SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
1
ISU KASHMIR DAN KEPENTINGAN US
Latar Belakang Kashmir
Kashmir merupakan sebuah kawasan berkeluasan 217,935 km persegi yang dikelilingi oleh
Pakistan, India, China dan Afghanistan. Kashmir merupakan tanah Islam, yang ditakluki umat
Islam, dan Islam memasukinya pada akhir abad pertama Hijriah. Ini berlaku ketika penaklukan
Sind dan Hind di tangan pemimpin kaum Muslimin, Muhammad al-Qasim, yang bermula pada
94 H (712 M). Kuasa Islam kemudiannya berkembang di benua Asia pada zaman Khilafah
Abbasiyyah, al-Mu’tasim, 218-225 H (833-839 M). Kuasa Islam terus berkembang di
kebanyakan sub-benua Asia, yang kini dikenali sebagai India, Pakistan, Kashmir dan
Bangladesh dan menjadi tanah di bawah Khilafah Islam selama lebih 10 abad lamanya. Hari ini
67% penduduk Jammu dan Kashmir (J&K) ialah umat Islam, serta yang berada di lembah
Kashmir melebihi 95%.
Pencerobohan British bermula pada akhir abad ke-18 yang pada awalnya menjadi pedagang
dan kemudiannya merampas kuasa daripada pemerintah Islam dengan sokongan daripada
beberapa pemberontak Muslim, Hindu, Sikh, Buddha dan lain-lain. Selepas konflik selama
hampir 4 dekad, sub-benua Asia ini berada di bawah kuasa British pada tahun 1858. Kashmir
(dengan majoriti Muslim) telah dipajak kepada seorang raja Hindu selama 100 tahun. Ini
merupakan detik bermulanya kezaliman di Kashmir selama lebih daripada 15 dekad dengan
pelbagai jenayah dilakukan ke atas umat Islam bagi mengukuhkan kedudukan kaum kuffar di
Kashmir. Dalam menghadapi tekanan dan kezaliman, umat Islam Kashmir di akui mempunyai
2
semangat yang kental dan keimanan yang teguh. Dalam sebuah kejadian yang mengejutkan
pada 13 Jul 1931, juga boleh dikatakan setanding dengan pertempuran Mut’ah semasa zaman
Nabi SAW, 22 orang pemuda Islam telah syahid secara berturut-turut semata-mata untuk
menyelesaikan azan Zuhur. Bantahan itu sebagai tindak balas terhadap pegawai keselamatan
India yang mencemarkan kemuliaan al-Quran di Kashmir.
Walaupun berada di bawah pemerintahan British, kaum Muslimin di sub-benua Asia
memberikan kesetiaan kepada Khilafah Uthmaniyyah di Istanbul. Oleh itu, tidak hairanlah
sekiranya pergerakan kemerdekaan bagi melepaskan diri dari British mempunyai perwakilan
Islam yang besar. Apabila British akhirnya memutuskan untuk keluar dari sub-benua Asia atau
British Raj ini, ia dibahagikan kepada dua negara yang lebih menonjol ketika itu iaitu India dan
Pakistan. Dalam memorandum menteri bertarikh 12 Mei 1946, Britain mengarahkan 565 orang
gabenor autonomi untuk mematuhi kehendak rakyat mereka mengenai penyatuan dengan
India atau Pakistan. Terdapat 3 pengecualian yang menghalang peraturan ini iaitu Hyderabad,
Jonagra dan Kashmir. Hyderabad dan Jonagra memiliki gabenor Muslim dengan majoriti
penduduk Hindu sehingga mereka dimasukkan ke India.
Walau bagaimanapun, Kashmir dengan gabenor Hindunya tetapi penduduknya yang majoriti
Muslim juga dimasukkan ke India. Antara aspek utama mengapa hal ini berlaku pada tahun
1947 adalah disebabkan oleh autonomi yang diberikan kepada Kashmir yang akan
direalisasikan sebagai Perkara 370 dalam Perlembagaan India nanti. Oleh itu, sejak tahun 1947
pelbagai konflik dan peperangan tercetus antara India dengan penduduk Hindunya di satu
pihak dan Pakistan dan Kashmir dengan penduduk Islamnya di pihak yang lain. Akibatnya,
India menduduki 65% daripada Kashmir sementara Pakistan dan China masing-masing
menduduki 30% dan 5%.
Kepentingan US
Eurasia (Eropah + Asia) adalah kawasan penting untuk rancangan politik luar negara US. US
berusaha keras agar tidak muncul mana-mana pesaing di kawasan itu. Namun, terdapat
potensi terwujudnya empat pesaing US iaitu Rusia, China, Jerman, dan al-Khilafah.
US berpandangan, pesaing yang nyata pada ketika ini adalah China. Sejak runtuhnya Soviet
Union, pakar-pakar strategi US melihat China sebagai ancaman terbesar bagi kepentingan US.
Mereka menggunakan negara-negara Asia Pasifik untuk menyekat kemaraan China sebagai
kekuatan laut. Mereka menugasi anak benua India (Asia Utara) untuk menghadapi kebangkitan
China sebagai kekuatan yang mendominasi Eurasia. Sementara itu US memperkuatkan
kemampuannya di kawasan Asia Pasifik melalui kerjasama dengan Taiwan, Thailand, Vietnam,
3
Filifina, Jepun, Indonesia dan Australia. US tidak melakukan kerjasama yang besar di Asia
Utara-khususnya India- sehinggalah era Vajpaye memimpin kerajaan India di akhir 90-an.
Kerjasama dengan India mencapai puncaknya setelah kunjungan presiden Clinton pada tahun
2000. Tidak lama selepas insiden 11 September 2001, pemerintahan Bush memberikan fokus
utama kepada India. Sebahagian besar dari langkah-langkah US adalah untuk merapatkan
jurang kekuatan tentera antara India dan China sesuai rancangannya. Di antara langkah-
langkah itu adalah perjanjian nuklear US-India.
US melihat ketegangan di Kashmir antara India dan Pakistan berpengaruh untuk melemahkan
penentangan negara-negara Asia Utara terhadap China. US memulakan proses normalisasi
antara India dan Pakistan bagi menangani ketegangan antara dua negara tersebut. Proses
normalisasi ini adalah bertujuan untuk mengelakkan peperangan diantara India-Pakistan
disebabkan masalah Kashmir dan akhirnya mengarahkan kepada kerjasama dengan US untuk
membelenggu kebangkitan China. US beranggapan bahwa penggabungan Kashmir ke India
dan tekanannya terhadap rejim di Pakistan agar tidak berusaha merebut kembali Kashmir
secara ketenteraan sebaliknya mengalihkannya kepada dialog; hal itu akan menyelesaikan isu
Kashmir dan mencegah konflik ketenteraan India-Pakistan. Hal itu sama seperti kedudukan
pentadbiran Abbas di Palestin dan negara-negara Arab di sekitarnya yang tidak mengambil
tindakan ketenteraan terhadap Yahudi walaupun Yahudi menceroboh dan merampas wilayah
Palestin sesuka mereka.
Begitulah, Modi memulai langkah dengan menggabungkan Jammu dan Kashmir dan
mengubah populasi di sana. Berikutnya keluar resolusi yang diambil Modi pada 5/8/2019
untuk membatalkan Perkara 370 dari Perlembagaan. Perkara 370 ini memberikan wilayah
Kashmir pemerintahan otonomi dalam kadar yang besar iaitu membenarkan Kashmir memiliki
perlembagaan sendiri, bendera terpisah dan kemerdekaan dalam banyak perkara selain urusan
luar negeri, pertahanan dan komunikasi. Resolusi penghapusan yang dikeluarkan di bawah
nama “Undang-Undang Reorganisasi” itu membagi Kashmir yang diduduki menjadi dua
wilayah: wilayah Jammu-Kashmir dan wilayah Ladakh, dan pemerintahan kedua wilayah itu
dihubungkan dengan pemerintah federal di New Delhi. Majlis Tinggi Parlimen India “Dewan
Negara” pada hari berikutnya, 6/8/2019 menyetujui rancanan undang-undang itu dengan 125
suara setuju berbanding 61 menolak. Perkara 35(A) dibatalkan. Perkara ini melarang selain
warga Kashmir membeli kediaman dan hartanah di Kashmir. Penghapusan itu membuka ruang
bagi warga India lainnya untuk datang ke Kashmir dan membeli hartanah di sana dan
membolehkan mereka menjawat jawatan pegawai pemerintah di sana. Keadaan ini boleh
menyebabkan perubahan terhadap populasi dan kebudayaan di wilayah majoriti muslim
tersebut. Hal ini menyerupai langkah-langkah yang diambil institusi Yahudi untuk merampas
4
Palestin! Apa yang dilakukan Netanyahu itu disetujui oleh US dan mendapat lampu hijau dari
US, demikian juga apa yang dilakukan Modi juga atas persetujuan US dan lampu hijau dari US.
Modi men’klon’ cara Netanyahu di Palestin dengan persetujuan dan dukungan US.
Ketika India mengumumkan keputusannya untuk membatalkan status istimewa Kashmir, sikap
Pakistan dilihat lemah dan tidak lebih hanya kecaman untuk menghilangkan rasa malu.
Kementerian Luar Negara Pakistan mengeluarkan kenyataan: “Pakistan mengecam keras dan
menolak pengumuman yang dikeluarkan pada Isnin 5/8/2019 dari New Delhi. Tidak mungkin
bagi apa-apa langkah secara sepihak dari kerajaan India untuk mengubah status yang
dipersengketakan, dan sebagai sebahagian dari persengketaan antarabangsa ini Pakistan akan
melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk menentang langkah-langkah ilegal itu”
(AFP, 5/8/2019). Duta Pakistan ke Moskow, Qazi Khalilullah, mengatakan, “Pentadbiran Pakistan
ketika ini fokus untuk menyiapkan reaksi diplomasi, politik dan undang-undang terhadap
langkah-langkah terkini India di Kashmir. Telah dibentuk jawatankuasa khas yang akan
memberikan saranan kepada kerajaan berkait isu ini”. Ini adalah sama seperti yang dilakukan
oleh pentadbiran Abbas dan negara-negara arab di sekitarnya, di mana mereka mengecam
dan memprotes perampasan Israel atas tanah yang diberkahi Palestin tanpa menggerakkan
tentera untuk berperang. Pakistan mengulangi tindakan yang sama. Pakistan mengecam tanpa
menggerakkan tentera untuk berperang! Di atas yang demikian, mereka merujuk kepada PBB
dan US untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka, padahal PBB dan US adalah musuh
maka waspadalah terhadap mereka!
Perkara ini dikuatkan lagi oleh pesanan twitter Perdana Menteri Pakistan Imran Khan pada
11/8/2019. Di Twitter beliau mensifati tindakan India tersebut akan menyebabkan “penindasan
terhadap kaum Muslim di India dan berikutnya ditujukan kepada Pakistan dan itu merupakan
usaha mengubah keadaan populasi (demografi) di Kashmir melalui pembersihan etnik”. Beliau
menuntut masyarakat antarabangsa campurtangan dan menyatakan bahwa masyarakat
antarabangsa memiliki kekuatan untuk menghalang India! Beliau lupa bahwa Pakistan memiliki
kekuatan untuk menyekat India. Ini merupakan perkara yang boleh dibuktikan .
Pada 26/2/2019 India mengumumkan serangan udara terhadap kem-kem pelbagai jamaah
Kashmir dan “ramai yang terkorban akibat dari serangan tersebut”. Serangan itu adalah tindak
balas setelah jamaah-jamaah Kashmir menyerang pasukan India yang menduduki Kashmir dan
membunuh 41 orang tentera India pada 14/2/2019. Sehari setelah serangan India itu, Pakistan
mengumumkan telah menembak jatuh dua pesawat tempur India dan menawan seorang
juruterbang dan menewaskan dua lainnya. Ini menunjukkan bahwa pasukan Pakistan mampu
menyekat India dan mengalahkannya, namun rejim Pakistan tidak serius mengambil apa-apa
5
tindakan untuk menyekat India. Sebaliknya, rejim Pakistan tunduk kepada arahan US yang
meminta untuk tidak memperbesarkan insiden jatuhnya dua pesawat tersebut. Pelbagai
pemberitaan menyatakan, “Menteri Luar US, Mike Pompeo, melalui perbualan telefon dengan
Menteri Luar India dan Pakistan pasca serangan India terhadap kem kelompok Jaisy
Muhammad, mengeluarkan keterangan yang mendorong kedua pihak untuk meredakan situasi
dan menjauhi tindakan apapun yang dapat memanaskan dan meningkatkan bahaya”. Bahkan
Pompeo berdiri di samping India ketika Pompeo menambahkan seraya mengatakan, “Serangan
udara India itu merupakan operasi menentang terorisme dan mendorong Pakistan untuk
bergerak secara serius menentang kelompok-kelompok teroris yang bergerak di wilayahnya”
(AFP, Reuters, 28/2/2019). Dari pernyataan tersebut jelas nampak sokongan US kepada India
dan dukungannya terhadap tindakan India.
Perkara yang sama dilakukan US di Palestin di mana US senantiasa berpihak kepada entiti
Yahudi dan mendukung semua perlakuan mereka terhadap kaum muslim yang
mempertahankan wilayah mereka dan berjuang untuk membebaskannya. Meskipun demikian,
Pakistan sama seperti pentadbiran Abbas dan rejim-rejim arab, tidak meninggalkan kebiasaan
mereka merujuk kepada US dan menunggu campurtangan US bagi menyelesaikan konflik,
meskipun Pakistan sedar bahawa US berdiri di samping India. Duta Pakistan ke Washington,
Majid Khan pada 27/2/2019 menyatakan, “keterangan Menteri Luar US ditafsirkan dan
difahami bahwa US mendukung sikap India dan ini lah yang lebih mendorong orang-orang
India”. Dia mengatakan, “mungkin tidak ada negara lain dalam posisi yang lebih baik dari US
untuk memainkan peranan” (AFP, 28/2/2019). Ini beerti, meskipun mengakui bahwa
keterangan Kementerian Luar US itu merupakan dukungan untuk sikap India, namun dia
berpandangan bahwa US adalah yang paling layak untuk memainkan peranan! Seperti biasa
US, menyibukkan mereka dengan Majis Keselamatan PBB, Inilah yang dikatakan oleh rejim
Pakistan.
Rejim Pakistan mengumumkan tidak menginginkan ketegangan dan memperbesarkan isu
dengan India serta menyatakan Pakistan akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap New
Delhi ke PBB, tidak lebih dan tidak kurang. Pakistan bahkan mengumumkan akan menyerahkan
juruterbang India yang ditawan kepada India, dan Pakistan pun benar-benar menyerahkannya
secara rasmi sebagai inisiatif perdamaian, seperti anggapannya.
Begitu pulalah ketika Kashmir digabungkan ke India. Pakistan menyerukan “sidang khas Majlis
Keselamatan terhadap situasi Kashmir di belakang pintu-pintu tertutup setelah keputusan India
menghapus pemerintahan otonomi untuk wilayah Kashmir. Duta Pakistan ke PBB, Maliha
Lodhi, menyambut keputusan Majlis Keselamatan untuk membincangkan isu Kashmir dalam
6
sidang khas. Dia mengatakan bahwa isu Kashmir mulai diangkat secara global dan mampu
diselesaikan dengan India melalui dialog” (al-‘Arabi al-Jadid, 16/8/2019)!
Sikap ini menunjukkan bahwa rejim Pakistan tidak akan mengambil langkah-langkah
ketenteraan untuk menghalangi India dan tidak akan melakukan tindakan serius terhadap
India. Ini menguatkan keputusan India membatalkan status istimewa Kashmir dan menguatkan
pencerobohannya. Perlu diketahui, bahwa Imran Khan dalam kunjungannya ke US pada
21/7/2019, diiringi oleh Panglima Angkatan Bersenjata Pakistan Javed Bajwa dan Direktor-
General Agensi Perisikan dan Keselamatan Dalam Negeri Fayez Hamid, dalam pertemuannya
dengan Trump. Trump memintanya memainkan peranan untuk US di Afghanistan. Trump
mengatakan, “bahwa dia berharap Pakistan melakukan dan membantu sebagai orang tengah
untuk mencapai penyelesaian politik bagi mengakhiri perang yang telah berlangsung sejak 18
tahun di Afghanistan”. Imran Khan pun dengan patuh segera melaksanakan perintah Trump
seraya mengatakan, “saya akan bertemu dengan Taliban dan saya akan mengerahkan
kemampuan maksimal saya untuk meyakinkan mereka agar turut serta di dalam perbincangan
dengan pemerintah Afghanistan”. Kemudian dia berbangga dengan pengkhianatan rejim
Pakistan dan bantuannya kepada US. Dia berkata, “perisikan Pakistan memberikan informasi
yang memungkinkan orang-orang US menentukan tempat Osama bin Laden” (Reuters,
22/7/2019). Semua ini dia berikan kepada US pada waktu di mana US mendukung India dan
merugikan Pakistan! Maka ketika pengumuman India membatalkan status istimewa Kashmir,
Kementerian Luar US mengeluarkan keterangan yang di dalamnya dinyatakan, “kami terus
mendukung dialog langsung antara India dan Pakistan berkaitan Kashmir dan isu-isu lainnya
yang mengganggu” (Reuters, 7/8/2019). US tidak mengecam langkah India dan mengatakan
bahwa langkah itu bertentangan dengan resolusi antarabangsa terhadap Kashmir. Malah US
mengusulkan dialog yang meremehkan Imran dan rejimnya. Dialog apa sementara India
mengumumkan menggabungkan Kashmir secara rasmi?! Sungguh ini menunjukkan
persetujuan US terhadap langkah ini, bahkan menunjukkan bahwa US sudah tahu sebelumnya,
sebab India tidak mungkin mengambil langkah seumpama itu sebelum berbincang dengan US
dan mendapat lampu hijau darinya.
Telah dinyatakan di buku “Qadhâyâ Siyâsiyah – Bilâdu al-Muslimîn al-Muhtallah” yang
diterbitkan pada 21/5/2004 berkenaan isu Kashmir sebagai berikut: “Oleh yang demikian, bagi
US, di mana dua negara iaitu India dan Pakistan berada di bawah pengaruhnya, US serius
mewujudkan kesefahaman di antara kedua negara itu berkenaan Kashmir. US mengubah
pandangan mendasarnya untuk solusi isu tersebut di mana pada awalnya, US ingin
memainkan isu tersebut, namun kini US mendorong kedua pihak untuk menyelesaikannya
secara bilateral. Pandangan US terhadap solusi tersebut kini adalah berkenaan pembagian
7
Kashmir, di mana Kashmir yang bebas untuk Pakistan dan Kashmir yang ada di bawah kawalan
India untuk India”. Sungguh apa yang terjadi masa ini sesuai dengan apa yang dinyatakan di
dalam buku tersebut. India melakukan langkah ini dan mengadakan insiden sebagai kejadian
baru yang menancapkan pencerobohan India atas Kashmir.
Cina mengecam langkah India. Setelah pembatalah Perkaran 370 di bawah nama “Undang-
Undang Reorganisasi” Kashmir yang dikuasai India menjadi dua wilayah: wilayah Jammu-
Kashmir dan wilayah Ladakh. Pemerintahan kedua wilayah itu dihubungkan dengan
pemerintah federal di New Delhi. Ladakh berada di dataran tinggi al-Tabat yang bersempadan
dengan China, sementara India tidak berbincang dengan China sebelum undang-undang
tersebut. Karena itu, Hua Chunying jurubicara Jabatan Luar China mengatakan, “India pada
kebelakangan ini berterusan merosakkan politik wilayah China melalui perubahan undang-
undang nasionalnya berkaitan dengan perbatasan tanpa merujuk kepada Peking, China tidak
dapat menerima tindakan-tindakan tersebut”. … Pernyataan Ying itu sebagai respon terhadap
keputusan New Delhi pada Isnin lepas dengan mengumumkan bahwa Ladakh merupakan
wilayah kesatuan yang meliputi wilayah bagian barat perbatasan China-India. Chunying
menegaskan bahwa China senantiasa menentang penggabungan wilayah China di bahagian
perbatasan barat di bawah sebutan wilayah administratif India …” (al-Bayan, 8/8/2019).
Ringkasnya
Pembatalan Perkara 370 dan kemudian langkah-langkah penggabungan yang telah dan
sedang dilakukan Modi itu dilakukan dengan lampu hijau dan dokongan dari US dimana US
menganggap penggabungan itu akan menjadikan kaum Muslim akan melupakan Kashmir.
Seterusnya akan menjadikan tidak ada konflik antara India dan Pakistan dengan pertimbangan
bahwa kedua rejim tersebut saat ini berjalan bersama di garis US. US dan India lupa atau
pura-pura lupa bahwa Kashmir di hati kaum Muslim di Pakistan dan di mana saja,
kedudukannya sebagai wilayah islami yang diduduki umat Islam.
Persetujuan rejim di Pakistan atau diamnya dari penggabungan India ke atas Kashmir sama
sekali tidak berarti diamnya kaum Muslim di Pakistan dan diamnya tentera mereka. Serangan
ketenteraan telah difahami oleh India. Jatuhnya dua pesawat tempur India belum lama.
Serangan ketenteraan ini terjadi ketika rejim Imran melarang tentera melakukan serangan
untuk membebaskan Kashmir, tetapi tentera hanya diizinkan mempertahankannya, sehingga di
belenggu sebeini! Lalu bagaimanakah seandainya tentera ini digerakkan untuk berperang?
Nescaya musuh akan melihat kekalahan dek karena mereka!
8
China mengecam langkah India. Jabatan Luar Cina mengeluarkan keterangan yang
mengatakan, “keputusan sepihak India mencerminkan secara negatif atas kedaulatan regional
Cina dan mencederai perjanjian-perjanjian antarabangsa. Peking tidak akan menyetujui
keputusan sepihak India berkaitan perubahan status perlembagaan wilayah Kashmir.
Keputusan itu tidak dapat diterima” (Anadul, 6/8/2019). China memahami bahawa perkara
tersebut memperkuat kedudukan India di kawasan tersebut dan menyaingi China sehingga
menjadi kekuatan regional yang sepadan dengan China. Ini seperti yang mahukan oleh US
iaitu untuk menghadapi kekuatan Cina secara regional. Ladakh, meskipun penduduknya sedikit
(+- 270 ribu orang) dengan penyelesaian isu Kashmir seumpama itu dan paparan ke wilayah
Ladakh di perbatasan China-India tanpa berbincang dengan China telah memicu kritik dari
China. Jika Cina dapat mengatur langkah-langkahnya dan mengembangkan kesedaran
politiknya nescaya China akan mengeksploitasi situasi Ladakh untuk kepentingannya dan
membalas balik rencana-rencana US. Ladakh bukan menjadi pusat operasi garis hadapan
untuk US melawan China seperti yang direncanakan US, maka sebaliknya menjadi lumpur bagi
US terjerumus ke dalamnya dan tidak dapat keluar!
Khatimah
Musibah kita adalah pada para penguasa di negeri kaum Muslim. Potensi kekuatan milik kita
cukup, bahkan lebih dari cukup, untuk mengembalikan hak-hak kita dengan mulia dan
membisikkan kepada musuh pelajaran yang mereka ingat hingga ke kuburnya! Tetapi, para
penguasa yang berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukmin, mereka tunduk kepada
tuan-tuan mereka kaum kafir imperialis lebih lebih dari ketundukan mereka kepada Allah Rabb
semesta alam. Mereka melarang tentera memerangi musuh-musuh mereka untuk
membebaskan wilayah mereka yang dicerobohi. Melalui kehinaan dan kerendahan itu para
penguasa ini mencari sesuatu dari sisa di koridor PBB dan Majlis Keselamatan. Ini pun hanya
jika mereka berjaya mendapatkan sisa-sisa! Meski semua hal menyedihkan ini, wilayah kaum
Muslim yang dicerobohi mulai dari Palestin hingga Kashmir, Burma wilayah Rohingya,
kemudian Turkistan Timur, Kaukasus, Chechnya dan sekitarnya, Krimea dan semua negeri yang
di sana muadzin melaungkan takbir namun diperintah oleh musuh-musuh Islam. Semua ini
akan kembali, dengan izin Allah, ke Dar al-Islam yang di atasnya Rayah Islam berkibar,
dikembalikan oleh Imam yang menjadi perisai, dikembalikan oleh Khalifah yang mendapat
petunjuk, dikembalikan oleh pasukan Islam yang berjihad. Maka siapa sahaja yang
menginginkan kemuliaan di dunia dan di al-Firdaus yang tinggi di akhirat maka hendaknya
menyingsingkan lengannya dan berjuang bersama para pejuang untuk menegakkan al-
Khilafah, dan hendaknya perjuangan ini mengalir di darahnya, jantungnya dan tubuhnya
dengan benar dan ikhlas.
9
“Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini
hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja” (TQs as-Saaffat [37]: 61).
Rujukan
1. https://mykhilafah.com/kashmir-150-tahun-dalam-kezaliman-dan-penindasan/
2. https://mediaumat.news/apa-di-balik-penghapusan-status-khusus-kashmir-oleh-india/

More Related Content

What's hot

Kerajaan islam madinah
Kerajaan islam madinahKerajaan islam madinah
Kerajaan islam madinahNur Fauzi
 
Piagammadinahdansejumlahimplikasinya.doc
Piagammadinahdansejumlahimplikasinya.docPiagammadinahdansejumlahimplikasinya.doc
Piagammadinahdansejumlahimplikasinya.docAgus Muqtafiy
 
Peranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinah
Peranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinahPeranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinah
Peranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinahjyejye
 
Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4
Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4
Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4hidayati610
 
Hijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahHijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahNur Fauzi
 
Bab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptBab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptMangkai Ram
 
Peristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinah
Peristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinahPeristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinah
Peristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinahsyukranmohammad
 
CH5F4
CH5F4CH5F4
CH5F4cgsha
 
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5Sejarah Tingkatan 4 Bab 5
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5Syakira Harith
 
Bab 5 Tingkatan 4
Bab 5 Tingkatan 4Bab 5 Tingkatan 4
Bab 5 Tingkatan 4impianhati
 
Konflik
KonflikKonflik
Konflikderi94
 

What's hot (20)

Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Kerajaan islam madinah
Kerajaan islam madinahKerajaan islam madinah
Kerajaan islam madinah
 
Piagam madinah
Piagam madinahPiagam madinah
Piagam madinah
 
Nota bab 5 f4
Nota bab 5 f4Nota bab 5 f4
Nota bab 5 f4
 
Bab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptBab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.ppt
 
Piagammadinahdansejumlahimplikasinya.doc
Piagammadinahdansejumlahimplikasinya.docPiagammadinahdansejumlahimplikasinya.doc
Piagammadinahdansejumlahimplikasinya.doc
 
Peranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinah
Peranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinahPeranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinah
Peranan piagam Madinah dan struktur pemerintahan di madinah
 
Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4
Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4
Contoh soalan esei bab 5 tingkatan 4
 
Hijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinahHijrah & piagam madinah
Hijrah & piagam madinah
 
Bab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptBab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.ppt
 
Sejarah Tingkatan 4: Bab5
Sejarah Tingkatan 4: Bab5Sejarah Tingkatan 4: Bab5
Sejarah Tingkatan 4: Bab5
 
Respon internasional
Respon internasionalRespon internasional
Respon internasional
 
Resolusi Konflik Afghanistan
Resolusi Konflik AfghanistanResolusi Konflik Afghanistan
Resolusi Konflik Afghanistan
 
sejarah Bab 5
sejarah Bab 5sejarah Bab 5
sejarah Bab 5
 
Peristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinah
Peristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinahPeristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinah
Peristiwa sebelum penggubalan dan intipati piagam madinah
 
CH5F4
CH5F4CH5F4
CH5F4
 
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5Sejarah Tingkatan 4 Bab 5
Sejarah Tingkatan 4 Bab 5
 
Bab 5 Tingkatan 4
Bab 5 Tingkatan 4Bab 5 Tingkatan 4
Bab 5 Tingkatan 4
 
Konflik
KonflikKonflik
Konflik
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 

Similar to KONFLIK_KASHMIR

Perkembangan islam di dunia
Perkembangan islam di duniaPerkembangan islam di dunia
Perkembangan islam di duniabadrudin
 
(Sadn1013 h) kump 7
(Sadn1013 h) kump 7(Sadn1013 h) kump 7
(Sadn1013 h) kump 7sadn1013
 
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptxSejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptxSambasMovie
 
Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara Gun_Project
 
Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara Indar Hayga
 
Rian yuliani fah
Rian yuliani fahRian yuliani fah
Rian yuliani fahLa Mone
 
Peradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptx
Peradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptxPeradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptx
Peradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptxTsaltsakhairiyah
 
Sn399 haram pisah_wajib_bersatu
Sn399 haram pisah_wajib_bersatuSn399 haram pisah_wajib_bersatu
Sn399 haram pisah_wajib_bersatuTika Daud
 
Amerika pun takluk di bawah khilafah
Amerika pun takluk di bawah khilafahAmerika pun takluk di bawah khilafah
Amerika pun takluk di bawah khilafahFlamencoRizky
 
proses perkembangan agama islam
proses perkembangan agama islamproses perkembangan agama islam
proses perkembangan agama islamDiennisa Thahira
 
Peradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah Kedua
Peradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah KeduaPeradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah Kedua
Peradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah KeduaMaghfur Amien
 
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-aS p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-aLtfltf
 
S p-i-dinasti-abasiyyah
S p-i-dinasti-abasiyyahS p-i-dinasti-abasiyyah
S p-i-dinasti-abasiyyahLtfltf
 
arabic-culture-language-lesson (3).pptx
arabic-culture-language-lesson (3).pptxarabic-culture-language-lesson (3).pptx
arabic-culture-language-lesson (3).pptxPipitRamadhani2
 
Manifesto hizbut tahrir untuk pakistan
Manifesto hizbut tahrir untuk pakistanManifesto hizbut tahrir untuk pakistan
Manifesto hizbut tahrir untuk pakistanAnas Wibowo
 

Similar to KONFLIK_KASHMIR (20)

Perkembangan islam di dunia
Perkembangan islam di duniaPerkembangan islam di dunia
Perkembangan islam di dunia
 
Tugas pai
Tugas pai Tugas pai
Tugas pai
 
Mib forum
Mib forumMib forum
Mib forum
 
(Sadn1013 h) kump 7
(Sadn1013 h) kump 7(Sadn1013 h) kump 7
(Sadn1013 h) kump 7
 
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptxSejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
Sejarah Islam Modern Di Iran Dan Ide Pembaharuan Ayatullah Khomeini.pptx
 
Materi uas ppi uii
Materi uas ppi uiiMateri uas ppi uii
Materi uas ppi uii
 
Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara
 
Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara Makalah Konflik Antar Negara
Makalah Konflik Antar Negara
 
Rian yuliani fah
Rian yuliani fahRian yuliani fah
Rian yuliani fah
 
Peradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptx
Peradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptxPeradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptx
Peradaban Pada Masa Daulah Abbasiyah fix.pptx
 
Sn399 haram pisah_wajib_bersatu
Sn399 haram pisah_wajib_bersatuSn399 haram pisah_wajib_bersatu
Sn399 haram pisah_wajib_bersatu
 
Dinasti fatimiyah
Dinasti fatimiyahDinasti fatimiyah
Dinasti fatimiyah
 
Amerika pun takluk di bawah khilafah
Amerika pun takluk di bawah khilafahAmerika pun takluk di bawah khilafah
Amerika pun takluk di bawah khilafah
 
proses perkembangan agama islam
proses perkembangan agama islamproses perkembangan agama islam
proses perkembangan agama islam
 
Peradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah Kedua
Peradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah KeduaPeradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah Kedua
Peradaban Islam pada Masa Dinasti Abbasiyah Kedua
 
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-aS p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
S p-i-peradaban-islam-masa-umar-bin-khatab-r-a
 
S p-i-dinasti-abasiyyah
S p-i-dinasti-abasiyyahS p-i-dinasti-abasiyyah
S p-i-dinasti-abasiyyah
 
arabic-culture-language-lesson (3).pptx
arabic-culture-language-lesson (3).pptxarabic-culture-language-lesson (3).pptx
arabic-culture-language-lesson (3).pptx
 
Sejarah Peradaban Islam - Perang Salib
Sejarah Peradaban Islam - Perang SalibSejarah Peradaban Islam - Perang Salib
Sejarah Peradaban Islam - Perang Salib
 
Manifesto hizbut tahrir untuk pakistan
Manifesto hizbut tahrir untuk pakistanManifesto hizbut tahrir untuk pakistan
Manifesto hizbut tahrir untuk pakistan
 

More from Alia Hani

Proses berfikir
Proses berfikirProses berfikir
Proses berfikirAlia Hani
 
Sistem perbankanislam
Sistem perbankanislamSistem perbankanislam
Sistem perbankanislamAlia Hani
 
Wanita perkasa dengan Islam
Wanita perkasa dengan IslamWanita perkasa dengan Islam
Wanita perkasa dengan IslamAlia Hani
 
Cabaran menjadi wanita perkasa - 2
Cabaran menjadi wanita perkasa - 2Cabaran menjadi wanita perkasa - 2
Cabaran menjadi wanita perkasa - 2Alia Hani
 
Mengenal riba
Mengenal ribaMengenal riba
Mengenal ribaAlia Hani
 
Aktiviti politikwanita
Aktiviti politikwanitaAktiviti politikwanita
Aktiviti politikwanitaAlia Hani
 
Akhirat orientasi kehidupan
Akhirat orientasi kehidupanAkhirat orientasi kehidupan
Akhirat orientasi kehidupanAlia Hani
 
Valentine Day - memahami mengikut pemahaman islam
Valentine Day - memahami mengikut pemahaman islamValentine Day - memahami mengikut pemahaman islam
Valentine Day - memahami mengikut pemahaman islamAlia Hani
 

More from Alia Hani (8)

Proses berfikir
Proses berfikirProses berfikir
Proses berfikir
 
Sistem perbankanislam
Sistem perbankanislamSistem perbankanislam
Sistem perbankanislam
 
Wanita perkasa dengan Islam
Wanita perkasa dengan IslamWanita perkasa dengan Islam
Wanita perkasa dengan Islam
 
Cabaran menjadi wanita perkasa - 2
Cabaran menjadi wanita perkasa - 2Cabaran menjadi wanita perkasa - 2
Cabaran menjadi wanita perkasa - 2
 
Mengenal riba
Mengenal ribaMengenal riba
Mengenal riba
 
Aktiviti politikwanita
Aktiviti politikwanitaAktiviti politikwanita
Aktiviti politikwanita
 
Akhirat orientasi kehidupan
Akhirat orientasi kehidupanAkhirat orientasi kehidupan
Akhirat orientasi kehidupan
 
Valentine Day - memahami mengikut pemahaman islam
Valentine Day - memahami mengikut pemahaman islamValentine Day - memahami mengikut pemahaman islam
Valentine Day - memahami mengikut pemahaman islam
 

Recently uploaded

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxazhari524
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxJamhuriIshak
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 

Recently uploaded (20)

Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptxsoal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
soal AKM Mata Pelajaran PPKN kelas .pptx
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptxBAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
BAHAN SOSIALISASI PPDB SMA-SMK NEGERI DISDIKSU TP. 2024-2025 REVISI.pptx
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 

KONFLIK_KASHMIR

  • 1. 1 ISU KASHMIR DAN KEPENTINGAN US Latar Belakang Kashmir Kashmir merupakan sebuah kawasan berkeluasan 217,935 km persegi yang dikelilingi oleh Pakistan, India, China dan Afghanistan. Kashmir merupakan tanah Islam, yang ditakluki umat Islam, dan Islam memasukinya pada akhir abad pertama Hijriah. Ini berlaku ketika penaklukan Sind dan Hind di tangan pemimpin kaum Muslimin, Muhammad al-Qasim, yang bermula pada 94 H (712 M). Kuasa Islam kemudiannya berkembang di benua Asia pada zaman Khilafah Abbasiyyah, al-Mu’tasim, 218-225 H (833-839 M). Kuasa Islam terus berkembang di kebanyakan sub-benua Asia, yang kini dikenali sebagai India, Pakistan, Kashmir dan Bangladesh dan menjadi tanah di bawah Khilafah Islam selama lebih 10 abad lamanya. Hari ini 67% penduduk Jammu dan Kashmir (J&K) ialah umat Islam, serta yang berada di lembah Kashmir melebihi 95%. Pencerobohan British bermula pada akhir abad ke-18 yang pada awalnya menjadi pedagang dan kemudiannya merampas kuasa daripada pemerintah Islam dengan sokongan daripada beberapa pemberontak Muslim, Hindu, Sikh, Buddha dan lain-lain. Selepas konflik selama hampir 4 dekad, sub-benua Asia ini berada di bawah kuasa British pada tahun 1858. Kashmir (dengan majoriti Muslim) telah dipajak kepada seorang raja Hindu selama 100 tahun. Ini merupakan detik bermulanya kezaliman di Kashmir selama lebih daripada 15 dekad dengan pelbagai jenayah dilakukan ke atas umat Islam bagi mengukuhkan kedudukan kaum kuffar di Kashmir. Dalam menghadapi tekanan dan kezaliman, umat Islam Kashmir di akui mempunyai
  • 2. 2 semangat yang kental dan keimanan yang teguh. Dalam sebuah kejadian yang mengejutkan pada 13 Jul 1931, juga boleh dikatakan setanding dengan pertempuran Mut’ah semasa zaman Nabi SAW, 22 orang pemuda Islam telah syahid secara berturut-turut semata-mata untuk menyelesaikan azan Zuhur. Bantahan itu sebagai tindak balas terhadap pegawai keselamatan India yang mencemarkan kemuliaan al-Quran di Kashmir. Walaupun berada di bawah pemerintahan British, kaum Muslimin di sub-benua Asia memberikan kesetiaan kepada Khilafah Uthmaniyyah di Istanbul. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya pergerakan kemerdekaan bagi melepaskan diri dari British mempunyai perwakilan Islam yang besar. Apabila British akhirnya memutuskan untuk keluar dari sub-benua Asia atau British Raj ini, ia dibahagikan kepada dua negara yang lebih menonjol ketika itu iaitu India dan Pakistan. Dalam memorandum menteri bertarikh 12 Mei 1946, Britain mengarahkan 565 orang gabenor autonomi untuk mematuhi kehendak rakyat mereka mengenai penyatuan dengan India atau Pakistan. Terdapat 3 pengecualian yang menghalang peraturan ini iaitu Hyderabad, Jonagra dan Kashmir. Hyderabad dan Jonagra memiliki gabenor Muslim dengan majoriti penduduk Hindu sehingga mereka dimasukkan ke India. Walau bagaimanapun, Kashmir dengan gabenor Hindunya tetapi penduduknya yang majoriti Muslim juga dimasukkan ke India. Antara aspek utama mengapa hal ini berlaku pada tahun 1947 adalah disebabkan oleh autonomi yang diberikan kepada Kashmir yang akan direalisasikan sebagai Perkara 370 dalam Perlembagaan India nanti. Oleh itu, sejak tahun 1947 pelbagai konflik dan peperangan tercetus antara India dengan penduduk Hindunya di satu pihak dan Pakistan dan Kashmir dengan penduduk Islamnya di pihak yang lain. Akibatnya, India menduduki 65% daripada Kashmir sementara Pakistan dan China masing-masing menduduki 30% dan 5%. Kepentingan US Eurasia (Eropah + Asia) adalah kawasan penting untuk rancangan politik luar negara US. US berusaha keras agar tidak muncul mana-mana pesaing di kawasan itu. Namun, terdapat potensi terwujudnya empat pesaing US iaitu Rusia, China, Jerman, dan al-Khilafah. US berpandangan, pesaing yang nyata pada ketika ini adalah China. Sejak runtuhnya Soviet Union, pakar-pakar strategi US melihat China sebagai ancaman terbesar bagi kepentingan US. Mereka menggunakan negara-negara Asia Pasifik untuk menyekat kemaraan China sebagai kekuatan laut. Mereka menugasi anak benua India (Asia Utara) untuk menghadapi kebangkitan China sebagai kekuatan yang mendominasi Eurasia. Sementara itu US memperkuatkan kemampuannya di kawasan Asia Pasifik melalui kerjasama dengan Taiwan, Thailand, Vietnam,
  • 3. 3 Filifina, Jepun, Indonesia dan Australia. US tidak melakukan kerjasama yang besar di Asia Utara-khususnya India- sehinggalah era Vajpaye memimpin kerajaan India di akhir 90-an. Kerjasama dengan India mencapai puncaknya setelah kunjungan presiden Clinton pada tahun 2000. Tidak lama selepas insiden 11 September 2001, pemerintahan Bush memberikan fokus utama kepada India. Sebahagian besar dari langkah-langkah US adalah untuk merapatkan jurang kekuatan tentera antara India dan China sesuai rancangannya. Di antara langkah- langkah itu adalah perjanjian nuklear US-India. US melihat ketegangan di Kashmir antara India dan Pakistan berpengaruh untuk melemahkan penentangan negara-negara Asia Utara terhadap China. US memulakan proses normalisasi antara India dan Pakistan bagi menangani ketegangan antara dua negara tersebut. Proses normalisasi ini adalah bertujuan untuk mengelakkan peperangan diantara India-Pakistan disebabkan masalah Kashmir dan akhirnya mengarahkan kepada kerjasama dengan US untuk membelenggu kebangkitan China. US beranggapan bahwa penggabungan Kashmir ke India dan tekanannya terhadap rejim di Pakistan agar tidak berusaha merebut kembali Kashmir secara ketenteraan sebaliknya mengalihkannya kepada dialog; hal itu akan menyelesaikan isu Kashmir dan mencegah konflik ketenteraan India-Pakistan. Hal itu sama seperti kedudukan pentadbiran Abbas di Palestin dan negara-negara Arab di sekitarnya yang tidak mengambil tindakan ketenteraan terhadap Yahudi walaupun Yahudi menceroboh dan merampas wilayah Palestin sesuka mereka. Begitulah, Modi memulai langkah dengan menggabungkan Jammu dan Kashmir dan mengubah populasi di sana. Berikutnya keluar resolusi yang diambil Modi pada 5/8/2019 untuk membatalkan Perkara 370 dari Perlembagaan. Perkara 370 ini memberikan wilayah Kashmir pemerintahan otonomi dalam kadar yang besar iaitu membenarkan Kashmir memiliki perlembagaan sendiri, bendera terpisah dan kemerdekaan dalam banyak perkara selain urusan luar negeri, pertahanan dan komunikasi. Resolusi penghapusan yang dikeluarkan di bawah nama “Undang-Undang Reorganisasi” itu membagi Kashmir yang diduduki menjadi dua wilayah: wilayah Jammu-Kashmir dan wilayah Ladakh, dan pemerintahan kedua wilayah itu dihubungkan dengan pemerintah federal di New Delhi. Majlis Tinggi Parlimen India “Dewan Negara” pada hari berikutnya, 6/8/2019 menyetujui rancanan undang-undang itu dengan 125 suara setuju berbanding 61 menolak. Perkara 35(A) dibatalkan. Perkara ini melarang selain warga Kashmir membeli kediaman dan hartanah di Kashmir. Penghapusan itu membuka ruang bagi warga India lainnya untuk datang ke Kashmir dan membeli hartanah di sana dan membolehkan mereka menjawat jawatan pegawai pemerintah di sana. Keadaan ini boleh menyebabkan perubahan terhadap populasi dan kebudayaan di wilayah majoriti muslim tersebut. Hal ini menyerupai langkah-langkah yang diambil institusi Yahudi untuk merampas
  • 4. 4 Palestin! Apa yang dilakukan Netanyahu itu disetujui oleh US dan mendapat lampu hijau dari US, demikian juga apa yang dilakukan Modi juga atas persetujuan US dan lampu hijau dari US. Modi men’klon’ cara Netanyahu di Palestin dengan persetujuan dan dukungan US. Ketika India mengumumkan keputusannya untuk membatalkan status istimewa Kashmir, sikap Pakistan dilihat lemah dan tidak lebih hanya kecaman untuk menghilangkan rasa malu. Kementerian Luar Negara Pakistan mengeluarkan kenyataan: “Pakistan mengecam keras dan menolak pengumuman yang dikeluarkan pada Isnin 5/8/2019 dari New Delhi. Tidak mungkin bagi apa-apa langkah secara sepihak dari kerajaan India untuk mengubah status yang dipersengketakan, dan sebagai sebahagian dari persengketaan antarabangsa ini Pakistan akan melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan untuk menentang langkah-langkah ilegal itu” (AFP, 5/8/2019). Duta Pakistan ke Moskow, Qazi Khalilullah, mengatakan, “Pentadbiran Pakistan ketika ini fokus untuk menyiapkan reaksi diplomasi, politik dan undang-undang terhadap langkah-langkah terkini India di Kashmir. Telah dibentuk jawatankuasa khas yang akan memberikan saranan kepada kerajaan berkait isu ini”. Ini adalah sama seperti yang dilakukan oleh pentadbiran Abbas dan negara-negara arab di sekitarnya, di mana mereka mengecam dan memprotes perampasan Israel atas tanah yang diberkahi Palestin tanpa menggerakkan tentera untuk berperang. Pakistan mengulangi tindakan yang sama. Pakistan mengecam tanpa menggerakkan tentera untuk berperang! Di atas yang demikian, mereka merujuk kepada PBB dan US untuk menyelesaikan masalah-masalah mereka, padahal PBB dan US adalah musuh maka waspadalah terhadap mereka! Perkara ini dikuatkan lagi oleh pesanan twitter Perdana Menteri Pakistan Imran Khan pada 11/8/2019. Di Twitter beliau mensifati tindakan India tersebut akan menyebabkan “penindasan terhadap kaum Muslim di India dan berikutnya ditujukan kepada Pakistan dan itu merupakan usaha mengubah keadaan populasi (demografi) di Kashmir melalui pembersihan etnik”. Beliau menuntut masyarakat antarabangsa campurtangan dan menyatakan bahwa masyarakat antarabangsa memiliki kekuatan untuk menghalang India! Beliau lupa bahwa Pakistan memiliki kekuatan untuk menyekat India. Ini merupakan perkara yang boleh dibuktikan . Pada 26/2/2019 India mengumumkan serangan udara terhadap kem-kem pelbagai jamaah Kashmir dan “ramai yang terkorban akibat dari serangan tersebut”. Serangan itu adalah tindak balas setelah jamaah-jamaah Kashmir menyerang pasukan India yang menduduki Kashmir dan membunuh 41 orang tentera India pada 14/2/2019. Sehari setelah serangan India itu, Pakistan mengumumkan telah menembak jatuh dua pesawat tempur India dan menawan seorang juruterbang dan menewaskan dua lainnya. Ini menunjukkan bahwa pasukan Pakistan mampu menyekat India dan mengalahkannya, namun rejim Pakistan tidak serius mengambil apa-apa
  • 5. 5 tindakan untuk menyekat India. Sebaliknya, rejim Pakistan tunduk kepada arahan US yang meminta untuk tidak memperbesarkan insiden jatuhnya dua pesawat tersebut. Pelbagai pemberitaan menyatakan, “Menteri Luar US, Mike Pompeo, melalui perbualan telefon dengan Menteri Luar India dan Pakistan pasca serangan India terhadap kem kelompok Jaisy Muhammad, mengeluarkan keterangan yang mendorong kedua pihak untuk meredakan situasi dan menjauhi tindakan apapun yang dapat memanaskan dan meningkatkan bahaya”. Bahkan Pompeo berdiri di samping India ketika Pompeo menambahkan seraya mengatakan, “Serangan udara India itu merupakan operasi menentang terorisme dan mendorong Pakistan untuk bergerak secara serius menentang kelompok-kelompok teroris yang bergerak di wilayahnya” (AFP, Reuters, 28/2/2019). Dari pernyataan tersebut jelas nampak sokongan US kepada India dan dukungannya terhadap tindakan India. Perkara yang sama dilakukan US di Palestin di mana US senantiasa berpihak kepada entiti Yahudi dan mendukung semua perlakuan mereka terhadap kaum muslim yang mempertahankan wilayah mereka dan berjuang untuk membebaskannya. Meskipun demikian, Pakistan sama seperti pentadbiran Abbas dan rejim-rejim arab, tidak meninggalkan kebiasaan mereka merujuk kepada US dan menunggu campurtangan US bagi menyelesaikan konflik, meskipun Pakistan sedar bahawa US berdiri di samping India. Duta Pakistan ke Washington, Majid Khan pada 27/2/2019 menyatakan, “keterangan Menteri Luar US ditafsirkan dan difahami bahwa US mendukung sikap India dan ini lah yang lebih mendorong orang-orang India”. Dia mengatakan, “mungkin tidak ada negara lain dalam posisi yang lebih baik dari US untuk memainkan peranan” (AFP, 28/2/2019). Ini beerti, meskipun mengakui bahwa keterangan Kementerian Luar US itu merupakan dukungan untuk sikap India, namun dia berpandangan bahwa US adalah yang paling layak untuk memainkan peranan! Seperti biasa US, menyibukkan mereka dengan Majis Keselamatan PBB, Inilah yang dikatakan oleh rejim Pakistan. Rejim Pakistan mengumumkan tidak menginginkan ketegangan dan memperbesarkan isu dengan India serta menyatakan Pakistan akan mengemukakan bantahan rasmi terhadap New Delhi ke PBB, tidak lebih dan tidak kurang. Pakistan bahkan mengumumkan akan menyerahkan juruterbang India yang ditawan kepada India, dan Pakistan pun benar-benar menyerahkannya secara rasmi sebagai inisiatif perdamaian, seperti anggapannya. Begitu pulalah ketika Kashmir digabungkan ke India. Pakistan menyerukan “sidang khas Majlis Keselamatan terhadap situasi Kashmir di belakang pintu-pintu tertutup setelah keputusan India menghapus pemerintahan otonomi untuk wilayah Kashmir. Duta Pakistan ke PBB, Maliha Lodhi, menyambut keputusan Majlis Keselamatan untuk membincangkan isu Kashmir dalam
  • 6. 6 sidang khas. Dia mengatakan bahwa isu Kashmir mulai diangkat secara global dan mampu diselesaikan dengan India melalui dialog” (al-‘Arabi al-Jadid, 16/8/2019)! Sikap ini menunjukkan bahwa rejim Pakistan tidak akan mengambil langkah-langkah ketenteraan untuk menghalangi India dan tidak akan melakukan tindakan serius terhadap India. Ini menguatkan keputusan India membatalkan status istimewa Kashmir dan menguatkan pencerobohannya. Perlu diketahui, bahwa Imran Khan dalam kunjungannya ke US pada 21/7/2019, diiringi oleh Panglima Angkatan Bersenjata Pakistan Javed Bajwa dan Direktor- General Agensi Perisikan dan Keselamatan Dalam Negeri Fayez Hamid, dalam pertemuannya dengan Trump. Trump memintanya memainkan peranan untuk US di Afghanistan. Trump mengatakan, “bahwa dia berharap Pakistan melakukan dan membantu sebagai orang tengah untuk mencapai penyelesaian politik bagi mengakhiri perang yang telah berlangsung sejak 18 tahun di Afghanistan”. Imran Khan pun dengan patuh segera melaksanakan perintah Trump seraya mengatakan, “saya akan bertemu dengan Taliban dan saya akan mengerahkan kemampuan maksimal saya untuk meyakinkan mereka agar turut serta di dalam perbincangan dengan pemerintah Afghanistan”. Kemudian dia berbangga dengan pengkhianatan rejim Pakistan dan bantuannya kepada US. Dia berkata, “perisikan Pakistan memberikan informasi yang memungkinkan orang-orang US menentukan tempat Osama bin Laden” (Reuters, 22/7/2019). Semua ini dia berikan kepada US pada waktu di mana US mendukung India dan merugikan Pakistan! Maka ketika pengumuman India membatalkan status istimewa Kashmir, Kementerian Luar US mengeluarkan keterangan yang di dalamnya dinyatakan, “kami terus mendukung dialog langsung antara India dan Pakistan berkaitan Kashmir dan isu-isu lainnya yang mengganggu” (Reuters, 7/8/2019). US tidak mengecam langkah India dan mengatakan bahwa langkah itu bertentangan dengan resolusi antarabangsa terhadap Kashmir. Malah US mengusulkan dialog yang meremehkan Imran dan rejimnya. Dialog apa sementara India mengumumkan menggabungkan Kashmir secara rasmi?! Sungguh ini menunjukkan persetujuan US terhadap langkah ini, bahkan menunjukkan bahwa US sudah tahu sebelumnya, sebab India tidak mungkin mengambil langkah seumpama itu sebelum berbincang dengan US dan mendapat lampu hijau darinya. Telah dinyatakan di buku “Qadhâyâ Siyâsiyah – Bilâdu al-Muslimîn al-Muhtallah” yang diterbitkan pada 21/5/2004 berkenaan isu Kashmir sebagai berikut: “Oleh yang demikian, bagi US, di mana dua negara iaitu India dan Pakistan berada di bawah pengaruhnya, US serius mewujudkan kesefahaman di antara kedua negara itu berkenaan Kashmir. US mengubah pandangan mendasarnya untuk solusi isu tersebut di mana pada awalnya, US ingin memainkan isu tersebut, namun kini US mendorong kedua pihak untuk menyelesaikannya secara bilateral. Pandangan US terhadap solusi tersebut kini adalah berkenaan pembagian
  • 7. 7 Kashmir, di mana Kashmir yang bebas untuk Pakistan dan Kashmir yang ada di bawah kawalan India untuk India”. Sungguh apa yang terjadi masa ini sesuai dengan apa yang dinyatakan di dalam buku tersebut. India melakukan langkah ini dan mengadakan insiden sebagai kejadian baru yang menancapkan pencerobohan India atas Kashmir. Cina mengecam langkah India. Setelah pembatalah Perkaran 370 di bawah nama “Undang- Undang Reorganisasi” Kashmir yang dikuasai India menjadi dua wilayah: wilayah Jammu- Kashmir dan wilayah Ladakh. Pemerintahan kedua wilayah itu dihubungkan dengan pemerintah federal di New Delhi. Ladakh berada di dataran tinggi al-Tabat yang bersempadan dengan China, sementara India tidak berbincang dengan China sebelum undang-undang tersebut. Karena itu, Hua Chunying jurubicara Jabatan Luar China mengatakan, “India pada kebelakangan ini berterusan merosakkan politik wilayah China melalui perubahan undang- undang nasionalnya berkaitan dengan perbatasan tanpa merujuk kepada Peking, China tidak dapat menerima tindakan-tindakan tersebut”. … Pernyataan Ying itu sebagai respon terhadap keputusan New Delhi pada Isnin lepas dengan mengumumkan bahwa Ladakh merupakan wilayah kesatuan yang meliputi wilayah bagian barat perbatasan China-India. Chunying menegaskan bahwa China senantiasa menentang penggabungan wilayah China di bahagian perbatasan barat di bawah sebutan wilayah administratif India …” (al-Bayan, 8/8/2019). Ringkasnya Pembatalan Perkara 370 dan kemudian langkah-langkah penggabungan yang telah dan sedang dilakukan Modi itu dilakukan dengan lampu hijau dan dokongan dari US dimana US menganggap penggabungan itu akan menjadikan kaum Muslim akan melupakan Kashmir. Seterusnya akan menjadikan tidak ada konflik antara India dan Pakistan dengan pertimbangan bahwa kedua rejim tersebut saat ini berjalan bersama di garis US. US dan India lupa atau pura-pura lupa bahwa Kashmir di hati kaum Muslim di Pakistan dan di mana saja, kedudukannya sebagai wilayah islami yang diduduki umat Islam. Persetujuan rejim di Pakistan atau diamnya dari penggabungan India ke atas Kashmir sama sekali tidak berarti diamnya kaum Muslim di Pakistan dan diamnya tentera mereka. Serangan ketenteraan telah difahami oleh India. Jatuhnya dua pesawat tempur India belum lama. Serangan ketenteraan ini terjadi ketika rejim Imran melarang tentera melakukan serangan untuk membebaskan Kashmir, tetapi tentera hanya diizinkan mempertahankannya, sehingga di belenggu sebeini! Lalu bagaimanakah seandainya tentera ini digerakkan untuk berperang? Nescaya musuh akan melihat kekalahan dek karena mereka!
  • 8. 8 China mengecam langkah India. Jabatan Luar Cina mengeluarkan keterangan yang mengatakan, “keputusan sepihak India mencerminkan secara negatif atas kedaulatan regional Cina dan mencederai perjanjian-perjanjian antarabangsa. Peking tidak akan menyetujui keputusan sepihak India berkaitan perubahan status perlembagaan wilayah Kashmir. Keputusan itu tidak dapat diterima” (Anadul, 6/8/2019). China memahami bahawa perkara tersebut memperkuat kedudukan India di kawasan tersebut dan menyaingi China sehingga menjadi kekuatan regional yang sepadan dengan China. Ini seperti yang mahukan oleh US iaitu untuk menghadapi kekuatan Cina secara regional. Ladakh, meskipun penduduknya sedikit (+- 270 ribu orang) dengan penyelesaian isu Kashmir seumpama itu dan paparan ke wilayah Ladakh di perbatasan China-India tanpa berbincang dengan China telah memicu kritik dari China. Jika Cina dapat mengatur langkah-langkahnya dan mengembangkan kesedaran politiknya nescaya China akan mengeksploitasi situasi Ladakh untuk kepentingannya dan membalas balik rencana-rencana US. Ladakh bukan menjadi pusat operasi garis hadapan untuk US melawan China seperti yang direncanakan US, maka sebaliknya menjadi lumpur bagi US terjerumus ke dalamnya dan tidak dapat keluar! Khatimah Musibah kita adalah pada para penguasa di negeri kaum Muslim. Potensi kekuatan milik kita cukup, bahkan lebih dari cukup, untuk mengembalikan hak-hak kita dengan mulia dan membisikkan kepada musuh pelajaran yang mereka ingat hingga ke kuburnya! Tetapi, para penguasa yang berkhianat kepada Allah, Rasul-Nya dan kaum Mukmin, mereka tunduk kepada tuan-tuan mereka kaum kafir imperialis lebih lebih dari ketundukan mereka kepada Allah Rabb semesta alam. Mereka melarang tentera memerangi musuh-musuh mereka untuk membebaskan wilayah mereka yang dicerobohi. Melalui kehinaan dan kerendahan itu para penguasa ini mencari sesuatu dari sisa di koridor PBB dan Majlis Keselamatan. Ini pun hanya jika mereka berjaya mendapatkan sisa-sisa! Meski semua hal menyedihkan ini, wilayah kaum Muslim yang dicerobohi mulai dari Palestin hingga Kashmir, Burma wilayah Rohingya, kemudian Turkistan Timur, Kaukasus, Chechnya dan sekitarnya, Krimea dan semua negeri yang di sana muadzin melaungkan takbir namun diperintah oleh musuh-musuh Islam. Semua ini akan kembali, dengan izin Allah, ke Dar al-Islam yang di atasnya Rayah Islam berkibar, dikembalikan oleh Imam yang menjadi perisai, dikembalikan oleh Khalifah yang mendapat petunjuk, dikembalikan oleh pasukan Islam yang berjihad. Maka siapa sahaja yang menginginkan kemuliaan di dunia dan di al-Firdaus yang tinggi di akhirat maka hendaknya menyingsingkan lengannya dan berjuang bersama para pejuang untuk menegakkan al- Khilafah, dan hendaknya perjuangan ini mengalir di darahnya, jantungnya dan tubuhnya dengan benar dan ikhlas.
  • 9. 9 “Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja” (TQs as-Saaffat [37]: 61). Rujukan 1. https://mykhilafah.com/kashmir-150-tahun-dalam-kezaliman-dan-penindasan/ 2. https://mediaumat.news/apa-di-balik-penghapusan-status-khusus-kashmir-oleh-india/