SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
ARAHAN/INSTRUCTION
TAJUK/TITLE: DANDANAN BAYI DAN KANAK-KANAK
TUJUAN/PURPOSE:
Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai barang peribadi
bayi, barang persiapan diri bayi, kawasan persiapan bayi jenis-jenis lampin pakai buang,
teknik lipatan lampin dan teknik memakaikan pakaian bayi dan kanak-kanak.
KOD DAN NAMA
PROGRAM/
PROGRAMME CODE
& NAME
CC-011-3 EARLY CHILDHOOD CARE AND EARLY
EDUCATION
TAHAP/ LEVEL L3
KOD PROGRAM, KOD
DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI/
PROGRAMME CODE,
COMPETENCY UNIT
CODE AND TITLE
CC-011-3:2012-C02 CHILD GROOMING
NOMBOR AKTIVITI
KERJA DAN
PENYATAAN / WORK
ACTIVITIES NUMBER
AND STATEMENT
1. PREPARE BATHING AREA
2. PREPARE GROOMING MATERIALS
3. PREPARE WATER FOR BATHING
4. PERFORM BABY BATHING
5. PERFORM BABY MASSAGE
6. PERFORM TODDLER AND 3-4 YEARS OLD BATHING
7. PERFORM CHILD DRESSING AND GROOMING
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 1
Dari / of : 12
AKADEMI ERA GEMILANG
12-2, JALAN TASIK RAJA LUMU L
SEKSYEN U4/L
40150 SHAH ALAM, SELANGOR
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 2
Dari / of : 12
PENERANGAN / INFORMATION :
Pengenalan
Mempersiapkan bayi samada di rumah atau di taska sama sahaja yang membezakan
cara pengendalian persiapan tersebut.Bagaimanapun persiapan bayi adalah perkara
yang diketahui umum.
1. Barangan Peribadi Kanak-Kanak
Rajah 1: Barang peribadi bayi / Kanak-kanak
AKADEMI ERA GEMILANG
Selimut Pakaian Kanak-Kanak Pakaian Bayi Bedak
Ubat & Berus Gigi
Minyak Bayi Tuala Sapu Tangan Sabun Tilam&Bantal
Botol Susu Diaper Susu Formula Shampoo Sikat rambut
Beg Pakaian
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 3
Dari / of : 12
2. BARANGAN PERSIAPAN DIRI BAYI
Bedak, losyen sikat bayi cermin
Krim ruam lampin minyak bayi Tuala
Rajah 2: Barangan dandanan bayi
3. KAWASAN PERSIAPAN BAYI
Kawasan persiapan bayi mestilah:
• Bersih
• Selesa
• Mempunyai rak@kabinet menyimpan barangan peribadi
• Mempunyai rak penyimpanan beg
• Mempunyai lapik@alas bayi
• Teratur
• Mudah mengambil barangan peribadi bayi
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 4
Dari / of : 12
• Berdekatan dengan ruang mandi bayi
4. JENIS–JENIS LAMPIN BAYI
Terdapat 3 jenis lampin bayi iaitu lampin kain, lampin yang dijahit iaitu cloth diaper dan
lampin pakai buang.
Rajah 3: lampin daripada kain
4.1 Lampin daripada kain
Lampin dibuat dari kain kapas dan bersaiz segiempat dan dilipat. Ianya amat
menjimatkan dan sesuai untuk kulit bayi namun agak menyusahkan kerana terpaksa
membasuh lampin yang banyak setiap hari.
Rajah 4: Cloth diaper
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 5
Dari / of : 12
4.2 Cloth diaper
• Sejenis lampin moden yang diperbuat daripada kain dan dijahit dengan kemas. Ia
adalah dari bahan semulajadi.
• Penggunaannya selamat daripada bahan kimia
• Dapat membantu mengurangkan masalah ruam lampin pada bayi. Cloth diaper
diperbuat daripada kain kapas yang merupakan jenis kain yang paling semulajadi
untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau
bahan kimia lain yang berbahaya.
• Kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang
terkandung dalam lampin pakai buang.
• Cara pemakaian:
Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper
tersebut pada bayi.
4.3 Lampin pakai buang
Rajah 5: Lampin pakai buang
Lampin pakai buang mudah digunakan dan tidak perlu dibasuh. Pemakainnya mudah
dan menjimatkan masa. Namun, lampin sekali pakai mengandungi bahan kimia
penyerap dan dibuang selepas digunakan. Oleh itu ia tidak sesuai untuk kulit yang
sensitif.
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 6
Dari / of : 12
5. CARA LIPATAN LAMPIN
.i Melipat dua kain supaya jadi bentuk segi empat tepat (rectangle)
.ii Mengambil sehelai bahagian hujung atas
.iii Bawa ke bahagian yang bertentangan, sekarang permukaan segi tiga menghadap
hadapan.
v.i Terbalikkan lampin supaya segitiga tadi menghadap ke lantai/ bawah.
v. Lipat bersama hujung lampin dan additional layer ke arah tengah lampin.
Rajah 6: Teknik lipatan lampin kain
6. TEKNIK MEMAKAI LAMPIN PAKAI BUANG
i. Tanggalkan pita pelekat pada diaper.
ii. Letakkan diaper di bawah punggung bayi dan tutup di bahagian atas bayi
iii. Tampal dengan pelekat yang ada di kiri dan kanan diaper.
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 7
Dari / of : 12
7. TEKNIK MEMAKAIKAN PAKAIAN
Memakaikan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak haruslah mengikut teknik tertentu
untuk memudahkan bayi dan kanak-kanak dipakaikan pakaian mereka.
Antara teknik yang akan diterangkan ialah teknik memakaikan pakaian bayi, kanak-
kanak tatih dan kanak-kanak 3-4 tahun.
1.1 Teknik memakaikan pakaian bayi
i. Membedung bayi
Kebaikan Bedung Bayi: Membedung bayi bukan hanya bermanfaat untuk
menghangatkan bayi namun juga mengurangi risiko terjadinya SIDS atau
kematian mendadak pada bayi saat tidur. Bedung bayi dapat dilakukan dari
semenjak anak lahir hingga mereka menggulingkan badannya. Perhatikan tidak
semua bayi merasa nyaman dibedung. Jika bayi terus berontak ketika dibedung,
pilihlah alternatif lain dengan memakaikan sleeping bag bayi, yang mempunyai
fungsi yang sama dengan bedung. Pakaikan bayi baju yang sesuai dengan
musim dan iklim di sekitarnya. Ketika cuaca panas, gunakan selimut yang nipis
agar mereka tidak merasa kepanasan, sebaliknya jika cuaca dingin, pakaikan
jumpsuit dan bedung / selimutkan. Pastikan bedungan anda tidak menutupi
kepala, telinga, dan dagu, yang akan menghalangi pernafasan mereka.
Rajah 7: Teknik membedung bayi
Teknik membedung bayi:
a. Membuat lipatan di salah satu hujung selimut. Tempatkan bayi di tengah-tengah
lipatan dengan kepalanya di atas lipatan tersebut.
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 8
Dari / of : 12
b. Menarik sisi kiri selimut agar menutupi dada bayi, pastikan tangan kanannya
dibungkus disamping tubuhnya. Kemudian angkat tangan kiri bayi dan sisipkan
selimut di bawah tubuhnya.
c. Mengmbil bahagian bawah selimut, tarik ke atas kemudian lipat hujungnya ke
belakang atau sisipkan ke dalam lipatan pertama. Lalu tarik hujung selimut
terakhir menutupi dada bayi, sehingga lengan kirinya disamping tubuhnya.
d. Menarik selimut ke bawah punggung bayi sejauh mungkin. Ketika mengangkat
bayi, jaga agar tetap nyaman terbungkus.
ii. Teknik Memakaikan baju suit bayi
Rajah 8: Memakaikan suit bayi
a. Mengangkat bayi sambil sambil anda meletakkan sehelai sut yang bersih
secara mendatar di atas alas.
b. Bahagian hadapan sut menghala ke atas.
c. Buka semua butang tekan pada sut.
d. Baringkan bayi atas sut dengan lehernya berada pada leher sut.
e. Kumpulkan sebelah bahagian kaki sut di dalam tangan anda untuk membuka
bahagian kakinya.
f. Perlahan-lahan masukkan sbelah kaki ke dalam. Tarik kaki pakaian itu ke atas.
Lakukan yang sama pada kaki sebelah lagi.
g. Tolak ibu jari dan jari jari sebelah kanan anda melalui satu lengan baju.
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 9
Dari / of : 12
Rajah 9: Memakaikan lengan baju
h. Bermula dari hujung pergelangan tangan, kumpulkan kain lengan baju tersebut
di dalam tangan anda.
i. Regangkan bukaan selebar mungkin.
j. Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi, pandu genggaman bayi ke
dalam tangan anda yang pertama.
k. Sambil memegang tangan bayi di antara ibu jari dan jari anda, lalukan lengan
baju dengan perlahan dari tangan anda ke atas tangan bayi anda dan tarik
lengan baju itu ke bahunya.
l. Memasangkan semua butang tekan.
Rajah 10: Memasang butang tekan
iii. Teknik memakaikan seluar bayi
a. Lelentangkan bayi.
b. Meregangkan bahagian kaki baju dan tahanlah dengan jari anda secara
perlahan, masukan kaki bayi. Lakukan hal yang sama untuk melakukan kaki
seluar sebelah lagi
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 10
Dari / of : 12
c. Menarik kedua belah seluar ke atas bahagian punggung bayi
d. Mengemaskan seluar.
iv. Teknik memakaikan baju round neck
α. Dengan menelentangkan bayi, renggangkan leher baju dengan kedua belah
tangan kemudian dekatkan baju pada dagu bayi.
β. Mengangkat bahagian belakang kepalanya dengan tangan kiri, lalu masukan
kepalanya kelubang leher baju.
χ. Menggunakan tangan kanan anda untuk menurunkan bagian belakang baju,
setelah itu lalu turunkan kembali kepalanya dengan hati-hati.
δ. Meregangkan bahagian tangan baju dan tahanlah dengan jari anda secara
perlahan, masukan tangan bayi. Lakukan hal yang sama untuk melakukan
tangan lainnya.
ε. Menarik baju ke bawah lalu tempatkan kedua kaki bayi pada lubang kaki baju
dan kancingkan butangnya.
1.2 Teknik memakaikan pakaian kanak-kanak tatih
a. Meletakkan sedikit bedak dan sedikit losyen merata pada bahagian badan
kanak-kanak. Pastikan kanak-kanak menggunakan barangan peribadi mereka
sendiri untuk menggelakkan masalah alahan.
b. Memakaikan baju kanak-kanak. Jika baju ’roundneck’ masukkan baju melalui
kepala kanak-kanak dan masukkan pula bahagian lengan baju berkaitan ke
kedua-dua belah tangan kanak-kanak. Kemaskan pakaian kanak-kanak.
c. Jika kanak-kanak memakai baju berbutang, pastikan butang baju dipakai betul
dan kemas.
d. Seterusnya pakaikan seluar dengan memasukkan bahagian kaki seluar setiap
belah ke bahagian kiri dan kanan kaki kanak-kanak. Kemaskan.
e. Sesekali pengasuh boleh memberi kanak-kanak tatih ini untuk mencuba
memakai pakaian mereka sendiri.
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 11
Dari / of : 12
Rajah 11: Memakaikan baju round neck kanak-kanak tatih
1.3 Teknik memakaikan pakaian kanak-kanak 3-4 tahun
ι. Menunjukkan dan bimbing cara pakai baju dan seluar yang betul kepada
kanak-kanak 3 – 4 tahun ini.
ιι. Membiarkan kanak-kanak mencuba pakai baju atau seluar sendiri. Pengasuh
boleh membantu membetulkan cara pemakaian mereka sekiranya salah.
ιιι. Memberi peluang kanak-kanak mencuba membutangkan baju mereka sendiri.
ιϖ. Mengajar mereka memasukkan baju melalui bahagian yang betul
ϖ. Memberi peluang kanak-kanak 3 -4 tahun membubuh bedak dan losyen
AKADEMI ERA GEMILANG
NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5)
Mukasurat / Page : 12
Dari / of : 12
SOALAN / QUESTIONS :
1. Berikan 2 jenis lampin
2. Apakah kebaikan membedung bayi?
RUJUKAN / REFERENCES :
1. www. http://seribestari.blogspot.com/2010/03/Akta osha
2. http://anizyn.blogspot.com/2012/03/tip-dan-panduan-keselamatan-di-
bilik.html#ixzz3TJQatzHR
3. http://riangriabadansihat.blogspot.com/2012/11/keselamatan-kanak-kanak.html
4. http://www.infosihat.gov.my,Jenis-jenis Penyakit,22 February 2015,14 :25 pm
5. Nor Azura Ismail, ebook SOP pengendalian kanak-kanak di Taska, 2017.
AKADEMI ERA GEMILANG

More Related Content

What's hot

Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Fanera Jeffery
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
yhan law
 
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir kritis dan kreatifKemahiran berfikir kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
munnianwar
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
firo HAR
 
T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)
T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)
T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)
NadiaSaran1
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis Fakta
Akaryu
 

What's hot (20)

Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Teori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piagetTeori perkembangan kognitif jean piaget
Teori perkembangan kognitif jean piaget
 
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
Sebab sebab berlakunya kes penderaan kanak-kanak dalam masyarakat
 
Perkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanakPerkembangan kanak kanak
Perkembangan kanak kanak
 
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 TahunPerkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
Perkembangan Kognitif dan Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak 2 Hingga 3 Tahun
 
Pengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatifPengumpulan data kualitatif
Pengumpulan data kualitatif
 
Definisi kesihatan
Definisi kesihatanDefinisi kesihatan
Definisi kesihatan
 
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :DAktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
Aktiviti bagi kanak-kanak Kumpulan 0 hingga 6 bulan :D
 
Penglibatan keluarga
Penglibatan keluargaPenglibatan keluarga
Penglibatan keluarga
 
Tokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich FroebelTokoh Friedrich Froebel
Tokoh Friedrich Froebel
 
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir kritis dan kreatifKemahiran berfikir kritis dan kreatif
Kemahiran berfikir kritis dan kreatif
 
Peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori perkembangan yang berkaitan pere...
Peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori perkembangan yang berkaitan pere...Peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori perkembangan yang berkaitan pere...
Peringkat perkembangan kanak-kanak dan teori perkembangan yang berkaitan pere...
 
Frasa nama
Frasa namaFrasa nama
Frasa nama
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)
T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)
T2 kesihatan kanak kanak (2) (1)
 
Karangan Jenis Fakta
Karangan Jenis FaktaKarangan Jenis Fakta
Karangan Jenis Fakta
 

Similar to Baby grooming for early childhood and early education

Job sheet memandikan bayi
Job sheet memandikan bayiJob sheet memandikan bayi
Job sheet memandikan bayi
Egha Forevere
 
Tugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaianTugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaian
Nur Yati
 
Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Operator Warnet Vast Raha
 
Perawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptx
Perawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptxPerawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptx
Perawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptx
HanaNurulKhaeriyah2
 
Leaflet perawatan tali pusat Akper pemkab muna
Leaflet perawatan tali pusat Akper pemkab munaLeaflet perawatan tali pusat Akper pemkab muna
Leaflet perawatan tali pusat Akper pemkab muna
Operator Warnet Vast Raha
 
Program kesehatan terkait dlm peningkatan status kia
Program kesehatan terkait dlm peningkatan status kiaProgram kesehatan terkait dlm peningkatan status kia
Program kesehatan terkait dlm peningkatan status kia
zrago
 

Similar to Baby grooming for early childhood and early education (20)

Job sheet memandikan bayi
Job sheet memandikan bayiJob sheet memandikan bayi
Job sheet memandikan bayi
 
FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx
FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docxFULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx
FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx
 
Pengukuran antropometri
Pengukuran antropometriPengukuran antropometri
Pengukuran antropometri
 
Pengukuran antropometri AKPER PEMKAB MUNA
Pengukuran antropometri AKPER PEMKAB MUNA Pengukuran antropometri AKPER PEMKAB MUNA
Pengukuran antropometri AKPER PEMKAB MUNA
 
Tugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaianTugas komputer, cara memakai pakaian
Tugas komputer, cara memakai pakaian
 
Sop peri
Sop periSop peri
Sop peri
 
Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
Pengukuran antropometri AKBID PARAMATA KABUPATEN MUNA
 
Leaflet merlin
Leaflet merlinLeaflet merlin
Leaflet merlin
 
Pedoman praktikum 2 kdk 1
Pedoman praktikum 2 kdk 1Pedoman praktikum 2 kdk 1
Pedoman praktikum 2 kdk 1
 
Cheklist metode kangguru
Cheklist metode kangguruCheklist metode kangguru
Cheklist metode kangguru
 
Tutorial membuat masker kain
Tutorial membuat masker kainTutorial membuat masker kain
Tutorial membuat masker kain
 
TOTE BAG.pptx
TOTE BAG.pptxTOTE BAG.pptx
TOTE BAG.pptx
 
Perawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptx
Perawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptxPerawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptx
Perawatan Metode Kanguru (PMK)_.pptx
 
Leaflet prtw tali pusat AKPER PEMKAB MUNA
Leaflet prtw tali pusat AKPER PEMKAB MUNALeaflet prtw tali pusat AKPER PEMKAB MUNA
Leaflet prtw tali pusat AKPER PEMKAB MUNA
 
Leaflet perawatan tali pusat Akper pemkab muna
Leaflet perawatan tali pusat Akper pemkab munaLeaflet perawatan tali pusat Akper pemkab muna
Leaflet perawatan tali pusat Akper pemkab muna
 
Penatalaksanaan Retensio Plasenta
Penatalaksanaan Retensio PlasentaPenatalaksanaan Retensio Plasenta
Penatalaksanaan Retensio Plasenta
 
Pelaksanaan Asuhan Kebidanan Kala I, II, III dan IV
Pelaksanaan Asuhan Kebidanan Kala I, II, III dan IVPelaksanaan Asuhan Kebidanan Kala I, II, III dan IV
Pelaksanaan Asuhan Kebidanan Kala I, II, III dan IV
 
Program kesehatan terkait dlm peningkatan status kia
Program kesehatan terkait dlm peningkatan status kiaProgram kesehatan terkait dlm peningkatan status kia
Program kesehatan terkait dlm peningkatan status kia
 
Pertolongan Persalinan Sungsang
Pertolongan Persalinan SungsangPertolongan Persalinan Sungsang
Pertolongan Persalinan Sungsang
 
SOP HB0.docx
SOP HB0.docxSOP HB0.docx
SOP HB0.docx
 

Recently uploaded

AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
GilangNandiaputri1
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
luqmanhakimkhairudin
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
ErikaPutriJayantini
 

Recently uploaded (20)

PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptxAksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
Aksi Nyata profil pelajar pancasila.pptx
 
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa  PemrogramanMateri Bab 6 Algoritma dan bahasa  Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
RENCANA + Link2 MATERI Training _"SISTEM MANAJEMEN MUTU (ISO 9001_2015)".
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.pptPenyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
Penyuluhan DM Tipe II Kegiatan Prolanis.ppt
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
 
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptxLokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
Lokakarya tentang Kepemimpinan Sekolah 1.pptx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
Asimilasi Masyarakat Cina Dengan Orang Melayu di Kelantan (Cina Peranakan Kel...
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SDMateri Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
Materi Sistem Pernapasan Pada Manusia untuk kelas 5 SD
 
MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANGMESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
MESYUARAT KURIKULUM BIL 1/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI SERDANG
 
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
443016507-Sediaan-obat-PHYCOPHYTA-MYOPHYTA-dan-MYCOPHYTA-pptx.pptx
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 

Baby grooming for early childhood and early education

  • 1. ARAHAN/INSTRUCTION TAJUK/TITLE: DANDANAN BAYI DAN KANAK-KANAK TUJUAN/PURPOSE: Kertas Penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan mengenai barang peribadi bayi, barang persiapan diri bayi, kawasan persiapan bayi jenis-jenis lampin pakai buang, teknik lipatan lampin dan teknik memakaikan pakaian bayi dan kanak-kanak. KOD DAN NAMA PROGRAM/ PROGRAMME CODE & NAME CC-011-3 EARLY CHILDHOOD CARE AND EARLY EDUCATION TAHAP/ LEVEL L3 KOD PROGRAM, KOD DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI/ PROGRAMME CODE, COMPETENCY UNIT CODE AND TITLE CC-011-3:2012-C02 CHILD GROOMING NOMBOR AKTIVITI KERJA DAN PENYATAAN / WORK ACTIVITIES NUMBER AND STATEMENT 1. PREPARE BATHING AREA 2. PREPARE GROOMING MATERIALS 3. PREPARE WATER FOR BATHING 4. PERFORM BABY BATHING 5. PERFORM BABY MASSAGE 6. PERFORM TODDLER AND 3-4 YEARS OLD BATHING 7. PERFORM CHILD DRESSING AND GROOMING NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 1 Dari / of : 12 AKADEMI ERA GEMILANG 12-2, JALAN TASIK RAJA LUMU L SEKSYEN U4/L 40150 SHAH ALAM, SELANGOR KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET)
  • 2. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 2 Dari / of : 12 PENERANGAN / INFORMATION : Pengenalan Mempersiapkan bayi samada di rumah atau di taska sama sahaja yang membezakan cara pengendalian persiapan tersebut.Bagaimanapun persiapan bayi adalah perkara yang diketahui umum. 1. Barangan Peribadi Kanak-Kanak Rajah 1: Barang peribadi bayi / Kanak-kanak AKADEMI ERA GEMILANG Selimut Pakaian Kanak-Kanak Pakaian Bayi Bedak Ubat & Berus Gigi Minyak Bayi Tuala Sapu Tangan Sabun Tilam&Bantal Botol Susu Diaper Susu Formula Shampoo Sikat rambut Beg Pakaian
  • 3. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 3 Dari / of : 12 2. BARANGAN PERSIAPAN DIRI BAYI Bedak, losyen sikat bayi cermin Krim ruam lampin minyak bayi Tuala Rajah 2: Barangan dandanan bayi 3. KAWASAN PERSIAPAN BAYI Kawasan persiapan bayi mestilah: • Bersih • Selesa • Mempunyai rak@kabinet menyimpan barangan peribadi • Mempunyai rak penyimpanan beg • Mempunyai lapik@alas bayi • Teratur • Mudah mengambil barangan peribadi bayi AKADEMI ERA GEMILANG
  • 4. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 4 Dari / of : 12 • Berdekatan dengan ruang mandi bayi 4. JENIS–JENIS LAMPIN BAYI Terdapat 3 jenis lampin bayi iaitu lampin kain, lampin yang dijahit iaitu cloth diaper dan lampin pakai buang. Rajah 3: lampin daripada kain 4.1 Lampin daripada kain Lampin dibuat dari kain kapas dan bersaiz segiempat dan dilipat. Ianya amat menjimatkan dan sesuai untuk kulit bayi namun agak menyusahkan kerana terpaksa membasuh lampin yang banyak setiap hari. Rajah 4: Cloth diaper AKADEMI ERA GEMILANG
  • 5. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 5 Dari / of : 12 4.2 Cloth diaper • Sejenis lampin moden yang diperbuat daripada kain dan dijahit dengan kemas. Ia adalah dari bahan semulajadi. • Penggunaannya selamat daripada bahan kimia • Dapat membantu mengurangkan masalah ruam lampin pada bayi. Cloth diaper diperbuat daripada kain kapas yang merupakan jenis kain yang paling semulajadi untuk diletakkan pada kulit bayi. Selamat untuk kulit bayi yang sensitif. Tiada gel atau bahan kimia lain yang berbahaya. • Kesihatan bayi lebih terjamin kerana tidak terdedah kepada bahan kimia yang terkandung dalam lampin pakai buang. • Cara pemakaian: Masukkan insert dalam poket (untuk cloth diaper berpoket) dan pakaikan diaper tersebut pada bayi. 4.3 Lampin pakai buang Rajah 5: Lampin pakai buang Lampin pakai buang mudah digunakan dan tidak perlu dibasuh. Pemakainnya mudah dan menjimatkan masa. Namun, lampin sekali pakai mengandungi bahan kimia penyerap dan dibuang selepas digunakan. Oleh itu ia tidak sesuai untuk kulit yang sensitif. AKADEMI ERA GEMILANG
  • 6. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 6 Dari / of : 12 5. CARA LIPATAN LAMPIN .i Melipat dua kain supaya jadi bentuk segi empat tepat (rectangle) .ii Mengambil sehelai bahagian hujung atas .iii Bawa ke bahagian yang bertentangan, sekarang permukaan segi tiga menghadap hadapan. v.i Terbalikkan lampin supaya segitiga tadi menghadap ke lantai/ bawah. v. Lipat bersama hujung lampin dan additional layer ke arah tengah lampin. Rajah 6: Teknik lipatan lampin kain 6. TEKNIK MEMAKAI LAMPIN PAKAI BUANG i. Tanggalkan pita pelekat pada diaper. ii. Letakkan diaper di bawah punggung bayi dan tutup di bahagian atas bayi iii. Tampal dengan pelekat yang ada di kiri dan kanan diaper. AKADEMI ERA GEMILANG
  • 7. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 7 Dari / of : 12 7. TEKNIK MEMAKAIKAN PAKAIAN Memakaikan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak haruslah mengikut teknik tertentu untuk memudahkan bayi dan kanak-kanak dipakaikan pakaian mereka. Antara teknik yang akan diterangkan ialah teknik memakaikan pakaian bayi, kanak- kanak tatih dan kanak-kanak 3-4 tahun. 1.1 Teknik memakaikan pakaian bayi i. Membedung bayi Kebaikan Bedung Bayi: Membedung bayi bukan hanya bermanfaat untuk menghangatkan bayi namun juga mengurangi risiko terjadinya SIDS atau kematian mendadak pada bayi saat tidur. Bedung bayi dapat dilakukan dari semenjak anak lahir hingga mereka menggulingkan badannya. Perhatikan tidak semua bayi merasa nyaman dibedung. Jika bayi terus berontak ketika dibedung, pilihlah alternatif lain dengan memakaikan sleeping bag bayi, yang mempunyai fungsi yang sama dengan bedung. Pakaikan bayi baju yang sesuai dengan musim dan iklim di sekitarnya. Ketika cuaca panas, gunakan selimut yang nipis agar mereka tidak merasa kepanasan, sebaliknya jika cuaca dingin, pakaikan jumpsuit dan bedung / selimutkan. Pastikan bedungan anda tidak menutupi kepala, telinga, dan dagu, yang akan menghalangi pernafasan mereka. Rajah 7: Teknik membedung bayi Teknik membedung bayi: a. Membuat lipatan di salah satu hujung selimut. Tempatkan bayi di tengah-tengah lipatan dengan kepalanya di atas lipatan tersebut. AKADEMI ERA GEMILANG
  • 8. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 8 Dari / of : 12 b. Menarik sisi kiri selimut agar menutupi dada bayi, pastikan tangan kanannya dibungkus disamping tubuhnya. Kemudian angkat tangan kiri bayi dan sisipkan selimut di bawah tubuhnya. c. Mengmbil bahagian bawah selimut, tarik ke atas kemudian lipat hujungnya ke belakang atau sisipkan ke dalam lipatan pertama. Lalu tarik hujung selimut terakhir menutupi dada bayi, sehingga lengan kirinya disamping tubuhnya. d. Menarik selimut ke bawah punggung bayi sejauh mungkin. Ketika mengangkat bayi, jaga agar tetap nyaman terbungkus. ii. Teknik Memakaikan baju suit bayi Rajah 8: Memakaikan suit bayi a. Mengangkat bayi sambil sambil anda meletakkan sehelai sut yang bersih secara mendatar di atas alas. b. Bahagian hadapan sut menghala ke atas. c. Buka semua butang tekan pada sut. d. Baringkan bayi atas sut dengan lehernya berada pada leher sut. e. Kumpulkan sebelah bahagian kaki sut di dalam tangan anda untuk membuka bahagian kakinya. f. Perlahan-lahan masukkan sbelah kaki ke dalam. Tarik kaki pakaian itu ke atas. Lakukan yang sama pada kaki sebelah lagi. g. Tolak ibu jari dan jari jari sebelah kanan anda melalui satu lengan baju. AKADEMI ERA GEMILANG
  • 9. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 9 Dari / of : 12 Rajah 9: Memakaikan lengan baju h. Bermula dari hujung pergelangan tangan, kumpulkan kain lengan baju tersebut di dalam tangan anda. i. Regangkan bukaan selebar mungkin. j. Dengan menggunakan tangan yang sebelah lagi, pandu genggaman bayi ke dalam tangan anda yang pertama. k. Sambil memegang tangan bayi di antara ibu jari dan jari anda, lalukan lengan baju dengan perlahan dari tangan anda ke atas tangan bayi anda dan tarik lengan baju itu ke bahunya. l. Memasangkan semua butang tekan. Rajah 10: Memasang butang tekan iii. Teknik memakaikan seluar bayi a. Lelentangkan bayi. b. Meregangkan bahagian kaki baju dan tahanlah dengan jari anda secara perlahan, masukan kaki bayi. Lakukan hal yang sama untuk melakukan kaki seluar sebelah lagi AKADEMI ERA GEMILANG
  • 10. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 10 Dari / of : 12 c. Menarik kedua belah seluar ke atas bahagian punggung bayi d. Mengemaskan seluar. iv. Teknik memakaikan baju round neck α. Dengan menelentangkan bayi, renggangkan leher baju dengan kedua belah tangan kemudian dekatkan baju pada dagu bayi. β. Mengangkat bahagian belakang kepalanya dengan tangan kiri, lalu masukan kepalanya kelubang leher baju. χ. Menggunakan tangan kanan anda untuk menurunkan bagian belakang baju, setelah itu lalu turunkan kembali kepalanya dengan hati-hati. δ. Meregangkan bahagian tangan baju dan tahanlah dengan jari anda secara perlahan, masukan tangan bayi. Lakukan hal yang sama untuk melakukan tangan lainnya. ε. Menarik baju ke bawah lalu tempatkan kedua kaki bayi pada lubang kaki baju dan kancingkan butangnya. 1.2 Teknik memakaikan pakaian kanak-kanak tatih a. Meletakkan sedikit bedak dan sedikit losyen merata pada bahagian badan kanak-kanak. Pastikan kanak-kanak menggunakan barangan peribadi mereka sendiri untuk menggelakkan masalah alahan. b. Memakaikan baju kanak-kanak. Jika baju ’roundneck’ masukkan baju melalui kepala kanak-kanak dan masukkan pula bahagian lengan baju berkaitan ke kedua-dua belah tangan kanak-kanak. Kemaskan pakaian kanak-kanak. c. Jika kanak-kanak memakai baju berbutang, pastikan butang baju dipakai betul dan kemas. d. Seterusnya pakaikan seluar dengan memasukkan bahagian kaki seluar setiap belah ke bahagian kiri dan kanan kaki kanak-kanak. Kemaskan. e. Sesekali pengasuh boleh memberi kanak-kanak tatih ini untuk mencuba memakai pakaian mereka sendiri. AKADEMI ERA GEMILANG
  • 11. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 11 Dari / of : 12 Rajah 11: Memakaikan baju round neck kanak-kanak tatih 1.3 Teknik memakaikan pakaian kanak-kanak 3-4 tahun ι. Menunjukkan dan bimbing cara pakai baju dan seluar yang betul kepada kanak-kanak 3 – 4 tahun ini. ιι. Membiarkan kanak-kanak mencuba pakai baju atau seluar sendiri. Pengasuh boleh membantu membetulkan cara pemakaian mereka sekiranya salah. ιιι. Memberi peluang kanak-kanak mencuba membutangkan baju mereka sendiri. ιϖ. Mengajar mereka memasukkan baju melalui bahagian yang betul ϖ. Memberi peluang kanak-kanak 3 -4 tahun membubuh bedak dan losyen AKADEMI ERA GEMILANG
  • 12. NO. KOD / CODE NO. CC-011-3:2012-C02/P(4/5) Mukasurat / Page : 12 Dari / of : 12 SOALAN / QUESTIONS : 1. Berikan 2 jenis lampin 2. Apakah kebaikan membedung bayi? RUJUKAN / REFERENCES : 1. www. http://seribestari.blogspot.com/2010/03/Akta osha 2. http://anizyn.blogspot.com/2012/03/tip-dan-panduan-keselamatan-di- bilik.html#ixzz3TJQatzHR 3. http://riangriabadansihat.blogspot.com/2012/11/keselamatan-kanak-kanak.html 4. http://www.infosihat.gov.my,Jenis-jenis Penyakit,22 February 2015,14 :25 pm 5. Nor Azura Ismail, ebook SOP pengendalian kanak-kanak di Taska, 2017. AKADEMI ERA GEMILANG