SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
5.3 BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN
ORGANISASI SEKOLAH
5.3.1 Definisi Hirarki
Hirarki merupakan kata nama yang berasal daripada bahasa inggeris dan sinonim dengan
maksud kedudukan, taraf, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat, hierarki bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam organisasi,
masyarakat, dan sebagainya, berdasarkan taraf atau kekuasaan. Contohnya, Syarat kemasukan ke
dalam syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi dalam syarikat yang ditentukan
mengikut taraf pendidikan. Dalam proses penyusunan hierarki, ia melibatkan kerja menstruktur
organisasi dan kakitangan organisasi.
Oleh yang demikian, antara fungsi hierarki adalah:
• Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu.
• Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab.
• Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak
fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.
5.3.2 Definisi Organisasi
Organisasi merupakan satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan
saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan
organisasinya. Organisasi merupakan sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah
mencapai satu matlamat yang sama. Selain itu, organisasi merupakan himpunan individu (dua
atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang diselaraskan untuk
mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan.
Dalam sesebuah organisasi, struktur organisasi merupakan perkara penting, di mana
maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan secara
terperinci. Disamping itu, pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi
latihan, program keselamatan dan program kebajikan dalam organisasi tersebut.
5.3.3 Organisasi Sekolah
Organisasi sekolah merupakan unit-unit kecil yang dibuat untuk menyelaras pelbagai
program dan aktiviti sekolah sama ada kurikulum dan ko-kurikulum. Antara unit-unit yang
dibentuk adalah terdiri daripada Unit Kurikulum, Unit Ko-kurikulum, Unit Pentadbiran, Unit Hal
Ehwal Murid dan Unit Penyelia Petang. Unit-unit yang ditubuhkan ini mempunyai struktur
organisasi tersendiri dan bidang tugasan yang telah ditetapkan.
Carta Induk Organisasi Sekolah
Unit Pentadbiran
Unit Pentadbiran berperanan dalam mengurus hal yang berkaitan dengan guru. Ini termasuk juga
aktiviti-aktiviti tahunan yang disediakan untuk guru-guru sekolah. Unit ini terdiri daripada :
i. Setiausaha Mesyuarat Sekolah
ii. Guru Maklumat
iii. Kelab Staf.
iv. PIBG.
Unit Kurikulum
Unit Kurikulum bertindak menyelaras semua aktiviti kurikulum sekolah sepanjang tahun. Bagi
tujuan itu, unit ini telah membahagikan tugasan kepada AJK-AJK kecil yang terdiri daripada :
i. AJK Penyelarasan Kelas
ii. AJK Panitia Subjek
iii. Guru Kelas
iv. AJK Pusat Sumber
v. AJK PKBS
vi. AJK Unit UPSR
vii. AJK Jadual Waktu
viii. AJK Peralatan Sekolah
ix. AJK Carta Organisasi
Unit Ko-Kurikulum
Unit Ko-Kurikulum pula bertindak dalam menyelaras segala aktiviti ko-kurikulum sekolah. Unit
ini terdiri daripada :
i. Unit Beruniform - menyelaras aktiviti pakaian seragam
ii. Unit Sukan & Permainan - menyelaras kegiatan sukan sekolah
iii. Unit Persatuan & Kelab - menyelarasan aktiviti berpersatuan
Unit Hal Ehwal Murid
Unit Hal Ehwal Murid ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan memantau aktiviti yang
berkaitan murid. Terdapat beberapa unit-unit kecil yang bertindak membantu melaksanakan
peranan Unit HEM. Ia terdiri daripada :
i. Unit SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks )
ii. Unit Disiplin - memantau tahap disiplin murid
iii. Unit PIBG - menyelaras aktiviti ibu bapa dan guru
iv. Unit Keselamatan - memastikan keselamatan murid-murid semasa di sekolah
v. Unit Kebajikan - memastikan setiap kebajikan murid terpelihara
vi. Unit kesihatan - berperanan dalam memantau tahap kesihatan murid di sekolah
vii. Unit Kebersihan - bertindak memastikan murid-murid mematuhi arahan kebersihan
sekolah
viii. Unit Bimbingan & Kaunseling - memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang
bermasalah
ix. Unit Kecemasan - berperanan dalam mengawal sesuatu keadaan sekiranya berlaku
kecemasan di sekolah
Unit Penyelia Petang
Unit Penyeliaan Petang (keceriaan) bertindak menyelaras aktiviti sidang petang. Ia juga
bertindak sebagai unit keceriaan sekolah. Unit ini terdiri daripada :
i. Unit Kawasan Luar
ii. Unit Bilik Gerakan
iii. Unit Bilik Guru
iv. Unit Keceriaan Surau
v. Unit Keceriaan Bangunan
5.3.4 Perkaitan Hierarki Pentadbiran dengan Organisasi Sekolah
Pentadbiran berbentuk Hierarki diamalkan oleh semua sistem pengurusan pendidikan
termasuklah sekolah rendah , sekolah menengah dan sebagainya bagi memastikan sistem
pengurusan sekolah tersebut dalam keadaan teratur, lancar dan sempurna. Organisasi sekolah
yang baik mestilah mampu dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang baik. Dengan adanya
sistem pentadbiran berbentuk hierarki, ditambah lagi dengan tenaga kerja dan gabungan idea
daripada para pendidik serta staf sokongan demi memastikan sekolah tersebut dapat melahirkan
insan yang berkualiti dari segi sahsiah dan intelek.
Oleh itu, pentadbir sekolah yang mengamalkan perlu mewujudkan satu garis autoriti yang
jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat paling rendah. Ini dapat mengelakkan
pertindanan kuasa dan kekaburan tanggungjawab. Maka, organisasi sesebuah sekolah akan
diketuai oleh guru besar atau pengetua dan diikuti oleh barisan-barisan pentadbir seperti guru
penolong kanan dan sebagainya sehinggalah kepada golongan terbawah iaitu pelajar. Dalam
sesebuah organisasi di sekolah juga akan ada sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama
kearah mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama. Matlamat yang ditetapkan adalah
berdasarkan objektif, matlamat, misi dan visi, serta ketetapan lain sepertimana yang telah
dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah
tersebut.
Dalam usaha tersebut akan wujud komunikasi antara pihak pentadbiran dan juga
organisasi sekolah. Di sinilah bermulanya perkaitannya di mana barisan pentadbir akan
mentadbir sekolah dengan bantuan organisasi yang terdapat di sesebuah sekolah itu sendiri.
Sebagai contoh, dalam melaksanakan tugas dalam sesebuah organisasi di sekolah pasti akan ada
permasalahan yang timbul sama ada masalah yang disengajakan mahupun tidak. Justeru itu,
pihak pentadbir dan organisasi sekolah itu sendiri perlu memainkan peranan penting bagi
mengelakkan masalah tersebut daripada terus merebak lantas memikirkan inisiatif untuk
membendungnya dengan kadar yang segera dan efektif. Sekiranya masalah yang timbul itu
berpunca daripada kalangan pelajar, maka ianya mestilah diselesaikan segera tetapi masih tetap
mengikut urutan atau piawaian yang telah ditetapkan. Seperti seorang pelajar yang mempunyai
masalah disiplin akan dikenalpasti oleh guru kelasnya terlebih dahulu sebelum kes tersebut
sampai kepada pihak atasan seperti guru kaunselor, penolong kanan hal ehwal murid, seterusnya
guru besar atau pengetua. Ianya mesti mengikut tahap demi tahap untuk menyelesaikan masalah
tersebut demi menjaga kualiti kerja sesebuah organisasi sekolah tersebut.
Sememangnya pentadbiran berbentuk hierarki amat membantu di dalam sesebuah
organisasi di sesebuah sekolah. Ianya dapat melancarkan lagi sistem pentadbiran sekolah selain
dapat membantu kesemua warga sekolah termasuklah para pentadbir, para pendidik, staf
sokongan, dan para pelajar demi memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar dan sempurna
kerana sentiasa mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka terutamanya dalam aspek
komunikasi yang merupakan aspek terpenting dalam sesebuah organisasi sekolah. Tanpa
komunikasi yang baik, prestasi sesebuah organisasi sekolah itu pasti akan jatuh walaupun
mempunyai tulang belakang yang terdiri daripada mereka yang professional.
Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras
yang paling bawah sekali dalam organisasi pentadbiran pendidikan Negara. Ia merupakan unit
pentadbiran pendidikan yang paling penting kerana segala usaha ke arah kecemerlangan
pendidikan bertumpu di peringkat sekolah. Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti, program
yang dirancangkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan
akan ditentukan di peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah
paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus
dengan pelanggan (murid, ibu-bapa dan komuniti).
5.3.5 Rumusan
Jika dikaji dengan teliti Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya mengamalkan
sistem pentadbiran berpusat. Sistem ini dilihat mempunyai banyak kelebihan dan setakat ini
tidak terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya. Namun begitu perlu diingat bahawa
sistem pengurusan dan pentadbiran berpusat adakalanya mempunyai kelemahan kerana ia boleh
menyekat perkembangan profesional sekiranya para pengurus dan pentadbir birokrasi terlalu
menitikberatkan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur walaupun didapati peraturan dan
prosedur tidak sesuai lagi dengan situasi semasa. Justeru peraturan dan prosedur ini hendaklah
sentiasa dikaji dari masa ke semasa atau dirombak jika perlu. Diharapkan dengan adanya
pentadbiran dan pengurusan yang cekap di semua peringkat, pendidikan di negara ini akan
mampu mencapai matlamat yang diharapkan.

More Related Content

What's hot

TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
Nahzatul Akma
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
Aida Fizleen
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
RENU PRIYA
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
Nurul Hidayu Abd Halim
 

What's hot (20)

TEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlovTEORI Skinner and pavlov
TEORI Skinner and pavlov
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formalKelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
Kelebihan dan kelemahan pentaksiran formal dan tidak formal
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
STANDARD 5 - KEMENJADIAN MURID (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelomban...
 
Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
88 aktiviti pak21
88 aktiviti pak2188 aktiviti pak21
88 aktiviti pak21
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
Edup2132 topik 3 (peringkat perkembangan guru)
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Sistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyuratSistem fail & surat menyurat
Sistem fail & surat menyurat
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 

Similar to Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
ali ahmad
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
ali ahmad
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
slnair
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
cikqil
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
ali ahmad
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
Saranya Selvadorai
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
PBK0619MohamadAkmalB
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Izz Khalil
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
FADHILATUNJAMIE
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
Mohd Hafiz Aziz
 
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahdfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
nathanheman
 

Similar to Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah (20)

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah...
 
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
5.4 pengurusan dan pentadbiran sekolah
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendahPengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
Pengurusan panitia Pendidikan Islam rendah
 
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptxBAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
BAB 12 GURU DAN SEKOLAH.pptx
 
FAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESARFAIL MEJA GURU BESAR
FAIL MEJA GURU BESAR
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
142736840 definisi-pentadbiran-dan-pengurusan-sekolah-2dhc8gv
 
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
D) artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khas(medc)
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
Fail mejagb
Fail mejagbFail mejagb
Fail mejagb
 
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
Toaz.info pengurusan-bilik-darjah-yang-kondusif-pr db1592fcfd86cdad5a38d37c04...
 
Bilik darjah
Bilik darjahBilik darjah
Bilik darjah
 
Disiplin diri
Disiplin diriDisiplin diri
Disiplin diri
 
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
Tajuk 1  kualiti guru prasekolahTajuk 1  kualiti guru prasekolah
Tajuk 1 kualiti guru prasekolah
 
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolahbuku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
buku-panduan-penarafan-keselamatan-sekolah
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolahdfdaMengukur keberkesanan sekolah
dfdaMengukur keberkesanan sekolah
 

Bentuk hirarki pentadbiran dan perkaitan dengan organisasi sekolah

  • 1. 5.3 BENTUK HIRARKI PENTADBIRAN DAN PERKAITAN DENGAN ORGANISASI SEKOLAH 5.3.1 Definisi Hirarki Hirarki merupakan kata nama yang berasal daripada bahasa inggeris dan sinonim dengan maksud kedudukan, taraf, tingkat, tangga, paras, struktur, skala, gred. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, hierarki bermaksud susunan atau kedudukan tinggi rendah dalam organisasi, masyarakat, dan sebagainya, berdasarkan taraf atau kekuasaan. Contohnya, Syarat kemasukan ke dalam syarikat dan peluang untuk mencapai kedudukan tinggi dalam syarikat yang ditentukan mengikut taraf pendidikan. Dalam proses penyusunan hierarki, ia melibatkan kerja menstruktur organisasi dan kakitangan organisasi. Oleh yang demikian, antara fungsi hierarki adalah: • Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu. • Susunan itu menjelaskan “ranking” jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. • Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan. 5.3.2 Definisi Organisasi Organisasi merupakan satu unit sosial yang mengandungi manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu sama lain bagi mencapai matlamat setiap manusia itu dan organisasinya. Organisasi merupakan sekumpulan individu yang bekerja bersama‐sama ke arah mencapai satu matlamat yang sama. Selain itu, organisasi merupakan himpunan individu (dua atau lebih) yang menjalankan tugas tersendiri mengikut unit kerja yang diselaraskan untuk mencapai sesuatu matlamat yang telah ditetapkan. Dalam sesebuah organisasi, struktur organisasi merupakan perkara penting, di mana maklumat tentang pembahagian kerja mengikut aktiviti dan tingkat autoriti ditunjukkan secara terperinci. Disamping itu, pengurusan staf melibatkan perancangan sumber manusia, orientasi latihan, program keselamatan dan program kebajikan dalam organisasi tersebut.
  • 2. 5.3.3 Organisasi Sekolah Organisasi sekolah merupakan unit-unit kecil yang dibuat untuk menyelaras pelbagai program dan aktiviti sekolah sama ada kurikulum dan ko-kurikulum. Antara unit-unit yang dibentuk adalah terdiri daripada Unit Kurikulum, Unit Ko-kurikulum, Unit Pentadbiran, Unit Hal Ehwal Murid dan Unit Penyelia Petang. Unit-unit yang ditubuhkan ini mempunyai struktur organisasi tersendiri dan bidang tugasan yang telah ditetapkan. Carta Induk Organisasi Sekolah Unit Pentadbiran Unit Pentadbiran berperanan dalam mengurus hal yang berkaitan dengan guru. Ini termasuk juga aktiviti-aktiviti tahunan yang disediakan untuk guru-guru sekolah. Unit ini terdiri daripada : i. Setiausaha Mesyuarat Sekolah ii. Guru Maklumat iii. Kelab Staf. iv. PIBG.
  • 3. Unit Kurikulum Unit Kurikulum bertindak menyelaras semua aktiviti kurikulum sekolah sepanjang tahun. Bagi tujuan itu, unit ini telah membahagikan tugasan kepada AJK-AJK kecil yang terdiri daripada : i. AJK Penyelarasan Kelas ii. AJK Panitia Subjek iii. Guru Kelas iv. AJK Pusat Sumber v. AJK PKBS vi. AJK Unit UPSR vii. AJK Jadual Waktu viii. AJK Peralatan Sekolah ix. AJK Carta Organisasi Unit Ko-Kurikulum Unit Ko-Kurikulum pula bertindak dalam menyelaras segala aktiviti ko-kurikulum sekolah. Unit ini terdiri daripada : i. Unit Beruniform - menyelaras aktiviti pakaian seragam ii. Unit Sukan & Permainan - menyelaras kegiatan sukan sekolah iii. Unit Persatuan & Kelab - menyelarasan aktiviti berpersatuan Unit Hal Ehwal Murid Unit Hal Ehwal Murid ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras dan memantau aktiviti yang berkaitan murid. Terdapat beberapa unit-unit kecil yang bertindak membantu melaksanakan peranan Unit HEM. Ia terdiri daripada : i. Unit SPBT ( Skim Pinjaman Buku Teks ) ii. Unit Disiplin - memantau tahap disiplin murid
  • 4. iii. Unit PIBG - menyelaras aktiviti ibu bapa dan guru iv. Unit Keselamatan - memastikan keselamatan murid-murid semasa di sekolah v. Unit Kebajikan - memastikan setiap kebajikan murid terpelihara vi. Unit kesihatan - berperanan dalam memantau tahap kesihatan murid di sekolah vii. Unit Kebersihan - bertindak memastikan murid-murid mematuhi arahan kebersihan sekolah viii. Unit Bimbingan & Kaunseling - memberi bimbingan dan kaunseling kepada murid yang bermasalah ix. Unit Kecemasan - berperanan dalam mengawal sesuatu keadaan sekiranya berlaku kecemasan di sekolah Unit Penyelia Petang Unit Penyeliaan Petang (keceriaan) bertindak menyelaras aktiviti sidang petang. Ia juga bertindak sebagai unit keceriaan sekolah. Unit ini terdiri daripada : i. Unit Kawasan Luar ii. Unit Bilik Gerakan iii. Unit Bilik Guru iv. Unit Keceriaan Surau v. Unit Keceriaan Bangunan 5.3.4 Perkaitan Hierarki Pentadbiran dengan Organisasi Sekolah Pentadbiran berbentuk Hierarki diamalkan oleh semua sistem pengurusan pendidikan termasuklah sekolah rendah , sekolah menengah dan sebagainya bagi memastikan sistem pengurusan sekolah tersebut dalam keadaan teratur, lancar dan sempurna. Organisasi sekolah yang baik mestilah mampu dikaitkan dengan sistem pentadbiran yang baik. Dengan adanya sistem pentadbiran berbentuk hierarki, ditambah lagi dengan tenaga kerja dan gabungan idea daripada para pendidik serta staf sokongan demi memastikan sekolah tersebut dapat melahirkan insan yang berkualiti dari segi sahsiah dan intelek.
  • 5. Oleh itu, pentadbir sekolah yang mengamalkan perlu mewujudkan satu garis autoriti yang jelas menurun dari tingkat paling tinggi hinggalah tingkat paling rendah. Ini dapat mengelakkan pertindanan kuasa dan kekaburan tanggungjawab. Maka, organisasi sesebuah sekolah akan diketuai oleh guru besar atau pengetua dan diikuti oleh barisan-barisan pentadbir seperti guru penolong kanan dan sebagainya sehinggalah kepada golongan terbawah iaitu pelajar. Dalam sesebuah organisasi di sekolah juga akan ada sekumpulan individu yang bekerja bersama-sama kearah mencapai matlamat yang telah ditetapkan bersama. Matlamat yang ditetapkan adalah berdasarkan objektif, matlamat, misi dan visi, serta ketetapan lain sepertimana yang telah dibincangkan dan dipersetujui oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah tersebut. Dalam usaha tersebut akan wujud komunikasi antara pihak pentadbiran dan juga organisasi sekolah. Di sinilah bermulanya perkaitannya di mana barisan pentadbir akan mentadbir sekolah dengan bantuan organisasi yang terdapat di sesebuah sekolah itu sendiri. Sebagai contoh, dalam melaksanakan tugas dalam sesebuah organisasi di sekolah pasti akan ada permasalahan yang timbul sama ada masalah yang disengajakan mahupun tidak. Justeru itu, pihak pentadbir dan organisasi sekolah itu sendiri perlu memainkan peranan penting bagi mengelakkan masalah tersebut daripada terus merebak lantas memikirkan inisiatif untuk membendungnya dengan kadar yang segera dan efektif. Sekiranya masalah yang timbul itu berpunca daripada kalangan pelajar, maka ianya mestilah diselesaikan segera tetapi masih tetap mengikut urutan atau piawaian yang telah ditetapkan. Seperti seorang pelajar yang mempunyai masalah disiplin akan dikenalpasti oleh guru kelasnya terlebih dahulu sebelum kes tersebut sampai kepada pihak atasan seperti guru kaunselor, penolong kanan hal ehwal murid, seterusnya guru besar atau pengetua. Ianya mesti mengikut tahap demi tahap untuk menyelesaikan masalah tersebut demi menjaga kualiti kerja sesebuah organisasi sekolah tersebut. Sememangnya pentadbiran berbentuk hierarki amat membantu di dalam sesebuah organisasi di sesebuah sekolah. Ianya dapat melancarkan lagi sistem pentadbiran sekolah selain dapat membantu kesemua warga sekolah termasuklah para pentadbir, para pendidik, staf sokongan, dan para pelajar demi memastikan kesemuanya berjalan dengan lancar dan sempurna kerana sentiasa mengekalkan hubungan yang baik sesama mereka terutamanya dalam aspek komunikasi yang merupakan aspek terpenting dalam sesebuah organisasi sekolah. Tanpa
  • 6. komunikasi yang baik, prestasi sesebuah organisasi sekolah itu pasti akan jatuh walaupun mempunyai tulang belakang yang terdiri daripada mereka yang professional. Pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah merupakan operasi pentadbiran pada paras yang paling bawah sekali dalam organisasi pentadbiran pendidikan Negara. Ia merupakan unit pentadbiran pendidikan yang paling penting kerana segala usaha ke arah kecemerlangan pendidikan bertumpu di peringkat sekolah. Kejayaan atau kegagalan sesuatu aktiviti, program yang dirancangkan oleh pihak jabatan pendidikan negeri atau pihak kementerian pendidikan akan ditentukan di peringkat sekolah. Unit pentadbiran pendidikan di peringkat sekolah adalah paling dinamik kerana di peringkat inilah pentadbir pendidikan dan kakitangan berinteraksi terus dengan pelanggan (murid, ibu-bapa dan komuniti). 5.3.5 Rumusan Jika dikaji dengan teliti Kementerian Pelajaran Malaysia sebenarnya mengamalkan sistem pentadbiran berpusat. Sistem ini dilihat mempunyai banyak kelebihan dan setakat ini tidak terdapat banyak masalah dalam pelaksanaannya. Namun begitu perlu diingat bahawa sistem pengurusan dan pentadbiran berpusat adakalanya mempunyai kelemahan kerana ia boleh menyekat perkembangan profesional sekiranya para pengurus dan pentadbir birokrasi terlalu menitikberatkan peraturan-peraturan dan prosedur-prosedur walaupun didapati peraturan dan prosedur tidak sesuai lagi dengan situasi semasa. Justeru peraturan dan prosedur ini hendaklah sentiasa dikaji dari masa ke semasa atau dirombak jika perlu. Diharapkan dengan adanya pentadbiran dan pengurusan yang cekap di semua peringkat, pendidikan di negara ini akan mampu mencapai matlamat yang diharapkan.