1. Kek Keju Meleleh
Bhn2 Utk Kek
*100g tepung hongkong/tepung kek
*60g tepung jagung
*1 sudu kecil baking powder
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk/susu cair
75g mentega cair
Cara Membuat
1)Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
2)Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.
3)Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.Sebatikan. Saya letakkan serbuk koko sebab anak2
suka makan kek yang berwarna coklat.
4)Masukkan dalam bekas setelah adunan benar2 ringan dan gebu ya semua..
5)Kukus dalam masa satu jam. Angkat pengukus dan cucuk dengan garpu. Jika tidak melekat.. itu
bermaksud kek sudah masak. Api sederhana sahaja ya.
Untuk Cream
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml Susu Cair/Susu Segar/UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia atas hingga sebati,adunan ini memang cair.(bagi yg nak cair lg,tmbh lg sedikit
Susu Cair/susu Segar/UHT Whipping Cream ye)
Untuk Hiasan
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
1)Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,tuangkan cream cheese di atas
kepingan pertama.
2)Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
3)Parutkan cheddar cheese di atas kek.Siap.
6) Hias mengikut kreativiti ya semua
Selamat mencuba dan semoga berjaya ya semua :