SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG 
DALAM NI ADA RUJUKAN POWER POINT WAJ SENI 
http://waj3107.blogspot.com/2012/07/pembentangan-3irama-warna-dan-ruang. 
html 
Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: 
1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri 
dan kemahiran belajar. 
Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat 
membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang 
sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni 
sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi 
warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, 
terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap 
sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang 
lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan 
membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. 
2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan 
ekspresi. 
Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita 
mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori 
dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses 
pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan 
peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran 
meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 
3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. 
Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini 
menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni 
banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan 
1
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, 
keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat 
masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri 
dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan 
pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah 
yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup 
secara menyeluruh. 
4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. 
Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan 
otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara 
aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain 
berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat 
mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. 
Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih 
menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam 
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan 
perlakuan kita. 
5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan ‘Lateral 
Leaps’ 
Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya 
meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat 
taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan 
komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan 
kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran 
berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan 
penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. 
2
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
Faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam 
proses pengajaran dan pembelajaran. 
Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh 
dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari 
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk 
menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran 
untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses 
pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, 
ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri 
dan kecerdasan pelbagai. 
Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru 
dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan 
mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah 
rendah. 
Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik: 
1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang 
seimbang, berketrampilan dan professional. 
Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis 
dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya 
akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, 
peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru 
yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar 
untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti 
seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya 
melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak 
3
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid 
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. 
2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan 
pembelajaran. 
Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. 
Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses 
menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat 
membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan 
pembelajaran. 
3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. 
Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain 
membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. 
Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak 
kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional 
dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan 
proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan 
pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan 
matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. 
4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran 
dan pembelajaran. 
Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan 
bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi 
penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain 
mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang 
penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan 
melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. 
4
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi 
serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri 
dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. 
Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. 
Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman 
unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang 
teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan. 
Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh: 
1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan 
menggembirakan. 
2. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera. 
3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya. 
4. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni 
5. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan 
selamat. 
6. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab. 
7. Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan 
kaitannya dengan keselesaan hidup. 
8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang 
berfaedah. 
9. Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah 
air. 
5
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENI 
Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide 
and seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut: 
1. Bagaimana mereka menguruskan permainan ini. 
Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. 
Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan 
menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim 
bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak 
membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim 
juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa 
orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli 
yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng 
diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. 
Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai 
penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi 
pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada 
permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat 
dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli 
yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang 
bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu 
membunyikannya. 
6
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
2. Bagaimana menyembunyikan diri mereka. 
Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk 
menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh 
dan susah untuk dicari oleh si pencari. 
3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari. 
Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari 
pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh 
masa yang telah ditetapkan oleh hakim. 
4. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui. 
Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai 
penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan 
kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik. 
Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari 
berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi 
pertama yang telah dijumpai oleh si pencari. 
Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak 
1. Keinginan untuk bergerak 
Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan 
diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam 
sebarang perlumbaan atau lumba lari. 
2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. 
Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu 
dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji 
dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik 
akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan 
dan penghargaan. 
7
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam 
masyarakat. 
Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan 
dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi 
permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat 
sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan 
dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan 
mereka dianggap tidak kedekut. 
4. Keinginan untuk bersaing. 
Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan 
kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-kanak 
memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan 
kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka. 
5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik. 
Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan 
diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. 
Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila 
mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu 
akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain. 
6. Keinginan untuk meneroka. 
Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar 
biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam 
kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka 
memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan 
kepada mereka. 
7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. 
Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. 
Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti 
membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau 
menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan 
8
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud 
dalam minda mereka. 
8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. 
Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan 
idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang 
menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat 
mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan. 
9. Keinginan untuk kefahaman. 
Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan 
kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat 
meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan 
persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan 
memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang 
seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat 
memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya 
menjiwai watak tersebut. 
9
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG 
Ubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk 
belajar. 
· Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan. 
· Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan 
sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian 
murid. 
· Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk 
menampakkan lebih keceriaan. 
· Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan 
plastik di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar. 
Peranan warna dalam kehidupan harian 
· Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau 
garang atau terang. 
· Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. 
· Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita. 
· Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. 
· Warna boleh menceriakan suasana sekeliling. 
Ruang 
Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu 
pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita 
10
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk 
bergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan 
dalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat 
bergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar. 
Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia 
(1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia 
dengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap 
warna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan 
juga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang 
luas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan 
merasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi 
pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas. 
11
Suasana Waktu 
Rehat 
Bunyi yang 
didengar 
Bunyi bersiul 
Bunyi bercakap / 
menjerit 
Bunyi ketawa 
Bunyi berjalan 
Bunyi berlari 
Bunyi tepukan 
Pergerakan 
manusia 
Berjalan 
Berlari 
Bersentuhan 
Bertepuk tangan 
Berdiri tegak 
Berlari anak 
Menoleh kiri dan 
kanan 
Berpusing badan 
Bunyi ronyokan 
kertas dan plastik 
Bunyi benda 
terjatuh 
Susunan peralatan 
Meja teratur 
Kerusi kurang 
teratur 
Pensil berselerak 
Buku tidak kemas 
Kasut tidak teratur 
Tong sampah 
rebah 
Warna makanan, 
minunan & alatan 
Hijau 
oren 
putih 
merah 
jernih 
coklat 
silver 
Mengangguk 
kepala 
Memegang 
sesuatu 
Biru tua 
Hitam 
Bunyi mengunyah 
makanan 
Bunyi menyanyi 
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
Bunyi 
12
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
TAJUK 4 DERIA DAN SENI 
AKTIVITI JENIS DERIA 
· Melukis gambar pemandangan dan 
warnakannya. 
· Pelajar membuat pergerakan berdasarkan 
peristiwa dalam gambar tersebut. 
· Pelajar mengekspresikan suasana dengan 
menggunakan alat-alat muzik. 
· Lih 
at dan sentuh 
· Lih 
at 
· Lih 
at, sentuh, dengar 
dan rasa 
· Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara 
manusia. 
· Pelajar bertindak balas dengan pergerakan 
yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni 
visual. 
· De 
ngar 
· Ra 
sa dan sentuh 
· Membolehkan pelajar untuk meninjau 
tekstur dan kontur sesuatu permukaan. 
· Pelajar menutup mata dan menyentuh 
sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti 
kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas. 
· Pelajar membanding bezakan sentuhan 
yang dialami dan mengekspresikan melalui 
pergerakan. 
· Lih 
at dan rasa 
· Se 
ntuh dan rasa 
· Se 
ntuh dan rasa 
· Membuat latihan melalui pernafasan. 
· Melakukan pergerakan dengan menggunakan 
imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara 
· Hid 
u 
· Lih 
13
WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 
nyaman dan kemudian melukiskan imej visual 
mengikut sepertimana yang diekspresikan. 
at dan hidu 
14

More Related Content

What's hot

Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniWany Hardy
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANWan Ronim
 
Pembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualPembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualamirah aisyah
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANNadirah Husna
 
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasKonsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasAmran Aris
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAhmad NazRi
 
pengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanpengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanNur Dalila
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajarmat Ki
 
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)unitpljun2014
 
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASDERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASAmran Aris
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanOnie Gi
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tan Sim
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Amran Aris
 

What's hot (17)

Peranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikanPeranan seni dalam pendidikan
Peranan seni dalam pendidikan
 
Topik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seniTopik 2 kanak kanak dan seni
Topik 2 kanak kanak dan seni
 
SENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKANSENI DALAM PENDIDIKAN
SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Hbef1403
Hbef1403Hbef1403
Hbef1403
 
Pembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visualPembentangan muzik suian & seni visual
Pembentangan muzik suian & seni visual
 
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKANTAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
TAJUK 1: PENGENALAN KEPADA SENI DALAM PENDIDIKAN
 
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan KhasKonsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
Konsep Dan Latar Belakang Seni Dlm Pendidikan_Pendidikan Khas
 
56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)56622410 module-waj3107 (1)
56622410 module-waj3107 (1)
 
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visualAssignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
Assignment hbae 1103 pengenalan pendidikan seni visual
 
pengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikanpengenalan seni dalam pendidikan
pengenalan seni dalam pendidikan
 
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
teori-kecerdasan-pelbagaian-untuk-penglibatan-aktif-pelajar
 
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
Perbentangan Tugasan 2 KKP Tajuk 2 & Tajuk 3 (Adlin & Nasuha PISMP PL Jun 2014)
 
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHASDERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
DERIA DAN SENI_PENDIDIKAN KHAS
 
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikanpengenalan kepada seni dalam pendidikan
pengenalan kepada seni dalam pendidikan
 
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
Tugasan 1 KAE3013_D20102044284
 
Assg seni wan
Assg seni wanAssg seni wan
Assg seni wan
 
Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4Seni dalam pendidikan tajuk 4
Seni dalam pendidikan tajuk 4
 

Viewers also liked

Twitter KPIs Цели, основные показатели,
Twitter KPIs Цели, основные показатели, Twitter KPIs Цели, основные показатели,
Twitter KPIs Цели, основные показатели, Константин Рычков
 
Earthquake insurance- 4-drr
Earthquake insurance- 4-drrEarthquake insurance- 4-drr
Earthquake insurance- 4-drrPalupi Listiyani
 
Summer10 ind study_report_final
Summer10 ind study_report_finalSummer10 ind study_report_final
Summer10 ind study_report_finalfosnigtr
 
Field kit for entrepreneurs e book
Field kit for entrepreneurs e bookField kit for entrepreneurs e book
Field kit for entrepreneurs e bookJoseph Mapue
 

Viewers also liked (6)

Twitter KPIs Цели, основные показатели,
Twitter KPIs Цели, основные показатели, Twitter KPIs Цели, основные показатели,
Twitter KPIs Цели, основные показатели,
 
Resume
ResumeResume
Resume
 
Earthquake insurance- 4-drr
Earthquake insurance- 4-drrEarthquake insurance- 4-drr
Earthquake insurance- 4-drr
 
Summer10 ind study_report_final
Summer10 ind study_report_finalSummer10 ind study_report_final
Summer10 ind study_report_final
 
Field kit for entrepreneurs e book
Field kit for entrepreneurs e bookField kit for entrepreneurs e book
Field kit for entrepreneurs e book
 
Mundo egeo
Mundo egeoMundo egeo
Mundo egeo
 

Similar to 51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02

51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Munirah Ali
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Herney Aqilah Kay
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraianBukhary Ar
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seniFlorida Hunay
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakMazri Muhammad
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01peggylau9318
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfridafarida14
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
Tugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on lineTugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on lineHasni Hamid
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentRina Majin
 
Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa Amelia Hendrilita
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativitisafarinsalwa
 

Similar to 51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02 (20)

51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp0251589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02
 
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
Topik3deriadanseni 110913001631-phpapp02
 
59327532 nota-pku-3109
59327532 nota-pku-310959327532 nota-pku-3109
59327532 nota-pku-3109
 
Kepentingan sdp
Kepentingan sdpKepentingan sdp
Kepentingan sdp
 
Grafik dan huraian
Grafik dan huraianGrafik dan huraian
Grafik dan huraian
 
Kanak
KanakKanak
Kanak
 
Nota PKU 3031
Nota PKU 3031Nota PKU 3031
Nota PKU 3031
 
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam PendidikanKepentingan Seni dalam Pendidikan
Kepentingan Seni dalam Pendidikan
 
Tarian joget
Tarian jogetTarian joget
Tarian joget
 
Peranan guru psv
Peranan guru psvPeranan guru psv
Peranan guru psv
 
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan senitopik 1 : latar belakang pendidikan seni
topik 1 : latar belakang pendidikan seni
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
uas the strategi.pdf
uas the strategi.pdfuas the strategi.pdf
uas the strategi.pdf
 
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
Topik1konsepdanlatarbelakangsenidalampendidikan 110913001612-phpapp01
 
Tugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on lineTugasan seni dalam pendidikan on line
Tugasan seni dalam pendidikan on line
 
Corak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigmentCorak dan rekaan assigment
Corak dan rekaan assigment
 
Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa Konsep dasar pendidikan seni rupa
Konsep dasar pendidikan seni rupa
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativiti
 

More from Mazli Jaafar

Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotatePercubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotateMazli Jaafar
 
Pembentangan topik 3
Pembentangan topik 3Pembentangan topik 3
Pembentangan topik 3Mazli Jaafar
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniMazli Jaafar
 
Contoh 1 latihan nilai
Contoh 1   latihan nilaiContoh 1   latihan nilai
Contoh 1 latihan nilaiMazli Jaafar
 
Bengkel memeriksa karangan mazli
Bengkel memeriksa karangan   mazliBengkel memeriksa karangan   mazli
Bengkel memeriksa karangan mazliMazli Jaafar
 
Tugasan sains waj 3104
Tugasan sains waj 3104Tugasan sains waj 3104
Tugasan sains waj 3104Mazli Jaafar
 

More from Mazli Jaafar (7)

Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotatePercubaan upsr 2014   selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
Percubaan upsr 2014 selangor - bm pemahaman - hal 14 sila rotate
 
Pembentangan topik 3
Pembentangan topik 3Pembentangan topik 3
Pembentangan topik 3
 
Topik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seniTopik 2 kanak dan seni
Topik 2 kanak dan seni
 
Contoh 1 latihan nilai
Contoh 1   latihan nilaiContoh 1   latihan nilai
Contoh 1 latihan nilai
 
Bengkel memeriksa karangan mazli
Bengkel memeriksa karangan   mazliBengkel memeriksa karangan   mazli
Bengkel memeriksa karangan mazli
 
Tugasan sains waj 3104
Tugasan sains waj 3104Tugasan sains waj 3104
Tugasan sains waj 3104
 
Apa etnik
Apa etnikApa etnik
Apa etnik
 

51589430 modul-seni-dalam-pendidikan-jai1-110917212748-phpapp02

  • 1. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG DALAM NI ADA RUJUKAN POWER POINT WAJ SENI http://waj3107.blogspot.com/2012/07/pembentangan-3irama-warna-dan-ruang. html Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah: 1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari. 2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti. 3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan 1
  • 2. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri, mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. 4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan ‘Lateral Leaps’ Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan, berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi. 2
  • 3. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan Faedah mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan kepada seorang pendidik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik: 1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-kanak 3
  • 4. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut. 2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran. 3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan pembelajaran. Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. 4
  • 5. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan. Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di sekolah rendah murid boleh: 1. Melibatkan diri dalam kegiatan seni secara aktif, kreatif dan menggembirakan. 2. Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera. 3. Mengenali unsur-unsur seni dan olahannya serta dapat menggunakannya. 4. Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni 5. Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. 6. Memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri dan bertanggungjawab. 7. Menyedari dan menghargani suasana seni dalam persekitarannya dan kaitannya dengan keselesaan hidup. 8. Melibatkan diri dalam kegiatan seni sebagai kesenggangan yang berfaedah. 9. Mengenal dan menghargai asas-asas seni dan kraf serta budaya tanah air. 5
  • 6. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 2 KANAK-KANAK DAN SENI Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain ‘Sembunyi Sembunyi’ (Hide and seek), cuba perhatikan perkara-perkara berikut: 1. Bagaimana mereka menguruskan permainan ini. Permainan ini boleh dimainkan oleh seberapa ramai yang boleh. Seorang penjaga masa dan seorang pencari dipilih. Anggota yang lain akan menyembunyikan diri mereka. Sebuah loceng hendaklah disediakan. Hakim bertindak sebagai pemerhati kepada pencari untuk memastikan pencari tidak membuka mata atau melihat keadaan sebelum pencarian dimulakan. Hakim juga akan memberikan markah kepada pencari berdasarkan kepada berapa orang yang dapat dicarinya. Pencari akan membuka mata apabila ahli-ahli yang lain sudah bersembunyi dan bersedia untuk dicari olehnya. Loceng diletakkan di satu tempat dan tidak boleh dibawa. Permainan ini ada syarat tertentu iaitu jika pencari berjaya menjumpai penyembunyi seramai lima orang dalam masa 10 minit, maka penyembunyi pertama yang dijumpa oleh si pencari maka dia akan menjadi pencari pada permainan yang seterusnya. Sebenarnya masa dan jumlah orang yang dapat dicari adalah bergantung kepada hakim yang mengambilkira bilangan ahli yang bermain pada permainan tersebut. Bila si pencari menjumpai ahli yang bersembunyi, dia akan menyebut nama dan berlari ke arah loceng lalu membunyikannya. 6
  • 7. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 2. Bagaimana menyembunyikan diri mereka. Mereka akan mencari tempat-tempat yang strategik untuk menyembunyikan diri mereka. Tempat tersebut dirasakannya sesuai, jauh dan susah untuk dicari oleh si pencari. 3. Tindakan-tindakan yang diambil oleh orang yang mencari. Pencari akan memerhati persekitaran dan berusaha untuk mencari pemyembunyi setepat, secepat dan seramai yang mungkin dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh hakim. 4. Ekspresi mereka apabila mereka ditemui. Biasanya, apabila pencari dapat mencari atau menjumpai penyembunyi, ekspresi muka mereka akan menggambarkan kekecewaan kerana mereka sangkakan tempat persembunyian mereka agak strategik. Mereka juga menunjukkan ekspresi muka yang terkejut kerana si pencari berjaya mencari dan menjumpai mereka terutama kepada penyembunyi pertama yang telah dijumpai oleh si pencari. Sembilan Keinginan Asas Kanak-kanak 1. Keinginan untuk bergerak Kanak-kanak suka mengambil peluang untuk bermain dan melibatkan diri dalam sebarang kegiatan fizikal. Contohnya melibatkan diri dalam sebarang perlumbaan atau lumba lari. 2. Keinginan untuk berjaya dan diiktiraf. Kanak-kanak bukan sekadar ingin berjaya tetapi inginkan kejayaan itu dihargai. Contohnya, kanak-kanak yang mendapat markah tinggi akan dipuji dan dipamerkan kertasnya di khalayak ramai, atau lukisan murid yang cantik akan ditampal di sudut dinding dalam bilik darjah sebagai satu pengiktirafan dan penghargaan. 7
  • 8. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan 3. Keinginan untuk diterima oleh kumpulan sebaya dan sebagai ahli dalam masyarakat. Kanak-kanak inginkan mereka diterima, disanjung, dihargai dan dihormati oleh orang lain. Contohnya, kanak-kanak sanggup berkongsi permainan supaya dapat diterima oleh rakan sebaya atau dalam masyarakat sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan diterima, disanjung, dihargai dan dihormati kerana kesanggupan mereka untuk berkongsi permainan dan mereka dianggap tidak kedekut. 4. Keinginan untuk bersaing. Kanak-kanak suka bersaing untuk memperlihatkan kemahiran dan kekuatan fizikal yang setara dengan rakan-rakan sebaya. Contohnya, kanak-kanak memanjat tangga atau jaring secara beramai-ramai untuk menunjukkan kekuatan, ketangkasan dan kekuatan fizikal mereka. 5. Keinginan ketangkasan fizikal dan sebagai daya penarik. Kanak-kanak gemar kepada aktiviti fizikal dan membentuk penampilan diri atau harga diri untuk menyesuaikan dirinya dalam masyarakat. Contohnya, kanak-kanak akan merasa bangga dan gembira apabila mendapat tempat pertama dalam apa jua permainan yang sukar. Kejayaan itu akan menjadi sumber penarik kepada kanak-kanak yang lain. 6. Keinginan untuk meneroka. Kanak-kanak gemar melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan yang luar biasa tetapi menyeronokan. Contohnya, kanak-kanak melibatkan diri dalam kerja-kerja amali atau eksperimen. Aktiviti ini membolehkan mereka memperolehi pengalaman baru. Keadaan ini amat memberi keseronokan kepada mereka. 7. Keinginan untuk pencapaian kreatif. Kanak-kanak gemar mengalami perkara baru melalui aktiviti kreatif. Contohnya, kanak-kanak yang menyertai pertandingan mereka cipta seperti membuat rumah dengan menggunakan bahan-bahan kitar semula atau menjadikan bahan buangan yang dikitar semula dan menjadikannya bahan 8
  • 9. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan baru untuk kegunaan manusia. Mereka merasa satu penerokaan baru wujud dalam minda mereka. 8. Keinginan untuk meluahkan perasaan melalui pergerakan. Kanak-kanak gemar aktiviti yang memberi peluang untuk meluahkan idea mengenai diri dan persekitaran mereka. Contohnya, kanak-kanak yang menari dalam pelbagai bentuk rentak muzik. Jika muzik itu rancak atau kuat mereka akan menari dengan rancak mengikut irama yang dimainkan. 9. Keinginan untuk kefahaman. Kanak-kanak mempunyai keperluan dan ingin mengembangkan kefahaman dan ingin mempelajari perkara baru. Justeru itu mereka dapat meneroka, menyentuh dan merasai pemikiran serta interaksi mereka dengan persekitaran. Contohnya, dalam permainan main peranan. Main peranan memerlukan lakonan yang baik untuk menunjukkan watak yang dipegang seperti watak ibu, bapa, doktor, guru dan sebagainya. Mereka dapat memahami keadaan dan menyelami pemikiran sebenar dan sterusnya menjiwai watak tersebut. 9
  • 10. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 3 IRAMA, WARNA DAN RUANG Ubahsuai warna di dalam bilik darjah, agar suasana lebih menarik untuk belajar. · Catkan dengan warna yang lembut dan boleh memberi ketenangan. · Adakan sudut-sudut yang tertentu seperti sudut Bahasa Melayu, Sains dan sebagainya yang dicatkan dengan warna yang berlainan dan menarik perhatian murid. · Warna langsir mestilah agak terang berbanding dengan warna dinding, untuk menampakkan lebih keceriaan. · Meja mestilah dilapik dengan kertas warna yang menarik dan dilekatkan plastik di atasnya agar murid lebih ceria, bersemangat dan selesa untuk belajar. Peranan warna dalam kehidupan harian · Warna boleh mempengaruhi emosi contohnya, bila memakai baju lembut atau garang atau terang. · Warna dapat melambangkan peribadi dan tingkah laku seseorang. · Warna boleh memberi motivasi dan semangat kepada kita. · Warna memberi ketenangan dalam kehidupan. · Warna boleh menceriakan suasana sekeliling. Ruang Ruang memainkan peranan yang penting dalam menjalankan sesuatu pergerakan. Pergerakan akan menjadi lebih lancar dan selesa sekiranya kita 10
  • 11. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan melakukannya di tempat yang luas kerana terdapat banyak udara dan senang untuk bergerak dengan bebas. Pergerakan yang dilakukan di tempat yang sempit dan dalam berkeadaan duduk menyebabkan kita merasa tidak selesa kerana tidak dapat bergerak dengan bebas. Cara pernafasan kita juga tidak lancar. Menurut Howard Gardner dalam teorinya iaitu Teori Kecergasan Manusia (1983) menyatakan bahawa ruang kecergasan melibatkan kebolehan melihat dunia dengan lebih tepat. Kecergasan ini termasuklah untuk menjadi lebih peka terhadap warna, garisan, rupa, bentuk dan yang berkaitan dengannya. Justeru itu, pergerakan juga melibatkan pemikiran kita contohnya, sekiranya kita bersenam di tempat yang luas dan mempunyai udara yang segar seperti di taman atau di padang, kita akan merasa lebih selesa dan secara tidak langsung keadaan akan mempengaruhi pemikiran kita. Kita akan merasa tenang dan segar dan puas. 11
  • 12. Suasana Waktu Rehat Bunyi yang didengar Bunyi bersiul Bunyi bercakap / menjerit Bunyi ketawa Bunyi berjalan Bunyi berlari Bunyi tepukan Pergerakan manusia Berjalan Berlari Bersentuhan Bertepuk tangan Berdiri tegak Berlari anak Menoleh kiri dan kanan Berpusing badan Bunyi ronyokan kertas dan plastik Bunyi benda terjatuh Susunan peralatan Meja teratur Kerusi kurang teratur Pensil berselerak Buku tidak kemas Kasut tidak teratur Tong sampah rebah Warna makanan, minunan & alatan Hijau oren putih merah jernih coklat silver Mengangguk kepala Memegang sesuatu Biru tua Hitam Bunyi mengunyah makanan Bunyi menyanyi WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan Bunyi 12
  • 13. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan TAJUK 4 DERIA DAN SENI AKTIVITI JENIS DERIA · Melukis gambar pemandangan dan warnakannya. · Pelajar membuat pergerakan berdasarkan peristiwa dalam gambar tersebut. · Pelajar mengekspresikan suasana dengan menggunakan alat-alat muzik. · Lih at dan sentuh · Lih at · Lih at, sentuh, dengar dan rasa · Mendengar bunyi alat-alat muzik dan suara manusia. · Pelajar bertindak balas dengan pergerakan yang sesuai dan menggambarkan dalam bentuk seni visual. · De ngar · Ra sa dan sentuh · Membolehkan pelajar untuk meninjau tekstur dan kontur sesuatu permukaan. · Pelajar menutup mata dan menyentuh sesuatu objek yang diedarkan oleh guru seperti kertas pasir, fabrik benang bulu dan kapas. · Pelajar membanding bezakan sentuhan yang dialami dan mengekspresikan melalui pergerakan. · Lih at dan rasa · Se ntuh dan rasa · Se ntuh dan rasa · Membuat latihan melalui pernafasan. · Melakukan pergerakan dengan menggunakan imaginasi anda untuk menunjukkan bau harum, udara · Hid u · Lih 13
  • 14. WAJ3107:Seni Dalam Pendidikan nyaman dan kemudian melukiskan imej visual mengikut sepertimana yang diekspresikan. at dan hidu 14