SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
Bukti-Bukti Ikhlas
(Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi)
Ikhlas itu mempunyai bukti dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya, dalam
kehidupan orang yang ikhlas; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya
dan juga orang lain. Di antaranya adalah:
Pertama: Takut Kemasyhuran
Takut kemasyhuran dan tersebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia
termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan
amal di sisi Allah hanya dengan cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan
didedahkan. Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada
niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan
kemasyhuran itu di sisi Allah.
Oleh itu zuhud dalam masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yang
serba gemerlap lebih besar daripada zuhud dalam masalah harta, syahwat perut dan
kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: "Kami tidak melihat zuhud dalam hal
tertentu yang lebih sedikit daripada zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang
berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi-
bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi."
Inilah yang membuat para ulama salaf dan orang-orang soleh antara mereka khuatir di atas
ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka memperingatkan hal
ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telah meriwayatkan dalam pelbagai
gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu
Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dalam al-Ihya’.
Begitu pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, "Allah tidak
membenarkan orang yang suka kemasyhuran."
Seorang zuhud yang terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, "Saya tidak mengenal orang yang suka
kemasyhuran melainkan agama menjadi sia-sia dan dia menjadi hina."
Beliau juga berkata, "Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka
terkenal di tengah manusia."
Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu
berkata, "Berilah aku nasihat."
Ibn Muhairiz berkata, "Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal,
berjalanlah sendiri dan jangan mahu diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah
hal ini."
Ayyub as-Sakhtiyani berkata, "Seseorang tidak berniat secara benar kerana Allah kecuali
jika dia suka tidak merasakan kedudukannya."
Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yang dipercayai. Jika semakin ramai orang-
orang yang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi kerana takut dirinya
menjadi terkenal.
Salim bin Handzalah menceritakan, "Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di belakang
Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya."
Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, "Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah engkau lakukan?"
Jawab Umar, "Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan
ujian bagi yang diikuti."
Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang
pada permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap kejiwaan
orang-orang yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti.
Diriwayatkan dari al-Hasan, beliau berkata, "Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari
rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata:
"Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu
rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku."
Pada suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya,
"Apakah kamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih
tersemat dalam hati orang Mu’min?"
Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang mengalu-
alukan kedatangannya. Beliau berkata, "Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa Allah
mengetahui isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut
kebencian dari Allah."
Ibn Mas’ud berkata, "Jadilah kamu sebagai sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah,
obor pada waktu malam dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak
dikenal penduduk bumi."
Al-Fudhail ibn Iyadh berkata, "Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah.
Apa rugiya engkau tidak dikenal? Apa rugiya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak
mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah."
Athar-athar ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadi
sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat besar
dalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang
dapat difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang
tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati
manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi orang-
orang yang mengikutinya.
Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur daripada
para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah
mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sangat bercita-cita mendapatkannya.
Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia tetap menjadi ujian
bagi orang-orang yang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali.
Sejajar dengan pengertian ini yang telah disebutkan dalam hadith Abu Zar daripada
Rasulullah s.a.w, bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan
suatu amal kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.
Maka Baginda menjawab, "Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi
orang Mu’min" (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)
Ada pula lafaz lain, "Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun
menyukainya.."
Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn
Jarir at-Thabary dan lain-lainnya.
Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah,
bahawa ada seorang lelaki berkata, "Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal
dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun
berasa takjub kepadanya."
Baginda bersabda, "Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala
memperlihatkan."
Kedua: Menuduh Diri Sendiri
Orang yang ihklas sentiasa menuduh diri sendiri sebagai orang yang berlebih-lebihan di sisi
Allah dan kerana dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya
kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa
takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan-
kebaikannya tidak diterima.
Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis teresak-esak
ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, "Mengapa engkau masih
menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad,
mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?"
Beliau menjawab, "Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku
yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah
berfirman, Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,"
Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dengan
firman Allah yang bermaksud: "Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hat i.." (al-
Hajj: 32)
Nabi s.a.w bersabda:
“Taqwa itu ada di sini," Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya.
(HR Imam Muslim)
Sayyidah Aishah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang-orang yang
dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang memberikan apa yang
telah mereka berikan dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya
mereka akan kembali kepada Rabb mereka." (al-Mu’minun: 60)
"Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut
kepada Allah?"
Baginda menjawab, "Bukan, wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang
yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak
diterima. Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah
orang-orang yang segera memperolehinya." (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya)
Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam dirinya, sedang
dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam
diri orang yang meniti jalan kepada Allah tanpa disedarinya.
Dalam hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, "Kepentingan peribadi dalam kederhakaan
amat jelas dan terang. Sedangkan kepentingan peribadi di dalam ketaat an tersamar dan
tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi
ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi
kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan bukti ketidakjujuranmu
dalam beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu
pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar
engkau terlihat di mata mereka."
Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Hebahan
Amal yang dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai
hebahan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit biasa yang rela
berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi
anggota biasa dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran
kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti
asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan
berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang
terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya:
"Landasan yang tersembunyi
Tidak terlihat mata kerana merendah
Bangunan yang menjulang tinggi
Di atasnya dibangun megah"
Sebelum ini telah dikemukakan hadith Mu’adz, "Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang
yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir
mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap
tempat yang gelap."
Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian
Tidak meminta pujian orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita
mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tidak t erkecoh tentang hakikat
dirinya di hadapan orang yang memujinya, kerana memang dia lebih mengetahui tentang
rahsia hati dan dirinya daripada orang lain yang boleh tertipu penampilan dan tidak
mengetahui batinnya.
Ibn ‘Atha’illah berkata, "Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu.
Maka adalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui
pada dirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang
dirinya kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya."
Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a, bahawa jika dipuji orang lain maka beliau berkata,
"Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlah
kebaikan kepadaku dari apa yang tidak mereka ketahui."
Ibn Mas’ud r.a berkata kepada orang-orang yang mengekori dan mengerumuninya,
"Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak
akan dapat mengikutiku". Padahal beliau adalah sahabat yg menonjol, sumber petunjuk dan
pelita Islam.
Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada Allah sambil
berkata, "Ya Allah, mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang mengetahui siapa
diriku."
Salah seorang yang soleh bermunajat kepada Allah, kerana sebahagian orang ada yang
memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya:
"Mereka berbaik sangka kepadaku
Padahal hakikatnya tidaklah begitu
Tetapi aku adalah orang yang zalim
Sebagaimana yang Engkau sedia maklum
Kau sembunyikan semua aib yang ada
Dari pandangan mata mereka
Kau kenakan pakaian menawan
Sebagai tabir tutupan
Jadilah mereka meyintai
Padahal aku tidak layak dicintai
Tapi hanyalah diserupai
Janganlah Engkau hinakan aku
Pada Hari Qiamat di tengah mereka
Jadikanlah aku yang mulia
Termasuk yang hina dina"
Penyair yang soleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sangat penting, iaitu
keindahan tabir yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Berapa banyak cela yang
tersembunyi, dan Allah menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata Allah
membuka tabir itu dari pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan
kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan
hamba-hambaNya, sebagai kurnia dan kemuliaan baginya.
Perkataan seumpama ini telah diucapkan oleh Ibn ‘Atha’illah, "Sesiapa yang
memuliakanmu, sebenarnya dia telah memuliakan keindahan tabir pada dirimu. Keutamaan
ada pada diri orang yang memuliakanmu dan menutupi aibmu, bukan pada diri orang yang
menyanjungmu dan berterima kasih kepadamu."
Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya:
"Allah telah berbuat baik kepada kita
Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana
Apa yang tersembunyi pada diri kita
Tentu tersingkap di sisiNya"
Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Memang Layak Dipuji
Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang memang layak dipuji dan
menyanjung orang yang memang layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal
muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak.
Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak.
Nabi s.a.w pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan
kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud: "Andaikata
aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar
sebagai kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku."
Sabda Baginda s.a.w kepada Umar: "Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan
akan melalui jalan yang lain."
Sabda Baginda s.a.w kepada Uthman: "Sesungguhnya beliau adalah orang yang para
malaikat pun berasa malu terhadap dirinya."
Sabda Rasulullah s.a.w terhadap Ali: "Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata
Musa."
Sabda Rasulullah s.a.w terhadap Khalid bin al-Walid: "Beliau adalah salah satu daripada
pedang-pedang Allah."
Sabda Rasulullah s.a.w terhadap Abu Ubaidah: "Beliau adalah kepercayaan umat ini."
Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi s.a.w, kerana kelebihan dan keistimewaan mereka. Di
antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi
komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat sahabat -sahabat
utama. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sebagai pegawai di Makkah, padahal umurnya
masih dua puluh tahun. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda.
Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan daripada orang-orang yang lebih terdahulu
memeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash.
Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji,
kerana ada maksud tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri hati yang disembunyikan,
seperti menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk melemparkan celaan,
maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlu menyanjungnya.
Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas dalam
pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sangat muda. Maka sahabat -sahabat utama
berkata kepadanya, "Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana usia yg muda tidak menghalangimu
untuk berbicara."
Keenam: Menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin
Orang yang ihklas kerana Allah akan berbuat sebaiknya ketika menjadi pemimpin di barisan
terhadapan dan tetap setia ketika berada paling belakang; dalam dua keadaan ini dia tetap
mencari keredhaan Allah. Hatinya tidak dikuasai cita-cita untuk menonjol kehadapan,
menguasai barisan dan menjawat jawatan strategik dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih
mementingkan kemashlahatan pasukan kerana khuatir tidak dapat memenuhi
tanggungjawab dan tuntutan kepemimpinan.
Apa pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan untuk
kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sebagai pemimpin, maka dia
melaksanakannya dan memohon pertolongan kepada Allah agar dia mampu
melaksanakannya dengan baik. Rasulullah s.a.w telah mensifatkan kelompok orang seperti
ini dalam sabda Baginda yang bermaksud:
"Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang kusut
kepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan belakang,
maka dia pun berada di kedudukan penjagaan." (HR Imam Bukhari)
Allah meredhai Khalid bin al-Walid yang diberhentikan sebagai komandan pasukan, sekali
pun beliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan. Setelah itu beliau pun
menjadi orang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu
pun beliau tetap ikhlas memberikan pertolongan.
Rasulullah s.a.w memperingatkan tentang seseorang yang meminta jawatan dan berusaha
untuk mendapatkannya. Telah disebutkan di dalam as-Shahihain, bahawa Nabi s.a.w
pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah:
"Janganlah engkau meminta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan
itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya,
maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu." (Muttafaq ‘Alaihi)
Ketujuh: Mengutamakan Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia
Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa
Jalla. Setiap orang adalah berbeza di antara satu sama lain dalam sikap, rasa, pemikiran,
kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah
suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak
terkabul. Dalam hal ini seorang penyair berkata:
"Adakalanya seseorang
Membuat redha sekian ramai orang
Kini betapa jauh jarak yang membentang
Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu"
Penyair lain berkata:
"Jika aku meredhai orang-orang yang mulia
Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina"
Orang yang ikhlas tidak terlalu peduli dengan semua ini, kerana syiarnya hanya bersama
Allah. Dikatakan dalam satu syair:
"Boleh jadi engkau mengasingkan diri
Tetapi hidup tetap terasa pahit di hati
Boleh jadi engkau redha
Padahal orang lain murka
Engkau membangun dan orang lain merobohkan
Antara diriku dan alam ada kerosakan
Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya
Apa yang ada di atas tanah
Tetap menjadi tanah"
Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana
Kepentingan Peribadi
Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan
hendaklah dilakukan kerana Allah dan agamaNya, bukan kerana pertimbangan peribadi dan
kepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela Allah dalam
KitabNya:
"Dan di antara mereka ada yang mencela mu tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka
diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi
sebahagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah." (at -Taubah: 58)
Boleh jadi engkau pernah melihat orang-orang yang aktif dalam lapangan dakwah, apabila
ada salah seorang rakannya melontarkan perkataan yang mengganggu atau melukai
perasaannnya, atau ada tindakan yang menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah
dan meradang, lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan
dakwah.
Ikhlas dalam perjuangan menuntutnya untuk cekal dalam berdakwah dan gerak
langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui
batas terhadap dirinya. Sebab dia beramal kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi
atau atas nama keluarga, serta bukan kerana kepentingan orang tertentu.
Dakwah kepada Allah bukan seperti harta yang ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi
dakwah merupakan milik semua orang. Tiada seorang Mu’min pun yang boleh menarik diri
dari medan dakwah ini hanya kerana sikap atau tindakan tertentu yang mempengaruhi
dirinya.
Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan
Perjalanan yang panjang, lambatnya hasil yang bakal diperolehi, kejayaan yang tertunda,
kesulitan dalam bergaul dengan pelbagai lapisan manusia dengan perbezaan perasaan dan
kecenderungan mereka, tidak boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka,
mengundurkan diri, atau berhenti di tengah jalan. Sebab dia melakukannya bukan sekadar
untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yang paling pokok tujuannya adalah
untuk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya.
Nabi Nuh a.s, pemuka para anbia’, hidup di tengah kaumnya selama 950 tahun. Beliau
berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau.
Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai
cara, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau:
"Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka
seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap
kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka
memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke
mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri." (Nuh: 5-7)
Sekali pun menghabiskan masa selama 950 tahun, beliau tetap menyeru kaumnya dan
akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yang lain
berpaling dari beliau, sekali pun beliau sangat berharap mereka mahu beriman.
Al-Quran telah mengisahkan kepada kita individu-individu Mu’min di dalam surah al-Buruj.
Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, "Kematian ini
dapat memberi apa-apa manfaat terhadap dakwah kita?"
Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka mempunyai keteguhan hati dan
pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tangan Allah. Siapa tahu darah mereka itu
merupakan santapan lazat bagi pohon iman generasi berikutnya?
Perkara yang utama, kehidupan orang yang mukhlis hanya untuk Allah. Dia cekal dalam
keadaan ini dan terus seperti itu. Hasil dan buah di dunia diserahkan kepada Allah, kerana
Allahlah yang menyediakan penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar
berusaha. Jika berjaya, maka segala puji hanya bagi Allah, dan jika gagal, maka segala
daya kekuatan itu hanya milik Allah.

More Related Content

What's hot

Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusPendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusRasyadan Hussin
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiMohd Nur Addin
 
Cerahkan hati nurani dengan saling menasehati
Cerahkan hati nurani dengan saling menasehatiCerahkan hati nurani dengan saling menasehati
Cerahkan hati nurani dengan saling menasehatiAprilia Salis Anisa
 
Kaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & SantauKaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & SantauRasyadan Hussin
 
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik IbrahIsrak wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik IbrahPengiran_Archery
 
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doccheapweb
 
Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik
Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik
Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik HelvyEffendi
 
Agar futur tidak menghantui
Agar futur tidak menghantuiAgar futur tidak menghantui
Agar futur tidak menghantuiMuhammad Faisal
 
Bangkit dari kefuturan
Bangkit dari kefuturanBangkit dari kefuturan
Bangkit dari kefuturanAl Faruuq
 
Makalah akhlak
Makalah akhlakMakalah akhlak
Makalah akhlakasky M
 
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisiBagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisiAmir Dauly
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwahel-hafiy
 

What's hot (20)

Rasulullah peribadi unggul
Rasulullah peribadi unggulRasulullah peribadi unggul
Rasulullah peribadi unggul
 
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015 KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
KAJIAN UTAMA EDISI JULI 2015
 
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk HalusPendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
Pendekatan Dakwah Dalam Menangani Gangguan Makhluk Halus
 
Id forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawiId forty hadith_of_nawawi
Id forty hadith_of_nawawi
 
Buletin 5
Buletin 5Buletin 5
Buletin 5
 
Cerahkan hati nurani dengan saling menasehati
Cerahkan hati nurani dengan saling menasehatiCerahkan hati nurani dengan saling menasehati
Cerahkan hati nurani dengan saling menasehati
 
Kaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & SantauKaedah Tangani Histeria & Santau
Kaedah Tangani Histeria & Santau
 
IFFAH DAN MURUAH
IFFAH DAN MURUAHIFFAH DAN MURUAH
IFFAH DAN MURUAH
 
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik IbrahIsrak wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
Israk wa Mikraj : Ungkap Sejarah, Petik Ibrah
 
Bida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakatBida'ah dalam masyarakat
Bida'ah dalam masyarakat
 
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
12.09.2014 ( rumi ) lambaian haji dan tarbiah ilahiyyah.doc
 
Saling menasehati
Saling menasehatiSaling menasehati
Saling menasehati
 
Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik
Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik
Bab 3 Saling menasehati da Berbuat Baik
 
Agar futur tidak menghantui
Agar futur tidak menghantuiAgar futur tidak menghantui
Agar futur tidak menghantui
 
pengertian ihsan dan masalah ihsan
pengertian ihsan dan masalah ihsanpengertian ihsan dan masalah ihsan
pengertian ihsan dan masalah ihsan
 
Bangkit dari kefuturan
Bangkit dari kefuturanBangkit dari kefuturan
Bangkit dari kefuturan
 
Ilmu & Amal
Ilmu & AmalIlmu & Amal
Ilmu & Amal
 
Makalah akhlak
Makalah akhlakMakalah akhlak
Makalah akhlak
 
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisiBagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisi
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwah
 

Similar to BUKTI-IKHLAS

Pengertian ujub
Pengertian ujubPengertian ujub
Pengertian ujubRoisMansur
 
Syirik bahaya miskin sinyal 01
Syirik bahaya miskin sinyal 01Syirik bahaya miskin sinyal 01
Syirik bahaya miskin sinyal 01Muhsin Hariyanto
 
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 UmarIslah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 UmarAhmad Zaki Abdul Latiff
 
Akhlak Tercela power point
Akhlak Tercela power pointAkhlak Tercela power point
Akhlak Tercela power pointsknramadhaniah
 
Al-ghaibah dan al-hudhur
Al-ghaibah dan al-hudhurAl-ghaibah dan al-hudhur
Al-ghaibah dan al-hudhurAred Abdul
 
Bangun Keshalihan Pribadi.ppt
Bangun Keshalihan Pribadi.pptBangun Keshalihan Pribadi.ppt
Bangun Keshalihan Pribadi.pptEkoPrassetio3
 
8 cara untuk belajar ikhlas
8 cara untuk belajar ikhlas8 cara untuk belajar ikhlas
8 cara untuk belajar ikhlasMuhsin Hariyanto
 
Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2darma wati
 
Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.
Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.
Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.underitan
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaandriishaq
 
Bahaya Dosa dan Maksiat.
Bahaya Dosa dan Maksiat.Bahaya Dosa dan Maksiat.
Bahaya Dosa dan Maksiat.Idrus Abidin
 
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMUPEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMUAmiruddin Ahmad
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaRidlo Abelian
 
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)UD. Berkah Jaya Komputer
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMuhsin Hariyanto
 
Ziarah antara muslimah
Ziarah antara muslimahZiarah antara muslimah
Ziarah antara muslimahSarah Alfarisy
 
30 langkah dalam_mendidik_anak
30 langkah dalam_mendidik_anak30 langkah dalam_mendidik_anak
30 langkah dalam_mendidik_anakHelmon Chan
 
Tugas agama unwim
Tugas agama unwimTugas agama unwim
Tugas agama unwimNurfatwa M
 

Similar to BUKTI-IKHLAS (20)

Pengertian ujub
Pengertian ujubPengertian ujub
Pengertian ujub
 
Syirik bahaya miskin sinyal 01
Syirik bahaya miskin sinyal 01Syirik bahaya miskin sinyal 01
Syirik bahaya miskin sinyal 01
 
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 UmarIslah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
Islah Ijtima'iyy: Menyelami Pendekatan 2 Umar
 
Akhlak Tercela power point
Akhlak Tercela power pointAkhlak Tercela power point
Akhlak Tercela power point
 
Al-ghaibah dan al-hudhur
Al-ghaibah dan al-hudhurAl-ghaibah dan al-hudhur
Al-ghaibah dan al-hudhur
 
Bangun Keshalihan Pribadi.ppt
Bangun Keshalihan Pribadi.pptBangun Keshalihan Pribadi.ppt
Bangun Keshalihan Pribadi.ppt
 
8 cara untuk belajar ikhlas
8 cara untuk belajar ikhlas8 cara untuk belajar ikhlas
8 cara untuk belajar ikhlas
 
Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2Sifat sifat tercela2
Sifat sifat tercela2
 
Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.
Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.
Berhati-hati! Jangan terperangkap dengan fahaman wahabi.
 
Takabur
TakaburTakabur
Takabur
 
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudayaContoh contoh kemusyrikan yang membudaya
Contoh contoh kemusyrikan yang membudaya
 
Bahaya Dosa dan Maksiat.
Bahaya Dosa dan Maksiat.Bahaya Dosa dan Maksiat.
Bahaya Dosa dan Maksiat.
 
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMUPEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
PEMBINAAN ROHANI - SEMBUNYIKAN AMALAN KAMU
 
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan PemikirannyaHakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
Hakekat Syiah - Gerakan Dan Pemikirannya
 
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
Point point hizbiyah ubaid al jaabiry (seri lengkap 1 dan 2)
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
 
Ziarah antara muslimah
Ziarah antara muslimahZiarah antara muslimah
Ziarah antara muslimah
 
30 langkah dalam_mendidik_anak
30 langkah dalam_mendidik_anak30 langkah dalam_mendidik_anak
30 langkah dalam_mendidik_anak
 
Tugas agama unwim
Tugas agama unwimTugas agama unwim
Tugas agama unwim
 
Adab Pelajar Muslim.pptx
Adab Pelajar Muslim.pptxAdab Pelajar Muslim.pptx
Adab Pelajar Muslim.pptx
 

More from R&R Darulkautsar

bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zinaR&R Darulkautsar
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatR&R Darulkautsar
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without beliefR&R Darulkautsar
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and statusR&R Darulkautsar
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanR&R Darulkautsar
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahatR&R Darulkautsar
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoffR&R Darulkautsar
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islamR&R Darulkautsar
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkanR&R Darulkautsar
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqR&R Darulkautsar
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahR&R Darulkautsar
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi iniR&R Darulkautsar
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawiR&R Darulkautsar
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubanR&R Darulkautsar
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukR&R Darulkautsar
 

More from R&R Darulkautsar (20)

sayyidina mu’awiyah
 sayyidina mu’awiyah sayyidina mu’awiyah
sayyidina mu’awiyah
 
jiwa yang tenteram
 jiwa yang tenteram jiwa yang tenteram
jiwa yang tenteram
 
bahaya dan akibat buruk zina
 bahaya dan akibat buruk zina bahaya dan akibat buruk zina
bahaya dan akibat buruk zina
 
sebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umatsebab sebab kehancuran umat
sebab sebab kehancuran umat
 
the fruits of oppression
the fruits of oppressionthe fruits of oppression
the fruits of oppression
 
youth with and without belief
 youth with and without belief youth with and without belief
youth with and without belief
 
the evil of craving for wealth and status
 the evil of craving for wealth and status the evil of craving for wealth and status
the evil of craving for wealth and status
 
dunia itu fatamorgana
 dunia itu fatamorgana dunia itu fatamorgana
dunia itu fatamorgana
 
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkanbilakah sayyidina hasan dilahirkan
bilakah sayyidina hasan dilahirkan
 
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
benarkah hajjaj seorang yang sangat jahat
 
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
penjelasan tentang bid’ah – maulana asri yusoff
 
komentar buku-buku sejarah islam
 komentar buku-buku sejarah islam komentar buku-buku sejarah islam
komentar buku-buku sejarah islam
 
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
anak cucu nabi s.a.w yang dilupa dan dipinggirkan
 
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaqsepintas lalu tentang ibnu ishaq
sepintas lalu tentang ibnu ishaq
 
apakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiahapakah yang telah diseludup oleh syiah
apakah yang telah diseludup oleh syiah
 
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi inisejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
sejauh mana boleh beramal dengan zikir sufi ini
 
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
berulang kali melakukan haji dan umrah – fatwa qardhawi
 
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut berubankekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
kekeliruan sekitar hukum mewarnakan rambut beruban
 
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusukperempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
perempuan tidak berasal daripada tulang rusuk
 
israiliyyat
 israiliyyat israiliyyat
israiliyyat
 

Recently uploaded

TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDmawan5982
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 

Recently uploaded (20)

TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SDtugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
tugas 1 tutorial online anak berkebutuhan khusus di SD
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 

BUKTI-IKHLAS

  • 1. Bukti-Bukti Ikhlas (Fit-Thariq Ilallah: An-Niyyah wal-Ikhlas, Dr. Yusuf al-Qaradhawi) Ikhlas itu mempunyai bukti dan tanda-tanda yang banyak sekali, contohnya, dalam kehidupan orang yang ikhlas; dalam tindak-tanduknya, dalam pandangan terhadap dirinya dan juga orang lain. Di antaranya adalah: Pertama: Takut Kemasyhuran Takut kemasyhuran dan tersebarnya kemasyhuran ke atas dirinya, lebih-lebih lagi jika dia termasuk orang yang mempunyai pangkat tertentu. Dia perlu yakin bahawa penerimaan amal di sisi Allah hanya dengan cara sembunyi-sembunyi, tidak secara terang-terangan dan didedahkan. Sebab andaikata kemasyhuran seseorang memenuhi seluruh angkasa, lalu ada niat tidak baik yang masuk ke dalam dirinya, maka sedikit pun manusia tidak memerlukan kemasyhuran itu di sisi Allah. Oleh itu zuhud dalam masalah kedudukan, kemasyhuran, penampilan dan hal-hal yang serba gemerlap lebih besar daripada zuhud dalam masalah harta, syahwat perut dan kemaluan. Al-Imam Ibn Syihab az-Zuhri berkata: "Kami tidak melihat zuhud dalam hal tertentu yang lebih sedikit daripada zuhud dalam kedudukan. Engkau melihat seseorang berzuhud dalam masalah makanan, minuman dan harta. Namun jika kami membahagi- bahagikan kedudukan, tentu mereka akan berebut dan meminta lebih banyak lagi." Inilah yang membuat para ulama salaf dan orang-orang soleh antara mereka khuatir di atas ujian kemasyhuran, penipuan dan kedudukan. Oleh kerana itu mereka memperingatkan hal ini kepada murid-muridnya. Para pengarang buku telah meriwayatkan dalam pelbagai gambaran tentang tingkah laku ini, seperti Abu Qasim a-Qusyairi dalam ar-Risalah, Abu Thalib al-Makky dalam Qutul-Qulub, dan al-Ghazali di dalam al-Ihya’. Begitu pula yang dikatakan seorang zuhud yang terkenal, Ibrahim bin Adham, "Allah tidak membenarkan orang yang suka kemasyhuran." Seorang zuhud yang terkenal, Bisyr al-Hafy berkata, "Saya tidak mengenal orang yang suka kemasyhuran melainkan agama menjadi sia-sia dan dia menjadi hina."
  • 2. Beliau juga berkata, "Tidak akan merasakan manisnya kehidupan akhirat orang yang suka terkenal di tengah manusia." Seseorang pernah menyertai perjalanan Ibn Muhairiz. Ketika hendak berpisah, orang itu berkata, "Berilah aku nasihat." Ibn Muhairiz berkata, "Jika boleh hendaklah engkau mengenal tetapi tidak dikenal, berjalanlah sendiri dan jangan mahu diikuti, bertanyalah dan jangan ditanya. Lakukanlah hal ini." Ayyub as-Sakhtiyani berkata, "Seseorang tidak berniat secara benar kerana Allah kecuali jika dia suka tidak merasakan kedudukannya." Khalid bin Mi’dan adalah seorang ahli ibadah yang dipercayai. Jika semakin ramai orang- orang yang berkumpul di sekelilingnya, maka beliau pun beranjak pergi kerana takut dirinya menjadi terkenal. Salim bin Handzalah menceritakan, "Ketika kami berjalan secara beramai-ramai di belakang Ubay bin Ka’ab, tiba-tiba Umar melihatnya lalu melemparkan susu ke arahnya." Ubay bin Ka’ab lalu bertanya, "Wahai Amirul Mu’minin, apakah yang telah engkau lakukan?" Jawab Umar, "Sesungguhnya kejadian ini merupakan kehinaan bagi yang mengikuti dan ujian bagi yang diikuti." Ini merupakan perhatian Umar bin al-Khattab secara psikologi terhadap fenomena yang pada permulaannya boleh menimbulkan kesan dan pengaruh yang jauh terhadap kejiwaan orang-orang yang mengikuti dan sekaligus orang yang diikuti. Diriwayatkan dari al-Hasan, beliau berkata, "Pada suatu hari Ibn Mas’ud keluar dari rumahnya, lalu diikuti beberapa orang. Maka beliau berpaling ke arah mereka dan berkata: "Ada apa kamu mengikutiku? Demi Allah, andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku."
  • 3. Pada suatu hari al-Hasan keluar rumah lalu diikuti beberapa orang. Beliau bertanya, "Apakah kamu ada keperluan kepadaku? Jika tidak, mengapa kejadian seperti ini masih tersemat dalam hati orang Mu’min?" Ayyub as-Sakhtiyani melakukan suatu perjalanan, lalu ada beberapa orang yang mengalu- alukan kedatangannya. Beliau berkata, "Andaikata tidak kerana aku tahu bahawa Allah mengetahui isi hatiku tentang ketidaksukaan aku terhadap hal ini, tentu aku takut kebencian dari Allah." Ibn Mas’ud berkata, "Jadilah kamu sebagai sumber ilmu, pelita petunjuk, penerang rumah, obor pada waktu malam dan pembaharu hati yang diketahui penduduk langit, namun tidak dikenal penduduk bumi." Al-Fudhail ibn Iyadh berkata, "Jika engkau sanggup untuk tidak dikenal, maka lakukanlah. Apa rugiya engkau tidak dikenal? Apa rugiya engkau tidak disanjung-sanjung? Tidak mengapalah engkau tercela di hadapan manusia selagi engkau terpuji di sisi Allah." Athar-athar ini tidak mengajak kepada pengasingan atau uzlah. Orang-orang yang menjadi sumber riwayat ini adalah para imam dan da’ie. Mereka memiliki pengaruh yang amat besar dalam menyeru masyarakat, mengarahkan dan memperbaiki keadaan manusia. Tetapi yang dapat difahami dari sejumlah penyataan mereka adalah kebangkitan dari naluri jiwa yang tersembunyi, kewaspadaan terhadap tipudaya yang disusupkan syaitan ke dalam hati manusia, jika hati mereka dicampuri hal-hal yang serba gemerlap dan dikelilingi orang- orang yang mengikutinya. Kemasyhuran itu sendiri bukanlah suatu yang tercela. Tiada yang lebih masyhur daripada para Anbia’, al-Khulafa’ ar-Rasyidin, dan imam-imam mujtahidin. Tetapi yang tercela adalah mencari kemasyhuran, takhta dan kedudukan, serta sangat bercita-cita mendapatkannya. Kemasyhuran tanpa cita-cita ini tidaklah menjadi masalah, sekali pun ia tetap menjadi ujian bagi orang-orang yang lemah, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali. Sejajar dengan pengertian ini yang telah disebutkan dalam hadith Abu Zar daripada Rasulullah s.a.w, bahawa Baginda pernah ditanya tentang seorang lelaki yang melakukan suatu amal kebajikan kerana Allah, lalu orang ramai menyanjungnya.
  • 4. Maka Baginda menjawab, "Itu kurnia yang didahulukan, sekaligus khabar gembira bagi orang Mu’min" (HR Imam Muslim, Ibn Majah dan Ahmad) Ada pula lafaz lain, "Seseorang melakukan amal kerana Allah lalu orang-orang pun menyukainya.." Pengertian seperti inilah yang ditafsirkan oleh al-Imam Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, Ibn Jarir at-Thabary dan lain-lainnya. Begitu pula hadith yang ditakhrij Imam at-Tirmidzi dan Ibn Majah, dari hadith Abu Hurairah, bahawa ada seorang lelaki berkata, "Wahai Rasulullah, ada seorang melakukan suatu amal dan dia pun senang melakukannya. Setiap kali dia melakukannya kembali, maka dia pun berasa takjub kepadanya." Baginda bersabda, "Dia mempunyai dua pahala, pahala kerana merahsiakan dan pahala memperlihatkan." Kedua: Menuduh Diri Sendiri Orang yang ihklas sentiasa menuduh diri sendiri sebagai orang yang berlebih-lebihan di sisi Allah dan kerana dalam melaksanakan pelbagai kewajipan, tidak mampu menguasai hatinya kerana terpedaya oleh suatu amal dan takjub pada dirinya sendiri. Malahan dia sentiasa takut andaikata keburukan-keburukannya tidak diampunkan dan takut kebaikan- kebaikannya tidak diterima. Kerana sikap seperti ini, ada sebahagian di antara para salaf yang menangis teresak-esak ketika jatuh sakit. Beberapa orang yang menziarahinya bertanya, "Mengapa engkau masih menangis, padahal engkau suka berpuasa, mendirikan solat malam, berjihad, mengeluarkan sedekah, haji umrah, mengajarkan ilmu dan banyak berzikir?" Beliau menjawab, "Apa yang membuatkanku tahu bahawa hanya sedikit dari amal-amalku yang masuk dalam timbanganku dan juga diterima di sisi Rabb-ku? Sementara Allah telah berfirman, Allah hanya menerima (amal) dari orang-orang yang bertaqwa,"
  • 5. Satu-satunya sumber taqwa adalah hati. Maka dari itu al-Quran menambahinya dengan firman Allah yang bermaksud: "Maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hat i.." (al- Hajj: 32) Nabi s.a.w bersabda: “Taqwa itu ada di sini," Baginda mengulanginya tiga kali dan menunjuk ke arah dadanya. (HR Imam Muslim) Sayyidah Aishah r.a. pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang orang-orang yang dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: "Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan dengan hati yang takut, (kerana mereka tahu bahawa) sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka." (al-Mu’minun: 60) "Apakah mereka orang-orang yang mencuri, berzina, meminum khamar dan mereka takut kepada Allah?" Baginda menjawab, "Bukan, wahai puteri as-Shiddiq. Tetapi mereka adalah orang-orang yang mendirikan solat, berpuasa, mengeluarkan sedekah, dan mereka takut amalnya tidak diterima. Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang-orang yang segera memperolehinya." (HR Imam Ahmad dan lain-lainnya) Orang yang mukhlis sentiasa takut terhadap riya’ yang menyusup ke dalam dirinya, sedang dia tidak menyedarinya. Inilah yang disebut syahwah khafiyyah yang menyusup ke dalam diri orang yang meniti jalan kepada Allah tanpa disedarinya. Dalam hal ini Ibn ‘Atha’illah memperingatkan, "Kepentingan peribadi dalam kederhakaan amat jelas dan terang. Sedangkan kepentingan peribadi di dalam ketaat an tersamar dan tersembunyi. Padahal menyembuhkan apa yang tidak nampak itu amat sukar. Boleh jadi ada riya’ yang masuk ke dalam dirimu dan orang lain juga tidak melihatnya. Tetapi kebanggaanmu bila orang lain melihat kelebihanmu merupakan bukti ketidakjujuranmu dalam beribadah. Maka kosongkanlah pandangan orang lain terhadap dirimu. Cukup bagimu pandangan Allah terhadap dirimu. Tidak perlu bagimu tampil di hadapan mereka agar engkau terlihat di mata mereka." Ketiga: Beramal Secara Diam-Diam, Jauh Dari Hebahan
  • 6. Amal yang dilakukan secara diam-diam hendaklah lebih disukai daripada amal yang disertai hebahan dan didedahkan. Dia lebih suka memilih menjadi perajurit biasa yang rela berkorban, namun tidak diketahui dan tidak dikenali. Dia lebih suka memilih menjadi anggota biasa dari suatu jamaah, ibarat akar pohon yang menjadi penyokong dan saluran kehidupannya, tetapi tidak terlihat oleh mata, tersembunyi di dalam tanah; atau seperti asas bangunan. Tanpa asas, dinding tidak akan berdiri, atap tidak akan dapat dijadikan berteduh dan bangunan tidak dapat ditegakkan. Tetapi ia tidak terlihat, seperti dinding yang terlihat jelas. Syauqy berkata di dalam syairnya: "Landasan yang tersembunyi Tidak terlihat mata kerana merendah Bangunan yang menjulang tinggi Di atasnya dibangun megah" Sebelum ini telah dikemukakan hadith Mu’adz, "Sesungguhnya Allah menyintai orang-orang yang berbuat kebaikan, bertaqwa dan menyembunyikan amalnya, iaitu jika tidak hadir mereka tidak diketahui. Hati mereka adalah pelita-pelita petunjuk. Mereka keluar dari setiap tempat yang gelap." Keempat: Tidak Memerlukan Pujian Dan Tidak Tenggelam Oleh Pujian Tidak meminta pujian orang-orang yang suka memuji dan tidak bercita-cita mendapatkannya. Jika ada seseorang memujinya, maka dia tidak t erkecoh tentang hakikat dirinya di hadapan orang yang memujinya, kerana memang dia lebih mengetahui tentang rahsia hati dan dirinya daripada orang lain yang boleh tertipu penampilan dan tidak mengetahui batinnya. Ibn ‘Atha’illah berkata, "Orang-orang memujimu dari persangkaan mereka tentang dirimu. Maka adalah engkau orang yang mencela dirimu sendiri kerana apa yang engkau ketahui pada dirimu. Orang yang paling bodoh adalah yang meninggalkan keyakinannya tentang dirinya kerana ada persangkaan orang-orang tentang dirinya." Diriwayatkan dari Ali bin Abi Thalib r.a, bahawa jika dipuji orang lain maka beliau berkata, "Ya Allah, janganlah Engkau hukum aku kerana apa yang mereka katakan. Berikanlah kebaikan kepadaku dari apa yang tidak mereka ketahui."
  • 7. Ibn Mas’ud r.a berkata kepada orang-orang yang mengekori dan mengerumuninya, "Andaikata kamu tahu alasanku menutup pintu rumahku, dua orang antara kamu pun tidak akan dapat mengikutiku". Padahal beliau adalah sahabat yg menonjol, sumber petunjuk dan pelita Islam. Sekumpulan orang memuji seorang Rabbani. Lalu dia mengadu kepada Allah sambil berkata, "Ya Allah, mereka tidak mengenalku dan hanya Engkaulah yang mengetahui siapa diriku." Salah seorang yang soleh bermunajat kepada Allah, kerana sebahagian orang ada yang memujinya dan menyebut-nyebut kebaikan dan kemuliaan akhlaknya: "Mereka berbaik sangka kepadaku Padahal hakikatnya tidaklah begitu Tetapi aku adalah orang yang zalim Sebagaimana yang Engkau sedia maklum Kau sembunyikan semua aib yang ada Dari pandangan mata mereka Kau kenakan pakaian menawan Sebagai tabir tutupan Jadilah mereka meyintai Padahal aku tidak layak dicintai Tapi hanyalah diserupai Janganlah Engkau hinakan aku Pada Hari Qiamat di tengah mereka Jadikanlah aku yang mulia Termasuk yang hina dina" Penyair yang soleh ini mengisyaratkan makna yang lembut dan sangat penting, iaitu keindahan tabir yang diberikan Allah kepada hamba-hambaNya. Berapa banyak cela yang tersembunyi, dan Allah menutupinya dari pandangan orang ramai. Andaikata Allah membuka tabir itu dari pandangan mereka, tentu kelemahannya akan terserlah dan kedudukannya akan jatuh. Tetapi kurnia Allah enggan untuk menyingkap tabir kelemahan hamba-hambaNya, sebagai kurnia dan kemuliaan baginya.
  • 8. Perkataan seumpama ini telah diucapkan oleh Ibn ‘Atha’illah, "Sesiapa yang memuliakanmu, sebenarnya dia telah memuliakan keindahan tabir pada dirimu. Keutamaan ada pada diri orang yang memuliakanmu dan menutupi aibmu, bukan pada diri orang yang menyanjungmu dan berterima kasih kepadamu." Abu al-Atahiyah berkata dalam syairnya: "Allah telah berbuat baik kepada kita Kerana kesalahan tidak menyebar ke mana-mana Apa yang tersembunyi pada diri kita Tentu tersingkap di sisiNya" Kelima: Tidak Kedekut Pujian Terhadap Orang Yg Memang Layak Dipuji Tidak kedekut memberikan pujian kepada orang lain yang memang layak dipuji dan menyanjung orang yang memang layak disanjung. Di sana ada dua bencana yg bakal muncul: Pertama, memberikan pujian dan sanjungan kepada orang yang tidak berhak. Kedua, kedekut memberikan pujian kepada orang yang layak. Nabi s.a.w pernah memuji sekumpulan para sahabatnya, menyebut-nyebut keutamaan dan kelebihan mereka, seperti sabda Baginda tentang Abu Bakar yang bermaksud: "Andaikata aku boleh mengambil seorang kekasih selain Rabb-ku, nescaya aku mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku. Tetapi dia adalah saudara dan sahabatku." Sabda Baginda s.a.w kepada Umar: "Andaikata engkau melalui suatu jalan, tentu syaitan akan melalui jalan yang lain." Sabda Baginda s.a.w kepada Uthman: "Sesungguhnya beliau adalah orang yang para malaikat pun berasa malu terhadap dirinya." Sabda Rasulullah s.a.w terhadap Ali: "Di mataku engkau seperti kedudukan Harun di mata Musa." Sabda Rasulullah s.a.w terhadap Khalid bin al-Walid: "Beliau adalah salah satu daripada pedang-pedang Allah."
  • 9. Sabda Rasulullah s.a.w terhadap Abu Ubaidah: "Beliau adalah kepercayaan umat ini." Masih ramai sahabat yang dipuji Nabi s.a.w, kerana kelebihan dan keistimewaan mereka. Di antara mereka ada dari kalangan pemuda, seperti Usamah bin Zaid yang diangkat menjadi komandan pasukan perang, padahal dalam pasukan tersebut terdapat sahabat -sahabat utama. Baginda mengangkat Itab bin Usaid sebagai pegawai di Makkah, padahal umurnya masih dua puluh tahun. Mu’adz bin Jabal dikirim ke Yaman, padahal beliau masih muda. Sebahagian di antara mereka lebih diutamakan daripada orang-orang yang lebih terdahulu memeluk Islam, kerana kelebihan dirinya, seperti Khalid bin al-Walid dan Amr bin al-Ash. Boleh jadi seseorang tidak mahu memberikan pujian kepada orang yang layak dipuji, kerana ada maksud tertentu dalam dirinya, atau kerana rasa iri hati yang disembunyikan, seperti menyaingi kedudukannya. Kerana dia juga tidak mampu untuk melemparkan celaan, maka setidak-tidaknya dia hanya berdiam diri dan tidak perlu menyanjungnya. Kita melihat bagaimana Umar bin al-Khattab yang meminta pendapat Ibn Abbas dalam pelbagai urusan, padahal Ibn Abbas masih sangat muda. Maka sahabat -sahabat utama berkata kepadanya, "Bicaralah wahai Ibn Abbas. Kerana usia yg muda tidak menghalangimu untuk berbicara." Keenam: Menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin Orang yang ihklas kerana Allah akan berbuat sebaiknya ketika menjadi pemimpin di barisan terhadapan dan tetap setia ketika berada paling belakang; dalam dua keadaan ini dia tetap mencari keredhaan Allah. Hatinya tidak dikuasai cita-cita untuk menonjol kehadapan, menguasai barisan dan menjawat jawatan strategik dalam kepimpinan. Tetapi dia lebih mementingkan kemashlahatan pasukan kerana khuatir tidak dapat memenuhi tanggungjawab dan tuntutan kepemimpinan. Apa pun keadaannya dia tidak bercita-cita dan tidak menuntut kedudukan untuk kepentingan dirinya sendiri. Tetapi jika dia dibebankan tugas sebagai pemimpin, maka dia melaksanakannya dan memohon pertolongan kepada Allah agar dia mampu melaksanakannya dengan baik. Rasulullah s.a.w telah mensifatkan kelompok orang seperti ini dalam sabda Baginda yang bermaksud:
  • 10. "Keuntungan bagi hamba yang mengambil tali kendali kudanya fi sabilillah, yang kusut kepalanya dan yang kotor kedua telapak kakinya. Jika kuda itu berada di barisan belakang, maka dia pun berada di kedudukan penjagaan." (HR Imam Bukhari) Allah meredhai Khalid bin al-Walid yang diberhentikan sebagai komandan pasukan, sekali pun beliau seorang komandan yang sentiasa mendapat kemenangan. Setelah itu beliau pun menjadi orang bawahan Abu Ubaidah tanpa rasa rendah diri. Dalam kedudukan seperti itu pun beliau tetap ikhlas memberikan pertolongan. Rasulullah s.a.w memperingatkan tentang seseorang yang meminta jawatan dan berusaha untuk mendapatkannya. Telah disebutkan di dalam as-Shahihain, bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah: "Janganlah engkau meminta jawatan pemimpin. Kerana jika engkau memperoleh jawatan itu tanpa meminta maka engkau akan mendapat sokongan, dan jika engkau memintanya, maka semua tanggungjawab akan dibebankan kepadamu." (Muttafaq ‘Alaihi) Ketujuh: Mengutamakan Keredhaan Allah, Bukan Keredhaan Manusia Tidak memperdulikan keredhaan manusia jika di sebalik itu ada kemurkaan Allah ‘Azza wa Jalla. Setiap orang adalah berbeza di antara satu sama lain dalam sikap, rasa, pemikiran, kecenderungan, tujuan dan jalan yang ditempuh. Berusaha membuat mereka redha adalah suatu yang tiada penghujungnya, tujuan yang sulit diketahui dan tuntutan yang tidak terkabul. Dalam hal ini seorang penyair berkata: "Adakalanya seseorang Membuat redha sekian ramai orang Kini betapa jauh jarak yang membentang Di tengah tuntutan-tuntutan hawa nafsu" Penyair lain berkata: "Jika aku meredhai orang-orang yang mulia Tentunya aku memurkai orang-orang yang hina"
  • 11. Orang yang ikhlas tidak terlalu peduli dengan semua ini, kerana syiarnya hanya bersama Allah. Dikatakan dalam satu syair: "Boleh jadi engkau mengasingkan diri Tetapi hidup tetap terasa pahit di hati Boleh jadi engkau redha Padahal orang lain murka Engkau membangun dan orang lain merobohkan Antara diriku dan alam ada kerosakan Jika di hatimu ada cinta semua itu tiada daya Apa yang ada di atas tanah Tetap menjadi tanah" Kelapan: Menjadikan Keredhaan Dan Kemarahan Kerana Allah, Bukan Kerana Kepentingan Peribadi Kecintaan dan kemarahan, pemberian dan penahanan, keredhaan dan kemurkaan hendaklah dilakukan kerana Allah dan agamaNya, bukan kerana pertimbangan peribadi dan kepentingannya, tidak seperti orang-orang munafik opportunis yang dicela Allah dalam KitabNya: "Dan di antara mereka ada yang mencela mu tentang (pembahagian) zakat. Jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka bersenang hati, dan jika mereka tidak diberi sebahagian daripadanya, dengan serta merta mereka menjadi marah." (at -Taubah: 58) Boleh jadi engkau pernah melihat orang-orang yang aktif dalam lapangan dakwah, apabila ada salah seorang rakannya melontarkan perkataan yang mengganggu atau melukai perasaannnya, atau ada tindakan yang menyakiti dirinya, maka secepat itu pula dia marah dan meradang, lalu meninggalkan harakah dan aktivitinya, meninggalkan medan jihad dan dakwah. Ikhlas dalam perjuangan menuntutnya untuk cekal dalam berdakwah dan gerak langkahnya, sekali pun orang lain menyalahkan, meremehkan dan bertindak melampaui batas terhadap dirinya. Sebab dia beramal kerana Allah, bukan kerana kepentingan peribadi atau atas nama keluarga, serta bukan kerana kepentingan orang tertentu.
  • 12. Dakwah kepada Allah bukan seperti harta yang ditimbun atau harta milik seseorang. Tetapi dakwah merupakan milik semua orang. Tiada seorang Mu’min pun yang boleh menarik diri dari medan dakwah ini hanya kerana sikap atau tindakan tertentu yang mempengaruhi dirinya. Kesembilan: Sabar Sepanjang Jalan Perjalanan yang panjang, lambatnya hasil yang bakal diperolehi, kejayaan yang tertunda, kesulitan dalam bergaul dengan pelbagai lapisan manusia dengan perbezaan perasaan dan kecenderungan mereka, tidak boleh membuatnya menjadi malas, bersikap leka, mengundurkan diri, atau berhenti di tengah jalan. Sebab dia melakukannya bukan sekadar untuk sebuah kejayaan atau pun kemenangan, tetapi yang paling pokok tujuannya adalah untuk keredhaan Allah dan menuruti perintahNya. Nabi Nuh a.s, pemuka para anbia’, hidup di tengah kaumnya selama 950 tahun. Beliau berdakwah dan bertabligh, namun hanya sedikit sekali yang mahu beriman kepada beliau. Padahal pelbagai cara dakwah sudah ditempuh, waktu dan bentuk dakwahnya juga pelbagai cara, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah melalui perkataan beliau: "Wahai Rabb-ku, sesungguhnya aku telah menyeru kaumku malam dan siang, maka seruanku itu hanyalah menambah mereka lari (dari kebenaran). Dan sesungguhnya setiap kali aku menyeru mereka (kepada iman) agar Engkau mengampuni mereka, mereka memasukkan anak jari mereka ke dalam telinganya dan menutupkan bajunya (ke mukanya) dan mereka tetap (mengingkari) dan terlalu menyombongkan diri." (Nuh: 5-7) Sekali pun menghabiskan masa selama 950 tahun, beliau tetap menyeru kaumnya dan akhirnya ada 40 orang yang berhimpun bersama beliau. Sedangkan kaumnya yang lain berpaling dari beliau, sekali pun beliau sangat berharap mereka mahu beriman. Al-Quran telah mengisahkan kepada kita individu-individu Mu’min di dalam surah al-Buruj. Mereka rela mengorbankan nyawa fi sabilillah dan mereka tidak mengatakan, "Kematian ini dapat memberi apa-apa manfaat terhadap dakwah kita?"
  • 13. Mereka tidak berkata seperti itu, kerana mereka mempunyai keteguhan hati dan pengorbanan. Kejayaan dakwah ada di tangan Allah. Siapa tahu darah mereka itu merupakan santapan lazat bagi pohon iman generasi berikutnya? Perkara yang utama, kehidupan orang yang mukhlis hanya untuk Allah. Dia cekal dalam keadaan ini dan terus seperti itu. Hasil dan buah di dunia diserahkan kepada Allah, kerana Allahlah yang menyediakan penyebabnya dan membatasi waktunya. Dia hanya sekadar berusaha. Jika berjaya, maka segala puji hanya bagi Allah, dan jika gagal, maka segala daya kekuatan itu hanya milik Allah.