SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)



1.0   Tujuan


      Etika ini adalah bertujuan bagi memastikan penggunaan internet dan e-mel jabatan
      yang teratur dan terkawal oleh warganya. Ianya berpandukan Pekeliling Kemajuan
      Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 1 Tahun 2003 iaitu Garispanduan Panduan
      Mengenai Tatacara Pengunaan Internet Dan mel Elektronik Di Agensi-agensi
      Kerajaan. Etika ini merupakan maklumat tambahan kepada PKPA tersebut dan bagi
      memenuhi keperluan persekitaran khusus bagi pengguna internet dan e-mel di
      Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


      Ia merupakan kajian semula terhadap Etika Internet dan E-mel JPA yang telah
      dikeluarkan pada tahun 1999 dengan mengambil kira keperluan teknologi semasa
      yang telah berubah serta ancaman keselamatan ICT terkini yang bersangkutan
      dengan internet dan komunikasi e-mel.




2.0   Latarbelakang


      Penggunaan e-mel dan internet yang semakin meningkat, digabungkan dengan
      teknologi yang terkini serta pengurangan masa dan kos komunikasi telah
      mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam
      memberi perkhidmatan kepada para pelanggan. Walau bagaimanapun, penggunaan
      yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan memudaratkan
      bukan sahaja kepada jabatan bahkan kepada masyarakat dan negara.

                                          1
Para pengguna di JPA menggunakan e-mel dan internet dalam operasi harian
      sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi dengan pihak luar terdiri dari agensi
      kerajaan, swasta, para pelajar, pesara, penjawat awam dan lain-lain. Antaranya
      ialah bagi penghantaran data antara aplikasi POWER dan HRMIS, perkhidmatan
      pelanggan seperti aduan dan pertanyaan (Sistem Cadangan Portal JPA), Sistem
      Latihan On-Line     (eSILA), perkhidmatan helpdesk dan bagi mencari sebarang
      maklumat di internet. Di samping itu e-mel juga digunakan bagi berkomunikasi di
      antara pengguna       di dalam persekitaran jabatan sendiri bagi memudahkan
      pengagihan maklumat atau dokumen dalam format elektronik seperti laporan, kertas
      kerja, minit mesyuarat dan lain-lain.




3.0   Etika Penggunaan E-mel


      3.1    E-mel adalah alat untuk komunikasi rasmi jabatan dan semua pengguna
             mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan sumber ini dengan betul,
             cekap, berkesan, beretika dan berbudi bahasa pada sepanjang masa dan
             keadaan.


      3.2    Semua akaun e-mel di dalam sistem e-mel jabatan adalah hakmilik jabatan
             dan bukannya individu serta jabatan mempunyai hak untuk mengawasi dan
             memantau sebarang penggunaan akaun e-mel.


      3.3    Semua pengguna baru diwajibkan mengisi borang permohonan e-mel
             sebanyak 2 salinan dan perlu mendapat sokongan dari Ketua Bahagian /
             Cawangan atau Sektor masing-masing.


      3.4    Pengguna bertanggungjawab bagi memaklumkan kepada pentadbir e-mel
             sekiranya bercuti panjang atau berkursus panjang atau akan bertukar keluar
             dari JPA. Akaun e-mel yang didapati tidak digunakan atau tidak aktif lebih
             daripada 30 hari secara berterusan akan dihapuskan terus dari sistem e-mel
             jabatan.




                                              2
3.5    Pengguna tidak dibenarkan menyimpan e-mel di server e-mel jabatan (bagi
       yang menggunakan client outlook express dan Microsoft outlooks) kecuali
       pengguna yang telah dibenarkan berbuat demikian. Semua e-mel perlu
       dimuat turun ke local disk di PC masing-masing dan mana-mana kotak e-mel
       pengguna di pelayan (server) yang didapati bersaiz besar melebihi dari 20MB
       akan dikosongkan tanpa notis.


3.6    Bagi para pengguna yang mencapai e-mel menggunakan web mel perlu
       membuat penyenggaraan kotak e-mel sendiri agar tidak melebih kuota 20MB.


3.7    E-mel jabatan tidak boleh disalahgunakan bagi penyebaran atau memperolehi
       sebarang bahan berunsur fitnah, seks, perkauman dan lain-lain yang
       menyalahi undang-undang.


3.8    E-mel adalah satu kemudahan dan sepatutnya digunakan dengan penuh
       tanggungjawab. Tujuan utama sistem e-mel jabatan adalah untuk kemudahan
       komunikasi rasmi namun tujuan kegunaan sendiri adalah dibenarkan jika
       ianya adalah wajar dan tidak menjatuhkan imej jabatan, bukan untuk
       kepentingan peribadi, tidak menyumbang ke arah yang tidak berguna dan
       tidak menganggu produktiviti urusan kerja seharian.


3.9    Jangan   menghantar    salinan       mesej   kepada   orang   lain   yang   tidak
       memerlukannya terutama kepada kumpulan e-mel jabatan (email groups). Ini
       akan membebankan sistem e-mel jabatan terutama sekiranya mesej
       mempunyai lampiran yang banyak dan bersaiz besar.


3.10   Jangan melampirkan fail melainkan ianya benar-benar diperlukan. Semua
       lampiran menggunakan format .exe, .com dan .bat tidak dibenarkan kerana
       format ini akan memudahkan penyebaran virus.


3.11   Penerimaan e-mel dari yahoo.groups, google.groups dan kumpulan e-mel
       Internet lain, melalui sistem e-mel jabatan adalah disekat. Pengguna boleh
       menggunakan e-mel percuma lain bagi mendaftar dan menggunakan
       kemudahan ini.

                                        3
3.12   Semua e-mel yang telah diimbas dan dikenalpasti sebagai spam atau
       bervirus atau tidak dibenarkan oleh sistem SOPHOS puremessage jabatan
       akan disekat atau dihapuskan dari dikirim atau diterima.


3.13   Hadkan saiz dan bilangan fail yang ingin anda lampirkan ke dalam mesej
       (jangan terlalu besar). Semua e-mel (termasuk lampiran) tidak boleh melebihi
       saiz 10 MB, bagi mengelakkan serangan e-mel bombing atau penafian
       perkhidmatan ke atas sistem e-mel jabatan.


3.14   Peraturan Asas bagi Pengurusan E-mel yang baik


       a)    Pengurusan kandungan dan penyenggaraan kotak mel pada komputer
             masing-masing adalah menjadi tanggungjawab pengguna sendiri.
       b)    Periksa mailbox anda sekurang-kurangnya sekali sehari kecuali atas
             sebab-sebab yang dibenarkan atau tidak dapat dielakkan.
       c)    Baca semua mesej e-mel baru dan berilah perhatian kepada priority
             (keutamaan) mesej yang dilabelkan (sekiranya ada) oleh pengirim
             mesej tersebut.
       d)    Membalas mesej secepat mungkin terutamanya yang melibatkan para
             pelanggan jabatan (seperti pelajar, pesara, penjawat awam, agensi
             awam dan swasta) serta membuat anggaran untuk membalas mesej
             dalam waktu yang sepatutnya.
       e)    Jangan biarkan mesej bertambah di dalam folder inbox anda. Anda
             mungkin terlepas pandang mesej yang lebih utama yang tersorok di
             antara yang lama ataupun mesej-mesej yang sudahpun dibaca.
             Sebaiknya    buatlah   folder-folder   berasingan    yang   khusus   dan
             bersesuaian serta memindahkan mesej-mesej tersebut ke folder
             berkenaan untuk rujukan di masa depan.
       f)    Mesej-mesej yang tidak diperlukan hendaklah dihapuskan terutamanya
             yang mempunyai lampiran di mana ini dapat menjimatkan ruang storan
             di komputer anda.
       g)    Memadamkan mesej yang tidak berkaitan sebaik sahaja anda
             menerimanya terutamanya spam dan e-mel bervirus.

                                      4
h)   Membuka folder Sent Items sekurang-kurangnya sekali seminggu dan
            memadamkan salinan mesej-mesej lama yang telah berjaya dikirim
            sekiranya tidak lagi diperlukan.
       i)   Sentiasa memastikan buku alamat anda dikemaskini.




3.15   Keselamatan e-mel


       a)   Lindungi sebarang maklumat terperingkat (rahsia, sulit, terhad dan
            sensitif) yang dihantar melalui e-mel. Antara kaedahnya ialah dengan
            menggunakan teknik penyulitan (encription) atau katalaluan.
       b)   Simpan salinan mesej yang penting terutamanya lampiran.
       c)   Jangan menghantar e-mel kepada seseorang dengan mengunakan
            akaun penguna dan katalaluan orang lain melalui apa cara sekalipun.
       d)   Anda   adalah     dilarang       menggunakan    cara-cara   tertentu   untuk
            menyamar       sebagai   penghantar     e-mel    yang   sah.    Hubungilah
            helpdesk@jpa.gov.my          dengan segera jika anda mengesan atau
            mengesyaki alamat e-mel anda telah disalahgunakan oleh orang lain
            atau berlakunya kes penyamaran alamat e-mel. Pentadbir e-mel akan
            mengambil langkah keselamatan dan pengesanan yang perlu untuk
            mendedahkan identiti penyamar dan memastikan kejadian itu tidak
            berulang.
       e)   Simpan katalaluan secara sulit dan hendaklah diubah dari semasa ke
            semasa melalui penggunaan sistem web mel.
       f)   Anda hendaklah sentiasa mengimbas fail dalam kotak mel dengan
            perisian antivirus. Berwaspadalah kerana e-mel adalah cara paling
            mudah untuk menghantar virus dari sebuah komputer ke komputer
            yang lain. Anda juga hendaklah mempastikan fail yang akan dihantar
            melalui lampiran (attachment) bebas dari virus. Jika tidak, dengan cara
            tidak sengaja anda mungkin telah menyebabkan virus itu merebak
            dengan meluas dan merumitkan langkah-langkah pembaikan.
       g)   Jangan daftarkan diri anda menggunakan e-mel rasmi jabatan dalam
            senarai e-mel, kumpulan perbincangan, muat turun, pendaftaran di
            internet yang menyebabkan anda menerima sejumlah e-mel berbentuk

                                         5
komersil, porno dan lain-lain yang tidak diundang dengan banyak pada
                   setiap hari (e-mel spam). Jika berlaku demikian, hubungi pentadbir e-
                   mel untuk dibuat sekatan di gateway melalui sistem anti-spamming
                   JPA.




4.0   Etika Penggunaan Internet


      4.1   Pihak Jabatan berhak menyekat sebarang laman web dan kandungan
            internet dari semasa ke semasa terutamanya yang berunsur negatif,
            pornografi, permainan dan perjudian melalui internet.


      4.2   Sebarang penggunaan Instant Messaging (IM) dan web chatting adalah
            dilarang kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir rangkaian JPA.


      4.3   Pilihlah masa yang sesuai untuk mengakses Internet iaitu semasa di luar
            waktu beban puncak untuk memastikan anda mendapat maklumat dengan
            cepat tanpa membazir masa dan kos semasa membuat capaian. Masa
            penggunaan yang dicadangkan adalah sebelum jam 8.00 pagi, dari 1.00
            tengahari hingga 2.00 petang, dan selepas jam 5.00 ptg.


      4.4   Kebanyakan         laman   merekodkan   pelawat   yang    melawat   lamannya.
            Berwaspadalah apabila berkunjung ke sesuatu laman terutamanya yang
            dilarang atau yang boleh menjejaskan maruah anda, organisasi dan negara
            anda. Maklumat anda yang mereka perolehi mungkin akan digunakan untuk
            tujuan tertentu.


      4.5   Browse atau carilah maklumat menerusi WWW yang berkaitan dengan tugas
            anda sebagai penjawat awam sahaja. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam
            membuat carian (searching) dengan mengkhususkan bahan atau perkara
            yang diingini dan memilih search engine yang popular agar carian itu dapat
            dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat.




                                             6
4.6    Sebagai penjawat awam, anda dilarang daripada melawat laman-laman
       pornografi, jenayah dan tidak bermoral yang boleh mencemarkan nama baik
       anda dan jabatan.


4.7    Sebagai penjawat awam, anda juga dilarang daripada melawat laman-laman
       yang memuatkan maklumat anti kerajaan atau subversif yang bertentangan
       dengan undang-undang negara dan lebih merbahaya lagi jika anda sendiri
       menjadi ejen penghantar maklumat yang berunsur fitnah yang boleh
       menggugat ketenteraman negara dan proses keadilan yang diterima pakai.


4.8    Bertindaklah secara profesional kepada pengguna lain yang ingin mendapat
       maklumat dari pembekal yang sama. Hadkan masa capaian atau pemindahan
       dan tamatkan segera sambungan apabila sesi anda selesai untuk memberi
       peluang kepada pengguna lain.


4.9    Pilihlah masa yang sesuai untuk memindahkan fail. Fail yang bersaiz besar
       (yang melebihi 1MB) wajar dipindahkan di luar waktu beban puncak. Waktu
       beban puncak bergantung kepada masa tindak balas di tempat pengguna
       (rangkaian tempatan) dan masa di tempat pembekal jika ia dilawati oleh ramai
       pengguna.


4.10   Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan
       hakcipta dan mematuhi segala peraturan mengenainya.


4.11   Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik (kad kredit)
       yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna. Jika anda terpaksa
       mendapatkan perkhidmatan melalui urusniaga elektronik, pastikan pembekal
       memproses permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat (secured
       server). Perkara ini amatlah penting untuk memastikan maklumat kad kredit
       anda tidak dicuri oleh penceroboh-penceroboh yang melakukan aktiviti
       pemalsuan urusniaga dengan kad kredit.




                                       7
4.12   Keselamatan menggunakan internet bagi mengelakkan dari jangkitan
             spyware, adware, trojan dan virus.


             a)   Pengguna tidak dibenarkan memasang memuat turun (download)
                  sebarang perisian gambling, hotbar, games, searchbar, gator atau
                  melayari laman-laman web yang terlarang seperti pornografi, cracked,
                  games dan lain-lain.
             b)   Pengguna hendaklah memastikan komputer mereka bebas dari spyware
                  dan virus dengan membuat imbasan yang berkala, sekurang-kurangnya
                  seminggu sekali.
             c)   Hanya perisian antivirus SOPHOS dan antispyware CounterSpy yang
                  dibekalkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan.




5.0   Pemakaian


      5.1    Penyalahgunaan sumber internet dan sistem e-mel jabatan dianggap sebagai
             salah laku yang membolehkan tindakan tatatertib diambil ke atas individu
             yang melakukan kesalahan.


      5.2    Jabatan mempunyai hak untuk menarik balik atau mengantung sebarang
             akaun e-mel dan akses internet pengguna yang dikesan atau dipercayai telah
             disalahgunakan pada bila-bila masa.


      5.3    Semua penggunaan e-mel dan internet JPA adalah tertakluk kepada Etika
             Penggunaan Internet dan E-mel Jabatan.


      5.4    Etika ini mesti dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna internet
             dan e-mel di JPA pada sepanjang masa.




      Bahagian Pengurusan Maklumat
      Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
      2008


                                            8

More Related Content

What's hot

Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...
Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...
Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...Riskyyoni
 
9 i = 6 singgih santoso budi sutedjo dharma oetomo
9 i = 6 singgih santoso   budi sutedjo dharma oetomo9 i = 6 singgih santoso   budi sutedjo dharma oetomo
9 i = 6 singgih santoso budi sutedjo dharma oetomoEka Dhani
 
Rangkuman tik semester 1 (2)
Rangkuman tik semester 1 (2)Rangkuman tik semester 1 (2)
Rangkuman tik semester 1 (2)raushan372
 
Status, analisi event dan dukungan implementasi
Status, analisi event dan dukungan implementasiStatus, analisi event dan dukungan implementasi
Status, analisi event dan dukungan implementasiarfianti
 
Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...
Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...
Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...Sri Anjani
 

What's hot (6)

Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...
Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...
Sim, risky yoni septiana, prof. dr. ir. hapzi ali, m.m, cma, pengguna dan pen...
 
9 i = 6 singgih santoso budi sutedjo dharma oetomo
9 i = 6 singgih santoso   budi sutedjo dharma oetomo9 i = 6 singgih santoso   budi sutedjo dharma oetomo
9 i = 6 singgih santoso budi sutedjo dharma oetomo
 
Rangkuman tik semester 1 (2)
Rangkuman tik semester 1 (2)Rangkuman tik semester 1 (2)
Rangkuman tik semester 1 (2)
 
Status, analisi event dan dukungan implementasi
Status, analisi event dan dukungan implementasiStatus, analisi event dan dukungan implementasi
Status, analisi event dan dukungan implementasi
 
pemetaan bab 1
pemetaan bab 1pemetaan bab 1
pemetaan bab 1
 
Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...
Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...
Sim 4, sri anjani,prof. dr. ir. hapzi ali m.m. cma, pengguna dan pengembang s...
 

Similar to JPA Etika Penggunaan Internet dan E-mel

Etika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksEtika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksNAS90
 
Rpp 17 jenis otomatisasi kantor
Rpp 17 jenis otomatisasi kantorRpp 17 jenis otomatisasi kantor
Rpp 17 jenis otomatisasi kantorArjuna Ahmadi
 
Materi etika profesi untuk perkuiahan akhir
Materi etika profesi untuk perkuiahan akhirMateri etika profesi untuk perkuiahan akhir
Materi etika profesi untuk perkuiahan akhircusterjohny
 
Etika penggunaan internet
Etika  penggunaan  internetEtika  penggunaan  internet
Etika penggunaan internetzawawio68
 
komunikasi daring
komunikasi daringkomunikasi daring
komunikasi daringIka Widyati
 
Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000
Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000
Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000fauzi_akhmad84
 
Proposal mujiyanto 2
Proposal mujiyanto 2Proposal mujiyanto 2
Proposal mujiyanto 2manis_sekali
 
9 b = 8 agung banowo irawan eka pradittya
9 b = 8 agung banowo   irawan eka pradittya9 b = 8 agung banowo   irawan eka pradittya
9 b = 8 agung banowo irawan eka pradittyaEka Dhani
 
Chapter 5 teknologi internet
Chapter 5   teknologi internetChapter 5   teknologi internet
Chapter 5 teknologi internetAndi Iswoyo
 
Mis2013 chapter 5 - teknologi internet
Mis2013   chapter 5 - teknologi internetMis2013   chapter 5 - teknologi internet
Mis2013 chapter 5 - teknologi internetAndi Iswoyo
 
Presentasi Layanan Informasi internet
Presentasi Layanan Informasi internetPresentasi Layanan Informasi internet
Presentasi Layanan Informasi internetWidya Widya
 
Nota aplikasi emel
Nota aplikasi emelNota aplikasi emel
Nota aplikasi emelnhzhafizah
 
Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017
Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017
Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017Rahmah siti
 
Kelompok 3 scurity email
Kelompok 3 scurity emailKelompok 3 scurity email
Kelompok 3 scurity emailaluy_bakri
 

Similar to JPA Etika Penggunaan Internet dan E-mel (20)

Etika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pksEtika penggunaan internet dan emel pks
Etika penggunaan internet dan emel pks
 
Rpp 17 jenis otomatisasi kantor
Rpp 17 jenis otomatisasi kantorRpp 17 jenis otomatisasi kantor
Rpp 17 jenis otomatisasi kantor
 
Materi etika profesi untuk perkuiahan akhir
Materi etika profesi untuk perkuiahan akhirMateri etika profesi untuk perkuiahan akhir
Materi etika profesi untuk perkuiahan akhir
 
Etika penggunaan internet
Etika  penggunaan  internetEtika  penggunaan  internet
Etika penggunaan internet
 
E - Mail
E - MailE - Mail
E - Mail
 
komunikasi daring
komunikasi daringkomunikasi daring
komunikasi daring
 
Email
EmailEmail
Email
 
Sejarah email
Sejarah emailSejarah email
Sejarah email
 
Pertemuan 3
Pertemuan 3Pertemuan 3
Pertemuan 3
 
Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000
Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000
Komunikasi dengan-menggunakan-mail-03-2000
 
Mengenal email
Mengenal emailMengenal email
Mengenal email
 
Proposal mujiyanto 2
Proposal mujiyanto 2Proposal mujiyanto 2
Proposal mujiyanto 2
 
9 b = 8 agung banowo irawan eka pradittya
9 b = 8 agung banowo   irawan eka pradittya9 b = 8 agung banowo   irawan eka pradittya
9 b = 8 agung banowo irawan eka pradittya
 
Electronic mail
Electronic mailElectronic mail
Electronic mail
 
Chapter 5 teknologi internet
Chapter 5   teknologi internetChapter 5   teknologi internet
Chapter 5 teknologi internet
 
Mis2013 chapter 5 - teknologi internet
Mis2013   chapter 5 - teknologi internetMis2013   chapter 5 - teknologi internet
Mis2013 chapter 5 - teknologi internet
 
Presentasi Layanan Informasi internet
Presentasi Layanan Informasi internetPresentasi Layanan Informasi internet
Presentasi Layanan Informasi internet
 
Nota aplikasi emel
Nota aplikasi emelNota aplikasi emel
Nota aplikasi emel
 
Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017
Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017
Sim, siti rahmah, perancangan sitem e office (uas) , umb-2017
 
Kelompok 3 scurity email
Kelompok 3 scurity emailKelompok 3 scurity email
Kelompok 3 scurity email
 

Recently uploaded

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CAbdiera
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5KIKI TRISNA MUKTI
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptxGiftaJewela
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxadimulianta1
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxRizkyPratiwi19
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfSitiJulaeha820399
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfirwanabidin08
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatArfiGraphy
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxmawan5982
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapsefrida3
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfElaAditya
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKirwan461475
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BAbdiera
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5ssuserd52993
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...Kanaidi ken
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxIgitNuryana13
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 

Recently uploaded (20)

Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
Materi Strategi Perubahan dibuat oleh kelompok 5
 
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
421783639-ppt-overdosis-dan-keracunan-pptx.pptx
 
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdfModul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
Modul 1.2.a.8 Koneksi antar materi 1.2.pdf
 
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdfREFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
REFLEKSI MANDIRI_Prakarsa Perubahan BAGJA Modul 1.3.pdf
 
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajatLatihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
Latihan Soal bahasa Indonesia untuk anak sekolah sekelas SMP atau pun sederajat
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docxtugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
tugas 1 anak berkebutihan khusus pelajaran semester 6 jawaban tuton 1.docx
 
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genapDinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
Dinamika Hidrosfer geografi kelas X genap
 
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdfTUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
TUGAS GURU PENGGERAK Aksi Nyata Modul 1.1.pdf
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAKDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 PENDIDIKAN GURU PENGGERAK
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase BModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 4 Fase B
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
JAWAPAN BAB 1 DAN BAB 2 SAINS TINGKATAN 5
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...PELAKSANAAN  + Link2 Materi TRAINING "Effective  SUPERVISORY &  LEADERSHIP Sk...
PELAKSANAAN + Link2 Materi TRAINING "Effective SUPERVISORY & LEADERSHIP Sk...
 
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptxPaparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
Paparan Refleksi Lokakarya program sekolah penggerak.pptx
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 

JPA Etika Penggunaan Internet dan E-mel

  • 1. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) 1.0 Tujuan Etika ini adalah bertujuan bagi memastikan penggunaan internet dan e-mel jabatan yang teratur dan terkawal oleh warganya. Ianya berpandukan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil 1 Tahun 2003 iaitu Garispanduan Panduan Mengenai Tatacara Pengunaan Internet Dan mel Elektronik Di Agensi-agensi Kerajaan. Etika ini merupakan maklumat tambahan kepada PKPA tersebut dan bagi memenuhi keperluan persekitaran khusus bagi pengguna internet dan e-mel di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Ia merupakan kajian semula terhadap Etika Internet dan E-mel JPA yang telah dikeluarkan pada tahun 1999 dengan mengambil kira keperluan teknologi semasa yang telah berubah serta ancaman keselamatan ICT terkini yang bersangkutan dengan internet dan komunikasi e-mel. 2.0 Latarbelakang Penggunaan e-mel dan internet yang semakin meningkat, digabungkan dengan teknologi yang terkini serta pengurangan masa dan kos komunikasi telah mewujudkan satu dimensi baru dalam era perkhidmatan awam terutamanya dalam memberi perkhidmatan kepada para pelanggan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang tidak terkawal akan membawa kepada kesan negatif yang akan memudaratkan bukan sahaja kepada jabatan bahkan kepada masyarakat dan negara. 1
  • 2. Para pengguna di JPA menggunakan e-mel dan internet dalam operasi harian sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi dengan pihak luar terdiri dari agensi kerajaan, swasta, para pelajar, pesara, penjawat awam dan lain-lain. Antaranya ialah bagi penghantaran data antara aplikasi POWER dan HRMIS, perkhidmatan pelanggan seperti aduan dan pertanyaan (Sistem Cadangan Portal JPA), Sistem Latihan On-Line (eSILA), perkhidmatan helpdesk dan bagi mencari sebarang maklumat di internet. Di samping itu e-mel juga digunakan bagi berkomunikasi di antara pengguna di dalam persekitaran jabatan sendiri bagi memudahkan pengagihan maklumat atau dokumen dalam format elektronik seperti laporan, kertas kerja, minit mesyuarat dan lain-lain. 3.0 Etika Penggunaan E-mel 3.1 E-mel adalah alat untuk komunikasi rasmi jabatan dan semua pengguna mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan sumber ini dengan betul, cekap, berkesan, beretika dan berbudi bahasa pada sepanjang masa dan keadaan. 3.2 Semua akaun e-mel di dalam sistem e-mel jabatan adalah hakmilik jabatan dan bukannya individu serta jabatan mempunyai hak untuk mengawasi dan memantau sebarang penggunaan akaun e-mel. 3.3 Semua pengguna baru diwajibkan mengisi borang permohonan e-mel sebanyak 2 salinan dan perlu mendapat sokongan dari Ketua Bahagian / Cawangan atau Sektor masing-masing. 3.4 Pengguna bertanggungjawab bagi memaklumkan kepada pentadbir e-mel sekiranya bercuti panjang atau berkursus panjang atau akan bertukar keluar dari JPA. Akaun e-mel yang didapati tidak digunakan atau tidak aktif lebih daripada 30 hari secara berterusan akan dihapuskan terus dari sistem e-mel jabatan. 2
  • 3. 3.5 Pengguna tidak dibenarkan menyimpan e-mel di server e-mel jabatan (bagi yang menggunakan client outlook express dan Microsoft outlooks) kecuali pengguna yang telah dibenarkan berbuat demikian. Semua e-mel perlu dimuat turun ke local disk di PC masing-masing dan mana-mana kotak e-mel pengguna di pelayan (server) yang didapati bersaiz besar melebihi dari 20MB akan dikosongkan tanpa notis. 3.6 Bagi para pengguna yang mencapai e-mel menggunakan web mel perlu membuat penyenggaraan kotak e-mel sendiri agar tidak melebih kuota 20MB. 3.7 E-mel jabatan tidak boleh disalahgunakan bagi penyebaran atau memperolehi sebarang bahan berunsur fitnah, seks, perkauman dan lain-lain yang menyalahi undang-undang. 3.8 E-mel adalah satu kemudahan dan sepatutnya digunakan dengan penuh tanggungjawab. Tujuan utama sistem e-mel jabatan adalah untuk kemudahan komunikasi rasmi namun tujuan kegunaan sendiri adalah dibenarkan jika ianya adalah wajar dan tidak menjatuhkan imej jabatan, bukan untuk kepentingan peribadi, tidak menyumbang ke arah yang tidak berguna dan tidak menganggu produktiviti urusan kerja seharian. 3.9 Jangan menghantar salinan mesej kepada orang lain yang tidak memerlukannya terutama kepada kumpulan e-mel jabatan (email groups). Ini akan membebankan sistem e-mel jabatan terutama sekiranya mesej mempunyai lampiran yang banyak dan bersaiz besar. 3.10 Jangan melampirkan fail melainkan ianya benar-benar diperlukan. Semua lampiran menggunakan format .exe, .com dan .bat tidak dibenarkan kerana format ini akan memudahkan penyebaran virus. 3.11 Penerimaan e-mel dari yahoo.groups, google.groups dan kumpulan e-mel Internet lain, melalui sistem e-mel jabatan adalah disekat. Pengguna boleh menggunakan e-mel percuma lain bagi mendaftar dan menggunakan kemudahan ini. 3
  • 4. 3.12 Semua e-mel yang telah diimbas dan dikenalpasti sebagai spam atau bervirus atau tidak dibenarkan oleh sistem SOPHOS puremessage jabatan akan disekat atau dihapuskan dari dikirim atau diterima. 3.13 Hadkan saiz dan bilangan fail yang ingin anda lampirkan ke dalam mesej (jangan terlalu besar). Semua e-mel (termasuk lampiran) tidak boleh melebihi saiz 10 MB, bagi mengelakkan serangan e-mel bombing atau penafian perkhidmatan ke atas sistem e-mel jabatan. 3.14 Peraturan Asas bagi Pengurusan E-mel yang baik a) Pengurusan kandungan dan penyenggaraan kotak mel pada komputer masing-masing adalah menjadi tanggungjawab pengguna sendiri. b) Periksa mailbox anda sekurang-kurangnya sekali sehari kecuali atas sebab-sebab yang dibenarkan atau tidak dapat dielakkan. c) Baca semua mesej e-mel baru dan berilah perhatian kepada priority (keutamaan) mesej yang dilabelkan (sekiranya ada) oleh pengirim mesej tersebut. d) Membalas mesej secepat mungkin terutamanya yang melibatkan para pelanggan jabatan (seperti pelajar, pesara, penjawat awam, agensi awam dan swasta) serta membuat anggaran untuk membalas mesej dalam waktu yang sepatutnya. e) Jangan biarkan mesej bertambah di dalam folder inbox anda. Anda mungkin terlepas pandang mesej yang lebih utama yang tersorok di antara yang lama ataupun mesej-mesej yang sudahpun dibaca. Sebaiknya buatlah folder-folder berasingan yang khusus dan bersesuaian serta memindahkan mesej-mesej tersebut ke folder berkenaan untuk rujukan di masa depan. f) Mesej-mesej yang tidak diperlukan hendaklah dihapuskan terutamanya yang mempunyai lampiran di mana ini dapat menjimatkan ruang storan di komputer anda. g) Memadamkan mesej yang tidak berkaitan sebaik sahaja anda menerimanya terutamanya spam dan e-mel bervirus. 4
  • 5. h) Membuka folder Sent Items sekurang-kurangnya sekali seminggu dan memadamkan salinan mesej-mesej lama yang telah berjaya dikirim sekiranya tidak lagi diperlukan. i) Sentiasa memastikan buku alamat anda dikemaskini. 3.15 Keselamatan e-mel a) Lindungi sebarang maklumat terperingkat (rahsia, sulit, terhad dan sensitif) yang dihantar melalui e-mel. Antara kaedahnya ialah dengan menggunakan teknik penyulitan (encription) atau katalaluan. b) Simpan salinan mesej yang penting terutamanya lampiran. c) Jangan menghantar e-mel kepada seseorang dengan mengunakan akaun penguna dan katalaluan orang lain melalui apa cara sekalipun. d) Anda adalah dilarang menggunakan cara-cara tertentu untuk menyamar sebagai penghantar e-mel yang sah. Hubungilah helpdesk@jpa.gov.my dengan segera jika anda mengesan atau mengesyaki alamat e-mel anda telah disalahgunakan oleh orang lain atau berlakunya kes penyamaran alamat e-mel. Pentadbir e-mel akan mengambil langkah keselamatan dan pengesanan yang perlu untuk mendedahkan identiti penyamar dan memastikan kejadian itu tidak berulang. e) Simpan katalaluan secara sulit dan hendaklah diubah dari semasa ke semasa melalui penggunaan sistem web mel. f) Anda hendaklah sentiasa mengimbas fail dalam kotak mel dengan perisian antivirus. Berwaspadalah kerana e-mel adalah cara paling mudah untuk menghantar virus dari sebuah komputer ke komputer yang lain. Anda juga hendaklah mempastikan fail yang akan dihantar melalui lampiran (attachment) bebas dari virus. Jika tidak, dengan cara tidak sengaja anda mungkin telah menyebabkan virus itu merebak dengan meluas dan merumitkan langkah-langkah pembaikan. g) Jangan daftarkan diri anda menggunakan e-mel rasmi jabatan dalam senarai e-mel, kumpulan perbincangan, muat turun, pendaftaran di internet yang menyebabkan anda menerima sejumlah e-mel berbentuk 5
  • 6. komersil, porno dan lain-lain yang tidak diundang dengan banyak pada setiap hari (e-mel spam). Jika berlaku demikian, hubungi pentadbir e- mel untuk dibuat sekatan di gateway melalui sistem anti-spamming JPA. 4.0 Etika Penggunaan Internet 4.1 Pihak Jabatan berhak menyekat sebarang laman web dan kandungan internet dari semasa ke semasa terutamanya yang berunsur negatif, pornografi, permainan dan perjudian melalui internet. 4.2 Sebarang penggunaan Instant Messaging (IM) dan web chatting adalah dilarang kecuali dengan kebenaran pihak pentadbir rangkaian JPA. 4.3 Pilihlah masa yang sesuai untuk mengakses Internet iaitu semasa di luar waktu beban puncak untuk memastikan anda mendapat maklumat dengan cepat tanpa membazir masa dan kos semasa membuat capaian. Masa penggunaan yang dicadangkan adalah sebelum jam 8.00 pagi, dari 1.00 tengahari hingga 2.00 petang, dan selepas jam 5.00 ptg. 4.4 Kebanyakan laman merekodkan pelawat yang melawat lamannya. Berwaspadalah apabila berkunjung ke sesuatu laman terutamanya yang dilarang atau yang boleh menjejaskan maruah anda, organisasi dan negara anda. Maklumat anda yang mereka perolehi mungkin akan digunakan untuk tujuan tertentu. 4.5 Browse atau carilah maklumat menerusi WWW yang berkaitan dengan tugas anda sebagai penjawat awam sahaja. Bertindaklah sebijak mungkin di dalam membuat carian (searching) dengan mengkhususkan bahan atau perkara yang diingini dan memilih search engine yang popular agar carian itu dapat dilakukan dengan lebih efisyen dan mendapat tindak balas yang lebih cepat. 6
  • 7. 4.6 Sebagai penjawat awam, anda dilarang daripada melawat laman-laman pornografi, jenayah dan tidak bermoral yang boleh mencemarkan nama baik anda dan jabatan. 4.7 Sebagai penjawat awam, anda juga dilarang daripada melawat laman-laman yang memuatkan maklumat anti kerajaan atau subversif yang bertentangan dengan undang-undang negara dan lebih merbahaya lagi jika anda sendiri menjadi ejen penghantar maklumat yang berunsur fitnah yang boleh menggugat ketenteraman negara dan proses keadilan yang diterima pakai. 4.8 Bertindaklah secara profesional kepada pengguna lain yang ingin mendapat maklumat dari pembekal yang sama. Hadkan masa capaian atau pemindahan dan tamatkan segera sambungan apabila sesi anda selesai untuk memberi peluang kepada pengguna lain. 4.9 Pilihlah masa yang sesuai untuk memindahkan fail. Fail yang bersaiz besar (yang melebihi 1MB) wajar dipindahkan di luar waktu beban puncak. Waktu beban puncak bergantung kepada masa tindak balas di tempat pengguna (rangkaian tempatan) dan masa di tempat pembekal jika ia dilawati oleh ramai pengguna. 4.10 Adalah menjadi tanggungjawab pengguna untuk menyemak keperluan hakcipta dan mematuhi segala peraturan mengenainya. 4.11 Segala bentuk perjanjian perkhidmatan dan urusniaga elektronik (kad kredit) yang dilakukan adalah menjadi tanggungjawab pengguna. Jika anda terpaksa mendapatkan perkhidmatan melalui urusniaga elektronik, pastikan pembekal memproses permohonan itu dengan menggunakan pelayan selamat (secured server). Perkara ini amatlah penting untuk memastikan maklumat kad kredit anda tidak dicuri oleh penceroboh-penceroboh yang melakukan aktiviti pemalsuan urusniaga dengan kad kredit. 7
  • 8. 4.12 Keselamatan menggunakan internet bagi mengelakkan dari jangkitan spyware, adware, trojan dan virus. a) Pengguna tidak dibenarkan memasang memuat turun (download) sebarang perisian gambling, hotbar, games, searchbar, gator atau melayari laman-laman web yang terlarang seperti pornografi, cracked, games dan lain-lain. b) Pengguna hendaklah memastikan komputer mereka bebas dari spyware dan virus dengan membuat imbasan yang berkala, sekurang-kurangnya seminggu sekali. c) Hanya perisian antivirus SOPHOS dan antispyware CounterSpy yang dibekalkan oleh jabatan sahaja boleh digunakan. 5.0 Pemakaian 5.1 Penyalahgunaan sumber internet dan sistem e-mel jabatan dianggap sebagai salah laku yang membolehkan tindakan tatatertib diambil ke atas individu yang melakukan kesalahan. 5.2 Jabatan mempunyai hak untuk menarik balik atau mengantung sebarang akaun e-mel dan akses internet pengguna yang dikesan atau dipercayai telah disalahgunakan pada bila-bila masa. 5.3 Semua penggunaan e-mel dan internet JPA adalah tertakluk kepada Etika Penggunaan Internet dan E-mel Jabatan. 5.4 Etika ini mesti dipatuhi sepenuhnya oleh semua peringkat pengguna internet dan e-mel di JPA pada sepanjang masa. Bahagian Pengurusan Maklumat Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia 2008 8