1. Panduan Karangan buat Pelajar 3M4
Tajuk Karangan: Terangkan sebab-sebab kita harus melestarikan alam sekitar
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘melestarikan alam sekitar’. Berikan definisinya.
- Mengekalkan alam sekitar yang asli
- Apa itu asli? Keadaan alam sekitar yang menghijau, bersih, bebas daripada pencemaran alam.
Apakah yang punca-punca yang boleh atau telah menyebabkan keaslian alam sekitar tercemar?
- Definisi pencemaran: Apakah yang dimaksudkan dengan ‘pencemaran alam’?
Pencemaran yang disebabkan faktor semulajadi seperti bencana alam.
Contohnya, letusan gunung berapi (pencemarna udara)
Banjir (Pencemaran air)
Pencemaran yang disebabkan oleh tindakan manusia yang kurang
bertanggungjawab.
Pembangunan dijalankan di mana-mana ekoran kepentingan
megikuti arus modernisasi
Pemanasan global ekoran tindakan beberapa pihak yang menebang
dan membakar hutan sewenang-wenangnya untuk tujuan
pembangunan.
Asap kenderaan yang tebal, pembuangan sisa-sisa kimia pada tanah
dan di dalam air.
- Akibat pencemaran
Pemanasan global yang mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.
Bencana alam yang lebih kerap terjadi.
Kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid.
Terangkan kepentingan melestarikan alam sekitar
1) Manusia dan alam sekitar mempunyai perhubungan yang amat rapat. Ini kerana mereka
saling memerlukan antara satu sama lain.
2) Penting untuk melestarikan alam sekitar agar manusia kekal sihat dan hidup dengan selesa.
Pencemaran yang berlaku pada alam sekitar mendatangkan pelbagai masalah kesihatan
terhadap manusia.
a. Pengeluaran gas beracun seperti gas carbon monoksida boleh membunuh
manusia sekiranya mereka terhidu quantity yang banyak dalam kawasan
yang tertutup. Ia boleh menyebabkan kerosakan otak juga.
b. Sesiapa yang terminum air yang tercemar akan mengalami kebas-kebas,
sakit kepala, kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul atau yang
lebih dahsyat lagi, kelumpuhan yang berkekalan.
1
2. 3) Menghalang kepupusan flora dan fauna. Pencemaran yang berlaku pada alam sekitar
mendatangkan pelbagai masalah kesihatan terhadap kehidupan lain juga seperti,
a. organisma laut dan burung yang terjejas akibat tumpahan minyak.
b. mengganggu keharmonian rantaian makanan akibat ada binatang yang
mungkin pupus dan mengakibatkan binatang lain mati kerana tidak
mempunyai sebarang sumber makanan.
4) Menghalang kemusnahan bumi secara terus-menerus .
5) Agar kecantikan alam tidak akan pupus dan boleh dinikmati oleh generasi yang seterusnya.
Kita hanya meminjam bumi ini daripada generasi yang akan datang. Justeru itu, kita harus
menjaganya dengan baik.
6) Agar kita tidak mensia-siakan pemberian semula jadi ini dan memanfaatkannya tanpa
mengundang sebarang bencana.
Jawapan-jawapan lain yang bersesuaian juga akan diterima. Hanya pilih sebab-sebab yang boleh
awak kembangkan dengan lebih bernas dan terperinci.
Bonus: Siapakah yang bertanggungjawab melestarikan alam sekitar?
Apa yang boleh dilakukan untuk melestarikan alam sekitar?
- Setiap orang bertanggungjawab memainkan peranan mereka walau hanya dengan tidak
membuang sampah sebarangan atau dengan mengitar semula bekas tin minuman mereka.
- Orang ramai boleh mengetahui tentang kepentingan melestarikan alam sekitar melalui
kempen-kempen tentang alam sekitar yang sedang giat dijalankan.
- Kempen yang sedang dijalankan sekarang? Contonya, di Singapura, Kempen Saving Gaia
yang memanfaatkan penggunaan media seperti televisyen untuk memberitahu orang rami
tentang kepentingan menjaga alam sekitat (www.savinggaia.org)
- Kita semua berkongsi satu bumi yang sama.
- Ramai yang sebenarnya sudah menyedari kepentingan memelihara dan melestarikan alam
sekitar. Namun, masih ada yang alpa atau acuh tak acuh dalam usaha mereka melestarikan
alam sekitar.
- Praktikkan pengurangan,penggunaan semula dan kitar semula di mana sahaja anda berada.
Jika ia sering dilakukan, ia akan menjadi suatu kebiasaan.
- Sentiasa berjimat apabila menggunakan air dan elektrik.
- Kita harus memulihara (conserve) sumber semula jadi kita.
- Agar seluruh kehidupan di muka bumi ini dapat hidup dengan selesa dan harmoni.
- Andai alam/bumi boleh berbicara, apa yang mungkin dikatakannya?
2