Ringkasan dokumen tersebut adalah sebagai berikut:
Gaya pembelajaran kritis dan kreatif merujuk kepada cara seseorang pelajar memproses maklumat dengan menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan unik melalui proses pemikiran kreatif dan kritis. Dokumen ini menjelaskan definisi gaya pembelajaran kritis dan kreatif serta refleksi ciri-ciri kritis dan kreatif dalam gaya pembelajaran seseor
1. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 1
1.0 DEFINISI GAYA PEMBELAJARAN
Menurut Kamus Dewan edisi ke empat, gaya bermaksud cara atau kelakuan. Gaya
bermaksud stail atau cara. Maka gaya pembelajaran seseorang merujuk kepada stail atau
cara pembelajarannya. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah
cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memperoses maklumat untuk
membentuk konsep dan prinsip.
Peterson (1971) mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai pendekatan yang degemari
oleh sseorang pelajar. Dunn dan Dunn (1978), dalam buku Teaching Students Through
Their Individual Leaning Style: A Practical Approach, merujuk gaya pembelajaran sebagai
cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan mengingati
sesuatu maklumat atau kemahiran baru.
Di dalam buku mereka Leaning Style Inventory development dan Research (1982),
Dunn dan Dunn menghuraikan gaya pembelajaran sebagai cara bagaimana unsur-
unsurndaripada lima ransangan, iaitu persekitaran, emosi, social, fisiologi dan psikologi,
dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memahami, berinteraksi dan
bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya.
Gregorc (1979) , mentakrifkan gaya pembelajaran sebagai tingkah laku yang
dimanifestasikan oleh seseorang individu apabila menggunakan mindanya untuk
berinteraksi dengan persekitaran, kemudian mengumpul dan memproses maklumat
daripadanya.
Garger (1985), menyatakan setiap orang dilahirkan dengan gaya pembelajaran yang
tersendiri. Warisan baka dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam
pembentukan gaya pembelajaran seseorang.
2. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 2
Slavin (1994) mengaitkan personality dengan gaya pembelajaran dan menyatakan
“Sebagaimana pelajar-pelajar mempunyai personality yang berbeza-beza, sama-sama juga
mereka mempunyai pelbagai cara belajar”.
Kesimpulannya gaya pembelajaran merupakan stail atau cara belajar seseorang
individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafsir dan
memperolehi maklumat, ilmu pengetahuan atau kemahiran yang diingini.
Gaya pembelajaran adalah hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti
jantina, umur dan personality, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan
persekitaran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan
sekolah.
1.2 GAYA PEMBELAJARAN KRITIS DAN KREATIF.
1.2.1 Definisi kreatif
Menurut Kamus Dewan Edisi ke -4 , kreativiti bermaksud kemampuan mencipta.
Pengertian tentang kreativiti yang dikemukakan oleh pakar June King Mc Fee Kreativiti
bermaksud mencipta perlambangan dan idea yang baru, bagi mengemaskinikan
perlambangan yang sedia ada. Menyusun dan mengolah semua organisasi yang sedia ada
dan mantap, kepada suatu organisasi yang baru. Berdaya menyatukan idea baru atau idea
yang diambil dari sesuatu, kepada sistem oganisasi atau situasi yang lepas iaitu memberi
makna baru.
E. Paul Torrance Pelajar yang kreatif belajar melalui penyoalan, pemerhatian,
penemuan, percubaan, penerokaan, memanupulasi sesuatu semasa bermain tetapi sentiasa
mencuba mencari kebenaran .kreativiti sebagai sesuatu yang mempunyai keunikan.
Donald W. Mac Kinnon.(1962) Individu kreatif boleh menyatakan tentang dirinya serta
mempunyai aras intelektual yang tinggi, pengalaman dan kepakaran estetika. Mereka berdiri
3. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 3
dalam aspek berfikir dan bertindak. Ada pertalian positif antara kreativiti dengan kebebasan,
kelenturan intelektul, kepekaan, keindahan dan keaslian.
Menurut Muhamad Tamyez Bajuri (1996), kreativiti adalah berkait dengan aspek
penerokaan, sama ada melalui mental atau fizikal. Daya inilah yang membawa kitakepada
satu cara pemikiran di luar pemikiran biasa. Ia dapat dibentuk, dilatih menerusi rangsangan
tertentu.
Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan
naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat membantu kanak-kanak
mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka
dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan.
Gaya pembelajaran kristis dan kreatif ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan
tindakan untuk memperoses maklumat untuk membentuk konsep dan prinsip yang perlu
diikuti oleh seseorang iaitu menghasilkan atau memikirkan sesuatu yang baru, berbeza dan
hasil yang unik, melalui proses pemikiran bercapah, motivasi yang tinggi, sentiasa
mempunyai bentuk pemikiran yang terbuka, hasil yang tidak diduga, galakan
memperkembangkan dan meningkatkan idea sendiri, kelainan, unik, individual dan keaslian,
berlaku proses pemikiran kreatif, mementingkan proses dan bukan hasil, kekuatan
pengetahuan dan kemahiran, keinginan meneroka sendiri, mampu mengkritik, menilai, idea
dan subjek dimanipulasikan serta dikaji, teliti menggunakan langkah-langkah perkembangan
kreatif : sumbang saran, penggunaan baru, adaptasi, modifikasi, magnifikasi, penyusunan
semula, pengunduran, membuat penyenaraian dan dimensi lain (analogi).
4. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 4
2.0 GAYA PEMBELAJARAN KRISTIS DAN KREATIF DALAM DIRI.
Setiap individu mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap
pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik
darjah dan amalan pengajaran. Individu belajar dalam berbagai cara dengan melihat dan
mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal,
mengingat dan menggambarkan.
Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan
mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep
dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam
kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan
pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan
menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza memproses maklumat. Kaedah
tersendiri individu mencari, menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat dikenali
sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu
pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan
pengetahuan dan kemahiran. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu
seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses
pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk
mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan
Stevenson, 1997). Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan
dirinya akan lebih mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
Klavas (1994) dalam kajiannya mendapati setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya
pembelajaran dan menggunakannya telah mendapat keputusan lebih cemerlang. Kajian
berpanjangan (longitudinal) oleh Dunn dan Dunn (1978) menghasilkan satu model gaya
pembelajaran dan mengenalpasti 5 kategori gaya pembelajaran yang diamalkan oleh
individu.. Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh
seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke
arah pembelajaran seumur hidup.
5. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 5
Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal,
mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar mempunyai kepelbagaian dan
kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar yang berbeza dan kadar
pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini mempunyai gaya pembelajaran
yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya belajar yang berbeza disesuaikan
mengikut persekitaran.
Kajian lepas menjelaskan untuk belajar lebih berjaya individu pelajar perlu
didedahkan dengan pelbagai model dan teknik pembelajaran. Malangnya, unsur ini kurang
ditekankan oleh guru atau pensyarah. Sarena Abdul Karim (2003) menyatakan sistem
pendidikan di Malaysia masih kurang menekankan aspek teknik belajar secara formal.
Menurutnya lagi, kebanyakan pelajar mempelajari teknik atau kemahiran belajar secara
secara kebetulan, tidak langsung atau terikut-ikut dengan rakan sebaya. Situasi ini wujud
disebabkan pelajar tidak mempunyai panduan yang khusus untuk menghadapi pembelajaran
mereka. Sangatsedikit pelajar didedahkan dengan model gaya pembejaran dan kemahiran
belajar semasa diperingkat awal persekolahan. Siti Hawa Munji (1987) telah membuat satu
kajian mengkaji kemahiran belajar pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM). Hasil
kajiannya mendapati kesedaran pelajar UPM tentang penggunaan kemahiran belajar yang
berkesan di kalangan pelajar masih berada pada tahap yang rendah.
2.1 Pernyataan Masalah
Mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering
dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar selalu
menghadapi masalah untuk mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk
belajar dan selalu tidak sempat habis membaca nota semasa peperiksaan.
Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa ialah mereka
gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti, di samping
tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani
Awang, 1996).. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di
6. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 6
antara satu sama lain. Justeru kajian ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kritis
dan kreatif dalam diri.
2.2 Objektif Kajian
Terdapat 2 objektif disediakan dalam kajian ini, iaitu
1. Mengenal pasti gaya pembelajaran kristis dan kreatif dalam diri sendiri .
2. Menentukan tahap kemahiran belajar .
2.3 Persoalan Kajian
Berikut adalah persoalan kajian yang dibina bagi menjawab objektif yang disediakan.
1. Apakah gaya pembelajaran kritis dan kreatif yang diamalkan .
2.4 Kepentingan Kajian
Hasil kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan
pembelajaran seseorang.
2.5.1 Laporan
Gaya pembelajaran kritis dan kreatif yang dimiliki oleh saya ialah Gaya Pembelajaran Aktivis.
Gaya Aktivis di kategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan ’obses’
terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru Kehidupan
mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman
baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci.
Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka
kebiasaanya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran. Golongan aktivis adalah
golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan idea-idea serta jalan penyelesaian yang kreatif.
7. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 7
3.0 REFLEKSI CIRI KRITIS DAN KREATIF DALAM GAYA PEMBELAJARAN
Menulis nota merupakan aktiviti yang sangat penting kepada saya . Kemahiran
mencatat nota yang efektif penting dalam proses pembelajaran di universiti kerana kuliah
yang disampaikan oleh pensyarah merupakan sumber maklumat paling utama bagi saya.
Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim, 1992). Kemahiran
menulis nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran di universiti yang
memerlukan daya usaha sendiri. Kemahiran menulis nota yang betul sambil mendengar
penerangan pensyarah. Selain itu, Siti Hawa Munji (1987) juga mengatakan nota pelajaran
di universiti tidak hanya terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja.
Maklumat tambahan juga boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal ataupun
rencana suratkhabar. Oleh itu, saya perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang
bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulangkaji. Menurut Carmen dan
Adams (1984), menulis nota mempunyai beberapa kebaikan seperti berikut:
Nota yang tersusun memudahkan saya mengenalpasti idea utama. Pen merupakan alat yang
utama dalam menulis nota. Sebelum menulis nota perlu menyediakan ruang untuk mencatat
komen ketika ulangkaji. Mencatat nota dalam bentuk yang ringkas dan dapat difahami.
Menggunakan perkataan tertentu dengan simbol yang mudah difahami. Mencatat nota
untuk diri sendiri dan sebarang modifikasi, bentuk, lakaran dan sebagainya boleh digunakan
mengikut kefahaman individu.
Selain itu, penggunaan peta minda yang saya gunakan amat berkesan kepada saya
kerana penggunaan peta minda mempunyai pelbagai kebaikan kepada saya. Pertama sekali,
ianya dapat meningkatkan daya ingatan saya terhadap sesuatu topik dengan mudah dan
menjimatkan masa saya dalam mengulang kaji pelajaran. Penggunaan peta minda juga
memudahkan saya untuk memahami sesuatu konsep. Selain itu, penggunaan peta
mindatelah membantu saya dalam mendapatkan gambaran secara keseluruhan topik yang
saya pelajari.
Pada pendapat saya, teknik belajar secara berkumpulan mempunyai beberapa
refleksi terhadap diri saya terutama dalam meningkatkan prestasi dalam pelajaran. Belajar
dalam kumpulan dapat meningkatkan semangat saya untuk belajar. Persaingan antara ahli
8. Gaya Pembelajaran Kristis dan Kreatif 2013
[Type the company name] | Error! No text of specified style in document. 8
kumpulan telah memberi semangat kepada saya untuk terus meningkatkan prestasi saya
setanding dengan ahli kumpulan saya yangt lain. Gaya ini juga telah membantu saya dalam
meningkatkan daya ingatan saya kerana kadang-kadang semasa menduduki peperiksaan
saya sering terlupa maklumat penting dalam menjawab soalan. Masa inilah saya akan cuba
mengingat semula akan segala topik yang kami bincangkan di dalam kumpulan kami lantas
dapat menjawab soalan tersebut.