SlideShare a Scribd company logo
1 of 9
Download to read offline
PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA
                      Office of the Director General of Education Malaysia
                      PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA
                      Level 7 Block J Damansara Town Centre
                      50604 KUALA LUMPUR                                   Tel: 03-2586900
                                                                              Fax: 03-2535150

                                                                  KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1)
                                                                            4 Januari 1999


Semua Pengarah Pendidikan Negeri

Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan,

SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1999:
Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah


Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa penguasaan Bahasa Inggeris, dari
segi pembinaan minat dan pencapaian pelajar, boleh dipertingkatkan dengan menambah
masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut. Ini terbukti di sekolah-sekolah yang
telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti sokongan. Narnun demikian, kebanyakan sekolah
didapati membataskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris hanya kepada
peruntukan masa dalam jadual waktu sahaja.

2.        Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua sekolah hendaklah menjalankan
aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuan menambah masa pendedahan pelajar kepada
bahasa tersebut. Oleh kerana peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggeris dalam jadual
waktu adalah terhad dan tidak mungkin dapat ditambah tanpa menjejaskan masa untuk
mata pelajaran lain, maka penambahan masa pendedahan ini hendaklah dilakukan melalui
aktiviti-aktiviti sokongan di luar bilik darjah. Bagi tujuan tersebut disertakan bersama-sama
ini Garis Panduan Pengendalian Aktiviti bagi rujukan sekolah. Pihak sekolah bolehlah
membuat penyesuaian ke atas aktiviti yang hendak dijalankan mengikut keadaan dan
kemudahan sekolah.

3.      Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di
negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan.

Sekian.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"




DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia




                                             1
s.k.   1.   Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak
            Menteri Pendidikan Malaysia

       2.   Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus
            Timbalan Menteri Pendidikan

       3.   Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn
            Timbalan Menteri Pendidikan

       4.   Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

       5.   Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan

       6.   Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan

       7.   Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan

       8.   Ketua Nazir Sekolah

       9.   Pegawai Perhubungan Awam




                                         2
PANDUAN MENGENDALIKAN AKTIVITI SOKONGAN BAHASA
                  INGGERIS Dl SEKOLAH


1.    TUJUAN

      Garis Panduan ini bertujuan untuk mempertingkatkan langkah-langkah bagi
      menambah "contact time" Bahasa Inggeris di kalangan semua pelajar melalui aktiviti
      sokongan Bahasa Inggeris di Sekolah.

2.    LATAR BELAKANG

      Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Kementerian Pendidikan telah
      meluluskan beberapa cadangan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris
      di kalangan pelajar di sekolah. Salah satu cadangan yang dikemukakan ialah
      peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui aktiviti
      sokongan Bahasa Inggeris di luar jadual waktu persekolahan.

3.    RASIONAL

      • Masa yang diperuntukkan bagi Bahasa Inggeris adalah terhad dan peruntukan
        masa ini tidak boleh ditambah tanpa menjejaskan masa bagi mata pelajaran lain.

      • Langkah-langkah perlu diambil bukan sahaja untuk mempertingkatkan motivasi
        pelajar tetapi juga mengubah sikap pelajar supaya pembelajaran Bahasa Inggeris
        dapat dimaksimakan. Oleh itu, pengendalian aktiviti sokongan Bahasa Inggeris
        yang terancang akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
        Bahasa Inggeris secara menyeluruh.

      • Aktiviti sokongan Bahasa Inggeris akan mewujudkan peluang yang lebih luas bagi
        pelajar menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya di luar bilik darjah.

      • Aktiviti sokongan Bahasa Inggeris akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk
        menggunakan Bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi.

4.    OBJEKTIF

      • Mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif dan positif terhadap
        pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah.

      • Memastikan semua aktiviti dan projek Bahasa Inggeris yang dilancarkan
        dijalankan secara berterusan.

      • Menentukan Pengetua/Guru Besar memainkan peranan selaku pemimpin
        kurikulum untuk memberi nasihat dan membimbing Jawatankuasa Kurikulum
        Sekolah serta Panitia Bahasa Inggeris dalam merancang dan melaksanakan
        aktiviti sokongan Bahasa Inggeris.

      • Meningkatkan motivasi pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti
        yang dilaksanakan.




                                          3
5.   PELAKSANAAN

     (i)    Peranan dan Tanggungjawab

            Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab dalam
            perancangan dan pengurusan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris yang
            melibatkan semua pelajar di sekolah. Jawatankuasa ini akan menentukan
            projek dan aktiviti yang dijalankan sama ada melalui Persatuan Bahasa
            Inggeris atau panitia Bahasa Inggeris. Persatuan Bahasa Inggeris perlu
            menjalankan aktiviti yang berterusan untuk memenuhi keperluan dan minat ahli
            persatuan. Jawatankuasa Kurikulum sekolah juga akan menentukan sejauh
            mana penglibatan pihak-pihak lain seperti guru lain di sekolah, PIBG dan sektor
            swasta dapat membantu aktiviti dan projek yang ditetapkan.

            Ketua Panitia Bahasa Inggeris akan menyelaras semua aktiviti. Tumpuan
            adalah kepada perkara-perkara berikut:

            (a)   jenis-jenis aktiviti (sila lihat lampiran)
            (b)   rancangan tahunan/bulanan
            (c)   jadual pelaksanaan
            (d)   pembahagian tugas dan jadual tugas bagi setiap guru Bahasa Inggeris

            Ketua Panitia akan memastikan semua aktiviti sokongan ini dijalankan secara
            berterusan. Beliau juga akan menyelaras semua tugas guru Bahasa Inggeris
            dalam melaksanakan aktiviti sokongan ini. Ketua Panitia perlu memastikan
            pembahagian tugas dijalankan secara adil kepada semua guru Bahasa
            Inggeris. Selain itu, Ketua Panitia boleh melibatkan guru-guru mata pelajaran
            lain untuk melicinkan perjalanan aktiviti ini, seperti menjadikan mereka pengadil
            atau penyelaras pertandingan.

            Guru Bahasa Inggeris juga bertanggungjawab dalam menyediakan pelan
            tindakan yang terperinci dan memastikan status pelaksanaan semua aktiviti
            sokongan. Guruguru "rotation" digalak mendapatkan bantuan guru lain,
            pengawas dan pelajar dalam melaksanakan semua aktiviti sokongan.

            Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu
            memastikan bahawa semua sekolah dalam negeri/daerah melaksanakan
            aktiviti-aktiviti sokongan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan ini.
            JPN/PPD perlu memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada sekolah-
            sekolah yang memerlukannya. JPN/PPD dikehendaki juga mengambil kira
            aktiviti sokongan Bahasa Inggeris dalam agenda yang perlu dilihat semasa
            mereka menjalankan pemantauan. Pihak JPN/PPD akan melaporkan kemajuan
            program ini kepada Kementerian Pendidikan apabila diperlukan.

     (ii)   Kumpulan Sasaran

            Penyertaan semua pelajar dalam aktiviti sokongan Bahasa Inggeris adalah
            diwajibkan dan tidak hanya terhad kepada ahli persatuan Bahasa Inggeris.

     (iii) Faktor Masa

            Semua pelajar dimestikan melibatkan diri sekurang-kurangnya satu jam
            seminggu di luar waktu persekolahan dalam aktiviti-aktiviti sokongan ini.




                                             4
(iv) Faktor Persekitaran

      Aktiviti-aktiviti perlu menggalakkan semua pelajar menggunakan Bahasa
      Inggeris dalam persekitaran yang selesa. Suasana perlu diwujudkan agar
      pelajar tidak berasa malu atau segan silu untuk menggunakan Bahasa Inggeris.
      Suasana yang kaya dengan bahan-bahan visual, auditori dan kinestetik perlu
      diadakan untuk mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran pelajar.

(v)   Jenis-jenis Attiviti

      Aktiviti yang dilaksanakan perlu mengambil kira minat dan kebolehan pelajar
      yang berbeza. Kegiatan inl perlu dipelbagaikan dan boleh berbentuk
      perseorangan, berpasangan dan berkumpulan. (Sila rujuk lampiran bagi
      contoh-contoh aktiviti).

(vi) Kekerapan Aktiviti

      Aktiviti perlu dijalankan secara berterusan. Sesetengah aktiviti seperti "story
      telling", "choral speaking" dan "debate" perlu dilaksanakan dalam satu jangka
      masa tertentu, contohnya dalam semester satu atau semester dua. Projek-
      projek lain seperti "English Bulletin Board", "A Word a Day", "A Proverb a
      Week", persembahan semasa perhimpunan, projek bacaan dan lain-lain perlu
      dilaksanakan secara berterusan.

(vii) Tahap Penyertaan

      Aktiviti yang dijalankan perlu melibatkan semua pelajar. Pertandingan perlu
      diadakan pada semua peringkat iaitu dalam kelas, antara kelas dan antara
      Tahun/Tingkatan. Penyertaan juga boleh dikategorikan mengikut kumpulan
      urnur.

(viii) Insentif dan Hadiah

      Hadiah dan pelbagai insentif termasuk sijil boleh ditawarkan sebagai tanda
      penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sokongan. Bagi pelajar-pelajar yang
      lemah dalam Bahasa Inggeris dan telah menunjukkan peningkatan pencapaian
      dalam penguasaan Bahasa Inggeris, pengiktirafan seperti pemberian
      hadiah/sijil adalah digalakkan.

(ix) Pemantauan

      Pemantauan perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan
      aktiviti-aktiviti sokongan Bahasa Inggeris. Pihak yang bertanggungjawab dalam
      menjalankan tugas ini ialah Panitia Bahasa Inggeris dan “Teacher Support
      Team”. Panitia Bahasa Inggeris di sesebuah sekolah harus memantau segala
      jenis aktiviti dan kekerapan aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan
      terperinci, serta menentukan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tersebut,
      Pasukan TST pada peringkat negeri dan daerah perlu saling membantu usaha-
      usaha yang dijalankan oleh panitia sekolah. Pasukan TST yang mempunyai
      perspektif luas tentang keadaan di daerah atau negeri akan memberi cadangan
      dan nasihat tentang jenis dan care pelaksanaan aktiviti yang boleh memberi
      manfaat pelajar.




                                       5
6.   PENUTUP

     Keberkesanan program ini banyak bergantung kepada kecekapan kepimpinan pihak
     sekolah. Aktiviti sokongan dalam Bahasa Inggeris akan membantu memantapkan
     kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersepadu, Secara tidak langsung,
     inl akan membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Untuk
     memastikan kejayaan program ini, kerjasaman antara semua pihak di sekolah serta
     PIBG adalah penting.




                                        6
Lampiran


   CONTOH AKTIVITI UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN
                    BAHASA INGGERIS

• Bulletin Board

  Papan Buletin merupakan papan yang disediakan bertujuan untuk mempamerkan projek,
  item-item berita, hasil penulisan/kreatif pelajar, peribahasa, pepatah, item-item berbentuk
  perkataan dan sebagainya. Susun atur papan adalah penting. Guru-guru perlu memberi
  perhatian kepada penggunaan tajuk, kapsyen, bahan illustrasi, penggunaan warna dan
  sebagainya. Bahan-bahan yang dipamerkan perlu kerap dituka. Jawatankuasa khas perlu
  ditugaskan untuk merancang pengendalian papan buletin ini. Pelajar-pelajar pula perlu
  didorong untuk menyumbang idea dan bahan-bahan.

• Choral Reading

  "Choral Reading" adalah satu aktiviti di mana sesuatu bahan atau teks dipilih dan dibaca
  oleh pelajar secara kumpulan dengan penuh perasaan. Dalam persembahan "Choral
  Reading" pelajar-pelajar perlu memikirkan tentang makna teks, irama dan bunyi setiap
  baris atau ayat. Mereka juga perlu mengenal pasti tempat-tempat berhenti seketika dan
  perkataanperkataan yang perlu diberi penekanan. "Choral Reading" membantu pelajar
  mempelajari proses sebutan secara tepat dan mempelbagaikan nada suara, tempo dan
  kualiti suara yang baik untuk tujuan kesan khas.

• Jazz Chants

  "Jazz Chants" melibatkan teks atau rangkap yang dilafaz atau dideklamasikan mengikut
  rentak atau irama tertentu. Rangkap ini boleh didendangkan secara perseorangan atau
  dalam kumpulan. Selalunya, teks dilafazkan dalam pelbagai rentak dan nada bersesuaian
  dengan maksud rangkap berkenaan.

• Poetry Recital

  Aktiviti deklamasi sajak boleh dipersembahkan oleh pelajar secara individu atau
  berkumpulan semasa perhimpunan mingguan atau masa-masa lain dianggap sesuai.
  Pelajar dibenarkan memilih jenis sajak yang ingin dideklamasikan. Contohnya, sajak
  berlirik, naratif atau satira. Pertandingan mendeklamasikan sajak juga boleh dianjurkan
  dan markah boleh diberikan berdasarkan sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan,
  gaya dan lain-lain.

• Story-telling

  Aktiviti bercerita lazimnya dilakukan secara individu. Pelajar dibenarkan untuk memilih
  kisahkisah benar atau yang berunsur khayalan. Dalam menganjurkan pertandingan
  bercerita, pihak penganjur perlu menetapkan kadar masa, contohnya 10-15 minit dan
  peserta juga perlu diberitahu bahawa mereka akan dinilai dari segi penyampaian,
  sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain.




                                             7
• Aktiviti Drama dan Sketsa

  Drama dan sketsa merupakan aktiviti yang menarik minat dan mendapat sambutan baik
  daripada pelajar. Pertandingan drama dan sketsa antara kelas/tingkatan adalah
  digalakkan.

  Syarat-syarat pertandingan boleh ditentukan oleh setiap sekolah mengikut tahap dan
  kebolehan pelajar. Aktiviti drama atau sketsa ini akan memberi peluang kepada pelajar
  untuk melLiahkan perasaan serta memperkembangkan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga
  akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih luas dalam
  Bahasa Inggeris untuk tujuan hiburan dan pendidikan.

• Daily News Recap

  Masa yang sesuai seperti masa rehat perlu dikhaskan untuk memberi peluang kepada
  pelajar mengimbas semula berita-berita penting yang dilaporkan dalam Bahasa Inggeris
  sama ada dalam suratkhabar atau media-media lain.

• Assembly Presentations

  Aktiviti ini melibatkan peruntukan masa yang khusus dalam perhimpunan mingguan bagi
  persembahan-persembahan dalam Bahasa Inggeris. Persembahan ini boleh diadakan
  dalam pelbagai bentuk seperti persembahan "jazz chants", deklamasi sajak dan bercerita.
  Persembahan ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir oleh pelajar secara individu dan
  berkumpulan.

• Air waves

  Beberapa minit setiap hari perlu diperuntukkan supaya pengumuman dan laporan
  mengikut tajuk-tajuk tertentu dapat disiarkan dalam Bahasa Inggeris melalui sistem siar
  raya.

• English Day/Week

  Pihak sekolah perlu mengisytiharkan satu hari dalam seminggu sebagai Hari Bahasa
  Inggeris. Pada hari tersebut semua pelajar, guru dan staf sokongan akan berinterasi
  dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, penglibatan guru-guru dan staf sokongan
  akan memberikan pelajar impetus untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti-
  aktiviti harian mereka. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan Mingguan Bahasa
  Inggeris sebulan sekali atau dua bulan sekali.

• Spelling Bee

  "Spelling Bee" merupakan gelaran yang diberi kepada seseorang pelajar yang pakar
  dalam ejaan. Untuk mengenal pasti individu ini pertandingan ejaan akan diadakan di
  mana pelajar perlu mengeja senarai perkataan yang ditetapkan. Pemenang ialah pelajar
  yang dapat mengeja semua perkataan yang diberi dengan tepat.

• DEAR (Drop Everything and Read) Project

  Ini adalah satu projek bacaan luas. Peruntukan masa selama 20 minit atau 30 minit
  dalam seminggu diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar, guru dan kakitangan
  sekolah membaca bahan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan
  bacaan sendiri atau meminjamnya daripada perpustakaan sekolah.



                                           8
• Readathon

  "Readathon" merupakan pertandingan membaca di kalangan pelajar. Pada jangka masa
  yang ditetapkan ( 3 hingga 6 bulan) pelajar dikehendaki membaca seberapa banyak buku
  yang boleh. Pelajar dikehendaki mencatat semua judul buku yang dibaca sebagai bukti.
  Pemenang ialah pelajar yang telah membaca dan memahami bilangan buku yang
  terbanyak.

• Debate

  Pertandingan bahas antara kelas adalah amat digalakkan. Ini adalah kerana aktiviti
  perbahasan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyal penguasaan
  Bahasa Inggeris yang baik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam teknik
  berhujah. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar ini juga akan menjadi "role model"
  kepada pelajarpelajar lain. Topik-topik semasa dan kontroversial boleh dipilih sebagai
  stimulus ke arah sesi perbahasan yang menarik, berkesan dan berfaedah.

• English Quiz

  Pihak sekolah boleh menganjurkan kuiz dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan boleh
  diperingkatkan daripada topik-topik umum kepada topik-topik yang lebih spesifik seperti
  sukan, personaliti terkenal, sejarah dan geografi. Pelajar perlu dimaklurnkan tentang
  peraturan-peraturan asas terutama sekali mengenai bilangan cubaan yang dibenarkan.

• Language Games

  Permainan bahasa adalah sangat popular di kalangan pelajar. Antara contoh-contoh
  permainan bahasa dalam Bahasa Inggeris ialah permainan menggunakan kad seperti
  "Happy Families", permainan berunsurkan "papan" seperti "Monopoly", "Totopoly" dan
  permainan mengaplikasikan perkataan seperti "Scrabble" dan "Boggle". Pelajar perlu
  digalakkan bermain permainan-permainan seperti di atas apabila ada kelapangan. Pihak
  sekolah atau Persatuan Bahasa Inggeris perlu menyediakan set-set permainan ini untuk
  pelajar. Pertandingan permainan bahasa juga boleh dianjurkan.

• Corridor of Knowledge

  Koridor sekolah boleh dijadikan koridor pengetahuan. Dinding koridor boleh dijadikan
  sebagai tempat mempamerkan hasil penulisan pelajar seperti karangan, berita dalam
  Bahasa Inggeris dan bahan-bahan lain. Papan bergerak boleh digunakan sekiranya
  koridor terlalu sempit,




                                           9

More Related Content

What's hot

Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013rosnita wahab
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris
Pelan strategik panitia bahasa inggerisPelan strategik panitia bahasa inggeris
Pelan strategik panitia bahasa inggerisAnna Asri
 
Jurnal minguuan intership
Jurnal  minguuan intershipJurnal  minguuan intership
Jurnal minguuan intershipsuriasuriati
 
Perancangan strategik panitia bi 2013
Perancangan strategik panitia bi 2013Perancangan strategik panitia bi 2013
Perancangan strategik panitia bi 2013Hidayah Salleh
 
Ppowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarPpowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarAz Nieda
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015Nurulzatul Irkin
 
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohPerancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohLina Gan
 
Takwim bm
Takwim bmTakwim bm
Takwim bmeransha
 
Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020
Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020
Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020NURUL ADIANI
 
Pelan Strategik Panitia Muzik
Pelan Strategik Panitia MuzikPelan Strategik Panitia Muzik
Pelan Strategik Panitia MuzikAidil Sahipaludin
 
Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)Suzanne Chang
 
Pelan taktikal sk ansuan 2013
Pelan taktikal sk ansuan 2013Pelan taktikal sk ansuan 2013
Pelan taktikal sk ansuan 2013nor azilah
 
312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015
312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015
312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015shahaizol
 
Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012
Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012
Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012Normasnita Fadzil
 
Strategic Planning for Bahasa Inggeris
Strategic Planning for Bahasa InggerisStrategic Planning for Bahasa Inggeris
Strategic Planning for Bahasa InggerisWes Mirid
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)suriasuriati
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantarkrys73
 

What's hot (20)

Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013Minit kuri kali pertama 2013
Minit kuri kali pertama 2013
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris
Pelan strategik panitia bahasa inggerisPelan strategik panitia bahasa inggeris
Pelan strategik panitia bahasa inggeris
 
Jurnal minguuan intership
Jurnal  minguuan intershipJurnal  minguuan intership
Jurnal minguuan intership
 
Perancangan strategik panitia bi 2013
Perancangan strategik panitia bi 2013Perancangan strategik panitia bi 2013
Perancangan strategik panitia bi 2013
 
Ppowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantarPpowerpoint bahasa pengantar
Ppowerpoint bahasa pengantar
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
Pelan strategik panitia bahasa inggeris 2015
 
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contohPerancangan strategik panitia bi 2015 contoh
Perancangan strategik panitia bi 2015 contoh
 
Takwim bm
Takwim bmTakwim bm
Takwim bm
 
Minit mesy bm bil 1
Minit mesy bm bil 1Minit mesy bm bil 1
Minit mesy bm bil 1
 
Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020
Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020
Minit mesyuarat panitia bm convent kali ke 1 2020
 
Pelan Strategik Panitia Muzik
Pelan Strategik Panitia MuzikPelan Strategik Panitia Muzik
Pelan Strategik Panitia Muzik
 
Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)Pelan strategik bm bi 2016(1)
Pelan strategik bm bi 2016(1)
 
Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014Minit 3 panitia bi 2014
Minit 3 panitia bi 2014
 
Pelan taktikal sk ansuan 2013
Pelan taktikal sk ansuan 2013Pelan taktikal sk ansuan 2013
Pelan taktikal sk ansuan 2013
 
6d pbs
6d pbs6d pbs
6d pbs
 
312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015
312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015
312185179 minit-mesyuarat-panitia-bm-kali-ketiga-2015
 
Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012
Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012
Rancangan tahunan panitia bahasa melayu 2012
 
Strategic Planning for Bahasa Inggeris
Strategic Planning for Bahasa InggerisStrategic Planning for Bahasa Inggeris
Strategic Planning for Bahasa Inggeris
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 3)
 
5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar5. Bahasa Pengantar
5. Bahasa Pengantar
 

Similar to 2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi

Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...izah123
 
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukanPELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukanImranHanna
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Ting Ting Fiona
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020
Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020
Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020rosmah abdul rahim
 
Kupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategikKupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategikanisa anis
 
Kupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategikKupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategikAnisa Prayet Anis
 
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docxPerancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docxkamal177553
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestabdol rahim
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Norain Afzan
 
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptxCopy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptxRosmawatiNawawi4
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfdamiaafina
 
Pelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa MelayuPelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa MelayuAidil Sahipaludin
 
Pelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmPelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmRAHMAT ABD RAHIM
 
Mesyuarat MLU-HOD 2010
Mesyuarat MLU-HOD  2010Mesyuarat MLU-HOD  2010
Mesyuarat MLU-HOD 2010Mohamed Saddiq
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010magenthama
 

Similar to 2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi (20)

Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
Soalan lazim berkaitan dasar memartabatkan bahasa malaysia memperkukuh bahasa...
 
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukanPELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
PELAN STARTEGIK HIP sebagai panduan atau rujukan
 
Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)Dasar dasar kpm bm (ncm)
Dasar dasar kpm bm (ncm)
 
Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020
Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020
Pelan strategik panitia bahasa inggeris sk kepala batas Jitra 2020
 
Kupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategikKupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategik
 
Kupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategikKupdf net perancangan_strategik
Kupdf net perancangan_strategik
 
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docxPerancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
Perancangan-Strategik-Panitia-Bahasa-Inggeris-2019.docx
 
Powerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latestPowerpoint kajian tindakan grup latest
Powerpoint kajian tindakan grup latest
 
Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020Perancangan strategik panitia bi 2020
Perancangan strategik panitia bi 2020
 
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptxCopy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
Copy of PIKeBM SOP PIKeBM 2017.ppt.pptx
 
SR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdfSR_Modul PIKeBM.pdf
SR_Modul PIKeBM.pdf
 
Pelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa MelayuPelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
Pelan Strategik Persatuan Bahasa Melayu
 
Pelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bmPelan strategik persatuan bm
Pelan strategik persatuan bm
 
Peranan gpb dan gpict
Peranan gpb dan gpictPeranan gpb dan gpict
Peranan gpb dan gpict
 
Mesyuarat MLU-HOD 2010
Mesyuarat MLU-HOD  2010Mesyuarat MLU-HOD  2010
Mesyuarat MLU-HOD 2010
 
Mbmmbi
MbmmbiMbmmbi
Mbmmbi
 
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBIBuku Penerangan Dasar MBMMBI
Buku Penerangan Dasar MBMMBI
 
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
Program peningkatan-bahasa-inggeris-2010
 
Sudut pidato
Sudut pidatoSudut pidato
Sudut pidato
 

2008 btmk 186_8590_234 aktiviti sokongan bi

  • 1. PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Office of the Director General of Education Malaysia PARAS 7 BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR Tel: 03-2586900 Fax: 03-2535150 KP (BS) 8591/Jilid XV/ (1) 4 Januari 1999 Semua Pengarah Pendidikan Negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan, SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati bahawa penguasaan Bahasa Inggeris, dari segi pembinaan minat dan pencapaian pelajar, boleh dipertingkatkan dengan menambah masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut. Ini terbukti di sekolah-sekolah yang telahpun menjalankan aktiviti-aktiviti sokongan. Narnun demikian, kebanyakan sekolah didapati membataskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris hanya kepada peruntukan masa dalam jadual waktu sahaja. 2. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, semua sekolah hendaklah menjalankan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris bagi tujuan menambah masa pendedahan pelajar kepada bahasa tersebut. Oleh kerana peruntukan masa pengajaran Bahasa Inggeris dalam jadual waktu adalah terhad dan tidak mungkin dapat ditambah tanpa menjejaskan masa untuk mata pelajaran lain, maka penambahan masa pendedahan ini hendaklah dilakukan melalui aktiviti-aktiviti sokongan di luar bilik darjah. Bagi tujuan tersebut disertakan bersama-sama ini Garis Panduan Pengendalian Aktiviti bagi rujukan sekolah. Pihak sekolah bolehlah membuat penyesuaian ke atas aktiviti yang hendak dijalankan mengikut keadaan dan kemudahan sekolah. 3. Sila maklumkan kandungan Surat Pekeliling lkhtisas ini kepada semua sekolah di negeri Y.Bhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan. Sekian. "BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" DATO’ DR. ABDUL SHUKOR ABDULLAH Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia 1
  • 2. s.k. 1. Y.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak Menteri Pendidikan Malaysia 2. Y.B. Dato' Haji Mohd. Khalid Yunus Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan 4. Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 5. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan 6. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan 7. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pendidikan 8. Ketua Nazir Sekolah 9. Pegawai Perhubungan Awam 2
  • 3. PANDUAN MENGENDALIKAN AKTIVITI SOKONGAN BAHASA INGGERIS Dl SEKOLAH 1. TUJUAN Garis Panduan ini bertujuan untuk mempertingkatkan langkah-langkah bagi menambah "contact time" Bahasa Inggeris di kalangan semua pelajar melalui aktiviti sokongan Bahasa Inggeris di Sekolah. 2. LATAR BELAKANG Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan, Kementerian Pendidikan telah meluluskan beberapa cadangan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar di sekolah. Salah satu cadangan yang dikemukakan ialah peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar melalui aktiviti sokongan Bahasa Inggeris di luar jadual waktu persekolahan. 3. RASIONAL • Masa yang diperuntukkan bagi Bahasa Inggeris adalah terhad dan peruntukan masa ini tidak boleh ditambah tanpa menjejaskan masa bagi mata pelajaran lain. • Langkah-langkah perlu diambil bukan sahaja untuk mempertingkatkan motivasi pelajar tetapi juga mengubah sikap pelajar supaya pembelajaran Bahasa Inggeris dapat dimaksimakan. Oleh itu, pengendalian aktiviti sokongan Bahasa Inggeris yang terancang akan meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris secara menyeluruh. • Aktiviti sokongan Bahasa Inggeris akan mewujudkan peluang yang lebih luas bagi pelajar menggunakan Bahasa Inggeris terutamanya di luar bilik darjah. • Aktiviti sokongan Bahasa Inggeris akan memberi keyakinan kepada pelajar untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam pelbagai situasi. 4. OBJEKTIF • Mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif dan positif terhadap pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah. • Memastikan semua aktiviti dan projek Bahasa Inggeris yang dilancarkan dijalankan secara berterusan. • Menentukan Pengetua/Guru Besar memainkan peranan selaku pemimpin kurikulum untuk memberi nasihat dan membimbing Jawatankuasa Kurikulum Sekolah serta Panitia Bahasa Inggeris dalam merancang dan melaksanakan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris. • Meningkatkan motivasi pelajar untuk menguasai Bahasa Inggeris melalui aktiviti yang dilaksanakan. 3
  • 4. 5. PELAKSANAAN (i) Peranan dan Tanggungjawab Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah bertanggungjawab dalam perancangan dan pengurusan aktiviti sokongan Bahasa Inggeris yang melibatkan semua pelajar di sekolah. Jawatankuasa ini akan menentukan projek dan aktiviti yang dijalankan sama ada melalui Persatuan Bahasa Inggeris atau panitia Bahasa Inggeris. Persatuan Bahasa Inggeris perlu menjalankan aktiviti yang berterusan untuk memenuhi keperluan dan minat ahli persatuan. Jawatankuasa Kurikulum sekolah juga akan menentukan sejauh mana penglibatan pihak-pihak lain seperti guru lain di sekolah, PIBG dan sektor swasta dapat membantu aktiviti dan projek yang ditetapkan. Ketua Panitia Bahasa Inggeris akan menyelaras semua aktiviti. Tumpuan adalah kepada perkara-perkara berikut: (a) jenis-jenis aktiviti (sila lihat lampiran) (b) rancangan tahunan/bulanan (c) jadual pelaksanaan (d) pembahagian tugas dan jadual tugas bagi setiap guru Bahasa Inggeris Ketua Panitia akan memastikan semua aktiviti sokongan ini dijalankan secara berterusan. Beliau juga akan menyelaras semua tugas guru Bahasa Inggeris dalam melaksanakan aktiviti sokongan ini. Ketua Panitia perlu memastikan pembahagian tugas dijalankan secara adil kepada semua guru Bahasa Inggeris. Selain itu, Ketua Panitia boleh melibatkan guru-guru mata pelajaran lain untuk melicinkan perjalanan aktiviti ini, seperti menjadikan mereka pengadil atau penyelaras pertandingan. Guru Bahasa Inggeris juga bertanggungjawab dalam menyediakan pelan tindakan yang terperinci dan memastikan status pelaksanaan semua aktiviti sokongan. Guruguru "rotation" digalak mendapatkan bantuan guru lain, pengawas dan pelajar dalam melaksanakan semua aktiviti sokongan. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)/Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) perlu memastikan bahawa semua sekolah dalam negeri/daerah melaksanakan aktiviti-aktiviti sokongan seperti yang ditetapkan dalam garis panduan ini. JPN/PPD perlu memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada sekolah- sekolah yang memerlukannya. JPN/PPD dikehendaki juga mengambil kira aktiviti sokongan Bahasa Inggeris dalam agenda yang perlu dilihat semasa mereka menjalankan pemantauan. Pihak JPN/PPD akan melaporkan kemajuan program ini kepada Kementerian Pendidikan apabila diperlukan. (ii) Kumpulan Sasaran Penyertaan semua pelajar dalam aktiviti sokongan Bahasa Inggeris adalah diwajibkan dan tidak hanya terhad kepada ahli persatuan Bahasa Inggeris. (iii) Faktor Masa Semua pelajar dimestikan melibatkan diri sekurang-kurangnya satu jam seminggu di luar waktu persekolahan dalam aktiviti-aktiviti sokongan ini. 4
  • 5. (iv) Faktor Persekitaran Aktiviti-aktiviti perlu menggalakkan semua pelajar menggunakan Bahasa Inggeris dalam persekitaran yang selesa. Suasana perlu diwujudkan agar pelajar tidak berasa malu atau segan silu untuk menggunakan Bahasa Inggeris. Suasana yang kaya dengan bahan-bahan visual, auditori dan kinestetik perlu diadakan untuk mengambil kira pelbagai gaya pembelajaran pelajar. (v) Jenis-jenis Attiviti Aktiviti yang dilaksanakan perlu mengambil kira minat dan kebolehan pelajar yang berbeza. Kegiatan inl perlu dipelbagaikan dan boleh berbentuk perseorangan, berpasangan dan berkumpulan. (Sila rujuk lampiran bagi contoh-contoh aktiviti). (vi) Kekerapan Aktiviti Aktiviti perlu dijalankan secara berterusan. Sesetengah aktiviti seperti "story telling", "choral speaking" dan "debate" perlu dilaksanakan dalam satu jangka masa tertentu, contohnya dalam semester satu atau semester dua. Projek- projek lain seperti "English Bulletin Board", "A Word a Day", "A Proverb a Week", persembahan semasa perhimpunan, projek bacaan dan lain-lain perlu dilaksanakan secara berterusan. (vii) Tahap Penyertaan Aktiviti yang dijalankan perlu melibatkan semua pelajar. Pertandingan perlu diadakan pada semua peringkat iaitu dalam kelas, antara kelas dan antara Tahun/Tingkatan. Penyertaan juga boleh dikategorikan mengikut kumpulan urnur. (viii) Insentif dan Hadiah Hadiah dan pelbagai insentif termasuk sijil boleh ditawarkan sebagai tanda penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti sokongan. Bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam Bahasa Inggeris dan telah menunjukkan peningkatan pencapaian dalam penguasaan Bahasa Inggeris, pengiktirafan seperti pemberian hadiah/sijil adalah digalakkan. (ix) Pemantauan Pemantauan perlu dijalankan untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sokongan Bahasa Inggeris. Pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas ini ialah Panitia Bahasa Inggeris dan “Teacher Support Team”. Panitia Bahasa Inggeris di sesebuah sekolah harus memantau segala jenis aktiviti dan kekerapan aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan terperinci, serta menentukan penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti tersebut, Pasukan TST pada peringkat negeri dan daerah perlu saling membantu usaha- usaha yang dijalankan oleh panitia sekolah. Pasukan TST yang mempunyai perspektif luas tentang keadaan di daerah atau negeri akan memberi cadangan dan nasihat tentang jenis dan care pelaksanaan aktiviti yang boleh memberi manfaat pelajar. 5
  • 6. 6. PENUTUP Keberkesanan program ini banyak bergantung kepada kecekapan kepimpinan pihak sekolah. Aktiviti sokongan dalam Bahasa Inggeris akan membantu memantapkan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih bersepadu, Secara tidak langsung, inl akan membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dengan lebih baik. Untuk memastikan kejayaan program ini, kerjasaman antara semua pihak di sekolah serta PIBG adalah penting. 6
  • 7. Lampiran CONTOH AKTIVITI UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS • Bulletin Board Papan Buletin merupakan papan yang disediakan bertujuan untuk mempamerkan projek, item-item berita, hasil penulisan/kreatif pelajar, peribahasa, pepatah, item-item berbentuk perkataan dan sebagainya. Susun atur papan adalah penting. Guru-guru perlu memberi perhatian kepada penggunaan tajuk, kapsyen, bahan illustrasi, penggunaan warna dan sebagainya. Bahan-bahan yang dipamerkan perlu kerap dituka. Jawatankuasa khas perlu ditugaskan untuk merancang pengendalian papan buletin ini. Pelajar-pelajar pula perlu didorong untuk menyumbang idea dan bahan-bahan. • Choral Reading "Choral Reading" adalah satu aktiviti di mana sesuatu bahan atau teks dipilih dan dibaca oleh pelajar secara kumpulan dengan penuh perasaan. Dalam persembahan "Choral Reading" pelajar-pelajar perlu memikirkan tentang makna teks, irama dan bunyi setiap baris atau ayat. Mereka juga perlu mengenal pasti tempat-tempat berhenti seketika dan perkataanperkataan yang perlu diberi penekanan. "Choral Reading" membantu pelajar mempelajari proses sebutan secara tepat dan mempelbagaikan nada suara, tempo dan kualiti suara yang baik untuk tujuan kesan khas. • Jazz Chants "Jazz Chants" melibatkan teks atau rangkap yang dilafaz atau dideklamasikan mengikut rentak atau irama tertentu. Rangkap ini boleh didendangkan secara perseorangan atau dalam kumpulan. Selalunya, teks dilafazkan dalam pelbagai rentak dan nada bersesuaian dengan maksud rangkap berkenaan. • Poetry Recital Aktiviti deklamasi sajak boleh dipersembahkan oleh pelajar secara individu atau berkumpulan semasa perhimpunan mingguan atau masa-masa lain dianggap sesuai. Pelajar dibenarkan memilih jenis sajak yang ingin dideklamasikan. Contohnya, sajak berlirik, naratif atau satira. Pertandingan mendeklamasikan sajak juga boleh dianjurkan dan markah boleh diberikan berdasarkan sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain. • Story-telling Aktiviti bercerita lazimnya dilakukan secara individu. Pelajar dibenarkan untuk memilih kisahkisah benar atau yang berunsur khayalan. Dalam menganjurkan pertandingan bercerita, pihak penganjur perlu menetapkan kadar masa, contohnya 10-15 minit dan peserta juga perlu diberitahu bahawa mereka akan dinilai dari segi penyampaian, sebutan, kaedah pengucapan dan penyataan, gaya dan lain-lain. 7
  • 8. • Aktiviti Drama dan Sketsa Drama dan sketsa merupakan aktiviti yang menarik minat dan mendapat sambutan baik daripada pelajar. Pertandingan drama dan sketsa antara kelas/tingkatan adalah digalakkan. Syarat-syarat pertandingan boleh ditentukan oleh setiap sekolah mengikut tahap dan kebolehan pelajar. Aktiviti drama atau sketsa ini akan memberi peluang kepada pelajar untuk melLiahkan perasaan serta memperkembangkan kreativiti mereka. Aktiviti ini juga akan memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi dengan lebih luas dalam Bahasa Inggeris untuk tujuan hiburan dan pendidikan. • Daily News Recap Masa yang sesuai seperti masa rehat perlu dikhaskan untuk memberi peluang kepada pelajar mengimbas semula berita-berita penting yang dilaporkan dalam Bahasa Inggeris sama ada dalam suratkhabar atau media-media lain. • Assembly Presentations Aktiviti ini melibatkan peruntukan masa yang khusus dalam perhimpunan mingguan bagi persembahan-persembahan dalam Bahasa Inggeris. Persembahan ini boleh diadakan dalam pelbagai bentuk seperti persembahan "jazz chants", deklamasi sajak dan bercerita. Persembahan ini boleh dilakukan secara bergilir-gilir oleh pelajar secara individu dan berkumpulan. • Air waves Beberapa minit setiap hari perlu diperuntukkan supaya pengumuman dan laporan mengikut tajuk-tajuk tertentu dapat disiarkan dalam Bahasa Inggeris melalui sistem siar raya. • English Day/Week Pihak sekolah perlu mengisytiharkan satu hari dalam seminggu sebagai Hari Bahasa Inggeris. Pada hari tersebut semua pelajar, guru dan staf sokongan akan berinterasi dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, penglibatan guru-guru dan staf sokongan akan memberikan pelajar impetus untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam aktiviti- aktiviti harian mereka. Pihak sekolah juga boleh menganjurkan Mingguan Bahasa Inggeris sebulan sekali atau dua bulan sekali. • Spelling Bee "Spelling Bee" merupakan gelaran yang diberi kepada seseorang pelajar yang pakar dalam ejaan. Untuk mengenal pasti individu ini pertandingan ejaan akan diadakan di mana pelajar perlu mengeja senarai perkataan yang ditetapkan. Pemenang ialah pelajar yang dapat mengeja semua perkataan yang diberi dengan tepat. • DEAR (Drop Everything and Read) Project Ini adalah satu projek bacaan luas. Peruntukan masa selama 20 minit atau 30 minit dalam seminggu diadakan untuk memberi peluang kepada pelajar, guru dan kakitangan sekolah membaca bahan dalam Bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar boleh membawa bahan bacaan sendiri atau meminjamnya daripada perpustakaan sekolah. 8
  • 9. • Readathon "Readathon" merupakan pertandingan membaca di kalangan pelajar. Pada jangka masa yang ditetapkan ( 3 hingga 6 bulan) pelajar dikehendaki membaca seberapa banyak buku yang boleh. Pelajar dikehendaki mencatat semua judul buku yang dibaca sebagai bukti. Pemenang ialah pelajar yang telah membaca dan memahami bilangan buku yang terbanyak. • Debate Pertandingan bahas antara kelas adalah amat digalakkan. Ini adalah kerana aktiviti perbahasan memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang mempunyal penguasaan Bahasa Inggeris yang baik untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam teknik berhujah. Secara tidak langsung, pelajar-pelajar ini juga akan menjadi "role model" kepada pelajarpelajar lain. Topik-topik semasa dan kontroversial boleh dipilih sebagai stimulus ke arah sesi perbahasan yang menarik, berkesan dan berfaedah. • English Quiz Pihak sekolah boleh menganjurkan kuiz dalam Bahasa Inggeris. Soalan-soalan boleh diperingkatkan daripada topik-topik umum kepada topik-topik yang lebih spesifik seperti sukan, personaliti terkenal, sejarah dan geografi. Pelajar perlu dimaklurnkan tentang peraturan-peraturan asas terutama sekali mengenai bilangan cubaan yang dibenarkan. • Language Games Permainan bahasa adalah sangat popular di kalangan pelajar. Antara contoh-contoh permainan bahasa dalam Bahasa Inggeris ialah permainan menggunakan kad seperti "Happy Families", permainan berunsurkan "papan" seperti "Monopoly", "Totopoly" dan permainan mengaplikasikan perkataan seperti "Scrabble" dan "Boggle". Pelajar perlu digalakkan bermain permainan-permainan seperti di atas apabila ada kelapangan. Pihak sekolah atau Persatuan Bahasa Inggeris perlu menyediakan set-set permainan ini untuk pelajar. Pertandingan permainan bahasa juga boleh dianjurkan. • Corridor of Knowledge Koridor sekolah boleh dijadikan koridor pengetahuan. Dinding koridor boleh dijadikan sebagai tempat mempamerkan hasil penulisan pelajar seperti karangan, berita dalam Bahasa Inggeris dan bahan-bahan lain. Papan bergerak boleh digunakan sekiranya koridor terlalu sempit, 9