SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Download to read offline
FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA
1. Latar Belakang
Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas
kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti
termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini
menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu
usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek
pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi
dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk
mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan
perpaduan negara.
Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak
apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar
Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan
pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal
Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan
panduan setiap rakyat di negara ini.
Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada
tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan.
Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula.
Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan
negara meliputi:
“ …… matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
berdisiplin dan terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1).
Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara
yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.
Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang
warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah:
(a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama
dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian
dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia;
(b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan,
bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna,
menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang
baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati
dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina,
dan bersedia berkhidmat untuk negara;
(c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan
negara.
Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan
bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya
murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika.
Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan.
Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui
dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi
sumbangan kepada negara.
Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia
juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru
itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses
perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung
dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa
Kabinet menjelaskan:
“Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan
bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan
kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin
yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap
kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan
bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara
beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang
mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara
perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.”
Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem
pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi
cita-cita tersebut.
2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara
Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah
pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat
dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak,
Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa
Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan
kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara.
Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat
telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita
dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.
Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara
dipernyatakan seperti berikut:
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara
memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik,
berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini
bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan
yang berpegang teguh kepada agama.
Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan
ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik
iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini
hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut:
percaya dan patuh kepada Tuhan;
berilmu pengetahuan;
berakhlak mulia;
bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara;
berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara;
dan
memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu.
3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara
Memperkembangkan Potensi Individu
Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang
individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi
aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan
anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan
dipertingkatkan secara berterusan.
Menyeluruh dan Bersepadu
Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah
dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah
dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain.
Insan yang Seimbang dan Harmonis
Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya
dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis.
Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian
dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala
masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati
ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang
dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin
dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan
Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas
sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan
antarabangsa.
Unsur Intelek
Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut:
hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran;
daya pemikiran yang kreatif dan inovatif;
daya pemikiran yang logik dan analitis;
ilmu yang bermanfaat.
Unsur Rohani dan Emosi
Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut :
keyakinan terhadap Tuhan;
kepercayaan beragama;
kemantapan jiwa;
penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat;
berbudi pekerti mulia;
berbakti dan berkorban
Unsur Jasmani
Ciri-ciri unsur jasmani ialah :
kecergasan fizikal dan kesihatan diri;
dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk
berdikari dan hidup bermasyarakat.
Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan
Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa
manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya.
Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam
adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena
alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab
kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam.
Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan
Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap
suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan.
Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu
tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap
individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan
sepanjang hayat.
Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia
Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah
laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu.
Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat.
Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan
amalan.
Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan
mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa
dan negara.
Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif,
bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap,
bersih dan amanah.
Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri
Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram.
Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan
memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan
sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara.
Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi
melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan
berinovatif untuk mentadbirkan alam.
Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan
Negara.
Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara
Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara
satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai
perpaduan kaum.
Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram
dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin
perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang
kehidupan.
4. Penutup
Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di
negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti
mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem
dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah
pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah
berpaksikan keTuhanan.
Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki
ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas,
insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang
berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih
dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa
dan negara.
Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan.
Ogos 1988

More Related Content

What's hot

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanAYU_TEMPOYAK
 
Elemen elemen fpk
Elemen elemen fpkElemen elemen fpk
Elemen elemen fpkgurucahaya
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruShuk Ri
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaannooakmaawanglah
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.ElezaR1
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negaraNelaveni Arjunan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanfiro HAR
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zanBab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zanWan Azmanan Wan Yusoff
 

What's hot (20)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIANFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
 
Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Elemen elemen fpk
Elemen elemen fpkElemen elemen fpk
Elemen elemen fpk
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun EmpatHsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun Empat
 
Hsp Moral Tahun Dua
Hsp Moral Tahun DuaHsp Moral Tahun Dua
Hsp Moral Tahun Dua
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
Hsp Moral Tahun Satu
Hsp Moral Tahun SatuHsp Moral Tahun Satu
Hsp Moral Tahun Satu
 
Hsp Moral Tahun Lima
Hsp Moral Tahun LimaHsp Moral Tahun Lima
Hsp Moral Tahun Lima
 
Hsp Moral Tahun Tiga
Hsp Moral Tahun TigaHsp Moral Tahun Tiga
Hsp Moral Tahun Tiga
 
Hsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun EnamHsp Moral Tahun Enam
Hsp Moral Tahun Enam
 
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zanBab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
 

Similar to Falsafah pendidikan negara

Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikanJasmine Loo
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxHafizul20
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaanWan Azmanan Wan Yusoff
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikanfiro HAR
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5Onie Gi
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahMahyuddin Khalid
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Siti Nadzirah
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2Onie Gi
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3Onie Gi
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraDee Hamid
 

Similar to Falsafah pendidikan negara (20)

Elemen fpk
Elemen fpkElemen fpk
Elemen fpk
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptxPEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
PEMBENTANGAN TUGASAN 2 KELAS FALSAFAH.pptx
 
Ulang kaji spp
Ulang kaji sppUlang kaji spp
Ulang kaji spp
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1Hsp moral ting 1
Hsp moral ting 1
 
Konsep Pendidikan
Konsep PendidikanKonsep Pendidikan
Konsep Pendidikan
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu FalsafahTajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
Tajuk 1 Pengenalan Ilmu Falsafah
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
 
Hsp moral y2
Hsp moral y2Hsp moral y2
Hsp moral y2
 
Hsp moral y3
Hsp moral y3Hsp moral y3
Hsp moral y3
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 

Recently uploaded

PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxriscacriswanda
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptnabilafarahdiba95
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxDedeRosza
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024RahmadLalu1
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 

Recently uploaded (20)

PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptxOPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
OPTIMALISASI KOMUNITAS BELAJAR DI SEKOLAH.pptx
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 

Falsafah pendidikan negara

  • 1. FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA 1. Latar Belakang Penyata Razak (1956) dan Laporan Rahman Talib (1960) menjadi asas kepada pembentukan sistem dan Dasar Pelajaran Kebangsaan seperti termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. Ketiga-tiga dokumen ini menegaskan perpaduan sebagai matlamat utama negara. Di samping itu usaha-usaha juga mesti dilaksanakan untuk memajukan aspek-aspek pembangunan bangsa dan negara meliputi kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. Kemajuan dalam aspek-aspek ini bertujuan untuk mempercepat serta memperkukuhkan cita-cita ke arah mewujudkan perpaduan negara. Usaha-usaha ke arah mewujudkan perpaduan menjadi semakin mendesak apabila berlakunya tragedi 13 Mei 1969. Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut pekerjaan. Di samping itu digubal Rukunnegara yang menggariskan lima rukun sebagai asas pegangan dan panduan setiap rakyat di negara ini. Di bidang pendidikan, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan. Dalam Laporan jawatankuasa ini matlamat perpaduan ditegaskan semula. Di samping itu Laporan ini juga meluaskan lagi matlamat pendidikan negara meliputi: “ …… matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih”. ( Laporan Jawatankuasa Kabinet, hal. 1). Ringkasnya, matlamat pendidikan ialah untuk melahirkan warganegara yang baik yang memiliki cirri-ciri bersatupadu, berdisiplin dan terlatih. Lebih lanjut lagi Laporan tersebut menghuraikan ciri-ciri seorang warganegara yang baik. Ciri-ciri tersebut ialah: (a) keazaman, kesanggupan dan kesediaan untuk hidup bersama dengan rukun dan damai serta mempunyai kesedaran, keperibadian dan nilai-nilai sebagai rakyat Malaysia; (b) menghormati dan mematuhi undang-undang serta peraturan, bersedia bekerja atau membuat sesuatu sehingga sempurna, menghormati hak-hak individu, mengamalkan tingkahlaku yang baik dan tidak menjejaskan kepentingan orang lain, menghormati dan mempunyai semangat memperbaiki keadaan secara membina, dan bersedia berkhidmat untuk negara; (c) boleh menyertai dengan berkesan dalam kegiatan pembangunan negara.
  • 2. Untuk menjayakan pembentukan warganegara yang berdisiplin dan bertatasusila, Laporan Jawatankuasa Kabinet memperakukan supaya murid-murid bukan Islam diajar Pendidikan Moral dan Etika. Pengajaran Pendidikan Islam pula diperbaiki serta diperkukuhkan. Ubahsuaian-ubahsuaian juga dilakukan dalam kurikulum untuk menemui dan memenuhi hasrat menghasilkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada negara. Selaras dengan perkembangan masyarakat dunia, masyarakat Malaysia juga mengalami proses perkembangan yang pesat dan mencabar. Justeru itu sistem pendidikan harus menerima cabaran tersebut kerana proses perkembangan sesuatu masyarakat sentiasa dikaitkan secara langsung dengan sistem pemdidikan. Dalam konteks ini Laporan Jawatankuasa Kabinet menjelaskan: “Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembanguan kemanusiaan.” Dengan mengambilkira pernyataan dan perakuan di atas, sistem pendidikan negara mesti digerakkan untuk menemui serta memenuhi cita-cita tersebut. 2. Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara dipernyatakan seperti berikut: “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
  • 3. kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Pernyataan falsafah ini menegaskan bahawa sistem pendidikan negara memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah melahirkan insan yang baik, berdasarkan kepercayaan, keyakinan serta kepatuhan kepada Tuhan. Ini bermakna Falsafah Pendidikan Negera berhasrat untuk melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama. Berpandukan kepada Falsafah Pendidikan Negara, matlamat pendidikan ialah ke arah melahirkan insan yang baik dan sempurna. Insan yang baik iani secara automatis menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka ini hendaklah memiliki serta menghayati ciri-ciri yang berikut: percaya dan patuh kepada Tuhan; berilmu pengetahuan; berakhlak mulia; bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara; berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara; dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. 3. Huraian Falsafah Pendidikan Negara Memperkembangkan Potensi Individu Potensi ini ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh seseorang individu semenjak ia dilahirkan. Bakat dan kebolehan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani dan emosi, dan jasmani yang merupakan anugerah Tuhan. Bakat-bakat ini perlu dicungkil, diperkembangkan dan dipertingkatkan secara berterusan. Menyeluruh dan Bersepadu Kesemua bakat dan kebolehan yang ada pada diri individu hendaklah dikembangkan secara optimum. Pengembangan itu pula hendaklah dilakukan zecara tergabung dan saling berkaitan di antara satu sama lain. Insan yang Seimbang dan Harmonis Manusia yang semiliki sahsiah yang sepadu apabila semua potensi dirinya dikembangkan secara selaras, menyeluruhdan harmonis.
  • 4. Ia menjadi insan yang sentiasa bersyukur, bersedia menerima segala ujian dan cabaran hidup serta sentiasa berikhtiar untuk mengatasi segala masalah yang dihadapi dengan tenang. Oleh kerana itu ia dapat menikmati ketenteraman dan ketenangan jiwa. Keseimbangan dan kesejahteraan yang dimiliki bukan sahaja bermanfaat pada dirinya, malahan ia tercermin dalam hubunganya dengan orang lain, dengan alam sekitaran dan dengan Maha Pencipta. Perhubungan-perhubungan ini tidak dihadkan oleh batas sempadan negaranya sahaja, malah ia menjangkau ke peringkat dunia dan antarabangsa. Unsur Intelek Unsur Intelek mengandungi aspek-aspek berikut: hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kemakmuran; daya pemikiran yang kreatif dan inovatif; daya pemikiran yang logik dan analitis; ilmu yang bermanfaat. Unsur Rohani dan Emosi Unsur-unsur rohani dan emosi merangkumi aspek-aspek berikut : keyakinan terhadap Tuhan; kepercayaan beragama; kemantapan jiwa; penghayatan nilai-nilai murni dan norma masyarakat; berbudi pekerti mulia; berbakti dan berkorban Unsur Jasmani Ciri-ciri unsur jasmani ialah : kecergasan fizikal dan kesihatan diri; dapat menggunakan anggota dan tenaga fizikal sendiri untuk berdikari dan hidup bermasyarakat. Kepercayaan dan Kepatuhan Kepada Tuhan Usaha-usaha ke arah ini dapat melahirkan individu yang yakin bahawa manusia dan alam tidak terjadi secara tersendiri tetapi ada Penciptanya. Keyakinan ini pula menguatkan kepercayaan bahawa hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan dan manusia dianjurkan mengkaji fenomena
  • 5. alam. Manusia juga dituntut memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam mentadbir dan memakmurkan alam. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan Masyarakat Malaysia yang berilmu pengetahuan memiliki sikap suka membaca serta cintakan ilmu pengetahuan. Manusia yang memiliki sifat-sifat ini akan menggunakan ilmu tersebut untuk manfaat diri dan orang lain. Ini bermakna setiap individu mesti berusaha untuk menghayati prinsip pendidikan sepanjang hayat. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia Masyarakat Malaysia yang baik budi pekertinya memiliki tingkah laku yang sopan, berdisiplin dan bersepadu. Sifat-sifat mulia ini terbentuk dari dalam diri setiap rakyat. Sifat-sifat mulia ini juga mesti berteraskan ilmu, keyakinan dan amalan. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab Masyarakat Malaysia yang berpegang teguh kepada amanah dan mempunyai tanggungjawab yang tinggi terhadap Tuhan, bangsa dan negara. Masyarakat ini adalah masyarakat yang produktif, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati Kesejahteraan Diri Masyarakat Malaysia yang memiliki jiwa yang damai dan tenteram. Ini membolehkan setiap individu memperkembang dan memanfaatkan seluruh potensi dirinya bagi memenuhi keperluan sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan Masyarakat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran bagi melahirkan tenaga manusia yang produktif, berinisiatif dan berinovatif untuk mentadbirkan alam. Masyarakat ini mampu menggunakan teknologi dengan cekap bagi mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan Negara.
  • 6. Keharmonian dan Kemakmuran Masyarakat dan Negara Masyarakat Malaysia yang mengamalkan sikap toleransi di antara satu sama lain, bekerjasama, hormat-menghormati dan mencapai perpaduan kaum. Dengan adanya perpaduan muncul keadaan yang aman, tenteram dan stabil. Suasana yang sihat dan positif membantu dan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan. 4. Penutup Falsafah Pendidikan Negara adalah teras kepada sistem pendidikan di negara ini. Falsafah ini digubal di atas kesedaran bahawa negara mesti mempunyai tuju hala dan matlamat yang benar dan tepat di dalam sistem dan rancangan pendidikannya. Selaras dengan Rukunnegara, falsafah pendidikan ini turut menekankan prinsip kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Malah keseluruhan Falsafah Pendidikan Negara adalah berpaksikan keTuhanan. Falsafah Pendidikan ini dimanifestasikan dalam diri insan yang memiliki ciri-ciri baik, seimbang dan harmonis. Dalam konteks yang lebih luas, insan yang baik, seimbang dan harmonis mencerminkan individu yang berilmu pengetahuan, luhur dan mulia dari segi rohani, sihat dan bersih dari segi mental dan fizikal serta dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan. Ogos 1988