangan jauh dan berinisiatif 8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan baik serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut: o Dapat menilai perkara yang baik dan yang buruk o Mempunyai perwatakan yang baik o Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup 9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab Rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. o Menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri o Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna o Mematuhi peraturan dan undang-undang negara o Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.
  • 8. 10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat yang berupaya mencapai kesejahteran diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti berikut: o Daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup o Berfikiran waras dan berjiwa tenang 11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan Rakyat yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui sifat toleransi, bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka juga akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan mengekalkan kestabilan politik dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan negara.
  • 9. IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA FPK merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur dan perlu dihayati untuk mendapatkan kesan daripada pelaksanaannya. FPK merupakan satu penyataan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan di negara ini. FPK juga merupakan garis panduan dan rujukan para pendidik dalam melaksanakan tugas mendidik anak bangsa. Setiap warga pendidik di negara ini haruslah bersifat terbuka terhadap perubahan-perubahan yang dilaksanakan terutamanya dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan perkembangan pendidikan antarabangsa. Selain itu, mereka haruslah memainkan peranan secara aktif bagi merealisasikan FPK supaya keberkesanannya dapat dinikmati dan memperkembangkan sistem pendidikan di Malaysia. Perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran adalah tidak dapat dielakkan dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang seimbang dan berdaya saing bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. FPK adalah merupakan pemacu kepada usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dapat menyumbang kemajuan, kemakmuran dan keharmonian kepada negara. Tugas dan tanggungjawab pendidik bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Mereka harus menyedari tugas mereka juga adalah untuk membentuk modal insan yang mempunyai nilai-nilai positif, bukan sekadar mempunyai intelek yang tinggi dan jasmani yang sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa berperanan besar dalam merealisasikan FPK dengan menterjemahkannya ke arah memajukan pendidikan di Malaysia.