SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Posted in: Isu Pendidikan
11 Anjakan - PPPM 2013-2025
08:46 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid
profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap
sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan.
Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti...
Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM
07:43 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT
GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi
melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti
pendidikan negara.
Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang
serius.
"Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang
pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik
Pulau Pinang hari ini.
Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha
meningkatkan kualiti pendidikan negara.
"Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi
negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA
Posted in: Isu Pendidikan
SBPA Batal - Inti pati pengumuman Perdana Menteri
untuk penjawat awam
22:09 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan
khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.
• Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM)
yang ditambah baik.
• Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam
pada masa depan.
• Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan
Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred
Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).
• Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadarkenaikan RM80-RM320
bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.
• Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B
manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100.
• Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman
(BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada
di bawah SSM.
• Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based”Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. – UTUSAN
• SBPA & SSM akan adil - Kata PM
• 07:21 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
• PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat
pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan
Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).
Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk
Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di
sini hari ini. Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
"Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan
kebaikan untuk semua penjawat awam,”
katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu.
Omar berkata, CUEPACS sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta
mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan
perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam.
"Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang
dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu
SBPA," katanya.
Omar berkata, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran
yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12
Mac depan
- BERNAMA
• SBPA siap awal April - TPM
• KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru
Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk
memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan.
• “Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah
kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format
bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam
negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam.
• Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap
memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada
Perdana Menteri.
Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu
dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS.
Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana
peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela
rakyat.
“Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya
harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan
jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain.
Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak
pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan
Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua
tahun selepas pelaksanaan.
Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan
mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara
tertinggi di dunia.
Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan
dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat
berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan.
Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini.
Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong
sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari - CUEPACS
18:08 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT
CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari
PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat
kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada
semua penjawat awam dari tarikh itu.
Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum
ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan
semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu.
“Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita
mahu.
“Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh
hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian
dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. - KOSMO
PPSMI : 10 000 Ibu Bapa Sertai Perhimpunan
Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI
PETALING JAYA 15 Feb. - Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi
menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu.
Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS), Shamsudin Hamid berkata, antara 5,000 dan 10,000 ibu
bapa akan menghadiri perhimpunan “Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di
Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah.
"Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan
mengembalikan dasar itu.
"Ini tidak bermaksud kita tidak hormat pada bahasa kebangsaan. Tapi, sila lihat dalam gambaran yang lebih luas,
iaitu masa depan anak-anak kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
PPSMI dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan
Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). — BERNAMA
15 000 Guru Lepasan Ijazah Belum Naik Gred DG41
16:37 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun
sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng.
Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat
pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum
ini.
Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk
membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama
“Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan
menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen.
“Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan
harapan dapat meningkatkan pendapatan.
“Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di
sini, semalam.
Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya
mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh
perkhidmatan bagi kenaikan pangkat.
Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah
guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian
Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh
sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya.
Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan
kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan.
“Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji,
tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya. - Berita
Harian
Guru Sains dan Matematik Berlebihan...?
09:59 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan
penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar
graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran.
“Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat,
keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di
sini semalam.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga
Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor.
Mohamed Khaled mengulas taklimat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang berkata, berlaku
lambakan 13,000 graduan Sains dan Matematik seluruh negara yang dihantar ke universiti itu untuk latihan semula.
Turut menyumbang masalah ialah perubahan dasar persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60
tahun.
Bagaimanapun, Zakaria berkata, masalah itu tidak berlaku di UPSI berikutan usahanya menawarkan subjek minor
seperti Sejarah kepada pelajar jurusan Sains dan Matematik bagi mengelak berlaku pembaziran tenaga pengajar.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain,
termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara.
Mohamed Khaled pada amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan
sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini.
Keadaan itu berterusan ke peringkat universiti, jika berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi
teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya bangga UPSI muncul universiti pertama
menubuhkan sekolah makmal yang menempatkan sekolah bermula prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas di
kawasan universiti.
Katanya, ketika ini 70 murid berpeluang mengikuti sesi belajar peringkat prasekolah dan pengambilan pertama murid
Tahun Satu bermula sesi pengajian tahun depan, membabitkan 50 murid yang dibahagikan kepada dua kelas.
Katanya, pelaksanaan sekolah makmal ini adalah secara berperingkat dan apabila dilaksanakan sepenuhnya
kemasukan keseluruhan pelajar adalah 600 orang.
Gejala Sosial Pelajar Makin Parah
08:55 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
Sejak kebelakangan ini Gejala Sosial melibatkan murid & pelajar sekolah makin meningkat. Statistik yang
dibentangkan amat menakutkan kita sebagai guru. Mana tidaknya, apabila 'status' murid & pelajar digunakan, maka
guru-guru yang dipersalahkan. Adakah gejala ini berlaku di hadapan guru? Adakah guru yang
membenarkannya? Adakah guru tidak mendidik mereka? Ataupun guru hanya menutup sebelah mata
sahaja?.. Perlu diingat bahawa gejala sosial biasanya berlaku di luar kawasan sekolah. Jadi, sukar bagi guru untuk
mengawal tindak-tanduk anak didik mereka yang bebas di luar sana.
Jadi, disinilah pentingnya didikan agama dan peranan ibu bapa. Di sekolah guru-guru merupakan ibu bapa kepada
anak-anak. Tetapi di rumah keluarga adalah ibu bapa mereka. Tugas guru adalah untuk mendidik anak didik mereka
supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
ingatlah pesan guru untuk anak-anak sekalian.....
Bermula dengan sekadar mengorat,
Bila dah suka hubungan makin rapat,
Lalu bertemu di satu tempat,
Pesan mak ayah mula dah tak ingat,
Pakaian pula adooii punyala ketat,
Maka tangan pun mula la melarat,
Lawan peluk tak kurang hebat,
Bila peluk sama rapat,
Perlakuan pun semakin cepat,
... Nafas pun tersekat-sekat,
Lekatlah cop (kiss bite) merata tempat,
Lupa Allah lupa Malaikat,
Iblis gembira melompat-lompat,
Hasutan iblis semakin kuat,
Yang baik menjadi jahat,
Maka lahirlah anak tak cukup sifat,
Takut dihina oleh masyarakat,
Lalu dibuang merata tempat,
ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM
Bukan nak kata ataupun mengumpat,
Ingatlah ia sebagai nasihat,
Sebelum terjadi harus beringat,
Wahai adik-adik sebelum terlambat,
Yang ada niat minta la taubat,
Semoga anda tidak tersesat,
Al-quran & hadis sebagai penyelamat,
Agama ISLAM memang terhebat,
Minta diamal sampai melekat,
INSYAALLAH selamat dunia akhirat..... amin...
Guru Bahasa Inggeris bakal ke Luar Negara
KUBANG PASU 14 Feb. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI)
mengikuti program latihan di luar negara agar penguasaan mereka dalam bahasa itu dapat dimantapkan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu telah dibincangkan dengan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada dasarnya beliau bersetuju.
“Mungkin dengan cara ini ia dapat memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris kita didedahkan dengan bahasa
penutur jati di negara asal mereka dan kalau itu keadaannya, mungkin guru kita akan terdidik dengan lebih baik serta
lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
“Tetapi kita kena kaji dahulu baik atau tidak perkara ini, sama ada ia libatkan kos yang tinggi atau tidak,” ujarnya
ketika sesi dialog pada majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kedah dan Perlis di Dewan
Wawasan di sini hari ini.
Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Sekolah Agama Rakyat/KAFA berjumlah RM966,879 serta
bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) 2012 berjumlah RM10.22 juta bagi Kedah serta RM2.59
juta bagi Perlis.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya masih menunggu laporan mengenai prestasi program
penempatan guru penutur jati untuk ditempatkan di sekolah terpilih mengikut zon bagi memberi tunjuk ajar kepada
guru Bahasa Inggeris.
“Kita mahu lihat dahulu sama ada program ini sesuai kepada guru dan adakah ia memberi manfaat kepada pelajar
dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya. – UTUSAN
Sekolah mengejar status, Guru dan murid merana..
Keadaan guru di sebuah sekolah mengalami tekanan emosi akibat pihak sekolah yang terlalu mengejar status
Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut laporan dalam sebuah akhbar, keluhan ini dari golongan guru yang tidak
berpuas hati dengan sikap pihak pengurusan sekolah yang dikatakan terlalu mengejar NKRA. Akibatnya guru-guru
dan murid yang menjadi mangsa keadaan. Mana tidaknya jika guru terpaksa pulang lewat ke sekolah dan hak
peribadi guru juga dicabuli. Sebagai seorang pendidik kini juga terpaksa menjadi seorang pengasuh kepada anak-
anak murid sehingga lewat petang. Adakah keluarga guru tersebut mendapat perhatian? Tentunya keluarga guru itu
sendiri akan terabai seperti anak ayam kehilangan ibu.
Selain itu juga, ramai guru yang merungut akibat ruang yang tidak mencukupi untuk menyimpan bahan-bahan untuk
murid dimana kereta peribadi guru dijadikan sebagai Setor simpanan. Jika keadaan sebegini agak tidak selesa bagi
guru. Pihak kerajaan seharusnya mengambil aduan guru dengan lebih serius dan membuat kajian mendalam tentang
sesuatu dasar. Sebagai pendidik mereka akan cuba memastikan pelajar mereka berjaya kerana sifat prihati dan
mulia guru itu memang sentiasa wujud dalam setiap darah pendidik. TETAPI, jika ianya di luar batasan kemampuan
dan ditambah dengan tekanan yang semakin banyak semua hasrat dan usaha guru akan gagal. Kita perlu ingat...
kemampuan manusia itu ada batasnya.
Apa pandangan anda.........? bersama-samalah kita berkongsi pengalaman...
RENCANA
PPPM lonjak pendidikan tahap
antarabangsa
2012/09/13 - 04:53:11 AM Amidi Abdul MananCetakEmel Kawan
Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tempoh 2013 hingga 2025
sudah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Ia disambut dengan pelbagai
reaksi oleh pelbagai golongan sama ada yang terbabit secara langsung dengan pendidikan atau
secara tidak langsung.
Terkandung di dalamnya ialah laporan maklum balas yang diterima daripada sesi dialog pendidikan,
persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat
mengenai pendidikan negara.
Proses mencanai potensi
Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai
perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan. Bagi
pendidikan di Malaysia ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
mendefinisikan matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi
tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh
berkenaan kita akan melalui tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju.
Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad
dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan
ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran.
Dalam PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di
Malaysia ke tahap antarabangsa, baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan
kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur
yang menepati piawaian antarabangsa.
TIMS dan PISA yang juga satu rujukan penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran
Sains dan Matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini. Ia sekali lagi satu ujian terhadap
kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran Sains dan
Matematik berakar umbi kepada masyarakat kita.
Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu
bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah
sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai
ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji.
Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat pada peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah
tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke
dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar pendidikan mereka sudah mula mengkritik
sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal melahirkan insan.
Seperkara menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara
jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan
dan skim perkhidmatan.
Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua kerana guru adalah kelompok terpenting dalam
mencorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah
kepada guru di sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah
agama rakyat, sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah agama persendirian.
Aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu
kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang
semakin kompleks.
Pantau sekolah antarabangsa
Persoalan yang timbul sejak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dulu kita berhadapan
dengan sekolah vernakular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin
subur dan mendapat sambutan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat
keluar daripada sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati.
Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia membabitkan masa depan kita, masa
depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya.
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) 2013-2025
BY MU KTASIM ON 12/09/2012 · 4 COMM EN TS
share
Semalam telah pun diumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM)
2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai.
4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan.
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit.
11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Kumpulan Ibu Bapa
untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan
pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa “tiada sesuatu yang baru”
diperkenalkan.
Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya
“pelabelan semula” tanggungjawab Kementerian Pelajaran.
“Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara
yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian,” katanya ketika ditemui ketika
pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini,
Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran “topik
panas” seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
(PPSMI).
Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan
penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu.
Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea
Selatan – negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala-
PPSMI itu.
“(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat
antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku.
“Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena
tidak mengakui perkara ini?” katanya.
Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat
melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) – pendorong utama terhadap pemansuhannya
secara “pendaratan lembut” sebelum ini
SUMBER
Pada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap
yang menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan
yang akan melaksanakan mampu melakukannya.
Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak
pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati
yang terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi
melaksanakan PPPM terutamanya anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia.
TPM umum rangka tindakan baru pendidikan
11:14AM Sep 11 2012
Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rangka tindakan baru
pendidikan yang bermula Oktober lalu ketika kerajaan mengadakan dialog di peringkat
nasional dengan tujuan menyusun semula sistemnya.
Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Ia akan
dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan.
Bahasa
- Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan
Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini
ujian Linus dibuat dalam BM).
- Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid
yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang
2017).
- Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua
tahun.
- Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk
UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM.
- Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid
Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan
Sains (Timss)
- 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua
pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara.
- Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025.
- Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan
Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian.
Nilai
- Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khitmad komuniti.
- Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana
terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan
nilai utama dalam agama lain.
- Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan
(RIMUP)
Perguruan
- Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk
mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013.
- Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu
bapa.
Guru tidak akan naik pangkat secara automatik:
Muhyiddin
03:36 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui
pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas
perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan
selesai kelak.
"Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana
urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil
kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung
Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini.
Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang
belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA
Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul
10:39 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 14 COMMENTS
Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM
…. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu…
A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..?
B : Anak cikgu Peah… kenapa…?
A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…?
B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2
kan……
A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…?
B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus…
biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak
untuk anak-anak muridnya.
A : Tapi cikgu balik awal kan….?
B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru
balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…?
B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap,
Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik.
Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik
anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian
tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk
sbb kena tanda kertas exam budak.
A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu….
B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah
jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu
pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah
tu… penat….
A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan...
B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu
peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan
untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus…
A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…?
B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak
tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada
masalah…
A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…?
B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang
dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu….
Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..?
A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun….
Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu….
B : hahahhahaha……
A : Kenapa kau gelak kat aku….?
B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu
berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah
hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih
lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik ….
A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu…
yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…?
B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik
angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat
A : Maksud engkau….
B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia.
Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal.
Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat
cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh
anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak
pon sama je…..
A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah
dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung
aku dapat kerja bagus…
B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..?
A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan
selalu dapat result exam yang cemerlang…
B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya
engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa….
A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku….
B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa
mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan
Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih
menghargai dan menghormati jasa guru-guru.

More Related Content

What's hot

Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)Komalam Mariappan
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikROYALBERTM
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...faizzuddinz
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan muhammad
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuNur Farahin Samsudin
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamelya95
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahali ahmad
 
Ciri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesanCiri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesancikgukinah
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kataAsri Mohad
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 

What's hot (20)

Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
37411872 banding-beza-teori-pembelajaran-behavior-is-dan-kognitif (1)
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
MODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARANMODEL-MODEL PENGAJARAN
MODEL-MODEL PENGAJARAN
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...KESAN EKONOMI  TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
KESAN EKONOMI TERHADAP PENDAPATAN NEGARA DAN PERBELANJAAN PENDIDIKAN DI MALA...
 
Asal Usul Bahasa Melayu
Asal Usul  Bahasa MelayuAsal Usul  Bahasa Melayu
Asal Usul Bahasa Melayu
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Ful kk pp
Ful kk ppFul kk pp
Ful kk pp
 
Profesion Keguruan
Profesion Keguruan Profesion Keguruan
Profesion Keguruan
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalamApakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
Apakah yang ingin dicapai oleh konsep jeri dalam
 
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolahBentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah
 
Ciri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesanCiri komunikasi berkesan
Ciri komunikasi berkesan
 
1.6 konsep kata
1.6 konsep kata1.6 konsep kata
1.6 konsep kata
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 

Viewers also liked

Burnout
BurnoutBurnout
BurnoutNizam
 
Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’Azraff Haneef
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru huda hamdan
 
Stres dan cara mengatasinya
Stres dan cara mengatasinyaStres dan cara mengatasinya
Stres dan cara mengatasinyaYusva Ferdiawan
 
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUNurhaimi Abdul Rahman
 
Pengurusan-tekanan
 Pengurusan-tekanan Pengurusan-tekanan
Pengurusan-tekananAhmad NazRi
 
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Vince Here
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 

Viewers also liked (12)

Burnout
BurnoutBurnout
Burnout
 
Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’Cara mengatasi ‘burnout’
Cara mengatasi ‘burnout’
 
Burnout
BurnoutBurnout
Burnout
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
Pensijilan Guru
Pensijilan Guru Pensijilan Guru
Pensijilan Guru
 
Stres dan cara mengatasinya
Stres dan cara mengatasinyaStres dan cara mengatasinya
Stres dan cara mengatasinya
 
50 cara mengatasi stress
50 cara mengatasi stress50 cara mengatasi stress
50 cara mengatasi stress
 
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURUKESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
KESAN STRESS KEPADA SEKOLAH DAN CARA MENANGANI STRESS GURU
 
Pengurusan-tekanan
 Pengurusan-tekanan Pengurusan-tekanan
Pengurusan-tekanan
 
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
Kajian ringkas, statistik "Persepsi pelajar terhadap kurangnya aktiviti riada...
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Stres di kalangan guru
Stres di kalangan guruStres di kalangan guru
Stres di kalangan guru
 

Similar to Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Mis Sem
 
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysiapengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysiakhaihay
 
Kajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaan
Kajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaanKajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaan
Kajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaanAMERASRIHAJIAHMAD
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMevelyn_01
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
Plan strategik kkm 2011-2015
Plan strategik kkm 2011-2015Plan strategik kkm 2011-2015
Plan strategik kkm 2011-2015Asiah Ismail
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxMuhamadFaredZulkafli
 
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdfSlaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdfENIZZATFADHLIBINHAMD
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015Nafis Nazri
 
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdfgaris panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdfWanFadh1
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanmursyidee
 

Similar to Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013 (20)

Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan Program Transformasi Kerajaan
Program Transformasi Kerajaan
 
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysiapengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
pengajian am penggal 2 dasar-dasar malaysia
 
Kajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaan
Kajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaanKajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaan
Kajian ttg pekerjaan langsung utk pekerja kontrak kerajaan
 
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AMPENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
PENGUKUHAN INSTITUSI NEGARA ~ TOPIK 8 PENGAJIAN AM
 
Tiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppmTiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppm
 
New sme definition
New sme definitionNew sme definition
New sme definition
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Pte
PtePte
Pte
 
Nkrakpm
NkrakpmNkrakpm
Nkrakpm
 
Nkrakpm[1]
Nkrakpm[1]Nkrakpm[1]
Nkrakpm[1]
 
Plan strategik kkm 2011-2015
Plan strategik kkm 2011-2015Plan strategik kkm 2011-2015
Plan strategik kkm 2011-2015
 
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptxNATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
NATIONAL BLUE OCEAN STRATEGY (NBOS)-suraya.pptx
 
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdfSlaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
Slaid Taklimat Ringkas Kajian Sistem Saraan (31072023).pdf
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015Newsletter_Edisi172015
Newsletter_Edisi172015
 
Psptn fasa2
Psptn fasa2Psptn fasa2
Psptn fasa2
 
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdfgaris panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
garis panduan penyediaan kew8 pergerakan dan pelarasan gaji.pdf
 
Dasar Penswastaan Malaysia
Dasar Penswastaan MalaysiaDasar Penswastaan Malaysia
Dasar Penswastaan Malaysia
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 

Recently uploaded

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxssuser2936b51
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 

Recently uploaded (12)

Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docxPROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PANITIA SEJARAH BAGI MURID.docx
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 

Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam pelan pembangunan pendidikan malaysia 2013

  • 1. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Posted in: Isu Pendidikan 11 Anjakan - PPPM 2013-2025 08:46 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti... Kualiti Pendidikan Harus Dipertingkat - TPM 07:43 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT GEORGETOWN 18 Feb. - Kualiti pendidikan harus dipertingkat seiring perkembangan ilmu dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang berupaya memacu Malaysia menjadi negara maju, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata cabaran yang harus dipikul kini adalah meningkatkan aspek kualiti pendidikan negara.
  • 2. Beliau berkata, aspek itu adalah satu perkara yang penting dalam sistem pendidikan negara dan ia harus dipandang serius. "Kami (kerajaan) telah membentuk satu pasukan petugas bagi mengkaji pelbagai perkara berkaitan bidang pendidikan dan kokurikulum, Laporan Razak serta Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI),” katanya dalam ucapan perasmian majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Pulau Pinang hari ini. Muhyiddin berkata, cabaran yang ada kini harus dipikul semua pihak, terutama warga pendidik, dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan negara. "Saya akui ini cabaran utama kerana masih banyak yang perlu dilakukan supaya matlamat negara untuk menjadi negara maju dapat dicapai,” katanya. - BERNAMA Posted in: Isu Pendidikan
  • 3. SBPA Batal - Inti pati pengumuman Perdana Menteri untuk penjawat awam 22:09 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS PUTRJAYA 8 Mac – Berikut inti pati pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini. • Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan mengekalkan Skim Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik. • Penubuhan sebuah suruhanjaya untuk mengkaji secara komprehensif sistem saraan bagi penjawat awam pada masa depan. • Pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54 iaitu bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus). • Jadual gaji matriks diubah suai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadarkenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM. • Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) dinaikkan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. • Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekal pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  • 4. • Keputusan penambahbaikan laluan kerjaya berasaskan prinsip “time-based”Pegawai Perkhidmatan Pendidikan seperti yang diumum dalam Bajet 2012 dikekalkan. – UTUSAN • SBPA & SSM akan adil - Kata PM • 07:21 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS • PUTRAJAYA 23 Feb. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman yang adil dan saksama berkaitan perkhidmatan awam, termasuk mengenai Skim Saraan Malaysia (SSM) dan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Perkara itu dinyatakan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman selepas mengadakan pertemuan hampir dua jam dengan Perdana Menteri di pejabatnya di sini hari ini. Pertemuan itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. "Perkara itu akan diumumkan dalam waktu terdekat dan dijangka memberikan keadilan dan kebaikan untuk semua penjawat awam,” katanya kepada pemberita tanpa mengulas lanjut mengenai perkara yang bakal diumumkan itu. Omar berkata, CUEPACS sendiri akan menyambut baik apa sahaja perkara yang bakal diumumkan serta mengucapkan terima kasih di atas kesudian serta kesediaan Perdana Menteri untuk mengadakan perbincangan dan mendengar cadangan demi kebaikan penjawat awam. "Pertemuan hari ini menyentuh mengenai secara keseluruhan apa tuntutan serta pandangan yang dikemukakan Cuepacs selama ini berhubung permasalahan penjawat awam termasuk mengenai isu SBPA," katanya. Omar berkata, Perdana Menteri turut menyatakan kesediaan untuk menghadiri perhimpunan besar-besaran yang akan mengumpul seramai 15,000 penjawat awam yang akan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 12 Mac depan - BERNAMA • SBPA siap awal April - TPM • KUALA TERENGGANU: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan semula Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dijangka disiapkan awal April, tempoh ditetapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
  • 5. Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau difahamkan jawatankuasa semakan semula yang diketuai bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam sudah mencapai banyak kemajuan untuk memastikan proses semakan semula itu disiapkan pada tarikh ditetapkan. • “Saya dimaklumkan Perdana Menteri sudah menetapkan tempoh hingga awal April. Apa pun tunggulah kerana saya percaya apabila tiba masa sesuai, Perdana Menteri akan mengumumkan bentuk dan format bagaimana skim itu hendak dilaksanakan,” katanya selepas perjumpaan khas dengan penjawat awam negeri dan Persekutuan sempena lawatan kerja sehari ke Terengganu, semalam. • Terdahulu ketika berdialog dengan penjawat awam, Muhyiddin berkata, semakan semula SBPA diharap memuaskan hati semua penjawat awam kerana membabitkan arahan serta campur tangan terus daripada Perdana Menteri. Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin keluhan penjawat awam dengan menangguhkan skim itu dan melantik panel kajian semula dengan penyertaan pelbagai pihak termasuk CUEPACS. Muhyiddin berkata, kerajaan BN yang mentadbir negara ini sentiasa membela penjawat awam kerana peranan mereka penting untuk menterjemahkan dasar dan aspirasi yang dirumus kerajaan bagi membela rakyat. “Kerajaan BN akan pertahankan kakitangan awam. Jika kerajaan beralih tangan, Nauzubillah. Justeru, saya harap penjawat awam dan keluarga mereka termasuk di Terengganu untuk terus bersama kita,” katanya. Beliau berkata demikian menjawab soalan seorang penjawat awam mengenai nasib kakitangan kerajaan jika pentadbiran negara beralih kepada parti lain. Timbalan Perdana Menteri berkata, komitmen kerajaan BN membela kakitangan awam dan menyemarak pembangunan negara jelas menerusi pelbagai dasar sedia ada, sedangkan pembangkang tampil dengan Buku Jingga dengan pakar ekonomi berpendapat akan menyebabkan negara bankrap dalam tempoh dua tahun selepas pelaksanaan. Buku Jingga turut menggariskan usaha pembangkang untuk mengurangkan penjawat awam dengan mengatakan Malaysia mempunyai jumlah kakitangan awam berbanding nisbah tenaga kerja, antara tertinggi di dunia. Muhyiddin berkata, penjawat awam perlu lebih responsif melaksanakan agenda dan aspirasi kerajaan dengan turut sama berdamping atau turun padang bertemu rakyat bagi mendapatkan maklum balas rakyat berhubung sesuatu dasar yang mahu dilaksanakan. Sementara itu, mengulas kemungkinan kerajaan menamatkan pengambilan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk Kursus Perguruan Lepasan SPM, Muhyiddin berkata, belum ada keputusan dibuat setakat ini. Muhyiddin berkata, kerajaan juga sudah membuat lantikan Pengarah Pelajaran Terengganu yang kosong sejak tiga bulan lalu dan pengumuman dibuat dalam tempoh terdekat.
  • 6. kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari - CUEPACS 18:08 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 1 COMMENT CUEPACS minta kekalkan tunggakan SBPA 1 Januari PUTRAJAYA – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu tarikh kuat kuasa Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan pada 1 Januari lalu dan tunggakan gaji dibayar kepada semua penjawat awam dari tarikh itu. Presidennya, Datuk Omar Osman (gambar) berkata, permintaan itu adalah wajar memandangkan kerajaan sebelum ini menetapkan tarikh kuat kuasa SBPA bermula 1 Januari tetapi pelaksanaan sahaja ditangguhkan berikutan semakan semula beberapa perkara dalam skim baru itu. “Jadi permintaan CUEPACS adalah supaya tarikh kuat kuasa SBPA pada 1 Januari itu dikekalkan. Itu yang kita mahu. “Ia berdasar perbincangan sewaktu saya bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tempoh hari. Jadi kekalkan tarikh kuat kuasa itu, tangguh pelaksanaan, semak semula dan sehingga dapat penyelesaian dalam tempoh tiga bulan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. - KOSMO PPSMI : 10 000 Ibu Bapa Sertai Perhimpunan Perhimpunan kumpulan ibu bapa sokong dasar PPSMI PETALING JAYA 15 Feb. - Satu kumpulan penyokong PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) akan menganjurkan satu perhimpunan di Dataran PJ di sini pada 10 Mac ini bagi menunjukkan pendirian serius mereka mahukan kerajaan mengembalikan dasar itu. Penyelaras kumpulan Ibu bapa Prihatin Selangor (CPS), Shamsudin Hamid berkata, antara 5,000 dan 10,000 ibu bapa akan menghadiri perhimpunan “Parents for PPSMI" (P4P) pukul 10 pagi, dan ia akan diadakan serentak di Pulau Pinang, Ipoh dan Sabah. "Tujuan perhimpunan ini adalah bagi menyatakan sokongan kami kepada PPSMI. Kami mahu kerajaan mengembalikan dasar itu. "Ini tidak bermaksud kita tidak hormat pada bahasa kebangsaan. Tapi, sila lihat dalam gambaran yang lebih luas, iaitu masa depan anak-anak kita,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. PPSMI dimansuhkan bermula tahun ini dan digantikan dengan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). — BERNAMA 15 000 Guru Lepasan Ijazah Belum Naik Gred DG41 16:37 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS
  • 7. SEREMBAN: Kira-kira 15,000 guru lepasan ijazah di seluruh negara belum menerima kenaikan gred G41 walaupun sebahagian mereka sudah melepasi proses temu duga sejak dua tahun lalu, kata Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng. Beliau berkata, perkara itu menimbulkan ketidakpuasan hati kumpulan guru terbabit yang sanggup membuat pinjaman pendidikan atau mengeluarkan simpanan sendiri bagi menampung kos menyambung pelajaran sebelum ini. Katanya, berikutan penangguhan itu, sebahagian guru terbabit kini menanggung masalah kewangan termasuk untuk membayar semula pinjaman pendidikan kerana gaji diterima masih di takuk lama “Mereka membuat perancangan rapi terutama membabitkan soal kewangan sebelum mengambil keputusan menyambung pelajaran kerana kebanyakannya sudah berkeluarga dan mempunyai banyak komitmen. “Dengan jaminan kenaikan gred itu, mereka membuat keputusan berkenaan (menyambung pelajaran) dengan harapan dapat meningkatkan pendapatan. “Namun, proses kenaikan gred itu kini digantung dan kami tidak tahu sampai bila,” katanya dalam sidang media di sini, semalam. Yim Pheng berkata, sebelum ini, proses kenaikan gred selepas seseorang calon melepasi temu duga biasanya mengambil masa kurang setahun untuk berkuat kuasa tetapi penangguhan itu turut menjejaskan tempoh perkhidmatan bagi kenaikan pangkat. Justeru, beliau berkata, pihaknya meminta Kementerian Pelajaran menyegerakan proses berkenaan kerana jumlah guru yang tamat pengajian ijazah semakin bertambah dari semasa ke semasa. Sementara itu, Yim Pheng meminta Kementerian Pelajaran memberi peluang kepada guru yang lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) aras tiga dan empat yang layak menikmati anjakan gaji menikmatinya, walaupun tempoh sah penilaian itu tamat tahun ini berikutan pemansuhannya. Beliau berkata, kebanyakan guru terbabit belum cukup syarat tempoh perkhidmatan dan hak mereka dinafikan kerana tempoh sah penilaian itu tamat sebelum mereka mencukupkan syarat berkenaan. “Tidak adil bagi guru terbabit yang berusaha lulus PTK dan ketika menunggu masa untuk menikmati anjakan gaji, tiba-tiba kelulusan PTK mereka tidak boleh digunakan dan terpaksa menduduki penilaian baru,” katanya. - Berita Harian Guru Sains dan Matematik Berlebihan...? 09:59 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS TANJUNG MALIM: Seramai 13,000 graduan mengajar Sains dan Matematik di seluruh negara mula menerima kesan penurunan pelajar mengambil jurusan sains sehingga ada yang terpaksa mengikuti latihan semula subjek lain. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Kementerian Pelajaran perlu menghantar graduan ke universiti untuk dilatih kemahiran baru bagi mengelak berlaku pengangguran. “Kalau kita hantar mereka ke sekolah untuk mengajar Sains dan Matematik sedangkan pelajar tidak berminat, keadaan itu tidak wajar,” katanya pada sidang media selepas melawat Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini semalam. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Rujhan Mustafa dan Pengerusi Lembaga
  • 8. Pengarah UPSI, Tan Sri Abi Musa Assari Mohamed Nor. Mohamed Khaled mengulas taklimat Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr Zakaria Kasa yang berkata, berlaku lambakan 13,000 graduan Sains dan Matematik seluruh negara yang dihantar ke universiti itu untuk latihan semula. Turut menyumbang masalah ialah perubahan dasar persaraan wajib penjawat awam daripada 58 tahun kepada 60 tahun. Bagaimanapun, Zakaria berkata, masalah itu tidak berlaku di UPSI berikutan usahanya menawarkan subjek minor seperti Sejarah kepada pelajar jurusan Sains dan Matematik bagi mengelak berlaku pembaziran tenaga pengajar. Sebelum ini, akhbar ini melaporkan guru opsyen Matematik dan Sains terpaksa mengajar pelbagai subjek lain, termasuk Pendidikan Jasmani dan Pengetahuan Agama Islam berikutan lebihan guru di sekolah di seluruh negara. Mohamed Khaled pada amanat tahun barunya dilaporkan berkata, sejak 2007, peratus pelajar mengambil jurusan sains menurun sehingga 29 peratus tahun ini. Keadaan itu berterusan ke peringkat universiti, jika berlanjutan boleh membantutkan usaha meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi. Dalam perkembangan berkaitan, Mohamed Khaled berkata, pihaknya bangga UPSI muncul universiti pertama menubuhkan sekolah makmal yang menempatkan sekolah bermula prasekolah sehingga Tingkatan Enam Atas di kawasan universiti. Katanya, ketika ini 70 murid berpeluang mengikuti sesi belajar peringkat prasekolah dan pengambilan pertama murid Tahun Satu bermula sesi pengajian tahun depan, membabitkan 50 murid yang dibahagikan kepada dua kelas. Katanya, pelaksanaan sekolah makmal ini adalah secara berperingkat dan apabila dilaksanakan sepenuhnya kemasukan keseluruhan pelajar adalah 600 orang. Gejala Sosial Pelajar Makin Parah 08:55 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS Sejak kebelakangan ini Gejala Sosial melibatkan murid & pelajar sekolah makin meningkat. Statistik yang dibentangkan amat menakutkan kita sebagai guru. Mana tidaknya, apabila 'status' murid & pelajar digunakan, maka guru-guru yang dipersalahkan. Adakah gejala ini berlaku di hadapan guru? Adakah guru yang membenarkannya? Adakah guru tidak mendidik mereka? Ataupun guru hanya menutup sebelah mata sahaja?.. Perlu diingat bahawa gejala sosial biasanya berlaku di luar kawasan sekolah. Jadi, sukar bagi guru untuk mengawal tindak-tanduk anak didik mereka yang bebas di luar sana. Jadi, disinilah pentingnya didikan agama dan peranan ibu bapa. Di sekolah guru-guru merupakan ibu bapa kepada anak-anak. Tetapi di rumah keluarga adalah ibu bapa mereka. Tugas guru adalah untuk mendidik anak didik mereka supaya berjaya di dunia dan di akhirat.
  • 9. ingatlah pesan guru untuk anak-anak sekalian..... Bermula dengan sekadar mengorat, Bila dah suka hubungan makin rapat, Lalu bertemu di satu tempat, Pesan mak ayah mula dah tak ingat, Pakaian pula adooii punyala ketat, Maka tangan pun mula la melarat, Lawan peluk tak kurang hebat, Bila peluk sama rapat, Perlakuan pun semakin cepat, ... Nafas pun tersekat-sekat, Lekatlah cop (kiss bite) merata tempat, Lupa Allah lupa Malaikat, Iblis gembira melompat-lompat, Hasutan iblis semakin kuat, Yang baik menjadi jahat, Maka lahirlah anak tak cukup sifat, Takut dihina oleh masyarakat, Lalu dibuang merata tempat, ASTAGHFIRULLAHHALA'ZIM Bukan nak kata ataupun mengumpat, Ingatlah ia sebagai nasihat, Sebelum terjadi harus beringat, Wahai adik-adik sebelum terlambat, Yang ada niat minta la taubat, Semoga anda tidak tersesat, Al-quran & hadis sebagai penyelamat, Agama ISLAM memang terhebat, Minta diamal sampai melekat, INSYAALLAH selamat dunia akhirat..... amin... Guru Bahasa Inggeris bakal ke Luar Negara KUBANG PASU 14 Feb. – Kementerian Pelajaran sedang mengkaji untuk menghantar guru Bahasa Inggeris (BI) mengikuti program latihan di luar negara agar penguasaan mereka dalam bahasa itu dapat dimantapkan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan itu telah dibincangkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pada dasarnya beliau bersetuju. “Mungkin dengan cara ini ia dapat memberi peluang kepada guru Bahasa Inggeris kita didedahkan dengan bahasa penutur jati di negara asal mereka dan kalau itu keadaannya, mungkin guru kita akan terdidik dengan lebih baik serta lebih yakin untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.
  • 10. “Tetapi kita kena kaji dahulu baik atau tidak perkara ini, sama ada ia libatkan kos yang tinggi atau tidak,” ujarnya ketika sesi dialog pada majlis Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Kedah dan Perlis di Dewan Wawasan di sini hari ini. Pada majlis itu, Muhyiddin turut menyampaikan bantuan Sekolah Agama Rakyat/KAFA berjumlah RM966,879 serta bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP) 2012 berjumlah RM10.22 juta bagi Kedah serta RM2.59 juta bagi Perlis. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pihaknya masih menunggu laporan mengenai prestasi program penempatan guru penutur jati untuk ditempatkan di sekolah terpilih mengikut zon bagi memberi tunjuk ajar kepada guru Bahasa Inggeris. “Kita mahu lihat dahulu sama ada program ini sesuai kepada guru dan adakah ia memberi manfaat kepada pelajar dalam memantapkan penguasaan bahasa Inggeris mereka,” katanya. – UTUSAN Sekolah mengejar status, Guru dan murid merana.. Keadaan guru di sebuah sekolah mengalami tekanan emosi akibat pihak sekolah yang terlalu mengejar status Sekolah Berprestasi Tinggi. Menurut laporan dalam sebuah akhbar, keluhan ini dari golongan guru yang tidak berpuas hati dengan sikap pihak pengurusan sekolah yang dikatakan terlalu mengejar NKRA. Akibatnya guru-guru dan murid yang menjadi mangsa keadaan. Mana tidaknya jika guru terpaksa pulang lewat ke sekolah dan hak peribadi guru juga dicabuli. Sebagai seorang pendidik kini juga terpaksa menjadi seorang pengasuh kepada anak- anak murid sehingga lewat petang. Adakah keluarga guru tersebut mendapat perhatian? Tentunya keluarga guru itu sendiri akan terabai seperti anak ayam kehilangan ibu. Selain itu juga, ramai guru yang merungut akibat ruang yang tidak mencukupi untuk menyimpan bahan-bahan untuk
  • 11. murid dimana kereta peribadi guru dijadikan sebagai Setor simpanan. Jika keadaan sebegini agak tidak selesa bagi guru. Pihak kerajaan seharusnya mengambil aduan guru dengan lebih serius dan membuat kajian mendalam tentang sesuatu dasar. Sebagai pendidik mereka akan cuba memastikan pelajar mereka berjaya kerana sifat prihati dan mulia guru itu memang sentiasa wujud dalam setiap darah pendidik. TETAPI, jika ianya di luar batasan kemampuan dan ditambah dengan tekanan yang semakin banyak semua hasrat dan usaha guru akan gagal. Kita perlu ingat... kemampuan manusia itu ada batasnya. Apa pandangan anda.........? bersama-samalah kita berkongsi pengalaman... RENCANA PPPM lonjak pendidikan tahap antarabangsa 2012/09/13 - 04:53:11 AM Amidi Abdul MananCetakEmel Kawan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) bagi tempoh 2013 hingga 2025 sudah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelmarin. Ia disambut dengan pelbagai reaksi oleh pelbagai golongan sama ada yang terbabit secara langsung dengan pendidikan atau secara tidak langsung. Terkandung di dalamnya ialah laporan maklum balas yang diterima daripada sesi dialog pendidikan, persidangan, seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan oleh pihak yang berminat mengenai pendidikan negara. Proses mencanai potensi Pendidikan bagi sesebuah negara adalah satu perkara yang amat penting. Di sinilah proses mencanai perkembangan dan potensi serta menakrif ciri dan identiti warga negara pada masa hadapan. Bagi pendidikan di Malaysia ia terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mendefinisikan matlamat dan fungsi pendidikan di negara kita ini. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) menggariskan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh 22 tahun akan datang. Ia satu tempoh yang penting dan amat getir kerana dalam tempoh berkenaan kita akan melalui tahun 2020 yang menakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara maju. Penulis tidak berhasrat untuk membincangkan PPPM secara keseluruhan dalam ruang yang terhad dan terbatas ini, tetapi sekadar berkongsi pandangan kerana PPPM masih pada peringkat draf dan ruang masih terbuka bagi maklum balas diajukan kepada Kementerian Pelajaran. Dalam PPPM, perkara yang paling menonjol adalah hasrat untuk melonjakkan pendidikan di
  • 12. Malaysia ke tahap antarabangsa, baik dari sudut guru, kemudahan pendidikan, pembangunan kurikulum, pembangunan pelajar mahupun kemahiran berfikir. Semuanya diletakkan kayu ukur yang menepati piawaian antarabangsa. TIMS dan PISA yang juga satu rujukan penting bagi menilai kedudukan negara dalam pembelajaran Sains dan Matematik turut menjadi perhatian dalam PPPM ini. Ia sekali lagi satu ujian terhadap kemampuan kognitif pelajar. Sudah sampai masanya kita mencirikan pembelajaran Sains dan Matematik berakar umbi kepada masyarakat kita. Sains umpamanya perlu diajar seiring dengan nilai kehidupan dan kemanusiaan. Ia adalah satu bidang ilmu yang meliputi cakupan pancaindera dan bermatlamatkan untuk mengenali Allah sebagai Pencipta. Ia sarat dengan nilai yang mengukuhkan keyakinan kepada Allah. Menerusi nilai ini ia akan melahirkan individu yang mempunyai akhlak yang baik dan terpuji. Sains dalam dimensi ini tidak mendapat tempat pada peringkat antarabangsa. Maka tidak hairanlah tamadun Barat yang berteraskan kemajuan sains dan teknologi akhirnya menjerumuskan mereka ke dalam satu krisis kemanusiaan yang parah. Ramai pakar pendidikan mereka sudah mula mengkritik sistem pendidikan mereka sendiri yang gagal melahirkan insan. Seperkara menarik dalam PPPM ini adalah mengenai pelaku pendidikan iaitu golongan guru. Secara jelas dan spesifik martabat guru akan diangkat bermula dari calon guru sehinggalah kepada latihan dan skim perkhidmatan. Sememangnya ia disambut baik oleh kita semua kerana guru adalah kelompok terpenting dalam mencorakkan masa depan negara menerusi pendidikan. Namun seharusnya hasrat ini melimpah kepada guru di sekolah agama yang bukan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran seperti sekolah agama rakyat, sekolah menengah agama kerajaan negeri dan sekolah agama persendirian. Aspek kokurikulum juga masih memerlukan perhatian yang sewajarnya. Seharusnya wujud satu kaedah untuk membantu sekolah jenis ini bagi menghadapi perubahan sistem pendidikan yang semakin kompleks. Pantau sekolah antarabangsa Persoalan yang timbul sejak Laporan Razak perlu diselesaikan segera. Jika dulu kita berhadapan dengan sekolah vernakular, kini kita berhadapan pula dengan sekolah antarabangsa yang semakin subur dan mendapat sambutan masyarakat. Ia secara terang memberikan pilihan untuk rakyat keluar daripada sistem pendidikan arus perdana jika tidak ditangani dengan berhati-hati. Persoalan pendidikan menggamit perhatian banyak pihak. Ia membabitkan masa depan kita, masa depan negara dan yang lebih penting adalah masa depan kita di hadapan-Nya.
  • 13. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 BY MU KTASIM ON 12/09/2012 · 4 COMM EN TS share Semalam telah pun diumumkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia(PPPM) 2013-2025 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Sebanyak 11 anjakan yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai. 4. Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan. 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit. 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Namun begitu sudah ada yang menunjukkan rasa tidak puas hati. Kumpulan Ibu Bapa untuk Pendidikan (Page) hari ini menyarankan kekecewaan mereka terhadap pelan pembangunan pendidikan baru dengan mendakwa “tiada sesuatu yang baru” diperkenalkan. Pengerusinya Noor Azimah Abdul Rahim berkata, laporan awal yang disediakan hanya “pelabelan semula” tanggungjawab Kementerian Pelajaran.
  • 14. “Tiada umph atau wow factor. Ia hanya penjenamaan semula atau pelabelan semula perkara yang sudah menjadi tanggungjawab kementerian,” katanya ketika ditemui ketika pelancaran rangka dasar itu di Kuala Lumpur hari ini, Noor Aziman (kanan) juga kecewa terhadap apa yang didakwanya peminggiran “topik panas” seperti pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI). Katanya, beliau terkejut apabila pakar perunding antarabangsa tidak menyarankan penggunaan bahasa Inggeris untuk pembelajaran kedua-dua bahasa itu. Lebih mengejutkan, katanya, pakar terlibat antaranya bekas menteri pelajaran Korea Selatan – negara yang membelanjakan 50 peratus belanjawan pendidikan untuk dasar ala- PPSMI itu. “(Rangka dasar) bertujuan menjadikan anak-anak kita sebagai pemain di peringkat antarabangsa tetapi saya tidak lihat perkara itu berlaku. “Kita bercakap soal sains dan inovasi tetapi semuanya dalam bahasa Inggeris, jadi kena tidak mengakui perkara ini?” katanya. Page antara kumpulan yang menyokong PPSMI sejak dasar itu mendapat tentangan hebat melalui Gerakan Mansuh PPSMI (PPSMI) – pendorong utama terhadap pemansuhannya secara “pendaratan lembut” sebelum ini SUMBER Pada saya setiap pelan atau perancangan pendidikan mempunyai kekuatan tersendiri tetap yang menetukanya ada pelaksanaan di setiap peringkat, yang merancang perlu memastikan yang akan melaksanakan mampu melakukannya. Apa pun sama-sama kita tunggu dan lihat perkembangannya. Sebagai salah seorang balak pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini saya terima dengan hati yang terbuka. Saya harap kerajaan juga bakal membekalkan kelengkapan yang cukup bagi melaksanakan PPPM terutamanya anjakan ke-7 iaitu Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. TPM umum rangka tindakan baru pendidikan 11:14AM Sep 11 2012 Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan rangka tindakan baru pendidikan yang bermula Oktober lalu ketika kerajaan mengadakan dialog di peringkat nasional dengan tujuan menyusun semula sistemnya.
  • 15. Rancangan yang dimuktamadkan akan dibentangkan kepada kabinet Disember ini. Ia akan dibuka untuk penelitian awam selama 3 bulan. Bahasa - Semua pelajar darjah satu hingga tiga akan menjalani Proses Penyaringan Literasi dan Numerasi (Linus) dua kali setahun dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia (sebelum ini ujian Linus dibuat dalam BM). - Selepas sekolah pemulihan kelas untuk tahun 4-6 (fasa keluar kelas 'buang' bagi murid yang mempunyai masalah dengan bahasa Inggeris dan BM selepas tahun 6 menjelang 2017). - Semua guru bahasa Inggeris wajib lulus ujian penempatan Cambridge dalam tempoh dua tahun. - Laluan dipercepatkan bagi pencatat keputusan cemerlang: 5 tahun (bukannya 6) untuk UPSR dan 4 tahun (bukannya 5) untuk pelajar SPM. - Ukuran ujian mata pelajaran Matematik dan Sains melalui Program Penilaian Murid Antarabangsa (PISA) dan penilaian antarabangsa pencapaian murid untuk Matematik dan Sains (Timss) - 11 tahun diwajibkan bersekolah (daripada umur enam tahun). Menjelang 2020, semua pelajar yang meninggalkan sekolah mempunyai SPM ata kelulusan yang setara. - Semua pelajar keperluan khas dibekalkan alat dalam sekolah khas pada 2025. - Setiap anak akan mempelajari bahasa bahasa ketika menjelang 2025 (bermula dengan Cina, Tamil dan Arab). Bahasa Sepanyol, Perancis dan Jepun akan ditawarkan kemudian. Nilai - Setiap pelajar mesti mengambil bahagian dalam khitmad komuniti. - Kebanyakan mata pelajaran pengajian Moral dan Islam akan dijalankan serentak, di mana terdapat perkongsian nilai. Pengajian Islam akan memfouskan mengenai nilai Islam dan nilai utama dalam agama lain. - Pelajar sekolah swasta termasuk dalam Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Perguruan - Mengetatkan syarat kemasukan untuk latihan perguruan, dengan tujuan untuk mendapatkan hanya 30 peratus graduan yang bakal menjadi guru menjelang 2013. - Guru akan dinilai oleh pengetua setiap tahun, dengan input daripada rakan-rakan dan ibu bapa.
  • 16. Guru tidak akan naik pangkat secara automatik: Muhyiddin 03:36 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH NO COMMENTS BALIK PULAU: Kenaikan pangkat guru tidak akan berlaku secara automatik sebaliknya mereka harus melalui pelbagai proses termasuk temu duga, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, kaedah kenaikan pangkat guru terbabit akan diputuskan selepas perbincangan antara Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan kerajaan selesai kelak. "Berkaitan soal kebajikan guru kita sudah ambil kira. Tetapi apapun, keputusan muktamad belum tercapai kerana urusan ini sudah kita bawakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam disamping perbincangan di peringkat wakil kesatuan dan CUEPACS, katanya pada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat 1Malaysia di Kampung Permatang Tepi, Simpang Empat, di sini, hari ini. Katanya, isu kenaikan pangkat itu bagaimanapun dijangka selesai dalam tempoh terdekat. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar yang memetik seramai 15,000 guru lepasan ijazah yang belum menerima kenaikan gred akan menikmatinya sebaik semakan semula skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) diselesaikan pada April ini. - BERNAMA Tuduhan Kepada Guru Tidak Betul 10:39 BLOG GURU SEKOLAH RENDAH 14 COMMENTS Ada segelintir ibu bapa atau mungkin yang belum menjadi ibu atau bapa mempersoalkan peranan guru. JOMMMM …. layan sembang orang kampong.. baru kita tahu siapa sebenarnya sape CIKGU tu… A : Ehhhh…. Anak sape yang duk menangis dari td tu..? B : Anak cikgu Peah… kenapa…? A : Kesian budak tu, mak dia tak ada ke…? B : Mak dia pergi sekolah, anak yang kecik tu suami dia la yang tengok2 kan…… A : Biar betull…. Malam-malam macam ni pon pegi skolah jugak…? B : Yea lah… anak orang lain nak exam dia pulak yang bertungkus lumus… biasanya buat kelas tambahan la tuuuu…. Pastu sembahyang hajat pulak untuk anak-anak muridnya. A : Tapi cikgu balik awal kan….? B : Balik awal? Isshh….. kalau cikgu balik awal, kenapa anak aku petang baru balik…? Tak kan lah anak aku belajar dengan tukang kebun sekolah kot…?
  • 17. A : Maksudnya cikgu pun balik lewat petang jugak la ehhhh…? B : A’ahh… Si Joyah jiran aku yang mengasuh anak cikgu peah tu cakap, Cikgu Peah awal pagi dah pegi sekolah pastu lewat petang baru balik. Ada aktiviti pulak kat sekolah pada belah petang. Masa datang ambik anaknya tu, Si Joyah cakap muka Cikgu Peah dah tak bermaya… Kesian tauu…. Balik rumah tanda buku budak-budak plak, time exam lagi teruk sbb kena tanda kertas exam budak. A : Nasib baik aku bukan cikgu… kalau tak, ngamuk laki aku tu…. B : Alaaa…. Hari minggu pun bukan lekat kt rumah, aku tengok dia kat skolah jugak… ada je program kat skolah tu… heerrrmm.. kadang2 anak aku tu pon tak ikut program tu… tak larat katanya nak ikut program kat skolah tu… penat…. A : Tapi…. Cikgu kan banyak cuti….. budak cuti sekolah.. cikgu pon cuti kan... B : Si Joyah citer kat aku… time cuti sekolah pon dia kena jaga anak cikgu peah. Si Joyah cakap cikgu-cikgu kena datang jugak buat kelas tambahan untuk murid yang nak exam. Tak pon kena hadir pelbagai kursus… A : Habis tuu… bila masa cikgu peah dapat lepak macam kita ni…? B : Alaaa…. Dia lepak ngan budak-budak kelas dia je la kot….. budak-budak tu dah macam anak dia dah… kat dia lah budak2 tu mengadu kalau ada masalah… A : Kenapa ada orang cakap jadi Cikgu rileks jer…? B : Alahai…. Kalau Cikgu tu rileks, kenapa ramai budak yang dapat Cemerlang dalam exam.. Haaa… anak engkau si Fatihah yang masuk Universiti tu…. Engkau ke yang ajar dan tanda buku dia kat umah…..? A : Hehehehe…. Mana sempat aku nak ngajar anak aku kat umah… Lagipun…. Anak aku kan ramai, 4 orang… Pening nak melayan karenah diorang tu…. B : hahahhahaha…… A : Kenapa kau gelak kat aku….? B : Engkau tu baru 4 orang anak dah x larat nk layan… Cikgu Peah tu berpuluh-puluh anak dalam kelas dia, bukan takat pening, aku rasa dah hancur kepala dia kot…. Hehehehe…. Tapi… seramai mana pun dia masih lagi dapat layan budak-budak tu dengan baik …. A : Ehhhh… engkau cakap cikgu layan budak-budak dengan baik, habis tu… yang Si Dollah pergi mengamuk kat sekolah hari tu apa kes…? B : Alaahhh…. Laki aku cakap, Si Dollah tu memang begitu. cepat sangat naik angin. Dengar sangat cakap anak dia tu… manjakan anak tidak bertempat A : Maksud engkau…. B : Pasal hari tu la… dia pergi marah2 kat cikgu cakap cikgu cubit anak dia. Anak aku cakap kalau cikgu rotan pon memang patut… anak dia nakal. Selalu ganggu kawan-kawan kat sekolah… pastu kurang ajar plak tu kat cikgu. nak jadi gangster agaknya anaknya tu… Macam mana nak suruh anak jadi baik, baru cubit mak ayah dah bising… ntah-ntah ayah ngan anak pon sama je…..
  • 18. A : Susah jugak ehh jadi cikgu ni. Tengok aku ni.. balik kerja duk kat rumah dah boleh rileks.. kat tempat kerja pon tak de tekanan… Fuhhh…. Untung aku dapat kerja bagus… B : Macam mana engkau boleh dapat kerja bagus macam sekarang ni..? A : Laaaa….. aku kan berpendidikan tinggi…. Kat sekolah dulu… aku kan selalu dapat result exam yang cemerlang… B : Ohhhh…. Ingatkan engkau belajar kat rumah sorang-sorang.. rupanya engkau pon blaja kat sekolah jugak dulu yeaa…. A : Engkau ni… saje je nak kenakan aku…. B : Bukan lah… Sebenarnya….. aku bangga dengan cikgu-cikgu ni… tanpa mereka anak-anak aku takkan dapat menjadi insan yang berguna dan Berjaya seperti sekarang ini… Orang kampung seperti aku ni mungkin lebih menghargai dan menghormati jasa guru-guru.