Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan digunakan semua sekolah mulai 2011 untuk menggantikan buku teks dengan modul dan meningkatkan penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris serta matematik dan sains. KSSR akan diuji rintis di 500 sekolah pada 2009 dan memperkenalkan tiga modul untuk tahap satu (tahun 1-3) yang tertumpu kepada 4M dan ICT, manakala tahap dua (tahun 4-
1. Bermula tahun 2011, semua sekolah akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali
sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara
berperingkat di seluruh Malaysia bermula tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan
perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih berkualiti
sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, KSSR tidak akan
menggantikan tetapi beriringan dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan modul yang akan
menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan dilatih untuk KSSR.
Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid sekolah rendah khususnya dalam
bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih menarik dan
interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut serta meningkatkan
penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam subjek Matematik dan Sains sejajar
dengan matlamat kerajaan.
Buat peringkat permulaan, sebanyak 500 buah sekolah telah menjalani uji rintis mulai 31 Mac
2009 sehingga akhir Jun 2009.
Sebanyak 50 buah sekolah akan menjalani uji rintis semua mata pelajaran manakala sekolah
selebihnya akan menjalani uji rintis dalam mata pelajaran terpilih.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas
Tema dan Modul Asas Elektif.
Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M
(membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai.
Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan
dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap
dan nilai.
Selain itu, kementerian juga akan memperkenalkan Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) bagi murid-murid prasekolah berumur lima dan enam tahun seluruh
negara.
Pada peringkat ini pula, tumpuan akan diberikan kepada perkembangan sosioemosi,
kerohanian, fizikal, kognitif, sahsiah, persediaan ke sekolah rendah serta pendedahan awal
mengenai kemahiran 4M.
KSPK akan memudahkan lagi murid-murid prasekolah ini untuk menyediakan mereka
memasuki alam persekolahan selain pendekatan yang lebih mesra dan menarik digunakan
bersesuaian dengan peringkat umur kanak-kanak prasekolah.
sumber: http://skpemanis1.com