SlideShare a Scribd company logo
1 of 13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA




                         MEI 2012




                        HBEF1503




        SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN




NO. MATRIKULASI            :   830510015345001
NO. KAD PENGNEALAN         :   830510-01-5345
NO. TELEFON                :   019-5202676
E-MEL                      :   rajamuda83@yahoo.com
NAMA TUTOR                 :   EN. MOHD. RAZALI BIN JAAFAR
PUSAT PEMBELAJARAN         :   IPOH
1.0    PENGENALAN
       Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya di kalangan
Melayu, Cina, India dan Bumiputera. Kebudayaan di malaysia seperti etnik, suku kaum, amalan
tradisi serta pantang larang masih diamalkan sehingga masa kini.
       Pengekalan budaya ini menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan serta menarik
perhatian dunia dalam mana-mana bidang, malahan apa yang berlaku ialah negara Malaysia
menjadi semakin kukuh kerana adanya identiti yang sangat kuat sebagai negara yang mempunyai
penduduk berbilang bangsa dan kaum.
       Di tambah lagi budaya sememangnya berperanan penting untuk mengekalkan identiri
sesebuah masyarakat dan kerajaan terutama peranan bahasa sebagai alat komunikasi yang
digunakan oleh setiap lapisan masyarakat.
       Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan
secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama
secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh
masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan
Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar
Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan
perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan
1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi
perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu.
       Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia,
khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad
pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat
menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar-
benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat
Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap
sebagai cabaran.
       Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada
Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang
bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.
Jika kita imbas balik sistem pendidikan Negara, ia dimulai dengan Penyata Razak yang
dikeluarkan pada tahun 1956. Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi
perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan:
       “Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan
       budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu
       peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa
       Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada
       dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
       beransur-ansur.”
                                 (Penyata Razak, perenggan 12, 1956)
.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat
melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai
alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji
sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak
1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk
menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai
matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal
di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan
kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan
mereka.
       Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan
Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji
semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan
Rahman Talib.
       Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan
maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian
dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan
suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.
Pengenalan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik pada thun 2003
oleh Y.A.B Datuk Seri Mahathir Mohamad telah menggantikan bahasa ibunda/ kebangsaan
kepada Bahasa Inggeris.Mengikut Kementerian Pelajaran, dasar ini dimulakan secara
berperingkat mulai Tahun Satu pada tahun 2003 dan berakhir pada kohort Tahun 6 2008. Bagi
sekolah menengah pula, ia dumlai dengan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat
Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah
Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Pelaksanaan dasar ini
merangkumi pemberian komputer riba dan LCD percuma ke semua sekolah, buku teks dalam
bahasa Inggeris, My CD untuk murid, serta kursus khas untuk PPSMI dijalankan pada akhir
tahun 2002.
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan
idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan
pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran
murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa
perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di
peringkat sekolah rendah.
Akhirnya pada tahun 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan dasar PPSMI
diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.Walaupun begitu, para
pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh
meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya
PPSMI ke tahun 2014.
Kini, PPSMI telah diganti dengan dasar baharu iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan
Memperukuh Bahasa Inggeris (MBMBI).Menurut Kementerian Pelajarn, memartabatkan Bahasa
Melayu bermaksud meletakkan BM ke tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa pengantar di Negara ini.Memperkukuh bahasa Inggeris bermaksud memantapkan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari , bahasa komunikasi dan ilmu
di peringkat nasional dan antarabangsa.
Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ke semua kaum dan
bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang mesti dikuasai oleh semua orang. Walau
bagaimanapun, perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi muda kita akan
terus menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Oleh itu, dasar
tersebut akan memastikan aspek budaya pada ekologi linguistik negara yang ikut diwarnai
bahasa Inggeris, khususnya yang berkenaan dengan jati diri budaya negara Malaysia, akan terus
dilindungi dalam era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran banyak bahasa, lebih-
lebih lagi yang kecil dan tidak terkecuali juga beberapa bahasa besar, oleh bahasa antarabangsa
itu.
       Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun
2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris
dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri
dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan
sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum
tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan
guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di
sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016.
Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata
pelajaran ini adalah pada tahun 2021.
       Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang
lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara
inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum
bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan
guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris,
penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital
bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah.
2.0 ISI KANDUNGAN
       Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan
British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan oleh
penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum. Sistem ini
mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai bandar dan India
akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk
mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah memperkenalkan
pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam masyarakat pribumi.


       Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang
menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang   berilmu   pengetahuan,   berketrampilan,   berakhlak   mulia,   bertanggungjawab   dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana
kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk
dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa
hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi
yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan
percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen
tersebut penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat
direalisasikan ke arah mencapai wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun
2020. Jelaslah menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah
pendidikan negara sebelum dan selepas merdeka.
Berikut ialah ringkasan sistem pendidikan sebelum merdeka.

Tahun Laporan/ Penyata                             Ringkasan
 1951 Laporan Barnes    Cadangan menghapuskan sekolah-sekolah vernakular dan
                        menggantikan dengan sekolah dwibahasa.
 1952 Laporan Fenn-Wu   Cadangan supaya bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan
                        Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah
                        vernakular.
 1952 Ordinan Pelajaran Mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dan
                        mencari satu kompromi yang baik.
 1956 Penyata Razak     Matlamat: membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang
                        mempunyai beberapa ciri tertentu.

Sistem pendidikan Negara sebelum merdeka, pendidikan wujud dalam bentuk terasing, selari
dengan dasar penjajah ialtu pecah-perintah.Setiap kaum menubuhkan sekolah yang tersendiri
iaitu sekolah Melayu, Inggeris , Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar,
kurikulum,buku dan guru masing-masing.Hanya sekolah Inggeris sahaja yang boleh
menempatkan pelbagai kaum tetapi sukatan pelajarannya berteraskan keinggerisan sahaja.
       Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 1920-an hingga 1940-an. Contohnya, di
Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah
Al-Masyhur di Pulau Pinang. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah
pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).
Ia ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.Walau bagaimanapun,
terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat
melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan
Bahasa Inggeris.
       Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam
pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah
vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali
ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
.
Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru
pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun
1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab
Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka
ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu
Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
        Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan.
Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses
membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun
1946.
        Terdapat 3 laporan penyata pendidikan yang penting yang menjadi batu asas kepada
kemerdekaan Negara.Ia adalah Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu dan Laporan Razak.
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara
kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga
berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada
ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa
itu.
        Penyata Razak bertujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan,
bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah , mengeratkan perpaduan antara kaum
Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu , mengembangkan sistem
pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan dan Mewujudkan sistem
pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.

      Berikut adalah sistem pendidikan selepas kemerdekaan.
Tahun      Laporan/Akta/                                  Ringkasan
         Dasar Pendidikan
1960   Laporan Rahman Talib · Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.
                              · Sekolah menengah percuma.
                              · Peningkatan ke ting. 3 secara automatik.
                              · Penubuhan sekolah teknik dan vokasional.
                              · Penekanan kepada pendidikan agama dan moral.
1961   Akta Pelajaran         Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961.
1963   Akta Bahasa            Pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa
       Kebangsaan             pengantar di semua peringkat persekolahan.
1963- Rukunegara dan DEB Agihan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi Bandar dan
1974                          luar bandar.
1976   Akta Pelajaran 1961 Berkuatkuasa bagi negeri Sabah dan Sarawak.
1979    Laporan Jawatankuasa· Penekanan kepada perpaduan Negara.
        Kabinet Mengkaji    · Tumpuan kepada sumber manusia yang berkemahiran demi
        Pelaksanaan Dasar   kemajuan dan pembangunan negara.
        Pelajaran           · Pendemokrasian pendidikan.
                            · Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan
                            berdisiplin.
       Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem
pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’. Apabila Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk
menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah
negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun
1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai
Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul
Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk mengkaji semula polisi pendidikan
kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun
1956. Antara cadangan – cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah yang
pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.


              Antara tindakan – tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus
dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam , kertas peperiksaan ditulis
menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Ini           bertujuan untuk memupuk semangat
perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Yang kedua, jawatankuasa ini
mencadangkan agar umur persekolahan murid – murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun.
Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial
sekiranya murid –murid ini berhenti sekolah terlalu awal.Yang ketiga pula, memberi bantuan
kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). Mana – mana sekolah yang ingkar
terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan
ditarik balik. Di samping itu, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi
melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan
Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana
kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961.
       Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian
Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk
memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah:
       i. Akta Pelajaran 1995
       ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995
       iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996
       iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996)
       v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
       vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996
       Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya
termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa
Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006.Ini diakhiri dengan pelaksanaan dasar MBMBI iaitu Memperkasakan Bahasa Melayu
Memperkukuh Bahasa Inggeris mulai tahun 2011.
3.0 KESIMPULAN
                 Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung
interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan
identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek
utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang
demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi
nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan, nilai
dan kefahaman yang saksama dan adil.
       Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk pembangunan negara
di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan
negara, memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara, serta menyedari akan kepentingan
bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat
menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang
kaum di negara ini.
               Ini kerana sebagai sebuah negara yang bebas , merdeka dan berdaulat, unsur
perpaduan dikalangan rakyatnya adalah amat penting sekali kerana tanpa perpaduan,sesebuah
negara itu akan mudah terdedah kepada pelbagai kelemahan dan juga ancaman anasir – anasir
luar yang cuba mengambil kesempatan atau berniat jahat terhadap kedaulatan negara ini.
       Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM, ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan,
permainan serta unit beruniform. Melalui aktiviti – aktiviti yang dijalankan ini, pelajar mendapat
peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri,
serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan – rakan yang lain.
Penerapan nilai – nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai
integrasi nasional.
       Kesimpulannya, perpaduan antara etnik di Malaysia penting bagi menjamin kestabilan
dan keharmonian hidup. Namun sistem pendidikan di negara kita tidak cukup maju untuk
mencapai matlamatnya, tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dan dikembangkan dalam
sistem pendidikan negara. Oleh itu, kita sebagai guru, mempunyai tanggungjawab yang besar
untuk merealisasikan impian negara untuk melahirkan individu, keluarga, masyarakat dan negara
yang harmoni dalam semua aspek.
                                                         2855 patah perkataan.
BIBLIOGRAFI
  1. http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_02.htm

  2. http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=82

  3. http://gurusejarah.blogspot.com/

  4. http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/perkembangan-sistem-pendidikan-di.html

  5. www.moe,gov.my/pipp2006-2010

  6. http://www.collegetermpapers.com

  7. Scupin, R.(Ed).(2003).Race and ethnicity.New Jersey:Prentice Hall.

  8. Ting, C.P.(1997).Konsep asas sosiologi.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka.

More Related Content

What's hot

Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaMohd Syafiq A. Ghani
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Denne Freddy
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuSiew Hong Ting
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaKhairunmisa Jamil Khir
 
Ppowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarPpowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarAz Nieda
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysiafiro HAR
 
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURIDTAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURIDSyaza Mohd Sabri
 
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruKuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruIeza Yunos
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikanأمير الشفيق
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaMegala Silva Raju
 

What's hot (20)

Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysiaPerkembangan sistem pendidikan di malaysia
Perkembangan sistem pendidikan di malaysia
 
Unit 2
Unit 2Unit 2
Unit 2
 
3012
30123012
3012
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964Laporan Aminuddin Baki 1964
Laporan Aminuddin Baki 1964
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Sjh 3101
Sjh 3101Sjh 3101
Sjh 3101
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayuTugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
Tugasan krb 3033 pengantaran bahasa melayu
 
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdekaSistem pendidikan malaysia selepas merdeka
Sistem pendidikan malaysia selepas merdeka
 
Ppowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarPpowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantar
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia
 
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURIDTAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
TAHAP PENGGUNAAN TULISAN JAWI DALAM KALANGAN MURID
 
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guruKuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
Kuliah 2 -_evolusi_pendidikan_guru
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
Ctu dasar2
Ctu dasar2Ctu dasar2
Ctu dasar2
 
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBIPertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
Pertikaian antara PPSMI dan MBMMBI
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 

Similar to Pengenalan hbef1503

Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3firo HAR
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikHadif Syahmi
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikZarina Zam
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Ana Azuan
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Wawa Comel
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109pohtee
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996Tan C.EAN
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)SitiAishah219
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 

Similar to Pengenalan hbef1503 (20)

Tutorial 3.3
Tutorial 3.3Tutorial 3.3
Tutorial 3.3
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnikTragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
Tragedi 13 mei 1969 hubungan etnik
 
Kkp edu 3106
Kkp edu 3106Kkp edu 3106
Kkp edu 3106
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysiaDasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
Dasar dasar dan hala tuju pendidikan malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Modul edu3093
Modul edu3093Modul edu3093
Modul edu3093
 
Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109Modul pembelajaran ipg edu3109
Modul pembelajaran ipg edu3109
 
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996Persamaan Dan  Perbezaan  Akta  Pelajaran 1961  Dengan  Akta  Pendidikan 1996
Persamaan Dan Perbezaan Akta Pelajaran 1961 Dengan Akta Pendidikan 1996
 
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
Penghayatan etika dan peradaban (mpu21032)
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5EDU 3106 - KKP SEM 5
EDU 3106 - KKP SEM 5
 

Pengenalan hbef1503

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI 2012 HBEF1503 SOSIOLOGI MASYARAKAT DAN KETAMADUNAN NO. MATRIKULASI : 830510015345001 NO. KAD PENGNEALAN : 830510-01-5345 NO. TELEFON : 019-5202676 E-MEL : rajamuda83@yahoo.com NAMA TUTOR : EN. MOHD. RAZALI BIN JAAFAR PUSAT PEMBELAJARAN : IPOH
  • 2. 1.0 PENGENALAN Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya di kalangan Melayu, Cina, India dan Bumiputera. Kebudayaan di malaysia seperti etnik, suku kaum, amalan tradisi serta pantang larang masih diamalkan sehingga masa kini. Pengekalan budaya ini menjadikan Malaysia sebagai pusat pelancongan serta menarik perhatian dunia dalam mana-mana bidang, malahan apa yang berlaku ialah negara Malaysia menjadi semakin kukuh kerana adanya identiti yang sangat kuat sebagai negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum. Di tambah lagi budaya sememangnya berperanan penting untuk mengekalkan identiri sesebuah masyarakat dan kerajaan terutama peranan bahasa sebagai alat komunikasi yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan Negara. Di samping itu juga, definisi perpaduan menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd mentakrifkan sebagai penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan 1994, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar. Manakala maksud bagi perkataan memperkasakan adalah memantapkan atau mengukuhkan sesuatu. Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pelajar. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991 (Mok Soon Sang, m/s 105). Wawasan 2020 meletakkan matlamat menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka akan menjadi negara benar- benar maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama.
  • 3. Jika kita imbas balik sistem pendidikan Negara, ia dimulai dengan Penyata Razak yang dikeluarkan pada tahun 1956. Penyata Razak 1956 boleh dianggap sebagai batu asas bagi perkembangan sistem pendidikan kebangsaan menyatakan: “Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tiada dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” (Penyata Razak, perenggan 12, 1956) .Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Akta Pelajaran 1961 telah dirangka berasaskan Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 yang menekankan penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa perpaduan. Walaupun hasrat dan tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara praktikalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandangkan pola tempat tinggal yang berlainan. Misalnya orang Melayu tinggal di kampung-kampung dan pinggir pantai, kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan kaum India di kawasan ladang-ladang getah. Dengan ini tentulah amat sukar untuk menyatukan mereka. Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Kurikulum yang dibina bukan saja bertujuan untuk memberi ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan ia juga dapat membentuk sahsiah, keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Kurikulum ini berorientasikan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983.
  • 4. Pengenalan Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik pada thun 2003 oleh Y.A.B Datuk Seri Mahathir Mohamad telah menggantikan bahasa ibunda/ kebangsaan kepada Bahasa Inggeris.Mengikut Kementerian Pelajaran, dasar ini dimulakan secara berperingkat mulai Tahun Satu pada tahun 2003 dan berakhir pada kohort Tahun 6 2008. Bagi sekolah menengah pula, ia dumlai dengan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008. Pelaksanaan dasar ini merangkumi pemberian komputer riba dan LCD percuma ke semua sekolah, buku teks dalam bahasa Inggeris, My CD untuk murid, serta kursus khas untuk PPSMI dijalankan pada akhir tahun 2002. Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara, serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah rendah. Akhirnya pada tahun 2009, Timbalan Perdana Menteri Malaysia mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah melakukan kajian mendalam.Walaupun begitu, para pelajar yang memulakan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris boleh meneruskannya hingga tamat sekolah menengah sekaligus menundakan pemansuhan sepenuhnya PPSMI ke tahun 2014. Kini, PPSMI telah diganti dengan dasar baharu iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperukuh Bahasa Inggeris (MBMBI).Menurut Kementerian Pelajarn, memartabatkan Bahasa Melayu bermaksud meletakkan BM ke tempat yang sepatutnya, sesuai dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar di Negara ini.Memperkukuh bahasa Inggeris bermaksud memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa yang wajib dipelajari , bahasa komunikasi dan ilmu di peringkat nasional dan antarabangsa. Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk memartabatkan bahasa kebangsaan ke semua kaum dan bahasa Inggeris sebagai bahasa antarabangsa yang mesti dikuasai oleh semua orang. Walau bagaimanapun, perkara yang lebih penting tentang dasar tersebut ialah generasi muda kita akan terus menyokong dan menghayati peranan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Oleh itu, dasar
  • 5. tersebut akan memastikan aspek budaya pada ekologi linguistik negara yang ikut diwarnai bahasa Inggeris, khususnya yang berkenaan dengan jati diri budaya negara Malaysia, akan terus dilindungi dalam era globalisasi, yang sudah memperlihatkan peminggiran banyak bahasa, lebih- lebih lagi yang kecil dan tidak terkecuali juga beberapa bahasa besar, oleh bahasa antarabangsa itu. Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat (soft landing) mulai tahun 2010. Dalam proses peralihan ini, p&p sains dan matematik boleh menggunakan bahasa Inggeris dan/atau bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan cina, bahasa Inggeris dan/atau bahasa Tamil di sekolah jenis kebangsaan Tamil. Ini bertujuan membantu guru dan murid menyesuaikan diri dengan perubahan dasar berkenaan. Soft landing membolehkan murid sekolah rendah dan sekolah menengah yang telah mengikuti p&p sains dan matematik dalam BI pada atau sebelum tahun 2010 meneruskan penggunaan BI sehingga tamat Tingkatan Lima berdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah. Dengan pendekatan soft landing ini, p&p matematik dan sains di sekolah rendah akan dilaksanakan dalam bahasa Malaysia sepenuhnya pada tahun 2016. Manakala di sekolah menengah, penggunaan bahasa Malaysia sepenuhnya bagi kedua-dua mata pelajaran ini adalah pada tahun 2021. Di bawah Dasar MBMMBI, KPM sedang melaksanakan pelbagai inisiatif baru yang lebih efektif untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Antara inisiatif tersebut ialah penambahan masa p&p bahasa Inggeris, penambahbaikan kurikulum bahasa Inggeris di bawah pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), penyediaan guru, pengambilan penutur jati bagi meningkatkan kapasiti pensyarah dan guru Bahasa Inggeris, penyediaan bahan sokongan yang berkualiti seperti bahan bacaan tambahan dan bahan digital bagi menyokong pelaksanaan p&p di bilik darjah.
  • 6. 2.0 ISI KANDUNGAN Pada zaman penjajahan falsafah pendidikan lebih tertumpu kepada menjaga kepentingan British di Tanah Melayu. Era ini telah memaparkan pendidikan yang diperkenalkan oleh penjajah telah melebarkan jurang pendidikan, perpaduan dan integrasi antara kaum. Sistem ini mengakibatkan masyarakat Melayu terus berada di Kampung, Cina menguasai bandar dan India akan bermastautin di ladang-ladang. Pendidikan yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk mengelakkan peningkatan taraf hidup masyarakat pribumi. Pihak penjajah memperkenalkan pendidikan bebas untuk mengelakkan berlakunya penentangan dalam masyarakat pribumi. Pada era selepas kemerdekaan, Falsafah Pendidikan Negara (FPN) diperkenalkan yang menekankan bahawa pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Di samping itu, FPN merupakan roh, nadi dan penjana kepada keutuhan sistem dan dasar pendidikan negara. FPN merupakan perkara penting untuk dijana demi memastikan generasi pelapis yang merupakan aset terpenting negara di masa hadapan mampu untuk berperanan di tengah-tengah gelombang kemodenan dan arus globalisasi yang kian mencabar. Pembentukan masyarakat madani yang diimpikan memerlukan percambahan dan pemupukan nilai-nilai agama, moral dan etika. Kesemua elemen-elemen tersebut penting agar segala cita-cita murni yang sering dicanangkan benar-benar dapat direalisasikan ke arah mencapai wawasan negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Jelaslah menunjukkan bahawa terdapat perbandingan yang nyata antara falsafah pendidikan negara sebelum dan selepas merdeka.
  • 7. Berikut ialah ringkasan sistem pendidikan sebelum merdeka. Tahun Laporan/ Penyata Ringkasan 1951 Laporan Barnes Cadangan menghapuskan sekolah-sekolah vernakular dan menggantikan dengan sekolah dwibahasa. 1952 Laporan Fenn-Wu Cadangan supaya bahasa Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular. 1952 Ordinan Pelajaran Mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu dan mencari satu kompromi yang baik. 1956 Penyata Razak Matlamat: membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai beberapa ciri tertentu. Sistem pendidikan Negara sebelum merdeka, pendidikan wujud dalam bentuk terasing, selari dengan dasar penjajah ialtu pecah-perintah.Setiap kaum menubuhkan sekolah yang tersendiri iaitu sekolah Melayu, Inggeris , Cina dan Tamil yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum,buku dan guru masing-masing.Hanya sekolah Inggeris sahaja yang boleh menempatkan pelbagai kaum tetapi sukatan pelajarannya berteraskan keinggerisan sahaja. Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 1920-an hingga 1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang. Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja). Ia ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil. Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang. . Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan. Maktab
  • 8. Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu, sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas tahun 1946. Terdapat 3 laporan penyata pendidikan yang penting yang menjadi batu asas kepada kemerdekaan Negara.Ia adalah Laporan Barnes, Laporan Fenn-Wu dan Laporan Razak. Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran dan aspirasi yang berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu. Penyata Razak bertujuan menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah , mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu , mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan dan Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan. Berikut adalah sistem pendidikan selepas kemerdekaan. Tahun Laporan/Akta/ Ringkasan Dasar Pendidikan 1960 Laporan Rahman Talib · Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama. · Sekolah menengah percuma. · Peningkatan ke ting. 3 secara automatik. · Penubuhan sekolah teknik dan vokasional. · Penekanan kepada pendidikan agama dan moral. 1961 Akta Pelajaran Laporan Rahman Talib diwartakan sebagai Akta Pelajaran 1961. 1963 Akta Bahasa Pengisytiharan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa Kebangsaan pengantar di semua peringkat persekolahan. 1963- Rukunegara dan DEB Agihan peluang-peluang pendidikan yang sama bagi Bandar dan 1974 luar bandar. 1976 Akta Pelajaran 1961 Berkuatkuasa bagi negeri Sabah dan Sarawak.
  • 9. 1979 Laporan Jawatankuasa· Penekanan kepada perpaduan Negara. Kabinet Mengkaji · Tumpuan kepada sumber manusia yang berkemahiran demi Pelaksanaan Dasar kemajuan dan pembangunan negara. Pelajaran · Pendemokrasian pendidikan. · Pembentukan masyarakat Malaysia yang bermoral dan berdisiplin. Walaubagaimanapun, faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaan ialah ‘Perpaduan’. Apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan daripada penjajah British pada tahun 1957, tugas utamanya ialah untuk menyatukan kembali rakyatnya yang berbilang kaum supaya dapat membina kembali sebuah negara yang aman dan maju serta bebas daripada ancaman konflik antara kaum. Pada tahun 1959, sebuah Jawatankuasa Penyemak Matapelajaran telah dibentuk yang dikenali sebagai Laporan Rahman Talib. Jawatankuasa ini diketuai oleh Menteri Pelajaran ketika itu, iaitu Abdul Rahman Talib.Tujuan perlantikan jawatankuasa ini untuk mengkaji semula polisi pendidikan kebangsaan sebagaimana yang telah dicadangkan dalam Laporan Razak yang dibuat pada tahun 1956. Antara cadangan – cadangan yang dikemukakan dalam Laporan Rahman Talib ialah yang pertama, menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di setiap sekolah termasuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil. Antara tindakan – tindakan yang diambil ialah mewajibkan semua murid lulus dalam matapelajaran Bahasa Melayu dalam peperiksaan awam , kertas peperiksaan ditulis menggunakan Bahasa Melayu dan sebagainya. Ini bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat yang berbilang kaum. Yang kedua, jawatankuasa ini mencadangkan agar umur persekolahan murid – murid dinaikkan daripada 12 tahun ke 15 tahun. Ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya masalah penggangguran dan masalah sosial sekiranya murid –murid ini berhenti sekolah terlalu awal.Yang ketiga pula, memberi bantuan kewangan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (aliran Bahasa Melayu ) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan ( aliran Bahasa Inggeris). Mana – mana sekolah yang ingkar terhadap sistem pendidikan kebangsaan, bantuan kewangan terhadap sekolah tersebut akan ditarik balik. Di samping itu, Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional telah ditubuhkan bagi melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai bidang dan jurusan. Laporan
  • 10. Rahman Talib ini kemudiannya dibentangkan di Parlimen dan diluluskan yang mana kemudiannya dikuatkuasakan dalam Akta Pelajaran 1961. Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara ini termasuklah: i. Akta Pelajaran 1995 ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi Swasta 1996 iv. Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej(Pindaan 1996) v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara 1996 Perkembangan terhadap sistem pendidikan berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia 1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006.Ini diakhiri dengan pelaksanaan dasar MBMBI iaitu Memperkasakan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris mulai tahun 2011.
  • 11. 3.0 KESIMPULAN Bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar yang menjadi nadi penghubung interaksi sosial antara kaum di negara ini. Bahasa Melayu adalah lambang kepada pengenalan identiti bangsa Malaysia yang dikongsi bersama sejak sekian lama dan ia merupakan aspek utama yang menyumbang ke arah pembentukan integrasi nasional di negara ini. Oleh yang demikian, dalam kurikulum KBSR dan KBSM, kedudukan Bahasa Melayu adalah sangat tinggi nilainya dalam sistem pendidikan di negara ini agar setiap kaum memperoleh pengetahuan, nilai dan kefahaman yang saksama dan adil. Pembentukan semangat kenegaraan ini adalah sangat penting untuk pembangunan negara di mana para pelajar dapat menyedari pentingnya sikap kenegaraan dalam diri untuk memajukan negara, memupuk perasaan cinta dan bangga terhadap negara, serta menyedari akan kepentingan bersikap toleransi sebagai asas kehidupan dalam masyarakat yang berbilang kaum. Di dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia pada hari ini, pihak kerajaan amat menitikberatkan tentang soal perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Ini kerana sebagai sebuah negara yang bebas , merdeka dan berdaulat, unsur perpaduan dikalangan rakyatnya adalah amat penting sekali kerana tanpa perpaduan,sesebuah negara itu akan mudah terdedah kepada pelbagai kelemahan dan juga ancaman anasir – anasir luar yang cuba mengambil kesempatan atau berniat jahat terhadap kedaulatan negara ini. Melalui aktiviti kokurikulum KBSR dan KBSM, ianya meliputi aktiviti kelab, persatuan, permainan serta unit beruniform. Melalui aktiviti – aktiviti yang dijalankan ini, pelajar mendapat peluang berinteraksi dengan pelbagai kaum, memahami budaya kaum lain, mendisiplinkan diri, serta dapat mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama dengan rakan – rakan yang lain. Penerapan nilai – nilai murni ini adalah penting dalam pemupukan individu ke arah mencapai integrasi nasional. Kesimpulannya, perpaduan antara etnik di Malaysia penting bagi menjamin kestabilan dan keharmonian hidup. Namun sistem pendidikan di negara kita tidak cukup maju untuk mencapai matlamatnya, tapi masih ada banyak ruang untuk diperbaiki dan dikembangkan dalam sistem pendidikan negara. Oleh itu, kita sebagai guru, mempunyai tanggungjawab yang besar
  • 12. untuk merealisasikan impian negara untuk melahirkan individu, keluarga, masyarakat dan negara yang harmoni dalam semua aspek. 2855 patah perkataan.
  • 13. BIBLIOGRAFI 1. http://www.moe.gov.my/mbmmbi/moe_mbmmbi_02.htm 2. http://pbahasa.dbp.my/wordpress/?p=82 3. http://gurusejarah.blogspot.com/ 4. http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/perkembangan-sistem-pendidikan-di.html 5. www.moe,gov.my/pipp2006-2010 6. http://www.collegetermpapers.com 7. Scupin, R.(Ed).(2003).Race and ethnicity.New Jersey:Prentice Hall. 8. Ting, C.P.(1997).Konsep asas sosiologi.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa Pustaka.