3. AMALAN KITAR SEMULA
THE GREEN DOT SYMBOL
- Pengeluar/pengilang dan juga penjual perlu membayar yuran/cukai “Green Dot” terhadap setiap
produk yang dikeluarkan atau dijual. Lebih banyak pembungkusan dibuat terhadap sesuatu
produk (seperti makanan misalnya terdapat aluminium foil di dalam, kemudian dimasukkan ke
dalam kotak dan dibalut lagi dengan plastik) akan menambahkan lagi yuran atau cukai “Green
Dot”.
THE GREE DOT SYBOL
4. SISTEM PENGANGKUTAN
Keretapi dan bas merupakan pengangkutan awam utama di Jerman. Perkhidmatan ini amat
popular dikalangan golongan muda seperti golongan pelajar, pekerja dan pelancong yang datang
ke negara Jerman. Penggunaan perkhidmatan awam ini lebih menjimatkan berbanding
penggunaan kenderaan sendiri. Selain itu, perkhidmatannya yang efisyen dan tepat pada masa
(on-time) menggalakkan lagi perkhidmatan ini digunakan oleh semua golongan masyarakat.