SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Anjakansistempendidikan
KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif
penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa
tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, antara perkara yang boleh dijangka dalam Gelombang
Pertama pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam
kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta
mutu kepimpinan sekolah.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, Gelombang Kedua mulai tahun 2016 hingga
2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati
pakej kerjaya baru.
Dalam gelombang sama, tambah Muhyiddin, bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran
distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar
dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia.
"Dalam Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru
besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Menurut Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu
sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti,
perpaduan dan kecekapan.
Kata beliau, pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi
utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa,
etika dan kerohanian serta identiti nasional.
"Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil
daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya.
Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 1. Memartabatkan profesion perguruan; 2.
Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 3. Meningkatkan kualiti sekolah; 4. Memantapkan
kualiti kurikulum dan pentaksiran; 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 6.
Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam
pendidikan; 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi
dan pasaran kerja; 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 9.
Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan.
Jelas Muhyiddin, berdasarkan sembilan bidang keutamaan tersebut, kementerian telah
mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh
rakyat.
Sebelas anjakan tersebut adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa; 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia
dan bahasa Inggeris; 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 4. Transformasi
keguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah; 6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD)
dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 7. Memanfaatkan
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia;
8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 9. Bekerjasama dengan ibu
bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit dan 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam.
Dalam pembentangannya, Muhyiddin berkata, pelan itu dihasilkan menerusi kajian semula
secara menyeluruh yang dimulakan Kementerian Pelajaran pada Oktober 2011.
"Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan
masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan.
"Menerusi siri jelajah dialog pendidikan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor diterima
daripada hampir 12,000 peserta yang mengambil bahagian selain 156 memorandum daripada
pelbagai pertubuhan dan individu," jelasnya.
Kata beliau, pandangan panel penilai bebas tempatan dan antarabangsa diperolehi dalam
penyediaan laporan awal pelan tersebut.
Katanya, kementerian juga turut mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh
Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),
Bank Dunia dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.
Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari
2013-2025.
Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh
YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari
2007.
Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan
PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di
seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000
peserta ambil bahagian.
Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari
pelbagai individu dan pertubuhan.
Muhyiddin menyifatkan PPP adalah satu referendum
bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan
rakyat terhadap sistem pendidikan negara.
Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama
iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian
serta identiti nasional.
Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan
yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel
Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula
sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti
dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa.
Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah:
1. Menyediakan kesamarataan akses kepada
pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa:
Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard
Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada
tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan
kepada peraturan sedia ada untuk memberikan
kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal.
Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan
melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain
pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan
murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian
sekolah menengah dalam masa empat tahun
berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan
sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding
enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan
mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras
tinggi.
2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Malaysia dan Bahasa Inggeris:
Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa
Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru
Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT)
dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai
standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif.
Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid
sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan
Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan
memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang
standard pada peringkat rendah, merangkumi semua
sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan
kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah
kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan
juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa
tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta
bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain.
3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai:
Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid
dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh
dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik
menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral juga disemak semula untuk
melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role-
play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam
kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan
Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai
teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian
juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam
berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat
diajar.
4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion
keguruan sebagai profesion pilihan:
Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke
latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30
peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang
menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang
sudah ada dalam sistem, Kementerian akan
mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru
berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan
pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54
dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada
25 tahun.
5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan
di setiap sekolah:
Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan
pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta
memperkukuhkan proses perancangan penggantian
pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga
akan menempatkan pengetua atau guru besar
cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di
kawasan-kawasan miskin bandar.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan:
Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata
Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah
(SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan
Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh
masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih
berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus
kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis
akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari
2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara
bermula Januari 2014.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran:
Kementerian akan meningkatkan akses internet dan
persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan
1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang
dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013.
Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai
akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan
menyediakan landasan untuk perlaksanaan
pembelajaran secara interaktif.
8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan
penyampaian Kementerian Pelajaran:
Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula
agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai
tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan
terlibat secara langsung dalam memantau dan
mengurus prestasi sekolah.
9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa,
komuniti dan sektor swasta:
Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem
Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)untuk
membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak
mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga
akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500
buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan
alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai
penganjur.
10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang
dibelanjakan:
Kementerian akan mengaitkan setiap program yang
dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak
dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah
setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan
kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan
memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal
seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru.
11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam:
Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses
yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap
inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian. Laporan
Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif
pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai
2013.
Kesimpulan:
Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini
dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk
tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan
menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem
pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang
berfokuskan akses, kepada pendidikan yang
berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit
Penyampaian Pendidikanuntuk memacu perlaksanaan
pelan ini.

More Related Content

What's hot

11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...Amy Kee
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Chon Seong Hoo
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025uhisyam sriib
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Mis Sem
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmkarlz016
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanmursyidee
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmsedihnya
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiazulhazmihamad
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)Nurul Huda Kasim
 

What's hot (14)

Tiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppmTiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppm
 
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
11 anjakan pelan pembangunan pendidikan malaysia (ppm 2013 2025) ~ sekolah ke...
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
Pelan pembangunan pendidikan malaysia 2019 2025
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Soalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikanSoalan 3 perkasakan pendidikan
Soalan 3 perkasakan pendidikan
 
Preliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bmPreliminary blueprint-exec summary-bm
Preliminary blueprint-exec summary-bm
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016
 
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
 

Similar to Anjakan sistem pendidikan 2013 2025

Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikanmat Kelate
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanZulkifle Othman
 
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia fafa111283
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikanmond niel
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikanWaris Skss
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Waris Skss
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Waris Skss
 
Tranformasi pendidikan & 11 anjakan
Tranformasi pendidikan & 11 anjakanTranformasi pendidikan & 11 anjakan
Tranformasi pendidikan & 11 anjakanRosli Morad
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keamir alhaj
 
Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara Farah Rahman
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Mohd Saiful Hisyam Jasni
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025dilla_syafa
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahAbdul Rahman
 

Similar to Anjakan sistem pendidikan 2013 2025 (20)

Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Anjakan pendidikan
Anjakan pendidikanAnjakan pendidikan
Anjakan pendidikan
 
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikanBidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
Bidang keberhasilan utama nasional (nkra ) pendidikan
 
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
Program Transformasi Daerah - Kementerian Pelajaran Malaysia
 
NKRA Pendidikan
NKRA PendidikanNKRA Pendidikan
NKRA Pendidikan
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)
 
Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)Nkra pendidikan (1)
Nkra pendidikan (1)
 
Tranformasi pendidikan & 11 anjakan
Tranformasi pendidikan & 11 anjakanTranformasi pendidikan & 11 anjakan
Tranformasi pendidikan & 11 anjakan
 
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali keTeks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
Teks ucapan sempena sambutan hari guru kali ke
 
Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara Presentation Dasar Wawasan Negara
Presentation Dasar Wawasan Negara
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
 
Nkra Pendidikan
Nkra PendidikanNkra Pendidikan
Nkra Pendidikan
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Preliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bmPreliminary blueprint-bm
Preliminary blueprint-bm
 
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
Pelan pembangunan pendidikan 2013 2025
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi DaerahPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Dan Program Transformasi Daerah
 
Nkrakpm
NkrakpmNkrakpm
Nkrakpm
 

Recently uploaded

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 

Recently uploaded (11)

TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 

Anjakan sistem pendidikan 2013 2025

  • 1. Anjakansistempendidikan KUALA LUMPUR 11 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membentangkan Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 hari ini menyenaraikan inisiatif-inisiatif penting yang akan dilaksanakan, melakar pelan tindakan yang jelas dan menetapkan jangkamasa tertentu untuk mencapai setiap sasaran yang ditetapkan. Timbalan Perdana Menteri berkata, antara perkara yang boleh dijangka dalam Gelombang Pertama pelaksanaan pelan tersebut mulai 2013 hingga 2015 adalah peningkatan dalam kemahiran guru, kualiti pengajaran, keupayaan pegawai di peringkat negeri dan daerah serta mutu kepimpinan sekolah. Beliau yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan, Gelombang Kedua mulai tahun 2016 hingga 2020 akan menyaksikan kesemua 410,000 guru dan 10,000 pengetua atau guru besar menikmati pakej kerjaya baru. Dalam gelombang sama, tambah Muhyiddin, bahagian-bahagian di Kementerian Pelajaran distruktur semula dan kurikulum sekolah rendah dan menengah disemak semula agar sejajar dengan perkembangan sosial dan ekonomi dunia. "Dalam Gelombang Ketiga mulai 2021 hingga 2025, semua sekolah, guru dan pengetua atau guru besar akan menunjukkan prestasi melebihi standard minimum," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. Menurut Muhyiddin, Kementerian Pelajaran akan mengorak langkah dalam menghasilkan satu sistem pendidikan negara yang berteraskan lima ciri aspirasi utama iaitu akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. Kata beliau, pelan itu juga menyasarkan pembangunan pelajar yang memiliki enam ciri aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. "Dalam merangka pelan ini, sebanyak sembilan bidang keutamaan yang dikenal pasti hasil daripada Laporan Penilaian Pendidikan Negara telah diperhalusi," katanya. Sembilan bidang keutamaan tersebut adalah: 1. Memartabatkan profesion perguruan; 2. Meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah; 3. Meningkatkan kualiti sekolah; 4. Memantapkan kualiti kurikulum dan pentaksiran; 5. Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa; 6. Mengukuhkan penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan kongsi dalam pendidikan; 7. Meningkatkan kesediaan murid untuk merebut peluang dalam pendidikan tinggi dan pasaran kerja; 8. Memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengurusan sumber dan 9. Membina kemampuan serta keupayaan sistem penyampaian pendidikan. Jelas Muhyiddin, berdasarkan sembilan bidang keutamaan tersebut, kementerian telah mengenal pasti 11 anjakan yang perlu dilakukan bagi menghasilkan perubahan yang diingini oleh rakyat. Sebelas anjakan tersebut adalah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa; 2. Memastikan setiap murid profisien dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris; 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai; 4. Transformasi
  • 2. keguruan sebagai profesion pilihan; 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah; 6. Mengupaya jabatan pelajaran negeri (JPN), pejabat pelajaran daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan; 7. Memanfaatkan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia; 8. Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian pendidikan; 9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas; 10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap ringgit dan 11. Meningkatkan ketelusan akauntabiliti awam. Dalam pembentangannya, Muhyiddin berkata, pelan itu dihasilkan menerusi kajian semula secara menyeluruh yang dimulakan Kementerian Pelajaran pada Oktober 2011. "Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara telah dibentuk untuk mengumpul pandangan masyarakat umum mengenai langkah-langkah yang perlu diambil kerajaan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. "Menerusi siri jelajah dialog pendidikan di seluruh negara, sebanyak 7,039 syor diterima daripada hampir 12,000 peserta yang mengambil bahagian selain 156 memorandum daripada pelbagai pertubuhan dan individu," jelasnya. Kata beliau, pandangan panel penilai bebas tempatan dan antarabangsa diperolehi dalam penyediaan laporan awal pelan tersebut. Katanya, kementerian juga turut mendapatkan input daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Bank Dunia dan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan. Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) dari 2013-2025. Sebagai gantian kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh YAB Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. Muhyiddin menjelaskan semasa pembentangan pelan PPP bahawa ia dirangka menerusi jelajah dialog di seluruh negara dimana 7,039 syor diterima dan 12,000 peserta ambil bahagian. Selain itu sebanyak 156 memorendum diterima dari pelbagai individu dan pertubuhan.
  • 3. Muhyiddin menyifatkan PPP adalah satu referendum bersejarah yang melambangkan cita-cita dan harapan rakyat terhadap sistem pendidikan negara. Menurut beliau pelan itu sasarkan enam aspirasi utama iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwi-bahasa, etika dan kerohanian serta identiti nasional. Pelan ini berbeza daripada laporan-laporan pendidikan yang terdahulu. Kementerian dimaklumkan oleh Panel Penilai Bebas Antarabangsa bahawa kajian semula sistem pendidikan ini telah dilakukan dengan amat teliti dan kualiti analisanya menepati standard antarabangsa. Sebelas anjakan yang digariskan kementerian ialah: 1. Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf antarabangsa: Kementerian akan melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal. Selain itu Kementerian akan mengkaji kemungkinan melaksanakan laluan pembelajaran pintas selain pendidikan arus perdana, termasuklah membenarkan murid berpencapaian tinggi menamatkan pengajian sekolah menengah dalam masa empat tahun berbanding lima tahun sekarang dan menamatkan sekolah rendah dalam masa lima tahun, berbanding enam tahun. Peperiksaan UPSR pada 2016 akan
  • 4. mengandungi 80% soalan berbentuk pemikiran aras tinggi. 2. Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris: Kementerian akan meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dengan memastikan semua 70,000 guru Bahasa Inggeris lulus Cambridge Placement Test (CPT) dalam tempoh dua tahun. Guru yang tidak mencapai standard ditetapkan akan mengikuti latihan intensif. Modul Sastera Inggeris akan diwajibkan kepada murid sekolah menengah. Bagi memantapkan penguasaan Bahasa Malaysia pula, Kementerian akan memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang standard pada peringkat rendah, merangkumi semua sekolah jenis kebangsaan. Dengan perlaksanaan kurikulum ini, Kelas Peralihan di sekolah menengah kebangsaan akan dimansuhkan mulai 2017. Kerajaan juga akan menggalakkan murid mempelajari bahasa tambahan seperti bahasa Cina, India, Tamil, Arab serta bahasa ibunda atau bahasa antarabangsa yang lain. 3. Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai: Bagi memupuk semangat patriotisme di kalangan murid dalam usaha membina satu identiti nasional yang kukuh dan jitu, Kementerian akan memperkukuhkan Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan elemen Sivik menjelang 2017. Pedagogi untuk Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral juga disemak semula untuk melibatkan lebih banyak aktiviti main peranan (role- play), simulasi, perbincangan dan tugasan dalam kumpulan kecil. Bagi murid bukan Islam, Pendidikan Moral akan mengandungi pemahaman tentang nilai teras semua agama utama di Malaysia. Kementerian
  • 5. juga akan mengkaji membolehkan murid bukan Islam berkongsi kelas yang sama apabila nilai-nilai sejagat diajar. 4. Meningkatkan kualiti guru dan menjadikan profesion keguruan sebagai profesion pilihan: Kementerian akan mengetatkan syarat kemasukan ke latihan perguruan dengan mensasarkan hanya 30 peratus teratas dari kelompok pelajar cemerlang menyertai profesion perguruan. Bagi guru-guru yang sudah ada dalam sistem, Kementerian akan mengukuhkan pembangunan kerjaya mereka. Guru berprestasi tinggi berpeluang menikmati kenaikan pangkat bermula daripada Gred DG14 sehingga DG54 dalam tempoh yang lebih singkat, iaitu kurang daripada 25 tahun. 5. Memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah: Kementerian akan memperkenalkan kriteria pemilihan pengetua dan guru besar berasaskan kompetensi serta memperkukuhkan proses perancangan penggantian pengetua dan guru besar mulai 2013. Kementerian juga akan menempatkan pengetua atau guru besar cemerlang di sekolah-sekolah luar bandar dan di kawasan-kawasan miskin bandar. 6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan: Kementerian akan menempatkan Jurulatih Mata Pelajaran Khusus Program Penambahbaikan Sekolah (SISC+) dan Jurulatih Pengetua Rakan Penambahbaikan Sekolah (Si-Partners) secara sepenuh
  • 6. masa di Pejabat Pelajaran Daerah. Jurulatih-jurulatih berkenaan akan memberikan bimbingan secara terus kepada sekolah berprestasi rendah. Satu projek perintis akan dilaksanakan di Sabah dan Kedah mulai Januari 2013 sementara perlaksanaan di seluruh negara bermula Januari 2014. 7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran: Kementerian akan meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui perlaksanaan 1BestariNet bagi semua 10,000 buah sekolah yang dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2013. Dalam masa terdekat, semua murid akan mempunyai akses kepada rangkaian 4G di sekolah yang akan menyediakan landasan untuk perlaksanaan pembelajaran secara interaktif. 8. Mentransformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian Kementerian Pelajaran: Struktur organisasi Kementerian akan disusun semula agar fungsi bahagian tidak bertindih dan lebih ramai tenaga kerja akan ditempatkan di PPD yang akan terlibat secara langsung dalam memantau dan mengurus prestasi sekolah. 9. Memperluaskan jalinan kerjasama dengan ibubapa, komuniti dan sektor swasta: Kementerian akan memperluaskan capaian Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)untuk membolehkan ibubapa memantau kemajuan anak mereka di sekolah secara atas talian. Kementerian juga akan menambah bilangan Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dan turut melibatkan kumpulan
  • 7. alumni dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai penganjur. 10. Memaksimumkan pulangan bagi setiap ringgit yang dibelanjakan: Kementerian akan mengaitkan setiap program yang dilaksanakan dengan keberhasilan murid yang hendak dicapai dan merasionalisasi program berimpak rendah setiap tahun, Kementerian akan meningkatkan kecekapan dalam mengurus perbelanjaan dengan memberi keutamaan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru. 11. Meningkatkan Ketelusan akauntabiliti awam: Semua pihak berkepentingan akan mempunyai akses yang tetap dan telus berkenaan tahap kemajuan setiap inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian. Laporan Tahunan mengenai kemajuan sasaran dan inisiatif pelan ini akan ditertbitkan utntuk tatapan umum mulai 2013. Kesimpulan: Sekiranya semua 11 anjakan dalam pelan ini dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, untuk tempoh 13 tahun akan datang, Malaysia akan menyaksikan satu anjakan besar dalam sistem pendidikan negara, iaitu daripada sistem yang berfokuskan akses, kepada pendidikan yang berfokuskan kualiti. Kementerian akan mewujudkan Unit Penyampaian Pendidikanuntuk memacu perlaksanaan pelan ini.