11 unit 7

8,443 views

Published on

2 Comments
3 Likes
Statistics
Notes
No Downloads
Views
Total views
8,443
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
99
Actions
Shares
0
Downloads
266
Comments
2
Likes
3
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

11 unit 7

  1. 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 91_______________________________________________________________________________ UNIT 7 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda akan dapat: 1. menerangkan konsep pengajaran dan pembelajaran khususnya di peringkat sekolah rendah. 2. menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di peringkat sekolah rendah. 3. mengenalpasti pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh digunakan disekolah rendah. PETA KONSEP TAJUK Pengajaran dan Pembelajaran Konsep dan Konsep dan Teori Teori Pengajaran Pembelajaran Proses Pengajaran dan Pengajaran Pelbagai Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran
  2. 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 92_______________________________________________________________________________ PENGENALAN Kesempurnaan sesuatu kurikulum persekolahan yang dirancang itu belum tentu menjamin pencapaian hasrat dan objektifnya. Yang lebih penting dalam sekuen pelaksanaan sesuatu kurikulum itu ialah bagaimana realiti penterjemahan kandungan kurikulum itu dalam konteks bilik darjah. Di sinilah peranan besar yang dituntut daripada para guru dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. ISI KANDUNGAN Apakah maksud pengajaran dan pembelajaran? Pengajaran dan pembelajaran adalah merupakan aktiviti yang saling berkait, yang mana berlaku secara bersama dalam satu ruang masa. Pemisahan antara dua konsep ini sukar dilakukan secara praktisnya kerana ia berlaku secara serentak. Konsep pengajaran itu diwakili oleh individu yang bergelar guru, manakala pembelajaran diwakili oleh murid. Tanpa guru maka tiada murid (dan sebaliknya) maka tiadalah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan pemikiran dalam aliran falsafah pendidikan telah memberi dimensi baru tentang peranan guru (pengajaran) dan murid (pembelajaran). Sebelum abad ke 20 (1900), aliran falsafah pendidikan tradisional berpendapat aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu memberi tumpuan kepada isi kandungan dan kebenaran universal yang mutlak. Pengajaran memfokus kepada persoalan apa, siapa dan bila. Charles Darwin merupakan tokoh yang telah merintis kepada penjelasan saintifik tentang sesuatu fenomena alam. Perkembangan saintifik dalam 1900 telah mendorong kepada perkembangan aliran falsafah pragmatisme (kontemporari) yang didokong oleh John Dewey. Aliran pragmatisme berasaskan kepada perubahan, proses dan relativiti. Pembentukan pengetahuan adalah sebagai satu proses yang mana realiti sentiasa berubah. Pembelajaran berlaku apabila seseorang individu terlibat dalam penyelesaian masalah, yang mana mudah dipindahkan berdasarkan kandungan dan situasi yang luas. Kaedah lebih penting daripada isi kandungan. Kaedah pengajaran yang terbaik ialah bukan mengajar murid apa yang perlu difikirkan, sebaliknya berfikir secara kritis. Persoalan mengapa dan jika lebih diberi keutamaan. Jadual 7.1 menunjukkan perbandingan aliran falsafah pendidikan tradisional dan kontemporari tentang pengetahuan/pembelajaran dan instruksi/pengajaran.
  3. 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 93_______________________________________________________________________________ Jadual 7.1 Aliran Falsafah Pendidikan Tradisional Dan Kontemporari Falsafah Pendidikan Tradisional Falsafah Pendidikan Kontemporari Pengetahuan dan Pembelajaran 1.Tumpuan kepada pengetahuan dan maklumat. 1. Tumpuan kepada menyelesaikan masalah dan fungsi dalam persekitaran sosial. 2.Tumpuan kepada mata pelajaran (kandungan). 2. Tumpuan kepada murid. 3.Kandungan dipilih dan disusun oleh guru. 3. Kandungan dirancang oleh guru bersama murid. 4.Kandungan disusun dari mudah ke kompleks. 4. Kandungan disusun berdasarkan pemahaman perkaitan. 5.Unit/rancangan pelajaran disusun berdasarkan 5. Unit/rancangan pelajaran disusun topik atau konsep. berdasarkan masalah atau minat murid. 6.Kandungan adalah berasingan berdasarkan 6. Kandungan adalah bersepadu; lebih dari disiplin. satu mata pelajaran. Instruksi/Pengajaran 1.Tumpu kepada penggunaan buku teks dan 1. Pelbagai bahan instruksi; pengajaran dan buku kerja; pengajaran dan pembelajaran pembelajaran termasuk sumber komuniti. dilakukan di dalam bilik darjah. 2. Pembelajaran seluruh kelas; jadual tetap. 2. Seluruh kelas, kumpulan kecil dan individu; jadual anjal. 3.Kumpulan homogeneous. 3. Kumpulan heterogeneous. 4.Murid menyerap secara pasif pengajaran 4. Murid terlibat secara aktif mencari informasi guru dan buku teks. boleh diguna dan diaplikasi. 5.Tumpuan kepada keseragaman pengalaman 5. Tumpuan kepada pelbagai pengalaman bilik darjah dan situasi instruksi. bilik darjah dan situasi instruksi. Sumber: Ornstein dan Hunkins (2009)
  4. 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 94_______________________________________________________________________________ Pengajaran Reinhartz & Beach (1997) menjelaskan maksud pengajaran sebagai implimentasi kurikulum iaitu apabila berlakunya interaksi antara guru dan murid di dalam sebuah bilik darjah. Manakala Kane et. al. (2002) dalam tinjauan semula tentang konsep pengajaran telah menyenaraikan perkara berikut: • pengajaran sebagai menyampaikan maklumat • pengajaran sebagai pemindahan maklumat • pengajaran sebagai ilustrasi aplikasi teori kepada praktis • pengajaran sebagai memperkembang konsep/prinsip dan perkaitan keduanya • pengajaran sebagai memperkembang keupayaan untuk menjadi pakar • pengajaran sebagai meneroka cara memahami dari perspektif tertentu • pengajaran sebagai mendapatkan perubahan konsep Terdapat dua perspektif terhadap ilmu apabila membincangkan tentang pengajaran iaitu perspektif objektivis (melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran) dan perspektif konstruktivis (melaksanakan kaedah induktif). Perspektif objektivis mempunyai ciri-ciri berikut: • Ilmu sebagai satu komoditi yang pasti dan boleh diperturunkan. • Tumpuan kepada isi kanfdungan pelajaran, kemahiran baru, keupayaan baru dan pemindahan pembelajaran. • Menggunakan Taksonomi Bloom sebagai asas untuk pengajaran dan penilaian. • Ilmu pengetahuan bersifat kumulatif. • Disokong teori pemprosesan maklumat (menjelas bagaimana pengetahuan diplajari) dan teori skema (menjelas bagaimana pengetahuan dibentuk). • Strategi pengajaran berbentuk ekspositori seperti kaedah kuliah, demonstrasi, simulasi, main peranan dan latih tubi. Secara ringkasnya perkara tersebut adalah seperti Jadual 7.2. Gambar Hiasan Berkaitan Pengajaran Guru
  5. 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 95_______________________________________________________________________________ Jadual 7.2 Perspektif Objektivis Jenis Teori Pengasas Teori Pengasas Fokus/Objektif Pengajaran & Pembelajaran Teori/Model Pembelajaran Pembelajaran Behaviourisme Pavlov, Skinner Penguasaan isi pelajaran Thorndike, melalui proses pelaziman dan Skinner penggunaan motivasi ekstrinsik. Sibernetik Landa Penguasaan kemahiran dan pengetahuan prosedur melalui penggabungan dan sub- prosedur. Kognitif Ausubel, Gagne, Ausubel, Gagne, Penguasaan isi pelajaran Flavell, Mayer Keller, Bloom, melalui pencetusan proses Mager mental seperti skema dan metakognisi. Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (2006) Perspektif konstruktivis pula mempunyai ciri-ciri berikut: • Melihat pelajar sebagai Pembina ilmu. • Pengajaran bertujuan untuk mengubah cara dan tahap berfikir. • Isi pelajaran bukan matlamat pengajaran tetapi hanyalah batu loncatan untuk mendapatkan kepakaran yang lebih tinggi. • Isi pelajaran diketepikan selepas kepakaran diperolehi. • Pengajaran berfokus kepada proses pembinaan ilmu pengetahuan. • Contoh strategi pengajaran adalah inkuiri (seperti pembelajaran berasaskan masalah) dan belajar sambil melawat. Secara ringkasnya perkara tersebut adalah seperti Jadual 7.3.
  6. 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 96_______________________________________________________________________________ Jadual 7.3 Perspektif Konstruktivis Jenis Teori Pengasas Pengasas Fokus/Objektif Pengajaran & Teori Teori/Model Pembelajaran Pembelajaran Pembelajaran Pembangunan Piaget, Lawson, Collins Kemahiran pentaakulan, Mental Gardner dan Stevens, pemikiran aras tinggi Bruner, Taba berdasarkan logik dan pembangunan pelbagai kecerdasan. Humanis Rogers Rogers Pembelajaran yang bermakna dan ownership of knowledge. Pembelajaran Vygotsky Spiro, Thelen Kemahiran pentaakulan, Sosial pemikiran aras tinggi berdasarkan perancahan (scaffolding), pembelajaran koperatif/kolaboratif dan sebagainya. Sumber: Kementerian Pengajian Tinggi (2006) Pembelajaran Marton dan Booth (1997; dalam Fry dan Marshal, 2003) menyatakan pembelajaran adalah berkenaan bagaimana kita menanggap dan memahami dunia, tentang membuat makna. Fry dan Marshal (2003) berpendapat pembelajaran boleh merupakan prinsip abstrak, maklumat fakta, pemerolehan kaedah, teknik dan pendekatan melakukan sesuatu, idea, perlakuan yang bersesuaian bagi situasi tertentu, mengenali sesuatu dan juga penaakulan. Pembelajaran itu dikatakan telah berlaku apabila terdapat perubahan pada tingkah laku pelajar selepas melalui sesuatu pengalaman pendidikan. Kebiasaannya, ektiviti pembelajaran di sekolan dibahagikan kepada tiga klasifikasi domain iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor. Domain kognitif adalah aktiviti pembelajaran yang berfokus kepada aktiviti intelek, domain afektif merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang berpusat kepada rohani dan emosi, dan domain psikomotor pula merujuk kepada aktiviti pembelajaran yang mengaitkan penggunaan jasmani tubuh badan. Terdapat pelbagai teori dan model pembelajaran yang telah dikemukakan. Namun, modul ini akan membincangkan empat teori dan model pembelajaran sahaja yang bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran di sekolah rendah iaitu behaviourisme, konstruktivisme, pembelajaran berasaskan pengalaman dan pelbagai kecerdasan. Teori pembelajaran behaviourisme pula mendapat sambutan yang baik dalam dekad 1950an dan 1960an. Kata kunci kepada teori ini ialah ransangan (stimuli) dan gerak balas. Teori ini menyatakan bahawa sesuatu organisme akan memberikan suatu gerak balas apabila suatu ransangan dikenakan ke atas mereka. Perkara ini amat benar jika dilihat terhadap perlakuan lahiriah organisme tersebut. Namun, mungkin gerak balas
  7. 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 97_______________________________________________________________________________ yang diberikan adalah suatu gerak balas refleksi semacam tindakan pantulan. Di sini, teori pembelajaran behaviourisme tidak dapat menjelaskan proses kognitif yang berlaku terhadap organisme tersebut. Jika diaplikasi dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, teori ini berpendapat bahawa murid perlu menyesuaikan diri mereka kepada persekitaran. Murid perlu memberi tindak balas terhadap ransangan persekitaran termasuk guru. Peranan guru lebih dominan kerana murid dianggap seperti suatu bekas yang perlu diberi ilmu pengetahuan melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Murid dianggap pasif kerana hanya menanti ransangan daripada guru. Aliran konstruktivisme percaya bahawa individu murid itu mempunyai keupayaan untuk membina ilmu pengetahuan. Individu murid perlu secara aktif membentuk dan membina ilmu. Murid dianggap telah mempunyai ilmu pengetahuan dan otak mereka tidak kosong walau pun mereka belum didedahkan dengan sesuatu isi pelajaran baru. Ada kemungkinan pengetahuan yang terdapat dalam diri mereka itu salah. Justeru, guru perlu mengetahui pengetahuan sedia ada murid dalam merancang dan melaksanakan pengajaran mereka. Pengajaran akan mengakibatkan pemindahan dan transformasi maklumat yang mana individu murid akan membina, menjana dan menyesuaikan pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada dalam diri mereka. Dalam konteks ini, para guru perlu memikirkan cara untuk memastikan berlakunya pemindahan dan transformasi ilmu kepada diri murid. Pembelajaran berasaskan pengalaman pula menyatakan bahawa pemahaman yang dimiliki oleh seseorang individu murid itu bukan bersifat tetap. Individu murid akan memperolehi pengalaman apabila mereka belajar khususnya belajar dengan cara melakukan sesuatu (learning by doing). Pemahaman akan dibentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman yang dilalui. Siri pengalaman yang dilalui akan membentuk pemahaman murid secara berterusan. Pusingan Pembelajaran Kolb menyatakan terdapat empat peringkat keupayaan bagi menjamin pembelajaran iaitu pengalaman konkrit (concrete experience – CE), pemerhatian reflektif (reflective observation – RO), konseptualisasi abstrak (abstract conceptualization – AC) dan percubaan aktif (active experimentation – AE). Murid perlu diberi peluang dan kebebasan untuk mendapat pengalaman baru (CE). Seterusnya murid perlu diberi peluang untuk membuat refleksi (RO) tentang pengalaman yang telah mereka lalui. Di peringkat ini, maklum balas daripada orang lain adalah penting. Di langkah seterusnya, murid diharapkan mampu membentuk dan membentuk semula, memproses idea, menjadikannya milik sendiri dan menyepadukan idea baru mereka menjadi teori yang logikal (AC). Di peringkat keempat, individu murid akan menggunakan teori untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah, dan menguji implikasinya dalam situasi baru. Pusingan ini akan berterusan apabila individu murid melalui siri pengalaman baru dan membina pemahaman. Howard Gardner telah memperkenalkan Teori Pelbagai Kecerdasan. Kemunculan teori ini telah menyanggah pendapat yang selama ini mengatakan faktor kecerdasan murid sebagai penentu kejayaan aktiviti pembelajaran murid. Sebaliknya, Howard Gardner mencadangkan lapan kecerdasan yang pelbagai yang dipunyai oleh individu berdasarkan perbezaan keupayaan dan potensi mereka iaitu: • Kecerdasan verbal linguistik • Kecerdasan logic matematik • Kecerdasan visual ruang • Kecerdasan kinestetik • Kecerdasan muzik • Kecerdasan interpersonal • Kecerdasan intrapersonal
  8. 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 98_______________________________________________________________________________ • Kecerdasan naturalis Teori ini memberi implikasi bahawa setiap guru perlu mengenal pasti kecenderongan murid dan menyesuaikan cara pengajaran dan pembelajaran berdasarkan lapan laluan pembelajaran yang dicadangkan oleh Gardner ini. Apakah yang berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran? KSSR menyarankan agar pembelajaran mempunyai ciri supaya learning is fun berlaku. Sehubungan itu, guru perlu lebih kreatif dan inovatif dalam pelaksanaan proses pembelajaran murid. Secara umumnya, sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan merangkumi tiga fasa iaitu: • Fasa sebelum pengajaran • Fasa semasa pengajaran • Fasa selepas pengajaran Rajah 7.1 menunjukkan urutan ketiga-tiga fasa yang terlibat dalam sesebuah proses pengajaran dan pembelajaran. • Penentuan kemahiran atau isi pelajaran • Penelitian kebolehan sedia Sebelum ada murid Pengajaran • Penentuan objektif P&P • Penentuan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik P& P • Pemilihan bahan sumber • Pelaksanan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik Semasa • Pengurusan kelas Pengajaran • Penggunaan bahan bantu • Penilaian Selepas • Penilaian pencapaian Pengajaran • Penganalisaan maklum balas Rajah 7.2 Urutan Fasa Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran (Sumber: Ikhsan Othman & Norila Md Salleh, 2005)
  9. 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 99_______________________________________________________________________________ AKTIVITI 7.1 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara konsep pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aliran tradisional dan moden. Aliran Pengajaran Pembelajaran Tradisional Moden
  10. 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 100_______________________________________________________________________________ Garis panduan untuk pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Pengajaran yang berkesan ialah pengajaran yang beupaya mencapai objektifnya yang terlebih dahulu ditetapkan. Beberapa garis panduan boleh difikirkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Berikut adalah antara yang boleh difikir oleh guru dan dilaksanakan. Rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran. (If we fail to plan, we plan to fail. Plan your work and work your plan) Fikirkan pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran. Rancang pengajaran berasaskan kebolehan dan pengetahuan sedia ada murid. Susun isi pelajaran mengikut tahap kesediaan pembelajaran murid. Susun isi pelajaran daripada yang mudah kepada yang sukar dan daripada yang konkrit kepada yang abstrak. Wujudkan suasana fizikal dan suasana psikologi yang kondusif. Gunakan set induksi yang mampu menarik perhatian murid dan menimbulkan rasa ingin tahu murid. Gunakan suara yang dapat didengari murid dengan jelas. Gunakan bahan bantu belajar yang menarik perhatian murid Laksanakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan murid. Variasikan aktiviti bagi mengekalkan minat murid dan tumpuan murid. Kerap memberi peneguhan dalam pelbagai bentuk termasuk pujian. Beri peluang murid untuk mengemukakan sesuatu perkara berkaitan pembelajaran mereka Apakah kaedah pengajaran dan pembelajaran? Dalam KSSR pelaksanaan pengajaran adalah melibatkan strategi pemusatan guru, pemusatan murid, pemusatan bahan dan berasaskan ativiti/tugasan. Strategi pengajaran dan pembelajaran merujuk kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan dan merancang kaedah serta teknik berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditentukan. Walau bagaimanapun secara umumnya terdapat tiga mod pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah iaitu: • pembelajaran secara kelas • pembelajaran secara kumpulan • pembelajaran secara individu Pembelajaran Secara Kelas Kaedah ini adalah yang paling biasa dilakukan oleh kebanyakan guru dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru memandu aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Interaksi guru dan murid agak terbatas. Manakala interaksi murid dengan murid sukar berlaku. Penyampaian maklumat lebih kepada satu hala iaitu daripada guru kepada murid. Kebiasaannya, bahan bantu
  11. 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 101_______________________________________________________________________________ mengajar juga adalah sama kepada semua murid. Kadang-kala penggunaan papan putih/hitam lebih tertumpu untuk membuat catatan dan penyampaian maklumat. Dalam konteks KBSR, pelaksanaan pengajaran secara kelas memang sering berlaku. Penggunaan kaedah kelas ini dilakukan sewaktu di peringkat set induksi, perkembangan dan penutup dalam sesuatu sesi pengajaran. Antara kegunaan penting kaedah kelas ialah ketika memberi pengenalan umum dan gambaran keseluruhan sesuatu topik atau topik baru bagi menyediakan murid pembelajaran terperinci, membincang dan menjelas sesuatu prinsip, deskripsi dan rumusan tentang isi pelajaran. Pembelajaran Secara Kumpulan Pembelajaran secara kumpulan bermakna dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Dalam konteks KBSR, murid-murid boleh disatukan dalam satu-satu kumpulan mengikut: • kebolehan • pencapaian • minat • jantina Dalam kumpulan kebolehan yang sama, guru dapat mudah memberi bimbingan dan tunjuk ajar berdasarkan tahap kebolehan murid yang lebih kurang sama. Dalam kumpulan kebolehan yang berbeza pula, guru mengharapkan akan berlaku interaksi antara murid dengan murid di mana murid yang lebih berkebolehan dapat membantu murid yang kurang berkebolehan. Bagaimanakah pula pengumpulan murid mengikut pencapaian, minat dan jantina dapat dilakukan? Apakah justifikasi guru untuk berbuat demikian? Dalam hal ini, saiz kumpulan yang berdasarkan bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan akan menentukan darjah penglibatan dan interaksi murid sesama mereka. Kumpulan kecil yang mengandungi ahli terdiri daripada dua hingga empat orang murid lebih bersifat tidak formal. Tidak semestinya melantik seorang ketua untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Kumpulan kecil begini memberi peluang kepada ahli dalam kumpulan berinteraksi secara maksimum dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Kumpulan yang sederhana besar pula terdiri daripada 5 hingga 10 orang ahli. Aktiviti dalam kumpulan yang dilakukan secara bersama lebih bersifat formal kerana perlu ada seorang ketua untuk menyelaras aktiviti supaya dapat dilaksana dengan lancar. Kumpulan besar yang ahlinya terdiri daripada lebih 10 orang murid dalam setiap kumpulan sangat bersifat formal. Seorang ketua kumpulan yang amat berkebolehan
  12. 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 102_______________________________________________________________________________ perlu dilantik untuk menyelaras aktiviti kumpulan. Darjah penglibatan setiap murid dalam aktiviti pembelajaran amat terbatas disebabkan bilangan ahli yang terlalu ramai. Newble dan Cannon (1995) telah menyarankan bahawa pengajaran yang menggunakan kaedah kumpulan perlu ada ciri-ciri berikut: • Penglibatan yang aktif di pihak murid. • Pertemuan secara bersemuka. • Aktiviti yang bertujuan tertentu dan bersebab. Pembelajaran Secara Individu Pembelajaran secara individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan cetusan pemikir moden dalam bidang pendidikan. Golongan ini berpendapat setiap individu murid adalah unik, pelbagai dan rencam dalam aspek pertumbuhan dan perkembangan mereka. Justeru, setiap individu murid mempunyai hak untuk memperkembang aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani mereka melalui sistem pendidikan. Terdapat pelbagai istilah yang digunakan bagi penjelasan pendekatan individu ini. Fry et. al. (2003) telah menamakan sebagai self-directed, independent dan autonomous learning. Biggs (1999) telah menamakan kajian kendiri (independent study). Manakala Ellington dan Earl (1999) menamakan sebagai individualized student-centered approach. Namun demikian, kesemua label ini merujuk kepada pendekatan individu yang mengambil kira perbezaan dan gaya pembelajaran individu dalam pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan individu ini sangat fleksibel yang mana setiap murid mempunyai kebebasan untuk menentukan arah tuju pembelajaran mereka. Murid dituntut untuk mempunyai sifat kendiri dan motivasi yang tinggi kerana segala aspek tentang pembelajaran mereka ditentukan oleh mereka (murid) sendiri. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam melaksanakan kaedah individu ini adalah pelbagai dan perlu disediakan oleh guru.
  13. 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 103_______________________________________________________________________________ AKTIVITI 7.2 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara kaedah pembelajaran secara, kumpulan dan individu dari aspek peranan guru, peranan murid dan tujuan pemilihan kaedah tersebut. Pembelajaran Peranan Guru Peranan Murid Tujuan Secara Pemilihan Kelas Kumpulan Individu
  14. 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 104_______________________________________________________________________________ Pemulihan Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan (1979 : Perakuan 5) telah memperakukan bahawa perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu. Berkaitan hal ini terdapat pekeliling KPM yang memastikan kelas pemulihan dilaksanakan di sekolah-sekolah. Antaranya ialah Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bertarikhh 22 Januari 1985 (Guru Khas Pendidikan Pemulihan), Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26) bertarikh 18 Januari 1986 (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah), Surat Pekeliling Bahagian Sekolah- Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bertarik. 30 Jun 1989(Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah). Menurut Kamus Dewan Edisi IV (2005), perkataan pulih bermaksud kembali seperti biasa atau sembuh. Pemulihan adalah sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira (Panduan Am KBSR - 1982). Antara objektif Program Pemulihan Khas adalah untuk membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas. Fokus utama pembelajaran dalam KBSR ialah untuk memastikan semua murid berupaya menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira selepas tamat melalui pengalaman pembelajaran di sekolah rendah. Namun demikian, perbezaan keupayaan individu yang pelbagai mungkin menjadi penghalang dan mengakibatkan pencapaian penguasaan kemahiran-kemahiras asas dalam kalangan sesetengah murid tidak tercapai. Bahkan semua murid mempunyai hak untuk belajar dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Maka tugas guru adalah untuk memastikan semua pelajar menguasai kemahiran yang diperlukan untuk melancarkan pembelajaran murid. Penilaian formatif yang dijalankan oleh guru sepanjang tempoh pengajarannya di dalam bilik darjah memerlukan guru mengenalpasti tahap pencapaian dan penguasaan murid- murid terhadap objektif pembelajaran yang telah ditetapkan ketika membuat perancangan pengajaran hariannya. Hasil dari penilaian formatif tersebut, jika guru dapat mengenalpasti masalah pembelajaran yang berlaku, guru tersebut tidak boleh meneruskan kepada langkah/ fasa seterusnya. Guru perlu mempastikan muridnya yang menghadapi masalah lewat menguasai isi kandungan bagi tajuk yang diajar itu benar- benar memahaminya menerusi aktiviti pemulihan seperti pengulangan, analogi, model dan sebagainya. Setelah murid- murid tersebut menguasainya maka barulah guru boleh meneruskan pengajarannya kepada langkah/ fasa seterusnya. Perbezaan keupayaan antara individu murid menuntut guru perlu memberikan layanan dan perhatian yang khusus kepada sesetengah murid (yang ketinggalan) dalam mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Perkembangan intelek antara individu murid yang tidak sama memerlukan guru memikirkan strategi yang berbeza dan khusus kepada kumpulan murid yang mengikuti kelas pemulihan ini. Selepas murid-murid ini berupaya menguasai semua kemahiran asas ini maka mereka akan meneruskan proses pembelajaran dalam sistem persekolahan biasa.
  15. 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 105_______________________________________________________________________________ Terdapat pelbagai program di sekolah rendah sekarang ini yang berorientasi pemulihan. Antaranya ialah pemulihan dalam kelas, KIA2M dan PROTIM. Kesemua program pemulihan memerlukan kaedah individu yang mana guru yang terlibat perlu membuat perancangan yang rapi dalam pendekatan pengajaran dan pembelajaran mereka. Guru pemulihan perlu mengetahui apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar dan apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Ketika merancang guru perlu mengambil kira maklumat individu murid, sebab-sebab mereka memasuki program pemulihan dan faktor-faktor yang berkaitan. Guru pemulihan perlu bijak merancang kaedah yang hendak digunakan dan bahan bantu mengajar yang hendak digunakan. Penilaian perlu dilaksanakan untuk melihat pencapaian dan perkembangan murid. Program pendidikan pemulihan bermatlamat untuk membolehkan murid-murid menguasasi kemahiran asas literasi iaitu menulis, mengira dan membaca. Objektif pendidikan pemulihan ini adalah membantu murid yang lemah tahap akademiknya: menjalankan ujian dignostik membina dan meningkatkan keyakinan diri. belajar sesuatu mata pelajaran mengikut kebolehannya memperkembangkan diri dan menunjukkan potensi mereka. memikirkan alternatif-alternatif yang berlainan dalam menyelesaikan masalah. mencapai objektif pembelajaran yang belum dicapainya dalam pelajaran lampau. membina konsep sesuatu kemahiran dengan betul yang mungkin disalah tanggap oleh pelajar sebelum ini. Sebab utama pengajaran pemulihan dijalankan dalam kelas ialah disebabkan oleh konsep setiap individu murid adalah mempunyai tahap keupayaan yang berbeza. Perbezaan individu ini perlu menjadi panduan dan amalan guru dalam usaha merancang, melaksana dan menilai proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pengayaan Jika kelas pemulihan bertujuan untuk membantu murid-murid yang belum menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira, tujuan kelas pengayaan pula ialah sebaliknya. Kelas pengayaan ialah satu proses yang mana aktiviti-aktiviti tambahan yang mempunyai aras kesukaran yang lebih tinggi diberikan kepada sekumpulan murid selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa yang telah dilakukan di
  16. 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 106_______________________________________________________________________________ dalam kelas. Murid-murid ini adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi. Tujuan diwujudkan kelas pengayaan ini ialah untuk memperkembangkan penguasaan kemahiran murid-murid ke tahap yang lebih tinggi lagi selaras dengan keupayaan mereka sendiri. Pengayaan juga dapat memperkembangkan lagi potensi yang sedia ada pada murid-murid meliputi pengetahuan dan kemahiran-kemahiran. Selain itu, pengayaan dapat menyediakan peluang-peluang tambahan untuk mengembangkan lagi daya kreatif, krititis, imaginatif, inovatif, motivatif dan bakat murid-murid dalam pelbagai bidang.Secara tidak langsung aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diberikan akan dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka. Melalui cara ini, keupayaan dan potensi murid yang terlibat akan dapat dimaksimunkan. Biasanya aktiviti kelas pengayaan ini tidak dimasukkan ke dalam jadual waktu pengajaran dan pembelajaran. Kumpulan murid yang terpilih ini akan diberikan kerja tambahan berbentuk lembaran kerja atau projek. Namun demikian tahap tugasan yang diberikan adalah bersesuaian dengan tahap mereka. Pembelajaran murid adalah lebih bercorak pembelajaran kendiri. Manakala pihak guru akan memberikan bimbingan secara minimum. Seringkali murid yang terpilih akan mengadakan perbincangan dengan rakan dan guru mereka dalam menyiapkan tugasan. Oleh kerana pengayaan merupakan aktiviti bagi memperkembangkan potensi murid kepada tahap maksima, maka jenis-jenis aktiviti pengayaan yang dilaksanakan mestilah sejajar dengan keperluan kognitif murid-murid, bercorak belajar kendiri berdasarkan modul dan pembelajaran arah kendiri dan berbentuk lembaran kerja atau projek. Aktiviti pengayaan memerlukan proses pengendalian yang teliti dan sistematik: Dijalankan secara tidak formal dan tidak dimasukkan dalam jadual waktu tetap sekolah Bimbingan guru adalah pada tahap minima kerana aktiviti pengayaan bercorak belajar kendiri Hasil aktiviti dibincangkan dengan guru atau rakan sebaya, kemudian guru akan memberi ganjaran supaya murid-murid merasai yang semua usaha mereka dihargai Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. . . . Bahagian pembangunan Kurikulum, KPM. 2010
  17. 17. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 107_______________________________________________________________________________ AKTIVITI 7.3 Tuliskan dalam jadual berikut banding beza antara pemulihan dan pengayaan. Aspek Pemulihan Pengayaan Kaedah dan Teknik Pengajaran Dalam KSSR Kaedah dan teknik yang disarankan untuk pengajaranm dan pembelajaran di bilik darjah KSSR adalah seperti yang berikut: Belajar sambil bermain Penyelesaian masalah
  18. 18. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 108_______________________________________________________________________________ Pembelajaran berasaskan projek Pembelajaran koperatif Inkuiri penemuan Pembelajaran luar bilik darjah Pembelajaran tematik Dalam pembelajaran Bahasa Malayisa Tahun 2 umpamanya pembelajaran tematik melibatkan tema kekeluargaan; kemasyarakatan; kesihatan dan kebersihan; keselamatan; perpaduan; Kebudayaan, Kesenian dan Estetika; Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan; Sains, Teknologi dan Inovasi; Alam Sekitar dan Teknologi Hijau; Pertanian; dan ekonomi. Penekanan kepada konsep 5P juga perlu dilaksanakan. Konsep 5P adalah merujuk kepada penggabunjalinan, penyerapan, pemulihan, pengayaan dan penilaian. Konsep 5P juga diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris Tahun 1 & 2 Sekolah Kebangsaan. Bagaimana pengajaran dalam kelas bercantum boleh berlangsung? Kelas bercantum biasanya terdapat di sekolah-sekolah yang kurang murid (SKM). Kelas bercantum merupakan kelas yang diwujudkan kerana bilangan murid dalam tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang dan bilangan ini tidak mencukupi untuk membentuk sebuah kelas biasa. Oleh yang demikian, kelas bercantum akan diwujudkan dengan mencantumkan dua atau tiga kumpulan murid yang tediri daripada tahun persekolahan yang berbeza di dalam satu kelas. Sesebuah kelas bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua atau tiga tahun persekolahan ( iaitu Tahun 1 dan Tahun 2 atau Tahun 1, 2 dan 3 ). Seorang guru akan dikehendaki mengajar lebih daripada satu tahun persekolahan secara serentak dalam sesebuah kelas bercantum. Selain itu, kriteria percantuman kelas juga bergantung kepada bilangan tenaga pengajar yang sedia ada. Sebagai contoh, sebuah sekolah yang mempunyai 3 orang guru boleh mencantumkan murid-murid daripada tiga tahun persekolahan bagi membentuk sebuah kelas bercantum. Manakala, sebuah sekolah yang mempunyai 4 atau 5 orang guru pula boleh mencantumkan murid-murid daripada dua tahun persekolahan dalam sebuah kelas. Namun, biasanya, bilangan guru dalam sekolah yang mempunyai kelas bercantum tidak melebihi 5 orang kerana peruntukan guru adalah mengikut nisbah bilangan kelas yang terdapat di sesebuah sekolah berkenaan. Penderkatan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas bercantum juga berbeza yang mana, semasa guru mengajar murid-murid dalam satu tahun persekolahan, murid-murid dari tahun persekolahan yang lain akan ditinggalkan. Justeru, untuk memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan, guru yang terlibat perlu memilih dan merancang strategi pengajaran dengan baik. Penyusunan bilik darjah dalam kelas bercabtum juga berbeza. iaitu melibatkan penyusunan kerusi-meja dan alatan perlu sesuai dengan jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Buasanya, dua papan hitam digunakan dan kedua- duanya terletak di tempat pengadang yang diletakkan ditengah-tengah kelas sebagai pembahagi kelas. Tempat duduk guru pula diletakkan di tempat yang membolehkan guru mengawasi kedua-dua tahun persekolahan itu.
  19. 19. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 109_______________________________________________________________________________ Jadual waktu pelajaran bagi setiap tahun persekolahan dalam sebuah kelas bercantum seboleh-bolehnya disusun mengikut mata pelajaran yang sama dalam waktu pelajaran yang sama. Sebagai contoh, semasa murid Tahun 1 belajar Bahasa Melayu, murid- murid Tahun 2 juga harus disusun jadualnya dengan mata pelajaran yang sama. Pengajaran dan pembelajaran juga akan mencantumkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan. Pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan. Antaranya ialah seperti kaedah kelas jika guru ingin menyampaikan maklumat am kepada semua pelajar. Kaaedah kumpulan boleh digunakan jika guru ingin mengasingkan murid berdasarkan kecekapan kemahiran dan kebolehan akademik. Kaedah individu juga boleh digunakan jika guru ingin memfokus kepada seseorang individu murid. RUMUSAN Unit ini telah memberi fokus tentang pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah dari aspek konsep pengajaran dan pembelajaran. Kepelbagaian cadangan kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah telah turut sama dibincangkan. Pengajaran dalam KSSR juga disentuh sedikit sebagai cetusan kepada para pelajar untuk terus mendalami lagi perkara tersebut dari semasa ke semasa. KATA KUNCI Falsafah pendidikan - kefahaman tentang segala aspek yang berkaitan dengan pendidikan. Kaedah kelas - Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dengan mengawal pembelajaran semua murid di dalam sebuah kelas. Kaedah kumpulan - Dua atau lebih murid akan disatukan secara bersama dalam satu kumpulan dan melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara bersama bagi mencapai matlamat pembelajaran yang sama. Kaedah individu - Kaedah di mana guru mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke atas individu murid atas beberapa sebab seperti kerja individu; murid yang perlu bimbingan secara khusus dan sebagainya. Pemulihan - Pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira
  20. 20. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 110_______________________________________________________________________________ Pengayaan - Kelas yang mengandungi aktiviti tambahan pada aras kesukaran yang lebih tinggi kepada sekumpulan murid yang mempunyai penguasaan kecekapan dan kemahiran yang tinggi, selain daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran biasa. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Manakah antara berikut merupakan aliran falsafah pendidikan moden? A. Perenialisme B. Esensialisme C. Progresivisme D. Eksistensialisme 2. Pendidikan moden menuntut guru berfungsi sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Manakah antara berikut boleh dikaitkan dengan pernyataan di atas? A. Guru adalah sumber ilmu yang mutlak dalam proses pengajaran dan pembelajaran. B. Guru menetapkan pengalaman kepada murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. C. Guru adalah pihak yang berautoriti dalam proses pengajaran dan pembelajarannya. D. Guru perlu menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dengan baik. Perancangan pengajaran yang baik __________ I. menyatakan objektif dengan jelas. II. menepati kehendak sukatan pelajaran. III. tidak mengabai murid berpencapaian rendah. IV. boleh terlaksana dalam masa yang ditetapkan. A. I dan IV sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II, III dan IV sahaja
  21. 21. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 111_______________________________________________________________________________ 4. Sebagai guru, aktiviti refleksi perlu dilakukan di peringkat ____________ A. sebelum pengajaran. B. semasa pengajaran. C. selepas pengajaran. D. sebelum, semasa dan selepas pengajaran 5. Manakah antara berikut ciri-ciri Pemulihan dan Pengayaan yang dilakukan dalam sesi pengajaran di dalam kelas? l. Bilangan pelajar yang biasanya sedikit. ll. Dimasukkan dalam jadual waktu kelas. lll. Ujian diagnostik terlebih dahulu perlu dilakukan. lV. Murid berkeupayaan hampir sama dikumpul bersama. A. l dan ll sahaja B. ll dan lll sahaja C. l dan lV sahaja D. lII dan lV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. C; 2. D; 3. D; 4. C; 5. C RUJUKAN Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Inggeris Sekolah Kebangsaan Tahun Satu & Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perkembangan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR): Modul Teras Asas Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahun Dua. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia Cruickshank, D.R., Jenkins, D.B. & Metcalf, K.K. (2003). The act of teaching (3rd ed.). Boston: McGraw Hill. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2009). Curriculum: Foundations, principles and issues (3rd ed.). Boston: Allyn & Bacon.
  22. 22. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 112_______________________________________________________________________________ Reinhartz, J. & Beach, D.M. (1997). Teaching and learning in the elementary school: Focus on curriculum. New Jersey: Merill Sufean Hussin (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Wiles, J. & Bondi, J. (1998). Curriculum development: A guide to practice (5th.ed.). New Jersey: Merrill Prentice Hall.

×