Etika merujuk kepada perbuatan, tabiat dan adab yang dilakukan oleh seseorang insan. Etika di kategorikan kepada etika individu dan etika organisasi. Etika kerja profesional diwujudkan adalah untuk memandu arah dan mengawal tingkah laku para profesional supaya mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,kepakaran dan kemahiran yang ada untuk mencapai matlamat organisasi dan memmberikan kebaikan kepada semua pi
2. Pada akhir topik ini peserta akan dapat :
- Mengetahui jenis-jenis etika dalam perkhidmatan awam
- Mengetahui etika terhadap diri dan organisasi
OBJEKTIF
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
3. KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
PENGENALAN
‘Etika’ dikenali sebagai falsafah moral merupakan satu
cabang falsafah yang membabitkan menyusun,
mempertahankan dan mencadangkan kelakuan yang
betul dan salah. Ia merujuk kepada tingkah laku moral
manusia dan bagaimana untuk bertindak dalam
keadaan tertentu.
4. ETIKA PERKHIDMATAN AWAM
7 Teras Perkhidmatan Awam
Berazam Meningkatkan Mutu Perkhidmatan
Bekerja dengan Penuh Tanggungjawab
Berusaha mengikis Sikap Mementingkan Diri
Berkhidmat dengan Penuh Muhibbah dan Kemesraan
Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
Bekerjasama dalam Membenteras Kelemahan dan
Musuh-Musuh Negara
Berpegang Teguh Kepada Ajaran Agama
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
5. Berazam Meningkatkan Mutu Perkhidmatan
Adalah menjadi tanggungjawab seseorang pekerja itu
membaiki mutu perkhidmatannya dengan
meningkatkan kemahirannya menerusi latihan-latihan
tertentu ,pembacaan,pembicangan secara sendiri
tentang aspek-aspek pekerjaan dan lain-lain.
Kesediaan seseorang pekerja untuk mengatasi
kelemahan-kelemahan dirinya tanpa diperingatkan
oleh ketuanya adalah satu sikap yang terpuji.
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
6. Bekerja dengan Penuh Tanggungjawab
Setiap pekerja dikehendaki bertanggungjawab terhadap kerjanya.
Bertanggungjawab bermakna melaksanakan tugas dengan sebaik
mungkin sebagaimana diharapkan oleh organisasi.
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
Berusaha mengikis Sikap Mementingkan Diri
Kakitangan kerajaan perIu menyifatkan dirinya sebagai
penggerak masyarakat tanpa mempergunakan kedudukannya
bagi mencari keuntungan diri sendiri. Sifat sombong dan
bongkak perlu dihapuskan dan digantikan dengan perasaan
insaf dan sopan.
7. Berkhidmat dengan Penuh Muhibbah dan Kemesraan
Negara mempunyai rakyat yang berbilang bangsa dan keturunan
serta mengamalkan pelbagai kepercayaan dan budaya. Keadaan ini
memerlukan semua kakitangan kerajan bekerja dengan muhibah
dan kemesraan.
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
Bekerja Ke Arah Memajukan Pemikiran Rakyat
Adalah menjadi kewajipan bagi setiap kakitangan kerajaan
membantu memberi kefahaman kepada masyarakat awam tentang
dasar, program serta hasrat kerajaan agar pembangunan dan
perubahan yang dibawa oleh kerajaan dapat dilaksanakan dengan
lancar dan jayanya
8. Bekerjasama dalam Membanteras Kelemahan dan
Musuh-Musuh Negara
Semua pihak adalah terlibat dalam usaha membanteras kelemahan
negara seperti kemiskinan, kejahilan dan rasuah. Kerjasama antara
semua pihak iaitu awam, swasta serta golongan tertentu adalah
penting bagi memastikan keamanan serta menggerakkan negara ke
arah pembangunan yang menyeluruh.
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
9. BERPEGANG TEGUH KEPADA AJARAN AGAMA
Berpegang teguh kepada ajaran agama merupakan satu aspek yang
sangat penting dalam menjalankan tugas. Ini adalah kerana agama itu
sendiri membawa nilai-nilai yang baik dalam membentuk pekerja yang
jujur, cekap dan berkesan.
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
ETIKA INDIVIDU
- Bekerja dan berazam dengan mengabdikan diri kepada Tuhan
- Bekerja dengan ikhlas dan amanah
- Bekerja dengan semangat gotong-royong
- Bekerja dengan matlamat kebahagiaan manusia sejagat
10. ETIKA DALAM ORGANISASI
- Peraturan
- Prosedur-prosedur Operasi Standard
- Nilai-nilai Kualiti
- Akauntabiliti
- Pengurusan masa yang berkesan
- Membuat keputusan yang berkesan
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
11. • Etika merujuk kepada perbuatan, tabiat dan adab yang
dilakukan oleh seseorang insan.
• Etika di kategorikan kepada etika individu dan etika
organisasi.
• Etika kerja profesional diwujudkan adalah untuk memandu
arah dan mengawal tingkah laku para profesional supaya
mereka dapat menggunakan segala pengetahuan,kepakaran
dan kemahiran yang ada untuk mencapai matlamat organisasi
dan memmberikan kebaikan kepada semua pihak
KUALITI KENDIRI PEMIMPIN SEKOLAH
RUMUSAN