SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


         Kajian Tahap Kompetensi Pengetua/Guru Besar Sekolah Terhadap
                  Pengurusan Teknologi Instruksional di Sekolah

                     Mahizer Hamzah, Yusup Hashim, Ismail Abdul Raoh
                        Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
                                 Universiti Pendidikan Sultan Idris
          mahizer@fskpm.upsi.edu.my, yusup@upsi.edu.my, ismail_abdulraoh@upsi.edu.my


                                               Abstrak

Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap kompetensi pentadbir sekolah yang terdiri daripada
pengetua dan guru besar terhadap pengurusan teknologi instruksional khususnya ICT. Responden kajian
ini terdiri daripada 55 buah sekolah cemerlang menengah dan rendah dari seluruh negara. Kajian ini
menggunakan teknik tinjauan untuk mendapatkan data kuantitatif. Soalselidik yang digunakan telah
diubahsuai dari Standard Teknologi Untuk Pentadbir Sekolah (Technology Standard for School
Administration). Enam komponen penting yang terlibat di dalam standard ini ialah i) Kepimpinan dan Visi
Teknologi Instruksional, ii) Pembelajaran dan Pengajaran, iii) Produktiviti dan Amalan Profesional, iv)
Sokongan, Pengurusan dan Operasi, v) Pentaksiran dan Penilaian dan vi) Isu Sosial, Perundangan dan
Etika. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan
teknologi adalah pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu memberi komitmen
sepenuhnya terhadap penggunaan teknologi instruksional agar dapat meningkatkan produktiviti dalam
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah.


Pengenalan
Penerimaan dan penggunaan sesuatu inovasi teknologi pendidikan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mempunyai sejarah yang lama iaitu bermula dengan penggunaan papan batu hinggalah
kepada komputer dan teknologi Internet. Penerimaan atau penolakan di dalam hampir semua jenis
inovasi ini terus diperdebatkan sepanjang sejarah perkembangan penggunaan teknologi pendidikan
dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sejarah perkembangan teknologi instruksional yang lama di dalam
sistem pendidikan membolehkan kajian ini meninjau aspek kepimpinan teknologi berkaitan dengan pelan
penggunaan teknologi, peranan agensi teknologi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, akses
kepada prasarana teknologi di sekolah, kelengkapan fizikal dan peralatan teknologi, pengurusan, proses
penilaian serta keupayaan dan kecekapan guru mengintegrasikan dan menggunakan media dan
teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan boleh membawa perubahan
kepada pencapaian pelajar.

Beberapa kajian menunjukkan kepimpinan yang berkesan adalah kritikal untuk menyedia dan menjamin
satu persekitaran pembelajaran yang berasaskan teknologi. Seorang pengetua atau guru besar perlu
berpengetahuan, bertanggungjawab, yakin dan komited untuk melaksanakan program teknologi
pendidikan di sekolah. Beberapa kajian telah dijalankan untuk melihat kesan kepimpinan pengurus/
pentadbir sekolah terhadap pengurusan teknologi pendidikan di sekolah menggunakan instrumen
Standard Teknologi Pendidikan untuk pentadbir sekolah (NETS. A). Kajian yang dilaksanakan oleh Alan
(2004) terhadap kepimpinan pengetua di Sekolah Tinggi Texas menunjukkan, pengetua sekolah
mempunyai skor min yang tinggi dalam setiap 6 Standard Teknologi Pendidikan. Walau bagaimanapun
skor min yang paling rendah adalah dalam Standard kepimpinan dan visi teknologi dan yang paling tinggi
adalah dalam Standard sokongan, penyelenggaran dan operasi teknologi. Ini bermakna pengetua perlu
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam kepimpinan agar dapat memimpin sekolah
untuk mengintegrasikan teknologi dalam P&P. Pengintegrasian teknologi yang berkesan memerlukan
pemimpin yang mahir serta mempunyai visi yang jelas untuk melakukan perubahan.

Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap peranan mereka dalam integrasi
teknologi menggunakan NETS.A. Dapatan kajiannya menunjukkan bahawa pentadbir sekolah mahir
dalam pengurusan dan analisis data untuk tujuan pengurusan tetapi lemah dalam teknologi instruksional.
Pentadbir sekolah perlu menyedari kepentingan teknologi instruksional dan merancang latihan
profesional yang diperlukan untuk diri mereka. Mereka perlukan latihan profesional dalam kesemua
Standard Teknologi Pendidikan. Badan profesional seperti ISTE hendaklah mempromosikan NETS dan
mencadangkan supaya pentadbir sekolah mempunyai dan mengamalkan semua kompetensi dalam
NETS. Kajian ini disokong oleh Holman (2006) yang mencadangkan supaya pentadbir sekolah
2nd International Malaysian Educational Technology Convention

meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta penggunaan                NETS.   Mereka    juga   harus
menambahkan pengetahuan dan latihan dalam integrasi teknologi.

Staples et al. (2005) mengkaji tentang kepimpinan guru besar terhadap pengintegrasian teknologi di
sekolah. Kajian menunjukkan proses integrasi teknologi di sekolah bergantung kepada tiga perkara:
Pertama, penggunaan teknologi harus selari dengan kurikulum dan misi sekolah. Kedua, peranan
kepimpinan guru teknologi yang mempengaruhi penggunaan teknologi di sekolah. Dan ketiga, peranan
masyarakat luar (awam dan swasta) mengiktiraf guru dan pelajar menggunakan teknologi dalam P&P.

Yu & Durrington (2006) pula mengkaji tentang tahap pengamatan pentadbir dan guru sekolah tentang
kebolehan mereka memenuhi standard teknologi. Dapatan kajian menunjukkan, pentadbir sekolah
mempunyai kebolehan yang tinggi dalam isu sosial, perundangan dan etika dan rendah dalam standard
sokongan, pengurusan dan operasi. Manakala guru pula mempunyai kebolehan yang tinggi dalam
standard pembelajaran dan pengajaran dan rendah dalam standard sokongan, pengurusan dan operasi.
Kedua-dua kumpulan ini mempunyai kebolehan yang rendah dalam sokongan, pengurusan dan operasi.

Mohd Izham & Rusnah (2007)telah menjalankan kajian untuk melihat kesan atau hubungan kepimpinan
teknologi dengan pentadbiran sekolah menggunakan elemen atau standard NETS di Malaysia. Dapatan
kajian mereka menunjukkan pengetua sekolah mempunyai standard yang sederhana dalam kepimpinan
teknologi dan visi dan standard pengajaran dan pembelajaran dan sederhana rendah dalam standard
produktiviti dan amalan profesional.

Di Malaysia, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk sektor pendidikan. Pada
tahun 2005, sejumlah 21.5 bilion telah diperuntukkan (Abdullah Badawi, 2004) iaitu 25% daripada jumlah
besar bajet manakala pada tahun 2007, sejumlah RM33.4 bilion iaitu 21% daripada jumlah besar bajet
telah disediakan untuk sektor pendidikan. Dalam Bajet 2007, sejumlah RM288 juta telah disediakan di
bawah program pembestarian sekolah (Abdullah Badawi, 2006). Kerajaan telah menyediakan
kelengkapan dan kemudahan fizikal, prasarana, media, komputer, peralatan teknologi dan guru yang
terlatih terutama di 88 buah sekolah bestari. KPM telah menyediakan pelbagai program latihan untuk
meningkatkan kemahiran guru dan sehingga tahun 2005, seramai 200,000 guru telah dilatih dalam
bidang ICT (KPM, 2006). Soalnya adakah pengurusan sekolah memberi sokongan sepenuhnya untuk
melaksanakan program PPSMI dan program pembestarian sekolah? Dan apakah tahap kompetensi
pengurusan sekolah dalam mengguna dan mengurus teknologi instruksional dalam P&P? Oleh itu kajian
ini dilaksanakan bertujuan meninjau tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam dalam mengurus
teknologi instruksional di sekolah.

Tujuan Kajian
Tujuan kajian ini ialah untuk mengukur tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan
teknologi instruksional menggunakan Technology Standards for School Administrators (Bosco, 2001) iaitu
(a) kepimpinan dan visi teknologi instruksional, (b) pembelajaran dan pengajaran, (c) produktiviti dan
amalan profesional, (d) sokongan, pengurusan dan operasi (e) pentaksiran dan penilaian dan (f) isu
sosial, etika, perundangan dan kemanusiaan.

Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam Standard:
             a. Kepimpinan dan visi teknologi instruksional
             b. Pembelajaran dan pengajaran
             c. Produktiviti dan amalan profesional
             d. Sokongan, pengurusan dan operasi
             e. Pentaksiran dan penilaian
             f. Isu sosial, perundangan dan etika
Skop dan Batasan Kajian
Kajian ini hanya melihat tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi
instruksional berasaskan enam standard yang ditetapkan dalam Technology Standards for School
Administrators (Bosco, 2001). Sampel kajian pula melibatkan pengetua dan guru besar dari sekolah-
sekolah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dari negeri atau wilayah yang berkenaan
terutamanya sekolah bestari. Maklum balas yang diterima adalah bergantung kepada keikhlasan atau
kejujuran responden kajian menjawab soalan kajian.

                                                                138
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



Metodologi Kajian
Kajian ini menggunakan teknik tinjauan untuk mendapatkan data kuantitatif. Soal selidik yang digunakan,
diubahsuai dari Standard Teknologi Pendidikan untuk pentadbir sekolah atau Technology Standards for
School Administrators (TSSA). Standard ini dibina secara kolaboratif dengan bantuan International
Standards for Technology in Education (ISTE) yang melibatkan beberapa Fakulti Pendidikan dari
beberapa buah universiti di Amerika dan pentadbir sekolah. Sebanyak 47 item atau indikator prestasi
pengetua atau guru besar telah dikenal pasti untuk membentuk Standard Teknologi Pendidikan (STP) di
kalangan pengetua atau guru besar. Standard ini terbahagi kepada enam iaitu:

   1. Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional
      Pengetua atau guru besar mempunyai kepimpinan dan visi untuk mengintegrasikan teknologi dan
      media secara komprehensif dan menggalakkan budaya dan persekitaran yang kondusif untuk
      merealisasikan visi.

   2. Pembelajaran dan Pengajaran
      Pengetua atau guru besar akan memastikan reka bentuk kurikulum, reka bentuk instruksional/
      pengajaran, strategi pengajaran dan persekitaran pembelajaran dapat mengintegrasikan
      teknologi dan media yang sesuai untuk memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran.

   3. Produktiviti dan Amalan Profesional
      Pengetua atau guru besar akan menggunakan teknologi instruksional untuk mengukuhkan dan
      memantapkan amalan profesionalnya serta meningkatkan produktiviti sendiri dan juga orang lain.

   4. Sokongan, Pengurusan dan Operasi
      Pengetua atau guru besar mempastikan integrasi teknologi instruksional menyokong sistem
      produktiviti untuk pembelajaran dan pengurusan.

   5. Pentaksiran dan Penilaian
      Pengetua atau guru besar akan menggunakan teknologi dan media untuk merancang dan
      melaksanakan strategi dan sistem pentaksiran serta penilaian yang komprehensif dan efektif.

   6. Isu Sosial, Perundangan dan Etika
      Pengetua atau guru besar memahami isu sosial, perundangan dan kemanusiaan serta etika yang
      merangkumi penggunaan teknologi dan media di sekolah dan bertanggungjawab menggunakan
      prinsip itu dalam amalan dan membuat keputusan.

Sejumlah 55 buah sekolah cemerlang yang terdiri daripada 27 buah sekolah menengah dan 28 buah
sekolah rendah dari kawasan bandar dan luar bandar dari 15 buah negeri/wilayah yang melibatkan 55
pengetua dan guru besar sekolah. Daripada jumlah ini, hanya 38 pengetua dan guru besar sahaja yang
mengembalikan borang soal selidik.

                           Jadual 1: Responden Pengetua dan Guru Besar

            Sekolah / Jawatan              Bandar            Luar           Jumlah          Kadar
                                                            Bandar                         Respons
      Pengetua Sekolah Menengah               14              13               27            19
     Guru Besar Sekolah Rendah                14              14               28            19
                Jumlah                                                         55            38

Peratus digunakan untuk menganalisis indikator tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam
pengurusan teknologi instruksional seperti yang terdapat dalam Standard Teknologi Instruksional untuk
pentadbir sekolah. Pemeringkatan peratus digunakan untuk mengukur kompetensi pengetua dan guru
besar mengurus teknologi instruksional. Pemeringkatan adalah seperti berikut: (Rendah= < 50%,
sederhana rendah = 51%-65%, sederhana 66%-75%, sederhana tinggi 76%-85% dan tinggi > 86% ).
Indikator kompetensi guru, pengetua dan guru besar akan menentukan tahap Teknologi Instruksional
mereka di sekolah.




                                                   139
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



Dapatan Kajian
Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional
Tahap tertinggi bagi kepimpinan dan visi teknologi instruksional ialah menyokong polisi dan program KPM
dan JPN untuk melaksanakan plan penggunaan teknologi instruksional dan menggalakan integrasi
teknologi instruksional yang berkesan di kalangan guru dan kakitangan sokongan iaitu masing-masing
100 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah membina satu plan penggunaan teknologi instruksional
yang inovatif di sekolah berasaskan kajian dan selari dengan plan dan program teknologi instruksional di
peringkat pusat (PKG dan PSPN) iaitu hanya 57.9%. Walaubagaimanapun, peratus keseluruhan masih
pada tahap sederhana tinggi (lihat jadual 2).

                             Jadual 2: Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional

     Sebagai Pengetua/Guru Besar saya :
      Item                               Pernyataan                            Ya  Tidak
       1.1   Mempunyai visi untuk menggunakan teknologi instruksional dan 84.2%    15.8%
             menyampaikan visi ini kepada masyarakat setempat                 (32)   (6)
       1.2   Membina satu program teknologi jangka panjang, sistematik dan 73.7%   26.3%
             dinamik serta berusaha melaksana dan memantau program itu        (28)  (10)
             untuk mencapai visi teknologi instruksional
       1.3   Mengambil risiko yang bertanggungjawab dan menyokong polisi 68.4%     31.6%
             inovasi teknologi instruksional secara berterusan                (26)  (12)
       1.4   Menggunakan data kajian dalam membuat keputusan 68.4%                 31.6%
             kepimpinan                                                       (26)  (12)
       1.5   Menggalakkan amalan penyelidikan dalam penggunaan 76.3%               23.7%
             teknologi instruksional                                          (29)   (9)
       1.6   Menyokong polisi dan program KPM dan JPN untuk                  100%
             melaksanakan plan penggunaan teknologi instruksional             (38)    -
     Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut :
      Item                               Pernyataan                            Ya  Tidak
       1.7   Mengambil bahagian dalam mesyuarat negeri dan daerah 76.3%            23.7%
             dalam membuat keputusan dan menentukan halatuju                  (29)   (9)
             penggunaan teknologi instruksional di sekolah
       1.8   Membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang 57.9%       42.1%
             inovatif di sekolah berasaskan kajian dan selari dengan plan     (22)  (16)
             dan program teknologi instruksional di peringkat pusat (PKG dan
             PSPN)
       1.9   Menggalakan integrasi teknologi instruksional yang berkesan di  100%
             kalangan guru dan kakitangan sokongan.                           (38)    -
                                      Jumlah Peratus                         78.4%


Pengajaran dan Pembelajaran
Tahap tertinggi bagi pengajaran dan pembelajaran ialah membekal dan mempastikan guru dan
kakitangan sokongan mempunyai peluang menyertai latihan profesional untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi instruksional iaitu 97.4%. Manakala tahap yang
paling rendah ialah membantu guru menggunakan teknologi untuk mengakses, menganalisis dan
mentafsir data prestasi pelajar dan menggunakan dapatan ini untuk merekabentuk, menilai dan
mengubahsuai kaedah pengajaran iaitu hanya 73.7%. Tahap ini merupakan yang tertinggi berbanding
yang lain iaitu 86.4% (lihat Jadual 3).




                                                                140
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



                              Jadual 3: Pengajaran dan Pembelajaran

Sebagai Pengetua/Guru Besar saya :
 Item                             Pernyataan                             Ya  Tidak
  2.1   Mengenalpasti, mengguna, menilai dan menggalakkan teknologi 94.7%     5.3%
        dan media yang sesuai untuk mengukuh dan menyokong              (36)   (2)
        instruksi dan kurikulum menuju ke arah pencapaian pelajar yang
        lebih cemerlang
  2.2   Memudah dan menyokong persekitaran pembelajaran yang 89.5%           10.5%
        menggunakan teknologi instruksional yang kondusif kepada        (34)   (4)
        inovasi untuk menambahbaik proses pengajaran
  2.3   Menyediakan persekitaran pembelajaran yang berfokuskan 89.5%         10.5%
        pelajar menggunakan teknologi instruksional untuk memenuhi      (34)   (4)
        keperluan pelbagai pelajar
  2.4   Memudahkan penggunaan teknologi dan media untuk 81.6%                18.4%
        menyokong dan mengukuhkan kaedah pengajaran yang                (31)   (7)
        membina kemahiran berfikir aras tinggi, membuat keputusan
        dan penyelesaian masalah
  2.5   Membekal dan mempastikan guru dan kakitangan sokongan 97.4%           2.6%
        mempunyai peluang menyertai latihan profesional untuk           (37)   (1)
        meningkatkan       proses   pengajaran    dan    pembelajaran
        menggunakan teknologi instruksional
Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut :
 Item                             Pernyataan                             Ya  Tidak
  2.6   Membantu guru menggunakan teknologi untuk mengakses, 73.7%           26.3%
        menganalisis dan mentafsir data prestasi pelajar dan            (28)  (10)
        menggunakan dapatan ini untuk merekabentuk, menilai dan
        mengubahsuai kaedah pengajaran
  2.7   Bekerjasama merekabentuk, melaksana, menyokong dan 78.9%             21.1%
        mengambil bahagian dalam perkembangan profesional untuk         (30)   (8)
        semua guru yang mengintegrasi teknologi dan media untuk
        meningkatkan proses pembelajaran
                                Jumlah Peratus                         86.4%

Produktiviti dan Amalan Profesional
Bagi tahap produktiviti dan amalan profesional,tahap tertinggi ialah menggunakan teknologi dan media
untuk memajukan organisasi iaitu 89.5 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah melibatkan diri dalam
kerjaya profesional yang menggunakan sumber teknologi iaitu hanya 55.3%. Walaubagaimanapun,
peratus keseluruhan masih pada tahap sederhana tinggi (lihat Jadual 4).

                            Jadual 4 : Produktiviti dan Amalan Profesional

Sebagai Pengetua/Guru Besar saya :
 Item                            Pernyataan                                        Ya        Tidak
  3.1   Menjadi model kepada penggunaan teknologi instruksional yang             78.9%       21.1%
        efektif                                                                   (30)         (8)
  3.2   Meggunakan teknologi dan media untuk berkomunikasi dan                   71.1%       28.9%
        bekerjasama dengan rakan, guru, ibubapa, pelajar dan                      (27)        (11)
        masyarakat setempat
  3.3   Membina dan menyertai komuniti pembelajaran yang                         84.2%       15.8%
        meransang, memupuk dan menyokong guru dan kakitangan                      (32)        (6)
        untuk menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti
  3.4   Melibatkan diri dalam kerjaya profesional yang menggunakan               55.3%       44.7%
        sumber teknologi                                                          (21)        (17)
  3.5   Memelihara kesedaran dalam teknologi dan media baru dan                  86.8%       13.2%
        potensinya dalam pendidikan                                               (33)         (5)
  3.6   Menggunakan teknologi dan media untuk memajukan organisasi               89.5%       10.5%
                                                                                  (34)         (4)

                                                 141
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut :
 Item                              Pernyataan                        Ya   Tidak
  3.7   Menggunakan sistem pengurusan berasaskan teknologi 73.7%          26.3%
        maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkini untuk mengakses  (28)   (10)
        dan memelihara rekod kakitangan dan pelajar
  3.8   Menggunakan pelbagai jenis media dan format seperti OHP, 76.3%    23.7%
        video, audio, alat komunikasi dan laman web untuk           (29)    (9)
        berkomunikasi, berinteraksi, dan bekerjasama dengan rakan,
        pakar dan lain-lain para pendidik
                                 Jumlah Peratus                    76.9%

Sokongan, Pengurusan dan Operasi
Tahap sokongan pengurusan dan operasi memperlihatkan memperuntukan kewangan sekolah dan lain-
lain sumber kewangan untuk memajukan plan teknologi instruksional sekolah merupakan yang tertinggi
iaitu 97.4 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah membina, melaksana dan memantau polisi dan
panduan untuk mempastikan keserasian teknologi instruksional iaitu hanya 52.6%. Peratus keseluruhan
pula menunjukan ianya berada pada tahap sederhana (lihat jadual 5).

                                  Jadual 5: Sokongan, Pengurusan dan Operasi
       Sebagai Pengetua/Guru Besar saya :
        Item                            Pernyataan                          Ya   Tidak
         4.1   Membina, melaksana dan memantau polisi dan panduan untuk 52.6%    47.4%
               mempastikan keserasian teknologi instruksional              (20)   (18)
         4.2   Melaksana dan menggunakan pengurusan berasaskan 68.4%             31.6%
               teknologi bersepadu dan sistem operasi                      (26)   (12)
         4.3   Memperuntukan kewangan dan sumber manusia untuk 78.9%             21.1%
               mempastikan pelaksanaan plan teknologi instruksional yang   (30)    (8)
               menyeluruh dan terjamin
         4.4   Mengintegrasi plan strategik, plan teknologi dan lain-lain 65.8%  34.2%
               rancangan dan polisi penambahbaikan untuk menyatukan        (25)   (13)
               usaha dan kerjasama ke arah meningkatkan proses
               pengurusan, pengajaran dan pembelajaran
         4.5   Melaksana prosedur untuk meningkatkan sistem pengurusan 76.3%     23.7%
               berteknologi dan menyokong evolusi perkembangan teknologi   (29)    (9)
               instruksional
       Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut :
        Item                            Pernyataan                          Ya   Tidak
         4.6   Menyediakan perkhidmatan media dan perkongsian maklumat 73.7%     26.3%
               dalam pelbagai format untuk semua masyarakat sekolah        (28)   (10)
         4.7   Memperuntukan kewangan sekolah dan lain-lain sumber 97.4%          2.6%
               kewangan untuk memajukan plan teknologi instruksional       (37)    (1)
               sekolah
         4.8   Menyokong khidmat bantuan teknologi dan media yang cukup, 89.5%   10.5%
               semasa dan berkualiti                                       (34)    (4)
                                      Jumlah Peratus                      75.3%


Pentaksiran dan Penilaian
Pentaksiran dan penilaian berada pada tahap sederhana dengan peratus yang terendah iaitu 65.7%.
Tahap yang paling tinggi merupakan menggunakan teknologi dan media untuk mengumpul dan
menganalisis data, mentafsir dapatan, dan menyampaikan dapatan untuk penambahbaikan amalan
pengajaran dan pembelajaran iaitu 84.2 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah melaksana
prosedur penilaian untuk setiap guru menilai tahap atau standard penggunaan teknologi instruksional dan
membina rancangan perkembangan profesional iaitu hanya 52.6% (lihat jadual 6).




                                                                142
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



                                Jadual 6: Pentaksiran dan Penilaian

       Sebagai Pengetua/Guru Besar saya :
        Item                               Pernyataan                           Ya  Tidak
         5.1   Menggunakan pelbagai kaedah untuk mentaksir dan menilai 71.1%        28.9%
               penggunaan sumber teknologi dan media yang sesuai untuk         (27)  (11)
               pembelajaran, komunikasi dan produktiviti
         5.2   Menggunakan teknologi dan media untuk mengmpul dan 84.2%             15.8%
               menganalisis data, mentafsir dapatan, dan menyampaikan          (32)   (6)
               dapatan untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan
               pembelajaran
         5.3   Mengukur pengetahuan guru dan kakitangan sekolah dan 55.3%           44.7%
               prestasi mereka menggunakan teknologi instruksional dan         (21)  (17)
               menggunakan          dapatan     untuk  mengadakan     latihan
               perkembangan profesional dan melaporkan pencapaian mereka
         5.4   Menggunakan teknologi dan media untuk mentaksir, menilai dan 60.5%   39.5%
               mengurus sistem pengurusan dan operasi                          (23)  (15)
       Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut :
        Item                               Pernyataan                           Ya  Tidak
       5.5     Mengalak dan menjadi model penggunaan teknologi 68.4%                31.6%
               instruksional      untuk     mengakses,   menganalisis     dan  (26)  (12)
               mengintrepetasi data untuk meningkatkan pencapaian dan
               produktiviti pelajar
       5.6     Melaksana prosedur penilaian untuk setiap guru menilai tahap 52.6%   47.4%
               atau standard penggunaan teknologi instruksional dan membina    (20)  (18)
               rancangan perkembangan profesional
       5.7     Menjadikan penggunaan teknologi instruksional yang efektif 68.4%     31.6%
               dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu           (26)  (12)
               kriteria untuk menilai prestasi guru
                                         Jumlah Peratus                       65.7%


Isu Sosial, Perundangan dan Etika
Isu sosial, perundangan dan etika pula berada pada tahap sederhana tinggi dengan peratus keseluruhan
iaitu 76.9%. Tahap yang paling tinggi merupakan memelihara dan menyediakan sumber teknologi dan
media untuk membolehkan guru memnuhi keperluan pelajar di sekolah iaitu 97.4 %. Manakala tahap
yang paling rendah ialah mengambil bahagian dalam pembinaan polisi yang menguatkuasakan hakcipta
dan harta intelek dengan kerjasama PSPN dan PKG iaitu hanya 42.1% (lihat jadual 7).

                            Jadual 7: Isu Sosial, Perundangan dan Etika

     Sebagai Pengetua/Guru Besar saya :
      Item                            Pernyataan                                          Ya        Tidak
       6.1   Mempastikan akses yang adil dan saksama sumber teknologi                   81.6%       18.4%
             danmedia kepada semua pelajar dan guru                                      (31)        (7)
       6.2   Mengenalpasti,     berkomunikasi,   menjadi   contoh     dan               76.3%       23.7%
             menguatkuasakan amalan sosial, perundangan dan etika untuk                  (29)        (9)
             membina sikap yang bertanggungjawab terhadap penggunaan
             teknologi
       6.3   Menggalakan dan menguatkuasakan privacy, jaminan dan                       63.2%       36.8%
             keselamatan penggunaan teknologi dalam talian                               (24)        (14)
       6.4   Menggalakan dan menguatkuasakan persekitaran yang selamat                  89.5%       10.5%
             dan sihat terhadap penggunaan teknologi dan media                           (34)         (4)
       6.5   Mengambil      bahagian   dalam pembinaan      polisi yang                 42.1%       57.9%
             menguatkuasakan hakcipta dan harta intelek dengan kerjasama                 (16)        (22)
             PSPN dan PKG




                                                143
2nd International Malaysian Educational Technology Convention



       Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut :
        Item                              Pernyataan                              Ya  Tidak
         6.6   Memelihara dan menyediakan sumber teknologi dan media 97.4%             2.6%
               untuk membolehkan guru memnuhi keperluan pelajar di sekolah       (37)   (1)
         6.7   Menerima dan menguatkuasakan polisi dan peraturan yang 86.8%           13.2%
               telah dipersetujui oleh pihak KPM tentang acceptable use policy,  (33)   (5)
               hakcipta, jaminan dan penggunaan teknologi media di kalangan
               pelajar dan guru
         6.8   Mengambil bahagian dalam membangunkan kemudahan dan 78.9%              21.1%
               persekitaran yang menyokong serta memberi tumpuan kepada          (30)   (8)
               kesihatan dan keselamatan penggunaan teknologi dan media
                                        Jumlah Peratus                          76.9%


Rumusan
Jadual 8 di bawah menunjukkan rumusan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan
teknologi instruksional berasaskan kepada enam standard. Peratus keseluruhan bagi enam standard ini
ialah 76.6%. iaitu sederhana tinggi. Dari enam standard ini kompetensi tertinggi bagi pengetua dan guru
besar adalah Standard Pembelajaran dan Pengajaran (86.4%) iaitu peringkat tinggi, diikuti oleh
Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional (78.4%), Produktiviti dan Amalan Profesional (76.9%) dan
Isu Sosial, Perundangan dan Etika (76.9%), masing-masing berada pada peringkat sederhana tinggi dan
Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi (75.3%), peringkat sederhana. Manakala standard yang
terendah ialah dalam Standard Pentaksiran dan Penilaian (65.7%) iaitu peringkat sederhana.

     Jadual 8 : Rumusan Kompetensi Pengetua dan Guru Besar Mengikut Enam Standard Teknologi
                                          Instruksional

        Bil.                Enam Standard Teknologi Instruksional                 Peratus (%)
       1.         Pembelajaran dan pengajaran                                        86.4

       2          Kepimpinan dan visi teknologi instruksional                         78.4
       3.         Produktiviti dan amalan profesional                                 76.9
       4.         Isu sosial, perundangan dan etika                                   76.9
       5.         Sokongan, pengurusan dan operasi                                    75.3
       6.         Pentaksiran dan Penilaian                                           65.7
                                       Peratus keseluruhan                            76.6


CADANGAN
Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam
teknologi instruksional berasaskan kepada enam standard adalah 76.6% iaitu pada peringkat sederhana
tinggi. Dari enam standard ini kompetensi tertinggi bagi pengetua dan guru besar mengikuti keutamaan
adalah Standard Pembelajaran dan Pengajaran (Peringkat tinggi) diikuti oleh Standard Kepimpinan dan
Visi Teknologi Instruksional, Standard Produktiviti dan Amalan Profesional, Standard Isu Sosial dan
Perundangan dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi, masing-masing berada pada peringkat
sederhana tinggi. Manakala standard yang terendah ialah Pentaksiran dan Penilaian (Peringkat
sederhana). Oleh itu, bagi mempertingkatkan produktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sekolah, sokongan pengetua dan guru besar amat penting dan perhatian serius harus
diberikan terhadap melaksanakan tugas serta memberi tumpuan terhadap perkara-perkara berikut :

1.       Melaksana prosedur penilaian untuk setiap guru menilai tahap atau standard penggunaan
         teknologi instruksional serta membina rancangan perkembangan profesional
2.       Mengukur pengetahuan dan prestasi guru dan kakitangan sekolah menggunakan teknologi
         instruksional dan menggunakan dapatan untuk mengadakan latihan perkembangan profesional
         dan melaporkan pencapaian mereka.
3.       Menggunakan teknologi dan media untuk mentaksir, menilai dan mengurus sistem pengurusan
         dan operasi.
4.       Melaksana dan menggunakan pengurusan berasaskan teknologi bersepadu dan sistem operasi.

                                                                144
2nd International Malaysian Educational Technology Convention


5.     Menintegrasikan plan strategik, plan teknologi dan lain-lain rancangan dan polisi
       penambahbaikan untuk menyatukan usaha dan kerjasama ke arah meningkatkan proses
       pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.
6.     Mempastikan integrasi teknologi instruksional menyokong sistem produktiviti untuk pembelajaran
       dan pengurusan.
7.     Mengambil bahagian dalam pembinaan polisi yang menguatkuasa hakcipta dan harta intelektual
       dengan kerjasama PSPN dan PKG.
8.     Menggalakkan dan menguatkuasakan privacy, jaminan dan keselamatan penggunaan teknologi
       online.
9.     membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang inovatif di sekolah berasaskan
       kajian dan selari dengan plan dan program teknologi peringkat daerah (Pusat Kegiatan guru) dan
       peringkat Negeri (Pusat Sumber Pendidikan Negeri).
10.    Membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang inovatif di sekolah berasaskan
       kajian dan selari dengan plan dan program teknologi instruksional di peringkat pusat (PKG dan
       PSPN)

Bagi memastikan tahap kompetensi pengetua dan guru besar terus dikekal dan dipertingkatkan, maka
bantuan dan pemantauan berterusan dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri,
Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia amat diperlukan.

Rujukan
Abdullah Ahmad Badawi (2004). Ucapan Bajet Tahun 2005: Menjamin kesinambungan rakyat. Dewan
        Rakyat 10 September, 2005 Diperoleh pada 1 Jun,2008 dari www.treasury.gov.my/view.php?
        ch=10&pg=150&ac=174&fname= attachment&dbIndex=0)
Abdullah Ahmad Badawai (2006). Ucapan Bajet Tahun 2007: Melaksanakan misis nasional ke arah
        mencapai wawasan negara, Dewan Rakyat, 1 September, 2006 di perolehi pada 1 jun, 2008 dari
        www.epu.jpm.my/bajet/bmbajet2007.pdf-
Alan, S.D. (2004). A study of the technology leadership of Texas high school principals, Ed. D.
        Thesis, University of North Texas.
Bheam, P. (2006). School administrators’ perspective on their leadership role in technology
        integration, Ph.D thesis, Walden University.
Bosco, J. (2001). Technology Standards for School Administrators (TSSA).Diperoleh dari
        http://www.ncrtec.org/pd/tssa/tssa.pdf (3 jun 2008)
Holman, S.J. (2006). Attitudes and perceptions of Mississippi career and technology school
        administrators toward technology integration and their knowledg and use of the National
        Educational Technology Standards fo School Administrators (NETS.A). Ph.D Thesis.
        Mississippi State University. (http:www.coe.uh.edu/insite/edec_pub/html 1998/in_baka.html (5
        Mac 2001).
KPM. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.
Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Rusnah Abdul Karim (2007). Administrators as technology leader.
        Concept and application. Dalam Zaidatun Tasir (ketua editor) 1st International Malaysian
        Educational Technology Convention 2007 (pp. 404-409), Sofitel Palm, Resort, Senai Johor
        Bahru.
Staples, A., Pugach, M.C. & Himes, D. (2005). Rethinking the technology.
Yu, Chien & Durrington, V.A. (2006). Technology standards for school administrators: An analysis of
        practicing and, aspiring administrators’ perceived ability to perform the standards. NASSP
        Bulletin (http://bul.sagrpub.com)




                                                145

More Related Content

What's hot

Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoPengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoSazali Mohd Bee
 
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematikikhwankmk92
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1rozitanasir
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
Teknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan Profesi
Teknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan ProfesiTeknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan Profesi
Teknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan Profesinurfadilah hafni
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanpeningla
 
Kegunaan ict dalam bidang pendidikan
Kegunaan ict dalam bidang pendidikanKegunaan ict dalam bidang pendidikan
Kegunaan ict dalam bidang pendidikanruhananadzir
 
Masalah efisiensi pendidikan
Masalah efisiensi pendidikanMasalah efisiensi pendidikan
Masalah efisiensi pendidikanAndy Zyuhendi
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 

What's hot (20)

Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_videoPengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
Pengajaran dan pembelajaran_berasaskan_streaming_video
 
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP MatematikPenggunaan ICT Dalam PDP Matematik
Penggunaan ICT Dalam PDP Matematik
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Jurnal 2
Jurnal 2Jurnal 2
Jurnal 2
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Math anxiety 3
Math anxiety 3Math anxiety 3
Math anxiety 3
 
Tugasan 9
Tugasan 9Tugasan 9
Tugasan 9
 
Tugasan 6
Tugasan 6Tugasan 6
Tugasan 6
 
Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1Presentation seminar upm 2012 1
Presentation seminar upm 2012 1
 
Tugas 8 jurnal
Tugas 8 jurnalTugas 8 jurnal
Tugas 8 jurnal
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Teknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan Profesi
Teknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan ProfesiTeknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan Profesi
Teknologi Pendidikan sebagai Kontruksi Teoritik, Bidang Garapan dan Profesi
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Ulasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikanUlasan jurnal pendidikan
Ulasan jurnal pendidikan
 
Kegunaan ict dalam bidang pendidikan
Kegunaan ict dalam bidang pendidikanKegunaan ict dalam bidang pendidikan
Kegunaan ict dalam bidang pendidikan
 
Masalah efisiensi pendidikan
Masalah efisiensi pendidikanMasalah efisiensi pendidikan
Masalah efisiensi pendidikan
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Kemahiran sosial
Kemahiran sosialKemahiran sosial
Kemahiran sosial
 

Similar to 2nd-International-Malaysian-Educational-Technology-Convention

PBKK3143 asas dalam penyelidikan TUTO M2 .pdf
PBKK3143 asas dalam penyelidikan  TUTO M2 .pdfPBKK3143 asas dalam penyelidikan  TUTO M2 .pdf
PBKK3143 asas dalam penyelidikan TUTO M2 .pdfgipgp24202619
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiAminah Rahmat
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...Setiawan Wibowo
 
Makalah teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Makalah  teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanMakalah  teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Makalah teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanAmalia Sofitri
 
KEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdf
KEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdfKEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdf
KEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdfDzakirahHasna1
 
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanHubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanSupratno Ani
 
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanHubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanSupratno Ani
 
Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5asikin1
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptkQbarrizky
 
Pts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapanggaPts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapanggaAnwar Sari
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tiksman 2 mataram
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPRain_Ain
 
Teknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikan
Teknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikanTeknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikan
Teknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikanchaya pebiyana
 

Similar to 2nd-International-Malaysian-Educational-Technology-Convention (20)

Tugasan 1
Tugasan 1Tugasan 1
Tugasan 1
 
PBKK3143 asas dalam penyelidikan TUTO M2 .pdf
PBKK3143 asas dalam penyelidikan  TUTO M2 .pdfPBKK3143 asas dalam penyelidikan  TUTO M2 .pdf
PBKK3143 asas dalam penyelidikan TUTO M2 .pdf
 
Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologi
 
Artikel ilmiah
Artikel ilmiahArtikel ilmiah
Artikel ilmiah
 
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran:  Survei pada ...
Penggunaan Teknologi Informasi dan Komunikasi dalam Pengajaran: Survei pada ...
 
Makalah teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Makalah  teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikanMakalah  teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
Makalah teknologi sebagai pendekatan dalam problem pendidikan
 
KEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdf
KEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdfKEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdf
KEL. 8 _SUPERVISI PENDIDIKAN.pdf
 
hbef3103 old sample
hbef3103 old samplehbef3103 old sample
hbef3103 old sample
 
Ulasan
Ulasan Ulasan
Ulasan
 
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanHubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
 
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikanHubungan teknologi dengan dunia pendidikan
Hubungan teknologi dengan dunia pendidikan
 
Penggunaan ICT
Penggunaan ICTPenggunaan ICT
Penggunaan ICT
 
Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5Makalah spi kelompok5
Makalah spi kelompok5
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Pts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapanggaPts pengawas sman 1 madapangga
Pts pengawas sman 1 madapangga
 
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tikPemanfaatan  pengembangan bahan belajar berbasis tik
Pemanfaatan pengembangan bahan belajar berbasis tik
 
Latar belakang
Latar belakang Latar belakang
Latar belakang
 
Penggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdPPenggunaan ICT dalam PdP
Penggunaan ICT dalam PdP
 
Teknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikan
Teknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikanTeknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikan
Teknologi pendidikan dalam peningkatan mutu aplikasi pendidikan
 

Recently uploaded

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxssuser35630b
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 

Recently uploaded (20)

Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 

2nd-International-Malaysian-Educational-Technology-Convention

  • 1. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Kajian Tahap Kompetensi Pengetua/Guru Besar Sekolah Terhadap Pengurusan Teknologi Instruksional di Sekolah Mahizer Hamzah, Yusup Hashim, Ismail Abdul Raoh Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris mahizer@fskpm.upsi.edu.my, yusup@upsi.edu.my, ismail_abdulraoh@upsi.edu.my Abstrak Kajian ini dijalankan bertujuan meninjau tahap kompetensi pentadbir sekolah yang terdiri daripada pengetua dan guru besar terhadap pengurusan teknologi instruksional khususnya ICT. Responden kajian ini terdiri daripada 55 buah sekolah cemerlang menengah dan rendah dari seluruh negara. Kajian ini menggunakan teknik tinjauan untuk mendapatkan data kuantitatif. Soalselidik yang digunakan telah diubahsuai dari Standard Teknologi Untuk Pentadbir Sekolah (Technology Standard for School Administration). Enam komponen penting yang terlibat di dalam standard ini ialah i) Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional, ii) Pembelajaran dan Pengajaran, iii) Produktiviti dan Amalan Profesional, iv) Sokongan, Pengurusan dan Operasi, v) Pentaksiran dan Penilaian dan vi) Isu Sosial, Perundangan dan Etika. Dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi adalah pada tahap sederhana tinggi. Oleh itu, pihak pentadbir sekolah perlu memberi komitmen sepenuhnya terhadap penggunaan teknologi instruksional agar dapat meningkatkan produktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah. Pengenalan Penerimaan dan penggunaan sesuatu inovasi teknologi pendidikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mempunyai sejarah yang lama iaitu bermula dengan penggunaan papan batu hinggalah kepada komputer dan teknologi Internet. Penerimaan atau penolakan di dalam hampir semua jenis inovasi ini terus diperdebatkan sepanjang sejarah perkembangan penggunaan teknologi pendidikan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Sejarah perkembangan teknologi instruksional yang lama di dalam sistem pendidikan membolehkan kajian ini meninjau aspek kepimpinan teknologi berkaitan dengan pelan penggunaan teknologi, peranan agensi teknologi pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, akses kepada prasarana teknologi di sekolah, kelengkapan fizikal dan peralatan teknologi, pengurusan, proses penilaian serta keupayaan dan kecekapan guru mengintegrasikan dan menggunakan media dan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang diharapkan boleh membawa perubahan kepada pencapaian pelajar. Beberapa kajian menunjukkan kepimpinan yang berkesan adalah kritikal untuk menyedia dan menjamin satu persekitaran pembelajaran yang berasaskan teknologi. Seorang pengetua atau guru besar perlu berpengetahuan, bertanggungjawab, yakin dan komited untuk melaksanakan program teknologi pendidikan di sekolah. Beberapa kajian telah dijalankan untuk melihat kesan kepimpinan pengurus/ pentadbir sekolah terhadap pengurusan teknologi pendidikan di sekolah menggunakan instrumen Standard Teknologi Pendidikan untuk pentadbir sekolah (NETS. A). Kajian yang dilaksanakan oleh Alan (2004) terhadap kepimpinan pengetua di Sekolah Tinggi Texas menunjukkan, pengetua sekolah mempunyai skor min yang tinggi dalam setiap 6 Standard Teknologi Pendidikan. Walau bagaimanapun skor min yang paling rendah adalah dalam Standard kepimpinan dan visi teknologi dan yang paling tinggi adalah dalam Standard sokongan, penyelenggaran dan operasi teknologi. Ini bermakna pengetua perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka dalam kepimpinan agar dapat memimpin sekolah untuk mengintegrasikan teknologi dalam P&P. Pengintegrasian teknologi yang berkesan memerlukan pemimpin yang mahir serta mempunyai visi yang jelas untuk melakukan perubahan. Bheam (2006) mengkaji tentang perspektif pentadbir sekolah terhadap peranan mereka dalam integrasi teknologi menggunakan NETS.A. Dapatan kajiannya menunjukkan bahawa pentadbir sekolah mahir dalam pengurusan dan analisis data untuk tujuan pengurusan tetapi lemah dalam teknologi instruksional. Pentadbir sekolah perlu menyedari kepentingan teknologi instruksional dan merancang latihan profesional yang diperlukan untuk diri mereka. Mereka perlukan latihan profesional dalam kesemua Standard Teknologi Pendidikan. Badan profesional seperti ISTE hendaklah mempromosikan NETS dan mencadangkan supaya pentadbir sekolah mempunyai dan mengamalkan semua kompetensi dalam NETS. Kajian ini disokong oleh Holman (2006) yang mencadangkan supaya pentadbir sekolah
  • 2. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention meningkatkan pengetahuan dan pengalaman serta penggunaan NETS. Mereka juga harus menambahkan pengetahuan dan latihan dalam integrasi teknologi. Staples et al. (2005) mengkaji tentang kepimpinan guru besar terhadap pengintegrasian teknologi di sekolah. Kajian menunjukkan proses integrasi teknologi di sekolah bergantung kepada tiga perkara: Pertama, penggunaan teknologi harus selari dengan kurikulum dan misi sekolah. Kedua, peranan kepimpinan guru teknologi yang mempengaruhi penggunaan teknologi di sekolah. Dan ketiga, peranan masyarakat luar (awam dan swasta) mengiktiraf guru dan pelajar menggunakan teknologi dalam P&P. Yu & Durrington (2006) pula mengkaji tentang tahap pengamatan pentadbir dan guru sekolah tentang kebolehan mereka memenuhi standard teknologi. Dapatan kajian menunjukkan, pentadbir sekolah mempunyai kebolehan yang tinggi dalam isu sosial, perundangan dan etika dan rendah dalam standard sokongan, pengurusan dan operasi. Manakala guru pula mempunyai kebolehan yang tinggi dalam standard pembelajaran dan pengajaran dan rendah dalam standard sokongan, pengurusan dan operasi. Kedua-dua kumpulan ini mempunyai kebolehan yang rendah dalam sokongan, pengurusan dan operasi. Mohd Izham & Rusnah (2007)telah menjalankan kajian untuk melihat kesan atau hubungan kepimpinan teknologi dengan pentadbiran sekolah menggunakan elemen atau standard NETS di Malaysia. Dapatan kajian mereka menunjukkan pengetua sekolah mempunyai standard yang sederhana dalam kepimpinan teknologi dan visi dan standard pengajaran dan pembelajaran dan sederhana rendah dalam standard produktiviti dan amalan profesional. Di Malaysia, kerajaan telah menyediakan peruntukan yang lebih besar untuk sektor pendidikan. Pada tahun 2005, sejumlah 21.5 bilion telah diperuntukkan (Abdullah Badawi, 2004) iaitu 25% daripada jumlah besar bajet manakala pada tahun 2007, sejumlah RM33.4 bilion iaitu 21% daripada jumlah besar bajet telah disediakan untuk sektor pendidikan. Dalam Bajet 2007, sejumlah RM288 juta telah disediakan di bawah program pembestarian sekolah (Abdullah Badawi, 2006). Kerajaan telah menyediakan kelengkapan dan kemudahan fizikal, prasarana, media, komputer, peralatan teknologi dan guru yang terlatih terutama di 88 buah sekolah bestari. KPM telah menyediakan pelbagai program latihan untuk meningkatkan kemahiran guru dan sehingga tahun 2005, seramai 200,000 guru telah dilatih dalam bidang ICT (KPM, 2006). Soalnya adakah pengurusan sekolah memberi sokongan sepenuhnya untuk melaksanakan program PPSMI dan program pembestarian sekolah? Dan apakah tahap kompetensi pengurusan sekolah dalam mengguna dan mengurus teknologi instruksional dalam P&P? Oleh itu kajian ini dilaksanakan bertujuan meninjau tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam dalam mengurus teknologi instruksional di sekolah. Tujuan Kajian Tujuan kajian ini ialah untuk mengukur tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi instruksional menggunakan Technology Standards for School Administrators (Bosco, 2001) iaitu (a) kepimpinan dan visi teknologi instruksional, (b) pembelajaran dan pengajaran, (c) produktiviti dan amalan profesional, (d) sokongan, pengurusan dan operasi (e) pentaksiran dan penilaian dan (f) isu sosial, etika, perundangan dan kemanusiaan. Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengukur tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam Standard: a. Kepimpinan dan visi teknologi instruksional b. Pembelajaran dan pengajaran c. Produktiviti dan amalan profesional d. Sokongan, pengurusan dan operasi e. Pentaksiran dan penilaian f. Isu sosial, perundangan dan etika Skop dan Batasan Kajian Kajian ini hanya melihat tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi instruksional berasaskan enam standard yang ditetapkan dalam Technology Standards for School Administrators (Bosco, 2001). Sampel kajian pula melibatkan pengetua dan guru besar dari sekolah- sekolah yang mempunyai pencapaian yang cemerlang dari negeri atau wilayah yang berkenaan terutamanya sekolah bestari. Maklum balas yang diterima adalah bergantung kepada keikhlasan atau kejujuran responden kajian menjawab soalan kajian. 138
  • 3. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Metodologi Kajian Kajian ini menggunakan teknik tinjauan untuk mendapatkan data kuantitatif. Soal selidik yang digunakan, diubahsuai dari Standard Teknologi Pendidikan untuk pentadbir sekolah atau Technology Standards for School Administrators (TSSA). Standard ini dibina secara kolaboratif dengan bantuan International Standards for Technology in Education (ISTE) yang melibatkan beberapa Fakulti Pendidikan dari beberapa buah universiti di Amerika dan pentadbir sekolah. Sebanyak 47 item atau indikator prestasi pengetua atau guru besar telah dikenal pasti untuk membentuk Standard Teknologi Pendidikan (STP) di kalangan pengetua atau guru besar. Standard ini terbahagi kepada enam iaitu: 1. Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional Pengetua atau guru besar mempunyai kepimpinan dan visi untuk mengintegrasikan teknologi dan media secara komprehensif dan menggalakkan budaya dan persekitaran yang kondusif untuk merealisasikan visi. 2. Pembelajaran dan Pengajaran Pengetua atau guru besar akan memastikan reka bentuk kurikulum, reka bentuk instruksional/ pengajaran, strategi pengajaran dan persekitaran pembelajaran dapat mengintegrasikan teknologi dan media yang sesuai untuk memaksimumkan proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Produktiviti dan Amalan Profesional Pengetua atau guru besar akan menggunakan teknologi instruksional untuk mengukuhkan dan memantapkan amalan profesionalnya serta meningkatkan produktiviti sendiri dan juga orang lain. 4. Sokongan, Pengurusan dan Operasi Pengetua atau guru besar mempastikan integrasi teknologi instruksional menyokong sistem produktiviti untuk pembelajaran dan pengurusan. 5. Pentaksiran dan Penilaian Pengetua atau guru besar akan menggunakan teknologi dan media untuk merancang dan melaksanakan strategi dan sistem pentaksiran serta penilaian yang komprehensif dan efektif. 6. Isu Sosial, Perundangan dan Etika Pengetua atau guru besar memahami isu sosial, perundangan dan kemanusiaan serta etika yang merangkumi penggunaan teknologi dan media di sekolah dan bertanggungjawab menggunakan prinsip itu dalam amalan dan membuat keputusan. Sejumlah 55 buah sekolah cemerlang yang terdiri daripada 27 buah sekolah menengah dan 28 buah sekolah rendah dari kawasan bandar dan luar bandar dari 15 buah negeri/wilayah yang melibatkan 55 pengetua dan guru besar sekolah. Daripada jumlah ini, hanya 38 pengetua dan guru besar sahaja yang mengembalikan borang soal selidik. Jadual 1: Responden Pengetua dan Guru Besar Sekolah / Jawatan Bandar Luar Jumlah Kadar Bandar Respons Pengetua Sekolah Menengah 14 13 27 19 Guru Besar Sekolah Rendah 14 14 28 19 Jumlah 55 38 Peratus digunakan untuk menganalisis indikator tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi instruksional seperti yang terdapat dalam Standard Teknologi Instruksional untuk pentadbir sekolah. Pemeringkatan peratus digunakan untuk mengukur kompetensi pengetua dan guru besar mengurus teknologi instruksional. Pemeringkatan adalah seperti berikut: (Rendah= < 50%, sederhana rendah = 51%-65%, sederhana 66%-75%, sederhana tinggi 76%-85% dan tinggi > 86% ). Indikator kompetensi guru, pengetua dan guru besar akan menentukan tahap Teknologi Instruksional mereka di sekolah. 139
  • 4. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Dapatan Kajian Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional Tahap tertinggi bagi kepimpinan dan visi teknologi instruksional ialah menyokong polisi dan program KPM dan JPN untuk melaksanakan plan penggunaan teknologi instruksional dan menggalakan integrasi teknologi instruksional yang berkesan di kalangan guru dan kakitangan sokongan iaitu masing-masing 100 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang inovatif di sekolah berasaskan kajian dan selari dengan plan dan program teknologi instruksional di peringkat pusat (PKG dan PSPN) iaitu hanya 57.9%. Walaubagaimanapun, peratus keseluruhan masih pada tahap sederhana tinggi (lihat jadual 2). Jadual 2: Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional Sebagai Pengetua/Guru Besar saya : Item Pernyataan Ya Tidak 1.1 Mempunyai visi untuk menggunakan teknologi instruksional dan 84.2% 15.8% menyampaikan visi ini kepada masyarakat setempat (32) (6) 1.2 Membina satu program teknologi jangka panjang, sistematik dan 73.7% 26.3% dinamik serta berusaha melaksana dan memantau program itu (28) (10) untuk mencapai visi teknologi instruksional 1.3 Mengambil risiko yang bertanggungjawab dan menyokong polisi 68.4% 31.6% inovasi teknologi instruksional secara berterusan (26) (12) 1.4 Menggunakan data kajian dalam membuat keputusan 68.4% 31.6% kepimpinan (26) (12) 1.5 Menggalakkan amalan penyelidikan dalam penggunaan 76.3% 23.7% teknologi instruksional (29) (9) 1.6 Menyokong polisi dan program KPM dan JPN untuk 100% melaksanakan plan penggunaan teknologi instruksional (38) - Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut : Item Pernyataan Ya Tidak 1.7 Mengambil bahagian dalam mesyuarat negeri dan daerah 76.3% 23.7% dalam membuat keputusan dan menentukan halatuju (29) (9) penggunaan teknologi instruksional di sekolah 1.8 Membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang 57.9% 42.1% inovatif di sekolah berasaskan kajian dan selari dengan plan (22) (16) dan program teknologi instruksional di peringkat pusat (PKG dan PSPN) 1.9 Menggalakan integrasi teknologi instruksional yang berkesan di 100% kalangan guru dan kakitangan sokongan. (38) - Jumlah Peratus 78.4% Pengajaran dan Pembelajaran Tahap tertinggi bagi pengajaran dan pembelajaran ialah membekal dan mempastikan guru dan kakitangan sokongan mempunyai peluang menyertai latihan profesional untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi instruksional iaitu 97.4%. Manakala tahap yang paling rendah ialah membantu guru menggunakan teknologi untuk mengakses, menganalisis dan mentafsir data prestasi pelajar dan menggunakan dapatan ini untuk merekabentuk, menilai dan mengubahsuai kaedah pengajaran iaitu hanya 73.7%. Tahap ini merupakan yang tertinggi berbanding yang lain iaitu 86.4% (lihat Jadual 3). 140
  • 5. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Jadual 3: Pengajaran dan Pembelajaran Sebagai Pengetua/Guru Besar saya : Item Pernyataan Ya Tidak 2.1 Mengenalpasti, mengguna, menilai dan menggalakkan teknologi 94.7% 5.3% dan media yang sesuai untuk mengukuh dan menyokong (36) (2) instruksi dan kurikulum menuju ke arah pencapaian pelajar yang lebih cemerlang 2.2 Memudah dan menyokong persekitaran pembelajaran yang 89.5% 10.5% menggunakan teknologi instruksional yang kondusif kepada (34) (4) inovasi untuk menambahbaik proses pengajaran 2.3 Menyediakan persekitaran pembelajaran yang berfokuskan 89.5% 10.5% pelajar menggunakan teknologi instruksional untuk memenuhi (34) (4) keperluan pelbagai pelajar 2.4 Memudahkan penggunaan teknologi dan media untuk 81.6% 18.4% menyokong dan mengukuhkan kaedah pengajaran yang (31) (7) membina kemahiran berfikir aras tinggi, membuat keputusan dan penyelesaian masalah 2.5 Membekal dan mempastikan guru dan kakitangan sokongan 97.4% 2.6% mempunyai peluang menyertai latihan profesional untuk (37) (1) meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi instruksional Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut : Item Pernyataan Ya Tidak 2.6 Membantu guru menggunakan teknologi untuk mengakses, 73.7% 26.3% menganalisis dan mentafsir data prestasi pelajar dan (28) (10) menggunakan dapatan ini untuk merekabentuk, menilai dan mengubahsuai kaedah pengajaran 2.7 Bekerjasama merekabentuk, melaksana, menyokong dan 78.9% 21.1% mengambil bahagian dalam perkembangan profesional untuk (30) (8) semua guru yang mengintegrasi teknologi dan media untuk meningkatkan proses pembelajaran Jumlah Peratus 86.4% Produktiviti dan Amalan Profesional Bagi tahap produktiviti dan amalan profesional,tahap tertinggi ialah menggunakan teknologi dan media untuk memajukan organisasi iaitu 89.5 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah melibatkan diri dalam kerjaya profesional yang menggunakan sumber teknologi iaitu hanya 55.3%. Walaubagaimanapun, peratus keseluruhan masih pada tahap sederhana tinggi (lihat Jadual 4). Jadual 4 : Produktiviti dan Amalan Profesional Sebagai Pengetua/Guru Besar saya : Item Pernyataan Ya Tidak 3.1 Menjadi model kepada penggunaan teknologi instruksional yang 78.9% 21.1% efektif (30) (8) 3.2 Meggunakan teknologi dan media untuk berkomunikasi dan 71.1% 28.9% bekerjasama dengan rakan, guru, ibubapa, pelajar dan (27) (11) masyarakat setempat 3.3 Membina dan menyertai komuniti pembelajaran yang 84.2% 15.8% meransang, memupuk dan menyokong guru dan kakitangan (32) (6) untuk menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti 3.4 Melibatkan diri dalam kerjaya profesional yang menggunakan 55.3% 44.7% sumber teknologi (21) (17) 3.5 Memelihara kesedaran dalam teknologi dan media baru dan 86.8% 13.2% potensinya dalam pendidikan (33) (5) 3.6 Menggunakan teknologi dan media untuk memajukan organisasi 89.5% 10.5% (34) (4) 141
  • 6. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut : Item Pernyataan Ya Tidak 3.7 Menggunakan sistem pengurusan berasaskan teknologi 73.7% 26.3% maklumat dan komunikasi (ICT) yang terkini untuk mengakses (28) (10) dan memelihara rekod kakitangan dan pelajar 3.8 Menggunakan pelbagai jenis media dan format seperti OHP, 76.3% 23.7% video, audio, alat komunikasi dan laman web untuk (29) (9) berkomunikasi, berinteraksi, dan bekerjasama dengan rakan, pakar dan lain-lain para pendidik Jumlah Peratus 76.9% Sokongan, Pengurusan dan Operasi Tahap sokongan pengurusan dan operasi memperlihatkan memperuntukan kewangan sekolah dan lain- lain sumber kewangan untuk memajukan plan teknologi instruksional sekolah merupakan yang tertinggi iaitu 97.4 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah membina, melaksana dan memantau polisi dan panduan untuk mempastikan keserasian teknologi instruksional iaitu hanya 52.6%. Peratus keseluruhan pula menunjukan ianya berada pada tahap sederhana (lihat jadual 5). Jadual 5: Sokongan, Pengurusan dan Operasi Sebagai Pengetua/Guru Besar saya : Item Pernyataan Ya Tidak 4.1 Membina, melaksana dan memantau polisi dan panduan untuk 52.6% 47.4% mempastikan keserasian teknologi instruksional (20) (18) 4.2 Melaksana dan menggunakan pengurusan berasaskan 68.4% 31.6% teknologi bersepadu dan sistem operasi (26) (12) 4.3 Memperuntukan kewangan dan sumber manusia untuk 78.9% 21.1% mempastikan pelaksanaan plan teknologi instruksional yang (30) (8) menyeluruh dan terjamin 4.4 Mengintegrasi plan strategik, plan teknologi dan lain-lain 65.8% 34.2% rancangan dan polisi penambahbaikan untuk menyatukan (25) (13) usaha dan kerjasama ke arah meningkatkan proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran 4.5 Melaksana prosedur untuk meningkatkan sistem pengurusan 76.3% 23.7% berteknologi dan menyokong evolusi perkembangan teknologi (29) (9) instruksional Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut : Item Pernyataan Ya Tidak 4.6 Menyediakan perkhidmatan media dan perkongsian maklumat 73.7% 26.3% dalam pelbagai format untuk semua masyarakat sekolah (28) (10) 4.7 Memperuntukan kewangan sekolah dan lain-lain sumber 97.4% 2.6% kewangan untuk memajukan plan teknologi instruksional (37) (1) sekolah 4.8 Menyokong khidmat bantuan teknologi dan media yang cukup, 89.5% 10.5% semasa dan berkualiti (34) (4) Jumlah Peratus 75.3% Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran dan penilaian berada pada tahap sederhana dengan peratus yang terendah iaitu 65.7%. Tahap yang paling tinggi merupakan menggunakan teknologi dan media untuk mengumpul dan menganalisis data, mentafsir dapatan, dan menyampaikan dapatan untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran iaitu 84.2 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah melaksana prosedur penilaian untuk setiap guru menilai tahap atau standard penggunaan teknologi instruksional dan membina rancangan perkembangan profesional iaitu hanya 52.6% (lihat jadual 6). 142
  • 7. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Jadual 6: Pentaksiran dan Penilaian Sebagai Pengetua/Guru Besar saya : Item Pernyataan Ya Tidak 5.1 Menggunakan pelbagai kaedah untuk mentaksir dan menilai 71.1% 28.9% penggunaan sumber teknologi dan media yang sesuai untuk (27) (11) pembelajaran, komunikasi dan produktiviti 5.2 Menggunakan teknologi dan media untuk mengmpul dan 84.2% 15.8% menganalisis data, mentafsir dapatan, dan menyampaikan (32) (6) dapatan untuk penambahbaikan amalan pengajaran dan pembelajaran 5.3 Mengukur pengetahuan guru dan kakitangan sekolah dan 55.3% 44.7% prestasi mereka menggunakan teknologi instruksional dan (21) (17) menggunakan dapatan untuk mengadakan latihan perkembangan profesional dan melaporkan pencapaian mereka 5.4 Menggunakan teknologi dan media untuk mentaksir, menilai dan 60.5% 39.5% mengurus sistem pengurusan dan operasi (23) (15) Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut : Item Pernyataan Ya Tidak 5.5 Mengalak dan menjadi model penggunaan teknologi 68.4% 31.6% instruksional untuk mengakses, menganalisis dan (26) (12) mengintrepetasi data untuk meningkatkan pencapaian dan produktiviti pelajar 5.6 Melaksana prosedur penilaian untuk setiap guru menilai tahap 52.6% 47.4% atau standard penggunaan teknologi instruksional dan membina (20) (18) rancangan perkembangan profesional 5.7 Menjadikan penggunaan teknologi instruksional yang efektif 68.4% 31.6% dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai satu (26) (12) kriteria untuk menilai prestasi guru Jumlah Peratus 65.7% Isu Sosial, Perundangan dan Etika Isu sosial, perundangan dan etika pula berada pada tahap sederhana tinggi dengan peratus keseluruhan iaitu 76.9%. Tahap yang paling tinggi merupakan memelihara dan menyediakan sumber teknologi dan media untuk membolehkan guru memnuhi keperluan pelajar di sekolah iaitu 97.4 %. Manakala tahap yang paling rendah ialah mengambil bahagian dalam pembinaan polisi yang menguatkuasakan hakcipta dan harta intelek dengan kerjasama PSPN dan PKG iaitu hanya 42.1% (lihat jadual 7). Jadual 7: Isu Sosial, Perundangan dan Etika Sebagai Pengetua/Guru Besar saya : Item Pernyataan Ya Tidak 6.1 Mempastikan akses yang adil dan saksama sumber teknologi 81.6% 18.4% danmedia kepada semua pelajar dan guru (31) (7) 6.2 Mengenalpasti, berkomunikasi, menjadi contoh dan 76.3% 23.7% menguatkuasakan amalan sosial, perundangan dan etika untuk (29) (9) membina sikap yang bertanggungjawab terhadap penggunaan teknologi 6.3 Menggalakan dan menguatkuasakan privacy, jaminan dan 63.2% 36.8% keselamatan penggunaan teknologi dalam talian (24) (14) 6.4 Menggalakan dan menguatkuasakan persekitaran yang selamat 89.5% 10.5% dan sihat terhadap penggunaan teknologi dan media (34) (4) 6.5 Mengambil bahagian dalam pembinaan polisi yang 42.1% 57.9% menguatkuasakan hakcipta dan harta intelek dengan kerjasama (16) (22) PSPN dan PKG 143
  • 8. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention Sebagai Pengetua/Guru Besar saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab berikut : Item Pernyataan Ya Tidak 6.6 Memelihara dan menyediakan sumber teknologi dan media 97.4% 2.6% untuk membolehkan guru memnuhi keperluan pelajar di sekolah (37) (1) 6.7 Menerima dan menguatkuasakan polisi dan peraturan yang 86.8% 13.2% telah dipersetujui oleh pihak KPM tentang acceptable use policy, (33) (5) hakcipta, jaminan dan penggunaan teknologi media di kalangan pelajar dan guru 6.8 Mengambil bahagian dalam membangunkan kemudahan dan 78.9% 21.1% persekitaran yang menyokong serta memberi tumpuan kepada (30) (8) kesihatan dan keselamatan penggunaan teknologi dan media Jumlah Peratus 76.9% Rumusan Jadual 8 di bawah menunjukkan rumusan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam pengurusan teknologi instruksional berasaskan kepada enam standard. Peratus keseluruhan bagi enam standard ini ialah 76.6%. iaitu sederhana tinggi. Dari enam standard ini kompetensi tertinggi bagi pengetua dan guru besar adalah Standard Pembelajaran dan Pengajaran (86.4%) iaitu peringkat tinggi, diikuti oleh Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional (78.4%), Produktiviti dan Amalan Profesional (76.9%) dan Isu Sosial, Perundangan dan Etika (76.9%), masing-masing berada pada peringkat sederhana tinggi dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi (75.3%), peringkat sederhana. Manakala standard yang terendah ialah dalam Standard Pentaksiran dan Penilaian (65.7%) iaitu peringkat sederhana. Jadual 8 : Rumusan Kompetensi Pengetua dan Guru Besar Mengikut Enam Standard Teknologi Instruksional Bil. Enam Standard Teknologi Instruksional Peratus (%) 1. Pembelajaran dan pengajaran 86.4 2 Kepimpinan dan visi teknologi instruksional 78.4 3. Produktiviti dan amalan profesional 76.9 4. Isu sosial, perundangan dan etika 76.9 5. Sokongan, pengurusan dan operasi 75.3 6. Pentaksiran dan Penilaian 65.7 Peratus keseluruhan 76.6 CADANGAN Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan tahap kompetensi pengetua dan guru besar dalam teknologi instruksional berasaskan kepada enam standard adalah 76.6% iaitu pada peringkat sederhana tinggi. Dari enam standard ini kompetensi tertinggi bagi pengetua dan guru besar mengikuti keutamaan adalah Standard Pembelajaran dan Pengajaran (Peringkat tinggi) diikuti oleh Standard Kepimpinan dan Visi Teknologi Instruksional, Standard Produktiviti dan Amalan Profesional, Standard Isu Sosial dan Perundangan dan Standard Sokongan, Pengurusan dan Operasi, masing-masing berada pada peringkat sederhana tinggi. Manakala standard yang terendah ialah Pentaksiran dan Penilaian (Peringkat sederhana). Oleh itu, bagi mempertingkatkan produktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah, sokongan pengetua dan guru besar amat penting dan perhatian serius harus diberikan terhadap melaksanakan tugas serta memberi tumpuan terhadap perkara-perkara berikut : 1. Melaksana prosedur penilaian untuk setiap guru menilai tahap atau standard penggunaan teknologi instruksional serta membina rancangan perkembangan profesional 2. Mengukur pengetahuan dan prestasi guru dan kakitangan sekolah menggunakan teknologi instruksional dan menggunakan dapatan untuk mengadakan latihan perkembangan profesional dan melaporkan pencapaian mereka. 3. Menggunakan teknologi dan media untuk mentaksir, menilai dan mengurus sistem pengurusan dan operasi. 4. Melaksana dan menggunakan pengurusan berasaskan teknologi bersepadu dan sistem operasi. 144
  • 9. 2nd International Malaysian Educational Technology Convention 5. Menintegrasikan plan strategik, plan teknologi dan lain-lain rancangan dan polisi penambahbaikan untuk menyatukan usaha dan kerjasama ke arah meningkatkan proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran. 6. Mempastikan integrasi teknologi instruksional menyokong sistem produktiviti untuk pembelajaran dan pengurusan. 7. Mengambil bahagian dalam pembinaan polisi yang menguatkuasa hakcipta dan harta intelektual dengan kerjasama PSPN dan PKG. 8. Menggalakkan dan menguatkuasakan privacy, jaminan dan keselamatan penggunaan teknologi online. 9. membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang inovatif di sekolah berasaskan kajian dan selari dengan plan dan program teknologi peringkat daerah (Pusat Kegiatan guru) dan peringkat Negeri (Pusat Sumber Pendidikan Negeri). 10. Membina satu plan penggunaan teknologi instruksional yang inovatif di sekolah berasaskan kajian dan selari dengan plan dan program teknologi instruksional di peringkat pusat (PKG dan PSPN) Bagi memastikan tahap kompetensi pengetua dan guru besar terus dikekal dan dipertingkatkan, maka bantuan dan pemantauan berterusan dari Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Jabatan Pelajaran Negeri, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Kementerian Pelajaran Malaysia amat diperlukan. Rujukan Abdullah Ahmad Badawi (2004). Ucapan Bajet Tahun 2005: Menjamin kesinambungan rakyat. Dewan Rakyat 10 September, 2005 Diperoleh pada 1 Jun,2008 dari www.treasury.gov.my/view.php? ch=10&pg=150&ac=174&fname= attachment&dbIndex=0) Abdullah Ahmad Badawai (2006). Ucapan Bajet Tahun 2007: Melaksanakan misis nasional ke arah mencapai wawasan negara, Dewan Rakyat, 1 September, 2006 di perolehi pada 1 jun, 2008 dari www.epu.jpm.my/bajet/bmbajet2007.pdf- Alan, S.D. (2004). A study of the technology leadership of Texas high school principals, Ed. D. Thesis, University of North Texas. Bheam, P. (2006). School administrators’ perspective on their leadership role in technology integration, Ph.D thesis, Walden University. Bosco, J. (2001). Technology Standards for School Administrators (TSSA).Diperoleh dari http://www.ncrtec.org/pd/tssa/tssa.pdf (3 jun 2008) Holman, S.J. (2006). Attitudes and perceptions of Mississippi career and technology school administrators toward technology integration and their knowledg and use of the National Educational Technology Standards fo School Administrators (NETS.A). Ph.D Thesis. Mississippi State University. (http:www.coe.uh.edu/insite/edec_pub/html 1998/in_baka.html (5 Mac 2001). KPM. (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010. Mohd. Izham Mohd. Hamzah & Rusnah Abdul Karim (2007). Administrators as technology leader. Concept and application. Dalam Zaidatun Tasir (ketua editor) 1st International Malaysian Educational Technology Convention 2007 (pp. 404-409), Sofitel Palm, Resort, Senai Johor Bahru. Staples, A., Pugach, M.C. & Himes, D. (2005). Rethinking the technology. Yu, Chien & Durrington, V.A. (2006). Technology standards for school administrators: An analysis of practicing and, aspiring administrators’ perceived ability to perform the standards. NASSP Bulletin (http://bul.sagrpub.com) 145