Psptn fasa2

1,538 views

Published on

0 Comments
0 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

  • Be the first to like this

No Downloads
Views
Total views
1,538
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
4
Actions
Shares
0
Downloads
10
Comments
0
Likes
0
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Psptn fasa2

  1. 1. PELAN TINDAKAN PENGAJIAN TINGGI NEGARA FASA 2 (2011 - 2015) MENCETUS TRANSFORMASI PENGAJIAN TINGGI Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 1
  2. 2. KANDUNGAN Muka surat Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi 4 Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha 5 Pengenalan 6 Pelaksanaan PSPTN Fasa 1 10 Pembentukan Pelan Tindakan PSPTN Fasa 2 15 • Objektif Pelan Tindakan Fasa 2 16 • Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2 16 • Strategi Pelaksanaan 17 • Kaitan Dengan Pelan Tindakan Fasa 1 17 Projek Agenda Kritikal (CAP) 19 • Tadbir Urus 19 • Kepemimpinan 25 • Akademia 29 • Pembelajaran dan Pengajaran 33 • Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) 37 • Pengantarabangsaan 44 • Industri-Akademia 49 • Kebolehpasaran Siswazah 53 • Institusi Pengajian Tinggi Swasta 57 • Pembangunan Holistik Pelajar 62 • Jaminan Kualiti 66 • Transformasi Politeknik 71 • Aksesibiliti dan Kelestarian 77 • MyBrain15 86 • Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex) 91 • e-Pembelajaran 99 • Sistem Penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) 103 • Pembelajaran Sepanjang Hayat 112 • Top Business School (TBS) 117 • Pusat Kecemerlangan (CoE) 120 2 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  3. 3. Muka surat • Keusahawanan 123 • Transformasi Kolej Komuniti 126 • Program Pemindahan Pengetahuan (KTP) 130 Sokongan Pelaksanaan 133 Kesimpulan 136 Daftar Singkatan 137 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 3
  4. 4. Kata Alu-Aluan Menteri Pengajian Tinggi Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, kita telah melepasi seterusnya menjayakan pelaksanaan Fasa 1 (2007-2010) bagi Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN), yang digubal untuk mempertingkatkan kualiti modal insan melalui pemerkasaan pengajian tinggi negara. Saya berterima kasih kepada semua pihak yang begitu komited menyumbang kepakaran, tenaga dan masa untuk memastikan kelancaran pelaksanaan Fasa 1, yang berobjektifkan “Peletakan Asas” bagi kelancaran pelaksanaan fasa-fasa PSPTN yang seterusnya. Pengajian tinggi negara memainkan peranan yang amat penting dalam usaha mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi yang rakyatnya berdaya saing serta berpemikiran inovatif. Justeru, satu landasan pengajian tinggi yang kukuh, mantap dan berkesan menjadi satu imperatif. Pelan Tindakan Fasa 2 (2011 – 2015) menterjemahkan hala tuju pengajian tinggi negara melalui garis panduan peningkatan dan pemerkasaan pelaksanaan Fasa 2 PSPTN. Pelaksanaan Fasa 2 ini juga akan memacu perjalanan kita dengan lebih mantap lagi ke arah menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi melangkaui 2020. Fasa 2 PSPTN ini juga akan menggariskan langkahlangkah untuk melonjakkan Malaysia ke peringkat global. Kerjasama semua pihak dalam merealisasikan hasrat “peningkatan dan pemerkasaan” amat diperlukan. Ikhtiar dan usaha kita melalui penggabungan kepakaran, pemikiran dan operasi akan membawa kita kepada kejayaan negara yang akan memanfaatkan semua pihak untuk kemakmuran masa hadapan negara. Wassalam, Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin 4 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  5. 5. Kata Alu-Aluan Ketua Setiausaha Fasa 1 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah meletakkan asas yang kukuh untuk warga Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengorak langkah ke hadapan. Berpaksikan tujuh teras PSPTN, Pelan Tindakan Fasa 2, yang diterjemahkan melalui projek-projek agenda kritikal (CAP), menjadi rujukan fokal dalam memastikan pelaksanaan berlaku secara sistematik dan terancang. Penekanan yang diletakkan kepada aspek kualiti dalam PSPTN bertujuan memastikan bahawa inisiatif yang dilaksanakan memenuhi tuntutan negara untuk meningkatkan kualiti modal insan yang diperlukan demi mencapai hasrat negara berpendapatan tinggi. Justeru, kerjasama semua dalam berkongsi ilmu dan memberi komitmen yang tinggi adalah amat diperlukan. Pada masa yang sama, kepekaan kepada perkembangan pengajian tinggi global dan perubahan ekosistem lain yang begitu dinamik, perlu dalam melaksanakan inisiatif yang dirancang. Untuk kejayaan Fasa ini, selain daripada bertindak secara reaktif, kita perlu menggunakan keupayaan pengetahuan kita untuk bertindak secara proaktif, bagi mencetuskan gagasan ilmu dan keberhasilan yang akan merevolusikan sektor pengajian tinggi negara. Akhir kata, ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan saya kepada semua pihak yang telah terlibat dan begitu komited dalam memastikan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN dapat direalisasikan. Datuk Ab. Rahim Bin Md. Noor Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 5
  6. 6. PENGENALAN Pengajian Tinggi di Malaysia terus subur semenjak penubuhan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada tahun 2004 dan isu-isu pengajian tinggi juga semakin mendapat perhatian segenap pihak mahupun media, rakyat dan kerajaan. Kementerian telah memperkenalkan pelbagai polisi dan dasar untuk pemantapan pengajian tinggi negara agar wujud ekosistem yang kondusif bagi menerajui kegemilangan ilmu. Ini juga seiring dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai hab pengajian tinggi serantau serta muncul sebagai pilihan utama pelajar dan intelektual antarabangsa menjelang 2020. Pelan Tindakan Fasa 2 Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) ini akan terus memperkukuh dan memperkasa sektor pengajian tinggi negara sepanjang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi tempoh 2011 – 2015. Sehingga akhir Januari 2011, terdapat 20 buah institusi pengajian tinggi awam, 27 buah politeknik dan 72 buah kolej komuniti (termasuk kolej cawangan) yang sedang beroperasi. Pelaksanaan Pelan Tindakan ini akan membolehkan peranan semua institusi dimantapkan lagi dari segi kualiti dengan menambah nilai pengisian yang sedia ada. Fokus khusus diletakkan kepada aspek pembangunan prasarana intelektual, sahsiah pelajar, kurikulum, penyelidikan, pembangunan dan inovasi serta mempertingkatkan penggunaan teknologi dalam proses pembelajaran dan pengajaran, termasuk melalui pembelajaran secara atas-talian dan pengajian jarak-jauh. Pelan Tindakan ini memberi tumpuan kepada pelaksanaan dan pencapaian bagi projek-projek yang ditetapkan, di IPT – universiti awam, politeknik dan kolej komuniti. Keterlibatan IPTS bagaimanapun wujud melalui pelaksanaan dasar, usaha penjaminan kualiti, latihan kepemimpinan dan usaha-usaha yang menyokong Perkongsian Awam-Swasta (Private Public Partnerships) di bawah RMKe-10. Adalah diharapkan jurang perbezaan antara institusi pengajian tinggi awam dan institusi pengajian tinggi swasta dapat dikecilkan, melalui inisiatif-inisiatif yang berlandaskan perkongsian ilmu dan sumber antara kedua-duanya. Jika institusi pengajian tinggi awam melaksanakan transformasi melalui instrumen yang diwujudkan melalui PSPTN, peranan institusi swasta akan digerakkan melalui inisiatif-inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP). Walaupun terdapat perbezaan entiti (awam dan swasta), pengharapan tentang penghasilan dan keberhasilan adalah sama, iaitu untuk tujuan kemakmuran ekonomi dan sosial negara. Aspirasi murni untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi amat bersandarkan kepada ekonomi berasaskan inovasi, yang berlandaskan daya kreativiti dan pengetahuan peringkat tinggi. Atas dasar itu, peningkatan keupayaan institusi pengajian tinggi negara, awam dan swasta, perlu sentiasa diusahakan melalui pendekatan inovatif, yang berkemungkinan menuntut kebezaan dengan pendekatan konvensional. Pada Fasa 2 PSPTN, penekanan diberi kepada usaha meningkatkan akses kepada pengajian tinggi, di mana 6 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  7. 7. tumpuan khusus diberikan kepada akses kepada program pascasiswazah, yang akan dinyatakan dengan jelas dalam Halatuju Program Pascasiswazah setiap IPTA. Pertambahan bilangan pelajar pada peringkat ini akan dapat menyumbang kepada pemerkasaan modal insan negara ke arah pengukuhan masyarakat berpengetahuan (knowledge society) negara. Ini berdasarkan laporan UNESCO (2005:17) yang menyatakan bahawa masyarakat berpengetahuan adalah “… a society that is nurtured by its diversity and its capacities.” Pertambahan akses kepada program pascasiswazah akan menyumbang kepada pertambahan aktiviti penyelidikan, pembangunan dan inovasi, yang mempunyai kaitan yang rapat dengan pertumbuhan ekonomi negara. Penekanan pada Fasa ini juga diletakkan kepada peningkatan usaha dalam mengupayakan penyelidikan dan pembangunan ke arah keberhasilan dalam bentuk inovasi dan pengkomersilan. Dalam hal ini, semua IPTA perlu mempunyai halatuju atau Roadmap R&D masing-masing yang jelas, dan melaksanakan usaha-usaha yang agresif dalam memastikan rantaian nilai penyelidikan-inovasi-pengkomersilan wujud dan diuruskan secara berkesan. Keterbukaan semua pihak pelaksana dan pihak berkepentingan amatlah penting, kerana keterbukaan inilah yang akan dapat menyumbang kepada penambahbaikan, yang akan seterusnya membawa kepada peningkatan kualiti penyelidikan dan inovasi yang dilaksanakan dalam sektor pengajian tinggi negara. Usaha – usaha yang dilaksanakan juga akan merealisasikan hasrat negara melihat universiti menjadi hab inovasi negara. Dalam hal ini juga, kolaborasi yang kukuh dan pintar (smart partnership) antara pihak IPT dan industri perlu diwujudkan, kerana kedua-dua entiti saling memerlukan antara satu dengan lain dalam konteks pembangunan negara. Kolaborasi yang mantap perlu diwujudkan bukan sahaja untuk pengukuhan aspek-aspek berkaitan pembelajaran dan pengajaran, tetapi juga supaya gabungan usaha oleh kedua-dua pihak dapat mengurus pelbagai cabaran yang perlu ditangani ke arah mewujudkan persekitaran yang mapan. Pada masa yang sama, komuniti harus boleh mendapat manfaat daripada pelbagai jenis usaha kolaboratif antara akademia dan industri, untuk kesejahteraan sosio-ekonomi negara. Penekanan kepada peningkatan kualiti modal insan yang dihasilkan dari inisiatif semua pihak adalah selari dengan pegangan bahawa modal insan berinovasi adalah jentera utama yang akan memacu transformasi negara; juga dinyatakan secara khusus dalam RMKe-10 dan Model Baharu Ekonomi. Dalam konteks ini, Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Peringkat Tertiari diwujudkan atas rasional untuk menggerakkan ekonomi berasaskan inovasi, dengan modal insan sebagai penggerak utama. Di samping itu, keterlibatan semua lapisan masyarakat dalam menggerak ekonomi negara, dilihat melalui pembelajaran berterusan, yang jelas dinyatakan objektifnya dalam Pelan Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Pelaksanaan Pelan ini akan membolehkan semua lapisan masyarakat memanfaatkan IPT yang terdapat di komuniti masingmasing untuk tujuan peningkatan ilmu dan pemerolehan kelayakan yang lebih tinggi agar masyarakat pekerja yang berilmu, lebih terlatih dan berkemahiran tinggi dapat dihasilkan. Selain itu, Pelan Tindakan ICT Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 7
  8. 8. juga akan digubal; yang memberi penekanan kepada ICT sebagai medium untuk menjayakan industri, dan untuk pembangunan industri ICT itu sendiri. Pelaksanaan ketiga-tiga agenda ini pada peringkat KPT, yang seiring dengan Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN, akan mewujudkan satu ekosistem sinergistik yang dinamik yang mempunyai, dan mendatangkan nilai tambah yang penting dalam memastikan hasrat negara tercapai. Malaysia berhasrat menjadi hab pengajian tinggi antarabangsa menjelang 2020. Dalam era di mana pengajian tinggi adalah satu bentuk komoditi, hasrat ini perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan yang efektif oleh semua pihak, sama ada KPT sendiri selaku penggubal dasar dan IPT sebagai pihak pelaksana, supaya perkhidmatan yang diberikan adalah bertaraf dunia. Keunggulan dan ketertampakan Malaysia sebagai pembekal pengajian tinggi yang berkualiti menuntut usaha penambahbaikan dan penanda arasan yang berterusan. Kedudukan Malaysia yang semakin dikenali sebagai negara pembekal pengajian tinggi yang berkualiti perlu dipertingkatkan, kerana hasil yang diperoleh bukan terhad kepada pengaliran wang masuk ke negara (contohnya penjanaan pendapatan), tetapi juga hasil berbentuk intangible, seperti perkongsian ilmu dan peningkatan kepakaran. Program-program pengantarabangsaan perlu difokuskan kepada usahausaha meletakkan Malaysia sebagai pemain global (global player), di mana keterlibatan negara dalam hal ini tidak terhad hanya kepada program pertukaran pelajar dan staf sahaja, tetapi program-program yang memaksimakan kelebihan Malaysia dalam usaha-usaha kolaborasi dan memberi khidmat konsultasi pada peringkat global. Melalui program pengantarabangsaan juga, sektor pengajian tinggi akan menekankan kepada inisiatif diplomatik dalam usaha untuk berkongsi nilai-nilai Malaysia dengan serata dunia. Kecemerlangan pengajian tinggi akan terus menjadi fokus utama Fasa 2 dan fasa-fasa seterusnya PSPTN, dengan kedudukan masa kini sebanyak lima universiti penyelidikan dan sebuah universiti, USM (yang juga adalah sebuah universiti penyelidikan), dalam projek Apex. Projek Apex akan tamat pada 2013, iaitu dalam tempoh Fasa 2 PSPTN. Kejayaan dan keberhasilan projek tersebut akan dinilai pada waktu itu, manakala prestasinya dipantau secara berkala sepanjang tempoh pelaksanaannya. Kelangsungan projek itu akan ditetapkan berdasarkan dapatan penilaian dan persekitaran semasa pengajian tinggi, memandangkan indikator kecemerlangan institusi kini juga wujud dalam bentuk universiti penyelidikan, yang semestinya akan lebih mantap, dari segi kualiti dan juga kuantiti menjelang 2013. Inisiatif memantapkan sektor pengajian tinggi negara akan menyaksikan pengiktirafan universiti penyelidikan yang berfokuskan bidang sains sosial, berasaskan kepada kepercayaan bahawa kekuatan sesebuah negara bukan hanya pada kejayaan dalam bidang sains dan teknologi, tetapi juga kepada keseimbangan yang wujud dengan aspek sains sosial. Adalah dijangka berlaku penambahan dalam bilangan Top Busines School yang diiktiraf, berdasarkan kriteria yang menekankan kepada kualiti yang ditandaaraskan dengan entiti terkemuka dunia. Sementara itu, pusatpusat kecemerlangan institusi pengajian tinggi (HICoE) sedia ada akan dinaik taraf kepada CoE kebangsaan, serantau dan seterusnya mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa, di mana penilaian akan 8 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  9. 9. dilaksanakan berdasarkan kriteria tertentu. Kecemerlangan pengajian tinggi walau bagaimanapun, tidak akan didasarkan kepada sistem atau instrumen-instrumen ranking terkemuka dunia pada masa kini. Kementerian Pengajian Tinggi tidak akan taksub kepada sistem ranking tersebut, memandangkan fokus pengajian tinggi harus diberi kepada kepentingan keperluan Negara, yang tidak semestinya sama dengan elemen-elemen yang menjadi kayu ukur dalam instrumen ranking yang digunakan. Justeru tiada sasaran kedudukan akan dinyatakan dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pemerhatian akan terus dilaksanakan ke atas perkembangan sesetengah elemen yang digunakan dalam instrumen-instrumen tersebut, yang boleh dimanfaatkan untuk tujuan penanda arasan. Selari dengan usaha memakmurkan negara ke arah mencapai objektif negara berpendapatan tinggi, Pelan Tindakan Fasa 2 meletakkan fokus kepada perkembangan bidang-bidang dan aspek-aspek berkaitan. Keperluan meningkatkan bilangan pekerja mahir dan teknikal negara menuntut kepada tindakan memperkukuhkan bidang pengajian berteraskan Technical Education Vocational & Training (TEVT). Universitiuniversiti teknikal (MTUN), Politeknik dan Kolej Komuniti memainkan peranan yang amat penting dalam memacu agenda ini, melalui pendekatan mengarusperdanakan pendidikan teknikal dan vokasional, yang akan melibatkan peningkatan akses, penambahbaikan program, kolaborasi intra dan antara institusi, penawaran program baharu dan sebagainya. Bidang-bidang pengajian dan R&D yang selari dengan keperluan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) wajar diberi fokus, kerana hasilnya bukan saja melonjak sektor pengajian tinggi negara, tetapi juga akan dirasai oleh sektor ekonomi negara pada keseluruhannya. Selain itu, Fasa 2 juga meletakkan fokus kepada usaha mengarusperdanakan pendidikan keusahawanan. Objektif usaha ini adalah untuk meningkatkan daya keusahawanan di dalam kalangan semua pelajar, yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Ini berdasarkan idea bahawa kewujudan budaya keusahawanan dan keterlibatan pelajar dalam budaya tersebut yang teguh, akan menghasilkan kejayaan ekonomi dan sosial, bagi inidividu atau masyarakat pada peringkat tempatan, kebangsaan mahupun global. Semua inisiatif yang dilaksanakan, bukan saja bagi CAP Keusahawanan, malah juga bagi PSPTN keseluruhannya, adalah ke arah menjayakan matlamat enterprising Malaysia. Kejayaan tersebut akan mengupayakan negara untuk mencapai objektif negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Walau apa pun bentuk aktiviti ’Peningkatan dan Pemerkasaan’ pengajian tinggi yang dilaksanakan, Pelan Tindakan Fasa 2 memastikan aspek kualiti terjamin, melalui pendekatan dan mekanisme pengukuran yang bersesuaian, samada pada peringkat kementerian, mahu pun pada peringkat institusi. Hasrat besar PSPTN untuk meningkatkan modal insan negara dan menjadi hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa mesti dicapai dalam konteks tiada kompromi terhadap kualiti. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 9
  10. 10. PELAKSANAAN PSPTN FASA 1 Pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dirancang untuk dilaksanakan dalam tempoh empat fasa pelaksanaan: • Fasa 1: Peletakan Asas (2007 – 2010) • Fasa 2: Peningkatan dan Pemerkasaan (2011 – 2015) • Fasa 3: Kecemerlangan (2016 – 2020) • Fasa 4: Kegemilangan dan Kelestarian (melangkaui 2020) Pelaksanaan PSPTN pada Fasa 1 telah berpandukan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007 – 2010, yang telah menggariskan strategi dan pelan tindakan bertujuan untuk meningkatkan dan menambah baik sistem pengajian tinggi Negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMKe-9). Laporan pencapaian PSPTN bagi Fasa 1, berbentuk Nota Jemaah Menteri (NJM), telah dibentangkan kepada kabinet seperti berikut: • Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Ogos 2007 – Jun 2008 • Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai – Disember 2008 • Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Jun 2009 • Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Julai - Disember 2009 • Laporan Kemajuan Pelaksanaan PSPTN bagi tempoh Januari - Disember 2010 Laporan yang dikemukakan melalui NJM tersebut adalah berpandukan pelan pelaksanaan dan hala tuju bagi setiap Projek Agenda Kritikal (CAP) dan pencapaian serta keberhasilan (outcome) masing-masing yang telah ditetapkan dalam Pelan Pelaksanaan Fasa 1. Sehingga Disember 2010, 22 CAP telah dikenal pasti dan beroperasi dari segi penetapan hala tuju, pelan pelaksanaan dan penetapan indikator bagi pengukuran pencapaian. (Satu CAP, iaitu CAP “Tabung Pembangunan Modal Insan” (Human Capital Development Fund), telah digugurkan memandangkan terdapat pertindihan objektif antara CAP tersebut dengan CAP MyBrain15, di mana keputusan telah dibuat dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN untuk kesemua objektif bagi kedua-dua CAP tersebut dirangkumi di bawah CAP MyBrain15. Kesemua 22 CAP merangkumi projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi 10 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  11. 11. yang telah dikenal pasti dalam PSPTN, iaitu: • Tadbir Urus • Kepemimpinan • Akademia • Pembelajaran dan Pengajaran • Penyelidikan dan Pembangunan 17 CAP yang lain adalah seperti berikut: • Pengantarabangsaan • Industri-Akademia • Kebolehpasaran Siswazah • Institusi Pengajian Tinggi Swasta • Pembangunan Holistik Pelajar • Jaminan Kualiti • Transformasi Politeknik • Aksesibiliti dan Kelestarian • MyBrain15 • Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex) • e-Pembelajaran • Sistem Penyampaian KPT • Pembelajaran Sepanjang Hayat • Top Business School • Pusat Kecemerlangan (CoE) • Keusahawanan • Transformasi Kolej Komuniti Setiap CAP yang diwujudkan dipertanggungjawabkan kepada sebuah urus setia atau sekretariat khusus yang berperanan sebagai ‘pemilik’ (owner) untuk tujuan kebertanggungjawaban berkaitan pelaksanaan agendaagenda yang akan membawa kepada pencapaian objektifnya. Setiap Sekretariat CAP diketuai oleh seorang Pengerusi, yang dilantik oleh Ketua Setiausaha KPT. Pengerusi CAP dilantik dari kalangan ahli akademik, yang mempunyai kepakaran dalam bidang ilmu yang berkaitan dengan CAP yang diterajuinya. Pengerusi CAP mengetuai pasukan projek CAP yang terdiri daripada Ketua Sekretariat dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 11
  12. 12. ahli kumpulan, yang terdiri daripada kalangan pentadbir, ahli akademik dan pihak lain yang berkepentingan. Proses semakan pencapaian dan semak semula petunjuk prestasi utama dilaksanakan secara berterusan dan berdasarkan keperluan semasa serta perubahan senario dan keperluan pengajian tinggi, bukan sahaja di Malaysia, malah juga berdasarkan perkembangan pada peringkat global. Dalam hal ini, pendekatan yang telah digunakan adalah seperti yang digambarkan: PROSES PENAMBAHBAIKAN BERTERUSAN PROJEK AGENDA KRITIKAL PENETAPAN PENYEMAKAN SEMULA PENILAIAN PELAKSANAAN PEMANTAUAN Rumusan Pencapaian Pencapaian Fasa 1 PSPTN diukur melalui pencapaian setiap sasaran (target) CAP, yang telah ditetapkan petunjuk prestasi utama (key performance indicator, KPI) masing-masing melalui proses rundingan dan perbincangan dengan pihak pelaksana dan pemegang taruh utama. Satu skala telah digunakan untuk menyatakan tahap pencapaian bagi setiap KPI yang ditetapkan, berbanding sasaran. Skala pencapaian yang digunakan adalah seperti berikut: SKALA PENCAPAIAN KPI Sasaran dicapai 100% & ke atas 50 -<100% daripada sasaran dicapai <50 % daripada sasaran dicapai 12 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  13. 13. Terdapat 107 KPI yang terpakai sehingga akhir Fasa 1 (2010) PSPTN. Daripada keseluruhan 107 KPI tersebut, pencapaian adalah seperti yang dinyatakan di bawah: PENCAPAIAN KPI CAP PSPTN 2010 # KPI 107 64 % pencapaian 23 81% (87) 20 19% (20) 81% daripada KPI yang ditetapkan berada pada landasan yang baik, manakala 19% lagi memerlukan pengukuhan pelaksanaan. Walau bagaimanapun, secara amnya, mengambil kira perubahan senario dan ekosistem pengajian tinggi yang dinamik, terdapat keperluan untuk petunjuk prestasi utama yang digunakan diperhalusi secara berterusan, mengambil kira dan memberi penekanan kepada aspek kualiti, keberhasilan dan impak inisiatif yang dilaksanakan. Dari aspek kualiti, pencapaian dan keberhasilan PSPTN hasil daripada inisiatif yang dilaksanakan oleh setiap CAP sepanjang Fasa 1 PSPTN adalah seperti berikut: CAP Pencapaian & Keberhasilan Tadbir Urus • • • Akta Universiti dan Kolej Universiti 2009 (Pindaan 2009) Pemisahan Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti Instrumen Kesediaan Pelaksanaan Autonomi IPTA Kepemimpinan • Penubuhan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi 2008 (AKePT) Akademia • • Penubuhan Majlis Profesor Negara Anugerah Akademik Negara Pembelajaran dan Pengajaran • Malaysian Soft Skills Scale-My3S - instrumen Skala Kemahiran Insaniah Malaysia – ukur tahap penguasaan kemahiran insaniah pelajar Penyelidikan dan Pembangunan • • Universiti Penyelidikan (UP) di lima buah IPTA MyRA (Research Assessment Instrument) - Sistem Penilaian Universiti Penyelidikan – bagi pelaksanaan penilaian kendiri IPT terhadap lapan kriteria Universiti Penyelidikan Pengantarabangsaan • • • Penstrukturan semula Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) kepada Education Malaysia Peningkatan bilangan pelajar antarabangsa kepada 86,919 orang Pelaksanaan Program Mobiliti Pelajar IPT Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 13
  14. 14. CAP Pencapaian & Keberhasilan Industri-Akademia • Dasar Latihan Industri Kebolehpasaran Siswazah • • Sistem Pengesanan Graduan 75.4% graduan telah mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas bergraduat Institusi Pengajian Tinggi Swasta • • Peningkatan kualiti IPTS: o Tiga kolej swasta dinaik taraf kepada Kolej Universiti (KU) o Dua KU dinaik taraf kepada Universiti o 15 kolej swasta di batalkan (pengkenselan) pendaftaran Penghasilan MyQUEST - Sistem Pengukuran Kualiti dan Kesetaraan Kolej Swasta Pembangunan Holistik Pelajar • • Peningkatan pelaksanaan kursus kokurikulum berkredit sebagai syarat wajib bergraduat di semua IPTA Penubuhan Majlis Pengarah-Pengarah Pusat Kokurikulum IPTA Jaminan Kualiti • Pelaksanaan: o Akreditasi Program o Penarafan Institusi o Audit Prestasi Akademik Transformasi Politeknik • • • Politeknik Premier (Terpilih): Tiga Politeknik Pelan Transformasi Politeknik Empat Program Diploma Aksesibiliti dan Kelestarian • • Akses kepada pengajian tinggi bagi kohort umur 17 hingga 23 tahun. Peningkatan enrolmen (IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti) Penawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN berasaskan Kaedah Ujrah MyBrain15 • • Peningkatan bilangan pensyarah PhD dan setara Program pembiayaan pengajian tinggi: MyMaster, MyPhD, PhD Industri Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex) • • • • • • USM dilantik menerajui program Apex Penubuhan Centre for Engineering Excellence Genom Getah Pertama di dunia Penubuhan Pusat Kajian Kelestarian Global Pusat Penyelidikan Arkeologi Global Pusat Kolagen Halal Tercanggih e-Pembelajaran • • Kajian Status Penggunaan e-Pembelajaran dan Kedudukan Prasarana e-Pembelajaran Kerangka Dasar e-Pembelajaran Sistem Penyampaian KPT • Pelan Transformasi Kementerian Pengajian Tinggi Negara Pembelajaran Sepanjang Hayat • Blue print on Enculturation of Lifelong learning for Malaysia 2011-2020 Top Business School • • UKM-GSB (Graduate School of Business) UPM-GSM (Graduate School of Management) 14 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  15. 15. CAP Pencapaian& Keberhasilan Pusat Kecemerlangan (CoE) • Enam CoE dinaik taraf ke HICoE: o UM Centre of Research for Power Electronics, Drives, Automation & Control (UMPEDAC), Universiti Malaya o UKM Medical Molecular Biology Institute (UMBI), Universiti Kebangsaan Malaysia o Institute for Research in Molecular Medicine (INFORMM), Universiti Sains Malaysia o Institute of Bioscience (IBS), Universiti Putra Malaysia o Centre for Drug Research (CDR), Universiti Sains Malaysia o Accounting Research Institute (ARI), Universiti Teknologi MARA Keusahawanan • • Penubuhan Unit Keusahawanan di KPT & IPTA Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT Transformasi Kolej Komuniti • • Program Pengukuhan Kolej Komuniti Pengenalan Program Sijil Modular Kolej Komuniti PEMBENTUKAN PELAN TINDAKAN FASA 2 PSPTN Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN telah digarap hasil daripada perbincangan dan perundingan setiap pasukan projek CAP yang telah dilantik, dengan pihak institusi pengajian tinggi awam, politeknik dan kolej komuniti, bersama-sama dengan pihak pemegang taruh lain yang berkaitan, seperti pihak industri, untuk memastikan berlakunya pemfokusan kepada semua agenda yang telah ditetapkan. Pelan Tindakan yang digubal bagi pelaksanaan Fasa 2 adalah berlandaskan pencapaian setiap CAP bagi pelaksanaan pada Fasa 1 dan berfokuskan kepada objektif PSPTN seperti yang termaktub dalam dokumen “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020”. Hasil daripada rujukan kepada keduadua sumber tersebut, setiap sekretariat CAP telah membentangkan “Perancangan Fasa 2 PSPTN” bagi CAP berkaitan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN yang telah dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, untuk perbincangan dan cadangan penambahbaikan. Pembentukan Pelan ini juga telah mengambil kira dasar-dasar kerajaan terkini, dengan rujukan khusus dibuat kepada dokumen berikut: • Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) • Model Baharu Ekonomi Untuk Malaysia • Pelan Hala Tuju Program Transformasi Kerajaan (GTP) • Program Transformasi Ekonomi (ETP): Hala Tuju untuk Malaysia Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 15
  16. 16. Objektif Pelan Tindakan Fasa 2 PSPTN Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara telah digubal secara komprehensif dan holistik bagi tujuan memartabatkan pengajian tinggi Negara sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa. Pelan Strategik ini telah memberi penekanan kepada tujuh teras utama, iaitu: Teras 1 : Meluaskan akses dan meningkatkan ekuiti Teras 2 : Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran Teras 3 : Memperteguh penyelidikan dan inovasi Teras 4 : Memperkasakan institusi pengajian tinggi Teras 5 : Mempergiat pengantarabangsaan Teras 6 : Membudayakan pembelajaran sepanjang hayat Teras 7 : Memperkukuhkan sistem penyampaian KPT Dalam Fasa 2 PSPTN, ketujuh-tujuh teras ini kekal dari aspek penekanan yang diberikan dalam Pelan tersebut. Kesemua 23 CAP yang dilaksanakan dalam tempoh Fasa 2 PSPTN memainkan peranan dalam pencapaian objektif ketujuh-tujuh teras tersebut, walaupun tahap peranan tersebut mungkin berbeza di antara satu CAP dengan CAP yang lain. Dalam erti kata lain, pelaksanaan dan pencapaian objektif terkumpul bagi semua CAP, akan membawa kepada pencapaian bagi semua teras; pelaksanaan satu CAP saja tidak akan memenuhi objektif satu-satu teras secara eksklusif (contoh: Objektif Teras 5: “Mempergiat pengantarabangsaan” dapat dicapai melalui gabungan pelaksanaan dan pencapaian bagi beberapa CAP, contohnya CAP Pengantarabangsaan, Industri-Akademia, IPTS, CoE dan sebagainya). Pelaksanaan Pelan Tindakan Fasa 2 Pelan Tindakan Fasa 2 ini menggariskan mekanisme dan pelan pelaksanaan, serta aspek keberhasilan yang diharapkan hasil daripada pelaksanaan inisiatif yang dirancang. Sebagaimana yang digariskan dalam Pelan Pelaksanaan Fasa 1, aspek-aspek transformasi dan inisiatif yang dirancang berbeza dari segi tempoh pencapaian yang dirancang. Walaupun terdapat inisiatif yang bercorak jangka pendek yang boleh dicapai dalam tempoh RMKe-10, iaitu selari dengan tempoh Fasa 2 PSPTN, terdapat juga sebahagian daripada inisiatif tersebut yang akan menjangkaui tempoh pelaksanaan yang lebih panjang. 16 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  17. 17. Strategi Pelaksanaan Dalam tempoh pelaksanaan Fasa 1 PSPTN, setiap institusi telah menetapkan sasaran masing-masing berdasarkan jangkaan kemampuan. Bagi kebanyakan CAP, terdapat jurang di antara pencapaian terkumpul institusi dengan sasaran kebangsaan yang ditetapkan oleh pihak CAP sentral. Pelaksanaan Fasa 2 menetapkan bahawa sasaran yang telah ditetapkan pada peringkat sentral, diagihkan kepada setiap institusi yang berkaitan. Pendekatan ini penting untuk memastikan bahawa sasaran Negara dapat dicapai dan isu-isu serta cabaran pelaksanaan dapat ditangani secara lebih efektif. Dalam konteks ini, Pasukan Projek CAP memainkan peranan yang penting dalam memacu tindakan-tindakan yang perlu dilaksanakan yang telah dirancang. Hubungan dua hala dengan Pasukan iPMO adalah amat kritikal dan pasukan projek CAP berperanan sebagai pemudah cara kepada pelaksanaan di institusi untuk memastikan sasaran yang diagihkan kepada institusi berjaya dicapai, yang seterusnya akan menyumbang kepada pencapaian sasaran nasional dan akan membawa kepada kejayaan pencapaian CAP berkenaan. Dalam memastikan pelan yang dirancang dijadikan panduan yang jitu bagi pelaksanaan inisiatif transformasi, pencapaian akan dipantau dan diukur melalui usaha-usaha pemantauan yang dilaksanakan oleh Pejabat Pengurusan Program (PMO). Usaha pemantauan yang berterusan penting untuk memastikan pelan yang dirancang tercapai dan ini dilaksanakan melalui proses penilaian, semak semula (jika berkeperluan), program intervensi dan sebagainya. Usaha-usaha pemantauan juga merangkumi penyelesaian isu dan cabarancabaran yang menghalang atau melambatkan proses ke arah pencapaian KPI dan seterusnya keberhasilan yang ditetapkan. Kajian hala tuju pelaksanaan Fasa 2 PSPTN akan dilaksanakan untuk memastikan bahawa kesemua CAP bergerak di atas landasan sama yang ditetapkan dalam dokumen “Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara Melangkaui Tahun 2020”. Kaitan dengan Pelan Tindakan Fasa 1 Sehingga Disember 2010, iaitu pada tempoh berakhirnya Fasa 1 PSPTN, 22 CAP telah dilaksanakan dalam usaha mencapai objektif PSPTN. Yang Berhormat Menteri Pengajian Tinggi pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2011 telah mengumumkan Satu CAP tambahan iaitu CAP ‘Program Pemindahan Pengetahuan’ (Knowledge Transfer Programme). Penambahan ini menjadikan bilangan CAP Fasa 2 PSPTN berjumlah 23 kesemuanya. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 17
  18. 18. Sepertimana pelaksanaan Fasa 1, lima daripada CAP tersebut adalah projek-projek yang berpusatkan lima tonggak institusi, iaitu: • Tadbir Urus • Kepemimpinan • Akademia • Pembelajaran dan Pengajaran • Penyelidikan dan Pembangunan Kelima-lima tonggak ini diberi penekanan dalam pelaksanaan Fasa 2 PSPTN dan diperhalusi dari aspek objektif strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian. Pemfokusan kepada kelima-lima tonggak ini penting untuk memastikan kelestarian institusi, peningkatan kualiti institusi serta kualiti produk yang dihasilkan. 18 CAP yang akan berperanan sebagai pemangkin transformasi bagi Fasa 2 PSPTN adalah seperti berikut: • Pengantarabangsaan • Industri-Akademia • Kebolehpasaran Siswazah • Institusi Pengajian Tinggi Swasta • Pembangunan Holistik Pelajar • Jaminan Kualiti • Transformasi Politeknik • Aksesibiliti dan Kelestarian • MyBrain15 • Program Pemacuan Ke Arah Kecemerlangan (Apex) • e-Pembelajaran • Sistem Penyampaian KPT • Pembelajaran Sepanjang Hayat • Top Business School • Pusat Kecemerlangan (CoE) • Keusahawanan • Transformasi Kolej Komuniti • Program Pemindahan Pengetahuan 18 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  19. 19. Kesemua 18 Pasukan Projek CAP memainkan peranan untuk melaksanakan inisiatif-inisiatif yang menyumbang kepada peningkatan kualiti institusi pengajian tinggi Negara, ke arah menjadi setanding dengan institusi tersohor dunia. Pendekatan yang diambil adalah melalui penghalusan aspek-aspek objektif strategik, pencetus transformasi dan kualiti pencapaian, berdasarkan pelan Fasa 1 dan pencapaian yang berkaitan. CAP dalam kategori ini menyokong usaha yang dilaksanakan oleh pasukan projek lima CAP tonggak institusi (seperti di muka surat 18). PROJEK AGENDA KRITIKAL (Critical Agenda Project; CAP) PROJEK AGENDA KRITIKAL TADBIR URUS Pengenalan Pemantapan struktur tadbir urus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah asas penting kepada pemerkasaan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang merupakan Teras Ke - 4 dalam PSPTN. CAP Tadbir Urus adalah salah satu agenda yang tersenarai bagi mencapai objektif seperti berikut: • memperkasakan tadbir urus IPTA supaya setanding dengan IPT terkemuka dunia; • memperkasakan pengurusan institusi yang berkesan dan berintegriti supaya memberi rangsangan yang sesuai untuk suasana pembelajaran; dan • menggalakkan IPTA bergerak ke arah sistem tadbir urus berautonomi seperti tadbir urus, kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber manusia dan pengurusan akademik. Pasukan Projek CAP Tadbir Urus telah diberi peranan berganding dengan Kementerian dalam usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi negara. Pelbagai aspek yang antaranya integriti, akauntabiliti, good governance, autonomi, dan lain-lain telah diterokai oleh Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dalam usaha memperkasakan tadbir urus di IPTA bagi memastikan ia dapat berkembang seiring dengan perkembangan universiti terkemuka dunia. Autonomi merupakan suatu perkara yang menarik perhatian banyak pihak dan telah dinyatakan merupakan elemen yang penting dalam memastikan sesebuah Institusi dapat lebih berdaya saing, kreatif dan fleksibel dalam sistem pengurusannya. Malahan autonomi boleh dianggap sebagai satu instrumen penting yang boleh memacu IPTA ke arah kecemerlangan. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 19
  20. 20. Bagi memastikan elemen autonomi ini benar-benar dapat membawa sesebuah institusi ke arah kecemerlangan, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus dan Kementerian telah mengenal pasti bahawa aspek good governance amat penting bagi memastikan ia boleh berjaya. Pasukan Projek CAP telah merangka strategi dan pelan tindakan bagi memastikan objektifnya dapat dilaksana pada peringkat Kementerian dan IPTA. Pasukan Projek CAP telah membina instrumen bagi mengukur sistem tadbir urus di IPTA. Melalui CAP empat bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Pendapatan, Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik telah dikenal pasti sebagai bidang-bidang yang perlu diperkemas sistem tadbir urus kerana ia melibatkan pengurusan sumber. Melalui CAP Tadbir Urus, Kementerian dan IPTA bekerjasama dalam memastikan pengurusan sumber dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip asas seperti berikut: • amalan kebertanggungjawaban, ketelusan, akauntabiliti dan nilai serta kualiti bagi perbelanjaan yang dikeluarkan (value for money) dalam semua urusan; • pemantapan sistem dan struktur tadbir urus, pewujudan peraturan yang jelas bagi mendukung pelaksanaan autonomi dan memastikan wujudnya elemen check and balance serta ketelusan; • pemakaian semua Pekeliling Perbendaharaan sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan kewangan dalaman, dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU) adalah pihak berkuasa yang mengambil alih peranan Perbendaharaan dalam memantau dan bertindak melindungi kepentingan pelaburan kerajaan, di mana berkaitan; • pemakaian semua Pekeliling Perkhidmatan Awam sebagai asas peraturan berkaitan pengurusan sumber manusia, dan Lembaga Pengarah Universiti adalah pihak berkuasa yang menggantikan peranan Jabatan Perkhidmatan Awam, di mana berkaitan; • bebanan serta pendedahan kewangan Kerajaan hanya dihadkan kepada peruntukan belanja mengurus tahunan dan peruntukan pembangunan yang diluluskan Kerajaan melainkan diputuskan sebaliknya oleh Kerajaan Pusat; • penjanaan pendapatan oleh IPTA hendaklah mengutamakan dan memastikan perlindungan serta (insulate and protect) kepentingan Universiti dan Kerajaan; • skim saraan berasingan, jika perlu diwujudkan oleh IPTA berasaskan peruntukan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang berkuat kuasa, hendaklah berasaskan prinsip kesaksamaan, kelestarian dan tidak langsung membebankan Kerajaan; dan • tindakan tegas mengikut peruntukan tatatertib semasa seperti surcaj, turun pangkat, buang kerja dan yang berkaitan boleh diambil terhadap pegawai dan kakitangan IPTA yang gagal mematuhi tatacara dan peraturan serta cuai semasa melaksanakan tugas. 20 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  21. 21. Rumusan Status Fasa 1 Secara keseluruhan instrumen Code of University Good Governance (CUGG), University Good Governance Index (UGGI) dan dokumen Guide For Preparing and Conducting an Audit to Determine the Readiness for Autonomy telah selesai dibangunkan dan didokumenkan pada tahun 2010. Keberkesanan instrumen akan diuji melalui audit rintis yang akan dijalankan di tiga buah IPTA iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia pada Mac 2011. Hasrat CAP Tadbir Urus dan Kementerian membina instrumen bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di IPTA, adalah bagi memastikan autonomi yang dilaksanakan oleh IPTA akan memberi keuntungan kepada Kerajaan, IPTA dan rakyat. Usaha ini bukanlah mudah kerana kita berdepan dengan isu-isu pelaksanaan seperti berikut: • audit yang dilaksanakan adalah dalam suasana sudah terdapat terlalu banyak audit; • instrumen ini dibina dengan andaian bahawa good governance dalam sektor korporat boleh diguna di institusi pengajian tinggi; • mendapatkan kefahaman daripada IPTA mengenai keperluan mengukur sistem dalaman bagi menilai tahap kesediaan sistem tadbir urus dalam melaksana autonomi; • mendapat sokongan dan kefahaman daripada Agensi Pusat bahawa instrumen ini berupaya mengukur sistem tadbir urus IPTA bagi memastikan integriti, kebertanggungjawaban dan akauntabiliti dilaksanakan; • perbezaan antara IPTA dan Kerajaan dalam pentakrifan autonomi merupakan suatu perkara yang perlu diurus dengan bijak. Terdapat kecenderungan di kalangan IPTA menyamakan konteks autonomi kita dengan barat kerana ia menarik, fashionable dan terkini. Manakala mendefinisi autonomi dalam konteks sistem tabungan Kerajaan atau government funding merupakan suatu perkara hal yang amat mencabar kerana ia tidak selari dengan amalan hubungan Kerajaan dengan universiti di negara di mana sistem pendidikan tingginya sudah matang; • autonomi sering juga difahami oleh universiti dan ahli akademiknya sebagai kebebasan untuk mengguna geran demi kebaikan dunia akademik; yang mana yang terbaik dalam dunia akademik berkemungkinan tidak efisien; dan • universiti tidak memahami bahawa sebagai universiti awam apa yang dilakukan tetap mempunyai implikasi kepada Kerajaan dan rakyat. Kepentingan Kerajaan dan negara perlu dijaga setiap masa. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 21
  22. 22. Tumpuan Fasa 2 Pada Fasa 2, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus akan merangka strategi pelaksanaan dan sasaran berpandukan kepada keputusan minit Mesyuarat Jemaah Menteri mengenai Pelaksanaan Autonomi di IPTA bertarikh 22 September 2010. CAP Tadbir Urus akan memberi perhatian terhadap ucapan YAB Perdana Menteri semasa membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010 tentang komitmen Kerajaan mengenai pemberian autonomi kepada IPTA berasaskan nilai ketelusan dan akauntabiliti bagi membolehkan IPTA mencapai prestasi cemerlang setanding dengan IPT terbaik di dunia. YAB Perdana Menteri menekankan empat bidang autonomi merangkumi institusi tadbir urus, kewangan dan penjanaan kekayaan, sumber manusia, pengurusan akademik dan kemasukan pelajar. Pada Fasa 2, objektif strategik telah dirangka bagi mencapai sasaran seperti yang telah diputuskan oleh Kerajaan. Dalam mencapai sasaran, Pasukan Projek CAP Tadbir Urus akan melaksanakan perkaraperkara berikut sepanjang tahun 2011 hingga 2015. Antaranya adalah: • Audit Rintis bagi menguji CUGG dan UGGI di tiga IPTA; • sistem Activity Based Costing (ABC) atau yang setara boleh diguna untuk membantu pengurusan membuat keputusan mengenai pengurusan kewangan; • CUGG dan UGGI digunakan bagi mengukur kesediaan sistem tadbir urus di IPTA ke arah autonomi dalam empat bidang iaitu Institusi Governan, Kewangan dan Penjanaan Kekayaan, Sumber Manusia dan Pengurusan Akademik serta Kemasukan Pelajar; • dasar-dasar berkaitan pelaksanaan autonomi yang berbangkit daripada keputusan Jemaah Menteri berkenaan Memorandum Jemaah Menteri (MJM) Pelaksanaan Autonomi bertarikh 2 September 2010 disediakan; dan • aktiviti pelaksanaan dan pemantapan Kerangka Kesediaan dilaksanakan. Pelaksanaan autonomi merupakan agenda besar Kementerian yang melibat pelbagai pihak dan stakeholder. Oleh yang demikian sokongan dan komitmen yang berterusan amat diperlukan bagi memastikan agenda ini dapat dilaksanakan. Antara faktor kejayaan kritikal yang amat diperlukan dalam melaksanakan agenda ini adalah seperti berikut: • Sokongan Pengurusan Tertinggi di IPTA / KPT / Agensi Pusat: Komitmen dan sokongan yang berterusan dari pihak Pengurusan Tertinggi Kementerian 22 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  23. 23. Pengajian Tinggi, IPTA dan Agensi Pusat amat diperlukan bagi memastikan dasar-dasar yang dirangka dan disedia berkaitan autonomi dapat dilaksanakan; • Berpegang kepada prinsip asas: Governan ke arah autonomi adalah melibatkan integriti dan akauntabiliti yang tinggi di IPTA yang melaksanakannya. Prinsip asas yang telah di persetujui oleh Kerajaan dalam pelaksanaan autonomi perlu dipatuhi oleh IPTA; • IPTA mempunyai sistem tadbir urus yang baik: Autonomi melibatkan penurunan kuasa daripada Kementerian dan Agensi Pusat bagi perkara-perkara yang berkaitan kepada Lembaga Pengarah Universiti (LPU). LPU mempunyai tanggungjawab yang amat besar bagi memastikan sumber universiti ditadbir dengan penuh integriti dan akauntabiliti. Oleh yang demikian, IPTA perlulah mempunyai sistem tadbir urus yang baik bagi memastikan kepatuhan kepada integriti dan akauntabiliti; • Kekuatan struktur dan sumber manusia yang mengurus Agenda Autonomi di KPT: Pelaksanaan autonomi di IPTA melibatkan pelbagai proses yang antaranya adalah: o penerangan kepada IPTA mengenai mekanisme penyediaan Audit Governan ke Arah Autonomi; o penggubalan dasar-dasar yang berkaitan dengan autonomi; o pengendalian audit kesediaan; o pengurusan perakuan Kementerian; o perundingan dengan agensi pusat berkaitan dasar-dasar ke arah autonomi penuh atau mengikut bidang, dan lain-lain lagi; o memantau perjalanan sistem tadbir urus di IPTA yang menerima autonomi; dan o menjalankan penilaian terhadap pencapaian IPTA yang telah melaksana autonomi berpandukan kepada pencapaian IPTA dalam aspek-aspek yang berkaitan. Sehubungan dengan ini, pihak KPT perlu menyediakan struktur dan sumber manusia yang mampu melaksanakan agenda autonomi. Perkara ini amat penting kerana pelaksanaan autonomi akan hanya mendatangkan hasil yang baik apabila KPT dan IPTA sama-sama memainkan peranannya; dan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 23
  24. 24. Kesediaan menerima perubahan di IPTA/KPT dan Agensi Pusat: • Keupayaan mengurus perubahan dan menerima perubahan merupakan perkara yang perlu diberi perhatian. Oleh yang demikian pelaksanaan autonomi dapat dijayakan apabila ada kerjasama yang rapat antara pelbagai pihak yang terlibat dalam menjayakan agenda ini. Pelan Tindakan Strategi Pelan Tindakan Pembinaan Asas Autonomi Membina instrumen ActivityBased-Costing (ABC) untuk mengira kos sebenar operasi IPTA menjalankan program pengajian Penghasilan Penyediaan instrumen ABC di UKM Tahun 2011 Menguji instrumen ABC di IPTA terpilih Instrumen diguna pakai di semua IPTA Pembinaan Asas Autonomi Menjalankan Audit Rintis bagi menguji CUGG dan UGGI di UKM, USM dan USIM Instrumen audit CUGG dan UGGI yang akan diguna pakai ke atas semua IPTA 2011 (Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu PSPTN Bil.10/2010) Pemantapan Kerangka Kesediaan Bagi Tadbir Urus Ke Arah Autonomi Menjalankan aktiviti melaksana dan memantapkan Kerangka Kesediaan Penerangan Mengenai “Guide to Assessing Good Governance in Malaysian University” termasuk kepada Jawatankuasa Induk Antara Agensi Pewujudan Mekanisme “Penyediaan Audit Governan ke Arah Autonomi” di peringkat IPTA Pewujudan Mekanisme “Penyediaan Audit Governan ke Arah Autonomi” di peringkat KPT 24 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 2011& 2012 2011 2011
  25. 25. Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun Pelaksanaan Autonomi di IPTA Menyediakan dasar-dasar berkaitan pelaksanaan autonomi yang berbangkit daripada keputusan Jemaah Menteri berkenaan MJM Pelaksanaan Autonomi bertarikh 22 September 2010 Dasar berkaitan 2012 - 2015 Menjalin kerjasama dengan Agensi Pusat Perundingan untuk autonomi penuh bagi IPTA yang memenuhi tahap kesediaan autonomi Rundingan dengan agensi pusat berdasarkan 2012-2015 Rundingan dasar-dasar ke arah autonomi penuh yang berbangkit dari semasa ke semasa oleh Jawatankuasa Induk Antara Agensi 2012-2015 PROJEK AGENDA KRITIKAL KEPEMIMPINAN Pengenalan Projek Agenda Kritikal Kepemimpinan (CAP Kepemimpinan) diwujudkan di bawah Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) untuk membantu institusi pengajian tinggi (IPT) negara memantapkan dan memperkasakan aspek kepemimpinan institusi pada persada antarabangsa. Teras Kepemimpinan menjadi salah satu tonggak utama institusi selain daripada Tadbir Urus, Akademia, Pembelajaran dan Pengajaran serta Penyelidikan dan Pembangunan. Pada peringkat awal penubuhan, CAP Kepemimpinan dipengerusikan oleh Bahagian Governan IPTA di bawah Jabatan Pengajian Tinggi. Pada September 2009, CAP ini dipengerusikan serta ditadbir urus oleh Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKePT). AKePT ditubuhkan sejajar dengan hasrat PSPTN untuk membantu mentransformasikan pengajian tinggi negara. AKePT berperanan untuk memperkasakan kepemimpinan IPT dalam aspek akademia, tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan ke arah menjayakan agenda pembangunan modal insan negara. Tiga pusat iaitu Latihan Kepemimpinan, Pembelajaran dan Pengajaran serta Penyelidikan dan Inovasi diwujudkan di bawah AKePT yang secara langsung menjadi tumpuan utama program latihan AKePT. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 25
  26. 26. Rumusan Status Fasa 1 Dalam Fasa 1(2007-2010), CAP Kepemimpinan menumpukan kepada empat Objektif Strategik (OS) dan lima Petunjuk Prestasi Utama (KPI). Fasa 1 menumpukan kepada latihan ke arah membentuk kelompok bakat dan pelan penggantian kepemimpinan akademik dan tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Penggubalan OS dan KPI pada Fasa 1 ini lebih menjurus ke arah pengukuhan organisasi AKePT. Secara keseluruhannya, CAP Kepemimpinan telah mencapai KPI yang ditetapkan pada Fasa 1. Pencapaian CAP Kepemimpinan dapat dirumuskan seperti yang berikut: • 40% pemimpin IPT telah menjalani program latihan mengikut kerangka kepemimpinan AKePT; • 12 IPTA mempunyai pelan penggantian; • 17% daripada 210 pemimpin IPT telah diprofail. Kelompok yang diprofail pada tahun 2010 adalah daripada kalangan dekan ; • 78% daripada 1,035 Jurulatih Utama telah dilatih dalam modul pembelajaran dan pengajaran AKePT; dan • 441 orang penyelidik utama telah dilatih dalam bidang penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Terdapat keperluan untuk menilai semula konsep kepemimpinan agar lebih menyeluruh dan merangkumi pelbagai aspek pelan penggantian dan kelompok bakat seperti mekanisme pengenalpastian, penggubalan kriteria, penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan. Selaku penggerak strategik, AKePT akan menjayakan agenda pemerkasaan pengajian tinggi dengan melaksanakan program-program yang akan mengukuhkan minda dan kemahiran pemimpin dan bakal pemimpin pada semua peringkat yang pada akhirnya menjadi agen perubahan di IPT. Dalam menerajui agenda transformasi kepemimpinan IPT, AKePT berhasrat menjadi pusat rujuk dan penanda aras dalam bidang kepemimpinan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan dengan menghasilkan kursus-kursus kepemimpinan pengajian tinggi yang lebih dinamik, progresif dan relevan. Pada masa yang sama, pihak IPT akan bersama-sama menyumbang ke arah pemantapan kemahiran kepemimpinan akademia, tadbir urus dan pemimpin pelajar dalam mencapai matlamat CAP Kepemimpinan. 26 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  27. 27. Tumpuan Fasa 2 Fasa 2 CAP Kepemimpinan memberi tumpuan kepada mekanisme pengenalpastian, penggubalan kriteria, penentuan piawaian, pengukuran, penilaian dan pengurusan pelan penggantian dan kelompok bakat bagi menyediakan bakal pelapis untuk meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan IPT. Tumpuan ini adalah selaras dengan hasrat untuk melahirkan kepemimpinan unggul dalam kalangan staf akademik dan bukan akademik ke arah menghasilkan masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi. Antara beberapa faktor kritikal kejayaan dalam pelaksanaan CAP ialah: • Infrastruktur-AKePT CAP Kepemimpinan mempunyai pembangunan infrastruktur yang berpotensi besar dengan tertubuhnya kampus AKePT di Bandar Enstek, Nilai. Kemudahan pentadbiran, latihan dan kepemimpinan yang direncanakan. Kekangan kewangan, masa, tempat dan pengurusan telah dapat diminimumkan dengan terbinanya kemudahan latihan kepemimpinan tersebut. • Sumber- kelompok bakat penginapan peserta disediakan untuk memudahkan pelaksanaan program Kementerian memainkan peranan utama dalam menyokong agenda transformasi IPT ini melalui pelaksanaan PSPTN yang mana CAP Kepemimpinan merupakan salah satu daripada Projek Agenda Kritikal PSPTN. Justeru itu, AKePT menjadi saluran utama Kementerian untuk menggerakkan pembangunan modal insan yang cemerlang ke arah menghasilkan masyarakat berinovasi dan berpendapatan tinggi. Usaha tenaga pakar yang berpengalaman dan tersohor dari seluruh IPT digembleng untuk menjayakan program-program pembangunan CAP Kepemimpinan. Serentak dengan itu, golongan pakar ini akan menyumbang dari segi pembangunan perubahan minda dan pemerkasaan kepemimpinan dan khidmat rundingan mengikut bidang tertentu kepada golongan pelapis akademia dan tadbir urus. Bakat-bakat yang dijana mampu menyumbang dalam usaha merealisasikan agenda transformasi IPT melalui kolaborasi pada peringkat tempatan, serantau dan antarabangsa. Pembentukan kelompok bakat ini juga bakal merangsang perkongsian ilmu merentasi IPT. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 27
  28. 28. • Pengantarabangsaan AKePT bertindak sebagai medium jaringan antarabangsa dalam usaha meningkatkan usaha pengantarabangsaan IPT melalui kerjasama dengan agensi-agensi seperti SEAMEO-RIHED, Bank Dunia, UNESCO, EU untuk mendapatkan dana komersil, kepakaran dalam kepemimpinan, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan. Kepakaran luar dan dalam negara digembleng dan diketengahkan melalui kolaborasi program-program yang dilaksanakan. • Tadbir urus Usaha memantapkan lagi tadbir urus IPT akan dilakukan meliputi keberkesanan khidmat pengurusan dan kecekapan pengurusan kewangan. Program latihan kepemimpinan yang dianjurkan oleh AKePT serta IPT sendiri untuk staf bukan akademik turut dimantapkan untuk menyediakan golongan pentadbir IPT yang mampu bergerak seiring dengan staf akademik dalam mendukung aspirasi untuk menempatkan IPT negara pada persada antarabangsa. Susulan daripada tadbir urus yang mantap dan latihan kepemimpinan berkesan kepada staf bukan akademik baik di AKePT mahupun IPT, penerapan budaya positif dalam persekitaran kerja dan peningkatan kemahiran akan mampu mengubah corak pemikiran mereka kepada sesuatu yang lebih proaktif dan dinamik. Dalam jangka masa panjang, usaha ini akan menghasilkan dan membentuk budaya kerja yang lebih produktif dan kepelbagaian kemahiran supaya tadbir urus IPT menjadi lebih cemerlang, cekap dan pencapaian PSPTN akan menjadi lebih lancar sebagaimana yang diharapkan. • Penjenamaan dan Pemasaran Dalam usaha memartabatkan institusi pengajian tinggi negara ke peringkat serantau dan antarabangsa, aktiviti-aktiviti berkaitan dengan penjenamaan dan pemasaran institusi serta program menerusi penerbitan dan kolaborasi dengan IPT dan institusi pada peringkat antarabangsa wajar diperhebatkan. Jaringan kerjasama sesama IPT tempatan dan institusi antarabangsa dalam menghasilkan penyelidikan, persidangan dan program-program latihan mampu melonjakkan nama IPT negara di peringkat global. Kerjasama IPT tempatan termasuk IPTA, IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti dalam menjayakan program-program latihan, seminar dan persidangan anjuran bersama AKePT dengan 28 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  29. 29. kerjasama pakar akademik dan institusi pada peringkat antarabangsa akan membuka lebih banyak peluang kepada IPT tempatan untuk membina jaringan dan mempromosikan institusi pada peringkat global. Pelan Tindakan Strategi Penghasilan Tahun Menganjurkan program latihan berstruktur dalam kepemimpinan tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan kepada staf akademik dan bukan akademik Pembangunan Modul Latihan mengikut tahap kepemimpinan 2015 Mewujudkan Pelan Penggantian Berstruktur dalam kepemimpinan tadbir urus, pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan, inovasi dan pengkomersilan di IPT Pelan penggantian berstruktur yang piawai 2012 Calon kelompok bakat yang diprofil 2013 Melengkapkan modul dan latihan Jurulatih Utama Modul dan latihan Jurulatih Utama yang komprehensif mengikut bidang Meningkatkan bilangan penyelidik utama selaku pemimpin dalam aspek penyelidikan Memperkasakan kepemimpinan Institusi Pengajian Tinggi Pelan Tindakan Kepemimpinan penyelidik utama 2011-2013 2015 PROJEK AGENDA KRITIKAL AKADEMIA Pengenalan Kejayaan sesebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah berasaskan kepada nilai teras akademia yang perlu diterapkan oleh setiap ahli akademik. Nilai teras ini merupakan asas kepada proses pengukuhan individu akademik dan institusi ke arah menjadi universiti bertaraf dunia. Oleh itu, strategi dan perancangan pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) perlu berpandu kepada nilai teras akademik. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 29
  30. 30. Kecemerlangan ahli akademik merupakan keperluan penting dalam menjayakan PSPTN. Akademik berbudaya cemerlang merupakan matlamat akhir usaha memperkukuhkan kualiti pendidikan tinggi. Pembudayaan dan pemantapan perlu dilihat sebagai proses pembangunan keupayaan individu akademik dan institusi berbudaya cemerlang yang memberikan perhatian serius terhadap kecemerlangan semasa melaksanakan urusan teras (pengajaran, penyelidikan dan khidmat masyarakat). Proses pemantapan akademia yang dilakukan secara berterusan dapat mewujudkan lebih ramai ahli akademik yang cemerlang yang akan turut membantu dalam mencapai wawasan negara untuk menjadi hab yang menerajui pengajian tinggi di rantau Asia Pasifik. Rumusan Status Fasa 1 Tiga penunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam Fasa 1 pelaksanaan PSPTN bagi CAP Akademia iaitu: • Mencari, memilih dan mengekalkan yang terbaik dengan meningkatkan lagi bilangan ahli akademik asing yang cemerlang di IPT. • Menghargai ahli akademik yang hebat dan unggul dengan menambah bilangan ahli akademik yang memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti ‘think tank’ pada peringkat kebangsaan/antarabangsa. • Menghargai ahli akademik yang unggul dengan memastikan setiap IPTA mengadakan Majlis Penganugerahan dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik setiap tahun. Secara keseluruhannya, inisiatif yang dilaksanakan oleh CAP Akademia bagi PSPTN Fasa 1 telah mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Bilangan ahli akademik luar negara yang cemerlang serta ahli akademik yang memberi perundingan dan kepakaran dalam aktiviti ‘think tank’ pada peringkat kebangsaan/antarabangsa telah dapat dicapai dan melebihi sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2010. Majlis Penganugerahan dan Pengiktirafan Kecemerlangan Ahli Akademik telah dilaksanakan oleh setiap IPTA. Tumpuan Fasa 2 Kepentingan CAP Akademia bagi menyokong gagasan Model Baharu Ekonomi (MBE) yang memberi penekanan kepada National Key Result Area (NKRA) dan National Key Economic Area (NKEA) terletak kepada usaha melestarikan pendidikan tinggi serta memantapkan ekosistem pendidikan. Akademia merupakan tunjang kepada pengukuhan sistem pendidikan tinggi negara untuk mencapai matlamat Malaysia sebagai 30 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  31. 31. hab pendidikan di rantau ini. Akademia berbudaya cemerlang akan membolehkan semua aktiviti dan jentera pelaksanaan semua IPTA bergerak dengan lancar dan berprestasi tinggi. Untuk Fasa 2, tumpuan diberikan kepada proses pemantapan yang lebih menyeluruh. Isu-isu yang melibatkan pembangunan modal insan ahli akademik, kepentingan meningkatkan integriti, profesionalisme dan kewibawaan, mengasah potensi kepimpinan dan melonjakkan kecemerlangan akademik ke arah bertaraf dunia harus dilakukan melalui proses pengukuhan ekosistem akademik yang dinamik. Bagi memantapkan CAP Akademia, kerangka hubungan erat antara individu akademik, profesionalisme akademik dan ekosistem akademik diberikan perhatian utama. Kerangka ini merangkumi empat komponen yang berkaitan dengan akademik, tiga komponen profesionalisme akademik dan lima komponen asas ekosistem akademik seperti berikut: • Akademik o Kualiti/Kelayakan o Kepakaran o Pemimpin kebangsaan/antarabangsa o Sumbangan berimpak tinggi • Profesion Akademik o Kewibawaan akademik o Profesionalisme akademik o Integriti akademik • Ekosistem Akademik o Kebebasan akademik o Akademik berbudaya cemerlang o Ahli pasukan o Perkongsian ilmu o Penghargaan IPT perlu melaksanakan program yang pragmatik untuk mencapai objektif strategik bagi CAP Akademia. Keberhasilan CAP yang disasarkan menjelang tahun 2015 adalah selari dengan hala tuju sepertimana yang dinyatakan dalam Amanat Tahun Baharu 2011 YB. Menteri Pengajian Tinggi mengenai budaya akademik dan kesarjanaan yang meliputi komponen-komponen berikut: Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 31
  32. 32. • Menyubur budaya akademik • Kepelbagaian kepakaran akademik • Pengurusan intelektual atau bakat akademik • Pengiktirafan pada peringkat global • Pembangunan bidang tujahan pengajaran dan penyelidikan • Mempelopori akademik di rantau Asia • Mengukuhkan sumbangan kepada komuniti dan Negara • Memantapkan jaringan akademik antara universiti • Melaksanakan usaha kesejagatan kerjaya melalui pelan mobiliti akademik. Pelan Tindakan Strategi Pelan Tindakan 32 Menggalakkan ahli akademik menjadi pemimpin pada peringkat kebangsaan/ antarabangsa melalui pembentangan kertas ilmiah pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa Peningkatan bilangan ahli akademik yang menerima jemputan untuk membentangkan kertas dasar pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa 2011-2015 Peningkatan bilangan ahli akademik yang menjadi pakar rujuk/penasihat pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa 2011-2015 Menggalakkan ahli akademik menjadi pemimpin pada peringkat kebangsaan/ antarabangsa dengan memperluaskan program mobiliti akademik dalam bentuk pelantikan Felo Bersekutu dan Sangkutan Memperkukuh ahli akademik berteraskan Wibawa, Integriti dan Profesionalisme (WIP) Tahun Menggalakkan ahli akademik menjadi pemimpin pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa melalui penglibatan dalam persatuan ikhtisas dan persatuan berkait kepakaran masing-masing Mengekalkan ahli akademik berkualiti Penghasilan Peningkatan bilangan ahli akademik yang dilantik menjadi Profesor Adjung, Profesor Pelawat, Pegawai di institusi dalam dan luar negara 2011-2015 Mengukuhkan WIP ahli akademik melalui program penghargaan, penghormatan dan pengiktirafan kecemerlangan akademik oleh rakan sekepakaran Peningkatan bilangan ahli akademik yang mendapat penganugerahan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa 2011-2015 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  33. 33. Strategi Penghasilan Tahun Membangunkan suasana kebebasan akademik dengan menggalakkan majlis ilmu dalam suasana pelbagai bidang kepakaran untuk mencari kebenaran Peningkatan bilangan majlis ilmu bertaraf kebangsaan dan antarabangsa berasaskan bidang ilmu 2011-2015 Menggalakkan kepakaran akademik dikongsi antara fakulti/ institusi, universiti dan agensi kerajaan Peningkatan bilangan ahli akademik yang dilantik secara berganda 2011-2015 Mengukuhkan semangat kerja berpasukan dan memupuk persekitaran perkongsian ilmu Peningkatan bilangan penerbitan yang dihasilkan secara perkongsian dan berpasukan Memantapkan sistem penghargaan akademik pada semua peringkat Memantapkan Ekosistem Akademik Pelan Tindakan Pemberian anugerah kepada ahli akademik yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan pada pelbagai peringkat 2011-2015 2011-2015 PROJEK AGENDA KRITIKAL PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN Pengenalan Misi Nasional yang diumumkan oleh YAB. Perdana Menteri pada 31 Mac 2006 telah menggariskan lima teras antaranya ialah meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama. Bagi memastikan misi ini tercapai Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) telah menggariskan matlamat dan sasaran utama melalui penambahbaikan kualiti pembelajaran dan pengajaran (P&P). Bagi melahirkan modal insan kelas pertama, kurikulum di Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu sentiasa ditambah baik agar lebih berinovatif, dinamik, terkini dan sentiasa relevan dengan keperluan pasaran dan perkembangan ilmu semasa. Dalam pada itu, kemudahan sokongan dan komponen ekosistem lain seperti infrastruktur pembelajaran dan pengajaran, kaedah pembelajaran dan pengajaran serta tenaga pengajar yang berilmu tinggi dan profesional juga perlu diberi perhatian bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan dengan cara yang lebih berkesan. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 33
  34. 34. Selaras dengan Teras 2 PSPTN yang bertujuan untuk menambah baik kualiti pembelajaran dan pengajaran, pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran telah menetapkan lima objektif strategik seperti berikut: • Mempertingkatkan kualiti program akademik. • Memastikan atribut generik pelajar (Generic Student Attributes-GSA) dicapai. • Mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran. • Mempertingkatkan kualiti staf bukan akademik dalam melaksanakan aktiviti berkaitan pembelajaran dan pengajaran. • Mempertingkatkan kualiti bagi kemudahan fizikal yang kondusif kepada proses pembelajaran dan pengajaran yang efektif. Rumusan Status Fasa 1 Enam petunjuk prestasi utama (KPI) telah ditetapkan dalam pelaksanaan Fasa 1 PSPTN bagi CAP Pembelajaran dan Pengajaran, iaitu: • Peratusan pelajar tahun akhir yang mencapai purata minimum 6 dalam sistem GSA (My3S). • Bilangan prasarana di setiap IPTA yang khusus untuk P&P berasaskan Student Centred Learning (SCL). • Bilangan pensyarah yang mempunyai kebolehan menggunakan sekurang-kurangnya satu kaedah SCL. • Bilangan program yang menggunakan kaedah SCL. • Bilangan rekabentuk kurikulum berasaskan kepada Pembelajaran Berasaskan Hasil (Outcome Based Learning-OBE). • Bilangan staf bukan akademik menghadiri latihan yang berkaitan dengan P&P sekurang- kurangnya dua hari bagi tujuh hari kursus. Bagi Fasa 1, aktiviti-akitiviti yang telah dilaksanakan oleh kesemua 20 IPTA pada keseluruhannya telah melangkaui sasaran yang ditetapkan oleh pasukan projek CAP Pembelajaran dan Pengajaran. Tumpuan Fasa 2 YAB. Perdana Menteri Malaysia semasa membentangkan Model Baharu Ekonomi (MBE) pada 30 Mac 2010 telah menekankan keperluan sistem pendidikan dikaji semula secara berterusan dan ditambah baik bagi 34 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  35. 35. melahirkan siswazah berbakat yang cemerlang dari segi pemikiran kreatif dan strategik serta kemahiran keusahawanan dan kepimpinan yang akan memacu kejayaan negara pada dekad akan datang. Bagi mencapai matlamat ini, kaedah P&P hendaklah dipertingkatkan kualitinya dengan memantapkan pelan tindakan untuk meningkatkan kualiti program P&P. Antaranya ialah perkongsian amalan terbaik antara IPT, memperoleh pengiktirafan antarabangsa dan memastikan IPT mengadakan pelan tindakan bagi meningkatkan kemudahan fizikal SCL. Dalam pada itu, Pelan Tindakan Fasa 2 juga mengambil kira Pelan Pembangunan Modal Insan Inovatif pada Peringkat Tertiari (Implementation Plan for Development of Innovative Human Capital at Tertiary Level) dan tumpuan NKEA. Pelaksanaan PSPTN Fasa 2 akan memberi tumpuan kepada pencapaian objektif berikut: • meningkatkan GSA pelajar dengan melaksanakan kaedah yang bersesuaian; • memperkasakan kapasiti pensyarah dalam melaksanakan SCL; • menggalakkan perkongsian amalan terbaik antara IPT mengenai pembelajaran dan pengajaran; • mempertingkatkan kualiti program melalui penghasilan inovasi dan pengiktirafan antarabangsa; dan • mempertingkatkan pengetahuan staf bukan akademik dalam proses berkaitan pembelajaran dan pengajaran. Sasaran keberhasilan CAP menjelang tahun akhir pelaksanaan PSPTN Fasa 2, iaitu pada 2015, ialah: • 100% pensyarah berupaya melaksanakan SCL dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran; • 100% pensyarah baru mempunyai sijil pengajaran pengajian tinggi; • 100% graduan mencapai skor minimum 6.5 bagi semua elemen dalam GSA; • Peningkatan bilangan program di IPT yang mendapat pengiktirafan pada peringkat antarabangsa;dan • 40% staf bukan akademik mendapat pendedahan berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 35
  36. 36. Pelan Tindakan Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun Memastikan atribut generik pelajar (Generic Student Attributes-GSA) dicapai Melaksanakan kaedah penyampaian yang bersesuaian untuk meningkatkan GSA dalam kalangan pelajar Peningkatan bilangan graduan kelas pertama yang mencapai purata minimum 6.5 ke atas bagi semua elemen GSA (My3S) 2011- 2015 Peningkatan bilangan pelajar tahun akhir yang mencapai purata minimum 6.5 ke atas bagi semua elemen GSA (My3S) bagi tiga buah program IPT (Sains, Sastera dan Teknikal) yang berkaitan dengan kluster NKEA: o Hospitaliti dan Pelancongan o Kewangan dan Perniagaan Islam o Kejuruteraan Termaju, Sains dan Inovasi o Sains Kesihatan 2011-2015 Menguruskan pelaksanaan My3S bagi semua pelajar tahun akhir di semua IPTA Peningkatan bilangan pelajar IPT tahun akhir yang menggunakan sistem My3S untuk mengukur skor minima 6.5 bagi semua elemen GSA (My3S) 2011-2015 Menguruskan pelaksanaan time-based analysis GSA pada kumpulan pelajar baru sesi kemasukan 2011/2012 iaitu pada September 2011 bagi permulaan, pertengahan pada semester empat dan akhir pada semester lapan Peningkatan peratusan pelajar yang terlibat dalam My3S 2011-2015 Menjalankan latihan yang boleh memperkasakan kapasiti pensyarah dalam melaksanakan SCL Peningkatan bilangan *SCL Trainers di setiap IPT 2011-2015 Memastikan atribut generik pelajar (Generic Student Attributes-GSA) dicapai Mempertingkatkan kualiti pensyarah dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran 36 (*) SCL merujuk kepada PBL,Case Study, PoPBL Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  37. 37. Strategi Tahun Peningkatan bilangan seminar/ bengkel/forum perkongsian amalan terbaik dalam aspek pembelajaran dan pengajaran 2011-2012 Mengenal pasti kurikulum bidang-bidang di IPTA yang boleh dijadikan sebagai standard program Peningkatan bilangan standard program 2011-2015 Menghasilkan inovasi pembelajaran dan pengajaran berasaskan SCL Peningkatan penghasilan bilangan penerbitan / instrumen berasaskan SCL yang inovatif 2011-2015 Mengenal pasti program yang boleh mendapat pengiktirafan antarabangsa Mempertingkatkan kualiti staf bukan akademik dalam proses pembelajaran dan pengajaran Penghasilan Perkongsian amalan terbaik dalam aspek pembelajaran dan pengajaran Mempertingkatkan kualiti program akademik Pelan Tindakan Peningkatan bilangan program yang mendapat pengiktirafan badan profesional antarabangsa 2011-2015 Menganjurkan kursus yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran untuk staf bukan akademik Peningkatan bilangan staf bukan akademik yang menghadiri latihan yang berkaitan dengan proses pembelajaran dan pengajaran sekurang-kurangnya dua hari bagi tujuh hari kursus 2011-2015 PROJEK AGENDA KRITIKAL PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN (R&D) Pengenalan Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan memainkan peranan utama dalam menggerakkan aktiviti-aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan. Manakala ahli-ahli akademik dalam pelbagai bidang kepakaran merupakan peneraju kepada penerokaan idea, konsep atau teori baru yang menjadi tunjang kepada penemuan baru, perkembangan ilmu dan ciptaan yang canggih lagi terkini. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 37
  38. 38. CAP R&D diwujudkan untuk: • memperbanyakkan kegiatan R&D IPT ke arah peningkatan hasil harta intelek dan produk R&D yang mampu dikomersialkan; • menyumbang kepada pembentukan serta penemuan ilmu baru, kegiatan inovasi dan kreativiti; • menghasilkan modal insan yang mempunyai pioneer mindset, kreatif, inovatif serta berketerampilan supaya dapat menyumbangkan secara relevan kepada penjanaan kekayaan negara dan kesejahteraan rakyat; • menghasilkan bilangan penyelidik yang hebat dalam penguasaan ilmu fundamental dan menterjemahkannya selaras dengan kehendak negara; dan • melonjakkan keupayaan IPT dalam menjalankan penyelidikan dan menghasilkan output penyelidikan yang mampu bersaing pada peringkat serantau. Kejayaan R&D dilihat sebagai sangat kritikal ke arah peningkatan kualiti pengajian tinggi berdasarkan tiga faktor berikut: • untuk menghasilkan harta intelek dan hasil pengkomersilan yang diperlukan bagi memacu negara ke peringkat lebih tinggi dalam rangkaian nilai tambah global dan mewujudkan peluang pekerjaan baru; • untuk mencipta dan menyebar ilmu dan menterjemahkan ilmu kepada produk yang dihayati dan boleh dikira (tangible) dan tidak dihayati dan tidak boleh dikira seperti nilai-nilai murni (intangible product) bagi membolehkan Malaysia menjadi hab pengajian tinggi yang unggul; dan • untuk membangunkan modal insan yang diperlukan bagi mempergiatkan lagi aktiviti inovasi dalam semua sektor ekonomi negara secara berterusan. Rumusan Status Fasa 1 Di bawah RMKe-9, Dana Penyelidikan Fundamental yang asalnya berjumlah sebanyak RM200 juta telah diberikan peruntukan tambahan sebanyak RM115 juta pada tahun 2010 yang menjadikan jumlah keseluruhan yang baru sebanyak RM315 juta. Penambahan ini membenarkan aktiviti penyelidikan dijalankan pada peringkat IPT dengan lebih giat lagi. Ketika ini, penyelidikan fundamental melibatkan kesemua 20 Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Selain itu, ia turut melibatkan 40 buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan lima buah Universiti Cawangan di Malaysia. 38 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  39. 39. Pada tahun 2010 sebanyak lima buah IPTA telah berjaya diiktiraf sebagai Universiti Penyelidikan (UP). Berdasarkan keputusan Audit Universiti Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2010, empat UP, iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengekalkan pengiktirafan masing-masing. Berkuat kuasa mulai 21 Julai 2010, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula telah berjaya diiktiraf sebagai UP yang baru. Antara isu-isu pelaksanaan projek yang dikenal pasti adalah seperti berikut: • kurang sumber atau sokongan untuk membina bilangan penyelidik (critical mass) yang diperlukan dalam aktiviti R&D dan pengkomersilan; • kurang keyakinan di pihak agensi kerajaan dan sektor swasta terhadap keupayaan penyelidik universiti dalam menyelesaikan projek penyelidikan/perundingan; • adanya industri tempatan (termasuk SME) yang hanya minat menghasilkan produk dan proses teknologi rendah dan lebih cenderung untuk membeli teknologi kerana tidak berminat melakukan R&D; • kekurangan penghayatan budaya penyelidikan dalam kalangan industri tempatan (tidak banyak unit/bahagian/jabatan yang khusus bagi R&D); • kurang kesedaran terhadap peranan dan kaitan inovasi dengan daya saing industri itu sendiri yang membawa kepada pelaksanaan yang tidak menitikberatkan aspek R&D; • ekosistem inovasi di Malaysia yang kurang dinamik; • tiada mekanisme yang menguruskan penghasilan produk R&D sehingga pengkomersilan secara khusus; • IPTA tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pengkomersilan; • tanggapan bahawa Malaysia tidak lagi dianggap sebagai negara membangun, yang memberi kesan kepada pemberian/ penawaran geran penyelidikan antarabangsa; • perbezaan matlamat antara objektif penyelidik, iatu untuk knowledge generation dan swasta, iaitu untuk profit oriented; • penyelidik kurang pengalaman dan pendedahan kepada industri dan kaedah memperoleh pembiayaan dana antarabangsa; dan • maklumat tentang geran antarabangsa lewat sampai kepada universiti dan ke pengetahuan penyelidik. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 39
  40. 40. Antara tindakan-tindakan yang diambil untuk mengatasi isu pelaksanaan adalah seperti berikut: • mengadakan sesi perbincangan secara berterusan melalui mesyuarat dan bengkel yang melibatkan pelbagai pihak berkaitan seperti ahli panel pengkomersilan, pihak Research Management Centre (RMC) IPT dan Pejabat Pengurusan Projek (PMO) Kementerian; • melaksanakan promosi pengkomersilan produk R&D IPT melalui pemilihan oleh Panel Penasihat Pengkomersilan Produk; • melaksanakan program promosi bagi hasil R&D yang berpotensi melalui media cetak, media elektronik dan pameran produk R&D IPTA; • mengadakan program business matching [contoh: PECIPTA] dan value pitching bersama pihak antarabangsa seperti Stanford Research Institute (SRI) International dan panel industri tempatan; dan • mengaruhkan kekuatan pembangunan sumber manusia supaya selaras dengan agenda nasional dengan menggunakan kaedah seperti Scival Spotlight atau Incites. Tumpuan Fasa 2 Dalam RMKe-10, fokus CAP R&D adalah untuk memantapkan objektif bagi Fasa 1 dan melonjakkan tahap penyelidikan Fasa 2 menerusi pendekatan: • menggalakkan minda perintis (pioneer mindset) dalam kalangan penyelidik ; • melakukan penyelidikan inovatif selaras dengan kehendak negara; • menterjemahkan penemuan fundamental ke arah menghasilkan produk atau teknologi platform yang mampu dikomersialkan; dan • memperkayakan khazanah ilmu (knowledge repository) Untuk mengukuhkan Fasa 1, Kerajaan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM741 juta kepada KPT bagi meningkatkan lagi aktiviti R&D, terutamanya bagi projek penyelidikan fundamental di IPT. Kelulusan peruntukan tersebut merangkumi tiga bahagian, iaitu Dana Penyelidikan Fundamental, tujuh platform Penyelidikan Berimpak Tinggi dan Insentif Penyelidikan. Dana penyelidikan fundamental dalam RMKe-10, iaitu dalam tempoh Fasa 1, telah meningkat melebihi 100% berbanding peruntukan yang diterima sebanyak RM200 juta dalam RMKe-9. Di bawah RMKe-10, dana penyelidikan fundamental adalah dipecahkan kepada empat skim, iaitu Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), Skim Geran Penyelidikan Eksploratori (ERGS), Skim Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) 40 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  41. 41. dan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS). Tujuh platform Penyelidikan Berimpak Tinggi pula adalah merangkumi bidang tujahan atau niche yang menggembleng kepakaran serta menggalakkan kolaborasi di antara IPT, seperti berikut: • pemanasan gobal (global warming); • penyakit berjangkit (infectious disease); • perubatan tropika (tropical medicine); • keselamatan tenaga dan air (water and energy security); • kecukupan makanan (food security); • teknologi informasi dan komunikasi (Information and Communication Technology-ICT); dan • pembuatan termaju dan nilai tambah (advanced and value added manufacturing). Selain tujuh bidang tujahan di atas, bidang tenaga diperbaharui dan penjimatan tenaga juga akan diberikan perhatian memandangkan kedua-dua bidang ini menjadi antara agenda penting Kerajaan dalam RMKe-10. Dalam bulan April 2011, kedua-dua Rang Undang-Undang Tenaga Diperbaharui Dan Penjimatan Tenaga telah dibentangkan di Parlimen. Bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan penambahan dana dari luar (antarabangsa dan swasta), insentif penyelidikan patut diwujudkan bagi kumpulan penyelidik dan penyelidik. Selain itu, penambahan dana penyelidikan fundamental serta insentif penyelidikan dijangka akan membantu ke arah mencapai sasaran yang ditetapkan bagi Fasa 2. Seterusnya, terdapat keperluan supaya aktiviti berkaitan pengkomersilan hasil R&D yang merangkumi aspek promosi melalui media elektronik, media cetak dan pameran dipergiatkan lagi. Aktiviti promosi atau pameran yang menyediakan peluang business matching antara pihak universiti dan industri perlu dipergiatkan. Penggunaan khidmat rundingan dari agensi luar seperti SRI International, sebagai contoh, untuk mendidik penyelidik tempatan tentang strategi pengkomersilan hasil R&D IPT boleh dipertimbangkan. Dari segi pencapaian UP pula, semua UP yang terlibat akan dipantau secara berkala berdasarkan laporan perbelanjaan ke atas dana yang telah diperuntukkan serta laporan impak dan pembentangan ke atas pencapaian kelima-lima UP. Dalam pada itu, kesejahteraan negara dalam RMKe-10 yang dipacu oleh modal insan berminda perintis di IPT serta penghasilan inovasi dalam kegiatan R&D boleh merealisasikan Model Baharu Ekonomi dengan keberhasilan berikut: Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 41
  42. 42. • RM47.5 juta dana penyelidikan dari pihak swasta dan antarabangsa; • RM300 juta Peruntukan Dana Penyelidikan Fundamental; • pengkomersilan sekurang-kurang 5% daripada semua usaha; • pengiktirafan enam UP; dan • peningkatan jumlah jurnal terbitan IPT yang diindekskan kepada 60, harta intelek 1,000, penerbitan (publication) 9,000 dan cumulative citation 9,000. Faktor budaya penyelidikan kompetitif yang beretika merupakan faktor kritikal terhadap kejayaan CAP R&D. Budaya kecemerlangan penguasaan ilmu hasil penyelidikan boleh membantu peningkatan dana penyelidikan fundamental dan antarabangsa serta swasta. Penyelidikan fundamental di IPT telah melalui tiga fasa pembudayaan. Bermula tahun 2006 hingga 2008, ia dikenali sebagai fasa meningkatkan budaya penyelidikan. Pada masa ini, penyelidik di IPT diberi pendedahan dan peluang menjalankan penyelidikan fundamental. Dari tahun 2009 hingga 2010 dikenali sebagai fasa untuk menanam kualiti penyelidikan. Peruntukan dana penyelidikan fundamental telah diperketat dengan memilih projek penyelidikan yang benar-benar berkualiti dan memberi impak kepada negara. Bagi fasa yang ketiga dari tahun 2011 hingga 2012, ia merujuk kepada mempromosikan kecemerlangan penyelidikan dengan cara bekerjasama pada peringkat dalaman supaya mampu bersaing pada peringkat global (work together to compete outside). Faktor kritikal seterusnya adalah berkaitan kurang pemahaman tentang strategi pengkomersilan hasil R&D dalam kalangan penyelidik IPT. Selain itu, penyelidik lebih tertumpu kepada aktiviti penghasilan penerbitan berbanding dengan pengkomersilan hasil R&D mereka. Bagi tahun 2011 dan 2012, lebih banyak pendedahan akan dibuat tentang harta intelek dan penyelidikan kepada para penyelidik, ke arah peningkatan pengkomersilan. Ini dibantu dengan adanya Geran PRGS yang akan memantapkan lagi sistem inovasi negara. Dalam memastikan aktiviti penyelidikan berjalan dengan lancar, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya sebanyak RM128 juta peruntukan mengurus disalurkan kepada UP setiap tahun. 42 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  43. 43. Pelan Tindakan Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Tahun Meningkatkan Pengkomersilan R&D IPT Mempromosi dan menghebahkan hasil penyelidikan R&D IPT dan meningkatkan pengetahuan pengkomersilan dalam kalangan penyelidik Peningkatan jumlah penjanaan pendapatan hasil dari pengkomersilan produk R&D IPT 2011 – 2015 Meningkatkan jumlah dana penyelidikan daripada pihak swasta dan antarabangsa Mempromosi dan menghebahkan peluang dana penyelidikan kepada IPT Peningkatan dana daripada pihak swasta dan antarabangsa 2011 – 2015 Mengiktiraf bilangan IPT sebagai Universiti Penyelidikan (UP) Menambahkan jumlah geran yang boleh dipohon Pertambahan bilangan UP 2011 – 2015 Meningkat dana penyelidikan fundamental Meningkat dana penyelidikan fundamental untuk membudayakan R&D, meningkatkan Kualiti R&D dan mempromosikan kecemerlangan Penyelidikan Peningkatan dana penyelidikan fundamental 2011 – 2015 Memberi insentif kepada pensyarah yang menerbitkan artikel di dalam 10% teratas jurnal yang diindekskan (Tier 1) mengikut bidang Peningkatan penerbitan jurnal 2011 – 2015 Meningkatkan khazanah intelek (knowledge repository) agar mampu bersaing pada peringkat serantau (regional): Penerbitan (Publication) Mengaruhkan kekuatan pembangunan sumber manusia melalui penerbitan yang unggul dalam disiplin kompetitif pada peringkat dunia supaya membantu agenda nasional dengan menggunakan kaedah seperti Scival Spotlight atau Incites Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 43
  44. 44. Strategi Pelan Tindakan Harta Intelek [Intellectual Property (IP)] Memberi pendedahan tentang IP Penghasilan Tahun Peningkatan bilangan IP yang difailkan Menjalankan penyelidikan strategik ke arah pengkomersilan yang mampu menjana IP Jurnal hak milik IPT yang diindekskan (The Malaysian Journals owned by IPT that have been indexed) Memberi insentif kepada sidang penyunting supaya dapat melonjakkan jurnal hak milik IPT supaya dapat diindekskan Peningkatan bilangan penerbitan jurnal PROJEK AGENDA KRITIKAL PENGANTARABANGSAAN Pengenalan Pengantarabangsaan merupakan Teras Kelima Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, bertujuan untuk memartabatkan IPT tempatan ke arah bertaraf dunia. Teras ini menyasarkan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pengajian tinggi antarabangsa menjelang tahun 2020. Salah satu pendekatan adalah penonjolan jenama Education Malaysia yang sebelumnya dikenali sebagai Malaysian Students Department (MSD) dalam semua aktiviti pemasaran di luar negara. Di samping itu, program pengantarabangsaan seperti pertukaran tenaga akademik, pelajar, program pengajian dan kolaborasi antarabangsa juga merupakan pemangkin untuk memperkayakan interaksi, pengalaman dan pendedahan pelajar IPT tempatan di arena global. Tujuan penubuhan CAP Pengantarabangsaan adalah untuk memastikan aspirasi negara sebagai pusat pengajian tinggi ulung tercapai melalui pelaksanaan aktiviti dan seterusnya pemantauan prestasi pengantarabangsaan IPT tempatan. Khidmat sokongan berkualiti pada peringkat kementerian dan pemantauan pencapaian perlu diberi perhatian sepenuhnya untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia pusat pengajian tinggi antarabangsa. 44 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  45. 45. Rumusan Status Fasa 1 Fasa 1 pelaksanaan CAP Pengantarabangsaan tertumpu kepada peletakan asas untuk menarik kemasukan pelajar antarabangsa melalui pelaksanaan strategi berikut: • meningkatkan penyertaan program pemasaran dan promosi antarabangsa di luar negara di jaringan laman web, pameran antarabangsa dan lain-lain saluran; • memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar; • menambahkan jumlah staf akademik, meningkatkan jaringan antarabangsa dan daya saing staf akademik; • meningkatkan jaringan kolaborasi antarabangsa G2G dan antara institusi secara bilateral, multilateral dan sebagainya; • mempergiatkan usaha untuk menarik pelajar antarabangsa berkualiti melalui penawaran tempat bagi pelajar antarabangsa di IPT; dan • meningkatkan jumlah program pengajian akademik yang diiktiraf oleh badan antarabangsa. Kemasukan pelajar antarabangsa ke IPT tempatan merekodkan peningkatan setiap tahun, seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut: TAHUN IPTA IPTS JUMLAH 2007 14,324 33,604 47,928 2008 18.495 50,679 69,174 2009 22,456 58,294 80,750 2010 24,214 62,705 86,919 *sumber: Data 2007: Portal KPT Data 2008, 2009: Buku Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi (2009) Data 2010: MyMOHES, Pusat Data dan Maklumat Malaysia menjadi destinasi pilihan pertama pelajar dari Sudan, Yemen, Maldives dan Somalia pada tahun 2009, menurut penyenaraian “Global Education Digest 2010” UNESCO. Secara purata, kira-kira 70% pelajar Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 45
  46. 46. antarabangsa melanjutkan pengajian di IPTS. Kemasukan pelajar antarabangsa secara keseluruhannya menyumbang kepada pendapatan negara sebanyak kira-kira RM2.6 bilion pada tahun 2010. Pengambilan staf akademik antarabangsa turut menunjukkan peningkatan, seperti jadual di bawah: BILANGAN STAF AKADEMIK ANTARABANGSA DI IPT TAHUN IPTA IPTS JUMLAH 2007 1,376 1,027 2,403 2008 1,634 1,261 2,895 2009 4,605 1,403 6,008 *sumber: Data 2007: Portal KPT Data 2008, 2009: Buku Perangkaan, Kementerian Pengajian Tinggi (2009) Secara keseluruhan, antara isu-isu pencapaian semasa adalah seperti berikut: • Pengambilan pelajar antarabangsa berkualiti ke IPT dan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal pelajar antarabangsa. Cadangan penyelesaian isu: o Usaha perlu dipergiatkan dalam pelaksanaan Fasa 2 untuk menarik pelajar antarabangsa berkualiti yang ditaja oleh agensi / kerajaan luar negara. o Khidmat sokongan pelajar antarabangsa di IPT perlu dimantapkan dan harus berlandaskan dasar pengantarabangsaan. o Mekanisme untuk memantau pelajar antarabangsa yang sedia ada perlu disediakan. • Pengambilan staf antarabangsa, di mana bilangan staf akademik antarabangsa yang cemerlang di IPT masih berkurangan. Cadangan penyelesaian isu: o 46 Pewujudan skim gaji yang kompetitif. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  47. 47. o Peningkatan promosi, pemasaran dan penyertaan sektor pengajiantinggi dalam program pemasaran dan promosi antarabangsa di luar negara contohnya melalui pelancaran Education Malaysia. • Kekangan dana dalam pelaksanaan program mobiliti pelajar dan staf, penyertaan program pemasaran di luar negara dan pembayaran proses audit kepada agensi pengiktirafan profesional antarabangsa. Cadangan penyelesaian isu: o Penajaan program mobiliti pelajar dan staf akademik. o Peruntukan dana permulaan untuk menyemarakkan penglibatan pelajar dan staf dalam program mobiliti. o Peruntukan bajet berpusat untuk proses pengauditan antara IPT. • Jaringan kolaborasi antarabangsa sektor pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang dibuat perlu memberi manfaat bukan sahaja kepada IPT, malah pembangunan staf dan pelajar IPT. Cadangan penyelesaian isu: o Lebih banyak inisiatif perlu digerakkan dalam Fasa 2 untuk meningkatkan kolaborasi IPT tempatan dan IPT luar negara dalam program seperti industrial internship, mobiliti pelajar dan staf akademik (jangka pendek dan panjang). Tumpuan Fasa 2 Keberhasilan CAP Pengantarabangsaan menjelang 2015 bergantung kepada faktor-faktor berikut: • Senario pengajian tinggi global: o peningkatan mobiliti pelajar dan staf; o penswastaan sektor pengajian tinggi; o pengkomersilan dan peningkatan kolaborasi antara IPT dan pihak industri; dan o penarafan IPT berdasarkan pemeringkatan antarabangsa (global rating). • Fokus sektor pengajian tinggi negara untuk: o menjana pendapatan melalui kemasukan pelajar antarabangsa; Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 47
  48. 48. o menjamin mutu program akademik IPT; dan o mengukuhkan jaringan serantau dan global IPT dalam aspek pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan. Pelan Tindakan Strategi Pelan Tindakan Peningkatan penyertaan IPT dalam pameran antarabangsa 2011-2015 Peningkatan program yang dijalankan atas usaha sama IPT tempatan dan luar negara 2011-2015 Kewujudan pusat akademik luar negara milik UP untuk tujuan akademik dan pemasaran IPT 2011-2015 Menganjurkan persidangan bertaraf antarabangsa dan berimpak tinggi melibatkan menteri-menteri-menteri pengajian tinggi dan key decision makers Memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar Menjalinkan kerjasama erat antara KPT dan IPT untuk program promosi dan pemasaran luar negara Menubuhkan pusat akademik IPTA di luar negara bagi menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan Mendapatkan pengiktirafan antarabangsa kualiti sektor pengajian tinggi Malaysia Tahun Meluaskan jaringan kerjasama sektor pengajian tinggi Malaysia dengan luar negara Meningkatkan ketertampakan (visibility) sektor pengajian tinggi Malaysia di luar negara Penghasilan Peningkatan pengiktirafan kerjasama strategik dengan negara dan agensi antarabangsa, termasuk pengiktirafan terhadap kemampuan serta sumbangan sektor pengajian tinggi negara di peringkat antarabangsa 2011-2015 Menjalinkan kerjasama erat dengan badan profesional antarabangsa untuk pengiktirafan program akademik IPT tempatan Peningkatan bilangan program yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa 2011-2015 Peningkatan bilangan pelajar antarabangsa berkualiti di IPT tempatan 2011-2015 Menggalakkan penyertaan pelajar IPT tempatan dalam program mobiliti outbound Peningkatan bilangan pelajar yang terlibat dalam program mobiliti 2011-2015 Menjalinkan kerjasama erat antara IPT tempatan dan luar negara dalam penganjuran program mobiliti inbound 48 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015
  49. 49. Strategi Pelan Tindakan Penghasilan Memperkayakan pengalaman antarabangsa staf IPT tempatan Meningkatkan pengambilan staf akademik antarabangsa Peningkatan peratusan staf akademik antarabangsa Meningkatkan mobiliti staf akademik Peningkatan bilangan staf akademik yang terlibat dalam program mobiliti Meningkatkan pengalaman positif pelajar antarabangsa Menggalakkan interaksi antara pelajar antarabangsa dan komuniti tempatan Penglibatan pelajar antarabangsa dengan program komuniti Tahun 2011-2015 2011-2015 Mendapat maklum balas pengalaman pelajar antarabangsa di Malaysia PROJEK AGENDA KRITIKAL INDUSTRI-AKADEMIA Pengenalan Industri didefinisikan sebagai sesebuah organisasi luaran kepada universiti termasuk sektor awam, swasta dan badan-badan bukan kerajaan yang berasaskan keuntungan dan bukan keuntungan. Jalinan hubungan atau perkongsian Industri-Universiti menjadi sangat penting bagi penggubal polisi pengajian tinggi, baik pada peringkat kerajaan dan universiti. Dalam konteks ekonomi berasaskan pengetahuan (k-economy), peranan universiti (institusi pengajian tinggi) sebagai pelaksana strategik dalam pembangunan ekonomi menjadi semakin penting. Hubungan Industri-Akademia merangkumi pelbagai aspek pengajaran dan penyelidikan, termasuklah latihan industri pelajar, sangkutan pensyarah di industri, aktiviti perundingan, pembangunan profesional berterusan, pembangunan dan penyelidikan bersama dan juga pembangunan usahawan kecil dan sederhana. Selari dengan perkembangan masa, dasar-dasar baru kerajaan seperti RMKe-10, MBE dan ETP serta NKEA perlu diambil kira dalam kesinambungan pelaksanaan CAP Industri-Akademia pada Fasa 2, iaitu merangkumi tempoh 2011 hingga 2015. IPT perlu memainkan peranan penting dalam penyediaan tenaga mahir ke pasaran dan perlu menjadikan industri sebagai ‘input’ untuk menghasilkan program pengajian dan hasil penyelidikan mengikut peredaran masa dan trend semasa justeru menghasilkan para graduan untuk memenuhi keperluan pasaran industri dan kesediaan ke alam pekerjaan. Kerjasama mapan dengan industri juga membantu pihak IPT memperoleh sumbangan dan menjana pendapatan secara berterusan. Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015 49
  50. 50. Rumusan Status Fasa 1 Sepanjang 2010, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperkenalkan, membincangkan dan mencapai sasaran Industri-Akademia yang telah ditetapkan oleh universiti masing-masing seperti “Bengkel CAP Industri- Akademia Peringkat Kebangsaan” pada April 2010. Wakil-wakil industri bersama ahli akademik telah membincangkan peranan industri-Akademia dari perspektif pihak industri. “Pelancaran Pelan Pengukuhan Hubungan Kerjasama Universiti-Industri dan Program Kluster” telah dilancarkan pada Julai 2010 dan digubal bagi mencapai hasrat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan kebolehpasaran siswazah, meningkatkan hasil pengkomersilan teknologi dan penyelidikan serta meningkatkan pendapatan bagi universiti dan industri. Secara keseluruhannya pencapaian CAP Industri-Akademia menunjukkan peningkatan yang positif berbanding tahun 2009. Jumlah (RM) projek perundingan daripada industri yang diperoleh adalah sebanyak RM 119,008,933.22 sumbangan (RM) daripada industri kepada universiti adalah sebanyak RM 48,256,441.67 pada 2010. Seramai 454 orang staf akademik telah mengikuti program sangkutan di industri sepanjang 2010 iaitu peningkatan sebanyak 342 berbanding 2009 (termasuk bilangan staf akademik yang bercuti sabatikal di IPT lain). Bilangan kakitangan industri yang terlibat dalam aktiviti berkaitan akademik juga menunjukkan peningkatan yang positif iaitu seramai 1,409 orang pada 2009 kepada 2,577 orang bagi tahun 2010. Tumpuan Fasa 2 Dalam Fasa 2 (2011–2015), CAP Industri-Akademia akan tertumpu kepada pelaksanaan aktiviti berikut dan penghasilan yang berkaitan: • memperkukuh dan mempertingkatkan penglibatan industri dalam aktiviti- aktiviti sedia ada yang dilaksanakan oleh semua universiti setiap tahun ke arah mencapai objektif strategik CAP; • memperkembang dan meningkatkan program “cluster-consortium-based” kolaborasi universiti-industri dalam aktiviti-aktiviti hubungan universiti-industri; • mempertingkatkan promosi kepakaran universiti kepada pihak industri dan sebaliknya melalui pembangunan pangkalan data; dan • mempertingkatkan industry-driven innovation (dalam bidang kurikulum, pembelajaran dan pengajaran dan R&D). 50 Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2011 - 2015

×