SlideShare a Scribd company logo
1 of 36
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
1
1.0 Pengenalan
Pendekatan didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid-
murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya
supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti
murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia
dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan
apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah
menengah.
1.1 Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa
Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang telah memutuskan
bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar
dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.
Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal
dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah
dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia
memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar
dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum
Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk
memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI)
di semua peringkat persekolahan.
Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,
Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah
dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran
berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
2
holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta
penguasaan tatabahasa dan seni bahasa.
Di sekolah rendah, Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan Didik Hibur dan
apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala
di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi
penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu. Kaedah
pengajaran akan lebih interaktif iaitu didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati
dan difahami.
1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ?
Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik
sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati.
Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap
empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan
murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara
terancang dan bersistematik.
1.1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur
( i ) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
( ii ) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti
yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur.
Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif
dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
3
( iii ) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting,
arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.
( iv ) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada
aktiviti Bahasa Malaysia.
( v ) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai.
( vi ) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi.
( vii ) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi
terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
( viii ) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi
terkawal.
( ix ) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.
1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ?
Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan
berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan
dan pantun dua kerat. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni,
dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
4
Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu, iaitu:
( i ) Pelbagai bidang ilmu serta tema,
( ii ) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia,
( iii ) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan
kemahiran bernilai tambah.
Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta
tema kerana iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan
pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan pantun dua kerat dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.
1.1.4 Objektif Didik Hibur
Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia
di sekolah rendah dan menengah, iaitu:
( i ) Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;
( ii ) Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam
lakonan dan bercerita; dan
( iii ) Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur.
1.1.5 Apa Itu Bahasa Badan ?
Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses
komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif
ataupun negetif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir,
tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak
badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur bahasa
tubuh merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan
penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan pantun dua kerat.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
5
1.1.6 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur
a. Guru
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segala-galanya (Pullias & Young
1982), yang menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994).
Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak
kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara
berikut perlu dipatuhi, iaitu:
( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan
murid-murid.
( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
( iii ) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
( iv ) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
( v ) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
( vi ) Guru boleh membuat pelbagai suara.
( vii ) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik.
( viii ) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
( ix ) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan
( x ) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel.
b. Aktiviti
Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau
bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira semasa merancang aktiviti Didik
Hibur, iaitu:
( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
6
( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya
yang sama.
( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa
pembelajaran yang sesuai.
( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dibuat, dijalan dan diselesaikan oleh murid-murid tanpa
ada banyak masalah dan halangan.
( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid.
( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid.
( vii ) Aktiviti didik hibur yang akan dirancang perlu memberikan kepuasan kepada
mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
1.2 Nyanyian dalam Didik Hibur
Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan
perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang
kepada proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, meliputi perkembangan
intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni
kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni kata lagu melalui
persembahan nyanyian.
1.2.1 Aktiviti Nyanyian
a. Definisi Nyanyian
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang
dilagukan dengan suara. Kamarudin Husin (1999) pula melihat aktiviti menyanyi sebagai
satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah
sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
7
b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian
( i ) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses
pembelajaran tetapi juga pengalaman baru kepada murid-murid sewaktu
mempelajari bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika
sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang
belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang
tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya.
( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya
dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.
( v ) Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang
dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi
semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak
secara berkesan.
( vi ) Lagu boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan,
intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.
( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik.
( viii ) Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman bahasa.
c. Prinsip Nyanyian
( i ) Elakkan daripada memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul
dan salah dari segi tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
8
pasar, kuno atau dialek negeri tertentu. Pilihlah senikata dari lagu-lagu yang
mengandungi bahasa yang standard dan digunakan sehari-harian.
( ii ) Pilihlah lagu yang menpunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik-
baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik
lagu tersebut.
( iii ) Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya iaitu tidak terlalu lambat dan tidak
terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang
diingat perlulah diberikan keutamaan oleh guru.
( iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi,
perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai
bahasa yang hendak dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlau
melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan
pembelajaran.
( v ) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisah
seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat.
Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Hj.
Arshad.
( vi ) Bagi murid-murid yang berada dalam tahap rendah, lagu yang dipilih perlu
mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata
lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran
mereka.
d. Standard Kandungan
( 1 ) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian
secara didik hibur.
1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui
persembahan nyanyian secara didik hibur.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
9
e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian
( i ) Pra Persediaan
Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai
dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan
tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan,
aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu
mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai
atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian.
( ii ) Penyampaian
Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan
meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada
perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan senikata lagu yang
hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenalpasti
beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh
memainkan pita rakaman dan memperdengarkan lagu itu kepada murid-murid.
Buat latih nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh
perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-
murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul.
Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa
yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat,
atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan
gerak badan atau aksi untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat.
( iii ) Penutup
Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru
boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah
diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah
dialog ringkas atau cerita pendek berdasarkan beberapa perkataan yang telah
dikenalpasti dalam senikata lagu berkenaan.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
10
f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian
( i ) Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari.
( ii ) Kelakar – Mengubahsuai senikata lagu mengikut jalan tema sendiri.
( iii ) Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan.
( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada
tema atau perkataan dalam senikata lagu berkenaan.
( v ) Tidak takut dan kurang stres – Guru turut menyanyi bersama-sama murid.
g. Kaedah Mengajar Nyanyian
( i ) Kaedah keseluruhan lagu.
Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Selain itu, kaedah ini
sesuai untuk kelas yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu
secara keseluruhan dengan muziknya. Sekurang-kurangnya tiga atau empat kali.
Guru menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas
itu murid dibimbing untuk membaca sukukata lagu dengan sebutan yang betul.
Seterusnya mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara sebutan a, e, i, o,
u secara berulang-ulang. Akhirnya murid-murid menyanyi keseluruhan lagu
dengan iringan muzik.
( ii ) Kaedah baris demi baris.
Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah dan panjang. Caranya, guru akan
memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Seterusnya murid mendengar dan
mengikut guru menyanyi secara baris demi baris dan kemudiannya keseluruhan
lagu. Dalam masa yang sama murid juga akan mengajar murid membaca
senikata lagu. Jika murid mula menguasainya guru akan membimbing murid
menyanyi dengan senikata lagu sebaris-sebaris, berulang-ulang. Guru dan
murid-murid menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama. Seterusnya
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
11
meminta murid menyanyi sendiri dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik.
Akhir sekali guru guna kaedah solfge dengan menggunakan isyarat tangan.
h. Cadangan Aktiviti Nyanyian
( i ) Murid diperdengarkan CD lagu ‘Wajah’ nyanyian Jaclyn Victor dan dalam masa
yang sama lirik lagu dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru
meminta murid nyanyi bersama-sama sambil menghayati senikata lagu.
Tajuk/Lirik Lagu:Wajah
Penyanyi: Jaclyn Victor
Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu
Setiap langkah perjalananmu beronak berliku
Betapa berat mata memandang
Berat lagi menggalas bebannya
Belum sempatmenitis ke pipi
Tangisan kering sendiri
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur
Engkaulah perwira di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan
Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
( ii ) Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka
menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau
kandungan lagu yang telah dipelajari.
( iii ) Seterusnya guru boleh meminta mereka menggambarkan idea dalam lagu itu
dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah.
( iv ) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek daripadanya isi
atau kandungan lagu tadi.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
12
( v ) Seterusnya murid-murid bebas melakonkan aktiviti atau peristiwa dalam lagu
tersebut menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal.
( vi ) Akhir sekali murid-murid diminta mendengarkan lagu itu sekali lagi dan dalam
masa yang sama, mereka memenuhkan tempat kosong dengan perkataan yang
telah dikosongkan tadi.
( vi ) Di akhir sesi guru dan murid boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat
komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang dijalankan sebelum ini.
1.3 Bercerita dalam Didik Hibur
Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah
sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu
pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan
menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat
disampaikan dalam keadaan yang menyeronokan.
1.3.1 Aktiviti Bercerita
a. Definisi Bercerita
Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu
cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita
sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan
tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan
yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi
yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul,
penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat
dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa
bercerita.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
13
b. Kebaikan Aktiviti Bercerita
( i ) Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan
murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti
bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut
dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya,
kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan
sebagainya.
( ii ) Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku
peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui
kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid
dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa
mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya.
( iii ) Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru,
murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin
tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi
komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak
dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan
mempertingkatkan kecerdasan otak murid-murid.
( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan
menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan
bentuk bahasa kepada murid-murid.
( v ) Asas untuk pendidikan Agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur
agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti
moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada
murid-murid.
( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang
menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit
sebanyak ia dapat membentuk jiwa pelajar secara sihat. Si Tenggang misalnya,
mempunyai falsafah-falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang
dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat mendalam. Implikasi
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
14
cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid-murid.
Pengajaran yang diperoleh daripadanya juga boleh dijadikan panduan hidup
mereka.
c. Prinsip Aktiviti Bercerita
( i ) Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh
mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi
yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa,
umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka.
( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa
perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan
berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak
mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa
pengertian harus juga dielakkan.
( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan
baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu
menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan,
pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu
dan sebagainya.
( iv ) Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting.
Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan
kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh
diikuti dengan pelbagai gerakerja lanjutan yang dirasakan sesuai.
d. Standard Kandungan
( 1 ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan
kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
15
1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu
perkara melalui penceritaan secara didik hibur.
1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan
kreatif melalui penceritaan secara didik hibur.
e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita
( i ) Permulaan cerita
( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian
untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh
dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan
murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu
menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik
jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya
cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru
berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan
intonasi yang betul.
( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang
baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih
dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian
murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti
bercerita yang hendak disampaikan.
( ii ) Pembentukan cerita
( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid.
Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid.
Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan
kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita.
Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru
perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
16
( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di
samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan
berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak
menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan.
( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah,
nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya.
Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai
dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan
pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau,
kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar
berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi
di luar kawalan mereka.
( d ) Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang
bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan
bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan
menghiburkan.
( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh
menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu
gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan
bosan.
( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan
akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya
hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan menyakinkan
pendengar.
( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema
yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid
mengenalpasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan
berkesan.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
17
( h ) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif,
psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan
penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti
bercerita ini.
( iii ) Penutup Cerita
( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua
masalah dan kerumitan watak dapat diselesai.
( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif
yang ingin dicapai guru.
f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita
( i ) Santai – Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari.
( ii ) Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang
kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan maka adegan lucu terjadi.
( iii ) Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan.
( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan
rakan-rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita yang digemari.
( v ) Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan
mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian
cerita lebih berkesan.
( vi ) Kurang stres – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita
atau pendengar cerita dihargai.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
18
g. Cadangan Aktiviti Bercerita
( i ) Aktiviti Menyanyikan Cerita – Isi dan fakta yang kan diajar digubah seperti
rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti
menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi
muzik ‘minus one’ lagu berkenaan.
( ii ) Aktiviti Lakonan Cerita – Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak
berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman
dan penghayatan mereka sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca
dialog lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul.
( iii ) Aktiviti Cerpendra – Aktiviti ini bermaksud mengubah suai petikan cerita kepada
bentuk drama. Aktiviti ini akan memaksa murid-murid mendalami dan
menghalusi isi cerita dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama. Dalam
aktiviti ini, murid-murid terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar
tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerita tersebut.
( iv ) Aktiviti Kerusi Panas – Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati
dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan
ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid
bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh
murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu
menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan.
( v ) Aktiviti Improvisasi – merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan
kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita
berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan
cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan.
( vi ) Aktiviti Pemaduan Seni – bermaksud aktiviti yang menggunakan beberapa unsur
seni untuk menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa
unsur seni dipilih dan digunakan secara serentak pada masa yang sama.
Sebagai contohnya, pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan
melakonkan aksi watak tersebut dan dalam masa yang sama murid lain akan
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
19
melukis gambaran watak dan dalam masa yang sama sekumpulan murid lain
akan menyanyikan fakta mengenai watak berkenaan.
1.4 Lakonan dalam Didik Hibur
Di sekolah, berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid
kerana dijalankan dalam bentuk bermain dan bersantai. Mereka diberi peranan untuk
berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur
dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya.
Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi ianya pasti akan
membantu meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik.
1.4.1 Aktiviti Lakonan
a. Definisi Lakonan
Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk
perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak
tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk
kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000)
mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan
sebagainya.
b. Kebaikan Aktiviti Lakonan
( i ) Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan
sebutan yang betul.
( ii ) Untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks
tertentu dengan cara yang betul.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
20
( iii ) Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan
teratur.
( iv ) Membolehkan mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk
menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.
( v ) Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang
didengarinya itu secara tepat.
( vi ) Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama
dalam satu kumpulan.
( vii ) Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan
murid.
( viii ) Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negetif lain.
( ix ) Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka
menghadapi keadaan sebenar.
c. Prinsip-prinsip Berlakon
Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan berkesan serta memenuhi tujuan
pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu ketika
mengendalikan aktiviti berlakon. Antaranya adalah seperti berikut:
( i ) Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk
mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.
( ii ) Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan
kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.
( iii ) Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa
yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
21
( iv ) Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan
peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.
( v ) Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh
membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya
tidak menganggu perjalanan lakonan tersebut atau membunuh minat dan
semangat berlakon dalam kalangan murid.
( vi ) Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu
supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang.
d. Standard Kandungan
( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.
1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas
tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan
kreatif melalui lakonan secara didik hibur.
e. Jenis Lakonan
Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa
jenis lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu:
( i ) Lakonan Berdasarkan Permainan
Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan terlebih dahulu. Murid-
murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah mereka mainkan
sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan
sebagainya. Murid yang dipilih secara rawak itu diminta keluar ke hadapan bilik
darjah dan guru meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
22
Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan.
Contoh lain ialah permainan ‘pukul berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’,
dan sebagainya.
( ii ) Lakonan Spontan
Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Murid-
murid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu
lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang pelakon
atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru
perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu
sebelum murid-murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan
berjumpa doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim
menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan sebagainya.
( iii ) Lakonan Bisu
Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog.
Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah
yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih
dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah,
permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta
menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan perkataan dan ayat
sendiri. Contohnya membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi,
berlain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan
sebagainya.
( iv ) Lakonan Berkait
Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut
beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan
melakonkan perkataan tersebut. Misalnya apabila guru menyebut perkataan
duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan
seperti menyebut perkataan ‘saya tidur’, ‘saya bersikat’, ‘saya berjalan’ dan
sebagainya. Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang
menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
23
adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini,
murid dapat melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang
dijalankan.
( v ) Lakonan Bersenikata
Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan
bersengaja. Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal,
dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian. Tidak
memerlukan persediaan yang lama dan guru berperanan memberikan nasihat
dan cadangan sahaja manakala murid-murid bebas berlakon menggunakan
perkataan sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan
perancangan teliti di mana murid-murid diberi senikata berdasarkan cerita-cerita
yang dipilih oleh guru. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru
sebelum menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini.
( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan
peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan senikata untuk diteliti
murid.
( b ) Seterusnya, proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa
pemilihan dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua
murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja.
( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang
terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki
oleh jalan cerita berkenaan.
( d ) Guru boleh memberikan ulasan dan komen selepas selesai aktiviti
lakonan supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk
memberi peluang lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada
murid lain.
( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi dan rangsangan, iaitu elakkan
mengkritik atau menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat
dan keinginannya untuk terus berlakon.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
24
( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng
dan pakaian yang sesuai supaya lakonan murid lebih menjadi lebih
realistik dan berkesan.
( vi ) Lakonan Boneka
Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya.
Pelbagai bentuk dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan
jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang
pemalu. Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar
dengan teliti dan mengenalpasti beberapa bentuk kesalahan bahasa. Bagi murid-
murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah dan
kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.
( vii ) Lakonan Nyanyian
Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai
dilaksanakan di semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum
aktiviti jenis ini dijalankan, guru terlebih dahulu menjelaskan apakah peranan dan
suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu
menggunakan pergerakan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata
kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan
kepada mereka. Contohnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Arshad,
‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian Ramli Sarip, ‘Jangan Tinggal Daku’ nyanyian P.
Ramlee dan sebagainya.
( viii ) Lakonan Puisi
Lakonan puisi dijalankan oleh guru berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum
aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap
murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah,
manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah
menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi ‘Sajak
Ke Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan ‘Gurindam
Dua Belas’. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-muird dikehendaki
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
25
melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam
puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan.
( ix ) Lakonan Cerita
Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat
di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa
orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat,
kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakan-
rakan. Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan
buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains,
Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.
( x ) Lakonan Kaku
Lakonan jenis ini menyerupai ‘pantomime’ iaitu melibatkan seorang pembaca
skrip dan pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah
dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja
yang bersifat statik atau setempat.
f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan
( i ) Sesi Pernyataan (Permulaan)
Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan
yang akan dilaksanakan. Guru boleh membincangkan secara ringkas isi dan
jalan cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan
memilih murid-murid untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya
diminta melakonkannya di hadapan bilik darjah.
( ii ) Sesi Berlakon
Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masing-
masing. Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa
sendiri dan guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
26
kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi
lakonan berkenaan tamat.
( iii ) Sesi Perbincangan
Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Salam sesi ini guru akan
menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh
dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perbincangan
tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan
persembahan berkenaan.
g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan
a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari
seperti ‘Seniman Bujang Lapok’ karya Tan Sri P. Ramlee.
b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog sendiri.
c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan.
d. Semangat mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari.
e. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut berlakon bersama-sama murid.
h. Cadangan Aktiviti Lakonan
( i ) Murid membuat lakonan ringkas iaitu meniru gaya pelakon terkenal.
( ii ) Contohnya murid melakonkan semula bab dalam filem lakonan Seniman Agung
Tan Sri P. Ramlee.
( iii ) Sebelum sesi lakonan ini dijalankan, guru terlebih dahulu menayangkan sedutan
cerita ‘Seniman Bujang Lapok’ menerusi komputer dan LCD.
( iii ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog yang digunakan.
( iv ) Sebelum mereka melakonkan bab yang dipilih, murid-murid dikehendaki
menghasilkan terlebih dahulu skrip mudah menggunakan perkataan sendiri.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
27
Guru memilih beberapa hasil skrip yang terbaik dan memilih beberapa orang
pelakon untuk melakonkannya di hadapan bilik darjah.
( v ) Murid-murid lain diminta dengar dengan teliti dialog yang digunakan dan dalam
masa yang sama kenalpasti kesalahan bahasa yang ada.
( vi ) Boleh diadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya
terhadap lakonan yang telah dijalankan.
1.5 Pantun dalam Didik Hibur
Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang.
Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan
berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan berunsur pendidikan menyebabkan
pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu
tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun
juga merupakan hasil pengalaman hidup yang sederhana, yang dijalin dengan daya
keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka pastinya pantun ialah
pemerian latar hidup, dan penghayatan seni masyarakat Melayu.
Aktiviti Pantun
a. Definisi Pantun
Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri
daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan
maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis
puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap.
Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas
sukukata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi
akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan
dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
28
b. Kebaikan Aktiviti Berpantun
( i ) Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa
yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini
membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang
bernilai dalam kehidupan.
( ii ) Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi
pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu
murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu
memperkukuh kemahiran berbahasa mereka.
( iii ) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan
idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan
cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.
( iv ) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami
maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid
memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka.
( v ) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang
semakin dilupakan masyarakat.
( vi ) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan.
( vii ) Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang
menyeronokan kerana terdapatnya unsur berhibur.
( viii ) Menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
29
c. Prinsip-prinsip Berpantun
Untuk melaksanakan aktiviti ini secara lebih berkesan, guru haruslah berpegang kepada
beberapa prinsip tertentu. Antaranya adalah seperti berikut:
( i ) Aktiviti berpantun ini hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk
mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.
( ii ) Bahan-bahan yang hendak digunakan haruslah menggunakan bahasa yang
sesuai dari segi kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi,
intelektual dan minat mereka.
( iii ) Pantun yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan,
mental, bakat dan minat murid-murid.
( iv ) Pilihlah pantun yang mudah dan senang difahami sahaja. Puisi yang terlalu
panjang dan kabur perlu dielakkan.
( v ) Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada
murid-murid. Ia bermanafaat dan dapat menyumbang kepada proses
pembentukan peribadi mulia dalam kalangan murid-murid. Pantun yang
mempunyai struktur dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan
penggunaanya dalam kalangan murid-murid.
( vi ) Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam
semula jadi sebagai pembayangnya.
( vii ) Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya menolong
mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua
kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan.
( viii ) Pantun yang dipilih harus mudah dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh
dapatkan pantun-pantun yang ada dipersekitaran mereka terlebih dahulu.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
30
d. Standard Kandungan
( 1 ) Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa
yang indah secara didik hibur.
1.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik
hibur.
1.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta
memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang
indah secara didik hibur.
e. Jenis Pantun Dua Kerat
( i ) Pantun Kasih Sayang
Lain dulang lain kakinya,
Lain orang lain hatinya.
Lain hulu lain parang,
Lain dulu lain sekarang.
Dahulu parang sekarang besi,
Dahulu sayang sekarang benci.
Daripada cempedak biarlah nangka,
Daripada tiada baiklah ada.
Tak tumbuh tak melata,
Tak sungguh orang tak kata.
Buah beluluk buah kepayang,
Dimakan mabuk dibuang sayang.
Anak dara pergi ke kedai
Rindu di hati rasa nak longlai
( iii ) Pantun Kiasan
Banyak udang banyak garam,
Banyak orang banyak ragam.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
31
Sebab pulut santan binasa,
Sebab mulut badan binasa.
Sudah garahu cendana pula,
Sudah tahu bertanya pula.
Pinggan tak retak nasi tak dingin,
Orang tak hendak kami tak ingin.
Paku dulang paku serpih,
Mengata orang dia yang lebih.
Secupak nasi setahil berangan,
Tersepak kaki terkehel tangan.
Umbut mayang letak di batu,
Rambut mengerbang banyak kutu.
Cekur dang gamit,
Mintak cekur beri kunyit.
Ikan tokak makan meranggung,
Sedap tekak badan menanggung,
Murai gila jadi tekukur,
Ajaib hairan hati tafakur.
Ratib-ratib buluh nipah,
Sudah ratip hendak upah.
Kalau tak cengal giam,
Kalau tak kenal diam.
Duduk inding enggang tap,
Senduk di dinding, panggang di atap.
Taptibau puyuh padang,
Hilang pisau berganti parang.
( iv ) Pantun Nasihat
Pagi petang siang malam,
Hati terang senang faham.
Satu dua tiga empat,
Siapa cepat dia dapat.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
32
Lima,enam,tujuh dan lapan,
Kuat bersenam sihatkan badan.
Tinggi rendah panjang lebar,
Pergi sekolah mesti belajar.
( v ) Pantun Jenaka
Kapal belayar dalam semak,
Perut lapar semua enak.
Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati.
Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri.
Kayu lurus tengah ladang,
Kerbau kurus banyak tulang.
Sici,loro,telu,papat,
Melayu lari Jawa dapat.
Pokok tinggi buruk akar,
Matahari tinggi perut pun lapar.
Guni kapur kirim pak mertua,
Nyanyi di dapur kahwin orang tua.
Pat-pat nya,
Siapa cepat dia punya.
Kura-kura dalam perahu,
Pura-pura tidak tahu.
Tuku takal pengancing pintu,
Budak nakal memang begitu.
Ayam bulat makan padi beras,
Bangun lambat dapat laki malas.
Tua-tua keladi,
Makin tua makin menjadi.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
33
Hujung bendul dalam semak,
Kerbau mandul banyak lemak.
( vi ) Pantun Budi
Orang berbudi kita berbahasa,
Orang memberi kita merasa.
Kalau padi taruh sama beras,
Kalau tak mati boleh balas.
Ada beras taruh dalam peti,
Ada hajat taruh dalam hati.
Ada ubi ada batas,
Ada budi boleh dibalas.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh mahu lagi.
( vii ) Pantuan Kepahlawanan
Kembang jarak kembang jagung,
Berani bawak berani tanggung.
( viii ) Pantun Alam
Kayu bongkok di balik tiang,
Ayam berkokok alamat nak siang.
Keli masuk ruan keluar,
Matahari masuk bulan keluar.
( ix ) Pantuan Perniagaan
Berniaga buluh kasap,
Untung habis modal lesap.
f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat
( i ) Sesi Pernyataan (Permulaan)
Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun
dua kerat beserta contoh secara ringkas. Guru boleh membincangkan secara
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
34
ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas pantuan jenis ini
dalam masyarakat. Selepas itu, guru membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan tertentu. Mereka kemudiannya diminta mencari seberapa
banyak pantun dua kerat dalam buku rujukan atau menerusi internet.
( ii ) Sesi Berlakon
Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dengan
intonasi yang betul dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan mereka
mencuba melafazkan pantun berkenaan mengikut gaya dan bahasa badan
ciptaan sendiri dan pada masa yang sama mencari maksud pantun
menggunakan perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenalpasti
sebarang kesalahan dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh
dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat.
( iii ) Sesi Perbincangan
Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan
pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah
dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid
dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja
tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan.
g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan
a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis pantun dua kerat.
f. Kelakar – Murid membuat aktiviti menggunakan dialog dan kreativiti sendiri.
g. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti seni dan gerak badan.
h. Semangat mencuba – Murid berpeluang mengambil bahagian mengikut jenis
aktiviti yang digemari.
i. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut mengambil bahagian bersama-
sama murid.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
35
h. Cadangan Aktiviti
( i ) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Guru perlu pastikan
kumpulan tersebut tidak hanya dianggotai oleh murid-murid yang pandai sahaja.
Sebaik-baiknya mempunyai pelbagai kecerdasan dan latar belakang.
( ii ) Ketua kumpulan datang ke hadapan dan mencabut lima sampul surat yang
mengandungi pantun dua kerat yang disediakan oleh guru.
( iii ) Terlebih dahulu, guru telah memilih lima orang murid dalam setiap kumpulan dan
menerangkan tugas dan peranan masing-masing dan murid berkenaan
menerima satu sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat tadi.
( iv ) Murid-murid diminta membuat atau melakonkan aktiviti yang ditetapkan guru
berdasarkan makna pantun dua kerat yang diterima, iaitu berlakon, menyanyi,
bercerita, melukis dan bersajak.
( v ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog dan gerak badan yang
digunakan oleh rakan-rakan tadi.
(vi ) Boleh diadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya
terhadap aktiviti yang telah dijalankan.
Penutup
Didik hibur merupakan satu pendekatan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai
kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia setelah kerajaan memutuskan
bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar
dalam Bahasa Malaysia bermula 2012. Tujuan didik hibur supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.
MODUL KPKIBAHASA
MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA]
36
RUJUKAN
Abdul Ghalib Yunus. (2001), Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar dan
bertutur. Dewan Bahasa September: 14-20.
Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3.
Kamaruddin Hj. Husin. (1999), Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kurik Kundi Merah Saga – Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala Lumpur
: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Jonit Mohd Johari. (1993), Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Jurnal Dewan
Bahasa 10: 914-920.
Nadzeri Isa. (2009), Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa. Kuala
Lumpur : Open University Malaysia.
PANEL PENULIS MODUL
1. Dr. Khairuddin b. Mohamad ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban)
2. Dr. Hjh. Maridah bt. Alias ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban)
3. Hjh. Rafiah bt. Daud (IPG Kampus Raja Melewar, Seremban)
4. En. Thahir b. Nuruddin (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur)
5. Pn. Juhana bt. Baba (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur)

More Related Content

What's hot

Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Amiatunaim
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategiazirah azizul
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Norafsah Awang Kati
 
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaDr. Saprani
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik peneranganDHIAH RODZI
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranWany Hardy
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Penggabungan dan penyerapan
Penggabungan dan penyerapanPenggabungan dan penyerapan
Penggabungan dan penyerapanAmir Suhayl
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...rathibujie
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Santa Barbara
 

What's hot (19)

Hbml4403
Hbml4403Hbml4403
Hbml4403
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
Proposal kt new 1
Proposal kt new 1Proposal kt new 1
Proposal kt new 1
 
Tesis
Tesis Tesis
Tesis
 
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan StrategiPendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
Pendekatan, Kaedah, Teknik Dan Strategi
 
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
Tugasan model dan strategi pedagogi epm233 (zaharah mokti)
 
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbezaPenggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran terbeza
 
Teknik penerangan
Teknik peneranganTeknik penerangan
Teknik penerangan
 
Integrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaranIntegrasi dalam pengajaran
Integrasi dalam pengajaran
 
Journal article kualitative
Journal article kualitativeJournal article kualitative
Journal article kualitative
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Kertas cadanga
Kertas cadangaKertas cadanga
Kertas cadanga
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
Penggabungan dan penyerapan
Penggabungan dan penyerapanPenggabungan dan penyerapan
Penggabungan dan penyerapan
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
Maujud..
Maujud..Maujud..
Maujud..
 
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
analisis terhadap rancangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanak...
 
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
Penilaian Kesesuaian Kaedah dan Strategi untuk Pengajaran dan Pembelajaran Pe...
 

Viewers also liked

Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan Ahmad Zaen
 
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuCik BaCo
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNurul Asha'ari
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaKulanz Salleh
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruAhmad NazRi
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 

Viewers also liked (10)

Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
Buku pegangan guru sd kelas 4 tema 4 berbagi pekerjaan
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isuArtikel jurnal pendidikan bagi isu
Artikel jurnal pendidikan bagi isu
 
Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Nota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasaNota guru dan cabaran semasa
Nota guru dan cabaran semasa
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysiaIsu isu-pendidikan-di-malaysia
Isu isu-pendidikan-di-malaysia
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guruTugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
Tugasan edu 3093 isu dan cabaran guru
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 

Similar to Kursus didik hibur 3

Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifAwatif Atif
 
Nota literasi bm
Nota literasi bmNota literasi bm
Nota literasi bmGeetha Shan
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatanatthea
 
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan biSaiza Baharom
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatifmohamadawang
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldArmi AbuBakar
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANRthi Ban
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranLee Hua
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfssuser24ab8d
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfdamiaafina
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarSYAZWANI IBRAHIM
 

Similar to Kursus didik hibur 3 (20)

Modul didik hibur
Modul didik hiburModul didik hibur
Modul didik hibur
 
Report KSSR
Report KSSRReport KSSR
Report KSSR
 
Laporan kssr
Laporan kssrLaporan kssr
Laporan kssr
 
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatifPelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
Pelaksanaan pengajaran literasi BM: pendekatan alternatif
 
Nota literasi bm
Nota literasi bmNota literasi bm
Nota literasi bm
 
Bm pendekatan
Bm pendekatanBm pendekatan
Bm pendekatan
 
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi
 
Kaedah komunikatif
Kaedah  komunikatifKaedah  komunikatif
Kaedah komunikatif
 
Pentup
PentupPentup
Pentup
 
Pentup
PentupPentup
Pentup
 
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ldDsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
Dsk pend sains, sosial & alam sekitar thn 4 ld
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBANKajian kpt 6054- PARTHIBAN
Kajian kpt 6054- PARTHIBAN
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
kaedah pengajaran bahasa
kaedah pengajaran bahasakaedah pengajaran bahasa
kaedah pengajaran bahasa
 
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdfTOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
TOPIK 1 FPK ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM.pdf
 
Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503Pengenalan hbef1503
Pengenalan hbef1503
 
Presentation Unit 8
Presentation Unit 8Presentation Unit 8
Presentation Unit 8
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdf
 
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa PengantarTugasan 4 - Bahasa Pengantar
Tugasan 4 - Bahasa Pengantar
 

More from jamaiena

Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)
Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)
Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)jamaiena
 
Rt bm th 2
Rt bm th 2Rt bm th 2
Rt bm th 2jamaiena
 
Rpt bm tahun 1.2014
Rpt bm tahun 1.2014Rpt bm tahun 1.2014
Rpt bm tahun 1.2014jamaiena
 
Pelan strategik disiplin 2012
Pelan strategik disiplin 2012Pelan strategik disiplin 2012
Pelan strategik disiplin 2012jamaiena
 
Pelan strategik 2010
Pelan strategik 2010Pelan strategik 2010
Pelan strategik 2010jamaiena
 
Pelan strategik disiplin 2011 (2)
Pelan strategik disiplin 2011 (2)Pelan strategik disiplin 2011 (2)
Pelan strategik disiplin 2011 (2)jamaiena
 
Peraturan sekolah
Peraturan sekolahPeraturan sekolah
Peraturan sekolahjamaiena
 
Pelan strategik lembaga disiplin
Pelan strategik lembaga  disiplinPelan strategik lembaga  disiplin
Pelan strategik lembaga disiplinjamaiena
 
Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10jamaiena
 
Buku program hari orientasi
Buku program hari orientasiBuku program hari orientasi
Buku program hari orientasijamaiena
 
Larian 1 malaysia
Larian 1 malaysiaLarian 1 malaysia
Larian 1 malaysiajamaiena
 
Markah murid buku rekod
Markah murid buku rekodMarkah murid buku rekod
Markah murid buku rekodjamaiena
 
Jadual tugas 2 c
Jadual tugas 2 cJadual tugas 2 c
Jadual tugas 2 cjamaiena
 

More from jamaiena (13)

Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)
Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)
Format modul latihan berdasarkan kandungan kursus (2)
 
Rt bm th 2
Rt bm th 2Rt bm th 2
Rt bm th 2
 
Rpt bm tahun 1.2014
Rpt bm tahun 1.2014Rpt bm tahun 1.2014
Rpt bm tahun 1.2014
 
Pelan strategik disiplin 2012
Pelan strategik disiplin 2012Pelan strategik disiplin 2012
Pelan strategik disiplin 2012
 
Pelan strategik 2010
Pelan strategik 2010Pelan strategik 2010
Pelan strategik 2010
 
Pelan strategik disiplin 2011 (2)
Pelan strategik disiplin 2011 (2)Pelan strategik disiplin 2011 (2)
Pelan strategik disiplin 2011 (2)
 
Peraturan sekolah
Peraturan sekolahPeraturan sekolah
Peraturan sekolah
 
Pelan strategik lembaga disiplin
Pelan strategik lembaga  disiplinPelan strategik lembaga  disiplin
Pelan strategik lembaga disiplin
 
Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10Buku program merentas desa 10
Buku program merentas desa 10
 
Buku program hari orientasi
Buku program hari orientasiBuku program hari orientasi
Buku program hari orientasi
 
Larian 1 malaysia
Larian 1 malaysiaLarian 1 malaysia
Larian 1 malaysia
 
Markah murid buku rekod
Markah murid buku rekodMarkah murid buku rekod
Markah murid buku rekod
 
Jadual tugas 2 c
Jadual tugas 2 cJadual tugas 2 c
Jadual tugas 2 c
 

Recently uploaded

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)salmnor
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptArieAdie
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah MelayuSITINURULSYARAFINABI
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxMUHAMMADHAZIQBINHAMD1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (11)

BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
Maksud Plan Do Check and Action dalam pelaksanaan Program (PDCA)
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.pptPertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
Pertemuan 9 dan 10 - Sistem Persamaan Linear.ppt
 
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah MelayuBab 5 Ting 4  5.2 Persekutuan Tanah Melayu
Bab 5 Ting 4 5.2 Persekutuan Tanah Melayu
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptxSEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
SEJARAH PENGENALAN RINGKAS TKRS SEKOLAH KEBANGSAAN PUTRAJAYA PRESINT 8(2).pptx
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Kursus didik hibur 3

  • 1. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 1 1.0 Pengenalan Pendekatan didik hibur merupakan satu pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid- murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid. Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah menengah. 1.1 Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang telah memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012. Keputusan ini dibuat berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirikal dan saintifik, iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan. Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12 langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan. Penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu, Kerajaan akan mula melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan
  • 2. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 2 holistik merangkumi aspek kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa dan seni bahasa. Di sekolah rendah, Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan Didik Hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi berkenaan. Manakala di peringkat sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek kesusasteraan Melayu. Kaedah pengajaran akan lebih interaktif iaitu didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami. 1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ? Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan bersistematik. 1.1.2 Ciri-Ciri Didik Hibur ( i ) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. ( ii ) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. Justeru murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
  • 3. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 3 ( iii ) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. ( iv ) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti Bahasa Malaysia. ( v ) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. ( vi ) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. ( vii ) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. ( viii ) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal. ( ix ) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh. 1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ? Didik hibur dilaksanakan secara penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan pantun dua kerat. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni, dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).
  • 4. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 4 Terdapat empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, iaitu: ( i ) Pelbagai bidang ilmu serta tema, ( ii ) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia, ( iii ) Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, dan kemahiran bernilai tambah. Didik hibur termasuk dalam penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema kerana iaitu penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan pantun dua kerat dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah. 1.1.4 Objektif Didik Hibur Terdapat tiga objektif pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan menengah, iaitu: ( i ) Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur; ( ii ) Mengguna dan memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita; dan ( iii ) Mengguna dan memahami pantun dua kerat secara didik hibur. 1.1.5 Apa Itu Bahasa Badan ? Bahasa badan juga dikenali bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif ataupun negetif. Ia boleh membabitkan apa jua anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan. Walaubagaimanapun pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur bahasa tubuh merupakan bahasa gerak badan yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan pantun dua kerat.
  • 5. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 5 1.1.6 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur a. Guru Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru adalah segala-galanya (Pullias & Young 1982), yang menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: ( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid-murid. ( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. ( iii ) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. ( iv ) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. ( v ) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. ( vi ) Guru boleh membuat pelbagai suara. ( vii ) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. ( viii ) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. ( ix ) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan ( x ) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel. b. Aktiviti Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira semasa merancang aktiviti Didik Hibur, iaitu: ( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar.
  • 6. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 6 ( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama. ( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai. ( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dibuat, dijalan dan diselesaikan oleh murid-murid tanpa ada banyak masalah dan halangan. ( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. ( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid. ( vii ) Aktiviti didik hibur yang akan dirancang perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid. 1.2 Nyanyian dalam Didik Hibur Nyanyian merupakan salah satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang kepada proses perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, meliputi perkembangan intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian. 1.2.1 Aktiviti Nyanyian a. Definisi Nyanyian Kamus Dewan (2000) mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara. Kamarudin Husin (1999) pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh di bawa ke bilik darjah sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
  • 7. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 7 b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian ( i ) Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baru kepada murid-murid sewaktu mempelajari bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. ( ii ) Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru murid-murid berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan. ( iii ) Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan aktiviti yang tertumpu kepada penglibatan murid sepenuhnya. ( iv ) Menyanyi memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah. ( v ) Menyanyi dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh menerapkan perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan. ( vi ) Lagu boleh membantu murid-murid menguasai perbendaharaan kata, sebutan, intonasi, rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat. ( vii ) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran guru yang menarik. ( viii ) Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam aspek kefahaman bahasa. c. Prinsip Nyanyian ( i ) Elakkan daripada memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang betul dan salah dari segi tatabahasa. Ia juga tidak seharusnya mengandungi bahasa
  • 8. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 8 pasar, kuno atau dialek negeri tertentu. Pilihlah senikata dari lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard dan digunakan sehari-harian. ( ii ) Pilihlah lagu yang menpunyai melodi yang senang dipelajari dan diingati. Sebaik- baiknya murid sudah mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik lagu tersebut. ( iii ) Pilihlah lagu yang sederhana kelajuannya iaitu tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa didengar serta mudah dan senang diingat perlulah diberikan keutamaan oleh guru. ( iv ) Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti pengulangan melodi, perkataan dan sebagainya. Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa yang hendak dipelajari. Ini kerana pembelajaran bukan sahaja berlau melalui penyampaian yang baik tetapi juga melalui pengulangan bahan pembelajaran. ( v ) Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi cerita. Seperti kisah seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat. Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Hj. Arshad. ( vi ) Bagi murid-murid yang berada dalam tahap rendah, lagu yang dipilih perlu mengandungi perbendaharaan kata yang terhad. Elakkan juga memilih seni kata lagu yang ada ayat yang pelbagai jenis kerana boleh menganggu pembelajaran mereka. d. Standard Kandungan ( 1 ) Menyebut dan memahami unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan nyanyian secara didik hibur. 1.2 Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian secara didik hibur.
  • 9. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 9 e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Nyanyian ( i ) Pra Persediaan Pada tahap ini, guru harus bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai atau menulis semula senikata lagu tersebut mengikut kesesuaian. ( ii ) Penyampaian Guru boleh memilih untuk menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid mencari maksud atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid membaca dan mengenalpasti beberapa perkataan yang susah. Dalam masa yang sama, guru boleh memainkan pita rakaman dan memperdengarkan lagu itu kepada murid-murid. Buat latih nyanyian lagu tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru perlu memberi perhatian kepada sebutan murid- murid. Pastikan setiap perkataan di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali, guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan latih mereka untuk menguasai bentuk ayat, atau strukturnya. Gunakan gambar untuk menjelaskan maksud atau gunakan gerak badan atau aksi untuk menggambarkan makna secara jelas dan tepat. ( iii ) Penutup Guru menyanyikan lagu bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek berdasarkan beberapa perkataan yang telah dikenalpasti dalam senikata lagu berkenaan.
  • 10. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 10 f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Nyanyian ( i ) Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang digemari. ( ii ) Kelakar – Mengubahsuai senikata lagu mengikut jalan tema sendiri. ( iii ) Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak badan. ( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk menghasilkan cerita ringkas daripada tema atau perkataan dalam senikata lagu berkenaan. ( v ) Tidak takut dan kurang stres – Guru turut menyanyi bersama-sama murid. g. Kaedah Mengajar Nyanyian ( i ) Kaedah keseluruhan lagu. Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Selain itu, kaedah ini sesuai untuk kelas yang pandai. Caranya dengan memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya. Sekurang-kurangnya tiga atau empat kali. Guru menyanyikan keseluruhan lagu dengan iringan atau tanpa muzik. Selepas itu murid dibimbing untuk membaca sukukata lagu dengan sebutan yang betul. Seterusnya mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara sebutan a, e, i, o, u secara berulang-ulang. Akhirnya murid-murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik. ( ii ) Kaedah baris demi baris. Kaedah ini sesuai untuk kelas yang lemah dan panjang. Caranya, guru akan memperdengarkan lagu secara keseluruhan. Seterusnya murid mendengar dan mengikut guru menyanyi secara baris demi baris dan kemudiannya keseluruhan lagu. Dalam masa yang sama murid juga akan mengajar murid membaca senikata lagu. Jika murid mula menguasainya guru akan membimbing murid menyanyi dengan senikata lagu sebaris-sebaris, berulang-ulang. Guru dan murid-murid menyanyi lagu secara keseluruhan bersama-sama. Seterusnya
  • 11. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 11 meminta murid menyanyi sendiri dengan iringan muzik atau tanpa iringan muzik. Akhir sekali guru guna kaedah solfge dengan menggunakan isyarat tangan. h. Cadangan Aktiviti Nyanyian ( i ) Murid diperdengarkan CD lagu ‘Wajah’ nyanyian Jaclyn Victor dan dalam masa yang sama lirik lagu dipancarkan menerusi LCD di hadapan bilik darjah. Guru meminta murid nyanyi bersama-sama sambil menghayati senikata lagu. Tajuk/Lirik Lagu:Wajah Penyanyi: Jaclyn Victor Berbumbungkan angkasa kelabu Lantainya bumi retak seribu Setiap langkah perjalananmu beronak berliku Betapa berat mata memandang Berat lagi menggalas bebannya Belum sempatmenitis ke pipi Tangisan kering sendiri Berkali tersungkur Pandanganmu kabur Namun azam meneruskan hidup tak pernah luntur Engkaulah perwira di medan derita Merentasi ranjau kehidupan dengan harapan Luahan rasa derita jiwa Pada wajah tiada rahsia Menunggu malang berganti tuah Usah kau berputus asa ( ii ) Guru memilih beberapa orang murid secara rawak dan meminta mereka menceritakan semula menggunakan perkataan sendiri tentang isi atau kandungan lagu yang telah dipelajari. ( iii ) Seterusnya guru boleh meminta mereka menggambarkan idea dalam lagu itu dalam bentuk lukisan atau lakaran pada papan tulis di hadapan bilik darjah. ( iv ) Guru juga boleh meminta murid untuk mencipta dialog pendek daripadanya isi atau kandungan lagu tadi.
  • 12. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 12 ( v ) Seterusnya murid-murid bebas melakonkan aktiviti atau peristiwa dalam lagu tersebut menggunakan perkataan sendiri tetapi terkawal. ( vi ) Akhir sekali murid-murid diminta mendengarkan lagu itu sekali lagi dan dalam masa yang sama, mereka memenuhkan tempat kosong dengan perkataan yang telah dikosongkan tadi. ( vi ) Di akhir sesi guru dan murid boleh mengadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang dijalankan sebelum ini. 1.3 Bercerita dalam Didik Hibur Bercerita adalah aktiviti yang menarik dan sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia kerana sifat kanak-kanak yang suka mendengar cerita. Cara ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ia kerap digunakan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan sesuatu pengajaran kepada anak-anak mereka. Bercerita amat memikat dan bersifat menghiburkan menyebabkan murid-murid cepat menumpukan perhatian jika sesuatu pengajaran itu dapat disampaikan dalam keadaan yang menyeronokan. 1.3.1 Aktiviti Bercerita a. Definisi Bercerita Kamus Dewan Bahasa (2000) mentakrifkan bercerita sebagai mengisahkan sesuatu cerita, bercakap atau berbual. Manakala Kamarudin Husin (1999) mentakrifkan bercerita sebagai salah satu aktiviti lisan yang penting dan memerlukan beberapa kebolehan tertentu. Bagi guru yang ingin bercerita, perlu memilih dan menggunakan perkataan yang sesuai, berkebolehan melahirkan sesuatu gaya, suara, mimik muka dan intonasi yang boleh memikat perhatian pendengar. Guru juga harus membina ayat yang betul, penggunaannya tepat, mudah dan menarik. Pendek kata, semua unsur yang terdapat dalam bahasa lisan terutama dalam percakapan yang natural, perlu diwujudkan semasa bercerita.
  • 13. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 13 b. Kebaikan Aktiviti Bercerita ( i ) Dapat menyuburkan daya imaginasi murid-murid. Usaha ini akan menjadikan murid-murid lebih imaginatif dan kreatif. Semasa guru menjalankan aktiviti bercerita, secara imaginasi murid-murid boleh memasuki alam cerita tersebut dan menggambarkan seolah-olah mereka terlibat dalam cerita itu. Contohnya, kanak-kanak boleh menjadi angkasawan, gergasi, makhluk halus, haiwan dan sebagainya. ( ii ) Menyemai rasa empati dalam kalangan murid-murid. Dalam cerita sering berlaku peristiwa yang melibatkan emosi manusia seperti watak utama menemui kejayaan, gembira dan menderita. Keadaan ini amat sesuai untuk murid-murid dan dalam masa yang sama boleh mengubah suasana dengan membawa mereka untuk menghayati tema dan isi cerita sepenuhnya. ( iii ) Menyuburkan akal dan kecerdasan otak. Semasa cerita disampaikan oleh guru, murid lazimnya akan menunjukkan rasa minat, hairan, geram dan perasaan ingin tahu. Murid-murid digalakkan bertanya atau menyoal, dibenarkan memberi komen atau pandangan terhadap peristiwa, sifat serta perilaku watak-watak dalam cerita tersebut. Aktiviti-aktiviti seperti ini membantu mengasah akal dan mempertingkatkan kecerdasan otak murid-murid. ( iv ) Menggalakkan perkembangan bahasa. Ketika bercerita itulah mereka akan menambah perbendaharaan kata dan memperlihatkan pelbagai ragam gaya dan bentuk bahasa kepada murid-murid. ( v ) Asas untuk pendidikan Agama. Ada sebahagian cerita mengandungi unsur-unsur agama yang mempunyai pelajaran dan unsur pendidikan yang berharga seperti moral dan akhlak, tingkah laku dan sikap yang baik untuk disampaikan kepada murid-murid. ( vi ) Asas kepada panduan hidup. Cerita yang disampaikan dengan cara yang menarik dan memikat hati biasanya akan lebih berfaedah kerana sedikit sebanyak ia dapat membentuk jiwa pelajar secara sihat. Si Tenggang misalnya, mempunyai falsafah-falsafah yang tinggi di sebalik cerita itu. Kisah-kisah yang dipaparkan di dalamnya memberi kesedaran yang amat mendalam. Implikasi
  • 14. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 14 cerita itu begitu berpengaruh dan sentiasa kekal dalam ingatan murid-murid. Pengajaran yang diperoleh daripadanya juga boleh dijadikan panduan hidup mereka. c. Prinsip Aktiviti Bercerita ( i ) Cerita harus mempunyai tema yang sesuai. Ini bermakna, cerita itu tidak boleh mengabaikan objektif mendidik dan mengasuh. Ceritanya mesti mengandungi isi yang sesuai dengan murid-murid, terutama dari segi kematangan berbahasa, umur, latar belakang, minat, kecerdasan otak dan pengalaman mereka. ( ii ) Menggunakan bahasa yang sesuai dengan tahap murid. Ini bermaksud bahasa perlu mengandungi perkataan atau rangkai kata yang tepat, sesuai dan berkesan. Pengucapan cerita itu harus dilakukan dengan jelas, ringkas dan tidak mengelirukan. Perkataan dan rangkai kata yang mengandungi beberapa pengertian harus juga dielakkan. ( iii ) Plot cerita dan penyampaiannya perlu menarik. Jalan ceritanya tersusun dengan baik dan ada kesudahan. Semasa menyampaikan cerita tersebut, guru perlu menggunakan pelbagai gaya yang menarik seperti gaya isyarat, pergerakan, pertanyaan, menggunakan cakap ajuk, melakonkan peristiwa-peristiwa tertentu dan sebagainya. ( iv ) Penglibatan murid-murid sepenuhnya semasa aktiviti ini berjalan juga penting. Guru harus bijak dan pandai mengaitkan jalan cerita dengan intelek, emosi dan kadangkala fizikal murid-murid semasa sesi bercerita. Semua aktiviti ini boleh diikuti dengan pelbagai gerakerja lanjutan yang dirasakan sesuai. d. Standard Kandungan ( 1 ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif semasa bercerita secara didik hibur.
  • 15. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 15 1.1 Mengujarkan ayat dengan sebutan yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui penceritaan secara didik hibur. 1.2 Mengujarkan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa bahan dengan kreatif melalui penceritaan secara didik hibur. e. Prosedur Menjalankan Aktiviti Bercerita ( i ) Permulaan cerita ( a ) Bahagian ini menumpukan kepada keupayaan murid yang mengambil bahagian untuk menarik minat rakan-rakan lain dan kekal hingga ke akhir cerita. Boleh dilaksanakan melalui penggunaan isyarat, mimik muka, gambar, penglibatan murid, media di samping bijak memainkan kata-kata, dan ini mampu menyediakan satu situasi bercerita yang sesuai. Permulaan cerita lebih menarik jika mereka berjaya membawa imaginasi murid-murid lain ke zaman berlakunya cerita dan peristiwa yang disampaikan itu. Dalam masa yang sama, guru berperanan membimbing murid supaya membaca dialog dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. ( b ) Guru harus menunjukkan kecenderungan untuk membina perhubungan yang baik dengan murid-murid. Kemesraan guru dan murid perlu dibina terlebih dahulu sebelum aktiviti bercerita bermula. Keadaan ini boleh menarik perhatian murid di samping dapat menggalakkan penyertaan mereka dalam aktiviti bercerita yang hendak disampaikan. ( ii ) Pembentukan cerita ( a ) Bahasa yang digunakan mestilah mudah dan sesuai dengan tahap murid-murid. Ini penting agar maksud cerita dapat difahami sepenuhnya oleh murid-murid. Penggunaan cakap ajuk pada bahagian tertentu cerita mampu menambahkan kesan yang boleh menjadikan pendengar memberi perhatian lebih kepada cerita. Perkataan dan rangkai kata yang kabur perlu dielakkan manakala istilah baru perlu disokong menggunakan gambar, ilustrasi atau sebagainya.
  • 16. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 16 ( b ) Kelancaran pertuturan amat penting untuk memberikan kesan penceritaan di samping membolehkan terhasilnya satu perkembangan cerita yang licin dan berkesan. Murid yang terlibat sebagai pelakon atau pendengar pula tidak menghadapi sebarang masalah untuk memahami cerita berkenaan. ( c ) Kepelbagaian suara penting dan boleh dilihat dari segi tekanan tinggi-rendah, nada, intonasi, kelantangan, panjang-pendek, besar dan kecil dan sebagainya. Keadaan suara yang sedemikian hendaklah diwujudkan di tempat yang sesuai dengan peristiwa-peristiwa dalam cerita itu. Umpamanya situasi menyeramkan pada waktu tengah malam, suara pencerita tadi akan bertukar menjadi garau, kasar, seram dan ditambah dengan sedikit hilaian. Jika suara ini benar-benar berkesan, lazimnya murid-murid akan menutup telinga dan mata sebagai refleksi di luar kawalan mereka. ( d ) Gerak-geri dan mimik muka juga dapat membantu guru atau murid yang sedang bercerita untuk menyampaikan maksud dan kandungan cerita dengan jelas dan bermakna. Situasi ini akan melahirkan satu suasana bercerita yang menarik dan menghiburkan. ( e ) Penggunaan bahan rangsangan yang sesuai seperti penggunaan media boleh menarik minat murid-murid terhadap keseluruhan cerita berkenaan. Jika perlu gunakan pelbagai bahan rangsangan supaya mereka tidak cepat jemu dan bosan. ( f ) Cerita haruslah mengikut urutan, di mana jalan cerita yang perlu didahulukan akan disampaikan di awal cerita dan begitulah sebaliknya. Ini perlu supaya hubungan antara satu cerita dengan cerita yang lain konsisten dan menyakinkan pendengar. ( g ) Semasa menjalankan aktiviti bercerita seorang guru perlu peka kepada tema yang hendak disampaikan. Kefahaman terhadap tema membantu murid mengenalpasti plot cerita, watak-wataknya dan moral cerita dengan tepat dan berkesan.
  • 17. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 17 ( h ) Penglibat murid perlu menyeluruh dan maksimum iaitu sama ada secara kognitif, psikomotor atau secara lisan dengan memberikan pandangan atau cadangan penambahbaikan kepada rakan-rakan yang mengambil bahagian dalam aktiviti bercerita ini. ( iii ) Penutup Cerita ( a ) Cerita yang disampaikan perlu ada kesudahannya. Dalam bahagian ini, semua masalah dan kerumitan watak dapat diselesai. ( b ) Perkara yang paling penting ialah kesudahan cerita itu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai guru. f. Elemen Didik Hibur dalam Aktiviti Bercerita ( i ) Santai – Murid dapat mendengar pelbagai siri cerita yang mereka digemari. ( ii ) Kelakar dan lucu – Apabila murid dibenar untuk menggunakan gaya sendiri yang kreatif semasa menyampaikan cerita supaya berkesan maka adegan lucu terjadi. ( iii ) Seronok dan gembira – Penggunaan mimik muka, suara dan gerak badan. ( iv ) Semangat mencuba – Usaha murid untuk memgambil bahagian di hadapan rakan-rakan sebagai pencerita menerusi tajuk cerita yang digemari. ( v ) Tidak takutkan guru – Guru turut bercerita bersama-sama murid dengan mempelbagaikan suara, mimik muka dan gerak badan supaya penyampaian cerita lebih berkesan. ( vi ) Kurang stres – Murid rasa sumbangan dan peranan mereka sebagai pencerita atau pendengar cerita dihargai.
  • 18. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 18 g. Cadangan Aktiviti Bercerita ( i ) Aktiviti Menyanyikan Cerita – Isi dan fakta yang kan diajar digubah seperti rangkap nada sesuatu nyanyian yang popular. Kemudian, fakta tersebut seperti menyanyikan lagu yang dipilih itu. Teknik ini akan jadi lebih menarik jika diiringi muzik ‘minus one’ lagu berkenaan. ( ii ) Aktiviti Lakonan Cerita – Murid yang dipilih diminta melakonkan semula watak berdasarkan jalan cerita menggunakan perkataan sendiri mengikut pemahaman dan penghayatan mereka sendiri. Guru membimbing murid supaya membaca dialog lakonan dengan gaya, nada dan intonasi yang betul. ( iii ) Aktiviti Cerpendra – Aktiviti ini bermaksud mengubah suai petikan cerita kepada bentuk drama. Aktiviti ini akan memaksa murid-murid mendalami dan menghalusi isi cerita dan seterusnya mengubahnya kepada skrip drama. Dalam aktiviti ini, murid-murid terpaksa mengkaji dengan teliti aspek perwatakan, latar tempat dan masa, persoalan dan tema yang terdapat dalam cerita tersebut. ( iv ) Aktiviti Kerusi Panas – Dalam aktiviti ini, seorang murid akan diminta menghayati dan mendalamkan watak dalam sesebuah cerita, kemudian murid ini akan ditempatkan di kerusi di hadapan rakan-rakan. Seterusnya murid-murid bertanyakan soalan-soalan yang ada kaitan dengan watak yang dipegang oleh murid yang sedang duduk di kerusi panas berkenaan. Jawapan murid perlu menjurus kepada cerita atau peristiwa dalam cerita berkenaan. ( v ) Aktiviti Improvisasi – merupakan lakonan spontan yang terdiri daripada kumpulan kecil, yang skripnya diolah daripada isi atau peristiwa yang terdapat dalam cerita berkenaan. Tujuannya menceritakan peristiwa yang berlaku dalam permulaan cerpen, konflik, dan peleraian dalam cerita berkenaan. ( vi ) Aktiviti Pemaduan Seni – bermaksud aktiviti yang menggunakan beberapa unsur seni untuk menghidupkan cerita yang disampaikan. Untuk tujuan ini, beberapa unsur seni dipilih dan digunakan secara serentak pada masa yang sama. Sebagai contohnya, pengajaran watak dalam cerita boleh dibuat dengan melakonkan aksi watak tersebut dan dalam masa yang sama murid lain akan
  • 19. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 19 melukis gambaran watak dan dalam masa yang sama sekumpulan murid lain akan menyanyikan fakta mengenai watak berkenaan. 1.4 Lakonan dalam Didik Hibur Di sekolah, berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid kerana dijalankan dalam bentuk bermain dan bersantai. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan, beraksi sesama sendiri, berhibur dengan gelagat rakan sebaya, melaksanakan aktiviti bersama dan sebagainya. Walaupun aktiviti berlakon ini berjalan secara tidak formal tetapi ianya pasti akan membantu meningkatkan kemahiran murid-murid untuk berbahasa dengan baik. 1.4.1 Aktiviti Lakonan a. Definisi Lakonan Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia. Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya. b. Kebaikan Aktiviti Lakonan ( i ) Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi, nada dan sebutan yang betul. ( ii ) Untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam situasi dan konteks tertentu dengan cara yang betul.
  • 20. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 20 ( iii ) Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang kemas dan teratur. ( iv ) Membolehkan mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka. ( v ) Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami apa yang didengarinya itu secara tepat. ( vi ) Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh bekerjasama dalam satu kumpulan. ( vii ) Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif dalam kalangan murid. ( viii ) Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negetif lain. ( ix ) Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan apabila mereka menghadapi keadaan sebenar. c. Prinsip-prinsip Berlakon Untuk memastikan aktiviti ini berjalan lancar dan berkesan serta memenuhi tujuan pengajaran dan pembelajaran, guru haruslah mempunyai prinsip-prinsip tertentu ketika mengendalikan aktiviti berlakon. Antaranya adalah seperti berikut: ( i ) Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid. ( ii ) Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman dan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar. ( iii ) Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai, iaitu bahasa yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid.
  • 21. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 21 ( iv ) Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan. ( v ) Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas. Guru hanya boleh membetulkan kesalahan murid selepas persembahan lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan lakonan tersebut atau membunuh minat dan semangat berlakon dalam kalangan murid. ( vi ) Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang. d. Standard Kandungan ( i ) Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. 1.1 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur. 1.2 Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur. e. Jenis Lakonan Aktiviti lakonan dapat melatih murid-murid untuk bertutur dengan baik. Ada beberapa jenis lakonan yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam bilik darjah, iaitu: ( i ) Lakonan Berdasarkan Permainan Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan terlebih dahulu. Murid- murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah mereka mainkan sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang, guli, badminton dan sebagainya. Murid yang dipilih secara rawak itu diminta keluar ke hadapan bilik darjah dan guru meminta mereka untuk melakonkan permainan tersebut.
  • 22. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 22 Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan. Contoh lain ialah permainan ‘pukul berapa datuk harimau’, ‘ayam dan musang’, dan sebagainya. ( ii ) Lakonan Spontan Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan tanpa skrip. Murid- murid diberi peluang berlakon menggunakan ayat sendiri secara semerta iaitu lahir daripada fikiran mereka sendiri. Biasanya melibatkan dua orang pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan masing-masing diperjelaskan dan guru perlu memberikan gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu sebelum murid-murid melakonkannya secara bebas. Contohnya adegan berjumpa doktor di klinik, melaporkan kehilangan barang di balai polis, hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan sebagainya. ( iii ) Lakonan Bisu Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog. Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan terlebih dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah, permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka diminta menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan perkataan dan ayat sendiri. Contohnya membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi, berlain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dan sebagainya. ( iv ) Lakonan Berkait Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah. Guru menyebut beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa yang sama guru akan melakonkan perkataan tersebut. Misalnya apabila guru menyebut perkataan duduk, dia akan duduk di atas kerusi. Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan seperti menyebut perkataan ‘saya tidur’, ‘saya bersikat’, ‘saya berjalan’ dan sebagainya. Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan, dan pelakonnya
  • 23. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 23 adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah. Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara percakapan dengan lakonan yang dijalankan. ( v ) Lakonan Bersenikata Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan lakonan bersengaja. Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal, dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian. Tidak memerlukan persediaan yang lama dan guru berperanan memberikan nasihat dan cadangan sahaja manakala murid-murid bebas berlakon menggunakan perkataan sendiri. Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti di mana murid-murid diberi senikata berdasarkan cerita-cerita yang dipilih oleh guru. Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini. ( a ) Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan peristiwa yang hendak dilakonkan atau memberikan senikata untuk diteliti murid. ( b ) Seterusnya, proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru. Semasa pemilihan dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid pandai dan cergas sahaja. ( c ) Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid-murid yang terpilih bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki oleh jalan cerita berkenaan. ( d ) Guru boleh memberikan ulasan dan komen selepas selesai aktiviti lakonan supaya sesi lakonan murid tidak terjejas. Sama ada untuk memberi peluang lakonan sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain. ( e ) Sebaik-baiknya guru berikan motivasi dan rangsangan, iaitu elakkan mengkritik atau menyalahkan murid-murid sehingga membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon.
  • 24. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 24 ( f ) Guru boleh menyediakan beberapa peralatan sokongan seperti topeng dan pakaian yang sesuai supaya lakonan murid lebih menjadi lebih realistik dan berkesan. ( vi ) Lakonan Boneka Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya. Pelbagai bentuk dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid-murid yang pemalu. Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar dengan teliti dan mengenalpasti beberapa bentuk kesalahan bahasa. Bagi murid- murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan. ( vii ) Lakonan Nyanyian Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan dan sesuai dilaksanakan di semua peringkat sama ada rendah atau menengah. Sebelum aktiviti jenis ini dijalankan, guru terlebih dahulu menjelaskan apakah peranan dan suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon hanya perlu menggunakan pergerakan anggota badan dan mimik muka tanpa berkata-kata kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu yang diperdengarkan kepada mereka. Contohnya lagu ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian Sudirman Arshad, ‘Bukan Kerana Nama’ nyanyian Ramli Sarip, ‘Jangan Tinggal Daku’ nyanyian P. Ramlee dan sebagainya. ( viii ) Lakonan Puisi Lakonan puisi dijalankan oleh guru berdasarkan pembacaan puisi. Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai dengan tahap murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk murid-murid sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah. Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi ‘Sajak Ke Makam Bonda’, ‘Syair Burung Pungguk’, ‘Seloka Pak Kaduk’ dan ‘Gurindam Dua Belas’. Berdasarkan senikata puisi tersebut, murid-muird dikehendaki
  • 25. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 25 melakonkan satu pergerakan mengikut baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa puisi berkenaan sedang diperdengarkan. ( ix ) Lakonan Cerita Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat, kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan rakan- rakan. Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid dengan menggunakan buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya. ( x ) Lakonan Kaku Lakonan jenis ini menyerupai ‘pantomime’ iaitu melibatkan seorang pembaca skrip dan pelakon. Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang telah dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat statik atau setempat. f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Lakonan ( i ) Sesi Pernyataan (Permulaan) Pada peringkat ini, guru akan memberi penerangan tentang prosedur lakonan yang akan dilaksanakan. Guru boleh membincangkan secara ringkas isi dan jalan cerita, peranan watak dan cara melakonkannya. Selepas itu, guru akan memilih murid-murid untuk diberikan peranan tertentu. Mereka kemudiannya diminta melakonkannya di hadapan bilik darjah. ( ii ) Sesi Berlakon Pada peringkat ini murid-murid telah mengetahui tugas dan peranan masing- masing. Biarkan mereka melakonkan cerita berkenaan menggunakan bahasa sendiri dan guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan
  • 26. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 26 kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat. ( iii ) Sesi Perbincangan Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai berlakon. Salam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan. g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai tema cerita yang digemari seperti ‘Seniman Bujang Lapok’ karya Tan Sri P. Ramlee. b. Kelakar – Murid berlakon menggunakan dialog sendiri. c. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti lakonan dan gerak badan. d. Semangat mencuba – Murid berpeluang memegang watak yang digemari. e. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut berlakon bersama-sama murid. h. Cadangan Aktiviti Lakonan ( i ) Murid membuat lakonan ringkas iaitu meniru gaya pelakon terkenal. ( ii ) Contohnya murid melakonkan semula bab dalam filem lakonan Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee. ( iii ) Sebelum sesi lakonan ini dijalankan, guru terlebih dahulu menayangkan sedutan cerita ‘Seniman Bujang Lapok’ menerusi komputer dan LCD. ( iii ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog yang digunakan. ( iv ) Sebelum mereka melakonkan bab yang dipilih, murid-murid dikehendaki menghasilkan terlebih dahulu skrip mudah menggunakan perkataan sendiri.
  • 27. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 27 Guru memilih beberapa hasil skrip yang terbaik dan memilih beberapa orang pelakon untuk melakonkannya di hadapan bilik darjah. ( v ) Murid-murid lain diminta dengar dengan teliti dialog yang digunakan dan dalam masa yang sama kenalpasti kesalahan bahasa yang ada. ( vi ) Boleh diadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap lakonan yang telah dijalankan. 1.5 Pantun dalam Didik Hibur Pantun merupakan suatu bentuk tradisi lisan yang masih hidup sehingga sekarang. Fungsinya yang terdapat dalam hampir kesemua aspek kehidupan seperti kegiatan berunsur ucapan, kegiatan seni, dan kegiatan berunsur pendidikan menyebabkan pantun terus digemari. Pantun-pantun yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu tradisional ini memperlihatkan pemikiran masyarakat yang menghasilkannya. Pantun juga merupakan hasil pengalaman hidup yang sederhana, yang dijalin dengan daya keintelektualan, dan seni masyarakat Melayu tradisional. Maka pastinya pantun ialah pemerian latar hidup, dan penghayatan seni masyarakat Melayu. Aktiviti Pantun a. Definisi Pantun Menurut Kamus Dewan, (2000) pantun merupakan sejenis puisi lama yang terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap yang mempunyai pembayang dan maksud. Manakala Hashim Awang (1984) pula mentakrifkan pantun sebagai sejenis puisi lama yang mengandungi empat baris ayat atau kalimat pada tiap-tiap rangkap. Tiap-tiap baris kalimat itu terdiri daripada lapan, sembilan, sepuluh atau sebelas sukukata. Pada hujung tiap-tiap baris mestilah ada persamaan bunyi atau rima. Bunyi akhir baris pertama mestilah sama dengan baris ketiga dan baris kedua bersamaan dengan baris keempat. Jadi rima pantun itu dikatakan berbentuk abab.
  • 28. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 28 b. Kebaikan Aktiviti Berpantun ( i ) Melatih murid supaya peka terhadap keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun dua kerat. Kesedaran murid-murid terhadap unsur ini membolehkan mereka menghargainya sebagai sebahagian karya seni yang bernilai dalam kehidupan. ( ii ) Untuk melatih mereka memahami dan menterjemah bahasa yang mengandungi pelbagai makna yang terdapat dalam pantun dua kerat. Cara ini boleh membantu murid-murid mempertingkatkan lagi perbendaharaan kata di samping membantu memperkukuh kemahiran berbahasa mereka. ( iii ) Membolehkan murid-murid mengesan maksud, menyusun dan menyenaraikan idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka. ( iv ) Memberi peluang murid-murid untuk menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Kegiatan ini boleh mendorong murid-murid memupuk daya kreativiti untuk menghasilkan karya seni mereka. ( v ) Melatih murid-murid untuk menghasilkan pantun dua kerat ciptaan sendiri yang semakin dilupakan masyarakat. ( vi ) Mendedahkan murid-murid dengan pengalaman baru iaitu kemanusiaan. ( vii ) Membolehkan murid-murid belajar bahasa lisan dalam suasana yang menyeronokan kerana terdapatnya unsur berhibur. ( viii ) Menyuburkan minat serta menghidupkan lagi imaginasi murid-murid.
  • 29. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 29 c. Prinsip-prinsip Berpantun Untuk melaksanakan aktiviti ini secara lebih berkesan, guru haruslah berpegang kepada beberapa prinsip tertentu. Antaranya adalah seperti berikut: ( i ) Aktiviti berpantun ini hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid. ( ii ) Bahan-bahan yang hendak digunakan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai dari segi kebolehan berbahasa murid-murid, perkembangan emosi, intelektual dan minat mereka. ( iii ) Pantun yang dipilih perlu sesuai dengan peringkat dan mengikut kebolehan, mental, bakat dan minat murid-murid. ( iv ) Pilihlah pantun yang mudah dan senang difahami sahaja. Puisi yang terlalu panjang dan kabur perlu dielakkan. ( v ) Pantun yang dipilih mestilah terdiri daripada pantun yang bermakna kepada murid-murid. Ia bermanafaat dan dapat menyumbang kepada proses pembentukan peribadi mulia dalam kalangan murid-murid. Pantun yang mempunyai struktur dan persoalan yang menarik haruslah digalakkan penggunaanya dalam kalangan murid-murid. ( vi ) Pantun dua kerat yang baik adalah pantun yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi sebagai pembayangnya. ( vii ) Pantun tersebut perlu mengandungi olahan bahasa yang baik supaya menolong mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid-murid. Penggunaan pantun dua kerat yang tidak beretika perlu dihindarkan. ( viii ) Pantun yang dipilih harus mudah dibayangkan oleh murid-murid dan jika boleh dapatkan pantun-pantun yang ada dipersekitaran mereka terlebih dahulu.
  • 30. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 30 d. Standard Kandungan ( 1 ) Melafaz dan memahami puisi dengan intonasi yang betul menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. 1.1 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul secara didik hibur. 1.2 Melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul serta memahami maksud pantun yang dilafaz menggunakan bahasa yang indah secara didik hibur. e. Jenis Pantun Dua Kerat ( i ) Pantun Kasih Sayang Lain dulang lain kakinya, Lain orang lain hatinya. Lain hulu lain parang, Lain dulu lain sekarang. Dahulu parang sekarang besi, Dahulu sayang sekarang benci. Daripada cempedak biarlah nangka, Daripada tiada baiklah ada. Tak tumbuh tak melata, Tak sungguh orang tak kata. Buah beluluk buah kepayang, Dimakan mabuk dibuang sayang. Anak dara pergi ke kedai Rindu di hati rasa nak longlai ( iii ) Pantun Kiasan Banyak udang banyak garam, Banyak orang banyak ragam.
  • 31. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 31 Sebab pulut santan binasa, Sebab mulut badan binasa. Sudah garahu cendana pula, Sudah tahu bertanya pula. Pinggan tak retak nasi tak dingin, Orang tak hendak kami tak ingin. Paku dulang paku serpih, Mengata orang dia yang lebih. Secupak nasi setahil berangan, Tersepak kaki terkehel tangan. Umbut mayang letak di batu, Rambut mengerbang banyak kutu. Cekur dang gamit, Mintak cekur beri kunyit. Ikan tokak makan meranggung, Sedap tekak badan menanggung, Murai gila jadi tekukur, Ajaib hairan hati tafakur. Ratib-ratib buluh nipah, Sudah ratip hendak upah. Kalau tak cengal giam, Kalau tak kenal diam. Duduk inding enggang tap, Senduk di dinding, panggang di atap. Taptibau puyuh padang, Hilang pisau berganti parang. ( iv ) Pantun Nasihat Pagi petang siang malam, Hati terang senang faham. Satu dua tiga empat, Siapa cepat dia dapat.
  • 32. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 32 Lima,enam,tujuh dan lapan, Kuat bersenam sihatkan badan. Tinggi rendah panjang lebar, Pergi sekolah mesti belajar. ( v ) Pantun Jenaka Kapal belayar dalam semak, Perut lapar semua enak. Gendang gendut tali kecapi, Kenyang perut suka hati. Siakap senohong gelama ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri. Kayu lurus tengah ladang, Kerbau kurus banyak tulang. Sici,loro,telu,papat, Melayu lari Jawa dapat. Pokok tinggi buruk akar, Matahari tinggi perut pun lapar. Guni kapur kirim pak mertua, Nyanyi di dapur kahwin orang tua. Pat-pat nya, Siapa cepat dia punya. Kura-kura dalam perahu, Pura-pura tidak tahu. Tuku takal pengancing pintu, Budak nakal memang begitu. Ayam bulat makan padi beras, Bangun lambat dapat laki malas. Tua-tua keladi, Makin tua makin menjadi.
  • 33. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 33 Hujung bendul dalam semak, Kerbau mandul banyak lemak. ( vi ) Pantun Budi Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Kalau padi taruh sama beras, Kalau tak mati boleh balas. Ada beras taruh dalam peti, Ada hajat taruh dalam hati. Ada ubi ada batas, Ada budi boleh dibalas. Terima kasih daun keladi, Kalau boleh mahu lagi. ( vii ) Pantuan Kepahlawanan Kembang jarak kembang jagung, Berani bawak berani tanggung. ( viii ) Pantun Alam Kayu bongkok di balik tiang, Ayam berkokok alamat nak siang. Keli masuk ruan keluar, Matahari masuk bulan keluar. ( ix ) Pantuan Perniagaan Berniaga buluh kasap, Untung habis modal lesap. f. Prosedur Menjalankan Aktiviti Pantun Dua Kerat ( i ) Sesi Pernyataan (Permulaan) Pada peringkat ini, guru menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan pantun dua kerat beserta contoh secara ringkas. Guru boleh membincangkan secara
  • 34. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 34 ringkas tujuan dan firasat disebalik penggunaan secara meluas pantuan jenis ini dalam masyarakat. Selepas itu, guru membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan tertentu. Mereka kemudiannya diminta mencari seberapa banyak pantun dua kerat dalam buku rujukan atau menerusi internet. ( ii ) Sesi Berlakon Pada peringkat ini murid-murid diajar cara melafazkan pantun dua kerat dengan intonasi yang betul dengan bimbingan guru dan pita rakaman. Biarkan mereka mencuba melafazkan pantun berkenaan mengikut gaya dan bahasa badan ciptaan sendiri dan pada masa yang sama mencari maksud pantun menggunakan perkataan sendiri. Guru hanya memerhati serta mengenalpasti sebarang kesalahan dan kelebihan yang berlaku. Komen secara membina boleh dibuat selepas sesi lakonan berkenaan tamat. ( iii ) Sesi Perbincangan Sesi ini diadakan selepas murid-murid selesai menjalankan aktiviti melafazkan pantun. Dalam sesi ini guru akan menyatakan beberapa kesalahan yang telah dilakukan. Perbincangan boleh dijalankan antara guru dengan murid atau murid dengan murid. Perbincangan tidak hanya berfokus kepada kelemahan sahaja tetapi juga kekuatan persembahan berkenaan. g. Elemen Didik Hibur Dalam Lakonan a. Santai – Murid berpeluang mendengar pelbagai jenis pantun dua kerat. f. Kelakar – Murid membuat aktiviti menggunakan dialog dan kreativiti sendiri. g. Seronok dan gembira – Banyak aktiviti seni dan gerak badan. h. Semangat mencuba – Murid berpeluang mengambil bahagian mengikut jenis aktiviti yang digemari. i. Tidak takut dan kurang stres – Guru turut mengambil bahagian bersama- sama murid.
  • 35. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 35 h. Cadangan Aktiviti ( i ) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan tertentu. Guru perlu pastikan kumpulan tersebut tidak hanya dianggotai oleh murid-murid yang pandai sahaja. Sebaik-baiknya mempunyai pelbagai kecerdasan dan latar belakang. ( ii ) Ketua kumpulan datang ke hadapan dan mencabut lima sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat yang disediakan oleh guru. ( iii ) Terlebih dahulu, guru telah memilih lima orang murid dalam setiap kumpulan dan menerangkan tugas dan peranan masing-masing dan murid berkenaan menerima satu sampul surat yang mengandungi pantun dua kerat tadi. ( iv ) Murid-murid diminta membuat atau melakonkan aktiviti yang ditetapkan guru berdasarkan makna pantun dua kerat yang diterima, iaitu berlakon, menyanyi, bercerita, melukis dan bersajak. ( v ) Semua murid diminta mendengar dengan teliti dialog dan gerak badan yang digunakan oleh rakan-rakan tadi. (vi ) Boleh diadakan sesi perbincangan, membuat komen, ulasan atau sebagainya terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Penutup Didik hibur merupakan satu pendekatan yang cuba diperkenalkan kepada murid-murid sebagai kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia setelah kerajaan memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bermula 2012. Tujuan didik hibur supaya sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti murid-murid.
  • 36. MODUL KPKIBAHASA MALAYSIA [KURSUS DIDIK HIBUR DALAM P & P BAHASA MALAYSIA] 36 RUJUKAN Abdul Ghalib Yunus. (2001), Penggunaan drama dalam pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur. Dewan Bahasa September: 14-20. Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3. Kamaruddin Hj. Husin. (1999), Kemahiran Mendengar dan Bertutur. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSR, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003), Sukatan Pelajaran KBSM, Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kurik Kundi Merah Saga – Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Jonit Mohd Johari. (1993), Penggunaan puisi dalam pengajaran bahasa. Jurnal Dewan Bahasa 10: 914-920. Nadzeri Isa. (2009), Pengajaran Kesusasteraan Melayu dan Kemahiran Berbahasa. Kuala Lumpur : Open University Malaysia. PANEL PENULIS MODUL 1. Dr. Khairuddin b. Mohamad ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban) 2. Dr. Hjh. Maridah bt. Alias ( IPG Kampus Raja Melewar, Seremban) 3. Hjh. Rafiah bt. Daud (IPG Kampus Raja Melewar, Seremban) 4. En. Thahir b. Nuruddin (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur) 5. Pn. Juhana bt. Baba (IPG Kampus Bahasa Antarabangsa, K. Lumpur)