SlideShare a Scribd company logo
1 of 31
LAMPIRAN C
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2020
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR.
TAJUK :
RODA PUTAR KECAMBU
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA : PN KALAICHELVI A/P JAYAMOHAN
NAMA SEKOLAH : SJK(T) JALAN FLETCHER
DAERAH : KERAMAT
LAMPIRAN C
PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2020
JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
1 KATEGORI PERTANDINGAN
Individu Prasekolah
2 TAJUK INOVASI
Roda Putar KECAMBU
3 SINOPSIS INOVASI
KECAMBU adalah singkatan bagi kenal, cam dan bunyi. Pengkaji menggunakan kaedah
KECAMBU untuk mengajar murid prasekolah dan pemulihan mengenal huruf. Murid yang sudah
mengenal huruf diajar suku kata dan perkataan dengan bahan sama. Pengkaji memperkenalkan
huruf yang mempunyai bentuk sama seperti (a,o,e,c,s), (l,k,t,f,h,r), (b,d,p,q), (m,n,u), (y,g,j),
(i,j,g) dan (v,w,x,z). Tujuannya supaya murid tidak keliru dengan huruf yang mempunyai bentuk
sama. Selepas murid dapat mengecam huruf bentuk sama, murid akan menggunakan Roda Putar
KECAMBU agar murid lebih mengetahui dan bezakan huruf yang berbentuk sama. Murid
diminta menyebut beberapa kali untuk mengingat huruf.
Kajian ini dijalankan bagi melihat amalan penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam membantu
murid-murid prasekolah dan pemulihan mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan
membaca perkataan KVKV. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada sepuluh orang murid yang
terdiri daripada murid prasekolah dan pemulihan tahun dua yang dipilih di SJKT Jalan Fletcher.
Dalam melaksanakan kajian ini, guru telah menggunakan senarai semak untuk mendapat
maklumat penguasaan murid sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPc)
menggunakan Roda Putar KECAMBU. Hasil menunjukkan 7 orang murid menguasai
sepenuhnya 26 huruf. Pengkaji turut mengumpul data melalui analisis dokumen iaitu lembaran
LAMPIRAN C
kerja murid. Selepas bimbingan selama beberapa minggu PdPc dijalankan dari 8.00 pagi hingga
12.00 tengah hari dengan menggunakan Roda Putar KECAMBU, pengkaji menggunakan semula
senarai semak mengenal huruf untuk melihat penguasaan murid-murid. Hasil analisis data
mendapati 7 daripada 10 sampel kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam mengenal
26 huruf.
Seterusnya, 7 sampel yang telah menguasai huruf diajar suku kata KV dan perkataan KVKV
menggunakan bahan sama dengan membuat sedikit penambahbaikan serta memberikan bahan
tambahan ke rumah supaya ada pembelajaran berterusan di rumah oleh sampel kajian.
Pembelajaran bahasa Melayu lebih berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Murid-
murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui
penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kemahiran
membaca membolehkan murid meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca.
Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif
dan berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian dan permainan serta
penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid menguasai dan menghayati
pembelajaran. (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012).
Menurut Cockburn, A. D. & Handscomb, G. (2012), guru harus menitikberatkan pencapaian
pengetahuan dalam mengenal huruf dengan menggunakan pedagogi yang digunakan untuk
mengajar kanak-kanak seperti bermain. Murid perlu mengetahui apa yang mereka lakukan dan
mengapa mereka lakukan untuk mereka ketahui kepentingan penguasaan kemahiran ini. Dengan
cara bermain, murid dapat menguasai kemahiran membaca.
Selain menguasai kemahiran membaca, kesediaan membaca juga patut diberi penekanan.
Kesediaan membaca membawa maksud kemampuan seseorang murid dalam menerima PdP dari
segi mental, emosi dan fizikal. Keadaan ini melibatkan pelbagai aktiviti sebelum sesuatu
peringkat bacaan dimulakan termasuk peringkat asas, mengukuhkan peringkat asas dan
LAMPIRAN C
seterusnya peringkat tinggi. Kemampuan fizikal mengambil kira keupayaan kanak-kanak untuk
mengeluarkan sebutan bunyi-bunyi diajar, keupayaan untuk mengecam bentuk serta keupayaan
untuk mengecam bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari aspek minat
terhadap bahan dan minat dalam mendengar. Manakala dari segi mental pula melihat kepada
keupayaan kanak-kanak untuk mengingat dan kebolehan untuk menyatakan semula apa yang
telah diketahui.
Pengkaji memilih murid-murid prasekolah kerana ada antara mereka baru belajar
mengenal hurud dan murid pemulihan sebagai sampel kerana murid ini terdiri daripada murid
yang bermasalah dalam menguasai kemahiran asas. Murid-murid ini memerlukan bimbingan.
Pengkaji ingin menggunakan satu kaedah iaitu kaedah KECAMBU untuk mengajar kemahiran
mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. KECAMBU
bermaksud kenal, cam dan bunyikan. Kaedah ini digunakan untuk membantu murid lemah supaya
menguasai kemahiran asas.
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012) menyatakan aspek pengajaran dengan
menggunakan kaedah yang sistematik penting dalam merangsang perkembangan ilmu yang ingin
disampaikan di dalam bilik darjah oleh guru. Kaedah pengajaran bahasa harus ditransformasikan
penggunaannya dengan dinamik dan mempunyai unsur keseimbangan dari segi pengajaran kreatif
dan inovatif. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid untuk menguasai kemahiran yang
ingin disampaikan. Kaedah merupakan cara guru mencapai objektif PdP dengan langkah-langkah
penyampaian yang tersusun. Tujuan penggunaan pelbagai kaedah dalam pengajaran agar pekara
yang disampaikan mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan
kanak-kanak agar masalah membaca diatasi.
Antara kekuatan utama penggunaan Roda Putar KECAMBU ialah membantu murid
membezakan huruf mengikut bentuk serta batang huruf kemudian mengenal dan mengecam
huruf. Selain itu, murid dapat mengenal dan mengecam suku kata KV dan membaca perkataan
KVKV.
LAMPIRAN C
Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Roda Putar KECAMBU dapat membantu
dalam meningkatkan tahap penguasaan sampel kajian dalam mengenal huruf, membunyikan suku
kata KV dan perkataan KVKV. Kajian ini memberi impak positif kepada pengkaji, murid
pemulihan dan sekolah. Roda Putar KECAMBU juga membantu pengkaji dalam mengurangkan
bilangan murid tidak mengenal huruf.
4 OBJEKTIF PERMAINAN “Roda Putar KECAMBU”
 Membantu murid menguasai 26 huruf kecil.
 Memastikan murid membezakan huruf yang mempunyai bentuk sama.
 Membolehkan murid menguasai kemahiran seterusnya iaitu membunyikan suku
kata KV dan membaca perkataan KVKV.
5 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan sasaran penggunaan inovasi ini ialah lapan orang murid prasekolah dan dua orang
murid pemulihan yang mempunyai masalah dalam mengenal huruf.
6 LATARBELAKANG (IDEA PEMILIHAN PERMAINAN)
Pendidikan awal dimulakan di prasekolah untuk memastikan sebelum menamatkan pengajian di
peringkat prasekolah, semua pelajar sudah boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan
membuat ayat-ayat mudah dengan baik. Akan tetapi masih ada pelajar masih belum boleh
membaca dan menulis dengan baik setelah menamatkan pelajaran di tingkatan lima dan berumur
17 tahun. (Forum Utusan Malaysia, 2012).
Menurut Risko, V. J. & Dalhouse, D. W (2012), terdapat dua kateogori murid di
dalam kelas. Satu kumpulan murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan dalam
kelas dan dapat mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas manakala sekumpulan murid lagi tidak dapat melibatkan diri dalam
LAMPIRAN C
perbincangan dan sukar mengaitkan dengan pengajaran. Murid di kategori kedua ini secara
langsung merupakan murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M.
Sebagai guru, pengkaji harus mengkikiskan masalah belum menguasai kemahiran
asas dan meningkatkan prestasi murid terutamanya murid yang belum mengenal huruf. Pengkaji
tidak mahu murid-murid ini ketinggalan. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk membuat
kajian dan melaksanakan pengajaran menggunakan satu kaedah yang sesuai dengan kebolehan
murid supaya mereka dapat mengenal semua huruf, membunyikan suku kata KV seterusnya
membaca perkataan KVKV dengan mudah, cepat dan berkeyakinan untuk membaca. Pada
pendapat pengkaji mengenal huruf penting dan merupakan langkah permulaan untuk membaca.
Sekiranya tindakan awal tidak dilakukan maka kesannnya menunjukkan bilangan murid lemah
yang ramai. Pengkaji menggunakan kaedah KECAMBU untuk mengajar murid pemulihan
mengenal huruf. Kaedah ini bukan sahaja membolehkan murid mengenal huruf sebaliknya dapat
membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV.
Roda Putar KECAMBU digunakan untuk membantu murid prasekolah mengenal
huruf. Antara kekuatan utama penggunaan “Roda Putar KECAMBU” membantu murid
membezakan huruf mengikut batang huruf dalam bentuk yang sama.
Roda Putar KECAMBU bertujuan membolehkan murid yang tidak kenal huruf
mengenal huruf dengan cepat. Pengkaji berpendapat teknik yang digunakan berasaskan
permainan ini amat berkesan untuk membezakan huruf dan mengenal huruf dengan cepat.
Idea tercipta daripada rancangan realiti televisyen ini mendapat sambutan ramai pada
suatu masa dahulu. Rancangan ini merupakan rancangan ‘Roda Impian’ yang telah melahirkan
beberapa orang jutawan. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menggabungkan konsep
permainan saya dengan unsur-unsur ‘Roda Impian’. Maka terciptalah sebuah permainan yang
menarik perhatian murid sekolah saya iaitu ‘Roda Putar KECAMBU.
LAMPIRAN C
Pada pendapat pengkaji, banyak latihan diperlukan oleh murid lemah untuk
menguasai kemahiran mengenal huruf. Murid memerlukan masa yang lama untuk mengenal
huruf. Oleh itu, intervensi yang diusahakan telah memberi maklumat amalan penggunaan kaedah
Roda Putar KECAMBU dalam kalangan murid lemah.
Hasil daripada intevensi ini juga dapat membantu guru untuk mempertingkatkan
pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara untuk memastikan murid-murid dapat
mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. Ini adalah kerana
guru dapat gambaran tentang kepelbagaian kaedah pengajaran yang harus diberi penekanan dalam
pengajaran bilik darjah. Ini bermakna guru bukan sahaja dapat membimbing murid untuk
menguasai kemahiran membaca malah dapat menghasilkan generasi berilmu. Dengan ini, guru
lebih yakin diri dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan
menggunakan kaedah “Roda Putar KECAMBU”.
Akhir sekali, hasil intervensi ini dapat memberi panduan kepada murid prasekolah
dan murid yang menghadapi masalah mengenal huruf, membunyikan suku kata dan membaca
perkataan KVKV. Dengan ini, masalah murid dapat diatasi dengan bimbingan guru secara efektif.
7 ISU/ MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI
Pada awal tahun, tiga minggu awal saya telah mengenal pasti murid yang masih gagal mengenal
pasti huruf. Saya telah menguji murid-murid tersebut untuk mengetahui tahap penguasaan mereka
yang sebenarnya.
Menurut Masitah Samsi (2011), pendedahan terhadap kemahiran membaca pada
peringkat awal sangat penting bagi membantu mengatasi masalah membaca dalam pendidikan
formal dan menjamin kejayaan masa depan seseorang. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk
mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Pendedahan awal penting kerana
pada peringkat usia ini, kanak-kanak cepat menerima. Murid-murid yang dikategorikan
LAMPIRAN C
lemah dilabelkan sebagai murid yang gagal untuk menyediakan otak mereka dalam menguasai
prinsip asas abjad untuk menjadi seorang pembaca yang mahir. Murid-murid yang gagal
menguasai kemahiran membaca dan memahami teks dibaca turut bermasalah dalam bidang
akademik. Pada masa tersebut, tercetus idea membuat inovasi ini kerana semua murid ini kenal
beberapa huruf asas yang saya gunakan untuk memperkenalkan huruf-huruf lain yang berbentuk
sama. Walaupun keputusan penggunaan inovasi ini tidak mencapai 100% tetapi 7 orang murid
daripada 10 orang murid sudah mengenal semua huruf dengan penggunaan Roda Putar
KECAMBU ini.
Di samping itu, 7 murid yang menguasai huruf diperkenalkan suku kata KV
menggunakan Roda Putar KECAMBU. Hasilnya, 7 orang murid tersebut dapat bunyikan suku
kata KV dan perkataan KVKV. Bahan yang dihasilkan ini berjaya menarik perhatian murid
kerana luarannya yang berwarna-warni. Selain itu, huruf pada roda tersebut boleh ditanggalkan
kerana huruf ini dilekat dengan velcro. Roda ini juga boleh digunakan untuk pelbagai kemahiran
lain iaitu suku kata KV dan perkataan KVKV. Bahan ini juga boleh digunakan oleh guru
matapelajaran lain iaitu bahasa Tamil dan Matematik dalam mengajar huruf Tamil dan nombor.
DSKP BAHASA MELAYU PRASEKOLAH
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN 4+
STANDARD
PEMBELAJARAN 5+
BM 2.2 Mengenal huruf
abjad
Murid boleh:
BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad
BM 2.2.2 Menyebut dan
membunyikan huruf vokal
Murid boleh:
BM 2.2.3 Mengenal pasti dan
menyebut huruf kecil dan besar
LAMPIRAN C
BM 2.3 Membina dan
membaca suku kata dan
perkataan
Murid boleh:
BM 2.3.1 Membunyikan suku
kata terbuka BM 2.3.2
Membunyikan suku kata
tertutup
Murid boleh:
BM 2.3.3
BM 2.3.4
Membaca perkataan dengan
suku kata terbuka:
(i) KV+KV
(ii) KV+KV+KV
Membaca perkataan dengan
suku kata terbuka dan tertutup:
(i) KVK
(ii) V+KV
(iii) V+KVK (iv) KV+KVK (v)
KVK+KV (vi) KVK+KVK
PEMETAAN BAHASA MELAYU PEMULIHAN
KEMAHIRAN
PEMULIHAN
STANDARD
KANDUNGAN
STANDARD
PEMBELAJARAN
Kemahiran : Prabacaan dan
Pratulisan
KSSR Semakan 2017
3.1 Asas Menulis
Tahun 1
3.1.1 (i) Menulis secara
mekanis; huruf.
Abjad
Kemahiran 1 - Huruf-huruf
vokal
Kemahiran 2 - Huruf-huruf
kecil
KSSR Semakan 2017
1.1 Mendengar dan
memberikan respons
Tahun 1
1.1.1 (i) Mengajuk, dan
menyebut perkataan, frasa
dan ayat yang mengandungi
pelbagai bunyi; vokal. 1.1.1
(ii) Mengajuk, dan menyebut
LAMPIRAN C
Kemahiran 3 - Huruf-huruf
besar
perkataan, frasa dan ayat
yang mengandungi pelbagai
bunyi; konsonan.
1.1.2 (i) Mendengar,
memahami dan memberikan
respons terhadap; soalan.
1.1.2 (ii) Mendengar,
memahami dan memberikan
respons terhadap; suruhan.
1.1.2 (iii) Mendengar,
memahami dan memberikan
respons terhadap; pesanan.
1.2 Bertutur untuk
menyampaikan maklumat
dan idea bagi pelbagai tujuan
Tahun 1
1.2.1 Bertutur dengan
sebutan yang betul dan
intonasi secara bertatasusila.
1.2.2 Menyampaikan
maklumat daripada bahan.
2.1 Asas membaca dan
memahami
Tahun 1
2.1.1 (i) Membaca dengan
sebutan yang betul; vokal.
2.1.1 (ii) Membaca dengan
sebutan yang betul; konsonan
2.2 Membaca, memahami,
dan menaakul bahan grafik
dan bukan grafik
Tahun 1
LAMPIRAN C
2.2.1 (i) Membaca,
memahami dan menaakul
bahan untuk mendapatkan;
kosa kata.
3.1 Asas menulis Tahun1
3.1.1 (i) Menulis secara
mekanis; huruf
4.2 Menghayati keindahan
dan kesantunan bahasa dalam
bahan sastera
Tahun 1
4.2.2 (i) Menyanyikan lagu
dengan sebutan dan intonasi
yang betul; lagu kanak-
kanak. 4.2.2 (ii)
Menyanyikan lagu dengan
sebutan dan intonasi yang
betul; lagu rakyat.
Konstruk Linus : Konstruk 1: Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan
konsonan
8 HURAIAN INOVASI
8.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi
Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan “Roda Putar KECAMBU” ini ialah mounting
board, eva foam, velcro, laminate film, pin penyambung dan kertas warna. Bahan-bahan yang
digunakan ini memang tersedia di Bilik Pemulihan dan tidak melibatkan kos yang tinggi.
Mounting board Board berwarna AVA foam Kertas warna
LAMPIRAN C
Roda putar KECAMBU ( Fasa 1)
Mounting board dipotong bulat mengikut kesesuaian. Satu bulatan dipotong besar dan satu lagi
dipotong kecil. AVA foam pula dipotong sama saiz dengan mounting board bulatan besar. AVA
foam yang dipotong perlu dipotong kecil ikut saiz huruf yang di cetak menggunakan kertas warna
supaya huruf tersebut boleh dilihat sekiranya AVA foam tersebut diputarkan. Huruf dicetak dan
dilaminate agar tahan lama. Kemudian semua huruf tersebut dilekatkan velcro. Roda putar
KECAMBU tersebut juga dilekatkan dengan velcro. Velcro dilekatkan supaya huruf boleh
ditukar dari semasa ke semasa.
Roda Putar KECAMBU ( Fasa 2)
Roda Putar KECAMBU untuk Fasa 2 dihasilkan selepas penambahbaikan dibuat untuk murid-
murid yang sudah menguasai huruf. Murid-murid tersebut didedahkan dengan suku kata KV dan
perkataan KVKV dengan Roda Putar KECAMBU yang sama. Board berwarna ditambah pada
Roda Putar KECAMBU Fasa 2. Board berwarna dipotong bulat lebih besar daripada mounting
board. Bahan lain adalah sama seperti bahan sebelum ini. Kad suku kata ditambah dalam bahan
ini. Kad huruf digunakan kad sebelum ini. Kad suku kata dicetak dan dilaminate dan dilekatkan
dengan velcro. Suku kata tersebut dapat diubah mengikut kebolehan murid.
Pin penyambung Velcro Laminate film
LAMPIRAN C
8.2 Cara inovasi digunakan
Penggunaan Roda Puta KECAMBU (Fasa 1)
1. Pertama sekali, murid ditunjukkan kad huruf yang terdiri daripada batang huruf yang sama
seperti kad huruf di bawah. Huruf yang diletakkan di atas merupakan huruf yang dijadikan asas
semasa mengajar. Murid diajar menggunakan kad huruf sehingga mereka mahir dan boleh
bezakan huruf.
LAMPIRAN C
2. Kemudian, guru tunjukkan asas huruf iaitu l atau c (huruf yang dipilih). Guru putarkan.
Murid cuba kenal, cam dan bunyikan huruf dengan betul. Murid dibimbing terlebih dahulu.
3. Murid diedarkan Roda Putar KECAMBU tersebut. Murid putar dan sebutkan. Pada
mulanya, murid rasa keliru tetapi selepas diputar beberapa kali, murid sudah mengenal dan dapat
membezakan. Murid diberikan secara individu serta kumpulan. Sekiranya dalam kumpulan,
rakan-rakan dapat bantu sekiranya murid sebutkan dengan salah.
LAMPIRAN C
4. Murid ditunjukkan semula kad huruf untuk memastikan murid sudah mengenal semua
huruf. Selain memutar, murid melekatkan huruf yang disebutkan oleh guru pada Roda Putar
KECAMBU kerana huruf-huruf tersebut dilekatkan dengan velcro.
5. Murid disediakan “bookmark” huruf supaya murid dapat mengulangkaji huruf dipelajari di
sekolah di rumah dengan bimbingan ibu bapa. Selain itu, buku mini huruf disediakan untuk
setiap murid untuk murid belajar di rumah. Murid yang menyebut huruf secara berulangkali
akan mengingat dan kekeliruan dapat diatasi.
LAMPIRAN C
Penggunaan Roda Puta KECAMBU (Fasa 2)
1. Murid yang sudah mengenal huruf didedahkan dengan bunyi huruf vokal dan suku kata
KV. Guru membimbing murid membunyikan suku kata dengan memutarkan Roda Putar
KECAMBU Fasa 2. Murid juga diajar perkataan bermakna yang dihasilkan menggunakan
suku kata dipelajari. Murid yang sudah boleh bunyikan suku kata boleh membaca
perkataan KVKV dengan mudah. Murid boleh baca secara individu dan secara kumpulan.
LAMPIRAN C
LAMPIRAN C
2. Murid yang sudah boleh bunyikan suku kata diedarkan Roda Puta KECAMBU kosong.
Guru sebutkan suku kata. Murid mencari huruf konsonan dan huruf vokal dan lekatkan
pada bahan tersebut. Kemudian murid melekatkan suku kata membentuk perkataan
bermakna.
LAMPIRAN C
3. Murid disediakan “bookmark” suku kata KV dan perkataan KVKV supaya murid dapat
mengulangkaji suku kata dan perkataan yang dipelajari di sekolah di rumah dengan
bimbingan ibu bapa. Selain itu, buku mini suku kata KV dan perkataan KVKV disediakan
untuk setiap murid untuk murid belajar di rumah. Murid yang menyebut suku kata KV dan
perkataan KVKV secara berulangkali dapat membaca perkataan dengan lancar.
LAMPIRAN C
8.3 Kos bagi menghasilkan inovasi
Anggaran Perbelanjaan Penghasilan Roda Putar KECAMBU
BIL PERKARA
ANGGARAN PERBELANJAAN
(RM)
1 Mounting Board (A3) 5.00
2 Eva Form 5.00
3 Kertas Warna 5.00
4 Laminating film 5.00
5 Velcro 10.00
6 Carta berwarna 3.50
7 Pin penyambung 2.50
JUMLAH 36.00
LAMPIRAN C
8.4 Keberkesanan inovasi kepada pembelajaran dan pengajaran
Senarai nama sampel kajian.
Bil Sampel
Kajian
Jantina Kelas
1 Murid A Perempuan prasekolah
2 Murid B Perempuan prasekolah
3 Murid C Lelaki prasekolah
4 Murid D Perempuan prasekolah
5 Murid E Lelaki prasekolah
6 Murid F Lelaki prasekolah
7 Murid G Perempuan prasekolah
8 Murid H Lelaki prasekolah
9 Murid I Lelaki 2 Jeyem
10 Murid J Perempuan 2 Jeyem
Penguasaan Murid Sebelum Penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam Mengenal Huruf
Kemahiran Murid
A
Murid
B
Murid
C
Murid
D
Murid
E
Murid
F
Murid
G
Murid
H
Murid
I
Murid
J
a c e o
l t f h k
b d p q
i j g y
m n u v w
r s x z
Huruf kecil
14 12 14 10 7 7 15 15 14 10
LAMPIRAN C
Penguasaan Murid Selepas Penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam Mengenal Huruf
Bil Nama murid Sebelum PdP % Selepas PdP %
1 Murid A 14 53 26 100
2 Murid B 12 46 26 100
3 Murid C 14 53 26 100
4 Murid D 10 38 15 58
5 Murid E 7 27 17 65
6 Murid F 7 27 14 54
7 Murid G 15 58 26 100
8 Murid H 15 58 26 100
9 Murid I 14 53 26 100
10 Murid J 10 38 26 100
Data menunjukkan seramai 7 orang murid daripada 10 orang murid menguasai iaitu sudah
mengenal huruf selepas penggunaan Rota Putar KECAMBU. 3 orang murid yang masih belum
menguasai ialah murid yang sering tidak hadir ke sekolah dan tidak menghadapi sebarang
masalah kesihatan. Sekiranya murid tersebut hadir sepanjang pengajaran dan pembelajaran
0
1
2
3
4
5
6
7
8
Menguasai Tidak Menguasai
Penguasaan Murid Menguasai26 Huruf
LAMPIRAN C
mengunakan bahan ini maka mereka dapat menguasai sepenuhnya iaitu mengenal semua
huruf.
Seramai 7 orang yang telah menguasai diteruskan dengan pengajaran seterusnya
iaitu membunyikan huruf vokal, suku kata KV dan perkataan KVKV. Roda Putar KECAMBU telah
ditambah baik. Murid telah diajar suku kata KV dan perkataan KVKV. Murid dapat mengikut guru
membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. Walaupun secara perlahan, murid
dapat mengikut guru. Roda Putar KECAMBU yang dihasilkan bukan sahaja telah digunakan
mengenal huruf sebaliknya membunyikan suku kata KV dan perkataan bermakna yang
dihasilkan daripada suku kata yang dipelajari.
8.5 Potensi untuk disebar luas kepada pihaklain
Bahan yang dihasilkan iaitu Roda Putar KECAMBU dihasilkan untuk murid prasekolah dan murid
pemulihan tahap 1. Bahan iniboleh digunakan untuk murid-murid yang belajardi Tahun 1.Selain
itu, bahan ini juga boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk mengajar murid yang
menghadapi masalah pembelajaran.
8.6 Keterangan lain yang berkaitan
Pengkaji hanya bertumpu di sebuah sekolah sahaja iaitu SJKT Jalan Fletcher. Setiap murid
mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Pengkaji seterusnya mungkin boleh memilih sebuah
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil lain, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah
Sekolah Kebangsaan. Kajian ke atas sampel yang pelbagai kaum juga boleh dilakukan bagi
mendapatkan hasil dapatan yang lebih tepat. Tinjauan perlu dilakukan kepada lebih ramai pelajar
yang berlainan agama bagi memperolehi hasil dapatan yang lebih memuaskan.
Pengkaji harus menjalankan dalam jangkam asa yang lebih lama pada masa depan.
Secara umumnya, kajian ini amat penting bagi menghasilkan bahan PdPc yang lebih bermutu
dalam menyumbang ke arah proses PdPc yang lebih berkesan. Ini secara langsung akan
mempengaruhi tahap pemahaman murid terhadap pengajaran yang disampaikan guru. Oleh itu
LAMPIRAN C
diharapkan supaya pencapaian murid akan meningkat dan melahirkan para pendidik yang
berkeyakinan dalam membantu murid yang lambat dalam pembelajaran serta dapat merancang
proses PdPc dengan sempurna dan berkesan.
Seterusnya, pengkaji hanya memfokuskan kepada kemahiran membaca dengan
menggunakan kaedah KECAMBU. Kajian akan datang akan difokuskan kepada kemahiran
menulis. Walaupun pengkaji telah memberikan lembaran kerja selepas setiap PdP dijalankan,
namun masih tidak mencukupi untuk meningkatkan kemahiran menulis murid-murid. Tulisan
murid prasekolah dan pemulihan kurang kemas dan memerlukan latihan lebih untuk memperbaiki
tulisan mereka.
Akhir sekali, kaedah KECAMBU lebih baik dilaksanakan kepada sesiapa sahaja baik
murid sekolah atau orang dewasa yang ingin mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua.
Kaedah KECAMBU lebih sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran asas. Ini disebabkan
kaedah ini memfokuskan penerimaan maklumat daripada tidak tahu kepada memahami dan
mengetahui.
PENUTUP
Penggunaan Roda Putar KECAMBU dapat membantu murid-murid membezakan huruf yang
mempunyai bentuk yang sama. Murid-murid lebih berkeyakinan untuk belajar serta
mengurangkan kebimbangan, kerisauan atau kebosanan murid. Komunikasi dua hala berlaku
dalam pdpc, dimana guru memulakan pengajaran dengan memperkenalkan huruf diikuti oleh
murid. Seterusnya, murid akan mengingat dan menyebutkan seorang demi seorang dalam
kumpulan. Kolobrasi antara murid juga berlaku apabila rakan yang tidak pasti maka murid-murid
saling membantu menyebutkan huruf bersama-sama. Dengan ini nilai kerjasama, berdikari serta
saling membantu dapat dipupuk.
LAMPIRAN C
Tuntasnya, penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam PdPc membolehkan kaedah
Pembelajaran Abad Ke-21 secara kreatif dan interaktif serta memberi kesan yang positif baik
kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun
peningkatan dalam akademik.
LAMPIRAN C
RUJUKAN
Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd.
Cockburn, A. D. & Handscomb, G. (2011). Teaching Children 3-11: A student’s guide.
London: SAGE Publications Ltd.
Dayang Norhafizah. (2012). Latih Tubi Bacaan dalam Membantu Murid lemah Menguasai
Kemahiran Huruf Vokal Awalan. Koleksi Artikel Pengkajian Tindakan PISMP Pemulihan
amb.Januari 2009, Seminar Pengkajian Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.153-167.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2019). Garis Panduan Pemulihan Khas. Kuala Lumpur
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah SJK Tahap 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mashitoh Ishak. (2012). Pengayaan dan Pemulihan.
http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/pengayaan-dan-
pemulihan_2736.html
Masitah Samsi. (2011). Kebaikan Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-Kanak.
http://mahirbahasamelayu.blogspot.com/2011/12/kebaikan-membaca-pada-
peringkat-awal.html
Risko, V. J. & Dalhouse, D. W. (2012). Be That Teacher!: Breaking The Cycle For
Struggling Readers. New York and Londan: Teachers College, Columbia University.
LAMPIRAN C
LAMPIRAN
Mendapat tempat ke 32 dalam Kempen PAK21 untuk Roda Putar KECAMBU
LAMPIRAN C
Sijil Penghargaan Kempen Guru PAK21 untuk Roda Putar KECAMBU
LAMPIRAN C
Tarikh : _________________
a c e o s
l t f k h
b d p q
i j g y
m n u
r x z
v w
LAMPIRAN C
Borang senarai semak yang digunakan sebelum dan selepas menggunakan
Roda Putar KECAMBU
LAMPIRAN C
Kesediaan murid menggunakan Roda Putar KECAMBU (Fasa 1) semasa pengajaran dan
pembelajaran di kelas.

More Related Content

What's hot

Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolahizyan mardhiah
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hiburSham Razak
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualNor Hamizah Sahari
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasaNsha Shari
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4ALSAFII
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahAzmie Trip
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssrSharieda Md Dam
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pensil Dan Pemadam
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualzabidah awang
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirNur Aini
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)FaFai S.
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahAhmad NazRi
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
1.5 elemen merentas kurikulim emk
1.5 elemen  merentas kurikulim emk1.5 elemen  merentas kurikulim emk
1.5 elemen merentas kurikulim emkfiro HAR
 

What's hot (20)

Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid PrasekolahKemahiran Menulis Murid Prasekolah
Kemahiran Menulis Murid Prasekolah
 
8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur8 contoh aktiviti didik hibur
8 contoh aktiviti didik hibur
 
Konsep 5p
Konsep 5pKonsep 5p
Konsep 5p
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
2. apa itu kbat
2. apa itu kbat2. apa itu kbat
2. apa itu kbat
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
Rph masa dan waktu thn 4
Rph masa dan waktu thn 4Rph masa dan waktu thn 4
Rph masa dan waktu thn 4
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4SKPMg2 - Standard 4
SKPMg2 - Standard 4
 
Pembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiriPembelajaran akses kendiri
Pembelajaran akses kendiri
 
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolahLaporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
Laporan kejohanan merentas desa peringkat sekolah
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
Pengajaran kemahiran-bahasa-melayu-bmm-3104
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Kemahiran Berfikir
Kemahiran BerfikirKemahiran Berfikir
Kemahiran Berfikir
 
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Pendidikan Inklusif / Program Pendidikan Inklusif (PPI)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolahKajian tindakan pra sekolah
Kajian tindakan pra sekolah
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
1.5 elemen merentas kurikulim emk
1.5 elemen  merentas kurikulim emk1.5 elemen  merentas kurikulim emk
1.5 elemen merentas kurikulim emk
 

Similar to GuruInovatif

Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburEda Muryanti
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasadaud5530
 
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptxPembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptxhassanyHashim
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanKPM
 
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)Bunyamin Yusuf
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...nurul2307
 
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatifNurul Dayana
 
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_indPengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_indMaya Ernie
 
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptxPembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptxhassanyHashim
 
JURNAL MURNIATI SKRIPSI.docx
JURNAL MURNIATI SKRIPSI.docxJURNAL MURNIATI SKRIPSI.docx
JURNAL MURNIATI SKRIPSI.docxMurniati42
 
Strategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangStrategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangSuraya Hanis
 
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxPertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxVarKumar2
 
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdfMeningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdfWahyu Rakhmanto
 
Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013Hamzah Yuddin
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cik BaCo
 
Artikel penelitian tindakan kelas
Artikel penelitian tindakan kelasArtikel penelitian tindakan kelas
Artikel penelitian tindakan kelasEliErnawati4
 

Similar to GuruInovatif (20)

Kajian mini didik hibur
Kajian mini didik hiburKajian mini didik hibur
Kajian mini didik hibur
 
Ketrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasaKetrampilan berbahasa
Ketrampilan berbahasa
 
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptxPembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20%2016092022.pptx
 
Ulasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakanUlasan kajian tindakan
Ulasan kajian tindakan
 
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
model pembelajaran speaking inovatif (juara 1 tgkt Prov. Jateng)
 
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah  pembelajaran ...
Meningkatkan kemahiran menulis dalam kalangan murid bermasalah pembelajaran ...
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
25. permainan bahasa sebagai satu pendekatan alternatif
 
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_indPengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
Pengembangan model pembelajaran_bahasa_inggris_ind
 
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptxPembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptx
Pembentang%20BiJAK%20EMSI%202022%20PBMP%20JPNKEL%20terkini.pptx
 
JURNAL MURNIATI SKRIPSI.docx
JURNAL MURNIATI SKRIPSI.docxJURNAL MURNIATI SKRIPSI.docx
JURNAL MURNIATI SKRIPSI.docx
 
Strategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlangStrategi guru cemerlang
Strategi guru cemerlang
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptxPertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
Pertandingan_Guru_Inovasi_2018_BM_SJKT_LADANG_BRADWALL_1.pptx
 
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdfMeningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
Meningkatkan Kemampuan Menulis Menggunakan Padlet.pdf
 
11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)11. md hidayat (1)
11. md hidayat (1)
 
Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013Proposal ptk mgmp 2013
Proposal ptk mgmp 2013
 
1 keberkesanan pnp kbsr art 1
1 keberkesanan  pnp kbsr art 11 keberkesanan  pnp kbsr art 1
1 keberkesanan pnp kbsr art 1
 
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
Cadangan format kajian tindakan 1 (asimah)
 
Artikel penelitian tindakan kelas
Artikel penelitian tindakan kelasArtikel penelitian tindakan kelas
Artikel penelitian tindakan kelas
 

Recently uploaded

Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASreskosatrio1
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxRezaWahyuni6
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxSyaimarChandra1
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxDwiYuniarti14
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docxbkandrisaputra
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggeraksupriadi611
 

Recently uploaded (20)

Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPASaku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
aku-dan-kebutuhanku-Kelas 4 SD Mapel IPAS
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptxMateri Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
Materi Pertemuan Materi Pertemuan 7.pptx
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptxPrakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
Prakarsa Perubahan dengan Kanvas ATAP & BAGJA.pptx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptxKesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
Kesebangunan Segitiga matematika kelas 7 kurikulum merdeka.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docxLembar Observasi Pembelajaran di  Kelas.docx
Lembar Observasi Pembelajaran di Kelas.docx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru PenggerakAksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
Aksi Nyata Modul 1.1 Calon Guru Penggerak
 

GuruInovatif

  • 1. LAMPIRAN C PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2020 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR. TAJUK : RODA PUTAR KECAMBU DISEDIAKAN OLEH: NAMA : PN KALAICHELVI A/P JAYAMOHAN NAMA SEKOLAH : SJK(T) JALAN FLETCHER DAERAH : KERAMAT
  • 2. LAMPIRAN C PERTANDINGAN ANUGERAH GURU INOVATIF 2020 JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR 1 KATEGORI PERTANDINGAN Individu Prasekolah 2 TAJUK INOVASI Roda Putar KECAMBU 3 SINOPSIS INOVASI KECAMBU adalah singkatan bagi kenal, cam dan bunyi. Pengkaji menggunakan kaedah KECAMBU untuk mengajar murid prasekolah dan pemulihan mengenal huruf. Murid yang sudah mengenal huruf diajar suku kata dan perkataan dengan bahan sama. Pengkaji memperkenalkan huruf yang mempunyai bentuk sama seperti (a,o,e,c,s), (l,k,t,f,h,r), (b,d,p,q), (m,n,u), (y,g,j), (i,j,g) dan (v,w,x,z). Tujuannya supaya murid tidak keliru dengan huruf yang mempunyai bentuk sama. Selepas murid dapat mengecam huruf bentuk sama, murid akan menggunakan Roda Putar KECAMBU agar murid lebih mengetahui dan bezakan huruf yang berbentuk sama. Murid diminta menyebut beberapa kali untuk mengingat huruf. Kajian ini dijalankan bagi melihat amalan penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam membantu murid-murid prasekolah dan pemulihan mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada sepuluh orang murid yang terdiri daripada murid prasekolah dan pemulihan tahun dua yang dipilih di SJKT Jalan Fletcher. Dalam melaksanakan kajian ini, guru telah menggunakan senarai semak untuk mendapat maklumat penguasaan murid sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdPc) menggunakan Roda Putar KECAMBU. Hasil menunjukkan 7 orang murid menguasai sepenuhnya 26 huruf. Pengkaji turut mengumpul data melalui analisis dokumen iaitu lembaran
  • 3. LAMPIRAN C kerja murid. Selepas bimbingan selama beberapa minggu PdPc dijalankan dari 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dengan menggunakan Roda Putar KECAMBU, pengkaji menggunakan semula senarai semak mengenal huruf untuk melihat penguasaan murid-murid. Hasil analisis data mendapati 7 daripada 10 sampel kajian menunjukkan peningkatan yang positif dalam mengenal 26 huruf. Seterusnya, 7 sampel yang telah menguasai huruf diajar suku kata KV dan perkataan KVKV menggunakan bahan sama dengan membuat sedikit penambahbaikan serta memberikan bahan tambahan ke rumah supaya ada pembelajaran berterusan di rumah oleh sampel kajian. Pembelajaran bahasa Melayu lebih berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa. Murid- murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Melalui penguasaan kemahiran bahasa ini, murid dapat berkomunikasi dengan lebih berkesan. Kemahiran membaca membolehkan murid meningkatkan kosa kata di samping memupuk minat membaca. Penguasaan tatabahasa yang baik dapat membantu murid menghasilkan penulisan yang kreatif dan berkualiti. Aktiviti didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan teknik seperti nyanyian dan permainan serta penggunaan pelbagai bahan yang menarik dapat membantu murid menguasai dan menghayati pembelajaran. (Kurikulum Standard Sekolah Rendah, 2012). Menurut Cockburn, A. D. & Handscomb, G. (2012), guru harus menitikberatkan pencapaian pengetahuan dalam mengenal huruf dengan menggunakan pedagogi yang digunakan untuk mengajar kanak-kanak seperti bermain. Murid perlu mengetahui apa yang mereka lakukan dan mengapa mereka lakukan untuk mereka ketahui kepentingan penguasaan kemahiran ini. Dengan cara bermain, murid dapat menguasai kemahiran membaca. Selain menguasai kemahiran membaca, kesediaan membaca juga patut diberi penekanan. Kesediaan membaca membawa maksud kemampuan seseorang murid dalam menerima PdP dari segi mental, emosi dan fizikal. Keadaan ini melibatkan pelbagai aktiviti sebelum sesuatu peringkat bacaan dimulakan termasuk peringkat asas, mengukuhkan peringkat asas dan
  • 4. LAMPIRAN C seterusnya peringkat tinggi. Kemampuan fizikal mengambil kira keupayaan kanak-kanak untuk mengeluarkan sebutan bunyi-bunyi diajar, keupayaan untuk mengecam bentuk serta keupayaan untuk mengecam bunyi. Dari segi emosi, kemampuan kanak-kanak dilihat dari aspek minat terhadap bahan dan minat dalam mendengar. Manakala dari segi mental pula melihat kepada keupayaan kanak-kanak untuk mengingat dan kebolehan untuk menyatakan semula apa yang telah diketahui. Pengkaji memilih murid-murid prasekolah kerana ada antara mereka baru belajar mengenal hurud dan murid pemulihan sebagai sampel kerana murid ini terdiri daripada murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran asas. Murid-murid ini memerlukan bimbingan. Pengkaji ingin menggunakan satu kaedah iaitu kaedah KECAMBU untuk mengajar kemahiran mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. KECAMBU bermaksud kenal, cam dan bunyikan. Kaedah ini digunakan untuk membantu murid lemah supaya menguasai kemahiran asas. Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad (2012) menyatakan aspek pengajaran dengan menggunakan kaedah yang sistematik penting dalam merangsang perkembangan ilmu yang ingin disampaikan di dalam bilik darjah oleh guru. Kaedah pengajaran bahasa harus ditransformasikan penggunaannya dengan dinamik dan mempunyai unsur keseimbangan dari segi pengajaran kreatif dan inovatif. Tujuannya adalah untuk menarik minat murid untuk menguasai kemahiran yang ingin disampaikan. Kaedah merupakan cara guru mencapai objektif PdP dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Tujuan penggunaan pelbagai kaedah dalam pengajaran agar pekara yang disampaikan mudah difahami serta memberi kesan yang mendalam terhadap tahap ingatan kanak-kanak agar masalah membaca diatasi. Antara kekuatan utama penggunaan Roda Putar KECAMBU ialah membantu murid membezakan huruf mengikut bentuk serta batang huruf kemudian mengenal dan mengecam huruf. Selain itu, murid dapat mengenal dan mengecam suku kata KV dan membaca perkataan KVKV.
  • 5. LAMPIRAN C Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan Roda Putar KECAMBU dapat membantu dalam meningkatkan tahap penguasaan sampel kajian dalam mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan perkataan KVKV. Kajian ini memberi impak positif kepada pengkaji, murid pemulihan dan sekolah. Roda Putar KECAMBU juga membantu pengkaji dalam mengurangkan bilangan murid tidak mengenal huruf. 4 OBJEKTIF PERMAINAN “Roda Putar KECAMBU”  Membantu murid menguasai 26 huruf kecil.  Memastikan murid membezakan huruf yang mempunyai bentuk sama.  Membolehkan murid menguasai kemahiran seterusnya iaitu membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. 5 KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran penggunaan inovasi ini ialah lapan orang murid prasekolah dan dua orang murid pemulihan yang mempunyai masalah dalam mengenal huruf. 6 LATARBELAKANG (IDEA PEMILIHAN PERMAINAN) Pendidikan awal dimulakan di prasekolah untuk memastikan sebelum menamatkan pengajian di peringkat prasekolah, semua pelajar sudah boleh membaca dan menulis perkataan-perkataan dan membuat ayat-ayat mudah dengan baik. Akan tetapi masih ada pelajar masih belum boleh membaca dan menulis dengan baik setelah menamatkan pelajaran di tingkatan lima dan berumur 17 tahun. (Forum Utusan Malaysia, 2012). Menurut Risko, V. J. & Dalhouse, D. W (2012), terdapat dua kateogori murid di dalam kelas. Satu kumpulan murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan dalam kelas dan dapat mengaitkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas manakala sekumpulan murid lagi tidak dapat melibatkan diri dalam
  • 6. LAMPIRAN C perbincangan dan sukar mengaitkan dengan pengajaran. Murid di kategori kedua ini secara langsung merupakan murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M. Sebagai guru, pengkaji harus mengkikiskan masalah belum menguasai kemahiran asas dan meningkatkan prestasi murid terutamanya murid yang belum mengenal huruf. Pengkaji tidak mahu murid-murid ini ketinggalan. Oleh itu, pengkaji mengambil keputusan untuk membuat kajian dan melaksanakan pengajaran menggunakan satu kaedah yang sesuai dengan kebolehan murid supaya mereka dapat mengenal semua huruf, membunyikan suku kata KV seterusnya membaca perkataan KVKV dengan mudah, cepat dan berkeyakinan untuk membaca. Pada pendapat pengkaji mengenal huruf penting dan merupakan langkah permulaan untuk membaca. Sekiranya tindakan awal tidak dilakukan maka kesannnya menunjukkan bilangan murid lemah yang ramai. Pengkaji menggunakan kaedah KECAMBU untuk mengajar murid pemulihan mengenal huruf. Kaedah ini bukan sahaja membolehkan murid mengenal huruf sebaliknya dapat membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. Roda Putar KECAMBU digunakan untuk membantu murid prasekolah mengenal huruf. Antara kekuatan utama penggunaan “Roda Putar KECAMBU” membantu murid membezakan huruf mengikut batang huruf dalam bentuk yang sama. Roda Putar KECAMBU bertujuan membolehkan murid yang tidak kenal huruf mengenal huruf dengan cepat. Pengkaji berpendapat teknik yang digunakan berasaskan permainan ini amat berkesan untuk membezakan huruf dan mengenal huruf dengan cepat. Idea tercipta daripada rancangan realiti televisyen ini mendapat sambutan ramai pada suatu masa dahulu. Rancangan ini merupakan rancangan ‘Roda Impian’ yang telah melahirkan beberapa orang jutawan. Oleh itu, saya telah mengambil inisiatif untuk menggabungkan konsep permainan saya dengan unsur-unsur ‘Roda Impian’. Maka terciptalah sebuah permainan yang menarik perhatian murid sekolah saya iaitu ‘Roda Putar KECAMBU.
  • 7. LAMPIRAN C Pada pendapat pengkaji, banyak latihan diperlukan oleh murid lemah untuk menguasai kemahiran mengenal huruf. Murid memerlukan masa yang lama untuk mengenal huruf. Oleh itu, intervensi yang diusahakan telah memberi maklumat amalan penggunaan kaedah Roda Putar KECAMBU dalam kalangan murid lemah. Hasil daripada intevensi ini juga dapat membantu guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang cara untuk memastikan murid-murid dapat mengenal huruf, membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. Ini adalah kerana guru dapat gambaran tentang kepelbagaian kaedah pengajaran yang harus diberi penekanan dalam pengajaran bilik darjah. Ini bermakna guru bukan sahaja dapat membimbing murid untuk menguasai kemahiran membaca malah dapat menghasilkan generasi berilmu. Dengan ini, guru lebih yakin diri dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dengan menggunakan kaedah “Roda Putar KECAMBU”. Akhir sekali, hasil intervensi ini dapat memberi panduan kepada murid prasekolah dan murid yang menghadapi masalah mengenal huruf, membunyikan suku kata dan membaca perkataan KVKV. Dengan ini, masalah murid dapat diatasi dengan bimbingan guru secara efektif. 7 ISU/ MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI Pada awal tahun, tiga minggu awal saya telah mengenal pasti murid yang masih gagal mengenal pasti huruf. Saya telah menguji murid-murid tersebut untuk mengetahui tahap penguasaan mereka yang sebenarnya. Menurut Masitah Samsi (2011), pendedahan terhadap kemahiran membaca pada peringkat awal sangat penting bagi membantu mengatasi masalah membaca dalam pendidikan formal dan menjamin kejayaan masa depan seseorang. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Pendedahan awal penting kerana pada peringkat usia ini, kanak-kanak cepat menerima. Murid-murid yang dikategorikan
  • 8. LAMPIRAN C lemah dilabelkan sebagai murid yang gagal untuk menyediakan otak mereka dalam menguasai prinsip asas abjad untuk menjadi seorang pembaca yang mahir. Murid-murid yang gagal menguasai kemahiran membaca dan memahami teks dibaca turut bermasalah dalam bidang akademik. Pada masa tersebut, tercetus idea membuat inovasi ini kerana semua murid ini kenal beberapa huruf asas yang saya gunakan untuk memperkenalkan huruf-huruf lain yang berbentuk sama. Walaupun keputusan penggunaan inovasi ini tidak mencapai 100% tetapi 7 orang murid daripada 10 orang murid sudah mengenal semua huruf dengan penggunaan Roda Putar KECAMBU ini. Di samping itu, 7 murid yang menguasai huruf diperkenalkan suku kata KV menggunakan Roda Putar KECAMBU. Hasilnya, 7 orang murid tersebut dapat bunyikan suku kata KV dan perkataan KVKV. Bahan yang dihasilkan ini berjaya menarik perhatian murid kerana luarannya yang berwarna-warni. Selain itu, huruf pada roda tersebut boleh ditanggalkan kerana huruf ini dilekat dengan velcro. Roda ini juga boleh digunakan untuk pelbagai kemahiran lain iaitu suku kata KV dan perkataan KVKV. Bahan ini juga boleh digunakan oleh guru matapelajaran lain iaitu bahasa Tamil dan Matematik dalam mengajar huruf Tamil dan nombor. DSKP BAHASA MELAYU PRASEKOLAH STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4+ STANDARD PEMBELAJARAN 5+ BM 2.2 Mengenal huruf abjad Murid boleh: BM 2.2.1 Mengenal pasti abjad BM 2.2.2 Menyebut dan membunyikan huruf vokal Murid boleh: BM 2.2.3 Mengenal pasti dan menyebut huruf kecil dan besar
  • 9. LAMPIRAN C BM 2.3 Membina dan membaca suku kata dan perkataan Murid boleh: BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka BM 2.3.2 Membunyikan suku kata tertutup Murid boleh: BM 2.3.3 BM 2.3.4 Membaca perkataan dengan suku kata terbuka: (i) KV+KV (ii) KV+KV+KV Membaca perkataan dengan suku kata terbuka dan tertutup: (i) KVK (ii) V+KV (iii) V+KVK (iv) KV+KVK (v) KVK+KV (vi) KVK+KVK PEMETAAN BAHASA MELAYU PEMULIHAN KEMAHIRAN PEMULIHAN STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN Kemahiran : Prabacaan dan Pratulisan KSSR Semakan 2017 3.1 Asas Menulis Tahun 1 3.1.1 (i) Menulis secara mekanis; huruf. Abjad Kemahiran 1 - Huruf-huruf vokal Kemahiran 2 - Huruf-huruf kecil KSSR Semakan 2017 1.1 Mendengar dan memberikan respons Tahun 1 1.1.1 (i) Mengajuk, dan menyebut perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi; vokal. 1.1.1 (ii) Mengajuk, dan menyebut
  • 10. LAMPIRAN C Kemahiran 3 - Huruf-huruf besar perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi pelbagai bunyi; konsonan. 1.1.2 (i) Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap; soalan. 1.1.2 (ii) Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap; suruhan. 1.1.2 (iii) Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap; pesanan. 1.2 Bertutur untuk menyampaikan maklumat dan idea bagi pelbagai tujuan Tahun 1 1.2.1 Bertutur dengan sebutan yang betul dan intonasi secara bertatasusila. 1.2.2 Menyampaikan maklumat daripada bahan. 2.1 Asas membaca dan memahami Tahun 1 2.1.1 (i) Membaca dengan sebutan yang betul; vokal. 2.1.1 (ii) Membaca dengan sebutan yang betul; konsonan 2.2 Membaca, memahami, dan menaakul bahan grafik dan bukan grafik Tahun 1
  • 11. LAMPIRAN C 2.2.1 (i) Membaca, memahami dan menaakul bahan untuk mendapatkan; kosa kata. 3.1 Asas menulis Tahun1 3.1.1 (i) Menulis secara mekanis; huruf 4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera Tahun 1 4.2.2 (i) Menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul; lagu kanak- kanak. 4.2.2 (ii) Menyanyikan lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul; lagu rakyat. Konstruk Linus : Konstruk 1: Keupayaan membunyikan dan menulis huruf vokal dan konsonan 8 HURAIAN INOVASI 8.1 Bahan yang digunakan untuk menghasilkan inovasi Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan “Roda Putar KECAMBU” ini ialah mounting board, eva foam, velcro, laminate film, pin penyambung dan kertas warna. Bahan-bahan yang digunakan ini memang tersedia di Bilik Pemulihan dan tidak melibatkan kos yang tinggi. Mounting board Board berwarna AVA foam Kertas warna
  • 12. LAMPIRAN C Roda putar KECAMBU ( Fasa 1) Mounting board dipotong bulat mengikut kesesuaian. Satu bulatan dipotong besar dan satu lagi dipotong kecil. AVA foam pula dipotong sama saiz dengan mounting board bulatan besar. AVA foam yang dipotong perlu dipotong kecil ikut saiz huruf yang di cetak menggunakan kertas warna supaya huruf tersebut boleh dilihat sekiranya AVA foam tersebut diputarkan. Huruf dicetak dan dilaminate agar tahan lama. Kemudian semua huruf tersebut dilekatkan velcro. Roda putar KECAMBU tersebut juga dilekatkan dengan velcro. Velcro dilekatkan supaya huruf boleh ditukar dari semasa ke semasa. Roda Putar KECAMBU ( Fasa 2) Roda Putar KECAMBU untuk Fasa 2 dihasilkan selepas penambahbaikan dibuat untuk murid- murid yang sudah menguasai huruf. Murid-murid tersebut didedahkan dengan suku kata KV dan perkataan KVKV dengan Roda Putar KECAMBU yang sama. Board berwarna ditambah pada Roda Putar KECAMBU Fasa 2. Board berwarna dipotong bulat lebih besar daripada mounting board. Bahan lain adalah sama seperti bahan sebelum ini. Kad suku kata ditambah dalam bahan ini. Kad huruf digunakan kad sebelum ini. Kad suku kata dicetak dan dilaminate dan dilekatkan dengan velcro. Suku kata tersebut dapat diubah mengikut kebolehan murid. Pin penyambung Velcro Laminate film
  • 13. LAMPIRAN C 8.2 Cara inovasi digunakan Penggunaan Roda Puta KECAMBU (Fasa 1) 1. Pertama sekali, murid ditunjukkan kad huruf yang terdiri daripada batang huruf yang sama seperti kad huruf di bawah. Huruf yang diletakkan di atas merupakan huruf yang dijadikan asas semasa mengajar. Murid diajar menggunakan kad huruf sehingga mereka mahir dan boleh bezakan huruf.
  • 14. LAMPIRAN C 2. Kemudian, guru tunjukkan asas huruf iaitu l atau c (huruf yang dipilih). Guru putarkan. Murid cuba kenal, cam dan bunyikan huruf dengan betul. Murid dibimbing terlebih dahulu. 3. Murid diedarkan Roda Putar KECAMBU tersebut. Murid putar dan sebutkan. Pada mulanya, murid rasa keliru tetapi selepas diputar beberapa kali, murid sudah mengenal dan dapat membezakan. Murid diberikan secara individu serta kumpulan. Sekiranya dalam kumpulan, rakan-rakan dapat bantu sekiranya murid sebutkan dengan salah.
  • 15. LAMPIRAN C 4. Murid ditunjukkan semula kad huruf untuk memastikan murid sudah mengenal semua huruf. Selain memutar, murid melekatkan huruf yang disebutkan oleh guru pada Roda Putar KECAMBU kerana huruf-huruf tersebut dilekatkan dengan velcro. 5. Murid disediakan “bookmark” huruf supaya murid dapat mengulangkaji huruf dipelajari di sekolah di rumah dengan bimbingan ibu bapa. Selain itu, buku mini huruf disediakan untuk setiap murid untuk murid belajar di rumah. Murid yang menyebut huruf secara berulangkali akan mengingat dan kekeliruan dapat diatasi.
  • 16. LAMPIRAN C Penggunaan Roda Puta KECAMBU (Fasa 2) 1. Murid yang sudah mengenal huruf didedahkan dengan bunyi huruf vokal dan suku kata KV. Guru membimbing murid membunyikan suku kata dengan memutarkan Roda Putar KECAMBU Fasa 2. Murid juga diajar perkataan bermakna yang dihasilkan menggunakan suku kata dipelajari. Murid yang sudah boleh bunyikan suku kata boleh membaca perkataan KVKV dengan mudah. Murid boleh baca secara individu dan secara kumpulan.
  • 18. LAMPIRAN C 2. Murid yang sudah boleh bunyikan suku kata diedarkan Roda Puta KECAMBU kosong. Guru sebutkan suku kata. Murid mencari huruf konsonan dan huruf vokal dan lekatkan pada bahan tersebut. Kemudian murid melekatkan suku kata membentuk perkataan bermakna.
  • 19. LAMPIRAN C 3. Murid disediakan “bookmark” suku kata KV dan perkataan KVKV supaya murid dapat mengulangkaji suku kata dan perkataan yang dipelajari di sekolah di rumah dengan bimbingan ibu bapa. Selain itu, buku mini suku kata KV dan perkataan KVKV disediakan untuk setiap murid untuk murid belajar di rumah. Murid yang menyebut suku kata KV dan perkataan KVKV secara berulangkali dapat membaca perkataan dengan lancar.
  • 20. LAMPIRAN C 8.3 Kos bagi menghasilkan inovasi Anggaran Perbelanjaan Penghasilan Roda Putar KECAMBU BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN (RM) 1 Mounting Board (A3) 5.00 2 Eva Form 5.00 3 Kertas Warna 5.00 4 Laminating film 5.00 5 Velcro 10.00 6 Carta berwarna 3.50 7 Pin penyambung 2.50 JUMLAH 36.00
  • 21. LAMPIRAN C 8.4 Keberkesanan inovasi kepada pembelajaran dan pengajaran Senarai nama sampel kajian. Bil Sampel Kajian Jantina Kelas 1 Murid A Perempuan prasekolah 2 Murid B Perempuan prasekolah 3 Murid C Lelaki prasekolah 4 Murid D Perempuan prasekolah 5 Murid E Lelaki prasekolah 6 Murid F Lelaki prasekolah 7 Murid G Perempuan prasekolah 8 Murid H Lelaki prasekolah 9 Murid I Lelaki 2 Jeyem 10 Murid J Perempuan 2 Jeyem Penguasaan Murid Sebelum Penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam Mengenal Huruf Kemahiran Murid A Murid B Murid C Murid D Murid E Murid F Murid G Murid H Murid I Murid J a c e o l t f h k b d p q i j g y m n u v w r s x z Huruf kecil 14 12 14 10 7 7 15 15 14 10
  • 22. LAMPIRAN C Penguasaan Murid Selepas Penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam Mengenal Huruf Bil Nama murid Sebelum PdP % Selepas PdP % 1 Murid A 14 53 26 100 2 Murid B 12 46 26 100 3 Murid C 14 53 26 100 4 Murid D 10 38 15 58 5 Murid E 7 27 17 65 6 Murid F 7 27 14 54 7 Murid G 15 58 26 100 8 Murid H 15 58 26 100 9 Murid I 14 53 26 100 10 Murid J 10 38 26 100 Data menunjukkan seramai 7 orang murid daripada 10 orang murid menguasai iaitu sudah mengenal huruf selepas penggunaan Rota Putar KECAMBU. 3 orang murid yang masih belum menguasai ialah murid yang sering tidak hadir ke sekolah dan tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan. Sekiranya murid tersebut hadir sepanjang pengajaran dan pembelajaran 0 1 2 3 4 5 6 7 8 Menguasai Tidak Menguasai Penguasaan Murid Menguasai26 Huruf
  • 23. LAMPIRAN C mengunakan bahan ini maka mereka dapat menguasai sepenuhnya iaitu mengenal semua huruf. Seramai 7 orang yang telah menguasai diteruskan dengan pengajaran seterusnya iaitu membunyikan huruf vokal, suku kata KV dan perkataan KVKV. Roda Putar KECAMBU telah ditambah baik. Murid telah diajar suku kata KV dan perkataan KVKV. Murid dapat mengikut guru membunyikan suku kata KV dan membaca perkataan KVKV. Walaupun secara perlahan, murid dapat mengikut guru. Roda Putar KECAMBU yang dihasilkan bukan sahaja telah digunakan mengenal huruf sebaliknya membunyikan suku kata KV dan perkataan bermakna yang dihasilkan daripada suku kata yang dipelajari. 8.5 Potensi untuk disebar luas kepada pihaklain Bahan yang dihasilkan iaitu Roda Putar KECAMBU dihasilkan untuk murid prasekolah dan murid pemulihan tahap 1. Bahan iniboleh digunakan untuk murid-murid yang belajardi Tahun 1.Selain itu, bahan ini juga boleh digunakan oleh guru-guru pendidikan khas untuk mengajar murid yang menghadapi masalah pembelajaran. 8.6 Keterangan lain yang berkaitan Pengkaji hanya bertumpu di sebuah sekolah sahaja iaitu SJKT Jalan Fletcher. Setiap murid mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Pengkaji seterusnya mungkin boleh memilih sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil lain, sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan sebuah Sekolah Kebangsaan. Kajian ke atas sampel yang pelbagai kaum juga boleh dilakukan bagi mendapatkan hasil dapatan yang lebih tepat. Tinjauan perlu dilakukan kepada lebih ramai pelajar yang berlainan agama bagi memperolehi hasil dapatan yang lebih memuaskan. Pengkaji harus menjalankan dalam jangkam asa yang lebih lama pada masa depan. Secara umumnya, kajian ini amat penting bagi menghasilkan bahan PdPc yang lebih bermutu dalam menyumbang ke arah proses PdPc yang lebih berkesan. Ini secara langsung akan mempengaruhi tahap pemahaman murid terhadap pengajaran yang disampaikan guru. Oleh itu
  • 24. LAMPIRAN C diharapkan supaya pencapaian murid akan meningkat dan melahirkan para pendidik yang berkeyakinan dalam membantu murid yang lambat dalam pembelajaran serta dapat merancang proses PdPc dengan sempurna dan berkesan. Seterusnya, pengkaji hanya memfokuskan kepada kemahiran membaca dengan menggunakan kaedah KECAMBU. Kajian akan datang akan difokuskan kepada kemahiran menulis. Walaupun pengkaji telah memberikan lembaran kerja selepas setiap PdP dijalankan, namun masih tidak mencukupi untuk meningkatkan kemahiran menulis murid-murid. Tulisan murid prasekolah dan pemulihan kurang kemas dan memerlukan latihan lebih untuk memperbaiki tulisan mereka. Akhir sekali, kaedah KECAMBU lebih baik dilaksanakan kepada sesiapa sahaja baik murid sekolah atau orang dewasa yang ingin mempelajari bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Kaedah KECAMBU lebih sesuai digunakan untuk mengajar kemahiran asas. Ini disebabkan kaedah ini memfokuskan penerimaan maklumat daripada tidak tahu kepada memahami dan mengetahui. PENUTUP Penggunaan Roda Putar KECAMBU dapat membantu murid-murid membezakan huruf yang mempunyai bentuk yang sama. Murid-murid lebih berkeyakinan untuk belajar serta mengurangkan kebimbangan, kerisauan atau kebosanan murid. Komunikasi dua hala berlaku dalam pdpc, dimana guru memulakan pengajaran dengan memperkenalkan huruf diikuti oleh murid. Seterusnya, murid akan mengingat dan menyebutkan seorang demi seorang dalam kumpulan. Kolobrasi antara murid juga berlaku apabila rakan yang tidak pasti maka murid-murid saling membantu menyebutkan huruf bersama-sama. Dengan ini nilai kerjasama, berdikari serta saling membantu dapat dipupuk.
  • 25. LAMPIRAN C Tuntasnya, penggunaan Roda Putar KECAMBU dalam PdPc membolehkan kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 secara kreatif dan interaktif serta memberi kesan yang positif baik kepada murid dan guru sama ada dari segi perubahan sikap dan tingkah laku mahupun peningkatan dalam akademik.
  • 26. LAMPIRAN C RUJUKAN Adenan Ayob & Khairuddin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn Bhd. Cockburn, A. D. & Handscomb, G. (2011). Teaching Children 3-11: A student’s guide. London: SAGE Publications Ltd. Dayang Norhafizah. (2012). Latih Tubi Bacaan dalam Membantu Murid lemah Menguasai Kemahiran Huruf Vokal Awalan. Koleksi Artikel Pengkajian Tindakan PISMP Pemulihan amb.Januari 2009, Seminar Pengkajian Tindakan IPG KBL Tahun 2012, ms.153-167. Kementerian Pelajaran Malaysia. (2019). Garis Panduan Pemulihan Khas. Kuala Lumpur Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah SJK Tahap 1. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mashitoh Ishak. (2012). Pengayaan dan Pemulihan. http://mashitohishak.blogspot.com/2012/09/pengayaan-dan- pemulihan_2736.html Masitah Samsi. (2011). Kebaikan Membaca Pada Peringkat Awal Kanak-Kanak. http://mahirbahasamelayu.blogspot.com/2011/12/kebaikan-membaca-pada- peringkat-awal.html Risko, V. J. & Dalhouse, D. W. (2012). Be That Teacher!: Breaking The Cycle For Struggling Readers. New York and Londan: Teachers College, Columbia University.
  • 27. LAMPIRAN C LAMPIRAN Mendapat tempat ke 32 dalam Kempen PAK21 untuk Roda Putar KECAMBU
  • 28. LAMPIRAN C Sijil Penghargaan Kempen Guru PAK21 untuk Roda Putar KECAMBU
  • 29. LAMPIRAN C Tarikh : _________________ a c e o s l t f k h b d p q i j g y m n u r x z v w
  • 30. LAMPIRAN C Borang senarai semak yang digunakan sebelum dan selepas menggunakan Roda Putar KECAMBU
  • 31. LAMPIRAN C Kesediaan murid menggunakan Roda Putar KECAMBU (Fasa 1) semasa pengajaran dan pembelajaran di kelas.