SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
Download to read offline
Dakwah-INFO
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
2
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah
kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di
zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah
kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut
teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang
besar kepada pendukung dakwah.
Firman Allah yang bermaksud:
“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah,
mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang
yang menyerah diri.” (Fushilat: 33)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan
ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah
s.a.w yang bermaksud:
“Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik
bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani)
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar,
adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman
ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa
yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan.
Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat
(marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara
bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan),
yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah
‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah-
ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah,
suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah
Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan
mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini:
Pertama: Mengenai methodologi dan peringkat-peringkat dakwah
fardiah.
Kedua: Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie
yang melaksanakan tugas ini.
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
3
USLUB DAN MARHALAH
Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan
dakwah kita (di sini kita hanya membincangkan mengenai urusan
mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah). Ini kerana
tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang
menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman yang
silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan dan lain-lain. Kita
hendaklah memindahkan mereka kepada suasana kehidupan yang baru;
kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang lengkap
sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w.. Kita juga perlu
memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna
dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling
sempurna dan betul.
Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan
mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, tidak
memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah
faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang
ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan
musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda
tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari atau tidak.
Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik
untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari
dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong
mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang
untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang
salih.
Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam
dengan tertib dalam menaiki tanggi menuju martabat para ‘amilin adalah
suatu yang pasti dan maha penting. Ini kerana tanpanya boleh
mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lau mengambil sikap berdiam diri
dan duduk berpangku tangan. Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru
seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya dari
satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan
ini di sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah
dengan golongan ini. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat
individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah. Orang yang seperti
inilah yang patut diberikan keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha.
Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai
daripada beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya. Mereka
seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
4
terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya
mereka masih lagi tidur.
Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka
yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak
mampu memadamkan api yang sedang membakar. Ketika itu kewajipan
mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya
setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri
daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari
bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari
tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana
mereka sedang nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih
dahulu barulah diberikan peringatan.
Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang
nyenyak tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedang enak
tidur dan tidak mahu diganggu. Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi
sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya dan melihat api yang sedang
membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri. Kata-katanya bahawa
dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti
dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu.
Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia
mesti bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti
sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan
cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan
mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda
menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap
bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya
mereka tidak mengerti”.
Di dalam pengertian ini al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata:
“Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka
membalingnya dengan batu danvdia menggugurkan buah kepada mereka”.
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
5
Marhalah Pertama
Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan
dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar
merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya
dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak
membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benar-
benar terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan
mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya.
Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah
berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi
hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai
apa-apa tajuk dakwah sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi
faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa
minggu.
Marhalah Kedua
Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di
jiwa mad’u. Di peringkat ini perbincangan mengenai persoalan keimanan
tidak perlu dilakukan secara langsung. Adalah lebih baik jika perbincangn
mengenainya mengambil pendekatan secara tidak langsung seolah-olah
tanpa disengajakan, dengan cara mengambil kesempatan daripada melihat
burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana makhluk Allah. Di
kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan kekuasaan Allah,
kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya dilakukan. Sebagai contohnya,
dijelaskan kepada mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada
tanah dan air yang sama. Ia melahirkan bahagian-bahagian yang berlainan
seperti dahan, daun, bunga, buah, warna, bau dan rasa sedangkan ia disiram
dengan air yang sama dan ditanam di tanah yang sama.
“Begitulah perbuatan Allah s.w.t yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu”.
(Maksud an-Naml: 88)
Apakah ahli sains dengan teknologi canggih yang diciptanya mampu
mencipta sebiji gandum (sebagai contoh) di makmal mereka; apbila ditanam
dan disiram, akan menumbuhkan batang gandum? Sesungguhnya mereka
tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana menumbuhkan benih ciptaan
Allah adalah rahsia Allah yang hanya diketahui-Nya. Manusia tidak mampu
untuk menumbuhkan benih ciptaannya. Begitu juga sekiranya seluruh
penduduk dunia bersatu untuk mencipta seekor lalat, mereka tidak akan
mampu melakukannya. Ini kerana mencipta dan menghidupkan adalah hak
kepunyaan Allah semata-mata.
Begitulah seterusnya. Melalui perbicangan seumpama ini, dilakukan
banyak kali dan memikirkan keunikan ciptaan Allah, Insya Allah akan
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
6
menjadikannya mengkagumi, mengagungi dan menyucikan Allah bertepatan
dengan firman Allah yang bermaksud:
“Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya
Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau,
maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali Imran: 191)
Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah
menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong
kepada mengingati hari akhirat, mengingati pembalasan yang akan diterima
di sana, dan mendorong seseorang mukmin untuk memohon kepada Allah
supaya menyelamatkannya daripada azab neraka.
Begitulah, dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan
kepada Keesaan-Nya, keimanan kepada sifat kudrat dan kesempurnaan-Nya,
hati akan mula hidup dengan mengenali Allah (Makrifatullah), sedar
daripada kealpaannya dan bersedia untuk menyempurnakan keimanannya
kepada hari akhirat dengan segala yang ada padanya; kebangkitan dari
kubur, hisab dan balasan. Begitu juga, dia akan memahami tujuan kita
diciptakan oleh Allah iaitu untuk beribadah kepada-Nya semata-mata. Dia
tidak dapat menggambarkan bagaimana Allah menciptakan kita dengan sia-
sia; tanpa tujuan.
Boleh jadi berguna kalau kita menjelaskan kepadanya (mad’u)
persoalan kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam a.s;
kemuliaan hasul daripada pemberian roh kepada mereka. Kebanyakan
manusia alpa dan lupa terhadap kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya
hidup di aspek penciptaan mereka daripada tanah dan memenuhi tuntutan
badan. Mereka lupa dan alpa bahawa aqidah yang benar dan sejahtera adalah
tuntutan asasi kepada roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup di dunia dan
akhirat.
Begitulah seterusnya, perbincangan berlegar di sekitar persoalan
keimanan. Ketika persoalan ini hidup di jiwanya, dia akan mula menilai
semula kehidupannya sebelum ini (muraja’ah). Dia akan merasakan bahawa
sekiranya dia terus berada di tahap lama; alpa, mencuaikan kewajipan,
melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya akan terdedah kepada
azab Allah di hari akhirat; hari yang tiada tempat lari dan penyelamat. Ketika
itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya berpegang teguh
keapda ajaran Islam.
Marhalah Ketiga
Di waktu itu, bermulalah marhalah ketiga di dalam dakwah. Di
marhalah ini kita membantunya memperbaiki dirinya dengan cara
mengajarnya perkara-perkara ketaatan kepada Allah dan ibadat-ibadat
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
7
fardhu, membiasakan dirinya melakukannya secara berdisplin, menjauhi
maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam.
Amatlah baik sekiranya dia dibekalkan dengan buku-buku yang
membincangkan persoalan aqidah, ibadat dan akhlak yang boleh dibaca dan
difahaminya. Begitu juga dengan mengajak dia menghadiri majlis-majlis ilmu
dan ceramah-ceramah, mengajaknya berkenalan dengan orang-orang salih
dan menjauhkannya daripada orang-orang jahat. Begitulah seterusnya,
suasana yang salih terus dibina untuk membantu menyempurnakan
keperibadian Islamnya. Kita mestilah sabar dan sentiasa mengikuti
perkembangan dirinya sehingga dia benar-benar teguh berada di atas jalan
ini (Islam). Dia tidak sepatutnya dibiarkan dalam jangka masa yang lama
tanpa diikuti perkembangan dirinya dan tanpa bimbingan. Ini dilakukan agar
dia mampu meneruskan perjalanan di jalan Islam dan menjauhi faktor yang
menyebabkannya mundur, malas dan cuai. Usaha-usaha ini akan memakan
masa beberapa minggu atau beberapa bulan sehingga keperibadian Islamnya
benar-benar mantap tanpa mudah digoyang.
Di sini kita mengatakan; Di sana terdapat banyak perkara yang perlu
dilakukan di marhalah ini. Walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan di
marhalah yang keempat yang akan datang. Itu pun setelah berhasilnya
marhalah pertama iaitu mengadakan hubungan baik dengannya yang
membolehkan perbincangan terus dilakukan dan kewajiban dakwah dapat
dilaksanakan.
Marhalah Keempat
Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul
tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia
merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu, amal,
perkahwinan, riadhah, memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah
ibadah kepada Allah s.w.t apabila mencukupi dua syarat: Niat kerana Allah
s.w.t dan cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam.
Syarat Pertama: Niat. Semua yang dilakukan hendaklah bertujuan
untuk membantu kita melaksanakan ketaatan kepada Allah dan
merealisasikan tujuan Allah menjadikan kita sebagai khalifah di atas
muka bumi.
Oleh itu, kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk
mentaati Allah dan beribadat kepada-Nya. Dengan itu makan dan
minum kita menjadi ibadat yang akan diberi ganjaran pahala. Kita
belajar untuk kepentingan kaum muslimin dan negara Islam, maka
menuntut ilmu menjadi ibadat dan setiap tenaga dan masa yang kita
curahkan akan diberi ganjaran pahala. Kita bekerja di mana-mana
bidang untuk kepentingan umat Islam dan negara Islam, dan
mendapatkan rezeki yang halal untuk keperluan hidup, maka kerja
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
8
kita menjadi ibadah. Kita berkahwin untuk menjaga diri daripada
maksiat dan membina rumah tangga muslim yang menjadi tiang seri
kepada pembinaan negara Islam serta melahirkan zuriat yang salih
yang dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip Islam; melalui mereka,
Allah akan memuliakan agamanya, maka perkahwinan kita menjadi
ibadat, penat lelah mendidik anak-anak menjadi ibadat; semuanya
akan mendapat balasan pahala daripada Allah. Kita bersenam untuk
menguatkan tubuh badan supaya kita mampu memikul bebanan
dakwah dan berjihad di jalan-Nya, maka bersenam menjadi ibadat.
Begitulah seterusnya, dunia yang luas ini menjadi mihrab (tempat
beribadat); padanya kita mengabdikan diri kepada Allah dengan
setiap amal dan usaha yang dilakukan. Semuanya menjadi ibadat hasil
daripada niat yang benar semata-mata kerana Allah s.w.t.
Syarat Kedua: Segala usaha dan amal yang kita kerjakan mestilah
sesuai dengan syariat Allah s.w.t dan ajaran Islam. Oleh itu, kita tidak
boleh makan dan minum kecuali yang halal. Kita tidak berpakaian
kecuali dengan pakaian yang halal. Kita tidak melakukan sebarang
amal dan usaha kecuali ia selari dan sesuai dengan syariat Allah s.w.t
supaya ia menjadi ibadat yang diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana,
tidak munasabah kita makan makanan yang haram dengan tujuan
menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.
Begitulah seterusnya, setiap muslim di marhalah ini mengikat seluruh
kegiatan hidupnya dengan syariat Allah dan menjadikannya sebagai
ibadat. Mereka tidak beribadah dengan hanya melakukan empat
perkara fardhu yang sememangnya diketahui umum.
Marhalah Kelima
Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad'u bahawa agama kita
(Islam) tidak berpada dengan kita menjadi muslim pada diri sendiri sahaja;
dengan hanya melaksanakan ibadat-ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak
yang baik dan tidak menyakiti orang lain; tidak lebih daripada itu.
Malah Islam adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup,
pemerintahan, perundangan, daulah, jihad dan ummah. Inilah fahaman yang
betul terhadap Islam. Fahaman yang mengajar kita berbagai tanggungjawab
dan kewajipan. Kita wajib melaksanakannya sebagai menyahut perintah
Allah supaya masyarakat dapat dibina di atas prinsip-prinsip Islam di semua
aspek kehidupan; politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan lain-
lain.
Kita juga mesti memahami bahawa di antara kewajipan kita terhadap
Islam ialah berusaha dan berjuang bersungguh-sungguh supaya Islam
berkuasa di muka bumi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
9
"…sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah
semata-mata…"(al-Baqarah: 193)
Oleh itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia
seluruhnya.
Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan
keIslaman yang sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri
daripada saudara-saudara muslim yang lain dan tidak memperdulikan apa
yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudara-saudara muslim) di
berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan serangan
dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah s.a.w
bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari
mereka".
Di sekitar pengertian ini perbincangan dilakukan sehingga melahirkan
perasaan tanggungjawab umum (mas'uliah amah) terhadap Islam dan
muslimin di dalam dirinya dan dia tidak lagi mengasingkan diri. Selepas itu
dijelaskan kepadanya tuntutan marhalah dakwah Islam pada hari ini yang
mewajibkan umat Islam berusaha menegakkan daulah Islam dan
mengembalikan khalifah Islam yang telah diruntuhkan oleh musuh-musuh
Islam.
Kita terangkan kepada mad'u betapa besarnya musibah yang dihadapi
oleh dunia Islam; Negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama
sendiri, musuh-musuh menyerang, aqidah orang-orang Islam tergugat dan
digugat, masjid-masjid dirosakkan, kehormatan mereka dicabul, harta
kekayaan dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk di luar landasan
Islam. Semua ini berlaku akibat tidak adanya Daulah Islamiah; Daulah
Islamiah yang mampu menyerang balas musuh-musuh Islam, menghalang
mereka daripada melakukan serangan, menyatu-padukan umat Islam dan
melaksanakan syariat Islam di kalangan mereka.
Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa tanggungjawab menegakkan
Daulah Islamiah bukan hanya tanggungjawab pemerintah dan ulama sahaja.
Malah, ia adalah tanggungjawab setiap muslim dan muslimah yang hidup di
marhalah dakwah ini (marhalah yang mewajibkan penegakan Daulah
Islamiah). Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa seluruh umat Islam berdosa
sekiranya mereka tidak berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiah.
Begitulah seterusnya, perbincangan diteruskan untuk membangkitkan
perasaan tanggungjawab tersebut. Perasaan tanggungjawab yang
mendorongnya berfikir bersungguh-sungguh mencari jalan bagaimana
melaksanakannya dan menunaikan tuntutannya.
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
10
Marhalah Keenam
Di ketika itu, datanglah marhalah keenam iaitu mejelaskan kepada
mad'u bahawa kewajipan ini tidak mungkin dapat disempurnakan secara
bersendirian (fardi); setiap muslim tidak mampu menegakkan Daulah
Islamiah dan mengembalikan khalifah Islamiah secara bersendirian. Malah
usaha tersebut mesti dilakukan melalui Jemaah (organisasi); Jemaah yang
akan menyatukan usaha-usaha fardi demi melaksanakan tanggungjawab
yang besar ini. Kaedah syara' yang bermaksud:
"Apabila sesuatu kewajiban tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka dia
menjadi wajib"
Oleh itu, selagi kewajipan menegakkan Daulah Islamiah tidak dapat
disempurnakan kecuali dengan adanya Jemaah, maka mewujudkan jemaah
adalah wajib. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang individu boleh
menjadi sempurna keIslamannya sedangkan dia hidup seorang diri tanpa
melibatkan diri dengan Jemaah yang bertujuan melaksanakan prinsip-prinsip
Islam dan kewajibannya; prinsip dan kewajibannya yang terpenting pada
masa kini ialah usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk
menegakkan Daulah Islamiah.
Ini adalah perkara pokok dan asasi. Kebanyakan muslimin tidak
merasakan keperluan yang mendesak dalam mewujudkan Jemaah, ataupun
menggabungkan diri dalamnya. Mereka bersikap demikian kerana tidak
mahu memikul tanggungjawab, ataupun lebih mengutamakan keselesaan
hidup dan menjauhkan diri daripada perkara yang tidak disukai yang
mungkin terpaksa dihadapi apabila dia menggabungkan diri ke dalam
Jemaah. Berdasarkan penjelasan betapa besarnya tanggungjawab terhadap
Islam yang tepaksa dipikul dan perlaksanaan tanggungjawab ini tidak dapat
disempurnakan kecuali dharurinya Jemaah, maka mad'u akan meyakini
dharurinya berjemaah sekalipun terpaksa membayar dengan harga yang
mahal. Lebih-lebih lagi selepas dijelaskan betapa besarnya pahala dan faedah
yang merupakan kesan langsung daripadanya.
Marhalah Ketujuh
Selepas itu, datanglah marhalah ketujuh iaitu menjawab soalan yang
bermain di minda mad'u: Jemaah manakah yang patut dianggotai? Marhalah
ini adalah penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah dan kebijaksanaan,
penerangan yang jitu dan memuaskan. Ini kerana, di medan terdapat
pelbagai jemaah yang bergerak dan semuanya mengajak para pemuda
menganggotainya. Semuanya membawa bendera Islam, mempunyai
lambing-lambang dan cara-cara tersendiri untuk menarik para pemuda.
Perkara yang mesti difahami oleh setiap pemuda muslim ialah
persoalan amal Islami adalah persoalan asasi dan penentu masa depan. Dia
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
11
mestilah teliti dalam memilih jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan
diyakini selamat. Dia tidak sepatutnya terikut-ikut atau tergesa-gesa dalam
memilih Jemaah yang perlu dianggotainya untuk merealisasikan prinsip-
prinsip Islam. Ini kerana, dia hanya memiliki satu umur dan satu nyawa.
Oleh itu, janganlah dipersiakan begitu saja. Sebaliknya, dia hendaklah
mengkaji, berbincang dan memperuntukkan masa dan tenaga yang
mencukupi untuk mencari kepastian. Sesungguhnya ketenangan jiwa
(melakukan sesuatu dengan yakin akan kebenarannya) adalah lebih baik
daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan bertindak tanpa kepastian.
Perlu disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan tuntutan Islam
dan menegakkan Daulah Islamiah, kita mesti mengikuti jalan yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam menegakkan Daulah Islamiah yang
pertama, Baginda s.a.w telah memantapkan aqidah Islam ke dalam jiwa
mukminin dan mendidik mereka di rumah al-Arqam berdasarkan tuntutan
al-Quran dan madrasah Rasulullah s.a.w. Melalui madrasah inilah, lahirnya
Rijalul Aqidah (pendokong-pendokong aqidah); aqidah mengawal diri
mereka, mempengaruhi perasaan dan menguasai jiwa mereka. Aqidah mejadi
segala-segalanya dalam kehidupan mereka. Kerana aqidah, mereka
mengorbankan masa, tenaga, kesihatan, pemikiran, harta dan jiwa raga.
Kerana aqidah, mereka sanggup bertahan, menanggung segala bentuk
penyeksaan dan menhadapi risiko. Mereka tidak berundur walau selangkah.
Mereka menyebarkannya, mempertahankannya dan berjihad dengan harta
dan jiwa raga. Mereka adalah tiang-tiang seri utama yang menjadi asas
penegakkan Daulah Islamiah yang pertama. Kemudian Baginda s.a.w
mempersaudarakan sesama mereka dan menyusun mereka. Baginda s.a.w
mengambil sumpah setia dan perjanjian dengan mereka untuk
mempertahankan Islam menggunakan segala apa yang mereka miliki. Ketika
itu mereka mendapat kemenangan dan kekuasan dengan kelebihan yang
diberikan oleh Allah.
Dengan ini, Rasulullah s.a.w telah berjaya mewujudkan kekuatan
aqidah, kemudian kekuatan kesatuan dan akhirnya kekuatan tangan dan
persenjataan. Ini kerana, apabila terbentuknya kumpulan mukmin yang
mantap dan bersatu, maka musuh-musuh Allah mampu dihadapi dan
permusuhan mereka dapat dihalang dengan kekuatan sesuai dengan firman
Allah s.w.t yang bermaksud:
"Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya
mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t benar-benar berkuasa
menolong mereka". (al-Hajj:39)
Adapun, sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan
bersatu iaitu ketika bilangan kaum muslimin sedikit, Rasulullah s.a.w
berpesan supaya mereka besabar menempuh dugaan dan tetap bersama
kebenaran yang mereka imani, serta berterusan menyampaikan dakwah
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
12
Islam kepada orang lain. Baginda tidak meminta mereka menghadapi
kebatilan dengan menggunakan kekuatan.
Oleh itu, jemaah yang melalui jalan yang sama (jalan yang dilalui
orang Rasulullah s.a.w) semestinya menjadi pilihan untuk dianggotai dan
didukungi. Mana-mana jemaah yang tidak memberikan keutamaan kepada
persoalan tarbiah dan persediaan, mengatasi keutamaan keapda persoalan
kesatuan dan hubungan dan juga mengatasi keutamaan kepada persoalan
penggunaan kekuatan, maka ia adalah jemaah yang memperjudikan nasib
dan masa depannya, dan membahayakan amal Islami. Oleh itu, usaha untuk
memegang tampuk kekuasaan dan pemerintahan menggunakan kekuatan
dan kekerasan dengan mengabaikan tarbiah dan kesatuan, ataupun melalui
parti-parti politik yang mengabaikan tarbiah adalah usaha yang merbahaya.
Malah mampu melumpuhkan amal Islami sebelum ia lahir dan berkembang
subur secara tabi'e untuk membentuk kumpulan yang mantap (qaedah
sulbah). Ketika itu usaha mewujudkan kumpulan yang mantap tidak dapat
bertahan dan diteruskan.
Kalau begitu, semestinya diwujudkan kumpulan yang mantap yang
mendukung pemerintahan Islam, melindungi dan mempertahankannya.
Mereka tidak akan berkompromi dalam masalah ini. Begitulah,
Sesungguhnya pembinaan dimulakan dari asas, bukannya dari puncak atas.
Semakin besar dan tinggi bangunan yang hendak dibina, maka semakin luas
dan dalam asas yang diperlukan. Begitulah juga dengan bangunan yang kita
ingin bangunkan iaitu Daulah Islamiah Alamiah (negara Islam sejagat). Ini
kerana dakwah kita adalah dakwah alamiah dan musuh kita juga adalah
sejagat. Manakala tempoh pembinaannya pula diukur berdasarkan umur
dakwah bukan diukur dengan umur individu.
Dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah, kita dapati al-Imam as-
Syahid Hassan al-Banna telah mengambil jalan ini daripada sirah Rasulullah
s.a.w. Beliau menegaskan betapa dharurinya dipersiapkan individu muslim
sebagai pendokong aqidah, keluarga muslim dan masyarakat muslim yang
menjadi kumpulan mantap kepada pembinaan kerajaan, kemudian Daulah
Islamiah dan Khilafah Islamiah dengan izin Allah.
Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa jemaah yang hendak dianggotai
dan didukungi mestilah jemaah yang mengambil Islam secara syumul dan
menyeluruh; aqidah, ibadah, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad dan
seluruh aspek kehidupan. Ia tidak boleh mementingkan beberapa aspek dan
meninggalkan aspek yang lain dengan alasan keselamatan atau apa-apa
sebab yang lain.
Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa jemaah yang diharapkan untuk
melaksanakan kewajiban dan perlu dianggotai dan didukungi mestilah yang
memiliki kemampuan di peringkat antarabangsa. Ini kerana mereka
mempunyai faktor-faktor pembinaan kumpulan yang mantap untuk Daulah
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
13
Islamiah 'Alamiah, bukan hanya sekadar pemerintahan setempat di mana-
mana Negara.
Jemaah yang berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi
tribulasi adalah jemaah yang paling layak untuk diyakini kemampuannya
mencapai matlamat, mendatangkan hasil dengan segera dan pandai
menggunakan masa dan tenaga dengan sebaik mungkin. Kefahaman dan
tindak tanduknya pula jauh daripada kecuaian dan keterlaluan, jauh
daripada penyelewengan dan mengambil beberapa bahagian dan
meninggalkan beberapa bahagian yang lain, selari dengan petunjuk
Rasulullah s.a.w dan salafussalih.
Jemaah tersebut juga mestilah jemaah yang tersusun rapi dan bersatu-
padu serta berjalan mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah jemaah
yang kucar-kacir (perjalanannya tidak mengikut peraturan) atau bergerak
secara bidan terjun tanpa perancangan dan penyusunan.
Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan
tenaga kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan
merbahaya. Pada dasarnya, sesiapa yang ingin bekerja (menyumbang) untuk
Islam hendaklah bergabung dengan jemaah yang mempunyai ciri-ciri yang
telah disebutkan di atas. Dia tidak boleh mengangkat bendera baru ataupun
membantu jemaah baru yang setahun jagung pengalamannya. Ini dilakukan
supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecah-mecahkan tenaga dan
usaha. Dia juga tidak boleh memisahkan diri daripada jemaah besar yang
berpengalaman kecuali apabila dia mendapati jemaah tersebut pada
keseluruhannya terdapat kefasikan atau kesesatan.
Begitulah seterusnya. Berdasarkan penjelasan secara terperinci di
marhalah ini, maka setiap peribadi yang bersikap benar dan ikhlas akan
mendapati bahawa ciri-ciri yang mesti ada pada jemaah pilihannya telah
dimiliki oleh Jemaah Ikhwan Muslimin. Inilah kelebihan dan taufiq yang
diberikan oleh Allah.
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
14
BEBERAPA PESANAN KHUSUS MENGENAI
DAKWAH FARDIAH
1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian,
mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah
dilaksanakan dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas
hati terhadap penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi.
2. Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan
dan tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang
bersangkutan dengannya.
3. Usaha dakwah mereke boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka
dengan beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan
sesuatu pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u.
4. Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benar-
benar dilaksanakan kepada mad’u satu-persatu secara tertib di atas,
kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa yang disampaikan.
Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai hubungan dan
kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh; Apabila kita
mengajak mad’u menyertai jemaah sedangkan dia tidak menerima
tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh jemaah, maka dia tidak akan
memenuhi ajakan tersebut.
5. Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang
gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap
marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u
ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu
dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan.
6. Perbincangan dengan pelaksanan dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh
marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktor-
faktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalah
untuk memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u.
7. Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua
tuntutannya, usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran
(syubhat) terhadap amal Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya
juga mesti dilakukan. Ini dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di
dalam dirinya dapat dikikis.
8. Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang
menyahut seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
15
besar yang menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub yang
memberikan galakan dan amaran banyak memberikan kesan kepada apa
yang disampaikan oleh daie.
9. Para daie mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati
sesame meraka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana
merancang dan memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini.
10. Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan
membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalah-
majalah. Ya Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran
untuk dijelaskan.
11. Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan
tugas dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut,
dijelaskan cara dan diikuti perkembangannya.
12. Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan,
kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran.
13. Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan
keadaan, berbeza dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi
tekanan dan rintangan.
14. Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan
dengan mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti ceramah dan majlis
ilmu kerana ia tidak melahirkan hubungan mesra secara langsung antara daie
dan mad’u.
15. Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan
dakwah secara praktikal; dakwah yang merupakan kewajiban yang paling
utama.
16. Dakwah fardiah membekalkan daie dengan hasil dan bekalan yang akan
membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya.
17. Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta
penjelasan terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan
dan kesamaran di dalam dirinya. Ini akan menyempurnakan pembentukan
peribadinya.
18. Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah
ini mampu mencapai angka yang berlipat ganda di dalam waktu yang
singkat.
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
16
CIRI-CIRI PENTING DAIE
1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana
Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan
musnah.
2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan
itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut
dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya.
3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub
(pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang
dengan cara yang terbaik.
4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki
akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak
cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada
rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan
menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak
langkah Baginda s.a.w.
5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia
berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu
yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan
lebih mendalam mad’u yang didakwahnya.
6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam
untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai
bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan
masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil
oleh generasi muslimin yang pertama.
7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam
kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di
dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa.
8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan
logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan.
Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan
mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan
meninggalkan kesan.
Dakwah Fardiah___________________________________________________________________
17
Renungan
Dengan mengandaikan seorang da’ie hanya mampu mendakwah 2
orang mad’u sehingga berjaya dalam masa setahun, maka di tahun kedua
akan akan berlaku 3 orang daie mendakwah 6 orang mad’u. Tahun ketiga
pula 9 orang daie mendakwah 18 orang mad’u. Tahun keempat pula 27 orang
daie mendakwah 54 orang mad’u. Tahun kelima pula 81 orang daie
mendakwah 162 orang mad’u. Tahun keenam pula 243 orang daie
mendakwah 486 orang mad’u. Tahun ketujuh pula 729 orang daie
mendakwah 1458 orang mad’u. Tahun kelapan pula 2187 orang daie
mendakwah 4374 orang mad’u. Tahun kesembilan pula 6561 orang daie
mendakwah 13122 orang mad’u. Tahun kesepuluh pula 19683 orang daie
mendakwah 39366 orang mad’u. Begitulah seterusnya. Pada tahun kelima
belas bilangan daie mencapai jumlah 4,782,969 orang dengan mad’u seramai
9,566,938 orang. Pada tahun ketujuh belas kita memiliki 43,046,721 orang
daie. Ini bermakna seluruh penduduk Malaysia berada di peringkat daie dan
tiada seorang pun yang menjadi mad’u.
Sekiranya kita mengandaikan seorang daie mampu mendakwah 3
orang mad’u sehaja dalam masa setahun sehingga berjaya, maka di tahun
kelima kita mempunyai 256 orang daie dan 765 orang mad’u. Pada tahun
kesepuluh pula bilangan daie meningkat kepada 262,144 dan mad’u pula
seramai 786,432 orang. Pada tahun keempat belas kita memiliki 67,108,864
orang daie.
Bayangkanlah betapa berkesannya dakwah fardiah apabila ia
dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Ingatlah kita
hanya disuruh beramal dan natijahnya terserah kepada Allah.

More Related Content

What's hot

Selamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan IslamSelamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan Islamkaka imoet
 
Materi2 - Buku, Ngaji dan Dakwah
Materi2  - Buku, Ngaji dan DakwahMateri2  - Buku, Ngaji dan Dakwah
Materi2 - Buku, Ngaji dan DakwahHeri Abu Nizar
 
Perjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahPerjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahAnin Shabrina
 
"Ihsanul Amal"
"Ihsanul Amal""Ihsanul Amal"
"Ihsanul Amal"Nur Rohim
 
Pemuda dan kebangkitan islam
Pemuda dan kebangkitan islamPemuda dan kebangkitan islam
Pemuda dan kebangkitan islamFajar Widyatmoko
 
Akibat hancurnya khilafah shiddiq al-jawi
Akibat hancurnya khilafah   shiddiq al-jawiAkibat hancurnya khilafah   shiddiq al-jawi
Akibat hancurnya khilafah shiddiq al-jawihafidalfatih
 
Menjadi Orang Beruntung
Menjadi Orang BeruntungMenjadi Orang Beruntung
Menjadi Orang BeruntungErwin Wahyu
 
Urgensi dakwah
Urgensi dakwahUrgensi dakwah
Urgensi dakwahel-hafiy
 
Generasi muda dan perubahan slide
Generasi muda dan perubahan slideGenerasi muda dan perubahan slide
Generasi muda dan perubahan slideNur Aisyah Radzuan
 
Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk PemudaPesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk Pemudanotarazi
 
Menjadi Generasi Muslim Unggul
Menjadi Generasi Muslim UnggulMenjadi Generasi Muslim Unggul
Menjadi Generasi Muslim UnggulAmir Fauzi
 
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanMateri Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanErwin Wahyu
 
Menjadi Orang yang Lebih Beruntung
Menjadi Orang yang Lebih BeruntungMenjadi Orang yang Lebih Beruntung
Menjadi Orang yang Lebih BeruntungErwin Wahyu
 

What's hot (20)

Ihsanul amal
Ihsanul amalIhsanul amal
Ihsanul amal
 
Selamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan IslamSelamatkan Generasi Dengan Islam
Selamatkan Generasi Dengan Islam
 
Keutamaan Menuntut Ilmu
Keutamaan Menuntut IlmuKeutamaan Menuntut Ilmu
Keutamaan Menuntut Ilmu
 
Materi2 - Buku, Ngaji dan Dakwah
Materi2  - Buku, Ngaji dan DakwahMateri2  - Buku, Ngaji dan Dakwah
Materi2 - Buku, Ngaji dan Dakwah
 
Kewajiban Dakwah
Kewajiban DakwahKewajiban Dakwah
Kewajiban Dakwah
 
Tetap istiqamah
Tetap istiqamahTetap istiqamah
Tetap istiqamah
 
Perjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyahPerjanjian hudaibiyah
Perjanjian hudaibiyah
 
"Ihsanul Amal"
"Ihsanul Amal""Ihsanul Amal"
"Ihsanul Amal"
 
slide dakwah remaja
slide dakwah remajaslide dakwah remaja
slide dakwah remaja
 
Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..Usul 20-hassan al-banna..
Usul 20-hassan al-banna..
 
Pemuda dan kebangkitan islam
Pemuda dan kebangkitan islamPemuda dan kebangkitan islam
Pemuda dan kebangkitan islam
 
Akibat hancurnya khilafah shiddiq al-jawi
Akibat hancurnya khilafah   shiddiq al-jawiAkibat hancurnya khilafah   shiddiq al-jawi
Akibat hancurnya khilafah shiddiq al-jawi
 
Mensyukuri Nikmat Al-Qur'an
Mensyukuri Nikmat Al-Qur'anMensyukuri Nikmat Al-Qur'an
Mensyukuri Nikmat Al-Qur'an
 
Menjadi Orang Beruntung
Menjadi Orang BeruntungMenjadi Orang Beruntung
Menjadi Orang Beruntung
 
Urgensi dakwah
Urgensi dakwahUrgensi dakwah
Urgensi dakwah
 
Generasi muda dan perubahan slide
Generasi muda dan perubahan slideGenerasi muda dan perubahan slide
Generasi muda dan perubahan slide
 
Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk PemudaPesanan Rasulullah Untuk Pemuda
Pesanan Rasulullah Untuk Pemuda
 
Menjadi Generasi Muslim Unggul
Menjadi Generasi Muslim UnggulMenjadi Generasi Muslim Unggul
Menjadi Generasi Muslim Unggul
 
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi ImanMateri Kajian Umum - Konsekuensi Iman
Materi Kajian Umum - Konsekuensi Iman
 
Menjadi Orang yang Lebih Beruntung
Menjadi Orang yang Lebih BeruntungMenjadi Orang yang Lebih Beruntung
Menjadi Orang yang Lebih Beruntung
 

Viewers also liked

Dakwah Fardiyah oleh Mustafa Masyhur
Dakwah Fardiyah oleh Mustafa MasyhurDakwah Fardiyah oleh Mustafa Masyhur
Dakwah Fardiyah oleh Mustafa MasyhurNajid Jamal
 
Dakwah fardiyah
Dakwah fardiyahDakwah fardiyah
Dakwah fardiyahSarwo Edi
 
Jalan Dakwah ustafa masyhur -ppt
Jalan Dakwah ustafa masyhur  -pptJalan Dakwah ustafa masyhur  -ppt
Jalan Dakwah ustafa masyhur -pptShukri Yahya Kagat
 
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)Imran
 
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisiBagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisiAmir Dauly
 
Materi 10: Manajemen Organisasi Dakwah
Materi 10: Manajemen Organisasi DakwahMateri 10: Manajemen Organisasi Dakwah
Materi 10: Manajemen Organisasi DakwahMarlin Dwinastiti
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwahel-hafiy
 
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)BahRum Subagia
 
Grand desain dakwah kampus
Grand desain dakwah kampusGrand desain dakwah kampus
Grand desain dakwah kampushamzah _
 
Daurah rekrutmen
Daurah rekrutmenDaurah rekrutmen
Daurah rekrutmenAbdul Hakim
 

Viewers also liked (20)

Dakwah Fardiyah oleh Mustafa Masyhur
Dakwah Fardiyah oleh Mustafa MasyhurDakwah Fardiyah oleh Mustafa Masyhur
Dakwah Fardiyah oleh Mustafa Masyhur
 
Dakwah fardiyah
Dakwah fardiyahDakwah fardiyah
Dakwah fardiyah
 
Jalan Dakwah ustafa masyhur -ppt
Jalan Dakwah ustafa masyhur  -pptJalan Dakwah ustafa masyhur  -ppt
Jalan Dakwah ustafa masyhur -ppt
 
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
Mustapha Masyur - Dakwah Fardiah (Dakwah Individu)
 
Dakwah fardiyah
Dakwah fardiyahDakwah fardiyah
Dakwah fardiyah
 
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisiBagaimana menyentuh hati (da'wah)  abbas as siisi
Bagaimana menyentuh hati (da'wah) abbas as siisi
 
Dakwah Islam
Dakwah IslamDakwah Islam
Dakwah Islam
 
Slide dakwah fardiah
Slide dakwah fardiahSlide dakwah fardiah
Slide dakwah fardiah
 
Materi 10: Manajemen Organisasi Dakwah
Materi 10: Manajemen Organisasi DakwahMateri 10: Manajemen Organisasi Dakwah
Materi 10: Manajemen Organisasi Dakwah
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwah
 
Fiqih dakwah
Fiqih dakwahFiqih dakwah
Fiqih dakwah
 
KEWAJIBAN BERDAKWAH
KEWAJIBAN BERDAKWAHKEWAJIBAN BERDAKWAH
KEWAJIBAN BERDAKWAH
 
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
Fikih dakwah dan pemikiran dakwah di indonesia (2)
 
Grand desain dakwah kampus
Grand desain dakwah kampusGrand desain dakwah kampus
Grand desain dakwah kampus
 
Dakwah Kreatif
Dakwah KreatifDakwah Kreatif
Dakwah Kreatif
 
Motivasi dakwah
Motivasi dakwahMotivasi dakwah
Motivasi dakwah
 
Materi Dakwah
Materi DakwahMateri Dakwah
Materi Dakwah
 
Metode dakwah
Metode dakwahMetode dakwah
Metode dakwah
 
Daurah rekrutmen
Daurah rekrutmenDaurah rekrutmen
Daurah rekrutmen
 
Metode dakwah
Metode dakwahMetode dakwah
Metode dakwah
 

Similar to Dakwah fardiyah mustafa masyhur

Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxDai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxEMARMUAMAR1
 
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiSyahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiImran
 
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docxMakalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docxEndang Mahpudin
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMuhsin Hariyanto
 
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-RasyidAl muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-RasyidImran
 
Bahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi YakanBahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi YakanImran
 
Bagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakan
Bagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakanBagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakan
Bagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakaniqadin172
 
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.pptakangguru1
 
Kepribadian Muslimah
Kepribadian MuslimahKepribadian Muslimah
Kepribadian Muslimahiqbalgoh
 
pengajian islam
pengajian islampengajian islam
pengajian islamSoFfAeHa
 
Bentuk-bentuk Medan Perjuangan Islam
Bentuk-bentuk Medan Perjuangan IslamBentuk-bentuk Medan Perjuangan Islam
Bentuk-bentuk Medan Perjuangan IslamRismanHidayat3
 

Similar to Dakwah fardiyah mustafa masyhur (20)

Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptxDai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
Dai Reformis (Aktivis Dawah).pptx
 
Syahadatul haq
Syahadatul haqSyahadatul haq
Syahadatul haq
 
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al MaududiSyahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
Syahadatul haq -Abu 'Ala al Maududi
 
Dasar dasar ilmu dakwah
Dasar dasar ilmu dakwahDasar dasar ilmu dakwah
Dasar dasar ilmu dakwah
 
Makalah pai kel 2
Makalah pai kel 2Makalah pai kel 2
Makalah pai kel 2
 
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docxMakalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
Makalah STAI Miftahul Ulum -Objek Dakwah.docx
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
 
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-RasyidAl muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
Al muntalaq - Syeikh Muhd Ahmad ar-Rasyid
 
Bahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi YakanBahtera penyelamat - Fathi Yakan
Bahtera penyelamat - Fathi Yakan
 
Bagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakan
Bagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakanBagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakan
Bagaimana kita-menyeru-kepada-islam-fathi-yakan
 
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
1.1.1.22.045 Ghazwul Fikri.ppt
 
Uas muhen
Uas muhenUas muhen
Uas muhen
 
Kepribadian Muslimah
Kepribadian MuslimahKepribadian Muslimah
Kepribadian Muslimah
 
Hijrah
HijrahHijrah
Hijrah
 
Da'wah dan methodenya
Da'wah dan methodenyaDa'wah dan methodenya
Da'wah dan methodenya
 
pengajian islam
pengajian islampengajian islam
pengajian islam
 
Akhlaq tasawuf
Akhlaq tasawufAkhlaq tasawuf
Akhlaq tasawuf
 
Bentuk-bentuk Medan Perjuangan Islam
Bentuk-bentuk Medan Perjuangan IslamBentuk-bentuk Medan Perjuangan Islam
Bentuk-bentuk Medan Perjuangan Islam
 
Tujuan Dakwah.docx
Tujuan Dakwah.docxTujuan Dakwah.docx
Tujuan Dakwah.docx
 
Nota dakwah
Nota dakwahNota dakwah
Nota dakwah
 

More from Kammi Daerah Serang

Za maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-dunia
Za maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-duniaZa maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-dunia
Za maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-duniaKammi Daerah Serang
 
Untukmu kader dakwah ust. rahmat abdullah
Untukmu kader dakwah   ust. rahmat abdullahUntukmu kader dakwah   ust. rahmat abdullah
Untukmu kader dakwah ust. rahmat abdullahKammi Daerah Serang
 
Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)
Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)
Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)Kammi Daerah Serang
 
Tarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawi
Tarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawiTarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawi
Tarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawiKammi Daerah Serang
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududiKammi Daerah Serang
 
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawiSistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawiKammi Daerah Serang
 
Risalah pergerakan pemuda islam mustafa muhammad thahan
Risalah pergerakan pemuda islam   mustafa muhammad thahanRisalah pergerakan pemuda islam   mustafa muhammad thahan
Risalah pergerakan pemuda islam mustafa muhammad thahanKammi Daerah Serang
 
Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02
Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02
Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02Kammi Daerah Serang
 
Madarijus salikin (pendakian menuju allah) ibnu qayyim al-jauziyah 2
Madarijus salikin (pendakian menuju allah)    ibnu qayyim al-jauziyah 2Madarijus salikin (pendakian menuju allah)    ibnu qayyim al-jauziyah 2
Madarijus salikin (pendakian menuju allah) ibnu qayyim al-jauziyah 2Kammi Daerah Serang
 
Maalim fi ath thariq sayyid quthb
Maalim fi ath thariq   sayyid quthbMaalim fi ath thariq   sayyid quthb
Maalim fi ath thariq sayyid quthbKammi Daerah Serang
 
Ke arah kesatuan gerakan islam fathi yakan
Ke arah kesatuan gerakan islam   fathi yakanKe arah kesatuan gerakan islam   fathi yakan
Ke arah kesatuan gerakan islam fathi yakanKammi Daerah Serang
 

More from Kammi Daerah Serang (20)

Za maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-dunia
Za maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-duniaZa maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-dunia
Za maulani-zionisme-gerakan-menaklukan-dunia
 
Usrah & dakwah hasan al banna
Usrah & dakwah   hasan al bannaUsrah & dakwah   hasan al banna
Usrah & dakwah hasan al banna
 
Untukmu kader dakwah ust. rahmat abdullah
Untukmu kader dakwah   ust. rahmat abdullahUntukmu kader dakwah   ust. rahmat abdullah
Untukmu kader dakwah ust. rahmat abdullah
 
Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)
Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)
Tariq ramadan islam and the arab awakening-oxford university press, usa (2012)
 
Tarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawi
Tarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawiTarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawi
Tarbiyah islam & madrasah hasan al banna - dr. yusuf qardhawi
 
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududiTanggung jawab pemuda islam hari ini   abul a'la al-maududi
Tanggung jawab pemuda islam hari ini abul a'la al-maududi
 
Syarah usul 20
Syarah usul 20Syarah usul 20
Syarah usul 20
 
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawiSistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
Sistem masyarakat islam dalam al quran dan sunnah - dr. yusuf qardhawi
 
Sfiqh munakahat
Sfiqh munakahatSfiqh munakahat
Sfiqh munakahat
 
Risalah pergerakan pemuda islam mustafa muhammad thahan
Risalah pergerakan pemuda islam   mustafa muhammad thahanRisalah pergerakan pemuda islam   mustafa muhammad thahan
Risalah pergerakan pemuda islam mustafa muhammad thahan
 
Perang badar
Perang badarPerang badar
Perang badar
 
Muhammad marketing
Muhammad marketingMuhammad marketing
Muhammad marketing
 
Manhaj hidup muslim al maududi
Manhaj hidup muslim   al maududiManhaj hidup muslim   al maududi
Manhaj hidup muslim al maududi
 
Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02
Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02
Manajemenkonflik 110305095153-phpapp02
 
Madarijus salikin (pendakian menuju allah) ibnu qayyim al-jauziyah 2
Madarijus salikin (pendakian menuju allah)    ibnu qayyim al-jauziyah 2Madarijus salikin (pendakian menuju allah)    ibnu qayyim al-jauziyah 2
Madarijus salikin (pendakian menuju allah) ibnu qayyim al-jauziyah 2
 
Maalim fi ath thariq sayyid quthb
Maalim fi ath thariq   sayyid quthbMaalim fi ath thariq   sayyid quthb
Maalim fi ath thariq sayyid quthb
 
Kepemimpinan administratif
Kepemimpinan administratifKepemimpinan administratif
Kepemimpinan administratif
 
Ke arah kesatuan gerakan islam fathi yakan
Ke arah kesatuan gerakan islam   fathi yakanKe arah kesatuan gerakan islam   fathi yakan
Ke arah kesatuan gerakan islam fathi yakan
 
Jurnal muslim negarawan
Jurnal muslim negarawanJurnal muslim negarawan
Jurnal muslim negarawan
 
Jalan dakwah mustafa masyhur
Jalan dakwah   mustafa masyhurJalan dakwah   mustafa masyhur
Jalan dakwah mustafa masyhur
 

Recently uploaded

BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxWahyudinHioda
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURANBudiSetiawan246494
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRobert Siby
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaRobert Siby
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.KennayaWjaya
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfsrengseng1c
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHRobert Siby
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxArdianAlaziz
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSRobert Siby
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Ustadz Habib
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDAprihatiningrum Hidayati
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratpuji239858
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfDianNovitaMariaBanun1
 

Recently uploaded (14)

BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptxBUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
BUDAYA DAN ADAT ISTIADAT ORANG ARAB.pptx
 
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURANAYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT -  STUDI QURAN
AYAT MUHKAMAT DAN AYAT MUTASYABIHAT - STUDI QURAN
 
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 ShortRenungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
Renungan Doa Subuh EIUC July 2024 Mazmur 88 Short
 
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga BahagiaSEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
SEMINAR - Marriage and Family - Tips Rumah Tangga Bahagia
 
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
Teks Doa Untuk Rosario Peristiwa Terang.
 
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdfBuku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
Buku Panduan Baca Tulis Al-Quran dan Praktik Ibadah.pdf
 
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAHWJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
WJIHS #44 Khotbah 120521 HCI Makna BIRU MERAH
 
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptxPendidikan agama islam syirik modern.pptx
Pendidikan agama islam syirik modern.pptx
 
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUSWJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
WJIHS #44 - Renungan masa COVID-19 - MUREX - DARAH UNGU YESUS KRISTUS
 
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
Asmak Sunge Rajeh WA +62 819 3171 8989 .
 
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SDKISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
KISAH NABI MUSA PENDIDIKAN AGAMA ISLAM UNTUK SD
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syaratIhsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
Ihsanul amal, beramal dalam Islam ada 2 syarat
 
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdfPenampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
Penampakan Yesus setelah kebangkitan Lengkap.pdf
 

Dakwah fardiyah mustafa masyhur

  • 2. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 2 Menyeru manusia kepada Allah s.w.t (ad-da’wah ila Allah) adalah kewajipan setiap muslim dan muslimat di setiap masa. Terutamanya di zaman kita ini, ia lebih wajib kerana umat Islam pada hari ini terdedah kepada serangan jahat musuh-musuh Allah s.w.t yang bertujuan mencabut teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah satu kemuliaan yang besar kepada pendukung dakwah. Firman Allah yang bermaksud: “Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.” (Fushilat: 33) Menyeru manusia kepada Allah s.w.t menghasilkan pahala dan ganjaran yang besar dan tidak ternilai sebagaimana pengakuan Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Jika Allah s.w.t memberi hidayah kepada seorang lelaki lantaran anda, itu lebih baik bagimu daripada setiap apa yang disinari matahari.” (Riwayat at-Tabrani) Menyeru manusia kepada Allah s.w.t dan kepada jalan yang benar, adalah sebaik-baik urusan dan amat perlu diketengahkan, terutama di zaman ini yang berkecamuk dengan pelbagai kefahaman dan ideology, trend semasa yang memperbodoh, menyesat dan menyelewengkan. Menyeru manusia kepada Allah s.w.t adalah salah satu peringkat (marhalah) yang penting dalam amal Islami yang dilakukan secara bersungguh-sungguh. Ia merupakan marhalah ta’arif (memperkenalkan), yang mendahului marhalah takwin (pembentukan). Di sana terdapat dakwah ‘Ammah (dakwah umum) yang dicernakan melalui pidato, ceramah- ceramah, majlis-majlis ilmu, media masa seperti buku-buku, risalah-risalah, suratkhabar, majalah, kaset dan lain-lain. Di sana juga terdapat dakwah Fardiah (dakwah individu) yang tidak kurang pentingnya. Perbincangan mengenai dakwah fardiah ini akan kita perkatakan secara mendalam di sini: Pertama: Mengenai methodologi dan peringkat-peringkat dakwah fardiah. Kedua: Mengenai keistimewaan dakwah fardiah dan ciri-ciri para daie yang melaksanakan tugas ini.
  • 3. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 3 USLUB DAN MARHALAH Kita hendaklah memahami realiti muslimin yang menjadi medan dakwah kita (di sini kita hanya membincangkan mengenai urusan mendakwah kaum muslimin supaya kembali kepada Allah). Ini kerana tuntutan sekarang ialah memindahkan mereka dari realiti hidup yang menguasai mereka pada hari ini. Mereka hidup dengan kefahaman yang silap, malas beramal untuk Islam, bersikap keterlaluan dan lain-lain. Kita hendaklah memindahkan mereka kepada suasana kehidupan yang baru; kehidupan yang memahami Islam dengan kefahaman yang lengkap sempurna sebagaimana yang dibawa oleh Rasulallah s.a.w.. Kita juga perlu memindahkan mereka kepada memahami tuntutan Islam yang sempurna dan memahami cara merealisasikannya menurut kaedah yang paling sempurna dan betul. Melalui penelitian dan kajian terhadap masyarakat kita, kita akan mendapati bahawa kelemahan iman atau kelumpuhan iman di jiwa, tidak memahami hakikat Islam dengan sebenarnya dan serangan pemikiran adalah faktor utama yang menyebabkan kaum muslimin berada dalam suasana yang ada pada hari ini. Ia juga merupakan faktor utama yang membolehkan musuh-musuh Allah menjadikan sebahagian kaum muslim sebagai kuda tunggangan mereka untuk memerangi Islam; secara mereka sedari atau tidak. Janganlah diharapkan kesedaran, tindakan, amal atau hasil yang baik untuk Islam daripada mereka ini, melainkan setelah iman dibangkitkan dari dalam jiwa mereka terlebih dahulu. Dengan itu iman akan mendorong mereka kepada mengenal Allah dan memahami Islam, beramal dan berjuang untuk Islam serta mempertingkatkan diri kepada martabat para ‘amilin yang salih. Mungkin berfaedah kalau kita peringatkan di sini bahawa beriltizam dengan tertib dalam menaiki tanggi menuju martabat para ‘amilin adalah suatu yang pasti dan maha penting. Ini kerana tanpanya boleh mengakibatkan kemunduran, kejatuhan lau mengambil sikap berdiam diri dan duduk berpangku tangan. Kita akan mulakan dakwah dengan menyeru seorang yang lalai. Kemudian beransur-ansur mempertingkatkannya dari satu marhalah ke satu marhalah. Kita sebutkan berdakwah kepada golongan ini di sini adalah sebagai menjelaskan bagaimana memulakan dakwah dengan golongan ini. Walau bagaimanapun, pada hakikatnya, terdapat individu yang baik dan lebih mudah menerima dakwah. Orang yang seperti inilah yang patut diberikan keutamaan demi menjimatkan waktu dan usaha. Kebanyakan muslim pada hari ini sibuk dengan urusan dunia dan lalai daripada beribadat kepada Allah s.w.t dan mentaati perintah-Nya. Mereka seperti sekumpulan manusia yang sedang nyenyak tidur. Di sebelah mereka
  • 4. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 4 terdapat api yang marak menyala dan akan membakar mereka sekiranya mereka masih lagi tidur. Di kalangan manusia yang sedang nyenyak tidur, terdapat mereka yang tidak tidur dan menyedari apa yang berlaku di sekeliling, tetapi tidak mampu memadamkan api yang sedang membakar. Ketika itu kewajipan mereka ialah segera membangunkan manusia yang nyenyak tidur supaya setiap mereka menyedari keadaan masing-masing dan menjauhkan diri daripada api. Sebarang usaha untuk memperingatkan mereka yang tidur dari bahaya api akan menjadi sia-sia, jika dilakukan sebelum mereka terjaga dari tidur. Mereka tidak akan mendengar dan mentaati peringatan itu kerana mereka sedang nyenyak tidur. Jadi mereka mestilah dibangunkan terlebih dahulu barulah diberikan peringatan. Dalam banyak kes, ketika usaha membangunkan orang yang sedang nyenyak tidur dilakukan, mereka tidak mahu bangun kerana sedang enak tidur dan tidak mahu diganggu. Ini kerana dia masih tidur dan belum lagi sedar. Jika dia benar-benar sedar dari tidurnya dan melihat api yang sedang membakar, nescaya dia bersegera menyelamatkan diri. Kata-katanya bahawa dia telah sedar tidak boleh dipercayai sepenuhnya kecuali apabila diikuti dengan tindakan menjauhkan diri dari api itu. Demikianlah sikap daie terhadap mad’unya (orang yang diseru). Dia mesti bersabar di dalam usahanya menyeru mereka kepada Islam. Dia mesti sanggup menghadapi tindak balas mad’unya seperti perbuatan jahat dan cercaan. Dia mesti mengharapkan balasan usahanya daripada Allah dan mengikuti jejak langkah junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Baginda menyeru menusia dan terdedah kepada gangguan dan cercaan. Baginda tetap bersabar dan terus meneruskan dakwah sambil berdoa yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Berilah hidayah kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengerti”. Di dalam pengertian ini al-Iman asy-Syahid Hassan al-Banna berkata: “Jadilah kamu ketika menyeru manusia seperti pokok buah-buahan; mereka membalingnya dengan batu danvdia menggugurkan buah kepada mereka”.
  • 5. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 5 Marhalah Pertama Marhalah pertama ialah mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (taaruf). Di marhalah ini, anda hendaklah benar-benar merasakan kepada dirinya bahawa anda mengambil berat tentang dirinya dan bertanya khabar apabila dia tidak ada dan lain-lain. Ketika itu anda tidak membincangkan apa-apa tajuk mengenai dakwah sehingga hatinya benar- benar terbuka dan bersedia untuk memahami apa yang anda perkatakan mengenai dakwah dan mengambil pengajaran daripadanya. Penerimaannya terhadap dakwah yang anda kemukakan adalah berkadar dengan kejayaan anda memberikan perhatian dan memenangi hatinya di marhalah ini. Sebarang percubaan untuk berbincang mengenai apa-apa tajuk dakwah sebelum malalui marhalah ini mungkin akan menjadi faktor penolakannya. Marhalah ini mungkin memakan masa beberapa minggu. Marhalah Kedua Marhalah kedua ialah marhalah membangunkan iman yang lesu di jiwa mad’u. Di peringkat ini perbincangan mengenai persoalan keimanan tidak perlu dilakukan secara langsung. Adalah lebih baik jika perbincangn mengenainya mengambil pendekatan secara tidak langsung seolah-olah tanpa disengajakan, dengan cara mengambil kesempatan daripada melihat burung, tumbuhan, serangga atau mana-mana makhluk Allah. Di kesempatan tersebut, perbincangan mengenai kekuasaan kekuasaan Allah, kehalusan dan keagungan ciptaan-Nya dilakukan. Sebagai contohnya, dijelaskan kepada mad’u bagaimana tumbuhan tersebut tumbuh daripada tanah dan air yang sama. Ia melahirkan bahagian-bahagian yang berlainan seperti dahan, daun, bunga, buah, warna, bau dan rasa sedangkan ia disiram dengan air yang sama dan ditanam di tanah yang sama. “Begitulah perbuatan Allah s.w.t yang membuat dengan kukuh tiap-tiap sesuatu”. (Maksud an-Naml: 88) Apakah ahli sains dengan teknologi canggih yang diciptanya mampu mencipta sebiji gandum (sebagai contoh) di makmal mereka; apbila ditanam dan disiram, akan menumbuhkan batang gandum? Sesungguhnya mereka tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana menumbuhkan benih ciptaan Allah adalah rahsia Allah yang hanya diketahui-Nya. Manusia tidak mampu untuk menumbuhkan benih ciptaannya. Begitu juga sekiranya seluruh penduduk dunia bersatu untuk mencipta seekor lalat, mereka tidak akan mampu melakukannya. Ini kerana mencipta dan menghidupkan adalah hak kepunyaan Allah semata-mata. Begitulah seterusnya. Melalui perbicangan seumpama ini, dilakukan banyak kali dan memikirkan keunikan ciptaan Allah, Insya Allah akan
  • 6. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 6 menjadikannya mengkagumi, mengagungi dan menyucikan Allah bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka memikirkan tentang perciptaan langit dan bumi seraya berkata: “Ya Tuhan kami! Tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka”. (Ali Imran: 191) Ayat ini menegaskan bahawa memikirkan penciptaan Allah menjadikan seseorang mengkagumi dan mengagungi Allah serta mendorong kepada mengingati hari akhirat, mengingati pembalasan yang akan diterima di sana, dan mendorong seseorang mukmin untuk memohon kepada Allah supaya menyelamatkannya daripada azab neraka. Begitulah, dengan membangkitkan keimanan kepada Allah, keimanan kepada Keesaan-Nya, keimanan kepada sifat kudrat dan kesempurnaan-Nya, hati akan mula hidup dengan mengenali Allah (Makrifatullah), sedar daripada kealpaannya dan bersedia untuk menyempurnakan keimanannya kepada hari akhirat dengan segala yang ada padanya; kebangkitan dari kubur, hisab dan balasan. Begitu juga, dia akan memahami tujuan kita diciptakan oleh Allah iaitu untuk beribadah kepada-Nya semata-mata. Dia tidak dapat menggambarkan bagaimana Allah menciptakan kita dengan sia- sia; tanpa tujuan. Boleh jadi berguna kalau kita menjelaskan kepadanya (mad’u) persoalan kemuliaan yang Allah berikan kepada anak cucu Nabi Adam a.s; kemuliaan hasul daripada pemberian roh kepada mereka. Kebanyakan manusia alpa dan lupa terhadap kehidupan di aspek ini, dan mereka hanya hidup di aspek penciptaan mereka daripada tanah dan memenuhi tuntutan badan. Mereka lupa dan alpa bahawa aqidah yang benar dan sejahtera adalah tuntutan asasi kepada roh; padanya terdapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Begitulah seterusnya, perbincangan berlegar di sekitar persoalan keimanan. Ketika persoalan ini hidup di jiwanya, dia akan mula menilai semula kehidupannya sebelum ini (muraja’ah). Dia akan merasakan bahawa sekiranya dia terus berada di tahap lama; alpa, mencuaikan kewajipan, melakukan maksiat dan tidak mentaati Allah, dirinya akan terdedah kepada azab Allah di hari akhirat; hari yang tiada tempat lari dan penyelamat. Ketika itu, dia akan mudah dipimpin dan diberi tunjuk ajar supaya berpegang teguh keapda ajaran Islam. Marhalah Ketiga Di waktu itu, bermulalah marhalah ketiga di dalam dakwah. Di marhalah ini kita membantunya memperbaiki dirinya dengan cara mengajarnya perkara-perkara ketaatan kepada Allah dan ibadat-ibadat
  • 7. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 7 fardhu, membiasakan dirinya melakukannya secara berdisplin, menjauhi maksiat dan berakhlak dengan akhlak Islam. Amatlah baik sekiranya dia dibekalkan dengan buku-buku yang membincangkan persoalan aqidah, ibadat dan akhlak yang boleh dibaca dan difahaminya. Begitu juga dengan mengajak dia menghadiri majlis-majlis ilmu dan ceramah-ceramah, mengajaknya berkenalan dengan orang-orang salih dan menjauhkannya daripada orang-orang jahat. Begitulah seterusnya, suasana yang salih terus dibina untuk membantu menyempurnakan keperibadian Islamnya. Kita mestilah sabar dan sentiasa mengikuti perkembangan dirinya sehingga dia benar-benar teguh berada di atas jalan ini (Islam). Dia tidak sepatutnya dibiarkan dalam jangka masa yang lama tanpa diikuti perkembangan dirinya dan tanpa bimbingan. Ini dilakukan agar dia mampu meneruskan perjalanan di jalan Islam dan menjauhi faktor yang menyebabkannya mundur, malas dan cuai. Usaha-usaha ini akan memakan masa beberapa minggu atau beberapa bulan sehingga keperibadian Islamnya benar-benar mantap tanpa mudah digoyang. Di sini kita mengatakan; Di sana terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan di marhalah ini. Walau bagaimanapun, ia boleh dilakukan di marhalah yang keempat yang akan datang. Itu pun setelah berhasilnya marhalah pertama iaitu mengadakan hubungan baik dengannya yang membolehkan perbincangan terus dilakukan dan kewajiban dakwah dapat dilaksanakan. Marhalah Keempat Marhalah keempat ialah menjelaskan pengertian ibadah yang syumul tanpa membataskannya kepada solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tetapi ia merangkumi seluruh aspek kehidupan; makan, minum, pakaian, ilmu, amal, perkahwinan, riadhah, memelihara anak-anak dan lain-lain. Itu semua adalah ibadah kepada Allah s.w.t apabila mencukupi dua syarat: Niat kerana Allah s.w.t dan cara melaksanakannya sesuai dengan syariat Islam. Syarat Pertama: Niat. Semua yang dilakukan hendaklah bertujuan untuk membantu kita melaksanakan ketaatan kepada Allah dan merealisasikan tujuan Allah menjadikan kita sebagai khalifah di atas muka bumi. Oleh itu, kita makan dan minum adalah supaya kita bertenaga untuk mentaati Allah dan beribadat kepada-Nya. Dengan itu makan dan minum kita menjadi ibadat yang akan diberi ganjaran pahala. Kita belajar untuk kepentingan kaum muslimin dan negara Islam, maka menuntut ilmu menjadi ibadat dan setiap tenaga dan masa yang kita curahkan akan diberi ganjaran pahala. Kita bekerja di mana-mana bidang untuk kepentingan umat Islam dan negara Islam, dan mendapatkan rezeki yang halal untuk keperluan hidup, maka kerja
  • 8. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 8 kita menjadi ibadah. Kita berkahwin untuk menjaga diri daripada maksiat dan membina rumah tangga muslim yang menjadi tiang seri kepada pembinaan negara Islam serta melahirkan zuriat yang salih yang dibentuk berdasarkan prinsip-prinsip Islam; melalui mereka, Allah akan memuliakan agamanya, maka perkahwinan kita menjadi ibadat, penat lelah mendidik anak-anak menjadi ibadat; semuanya akan mendapat balasan pahala daripada Allah. Kita bersenam untuk menguatkan tubuh badan supaya kita mampu memikul bebanan dakwah dan berjihad di jalan-Nya, maka bersenam menjadi ibadat. Begitulah seterusnya, dunia yang luas ini menjadi mihrab (tempat beribadat); padanya kita mengabdikan diri kepada Allah dengan setiap amal dan usaha yang dilakukan. Semuanya menjadi ibadat hasil daripada niat yang benar semata-mata kerana Allah s.w.t. Syarat Kedua: Segala usaha dan amal yang kita kerjakan mestilah sesuai dengan syariat Allah s.w.t dan ajaran Islam. Oleh itu, kita tidak boleh makan dan minum kecuali yang halal. Kita tidak berpakaian kecuali dengan pakaian yang halal. Kita tidak melakukan sebarang amal dan usaha kecuali ia selari dan sesuai dengan syariat Allah s.w.t supaya ia menjadi ibadat yang diterima oleh Allah s.w.t. Ini kerana, tidak munasabah kita makan makanan yang haram dengan tujuan menguatkan diri bagi melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t. Begitulah seterusnya, setiap muslim di marhalah ini mengikat seluruh kegiatan hidupnya dengan syariat Allah dan menjadikannya sebagai ibadat. Mereka tidak beribadah dengan hanya melakukan empat perkara fardhu yang sememangnya diketahui umum. Marhalah Kelima Di marhalah ini, kita menjelaskan kepada mad'u bahawa agama kita (Islam) tidak berpada dengan kita menjadi muslim pada diri sendiri sahaja; dengan hanya melaksanakan ibadat-ibadat tertentu, berakhlak dengan akhlak yang baik dan tidak menyakiti orang lain; tidak lebih daripada itu. Malah Islam adalah agama bermasyarakat. Islam adalah sistem hidup, pemerintahan, perundangan, daulah, jihad dan ummah. Inilah fahaman yang betul terhadap Islam. Fahaman yang mengajar kita berbagai tanggungjawab dan kewajipan. Kita wajib melaksanakannya sebagai menyahut perintah Allah supaya masyarakat dapat dibina di atas prinsip-prinsip Islam di semua aspek kehidupan; politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan dan lain- lain. Kita juga mesti memahami bahawa di antara kewajipan kita terhadap Islam ialah berusaha dan berjuang bersungguh-sungguh supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
  • 9. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 9 "…sehingga tidak ada lagi fitnah dan (sehingga) agama itu hanya untuk Allah semata-mata…"(al-Baqarah: 193) Oleh itu, kita wajib menyampaikan seruan agama ini kepada manusia seluruhnya. Seseorang muslim tidak mungkin hidup sebagai muslim dengan keIslaman yang sahih dan sempurna sekiranya dia mengasingkan diri daripada saudara-saudara muslim yang lain dan tidak memperdulikan apa yang berlaku dan dihadapi oleh mereka (saudara-saudara muslim) di berbagai ceruk rantau di muka bumi; tekanan, gangguan, fitnah dan serangan dari musuh-musuh Allah dan musuh-musuh Islam. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa yang tidak memperdulikan urusan muslimin maka dia bukanlah dari mereka". Di sekitar pengertian ini perbincangan dilakukan sehingga melahirkan perasaan tanggungjawab umum (mas'uliah amah) terhadap Islam dan muslimin di dalam dirinya dan dia tidak lagi mengasingkan diri. Selepas itu dijelaskan kepadanya tuntutan marhalah dakwah Islam pada hari ini yang mewajibkan umat Islam berusaha menegakkan daulah Islam dan mengembalikan khalifah Islam yang telah diruntuhkan oleh musuh-musuh Islam. Kita terangkan kepada mad'u betapa besarnya musibah yang dihadapi oleh dunia Islam; Negara dipecah-pecahkan, umat Islam bertelagah sesama sendiri, musuh-musuh menyerang, aqidah orang-orang Islam tergugat dan digugat, masjid-masjid dirosakkan, kehormatan mereka dicabul, harta kekayaan dirompak dan anak-anak muslimin dibentuk di luar landasan Islam. Semua ini berlaku akibat tidak adanya Daulah Islamiah; Daulah Islamiah yang mampu menyerang balas musuh-musuh Islam, menghalang mereka daripada melakukan serangan, menyatu-padukan umat Islam dan melaksanakan syariat Islam di kalangan mereka. Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa tanggungjawab menegakkan Daulah Islamiah bukan hanya tanggungjawab pemerintah dan ulama sahaja. Malah, ia adalah tanggungjawab setiap muslim dan muslimah yang hidup di marhalah dakwah ini (marhalah yang mewajibkan penegakan Daulah Islamiah). Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa seluruh umat Islam berdosa sekiranya mereka tidak berusaha untuk menegakkan Daulah Islamiah. Begitulah seterusnya, perbincangan diteruskan untuk membangkitkan perasaan tanggungjawab tersebut. Perasaan tanggungjawab yang mendorongnya berfikir bersungguh-sungguh mencari jalan bagaimana melaksanakannya dan menunaikan tuntutannya.
  • 10. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 10 Marhalah Keenam Di ketika itu, datanglah marhalah keenam iaitu mejelaskan kepada mad'u bahawa kewajipan ini tidak mungkin dapat disempurnakan secara bersendirian (fardi); setiap muslim tidak mampu menegakkan Daulah Islamiah dan mengembalikan khalifah Islamiah secara bersendirian. Malah usaha tersebut mesti dilakukan melalui Jemaah (organisasi); Jemaah yang akan menyatukan usaha-usaha fardi demi melaksanakan tanggungjawab yang besar ini. Kaedah syara' yang bermaksud: "Apabila sesuatu kewajiban tidak dapat disempurnakan kecuali dengannya, maka dia menjadi wajib" Oleh itu, selagi kewajipan menegakkan Daulah Islamiah tidak dapat disempurnakan kecuali dengan adanya Jemaah, maka mewujudkan jemaah adalah wajib. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana seorang individu boleh menjadi sempurna keIslamannya sedangkan dia hidup seorang diri tanpa melibatkan diri dengan Jemaah yang bertujuan melaksanakan prinsip-prinsip Islam dan kewajibannya; prinsip dan kewajibannya yang terpenting pada masa kini ialah usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh untuk menegakkan Daulah Islamiah. Ini adalah perkara pokok dan asasi. Kebanyakan muslimin tidak merasakan keperluan yang mendesak dalam mewujudkan Jemaah, ataupun menggabungkan diri dalamnya. Mereka bersikap demikian kerana tidak mahu memikul tanggungjawab, ataupun lebih mengutamakan keselesaan hidup dan menjauhkan diri daripada perkara yang tidak disukai yang mungkin terpaksa dihadapi apabila dia menggabungkan diri ke dalam Jemaah. Berdasarkan penjelasan betapa besarnya tanggungjawab terhadap Islam yang tepaksa dipikul dan perlaksanaan tanggungjawab ini tidak dapat disempurnakan kecuali dharurinya Jemaah, maka mad'u akan meyakini dharurinya berjemaah sekalipun terpaksa membayar dengan harga yang mahal. Lebih-lebih lagi selepas dijelaskan betapa besarnya pahala dan faedah yang merupakan kesan langsung daripadanya. Marhalah Ketujuh Selepas itu, datanglah marhalah ketujuh iaitu menjawab soalan yang bermain di minda mad'u: Jemaah manakah yang patut dianggotai? Marhalah ini adalah penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah dan kebijaksanaan, penerangan yang jitu dan memuaskan. Ini kerana, di medan terdapat pelbagai jemaah yang bergerak dan semuanya mengajak para pemuda menganggotainya. Semuanya membawa bendera Islam, mempunyai lambing-lambang dan cara-cara tersendiri untuk menarik para pemuda. Perkara yang mesti difahami oleh setiap pemuda muslim ialah persoalan amal Islami adalah persoalan asasi dan penentu masa depan. Dia
  • 11. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 11 mestilah teliti dalam memilih jalan perjuangan mana yang patut dilalui dan diyakini selamat. Dia tidak sepatutnya terikut-ikut atau tergesa-gesa dalam memilih Jemaah yang perlu dianggotainya untuk merealisasikan prinsip- prinsip Islam. Ini kerana, dia hanya memiliki satu umur dan satu nyawa. Oleh itu, janganlah dipersiakan begitu saja. Sebaliknya, dia hendaklah mengkaji, berbincang dan memperuntukkan masa dan tenaga yang mencukupi untuk mencari kepastian. Sesungguhnya ketenangan jiwa (melakukan sesuatu dengan yakin akan kebenarannya) adalah lebih baik daripada memilih jalan perjuangan yang salah dan bertindak tanpa kepastian. Perlu disebutkan di sini bahawa untuk merealisasikan tuntutan Islam dan menegakkan Daulah Islamiah, kita mesti mengikuti jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam menegakkan Daulah Islamiah yang pertama, Baginda s.a.w telah memantapkan aqidah Islam ke dalam jiwa mukminin dan mendidik mereka di rumah al-Arqam berdasarkan tuntutan al-Quran dan madrasah Rasulullah s.a.w. Melalui madrasah inilah, lahirnya Rijalul Aqidah (pendokong-pendokong aqidah); aqidah mengawal diri mereka, mempengaruhi perasaan dan menguasai jiwa mereka. Aqidah mejadi segala-segalanya dalam kehidupan mereka. Kerana aqidah, mereka mengorbankan masa, tenaga, kesihatan, pemikiran, harta dan jiwa raga. Kerana aqidah, mereka sanggup bertahan, menanggung segala bentuk penyeksaan dan menhadapi risiko. Mereka tidak berundur walau selangkah. Mereka menyebarkannya, mempertahankannya dan berjihad dengan harta dan jiwa raga. Mereka adalah tiang-tiang seri utama yang menjadi asas penegakkan Daulah Islamiah yang pertama. Kemudian Baginda s.a.w mempersaudarakan sesama mereka dan menyusun mereka. Baginda s.a.w mengambil sumpah setia dan perjanjian dengan mereka untuk mempertahankan Islam menggunakan segala apa yang mereka miliki. Ketika itu mereka mendapat kemenangan dan kekuasan dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah. Dengan ini, Rasulullah s.a.w telah berjaya mewujudkan kekuatan aqidah, kemudian kekuatan kesatuan dan akhirnya kekuatan tangan dan persenjataan. Ini kerana, apabila terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu, maka musuh-musuh Allah mampu dihadapi dan permusuhan mereka dapat dihalang dengan kekuatan sesuai dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Telah diizinkan (berperang) bagi orang-orang yang diperangi kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya. Dan sesungguhnya Allah s.w.t benar-benar berkuasa menolong mereka". (al-Hajj:39) Adapun, sebelum terbentuknya kumpulan mukmin yang mantap dan bersatu iaitu ketika bilangan kaum muslimin sedikit, Rasulullah s.a.w berpesan supaya mereka besabar menempuh dugaan dan tetap bersama kebenaran yang mereka imani, serta berterusan menyampaikan dakwah
  • 12. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 12 Islam kepada orang lain. Baginda tidak meminta mereka menghadapi kebatilan dengan menggunakan kekuatan. Oleh itu, jemaah yang melalui jalan yang sama (jalan yang dilalui orang Rasulullah s.a.w) semestinya menjadi pilihan untuk dianggotai dan didukungi. Mana-mana jemaah yang tidak memberikan keutamaan kepada persoalan tarbiah dan persediaan, mengatasi keutamaan keapda persoalan kesatuan dan hubungan dan juga mengatasi keutamaan kepada persoalan penggunaan kekuatan, maka ia adalah jemaah yang memperjudikan nasib dan masa depannya, dan membahayakan amal Islami. Oleh itu, usaha untuk memegang tampuk kekuasaan dan pemerintahan menggunakan kekuatan dan kekerasan dengan mengabaikan tarbiah dan kesatuan, ataupun melalui parti-parti politik yang mengabaikan tarbiah adalah usaha yang merbahaya. Malah mampu melumpuhkan amal Islami sebelum ia lahir dan berkembang subur secara tabi'e untuk membentuk kumpulan yang mantap (qaedah sulbah). Ketika itu usaha mewujudkan kumpulan yang mantap tidak dapat bertahan dan diteruskan. Kalau begitu, semestinya diwujudkan kumpulan yang mantap yang mendukung pemerintahan Islam, melindungi dan mempertahankannya. Mereka tidak akan berkompromi dalam masalah ini. Begitulah, Sesungguhnya pembinaan dimulakan dari asas, bukannya dari puncak atas. Semakin besar dan tinggi bangunan yang hendak dibina, maka semakin luas dan dalam asas yang diperlukan. Begitulah juga dengan bangunan yang kita ingin bangunkan iaitu Daulah Islamiah Alamiah (negara Islam sejagat). Ini kerana dakwah kita adalah dakwah alamiah dan musuh kita juga adalah sejagat. Manakala tempoh pembinaannya pula diukur berdasarkan umur dakwah bukan diukur dengan umur individu. Dengan kelebihan yang diberikan oleh Allah, kita dapati al-Imam as- Syahid Hassan al-Banna telah mengambil jalan ini daripada sirah Rasulullah s.a.w. Beliau menegaskan betapa dharurinya dipersiapkan individu muslim sebagai pendokong aqidah, keluarga muslim dan masyarakat muslim yang menjadi kumpulan mantap kepada pembinaan kerajaan, kemudian Daulah Islamiah dan Khilafah Islamiah dengan izin Allah. Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa jemaah yang hendak dianggotai dan didukungi mestilah jemaah yang mengambil Islam secara syumul dan menyeluruh; aqidah, ibadah, akhlak, perundangan, pemerintahan, jihad dan seluruh aspek kehidupan. Ia tidak boleh mementingkan beberapa aspek dan meninggalkan aspek yang lain dengan alasan keselamatan atau apa-apa sebab yang lain. Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa jemaah yang diharapkan untuk melaksanakan kewajiban dan perlu dianggotai dan didukungi mestilah yang memiliki kemampuan di peringkat antarabangsa. Ini kerana mereka mempunyai faktor-faktor pembinaan kumpulan yang mantap untuk Daulah
  • 13. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 13 Islamiah 'Alamiah, bukan hanya sekadar pemerintahan setempat di mana- mana Negara. Jemaah yang berpengalaman dan terbukti mampu menghadapi tribulasi adalah jemaah yang paling layak untuk diyakini kemampuannya mencapai matlamat, mendatangkan hasil dengan segera dan pandai menggunakan masa dan tenaga dengan sebaik mungkin. Kefahaman dan tindak tanduknya pula jauh daripada kecuaian dan keterlaluan, jauh daripada penyelewengan dan mengambil beberapa bahagian dan meninggalkan beberapa bahagian yang lain, selari dengan petunjuk Rasulullah s.a.w dan salafussalih. Jemaah tersebut juga mestilah jemaah yang tersusun rapi dan bersatu- padu serta berjalan mengikut perancangan yang rapi. Ia bukanlah jemaah yang kucar-kacir (perjalanannya tidak mengikut peraturan) atau bergerak secara bidan terjun tanpa perancangan dan penyusunan. Mad'u juga mesti dijelaskan bahawa perpecahan dan pengagihan tenaga kepada kumpulan-kumpulan kecil adalah satu kesalahan dan merbahaya. Pada dasarnya, sesiapa yang ingin bekerja (menyumbang) untuk Islam hendaklah bergabung dengan jemaah yang mempunyai ciri-ciri yang telah disebutkan di atas. Dia tidak boleh mengangkat bendera baru ataupun membantu jemaah baru yang setahun jagung pengalamannya. Ini dilakukan supaya dia tidak membantu usaha-usaha memecah-mecahkan tenaga dan usaha. Dia juga tidak boleh memisahkan diri daripada jemaah besar yang berpengalaman kecuali apabila dia mendapati jemaah tersebut pada keseluruhannya terdapat kefasikan atau kesesatan. Begitulah seterusnya. Berdasarkan penjelasan secara terperinci di marhalah ini, maka setiap peribadi yang bersikap benar dan ikhlas akan mendapati bahawa ciri-ciri yang mesti ada pada jemaah pilihannya telah dimiliki oleh Jemaah Ikhwan Muslimin. Inilah kelebihan dan taufiq yang diberikan oleh Allah.
  • 14. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 14 BEBERAPA PESANAN KHUSUS MENGENAI DAKWAH FARDIAH 1. Hendaklah bersungguh-sungguh, memberikan sepenuh perhatian, mengikuti perkembangan dan membuat penilaian setelah dakwah fardiah dilaksanakan dalam jangka masa tertentu. Ini dilakukan supaya kita berpuas hati terhadap penerusan, perlaksanaan dan hasil yang diperolehi. 2. Pelaksana dakwah fardiah hendaklah terlebih dahulu diberikan panduan dan tunjuk ajar berkenaan uslub, pengertian dan beberapa perkara yang bersangkutan dengannya. 3. Usaha dakwah mereke boleh dibantu dengan cara membekalkan mereka dengan beberapa perkara, penjelasan dan isi-isi penting yang memantapkan sesuatu pengertian yang ingin disampaikan di pertemuannya dengan mad’u. 4. Ketujuh-tujuh marhalah yang telah dinyatakan di atas hendaklah benar- benar dilaksanakan kepada mad’u satu-persatu secara tertib di atas, kemungkinan menyebabkan mad’u tidak menerima apa yang disampaikan. Dapat diperhatikan bahawa setiap marhalah mempunyai hubungan dan kesan langsung dengan marhalah sebelumnya. Sebagai contoh; Apabila kita mengajak mad’u menyertai jemaah sedangkan dia tidak menerima tanggungjawab umum yang diwajibkan oleh jemaah, maka dia tidak akan memenuhi ajakan tersebut. 5. Keinginan untuk membawa mad’u ke marhalah terakhir tanpa usaha yang gigih dah berpuas hati sepenuhnya dengan pencapaiannya di setiap marhalah tidah boleh dijadikan alasan untuk tergesa-gesa membawa mad’u ke tahap itu. Ini adalah untuk menghapuskan kemungkinan dia ragu-ragu dan goyah tatkala menghadapi dugaan atau gangguan. 6. Perbincangan dengan pelaksanan dakwah fardiah mengenai ketujuh-tujuh marhalah dan perkara yang berkaitan dengannya seperti dalil atau faktor- faktor yang membantu mad’u menerimanya amat baik dilakukan. Ini adalah untuk memudahkan tugas daie ketika berhadapan dengan mad’u. 7. Selain daripada menjelaskan kesucian jalan dakwah dan semua tuntutannya, usaha-usaha menghilangkan keraguan dan kesamaran (syubhat) terhadap amal Islami, tuntutan-tuntutannya dan aktivis-aktivisnya juga mesti dilakukan. Ini dilakukan supaya sebarang kesan keraguan di dalam dirinya dapat dikikis. 8. Kebaikan dan kejayaan cemerlang yang diperolehi oleh mereka yang menyahut seruan Allah semestinya ditonjolkan. Begitu juga dengan bahaya
  • 15. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 15 besar yang menimpa mereka yang menolaknya. Sesungguhnya uslub yang memberikan galakan dan amaran banyak memberikan kesan kepada apa yang disampaikan oleh daie. 9. Para daie mestilah sentiasa tolong menolong dan nasihat menasihati sesame meraka dalam menghadapi halangan dan rintangan, bagaimana merancang dan memanfaatkan pengalaman yang lalu di medan ini. 10. Ketika berada di mana-mana marhalah, mad’u boleh dibantu dengan membekalkan mereka dengan buku-buku, risalah-risalah dan majalah- majalah. Ya Mereka diminta supaya bertanyakan perkara yang kesamaran untuk dijelaskan. 11. Mad’u yang berkemampuan dan didapati layak untuk melaksanakan tugas dakwah, maka dia boleh diminta supaya melakukan tugas tersebut, dijelaskan cara dan diikuti perkembangannya. 12. Keberkatan, taufiq dan penghasilan adalah berkadar dengan keikhlasan, kesungguhan, berlapang dada dan kesabaran. 13. Dakwah fardiah ini dapat dilaksanakan di dalam sebarang suasana dan keadaan, berbeza dengan dakwah am yang kadang-kadang menghadapi tekanan dan rintangan. 14. Dakwah fardiah istimewa kerana ia mewujudkan hubungan dan ikatan dengan mad’u. Ini berbeza dengan dakwah am seperti ceramah dan majlis ilmu kerana ia tidak melahirkan hubungan mesra secara langsung antara daie dan mad’u. 15. Dakwah fardiah memberikan pengalaman dan pelaksananya melakukan dakwah secara praktikal; dakwah yang merupakan kewajiban yang paling utama. 16. Dakwah fardiah membekalkan daie dengan hasil dan bekalan yang akan membantunya melaksanakan tugas dakwah dengan sebaik-baiknya. 17. Dakwah fardiah memberi kesempatan kepada mad’u untuk meminta penjelasan terhadap setiap kekeliruan dan mampu menghapuskan keraguan dan kesamaran di dalam dirinya. Ini akan menyempurnakan pembentukan peribadinya. 18. Berdasarkan kiraan secara congak, kita akan dapati hasil dakwah fardiah ini mampu mencapai angka yang berlipat ganda di dalam waktu yang singkat.
  • 16. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 16 CIRI-CIRI PENTING DAIE 1. Pertama-tama, sebelum segala-galanya bermula, ikhlaskanlah niat kerana Allah Taala semata-mata. Tanpa keikhlasan, segala urusan akan runtuh dan musnah. 2. Menjiwai betapa besarnya tugas dan tanggungjawab yang dipikul. Dengan itu dia akan memberikan perhatian yang selayaknya dengan tugas tersebut dan dalam masa yang sama merasai ganjaran yang tidak ternilai menantinya. 3. Melaksanakan tugas dengan bijaksana, pandai memilih uslub (pendekatan), memberi tunjuk ajar dan menasihati yang baik serta berbincang dengan cara yang terbaik. 4. Hendaklah bersikap ramah mesra, mempermudahkan urusan dan memiliki akhlak yang baik. Semua ini dilakukan dengan sabar, lemah lembut (tidak cepat marah), mengharapkan pembalasan di sisi Allah hasil daripada rintangan yang dihadapi ketika melaksanakan kerja-kerja dakwah, dan menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w dan para daie yang mengikuti jejak langkah Baginda s.a.w. 5. Memahami selok belok cara hidup dan budaya masyarakat yang dia berkecimpung di dalamnya. Juga memahami aliran pemikiran dan isu-isu yang berlaku di dalam masyarakat, serta berusaha untuk mengenali dengan lebih mendalam mad’u yang didakwahnya. 6. Mempelajari dan mendalami sirah Rasulullah s.a.w dan sejarah Islam untuk dijadikan bekalan. Dia akan mendapati di dalamnya terdapat pelbagai bentuk penyelesaian masalah yang mampu membantunya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Begitu juga dengan beberapa pendirian yang diambil oleh generasi muslimin yang pertama. 7. Menghafaz al-Quran sebanyak yang mampu untuk dijadikan dalil dalam kerja-kerja dakwahnya. Pendekatan melalui kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran mempunyai kesan yang besar dalam jiwa. 8. Dalam setiap perbualan dan perbincangan, unsur akal (kefahaman dan logik) hendaklah dipandukan dengan unsur perasaan dan kejiwaan. Sesungguhnya membangkitkan unsur perasaan dan kejiwaan akan mempersiapkan akal untuk menerima apa yang disampaikan kepadanya dan meninggalkan kesan.
  • 17. Dakwah Fardiah___________________________________________________________________ 17 Renungan Dengan mengandaikan seorang da’ie hanya mampu mendakwah 2 orang mad’u sehingga berjaya dalam masa setahun, maka di tahun kedua akan akan berlaku 3 orang daie mendakwah 6 orang mad’u. Tahun ketiga pula 9 orang daie mendakwah 18 orang mad’u. Tahun keempat pula 27 orang daie mendakwah 54 orang mad’u. Tahun kelima pula 81 orang daie mendakwah 162 orang mad’u. Tahun keenam pula 243 orang daie mendakwah 486 orang mad’u. Tahun ketujuh pula 729 orang daie mendakwah 1458 orang mad’u. Tahun kelapan pula 2187 orang daie mendakwah 4374 orang mad’u. Tahun kesembilan pula 6561 orang daie mendakwah 13122 orang mad’u. Tahun kesepuluh pula 19683 orang daie mendakwah 39366 orang mad’u. Begitulah seterusnya. Pada tahun kelima belas bilangan daie mencapai jumlah 4,782,969 orang dengan mad’u seramai 9,566,938 orang. Pada tahun ketujuh belas kita memiliki 43,046,721 orang daie. Ini bermakna seluruh penduduk Malaysia berada di peringkat daie dan tiada seorang pun yang menjadi mad’u. Sekiranya kita mengandaikan seorang daie mampu mendakwah 3 orang mad’u sehaja dalam masa setahun sehingga berjaya, maka di tahun kelima kita mempunyai 256 orang daie dan 765 orang mad’u. Pada tahun kesepuluh pula bilangan daie meningkat kepada 262,144 dan mad’u pula seramai 786,432 orang. Pada tahun keempat belas kita memiliki 67,108,864 orang daie. Bayangkanlah betapa berkesannya dakwah fardiah apabila ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh keikhlasan. Ingatlah kita hanya disuruh beramal dan natijahnya terserah kepada Allah.