KERTAS KERJA MINGGU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH.doc
Tugasan seni dalam pendidikan on line
1. TUGASAN SENI DALAM PENDIDIKAN
NYATAKAN KEBAIKAN INTERGRASI DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN SENI DALAM PENDIDIKAN. BERIKAN CONTOH.
Peranan Seni dalam Pendidikan Mengikut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed
Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai “3R” iaitu membaca, menulis dan
mengira. Penggunaan huruf, “R” adalah satu perkataan yang sesuai digunakan
dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu
dijadikan “R” keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Terdapat 3
bidang utama dalam mata pelajaran ini iaitu Seni Visual, Seni Muzik dan Seni
Pergerakan.
Kebaikan yang diperolehi melalui intergrasi dalam pengajaran dan
pembelajaran Seni Dalam Pendidikan adalah semua murid mendapat pengalaman
yang optima melalui seni yang membawa kepada keyakinan diri dalam diri murid
dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan
dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang
sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melakui seni
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna
yang kita pilih dan pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat
mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan.
Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi rasa
keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan
kemahiran yang kita pelajari.
Kebaikan intergrasi dalam seni pendidikan yang seterusnya adalah
memperkembangkan pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita
mengembangkan lagi tahap yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam
pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, pengintergrasian ini dapat membantu
kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna
boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu. Justeru itu,
kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti
Pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan. Proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok Pengajaran yang dilaksanakan
dengan menggabungjalin pelbagai unsur seni dan berbeza dari kaedah pengajaran
tradisional yang hanya menggunakan kapur dan papan tulis sebagai media dalam
penyampaian maklumat dapat menjadikan murid berasa lebih seronok. Selain itu,
murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk
yang diajar. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran
seumur hidup.Contoh guru mengabungjalinkan aktiviti nyanyian dan gerakan
semasa mengajar matapelajaran Bahasa Melayu.
2. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri
dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak akan belajar dengan aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untukmembuat keputu
san dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat membantu kita belajar dengan
lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu
dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antarapemikiran dengan perlakuan
kita.
Oleh yang dimikian,sebagai seorang guru perlulah menjadi seorang yang lebih
berdedikasi dalam memantapkan lagi profesinalisme perguruan dengan mempelbagaikan
teknik atau kaedah pengajaran supaya seiring dengan kemuhuan murid yang menjurus
kepada minat mereka .
Disediakan oleh,
HASNI BINTI ABDUL HAMID
770109025086
PPG PRA A
U/P: EN FAUZI BIN HARON
(PENSYARAH SENI DALAM PENDIDIKAN)