SlideShare a Scribd company logo
1 of 110
Download to read offline
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PANDUAN PELAKSANAAN
PROGRAM PEMBANGUNAN
GURU BAHARU (PPGB)
2015
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
Diterbitkan oleh:
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pendidikan Guru
Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya, Malaysia
Tel.: 03-88841144
Faks.: 03-88893057
Web: www.moe.gov.my
Hak Cipta
© Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN 978-983-9264-19-7
9 7 8 9 8 3 9 2 6 4 1 9 7
Sebarang kandungan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dipindah,
dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis
yang jelas terlebih dahulu daripada pihak penerbit.
Cetakan Pertama 2015
	 Penasihat
	 Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
	 SIDANG EDITOR
	 Rosnarizah binti Abdul Halim (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Abdul Mutalib bin Osman (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Dr. Rosli bin Yacob (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Dr. Noor Zaila binti Wahab (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Dr. Razianna binti Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Halida binti Yunus (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Ali bin Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Mohammad Nuri bin Hussin (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Mohd Sukri bin Zainol (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Aney Marinda binti Muhammad Amin (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Siti Fatimah binti Hj. Sahar (Bahagian Pendidikan Guru)
	 Mohd Amin bin Said (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik)
	 Hjh. Hajar binti Hj. Nordin (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam)
	 Juairiah binti Marjonet (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu)
	 Azeran bin Osman (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka)
	 Abdullah bin Abdull Manaf (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah)
	 Nordan bin Abu Bakar (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang)
	 Hj. Madaile bin Hj. Basri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah)
	 Dayangku Hasnah binti Hj. Awang Bolhan (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak)
	 Zaimah binti Zakaria (SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj)
5
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Kata AL U-aluan
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
selamat sejahtera dan salam 1Malaysia
Transformasi pendidikan akan lebih efektif
jika fokus khusus diberikan kepada
usaha meningkatkan pencapaian murid dan
pada masa yang sama penekanan diberikan
terhadap inisiatif membangunkan kapasiti guru
secara berterusan sepanjang kerjaya mereka.
Selaras dengan itu, Makmal NKRA Kualiti
Guru pada April 2010 memutuskan bahawa
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
adalah satu daripada lima belas (15) inisiatif
yang perlu dilaksanakan untuk memastikan
kecemerlangan profesion keguruan. Perkara
ini turut diberikan penekanan di bawah
Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu
Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi
Profesion Pilihan antaranya dengan berfokus
kepada peningkatan kualiti guru melalui
pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme
Berterusan (PPB).
PPGB yang bermula pada tahun 2011 hingga
kini adalah sebahagian daripada PPB untuk
memberikan sokongan kepada Guru Baharu
mencapai potensi mereka melalui bimbingan
berstruktur di peringkat sekolah. Pada fasa
permulaan pembangunan profesional berterusan
Guru Baharu, penekanan akan diberikan
kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran,
terjemahan dasar berkaitan pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dan hubung kait teori
dan amalan PdP dengan mengambil kira
perkembangan terkini pendidikan di Malaysia
serta keperluan pendidikan abad ke-21.
Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan Malaysia pada masa ini,
Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai
bahagian yang bertanggungjawab untuk
pelaksanaan PPGB mengambil inisiatif untuk
mengemas kini dan menambah baik pengisian
program ini dengan menghasilkan Panduan
Pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) 2015. Penghasilan panduan
ini adalah secara bersama dengan Jabatan
Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru
Malaysia dan pihak sekolah berdasarkan
pengalaman melaksanakan PPGB selama tiga
tahun. Harapan saya agar panduan ini dapat
digunakan secara berkesan oleh semua pihak
yang berkepentingan dalam membangunkan
kompetensi dan profesionalisme Guru Baharu
secara holistik.
DATUK DR. AMIN BIN SENIN
6
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Kata AL U-aluan
Pengarah Bahagian Pendidikan Guru
Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia
Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB) bermula pada tahun 2011 di
sekolah-sekolah di bawah Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga kini
lebih daripada 19,000 Guru Baharu di seluruh
negara telah mengikuti program ini. Melalui
program bimbingan berstruktur berasaskan
sekolah, program ini dibangunkan untuk
profesionalisme Guru Baharu yang pertama
kali menceburi diri dalam profesion keguruan di
sekolah. Guru Baharu yang mengikuti program
ini, antara satu hingga tiga tahun dan dalam
tempoh masa tersebut, mereka dibimbing
untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran
serta amalan nilai profesional sebagai guru
yang berkualiti dan profesional. Dapatan kajian
impak yang dilaksanakan pada tahun 2014
terhadap Guru Baharu yang mengikuti PPGB
dari tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan
program ini memberi perubahan yang positif
terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap dan
nilai profesionalisme mereka.
Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin
Sekolah) KPM Edisi 2014, pengisian program ini
ditambah baik bagi memastikan Guru Baharu
dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan
dasar pendidikan terkini untuk diterjemahkan
dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
serta tugas harian mereka mendidik murid di
sekolah. Maka Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015
dihasilkan sebagai asas untuk memastikan Guru
Baharu dapat menguasai dan memantapkan
kompetensi profesionalisme mereka selaras
dengan hasrat KPM agar guru di Malaysia
kekal berkualiti ke arah mentransformasi
pendidikan negara. Panduan ini digunakan
sebagai rujukan bukan hanya oleh Guru
Baharu, tetapi juga bahan rujukan Guru
Mentor, Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak
berkepentingan yang terlibat secara bersama
untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan
program ini.
Diharapkan Panduan PPGB ini dapat membantu
Guru Baharu mengamalkan budaya kerja
cemerlang di sekolah untuk melahirkan murid
yang boleh berhadapan dan bersaing dalam
dunia global masa hadapan.
DATUK EE HONG
7
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Kandungan
Bab 1 Latar Belakang 9
Pendahuluan 11
Objektif PPGB 12
Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 13
Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB 15
Pengenalan 17
Fasa Orientasi 19
Fasa Pementoran 29
Fasa Pembangunan Profesionalisme 37
Contoh Pelaksanaan PPGB 43
Bab 3 Dokumen PPGB 47
Pengenalan 49
i. 	 Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah 49
ii	 Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu 51
iii. 	Log Pementoran 53
iv. 	Borang Penilaian Guru Baharu 55
v. 	Laporan Status Pelaksanaan PPGB 59
vi. 	Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan PPGB 62
Bab 4 Bahan Rujukan 65
Pengenalan 67
Panduan Pementoran 69
Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan
Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM
77
Kompetensi Profesional Guru 95
Bibliografi 101
Penghargaan 105
Latar Belakang
Bab 1
11
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Program sokongan terhadap pembangunan
profesionalisme dan kompetensi Guru Baharu
program pembangunan
guru baharu
Program pembelajaran melalui bimbingan
berstruktur berasaskan sekolah
Program penyesuaian antara ilmu dan
kemahiran sedia ada Guru Baharu
dengan situasi semasa sekolah
Rajah 1: Pengenalan Program Pembangunan Guru Baharu
PENDAHULUAN
Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ialah salah satu daripada program yang
menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama
kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah. Program ini dilaksanakan
berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi Fasa
Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Tempoh pelaksanaan
PPGB ini adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun.
Guru Baharu diletakkan di bawah bimbingan seorang Guru Mentor yang berpengalaman
untuk mempelajari tentang persekitaran dan budaya kerja sekolah serta mendapatkan
pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan sistem dan aspirasi pendidikan negara. Guru
Baharu juga berpeluang mendalami bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan
ilmu dan kemahiran sedia ada, mempelajari pengurusan mata pelajaran serta pengurusan
dan pentadbiran sekolah melalui interaksi, tunjuk ajar dan bekerja secara bersama dengan
guru lain seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kaunselor serta guru
penasihat kokurikulum, sukan dan persatuan/kelab di sekolah. Guru Baharu juga digalakkan
menggunakan inisiatif kendiri untuk mempelopori tugas, tanggungjawab dan peranan mereka
di sekolah selaras dengan aspirasi pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap guru.
Secara keseluruhannya, PPGB dilaksanakan untuk mengupaya Guru Baharu melahirkan murid
yang berpengetahuan, berfikiran tinggi, berkemahiran memimpin, berkebolehan berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa, beretika dan beridentiti nasional.
12
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
OBJEKTIF PPGB
Secara khususnya, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bertujuan untuk membantu
Guru Baharu:
•	 mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka
berperanan dalam situasi sebenar,
•	 memperkembangkan potensi mereka melalui:
•	 amalan sikap positif;
•	 peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
•	 peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
•	 kemahiran menyepadukan teori dengan amali PdP; dan
•	 penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal
pasti dan menyelesaikan masalah PdP.
•	 membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan iaitu melalui peningkatan
pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih
kukuh bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21.
Rajah 2: Dimensi Kompetensi Profesional Guru Baharu
Sumber Rujukan:
Dipetik daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin
Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014 (m.s. 17-19).
Nilai
Profesional
kemahiran pengetahuan
13
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PANDUAN PELAKSANAAN PPGB 2015
Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan
Modul Program Pembangunan Guru Baharu yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA
Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.
Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan antaranya dengan pelancaran
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas
Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin
Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi
kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi
Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme.
Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan
dokumen berikut:
•	 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012:
Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM.
•	 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga
Lepas Menengah).
•	 Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM
Edisi 2014.
Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan
tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan
Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain
di sekolah bertujuan:
•	 sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan
•	 untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program
di sekolah-sekolah seluruh negara.
14
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Panduan ini mengandungi empat (4) bab seperti berikut:
•	 Bab 1 Latar belakang menerangkan secara ringkas Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) serta memperkenalkan kandungan Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu 2015.
•	 Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB mengandungi maklumat berkaitan Fasa Orientasi,
Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme berserta cadangan susunan
fokus atau isi kandungan dan cadangan tempoh pelaksanaan bagi setiap fasa.
•	 Bab 3 Dokumen PPGB menggariskan dokumen yang digunakan dalam pelaksanaan
PPGB bersama tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu:
•	 Surat Lantikan Mentor oleh Pentadbir Sekolah
•	 Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu
•	 Log Pementoran
•	 Borang Penilaian Guru Baharu
•	 Laporan Status Pelaksanaan PPGB
•	 Sijil Penyertaan PPGB dan Sijil Penghargaan PPGB
•	 Bab 4 Bahan Rujukan memaparkan bahan bacaan dan dokumen rujukan bagi
pelaksanaan PPGB seperti berikut:
•	 Panduan Pementoran
•	 Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun
2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM
•	 Kompetensi Profesional Guru, petikan daripada Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian
Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19
Pelaksanaan Fasa
PPGB
Bab 2
17
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PENGENALAN
Pada dasarnya, pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) distrukturkan secara
tiga (3) fasa iaitu Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme
seperti dalam Rajah 3.
Rajah 3: Fasa Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini,
Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas
oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focal point Guru Mentor. Sepanjang
tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan
kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku
secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru
Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu
memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga.
18
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan isi kandungan bagi ketiga-tiga fasa ini disusun secara berasingan bagi tujuan
persembahan dalam Panduan Pelaksanaan PPGB ini. Berikut adalah maklumat ringkas
berkaitan isi kandungan bagi setiap fasa:
Maklumat
Fasa
Orientasi
Fasa
Pementoran
Fasa
Pembangunan
Profesionalisme
Tempoh Fasa • • •
Objektif • • •
Cadangan Kaedah Pelaksanaan • • •
Dokumentasi Guru Baharu • • •
Rekod Guru Mentor • • •
Cadangan Minggu Pelaksanaan •
Fokus • • •
Perincian Kandungan • • •
Keberhasilan (Outcomes) • •
Dimensi Kompetensi Profesional •
Penilaian dan Pentaksiran Guru Baharu •
Cadangan Tempoh Masa •
Aspek •
Dimensi Pengetahuan •
Dimensi Kemahiran •
Dimensi Nilai Profesional •
Cadangan Bulan Pelaksanaan •
Catatan • • •
Bagi tujuan pelaksanaan, Guru Mentor boleh mengubah suai dan menggabungkan aspek
atau fokus kandungan daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi
keperluan semasa Guru Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB.
Fasa Orientasi
21
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di
sekolah (dilaksanakan seiring dengan Fasa Pementoran dan
Fasa Pembangunan Profesionalisme).
Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti
dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan
dalam situasi sebenar.
Cadangan Kaedah
Pelaksanaan
: Sesi formal & tidak formal
1.	 Penerangan
2.	 Perbincangan
3.	 Pemerhatian & catatan
4.	 Pengumpulan maklumat
5.	 Bimbingan
6.	 Ceramah & bengkel
7.	 Ziarah/ lawatan sosial
Dokumentasi Guru
Baharu
: Portfolio
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB
Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring
Catatan : 1.	 Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan
portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 25).
2.	 Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan
perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk
Senarai Semak Portfolio, m.s. 26).
3.	 Pentadbir Sekolah, Guru Mentor, Staf dan Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) memberikan taklimat, penerangan
secara formal dan tidak formal kepada Guru Baharu.
Memasyarakatkan Guru Baharu dengan budaya masyarakat
setempat dengan menghadiri dan melibatkan diri secara
berterusan dalam majlis perkahwinan, perayaan agama/
kaum dan sebagainya.
22
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan
Minggu
Cadangan dan
Fokus
Perincian Kandungan
Keberhasilan
(Outcomes)
1 Profesionalisme
Keguruan
•	 Merealisasi Fokus KPM
§	Strong Implementation, Rapid
Execution – Excellence:
Ultimate Reach of an
Organization (SIRE-EURO)
§	Menimba Ilmu,
Menyempurnakan Akhlak
(‘sapaan’, ‘beri laluan’,
‘kebersihan’)
•	 Kod Etika Keguruan
•	 Standard Guru Malaysia (SGM)
•	 Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM)
Menerap dan
mengamal
nilai-nilai
profesionalisme
keguruan
dalam tugas
harian
2 Budaya,
Organisasi dan
Persekitaran
Sekolah
•	 Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju
sekolah
•	 Latar belakang dan pencapaian
murid
•	 Organisasi sekolah
•	 Taraf sekolah
•	 Persekitaran sekolah
•	 Guru dan budaya kerja sekolah
•	 Budaya komuniti tempatan:
§	Majlis keagamaan dan
kebudayaan
§	Adat resam
§	Kepercayaan
§	Pantang larang
§	Bahasa/loghat/dialek
§	Nilai
§	Makanan dan pakaian
§	Adat istiadat hal ehwal anak
negeri
Memahami dan
bersedia untuk
menyesuaikan
diri dengan
persekitaran
dan amalan
kerja serta
menghormati
budaya dan
adat resam
komuniti
setempat
23
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan
Minggu
Cadangan dan
Fokus
Perincian Kandungan
Keberhasilan
(Outcomes)
3 Pentadbiran
dan
Pengurusan
Sekolah
•	 Pentadbiran Sekolah
§	Pengurusan dan tugas-tugas
jawatankuasa sekolah
§	Polisi dan peraturan sekolah
§	Kemudahan prasarana
§	Pengurusan prosedur dan
kewangan sekolah
§	Pengurusan Headcount
§	Pengurusan data dan
maklumat murid
§	Pengurusan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
(TMK)
§	Aspek lain yang berkaitan
•	 Organisasi PIBG	
•	 Peranan Pejabat Pendidikan
Daerah, Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia
Mengetahui
dan memahami
tugas-tugas
pentadbiran
dan
pengurusan
sekolah
4 Pekeliling
Perkhidmatan
Awam,
Pekeliling KPM,
Dasar dan
Program KPM
serta haluan
kerjaya dalam
profesion
keguruan
•	 Pekeliling Perkhidmatan Awam
§	Perintah-perintah Am Bab ‘A’
hingga Bab ‘G’
§	Pekeliling Perbendaharaan
•	 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
•	 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
•	 Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran
KPM
•	 Dasar-dasar KPM;
§	Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM)
§	Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
(PPPB)
§	Penilaian Bersepadu Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan
(PBPPP)
§	 Misi dan Visi KPM
§	 MBMMBI
Mengetahui
dan mendalami
peranan dan
tanggungjawab
guru sebagai
penjawat awam
24
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan
Minggu
Cadangan dan
Fokus
Perincian Kandungan
Keberhasilan
(Outcomes)
5 Pengurusan Hal
Ehwal Murid
•	 Perkhidmatan bimbingan dan
kaunseling
•	 Pengurusan kebajikan murid
•	 Pendaftaran dan pertukaran murid
Memahami dan
bersedia untuk
melaksana
tugas-tugas
pengurusan
sekolah.
6 – 7 Pengurusan
Kurikulum
•	 Dokumen standard/kurikulum
•	 Rancangan Pelajaran Harian dan
Rancangan Pelajaran Tahunan
•	 Pengurusan Buku Rekod Mengajar
•	 Pengurusan jadual waktu
•	 Pengurusan pentaksiran
berasaskan sekolah dan
peperiksaan
•	 Buku teks
•	 Aspek lain yang berkaitan
8 – 9 Pengurusan
Kokurikulum
•	 Pengurusan dan pengendalian
aktiviti kokurikulum
•	 Aspek lain yang berkaitan
10 Pengurusan
Sukan
•	 Pematuhan kepada Dasar 1Murid
1Sukan
•	 Aspek lain yang berkaitan
Memahami dan
bersedia untuk
melaksanakan
tugas-tugas
pengurusan
sekolah.
11 – 12 Pengurusan
Sahsiah Murid
•	 Disiplin murid
•	 Rekod salah laku murid
25
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO
1.	PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.1	 Kurikulum Vitae
1.2	 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3	 Skop Kerja
1.4	 Sasaran Kerja Tahunan
2.	PROFIL SEKOLAH
2.1	 Maklumat Asas Sekolah
2.2	 Objektif Sekolah/ Unit
2.3	 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4	 Carta Organisasi
2.5	 Lampiran :
i)	 Pelan Sekolah
ii)	 Takwim Sekolah
iii)	 Peraturan Sekolah
iv)	 Lagu Sekolah
v)	 Koleksi Dokumen Berkaitan
3.	PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
3.1	 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
3.2	 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3.3	 Penyertaan dalam Aktiviti PPB
4.	SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION
4.1	 Senarai Tugas dan Jawatankuasa
4.2	 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD
4.3	 Penulisan/ Penerbitan
5.	 BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN
5.1	 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/
Perancangan Strategik
5.2	 Contoh Hasil Kerja
6.	ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1	 Anugerah Perkhidmatan
6.2	 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain
7.	PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN
7.1	 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan
7.2	 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan
7.3	 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan
26
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
SENARAI SEMAK PORTFOLIO
A. Diisi oleh Guru Baharu
[Sila tanda ( √ ) bagi perkara yang telah lengkap]
Bulan
ke-3
Bulan
ke-12
1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
1.1 Kurikulum Vitae
1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan
1.3 Skop Kerja
1.4 Sasaran Kerja Tahunan
2. PROFIL SEKOLAH
2.1 Maklumat Asas Sekolah
2.2 Objektif Sekolah/ Unit
2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah
2.4 Carta Organisasi
2.5 Lampiran:
i)	 Pelan Sekolah
ii)	 Takwim Sekolah
iii)	 Peraturan Sekolah
iv)	 Lagu Sekolah
v)	 Koleksi Dokumen Berkaitan
3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL
3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan
3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan
3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB
4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION
4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa
4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD
4.3 Penulisan/ Penerbitan
5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN
5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan
Penilaian/ Perancangan Strategik
5.2 Contoh Hasil Kerja
6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN
6.1 Anugerah Perkhidmatan
6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain
7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN
7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan
7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan
7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan
	 Tandatangan Guru Baharu	 :	 …………........	 .……........
	 Tarikh	 :	 …………........	 .……........
27
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
B.	Semakan oleh Guru Mentor
Bulan ke-3 Bulan ke-12
	 Perkara 1 hingga 7 telah
disediakan.
	 Setiap perincian dalam perkara
3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah
dilengkapkan.
	 Setiap perician dalam perkara 1,
2, 4 dan 5 telah dilengkapkan.
Ulasan : Ulasan :
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
...................................................................
Tandatangan Tandatangan
................................ ................................
(Guru Mentor) (Guru Mentor)
Tarikh : Tarikh :
	
C.	Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar
Ulasan :
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
.....................................................................................................................................
Tandatangan
.................................................
(Pengetua/Guru Besar)
Tarikh :
FASA PEMENTORAN
31
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Tempoh Fasa : •	 Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu
melaporkan diri di sekolah. (Rujuk catatan di m.s. 32)
•	 Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak
menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi
yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional
di bawah).
Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional
dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu
mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang
dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014):
•	 Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional
keguruan;
•	 Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan
daya cipta;
•	 Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan
kepekaan terhadap murid;
•	 Menyepadukan teori dengan amali PdP;
•	 Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan
•	 Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan
seterusnya memperkembangkan potensi guru.
Dimensi Kompetensi
Profesional
1.	 Pengetahuan
2.	 Kemahiran
3.	 Nilai Profesional
Cadangan Kaedah
Pelaksanaan
: Sesi formal & tidak formal
1.	 Penerangan
2.	 Perbincangan
3.	 Pemerhatian & catatan
4.	 Pengumpulan maklumat
5.	 Bimbingan
6.	 Ceramah & bengkel
Dokumentasi Guru
Baharu
: Portfolio
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB
32
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring (Rujuk Panduan Pementoran,
m.s. 69)
Penilaian &
Pentaksiran
Terhadap
Pembangunan Guru
Baharu:
: 1.	 Berasaskan Portfolio Guru Baharu
2.	 Penilaian Guru Baharu
Cadangan Tempoh
Masa
: Sepanjang tahun
Catatan:
1.	 Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi.
2.	 Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci
melalui mod yang lebih praktikal:
a.	 Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on
dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah.
b.	 Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan program
sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya.
c.	 Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses pengajaran
dan pembelajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.
33
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan dan Fokus Kandungan
Aspek
Dimensi
Pengetahuan
Dimensi Kemahiran
Dimensi Nilai
Profesional
Proses
Pengajaran dan
Pembelajaran
(menjurus
kepada mata
pelajaran/
bidang
pengkhususan)
•	 Kandungan mata
pelajaran
•	 Kurikulum (KSSR/
KBSM/ KSSM)
•	 Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah (PBS) dan
Penilaian
•	 Ilmu Pendidikan,
pedagogi
•	 Pelbagai
pendekatan PdP
dan psikologi
(contoh:
pengurusan
kelas (classroom
management) dan
pengurusan murid)
•	 Menterjemah kurikulum
•	 Merancang Rancangan
Pelajaran Tahunan &
Rancangan Pelajaran
Harian
•	 Pelaksanaan PdP
(mengaplikasi teori kepada
amalan)
§	Set induksi
§	Sumber pendidikan
§	Kemahiran komunikasi
§	Teknik penyoalan
§	Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT)
§	Tugasan murid
•	 Ketuhanan
§	Bersyukur
•	 Penyayang
§	Ikhlas
§	Bertimbang rasa
§	Berbudi bahasa
§	Empati
•	Integriti
§	Amanah
§	Berakauntabiliti
§	Adil
•	 Efisien
§	Berilmu
§	Kreatif, kritis dan
inovatif
§	Ketepatan
§	Interpersonal dan
intrapersonal
§	Berdaya tahan
§	Berdaya usaha
•	Kecintaan terhadap
profesion
§	Imej keguruan
§	Kualiti keguruan
•	Patriotisme dan
tanggungjawab
sosial
§	Pengorbanan
untuk negara
§	Toleransi sosial
34
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan dan Fokus Kandungan
Aspek
Dimensi
Pengetahuan
Dimensi Kemahiran
Dimensi Nilai
Profesional
Penilaian dan
Pentaksiran
Pencapaian
Murid
•	 PBS yang
merangkumi
komponen seperti:
Ø	Pedagogi
Ø	Pentaksiran
Sekolah (PS)
Ø	PAJSK
Ø	Pentaksiran
Psikometrik
•	 UPSR
•	 PT3
•	 SPM
•	 Penilaian pembelajaran
murid
•	 Refleksi pengajaran guru
•	 Adil
•	 Integriti
Pengurusan Bilik
Darjah
•	 Kepentingan
bilik darjah yang
kondusif untuk
pembelajaran
•	 Susun atur kelas
abad ke-21
•	 Pengurusan kelas
•	 Menguruskan bilik darjah
kondusif
•	 Efisien
Pengurusan
Disiplin Murid
•	 Pekeliling ikhtisas
mengenai disiplin
pelajar yang sedang
berkuat kuasa
•	 Mengenal pasti kesalahan
disiplin pelajar dan
merujuk kepada prosedur
pengurusan disiplin
•	 Ketuhanan
•	 Penyayang
•	 Integriti
Pengurusan
Fail, Aktiviti
dan Program
Kokurikulum
(Aktiviti Kelab,
Persatuan
dan Badan
Beruniform)
•	 Sistem Fail
•	 Pekeliling/dasar
berkaitan
•	 Mengurus fail secara
sistematik dan boleh
diakses dengan mudah
•	 Merekodkan dan
menguruskan pensijilan
•	 Integriti
•	 Efisien
35
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan dan Fokus Kandungan
Aspek
Dimensi
Pengetahuan
Dimensi Kemahiran
Dimensi Nilai
Profesional
Pengurusan
Fail, Aktiviti dan
Program Sukan
1Murid 1Sukan
•	 Pentaksiran Aktiviti
Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum
•	 Mengurus fail secara
sistematik dan boleh
diakses dengan mudah
•	 Merekodkan dan
menguruskan pensijilan
•	 Perpaduan
•	 Toleransi
•	 Tolak ansur
•	 Efisien
Pengurusan
Kebajikan Murid
•	 Sistem Fail
•	 Pekeliling/dasar
berkaitan
•	 Merekodkan dan
menguruskan kebajikan
•	 Ketuhanan
•	 Penyayang
•	 Integriti
Pengurusan
Kaunseling
•	 Fungsi
Perkhidmatan
Kaunseling
•	 Fasilitasi
•	 Memotivasi murid
•	 Mengurus kebajikan murid
•	 Mengenal pasti
dan membantu
memperkembangkan
potensi murid
•	 Penyayang
•	 Efisien
Pengurusan
Kewangan dan
Pentadbiran
Sekolah
•	 Pekeliling
Perbendaharaan
yang sedang
berkuat kuasa
•	 Outcome-based
budgeting (OBB)
•	 Asas Perakaunan
•	 Pengurusan Kewangan
•	 Integriti
•	 Efisien
•	 Akauntabiliti
Pengurusan
Program-
program Sekolah
(Contoh:
Hari Graduasi
Sekolah,
Hari Anugerah
Cemerlang)
•	 Pelan tindakan,
pengoperasian,
etiket dan protokol
•	 Menyediakan kertas
konsep
•	 Integriti
•	 Efisien
FASA PEMBANGUNAN
PROFESIONALISME
39
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan berterusan
sepanjang kerjaya sebagai guru.
Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme
Guru Baharu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran
dan nilai profesional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan
pendidikan abad ke-21.
Cadangan Kaedah
Pelaksanaan
: Dilaksanakan secara formal dan tidak formal:
1.	 Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah)
2.	 Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia
Cadangan aktiviti PPB:
•	 Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning
Community - PLC)
•	 Portal e-Guru
•	 Wacana Ilmu
•	 Penyelidikan
•	 Penulisan dan Pengkaryaan
•	 Lawatan Penanda Aras
•	 Ulasan Buku
•	 Inovasi
•	 Coaching and Mentoring
•	 Bengkel
•	 Peningkatan Akademik
•	 Kursus
•	 Aktiviti PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014)
Dokumentasi Guru
Baharu
: Portfolio
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB
Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring
Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan
PPGB
40
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan Pelaksanaan
Cadangan
Bulan
Fokus Kandungan
Keberhasilan
(Outcomes)
Catatan
1
Rujuk
Panduan
Orientasi
Dasar-dasar KPM
•	 Pelan
Pembangunan
Pendidikan
Malaysia
(PPPM)
•	 Pelan
Pembangunan
Profesionalisme
Berterusan
(PPPB)
•	 Penilaian
Bersepadu
Pegawai
Perkhidmatan
Pendidikan
(PBPPP)
•	 Misi dan Visi
KPM
•	 Amalan dan
pelaksanaan
pembangunan
profesionalisme
berterusan
•	 Strategi
pelaksanaan
pembangunan
profesionalisme
berterusan
Mengetahui,
memahami dan
menghayati
serta dapat
menterjemahkan
dasar utama
KPM
•	 Dilaksanakan
semasa Fasa
Orientasi
•	 Bahan-bahan
berkaitan boleh
dimasukkan
dalam Portfolio
PPB
•	 Pendedahan
kepada
sistem-sistem
pengurusan
KPM. Contoh:
SPL KPM,
HRMIS, SPS dan
lain-lain (sila layari
www.moe.gov.
my untuk rujukan
lebih lanjut)
2
Rujuk
Panduan
Orientasi
Etika Keguruan dan
Penjawat Awam
•	 Peranan dan
tanggungjawab
guru sebagai
penjawat awam
•	 Adab ‘Bina Ilmu,
Menyempurna
Akhlak’
Akauntabiliti
sebagai pendidik
Boleh dilaksanakan
semasa Fasa
Orientasi
3
Rujuk
Panduan
Orientasi
Pengurusan
Kewangan Sekolah
•	 Prosedur
kewangan sekolah
– pembelian,
petty cash dan
sebagainya
•	 Integriti dalam
menguruskan
kewangan
Mengamalkan
pengurusan
kewangan
peribadi dan
sekolah yang
positif
Boleh dilaksanakan
semasa Fasa
Orientasi
41
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan Pelaksanaan
Cadangan
Bulan
Fokus Kandungan
Keberhasilan
(Outcomes)
Catatan
4 - 5 Pedagogi Bilik
Darjah
•	 Menghadapi
murid pelbagai
keupayaan dan
kebolehan dalam
kelas yang sama
Mempelbagai
kaedah dan
pendekatan
pengajaran
Boleh dilaksanakan
semasa sesi
LADAP, PLC,
pementoran
KBAT •	 Menerapkan
kemahiran berfikir
aras tinggi dalam
PdP
Mahir
menggunakan
aplikasi KBAT
dalam PdP
Contoh aspek
KBAT – program
i-THINK dilakukan
dalam PdP guru
6 Penilaian dan
pentaksiran dalam
mata pelajaran
•	 Pentaksiran
Berasaskan
Sekolah (PBS)
i)	 UPSR
ii)	 PT3
iii)	 SPM
iv)	 STPM/STAM
•	 Rekod
perkembangan
pembelajaran
murid
Memahami dan
melaksanakan
penilaian dan
pentaksiran
dengan penuh
integriti
7 Kajian Tindakan •	 Pendedahan
kepada kajian
tindakan
•	 Mengenal pasti
masalah dan fokus
kajian, mengumpul
data dan menulis
laporan kajian
tindakan
•	 Perkongsian hasil
kajian tindakan
kepada pihak
sekolah
Menghasilkan
kajian
tindakan untuk
penambahbaikan
proses PdP
Rujuk Buku Manual
Kajian Tindakan
terbitan BPPDP di
laman web
www.moe.gov.my
42
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan Pelaksanaan
Cadangan
Bulan
Fokus Kandungan
Keberhasilan
(Outcomes)
Catatan
8 dan
seterusnya
Pendidikan abad
ke-21
•	 Pembacaan
dan ulasan
buku berkaitan
perkembangan
terkini dalam
pendidikan
•	 Pembelajaran
sepanjang hayat
•	 Lawatan penanda
aras
Guru Baharu
dapat
mengaplikasikan
ciri-ciri
pembelajaran di
abad ke-21
Book review
dikira sebagai
latihan yang boleh
dimasukkan dalam
SPL KPM
CONTOH
PELAKSANAAN PPGB
45
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Dokumen PPGB
Bab 3
49
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PENGENALAN
Dokumen Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi
memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan
dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah.
I.	Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah
	 Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih
khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka.
Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan
opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti
Guru Mentor.
Tatacara
1.	 Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1)
minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah.
2.	 Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama
Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3.	 Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4.	 Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
50
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH
	SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1MALAYSIA
	 JALAN PINANG SEBATANG
	 90000 MIRI	 No. Telefon	: 085-4312030	
	 SARAWAK	 No. Fax	 : 085-4313000
	 Ruj. Kami	: SMK1M/PP.3977
	 Tarikh	:
NAMA
NO. KAD PENGENALAN
Tuan/Puan,
PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU
BAHARU (PPGB)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.	 Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan dilantik sebagai Guru Mentor
kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________________________
bermula pada __________________ sehingga __________________.
3.	 Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini berdasarkan
pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012
dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang dihasratkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
...............................................
(Pengetua / Guru besar)
LOGO
SEKOLAH
51
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
II.	Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu
Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan antara
Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan bai’ah. Guru Mentor merekodkan
persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu merekodkan
persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan bekerjasama membangunkan
kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat
Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.
Tatacara
1.	 Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat.
2.	 Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
3.	 Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan
satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.
52
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU
Guru Mentor	 : 	 _____________________________________________________________
Guru Baharu	 : 	 _____________________________________________________________
Nama Sekolah	 : 	 _____________________________________________________________
Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik
sebagai Guru Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan
profesional sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan
Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.
Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu
bersedia menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk
pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran
Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012.
Guru Baharu:						Guru Mentor:
…………………………….....……..…			………………………………………......
(				 )			 (			 )
Tarikh:							Tarikh:
53
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
III.	Log Pementoran
Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu.
Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status,
mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1.	 Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak
formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-kurangnya
dua (2) waktu seminggu).
2.	 Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor.
3.	 Perkara yang perlu diisi:
a.	 Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan
Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya)
b.	 Isu atau perbincangan
c.	 Ulasan
4.	 Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu.
5.	 Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1)
salinan disimpan oleh Guru Mentor.
54
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
LOG PEMENTORAN
Bulan/Tahun :_________/______					Bil.Pertemuan:________
 AKTIVITI
 
 
 
ISU/PERBINCANGAN
 
 
ULASAN
 
 
*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi.
Disediakan oleh,						Disahkan oleh,
 
……………………………..	 ………………………….......….
(Nama Guru Baharu)						(Nama Guru Mentor)
Tarikh: 								Tarikh:
55
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
IV.	 Borang Penilaian Guru Baharu
Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap
pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu.
Tatacara
1.	 Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan keenam
(ke-6) dan bulan ke-12.
(Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan
Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidences dan pemerhatian).
2.	 Penilaian dilaksanakan untuk setiap Guru Baharu dengan menggunakan borang
yang sama.
3.	 Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti yang berikut:
a.	 Pengetahuan	 -	 wajaran 30%
b.	 Kemahiran	 -	 wajaran 30%
c.	 Nilai Profesional	-	 wajaran 40%
4.	 Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta keseluruhan
skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap Aspek
Kompetensi adalah seperti yang berikut:
SKOR TARAF DESKRIPTOR
9 – 10 Cemerlang •	 Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat
menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam
melaksanakan tugas.
•	 Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas.
•	 Mengetahui,memahamidanmenghayatisemuanilaiprofesional
pada tahap yang baik.
7 – 8 Baik •	 Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek
pengetahuan dalam melaksanakan tugas.
•	 Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan
bimbingan.
•	 Mengetahui,memahamidanmenghayatisemuanilaiprofesional
pada tahap sederhana.
Berkaitan Dasar KPM, PdP,
Pengurusan Kokurikulum,
Pengurusan HEM dan sebagainya.
56
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
SKOR TARAF DESKRIPTOR
5 – 6 Sederhana •	 Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi
tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan
tugas.
•	 Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan
aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih
memerlukan bimbingan.
•	 Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap
sederhana.
3 – 4 Kurang
Memuaskan
•	 Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan
tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek
pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas.
•	 Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek
kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa
memerlukan bimbingan.
•	 Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang
mempamerkan nilai profesional.
1 – 2 Lemah •	 Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati
semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas.
•	 Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak
menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan
tugas.
•	 Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan
nilai profesional.
5.	 Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru
Besar.
6.	 Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian
semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa
pelanjutan PPGB berakhir.
57
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
BORANG PENILAIAN GURU BAHARU
Nama Guru Baharu :	
Bil.
Dimensi
Kompetensi
Aspek Skor
Skor
Bulan
Ke-6
Skor
Bulan
Ke-12
1. Pengetahuan
(30%)
Kandungan mata pelajaran 10
Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10
Kurikulum dan kokurikulum 10
Pentaksiran dan penilaian 10
Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(TMK) untuk pendidikan
10
Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10
Pekeliling dan peraturan pendidikan 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (70)
2. Kemahiran
(30%)
Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau
peraturan dalam amalan PdP
10
Merancang dan menyampai PdP
mengikut mata pelajaran
10
Mentaksir dan menilai 10
Mengurus kelas dan murid 10
Menggunakan TMK untuk PdP 10
Kepimpinan pengajaran dan
pembelajaran
10
Melaksanakan kajian tindakan 10
Hubungan sesama manusia 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 %
Jumlah Skor (80)
58
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Bil.
Dimensi
Kompetensi
Aspek Skor
Skor
Bulan
Ke-6
Skor
Bulan
Ke-12
3. Nilai
Profesional
(40 %)
Keutuhan 10
Penyayang 10
Integriti 10
Efisien 10
Kecintaan terhadap profesion 10
Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10
JUMLAH SKOR
PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 %
Jumlah Skor (60)
JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%)
Disediakan oleh,
………………………
(Nama Guru Mentor) Tarikh : …………………...
Disahkan oleh,
……………………….
(Pengetua/Guru Besar)
Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh : …………………...
SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 :
90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang
80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik
60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana
50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan
49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah
59
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
V.	Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB)
Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah
rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai
Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan
susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh
pihak Bahagian Pendidikan Guru.
Tatacara
1.	 Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan
dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama
dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB).
2.	 Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan.
3.	 Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut:
a.	 Amalan Terbaik
b.	 Isu Pelaksanaan
c.	 Cadangan Penambahbaikan
4.	 Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/
Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut.
5.	 Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu
(1) salinan disimpan oleh pihak sekolah.
-	 Merujuk kepada objektif program
-	 Maklumat diperoleh melalui semakan
Portfolio dan perbincangan dengan
Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain
dan Pengetua/ Guru Besar
60
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
KEMENTERIAN
PENDIDIKAN
MALAYSIA
LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU
BAHARU
(Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD)
Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu :
Nama Pegawai :
1.	
2.	
3.
ULASAN
Amalan terbaik :
Isu pelaksanaan :
61
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Cadangan penambahbaikan :
*Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi
Tandatangan Pegawai Tandatangan Pengetua/Guru Besar
…………………………………………….. ……………………………………………
(Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah)
Tarikh : Tarikh :
62
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
VI.	Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu
(PPGB)
Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah
menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga
bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya.
Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku
dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB.
Tatacara
1.	 Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru
Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB.
2.	 Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru
Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan.
3.	 Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar.
4.	 Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
63
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)
SIJIL PENYERTAAN
Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa
(NAMA GURU BAHARU)
(NO. KAD PENGENALAN)
telah mengikuti dengan jayanya
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
bermula pada
(Tarikh Mula)
sehingga
(Tarikh Tamat)
Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah
64
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU
(NAMA DAN LOGO SEKOLAH)
SIJIL PENGHARGAAN
Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
(NAMA GURU MENTOR)
GURU MENTOR
(NO. KAD PENGENALAN)
atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan
PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB)
bermula pada
(Tarikh Mula)
sehingga
(Tarikh Tamat)
Tandatangan
Nama Pengetua/Guru Besar
Cap Rasmi Sekolah
Bahan Rujukan
Bab 4
67
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PENGENALAN
Dalam membantu pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), beberapa bahan
rujukan disediakan untuk pembacaan Guru Mentor, Guru Baharu dan pihak lain yang terlibat
dalam program ini. Bahan ini dipilih khas bagi membolehkan Guru Baharu dan Guru Mentor
khasnya, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPGB. Selain
daripada bahan yang disediakan ini, Guru Mentor dan Guru Baharu boleh merujuk sumber
lain yang sesuai untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program ini.
PANDUAN
PEMENTORAN
71
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Pengenalan
Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara
seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan
yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang
berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman
atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah
perkembangan dan pembangunan diri mereka.
Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi
meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan
serta pengurusan sekolah.
Rasional Keperluan Mentor
Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992)
dari Virginia Polytechnic Institute dan State University dalam jurnal yang bertajuk Teacher
Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa
terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu:
a.	 menggalakkan membuat refleksi;
b.	 mengarah dan menyokong pelan tindakan;
c.	 memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP;
d.	 menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan pengubahsuaian;
e.	 memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah;
f.	 memberi dorongan dan sokongan emosi;
g.	 sumbangan Menti kepada Mentor; dan
h.	 meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah.
Definisi Mentor, Menti, Pementoran
Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya
seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih
lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja.
Menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau
merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan
dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan.
Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara
profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses
Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu
dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan.
72
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Pemilihan Mentor
Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan
berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut:
a.	 guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti;
b.	 boleh membangunkan potensi individu;
c.	 dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang
tinggi dalam bidang pengkhususannya;
d.	 berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh tanggungjawab;
e.	 mempunyai pemikiran reflektif;
f.	 memiliki kemahiran membimbing dan melatih;
g.	 boleh mengurus masa dengan baik;
h.	 memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP;
i.	 komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan negara;
dan
j.	 menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka.
Kaedah Pelaksanaan Pementoran
a.	 Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB.
b.	 Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran.
c.	 Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru.
d.	 Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan
dengan aktiviti atau program sekolah.
e.	 Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek
berkaitan pendidikan.
Objektif Pementoran
Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat:
a.	 memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai
profesional keguruan;
b.	 meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta;
c.	 meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid;
d.	 menyesuaikan diri dengan budaya sekolah;
e.	 menyepadukan teori dengan amali PdP;
f.	 menguasai dan memantapkan strategi pengajaran;
g.	 mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan
potensi diri guru; dan
h.	 membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.
73
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Jenis dan Ciri Pementoran
jadual 1: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran
Jenis Pementoran
Situasi Tidak Formal Formal
Ciri Pementoran
•	 Ringkas
•	 Segera
•	 Spontan
•	 Rawak
•	 Kasual
•	 Kreatif & Inovatif
•	 Respon kepada
keperluan semasa
•	 Mentor berinisiatif secara
intervensi
•	 Menti bertanggungjawab
mengenal pasti
dan menggunakan
pembelajaran
•	 Membantu Menti dalam
proses membuat
keputusan
•	 Sukarela
•	 Sangat peribadi
•	 Sangat peka kepada
keperluan Menti
•	 Tidak berstruktur
•	 Fleksibel
•	 Mentor mendorong
Menti dengan
perkongsian, bantuan
dan keprihatinan
•	 Peranan sama rata
(pemberi-penerima)
•	 Laluan membina
persahabatan dan rasa
hormat
•	 Kebergantungan
kepada kecekapan,
ilmu, kemahiran dan
kebolehan Mentor
•	 Jangka masa panjang
contoh produktif
•	 Sumber untuk
membina perhubungan
persahabatan
•	 Bersifat sistematik dan
berstruktur, tersusun dan
berterusan
•	 Dilaksanakan
berdasarkan keperluan
organisasi
•	 Fokus kepada visi
organisasi atau matlamat
setiap bahagian/unit
•	 Mempunyai kaedah
dalam pemadanan
Mentor dengan Menti
•	 Penetapan jangka
masa dalam penetapan
matlamat
•	 Program di bawah
peruntukan organisasi
74
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Proses Pementoran
Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu:
a.	 Memerhati (Observe)
Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku Menti
bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Menti juga
perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi
mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat sepanjang proses Pementoran.
b.	 Melibatkan Diri (Participate)
Menti perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh pemahaman
yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Menti dapat mempelajari sesuatu
secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap dilakukan secara bersama.
c.	 Melaksanakan (Conduct)
Menti boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang
dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam
proses pementoran, apabila Menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif
telah berlaku kepada Menti.
75
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
Kemahiran Pementoran
Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut:
a.	 Kemahiran Mendengar
Semasa bersama Menti, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan segala
pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan mendengar
dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif perkara yang
disampaikan oleh Menti tetapi Mentor juga perlulah memberi maklum balas secara
lisan atau bukan lisan.
b.	 Kemahiran Bertanya
Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat
memberi peluang kepada Menti menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea serta
pendapat kepada Mentor.
c.	 Kemahiran Memerhati
Dalam usaha memahami dan membantu Menti, Mentor perlu menumpukan sepenuh
perhatian kepada Menti terutamanya semasa pertemuan diadakan. Melalui pemerhatian,
Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Menti dengan tepat. Mereka perlu sedar
dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara Menti.
d.	 Memberi Maklum Balas
Menti sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai maklumat
dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi maklum balas
kepada Menti yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat digambarkan
melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum balas positif
yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi Menti
untuk meneruskan proses pementoran.
Ciri-ciri maklum balas:
•	 tepat, berfokus dan mudah difahami;
•	 bersifat segera dan mesra;
•	 berterus-terang;
•	 khusus kepada seseorang;
•	 tidak bersifat menghukum; dan
•	 tidak membuat penilaian secara stereotaip.
76
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
e.	 Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran
Dalam proses pementoran, kemungkinan Menti akan mengadu permasalahan yang
dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Menti untuk melihat masalah bukan
sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat
perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Menti, Mentor
juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat pementoran.
f.	 Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran membuat
keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif, Mentor boleh
memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan yang dikemukakan
oleh Menti. Secara tidak langsung Mentor akan dapat mempermudah, mendorong dan
membimbing Menti mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka.
g.	 Membuat Penilaian
Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Menti atau
individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respons dan membuat
penilaian yang berkesan.
SURAT SIARAN KPM
BILANGAN 21 TAHUN 2012
Panduan Pelaksanaan
Program Pembangunan Guru Baharu (Ppgb)
di Sekolah-sekolah di bawah Kpm
79
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
80
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
81
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
82
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
83
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
84
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
85
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
86
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
87
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
88
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
89
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
90
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
91
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
92
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
93
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
KOMPETENSI
PROFESIONAL GURU
Petikan daripada
Pelan Pembangunan
Profesionalisme Berterusan
(Guru dan Pemimpin Sekolah)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Edisi 2014, m.s. 17-19
97
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
KOMPETENSI PROFESIONAL GURU
Kompetensi profesional guru ialah kompetensi yang perlu dibangunkan secara berterusan
oleh semua guru di Malaysia termasuk Guru Baharu. Setiap guru perlu memperoleh dan
menguasai pengetahuan, kemahiran baharu serta meningkatkan amalan nilai profesional agar
mereka sentiasa menjunjung etika keguruan dan mempunyai integriti profesional yang tinggi
dalam melaksanakan tanggungjawab untuk meningkatkan keberhasilan murid. Pembangunan
kompetensi profesional melibatkan dimensi nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran
seperti dalam Rajah 4 dan Perincian Dimensi Kompetensi Profesional adalah seperti dalam
Jadual 2.
Rajah 4: Dimensi Kompetensi Profesional
Nilai
Profesional
kemahiran pengetahuan
98
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL
DIMENSI GURU (PdP)
NILAI
PROFESIONAL
1.	 Keutuhan
•	 Bersyukur
2.	 Penyayang
•	 Ikhlas
•	 Bertimbang rasa
•	 Berbudi bahasa
•	 Empati
3.	 Integriti
•	 Amanah
•	 Berakauntabiliti
•	 Adil
4.	 Efisien
•	 Berilmu
•	 Kreatif, kritis dan inovatif
•	 Ketepatan
•	 Interpersonal dan intrapersonal
•	 Berdaya tahan
•	 Berdaya usaha
5.	 Kecintaan terhadap profesion
•	 Imej keguruan
•	 Kualiti keguruan
6.	 Patriotisme dan tanggungjawab sosial
•	 Pengorbanan untuk negara
•	 Toleransi sosial
Jadual 2: Perincian Dimensi Kompetensi
99
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL
DIMENSI GURU (PdP)
PENGETAHUAN 1.	 Kandungan mata pelajaran
2.	 Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi
3.	 Kurikulum dan kokurikulum
4.	 Pentaksiran dan penilaian
5.	 TMK untuk pendidikan
6.	 Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan
7.	 Pekeliling dan peraturan pendidikan
KEMAHIRAN 1.	 Menterjemahkan dasar/pekeliling atau peraturan dengan
amalan PdP
2.	 Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut mata
pelajaran
3.	 Menyampai pengajaran dan pembelajaran mengikut mata
pelajaran
4.	 Mentaksir dan menilai
5.	 Mengurus kelas dan murid
6.	 Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran
7.	 Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran
8.	 Melaksanakan kajian tindakan
9.	 Hubungan sesama manusia
Bibliografi
103
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
BIBLIOGRAFI
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru
Baharu (PPGB) di Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat
Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Bertarikh 21 Jun
2012. Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan
(Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Putrajaya:
Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan
dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (Tidak bertarikh). Modul Program Pembangunan Guru
Baharu. Dokumen tidak diterbitkan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2008). Pementoran
dalam Perkhidmatan Awam: Panduan untuk Mentor dan Menti. Putrajaya: Bahagian
Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Salhah Abdullah, Ainon Mohd. (2005). Guru Sebagai Mentor. Selangor: PTS Publications.
Penghargaan
107
Panduan Pelaksanaan Program
Pembangunan Guru Baharu
(PpgB) 2015
kementerian
pendidikan
malaysia
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada:
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Rektor
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengarah
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus
Timbalan Pengarah Dasar dan Standard Keguruan
Bahagian Pendidikan Guru
Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Bahagian Pendidikan Guru
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Pensyarah
Institut Pendidikan Guru Kampus
Penolong Pengarah
Bahagian Pendidikan Guru
Penyelaras Program Pembangunan Guru Baharu
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
Jurulatih
Program Pembangunan Guru Baharu
Panel Penulisan dan Penyemakan, Penilai Kualiti Bahasa Melayu, Penyuntingan dan Grafik
Modul Program Pembangunan Guru Baharu
Juga
Panel Kawalan Mutu Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru, Penggubal Modul Program
Pembangunan Guru Baharu, Pegawai Meja Program Pembangunan Guru Baharu, urus
setia dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta buah fikiran sama ada
secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku Panduan Pelaksanaan
Program Pembangunan Guru Baharu 2015.
DICETAK OLEH
PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD
KUALA LUMPUR, 2015
www.printnasional.com.my
email: cservice@printnasional.com.my
Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773
WJD005942
PPGB Panduan 2015

More Related Content

What's hot

Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCUng Eleanor
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertemaHumyra Amer
 
Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3Shark 8888
 
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35afiqah Yamani
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulumAssan Sigan
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokanrurounidin
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ularIeqa Swetluv
 
Rancangan harian matematik tahun 6
Rancangan harian matematik tahun 6Rancangan harian matematik tahun 6
Rancangan harian matematik tahun 6Khairiah Abdul Kadir
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)cik noorlyda
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...FaFai S.
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxHanisIbrahim
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajarshare with me
 
Manusia bergerak terhadap rangsangan
Manusia bergerak terhadap rangsanganManusia bergerak terhadap rangsangan
Manusia bergerak terhadap rangsanganrokoksalem
 
RPH Matematik Pendidkan Khas
RPH Matematik Pendidkan KhasRPH Matematik Pendidkan Khas
RPH Matematik Pendidkan Khasshantini raman
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1sjk(T) Taman Tun Aminah
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Ling Jie Wong
 

What's hot (20)

Borang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLCBorang pelaporan PLC
Borang pelaporan PLC
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
02dato (2).pdf
02dato (2).pdf02dato (2).pdf
02dato (2).pdf
 
Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3Rancangan pengajaran harian tahun 3
Rancangan pengajaran harian tahun 3
 
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
Rancangan pengajaran harian matematik minggu 35
 
6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum6. senarai tugas gpk kokurikulum
6. senarai tugas gpk kokurikulum
 
Teknik Gosokan
Teknik GosokanTeknik Gosokan
Teknik Gosokan
 
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaTKemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi-KbaT
 
Cara bermain dam ular
Cara bermain dam ularCara bermain dam ular
Cara bermain dam ular
 
Rancangan harian matematik tahun 6
Rancangan harian matematik tahun 6Rancangan harian matematik tahun 6
Rancangan harian matematik tahun 6
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
Kaedah bercerita dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah (SJHK3182 Kaedah P...
 
eModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptxeModul PKJR 2020.pptx
eModul PKJR 2020.pptx
 
Belajar cara belajar
Belajar cara belajarBelajar cara belajar
Belajar cara belajar
 
Manusia bergerak terhadap rangsangan
Manusia bergerak terhadap rangsanganManusia bergerak terhadap rangsangan
Manusia bergerak terhadap rangsangan
 
Panduan e operasi
Panduan e operasiPanduan e operasi
Panduan e operasi
 
RPH Matematik Pendidkan Khas
RPH Matematik Pendidkan KhasRPH Matematik Pendidkan Khas
RPH Matematik Pendidkan Khas
 
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1Proposal kajian tindakan matematik tahun1
Proposal kajian tindakan matematik tahun1
 
Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah Jsu Matematik sekolah rendah
Jsu Matematik sekolah rendah
 

Similar to PPGB Panduan 2015

Pelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanPelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusandaud5530
 
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanPelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanWesley Shireen
 
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanPelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanroszelan majid
 
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)Cikgu Naqib
 
Hbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentHbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentSuzzita Esa
 
Materi GPO Matematika SMP Modul A
Materi GPO Matematika SMP Modul AMateri GPO Matematika SMP Modul A
Materi GPO Matematika SMP Modul ABudhi Emha
 
Modul Matematika SMP KK A
Modul Matematika SMP KK AModul Matematika SMP KK A
Modul Matematika SMP KK AEdris Zahroini
 
Tik smp i
Tik smp iTik smp i
Tik smp iyappaid
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guruAre Fade
 
Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011Ummu Faqeh
 
Materi GPO Matematika SMP Modul J
Materi GPO Matematika SMP Modul JMateri GPO Matematika SMP Modul J
Materi GPO Matematika SMP Modul JBudhi Emha
 
Modul Matematika SMP KK J
Modul Matematika SMP KK JModul Matematika SMP KK J
Modul Matematika SMP KK JEdris Zahroini
 
PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011MAT ABE
 
Modul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK DModul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK DEdris Zahroini
 
Smp kk d rev. 26 mei
Smp kk d rev. 26 meiSmp kk d rev. 26 mei
Smp kk d rev. 26 meiSu Darti
 
Materi GPO Matematika SMP Modul D
Materi GPO Matematika SMP Modul DMateri GPO Matematika SMP Modul D
Materi GPO Matematika SMP Modul DBudhi Emha
 

Similar to PPGB Panduan 2015 (20)

Pelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanPelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
 
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanPelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
 
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusanPelan pembangunan professionalisme berterusan
Pelan pembangunan professionalisme berterusan
 
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
PPGB (Program Pembangunan Guru Baharu)
 
Hbef2803 professional development
Hbef2803 professional developmentHbef2803 professional development
Hbef2803 professional development
 
Modul gp matematika smp kk A
Modul gp matematika smp kk AModul gp matematika smp kk A
Modul gp matematika smp kk A
 
Smp kk a
Smp kk aSmp kk a
Smp kk a
 
Materi GPO Matematika SMP Modul A
Materi GPO Matematika SMP Modul AMateri GPO Matematika SMP Modul A
Materi GPO Matematika SMP Modul A
 
Modul Matematika SMP KK A
Modul Matematika SMP KK AModul Matematika SMP KK A
Modul Matematika SMP KK A
 
Tik smp i
Tik smp iTik smp i
Tik smp i
 
Standard guru
Standard guruStandard guru
Standard guru
 
Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011Modul lengkap ppgb 2011
Modul lengkap ppgb 2011
 
Materi GPO Matematika SMP Modul J
Materi GPO Matematika SMP Modul JMateri GPO Matematika SMP Modul J
Materi GPO Matematika SMP Modul J
 
Modul Matematika SMP KK J
Modul Matematika SMP KK JModul Matematika SMP KK J
Modul Matematika SMP KK J
 
Modul matematika smp kk J
Modul matematika smp kk JModul matematika smp kk J
Modul matematika smp kk J
 
PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011PPGB Modul 2011
PPGB Modul 2011
 
Modul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK DModul Matematika SMP KK D
Modul Matematika SMP KK D
 
Smp kk d rev. 26 mei
Smp kk d rev. 26 meiSmp kk d rev. 26 mei
Smp kk d rev. 26 mei
 
Materi GPO Matematika SMP Modul D
Materi GPO Matematika SMP Modul DMateri GPO Matematika SMP Modul D
Materi GPO Matematika SMP Modul D
 
Modul gp matematika smp kk D
Modul gp matematika smp kk DModul gp matematika smp kk D
Modul gp matematika smp kk D
 

Recently uploaded

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxsdn3jatiblora
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASKurniawan Dirham
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1udin100
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptxMiftahunnajahTVIBS
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...Kanaidi ken
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxIrfanAudah1
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 

Recently uploaded (20)

REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptxAksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
Aksi nyata Malaikat Kebaikan [Guru].pptx
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATASMATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
MATERI EKOSISTEM UNTUK SEKOLAH MENENGAH ATAS
 
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
Dampak Pendudukan Jepang.pptx indonesia1
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
11 PPT Pancasila sebagai Paradigma Kehidupan dalam Masyarakat.pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
PELAKSANAAN + Link2 Materi Pelatihan "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN & ...
 
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptxRefleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
Refleksi Mandiri Modul 1.3 - KANVAS BAGJA.pptx.pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 

PPGB Panduan 2015

  • 3. Diterbitkan oleh: Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Guru Aras 2-6, Blok E13, Kompleks E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya, Malaysia Tel.: 03-88841144 Faks.: 03-88893057 Web: www.moe.gov.my Hak Cipta © Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia ISBN 978-983-9264-19-7 9 7 8 9 8 3 9 2 6 4 1 9 7 Sebarang kandungan tidak boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak penerbit. Cetakan Pertama 2015
  • 4.  Penasihat Pengarah Bahagian Pendidikan Guru  SIDANG EDITOR Rosnarizah binti Abdul Halim (Bahagian Pendidikan Guru) Abdul Mutalib bin Osman (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Rosli bin Yacob (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Noor Zaila binti Wahab (Bahagian Pendidikan Guru) Dr. Razianna binti Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru) Halida binti Yunus (Bahagian Pendidikan Guru) Ali bin Abdul Rahman (Bahagian Pendidikan Guru) Mohammad Nuri bin Hussin (Bahagian Pendidikan Guru) Mohd Sukri bin Zainol (Bahagian Pendidikan Guru) Aney Marinda binti Muhammad Amin (Bahagian Pendidikan Guru) Siti Fatimah binti Hj. Sahar (Bahagian Pendidikan Guru) Mohd Amin bin Said (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik) Hjh. Hajar binti Hj. Nordin (Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam) Juairiah binti Marjonet (Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu) Azeran bin Osman (Jabatan Pendidikan Negeri Melaka) Abdullah bin Abdull Manaf (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah) Nordan bin Abu Bakar (Jabatan Pendidikan Negeri Pahang) Hj. Madaile bin Hj. Basri (Jabatan Pendidikan Negeri Sabah) Dayangku Hasnah binti Hj. Awang Bolhan (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak) Zaimah binti Zakaria (SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj)
  • 5.
  • 6. 5 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Kata AL U-aluan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Bismillahirahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera dan salam 1Malaysia Transformasi pendidikan akan lebih efektif jika fokus khusus diberikan kepada usaha meningkatkan pencapaian murid dan pada masa yang sama penekanan diberikan terhadap inisiatif membangunkan kapasiti guru secara berterusan sepanjang kerjaya mereka. Selaras dengan itu, Makmal NKRA Kualiti Guru pada April 2010 memutuskan bahawa Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah satu daripada lima belas (15) inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk memastikan kecemerlangan profesion keguruan. Perkara ini turut diberikan penekanan di bawah Anjakan Keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan antaranya dengan berfokus kepada peningkatan kualiti guru melalui pelaksanaan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB). PPGB yang bermula pada tahun 2011 hingga kini adalah sebahagian daripada PPB untuk memberikan sokongan kepada Guru Baharu mencapai potensi mereka melalui bimbingan berstruktur di peringkat sekolah. Pada fasa permulaan pembangunan profesional berterusan Guru Baharu, penekanan akan diberikan kepada aplikasi pengetahuan dan kemahiran, terjemahan dasar berkaitan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan hubung kait teori dan amalan PdP dengan mengambil kira perkembangan terkini pendidikan di Malaysia serta keperluan pendidikan abad ke-21. Seiring dengan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan Malaysia pada masa ini, Bahagian Pendidikan Guru (BPG) sebagai bahagian yang bertanggungjawab untuk pelaksanaan PPGB mengambil inisiatif untuk mengemas kini dan menambah baik pengisian program ini dengan menghasilkan Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015. Penghasilan panduan ini adalah secara bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Institut Pendidikan Guru Malaysia dan pihak sekolah berdasarkan pengalaman melaksanakan PPGB selama tiga tahun. Harapan saya agar panduan ini dapat digunakan secara berkesan oleh semua pihak yang berkepentingan dalam membangunkan kompetensi dan profesionalisme Guru Baharu secara holistik. DATUK DR. AMIN BIN SENIN
  • 7. 6 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Kata AL U-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bermula pada tahun 2011 di sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan sehingga kini lebih daripada 19,000 Guru Baharu di seluruh negara telah mengikuti program ini. Melalui program bimbingan berstruktur berasaskan sekolah, program ini dibangunkan untuk profesionalisme Guru Baharu yang pertama kali menceburi diri dalam profesion keguruan di sekolah. Guru Baharu yang mengikuti program ini, antara satu hingga tiga tahun dan dalam tempoh masa tersebut, mereka dibimbing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta amalan nilai profesional sebagai guru yang berkualiti dan profesional. Dapatan kajian impak yang dilaksanakan pada tahun 2014 terhadap Guru Baharu yang mengikuti PPGB dari tahun 2011 hingga 2013 menunjukkan program ini memberi perubahan yang positif terhadap pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai profesionalisme mereka. Selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) 2013-2025 dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, pengisian program ini ditambah baik bagi memastikan Guru Baharu dilengkapkan dengan pengetahuan berkaitan dasar pendidikan terkini untuk diterjemahkan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran serta tugas harian mereka mendidik murid di sekolah. Maka Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) 2015 dihasilkan sebagai asas untuk memastikan Guru Baharu dapat menguasai dan memantapkan kompetensi profesionalisme mereka selaras dengan hasrat KPM agar guru di Malaysia kekal berkualiti ke arah mentransformasi pendidikan negara. Panduan ini digunakan sebagai rujukan bukan hanya oleh Guru Baharu, tetapi juga bahan rujukan Guru Mentor, Pentadbir Sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak berkepentingan yang terlibat secara bersama untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan program ini. Diharapkan Panduan PPGB ini dapat membantu Guru Baharu mengamalkan budaya kerja cemerlang di sekolah untuk melahirkan murid yang boleh berhadapan dan bersaing dalam dunia global masa hadapan. DATUK EE HONG
  • 8. 7 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Kandungan Bab 1 Latar Belakang 9 Pendahuluan 11 Objektif PPGB 12 Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 13 Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB 15 Pengenalan 17 Fasa Orientasi 19 Fasa Pementoran 29 Fasa Pembangunan Profesionalisme 37 Contoh Pelaksanaan PPGB 43 Bab 3 Dokumen PPGB 47 Pengenalan 49 i. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah 49 ii Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu 51 iii. Log Pementoran 53 iv. Borang Penilaian Guru Baharu 55 v. Laporan Status Pelaksanaan PPGB 59 vi. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan PPGB 62 Bab 4 Bahan Rujukan 65 Pengenalan 67 Panduan Pementoran 69 Surat Siaran KPM Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM 77 Kompetensi Profesional Guru 95 Bibliografi 101 Penghargaan 105
  • 9.
  • 11.
  • 12. 11 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Program sokongan terhadap pembangunan profesionalisme dan kompetensi Guru Baharu program pembangunan guru baharu Program pembelajaran melalui bimbingan berstruktur berasaskan sekolah Program penyesuaian antara ilmu dan kemahiran sedia ada Guru Baharu dengan situasi semasa sekolah Rajah 1: Pengenalan Program Pembangunan Guru Baharu PENDAHULUAN Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ialah salah satu daripada program yang menyokong pembangunan profesionalisme berterusan Guru Baharu iaitu guru yang pertama kali memasuki perkhidmatan pendidikan dan ditempatkan di sekolah. Program ini dilaksanakan berasaskan sekolah (work-based programme) melalui bimbingan berstruktur dan meliputi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Tempoh pelaksanaan PPGB ini adalah antara satu (1) hingga tiga (3) tahun. Guru Baharu diletakkan di bawah bimbingan seorang Guru Mentor yang berpengalaman untuk mempelajari tentang persekitaran dan budaya kerja sekolah serta mendapatkan pengetahuan yang lebih mendalam berkaitan sistem dan aspirasi pendidikan negara. Guru Baharu juga berpeluang mendalami bidang pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan ilmu dan kemahiran sedia ada, mempelajari pengurusan mata pelajaran serta pengurusan dan pentadbiran sekolah melalui interaksi, tunjuk ajar dan bekerja secara bersama dengan guru lain seperti Penolong Kanan, Ketua Bidang, Ketua Panitia, Guru Kaunselor serta guru penasihat kokurikulum, sukan dan persatuan/kelab di sekolah. Guru Baharu juga digalakkan menggunakan inisiatif kendiri untuk mempelopori tugas, tanggungjawab dan peranan mereka di sekolah selaras dengan aspirasi pembangunan profesionalisme berterusan bagi setiap guru. Secara keseluruhannya, PPGB dilaksanakan untuk mengupaya Guru Baharu melahirkan murid yang berpengetahuan, berfikiran tinggi, berkemahiran memimpin, berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa, beretika dan beridentiti nasional.
  • 13. 12 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia OBJEKTIF PPGB Secara khususnya, Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) bertujuan untuk membantu Guru Baharu: • mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar, • memperkembangkan potensi mereka melalui: • amalan sikap positif; • peningkatan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; • peningkatan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; • kemahiran menyepadukan teori dengan amali PdP; dan • penguasaan dan pemantapan strategi pengajaran serta kemahiran mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP. • membangun kompetensi profesionalisme secara berterusan iaitu melalui peningkatan pengetahuan, pemantapan kemahiran dan pengamalan nilai profesional yang lebih kukuh bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. Rajah 2: Dimensi Kompetensi Profesional Guru Baharu Sumber Rujukan: Dipetik daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014 (m.s. 17-19). Nilai Profesional kemahiran pengetahuan
  • 14. 13 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PANDUAN PELAKSANAAN PPGB 2015 Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) pada asasnya adalah berpandukan Modul Program Pembangunan Guru Baharu yang telah dibangunkan dalam Makmal NKRA Kualiti Guru pada tahun 2010 dan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. Kini dengan berlakunya perubahan dalam dasar pendidikan antaranya dengan pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah) dan Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014, maka Panduan Pelaksanaan PPGB 2015 dihasilkan dengan isi kandungannya dikemaskinikan dan disusun semula dengan maklumat dan bahan terkini bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme. Selaras dengan itu, Panduan Pelaksanaan PPGB ini perlu dibaca bersama-sama dengan dokumen berikut: • Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM. • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). • Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) KPM Edisi 2014. Isi kandungan panduan ini disusun dengan cadangan fokus atau kandungan berserta cadangan tempoh masa pelaksanaan bagi Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme untuk rujukan Guru Baharu, Guru Mentor, Pentadbir Sekolah serta guru lain di sekolah bertujuan: • sebagai asas untuk PPGB dilaksanakan di sekolah; dan • untuk mewujudkan keselarasan dalam isi kandungan dan pengoperasian program di sekolah-sekolah seluruh negara.
  • 15. 14 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Panduan ini mengandungi empat (4) bab seperti berikut: • Bab 1 Latar belakang menerangkan secara ringkas Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) serta memperkenalkan kandungan Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu 2015. • Bab 2 Pelaksanaan Fasa PPGB mengandungi maklumat berkaitan Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme berserta cadangan susunan fokus atau isi kandungan dan cadangan tempoh pelaksanaan bagi setiap fasa. • Bab 3 Dokumen PPGB menggariskan dokumen yang digunakan dalam pelaksanaan PPGB bersama tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen iaitu: • Surat Lantikan Mentor oleh Pentadbir Sekolah • Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu • Log Pementoran • Borang Penilaian Guru Baharu • Laporan Status Pelaksanaan PPGB • Sijil Penyertaan PPGB dan Sijil Penghargaan PPGB • Bab 4 Bahan Rujukan memaparkan bahan bacaan dan dokumen rujukan bagi pelaksanaan PPGB seperti berikut: • Panduan Pementoran • Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Bilangan 21 Tahun 2012: Panduan Pelaksanaan PPGB di Sekolah-sekolah di bawah KPM • Kompetensi Profesional Guru, petikan daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19
  • 17.
  • 18. 17 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PENGENALAN Pada dasarnya, pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) distrukturkan secara tiga (3) fasa iaitu Fasa Orientasi, Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme seperti dalam Rajah 3. Rajah 3: Fasa Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) PPGB bermula dengan Fasa Orientasi selama tiga bulan pertama. Dalam tempoh fasa ini, Guru Baharu juga melalui Fasa Pementoran bersama-sama Guru Mentor yang dilantik khas oleh pihak sekolah untuk membimbing dan sebagai focal point Guru Mentor. Sepanjang tempoh ini juga; Guru Baharu berpeluang melalui program pembelajaran untuk membangunkan kompetensi profesional mereka. Oleh itu, ketiga-tiga fasa dalam program ini boleh berlaku secara serentak. Pusingan ini berlaku pada tahun pertama dan dijangka majoriti Guru Baharu akan melengkapkan PPGB dengan jayanya dalam tempoh ini. Sekiranya Guru Baharu memerlukan bimbingan lanjut, PPGB disambung ke tahun kedua dan tahun ketiga.
  • 19. 18 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan isi kandungan bagi ketiga-tiga fasa ini disusun secara berasingan bagi tujuan persembahan dalam Panduan Pelaksanaan PPGB ini. Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan isi kandungan bagi setiap fasa: Maklumat Fasa Orientasi Fasa Pementoran Fasa Pembangunan Profesionalisme Tempoh Fasa • • • Objektif • • • Cadangan Kaedah Pelaksanaan • • • Dokumentasi Guru Baharu • • • Rekod Guru Mentor • • • Cadangan Minggu Pelaksanaan • Fokus • • • Perincian Kandungan • • • Keberhasilan (Outcomes) • • Dimensi Kompetensi Profesional • Penilaian dan Pentaksiran Guru Baharu • Cadangan Tempoh Masa • Aspek • Dimensi Pengetahuan • Dimensi Kemahiran • Dimensi Nilai Profesional • Cadangan Bulan Pelaksanaan • Catatan • • • Bagi tujuan pelaksanaan, Guru Mentor boleh mengubah suai dan menggabungkan aspek atau fokus kandungan daripada mana-mana fasa yang difikirkan sesuai untuk memenuhi keperluan semasa Guru Baharu sepanjang tempoh pelaksanaan PPGB.
  • 21.
  • 22. 21 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Tempoh Fasa : 3 bulan pertama selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah (dilaksanakan seiring dengan Fasa Pementoran dan Fasa Pembangunan Profesionalisme). Objektif : Membantu Guru Baharu mengadaptasi persekitaran, komuniti dan budaya sekolah bagi membolehkan mereka berperanan dalam situasi sebenar. Cadangan Kaedah Pelaksanaan : Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel 7. Ziarah/ lawatan sosial Dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring Catatan : 1. Guru Mentor membimbing Guru Baharu menyediakan portfolio (Rujuk Format Penyediaan Portfolio, m.s. 25). 2. Guru Mentor memastikan Guru Baharu menyiapkan perkara 1, 2, 4 dan 5 pada akhir 3 bulan pertama (Rujuk Senarai Semak Portfolio, m.s. 26). 3. Pentadbir Sekolah, Guru Mentor, Staf dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memberikan taklimat, penerangan secara formal dan tidak formal kepada Guru Baharu. Memasyarakatkan Guru Baharu dengan budaya masyarakat setempat dengan menghadiri dan melibatkan diri secara berterusan dalam majlis perkahwinan, perayaan agama/ kaum dan sebagainya.
  • 23. 22 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan Minggu Cadangan dan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) 1 Profesionalisme Keguruan • Merealisasi Fokus KPM § Strong Implementation, Rapid Execution – Excellence: Ultimate Reach of an Organization (SIRE-EURO) § Menimba Ilmu, Menyempurnakan Akhlak (‘sapaan’, ‘beri laluan’, ‘kebersihan’) • Kod Etika Keguruan • Standard Guru Malaysia (SGM) • Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) Menerap dan mengamal nilai-nilai profesionalisme keguruan dalam tugas harian 2 Budaya, Organisasi dan Persekitaran Sekolah • Visi, Misi dan Aspirasi/Hala tuju sekolah • Latar belakang dan pencapaian murid • Organisasi sekolah • Taraf sekolah • Persekitaran sekolah • Guru dan budaya kerja sekolah • Budaya komuniti tempatan: § Majlis keagamaan dan kebudayaan § Adat resam § Kepercayaan § Pantang larang § Bahasa/loghat/dialek § Nilai § Makanan dan pakaian § Adat istiadat hal ehwal anak negeri Memahami dan bersedia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan amalan kerja serta menghormati budaya dan adat resam komuniti setempat
  • 24. 23 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan Minggu Cadangan dan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) 3 Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah • Pentadbiran Sekolah § Pengurusan dan tugas-tugas jawatankuasa sekolah § Polisi dan peraturan sekolah § Kemudahan prasarana § Pengurusan prosedur dan kewangan sekolah § Pengurusan Headcount § Pengurusan data dan maklumat murid § Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) § Aspek lain yang berkaitan • Organisasi PIBG • Peranan Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan Malaysia Mengetahui dan memahami tugas-tugas pentadbiran dan pengurusan sekolah 4 Pekeliling Perkhidmatan Awam, Pekeliling KPM, Dasar dan Program KPM serta haluan kerjaya dalam profesion keguruan • Pekeliling Perkhidmatan Awam § Perintah-perintah Am Bab ‘A’ hingga Bab ‘G’ § Pekeliling Perbendaharaan • Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) • Falsafah Pendidikan Kebangsaan • Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran KPM • Dasar-dasar KPM; § Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) § Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) § Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) § Misi dan Visi KPM § MBMMBI Mengetahui dan mendalami peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam
  • 25. 24 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan Minggu Cadangan dan Fokus Perincian Kandungan Keberhasilan (Outcomes) 5 Pengurusan Hal Ehwal Murid • Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling • Pengurusan kebajikan murid • Pendaftaran dan pertukaran murid Memahami dan bersedia untuk melaksana tugas-tugas pengurusan sekolah. 6 – 7 Pengurusan Kurikulum • Dokumen standard/kurikulum • Rancangan Pelajaran Harian dan Rancangan Pelajaran Tahunan • Pengurusan Buku Rekod Mengajar • Pengurusan jadual waktu • Pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan • Buku teks • Aspek lain yang berkaitan 8 – 9 Pengurusan Kokurikulum • Pengurusan dan pengendalian aktiviti kokurikulum • Aspek lain yang berkaitan 10 Pengurusan Sukan • Pematuhan kepada Dasar 1Murid 1Sukan • Aspek lain yang berkaitan Memahami dan bersedia untuk melaksanakan tugas-tugas pengurusan sekolah. 11 – 12 Pengurusan Sahsiah Murid • Disiplin murid • Rekod salah laku murid
  • 26. 25 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia FORMAT PENYEDIAAN PORTFOLIO 1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. PROFIL SEKOLAH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran : i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan
  • 27. 26 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia SENARAI SEMAK PORTFOLIO A. Diisi oleh Guru Baharu [Sila tanda ( √ ) bagi perkara yang telah lengkap] Bulan ke-3 Bulan ke-12 1. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB 1.1 Kurikulum Vitae 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan 1.3 Skop Kerja 1.4 Sasaran Kerja Tahunan 2. PROFIL SEKOLAH 2.1 Maklumat Asas Sekolah 2.2 Objektif Sekolah/ Unit 2.3 Logo, Visi, Misi dan Piagam Sekolah 2.4 Carta Organisasi 2.5 Lampiran: i) Pelan Sekolah ii) Takwim Sekolah iii) Peraturan Sekolah iv) Lagu Sekolah v) Koleksi Dokumen Berkaitan 3. PELAN PEMBANGUNAN PROFESIONAL 3.1 Matlamat Pengajaran/ Kepimpinan Masa Hadapan 3.2 Cadangan Aktiviti untuk Penambahbaikan 3.3 Penyertaan dalam Aktiviti PPB 4. SUMBANGAN KEPADA ORGANISASI/ PROFESION 4.1 Senarai Tugas dan Jawatankuasa 4.2 Sumbangan kepada KPM/ JPN/ PPD 4.3 Penulisan/ Penerbitan 5. BAHAN BUKTI DALAM PdP/ KEPIMPINAN 5.1 Sukatan Mata Pelajaran/ Rancangan Mengajar dan Penilaian/ Perancangan Strategik 5.2 Contoh Hasil Kerja 6. ANUGERAH/ PENCAPAIAN 6.1 Anugerah Perkhidmatan 6.2 Anugerah dalam PdP/ Kepimpinan/ Lain-lain 7. PENILAIAN PdP/ KEPIMPINAN 7.1 Bahan Bukti Keberkesanan Pengajaran/ Kepimpinan 7.2 Rakaman Video Pengajaran/ Kepimpinan 7.3 Maklum Balas Murid/ Ketua Jabatan Tandatangan Guru Baharu : …………........ .……........ Tarikh : …………........ .……........
  • 28. 27 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia B. Semakan oleh Guru Mentor Bulan ke-3 Bulan ke-12 Perkara 1 hingga 7 telah disediakan. Setiap perincian dalam perkara 3, 6 (jika berkaitan) dan 7 telah dilengkapkan. Setiap perician dalam perkara 1, 2, 4 dan 5 telah dilengkapkan. Ulasan : Ulasan : ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... ................................................................... Tandatangan Tandatangan ................................ ................................ (Guru Mentor) (Guru Mentor) Tarikh : Tarikh : C. Pengesahan oleh Pengetua/Guru Besar Ulasan : ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... ..................................................................................................................................... Tandatangan ................................................. (Pengetua/Guru Besar) Tarikh :
  • 29.
  • 31.
  • 32. 31 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Tempoh Fasa : • Satu tahun bermula dari hari pertama Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. (Rujuk catatan di m.s. 32) • Tempoh boleh dilanjutkan sekiranya Guru Baharu tidak menunjukkan peningkatan kemahiran dan kompetensi yang ditetapkan (rujuk Dimensi Kompetensi Profesional di bawah). Objektif : Memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional dan berstruktur kepada Guru Baharu sehingga Guru Baharu mencapai tahap Kompetensi Profesionalisme seperti yang dihasratkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014): • Memupuk sikap positif, dan mengamalkan nilai profesional keguruan; • Meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; • Meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; • Menyepadukan teori dengan amali PdP; • Menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; dan • Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi guru. Dimensi Kompetensi Profesional 1. Pengetahuan 2. Kemahiran 3. Nilai Profesional Cadangan Kaedah Pelaksanaan : Sesi formal & tidak formal 1. Penerangan 2. Perbincangan 3. Pemerhatian & catatan 4. Pengumpulan maklumat 5. Bimbingan 6. Ceramah & bengkel Dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB
  • 33. 32 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring (Rujuk Panduan Pementoran, m.s. 69) Penilaian & Pentaksiran Terhadap Pembangunan Guru Baharu: : 1. Berasaskan Portfolio Guru Baharu 2. Penilaian Guru Baharu Cadangan Tempoh Masa : Sepanjang tahun Catatan: 1. Fasa Pementoran merangkumi Fasa Orientasi. 2. Kandungan yang tercatat dalam Fasa Orientasi dikembangkan dengan lebih terperinci melalui mod yang lebih praktikal: a. Guru Baharu diberi peluang untuk mengambil bahagian secara aktif dan hands-on dalam pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam dan luar bilik darjah. b. Guru Baharu juga diberi pengalaman dalam pengurusan hal ehwal murid dan program sekolah yang juga meliputi aspek pentadbiran dan sebagainya. c. Guru Baharu juga dipimpin melaksanakan kajian tindakan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran bagi tujuan memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran.
  • 34. 33 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan dan Fokus Kandungan Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Proses Pengajaran dan Pembelajaran (menjurus kepada mata pelajaran/ bidang pengkhususan) • Kandungan mata pelajaran • Kurikulum (KSSR/ KBSM/ KSSM) • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Penilaian • Ilmu Pendidikan, pedagogi • Pelbagai pendekatan PdP dan psikologi (contoh: pengurusan kelas (classroom management) dan pengurusan murid) • Menterjemah kurikulum • Merancang Rancangan Pelajaran Tahunan & Rancangan Pelajaran Harian • Pelaksanaan PdP (mengaplikasi teori kepada amalan) § Set induksi § Sumber pendidikan § Kemahiran komunikasi § Teknik penyoalan § Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) § Tugasan murid • Ketuhanan § Bersyukur • Penyayang § Ikhlas § Bertimbang rasa § Berbudi bahasa § Empati • Integriti § Amanah § Berakauntabiliti § Adil • Efisien § Berilmu § Kreatif, kritis dan inovatif § Ketepatan § Interpersonal dan intrapersonal § Berdaya tahan § Berdaya usaha • Kecintaan terhadap profesion § Imej keguruan § Kualiti keguruan • Patriotisme dan tanggungjawab sosial § Pengorbanan untuk negara § Toleransi sosial
  • 35. 34 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan dan Fokus Kandungan Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Penilaian dan Pentaksiran Pencapaian Murid • PBS yang merangkumi komponen seperti: Ø Pedagogi Ø Pentaksiran Sekolah (PS) Ø PAJSK Ø Pentaksiran Psikometrik • UPSR • PT3 • SPM • Penilaian pembelajaran murid • Refleksi pengajaran guru • Adil • Integriti Pengurusan Bilik Darjah • Kepentingan bilik darjah yang kondusif untuk pembelajaran • Susun atur kelas abad ke-21 • Pengurusan kelas • Menguruskan bilik darjah kondusif • Efisien Pengurusan Disiplin Murid • Pekeliling ikhtisas mengenai disiplin pelajar yang sedang berkuat kuasa • Mengenal pasti kesalahan disiplin pelajar dan merujuk kepada prosedur pengurusan disiplin • Ketuhanan • Penyayang • Integriti Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Kokurikulum (Aktiviti Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform) • Sistem Fail • Pekeliling/dasar berkaitan • Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah • Merekodkan dan menguruskan pensijilan • Integriti • Efisien
  • 36. 35 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan dan Fokus Kandungan Aspek Dimensi Pengetahuan Dimensi Kemahiran Dimensi Nilai Profesional Pengurusan Fail, Aktiviti dan Program Sukan 1Murid 1Sukan • Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum • Mengurus fail secara sistematik dan boleh diakses dengan mudah • Merekodkan dan menguruskan pensijilan • Perpaduan • Toleransi • Tolak ansur • Efisien Pengurusan Kebajikan Murid • Sistem Fail • Pekeliling/dasar berkaitan • Merekodkan dan menguruskan kebajikan • Ketuhanan • Penyayang • Integriti Pengurusan Kaunseling • Fungsi Perkhidmatan Kaunseling • Fasilitasi • Memotivasi murid • Mengurus kebajikan murid • Mengenal pasti dan membantu memperkembangkan potensi murid • Penyayang • Efisien Pengurusan Kewangan dan Pentadbiran Sekolah • Pekeliling Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa • Outcome-based budgeting (OBB) • Asas Perakaunan • Pengurusan Kewangan • Integriti • Efisien • Akauntabiliti Pengurusan Program- program Sekolah (Contoh: Hari Graduasi Sekolah, Hari Anugerah Cemerlang) • Pelan tindakan, pengoperasian, etiket dan protokol • Menyediakan kertas konsep • Integriti • Efisien
  • 37.
  • 39.
  • 40. 39 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Tempoh Fasa : Hari pertama Guru Baharu melapor diri di sekolah dan berterusan sepanjang kerjaya sebagai guru. Objektif : Membimbing dan membangunkan kompetensi profesionalisme Guru Baharu dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai profesional yang berkaitan bagi memenuhi keperluan pendidikan abad ke-21. Cadangan Kaedah Pelaksanaan : Dilaksanakan secara formal dan tidak formal: 1. Inisiatif kendiri (individu dan berasaskan sekolah) 2. Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia Cadangan aktiviti PPB: • Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community - PLC) • Portal e-Guru • Wacana Ilmu • Penyelidikan • Penulisan dan Pengkaryaan • Lawatan Penanda Aras • Ulasan Buku • Inovasi • Coaching and Mentoring • Bengkel • Peningkatan Akademik • Kursus • Aktiviti PPB (Guru dan Pemimpin Sekolah Edisi 2014) Dokumentasi Guru Baharu : Portfolio Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB Rekod Guru Mentor : Log Coaching and Mentoring Nota: Dokumen yang sama digunakan sepanjang pelaksanaan PPGB
  • 41. 40 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes) Catatan 1 Rujuk Panduan Orientasi Dasar-dasar KPM • Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) • Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) • Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) • Misi dan Visi KPM • Amalan dan pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan • Strategi pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan dasar utama KPM • Dilaksanakan semasa Fasa Orientasi • Bahan-bahan berkaitan boleh dimasukkan dalam Portfolio PPB • Pendedahan kepada sistem-sistem pengurusan KPM. Contoh: SPL KPM, HRMIS, SPS dan lain-lain (sila layari www.moe.gov. my untuk rujukan lebih lanjut) 2 Rujuk Panduan Orientasi Etika Keguruan dan Penjawat Awam • Peranan dan tanggungjawab guru sebagai penjawat awam • Adab ‘Bina Ilmu, Menyempurna Akhlak’ Akauntabiliti sebagai pendidik Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi 3 Rujuk Panduan Orientasi Pengurusan Kewangan Sekolah • Prosedur kewangan sekolah – pembelian, petty cash dan sebagainya • Integriti dalam menguruskan kewangan Mengamalkan pengurusan kewangan peribadi dan sekolah yang positif Boleh dilaksanakan semasa Fasa Orientasi
  • 42. 41 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes) Catatan 4 - 5 Pedagogi Bilik Darjah • Menghadapi murid pelbagai keupayaan dan kebolehan dalam kelas yang sama Mempelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran Boleh dilaksanakan semasa sesi LADAP, PLC, pementoran KBAT • Menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam PdP Mahir menggunakan aplikasi KBAT dalam PdP Contoh aspek KBAT – program i-THINK dilakukan dalam PdP guru 6 Penilaian dan pentaksiran dalam mata pelajaran • Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) i) UPSR ii) PT3 iii) SPM iv) STPM/STAM • Rekod perkembangan pembelajaran murid Memahami dan melaksanakan penilaian dan pentaksiran dengan penuh integriti 7 Kajian Tindakan • Pendedahan kepada kajian tindakan • Mengenal pasti masalah dan fokus kajian, mengumpul data dan menulis laporan kajian tindakan • Perkongsian hasil kajian tindakan kepada pihak sekolah Menghasilkan kajian tindakan untuk penambahbaikan proses PdP Rujuk Buku Manual Kajian Tindakan terbitan BPPDP di laman web www.moe.gov.my
  • 43. 42 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan Pelaksanaan Cadangan Bulan Fokus Kandungan Keberhasilan (Outcomes) Catatan 8 dan seterusnya Pendidikan abad ke-21 • Pembacaan dan ulasan buku berkaitan perkembangan terkini dalam pendidikan • Pembelajaran sepanjang hayat • Lawatan penanda aras Guru Baharu dapat mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran di abad ke-21 Book review dikira sebagai latihan yang boleh dimasukkan dalam SPL KPM
  • 45.
  • 46. 45 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 47.
  • 49.
  • 50. 49 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PENGENALAN Dokumen Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) adalah dokumen yang diperlukan bagi memulakan dan melaksanakan PPGB. Perincian setiap dokumen serta tatacara penyediaan dan penggunaan dokumen adalah seperti di bawah. I. Surat Lantikan Guru Mentor oleh Pentadbir Sekolah Surat Lantikan Guru Mentor adalah surat arahan kepada Guru Mentor yang dipilih khas untuk membimbing Guru Baharu membangunkan kompetensi profesional mereka. Pemilihan Guru Mentor adalah berdasarkan kesesuaian opsyen Guru Mentor dan opsyen Guru Baharu, pengalaman mengajar, pengetahuan, kemahiran dan personaliti Guru Mentor. Tatacara 1. Surat lantikan ini dikeluarkan kepada Guru Mentor sekurang-kurangnya satu (1) minggu selepas Guru Baharu melaporkan diri di sekolah. 2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan nama Guru Baharu serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan. 3. Surat lantikan ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar. 4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
  • 51. 50 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia CONTOH SURAT LANTIKAN GURU MENTOR OLEH PENTADBIR SEKOLAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN 1MALAYSIA JALAN PINANG SEBATANG 90000 MIRI No. Telefon : 085-4312030 SARAWAK No. Fax : 085-4313000 Ruj. Kami : SMK1M/PP.3977 Tarikh : NAMA NO. KAD PENGENALAN Tuan/Puan, PELANTIKAN SEBAGAI GURU MENTOR BAGI PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa bagi memenuhi keperluan pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu, maka dengan ini tuan/puan dilantik sebagai Guru Mentor kepada Encik/Puan/Cik ____________________________________________________________ bermula pada __________________ sehingga __________________. 3. Pihak sekolah percaya komitmen tuan/puan dalam pelaksanaan program ini berdasarkan pematuhan kepada Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012 dapat membangunkan kompetensi profesional Guru Baharu seperti yang dihasratkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ Saya yang menurut perintah, ............................................... (Pengetua / Guru besar) LOGO SEKOLAH
  • 52. 51 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia II. Akuan Terima Guru Mentor dan Guru Baharu Akuan Terima Guru Baharu dan Guru Mentor adalah satu dokumen persetujuan antara Guru Mentor dan Guru Baharu sebagai ikatan bai’ah. Guru Mentor merekodkan persetujuan dan komitmen untuk memberi bimbingan dan Guru Baharu merekodkan persetujuan serta komitmen untuk menerima bimbingan dan bekerjasama membangunkan kompetensi profesional mereka berdasarkan panduan yang dikeluarkan dalam Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Tatacara 1. Nama dan nombor kad pengenalan Guru Mentor dan Guru Baharu dicatat. 2. Akuan Terima ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu. 3. Satu (1) salinan Akuan Terima disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.
  • 53. 52 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU AKUAN TERIMA GURU MENTOR DAN GURU BAHARU Guru Mentor : _____________________________________________________________ Guru Baharu : _____________________________________________________________ Nama Sekolah : _____________________________________________________________ Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________ yang dilantik sebagai Guru Mentor bersetuju untuk menerima tanggungjawab dan memberi bimbingan profesional sepanjang tempoh Program Pembangunan Guru Baharu dilaksanakan berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Saya, ______________________________________ (K/P) _____________________, Guru Baharu bersedia menerima bimbingan dan akan bekerjasama sepenuhnya dalam program ini untuk pembangunan kompetensi profesional saya sebagai seorang guru berdasarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Guru Baharu: Guru Mentor: …………………………….....……..… ………………………………………...... ( ) ( ) Tarikh: Tarikh:
  • 54. 53 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia III. Log Pementoran Log Pementoran adalah rekod sesi pementoran antara Guru Mentor dan Guru Baharu. Log ini juga merupakan bahan rujukan Pentadbir Sekolah untuk memantau status, mengenal pasti isu serta mencadangkan penambahbaikan pelaksanaan PPGB. Tatacara 1. Log Pementoran diisi sebulan sekali (Perbincangan secara formal dan tidak formal antara Guru Mentor dan Guru Baharu perlu diadakan sekurang-kurangnya dua (2) waktu seminggu). 2. Log ini diisi bersama oleh Guru Baharu dan Guru Mentor. 3. Perkara yang perlu diisi: a. Aktiviti utama (Contohnya, berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya) b. Isu atau perbincangan c. Ulasan 4. Log ini ditandatangani bersama oleh Guru Mentor dan Guru Baharu. 5. Satu (1) salinan log disimpan oleh Guru Baharu dalam Portfolio dan satu (1) salinan disimpan oleh Guru Mentor.
  • 55. 54 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU LOG PEMENTORAN Bulan/Tahun :_________/______ Bil.Pertemuan:________  AKTIVITI       ISU/PERBINCANGAN     ULASAN     *Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi. Disediakan oleh, Disahkan oleh,   …………………………….. ………………………….......…. (Nama Guru Baharu) (Nama Guru Mentor) Tarikh: Tarikh:
  • 56. 55 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia IV. Borang Penilaian Guru Baharu Penilaian Pelaksanaan PPGB dilaksanakan oleh Guru Mentor untuk melihat tahap pembangunan kompetensi profesionalisme Guru Baharu. Tatacara 1. Penilaian dilaksanakan dua (2) kali setahun oleh Guru Mentor pada bulan keenam (ke-6) dan bulan ke-12. (Dilaksanakan oleh Guru Mentor melalui perbincangan dengan guru lain dan Guru Baharu, pentaksiran berdasarkan evidences dan pemerhatian). 2. Penilaian dilaksanakan untuk setiap Guru Baharu dengan menggunakan borang yang sama. 3. Dimensi kompetensi yang dinilai dan wajaran adalah seperti yang berikut: a. Pengetahuan - wajaran 30% b. Kemahiran - wajaran 30% c. Nilai Profesional - wajaran 40% 4. Skor bagi setiap aspek kompetensi, jumlah skor, peratusan skor serta keseluruhan skor dan peratusan diberi. Deskriptor pemberian skor bagi setiap Aspek Kompetensi adalah seperti yang berikut: SKOR TARAF DESKRIPTOR 9 – 10 Cemerlang • Mengetahui, memahami dan menghayati serta dapat menterjemahkan semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas. • Mengetahui,memahamidanmenghayatisemuanilaiprofesional pada tahap yang baik. 7 – 8 Baik • Mengetahui, memahami dan menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi memerlukan bimbingan. • Mengetahui,memahamidanmenghayatisemuanilaiprofesional pada tahap sederhana. Berkaitan Dasar KPM, PdP, Pengurusan Kokurikulum, Pengurusan HEM dan sebagainya.
  • 57. 56 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia SKOR TARAF DESKRIPTOR 5 – 6 Sederhana • Mengetahui dan memahami semua aspek pengetahuan tetapi tidak menghayati aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi masih memerlukan bimbingan. • Mengetahui dan memahami semua nilai profesional pada tahap sederhana. 3 – 4 Kurang Memuaskan • Mengetahui semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas tetapi tidak memahami dan tidak menghayati aspek pengetahuan tersebut dalam melaksanakan tugas. • Menguasai, mengamalkan dan menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas tetapi sentiasa memerlukan bimbingan. • Kurang mengetahui, kurang memahami dan kurang mempamerkan nilai profesional. 1 – 2 Lemah • Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak menghayati semua aspek pengetahuan dalam melaksanakan tugas. • Tidak menguasai, tidak mengamalkan dan tidak menggabungjalinkan aspek kemahiran dalam melaksanakan tugas. • Tidak mengetahui, tidak memahami dan tidak mempamerkan nilai profesional. 5. Penilaian ditandatangani oleh Guru Mentor dan disahkan oleh Pengetua/ Guru Besar. 6. Sekiranya tempoh pelaksanaan PPGB dilanjutkan ke tahun kedua, penilaian semula terhadap Guru Baharu tersebut akan dilaksanakan selepas tempoh masa pelanjutan PPGB berakhir.
  • 58. 57 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU BORANG PENILAIAN GURU BAHARU Nama Guru Baharu : Bil. Dimensi Kompetensi Aspek Skor Skor Bulan Ke-6 Skor Bulan Ke-12 1. Pengetahuan (30%) Kandungan mata pelajaran 10 Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 10 Kurikulum dan kokurikulum 10 Pentaksiran dan penilaian 10 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) untuk pendidikan 10 Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 10 Pekeliling dan peraturan pendidikan 10 JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (70) 2. Kemahiran (30%) Menterjemahkan dasar/ pekeliling atau peraturan dalam amalan PdP 10 Merancang dan menyampai PdP mengikut mata pelajaran 10 Mentaksir dan menilai 10 Mengurus kelas dan murid 10 Menggunakan TMK untuk PdP 10 Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 10 Melaksanakan kajian tindakan 10 Hubungan sesama manusia 10 JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 30 % Jumlah Skor (80)
  • 59. 58 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Bil. Dimensi Kompetensi Aspek Skor Skor Bulan Ke-6 Skor Bulan Ke-12 3. Nilai Profesional (40 %) Keutuhan 10 Penyayang 10 Integriti 10 Efisien 10 Kecintaan terhadap profesion 10 Patriotisme dan tanggungjawab sosial 10 JUMLAH SKOR PERATUS SKOR (%) = Skor diperolehi x 40 % Jumlah Skor (60) JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR (%) Disediakan oleh, ……………………… (Nama Guru Mentor) Tarikh : …………………... Disahkan oleh, ………………………. (Pengetua/Guru Besar) Nama dan Cap Rasmi Sekolah Tarikh : …………………... SKALA JUMLAH KESELURUHAN PERATUS SKOR DIPEROLEHI PADA BULAN KE-12 : 90% - 100% - Tahap Kompetensi yang Cemerlang 80% - 89.99% - Tahap Kompetensi yang Baik 60% - 79.99% - Tahap Kompetensi yang Sederhana 50% - 59.99% - Tahap Kompetensi yang Kurang Memuaskan 49.99% ke bawah - Tahap Kompetensi yang Lemah
  • 60. 59 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia V. Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Laporan Status Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) ini adalah rekod lawatan atau pemantauan yang dilaksanakan secara berkala oleh pegawai Bahagian KPM, JPN dan PPD. Laporan ini digunakan sebagai rujukan untuk tindakan susulan pihak sekolah (jika berkenaan) dan juga bagi penyediaan laporan PPGB oleh pihak Bahagian Pendidikan Guru. Tatacara 1. Laporan ini disediakan setiap kali lawatan/pemantauan. (Lawatan/ pemantauan dijalankan sekurang-kurangnya dua (2) kali iaitu selepas tiga (3) bulan pertama dan pada bulan ke-12 pelaksanaan PPGB). 2. Nama, alamat sekolah dan bilangan Guru Baharu dicatatkan. 3. Perkara yang dilaporkan adalah seperti yang berikut: a. Amalan Terbaik b. Isu Pelaksanaan c. Cadangan Penambahbaikan 4. Nama, tandatangan dan cap rasmi pegawai lawatan/ pemantau serta Pengetua/ Guru Besar direkod secara bersama dalam laporan tersebut. 5. Satu (1) salinan laporan disimpan oleh pegawai lawatan/ pemantau dan satu (1) salinan disimpan oleh pihak sekolah. - Merujuk kepada objektif program - Maklumat diperoleh melalui semakan Portfolio dan perbincangan dengan Guru Mentor, Guru Baharu, guru lain dan Pengetua/ Guru Besar
  • 61. 60 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA LAPORAN STATUS PELAKSANAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (Diisi oleh Pegawai BPG/JPN/PPD) Nama dan Alamat Sekolah : Bil. Guru Baharu : Nama Pegawai : 1. 2. 3. ULASAN Amalan terbaik : Isu pelaksanaan :
  • 62. 61 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Cadangan penambahbaikan : *Sila sertakan lampiran jika ruang tidak mencukupi Tandatangan Pegawai Tandatangan Pengetua/Guru Besar …………………………………………….. …………………………………………… (Nama dan Cap Rasmi Pegawai) (Nama dan Cap Rasmi Sekolah) Tarikh : Tarikh :
  • 63. 62 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia VI. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) Sijil Penyertaan PPGB adalah sijil yang mengesahkan bahawa Guru Baharu telah menyempurnakan PPGB bermula dari hari pertama melaporkan diri di sekolah sehingga bulan kedua belas (ke-12) dengan jayanya. Sijil Penghargaan PPGB adalah sijil yang diberikan kepada Guru Mentor untuk memperaku dan menghargai sumbangan dan kerjasama Guru Mentor terhadap pelaksanaan PPGB. Tatacara 1. Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan masing-masing dikeluarkan kepada Guru Baharu dan Guru Mentor selepas tamat PPGB. 2. Maklumat seperti nama dan nombor kad pengenalan Guru Baharu dan Guru Mentor serta tempoh pelaksanaan program dinyatakan. 3. Sijil ini ditandatangani oleh Pengetua atau Guru Besar. 4. Satu (1) salinan surat disimpan dalam fail sekolah.
  • 64. 63 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia CONTOH SIJIL PENYERTAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (NAMA DAN LOGO SEKOLAH) SIJIL PENYERTAAN Dengan sukacitanya mengesahkan bahawa (NAMA GURU BAHARU) (NO. KAD PENGENALAN) telah mengikuti dengan jayanya PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) bermula pada (Tarikh Mula) sehingga (Tarikh Tamat) Tandatangan Nama Pengetua/Guru Besar Cap Rasmi Sekolah
  • 65. 64 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia CONTOH SIJIL PENGHARGAAN PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (NAMA DAN LOGO SEKOLAH) SIJIL PENGHARGAAN Dengan sukacitanya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada (NAMA GURU MENTOR) GURU MENTOR (NO. KAD PENGENALAN) atas sumbangan dan komitmen dalam menjayakan PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU (PPGB) bermula pada (Tarikh Mula) sehingga (Tarikh Tamat) Tandatangan Nama Pengetua/Guru Besar Cap Rasmi Sekolah
  • 67.
  • 68. 67 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PENGENALAN Dalam membantu pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB), beberapa bahan rujukan disediakan untuk pembacaan Guru Mentor, Guru Baharu dan pihak lain yang terlibat dalam program ini. Bahan ini dipilih khas bagi membolehkan Guru Baharu dan Guru Mentor khasnya, meningkatkan kefahaman dan pengetahuan berkaitan pelaksanaan PPGB. Selain daripada bahan yang disediakan ini, Guru Mentor dan Guru Baharu boleh merujuk sumber lain yang sesuai untuk membantu mereka dalam pelaksanaan program ini.
  • 69.
  • 71.
  • 72. 71 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Pengenalan Pementoran melibatkan komunikasi dua hala dalam tempoh masa yang tertentu antara seseorang individu yang berpengalaman, berpengetahuan serta mempunyai kebijaksanaan yang tinggi dengan seseorang yang dianggap kurang pengalaman, pengetahuan serta kurang berkemahiran. Pementoran menyediakan peluang kepada Guru Baharu menimba pengalaman atau pengetahuan melalui hubungan mesra serta berkomunikasi secara profesional ke arah perkembangan dan pembangunan diri mereka. Setiap Guru Baharu mesti melibatkan diri secara aktif dalam program Pementoran bagi meningkatkan dan memantapkan penguasaan pengetahuan, kemahiran PdP dan nilai keguruan serta pengurusan sekolah. Rasional Keperluan Mentor Menurut Salhah Abdullah (2005), Wildman, Magliaro, Niles dan Jerome A. Niles (1992) dari Virginia Polytechnic Institute dan State University dalam jurnal yang bertajuk Teacher Mentoring: An Analysis of Roles, Activities and Conditions merumuskan bahawa terdapat lapan kategori aktiviti pementoran dalam membantu Menti, iaitu: a. menggalakkan membuat refleksi; b. mengarah dan menyokong pelan tindakan; c. memberikan bantuan secara langsung dalam menghasilkan bahan-bahan PdP; d. menyediakan maklumat yang mungkin berguna dalam menghasilkan pengubahsuaian; e. memberi idea yang membolehkan Menti menyelesaikan masalah; f. memberi dorongan dan sokongan emosi; g. sumbangan Menti kepada Mentor; dan h. meredakan ketegangan semasa berhadapan dengan masalah. Definisi Mentor, Menti, Pementoran Mentor merupakan seorang guru yang dilantik untuk membimbing perkembangan kerjaya seorang Guru Baharu. Beliau adalah seorang yang lebih kanan atau berpengalaman (lebih lima tahun berkhidmat) dan boleh dijadikan sebagai role model dalam kalangan rakan sekerja. Menti bermaksud Guru Baharu yang dibantu oleh Mentor dalam proses Pementoran. Beliau merupakan seorang yang memerlukan bantuan dalam pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan kerjaya serta penyesuaian dalam profesion keguruan. Pementoran merupakan satu proses memberi bimbingan, sokongan dan bantuan secara profesional oleh Mentor bagi pembangunan diri Menti terhadap tugas profesionalnya. Proses Pementoran melibatkan aktiviti perhubungan, perkongsian pengalaman, pemindahan ilmu dan kemahiran serta pembinaan sahsiah keguruan dalam jangka masa yang ditetapkan.
  • 73. 72 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Pemilihan Mentor Mentor hendaklah terdiri daripada seorang guru yang berpengetahuan, berpengalaman dan berkemahiran (lebih dari lima tahun). Asas pemilihan Mentor adalah seperti yang berikut: a. guru yang berpengalaman dalam mata pelajaran yang diajar oleh Menti; b. boleh membangunkan potensi individu; c. dihormati oleh rakan-rakan sekerja kerana memiliki kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang pengkhususannya; d. berinisiatif dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh tanggungjawab; e. mempunyai pemikiran reflektif; f. memiliki kemahiran membimbing dan melatih; g. boleh mengurus masa dengan baik; h. memperlihatkan rasa kecintaan terhadap PdP; i. komitmen yang tinggi terhadap peningkatkan kualiti masa depan pendidikan negara; dan j. menerima tanggungjawab dengan hati yang terbuka. Kaedah Pelaksanaan Pementoran a. Pentadbir sekolah memberikan taklimat kepada Mentor dan Menti tentang PPGB. b. Mentor berbincang tentang pelaksanaan program pementoran. c. Mentor membimbing Menti bidang, tugas dan tanggungjawab sebagai guru. d. Mentor membimbing Menti bagi mendapatkan maklumat dan panduan yang berkaitan dengan aktiviti atau program sekolah. e. Mentor membimbing dan memberi nasihat kepada Menti tentang semua aspek berkaitan pendidikan. Objektif Pementoran Pada akhir proses pementoran Guru Baharu dapat: a. memupuk sikap positif, meningkatkan daya ketahanan diri serta mengamalkan nilai profesional keguruan; b. meningkatkan daya suai, daya tahan, daya saing dan daya cipta; c. meningkatkan kemahiran memerhati, keprihatinan dan kepekaan terhadap murid; d. menyesuaikan diri dengan budaya sekolah; e. menyepadukan teori dengan amali PdP; f. menguasai dan memantapkan strategi pengajaran; g. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP dan seterusnya memperkembangkan potensi diri guru; dan h. membuat refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas guru.
  • 74. 73 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Jenis dan Ciri Pementoran jadual 1: Jenis Pementoran dan Ciri Pementoran Jenis Pementoran Situasi Tidak Formal Formal Ciri Pementoran • Ringkas • Segera • Spontan • Rawak • Kasual • Kreatif & Inovatif • Respon kepada keperluan semasa • Mentor berinisiatif secara intervensi • Menti bertanggungjawab mengenal pasti dan menggunakan pembelajaran • Membantu Menti dalam proses membuat keputusan • Sukarela • Sangat peribadi • Sangat peka kepada keperluan Menti • Tidak berstruktur • Fleksibel • Mentor mendorong Menti dengan perkongsian, bantuan dan keprihatinan • Peranan sama rata (pemberi-penerima) • Laluan membina persahabatan dan rasa hormat • Kebergantungan kepada kecekapan, ilmu, kemahiran dan kebolehan Mentor • Jangka masa panjang contoh produktif • Sumber untuk membina perhubungan persahabatan • Bersifat sistematik dan berstruktur, tersusun dan berterusan • Dilaksanakan berdasarkan keperluan organisasi • Fokus kepada visi organisasi atau matlamat setiap bahagian/unit • Mempunyai kaedah dalam pemadanan Mentor dengan Menti • Penetapan jangka masa dalam penetapan matlamat • Program di bawah peruntukan organisasi
  • 75. 74 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Proses Pementoran Terdapat tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pementoran iaitu: a. Memerhati (Observe) Semasa proses Pementoran dijalankan, Mentor perlu memerhati tingkah laku Menti bagi memastikan terdapat perubahan dan penambahbaikan yang berlaku. Menti juga perlu melakukan pemerhatian kepada Mentor dan perlu mengemukakan soalan bagi mendapatkan seberapa banyak sumber maklumat sepanjang proses Pementoran. b. Melibatkan Diri (Participate) Menti perlu melaksanakan tugasan yang dirancang untuk memperoleh pemahaman yang lebih mendalam. Dalam masa yang sama, Menti dapat mempelajari sesuatu secara praktikal. Bagi tujuan ini, perbincangan perlu kerap dilakukan secara bersama. c. Melaksanakan (Conduct) Menti boleh diberi kepercayaan untuk melaksanakan program-program yang dirancang sendirian bagi menilai tahap kompetensi yang telah dipelajari. Dalam proses pementoran, apabila Menti boleh berdikari bermakna satu perubahan positif telah berlaku kepada Menti.
  • 76. 75 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia Kemahiran Pementoran Kemahiran yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut: a. Kemahiran Mendengar Semasa bersama Menti, Mentor perlu memberikan fokus dan mengenepikan segala pemikiran yang tidak berkaitan dengan proses Pementoran. Kesediaan mendengar dengan baik bukan bermakna Mentor hanya menerima secara pasif perkara yang disampaikan oleh Menti tetapi Mentor juga perlulah memberi maklum balas secara lisan atau bukan lisan. b. Kemahiran Bertanya Kemahiran bertanya penting digunakan dalam proses Pementoran kerana dapat memberi peluang kepada Menti menyatakan rasa hati, keinginan, harapan, idea serta pendapat kepada Mentor. c. Kemahiran Memerhati Dalam usaha memahami dan membantu Menti, Mentor perlu menumpukan sepenuh perhatian kepada Menti terutamanya semasa pertemuan diadakan. Melalui pemerhatian, Mentor perlu bijak mentafsir tingkah laku Menti dengan tepat. Mereka perlu sedar dan peka pada bahasa bukan lisan, reaksi muka dan suara Menti. d. Memberi Maklum Balas Menti sememangnya memerlukan maklum balas daripada pihak lain sebagai maklumat dan panduan kepada pembangunan diri mereka. Mentor perlu memberi maklum balas kepada Menti yang meyakinkan. Maklum balas bukan sahaja dapat digambarkan melalui kata-kata tetapi juga melalui perlakuan dan tindakan. Maklum balas positif yang diberikan oleh Mentor mempunyai pengaruh yang kuat terhadap motivasi Menti untuk meneruskan proses pementoran. Ciri-ciri maklum balas: • tepat, berfokus dan mudah difahami; • bersifat segera dan mesra; • berterus-terang; • khusus kepada seseorang; • tidak bersifat menghukum; dan • tidak membuat penilaian secara stereotaip.
  • 77. 76 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia e. Kemahiran Menentukan Fokus/Matlamat Pementoran Dalam proses pementoran, kemungkinan Menti akan mengadu permasalahan yang dihadapi. Mentor perlu meluaskan perspektif Menti untuk melihat masalah bukan sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya sebagai satu peluang untuk membuat perubahan atau penambahbaikan. Dalam proses melihat permasalahan Menti, Mentor juga perlu mahir menentukan fokus agar selari dengan matlamat pementoran. f. Kemahiran Berfikir Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis merupakan prasyarat kemahiran membuat keputusan. Apabila Mentor mampu berfikir secara kritis dan kreatif, Mentor boleh memberi cadangan-cadangan yang membina kepada permasalahan yang dikemukakan oleh Menti. Secara tidak langsung Mentor akan dapat mempermudah, mendorong dan membimbing Menti mencari alternatif terbaik bagi menyelesaikan masalah mereka. g. Membuat Penilaian Mentor perlu bijak membuat penilaian atas maklumat sama ada daripada Menti atau individu lain. Kemahiran menilai membantu Mentor memberi respons dan membuat penilaian yang berkesan.
  • 78. SURAT SIARAN KPM BILANGAN 21 TAHUN 2012 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (Ppgb) di Sekolah-sekolah di bawah Kpm
  • 79.
  • 80. 79 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 81. 80 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 82. 81 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 83. 82 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 84. 83 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 85. 84 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 86. 85 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 87. 86 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 88. 87 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 89. 88 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 90. 89 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 91. 90 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 92. 91 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 93. 92 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 94. 93 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia
  • 95.
  • 96. KOMPETENSI PROFESIONAL GURU Petikan daripada Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah) Kementerian Pendidikan Malaysia Edisi 2014, m.s. 17-19
  • 97.
  • 98. 97 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia KOMPETENSI PROFESIONAL GURU Kompetensi profesional guru ialah kompetensi yang perlu dibangunkan secara berterusan oleh semua guru di Malaysia termasuk Guru Baharu. Setiap guru perlu memperoleh dan menguasai pengetahuan, kemahiran baharu serta meningkatkan amalan nilai profesional agar mereka sentiasa menjunjung etika keguruan dan mempunyai integriti profesional yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab untuk meningkatkan keberhasilan murid. Pembangunan kompetensi profesional melibatkan dimensi nilai profesional, pengetahuan dan kemahiran seperti dalam Rajah 4 dan Perincian Dimensi Kompetensi Profesional adalah seperti dalam Jadual 2. Rajah 4: Dimensi Kompetensi Profesional Nilai Profesional kemahiran pengetahuan
  • 99. 98 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL DIMENSI GURU (PdP) NILAI PROFESIONAL 1. Keutuhan • Bersyukur 2. Penyayang • Ikhlas • Bertimbang rasa • Berbudi bahasa • Empati 3. Integriti • Amanah • Berakauntabiliti • Adil 4. Efisien • Berilmu • Kreatif, kritis dan inovatif • Ketepatan • Interpersonal dan intrapersonal • Berdaya tahan • Berdaya usaha 5. Kecintaan terhadap profesion • Imej keguruan • Kualiti keguruan 6. Patriotisme dan tanggungjawab sosial • Pengorbanan untuk negara • Toleransi sosial Jadual 2: Perincian Dimensi Kompetensi
  • 100. 99 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PERINCIAN DIMENSI KOMPETENSI PROFESIONAL DIMENSI GURU (PdP) PENGETAHUAN 1. Kandungan mata pelajaran 2. Ilmu pendidikan, pedagogi dan psikologi 3. Kurikulum dan kokurikulum 4. Pentaksiran dan penilaian 5. TMK untuk pendidikan 6. Dasar-dasar dan hala tuju kerajaan 7. Pekeliling dan peraturan pendidikan KEMAHIRAN 1. Menterjemahkan dasar/pekeliling atau peraturan dengan amalan PdP 2. Merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran 3. Menyampai pengajaran dan pembelajaran mengikut mata pelajaran 4. Mentaksir dan menilai 5. Mengurus kelas dan murid 6. Menggunakan TMK untuk pengajaran dan pembelajaran 7. Kepimpinan pengajaran dan pembelajaran 8. Melaksanakan kajian tindakan 9. Hubungan sesama manusia
  • 101.
  • 103.
  • 104. 103 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia BIBLIOGRAFI Kementerian Pelajaran Malaysia. (2012). Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PPGB) di Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 21 Tahun 2012. Bertarikh 21 Jun 2012. Putrajaya. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Guru dan Pemimpin Sekolah). Kementerian Pendidikan Malaysia, Edisi 2014. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. (2008). Buku Manual Kajian Tindakan. Edisi Ketiga. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kementerian Pelajaran Malaysia. (Tidak bertarikh). Modul Program Pembangunan Guru Baharu. Dokumen tidak diterbitkan. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. (2008). Pementoran dalam Perkhidmatan Awam: Panduan untuk Mentor dan Menti. Putrajaya: Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. Salhah Abdullah, Ainon Mohd. (2005). Guru Sebagai Mentor. Selangor: PTS Publications.
  • 105.
  • 107.
  • 108. 107 Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu (PpgB) 2015 kementerian pendidikan malaysia PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada: Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Timbalan Pengarah Dasar dan Standard Keguruan Bahagian Pendidikan Guru Timbalan Pengarah Pembangunan Profesionalisme Keguruan Bahagian Pendidikan Guru Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Guru Penyelaras Program Pembangunan Guru Baharu Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Jurulatih Program Pembangunan Guru Baharu Panel Penulisan dan Penyemakan, Penilai Kualiti Bahasa Melayu, Penyuntingan dan Grafik Modul Program Pembangunan Guru Baharu Juga Panel Kawalan Mutu Penerbitan Bahagian Pendidikan Guru, Penggubal Modul Program Pembangunan Guru Baharu, Pegawai Meja Program Pembangunan Guru Baharu, urus setia dan semua pihak yang telah menyumbang tenaga serta buah fikiran sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan buku Panduan Pelaksanaan Program Pembangunan Guru Baharu 2015.
  • 109. DICETAK OLEH PERCETAKAN NASIONAL MALAYSIA BERHAD KUALA LUMPUR, 2015 www.printnasional.com.my email: cservice@printnasional.com.my Tel.: 03-92366895 Faks: 03-92224773 WJD005942