Ilmu membaca dan kemahiran membaca serta keperluannya
1. ILMU MEMBACA DAN KEMAHIRAN MEMBACA SERTA KEPERLUANNYA
DALAM KEHIDUPAN HARIAN SESEORANG INDIVIDU
MEMBACA
Apakah membaca?
Pertamanya kita perlu dapat mendefinisikan 'membaca'.
Kita ketahui bahawa definisi membaca itu amat luas pengertiannya dan ia bergantung pada pelbagai fakta yang kita kemukakan seperti:
· siapa yang membaca
· tujuan membaca
· apa yang dibaca
· bila dan di mana kita membaca
Soalan: Cuba anda definisikan membaca mengikut persepsi, pengalaman dan pengetahuan anda tentang membaca.
Membaca ialah satu proses yang kompleks yang menggabungkan
- pengetahuan (bahasa, skrip - bentuk penulisan iaitu sistem penulisan, ejaan, tatabahasa dll., buku – bahan yang hendak dibaca, isi kandungan – latar belakang bahan/mata pelajaran yang hendak dibaca),
- kebolehan (fizikal – mata, pancaindera serta anggota – tangan, mental - untuk melakukan kesemua aktiviti membaca secara kognitif seperti memilih, membuat telahan, bersetuju/tidak dengan pendapat penulis kerana proses membaca itu ialah satu proses aktif di mana pembaca berinteraksi dengan penulis secara kritis) ,
- dan kemahiran mental dan fizikal (mental – kebolehan untuk menerima/menolak dengan apa yang dikatakan oleh penulis iaitu ada perlakuan minda (mind act), fizikal – ada perlakuan fizikal semasa membaca).
Membaca itu berkesan sekiranya maklumat yang baru tiba/ditemui (dari buku yang sedang dibaca) dapat dikaitkan dengan maklumat yang sedia ada pada pembaca.
Pembacaan boleh berlaku di peringkat bebas (independent level), peringkat bimbingan/pengajaran (instructional level) ataupun peringkat kecewa (frustitional level)
[The notes went sour because the seams split.]
Benarkah membaca itu satu kaedah komunikasi?
Membaca itu satu cara komunikasi di antara dua pihak iaitu pembaca dengan penulis. Apabila penulis menulis dia mempunyai maklumat yang hendak dikongsi dengan satu kumpulan orang yang difikirkannya berminat untuk mengetahui tentang apa yang hendak dikatakan. Pada pembaca pula, apabila dia membaca, dia mempunyai tujuan atau matlamat untuk mengetahui sesuatu daripada penulis berasaskan tujuannya iaitu rasa ingin tahu, ingin memperluaskan pengetahuannya dan tujuan-tujuan lain.
(ada keinginan di kedua-dua belah pihak iaitu penulis dan pembaca untuk memberi dan menerima maklumat)

Soalan: Bagaimanakah anda menjalin perhubungan dengan penulis sebelum anda membaca hasil penulisannya?

Di sini kita perlu tahu apakah persediaan dan tanggungjawab yang perlu dipunyai oleh pembaca dan penulis untuk membolehkan proses komunikasi ini berlaku dengan sempurna dan berkesan.
· Siapakah yang terlibat dalam proses membaca?
· Apakah yang mendorong kita membaca?
· Apakah yang dikatakan minat membaca?
· Apakah yang dikatakan boleh membaca?
· Apakah yang dikatakan tahu membaca?
· Apakah yang dikatakan pandai membaca?
· Apakah yang dikatakan cekap membaca?
· Apakah yang dikatakan lemah membaca?
· Apakah yang dikatakan suka membaca?
· Apakah yang dikatakan sukar membaca?
PROSES MEMBACA
Bilakah kita mula membaca?
Mengapakah kita perlu membaca?
Bagaimanakah kita belajar membaca?
Siapakah yang mengajar kita membaca?
Apakah kepentingan membaca?
Sampai bilakah kita perlu membaca?
Apakah yang perlu kita baca?
Bagaimanakah kita memilih bahan bacaan?
ILMU MEMBACA
Apakah yang dimaksudkan dengan ilmu membaca?
Ilmu membaca merangkumi
· pengetahuan
· kebolehan dan keupayaan
· kemahiran
· strategi
Sebanyak manakah yang perlu kita ketahui?
KEMAHIRAN MEMBACA
Apakah kemahiran membaca?
Apakah perbezaan antara kemahiran kognitif dengan kemahiran fizikal?
Apakah kemahiran sebelum membaca?
Apakah kemahiran sedang membaca?
Apakah kemahiran selepas membaca?
Bagaimanakah untuk (mengoptimumkan) memahirkan sesuatu kemahiran?
Apakah yang mempengaruhi ketajaman kemahiran?
HUBUNG KAIT ANTARA MEMBACA DENGAN MENULIS: PENGALAMAN RESEPTIF DAN PRODUKTIF
A. Tanggungjawab Pembaca Dan Penulis (Persamaan dan Perbezaan)
Apakah tanggungjawab pembaca?
Apakah tanggungjawab penulis?
Apakah persediaan yang mereka perlu ada?
Apakah pengetahuan yang mereka perlu ada?
Bagaimanakah penulis membuat tanggapan tentang pembaca?
Bagaimanakah pembaca membuat tanggapan tentang penulis?
B. Panduan Kepada Pembaca dan Penulis
Tahukah apa yang hendak ditulis atau apa yang hendak dibaca?
Kenalkah siapa pembaca atau siapa penulis?
Sudahkah dibuat penyelidikan tentang penulis atau pembaca?
Apakah tujuan menulis atau tujuan membaca?
PENGETAHUAN MEMBACA DAN KEMAHIRAN MEMBACA
BUKU DAN BAHAN BERCETAK
A. Sifat-sifat buku dan bahan bercetak yang baik.
· Apakah jenis bahan bercetak yang anda tahu?
· Tahukah anda bagaimana buku disusun, dijilid atau dibukukan?
· Buku dibahagikan kepada berapa bahagian?
· Apakah sistem nombor yang digunakan untuk membezakan bahagian buku?
· Apakah bahagian yang terdapat pada sesebuah buku?