SlideShare a Scribd company logo
1 of 43
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 4-8, BLOK E9
KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN
(INFORMATION SHEET)
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
PROGRAM CODE & NAME
TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA
TAHAP / LEVEL L1
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
TA-011-1:2012-C05 MATERNITY WEAR MAKING
1. IDENTIFY MATERNITY WEAR MAKING
REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS
2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR
MATERNITY WEAR MAKING
3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR MATERNITY
NO. DAN PENYATAAN WEAR MAKING
AKTIVITI KERJA / 4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR
WORK ACTIVITIES NO. MATERNITY WEAR MAKING
AND STATEMENT 5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR
MATERNITY WEAR MAKING
6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR MATERNITY
WEAR MAKING
7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR MATERNITY
WEAR MAKING
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 41
TAJUK/TITLE:
PENGHASILAN PAKAIAN IBU MENGANDUNG
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang
pengenalan, jenis dan rekaan pakaian ibu mengandung. Murid juga akan mengetahui
tentang jenis bentuk badan, prosedur untuk menghasilkan pakaian ibu mengandung dan
fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian ibu mengandung serta langkah
keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa berada di bengkel.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 2 Drp / Of
41
PENERANGAN / INFORMATION :
1. SPESIFIKASI PAKAIAN IBU MENGANDUNG
Pakaian ibu mengandung merupakan pakaian yang dipakai oleh ibu mengandung sebagai
satu adaptasi kepada perubahan yang berlaku ke atas saiz tubuh semasa tempoh
kehamilan. Ia direka khas untuk ibu mengandung dengan mengambil kira stail yang
mempunyai penghilang gelembung di bahagian hadapan badan. Secara amnya, stail
pakaian ibu mengandung ini adalah longgar terutama pada bahagian perut untuk
keselesaan.
i) Jenis Pakaian Ibu mengandung
Pakaian Ibu mengandung
Seluar Ibu Mengandung
Maxi Longgar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 3 Drp / Of
41
Terdapat dua jenis pakaian ibu mengandung iaitu:
i. MAXI LONGGAR
Maxi longgar merupakan pakaian yang sesuai dipakai oleh ibu mengandung
semasa mengandung kerana stailnya yang ringkas dan boleh dipadankan dengan
skirt labuh, seluar ibu mengandung atau memakai maxi longgar sahaja yang
mempunyai labuh yang sesuai mengikut keselesaan si pemakai.
Maxi longgar ini perlu labuh di bahagian hadapan untuk memberi ruangkepada
bahagian perut yang semakin membesar mengikut usia kehamilan. Penghilang
gelembung yang sesuai untuk maxi longgar ialah:
 kedut lepas
 lisu bertentang
 lisu beriring
 lisu terbalik
ii. SELUAR IBU MENGANDUNG
Seluar ibu mengandung merupakan pakaian yang sesuai dipakai oleh ibu
mengandung yang inginkan pakaian yang selesa dan pada masa yang sama masih
kelihatan cantik. Seluar ibu mengandung biasanya berpinggang rendah dalam saiz
besar ataupun skirt dengan ikatan pinggang bergetah.
Seluar ibu mengandung ini mempunyai ikatan pinggang bergetah kekal atau
boleh diubahsuai mengikut keselesaan, mempunyai yoke di bahagian atas seluar
untuk menyokong bahagian perut ibu mengandung.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 4 Drp / Of
41
Mempunyai
lisu beriring di
garisan bahu
Kelepet di
hujung maxi
longgar
CIRI-CIRI
MAXI
LONGGAR
Lengan
gelembung
dan
mempunyai
lapik di hujung
lengan
Lisu terbalik di
bahagian
hadapan
badan
Kolar simpul
hias
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 5 Drp / Of
41
Rajah 1: Maxi Longgar Ibu mengandung
kelepet
Lisu terbalik
Hujung lengan
berlapik
Lengan gelembung
Lisu beriring
Kolar simpul hias
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 6 Drp / Of
41
Longgar
Mempunyai
kelepet di hujung
seluar
CIRI-CIRI
SELUAR IBU
MENGANDUNG
Mempunyai
ikatan pinggang
bergetah di
sekeliling
pinggang
Labuh seluar
adalah panjang
Mempunyai
bahagian seluar
mendatang
(yoke) di
bahagian atas
seluar
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 7 Drp / Of
41
Rajah 2: Seluar Ibu Mengandung
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 8 Drp / Of
41
b) REKAAN PAKAIAN IBU MENGANDUNG
i) JENIS KOCEK
 Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.
 Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin
dua kali.
 Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di
dalamnya daripada terjatuh.
Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu Bibir
ii) JENIS LENGAN
 Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.
 Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan
jenis pakaian.
 Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan
mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.
 Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 9 Drp / Of
41
JENIS-JENIS LENGAN:
A. Lengan kimono asas
B. Lengan Padanan
Rata
C. Lengan gelembung
D. Lengan kembang
payung
E. Lengan Slit
F. Lengan Peasant
G. Lengan Raglan
H. Lengan Dolman
I. Lengan Kemeja
J. Lengan Bishop
K. Lengan Balon
L. Lengan Loceng
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 10 Drp / Of
41
iii) JENIS KOLAR
 Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan
rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.
 Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar boleh
didapati dalam berbagai jenis dan bentuk.
Kolar Rever Kolar simpul Hias Kolar Jabot Kolar Kelasi
Kolar Dog Ear Kolar Selendang Kolar Peter Pan Kolar Luru
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 11 Drp / Of
41
iv. JENIS FABRIK
Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian ibu mengandung boleh diklasifikasikan
kepada dua jenis gentian iaitu:
NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI
GENTIAN
ASLI
Kapas (Cotton)
 Teguh dalam keadaan basah atau
kering.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan tindakan asid lemah dan alkali.
 Merupakan pengalir haba yang baik.
 Tahan cahaya matahari.
 Licin, sejuk dan selesa dipakai.
 Mudah renyuk.
 Tahan pada suhu yang tinggi.
 Mudah bertahi lalat jika tidak
dikeringkan dengan sempurna.
 Mudah mengecut jika tidak diberi
kemasan yang sempurna.
Spandex
Lycra
Poliester
Sutera
Linen
Kapas
(Cotton)
Gentian
Buatan
Gentian
Asli
GENTIAN
FABRIK
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 12 Drp / Of
41
NAMA FABRIK CONTOH FABRIK  CIRI-CIRI
Linen
 Tahan lasak dan lebih teguh daripada
kapas.
 Merupakan pengalir haba yang baik.
 Tahan pada cahaya matahari.
 Tahan tindakan asid lemah dan alkali.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Tahan pada suhu tinggi.
 Mudah renyuk dan berbulu.
 Sejuk dan selesa apabila dipakai
dalam cuaca panas.
 Mudah bertahi lalat apabila tidak
dikeringkan dengan sempurna.
 Mempunyai permukaan yang berkilat.
Sutera
 Teguh ketika kering, kukuh semasa
basah.
 Penyerap lembapan yang baik.
 Amat sensitif dengan suhu tinggi.
 Merupakan pengalir haba yang baik.
 Tidak tahan pada cahaya matahari.
 Mudah renyuk.
 Mudah rosak oleh alkali atau asid.
GENTIAN
BUATAN
Poliester
 Gentian yang kukuh walaupun
basah.
 Gentian yang berat adalah kenyal
dan tidak mudah renyuk.
 Menyerap sedikit lembapan
 Mudah mengalami elektrostatik.
 penebat haba dan ini menyebabkan
gentian ini panas apabila dipakai.
 Tahan dengan dedahan cahaya
matahari
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 13 Drp / Of
41
Lycra
 Bersifat kenyal dan boleh meregang
4-7 kali ganda
 Fabrik melekat pada tubuh si
pemakai
 Menyerap peluh
 Anti parasit, anti fungus dan
sebagainya
 Tahan lama dan tahan haba panas
 Penyerap air yang baik
 Ketahanan lipatan (tidak mudah
renyuk)
Spandex
 Lembut
 Mudah menyerap peluh
 Tidak mudah renyuk
 Ringan, lembut dan sejuk apabila
dipakai
 Elastik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 14 Drp / Of
41
3. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN IBU MENGANDUNG
Untuk menghasilkan sehelai pakaian ibu mengandung yang lengkap, murid hendaklah
mengikut urutan kerja penghasilan pakaian ibu mengandung seperti yang berikut:
7. Acu pakai
6. Membuat kemasan
5. Menjahit pakaian ibu
mengandung
4. Menggunting fabrik
3. Mendraf pola
2. Mengambil ukuran badan
1. Membuat lakaran
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 15 Drp / Of
41
Pembaris
Sesiku
Pembaris
Lurus
Pembaris
Lengkung
3.1 MENGAMBIL UKURAN BADAN
Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk
menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf
mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola yang
telah didraf.
i. ALATAN MENGUKUR
Pita Ukur
Buku
Catatan
ALATAN
MENGUKUR
Pen/ Pensel
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 16 Drp / Of
41
Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm
 Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
memeri atau mengecut
 Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
mempunyai logam
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mengukur bahagian badan
2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mendapatkan sudut yang
tepat 90˚ pada pola
3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak
yang panjang
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
5. Pen atau pensel  Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur
6. Buku Catatan / Borang
Ukuran Badan Pelanggan
 Untuk merekod ukuran badan pelanggan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 17 Drp / Of
41
ii. MENGAMBIL UKURAN BADAN
Memakai pakaian yang
ringkas atau nipis
untuk mengelakkan
ukuran tidak tepat
Tidak mengikat pita
ukur terlalu ketat
Ikatkan pita atau tali di
keliling pinggang untuk
menanda garisan
pinggang
iii. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN
Pakai kasut yang sesuai
Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar
Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran
Berdiri tegak semasa mengambil ukuran
badan
Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 18 Drp / Of
41
iv. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR
MASALAH CARA MENGATASI
1. Pelanggan memakai pakaian
yang tebal dan besar.
Pastikan pelanggan memakai pakaian
yang nipis dan sesuai.
2. Ukuran pada pita ukur tidak
jelas atau terang.
Gunakan pita ukur yang baik dan tidak
rosak.
3. Pelanggan bergerak atau tunduk
semasa ukuran labuh baju atau
labuh lengan
dilakukan.
Pelanggan perlu berdiri tegak semasa
proses mengambil ukuran badan
dijalankan.
4. Terlupa mencatat ukuran yang
telah diambil.
Pastikan ukuran badan dicatat dengan
betul.
v. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN
i. Bahu
 Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri
melalui tengkuk
ii. Keliling leher
 Ukur kelilling pangkal leher
 Masukkan satu jari untuk kelonggaran
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 19 Drp / Of
41
iii. Keliling dada
 Ukur keliling dada dengan melalukan pita
ukur di bahagian mercu dada
 Masukkan dua jari untuk kelonggaran.
 Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian
belakang selari dengan lantai.
iv. Keliling pinggang
 Ukur keliling pinggang dengan melalukan
pita ukur di bahagian paling ramping.
 Tidak perlu masukkan jari / tiada
kelonggaran
v. Keliling pinggul
 Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian
yang penuh
 Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran.
vi. Labuh tengah
belakang
 ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras
pinggang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 20 Drp / Of
41
vii. Jarak pinggang ke pinggul
 Ukur dari paras pinggang ke paras punggung
 Biasanya antara 20 – 22 cm
viii. Labuh baju
 Ukur dari tengkuk melalui garis tengah
belakang hingga ke paras labuh yang
dikehendaki
ix. Mercu ke mercu
 Ukur dari bahagian dada yang paling tinggi di
sebelah kanan ke bahagian dada yang paling
tinggi di sebelah kiri
x. Bahu ke mercu
 Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada
yang paling tinggi
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 21 Drp / Of
41
xi. Labuh lengan
 Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke
pergelangan tangan dan ukur mengikut labuh
/ panjang yang dikehendaki
xii. Keliling hujung
lengan
 Ukur keliling pergelangan tangan
xiii. Labuh skirt / slek
 Ukur dari pinggang hingga ke paras labuh
yang dikehendaki
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 22 Drp / Of
41
vi. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN
BORANG TEMPAHAN PELANGGAN
Nama Pelanggan: No. Resit:
No. Tel.: Tarikh:
UKURAN LAKARAN PAKAIAN
BIL BAHAGIAN
UKURAN
(cm)
1 Leher
2 Bahu
3 Labuh Lengan
4
Keliling Hujung
Lengan
5
Keliling Pangkal
Lengan
6 Bahu ke mercu
7 Mercu ke mercu
8 Keliling dada
9
Keliling
pinggang
10 Keliling pinggul
11
Labuh tengah
belakang
12 Labuh baju
13
Labuh
sarong/skirt/slek
14
Bidang
hadapan
15
Bidang
belakang
16
Jarak pinggang
ke pinggul
17
Keliling hujung
kaki
18 Keliling lutut
19 Keliling peha
20 Kelengkang
21 Labuh duduk
Bayaran:
Tarikh Siap :
Jumlah : RM
Deposit : RM
Baki : RM
Lekatkan contoh fabrik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 23 Drp / Of
41
Pembaris
Lengkung
Pembaris
Sesiku
3.2MENDRAF POLA
i) ALATAN MENDRAF
Kertas Perang
Notcher Pita Ukur
ALATAN
MENDRAF
Pembaris
Lurus
French Curves
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 24 Drp / Of
41
ii. Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut:
BIL NAMA ALATAN FUNGSI
1. Kertas perang  Digunakan untuk mendraf pola pakaian
Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm
 Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak
memeri atau mengecut
 Di hujung dan pangkalnya berlubang dan
mempunyai logam
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mengukur ukuran badan
2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat
90˚ pada pola
3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
 Membantu membentuk pola seperti pinggang,
rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola
4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak yang
panjang
 Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci
 Diperbuat daripada kayu atau plastik
5. Notcher  Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’
untuk tanda imbangan di pola.
6. French Curves  Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang
pendek seperti leher dan lubang lengan.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 25 Drp / Of
41
iii. Peraturan mendraf pola
a) Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih.
b) Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih.
o Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas.
o Gunakan ukuran yang telah dicatat.
o Kertas mendraf bersih dan rata.
o Pensel mendraf tajam dan mencukupi.
o Draf pola dengan tenang.
o Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 26 Drp / Of
41
iv. Tanda-tanda pola
Nama Simbol Keterangan
Ira lurus Tanda ini di letak mengikut ira lurus
selari dengan tepi fabrik.
Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada
lipatan fabrik.
Tanda imbang Tanda ini memberi panduan
apabila mencantum kepingan fabrik
sebelum kepingan tersebut dijahit.
Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada
garis ini apabila kerja mencantum dilakukan.
Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini.
Basi kelim
basi kelim
Ruang di antara garis menggunting dan
garis pemadan yang berjarak 15mm hingga
20mm.
Lisu pemadan Kedudukan lisu pemadan
GTH G
T
H
Garis Tengah
Hadapan
GTB
G
T
B
Garis Tengah
Belakang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 27 Drp / Of
41
v. POLA PAKAIAN IBU MENGANDUNG.
Badan Belakang Badan Hadapan
Pola Lengan
Pola Maxi Longgar Ibu Mengandung
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 28 Drp / Of
41
Pola Seluar Hadapan Pola Seluar Belakang
Pola Pinggang Mendatang
Pola Seluar Ibu Mengandung
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 29 Drp / Of
41
a. ALATAN MENANDA
Kertas
Karbon
Tukang Jahit
Pensel
tukang jahit
Roda Surih
ALATAN
MENANDA
Jarum Peniti Kapur
Tukang Jahit
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 30 Drp / Of
41
3.3 MENGGUNTING FABRIK
Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan
baik untuk menjimatkan fabrik dan masa.
3.3.1 Peraturan menyusun atur pola :
i. Ratakan pola yang berkedut.
ii. Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label
pola.
iii. Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata.
iv. Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada
lipatan fabrik.
v. Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
vi. Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan
kepingan polakecil.
vii. Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah
atas.
viii. Susun pola sehala pada fabrik corak sehala.
ix. Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim
3.3.2 Peralatan Menggunting
Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 31 Drp / Of
41
3.3.3Teknik Menggunting Fabrik
Semasa menggunting fabrik,
 Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata
 Gunakan gunting fabrik yang tajam
 Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola
 Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus
 Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting bahagian
kecil dan melengkung.
 Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa
menggunting fabrik.
 Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.
 Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda
imbang.
 Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.
 Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan
mencantum kepingan bahagian pakaian.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 32 Drp / Of
41
3.3.4Teknik Menanda Fabrik
Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam
(SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa
menjahit pakaian.
Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik
 Roda surih dan kertas karbon tukang jahit
o tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang.
o Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik.
o Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa
menanda untukmengelakkan kerosakan pada
permukaan meja.
o Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik.
o Gunakan pembaris sebagai panduan apabila
memindahkan tanda garislurus.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 33 Drp / Of
41
 Kapur Tukang Jahit
3.3.4..1 teknik menanda yang cepat
 Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.
 Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola
dipindahkan dengan tepat dan jelas.
 Jelujur tanda dan jelujur
Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh
o sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu.
o menggunakan dua lembar benang.
o mengambil masa yang lama.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 34 Drp / Of
41
3.4MENJAHIT PAKAIAN
Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah
menjahit pakaian.
a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada:
1. Penghilangan gelembung
2. Kelim
3. Belah
Contoh
Penghilangan
Gelembung
Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking
Contoh
Kelim
Kelim Belah
Kangkung
Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan
Mesin
Contoh
Belah
Belah Kelepet
Sama Lebar
Belah Berzip Belah Lapik
Kain Selari
Belah Slit
Berlapik
Belah Berkun
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 35 Drp / Of
41
4. Kocek
5. Penyudah tepi
6. Kancing
Contoh
Kocek
Kocek Tampal
Kocek
Tersembunyi Kocek Berkun Kocek Sisi
Contoh
Penyudah
Kelepet Kun Lapik Kesing Penjuru
Penyudah
Renda
Kelepet
Lurus
Kelepet
Melengkung
Contoh
Kancing
Butang & Lubang
Butang
Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 36 Drp / Of
41
b. Proses menjahit maxi longgar
a) Jahit kemas tepi semua panel fabrik ibu mengandung
b) Menyediakan belah dan jahit lisu terbalik pada badan hadapan maxi
c) Jahit lisu setentang pada badan hadapan dan badan belakang maxi
d) Cantum bahu badan hadapan dan badan belakang kiri dan kanan
e) Menyedia, mencantum dan menjahit kolar simpul hias
f) Menyediakan lengan dan hujung lengan berlapik dan jahit
g) Menyediakan lengan gelembung dan mencantum lengan ke lubang
lengan badan maxi
h) Jahit kelim rusuk
i) Mengemas kelepet di hujung maxi longgar
c. Proses menjahit seluar ibu mengandung
a) Jahit jelujur bahagian bawah seluar mendatang.
b) Seratakan kedutan fabrik.
c) Cantum bahagian seluar hadapan dan seluar belakang.
d) Cantum bahagian kelengkang hadapan dan belakang.
e) Cantum bahagian seluar hadapan dan bahagian seluar mendatang.
f) Cantum bahagian seluar hadapan dan seluar bahagian belakang.
g) Jahit ikatan pinggang.
h) Sediakan pita elastik.
i) Pastikan hanya fabrik yang membalut pita elastik sahaja dijahit.
j) Seratakan kedutan pada ikatan pinggang.
k) Jahit mesin SL bahagian tengah ikatan pinggang pita elastik.
l) Mengemas bahagian bawah kelepet bawah seluar.
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 37 Drp / Of
41
iv) Peralatan Menjahit
Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan)
Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung
Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 38 Drp / Of
41
Penetas jahitan Kapur tukang jahit
Snipper Tweezer
Jarum peniti Pita ukur
Benang Gunting fabrik
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 39 Drp / Of
41
v) Persediaan menjahit
a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik
b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik
c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik
vi)Kemasan tepi
Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting hendaklah
dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya tidak berjerumbai.
vii) Teknik Menekan
Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila menjahit
pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan profesional.
Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit dan memberi
bentuk yang elok pada pakaian.
a) Peralatan Menekan
Seterika wap Seterika Elektrik
Bod Menekan Bod Lengan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 40 Drp / Of
41
b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:
 Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih
 Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur
 Uji kepanasan seterika sebelum menekan
 Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak
kelihatan dari SL
 Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik
beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan bahagian
yang lain.
3.5 ACU PAKAIAN IBU MENGANDUNG
13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat:
a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan)
b) Menjalankan proses mengaku pakaian ibu mengandung pada badan dengan teliti
c) Semasa proses mengacu, pastikan:
 Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB
 Kedudukan terletak dengan elok pada badan
NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1)
Muka Surat / Page : 41 Drp / Of
41
SOALAN / QUESTIONS:
1. Nyatakan dua (2) jenis pakaian ibu mengandung.
a.
b.
2. Berikan dua (2) ciri pakaian maxi longgar.
a.
b.
3. Apakah fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian ibu mengandung?
4. Nyatakan satu (1) langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada di
bengkel jahitan.
RUJUKAN / REFERENCES:
1. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd Jan.
(2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka
2. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya Bestari Sdn.
Bhd.
3. Helen Joseph-Armstrong. (2000).Third Edition: Patternmaking for Fashion Design.
Prentice Hall.
4. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian Tingkatan
4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx

More Related Content

What's hot

5 penilaian prestasi
5 penilaian prestasi 5 penilaian prestasi
5 penilaian prestasi
Sidiq Mohamad
 
Report jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasualReport jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasual
Zulkifli Hamzah
 
Slaide cara2 mengukur badan
Slaide cara2 mengukur badanSlaide cara2 mengukur badan
Slaide cara2 mengukur badan
asilahhussin
 
Nota baju kurung online 2020
Nota baju kurung online 2020Nota baju kurung online 2020
Nota baju kurung online 2020
NorazuraIsa
 
Modul 1 pakaian kasual
Modul 1 pakaian kasualModul 1 pakaian kasual
Modul 1 pakaian kasual
norisma1992
 

What's hot (20)

KEMAHIRAN HIDUP T2 - JENIS-JENIS LENGAN
KEMAHIRAN HIDUP T2 - JENIS-JENIS LENGANKEMAHIRAN HIDUP T2 - JENIS-JENIS LENGAN
KEMAHIRAN HIDUP T2 - JENIS-JENIS LENGAN
 
Lisu Pemadan
Lisu PemadanLisu Pemadan
Lisu Pemadan
 
Kos pakaian
Kos pakaianKos pakaian
Kos pakaian
 
Pengubahsuaian pola pakaian (1)
Pengubahsuaian pola pakaian  (1)Pengubahsuaian pola pakaian  (1)
Pengubahsuaian pola pakaian (1)
 
5 penilaian prestasi
5 penilaian prestasi 5 penilaian prestasi
5 penilaian prestasi
 
Easy pola book
Easy pola bookEasy pola book
Easy pola book
 
Report jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasualReport jahit blaus kasual
Report jahit blaus kasual
 
Slaide cara2 mengukur badan
Slaide cara2 mengukur badanSlaide cara2 mengukur badan
Slaide cara2 mengukur badan
 
Latihan model fungsi
Latihan model fungsiLatihan model fungsi
Latihan model fungsi
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Nota baju kurung online 2020
Nota baju kurung online 2020Nota baju kurung online 2020
Nota baju kurung online 2020
 
NOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN
NOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADANNOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN
NOTA CARA MENGAMBIL UKURAN BADAN
 
kesan larutan hipertonik
kesan larutan hipertonikkesan larutan hipertonik
kesan larutan hipertonik
 
POLA LENGAN GELEMBUNG
POLA LENGAN GELEMBUNGPOLA LENGAN GELEMBUNG
POLA LENGAN GELEMBUNG
 
Gaun mengandung
Gaun mengandungGaun mengandung
Gaun mengandung
 
Dokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docx
Dokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docxDokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docx
Dokumen inovasi Ezy Flat Sketch.docx
 
konsep dan teori elemen senireka
konsep dan teori elemen senirekakonsep dan teori elemen senireka
konsep dan teori elemen senireka
 
Inersia
InersiaInersia
Inersia
 
Peperiksaan Amali Berpusat Sains (Fizik) SPM 2015
Peperiksaan Amali Berpusat Sains (Fizik) SPM 2015Peperiksaan Amali Berpusat Sains (Fizik) SPM 2015
Peperiksaan Amali Berpusat Sains (Fizik) SPM 2015
 
Modul 1 pakaian kasual
Modul 1 pakaian kasualModul 1 pakaian kasual
Modul 1 pakaian kasual
 

Similar to FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx

0602131044 skl tatabusana
0602131044 skl tatabusana0602131044 skl tatabusana
0602131044 skl tatabusana
nafa9b
 
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Huda Al-faqir
 
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Huda Al-faqir
 
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Huda Al-faqir
 
Isi identifikasi risiko rahmat laundry
Isi identifikasi risiko rahmat laundryIsi identifikasi risiko rahmat laundry
Isi identifikasi risiko rahmat laundry
Pusri Indariyah
 
PRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLL
PRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLLPRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLL
PRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLL
ahmad_hs
 

Similar to FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx (20)

Baby grooming for early childhood and early education
Baby grooming for early childhood and early educationBaby grooming for early childhood and early education
Baby grooming for early childhood and early education
 
TOTE BAG.pptx
TOTE BAG.pptxTOTE BAG.pptx
TOTE BAG.pptx
 
0602131044 skl tatabusana
0602131044 skl tatabusana0602131044 skl tatabusana
0602131044 skl tatabusana
 
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
 
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
 
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
Pkm k (usaha kerajinan tangan dengan memanfaatkan pakaian bekas sebagai bahan...
 
Tajuk 3 - kelim
Tajuk 3  -  kelimTajuk 3  -  kelim
Tajuk 3 - kelim
 
tajuk 3. Kelim
tajuk 3. Kelimtajuk 3. Kelim
tajuk 3. Kelim
 
Isi identifikasi risiko rahmat laundry
Isi identifikasi risiko rahmat laundryIsi identifikasi risiko rahmat laundry
Isi identifikasi risiko rahmat laundry
 
Proposal usaha-pmw-2010-ok
Proposal usaha-pmw-2010-okProposal usaha-pmw-2010-ok
Proposal usaha-pmw-2010-ok
 
Statistika Korelasi dan Regresi
Statistika Korelasi dan RegresiStatistika Korelasi dan Regresi
Statistika Korelasi dan Regresi
 
rekod kerja jahitan
rekod kerja jahitanrekod kerja jahitan
rekod kerja jahitan
 
2. pressing
2. pressing2. pressing
2. pressing
 
Kajian fabrik
Kajian fabrikKajian fabrik
Kajian fabrik
 
Penghasilan baju kedah
Penghasilan baju kedahPenghasilan baju kedah
Penghasilan baju kedah
 
PRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLL
PRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLLPRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLL
PRODUKSI DAN JASA PEMBUATAN BAJU,KAOS,JAKET,JERSEY DLL
 
Business Plan.pptx
Business Plan.pptxBusiness Plan.pptx
Business Plan.pptx
 
Memeliharaalat
MemeliharaalatMemeliharaalat
Memeliharaalat
 
Perawatan_kolostomi.docx
Perawatan_kolostomi.docxPerawatan_kolostomi.docx
Perawatan_kolostomi.docx
 
Presentasi.pptx
Presentasi.pptxPresentasi.pptx
Presentasi.pptx
 

FULL C05 PAKAIAN IBU MENGANDUNG docx.docx

  • 1.
  • 2. BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 4-8, BLOK E9 KOMPLEKS KERAJAAN PARCEL E 62604 PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN (INFORMATION SHEET) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME TA-011-1:2012 PEMBUATAN PAKAIAN WANITA TAHAP / LEVEL L1 NO DAN TAJUK UNIT KOMPETENSI / COMPETENCY UNIT NO. AND TITLE TA-011-1:2012-C05 MATERNITY WEAR MAKING 1. IDENTIFY MATERNITY WEAR MAKING REQUIREMENTS AND SPECIFICATIONS 2. CARRY OUT BODY MEASUREMENT ACTIVITIES FOR MATERNITY WEAR MAKING 3. CARRY OUT DRAFTING ACTIVITIES FOR MATERNITY NO. DAN PENYATAAN WEAR MAKING AKTIVITI KERJA / 4. CARRY OUT FABRIC CUTTING ACTIVITIES FOR WORK ACTIVITIES NO. MATERNITY WEAR MAKING AND STATEMENT 5. CARRY OUT SEWING ACTIVITIES FOR MATERNITY WEAR MAKING 6. CARRY OUT FITTING ACTIVITIES FOR MATERNITY WEAR MAKING 7. CARRY OUT FINISHING ACTIVITIES FOR MATERNITY WEAR MAKING NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 1 Drp / Of 41 TAJUK/TITLE: PENGHASILAN PAKAIAN IBU MENGANDUNG TUJUAN / PURPOSE: Kertas Penerangan ini bertujuan untuk memberi pengetahuan kepada murid tentang pengenalan, jenis dan rekaan pakaian ibu mengandung. Murid juga akan mengetahui tentang jenis bentuk badan, prosedur untuk menghasilkan pakaian ibu mengandung dan fabrik yang sesuai digunakan untuk menghasilkan pakaian ibu mengandung serta langkah keselamatan yang perlu dititikberatkan semasa berada di bengkel.
  • 3. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 2 Drp / Of 41 PENERANGAN / INFORMATION : 1. SPESIFIKASI PAKAIAN IBU MENGANDUNG Pakaian ibu mengandung merupakan pakaian yang dipakai oleh ibu mengandung sebagai satu adaptasi kepada perubahan yang berlaku ke atas saiz tubuh semasa tempoh kehamilan. Ia direka khas untuk ibu mengandung dengan mengambil kira stail yang mempunyai penghilang gelembung di bahagian hadapan badan. Secara amnya, stail pakaian ibu mengandung ini adalah longgar terutama pada bahagian perut untuk keselesaan. i) Jenis Pakaian Ibu mengandung Pakaian Ibu mengandung Seluar Ibu Mengandung Maxi Longgar
  • 4. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 3 Drp / Of 41 Terdapat dua jenis pakaian ibu mengandung iaitu: i. MAXI LONGGAR Maxi longgar merupakan pakaian yang sesuai dipakai oleh ibu mengandung semasa mengandung kerana stailnya yang ringkas dan boleh dipadankan dengan skirt labuh, seluar ibu mengandung atau memakai maxi longgar sahaja yang mempunyai labuh yang sesuai mengikut keselesaan si pemakai. Maxi longgar ini perlu labuh di bahagian hadapan untuk memberi ruangkepada bahagian perut yang semakin membesar mengikut usia kehamilan. Penghilang gelembung yang sesuai untuk maxi longgar ialah:  kedut lepas  lisu bertentang  lisu beriring  lisu terbalik ii. SELUAR IBU MENGANDUNG Seluar ibu mengandung merupakan pakaian yang sesuai dipakai oleh ibu mengandung yang inginkan pakaian yang selesa dan pada masa yang sama masih kelihatan cantik. Seluar ibu mengandung biasanya berpinggang rendah dalam saiz besar ataupun skirt dengan ikatan pinggang bergetah. Seluar ibu mengandung ini mempunyai ikatan pinggang bergetah kekal atau boleh diubahsuai mengikut keselesaan, mempunyai yoke di bahagian atas seluar untuk menyokong bahagian perut ibu mengandung.
  • 5. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 4 Drp / Of 41 Mempunyai lisu beriring di garisan bahu Kelepet di hujung maxi longgar CIRI-CIRI MAXI LONGGAR Lengan gelembung dan mempunyai lapik di hujung lengan Lisu terbalik di bahagian hadapan badan Kolar simpul hias
  • 6. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 5 Drp / Of 41 Rajah 1: Maxi Longgar Ibu mengandung kelepet Lisu terbalik Hujung lengan berlapik Lengan gelembung Lisu beriring Kolar simpul hias
  • 7. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 6 Drp / Of 41 Longgar Mempunyai kelepet di hujung seluar CIRI-CIRI SELUAR IBU MENGANDUNG Mempunyai ikatan pinggang bergetah di sekeliling pinggang Labuh seluar adalah panjang Mempunyai bahagian seluar mendatang (yoke) di bahagian atas seluar
  • 8. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 7 Drp / Of 41 Rajah 2: Seluar Ibu Mengandung
  • 9. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 8 Drp / Of 41 b) REKAAN PAKAIAN IBU MENGANDUNG i) JENIS KOCEK  Kocek mestilah dilekatkan di tempat yang sesuai dan selesa kepada si pemakai.  Ia mesti dijahit dengan cermat, rata dan dikukuhkan di atas dengan jahitan mesin dua kali.  Kocek yang hendak digunakan mestilah cukup dalam untuk mengelakkan benda di dalamnya daripada terjatuh. Kocek Tampal Kocek Sisi Tersembunyi Kocek Tebuk Satu Bibir ii) JENIS LENGAN  Lengan ialah satu kaedah menyudahkan keruk lengan.  Lengan didraf dengan pelbagai stail yang bersesuaian dengan bentuk badan dan jenis pakaian.  Lengan juga berfungsi sebagai melindungi kecacatan pada tangan dan mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian.  Jenis-jenis lengan adalah seperti berikut:
  • 10. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 9 Drp / Of 41 JENIS-JENIS LENGAN: A. Lengan kimono asas B. Lengan Padanan Rata C. Lengan gelembung D. Lengan kembang payung E. Lengan Slit F. Lengan Peasant G. Lengan Raglan H. Lengan Dolman I. Lengan Kemeja J. Lengan Bishop K. Lengan Balon L. Lengan Loceng
  • 11. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 10 Drp / Of 41 iii) JENIS KOLAR  Kegunaan kolar adalah untuk mengemaskan garis leher pakaian, menunjukkan rekabentuk pakaian dan juga dibuat untuk menutup kecelaan leher si pemakai.  Kolar adalah bahagian yang dilekat atau dijahit sekali pada pakaian. Kolar boleh didapati dalam berbagai jenis dan bentuk. Kolar Rever Kolar simpul Hias Kolar Jabot Kolar Kelasi Kolar Dog Ear Kolar Selendang Kolar Peter Pan Kolar Luru
  • 12. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 11 Drp / Of 41 iv. JENIS FABRIK Fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian ibu mengandung boleh diklasifikasikan kepada dua jenis gentian iaitu: NAMA FABRIK CONTOH FABRIK CIRI-CIRI GENTIAN ASLI Kapas (Cotton)  Teguh dalam keadaan basah atau kering.  Penyerap lembapan yang baik.  Tahan tindakan asid lemah dan alkali.  Merupakan pengalir haba yang baik.  Tahan cahaya matahari.  Licin, sejuk dan selesa dipakai.  Mudah renyuk.  Tahan pada suhu yang tinggi.  Mudah bertahi lalat jika tidak dikeringkan dengan sempurna.  Mudah mengecut jika tidak diberi kemasan yang sempurna. Spandex Lycra Poliester Sutera Linen Kapas (Cotton) Gentian Buatan Gentian Asli GENTIAN FABRIK
  • 13. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 12 Drp / Of 41 NAMA FABRIK CONTOH FABRIK  CIRI-CIRI Linen  Tahan lasak dan lebih teguh daripada kapas.  Merupakan pengalir haba yang baik.  Tahan pada cahaya matahari.  Tahan tindakan asid lemah dan alkali.  Penyerap lembapan yang baik.  Tahan pada suhu tinggi.  Mudah renyuk dan berbulu.  Sejuk dan selesa apabila dipakai dalam cuaca panas.  Mudah bertahi lalat apabila tidak dikeringkan dengan sempurna.  Mempunyai permukaan yang berkilat. Sutera  Teguh ketika kering, kukuh semasa basah.  Penyerap lembapan yang baik.  Amat sensitif dengan suhu tinggi.  Merupakan pengalir haba yang baik.  Tidak tahan pada cahaya matahari.  Mudah renyuk.  Mudah rosak oleh alkali atau asid. GENTIAN BUATAN Poliester  Gentian yang kukuh walaupun basah.  Gentian yang berat adalah kenyal dan tidak mudah renyuk.  Menyerap sedikit lembapan  Mudah mengalami elektrostatik.  penebat haba dan ini menyebabkan gentian ini panas apabila dipakai.  Tahan dengan dedahan cahaya matahari
  • 14. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 13 Drp / Of 41 Lycra  Bersifat kenyal dan boleh meregang 4-7 kali ganda  Fabrik melekat pada tubuh si pemakai  Menyerap peluh  Anti parasit, anti fungus dan sebagainya  Tahan lama dan tahan haba panas  Penyerap air yang baik  Ketahanan lipatan (tidak mudah renyuk) Spandex  Lembut  Mudah menyerap peluh  Tidak mudah renyuk  Ringan, lembut dan sejuk apabila dipakai  Elastik
  • 15. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 14 Drp / Of 41 3. URUTAN KERJA PENGHASILAN PAKAIAN IBU MENGANDUNG Untuk menghasilkan sehelai pakaian ibu mengandung yang lengkap, murid hendaklah mengikut urutan kerja penghasilan pakaian ibu mengandung seperti yang berikut: 7. Acu pakai 6. Membuat kemasan 5. Menjahit pakaian ibu mengandung 4. Menggunting fabrik 3. Mendraf pola 2. Mengambil ukuran badan 1. Membuat lakaran
  • 16. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 15 Drp / Of 41 Pembaris Sesiku Pembaris Lurus Pembaris Lengkung 3.1 MENGAMBIL UKURAN BADAN Mengambil ukuran badan merupakan langkah pertama yang perlu diambil untuk menghasilkan sehelai pakaian. Setelah mengambil ukuran badan pelanggan, pola didraf mengikut lakaran kehendak pelanggan seterusnya menggunting fabrik mengikut pola yang telah didraf. i. ALATAN MENGUKUR Pita Ukur Buku Catatan ALATAN MENGUKUR Pen/ Pensel
  • 17. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 16 Drp / Of 41 Keterangan dan fungsi alatan mengukur adalah seperti berikut: BIL NAMA ALATAN FUNGSI 1. Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm  Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak memeri atau mengecut  Di hujung dan pangkalnya berlubang dan mempunyai logam  Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci  Digunakan untuk mengukur bahagian badan 2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚  Diperbuat daripada kayu atau plastik  Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci  Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat 90˚ pada pola 3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm  Diperbuat daripada kayu atau plastik  Membantu membentuk pola seperti pinggang, rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola 4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak yang panjang  Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci  Diperbuat daripada kayu atau plastik 5. Pen atau pensel  Mencatat ukuran pelanggan yang telah diukur 6. Buku Catatan / Borang Ukuran Badan Pelanggan  Untuk merekod ukuran badan pelanggan
  • 18. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 17 Drp / Of 41 ii. MENGAMBIL UKURAN BADAN Memakai pakaian yang ringkas atau nipis untuk mengelakkan ukuran tidak tepat Tidak mengikat pita ukur terlalu ketat Ikatkan pita atau tali di keliling pinggang untuk menanda garisan pinggang iii. PERATURAN MENGAMBIL UKURAN BADAN Pakai kasut yang sesuai Ukuran jangan terlalu ketat atau longgar Masukkan 2 jari ke dalam setiap ukuran Berdiri tegak semasa mengambil ukuran badan Ukuran badan perlu diambil oleh orang lain
  • 19. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 18 Drp / Of 41 iv. PERKARA YANG SERING BERLAKU SEMASA PROSES MENGUKUR MASALAH CARA MENGATASI 1. Pelanggan memakai pakaian yang tebal dan besar. Pastikan pelanggan memakai pakaian yang nipis dan sesuai. 2. Ukuran pada pita ukur tidak jelas atau terang. Gunakan pita ukur yang baik dan tidak rosak. 3. Pelanggan bergerak atau tunduk semasa ukuran labuh baju atau labuh lengan dilakukan. Pelanggan perlu berdiri tegak semasa proses mengambil ukuran badan dijalankan. 4. Terlupa mencatat ukuran yang telah diambil. Pastikan ukuran badan dicatat dengan betul. v. LANGKAH MENGAMBIL UKURAN BADAN i. Bahu  Ukur dari sendi bahu kanan ke sendi bahu kiri melalui tengkuk ii. Keliling leher  Ukur kelilling pangkal leher  Masukkan satu jari untuk kelonggaran
  • 20. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 19 Drp / Of 41 iii. Keliling dada  Ukur keliling dada dengan melalukan pita ukur di bahagian mercu dada  Masukkan dua jari untuk kelonggaran.  Pastikan kedudukan pita ukur di bahagian belakang selari dengan lantai. iv. Keliling pinggang  Ukur keliling pinggang dengan melalukan pita ukur di bahagian paling ramping.  Tidak perlu masukkan jari / tiada kelonggaran v. Keliling pinggul  Lilitkan pita ukur di pinggul pada bahagian yang penuh  Masukkan 2 jari untuk tujuan kelonggaran. vi. Labuh tengah belakang  ukur dari pangkal tengkuk hingga ke paras pinggang
  • 21. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 20 Drp / Of 41 vii. Jarak pinggang ke pinggul  Ukur dari paras pinggang ke paras punggung  Biasanya antara 20 – 22 cm viii. Labuh baju  Ukur dari tengkuk melalui garis tengah belakang hingga ke paras labuh yang dikehendaki ix. Mercu ke mercu  Ukur dari bahagian dada yang paling tinggi di sebelah kanan ke bahagian dada yang paling tinggi di sebelah kiri x. Bahu ke mercu  Ukur dari pangkal bahu ke bahagian dada yang paling tinggi
  • 22. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 21 Drp / Of 41 xi. Labuh lengan  Ukur dari sendi lengan dengan bahu ke pergelangan tangan dan ukur mengikut labuh / panjang yang dikehendaki xii. Keliling hujung lengan  Ukur keliling pergelangan tangan xiii. Labuh skirt / slek  Ukur dari pinggang hingga ke paras labuh yang dikehendaki
  • 23. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 22 Drp / Of 41 vi. BORANG UKURAN BADAN PELANGGAN BORANG TEMPAHAN PELANGGAN Nama Pelanggan: No. Resit: No. Tel.: Tarikh: UKURAN LAKARAN PAKAIAN BIL BAHAGIAN UKURAN (cm) 1 Leher 2 Bahu 3 Labuh Lengan 4 Keliling Hujung Lengan 5 Keliling Pangkal Lengan 6 Bahu ke mercu 7 Mercu ke mercu 8 Keliling dada 9 Keliling pinggang 10 Keliling pinggul 11 Labuh tengah belakang 12 Labuh baju 13 Labuh sarong/skirt/slek 14 Bidang hadapan 15 Bidang belakang 16 Jarak pinggang ke pinggul 17 Keliling hujung kaki 18 Keliling lutut 19 Keliling peha 20 Kelengkang 21 Labuh duduk Bayaran: Tarikh Siap : Jumlah : RM Deposit : RM Baki : RM Lekatkan contoh fabrik
  • 24. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 23 Drp / Of 41 Pembaris Lengkung Pembaris Sesiku 3.2MENDRAF POLA i) ALATAN MENDRAF Kertas Perang Notcher Pita Ukur ALATAN MENDRAF Pembaris Lurus French Curves
  • 25. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 24 Drp / Of 41 ii. Keterangan dan fungsi alatan mendraf adalah seperti berikut: BIL NAMA ALATAN FUNGSI 1. Kertas perang  Digunakan untuk mendraf pola pakaian Pita Ukur  Panjang pita ukur 150cm  Diperbuat daripada plastik lembut yang tidak memeri atau mengecut  Di hujung dan pangkalnya berlubang dan mempunyai logam  Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci  Digunakan untuk mengukur ukuran badan 2. Pembaris Sesiku L  Mempunyai sudut 90˚  Diperbuat daripada kayu atau plastik  Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci  Digunakan untuk mendapatkan sudut yang tepat 90˚ pada pola 3. Pembaris Lengkung  Panjangnya 60cm  Diperbuat daripada kayu atau plastik  Membantu membentuk pola seperti pinggang, rusuk dan kelim seluar semasa mendraf pola 4. Pembaris Lurus  Digunakan untuk membuat garisan tegak yang panjang  Mempunyai unit matrik sentimeter dan inci  Diperbuat daripada kayu atau plastik 5. Notcher  Digunakan untuk memotong noch berbentuk ‘U’ untuk tanda imbangan di pola. 6. French Curves  Digunakan untuk melukis garisan berbentuk yang pendek seperti leher dan lubang lengan.
  • 26. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 25 Drp / Of 41 iii. Peraturan mendraf pola a) Gunakan meja mendraf yang rata dan bersih. b) Peralatan mendraf berada dalam keadaan baik dan bersih. o Tanda keterangan yang terdapat pada alat adalah jelas. o Gunakan ukuran yang telah dicatat. o Kertas mendraf bersih dan rata. o Pensel mendraf tajam dan mencukupi. o Draf pola dengan tenang. o Gunakan peralatan dengan teknik yang betul.
  • 27. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 26 Drp / Of 41 iv. Tanda-tanda pola Nama Simbol Keterangan Ira lurus Tanda ini di letak mengikut ira lurus selari dengan tepi fabrik. Tanda lipatan Tanda ini hendaklah diletak pada lipatan fabrik. Tanda imbang Tanda ini memberi panduan apabila mencantum kepingan fabrik sebelum kepingan tersebut dijahit. Garis pemadan Kepingan fabrik hendaklah dijahit pada garis ini apabila kerja mencantum dilakukan. Garis Gunting Fabrik hendaklah digunting pada garisan ini. Basi kelim basi kelim Ruang di antara garis menggunting dan garis pemadan yang berjarak 15mm hingga 20mm. Lisu pemadan Kedudukan lisu pemadan GTH G T H Garis Tengah Hadapan GTB G T B Garis Tengah Belakang
  • 28. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 27 Drp / Of 41 v. POLA PAKAIAN IBU MENGANDUNG. Badan Belakang Badan Hadapan Pola Lengan Pola Maxi Longgar Ibu Mengandung
  • 29. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 28 Drp / Of 41 Pola Seluar Hadapan Pola Seluar Belakang Pola Pinggang Mendatang Pola Seluar Ibu Mengandung
  • 30. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 29 Drp / Of 41 a. ALATAN MENANDA Kertas Karbon Tukang Jahit Pensel tukang jahit Roda Surih ALATAN MENANDA Jarum Peniti Kapur Tukang Jahit
  • 31. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 30 Drp / Of 41 3.3 MENGGUNTING FABRIK Sebelum menggunting fabrik, kerja menyusun atur pola haruslah dirancang dengan baik untuk menjimatkan fabrik dan masa. 3.3.1 Peraturan menyusun atur pola : i. Ratakan pola yang berkedut. ii. Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola. iii. Bentangkan fabrik di atas permukaan meja yang rata. iv. Pola yang mempunyai tanda lipatan perlu diletak pada lipatan fabrik. v. Pastikan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik. vi. Susun atur kepingan pola besar dahulu, diikuti dengan kepingan polakecil. vii. Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas. viii. Susun pola sehala pada fabrik corak sehala. ix. Padankan fabrik corak genggang atau fabrik jalur pada kelim 3.3.2 Peralatan Menggunting Gunting Fabrik Jarum Peniti Pemberat
  • 32. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 31 Drp / Of 41 3.3.3Teknik Menggunting Fabrik Semasa menggunting fabrik,  Pastikan fabrik berada di atas permukaan yang rata  Gunakan gunting fabrik yang tajam  Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola  Gunakan mata gunting sepenuhnya semasa menggunting bahagian lurus  Gunakan bahagian hujung mata gunting sahaja untuk menggunting bahagian kecil dan melengkung.  Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa menggunting fabrik.  Jangan angkat fabrik semasa menggunting fabrik.  Gunakan bahagian mata gunting yang runcing untuk menggunting tanda imbang.  Pastikan jumlah kepingan fabrik yang digunting mencukupi.  Selepas menggunting, jangan tanggalkan pola untuk mengelakkan kesilapan mencantum kepingan bahagian pakaian.
  • 33. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 32 Drp / Of 41 3.3.4Teknik Menanda Fabrik Sebelum menanggalkan pola, tanda pola perlu dipindahkan ke sebelah dalam (SD) fabrik dengan tepat dan jelas untuk memudahkan kerja semasa menjahit pakaian. Ada tiga cara memindahkan tanda pola ke SD fabrik  Roda surih dan kertas karbon tukang jahit o tidak sesuai untuk fabrik halus dan jarang. o Pilih warna kertas karbon yang sepadan dengan warna fabrik. o Letakkan sekeping kadbod di bawah fabrik semasa menanda untukmengelakkan kerosakan pada permukaan meja. o Letakkan permukaan berkarbon pada sebelah dalam fabrik. o Gunakan pembaris sebagai panduan apabila memindahkan tanda garislurus.
  • 34. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 33 Drp / Of 41  Kapur Tukang Jahit 3.3.4..1 teknik menanda yang cepat  Pilih warna kapur tukang jahit yang sesuai dengan warna fabrik.  Pastikan bahagian tepi kapur tajam supaya tanda pola dipindahkan dengan tepat dan jelas.  Jelujur tanda dan jelujur Jahit jelujur Jelujur tanda Contoh o sesuai untuk fabrik jarang, halus, lembut dan gebu. o menggunakan dua lembar benang. o mengambil masa yang lama.
  • 35. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 34 Drp / Of 41 3.4MENJAHIT PAKAIAN Setelah tanda-tanda pola dipindahkan ke SD fabrik, langkah seterusnya ialah menjahit pakaian. a. Proses menjahit pakaian boleh dikategorikan kepada: 1. Penghilangan gelembung 2. Kelim 3. Belah Contoh Penghilangan Gelembung Lisu Pemadan Kedut Lisu Smoking Contoh Kelim Kelim Belah Kangkung Kelim Betawi Kelim Lipat Tindih Kelim Papan Mesin Contoh Belah Belah Kelepet Sama Lebar Belah Berzip Belah Lapik Kain Selari Belah Slit Berlapik Belah Berkun
  • 36. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 35 Drp / Of 41 4. Kocek 5. Penyudah tepi 6. Kancing Contoh Kocek Kocek Tampal Kocek Tersembunyi Kocek Berkun Kocek Sisi Contoh Penyudah Kelepet Kun Lapik Kesing Penjuru Penyudah Renda Kelepet Lurus Kelepet Melengkung Contoh Kancing Butang & Lubang Butang Butang Katup Cangkuk & Mata Cangkuk & Palang
  • 37. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 36 Drp / Of 41 b. Proses menjahit maxi longgar a) Jahit kemas tepi semua panel fabrik ibu mengandung b) Menyediakan belah dan jahit lisu terbalik pada badan hadapan maxi c) Jahit lisu setentang pada badan hadapan dan badan belakang maxi d) Cantum bahu badan hadapan dan badan belakang kiri dan kanan e) Menyedia, mencantum dan menjahit kolar simpul hias f) Menyediakan lengan dan hujung lengan berlapik dan jahit g) Menyediakan lengan gelembung dan mencantum lengan ke lubang lengan badan maxi h) Jahit kelim rusuk i) Mengemas kelepet di hujung maxi longgar c. Proses menjahit seluar ibu mengandung a) Jahit jelujur bahagian bawah seluar mendatang. b) Seratakan kedutan fabrik. c) Cantum bahagian seluar hadapan dan seluar belakang. d) Cantum bahagian kelengkang hadapan dan belakang. e) Cantum bahagian seluar hadapan dan bahagian seluar mendatang. f) Cantum bahagian seluar hadapan dan seluar bahagian belakang. g) Jahit ikatan pinggang. h) Sediakan pita elastik. i) Pastikan hanya fabrik yang membalut pita elastik sahaja dijahit. j) Seratakan kedutan pada ikatan pinggang. k) Jahit mesin SL bahagian tengah ikatan pinggang pita elastik. l) Mengemas bahagian bawah kelepet bawah seluar.
  • 38. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 37 Drp / Of 41 iv) Peralatan Menjahit Mesin jahit industri (kiri) Mesin jahit tepi (kanan) Mesin jahit lubang butang Sekoci dan gelendung Jarum jahit mesin Jarum jahit tangan
  • 39. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 38 Drp / Of 41 Penetas jahitan Kapur tukang jahit Snipper Tweezer Jarum peniti Pita ukur Benang Gunting fabrik
  • 40. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 39 Drp / Of 41 v) Persediaan menjahit a) Mesin jahit berada dalam keadaan baik b) Pelarasan mata jahitan yang bersesuaian dengan jenis fabrik c) Pemilihan warna benang yang sesuai dengan fabrik vi)Kemasan tepi Sebelum menjahit, semua kepingan fabrik yang telah di gunting hendaklah dikemaskan dengan jahitan kemasan tepi supaya tidak berjerumbai. vii) Teknik Menekan Proses menekan adalah satu langkah kerja yang penting apabila menjahit pakaian supaya dapat hasil kerja yang elok, kemas dan profesional. Menekan sambil menjahit akan memudahkan kerja menjahit dan memberi bentuk yang elok pada pakaian. a) Peralatan Menekan Seterika wap Seterika Elektrik Bod Menekan Bod Lengan
  • 41. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 40 Drp / Of 41 b) Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menekan:  Periksa bahawa seterika dan bod menekan bersih  Tanggalkan semua jarum peniti dan benang jelujur  Uji kepanasan seterika sebelum menekan  Seberapa yang boleh, tekan dari SD fabrik supaya kesan seterika tidak kelihatan dari SL  Tekan fabrik dengan teknik yang betul, iaitu tekan seterika di atas fabrik beberapa saat, kemudian angkat semula seterika itu dan tekan bahagian yang lain. 3.5 ACU PAKAIAN IBU MENGANDUNG 13.1 Mengacu pakaian pada badan adalah untuk mendapatkan padanan yang tepat: a) Memakai pakaian dasar yang mengikut bentuk tubuh (untuk kepatan) b) Menjalankan proses mengaku pakaian ibu mengandung pada badan dengan teliti c) Semasa proses mengacu, pastikan:  Benang pakan berada pada sudut tepat GTH dan GTB  Kedudukan terletak dengan elok pada badan
  • 42. NO. KOD / CODE NO. TA-011-1:2012-C05/P(1/1) Muka Surat / Page : 41 Drp / Of 41 SOALAN / QUESTIONS: 1. Nyatakan dua (2) jenis pakaian ibu mengandung. a. b. 2. Berikan dua (2) ciri pakaian maxi longgar. a. b. 3. Apakah fabrik yang sesuai untuk menjahit pakaian ibu mengandung? 4. Nyatakan satu (1) langkah keselamatan yang perlu diamalkan semasa berada di bengkel jahitan. RUJUKAN / REFERENCES: 1. Zaitun Zakiah binti Mohd Noor, Norzaini binti Abdul Ghani & Nawawi bin Mohd Jan. (2012). Membuat Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka 2. Mariam Abu Bakar. (2008). Panduan Membuat Pakaian. Selangor : Karya Bestari Sdn. Bhd. 3. Helen Joseph-Armstrong. (2000).Third Edition: Patternmaking for Fashion Design. Prentice Hall. 4. Lamah binti Abdul Ghani & Azmawati binti Abdul Aziz. (2009). Pola Pakaian Tingkatan 4 & 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.