Seni dalam pendidikan

3,338 views

Published on

0 Comments
8 Likes
Statistics
Notes
  • Be the first to comment

No Downloads
Views
Total views
3,338
On SlideShare
0
From Embeds
0
Number of Embeds
56
Actions
Shares
0
Downloads
0
Comments
0
Likes
8
Embeds 0
No embeds

No notes for slide

Seni dalam pendidikan

  1. 1. SENI DALAM PENDIDIKAN1.0 PengenalanMengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak,lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan menciptasesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkansesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jituamat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentukmanakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripadakurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatuproduk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya,Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagaipertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objekyang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentukilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuanseni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannyaterhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidakmampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyaipertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalahpenghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenanganestetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsepkesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual.Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalamkesenangan ini.2.0 Aplikasi seni dalam pendidikanSeni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah danhalus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapabidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadimerupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan
  2. 2. sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran.Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yangmenarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberisatu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untukseseorang individu.“Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusiayang diolah secara halus dan sederhana”. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Kenyataan tadimendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logikmanusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan olehilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakansatu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlakdan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasarpembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagaiaspek.Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianyamenggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, senipergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan,manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti danseni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari.Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupanakan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidakmenarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalamkomponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalammenggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapatdinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu bolehdinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzikakan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalamkehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagaicontoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan
  3. 3. sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedaridan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, iramadigambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yangmewujudkan pergerakan.Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk iramasewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan,menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang mindakanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpakehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan muridakan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukansecara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktvitidengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronokmelakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyakmelakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi.Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalammenjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebihterdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guruperlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaransupaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan ArtEducation menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsisebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajarandan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guruperlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan PelajaranPendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran denganmenumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahirantertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni DalamPendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alamsekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam
  4. 4. setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidaklangsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti,pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidikSeni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruhdanseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selaridenganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untukmenyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiranuntuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam prosespengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini,ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiridan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu danmemudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajarandengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama disekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidikseperti:1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan danprofessional.Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintismenyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikankita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yangseimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampumenarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin danberkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapatmembantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran danmendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasankepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran.Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual,muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini.
  5. 5. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran danperpindahan pembelajaran.3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat.Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantudalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991)oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawaseni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guruagar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran denganberkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senangmencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.4) Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran danpembelajaran.Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapattujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasanlinguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori inimenyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini keranamanusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melaluiperbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknikdan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiridalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Senimenyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seniperkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengankemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam prosesmembuat sentiasa ditegaskan3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiranbelajar.Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantumembina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hariini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
  6. 6. kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kitapakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dantindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakanpilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita.Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kitamengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalampembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran danpembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah lakuseseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapatdikenalpasti.3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepadakeperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkandengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampumempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektualmengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displindiri,mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalamproses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan danmenyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaranseumur hidup secara menyeluruh.4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiridan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif danmenyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerjadan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuatkeputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajardengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalammeneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuankita.
  7. 7. 5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupayameningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuattaakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi.Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakanseseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikanmasalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi danimaginasi5.0 KesimpulanSecara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam prosespengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikandapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaranmenyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikanseni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebutdapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapatmengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarikdengan kaedah yang digunakan ini.Posted by Hushna Afendi at 10:11 AM 2 comments:http://shydatulhushna.blogspot.com/

×