SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
Download to read offline
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
1
“MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM
MELAKSANAKAN JIHAD”
:…
…
‫ﹾ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬
‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬.ّ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﺻ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬
‫ﻢ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻟ‬‫ﺁ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬‫ﹺﻪ‬‫ﺑ‬‫ﺎ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬
‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺟ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬.‫ﺂ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ،‫ﺪ‬‫ﻌ‬‫ﺑ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬!،‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹾ‬‫ﺍ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﺗ‬‫ﺍ‬
‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺯ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬ ‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﺍﷲ‬ ‫ﻯ‬‫ﻮ‬‫ﹾ‬‫ﻘ‬‫ﺘ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻱ‬‫ﺎ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻴ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬‫ﹸ‬‫ﺃ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﺘ‬‫ﻤ‬.‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬
‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬:
.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT.,
Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian. Marilah kita
bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan
menjauhi segala larangan-Nya.
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
2
Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah akan mendorong kita agar
berhati-hati dalam segala tindakan dan tingkah-laku kita. Taqwa yang
sebenar akan menjadikan kita waspada dan bimbang terhadap akibat
tindakan yang salah sama ada melibatkan hak Allah SWT, begitu juga hak
sesama manusia sebagai hamba Allah.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Hari ini, marilah sama-sama kita hayati khutbah yang bertajuk
“MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD”.
Muslimin yang berbahagia,
Dunia semakin menghampiri kiamat. Semakin banyak tanda-tanda kecil
kiamat yang biasa berlaku di sekitar kita. Antara tanda-tanda kiamat yang
diberitahu oleh Rasulullah SAW adalah banyaknya berlaku peperangan dan
pembunuhan.
Hadis daripada Abu Hurairah RA. Bahawa Rasulullah SAW bersabda:
‫ﻱ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ِﻲ‬‫ﺴ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬‫ﻧ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﹶ‬‫ﻻ‬‫ﺐ‬‫ﻫ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬‫ﺗ‬‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻰ‬‫ﺘ‬‫ﺣ‬
‫ﻲ‬‫ﺗ‬‫ﹾ‬‫ﺄ‬‫ﻳ‬‫ﹶﻰ‬‫ﻠ‬‫ﻋ‬‫ﹺ‬‫ﺱ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻡ‬‫ﻮ‬‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﻻ‬‫ﹺﻱ‬‫ﺭ‬‫ﺪ‬‫ﻳ‬‫ﹸ‬‫ﻞ‬‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﺘ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬
‫ﹶ‬‫ﻻ‬‫ﻭ‬‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻘ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﺘ‬‫ﹸ‬‫ﻗ‬.‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﻴ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬‫؛‬‫ﻒ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﹸ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻜ‬‫ﻳ‬
‫ﻚ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺫ‬‫؟‬‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬:‫ﺝ‬‫ﺮ‬‫ﻬ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫؛‬‫ﹸ‬‫ﻞ‬‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻘ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﻲ‬‫ﻓ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬.
“Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Dunia tidak
akan musnah sehingga berlaku pada manusia, suasana di mana pembunuh
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
3
tidak tahu kenapa dia membunuh. Mangsa bunuh juga tidak tahu kenapa dia
dibunuh.” Baginda SAW ditanya: “Bagaimana boleh terjadi demikian?” Jawab
baginda SAW: “Itulah al-Harju. Pembunuh dan mangsa bunuhnya akan
masuk neraka”.
(Riwayat Muslim).
Sidang Jumaat sekalian,
Fenomena banyaknya kematian berlaku apabila berlakunya
peperangan. Peperangan yang berlaku pada abad ke 20 yang lalu telah
menyaksikan jutaan manusia dibunuh. Hari ini, pada abad ke 21, peperangan
terus berlaku di beberapa negara seperti Syria, Iraq dan Palestin. Ia turut
mengorbankan banyak nyawa. Apa yang lebih membimbangkan pada kali ini,
peperangan yang berlaku di Iraq dan Syria seolah-olah menggambarkan apa
yang disebut di dalam dua hadis tadi. Pembunuhan yang berleluasa
sehingga pembunuh tidak tahu mengapa dia perlu membunuh dan mangsa
bunuh tidak tahu apakah motif dia dibunuh. Manusia membunuh semahunya.
Ia mencetuskan suasana fitnah sehingga antara kumpulan bertentangan
tidak mengenali siapa musuh dan siapa kawan.
Peperangan tersebut bukan sahaja melibatkan pihak pemerintah yang
zalim dan mangsa kezaliman. Bahkan, ia melibatkan pihak luar dan kuasa-
kuasa besar dunia yang mencaturkan peperangan demi mengaut
keuntungan hasil bumi, meluaskan pengaruh, mengawal negara-negara Asia
Barat, melindungi kepentingan Israel dan menjadi pasaran perniagaan
senjata.
Dalam suasana begini juga, kita menyaksikan kemaraan pelbagai
kumpulan dari seluruh dunia menyertai peperangan tersebut. Tempoh
peperangan yang lama telah mencetuskan kelahiran kumpulan-kumpulan
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
4
tentera seperti Free Syria Army (FSA), Ansar Sunnah, Islamic State of Iraq
and Syria (ISIS) dan banyak lagi. Semangat untuk berjuang menegakkan
Islam sebagai negara dan keinginan untuk membela golongan yang dizalimi
dalam zon peperangan telah menjadi faktor utama menarik penyertaan
pelbagai golongan dalam perang ini.
Sidang Jumaat sekalian,
Apa yang dibimbangi adalah sebahagian dari golongan bersemangat
juang yang tinggi ini terjebak dalam perangkap yang diatur oleh musuh umat
Islam sendiri. Ini kerana penglibatan dalam jihad perang memerlukan ilmu
yang luas. Bukan sahaja pada aspek fekah jihad, bahkan memahami situasi
politik antarabangsa dan sejarah tipu daya musuh.
Al-Qur'an mengajar kita bahawa jihad peperangan memerlukan ilmu.
Justeru semangat untuk berjuang sahaja tidak cukup untuk meneruskan cita-
cita murni itu. Ini dapat diamati dari beberapa nas al-Qur'an:
i. Allah SWT tidak terus mewajibkan jihad perang ketika umat ditindas
oleh musuh. Ada ketika kita disuruh bersabar dan ada ketika kita
diperintahkan berperang.
Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 77:

…
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan
orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
5
tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum
diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat...”
ii. Jihad mestilah dipimpin oleh ketua yang alim atau dirujuk kepada
para ulama. Ini kerana tentera yang berjihad perlu mengetahui,
bilakah peperangan itu wajar diteruskan, bilakah pula perdamaian
perlu diterima. Bagaimana menguruskan tawanan dan harta
rampasan serta bagaimana pula menegakkan hukum selepas
kemenangan. Semuanya ini telah disediakan panduan dalam nas-
nas al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. Kerana itulah, Allah SWT
menentukan Talut dipilih menjadi panglima perang berdasarkan
kekuatan ilmu dan fizikalnya.
Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 247:



“..Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya
(Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan
dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan...”
iii. Umat Islam yang berjihad perlu dilengkapkan dengan ilmu. Allah
SWT mengingatkan dalam surah at-Tawbah, ayat 122:
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
6




“Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar
semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian
sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang
(yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di
dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang
keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka;
mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan
larangan Allah)”.
Sidang Jumaat sekalian,
Kejahilan terhadap fekah jihad akan mendorong tentera yang berjuang
melakukan perkara yang lebih memburukkan keadaan. Ini kerana suasana
peperangan memungkinkan pelbagai taktik digunakan oleh musuh utama
untuk melemahkan Islam. Sejarah pertembungan Islam dengan kuasa Barat
yang panjang menjadikan mereka sentiasa mencari jalan untuk menghalang
kebangkitan Islam yang sebenar. Antara langkah utama mereka menyekat
kebangkitan ini adalah dengan menghalang umat Islam mendapat pendidikan
dan ilmu Islam yang sempurna. Terdapat bukti-bukti menunjukkan campur
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
7
tangan Barat dalam sistem pendidikan Islam termasuk di universiti terkemuka
umat Islam.
Langkah berikutnya adalah menggunakan kelemahan dua golongan di
kalangan umat Islam iaitu golongan longgar dan golongan ekstrim. Golongan
yang longgar ini bermudah-mudah dengan ajaran Islam. Kelemahan itu
menyebabkan mereka mula diresapi ideologi asing dan cenderung kepada
Islam liberal, Islam demokrat, pluralisme agama dan lain-lain. Mereka
menerima sebahagian ajaran Islam yang mudah diterima akal tetapi
meminggirkan aspek yang lain.
Manakala bagi golongan ekstrim pula, sikap mereka terlalu sayangkan
Islam tetapi tidak memahami Islam. Kejahilan mereka dipergunakan untuk
memberi imej buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia. Mereka
berjihad tanpa memahami fekah lalu bersikap gelojoh dalam memartabatkan
Islam. Mereka melaksanakan undang-undang Islam tanpa mengikut syarat-
syarat dan prosedur yang sepatutnya.
Kedua-dua golongan ini dibiayai secara halus oleh kuasa Barat dalam
keadaan mereka sendiri tidak menyedarinya. Kedua-dua aliran ini diperlukan
oleh kuasa Barat untuk menghalang Islam yang sebenar dari menyerlah.
Akibatnya, pertembungan sesama Islam akan berlarutan jika kita tidak
menyedari permainan ini.
Sidang Jumaat sekalian,
Islam menuntut kita bersikap sederhana walaupun dalam suasana
peperangan. Dalam satu riwayat oleh Muslim dan Abu Daud diceritakan
bahawa Usamah bin Zaid bersama seorang sahabat Ansar telah berjaya
mengepung seorang musuh. Tiba-tiba musuh itu berkata: “La ilaha illallah.”
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
8
Ini menyebabkan lelaki Ansar itu berhenti dari menyerang. Manakala
Usamah pula terus menyerang dengan tombak hingga musuh itu terbunuh.
Apabila hal itu diceritakan kepada Rasulullah SAW, baginda marah dan
berkata: “Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap ‘La ilaha
illallah’?” Usamah memberikan alasan bahawa lelaki itu hanya berlindung
dengan ucapan itu. Namun baginda SAW terus mengulang-ngulang
sabdanya: “Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap ‘La ilaha
illallah’?” Akhirnya Usamah merasa kesal sekali atas tindakannya itu.
Sidang Jumaat sekalian,
Hadis seperti ini menunjukkan bahawa jihad itu memerlukan ilmu
fekahnya. Semangat yang berapi-api tanpa ilmu akan mendorong
pendekatan keras dan ekstrim seperti yang pernah timbul dari kelompok
Khawarij dalam sejarah Islam. Sikap yang mirip Khawarij itu adalah seperti
berikut:
i. Mereka dengan mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak
menyokong gerakan mereka.
ii. Mereka memerangi semua golongan yang tidak menerima mereka
tanpa mengira latar belakang dan alasan orang yang menolak
mereka.
iii. Mereka menggunakan hujah dari nas al-Qur'an secara zahir tanpa
merujuk kepada huraian dari hadis dan tafsiran para ulama.
Wujudnya golongan ekstrim seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah
SAW sebelum kemunculan mereka lagi. Dalam sebuah hadis riwayat Abu
Sa‘id al-Khudri, baginda SAW bersabda yang bermaksud:
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
9
“Akan keluar di kalangan kamu satu golongan yang kamu akan
memandang rendah solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, begitu
juga puasa kamu berbanding puasa mereka, amalan kamu dibanding amalan
mereka. Mereka membaca al-Qur'an tetapi ia tidak melepasi kerongkong
mereka pun (tidak diamalkan). Mereka keluar dari agama seperti anak
panah keluar dari busurnya. Lalu si pemanah melihat mata anak panahnya
tetapi dia tidak melihat apa-apa padanya. Dia melihat pada bekas juga tidak
nampak apa-apa. Dia melihat pada bulu ekor panahnya, juga tidak nampak
apa-apa. Lalu mereka tercari-cari pula pada bahagian atas.”
(Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Malik).
Mengakhiri khutbah pada hari ini maka marilah kita sama-sama
mengambil langkah-langkah seperti berikut;
1. Umat Islam hendaklah memahami bahawa Islam mengajar umatnya
sikap sederhana, merendah diri sesame Islam dan bertegas dengan
musuh-musuh Islam yang kafir.
2. Umat Islam hendaklah mempertingkatkan ilmu yang berkaitan dengan
jihad dan amalan hidup Islam khususnya berkaitan dengan jihad. Dua
sikap inilah yang nyata telah hilang dari kumpulan-kumpulan yang
ekstrim sehingga mencetuskan permusuhan sesama Islam. Justeru,
umat Islam hendaklah berwaspada terhadap sikap dan pendekatan
seperti ini dengan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tafsir al-
Quran, hadis dan fekah jihad.
3. Umat Islam hendaklah memantapkan iman dan memperkasakan Islam
dengan ilmu pengetahuan.
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
10
4. Langkah pertama umat Islam hendaklah membantu dengan
menghulurkan bantuan berupa kewangan dan doa kepada mangsa
peperangan.
5. Kita hendaklah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah
jihad yang ekstrim.







“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang)
pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik
(apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru)
mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai
(dengan memberi salam atau mengucap dua kalimah syahadat): "Engkau
bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
11
hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan
dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu)
kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah
juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman
kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah syahadat), lalu Allah
mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua
lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu
lakukan.”
(an-Nisa’:150-151).
‫ﻲ‬‫ﻟ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﻙ‬‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﺑ‬‫ﹸﻢ‬‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬‫ﻥ‬‫ﺁ‬،
‫ﻲ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﻌ‬‫ﹶ‬‫ﻔ‬‫ﻧ‬‫ﻭ‬  ‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻳ‬
‫ﻣ‬ ‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﺒ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬‫ّﻲ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﹸﻢ‬‫ﻜ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬‫ﻼ‬‫ﺗ‬‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬‫ﻭ‬،‫ﻪ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬‫ﻭ‬‫ﻮ‬‫ﻫ‬
.

‫ﻲ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻗ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻲ‬‫ﻟ‬ ‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬
‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﺋ‬‫ﺂ‬‫ﺴ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬،‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬
‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬‫ﻪ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻩ‬‫ﻮ‬‫ﹸ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻮ‬‫ﻫ‬‫ﻴ‬‫ﺣ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺭ‬‫ﻢ‬.

Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
12
KHUTBAH KEDUA
‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬َ‫ﹶ‬‫ﺍ‬‫ﻱ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬‫ﻌ‬‫ﺟ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬‫ﺯ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬
‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﺒ‬ِّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﱠ‬‫ﻄ‬‫ﺍﻟ‬.‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﹶﻥ‬‫ﺃ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ﻭ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬
‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻪ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬‫ﻭ‬.
‫ﻢ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬ ّ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﺻ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻙ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺳ‬
‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﻌ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﺗ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬
‫ﻮ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻳ‬ّ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹺ‬‫ﻡ‬ِ.‫ﺍ‬ ،ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﺩ‬‫ﺎ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ،‫ﺪ‬‫ﻌ‬‫ﺑ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹾ‬‫ﺍ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﺗ‬
‫ﺯ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﹸ‬‫ﻘ‬‫ﺘ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.‫ﺎ‬‫ﻌ‬‫ﺗ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ :

.‫ﹶ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬ ّ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﺻ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ﺪ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺳ‬
‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺽ‬‫ﺭ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﲔ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻦ‬‫ﻋ‬‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﺎ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻪ‬‫ﺘ‬‫ﺑ‬‫ﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬‫ﻭ‬
‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺟ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﱠﺎ‬‫ـ‬‫ّﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫ﹸ‬‫ﺫ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺯ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬.‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﹾ‬‫ﻏ‬‫ﺍ‬
‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺆ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺆ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
13
ِ‫ﺀ‬‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﺣ‬َ‫ﻷ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺍﺕ‬‫ﻮ‬‫ﻣ‬َ‫ﻷ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺐ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﻊ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬ ‫ﻚ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ،
‫ﹺ‬‫ﺠ‬‫ﻣ‬‫ﻲ‬‫ﺿ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ ‫ﺎ‬‫ﻳ‬‫ﻭ‬ ‫ﺕ‬‫ﺍ‬‫ﻮ‬‫ﻋ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺐ‬‫ﻴ‬‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﺟ‬‫ﺎ‬‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬
‫ﻭ‬ ‫ﻚ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﺴ‬‫ﻧ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﻨ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻚ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﹸ‬‫ﻞ‬‫ﺳ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﻧ‬‫ﺍ‬ ‫ﻚ‬‫ﻚ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﺴ‬‫ﻧ‬‫ﻭ‬ ،‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻣ‬
‫ﻰ‬‫ﻨ‬‫ﺴ‬‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻚ‬‫ﺋ‬‫ﺂ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﻰ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻚ‬‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻔ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﻆ‬‫ﹶ‬‫ﻔ‬‫ﺤ‬‫ﺗ‬ ‫ﹾ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬
،‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﻧ‬‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺼ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﻳ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬‫ﹺ‬‫ﻭ‬ ‫ﻆ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬‫ﺤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﻧ‬‫ﺎ‬‫ﺑ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﻳ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻋ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬
‫ﻼ‬‫ﺟ‬‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬ ‫ﹺ‬‫ﻢ‬‫ﱠ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻜ‬‫ﻠ‬‫ﻣ‬‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬ ،
‫ﺷﺎ‬ ‫ﺍﺩﺭﻳﺲ‬ ‫ّﻳﻦ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻑ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬‫ﺍﳌﺮﺣﻮﻡ‬ ‫ﺍﺑﻦ‬ ‫ﺍﳊﺎﺝ‬ ‫ﻩ‬
‫ﻼ‬‫ﺻ‬ ‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬ّ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺡ‬‫ﺍﳊﺎﺝ‬ ‫ﺷﺎﻩ‬ ‫ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ‬ ‫ﻋﺒﺪ‬ ‫ﻳﻦ‬.
‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﺤ‬ّ‫ﺼ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻖ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬ ‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﻳ‬‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫ﺩ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬
‫ﻼ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﻋ‬ ّ‫ﹺ‬‫ﻰ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﻟ‬ ،‫ﻚ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬ ‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﻣ‬،‫ﲑ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬
‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﺑ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎﻩ‬‫ﺷ‬‫ﺷﺎﻩ‬ ‫ﺍﺩﺭﻳﺲ‬ ‫ّﻳﻦ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻑ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬
‫ﻼ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬ ‫ﹴ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﻰ‬‫ﻓ‬ ‫ﺍﳊﺎﺝ‬‫ﺎ‬‫ﻳ‬ ‫ﻚ‬‫ﻣ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﻭ‬ ‫ﻚ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﻤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﺎ‬‫ﻋ‬‫ﻭ‬ ‫ﹴ‬‫ﺡ‬
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
14
‫ﹶﺍ‬‫ﺫ‬‫ﻼ‬‫ﺠ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ِ‫ﹺ‬‫ﻝ‬ِ‫ﻹ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫ﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹾ‬‫ﻛ‬.‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﹾ‬‫ﻞ‬‫ﻃ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﺤ‬‫ﻠ‬‫ﺼ‬‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻫ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﻋ‬
‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻔ‬‫ﱠ‬‫ﻇ‬‫ﻮ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ِﻼ‬ِ‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﻋ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻫ‬‫ﺪ‬ِ‫ﺻ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬‫ﻣ‬ ‫ﹾ‬‫ﻎ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬ ،‫ﺩ‬
‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻖ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻄ‬ِ‫ﻟ‬‫ﺩ‬‫ﺎ‬‫ﺷ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur
kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat,
sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara
umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera
dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami,
terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki
kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami
dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau
redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-Mu yang berat
supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan
berkat.
Ya Allah, kami pohon kehadratmu, mantapkanlah pegangan kami
menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan peliharalah kami daripada
amalan dan akidah yang menyeleweng dan sesat seperti fahaman syiah
yang melampau dan Qadyani serta lain-lain fahaman.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima
waktu, menunaikan zakat dan kefarduan yang lain. Berkatilah hidup orang-
orang yang melaksanakan zakat dan menyayangi fakir miskin serta mereka
Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad”
Jabatan Agama Islam Selangor
15
yang menginfakkan harta untuk Tabung Amanah Pembangunan Islam
Selangor dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.
Demikian juga ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang
mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala
yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

.
.‫ﺩ‬‫ﺎ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬
ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬،


‫ﻩ‬‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﺷ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬‫ﻳ‬ ‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹾ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹾ‬‫ﺫ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬
‫ﻪ‬‫ﻤ‬‫ﻌ‬‫ﹺ‬‫ﻧ‬‫ﻪ‬‫ﻠ‬‫ﻀ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ﻩ‬‫ﻮ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﺳ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﺩ‬‫ﹺ‬‫ﺰ‬‫ﻳ‬‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻄ‬‫ﻌ‬‫ﻳ‬
‫ﹾ‬‫ﻛ‬‫ﺬ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻌ‬‫ﻨ‬‫ﺼ‬‫ﺗ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﻢ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬‫ﻌ‬‫ﻳ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬ ‫ﺮ‬‫ﺒ‬‫ﹾ‬‫ﻛ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﺮ‬.  
JAIS/Nurul**
04.12.2014

More Related Content

What's hot

Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2
Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2
Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2Ra Hardianto
 
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam sajaKewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam sajaFlamencoRizky
 
Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2
Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2
Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2Ra Hardianto
 
Ikhwanul muslimin
Ikhwanul musliminIkhwanul muslimin
Ikhwanul musliminAbu Jakaria
 
Aliran Khawarij
Aliran KhawarijAliran Khawarij
Aliran KhawarijRatih Aini
 
Ukhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahUkhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahAbdullahzXz
 
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijSifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijMawar'99
 
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Edi Awaludin
 
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)Hestifidiah
 
Realita kebangkitan-islam
Realita kebangkitan-islamRealita kebangkitan-islam
Realita kebangkitan-islamRa Hardianto
 
غزو الفكر (Ghozwul Fikri)
غزو الفكر (Ghozwul Fikri)غزو الفكر (Ghozwul Fikri)
غزو الفكر (Ghozwul Fikri)DidikKepsu A
 
Mendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto Apriyanto
Mendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto ApriyantoMendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto Apriyanto
Mendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto ApriyantoAnto Apriyanto, M.E.I.
 

What's hot (18)

Jihad dan peperangan
Jihad dan peperanganJihad dan peperangan
Jihad dan peperangan
 
Ilmu Kalam - Khawarij
Ilmu Kalam - KhawarijIlmu Kalam - Khawarij
Ilmu Kalam - Khawarij
 
Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2
Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2
Peringatan dari-bahaya-penculikan-pembunuhan-serta-tindak-peledakan-2-2
 
E book jihad wanita
E book jihad wanitaE book jihad wanita
E book jihad wanita
 
Berani di jalan dakwah
Berani di jalan dakwahBerani di jalan dakwah
Berani di jalan dakwah
 
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam sajaKewajiban dakwah   bab 7 buku mentoring islam saja
Kewajiban dakwah bab 7 buku mentoring islam saja
 
Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2
Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2
Sejarah hitam-perpecahan-umat-2-2
 
Khawarij
KhawarijKhawarij
Khawarij
 
Ikhwanul muslimin
Ikhwanul musliminIkhwanul muslimin
Ikhwanul muslimin
 
Aliran Khawarij
Aliran KhawarijAliran Khawarij
Aliran Khawarij
 
Ukhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyahUkhuwah islamiyah
Ukhuwah islamiyah
 
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis KhawarijSifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
Sifat dan Karakteristik Ekstrimis Khawarij
 
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
Asep sobari (sejarah dan pemikiran khawarij)
 
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
Presentasi Ukhuwah (persaudaraan)
 
Realita kebangkitan-islam
Realita kebangkitan-islamRealita kebangkitan-islam
Realita kebangkitan-islam
 
غزو الفكر (Ghozwul Fikri)
غزو الفكر (Ghozwul Fikri)غزو الفكر (Ghozwul Fikri)
غزو الفكر (Ghozwul Fikri)
 
192608705 karakter-pemimpin-dalam-islam
192608705 karakter-pemimpin-dalam-islam192608705 karakter-pemimpin-dalam-islam
192608705 karakter-pemimpin-dalam-islam
 
Mendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto Apriyanto
Mendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto ApriyantoMendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto Apriyanto
Mendudukkan Polemik Al Maidah 51 - Anto Apriyanto
 

Similar to 12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc

1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt
1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt
1. slideshow hakikat jihad dalam islam.pptzikryhaikalothman
 
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...primagraphology consulting
 
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmuMa’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmuRizky Faisal
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMuhsin Hariyanto
 
Nasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah IslamNasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah IslamAlat_Survey_Pemetaan
 
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korbancheapweb
 
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Promosi islam moderat untuk kepentingan barat
Promosi islam moderat untuk kepentingan baratPromosi islam moderat untuk kepentingan barat
Promosi islam moderat untuk kepentingan baratFlamencoRizky
 
BUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERN
BUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERNBUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERN
BUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERNMuhammad Ardhiansyah
 

Similar to 12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc (20)

Persepsi jihad
Persepsi jihad Persepsi jihad
Persepsi jihad
 
Bumi berdarah
Bumi berdarahBumi berdarah
Bumi berdarah
 
1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt
1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt
1. slideshow hakikat jihad dalam islam.ppt
 
ISLAM WASATHIYAH
ISLAM WASATHIYAHISLAM WASATHIYAH
ISLAM WASATHIYAH
 
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
RADIKALISME SEKTE WAHABI : MENGURAI SEJARAH DAN PEMIKIRAN WAHABIYAH -- SYAIKH...
 
Ghazwul fikri
Ghazwul fikriGhazwul fikri
Ghazwul fikri
 
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmuMa’al hadîts asy syarîf  diangkat dan dicabutnya ilmu
Ma’al hadîts asy syarîf diangkat dan dicabutnya ilmu
 
Memahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaranMemahami fenomena kemungkaran
Memahami fenomena kemungkaran
 
Titas Persepsi Jihad
Titas Persepsi JihadTitas Persepsi Jihad
Titas Persepsi Jihad
 
Ghazwul fikri
Ghazwul fikriGhazwul fikri
Ghazwul fikri
 
Nasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah IslamNasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
Nasionalisme dalam pandangan Syariah Islam
 
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
05.10.2014 khutbah aidil adha hari raya aidiladha, iktibar ibadah korban
 
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
Khutbah Jumaat – Ulama'. umara' tonggak kesatuan ummah– 05-Dec-2014
 
6 bisikan syaitan
6 bisikan syaitan6 bisikan syaitan
6 bisikan syaitan
 
Promosi islam moderat untuk kepentingan barat
Promosi islam moderat untuk kepentingan baratPromosi islam moderat untuk kepentingan barat
Promosi islam moderat untuk kepentingan barat
 
Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1Pengajian islam v. 1
Pengajian islam v. 1
 
Risalah muktamar kelima
Risalah muktamar kelimaRisalah muktamar kelima
Risalah muktamar kelima
 
Jihad di jalan allah
Jihad di jalan allahJihad di jalan allah
Jihad di jalan allah
 
BUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERN
BUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERNBUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERN
BUKU TANDA KEDATANGAN DAJJAL DI ERA MODERN
 
Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6Modul PIM 3123 SEM6
Modul PIM 3123 SEM6
 

More from MOHD ARIFF AB RAZAK

Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin pencegahan demi kemaslahatan)
Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin  pencegahan demi kemaslahatan)Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin  pencegahan demi kemaslahatan)
Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin pencegahan demi kemaslahatan)MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Khutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah Ibrahim
Khutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah IbrahimKhutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah Ibrahim
Khutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah IbrahimMOHD ARIFF AB RAZAK
 
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Khutbah idulfitri 1 syawal 1436 h
Khutbah idulfitri 1 syawal 1436 hKhutbah idulfitri 1 syawal 1436 h
Khutbah idulfitri 1 syawal 1436 hMOHD ARIFF AB RAZAK
 
17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc
17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc
17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc
10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc
10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc
12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc
12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc
24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc
24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
e10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doc
e10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doce10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doc
e10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
17.04.2015 (rumi) keras hati.doc
17.04.2015 (rumi) keras hati.doc17.04.2015 (rumi) keras hati.doc
17.04.2015 (rumi) keras hati.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc
20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc
20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.docMOHD ARIFF AB RAZAK
 
Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015
Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015
Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015MOHD ARIFF AB RAZAK
 
Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015
Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015
Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015MOHD ARIFF AB RAZAK
 

More from MOHD ARIFF AB RAZAK (20)

Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin pencegahan demi kemaslahatan)
Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin  pencegahan demi kemaslahatan)Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin  pencegahan demi kemaslahatan)
Kutbah Jumaat 15.07.2016 vaksin pencegahan demi kemaslahatan)
 
Khutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah Ibrahim
Khutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah IbrahimKhutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah Ibrahim
Khutbah Jumaat 9 Oct - Ajaran millah Ibrahim
 
Imam july 15
Imam july 15Imam july 15
Imam july 15
 
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
Khutbah manual (takut kepada allah 24 julai 2015)
 
Khutbah idulfitri 1 syawal 1436 h
Khutbah idulfitri 1 syawal 1436 hKhutbah idulfitri 1 syawal 1436 h
Khutbah idulfitri 1 syawal 1436 h
 
17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc
17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc
17.07.2015(rumi) berhari raya dengan penuh beradab.doc
 
10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc
10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc
10.07.2015(rumi) bermesra dengan al quran.doc
 
12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc
12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc
12.06.2015(rumi) ramadhan bulan memperkasa ibadah.doc
 
Mei 15
Mei 15Mei 15
Mei 15
 
Imam mei 15
Imam mei 15Imam mei 15
Imam mei 15
 
24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc
24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc
24.04.2015(rumi) santuni anak yatim.doc
 
e10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doc
e10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doce10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doc
e10.04.2015 (rumi) waspada penggunaan media sosial.doc
 
17.04.2015 (rumi) keras hati.doc
17.04.2015 (rumi) keras hati.doc17.04.2015 (rumi) keras hati.doc
17.04.2015 (rumi) keras hati.doc
 
April 15
April 15April 15
April 15
 
Imam april 15
Imam april 15Imam april 15
Imam april 15
 
20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc
20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc
20.03.2015 (rumi) bakhil jalan menuju ke neraka.doc
 
Mac 15 02
Mac 15 02Mac 15 02
Mac 15 02
 
Imam mac 15
Imam mac 15Imam mac 15
Imam mac 15
 
Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015
Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015
Khutbah Jumaat- Arak ibu segala maksiat - 13 Mac 2015
 
Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015
Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015
Khutbah Jumaat - Penghayatan integriti dalam kehidupan - 6 March 2015
 

Recently uploaded

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfCloverash1
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Abdiera
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxRezaWahyuni6
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxawaldarmawan3
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMmulyadia43
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxnerow98
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxmawan5982
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxWirionSembiring2
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxFuzaAnggriana
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxbkandrisaputra
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxmawan5982
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptxHendryJulistiyanto
 

Recently uploaded (20)

Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdfKelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
Kelompok 1_Karakteristik negara jepang.pdf
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar Biologi Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptxMateri Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
Materi Pertemuan 6 Materi Pertemuan 6.pptx
 
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptxKONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
KONSEP KEBUTUHAN AKTIVITAS DAN LATIHAN.pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMMLaporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
Laporan Guru Piket untuk Pengisian RHK Guru Pengelolaan KInerja Guru di PMM
 
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptxPPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
PPT Integrasi Islam & Ilmu Pengetahuan.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docxTugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
Tugas 1 pembaruan dlm pembelajaran jawaban tugas tuton 1.docx
 
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptxAKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.2-1 untuk pendidikan guru penggerak.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptxDESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
DESAIN MEDIA PEMBELAJARAN BAHASA INDONESIA BERBASIS DIGITAL.pptx
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocxLembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
Lembar Catatan Percakapan Pasca observasidocx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docxTugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
Tugas 1 ABK di SD prodi pendidikan guru sekolah dasar.docx
 
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
442539315-ppt-modul-6-pend-seni-pptx.pptx
 

12.12.2014 (rumi) menangani sikap ekstrim dalam melaksanakan jihad.doc

  • 1. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 1 “MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD” :… … ‫ﹾ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬.ّ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﺻ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻢ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻟ‬‫ﺁ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬‫ﹺﻪ‬‫ﺑ‬‫ﺎ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺟ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬.‫ﺂ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ،‫ﺪ‬‫ﻌ‬‫ﺑ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬!،‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹾ‬‫ﺍ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﺗ‬‫ﺍ‬ ‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺯ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬ ‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﺍﷲ‬ ‫ﻯ‬‫ﻮ‬‫ﹾ‬‫ﻘ‬‫ﺘ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻱ‬‫ﺎ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻴ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬‫ﹸ‬‫ﺃ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﺘ‬‫ﻤ‬.‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬: . Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT., Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian. Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
  • 2. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 2 Sesungguhnya ketaqwaan kepada Allah akan mendorong kita agar berhati-hati dalam segala tindakan dan tingkah-laku kita. Taqwa yang sebenar akan menjadikan kita waspada dan bimbang terhadap akibat tindakan yang salah sama ada melibatkan hak Allah SWT, begitu juga hak sesama manusia sebagai hamba Allah. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian, Hari ini, marilah sama-sama kita hayati khutbah yang bertajuk “MENANGANI SIKAP EKSTRIM DALAM MELAKSANAKAN JIHAD”. Muslimin yang berbahagia, Dunia semakin menghampiri kiamat. Semakin banyak tanda-tanda kecil kiamat yang biasa berlaku di sekitar kita. Antara tanda-tanda kiamat yang diberitahu oleh Rasulullah SAW adalah banyaknya berlaku peperangan dan pembunuhan. Hadis daripada Abu Hurairah RA. Bahawa Rasulullah SAW bersabda: ‫ﻱ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ِﻲ‬‫ﺴ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬‫ﻧ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﹶ‬‫ﻻ‬‫ﺐ‬‫ﻫ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬‫ﺗ‬‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻰ‬‫ﺘ‬‫ﺣ‬ ‫ﻲ‬‫ﺗ‬‫ﹾ‬‫ﺄ‬‫ﻳ‬‫ﹶﻰ‬‫ﻠ‬‫ﻋ‬‫ﹺ‬‫ﺱ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻡ‬‫ﻮ‬‫ﻳ‬‫ﹶ‬‫ﻻ‬‫ﹺﻱ‬‫ﺭ‬‫ﺪ‬‫ﻳ‬‫ﹸ‬‫ﻞ‬‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﺘ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﹶ‬‫ﻻ‬‫ﻭ‬‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻘ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﺘ‬‫ﹸ‬‫ﻗ‬.‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﻴ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬‫؛‬‫ﻒ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﹸ‬‫ﻥ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻜ‬‫ﻳ‬ ‫ﻚ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺫ‬‫؟‬‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬:‫ﺝ‬‫ﺮ‬‫ﻬ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫؛‬‫ﹸ‬‫ﻞ‬‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﹾ‬‫ﻘ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﻲ‬‫ﻓ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﺍﻟ‬. “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Dunia tidak akan musnah sehingga berlaku pada manusia, suasana di mana pembunuh
  • 3. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 3 tidak tahu kenapa dia membunuh. Mangsa bunuh juga tidak tahu kenapa dia dibunuh.” Baginda SAW ditanya: “Bagaimana boleh terjadi demikian?” Jawab baginda SAW: “Itulah al-Harju. Pembunuh dan mangsa bunuhnya akan masuk neraka”. (Riwayat Muslim). Sidang Jumaat sekalian, Fenomena banyaknya kematian berlaku apabila berlakunya peperangan. Peperangan yang berlaku pada abad ke 20 yang lalu telah menyaksikan jutaan manusia dibunuh. Hari ini, pada abad ke 21, peperangan terus berlaku di beberapa negara seperti Syria, Iraq dan Palestin. Ia turut mengorbankan banyak nyawa. Apa yang lebih membimbangkan pada kali ini, peperangan yang berlaku di Iraq dan Syria seolah-olah menggambarkan apa yang disebut di dalam dua hadis tadi. Pembunuhan yang berleluasa sehingga pembunuh tidak tahu mengapa dia perlu membunuh dan mangsa bunuh tidak tahu apakah motif dia dibunuh. Manusia membunuh semahunya. Ia mencetuskan suasana fitnah sehingga antara kumpulan bertentangan tidak mengenali siapa musuh dan siapa kawan. Peperangan tersebut bukan sahaja melibatkan pihak pemerintah yang zalim dan mangsa kezaliman. Bahkan, ia melibatkan pihak luar dan kuasa- kuasa besar dunia yang mencaturkan peperangan demi mengaut keuntungan hasil bumi, meluaskan pengaruh, mengawal negara-negara Asia Barat, melindungi kepentingan Israel dan menjadi pasaran perniagaan senjata. Dalam suasana begini juga, kita menyaksikan kemaraan pelbagai kumpulan dari seluruh dunia menyertai peperangan tersebut. Tempoh peperangan yang lama telah mencetuskan kelahiran kumpulan-kumpulan
  • 4. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 4 tentera seperti Free Syria Army (FSA), Ansar Sunnah, Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) dan banyak lagi. Semangat untuk berjuang menegakkan Islam sebagai negara dan keinginan untuk membela golongan yang dizalimi dalam zon peperangan telah menjadi faktor utama menarik penyertaan pelbagai golongan dalam perang ini. Sidang Jumaat sekalian, Apa yang dibimbangi adalah sebahagian dari golongan bersemangat juang yang tinggi ini terjebak dalam perangkap yang diatur oleh musuh umat Islam sendiri. Ini kerana penglibatan dalam jihad perang memerlukan ilmu yang luas. Bukan sahaja pada aspek fekah jihad, bahkan memahami situasi politik antarabangsa dan sejarah tipu daya musuh. Al-Qur'an mengajar kita bahawa jihad peperangan memerlukan ilmu. Justeru semangat untuk berjuang sahaja tidak cukup untuk meneruskan cita- cita murni itu. Ini dapat diamati dari beberapa nas al-Qur'an: i. Allah SWT tidak terus mewajibkan jihad perang ketika umat ditindas oleh musuh. Ada ketika kita disuruh bersabar dan ada ketika kita diperintahkan berperang. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa’ ayat 77:  … “Tidakkah engkau (hairan) melihat (Wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: "Tahanlah
  • 5. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 5 tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat...” ii. Jihad mestilah dipimpin oleh ketua yang alim atau dirujuk kepada para ulama. Ini kerana tentera yang berjihad perlu mengetahui, bilakah peperangan itu wajar diteruskan, bilakah pula perdamaian perlu diterima. Bagaimana menguruskan tawanan dan harta rampasan serta bagaimana pula menegakkan hukum selepas kemenangan. Semuanya ini telah disediakan panduan dalam nas- nas al-Qur'an dan hadis Rasulullah SAW. Kerana itulah, Allah SWT menentukan Talut dipilih menjadi panglima perang berdasarkan kekuatan ilmu dan fizikalnya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 247:    “..Nabi mereka berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Talut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam lapangan ilmu pengetahuan dan kegagahan tubuh badan...” iii. Umat Islam yang berjihad perlu dilengkapkan dengan ilmu. Allah SWT mengingatkan dalam surah at-Tawbah, ayat 122:
  • 6. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 6     “Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)”. Sidang Jumaat sekalian, Kejahilan terhadap fekah jihad akan mendorong tentera yang berjuang melakukan perkara yang lebih memburukkan keadaan. Ini kerana suasana peperangan memungkinkan pelbagai taktik digunakan oleh musuh utama untuk melemahkan Islam. Sejarah pertembungan Islam dengan kuasa Barat yang panjang menjadikan mereka sentiasa mencari jalan untuk menghalang kebangkitan Islam yang sebenar. Antara langkah utama mereka menyekat kebangkitan ini adalah dengan menghalang umat Islam mendapat pendidikan dan ilmu Islam yang sempurna. Terdapat bukti-bukti menunjukkan campur
  • 7. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 7 tangan Barat dalam sistem pendidikan Islam termasuk di universiti terkemuka umat Islam. Langkah berikutnya adalah menggunakan kelemahan dua golongan di kalangan umat Islam iaitu golongan longgar dan golongan ekstrim. Golongan yang longgar ini bermudah-mudah dengan ajaran Islam. Kelemahan itu menyebabkan mereka mula diresapi ideologi asing dan cenderung kepada Islam liberal, Islam demokrat, pluralisme agama dan lain-lain. Mereka menerima sebahagian ajaran Islam yang mudah diterima akal tetapi meminggirkan aspek yang lain. Manakala bagi golongan ekstrim pula, sikap mereka terlalu sayangkan Islam tetapi tidak memahami Islam. Kejahilan mereka dipergunakan untuk memberi imej buruk terhadap Islam di mata masyarakat dunia. Mereka berjihad tanpa memahami fekah lalu bersikap gelojoh dalam memartabatkan Islam. Mereka melaksanakan undang-undang Islam tanpa mengikut syarat- syarat dan prosedur yang sepatutnya. Kedua-dua golongan ini dibiayai secara halus oleh kuasa Barat dalam keadaan mereka sendiri tidak menyedarinya. Kedua-dua aliran ini diperlukan oleh kuasa Barat untuk menghalang Islam yang sebenar dari menyerlah. Akibatnya, pertembungan sesama Islam akan berlarutan jika kita tidak menyedari permainan ini. Sidang Jumaat sekalian, Islam menuntut kita bersikap sederhana walaupun dalam suasana peperangan. Dalam satu riwayat oleh Muslim dan Abu Daud diceritakan bahawa Usamah bin Zaid bersama seorang sahabat Ansar telah berjaya mengepung seorang musuh. Tiba-tiba musuh itu berkata: “La ilaha illallah.”
  • 8. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 8 Ini menyebabkan lelaki Ansar itu berhenti dari menyerang. Manakala Usamah pula terus menyerang dengan tombak hingga musuh itu terbunuh. Apabila hal itu diceritakan kepada Rasulullah SAW, baginda marah dan berkata: “Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap ‘La ilaha illallah’?” Usamah memberikan alasan bahawa lelaki itu hanya berlindung dengan ucapan itu. Namun baginda SAW terus mengulang-ngulang sabdanya: “Adakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap ‘La ilaha illallah’?” Akhirnya Usamah merasa kesal sekali atas tindakannya itu. Sidang Jumaat sekalian, Hadis seperti ini menunjukkan bahawa jihad itu memerlukan ilmu fekahnya. Semangat yang berapi-api tanpa ilmu akan mendorong pendekatan keras dan ekstrim seperti yang pernah timbul dari kelompok Khawarij dalam sejarah Islam. Sikap yang mirip Khawarij itu adalah seperti berikut: i. Mereka dengan mudah mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak menyokong gerakan mereka. ii. Mereka memerangi semua golongan yang tidak menerima mereka tanpa mengira latar belakang dan alasan orang yang menolak mereka. iii. Mereka menggunakan hujah dari nas al-Qur'an secara zahir tanpa merujuk kepada huraian dari hadis dan tafsiran para ulama. Wujudnya golongan ekstrim seperti ini telah dijelaskan oleh Rasulullah SAW sebelum kemunculan mereka lagi. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Sa‘id al-Khudri, baginda SAW bersabda yang bermaksud:
  • 9. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 9 “Akan keluar di kalangan kamu satu golongan yang kamu akan memandang rendah solat kamu dibandingkan dengan solat mereka, begitu juga puasa kamu berbanding puasa mereka, amalan kamu dibanding amalan mereka. Mereka membaca al-Qur'an tetapi ia tidak melepasi kerongkong mereka pun (tidak diamalkan). Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Lalu si pemanah melihat mata anak panahnya tetapi dia tidak melihat apa-apa padanya. Dia melihat pada bekas juga tidak nampak apa-apa. Dia melihat pada bulu ekor panahnya, juga tidak nampak apa-apa. Lalu mereka tercari-cari pula pada bahagian atas.” (Riwayat al-Bukhari, Ahmad dan Malik). Mengakhiri khutbah pada hari ini maka marilah kita sama-sama mengambil langkah-langkah seperti berikut; 1. Umat Islam hendaklah memahami bahawa Islam mengajar umatnya sikap sederhana, merendah diri sesame Islam dan bertegas dengan musuh-musuh Islam yang kafir. 2. Umat Islam hendaklah mempertingkatkan ilmu yang berkaitan dengan jihad dan amalan hidup Islam khususnya berkaitan dengan jihad. Dua sikap inilah yang nyata telah hilang dari kumpulan-kumpulan yang ekstrim sehingga mencetuskan permusuhan sesama Islam. Justeru, umat Islam hendaklah berwaspada terhadap sikap dan pendekatan seperti ini dengan mendalami ilmu-ilmu yang berkaitan dengan tafsir al- Quran, hadis dan fekah jihad. 3. Umat Islam hendaklah memantapkan iman dan memperkasakan Islam dengan ilmu pengetahuan.
  • 10. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 10 4. Langkah pertama umat Islam hendaklah membantu dengan menghulurkan bantuan berupa kewangan dan doa kepada mangsa peperangan. 5. Kita hendaklah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah jihad yang ekstrim.        “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu pergi (berperang) pada jalan Allah (untuk membela Islam), maka hendaklah kamu menyelidik (apa jua perkara dengan sebaik-baiknya), dan janganlah kamu (terburu-buru) mengatakan kepada orang yang menunjukkan kepada kamu sikap damai (dengan memberi salam atau mengucap dua kalimah syahadat): "Engkau bukan orang yang beriman" (lalu kamu membunuhnya) dengan tujuan
  • 11. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 11 hendak (mendapat harta bendanya yang merupakan) harta benda kehidupan dunia (yang tidak kekal). (Janganlah kamu gelap mata kepada daki dunia itu) kerana di sisi Allah ada disediakan limpah kurnia yang banyak. Demikianlah juga keadaan kamu dahulu (dapat diketahui oleh orang lain akan keIslaman kamu dengan memberi salam atau mengucap kalimah syahadat), lalu Allah mengurniakan nikmat-Nya kepada kamu. Oleh itu selidikilah (apa-apa jua lebih dahulu, dan janganlah bertindak dengan terburu-buru). Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati dengan mendalam akan segala yang kamu lakukan.” (an-Nisa’:150-151). ‫ﻲ‬‫ﻟ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﻙ‬‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﺑ‬‫ﹸﻢ‬‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬‫ﻥ‬‫ﺁ‬، ‫ﻲ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﻌ‬‫ﹶ‬‫ﻔ‬‫ﻧ‬‫ﻭ‬  ‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻳ‬ ‫ﻣ‬ ‫ﹶ‬‫ﻞ‬‫ﺒ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬‫ّﻲ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﹸﻢ‬‫ﻜ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬‫ﻼ‬‫ﺗ‬‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬‫ﻭ‬،‫ﻪ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬‫ﻭ‬‫ﻮ‬‫ﻫ‬ .  ‫ﻲ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﹸ‬‫ﻝ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻗ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻲ‬‫ﻟ‬ ‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬ ‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﺋ‬‫ﺂ‬‫ﺴ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬،‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬ ‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ﺳ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬‫ﻪ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻩ‬‫ﻮ‬‫ﹸ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻮ‬‫ﻫ‬‫ﻴ‬‫ﺣ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺭ‬‫ﻢ‬. 
  • 12. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 12 KHUTBAH KEDUA ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬َ‫ﹶ‬‫ﺍ‬‫ﻱ‬‫ﺬ‬‫ﱠ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬‫ﻌ‬‫ﺟ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬‫ﺯ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﺒ‬ِّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﱠ‬‫ﻄ‬‫ﺍﻟ‬.‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﹶﻥ‬‫ﺃ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ﻭ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﻣ‬ ‫ﱠ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺷ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻪ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ﻭ‬‫ﻭ‬. ‫ﻢ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬ ّ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﺻ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻙ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫ﺎ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﺪ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺳ‬ ‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬‫ﹺ‬‫ﺈ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﻌ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﺗ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﻭ‬ ‫ﻮ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻳ‬ّ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹺ‬‫ﻡ‬ِ.‫ﺍ‬ ،ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﺩ‬‫ﺎ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ،‫ﺪ‬‫ﻌ‬‫ﺑ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﺪ‬‫ﹶ‬‫ﻘ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹾ‬‫ﺍ‬‫ﹸﻮ‬‫ﻘ‬‫ﺗ‬ ‫ﺯ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﹸ‬‫ﻘ‬‫ﺘ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.‫ﺎ‬‫ﻌ‬‫ﺗ‬ ُ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹶ‬‫ﻝ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ :  .‫ﹶ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻭ‬ ّ‫ﹺ‬‫ﻞ‬‫ﺻ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ﺪ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﺳ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺽ‬‫ﺭ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﲔ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻦ‬‫ﻋ‬‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﺎ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻪ‬‫ﺘ‬‫ﺑ‬‫ﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬‫ﻭ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺟ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﱠﺎ‬‫ـ‬‫ّﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺭ‬‫ﹸ‬‫ﺫ‬‫ﻭ‬ ‫ﻪ‬‫ﹺ‬‫ﺟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺯ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﻭ‬.‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﹾ‬‫ﻏ‬‫ﺍ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺆ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺆ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬ِ‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬
  • 13. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 13 ِ‫ﺀ‬‫ﺎ‬‫ﻴ‬‫ﺣ‬َ‫ﻷ‬‫ﺍ‬‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺍﺕ‬‫ﻮ‬‫ﻣ‬َ‫ﻷ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺐ‬‫ﻳ‬‫ﹺ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻗ‬ ‫ﻊ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬ ‫ﻚ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ، ‫ﹺ‬‫ﺠ‬‫ﻣ‬‫ﻲ‬‫ﺿ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬ ‫ﺎ‬‫ﻳ‬‫ﻭ‬ ‫ﺕ‬‫ﺍ‬‫ﻮ‬‫ﻋ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺐ‬‫ﻴ‬‫ﺕ‬‫ﺎ‬‫ﺟ‬‫ﺎ‬‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬.‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻭ‬ ‫ﻚ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﺴ‬‫ﻧ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﻨ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻚ‬‫ﻴ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹺ‬‫ﺇ‬ ‫ﹸ‬‫ﻞ‬‫ﺳ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﻧ‬‫ﺍ‬ ‫ﻚ‬‫ﻚ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﺴ‬‫ﻧ‬‫ﻭ‬ ،‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻣ‬ ‫ﻰ‬‫ﻨ‬‫ﺴ‬‫ﺤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻚ‬‫ﺋ‬‫ﺂ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﻰ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻚ‬‫ﺗ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻔ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﻆ‬‫ﹶ‬‫ﻔ‬‫ﺤ‬‫ﺗ‬ ‫ﹾ‬‫ﻥ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ،‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﻧ‬‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺼ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﻳ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻗ‬‫ﹺ‬‫ﻭ‬ ‫ﻆ‬‫ﹾ‬‫ﻔ‬‫ﺤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﹺ‬‫ﻧ‬‫ﺎ‬‫ﺑ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﻳ‬‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻋ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﻼ‬‫ﺟ‬‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬ ‫ﹺ‬‫ﻢ‬‫ﱠ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎ‬‫ﻨ‬‫ﻜ‬‫ﻠ‬‫ﻣ‬‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬ ، ‫ﺷﺎ‬ ‫ﺍﺩﺭﻳﺲ‬ ‫ّﻳﻦ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻑ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬‫ﺍﳌﺮﺣﻮﻡ‬ ‫ﺍﺑﻦ‬ ‫ﺍﳊﺎﺝ‬ ‫ﻩ‬ ‫ﻼ‬‫ﺻ‬ ‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬ّ‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﺡ‬‫ﺍﳊﺎﺝ‬ ‫ﺷﺎﻩ‬ ‫ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ‬ ‫ﻋﺒﺪ‬ ‫ﻳﻦ‬. ‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﺤ‬ّ‫ﺼ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻖ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬ ‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﻳ‬‫ﺍ‬‫ﺪ‬‫ﹺ‬‫ﻬ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫ﺩ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﻼ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﻋ‬ ّ‫ﹺ‬‫ﻰ‬‫ﻟ‬‫ﻮ‬‫ﻟ‬ ،‫ﻚ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬ ‫ﹶ‬‫ﺔ‬‫ﻣ‬،‫ﲑ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﹶﺎﻥ‬‫ﻄ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﺑ‬‫ﺍ‬ ‫ﺎﻩ‬‫ﺷ‬‫ﺷﺎﻩ‬ ‫ﺍﺩﺭﻳﺲ‬ ‫ّﻳﻦ‬‫ﺪ‬‫ﺍﻟ‬ ‫ﻑ‬‫ﺮ‬‫ﺷ‬ ‫ﻼ‬‫ﺻ‬‫ﻭ‬ ‫ﹴ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ‫ﻰ‬‫ﻓ‬ ‫ﺍﳊﺎﺝ‬‫ﺎ‬‫ﻳ‬ ‫ﻚ‬‫ﻣ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻛ‬‫ﻭ‬ ‫ﻚ‬ّ‫ﹺ‬‫ﻨ‬‫ﻤ‬‫ﹺ‬‫ﺑ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬‫ﺎ‬‫ﻋ‬‫ﻭ‬ ‫ﹴ‬‫ﺡ‬
  • 14. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 14 ‫ﹶﺍ‬‫ﺫ‬‫ﻼ‬‫ﺠ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ِ‫ﹺ‬‫ﻝ‬ِ‫ﻹ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﹺ‬‫ﻡ‬‫ﺍ‬‫ﺮ‬‫ﹾ‬‫ﻛ‬.‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﹶﻟ‬‫ﺍ‬‫ﹾ‬‫ﻞ‬‫ﻃ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬‫ﹺ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﺤ‬‫ﻠ‬‫ﺼ‬‫ﻣ‬ ‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻫ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﻋ‬ ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻔ‬‫ﱠ‬‫ﻇ‬‫ﻮ‬‫ﻤ‬‫ﹾ‬‫ﻠ‬‫ﻟ‬‫ِﻼ‬ِ‫ﹺ‬‫ﺒ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﻋ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬‫ﺎ‬‫ﻤ‬‫ﻫ‬‫ﺪ‬ِ‫ﺻ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻘ‬‫ﻣ‬ ‫ﹾ‬‫ﻎ‬ّ‫ﻠ‬‫ﺑ‬‫ﻭ‬ ،‫ﺩ‬ ‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ ‫ﹺ‬‫ﻖ‬‫ﹺﻳ‬‫ﺮ‬‫ﹶ‬‫ﻄ‬ِ‫ﻟ‬‫ﺩ‬‫ﺎ‬‫ﺷ‬‫ﺮ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan. Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, terimalah amalan kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada bala bencana dan ujian-Mu yang berat supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. Ya Allah, kami pohon kehadratmu, mantapkanlah pegangan kami menurut ajaran Ahli Sunnah Waljamaah dan peliharalah kami daripada amalan dan akidah yang menyeleweng dan sesat seperti fahaman syiah yang melampau dan Qadyani serta lain-lain fahaman. Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk mendirikan solat fardhu lima waktu, menunaikan zakat dan kefarduan yang lain. Berkatilah hidup orang- orang yang melaksanakan zakat dan menyayangi fakir miskin serta mereka
  • 15. Khutbah Jumaat 12 Disember 2014: “Menangani Sikap Ekstrim Dalam Melaksanakan Jihad” Jabatan Agama Islam Selangor 15 yang menginfakkan harta untuk Tabung Amanah Pembangunan Islam Selangor dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat. Demikian juga ya Allah, tambah dan luaskanlah rezeki orang yang mewakafkan hartanya, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.  . .‫ﺩ‬‫ﺎ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬،   ‫ﻩ‬‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﺷ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹾ‬‫ﺬ‬‫ﻳ‬ ‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ﻌ‬‫ﹾ‬‫ﻟ‬‫ﺍ‬ َ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﹾ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﹾ‬‫ﺫ‬‫ﹶﺎ‬‫ﻓ‬ ‫ﻪ‬‫ﻤ‬‫ﻌ‬‫ﹺ‬‫ﻧ‬‫ﻪ‬‫ﻠ‬‫ﻀ‬‫ﹶ‬‫ﻓ‬ ‫ﻦ‬‫ﻣ‬ ‫ﻩ‬‫ﻮ‬‫ﹸ‬‫ﻟ‬‫ﹶ‬‫ﺄ‬‫ﺳ‬‫ﺍ‬‫ﻭ‬ ،‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻛ‬‫ﺩ‬‫ﹺ‬‫ﺰ‬‫ﻳ‬‫ﻢ‬‫ﹸ‬‫ﻜ‬‫ﻄ‬‫ﻌ‬‫ﻳ‬ ‫ﹾ‬‫ﻛ‬‫ﺬ‬‫ﹶ‬‫ﻟ‬‫ﻭ‬‫ﹶ‬‫ﻥ‬‫ﻮ‬‫ﻌ‬‫ﻨ‬‫ﺼ‬‫ﺗ‬ ‫ﺎ‬‫ﻣ‬ ‫ﻢ‬‫ﹶ‬‫ﻠ‬‫ﻌ‬‫ﻳ‬ ‫ﻪ‬‫ﱠ‬‫ﻠ‬‫ﺍﻟ‬‫ﻭ‬ ‫ﺮ‬‫ﺒ‬‫ﹾ‬‫ﻛ‬‫ﹶ‬‫ﺃ‬ ِ‫ﷲ‬‫ﺍ‬ ‫ﺮ‬.   JAIS/Nurul** 04.12.2014