SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
Download to read offline
1 
PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH 
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) 
SEMESTER 2 SESI 2013/2014 
KOD DAN NAMA KURSUS: 
SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK 
(PENTAKSIRAN) 
TAJUK: 
PROJEK KECIL (TUGASAN 4) 
NAMA DAN NOMBOR MATRIK: 
NAMA 
NO. MATRIK 
NAZIRAH BINTI ABD. GHANI 
M20131000357 
(KUMPULAN A: MATEMATIK) 
NAMA PENSYARAH: 
PROF. DR. MARZITA PUTEH 
PEMARKAHAN
PERSEPSI GURU MATEMATIK TERHADAP PELAKSANAAN 
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH RENDAH 
NAZIRAH BINTI ABD. GHANI 
ABSTRAK 
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru Matematik dan masalah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PBS di sekolah. Kajian ini melibatkan 8 orang guru Matematik yang mengajar tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat. Instrumen kajian yang digunakan adalah temubual berstruktur. Dapatan kajian mendapati bahawa guru- guru Matematik mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan PBS dan mempunyai kemahiran membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR. Selain itu, guru-guru ini juga membuat tindakan susulan setelah selesai membuat pentaksiran. Masalah capaian internet di sekolah merupakan antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik selain daripada masalah kekangan masa. Pertukaran jadual waktu dan guru bukan opyen Matematik yang mengambilalih kelas Matematik merupakan antara masalah lain yang telah timbul. 
1.0 PENDAHULUAN 
1.1 PENGENALAN 
Proses pembangunan dan pengembangan kurikulum sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Ia melibatkan aktiviti seperti semakan semula, penstrukturan semula, penambahbaikan sehinggalah kepada perubahan dan penukaran kurikulumnya. Proses ini biasanya lebih tertumpu kepada tiga komponen asas kurikulum iaitu isi kandungan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bentuk penilaian. Antara bentuk perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah semakan semula sukatan pelajarannya, penetapan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program penilaian berasaskan struktur dan bentuk baru. Ini dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara yang sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa. Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
diperkenalkan dan pada tahun 1993 pula Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang memperlihatkan kesepaduan dari segi mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Seterusnya pada tahun 2003, satu semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilakukan. Dalam semakan ini telah diperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). 
Susulan daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyemak dan menggubal kurikulum bersesuaian dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini termasuklah kurikulum Matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun 2011. Perubahan kurikulum ini dijalankan serentak di seluruh negara di semua sekolah rendah pada sesi pembelajaran Januari 2011. 
Pada dasarnya, matlamat perubahan dan penyemakan semula kurikulum Matematik ini adalah satu usaha untuk memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Hal ini kerana pada tahun 2003 pelajar-pelajar sekolah rendah telah mula belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris melalui PPSMI. Namun demikian perubahan yang dilakukan adalah bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan keperluan negara. Selain itu perubahan sukatan ini berlandaskan kepada keperluan dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini dipilih bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini dipanggil standard berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Begitu juga dengan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi penilaian yang dijalankan secara berterusan. Kemudian, guru-guru akan mengenalpasti strategi penambahbaikan bagi membantu murid memahami isi kandungan pelajaran. Kurikulum ini juga bertujuan untuk mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran melalui sistem penilaian yang berkesan. Murid dibimbing dengan lebih efektif oleh guru. Akhirnya ialah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Melalui sistem pentaksiran ini, murid dinilai mengikut tahap kemampuannya.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan di mana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut. 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) lebih memfokuskan kepada bentuk bahan, organisasi, bentuk kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan kurikulum. Ini semua bertujuan bagi melahirkan insan seimbang yang selaras dengan Falsafah Pendidikan negara serta mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif. 
1.2 PERNYATAAN MASALAH 
Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar Melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan melalui peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar Melayu kebanyakannya adalah lemah bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris, bermula dari peringkat pendidikan rendah lagi iaitu UPSR dan secara kumulatif kelemahan itu membawa kepada peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001). 
Dalam hal ini guru adalah individu terpenting yang akan menjalankan visi dan menyampaikan ilmu dan kemahiran ini. Oleh itu bagi memastikan matlamat dan objektif pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini tercapai, pengajaran guru amat memainkan peranan. Oleh itu guru-guru ini telah dihantar mengikut kursus dan bengkel bagi mendapatkan tatacara menjalankan pembelajaran mengikut standard. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan
sesuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya). Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara. 
Pentaksiran Berasaskan Sekolah diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum. Kajian-kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya, 2009). Namun keberkesanannya bergantung kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran, latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan. 
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 
1. Mengenalpasti persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah. 2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik dalam melaksanakan PBS di sekolah? 
1.4 SOALAN KAJIAN 
1. Apakah persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah? 2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan PBS di sekolah?
1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 
Guru 
Dapatan kajian ini dapat melahirkan guru yang lebih profesional dalam menangani masalah-masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran. 
Murid 
Kajian ini dapat melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kritikal dan berkualiti. Di samping itu, mereka ini akan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara pada masa akan datang. 
Sekolah 
Melalui kajian ini, pihak sekolah dapat menilai sendiri perspektif guru terhadap PBS. Sekiranya guru menghadapi masalah-masalah dalam pelaksanaan PBS, apakah penyelesaian yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya akan menjejaskan pencapaian pelajar dimana mereka akan menerima kesan daripada perlaksanaan sistem PBS ini. 
Kementerian Pendidikan Malaysia 
Menerusi kajian ini, dapatan yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian sekiranya ingin merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan pada masa akan datang.
1.6 BATASAN KAJIAN 
Kajian yang telah dijalankan adalah berfokuskan kepada persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS. Walaubagaimanapun, setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Oleh itu, kajian ini tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran. Peserta kajian adalah terdiri daripada 8 orang guru Matematik di sebuah sekolah. Guru-guru Matematik ini mengajar tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat di mana KSSR dan PBS dilaksanakan pada kelas-kelas tersebut. Dapatan dan kesimpulan kajian adalah dianggap benar hanya bagi guru-guru tersebut sahaja dan tidak boleh digenaralisasikan kepada guru- guru lain di sekolah yang lain. 
2.0 SOROTAN LITERATUR 
Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan sebelumnya iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi, 2006). 
Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mendapati bahawa semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka akan timbul minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru-guru yang mengajar Matematik tahun satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang berpengalaman mengajar tahun satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan.
Tonggak kepimpinan guru besar atau pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) mendapati bahawa guru besar memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan SPPK yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. 
Zurida dan Nooraida (2012) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru. 
Kajian yang telah dijalankan oleh Noraini dan Saifulazri (2010) yang bertujuan untuk mengenalpasti persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup mendapati bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan serta bahan- bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka melaksanakan PBS.
Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik. 
3.0 METODOLOGI 
3.1 Rekabentuk Kajian 
Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tentang persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah.dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. 
3.2 Sampel Kajian 
Kajian ini telah melibatkan seramai 8 orang guru Matematik di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor. Guru-guru Matematik ini mengajar tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat di mana KSSR dan PBS dilaksanakan pada kelas-kelas tersebut. Pemilihan sampel adalah secara persampelan bertujuan di mana ianya selaras dengan matlamat pengkaji untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang fenomena yang dikaji dengan memilih kelompok manusia secara teliti dan bertujuan (Othman, 2012). 
3.4 Instrumen Kajian 
Temubual Berstruktur 
Pengkaji menggunakan kaedah temubual berstruktur di dalam kajian ini. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi guru dan masalah-masalah yang dihadapi terhadap pelaksanaan PBS. Soalan-soalan tersebut dibentuk berdasarkan pengubahsuaian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam kajian- kajian lepas supaya ianya sesuai dengan objektif kajian ini.
Temubual berstruktur melibatkan penemubual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua peserta kajian (Othman, 2012). 8 orang guru Matematik telah ditemubual dengan soalan yang sama dan dalam keadaan yang sama. 
3.5 Analisis Kajian 
Data-data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif. Kajian kualitatif digunakan kerana boleh membongkar dan memberi pemahaman apa yang berlaku disebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin, 1997). 
Pengkaji merekodkan temubual yang dijalankan terhadap peserta kajian. Setelah itu, pengkaji mendengar semula rakaman temubual tersebut dan membuat transkrip. Pengkaji menganalisis transkrip teubual secara pengekodan. Proses pengekodan akan membantu mengkategori data (Othman, 2012). Kesimpulan dibuat berdasarkan gabungan tema dan kategori. 
5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 
1. Mengenalpasti persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah. 
a. Kesemua peserta kajian bersetuju bahawa mereka mempuyai pengetahuan dalam mengendalikan PBS bagi mata pelajaran Matematik. Kesemua peserta kajian merupakan guru yang berpengalaman mengajar Matematik. Mereka ini telah didedahkan mengenai PBS melalui kursus yang dihadiri anjuran Pejabat Pedidikan Daerah (PPD) dan kursus dalaman yang diadakan di sekolah. Di samping itu, guru- guru Matematik ini saling berbincang sesama mereka sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami mengenai PBS. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam pengendalian PBS.
b. Kesemua peserta kajian mempunyai kemahiran dalam membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membekalkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Dokumen Standard Kandungan (DSK) di mana kedua-dua dokumen tesebut boleh dimuat turun menerusi laman sesawang LPM. Guru-guru boleh merujuk dokumen- dokumen tersebut sebelum, semasa dan selepas membuat pentaksiran bagi memastikan intrumen pengujian benar-benar menguji tahap penguasaan yang ingin dicapai. Kaedah pengujian bukan sahaja sekadar pensil dan kertas tetapi pemerhatian, soal jawab lisan dan sebagainya merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menguji tahap penguasaan murid. 
c. Kesemua peserta kajian melaksanakan tindakan susulan setelah selesai membuat pentaksiran. Sebelum tindakan susulan dilakukan, guru-guru ini mengkaji terlebih dahulu apakah punca murid-murid mereka tidak menguasai sesuatu band tersebut. Setelah punca masalah dikenalpasti, guru-guru ini menukar strategi, teknik atau kaedah pengajaran mereka demi membantu murid-murid menguasai sesuatu band itu. Seterusnya, guru mentaksir semula dengan memberikan instrumen pentaksiran yang berbeza dengan sebelumnya tetapi masih menguji tahap penguasaan yang sama. . 
2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik dalam melaksanakan PBS di sekolah? 
a. Kesemua peserta kajian bersetuju menyatakan bahawa dari segi bekalan kertas, keperluan mencetak serta kemudahan membuat dan memperbanyak salinan adalah tidak menjadi suatu isu bagi sekolah ini. Ianya sentiasa mencukupi. Akan tetapi isu capaian internet yang menjadi masalah pada guru-guru di sekolah lain turut dirasai oleh peserta kajian. Capaian internet di sekolah adakalanya berkeadaan baik dan ada ketikanya capaian internet adalah tidak boleh diakses sama sekali. 
b. Kesemua responden menyatakan bahawa terdapat kekangan masa dalam pelaksanaan PBS. Guru-guru Matematik tersebut perlu menghabiskan silibus sebelum sesi persekolahan tamat pada akhir tahun dan perlu menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Di samping itu, guru-guru turut terikat dengan tugasan-
tugasan pentadbiran, pengurusan dan aktiviti luar yang menyebabkan mereka menganggap PBS sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan apatah lagi apabila terdapat murid yang tidak menguasai sesuatu tahap penguasaan. Bilangan kelas yang di ajar dan bilangan murid yang ramai menyebabkan guru-guru ibarat terkejar-kejar dalam pelaksanaan PBS. 
c. Antara masalah yang timbul dalam pelaksanaan PBS Matematik adalah apabila berlakunya pertukaran jadual waktu mengajar guru-guru. Apabila pertukaran jadual waktu berlaku, adalah sukar bagi guru-guru yang mengambilalih kelas tersebut untuk melaksanakan PBS lebih-lebih lagi apabila guru yang mengambilalih kelas tersebut adalah guru baru atau guru bukan opsyen Matematik. 
6.0 RUMUSAN 
PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang menggantikan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang telah sekian lama diamalkan. Pelaksanaan PBS mengikut acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Isu pelaksanaan PBS sememangnya akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara. Secara keseluruhan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan berfaedah kepada guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat dalam KSSR dan PBS.
RUJUKAN 
Isahak Haron. (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1 - 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur. 
Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Noraini & Saifulazri (2010) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Fakulti Pendidikan. UTM 
Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. 
Rohaya Talib. (2009). Kajian Pembinaan dan Pengesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam http://epronts.utm.my/13641/7/RohayaTalibPRP2009CHAP1.pdf diakses pada 1 Ogos 2014. 
Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38. 
Strauss, A. & Corbin, J. (1997). Basics of Quanlitative Research, Grounded Theory, Procedures and Techniques. Newbury Park: Sage. 
Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Professional. Selangor: Multimedia Sdn Bhd. 
Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd. 
Yusof Boon & Mohd Musa Shaharudin. (2011). Kepimpinan Guru Besar dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. UTM, Skudai. 
Zurida & Nooraida. (2012). Pelaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal. Fakulti Pendidikan. Universiti Sains Malaysia
LAMPIRAN A 
SOALAN TEMU BUAL 
Bahagian 1: 
Persepsi guru 
1. Adakah anda mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan PBS bagi mata pelajaran Matematik? 
Jelaskan jawapan anda. 2. Adakah anda mempunyai kemahiran membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR? 
Jelaskan bagaimana anda membuat analisis tersebut. 
3. Adakah anda membuat tindakan susulan setelah selesai membuat pentaksiran? Jelaskan bagaimana anda membuat tindakan susulan tersebut. 
Bahagian 2: 
Masalah guru 
1. Adakah keperluan dan kemudahan di sekolah ini mencukupi dalam melaksanakan PBS Matematik? 2. Adakah anda mengalami masalah kekangan masa dalam melaksanakan PBS Matematik? 3. Apakah masalah-masalah lain yang telah timbul sepanjang anda melaksanakan PBS Matematik?

More Related Content

What's hot

Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliWana Ariza
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahFarah Waheeda
 
Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)EyzahEs Brabies
 
Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Noorhizam Arman
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksirankrys73
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Thamo Thiran
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralKioshi Reizo
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044hazwaniAM
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8khaidiny
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrMohamad Tarmizi
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
PentaksiranRoyal Fu
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2wnd3098
 

What's hot (18)

Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosliTrend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
Trend issues-penulisan-individu-irma-naziela-binti-rosli
 
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di SekolahIsu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
Isu Pentaksiran Matematik yang Dilaksanakan di Sekolah
 
Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)
Tugasan 1 (Pembentangan Tentang Isu PBS)
 
Presentation pbs
Presentation pbsPresentation pbs
Presentation pbs
 
Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
Pentaksiran berasaskan sekolah (pbs)
 
Refleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum finalRefleksi kurikulum final
Refleksi kurikulum final
 
8. Pentaksiran
8.  Pentaksiran8.  Pentaksiran
8. Pentaksiran
 
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
Pentaksiran alternatif -menuju_ke_arah_transformasi_sistem_pentaksiran_di_mal...
 
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan MoralUnit 4 Penilaian Pendidikan Moral
Unit 4 Penilaian Pendidikan Moral
 
(Group 12) pbs
(Group 12) pbs(Group 12) pbs
(Group 12) pbs
 
Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044Pentaksiran SME6044
Pentaksiran SME6044
 
Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8Pelaporan dan isu_penilaian t8
Pelaporan dan isu_penilaian t8
 
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsrPentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
Pentaksiran formal-dan-tidak-formal-dalam-pendidikan-moral-kbsr
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Pengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulumPengurusan kurikulum
Pengurusan kurikulum
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
Panduan pengurusan pbs_21_april_2014_2
 
Kronologi pembangunan pbs
Kronologi pembangunan pbsKronologi pembangunan pbs
Kronologi pembangunan pbs
 

Viewers also liked

Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Norzamzila Baba
 
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014Mat Yus
 
Pbs pngjian am faz word
Pbs pngjian am faz wordPbs pngjian am faz word
Pbs pngjian am faz wordfazrul
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Jeya Kumar
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 

Viewers also liked (8)

Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014Kajian pelaksanaan pbs 2014
Kajian pelaksanaan pbs 2014
 
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
Report Ulasan Temubual Pengurusan Kewangan SK Simpang Rawai 2014
 
Temu bual
Temu bualTemu bual
Temu bual
 
Pbs pngjian am faz word
Pbs pngjian am faz wordPbs pngjian am faz word
Pbs pngjian am faz word
 
Soalan temubual
Soalan temubualSoalan temubual
Soalan temubual
 
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
Contoh skrip temu bual (kerja kursus sejarah)
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Pentaksiran
PentaksiranPentaksiran
Pentaksiran
 

Similar to Penyelidikan Kecil

Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Ikhram Johari
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)Norabza Abdullah
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarahnanisaaid
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperUmmi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Ummi Azilla
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)cikgumacholah
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)cikgumacholah
 
kumpulan 12 : Isu PBS
kumpulan 12 : Isu PBSkumpulan 12 : Isu PBS
kumpulan 12 : Isu PBSIzawati Saat
 
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guruIrma Gurlz
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruRain_Ain
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikCp Tan
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranShinz Cucut
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikchummyk
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 

Similar to Penyelidikan Kecil (20)

Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
Kesediaan guru sains dan matematik dalam pelaksanaan kurikulum standard sekol...
 
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
4807 937-11272-1-10-20170801 (1)
 
Kssr
KssrKssr
Kssr
 
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarahApa itu pentaksiran berasaskan sekolah  sejarah
Apa itu pentaksiran berasaskan sekolah sejarah
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
Bahan ceramah pppm bab 4 (2)
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
 
kumpulan 12 : Isu PBS
kumpulan 12 : Isu PBSkumpulan 12 : Isu PBS
kumpulan 12 : Isu PBS
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
Kumpulan 10   isu-kualiti-guruKumpulan 10   isu-kualiti-guru
Kumpulan 10 isu-kualiti-guru
 
Isu Kualiti Guru
Isu Kualiti GuruIsu Kualiti Guru
Isu Kualiti Guru
 
Isu kualiti-guru
Isu kualiti-guruIsu kualiti-guru
Isu kualiti-guru
 
Trend hanan
Trend hananTrend hanan
Trend hanan
 
Isu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematikIsu isu dalam matematik
Isu isu dalam matematik
 
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaranAbdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
Abdul jawi kepimpinan_kepuasan_pembelajaran
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Kbsr
KbsrKbsr
Kbsr
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 

Recently uploaded

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 

Recently uploaded (11)

ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 

Penyelidikan Kecil

  • 1. 1 PROGRAM EKSEKUTIF CUTI SEKOLAH IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN (MATEMATIK) SEMESTER 2 SESI 2013/2014 KOD DAN NAMA KURSUS: SME6044 ISU-ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK (PENTAKSIRAN) TAJUK: PROJEK KECIL (TUGASAN 4) NAMA DAN NOMBOR MATRIK: NAMA NO. MATRIK NAZIRAH BINTI ABD. GHANI M20131000357 (KUMPULAN A: MATEMATIK) NAMA PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA PUTEH PEMARKAHAN
  • 2. PERSEPSI GURU MATEMATIK TERHADAP PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH DI SEKOLAH RENDAH NAZIRAH BINTI ABD. GHANI ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru-guru Matematik dan masalah masalah yang dihadapi dalam melaksanakan PBS di sekolah. Kajian ini melibatkan 8 orang guru Matematik yang mengajar tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat. Instrumen kajian yang digunakan adalah temubual berstruktur. Dapatan kajian mendapati bahawa guru- guru Matematik mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan PBS dan mempunyai kemahiran membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR. Selain itu, guru-guru ini juga membuat tindakan susulan setelah selesai membuat pentaksiran. Masalah capaian internet di sekolah merupakan antara masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik selain daripada masalah kekangan masa. Pertukaran jadual waktu dan guru bukan opyen Matematik yang mengambilalih kelas Matematik merupakan antara masalah lain yang telah timbul. 1.0 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Proses pembangunan dan pengembangan kurikulum sentiasa berlaku dari masa ke semasa. Ia melibatkan aktiviti seperti semakan semula, penstrukturan semula, penambahbaikan sehinggalah kepada perubahan dan penukaran kurikulumnya. Proses ini biasanya lebih tertumpu kepada tiga komponen asas kurikulum iaitu isi kandungan, aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan bentuk penilaian. Antara bentuk perkembangan yang berlaku dalam sistem pendidikan negara adalah semakan semula sukatan pelajarannya, penetapan kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta program penilaian berasaskan struktur dan bentuk baru. Ini dapat dilihat dalam sistem pendidikan negara yang sentiasa mengalami perubahan dari masa ke semasa. Pada tahun 1983, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
  • 3. diperkenalkan dan pada tahun 1993 pula Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang memperlihatkan kesepaduan dari segi mata pelajaran dengan mata pelajaran yang lain. Seterusnya pada tahun 2003, satu semakan terhadap Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah telah dilakukan. Dalam semakan ini telah diperkenalkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Susulan daripada itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) telah menyemak dan menggubal kurikulum bersesuaian dengan keperluan dan keadaan semasa. Ini termasuklah kurikulum Matematik dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada awal tahun 2011. Perubahan kurikulum ini dijalankan serentak di seluruh negara di semua sekolah rendah pada sesi pembelajaran Januari 2011. Pada dasarnya, matlamat perubahan dan penyemakan semula kurikulum Matematik ini adalah satu usaha untuk memperkasakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Hal ini kerana pada tahun 2003 pelajar-pelajar sekolah rendah telah mula belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris melalui PPSMI. Namun demikian perubahan yang dilakukan adalah bertepatan dan bersesuaian dengan kehendak masyarakat dan keperluan negara. Selain itu perubahan sukatan ini berlandaskan kepada keperluan dan hasrat Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini dipilih bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini dipanggil standard berdasarkan kepada beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Antaranya ialah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Begitu juga dengan penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas menerusi penilaian yang dijalankan secara berterusan. Kemudian, guru-guru akan mengenalpasti strategi penambahbaikan bagi membantu murid memahami isi kandungan pelajaran. Kurikulum ini juga bertujuan untuk mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran melalui sistem penilaian yang berkesan. Murid dibimbing dengan lebih efektif oleh guru. Akhirnya ialah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah. Melalui sistem pentaksiran ini, murid dinilai mengikut tahap kemampuannya.
  • 4. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu dasar baru yang diperkenalkan dalam bidang pendidikan di mana komponen pentaksiran dikendalikan oleh pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. PBS dirancang, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan PBS, mekanisme penyelarasan dan pemantauan dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran tersebut. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) lebih memfokuskan kepada bentuk bahan, organisasi, bentuk kandungan, peruntukan masa, pedagogi, pentaksiran dan pengurusan kurikulum. Ini semua bertujuan bagi melahirkan insan seimbang yang selaras dengan Falsafah Pendidikan negara serta mempunyai pemikiran yang kritis, kreatif dan inovatif. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dalam Bahasa Inggeris menimbulkan masalah kepada pelajar-pelajar Melayu yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana sebelum ini beberapa kajian telah dijalankan melalui peperiksaan awam seperti UPSR, PMR dan SPM, menunjukkan bahawa pelajar Melayu kebanyakannya adalah lemah bukan saja dalam Matematik dan Sains, tetapi juga dalam Bahasa Inggeris, bermula dari peringkat pendidikan rendah lagi iaitu UPSR dan secara kumulatif kelemahan itu membawa kepada peringkat PMR, SPM, STPM dan universiti (Isahak, 2001). Dalam hal ini guru adalah individu terpenting yang akan menjalankan visi dan menyampaikan ilmu dan kemahiran ini. Oleh itu bagi memastikan matlamat dan objektif pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) ini tercapai, pengajaran guru amat memainkan peranan. Oleh itu guru-guru ini telah dihantar mengikut kursus dan bengkel bagi mendapatkan tatacara menjalankan pembelajaran mengikut standard. Menurut Kamus Dewan (Edisi Ketiga, 1996), maksud keberkesanan ialah menimbulkan hasil (kesudahan dan sebagainya) yang diharapkan membawa kepada sesuatu perubahan (perkembangan), efektif atau mendatangkan sesuatu pengaruh kepada pemikiran (sikap, watak dan sebagainya) seseorang atau sesuatu golongan dan lain-lain (seperti mengubah sikap, membangkitkan
  • 5. sesuatu kecenderungan atau perasaan dan sebagainya). Dengan kata lain, keberkesanan pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif pelajar telah dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan negara. Pentaksiran Berasaskan Sekolah diyakini dapat melahirkan modal insan yang holistik serta seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang diaspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ketika ini sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan dilihat lebih mengiktiraf pencapaian akademik menyebabkan penglibatan pelajar kurang dalam aspek kokurikulum. Kajian-kajian lepas telah banyak melaporkan tentang kepentingan pentaksiran sekolah dalam membantu proses pembelajaran (Rohaya, 2009). Namun keberkesanannya bergantung kepada faktor seperti sikap, orientasi dan falsafah guru terhadap pelajar dan proses pengajaran dan pembelajaran, latihan, pengetahuan dan kemahiran guru dalam bidang pentaksiran pendidikan. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN 1. Mengenalpasti persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah. 2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik dalam melaksanakan PBS di sekolah? 1.4 SOALAN KAJIAN 1. Apakah persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah? 2. Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru dalam melaksanakan PBS di sekolah?
  • 6. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Guru Dapatan kajian ini dapat melahirkan guru yang lebih profesional dalam menangani masalah-masalah berkaitan pengajaran dan pembelajaran. Murid Kajian ini dapat melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kritikal dan berkualiti. Di samping itu, mereka ini akan dapat memberi sumbangan kepada pembangunan negara pada masa akan datang. Sekolah Melalui kajian ini, pihak sekolah dapat menilai sendiri perspektif guru terhadap PBS. Sekiranya guru menghadapi masalah-masalah dalam pelaksanaan PBS, apakah penyelesaian yang dapat dilakukan bagi mengatasi masalah tersebut. Hal ini tidak boleh dipandang ringan kerana ianya akan menjejaskan pencapaian pelajar dimana mereka akan menerima kesan daripada perlaksanaan sistem PBS ini. Kementerian Pendidikan Malaysia Menerusi kajian ini, dapatan yang diperolehi dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia mengetahui sejauh mana persepsi guru dalam pelaksaaan PBS di sekolah rendah. Di samping itu, kajian ini boleh menjadi satu panduan kepada pihak kementerian sekiranya ingin merangka perubahan yang dapat mengimbangi beban tugas guru dan pengukuran kecemerlangan pelajar yang lebih holistik dalam sistem pendidikan pada masa akan datang.
  • 7. 1.6 BATASAN KAJIAN Kajian yang telah dijalankan adalah berfokuskan kepada persepsi guru terhadap pelaksanaan PBS. Walaubagaimanapun, setiap sekolah senarionya adalah berbeza dari aspek pentadbiran dan pengurusan PBS. Oleh itu, kajian ini tidak melibatkan persampelan secara besar-besaran. Peserta kajian adalah terdiri daripada 8 orang guru Matematik di sebuah sekolah. Guru-guru Matematik ini mengajar tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat di mana KSSR dan PBS dilaksanakan pada kelas-kelas tersebut. Dapatan dan kesimpulan kajian adalah dianggap benar hanya bagi guru-guru tersebut sahaja dan tidak boleh digenaralisasikan kepada guru- guru lain di sekolah yang lain. 2.0 SOROTAN LITERATUR Tahun 2011 mencatatkan perubahan kepada sistem pendidikan di Malaysia apabila Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan kepada murid Tahun 1 sekolah rendah. Perubahan yang dimaksudkan di sini ialah perbezaan antara keadaan semasa dengan sebelumnya iaitu penilaian terhadap pelajar telah ditukarkan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah bagi menggantikan penilaian yang berorientasikan peperiksaan. Pelaksanaan pelbagai perubahan dalam sistem pendidikan sudah pasti menjadikan peranan dan tanggungjawab guru-guru semakin mencabar (Amir Hassan Dawi, 2006). Sanitah dan Norsiwati (2012) dalam kajiannya untuk mengenalpasti apakah tahap kesediaan guru daripada aspek minat, sikap dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah mendapati bahawa semakin lama seseorang guru mengajar tahun satu maka akan timbul minat yang mendalam untuk menyampaikan ilmu. Ini jelas menunjukkan bahawa kesediaan minat dan sikap yang positif guru-guru yang mengajar Matematik tahun satu akan memberikan impak yang berkesan dalam pelaksanaan KSSR. Guru-guru ini mudah memahami kehendak sukatan pelajaran dan dapat menyampaikan ilmu kepada murid-murid dengan lebih efektif. Guru- guru yang berpengalaman mengajar tahun satu lebih mendekati murid dan memahami kehendak murid yang baru mengenali alam persekolahan.
  • 8. Tonggak kepimpinan guru besar atau pengetua mempengaruhi kejayaan sekolah dalam bidang akademik dan juga kokurikulum (Syed Ismail & Ahmad Subki, 2010). Oleh yang demikian kepemimpinan guru besar dalam pelaksanaan PBS di peringkat sekolah amat diperlukan supaya matlamat dan hala tuju Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) tidak menyimpang dari tujuan asalnya. Kajian Yusof dan Mohd Musa (2010) mendapati bahawa guru besar memahami maklumat berkaitan dengan pelaksanaan PBS dan berkeupayaan menjadi peneraju utama membawa misi dan visi serta mampu merealisasikan Dasar Pentaksiran Negara. Sokongan padu guru besar dalam mengetuai pelaksanaan PBS menjadikan PBS sebagai satu sistem yang amat releven untuk dilaksanakan dan selaras dengan SPPK yang akan menggantikan sistem peperiksaan yang lama. Faktor jantina dan lokasi sekolah sama ada bandar atau luar bandar bukan faktor penentu dan penghalang dalam menjayakan misi dan visi pelaksanaan PBS. Zurida dan Nooraida (2012) telah menjalankan kajian untuk mengenalpasti permasalahan yang timbul sepanjang pelaksanaan KSSR pada tahun 2011 dalam aspek penaakulan. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kebanyakan guru menyatakan KSSR ini baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran dalam usaha mencapai kemahiran 4M, iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. Bagi kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira tiada masalah yang timbul tapi bagi kemahiran menaakul, didapati guru-guru tidak pasti cara untuk menerap dan menentukan sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru. Kajian yang telah dijalankan oleh Noraini dan Saifulazri (2010) yang bertujuan untuk mengenalpasti persediaan guru, pengurusan masa guru, pengurusan alatan dan bahan-bahan serta beberapa masalah lain yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pentaksiran kerja kursus berasaskan sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup mendapati bahawa peratusan guru-guru yang bersetuju dengan persediaan mereka dalam melaksanakan PBS ini amat tinggi. Pengurusan masa juga amat penting bagi guru-guru Kemahiran Hidup ini dengan jumlah peratusan yang bersetuju amat tinggi. Bagi urusan kelengkapan peralatan serta bahan- bahan, guru-guru serta pihak pengurusan mengambil berat mengenainya. Hanya jadual waktu guru-guru Kemahiran Hidup yang agak padat menyukarkan mereka melaksanakan PBS.
  • 9. Secara keseluruhannya, guru-guru Kemahiran Hidup ini dapat memahami dan melaksanakan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup ini dengan baik. 3.0 METODOLOGI 3.1 Rekabentuk Kajian Kajian ini berbentuk tinjauan yang mengkaji tentang persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah.dan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. 3.2 Sampel Kajian Kajian ini telah melibatkan seramai 8 orang guru Matematik di sebuah sekolah di daerah Pasir Gudang, Johor. Guru-guru Matematik ini mengajar tahun satu, tahun dua, tahun tiga dan tahun empat di mana KSSR dan PBS dilaksanakan pada kelas-kelas tersebut. Pemilihan sampel adalah secara persampelan bertujuan di mana ianya selaras dengan matlamat pengkaji untuk mendapatkan pemahaman yang mendalam tentang fenomena yang dikaji dengan memilih kelompok manusia secara teliti dan bertujuan (Othman, 2012). 3.4 Instrumen Kajian Temubual Berstruktur Pengkaji menggunakan kaedah temubual berstruktur di dalam kajian ini. Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan untuk mendapatkan maklumat mengenai persepsi guru dan masalah-masalah yang dihadapi terhadap pelaksanaan PBS. Soalan-soalan tersebut dibentuk berdasarkan pengubahsuaian daripada soalan-soalan yang terdapat dalam kajian- kajian lepas supaya ianya sesuai dengan objektif kajian ini.
  • 10. Temubual berstruktur melibatkan penemubual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua peserta kajian (Othman, 2012). 8 orang guru Matematik telah ditemubual dengan soalan yang sama dan dalam keadaan yang sama. 3.5 Analisis Kajian Data-data yang dikumpul dianalisis secara kualitatif. Kajian kualitatif digunakan kerana boleh membongkar dan memberi pemahaman apa yang berlaku disebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin, 1997). Pengkaji merekodkan temubual yang dijalankan terhadap peserta kajian. Setelah itu, pengkaji mendengar semula rakaman temubual tersebut dan membuat transkrip. Pengkaji menganalisis transkrip teubual secara pengekodan. Proses pengekodan akan membantu mengkategori data (Othman, 2012). Kesimpulan dibuat berdasarkan gabungan tema dan kategori. 5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN 1. Mengenalpasti persepsi guru-guru Matematik terhadap pelaksanaan PBS di sekolah. a. Kesemua peserta kajian bersetuju bahawa mereka mempuyai pengetahuan dalam mengendalikan PBS bagi mata pelajaran Matematik. Kesemua peserta kajian merupakan guru yang berpengalaman mengajar Matematik. Mereka ini telah didedahkan mengenai PBS melalui kursus yang dihadiri anjuran Pejabat Pedidikan Daerah (PPD) dan kursus dalaman yang diadakan di sekolah. Di samping itu, guru- guru Matematik ini saling berbincang sesama mereka sekiranya terdapat perkara yang tidak difahami mengenai PBS. Hal ini secara tidak langsung telah meningkatkan lagi pengetahuan mereka dalam pengendalian PBS.
  • 11. b. Kesemua peserta kajian mempunyai kemahiran dalam membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR. Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah membekalkan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dan Dokumen Standard Kandungan (DSK) di mana kedua-dua dokumen tesebut boleh dimuat turun menerusi laman sesawang LPM. Guru-guru boleh merujuk dokumen- dokumen tersebut sebelum, semasa dan selepas membuat pentaksiran bagi memastikan intrumen pengujian benar-benar menguji tahap penguasaan yang ingin dicapai. Kaedah pengujian bukan sahaja sekadar pensil dan kertas tetapi pemerhatian, soal jawab lisan dan sebagainya merupakan antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menguji tahap penguasaan murid. c. Kesemua peserta kajian melaksanakan tindakan susulan setelah selesai membuat pentaksiran. Sebelum tindakan susulan dilakukan, guru-guru ini mengkaji terlebih dahulu apakah punca murid-murid mereka tidak menguasai sesuatu band tersebut. Setelah punca masalah dikenalpasti, guru-guru ini menukar strategi, teknik atau kaedah pengajaran mereka demi membantu murid-murid menguasai sesuatu band itu. Seterusnya, guru mentaksir semula dengan memberikan instrumen pentaksiran yang berbeza dengan sebelumnya tetapi masih menguji tahap penguasaan yang sama. . 2. Mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru Matematik dalam melaksanakan PBS di sekolah? a. Kesemua peserta kajian bersetuju menyatakan bahawa dari segi bekalan kertas, keperluan mencetak serta kemudahan membuat dan memperbanyak salinan adalah tidak menjadi suatu isu bagi sekolah ini. Ianya sentiasa mencukupi. Akan tetapi isu capaian internet yang menjadi masalah pada guru-guru di sekolah lain turut dirasai oleh peserta kajian. Capaian internet di sekolah adakalanya berkeadaan baik dan ada ketikanya capaian internet adalah tidak boleh diakses sama sekali. b. Kesemua responden menyatakan bahawa terdapat kekangan masa dalam pelaksanaan PBS. Guru-guru Matematik tersebut perlu menghabiskan silibus sebelum sesi persekolahan tamat pada akhir tahun dan perlu menyiapkan murid-murid untuk menghadapi peperiksaan. Di samping itu, guru-guru turut terikat dengan tugasan-
  • 12. tugasan pentadbiran, pengurusan dan aktiviti luar yang menyebabkan mereka menganggap PBS sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan apatah lagi apabila terdapat murid yang tidak menguasai sesuatu tahap penguasaan. Bilangan kelas yang di ajar dan bilangan murid yang ramai menyebabkan guru-guru ibarat terkejar-kejar dalam pelaksanaan PBS. c. Antara masalah yang timbul dalam pelaksanaan PBS Matematik adalah apabila berlakunya pertukaran jadual waktu mengajar guru-guru. Apabila pertukaran jadual waktu berlaku, adalah sukar bagi guru-guru yang mengambilalih kelas tersebut untuk melaksanakan PBS lebih-lebih lagi apabila guru yang mengambilalih kelas tersebut adalah guru baru atau guru bukan opsyen Matematik. 6.0 RUMUSAN PBS ialah bentuk pendidikan masa hadapan yang menggantikan pendidikan yang berorientasikan peperiksaan yang telah sekian lama diamalkan. Pelaksanaan PBS mengikut acuan Malaysia bermakna sistem pendidikan dan pentaksiran sentiasa melangkah ke hadapan, manakala segala kebijaksanaan dan pengalaman zaman-berzaman akan tetap dimanfaatkan dalam persekitaran terkini. Isu pelaksanaan PBS sememangnya akan sentiasa muncul dari masa ke masa. Murid, guru dan masyarakat berhak untuk memberikan sumbangan terbaik demi masa hadapan bangsa dan negara. Secara keseluruhan kajian yang dijalankan ini dapat memberikan maklumat yang berguna dan berfaedah kepada guru-guru dan pihak-pihak yang terlibat dalam KSSR dan PBS.
  • 13. RUJUKAN Isahak Haron. (2001). Prestasi Pelajar Melayu/Bumiputera di Peringkat Rendah (UPSR), Menengah (PMR, SPM dan STPM) dan Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), dalam Laporan Kongres Pendidikan Melayu, 1 - 2 September, 2001, di Pusat Dagangan Dunia Putera, Kuala Lumpur. Kamus Dewan (1996). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noraini & Saifulazri (2010) Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Berasaskan Sekolah Bagi Matapelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Daerah Johor Bahru, Kawasan Skudai. Fakulti Pendidikan. UTM Othman Lebar. (2012). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan Kepada Teori dan Metod. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Rohaya Talib. (2009). Kajian Pembinaan dan Pengesahan Instrumen bagi Mengukur Tahap Literasi Pentaksiran Guru Sekolah Menengah di Malaysia. Dalam http://epronts.utm.my/13641/7/RohayaTalibPRP2009CHAP1.pdf diakses pada 1 Ogos 2014. Sanitah Mohd Yusof & Norsiwati Ibrahim. (2012). Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang. Journal of Science and Mathematics Education, 6, 26-38. Strauss, A. & Corbin, J. (1997). Basics of Quanlitative Research, Grounded Theory, Procedures and Techniques. Newbury Park: Sage. Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Asas Kepimpinan & Perkembangan Professional. Selangor: Multimedia Sdn Bhd. Syed Ismail & Ahmad Subki. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor: Multimedia Sdn. Bhd. Yusof Boon & Mohd Musa Shaharudin. (2011). Kepimpinan Guru Besar dalam Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Di Sekolah Kebangsaan Daerah Kota Tinggi, Johor. UTM, Skudai. Zurida & Nooraida. (2012). Pelaksanaan Sains KSSR Tahun Satu: Satu Tinjauan Awal. Fakulti Pendidikan. Universiti Sains Malaysia
  • 14. LAMPIRAN A SOALAN TEMU BUAL Bahagian 1: Persepsi guru 1. Adakah anda mempunyai pengetahuan untuk mengendalikan PBS bagi mata pelajaran Matematik? Jelaskan jawapan anda. 2. Adakah anda mempunyai kemahiran membuat analisis pencapaian murid mengikut band yang telah ditetapkan dalam KSSR? Jelaskan bagaimana anda membuat analisis tersebut. 3. Adakah anda membuat tindakan susulan setelah selesai membuat pentaksiran? Jelaskan bagaimana anda membuat tindakan susulan tersebut. Bahagian 2: Masalah guru 1. Adakah keperluan dan kemudahan di sekolah ini mencukupi dalam melaksanakan PBS Matematik? 2. Adakah anda mengalami masalah kekangan masa dalam melaksanakan PBS Matematik? 3. Apakah masalah-masalah lain yang telah timbul sepanjang anda melaksanakan PBS Matematik?