SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua, para hakim
yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi
sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Berdirinya pokok kerana batangnya,
Berdirinya bangunan kerana tiangnya,
Tetapi berdirinya saya pada pagi yang mulia ini tidak lain tidak bukan untuk
menghujahkan tajuk syarahan saya iaitu “Langkah-langkah untuk Menjaga Alam
Sekitar”.
Hadirin sekalian,
Sebelum saya meneruskan hujah, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan pada
hari ini. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak
mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan
tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini
semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah
melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan
baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam
sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga
beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar
beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.
Hujan pertama saya, langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan
media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit,
komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting
dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih
banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya
dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media
elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk
dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui
tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya
dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula
adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar.
Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan
lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak
menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
Hadirin yang dirahmati,
Hujah saya seterusnya, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen
alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah
sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-
kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar
dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya
kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar
semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat
megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-
aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan
yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat
mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu
tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.
Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui
organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat-
syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada
peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah
khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi
melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah
haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam
sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam
sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan
kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab
terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar
didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi
dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam
sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar.
Hujah terakhir saya ialah melalui penggunaan teknologi moden yang mesra alam.
Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah
amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden,
tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa
tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti
surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan
dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang
tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang
pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat
mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat
mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Hadirin yang dimuliakan,
Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang
berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara
alam sekitar. Sebagai golongan yang mendapat mandat, mereka pasti dapat menjaga
dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.Sebelum saya mengundurkan
diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun;
Kalau ada jarum yang patah,
Jangan disimpan di dalam peti,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan dalam hati.
Sekian, terima kasih.
Masalah alam sekitar seperti pencemaran, penebangan hutan, pengurangan sumber
bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya keseimbangan kepada
alam. Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat
dunia. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parah sehingga setiap kerajaan di
dunia berusaha mengambil tindakan bagi menanganinya.
Manusia telah diberikan akal fikiran oleh Allah SWT di mana ini meletakkan taraf
manusia melebihi makhluk yang lain. Dengan akal fikiran itulah manusia membuat
pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Selepas pertimbangan dibuat,
barulah unsur nafsu digerakkan ke arah mencapai keinginan itu. Bagaimanapun, ada
kalanya wujud ketidakharmonian antara unsur akal dan nafsu dalam jiwa manusia.
Akibatnya, tindak-tanduk itu memberi kesan negatif kepada kesejahteraan hidup
manusia sejagat. Maka, timbullah krisis seperti masalah pencemaran alam sekitar.
Alam sekitar juga anugerah Allah bagi memudahkan manusia hidup sebagai khalifah-
Nya. Pada alam sekitar yang terbentang luas, tersedia sumber asli seperti hutan rimba
menghijau yang mengimbangi ekosistem, lautan dalam yang menakung limpahan
karbon untuk menyejukkan suhu bumi, sekali gus menjadi tempat membiaknya
pelbagai hidupan akuatik. Di samping mengetahui manfaat alam sekitar, kewujudan
dan konsep manusia perlu difahami setepatnya untuk kita lebih memahami konsep
agama terhadap alam sekitar.
Hal ini penting kerana manusia adalah makhluk yang menjadi khalifah, mempunyai
kedudukan khusus dan mulia dalam struktur alam ini. Hakikatnya, manusia antara
komponen alam yang juga tergolong sebagai makhluk Allah. Manusia mempunyai
peranan dan keistimewaan tersendiri berbanding komponen alam lain. Status manusia
tinggi di sisi Allah jika diterasi dengan keimanan, melebihi kemuliaan malaikat.
Manusia juga boleh menjadi lebih hina daripada haiwan jika jiwa dan fikirannya
kosong iman.
Firman Allah SWT bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah
kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu
daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah
telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.’ (surah al-Qasas,
ayat 77)
Tidak salah untuk melaksanakan proses pembangunan. Bagaimanapun, ia perlu
dilakukan dalam bentuk terkawal agar agenda pembangunan yang dijalankan lebih
banyak memberi manfaat bukannya keburukan kepada manusia dan alam sekitarnya.
Etika berkaitan penjagaan alam sekitar ada digariskan dalam Islam. Contohnya, ketika
peperangan, Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memotong pokok atau
membakar tanaman kecuali keadaan benar-benar memaksa supaya berbuat demikian.
Malangnya, kemusnahan alam sekitar di beberapa kawasan di negara kita, adalah
akibat kerakusan nafsu manusia.
Jika merosakkan alam sekitar, tentu sistem ekologi juga akan terjejas. Ia bukan saja
akan menyebabkan kehilangan spesies alam dan fauna yang amat berharga, malah
haiwan liar serta unggas turut diancam kepupusan. Di samping kesan ke atas ekologi,
pembangunan yang tidak terkawal boleh memberi kesan terhadap topografi sesuatu
tempat. Ramai antara kita tidak sedar bahawa kegiatan pembersihan hutan dan
meratakan bukit, mengancam aliran sungai dan jalan raya, malah struktur bangunan
di sesebuah kawasan. Bukit-bukau yang menjadi pasak kepada bumi seperti yang
dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah an-Naba’, ayat 7 tidak lagi berperanan untuk
menstabilkan persekitarannya akibat proses meratakan kawasan.
Punca utama masalah ini adalah sifat rakus manusia yang mementingkan keuntungan
wang ringgit. Mereka mengambil kesempatan atas platform yang didakwa sebagai
pembangunan. Hal ini seperti firman Allah SWT bermaksud: ‘Telah nampak kerosakan
di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan
kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke
jalan yang benar).’ (surah ar-Rum, ayat 41)
Dalam Islam, aspek akhlak meliputi semua perkara. Kita bukan saja disuruh berakhlak
kepada Allah atau manusia, malah menjaga akhlak kepada haiwan, alam sekitar dan
sebagainya. Contohnya, setiap haiwan itu ada hak yang perlu kita tunaikan, lebih-
lebih lagi haiwan peliharaan. Begitu juga dengan alam sekitar. Kita tidak boleh rakus
dalam usaha pembangunan, yang akhirnya bukan saja memusnahkan ekologi yang
menjadi habitat kepada mahkluk lain, malah memudaratkan manusia.
Sebenarnya, segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan
pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar. Ilmu-ilmu
Islam dasar tersebut ialah kefahaman dan pendidikan alam sekitar serta kaitannya
dengan ilmu usuluddin, etika, fikh, usul fikh (maqasid syariah) dan ilmu Al-Quran dan
sunah. Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan hal-hal
yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya,
sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau sebaliknya.
Untuk membangunkan peradaban di muka bumi, ia telah dinyatakan oleh Allah SWT di
dalam Al-Quran, bermaksud: ‘Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan
menjadikan pemakmurnya.’ (surah Hud: 61). Pengertian yang dapat difahami sebagai
pemakmurnya di sini ialah manusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi
menerusi usaha-usaha seperti aktiviti pertanian, perindustrian, memperbaiki taraf
hidup serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh
merosakkannya. Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat
berkait rapat dengan alam sekitar.
Melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini
adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan
diredhai Allah. Terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia memberi perhatian
dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta dengan seluruh unsur yang
dikandungnya iaitu berbuat baik kepada sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan,
air, udara dan tanah. Berbeza dengan Barat yang menganggap bahawa antara punca
menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah
bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber alam semakin
meningkat, maka Al-Quran menyatakan bahawa nikmat Allah itu tidak dapat dihitung,
sumber-sumber alam itu adalah sangat banyak dan subur.
Sebagai manusia yang berakal, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk
memelihara atau membaik-pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha
menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan
memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana
secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di muka bumi ini. Perbuatan
merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ehsan,
sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan.
Kita harus sedar dan insaf bahawa kepentingan alam sekitar menjangkaui keperluan
estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya, keseimbangan alam sekitar
memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup ke arah
kemajuan negara. Tanpa hutan, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan kurang
dan tanpa udara yang bebas bahan cemar, kesihatan awam terganggu.
Jika kembali kepada ajaran pelbagai agama dan falsafah hidup, kita menemui asas
kukuh peranan alam sekitar sebagai antara unsur terpenting dari segi ketuhanan dan
kosmologi. Dalam apa juga agama, alam sekitar ditanggapi secara kudus dan tertib.
Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan
yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk
dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada
manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di
atasnya.
Kita harus insaf kerana kini pelbagai kerosakan telah melanda darat, pencemaran
udara dan lautan. Ia adalah hasil daripada sikap dan tindak-tanduk kita sendiri yang
cuai, pentingkan diri sendiri, rakus, tidak bertanggungjawab serta tidak
bertimbangrasa terhadap alam sekitar. Kecuaian seperti ini amat bertentangan
dengan kehendak apa juga agama, lebih-lebih lagi agama Islam. Islam sebagai cara
hidup, menerangkan hakikat bahawa tiada pengasingan antara manusia, alam sekitar
dan Allah.
Perkara ini telah diterangkan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud:
‘Kepunyaan Allah SWT jualah apa-apa yang di langit dan di bumi, dan pengetahuan
Allah maha meliputi segala sesuatu.’ (surah an-Nisa, ayat 126)
Rasulullah SAW juga bersabda, yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik, dan
Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu
lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)
Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan konsep yang harus dimiliki oleh umat
manusia terhadap alam sekitar. Antaranya adalah peranan manusia sebagai khalifah
atau wakil Allah di bumi. Ia adalah prinsip asas ajaran Islam. Manusia tidak
sebebasnya memiliki semua khazanah di muka ini. Alam sekitar sekadar amanah Allah
SWT kepada manusia dan kita berkewajiban mengurusnya dengan baik. Melakukan
kerosakan dan kebinasaan kepada alam ini adalah tanda pengkhianatan terhadap
amanah tersebut.
Alam sekitar turut berperanan sebagai kesatuan benda yang membuktikan kekuasaan
Yang Maha Pencipta dan pembangkit kesedaran terhadap rasa dan jiwa ketuhanan.
Dalam pengertiannya yang lebih utilitarian, alam sekitar juga petunjuk bagi
memudahkan manusia menempuh ranjau kehidupan. Bintang, bulan dan matahari,
misalnya, menjadi penunjuk arah dan waktu untuk mengingatkan manusia fitrah
kewujudannya di dunia ini.
Alam sekitar juga buku ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. Menerusi
pengetahuan dan kajian mengenai alam sekitar, kita mengetahui dan memanfaatkan
ilmu zoologi, botani, mikrobiologi, bioteknologi, fizik, kimia, geologi, geografi,
kosmologi dan hidrologi. Dengan menekuni dan mendalami bidang ilmu berkaitan alam
sekitar, jiwa dan fikiran manusia lebih dekat dan mesra kepada Yang Maha Pencipta.
Inilah objektif dan gagasan sains dari perspektif Islam seperti yang dikemukakan ramai
sarjana Islam.
Ingatlah, Allah SWT mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kenikmatannya
demi kebaikan dan faedah kepada manusia itu sendiri. Justeru, adalah menjadi
tanggungjawab manusia untuk sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar, supaya
ia dapat dimanfaatkan secara berterusan. Bahkan dalam ungkapan orang tua-tua
Melayu turut dikatakan: ‘Kalau hidup hendak selamat, peliharalah laut beserta selat,
peliharalah tanah berhutan lebat, di situ terkandung rezeki dan rahmat, di situ
terkandung tamsil ibarat, di situ terkandung aneka nikmat, di situ terkandung
beragam manfaat, di situ terkandung petua adat.’
Sebab itu juga dikatakan, ‘adat hidup memegang adat’: ‘beramu tidak merosak kayu,
berotan tidak merosak hutan, bergetah tidak merosak rimba, berumah tidak merosak
tanah, berkebun tidak merosak dusun, berkampung tidak merosak gunung, berladang
tidak merosak padang.
Kesimpulannya, menjaga alam sekitar ini bukanlah menjadi tugas individu atau
kerajaan semata tetapi menjadi tanggungjawab kita semua secara bersama. Semua
makhluk yang bernama manusia, tidak kira apa bangsa dan agama harus
bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar agar dapat merealisasikan dunia
ini menjadi sebuah taman kehidupan yang indah, aman, sejahtera, harmoni dan
terhindar dari sebarang bencana yang boleh menghancurkan spesies kehidupan
bernyawa di atasnya.
Anda mungkin juga meminati:
 Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama
 Makna Merdeka Menurut Islam
 Makna Merdeka Menurut Islam

Linkwithin
Posted by syed mahadzir at 4:56 PTG
E-melkan In

More Related Content

What's hot

Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
firo HAR
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
Vivian Wmn
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Junidah Sukiman
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
Ramli Rem
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksik
Eve93Ooi
 

What's hot (20)

Objektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmrObjektif kajian sejarah pmr
Objektif kajian sejarah pmr
 
Imbuhan pinjaman
Imbuhan pinjamanImbuhan pinjaman
Imbuhan pinjaman
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Kata terbitan
Kata terbitan Kata terbitan
Kata terbitan
 
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM  Soalan KBKKSejarah Paper3 SPM  Soalan KBKK
Sejarah Paper3 SPM Soalan KBKK
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
Langkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahteraLangkah membina negara maju dan sejahtera
Langkah membina negara maju dan sejahtera
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
15 kata majmuk yang telah mantap dan dieja rapat
 
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARAPEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
PEMBAKARAN TERBUKA & PENCEMARAN UDARA
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
4.2 Pengaruh cuaca dan Iklim kpd kegiatan manusia di Malaysia
 
Kesan banjir
Kesan banjirKesan banjir
Kesan banjir
 
Pencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksikPencemaran sisa toksik
Pencemaran sisa toksik
 
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016 SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
SEJARAH KERTAS 3 SPM 2016
 
CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING CARA MENARIK PELABUR ASING
CARA MENARIK PELABUR ASING
 
Kelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatanKelebihan universiti tempatan
Kelebihan universiti tempatan
 

Similar to Alam sekitar pidato

Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
fptv
 
Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011
fptv
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
huda_ahmad
 
Teorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islamTeorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islam
Hairus Saleh
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Febry Ramdani
 
Reboisasi dan daur ulang
Reboisasi dan daur ulangReboisasi dan daur ulang
Reboisasi dan daur ulang
Griha Pambayun
 

Similar to Alam sekitar pidato (20)

Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
Suara jumaat untuk edaran e mail staf 67
 
Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011Suara jumaat 13 Mei 2011
Suara jumaat 13 Mei 2011
 
Cinta lingkungan
Cinta lingkunganCinta lingkungan
Cinta lingkungan
 
Hargai alam sekitar
Hargai alam sekitarHargai alam sekitar
Hargai alam sekitar
 
Kkp
KkpKkp
Kkp
 
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
Panduan membuat karangan_Kepentingan melestarikan alam sekitar 3_m4
 
Pelestarian Cagar Alam dan Suaka Marga Satwa
Pelestarian Cagar Alam dan Suaka Marga SatwaPelestarian Cagar Alam dan Suaka Marga Satwa
Pelestarian Cagar Alam dan Suaka Marga Satwa
 
Buku scrap sejarah
Buku scrap sejarahBuku scrap sejarah
Buku scrap sejarah
 
Kerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
Kerusakan Alam yang Dilakukan ManusiaKerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
Kerusakan Alam yang Dilakukan Manusia
 
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
Manusia dan Lingkungan (Tugas ilmu sosial dan budaya dasar)
 
Makalah ilmu ekomomi syariah
Makalah ilmu ekomomi syariahMakalah ilmu ekomomi syariah
Makalah ilmu ekomomi syariah
 
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
124286411 pidato-negara-bersih-rakyat-sihat
 
Teorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islamTeorema alam dalam islam
Teorema alam dalam islam
 
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkunganTugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
Tugas softkill ke 3 tentang pengetahuan lingkungan
 
Reboisasi dan daur ulang
Reboisasi dan daur ulangReboisasi dan daur ulang
Reboisasi dan daur ulang
 
Pengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skillPengetahuan lingkungan soft skill
Pengetahuan lingkungan soft skill
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Pendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alamPendidikan moral mesra alam
Pendidikan moral mesra alam
 
Pengertian lingkungan
Pengertian lingkunganPengertian lingkungan
Pengertian lingkungan
 
KESEHATAN LINGKUNGAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
KESEHATAN LINGKUNGAN MENURUT PANDANGAN ISLAMKESEHATAN LINGKUNGAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
KESEHATAN LINGKUNGAN MENURUT PANDANGAN ISLAM
 

Recently uploaded

AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
cupulin
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
EirinELS
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
DewiUmbar
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
GilangNandiaputri1
 

Recently uploaded (20)

PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptxPPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
PPT PENDIDIKAN KELAS RANGKAP MODUL 3 KELOMPOK 3.pptx
 
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docxcontoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
contoh-kisi-kisi-bahasa-inggris-kelas-9.docx
 
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdfUAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
UAS Matematika kelas IX 2024 HK_2024.pdf
 
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptxAKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
AKSI NYATA DISIPLIN POSITIF MEMBUAT KEYAKINAN KELAS_11zon.pptx
 
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdfSurat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
Surat Pribadi dan Surat Dinas 7 SMP ppt.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia pptMateri Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
Materi Asuransi Kesehatan di Indonesia ppt
 
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi TrigonometriSudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
Sudut-sudut Berelasi Trigonometri - Sudut-sudut Berelasi Trigonometri
 
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOMSISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
SISTEM SARAF OTONOM_.SISTEM SARAF OTONOM
 
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMASBAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
BAB 1 BEBATAN DAN BALUTAN DALAM PERTOLONGAN CEMAS
 
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI TARI KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
Modul Ajar IPAS Kelas 4 Fase B Kurikulum Merdeka [abdiera.com]
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docxKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL BAHASA INGGRIS.docx
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa  PemrogramanMateri Bab 6 Algoritma dan bahasa  Pemrograman
Materi Bab 6 Algoritma dan bahasa Pemrograman
 
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI MUSIK KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEANIPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
IPS - karakteristik geografis, sosial, budaya, dan ekonomi di ASEAN
 

Alam sekitar pidato

  • 1. Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Pengetua, para hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Berdirinya pokok kerana batangnya, Berdirinya bangunan kerana tiangnya, Tetapi berdirinya saya pada pagi yang mulia ini tidak lain tidak bukan untuk menghujahkan tajuk syarahan saya iaitu “Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar”. Hadirin sekalian, Sebelum saya meneruskan hujah, izinkan saya mendefinisikan tajuk syarahan pada hari ini. Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil. Hujan pertama saya, langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio, telefon bimbit, komputer dan surat khabar . Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.
  • 2. Hadirin yang dirahmati, Hujah saya seterusnya, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen- kempen ini masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti- aktiviti seperti penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini. Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat, kelab remaja dan juga syarikat- syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar. Hujah terakhir saya ialah melalui penggunaan teknologi moden yang mesra alam. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
  • 3. menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling. Hadirin yang dimuliakan, Sudah terang lagi bersuluh, pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam sekitar. Sebagai golongan yang mendapat mandat, mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.Sebelum saya mengundurkan diri, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun; Kalau ada jarum yang patah, Jangan disimpan di dalam peti, Kalau ada silap dan salah, Jangan disimpan dalam hati. Sekian, terima kasih.
  • 4. Masalah alam sekitar seperti pencemaran, penebangan hutan, pengurangan sumber bumi dan sebagainya telah lama mengakibatkan hilangnya keseimbangan kepada alam. Permasalahan ini sering menjadi perbincangan hangat setiap lapisan masyarakat dunia. Sesungguhnya krisis ini telah menjadi begitu parah sehingga setiap kerajaan di dunia berusaha mengambil tindakan bagi menanganinya. Manusia telah diberikan akal fikiran oleh Allah SWT di mana ini meletakkan taraf manusia melebihi makhluk yang lain. Dengan akal fikiran itulah manusia membuat pertimbangan sebelum melakukan sesuatu tindakan. Selepas pertimbangan dibuat, barulah unsur nafsu digerakkan ke arah mencapai keinginan itu. Bagaimanapun, ada kalanya wujud ketidakharmonian antara unsur akal dan nafsu dalam jiwa manusia. Akibatnya, tindak-tanduk itu memberi kesan negatif kepada kesejahteraan hidup manusia sejagat. Maka, timbullah krisis seperti masalah pencemaran alam sekitar. Alam sekitar juga anugerah Allah bagi memudahkan manusia hidup sebagai khalifah- Nya. Pada alam sekitar yang terbentang luas, tersedia sumber asli seperti hutan rimba menghijau yang mengimbangi ekosistem, lautan dalam yang menakung limpahan karbon untuk menyejukkan suhu bumi, sekali gus menjadi tempat membiaknya pelbagai hidupan akuatik. Di samping mengetahui manfaat alam sekitar, kewujudan dan konsep manusia perlu difahami setepatnya untuk kita lebih memahami konsep agama terhadap alam sekitar. Hal ini penting kerana manusia adalah makhluk yang menjadi khalifah, mempunyai kedudukan khusus dan mulia dalam struktur alam ini. Hakikatnya, manusia antara komponen alam yang juga tergolong sebagai makhluk Allah. Manusia mempunyai peranan dan keistimewaan tersendiri berbanding komponen alam lain. Status manusia tinggi di sisi Allah jika diterasi dengan keimanan, melebihi kemuliaan malaikat. Manusia juga boleh menjadi lebih hina daripada haiwan jika jiwa dan fikirannya kosong iman. Firman Allah SWT bermaksud: ‘Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.’ (surah al-Qasas, ayat 77) Tidak salah untuk melaksanakan proses pembangunan. Bagaimanapun, ia perlu dilakukan dalam bentuk terkawal agar agenda pembangunan yang dijalankan lebih banyak memberi manfaat bukannya keburukan kepada manusia dan alam sekitarnya. Etika berkaitan penjagaan alam sekitar ada digariskan dalam Islam. Contohnya, ketika peperangan, Nabi Muhammad SAW melarang umatnya memotong pokok atau membakar tanaman kecuali keadaan benar-benar memaksa supaya berbuat demikian. Malangnya, kemusnahan alam sekitar di beberapa kawasan di negara kita, adalah akibat kerakusan nafsu manusia.
  • 5. Jika merosakkan alam sekitar, tentu sistem ekologi juga akan terjejas. Ia bukan saja akan menyebabkan kehilangan spesies alam dan fauna yang amat berharga, malah haiwan liar serta unggas turut diancam kepupusan. Di samping kesan ke atas ekologi, pembangunan yang tidak terkawal boleh memberi kesan terhadap topografi sesuatu tempat. Ramai antara kita tidak sedar bahawa kegiatan pembersihan hutan dan meratakan bukit, mengancam aliran sungai dan jalan raya, malah struktur bangunan di sesebuah kawasan. Bukit-bukau yang menjadi pasak kepada bumi seperti yang dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah an-Naba’, ayat 7 tidak lagi berperanan untuk menstabilkan persekitarannya akibat proses meratakan kawasan. Punca utama masalah ini adalah sifat rakus manusia yang mementingkan keuntungan wang ringgit. Mereka mengambil kesempatan atas platform yang didakwa sebagai pembangunan. Hal ini seperti firman Allah SWT bermaksud: ‘Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).’ (surah ar-Rum, ayat 41) Dalam Islam, aspek akhlak meliputi semua perkara. Kita bukan saja disuruh berakhlak kepada Allah atau manusia, malah menjaga akhlak kepada haiwan, alam sekitar dan sebagainya. Contohnya, setiap haiwan itu ada hak yang perlu kita tunaikan, lebih- lebih lagi haiwan peliharaan. Begitu juga dengan alam sekitar. Kita tidak boleh rakus dalam usaha pembangunan, yang akhirnya bukan saja memusnahkan ekologi yang menjadi habitat kepada mahkluk lain, malah memudaratkan manusia. Sebenarnya, segala hal yang berkaitan dengan pemuliharaan alam sekitar dan pelestariannya sangat berkait rapat dengan ilmu-ilmu Islam yang dasar. Ilmu-ilmu Islam dasar tersebut ialah kefahaman dan pendidikan alam sekitar serta kaitannya dengan ilmu usuluddin, etika, fikh, usul fikh (maqasid syariah) dan ilmu Al-Quran dan sunah. Ilmu usuluddin (ilmu tauhid) mempunyai hubungan yang erat dengan hal-hal yang berkaitan pemuliharaan alam sekitar serta semua elemen yang berada dalamnya, sama ada makhluk yang hidup atau mati, berakal atau sebaliknya. Untuk membangunkan peradaban di muka bumi, ia telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran, bermaksud: ‘Dia menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan pemakmurnya.’ (surah Hud: 61). Pengertian yang dapat difahami sebagai pemakmurnya di sini ialah manusia sebagai makhluk yang membangunkan bumi menerusi usaha-usaha seperti aktiviti pertanian, perindustrian, memperbaiki taraf hidup serta menghindarkan diri dan bumi daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya. Ilmu etika atau akhlak (tasawuf) adalah satu bidang ilmu yang sangat berkait rapat dengan alam sekitar. Melakukan kebaikan terhadap alam sekitar yang menjadi elemen utama alam ini adalah sebahagian daripada tuntutan untuk menjadi hamba yang bertakwa dan diredhai Allah. Terdapat pelbagai perintah Allah supaya manusia memberi perhatian dan berbuat baik kepada alam sekitar berserta dengan seluruh unsur yang dikandungnya iaitu berbuat baik kepada sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan,
  • 6. air, udara dan tanah. Berbeza dengan Barat yang menganggap bahawa antara punca menyebabkan berlakunya kemerosotan dan kerosakan alam sekitar ialah bertambahnya jumlah penduduk dunia dan permintaan terhadap sumber alam semakin meningkat, maka Al-Quran menyatakan bahawa nikmat Allah itu tidak dapat dihitung, sumber-sumber alam itu adalah sangat banyak dan subur. Sebagai manusia yang berakal, kita perlu memahami bahawa segala usaha untuk memelihara atau membaik-pulih alam sekitar adalah sama halnya dengan usaha menjaga agama. Ini adalah kerana segala kemungkaran dan dosa mencemari dan memusnahkan alam sekitar sebenarnya mengganggu intipati hidup beragama kerana secara tidak langsung menodai kewujudan manusia di muka bumi ini. Perbuatan merosakkan alam sekitar adalah sama seperti menafikan sikap adil dan ehsan, sedangkan kedua-dua sikap ini merupakan perintah Allah yang perlu dilaksanakan. Kita harus sedar dan insaf bahawa kepentingan alam sekitar menjangkaui keperluan estetika dan kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya, keseimbangan alam sekitar memberi kesan ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup ke arah kemajuan negara. Tanpa hutan, maka tadahan hujan untuk bekalan air akan kurang dan tanpa udara yang bebas bahan cemar, kesihatan awam terganggu. Jika kembali kepada ajaran pelbagai agama dan falsafah hidup, kita menemui asas kukuh peranan alam sekitar sebagai antara unsur terpenting dari segi ketuhanan dan kosmologi. Dalam apa juga agama, alam sekitar ditanggapi secara kudus dan tertib. Perbuatan mencemar dan merosakkan alam sekitar juga menodai fungsi kekhalifahan yang telah dibebankan kepada manusia. Ini kerana bumi bukan milik manusia untuk dia berbuat sesuka hati tetapi bumi ini adalah milik Allah yang dipinjamkan kepada manusia yang kemudiannya dituntut untuk menjalankan segala perintah Allah di atasnya. Kita harus insaf kerana kini pelbagai kerosakan telah melanda darat, pencemaran udara dan lautan. Ia adalah hasil daripada sikap dan tindak-tanduk kita sendiri yang cuai, pentingkan diri sendiri, rakus, tidak bertanggungjawab serta tidak bertimbangrasa terhadap alam sekitar. Kecuaian seperti ini amat bertentangan dengan kehendak apa juga agama, lebih-lebih lagi agama Islam. Islam sebagai cara hidup, menerangkan hakikat bahawa tiada pengasingan antara manusia, alam sekitar dan Allah. Perkara ini telah diterangkan Allah SWT melalui firman-Nya yang bermaksud: ‘Kepunyaan Allah SWT jualah apa-apa yang di langit dan di bumi, dan pengetahuan Allah maha meliputi segala sesuatu.’ (surah an-Nisa, ayat 126) Rasulullah SAW juga bersabda, yang bermaksud: ‘Dunia ini hijau dan cantik, dan Tuhan telah melantik kamu sebagai pengurusnya. Dia melihat apa yang kamu lakukan.’ (Hadis riwayat Muslim)
  • 7. Ayat-ayat di atas jelas menunjukkan konsep yang harus dimiliki oleh umat manusia terhadap alam sekitar. Antaranya adalah peranan manusia sebagai khalifah atau wakil Allah di bumi. Ia adalah prinsip asas ajaran Islam. Manusia tidak sebebasnya memiliki semua khazanah di muka ini. Alam sekitar sekadar amanah Allah SWT kepada manusia dan kita berkewajiban mengurusnya dengan baik. Melakukan kerosakan dan kebinasaan kepada alam ini adalah tanda pengkhianatan terhadap amanah tersebut. Alam sekitar turut berperanan sebagai kesatuan benda yang membuktikan kekuasaan Yang Maha Pencipta dan pembangkit kesedaran terhadap rasa dan jiwa ketuhanan. Dalam pengertiannya yang lebih utilitarian, alam sekitar juga petunjuk bagi memudahkan manusia menempuh ranjau kehidupan. Bintang, bulan dan matahari, misalnya, menjadi penunjuk arah dan waktu untuk mengingatkan manusia fitrah kewujudannya di dunia ini. Alam sekitar juga buku ilmu pengetahuan yang sangat bermanfaat. Menerusi pengetahuan dan kajian mengenai alam sekitar, kita mengetahui dan memanfaatkan ilmu zoologi, botani, mikrobiologi, bioteknologi, fizik, kimia, geologi, geografi, kosmologi dan hidrologi. Dengan menekuni dan mendalami bidang ilmu berkaitan alam sekitar, jiwa dan fikiran manusia lebih dekat dan mesra kepada Yang Maha Pencipta. Inilah objektif dan gagasan sains dari perspektif Islam seperti yang dikemukakan ramai sarjana Islam. Ingatlah, Allah SWT mencipta alam ini dengan segala keindahan dan kenikmatannya demi kebaikan dan faedah kepada manusia itu sendiri. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab manusia untuk sentiasa memelihara kelestarian alam sekitar, supaya ia dapat dimanfaatkan secara berterusan. Bahkan dalam ungkapan orang tua-tua Melayu turut dikatakan: ‘Kalau hidup hendak selamat, peliharalah laut beserta selat, peliharalah tanah berhutan lebat, di situ terkandung rezeki dan rahmat, di situ terkandung tamsil ibarat, di situ terkandung aneka nikmat, di situ terkandung beragam manfaat, di situ terkandung petua adat.’ Sebab itu juga dikatakan, ‘adat hidup memegang adat’: ‘beramu tidak merosak kayu, berotan tidak merosak hutan, bergetah tidak merosak rimba, berumah tidak merosak tanah, berkebun tidak merosak dusun, berkampung tidak merosak gunung, berladang tidak merosak padang. Kesimpulannya, menjaga alam sekitar ini bukanlah menjadi tugas individu atau kerajaan semata tetapi menjadi tanggungjawab kita semua secara bersama. Semua makhluk yang bernama manusia, tidak kira apa bangsa dan agama harus bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar agar dapat merealisasikan dunia ini menjadi sebuah taman kehidupan yang indah, aman, sejahtera, harmoni dan terhindar dari sebarang bencana yang boleh menghancurkan spesies kehidupan bernyawa di atasnya. Anda mungkin juga meminati:
  • 8.  Penjagaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama  Makna Merdeka Menurut Islam  Makna Merdeka Menurut Islam  Linkwithin Posted by syed mahadzir at 4:56 PTG E-melkan In